Esok 8 September 2012 hari Sabtu akan berlangsung perbarisan bagi menyambut perayaan hari jadi yang ke 91 tahun Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abang Haji Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng di padang Stadium Miri.
Tun Abang Haji Muhammad Salahuddin dilahirkan pada bulan Ogos 1921 di Kampung Nangka Sibu dan merupakan anak lelaki tunggal kepada mendiang Abang Barieng bin Abang Anyut serta mendiang Dayang Temiang binti Abang Mansor datang daripada keturunan Abang dalam masyarakat Melanau zaman silam.
Sebelum dilantik sebagai Tuan Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-3 pada 2 April 1977 beliau adalah seorang penganut agama Kristian Katholik dan kemudiannya memeluk agama Islam bersama-sama isteri pertamanya Allahyarhamah Toh Puan Hajjah Umi Kalthom atau Umeng dan turut disertai oleh beberapa orang ahli keluarga mereka.
Beliau mengakhiri tempoh perkhidmatannya sebagai TYT Sarawak ke-3 pada tahun 1981 dan digantikan oleh bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub bagi jawatan TYT Sarawak ke-4. Dan pada 5 Disember 2000, Tun Salahuddin sekali lagi dipilih untuk memegang jawatan TYT ke-6 bagi menggantikan Tun Ahmad Zaidi Adruce Mohd Nor yang meninggal dunia ketika berkhidmat sebagai TYT Sarawak yang ke-5.
Semasa zaman mudanya iaitu sebelum dilantik sebagai TYT Sarawak, Tun Salahuddin banyak melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan dan amal di negeri ini malahan beliau merupakan antara pejuang kebebasan negeri Sarawak daripada penjajah British dan memainkan banyak peranan dalam usaha pergabungan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia dan juga negeri Sabah untuk pembentukan sebuah negara berdaulat yang kemudiannya dikenali sebagai Malaysia.
Selamat Ulang Tahun ke-91 Tun, semoga terus dikurniakan dengan kesihatan yang baik dan juga kebahagiaan yang berpanjangan...
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Jumaat, September 07, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ▼ 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan