Isu royalty minyak sebanyak 5% bagi negeri Sarawak dan Sabah pada mulanya memang dimainkan oleh pihak pembangkang dan isu itu sebenarnya telah menjadi modal wajib bagi mereka untuk dijadikan sebagai bahan kempen untuk meraih sokongan rakyat pada setiap kali pilihanraya diadakan.
Namun setelah sekian lama isu itu dilambung, ditanggung, disepak, ditendang, dilibas, ditanduk oleh pihak pembangkang semata-mata untuk mendapat undi simpati daripada pengundi di Sarawak dan juga Sabah, maka isu itu kini telahpun beralih tangan apabila ianya sudah berada dalam genggeman wakil-wakil rakyat Barisan Nasional dan juga telah disambut oleh Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud dan Ketua MenterI Sabah YAB Datuk Seri Musa Hj Aman.
Isu royalty minyak sebanyak 5% untuk Sarawak dan Sabah mula dibangkitkan oleh beberapa orang wakil rakyat daripada Barisan Nasional pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak bulan lalu dan usul yang dicadangkan oleh ADUN BN itu juga turut mendapat sokongan daripada ADUN-ADUN Pakatan Pembangkang seperti ADUN Ba'Kelalan YB Baruk Bian, ADUN Bukit Assek YB Wong Ho Leng dan ramai lagi.
Pada mulanya pihak dari Pakatan Pembangkang seolah-olah tidak sedar akan impaknya kepada mereka sebaik saja isu royalty minyak 5% jatuh ke tangan ADUN-ADUN BN kerana itu mereka tanpa berfikir panjang dan terus menyatakan sokongan terhadap isu berkenaan yang tiba-tiba dibangkitkan oleh wakil-wakil rakyat yang pro-kerajaan.
Setelah hampir sebulan isu itu ditanggung oleh wakil-wakil rakyat daripada Barisan Nasional, lalu kini menjadi tugas Ketua Menteri Sarawak dan Sabah untuk menguruskannya dan ini telahpun dinyatakan oleh Pehin Sri Taib beberapa hari lalu bahawa kedua mereka sudah bersedia untuk berjumpa dengan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib untuk menbincangkan perkara tersebut khasnya mengenai cadangan meminta kerajaan persekutuan membuat semakan semula terhadap perjanjian royalty minyak 5% dengan kerajaan Sarawak dan Sabah yang dibuat di era pentadbiran Tun Abdul Razak lagi.
Sebaik menyedari pihak mereka kehilangan semakin banyak isu untuk dimainkan pada Pilihan Raya ke-13 nanti, tersentak dengan keadaan itu telah menyebabkan beberapa pemimpin PKR Sarawak merungut dan mengomel serta mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri yang mahu mengadakan rundingan dengan kerajaan pusat mengenai isu royalty minyak sedangkan menurut mereka perkara itu sepatutnya dibangkit sejak dulu lagi dan bukannya sekarang.
Pengerusi PKR Sarawak Cawangan Bintulu, encik Paul Raja juga turut persoalkan kenapa baru sekarang kerajaan negeri Sarawak mahu kerajaan pusat membuat semakan semula tentang royalty minyak. Inilah yang payahnya puak-puak Pakatan Pembangkang ni,,,kerajaan BN mahu membuat atas sesuatu isu yang mereka bangkitkan,,,mereka tak suka pula tetapi kalau kerajaan BN berdiam dan tidak memberi sebarang tindakan terhadap isu yang mereka bangkitkan, akan dipersoalkan juga dan akan dituduh dengan bermacam-macam dakwaan.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Isnin, Ogos 27, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ▼ 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan