Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Memaparkan catatan dengan label hna sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hna sarawak. Papar semua catatan

Sabtu, September 15, 2012

Kami sayangkan Sarawak sama seperti kami sayangkan Malaysia !

SARAWAK IBU PERTIWIKU

Sarawak Tanah Air Ku..
Negeriku Tanah Air Ku Sarawak..
Engkaulah Tanah Pusaka Ku..
Tanah Tumpah Darah Ku..
Ibu Pertiwiku..

Rakyat Hidup Mesra Dan Bahagia...
Damai Muhibbah Sentiasa...
Bersatu Berusaha Berbakti...
Untuk Sarawak Ku Cintai...

Sarawak Dalam Malaysia..
Aman Makmur Rahmat Tuhan Maha Esa..
Kekalkan Sarawak Bertuah..
Teras Perjuangan Rakyat..
Berjaya Berdaulat..

Kami cuma mahu pihak kerajaan khususnya pihak yang berwajib supaya melihat perbuatan sesetengah orang di negara ini yang sengaja cuba membangkit perasaan marah rakyat Sarawak dengan mewujudkan berbagai-bagai seperti laman web juga akaun di facebook yang ANTI-Sarawak sebagai satu kesalahan yang harus segera ditangani secepat mungkin.

Laman seperti Semenanjung ANTI Sarawak dan lain-lainnya yang bersifat memusuhi rakyat negeri Sarawak harus patut segera dihapuskan dan tahan mereka ini dengan kadar segera agar tindakan tegas boleh dikenakan ke atas mereka yang tersebut. Hentikan segera kenyataan-kenyataan yang boleh menyinggung serta mengguris hati dan perasaan rakyat Sarawak.

49 tahun sudah Sarawak bersama dengan Malaysia dan dalam masa itu sudah banyak juga hasil mahsul dari Bumi Kenyalang yang berbentuk sumbangan negeri Sarawak diagihkan kepada kerajaan pusat dan juga menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar dan dalam masa itu kami tidak pernah terpikir hendak menuntut sesuatu yang amat mustahil dicapai daripada kerajaan Malaysia namun kami mahu agar setiap perbuatan yang telah nyata mengeji rakyat di Sarawak perlu segera dihentikan.

Arkib Blog