Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Isnin, September 24, 2012
Peringatan yang amat berguna daripada Tun M bukan saja untuk Melayu malahan untuk Bumiputera seluruhnya..
Ini adalah satu peringatan yang amat berguna sekali daripada seorang Negara Agung kita YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad dan bukan sahaja dilihat sangat berguna untuk bangsa Melayu itu sendiri malahan nasihat serta peringatan sebegini daripada seorang pemimpin yang penuh berpengalaman serta pernah mengalami kesukaran hidup dalam tiga era penjajahan pihak luar juga sangat bernilai dalam ertikata lain kepada seluruh kaum Bumiputera di serata Malaysia khususnya di Sarawak juga Sabah. Seterusnya...
Ahad, September 23, 2012
Isu royalti 5%: tidak pernah terkandung di dalam tuntutan 18/20 Perkara oleh Sarawak dan Sabah!

Mungkin ada sesetengah di kalangan rakyat Sarawak sendiri mahupun rakyat di negeri Sabah sekiranya menyedari tentang hal ini pasti akan tertanya-tanya mengapa pula boleh jadi begitu?
Namun dalam pandangan saya, kenapa perkara tersebut tidak dimasukkan serentak oleh Sarawak serta Sabah dalam tuntutan 18 dan 20 Perkara sebelum memutuskan untuk turut bersama Tanah Melayu dan Singapura menubuh Persekutuan Malaysia adalah kerana mereka sedar jika ianya sudah dimaktubkan dalam Perlembagaan Negara maka sudah pasti untuk melakukan semakan terhadap royalti minyak memang sangat sukar untuk dijalankan tetapi jika ianya dibiarkan saja sebagai satu perkara yang terbuka untuk dibincang, diubah semula mengikut kesesuaian masa, jadi eloklah perkara berkenaan kekal menjadi satu hal yang tidak terikat dan ianya bebas untuk dikaji semula.
Jadi di sinilah saya nampak kebijaksanaan para pemimpin Sarawak dan juga pemimpin Sabah yang terdahulu dalam membuat keputusan, mereka berpandangan jauh di dalam perkara ini dan sudah tentu mereka juga sudah boleh menjangka apa yang bakal terjadi sekiranya bayaran royalti 5% minyak untuk Sarawak dan Sabah diikat kemas dalam Perlembagaan Persekutuan dan adalah sesuatu yang mustahil untuk melakukan semakan semula terhadap perkara tersebut memandang ianya sudahpun termaktub sebagai satu perjanjian kekal atas persetujuan bersama antara Sarawak, Sabah, Singapura dengan Semenanjung Tanah Melayu.
TETAPI apa pula dengan Deklarasi Kuching tentang 7 Perkara yang diumumkan oleh pihak Pakatan Pembangkang baru-baru ini. Pada perkara ke-6 itu saja ianya telah menyebut tentang royalti minyak 20% untuk Sarawak dan Sabah dalam Ketetapan Kuching dan sekiranya terlaksana kelak Deklarasi itu akan berperanan seperti Perlembagaan Malaysia juga di mana jika sudah termaktub maka bermakna Perkara ke-6 itu akan dianggap sebagai satu perjanjian bersama Sarawak, Sabah dengan Semenanjung Malaysia yang tidak sama sekali tidak boleh diusik lagi walau pada bila-bila masa.
Untuk makluman seluruh rakyat Sarawak serta Sabah, bahawa Deklarasi Kuching itu sebenarnya satu ketetapan sebelah pihak saja dan langsung tidak mendapat pandangan atau pendapat daripada majoriti rakyat kedua-dua negeri ini terlebih dahulu sebagaimana yang dilakukan untuk tuntutan 18/20 Perkara satu ketika dulu kerana Deklarasi Kuching ini jelas telah digaris dan ditentukan sendiri oleh para pemimpin pembangkang DAP, PKR dan PAS dari Semenanjung untuk memperbodohkan pemimpin pembangkang di dua negeri ini.
Jumaat, September 21, 2012
Anwar Ibrahim banyak kali kecewakan rakyat Sarawak ketika jadi TPM - Pehin Sri Taib
Mengulas mengenai isi kandungan atau janji-janji yang digariskan dalam "Deklarasi Kuching" oleh Anwar Ibrahim serta puak Pakatan Pembangkang di Kuching baru-baru ini, Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Taib menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak percaya lagi kepada Anwar Ibrahim.
Mengimbas kembali kepada beberapa permohonan oleh kerajaan yang pernah diajukan kepada Anwar ketika beliau masih menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dulu, kerajaan negeri sudah banyak kali dihampakan oleh Anwar apabila pada mulanya beliau bersetuju untuk memberi peruntukan kepada kerajaan negeri namun akhirnya permohonan Sarawak telah ditolak mentah-mentah.
"Saya masih ingat pada satu masa selepas memberikan banyak janji, amat sedih apabila mendapati permintaan kita iaitu berjumlah RM600 juta bagi lima tahun untuk memajukan dan membuka estet kelapa sawit tidak ditunaikan," jelas Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud.
Tentang "autonomi" pula, Pehin Sri Taib turut menegaskan bahawa Sarawak khususnya selama ini telah banyak menikmati autonomi. Sarawak berkembang maju dengan lebih cepat adalah kerana telah banyak mendapat autonomi daripada kerajaan pusat dan segala janji yang dibuat oleh Anwar serta pimpinan lainnya dari Pakatan Pembangkang seperti dalam 7 perkara itu semuanya adalah palsu dan tidak boleh dipercayai.
Malahan Anwar, Lim Kit Siang, Abdul Hadi menurut Ketua Menteri, adalah orang yang tidak memahami mekanisme dan apa yang diperlukan dalam mentadbir negeri Sarawak.

Rabu, September 19, 2012
Deklarasi Kuching: Anwar Ibrahim tidak faham mekanisme & keperluan Sarawak - Pehin Sri Taib

Beliau berkata, pihak yang tidak memahami dua perkara itu akan mengeluarkan banyak deklarasi yang tidak realistik.
"Saya tahu salah seorang yang membuat deklarasi ini suatu ketika dahulu tidak memberi kerjasama dalam membantu kerajaan Sarawak mendapatkan sokongan dalam belanjawan.
"Saya masih ingat pada satu masa selepas memberikan banyak janji, amat sedih apabila mendapati permintaan kita iaitu berjumlah RM600 juta bagi tempoh lima tahun untuk memajukan dan membuka estet kelapa sawit tidak ditunaikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ibu Pejabat dan Identiti Korporat Sarawak Energy Berhad (SEB) di Ithmus, Sejingkat di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Pakatan Pembangkang mengumumkan Deklarasi Kuching pada sambutan Hari Malaysia di Chonglin Park di sini, Ahad lepas.
Menurut Taib, bagi kes Sarawak, semua organisasi memberi sokongan mereka dalam melihat keperluan pentadbiran negeri ini dan pada masa sama, mendapatkan bantuan serta sokongan daripada kerajaan pusat.
Beliau menambah, terpulanglah kepada inisiatif kerajaan negeri di negara ini untuk membangunkan negeri masing-masing mengikut keperluan dan formula itulah yang digunakan selama ini.
"Kita (Sarawak) telah menikmati banyak autonomi. Saya boleh katakan di sini, Sarawak menikmati banyak autonomi...disebabkan itulah kita berkembang maju dengan lebih cepat. Jadi saya tidak percaya semua ini," tegasnya.
Beliau berkata, sebagai negeri dalam Persekutuan Malaysia,Sarawak turut menikmati keseimbangan pembangunan yang bergantung kepada kemampuan sendiri dan Sarawak banyak bergantung kepada inisiatif sendiri, selain mengharapkan inisiatif daripada kerajaan pusat untuk terus membangun.
"Maknanya, banyak autonomi diberikan kepada Sarawak bermula daripada perancangan sehinggalah kepada proses pelaksanaan sesuatu projek pembangunan.
"Orang yang menandatangani Deklarasi Kuching ini adalah orang yang tidak memahami mekanisme dan keperluan pentadbiran Sarawak," ujarnya. - Utusan Borneo
Label:
deklarasi kuching
Isnin, September 17, 2012
Deklarasi Kuching: Anwar & PR cuba tipu rakyat Sarawak dgn ketetapan ciplak !

*****************************************************************************
7 perkara itu adalah:
(1) KERJASAMA BERSEKUTU; yang mana mereka akan memulihara inti pati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sarawak dan Sabah setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sarawak dan Sabah mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.
(2) PERWAKILAN YANG ADIL; Pakatan Rakyat akan mempertingkatkan integrasi nasional di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia melalui penggembelengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung semangat Perjanjian Malaysia.
(3) KEWARGANEGARAAN; di mana mereka akan menubuh Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan masalah nasional berkaitan pendatang tanpa izin dan isu-isu kerakyatan, khususnya di Sarawak dan Sabah.
(4) PENGIKTIRAFAN HAK KE ATAS TANAH ADAT; di mana Pakatan Pemabangkang akan menghormati dan mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat sepertimana yang tertakluk dan termaktub dalam Undang-undang Negeri Sarawak dan Sabah dengan menubuhkan Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat, menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik dan memulihkan Hak Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat.
(5) KECEKAPAN DAN KEMANDIRIAN SARAWAK DAN SABAH; yang akan mengiktiraf perlantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di jabatan kerajaan di negeri masing-masing, dikuatkuasakan oleh setiausaha-setiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan memberikan keutamaan kepada rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat kerajaan persekutuan untuk menjalankan tugas di negeri masing-masing.
(6) KEADILAN DALAM ISU MINYAK; mereka akan menaikkan bayaran royalty ke atas petroleum dan sumber-sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan Sabah daripada 5 peratus kepada 20 peratus.
(7) PEMBANGUNAN SEKATA; yang mana mereka akan membawa tahap kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di Semenanjung Malaysia.
*****************************************************************************
Melihat kepada ketujuh-tujuh perkara yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim serta pihak Pakatan DAP, PKR, PAS dalam Deklarasi Kuching itu kepada rakyat Sarawak nyata hampir keseluruhannya diambil daripada beberapa perkara yang ada dalam 18/20 Perkara dalam Perjanjian antara Sarawak/Sabah dengan Semenanjung Malaysia yang telah sekian lama termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Cuba lihat kepada Perkara (1) dalam Deklarasi itu, dan bandingkan pula dengan Perkara (11) dalam Perjanjian 18/20 Perkara Sarawak/Sabah, bukankah ianya lebih memberi penekanan terhadap kuasa autonomi Sarawak dan Sabah itu sendiri sebenarnya apabila ia telah digariskan sebagai "Taktrif Dan Kewangan" di mana ia membawa kepada maksud bahawa Borneo (Sarawak/Sabah) harus mengawal kewangan sendiri, pembangunan dan takrif, dan seharusnya mempunyai hak untuk menentukan cukai sendiri dan untuk mendapatkan pinjaman pada kredit sendiri.
Apakah Anwar Ibrahim serta barisan kepimpinan Pakatan Pembangkang tidak sedar bahawa apa yang telah mereka janji dalam Deklarasi Kuching pada Perkara Pertama itu sebenarnya telah lama ada dalam Perjanjian 18/20 Perkara bagi Sarawak dan juga Sabah?
Lihat pula kepada Perkara yang ke-2 dalam Deklarasi Kuching oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang, dan kita baca pada Perkara ke-12 yang menyebut "Kedudukan Istimewa Penduduk Asli" dalam Perjanjian 18/20 Perkara Sarawak/Sabah...bukankah perkara itu telahpun sekian lama menjadi sebahagian daripada dasar kerajaan Barisan Nasional bagi menjaminkan hak keistimewaan rakyat Sarawak dan Sabah terus terpelihara tanpa boleh dicabar oleh mana-mana pihak. Apakah ini juga pihak Anwar Ibrahim tidak nampak?
Seterusnya mengenai Perkara ke-3 dalam Deklarasi Kuching, lebih baik kita rujuk kepada Perkara ke-10 "Kewarganegaraan" dalam Perjanjian 18/20 Perkara Sarawak dan Sabah, nyata sekali janji yang ke-3 dalam Deklarasi Kuching itu sangat mirip kepada Perkara ke-10 yang telah lama termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Jadi, apakah muslihat sebenar pihak Anwar Ibrahim dan juga Pakatan Pembangkang membangkitkan isu ini?
Perkara ke-4 Deklarasi Kuching oleh Anwar Ibrahim serta Pakatan Pembangkang juga nyata telah menceduk idea tuntutan Sarawak dan Sabah yang terdapat pada Perkara ke-20 "Tanah, Hutan & Kerajaan Tempatan" dalam Perjanjian 18/20 Perkara Sarawak/Sabah. Dan semua yang disebut mengenainya telahpun dipersetujui oleh pihak di Sarawak dan Sabah sebelum bersama Semenanjung Malaysia menubuhkan negara Malaysia, jadi apakah niat di sebalik kesungguhan Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang mengusik sesuatu yang didokumenkan dalam Perlembagaan Persekutuan?
Lihat juga kepada Perkara ke-5 dalam Deklarasi Kuching, bukankah itu telah digesa sebagaimana yang disebut di dalam Perkara ke-8 "Borneosation" dalam Perjanjian 18/20 Perkara Sarawak/Sabah yang mana pihak Semenanjung turut bersetuju agar perkara berkenaan perlu diteruskan secepat mungkin. Kerajaan Barisan Nasional sudah lama memenuhi tuntutan ini namun hanya pihak Anwar Ibrahim serta Pakatan Pembangkang yang tidak peka mengenainya.
Seterusnya kita lihat kepada Perkara ke-6 dalam Deklarasi Kuching, Anwar Ibrahim dan juga semua pemimpin dalam Pakatan Pembangkang sepatutnya melupakan saja tuntutan ini keraja isu royalty minyak kini telahpun jatuh ke dalam tangan pihak Barisan Nasional dan isu mengenai royalty 20 peratus itu sedang dalam perbincangan pada peringkat tertinggi antara kerajaan Barisan Nasional Sarawak dengan Sabah sebelum dibawa kepada Perdana Menteri untuk mendapatkan keputusan serta kelulusan.
Dan Perkara yang ke-7 pada Deklarasi Kuching itu, Perkara ini sama saja bunyinya dengan Perkara ke-2 dalam Deklarasi tersebut iaitu merujuk balik kepada Perkara ke-12 dalam Perjanjian 18/20 Perkara Sarawak/Sabah yang sudah 49 tahun termaktub kemas di dalam Perlembagaan Persekutuan sejak kewujudan Malaysia lagi. Dan saya tidak melihat di mana keperluan untuk diisi dengan ketetapan seumapama itu sepertimana yang diumumkan oleh Anwar Ibarahim dan Pakatan Pembangkang kerana kerajaan Barisan Nasional selama inipun sangat menitik berat perkara-perkara sedemikian.
Apa yang lebih menggerunkan pada Deklarasi Kuching itu ialah ada di Perkara yang ke-2, kalau diterjemahkan dengan lebih luas dan panjang lebar lagi maksud yang tersirat di sebalik perkara berkenaan ianya lebih kepada niat tidak baik iaitu mereka seolah-olah sedang mensasarkan kepada Perkara ke-6 "IMIGRESEN" di dalam Perjanjian 18/20 Perkara Sarawak/Sabah dan samada mereka mahu memansuhkan perkara tersebut kerana jika ditakdirkan Pakatan Pembangkang berkuasa pasti akan menyukarkan pergerakan mereka untuk berulang-alik dari Sarawak/Sabah ke Semenanjung dan sebaliknya.
Dan diharapkan supaya rakyat Sarawak tidak akan mudah terpedaya dengan helah terbaru pihak Pakatan Pembangkang ini...
Label:
deklarasi kuching
..pulak dah!!! ANTI vs ANTI ..cukup2lah tu! yang sudah tu sudahlah!!
Saya dapati beberapa akaun facebook yang melampau khususnya yang bertujuan untuk menimbulkan kemarahan penduduk Sarawak terhadap pihak di Semenanjung telahpun ditarik balik dari laman sosial tersebut atau dalam erti kata lainnya telahpun dipadamkan.
Terima kasih kepada mana-mana mereka yang telah berusaha sehingga memaksa pemilik akaun facebook berkenaan memadamkan laman facebook yang tidak bertanggungjawab seumpama itu dari terus menjadi "batu api" dalam hubungan Sarawak - Semenanjung Malaysia - Sabah.
TETAPI malang sekali apabila dalam pada waktu facebook Semenanjung ANTI Sarawak begitu ligat mempersenda dan memburuk-burukkan penduduk Sarawak dengan berbagai-bagai gelaran, sudah diwujudkan pula beberapa akaun oleh rakyat Sarawak sendiri sebagai tindakbalas kepada perbuatan tidak bertanggungjawab pemilik akaun facebook Semenanjung ANTI Sarawak sebelum ini.
Adalah diharapkan, semoga dari tindakan menarik balik beberapa akaun facebook milik individu tertentu yang berunsur hasutan, fitnah melamapau terhadap Sarawak dan rakyatnya dari laman sosial berkenaan maka begitu jugalah harapan kita semua agar mana-mana rakyat Sarawak atau mereka yang berkepentingan juga harus berbuat demikian, tarik balik atau padam terus apa jua akaun yang seumpama itu yang sama sekali tidak sepatutnya dibuat.
Dan demi perpaduan masyarakat dalam negara kita, demi perpaduan nasional adalah amat diharapkan supaya jangan ada lagi perkara-perkara sebegini wujud di kalangan sesama kita !

facebook
Ahad, September 16, 2012
Anwar Ibrahim dikejar 16 September, kini Anwar lari ke Petrajaya Kuching !

Walaupun kemudiannya Singapura ditendang keluar dari Malaysia dan hanya Sabah dan Sarawak yang kekal namun negara ini terus mara ke hadapan dengan berbagai bentuk kemajuan berjaya diraih dan dicapai hasil kepimpinan oleh sebuah kerajaan yang sangat bertanggungjawab dalam membangunkan negara hingga membawa Malaysia sampai kepada tempat yang ada pada hari ini. Syabas kepada kerajaan Barisan Nasional !!!.
Namun apa pula ceritanya dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, PKR, PAS dan DAP? Mereka yang sebelum ini sangat tertunggu-tunggu akan kehadiran tarikh 16 September bermula dari tahun 2008, lepas tu pada tahun 2009, kemudian 2010, dan seterusnya pada 2011 tapi niat mereka semata-mata untuk merampas dengan cara paksa pusat pentadbiran negara daripada Barisan Nasional iaitu sebuah kerajaan yang dipilih secara sah oleh majoriti rakyat melalui pilihanraya demokrasi.
Tahun demi tahun, tarikh 16 September sentiasa datang dan pergi setiap tahun tetapi apakah pihak Pakatan Haram Pembangkang tidak sedar bahawa sesebuah kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat menerusi pilihanraya bebas memang amat sukar untuk dicabar biar dengan apa cara sekalipun kecuali melalui pilihanraya yang diadakan pada setiap lima tahun sekali dan itupun sekiranya majoriti rakyat menolak kerajaan sedia ada tetapi jika sebahagian besar rakyat negara ini terus memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional, ini bermakna pihak Pakatan Pembangkang harus kena terima keputusan yang telah dibuat oleh majoriti rakyat negara ini.
16 September sepatutnya Anwar Ibrahim serta konco-konconya bersiap-sedia berbaris ditepi jalan sepanjang laluan ke Putrajaya untuk diisytihar sebagai Perdana Menteri Malaysia dan seterusnya menubuhkan sebuah kerajaan yang esoknya akan menurunkan semua harga barangan keperluan termasuk harga petrol, harga kereta, menghapuskan semua jenis cukai, tol segala tol, memberi pendidikan percuma, air percuma, elektrik percuma dan bukannya lari ke Sarawak pada tarikh yang menjadi sasaran mereka selama ini.
Label:
16 september
Sabtu, September 15, 2012
Sarawak sebelum penubuhan Malaysia 49 tahun yang lalu..
Serba sedikit tentang sejarah pertengahan Sarawak sebelum bersama-sama dengan Malaya, Sabah dan juga Singapura yang bergabung untuk membentuk sebuah negara persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 iaitu 49 tahun yang lalu.
Sebelum kedatangan pelayar Inggeris bernama James Brooke ke wilayah Sarawak pada 15 Ogos 1839, negeri ini telahpun di perintah oleh kerajaan Brunei sejak berabad-abad lamanya. Kisah bermulanya James Brooke mendapat kuasa untuk memerintah Sarawak ialah selepas beliau menerima tawaran daripada kerajaan Brunei ketika itu untuk menangani pemberontakan kaum Iban yang menentang pemerintahan beraja oleh Brunei di Sarawak.
James Brooke ditawarkan dengan beberapa wilayah Sarawak yang dikuasai oleh Brunei sekiranya beliau berjaya mengekang kemaraan serangan oleh para pemberontak suku Dayak Iban yang berterusan mensasarkan kepentingan kerajaan Brunei di Sarawak. Bagai orang yang sedang mengantuk disorongkan bantal, James Brooke dengan lapang dada menerima tawaran berkenaan dan berjaya dalam tindakbalasnya melawan kebangkitan para penentang kaum Iban.
Sebagai membalas jasa James Brooke yang berjaya mengawal keadaan, pemerintah Brunei telah menyerah beberapa wilayah kepada James Brooke dan ini dilaku bagi memenuhi janji Brunei kepada James Brooke sebelum itu. Dan begitulah terjadi seterus apabila keadaan mendesak sehingga pemerintah Brunei terpaksa melepaskan banyak lagi wilayah yang mereka kuasai kepada James Brooke setelah gagal bertahan dari serangan dari pemberontak Iban ketika itu.
James Brooke dan keturunannya berada di Sarawak selama lebih seratus tahun di mana keluarga Brooke telah diangkat sebagai Raja Putih dikenali sebagai Rajah Brooke. Pada tahun 1941, tentera Jepun telah mendarat di Pulau Borneo dan menyerang Sarawak dan terus menguasainya sehingga pada perang dunia yang ke-2. Tahun 1945, tentera Jepun telah menyerah kalah ekoran pengeboman dua bandar utama di Jepun iaitu bandar Hiroshima dan Nagasaki oleh tentera bersekutu yang diketuai oleh tentera Amerika Syarikat dan tentera Australia.
Selepas berakhirnya perang dunia kedua, Sarawak tidak ditadbir oleh pemerintah yang tetap namun peranan itu kemudiannya telahpun diambilalih oleh British Borneo Civil Affairs Unit dan tentera Australia diberi tugas untuk mengawal selia sebelum Sarawak di serahkan kepada kerajaan British. Selepas itu, Sarawak mendapat status negara merdeka daripada kerajaan British pada 22 Julai 1963 iaitu sebulan setengah sebelum berlakunya pembentukan negara Malaysia.
Pada 16 September 1963, Sarawak bersama dengan Malaya, Sabah dan juga Singapura telahpun bersatu membentuk satu negara persekutuan yang kini dikenali sebagai Malaysia. Sejarah ini telah membuktikan bahawa Sarawak sebenarnya bukanlah mendapat kemerdekaan daripada kerajaan keluarga Brooke ataupun dari pemerintah keluarga Di Raja Brunei sepertimana yang dikatakan oleh sesetengah pihak tetapi kemerdekaan Sarawak adalah diperolehi daripada kerajaan British.
SELAMAT MENYAMBUT DAN MERAYAKAN HARI MALAYSIA YANG KE-49 TAHUN!!!

hari malaysia
Kami sayangkan Sarawak sama seperti kami sayangkan Malaysia !

Sarawak Tanah Air Ku..
Negeriku Tanah Air Ku Sarawak..
Engkaulah Tanah Pusaka Ku..
Tanah Tumpah Darah Ku..
Ibu Pertiwiku..
Rakyat Hidup Mesra Dan Bahagia...
Damai Muhibbah Sentiasa...
Bersatu Berusaha Berbakti...
Untuk Sarawak Ku Cintai...
Sarawak Dalam Malaysia..
Aman Makmur Rahmat Tuhan Maha Esa..
Kekalkan Sarawak Bertuah..
Teras Perjuangan Rakyat..
Berjaya Berdaulat..
Kami cuma mahu pihak kerajaan khususnya pihak yang berwajib supaya melihat perbuatan sesetengah orang di negara ini yang sengaja cuba membangkit perasaan marah rakyat Sarawak dengan mewujudkan berbagai-bagai seperti laman web juga akaun di facebook yang ANTI-Sarawak sebagai satu kesalahan yang harus segera ditangani secepat mungkin.
Laman seperti Semenanjung ANTI Sarawak dan lain-lainnya yang bersifat memusuhi rakyat negeri Sarawak harus patut segera dihapuskan dan tahan mereka ini dengan kadar segera agar tindakan tegas boleh dikenakan ke atas mereka yang tersebut. Hentikan segera kenyataan-kenyataan yang boleh menyinggung serta mengguris hati dan perasaan rakyat Sarawak.
49 tahun sudah Sarawak bersama dengan Malaysia dan dalam masa itu sudah banyak juga hasil mahsul dari Bumi Kenyalang yang berbentuk sumbangan negeri Sarawak diagihkan kepada kerajaan pusat dan juga menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar dan dalam masa itu kami tidak pernah terpikir hendak menuntut sesuatu yang amat mustahil dicapai daripada kerajaan Malaysia namun kami mahu agar setiap perbuatan yang telah nyata mengeji rakyat di Sarawak perlu segera dihentikan.
Label:
hna sarawak
Jumaat, September 14, 2012
Rakyat Sarawak tidak boleh lagi terima ini sebagai satu gurauan !!!
Sudah berminggu-minggu malahan telah berbulan-bulan lamanya kegiatan memburuk-buruk, menghina, mengaib serta mencaci orang Sarawak dilakukan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab, pengecut dan bacul di dalam laman facebook aktif bebas sebebasnya tanpa sebarang tindakan sewajarnya diambil oleh pihak yang berwajib untuk menghalang perbuatan yang boleh meruntuhkan kesatuan negeri-negeri yang bernaung di dalam Persekutuan Malaysia.
Beberapa pemimpin kerajaan Barisan Nasional di Sarawak hanya bercakap, bercakap, bercaaaaaaaaakaaaap saja pasal isu ini tanpa mahu berbuat sesuatu. Setiap kali diajukan soalan berkaitan oleh warawan tentang isu ini mereka hanya menjawab "oh, kita serahkan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menjalankan siasatan, bla, bla, bla, bla, bla.."
Pemimpin BN Sarawak ini macam tidak maklum pula bahawa siasatan hanya boleh dilakukan sekiranya ada laporan yang di buat tetapi bagaimana mereka semacam tidak tahu tentang prosedur siasatan. Kena buat laporan polis dulu macam pemimpin di Sabah buat laporan polis terhadap blog Suara Keadilan semalam yang menghina tarian sumazau suku kaum Kadazan, lalu polis akan buka kertas siasatan dan bukannya hanya bercakap, "oh kita kesal, kita marah sangat dengan orang yang hina, kutuk rakyat Sarawak dalam laman facebook."
Pemimpin BN Pusat juga lebih kurang sama, kalau pemimpin BN di Sarawak cuma pasrah dan menyerah kepada SKMM mengenai penghinaan terhadap penduduk Sarawak ini, pemimpin BN Pusat pula hanya berpeluk tubuh, membisu seribu bahasa...tiada sebarang ulasan...no komen! Nak tunggu sampai jadi macamana lagi baru mereka ini mahu bertindak. Kita tidak mahu akan berlaku keadaan yang tidak terkawal sekiranya perbuatan mengutuk, mencaci atau mencerca kami rakyat Sarawak dalam media sosial dibiarkan berlanjutan tanpa tindakan tegas menghentikan perbuatan tidak bertamadun seumpama itu.
Rakyat Sarawak bukan saja telah dihina sebegitu buruk sekali sebagai satu masyarakat yang terkeji dalam Malaysia tetapi ditambahkan lagi dengan tanggapan sesetengah orang luar bahawa kami penduduk Bumi Kenyalang hanya tahu mengukur kemajuan negeri Sarawak dengan kewujudan restoran McDonald di beberapa buah bandar di negeri ini.
Kami sangat tersinggung, sangat terhiris hati apabila kami telah dinilai dengan sebegitu hina sekali oleh orang luar. Kami di sini lebih bersyukur dengan apa yang kami ada. Kami juga tidak berhak untuk menentu pergerakan mana-mana warga Bumi Kenyalang yang bekerja di luar Sarawak tetapi kami juga sebagaimana warga negeri-negeri lain yang ada di Malaysia, kami tidak rela dan sama sekali tidak akan membiarkan barang siapa yang mahu menjadikan Sarawak serta penduduknya sebagai bahan gurauan dan ejekan walau dalam apapun jua media!

hina sarawak
William & Kate: Sarawak disisihkan dari lawatan 4 hari ke Malaysia !
Esok bermulalah lawatan selama dua hari pewaris takhta Britain Putera William serta pasangannya Kate Middleton ke negeri Sabah. Keduanya akan melawat beberapa tempat menarik di negeri tersebut. Sarawak tidak tersenarai dalam lawatan empat hari pasangan Di-Raja itu ke Malaysia, entah kenapa...tetapi kalau diikut sejarahnya Sarawak juga adalah sebahagian daripada negeri yang pernah ditadbir oleh kerajaan British satu ketika dulu tetapi mengapa Sarawak dipinggirkan dalam lawatan bersejarah itu hanya kerajaan persekutuan yang ada jawapannya.
Rakyat Sarawak sebenar sangat terkilan dengan layanan berat sebelah kerajaan Pusat berkaitan dengan lawatan 4 hari Putera William dan Kate Middleton ke negara ini, dua hari keduanya di Semenanjung Malaysia dan dua hari juga keduanya di Sabah, jadi Sarawak ini apa adanya? Kenapa Sarawak disisihkan? Kami tahu bahawa jadual serta atur cara lawatan pasangan Di Raja itu telahpun diatur oleh pihak tertentu di Semenanjung Malaysia dan oleh kerana itu, maka begitulah yang terjadi !

putera william dan kate
Video Bicara Kampus TV1 yang meranapkan nilai2 Integrasi Nasional !
(maaf, video gagal dimuatnaik)
Tetapi amat malang sekali, apabila impak daripada kegagalan dua daripada tiga ahli panel berkenaan iaitu saudara Mohd. Yusri Hidrus dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi pihak Semenanjung Malaysia serta saudari Fitrianoviani Hj Khalid dari Universiti Sarawak Malaysia (Unimas) bagi pihak Sarawak untuk berhujah dengan sempurna kini telah menambahkan lagi perasaan terguris rakyat Sarawak berikutan kenyataan-kenyataan yang disebut oleh kedua-dua ahli panel berkenaan tentang Sarawak serta penduduknya terutama oleh Mohd. Yusri Hidrus yang nyata tidak berselindung meluahkan tanggapan serongnya mengenai rakyat Bumi Kenyalang.
Apa yang sangat dikesali terhadap wakil dari Sarawak ini, Fitrianoviani Hj. Khalid ialah apabila beliau gagal mempersiapkan diri sebelum masuk studio dengan fakta-fakta yang betul mengenai Sarawak. Beliau seorang mahasiswa tetapi beliau gagal berhujah dengan baik malahan beliau kelihatan lebih cenderung untuk menyetujui apa yang dikatakan oleh Mohd. Yusri Hidrus dalam beberapa perkara sedangkan yang sewajarnya iaitu pada prinsipnya beliau patut mempertahankan hak-hak Sarawak dalam persekutuan Malaysia dan bukannya terus mengiyakan hujah yang disampaikan oleh Mohd. Yusri itu secara membuta-tuli.
Cuma apa yang kita harap dari insiden ini ialah semua pihak terutamanya pihak RTM perlu sangat mengambilnya sebagai satu iktibar. Beringat sebelum kena. Buat penapisan terlebih dahulu sebelum mengundang tetamu ke studio dan ingat bahawa siaran yang bakal mereka siarkan nanti bukannya hanya ditonton oleh keluarga RTM atau Datuk Seri Utama Rais Yatim saja malah akan ditonton oleh sebahagian besar rakyat Malaysia dan sudah tentu mereka yang menontonnya kelak ada kesimpulan mereka masing-masing tentang sesuatu program tv yang mereka tonton.
Rumusan yang boleh saya buat berkenaan dengan program Bicara Kampus "Integrasi Nasional" TV1 awal minggu ini ialah bahawa dianya telahpun GAGAL! Gagal kerana bukan saja telah mengundang konroversi yang tak masuk dek akal malahan kelihatannya telah mulai meranapkan nilai-nilai integrasi kebangsaan itu sendiri yang sepatutnya dipertingkatkan namun perkara sebaliknya pula yang telah berlaku.
Label:
bicara kampus
Liwat II: Anwar sudah bersih? Sumpah belum lagi., ujian DNA juga belum !?

Alasan penarikan balik saman oleh Anwar Ibrahim terhadap Mohd. Saiful itu adalah kononnya kini beliau telah bersih... bersih? Macam mana nak bersih ye, lawan sumpah laknat daripada Mohd. Saiful belum pernah lagi, menjalani ujian DNA juga belum...apatah melakukan ujian polygraph sebagaimana yang dicadang oleh ramai orang orang termasuklah YB Khalid Samad.
Tetapi seingat kitalah, keputusan yang dibaca oleh hakim mahkamah tinggi pada 9 January 2012 awal tahun ini hanyalah satu keputusan terpaksa yang dibuat setelah kesilapan teknikal berlaku dan tidak pernah pula menyebut tiada terjadinya kegiatan seks luar tabiee.
Label:
kes liwat II
Khamis, September 13, 2012
Tatoo: Julia Perez pula timbulkan kemarahan umat Islam di Indonesia
Jika sebelum ini seorang artis dari Barat, Erikah Badu telah membangkitkan kemarahan orang-orang Islam di Malaysia dan juga di Indonesia ekoran satu tatoo berbentuk Kalimah Allah yang terdapat di bahagian bahu serta buah dadanya, kini timbul pula satu lagi kontroversi di Indonesia apabila seorang lagi artis wanita kelahiran negara berkenaan, Julia Perez membuat tatoo di bahagian belakang tubuhnya.
Kalau Erikah Badu memasang tatoo dengan tulisan Arab Kalimah Allah di bahagian depan, Julia Perez pula telah memasang tatoo juga dengan tulisan Arab berbunyi "Haiyya 'alal falah'" yang membawa maksud "Marilah meraih kemenangan" yang dipercayai diambil dari ayat-ayat yang terdapat di dalam kitab Suci Al Quran.
Perbuatan tidak bertanggungjawab Julia Perez itu telah mengundang kebangkitan rasa marah rakyat Indonesia terutama sekali mereka daripada golongan ulama yang segera mengecam perbuatan Julia itu.

Julia porn
Rabu, September 12, 2012
Bas ini bergerak ikut Lebuhraya & Jalanraya yang kerajaan BN bina !

Mereka ini menggunakan sepenuhnya kemudahan awam yang kerajaan Barisan Nasional buat untuk rakyat. Bawa bas ikut jalanraya dan lebuhraya yang kerajaan BN buat dan kemudian mereka kutuk balik BN, tuduh BN tipu rakyat, tipu ini itu, tuduh tipu sana tipu sini.
BN guna wang rakyat untuk digunakan membangun segala jenis bentuk kemudahan serta infrastruktur yang akhirnya akan pulang semula kepada rakyat juga tetapi pihak PR mahu terus memperbodohkan rakyat.
Kalau kerajaan BN tak buat jalan bagus dan rata mana mungkin PKR mahu bawa Bas keliling satu Malaysia adakan kempen memburukan balik kerajaan Barisan Nasional, ini pihak yang bertanggungjawab membina kemudahan jalanraya untuk Bas PKR turut bergerak sama dengan kenderaan-kenderaan lain.
Label:
bas
Selasa, September 11, 2012
Bicara Kampus: rakyat Sarawak tak usahlah cepat melatah !!!
Semalam RTM menerusi saluran TV1nya telah menyiarkan secara langsung sebuah rancangan berbentuk ilmiah sebenarnya namun telah membincangkan isu nasional atau yang berkaitan dengan perpaduan rakyat Malaysia bertajuk "Integrasi Nasional."
Tiga ahli panel yang diundang ke studio adalah (1) Encik Jamawi Jaafar (Exco Pemuda UMNO Malaysia) mewakili Sabah, (2) Mohd. Yusri Idrus (Mahasiswa UKM) mewakili Semenanjung Malaysia dan (3) Ftirianoviani Bt, Haji Khalid (Mahasiswi Unimas) mewakili Sarawak.
Semalam saya juga ada mengikuti siaran program tersebut dan sebagai rakyat Sarawak saya memang berminat untuk tahu apa pandangan ketiga-tiga ahli panel berkenaan perkara yang dibangkit iaitu Integrasi Nasional dan mahu tahu apakah sebagai seorang mahasiswa, orang yang terpelajar mereka dapat memahami erti sebenar integrasi nasional jika diterjemahkan ke dalam konteks masyarakat Malaysia pada hari ini.
Semalam juga saya secara peribadinya dapat mengklasifikasikan hujah-hujah ketiga-tiganya bersandarkan kepada apa yang ada pada pengetahuan masing-masing bagi melerai makna disebalik perkataan Integrasi Nasional. Penilaian saya begini, Encik Jamawi Jaafar telah ke depan dengan hujah-hujah berfakta sehingga terkesan di hati saya, sementara Mohd. Yusri Idrus pula hanya berpadukan kepada persepsi beliau semata-mata manakala Fitrianoviani Binti Haji Khalid pula seakan gagal mengingat fakta sejarah hingga teragak-agak untuk menyampaikan maksud.
Tapi semalam juga menyaksikan Mohd Yusri Idrus telah tersasar sebenarnya dari apa yang sepatutnya mereka bincangkan apabila beliau tersasul membangkitkan perkara-perkara yang agak sensitif hingga saya melihat beliau belum matang walaupun pada waktu itu status beliau adalah seorang mahasiswa iaitu seorang yang terpelajar dan terdidik. Bagaimanapun saya tidak akan terhiris dengan apa yang beliau kata tentang Sarawak dan rakyatnya kerna saya sedar beliau belum kenal betul akan Bumi Kenyalang serta penduduknya.
Saya katakan itu pada tika di mana Mohd. Yusri Idrus ada menyebut berkenaan dengan royalty minyak sebanyak 5% untuk Sabah dan Sarawak, peluang kerja di Sarawak yang diisi oleh pekerja dari luar seperti dari Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan juga peruntukkan-peruntukkan yang tidak seimbang yang diberikan oleh kerajaan pusat antara Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah. Di situ saya melihat belum matang sebenarnya dan harap rakyat Sarawak mempertimbangkan ini dengan sebaik mungkin. Kita rakyat Sarawak juga tak perlulah tergopoh-gapah dalam menentukan sesuatu tindakan itu kerana jika kita bertindak dalam diri sedang dikuasai emosi, bukan kebaikan yang kita dapat melainkan kerugian.
Rakyat Sarawak perlulah melihat apa yang dikatakan oleh Mohd. Yusri Idrus itu semalam hanyalah satu bentuk pandangan beliau seorang dan bukannya mewakili keseluruhan warga negara yang ada di Semenanjung Malaysia. Kita juga perlu tahu bahawa tidak semua mereka yang ada di Semenanjung Malaysia yang bersetuju dengan kenyataan Mohd. Yusri Idrus itu dan apa perlunya untuk kita mahu pihak di Sarawak membubarkan persekutuan negara ini semata-mata marah kepada Mohd. Yusri Idrus seorang?
Kita kena matang juga, tak payahlah cepat-cepat nak melatah dengan apa yang berlaku...Sayangilah Malaysia ini seadanya dan pertahankan kemakmuran dan keharmonian negara yang telah kita kecapi ini sedaya upaya yang kita mampu !

Isnin, September 10, 2012
Tangan Dajjal di lautan Filipina keluar dari bawah bumi Jepun ?
Cuba perhatikan betul-betul pada satu lembaga yang menyerupai satu tangan bawah laut di sebelah utara negara Filipina. Ianya seakan-akan satu tangan yang keluar dari bawah bumi negara Jepun. Imej dari satelit.
Apakah ini antara petanda akhir zaman atau saat turunnya Dajjal ke muka bumi untuk terus menyesatkan manusia sebelum berlakunya kejadian hari kiamat kelak ?
Apakah ini antara petanda akhir zaman atau saat turunnya Dajjal ke muka bumi untuk terus menyesatkan manusia sebelum berlakunya kejadian hari kiamat kelak ?
Label:
tangan dajjal
Sabtu, September 08, 2012
Lucutkan saja taraf kerakyatan mereka yang cuba menukar Jalur Gemilang !
Jika kerajaan benar-benar mahu perbuatan biadap dan terkutuk seperti yang pernah dilakukan oleh beberapa individu pada malam Ambang Merdeka 30 Ogos 2012 di mana selain insiden memijak potret Perdanna Menteri Datuk Seri Najib dan juga gambar Datin Seri Rosmah mereka juga turut bertindak melampau apabila tergamak mengibar bendera lain bagi menggantikan Jalur Gemilang, maka kerajaan kena betul-betul bertegas terhadap pengkhianat negara ini.
Tindakan yang paling sesuai untuk dikenakan terhadap para pengkhianat negara seperti dalam gambar di atas adalah lucutkan taraf kerakyatan mereka selaku warganegara ini dan seterusnya singkirkan saja mereka daripada bumi Malaysia ini.
Kita tidak mahu akan lebih banyak lagi perkara-perkara yang memalukan negara ini dilakukan oleh puak-puak ini, mereka harus disedarkan tentang tanggungjawab semua rakyat terhadap negara ini dan bukannya dibiarkan untuk terus menghuru-harakan keamanan di dalam negara ini. Ambil tindakan yang tegas semaksimum mungkin yang boleh terhadap para pengkhianat negara seperti mereka ini

pengkhianat
Jumaat, September 07, 2012
Ulang tahun Harijadi ke - 91 TYT Sarawak Tun Abg Hj Muhd Salahuddin

Tun Abang Haji Muhammad Salahuddin dilahirkan pada bulan Ogos 1921 di Kampung Nangka Sibu dan merupakan anak lelaki tunggal kepada mendiang Abang Barieng bin Abang Anyut serta mendiang Dayang Temiang binti Abang Mansor datang daripada keturunan Abang dalam masyarakat Melanau zaman silam.
Sebelum dilantik sebagai Tuan Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-3 pada 2 April 1977 beliau adalah seorang penganut agama Kristian Katholik dan kemudiannya memeluk agama Islam bersama-sama isteri pertamanya Allahyarhamah Toh Puan Hajjah Umi Kalthom atau Umeng dan turut disertai oleh beberapa orang ahli keluarga mereka.
Beliau mengakhiri tempoh perkhidmatannya sebagai TYT Sarawak ke-3 pada tahun 1981 dan digantikan oleh bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub bagi jawatan TYT Sarawak ke-4. Dan pada 5 Disember 2000, Tun Salahuddin sekali lagi dipilih untuk memegang jawatan TYT ke-6 bagi menggantikan Tun Ahmad Zaidi Adruce Mohd Nor yang meninggal dunia ketika berkhidmat sebagai TYT Sarawak yang ke-5.
Semasa zaman mudanya iaitu sebelum dilantik sebagai TYT Sarawak, Tun Salahuddin banyak melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan dan amal di negeri ini malahan beliau merupakan antara pejuang kebebasan negeri Sarawak daripada penjajah British dan memainkan banyak peranan dalam usaha pergabungan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia dan juga negeri Sabah untuk pembentukan sebuah negara berdaulat yang kemudiannya dikenali sebagai Malaysia.
Selamat Ulang Tahun ke-91 Tun, semoga terus dikurniakan dengan kesihatan yang baik dan juga kebahagiaan yang berpanjangan...
Label:
TYT Sarawak
Nurul & Bintulu: ada rakyat Sarawak tak faham apa yang cuba disampaikan Nurul Syuhada !
Saya melihat kepada apa yang diucapkan oleh pengacara TV3 Nurul Syuhada Nurul Ain pada malam sambutan Ambang Merdeka hujung bulan lalu (merujuk kepada isu Bintulu daif) sebenarnya isu menjadi hangat oleh kerana kegagalan pihak-pihak tertentu di Sarawak untuk memahami apa yang cuba Nurul sampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Pada malam tersebut Nurul cuba menyingkap kembali keadaan di Bahagian Bintulu pada satu ketika dulu yang memang berkeadaan seperti apa yang beliau sebut namun selepas itu beliau cuba pula untuk mengajak para penonton melihat keadaan pembangunan yang pesat di bahagian khususnya di bandar serta di sekitar Bintulu pada masa ini dan niat beliau adalah baik tetapi malangnya apa yang cuba beliau ketengahkan tentang Bintulu telahpun disalah ertikan oleh sesetengah pihak hingga menjadi isu besar.
Kepada Nurul Syuhada Nurul Ain, kami memohon maaf kepada anda atas isu ini dan tidak semua daripada kami berpikiran sama dengan pihak-pihak yang agak kurang memahami apa yang telah pihak anda serta TV3 cuba sampaikan pada malam Ambang Merdeka tempoh hari dan harap isu ini tidak akan diperpanjangkan oleh pihak-pihak berkepentingan di Sarawak.

nurul syuhada
Selasa, September 04, 2012
Ketuhanan Nabi Isa as: tolong terjemahkan Ayat 79 Surah al-Baqarah untuk saya ke dalam Bahasa Melayu !
Saya ingin memohon jasa baik para pembaca khususnya orang-orang Islam yang sekiranya ada terbaca tulisan ini untuk menterjemahkan maksud satu Ayat dari Kitab Suci Al Quran iaitu yang dikatakan ada menyebut tentang ketuhanan Nabi Isa a.s atau Yesus Kristus sepertimana yang diimani oleh umat Kristian sehingga kini.ke dalam bahasa Melayu.
Jujur saya katakan bahawa saya ingin sekali mengetahui tentang kebenaran di sebalik kepercayaan kami orang Kristian bahawa Yesus Kristus itu anak Allah dan saya tertarik sekali berkenaan dengan satu debat agama oleh seorang bekas penganut agama Kristian dari mazhab Protestant iaitu saudara Syamsul Arifin Nababan atau dulu namanya adalah Bernard Nababan berketurunan Batak Indonesia dengan beberapa orang pemimpin Kristian di Indonesia berhubung dengan kelahiran, kematian serta ketuhanan Nabi Isa a.s ini.
Didalam debat itu saudara Syamsul Arifin Nababan ada membangkitkan bagaimana kesedaran beliau tentang ketuhanan Nabi Isa telah menimbulkan keraguan buat dirinya sebaik beliau membaca satu ayat dari Al Quran iaitu dalam Surah Al-Baqarah Ayat 79. Dan begitu juga dalam Surah An Nisa serta Surah Al Imran di dalam Al Quran yang dikatakannya Al Quran membela Nabi Isa a.s apabila mengakui bahawa Nabi Isa a.s atau Yesus Kristus sebenarnya tidak disalib tetapi telah diangkat ke langit dan yang disalib adalah seorang yang telah diserupakan wajah sama dengan wajah Nabi Isa a.s
Jika di dalam Injil Markus fasal 13 Ayat 32 di mana di situ ada mengisahkan bagaimana Yesus sendiri saat ditanya oleh orang Saduki tentang hari Kiamat Dia tidak tahu bila ianya akan berlaku. Ini telah menimbulkan satu tanda tanya...bagaimana boleh seorang Tuhan tidak tahu tentang bila tarikh akan berlakunya hari Kiamat jika benar Dia anak Tuhan. Begitu juga di dalam Injil Markus fasal 12 Ayat 28 dan Ayat 29 di mana Yesus telah menyebut bahawa Allah itu Esa bermakna tiada dua mahupun tiga.

Injil atau Al Quran
Jumaat, Ogos 31, 2012
Video kaum pendatang pijak kepala Perdana Menteri kita !
Layakkah lagi kumpulan dari kaum pendatang seperti dalam video di atas ini memegang status sebagai warganegara Malaysia? Wajarkah lagi mereka dari kaum pendatang yang amat tidak bertamadun ini duduk dan tinggal dalam negara kita?
Walaupun mungkin bukan semua kaum ini yang berkelakuan seperti itu namun apa yang kaum pendatang ini buat terhadap potret biarpun hanya sekadar sekeping potret tetapi biadap seperti itu telahpun melukakan hati seluruh kaum Bumiputera, Melayu yang menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak.
Kita sangat malu dan kesal kerana kejadian itu telah dilakukan oleh mereka mengaku rakyat Malaysia yang kononnya bersih dan lagi menggunakan perkataan "BERSIH" sebagai tag pada perhimpunan haram mereka tetapi bertindak lebih jijik dari najis sampai serta bangkai.
Jelajah MeliwatRakyat: janggut panjang tidak bermakna akalpun panjang!!

Sudah banyak kali orang tua ini melibatkan diri dalam kegiatan tidak sihat pembangkang untuk menentang kerajaan. Semua yang dibuat oleh kerajaan tiada yang betul di mata orang tua ini. Memang iya, memang kerajaan BN tidak memiliki "kuasa ajaib" atau "batu ajaib" seperti yang dimiliki oleh pihak Pakatan Haram Pembangkang yang bila hari ini jadi kerajaan esok secara otomatik harga minyak dan harga lain-lain barang akan turun semua jadi 1 sen malah bayaran tol, segala jenis cukai akan turut terhapus dengan sendirinya.
Tetapi orang tua ini tidak pernah mahu membuka mata, hati dan akal untuk melihat bagaimana kesungguhan kerajaan BN yang diterajui oleh Datuk Seri Najib semenjak beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Pak Lah bekerja keras menunaikan kewajipan beliau serta rakan-rakan dalam kabinet untuk memenuhi janji-janji mereka sebelum ini kepada rakyat dan negara dan ini semua kerajaan BN lakukan kerana mereka tiada "kuasa silap mata" sebagaimana yang ada pada Pakatan Pembangkang yang janji mereka boleh mengubah apa jua keadaan hanya dalam tempoh sekelip mata saja.
Label:
a. samad said
Khamis, Ogos 30, 2012
HUDUD: Abby Elite bertekak dengan Dr Maza dalam Twitter !
Ustazah Terjun PAS, Abby "Elite" Abadi mengajar anak itik berenang. KLIK
Label:
hudud
Rabu, Ogos 29, 2012
Konspirasi terbaru UMNO/BN ! Sumbang mahram pemimpin PR lah pulak..
Jika sebelum ini andaikata ada apa-apa yang berlaku melibatkan mana-mana pemimpin dari Pakatan Pembangkang samada dari DAP, PAS mahupun PKR semua itu akan dituduh sebagai kerja kotor UMNO dan Barisan Nasional kononnya untuk menjatuh dan memalukan pihak mereka.
Lihat dalam beberapa kes terdahulu seperti dalam kes liwat I dan II Anwar Ibrahim, kes Badrol Amin yang ditangkap berkhalwat jam 3 pagi dalam sebuah bilik hotel dengan wanita bukan muhrim dan begitu juga dengan kes video China Doll yang turut melibatkan Anwar Ibrahim beraksi di dalamnya, semuanya diletak atas bahu UMNO dan BN.
Mereka kata itu semua satu konspirasi jahat UMNO dan BN untuk mengenakan pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Pembangkang. Dan kita kena tunggu dalam masa dua tiga hari ini pasti dalam isu terbaru "sumbang mahram" yang melibatkan pemimpin dalam Pakatan pembangkang negeri Pahang, mereka juga nanti akan mendakwa itu semua adalah kerja jahat pihak daripada Barisan Nasional terutamanya UMNO untuk merosakkan imej PR..

KONSPIRASI
Selasa, Ogos 28, 2012
Siapa Semenanjung ANTI Sarawak? ..siasat siapa pemilik laman ini di FB !

Perkara seperti ini memang sangat tidak wajar malah mereka yang tidak bertanggungjawab mewujudkan laman-laman seumpama ini di Facebook patut sedar jika ada sekalipun pertelingkahan kecil maka tak perlulah melibatkan pihak lain, oleh itu diharapkan agar pihak berkuasa, KDN, SKMM, PDRM melakukan siasatan segera berkenaan kewujudan laman-laman seperti di internet.
Jika tidak ditangani dengan segera adalah tidak mustahil ianya akan mendatangkan masalah yang tidak terduga terhadap perpaduan bangsa dan juga perpaduan nasional di Malaysia. Negara kita kini telah mencapai usia separuh abad terbentuk menjadi sebauah negara berdaulat yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia tetapi kenapa masih ada lagi saki-baki golongan perosak keamanan yang terlepas bebas menghasut orang ramai ke arah kemusnahan?
Label:
anti sarawak
Isnin, Ogos 27, 2012
Royalty minyak 5%: PKR marah sangat dah dengan Taib Mahmud & Musa Aman !

Namun setelah sekian lama isu itu dilambung, ditanggung, disepak, ditendang, dilibas, ditanduk oleh pihak pembangkang semata-mata untuk mendapat undi simpati daripada pengundi di Sarawak dan juga Sabah, maka isu itu kini telahpun beralih tangan apabila ianya sudah berada dalam genggeman wakil-wakil rakyat Barisan Nasional dan juga telah disambut oleh Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud dan Ketua MenterI Sabah YAB Datuk Seri Musa Hj Aman.
Isu royalty minyak sebanyak 5% untuk Sarawak dan Sabah mula dibangkitkan oleh beberapa orang wakil rakyat daripada Barisan Nasional pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak bulan lalu dan usul yang dicadangkan oleh ADUN BN itu juga turut mendapat sokongan daripada ADUN-ADUN Pakatan Pembangkang seperti ADUN Ba'Kelalan YB Baruk Bian, ADUN Bukit Assek YB Wong Ho Leng dan ramai lagi.
Pada mulanya pihak dari Pakatan Pembangkang seolah-olah tidak sedar akan impaknya kepada mereka sebaik saja isu royalty minyak 5% jatuh ke tangan ADUN-ADUN BN kerana itu mereka tanpa berfikir panjang dan terus menyatakan sokongan terhadap isu berkenaan yang tiba-tiba dibangkitkan oleh wakil-wakil rakyat yang pro-kerajaan.
Setelah hampir sebulan isu itu ditanggung oleh wakil-wakil rakyat daripada Barisan Nasional, lalu kini menjadi tugas Ketua Menteri Sarawak dan Sabah untuk menguruskannya dan ini telahpun dinyatakan oleh Pehin Sri Taib beberapa hari lalu bahawa kedua mereka sudah bersedia untuk berjumpa dengan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib untuk menbincangkan perkara tersebut khasnya mengenai cadangan meminta kerajaan persekutuan membuat semakan semula terhadap perjanjian royalty minyak 5% dengan kerajaan Sarawak dan Sabah yang dibuat di era pentadbiran Tun Abdul Razak lagi.
Sebaik menyedari pihak mereka kehilangan semakin banyak isu untuk dimainkan pada Pilihan Raya ke-13 nanti, tersentak dengan keadaan itu telah menyebabkan beberapa pemimpin PKR Sarawak merungut dan mengomel serta mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri yang mahu mengadakan rundingan dengan kerajaan pusat mengenai isu royalty minyak sedangkan menurut mereka perkara itu sepatutnya dibangkit sejak dulu lagi dan bukannya sekarang.
Pengerusi PKR Sarawak Cawangan Bintulu, encik Paul Raja juga turut persoalkan kenapa baru sekarang kerajaan negeri Sarawak mahu kerajaan pusat membuat semakan semula tentang royalty minyak. Inilah yang payahnya puak-puak Pakatan Pembangkang ni,,,kerajaan BN mahu membuat atas sesuatu isu yang mereka bangkitkan,,,mereka tak suka pula tetapi kalau kerajaan BN berdiam dan tidak memberi sebarang tindakan terhadap isu yang mereka bangkitkan, akan dipersoalkan juga dan akan dituduh dengan bermacam-macam dakwaan.
Label:
royalty
Ahad, Ogos 26, 2012
Dlm kenangan: Neil Armstrong masuk Islam setelah mendengar seruan Azan di atas bulan ?

Apa yang menarik tentang Neil Armstrong ini ialah cerita tentang beliau yang semasa berada di bulan telah terdengar seruan azan di mana kemudiannya sesudah kembali ke bumi beliau mula mencari makna di sebalik suara itu yang mana akhirnya beliau mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam setelah yakin bahawa suara yang beliau dengar sewaktu di atas bulan pada tahun 1969 adalah Azan yang menyeru umat Islam untuk mendirikan sembahyang.
Tetapi masih ramai juga di kalangan orang-orang Kristian mahupun orang Islam yang kurang jelas dengan kesahihan perkara ini walaupun telah diterangkan sendiri oleh Neil Armstrong ketika lawatan beliau ke Kuala Lumpur pada tahun 2005 dulu. Apa-apapun kita semua tunggu upacara pengkebumian beliau nanti, apakah akan mengulangi peristiwa pengkebumian Raja Pop Dunia Micheal Jakson yang dikebumikan tidak mengikut ajaran agama Islam.
Label:
neil armstrong
Jumaat, Ogos 24, 2012
Mursyidul Am PAS baca Utusan Malaysia dalam Hospital lah...!

Jika sebelum ini mereka dari Pakatan Pembangkang begitu beriya-iya sekali mahu semua pengikut serta penyokong DAP, PAS dan PKR agar memulaukan atau memboikot Utusan Malaysia, jangan membeli apatah lagi membacanya.
Tetapi apa yang kita nampak dari dalam gambar di atas merupakan satu petunjuk bahawa sememangnya pemimpin pembangkang hampir kesemuanya jenis yang 'cakap tak serupa bikin' semua mereka suka buat rakyat jadi keliru...
Label:
nik aziz
Khamis, Ogos 23, 2012
Gempar!!! Sami Buddha sembahyang dalam Masjid bersama orang Isle PAS !

Itu agaknya gambaran mula bagi Slogan Merdeka 55 Tahun negara yang pihak Pakatan Haram rangka tu "SEAGAMA, SEBANGSA, SENEGARA, SEJIWA, SEJENIS" tu...hahaha!!!
Label:
slogan merdeka pr
Rabu, Ogos 22, 2012
Gambar bogel Putera Harry, satu dunia kecoh ! gambar bogel Putera PKR ?

Harap perkara seperti itu takkan berlaku atau menular dalam keluarga atasan di negara kita pula selepas ini sebab jika berlaku juga hanya akan menyebabkan kes-kes mahkamah semakin berlambak dengan kes-kes yang tertangguh...menyusahkan betul...huh!!!
Label:
potret bogel
Buddha di Malaysia dan etnik Islam Rohingya di Myanmar
Pembersihan etnik Islam Rohingya secara terancang, kejam dan zalim oleh para penganut agama Buddha yang turut dibantu oleh pihak berkuasa di Myanmar memang amat bertentangan dengan layanan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia baik pemerintah mahupun pembangkang terhadap pemimpin serta penganut agama Buddha di negara ini.
Di Malaysia penganut agama Buddha mendapat layanan adil serta saksama sama dengan agama-agama lain seperti Islam, Kristian, Hindu dan lain-lain lagi daripada pihak kerajaan malah mereka juga diberikan hak-hak tertentu di dalam menjaga serta memelihara sebarang kepentingan yang berkaitan dengan kepercayaan agama yang mereka anuti.
Tetapi amat malang sekali apabila keadaan sedemikian tidak pernah dikecapi oleh etnik Islam Rohingya yang sekian lama telah mendiami bumi Myanmar yang diperintah oleh sebuah kerajaan dalam negara yang majoriti besar penduduknya menganut agama Buddha. Kehindupan etnik Islam Rohingya amat sukar di Myanmar, pergerakan mereka terbatas dengan ancaman datang dari segenap penjuru yang sentiasa memburu untuk menghapuskan mereka.
Walau pada satu ketika saya kurang percaya dengan apa yang dibaca mengenai nasib kaum Rohingya Islam di Myanmar yang dikatakan ditindas oleh golongan Buddha yang turut disokong oleh pihak berkuasa Myanmar namun setelah membaca lebih banyak maklumat mengenainya barulah kita sedar bahawa apa yang berlaku di Myanmar terutama serangan terhadap orang Islam Rohingya memang benar-benar berlaku dan ini sudah tentu mengingatkan kita betapa bertuahnya orang-orang Buddha yang tinggal di Malaysia walaupun ianya sebuah negara Islam tetapi tetap berlaku adil kepada semua rakyatnya tanpa mengira latar belakang kaum, adat serta agama mereka.

rohinhya
Selasa, Ogos 21, 2012
Perlukah Kelab Anak Derhaka ditubuhkan di negara ini ?

Dan jika ramai yang bersetuju agar satu kelab khusus ditubuhkan bagi anak-anak yang tergamak menderhakai kedua ibubapa mereka, seperti tidak pernah menziarahi orang tua mereka pada hari-hari yang sepatutnya, tidak pernah menyumbang wang ringgit untuk belanja ibubapa masing-masing, menghantar ibubapa ke rumah orang-orang tua dan macam-macam lagi, justeru, siapakah yang difikirkan paling layak dan sesuai untuk mengetuai kelab berkenaan itu nanti?
Label:
Kelab Anak Derhaka
Apa bezanya bendera PAS dengan bendera negara bekas penjajah, Jepun?
Jepun akan sentiasa diingati oleh seluruh penduduk Asia terutamanya penduduk-penduduk di negara Asia Tenggara sebagai sebuah negara penjajah paling kejam dan zalim di muka bumi ini malah menyamai kekejaman serta kezaliman rejim Zionis ketika ini terhadap rakyat Palestine.
Manakala PAS, Parti Islam SeMalaysia pula akan sentiasa dilihat sebagai sebuah parti yang sentiasa menganjurkan perpecahan yang memecahbelahkan perpaduan di kalangan umat Islam di negara ini. PAS menjajah pemikiran orang-orang Islam di negara ini dengan ideologi atau fahaman songsang mereka mengenai Islam apabila sanggup menyamakan politik PAS dengan ajaran Islam malahan tergamak menakut-nakutkan orang Islam lain kononnya mengundi PAS masuk syurga dan jika tidak masuk PAS bermakna bukan ahli syurga.
Lihat pula persamaan yang ada pada bendera negara bekas penjajah Jepun dengan bendera parti PAS. Yang membezakan keduanya hanyalah warna pada bendera namun bentuk dan juga lambang yang digunakan pada kedua-dua bendera berkenaan ternyata serupa sahaja.
Label:
Jepun dan PAS
Isnin, Ogos 20, 2012
Abdul Hadi & Nik Abdul Aziz juga akan dipecat daripada PAS !
Presiden PAS YB Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang kelihatan sangat gembira berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib pada suatu majlis dan Datuk Seri Najib juga amat selesa dengan salam yang dihulurkan oleh pemimpin PAS itu.
Begitu juga dengan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kelihatan begitu bahagia membelai seekor anak kambing janapari yang turut diusap-usap oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib sambil diperhatikan oleh anak Menteri Besar Kelantan itu.
Kemungkinan besar kedua-dua pemimpin Parti Islam SeMalaysia itu juga tidak akan terlepas dari dikenakan tindakan disiplin oleh parti mereka kerana menunjukkan kemesraan mereka bersama Perdana Menteri dikhalayak ramai tanpa memperlihatkan yang mereka adalah pemimpin pembangkang kepada kerajaan yang diterajui oleh YAB Datuk Seri Mohd. Najib.

parti isle
Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan dipecat daripada PKR
Mengambil kira reaksi daripada golongan tertentu dalam PAS berikutan penglibatan bekas Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang kelihatan bersama-sama dengan Datuk Seri Najib dalam sidang kemuncak luar biasa OIC di Mekkah di mana golongan tertentu dalam PAS mahu beliau dikenakan tindakan tatatertib, kini tiba giliran ketua pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akan diambil tindakan dan mungkin digugurkan semua jawatan dalam PKR serta dipecat dari parti ekoran tindakannya mengkhianati perjuangan PKR kerana sanggup minum teh tarik bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib di lobi parlimen beberapa tahun lalu.
Walaupun tindakan ini yang kelihatannya lambat dilakukan namun yang pastinya bukan kerna mereka terlepas pandang mengenai kekerapan beberapa pemimpin tertentu pembangkang gemar berjumpa dan bersama dengan Perdana Menteri sebelum ini sebab mereka maklum sebenarnya mengenai perkara itu tetapi sebab utama adalah kekhuatiran mereka akan berlaku semakin banyak wakil-wakil rakyat daripada pembangkang yang akan melompat masuk dalam kem Bebas yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd Zahrain Hashim, Datuk Zulkifli Nordin dan Datuk Ibrahim Ali yang kemudiannya menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib.

lompat parti
Ahad, Ogos 19, 2012
Rakyat Sarawak wajip dididik cara memasang bendera negeri dengan betul

Tetapi apabila perkara ini berlaku tidak semestinya juga pihak sekolah terbabit yang harus dipersalahkan seratus peratus kerana ada pihak lain lagi yang perlu menjalankan peranan serta memberikan tunjuk ajar dan juga penerangan kepada pihak yang berkaitan tentang bagaimana cara mengibar dan memasang bendera negeri dengan betul.
Yang menjadi masalah sebenarnya ialah apabila ada pihak malah mungkin saya percaya masih ramai juga rakyat Sarawak sendiri yang tidak faham kedudukan bendera negeri dipasang bagaimana kerana tiada penanda khusus yang boleh dirujuk misalnya adakah jalur warna hitam di sebelah bawah dan jalur merah sebelah atas. Dan lebih mengelirukan anak bulan yang di tengah-tengah antara warna merah dengan warna merah tidak banyak membantu kerana bentuk serupa saja biar diterbalik atau ikut kedudukan sebenar.
Harap Jabatan Penerangan Sarawak perihatin dengan isu ini dan tidak akan menimbulkan sebarang kesulitan kepada semua pihak di negeri ini pada masa hadapan.
Label:
bendera sarawak
Sabtu, Ogos 18, 2012
Salam Aidil Fitri buat umat Islam di seluruh Malaysia...maaf zahir & batin

Tahun ini dan juga tahun-tahun yang lepas, Malaysia dan masyarakatnya seringkali diuji dengan berbagai ujian serta dugaan terutama dalam mengekalkan hubungan dan juga perpaduan antara sesama masyarakat yang juga mengamalkan berbagai kepercayaan agama, adat serta budaya yang berbeza. Namun apa yang sangat diharapkan oleh sebahagian masyarakat yang menduduki negara tercinta ini adalah agar setiap orang dapat kiranya mengelak dari menimbulkan isu-isu yang agak sensitif yang sudah pasti boleh menjejaskan hubungan antara satu dengan yang lain.
Di Malaysia sejak akhir-akhir ini, agama Kristian terus menjadi sasaran oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga ada dikalangan penganut agama ini merasa tertekan dengan berbagai tuduhan liar yang dilemparkan terhadap fahaman agama yang mereka anuti. Yang lebih menyedihkan ada sesetengah pihak yang sengaja memperalatkan agama ini untuk kepentingan yang tertentu dan menggunakannya memecahbelahkan perpaduan antara orang Kristian dengan orang Islam di negara ini.
Menggunakan nama Kristian dalam gerakan sulit mereka untuk menarik sokongan segelintir orang-orang bukan Kristian terutamanya orang-orang Islam dan ada daripada mereka ini sanggup memurtadkan orang Islam yang kemudiannya menarik golongan ini dalam kononnya agama Kristian. Perkembangan ini sebenarnya amat membimbangkan di mana peranan pihak Gereja dalam perkara sebegini amat dituntut agar janganlah terus membisu atau membiarkan hingga boleh menghancurkan perpaduan sesama masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan di kemudian hari.
Kepada umat Islam juga, iman dan taqwa adalah perisai yang paling berharga dalam menghadapi berbagai cubaan daripada gerakan seperti ini dan jika iman kuat, kepercayaan kepada agama sendiri teguh dan kuat, pasti akan mampu melawan segala dugaan berbagai terutama gerakan yang menggelar mereka dari pertubuhan Kristian antarabangsa.
Jika ada yang terguris ekoran berbagai isu-isu yang tak sepatutnya timbul selama ini, kami memohon ampun dan maaf dan kami ingin sampai ucapan perpaduan sempena bulan yang mulia ini Selamat Hari Raya Aidil Fitri...Maaf Zahir & Batin...
Label:
Aidilfitri
Tragedi: sebelum dan selepas melepas anak ikan !

Label:
sessi melepas anak ikan
Jumaat, Ogos 17, 2012
Perutusan khas Hari Raya ke-13 daripada PM Bayangan PR...

Label:
pm bayangan
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com

.jpg)