Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Mac 17, 2012

Kali kedua PAS ubah dasarnya: Boleh berniaga dengan Yahudi !

Mangsa kekejaman Rejim Israel. Peristiwa Sabra & Shatila mungkin sudah hilang dari ingatan PAS...
"Boleh kerjasama, berniaga dengan Yahudi bukan Zionis" - DS Hj. Abdul Hadi Awang itulah kata Presiden PAS yang terkini. Pendirian Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang itu sangat bertentangan dengan pendirian yang telah disuarakan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini yang mendakwa bahawa PAS tetap menolak sebarang hubungan dengan Israel.

Pendirian siapa sebenarnya yang hendak dituruti oleh para penyokong serta pengikut PAS? Adakah pendirian Menteri Besar Kelantan ataupun pendirian Ahli Parlimen Marang? Para penyokong PAS tentu sangat pening kepala sekarang ni, cakap siapa mahu mereka ikut, cakap Haji Hadi ke atau cakap Datuk Nik Aziz...

Beza kesalahan liwat antara Malaysia dengan negara Haiti !


PORT-AU-PRINCE 14 Mac 2012 - Dua anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari Pakistan dijatuhi hukuman penjara setahun kerana MELIWAT seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di Haiti selepas disabitkan pada perbicaraan tentera Pakistan di Haiti, kata pihak berkuasa.

Jurucakap PP Sylvie Van Den Widenberg berkata, hakim tribunal tentera Pakistan datang ke negara miskin rantai Carribbean itu untuk mengetuai perbicaraan minggu lepas yang mendapati tertuduh meliwat mangsa di bandar utara Gonaives 20 January lalu.

Kedua-dua askar yang tidak dinamakan itu dibuang dari angkatan tentera dan dihukum penjara setahun di tanah air mereka - Reuters

Itu bezanya dengan sistem undang2 di negara ini, jikalau kat Haiti perbicaraan tidak menunggu lama untuk diputuskan namun di Malaysia kes ditunda berpuluh kali lagi orang kena tuduh bebas keluar masuk negara tanpa sebarang sekatan.

Slogan DAP Sarawak jadi mimpi ngeri buat SPRM Sarawak

 Slogan baru DAP Sarawak "Rakyat Adalah Taukey, Menteri Cuma Pekerja" baru saja dilancarkan bertujuan untuk menarik perhatian rakyat Sarawak dengan harapan supaya menyokong calon daripada tiga parti dalam Pakatan Haram pada PRUyang ke-13 nanti.
 Selang beberapa hari slogan berkenaan dilancarkan, Ahli Parlimen Bandar Kuching YB Chong Chieng Jen telah mengetuai satu grombolan puak yang tak berpuashati menyerbu ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kuching semalam.
 Sebagai salah seorang Ahli Parlimen yang juga merupakan individu terlibat di dalam perkara menggubal undang-undang yang digunapakai dalam negara ini, YB Chong Chieng Jen seolah-olah tidak peka dengan segala peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pihak.
Kalau hendak berurusan dengan pihak SPRM bukannya susah sangatpun. Ikut saja peraturan yang telah ditetapkan. Tak payah datang semata-mata untuk membuat aduan berlagak pula macam samseng, bawa ramai-ramai orang. Yang dibawa datang bukan semuanya hendak buat aduan pasal benda yang berasingan sebab perkara yang sama juga mereka mahu usulkan kepada pihak SPRM jadi kenalah yang lain tu tunggu diluar bangunan dan tak payah semuanya masuk dibawa masuk ke dalam.

YB Chong Chieng Jen telah mengetuai sekumpulan orang yang menyebelahi Frusis Lebi yang bantuan kebajikannya telah ditamatkan oleh JKM Sarawak disebabkan beliau sudah mampu untuk berdikari serta tidak lagi boleh dikategorikan sebagai orang miskin kerana Frusis juga mempunyai kebun sendiri dan berbagai harta benda lain yang boleh menyumbangkan kepada pendapatan seharian beliau dan keluarga.

Keluar dari kepompong kemiskinan ekoran bantuan setiap bulan yang beliau terima daripada pihak JKM sejak berpuluh tahun yang lalu namun Frusis seperti mahu pihak kerajaan khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat terus menghulurkan bantuan kepada beliau sedangkan pihak JKM berpendapat bahawa adalah lebih baik bantuan yang pernah diberikan kepada Frusis seperti sebelum ini diberikan pula kepada bakal penerima lain yang lebih layak pada masa depan memandangkan kehidupan Frusis jauh lebih baik berbanding dulu.

Yang peliknya, pasal apa pula DAP yang bersungguh-sungguh untuk membela Frusis sedangkan masa beliau masih hidup dalam keadaan papa kedana dulu batang hidung pemimpin DAP langsung tidak kelihatan. Sesudah Frusis Lebi hidup mewah hasil bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat baru DAP nak datang nak tunjukkan simpati padahal Frusis biarpun beliau merupakan tergolong sebagai OKU (Orang Kurang Upaya) namun kehidupan beliau kini sebenarnya jauh lebih mewah daripada kehidupan orang yang sempurna anggota fizikal mereka dengan kebun, ladang, kereta, van dan sebagainya yang beliau miliki.

Frusis Lebi juga boleh bermain bolasepak, memanjat pokok buah-buahan, boleh bertukang tangan macam orang biasa dan boleh dikatakan bahawa Frusis Lebi memang mampu melakukan sebarang kerja sebagaimana dilakukan orang biasa dan ini diakui sendiri oleh Tuai Rumah Panjang yang dihuninya. Tetapi bagaimana boleh YB Chong Chieng Jen tidak nampak semua itu sehingga sanggup pula membawa perkara itu ke tengah meminta SPRM untuk menyiasat Menteri Muda Pertanian Sarawak, Datuk Mong Dagang berhubung penamatan bantuan oleh JKM ke atas Frusis Lebi itu.

Nyatalah DAP sudah semakin kering modal untuk berkempen di Sarawak. Tiada isu, korek mana yang patut dan boleh dijadikan sebagai isu mereka akan sanggup buat. Harap rakyat Sarawak tidak keliru dengan isu ini dan saya mohon mana-mana blogger dari Sarawak yang tinggal berdekatan dengan kawasan atau daerah bekas penerima bantuan JKM ini agar boleh menyelidiki perkembangan terkini mengenai beliau kerana kita tidak mahu pihak seperti mereka ini menjadi punca ramai yang benar-benar memerlukan bantuan seumpamanya menjadi golongan yang tersisih. Jika perlu untuk didedah, maka dedahkan saja.

Rabu, Mac 14, 2012

Di Sarawak, setiap tahun 1000 - 1500 orang saudara baru peluk Islam !

Tidak seperti negeri Kelantan Darul Naim yang digelarkan sebagai negeri Serambi Mekah oleh sesetengah pihak, negeri Sarawak Bumi Kenyalang yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang bukan Islam namun pentadbiran kerajaannya diketuai oleh seorang pemimpin yang beragama Islam nyata lebih istimewa kerana menarik minat orang bukan Islam untuk mendekati lalu memilih agama tersebut sebagai pegangan hidup mereka.

Menurut Yang DiPertua Majlis Islam Sarawak Ybhg. Datuk Putit Matzen bahawa tidak kurang daripada 1,000 sehingga 1,500 orang bukan Islam setiap tahun telah memilih untuk memeluk agama Islam di negeri ini. Tambahnya lagi dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini sudah lebih 42,000 orang daripada penduduk Sarawak telah masuk Muslim atas berbagai sebab. Seterusnya di sini

Di Kelantan Darul Naim yang dipimpin oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mereka hanya mampu menarik minat orang bukan Islam untuk mendekati Parti PAS dan bukannya untuk mendalami Islam yang sebenarnya. Dewan Himpunan Pemuda PAS (DHPP) yang ditubuhkan untuk menghimpun orang-orang Cina serta orang bukan Islam lainnya hanyalah semata-mata untuk mengelirukan pandangan masyarakat luar tentang perjuangan PAS.

Kewujudan DHPP sebagai sebahagian daripada sayap dalam PAS bukannya bertujuan untuk memancarkan sinar hidayah kepada orang bukan Islam khususnya orang-orang Cina untuk tertarik dan masuk Islam tetapi kewujudannya nampak semakin hari semakin berani pula puak-puak yang ada di dalam DHPP mempermainkan ajaran Islam apabila ada pula diantara mereka yang bertindak melampau dengan mengucap ayat-ayat dari dalam Al-Quran dan disambut dengan gelak ketawa pula oleh orang-orang PAS sendiri.

Inikah yang dimaksudkan oleh para pemimpin PAS sebagaimana dalam slogan perjuangan parti mereka iaitu "Membangun Bersama Islam?"

Tukar suka sama suka: Nik Aziz mahu jadi artis, Bob Lokman dah jadi ulama

Dengar khabarnya, Mursyidul Am Pas Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat mahu rakyat menganggap beliau seumpama seorang artis atau dalam ertikata lainnya beliau mahu diiktirafkan sebagai seorang seniman ataupun artis sepanjang zaman.

Tetapi yang peliknya, dunia artis yang pernah menjadi tempat bekas pelawak dan pelakon Bob Lokman mencari rezeki itu pula yang dipilih oleh Menteri Besar Kelantan itu. Kenapa ye Datuk Abdul Nik Aziz tak pilih bidang sukan ke, bidang tinju ke, bidang gusti ke mahupun bidang pertanian sebagai pilihan lain selain daripada bidang politik.

Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, Bob Lokman sejak beliau terjun dalam bidang agama dan bergelar sebagai seorang ulama, teruknya beliau mencerca, mengutuk serta menghina cabang seni iaitu dunia seni yang beliau beliau pernah turut berada di dalamnya. Macam-macamlah Bob Lokman kata mengenai dunia seni.

Jadi macam terbalik pula apabila tokoh agama seperti Datuk Abdul Nik Aziz telah memilih untuk dirinya dianggap sebagai seorang artis sedangkan Bob Lokman telah bermatian-matian sebelum itu menggambarkan kepada masyarakat bahawa dunia seni penuh dengan segala perkara yang kurang baik.

Selasa, Mac 13, 2012

PAS Sarawak bernafsu macam ular sawa mahu telan Bandaraya Miri

Jofri Jaraiee - Timb. Pesuruhjaya PAS Sarawak
Timbalan Pesuruhjaya Pas Sarawak, Tuan Haji Jofri Jaraiee berkata, beliau berkeyakinan besar bahawa parti itu memang mampu untuk menumbangkan calon daripada parti Barisan Nasional di Parlimen Miri pada PRU-13 akan datang.

Berdasarkan kepada beberapa perkara yang tidak dinyatakan, beliau optimis bahawa PAS mengatasi DAP serta PKR dari segi sokongan dan juga penerimaan rakyat setempat maka adalah bukan mustahil baginya jika pada PRU-13 nanti Pakatan Haram Pembangkang akan memenangi kerusi Parlimen berkenaan andai diletak calon daripada parti PAS dan bukannya daripada DAP mahupun PKR.

Dalam kawasan Parlimen Miri ada tiga kawasan DUN iaitu N63 Piasau, N64 Pujut dan N65 Senadin. Jika mengikut pada jumlah pengundi yang mendaftar sebagai pemilih sepertimana yang digunakan oleh SPR pada PRN Sarawak ke-10 tahun lepas, bagi kawasan DUN Piasau ada 16,600 pengundi layak, DUN Pujut ada 22,577 orang pengundi dan DUN Senadin ada 22,432 orang pemilih.

Dan ini bermakna pengundi untuk Parlimen Miri adalah berjumlah lebih kurang 61,609 orang tidak termasuk mereka yang baru mendaftar sebagai pengundi dan belum lagi ditolak dari jumlah yang meninggal dunia selepas pilihanraya negeri yang lalu.

Dari kesemua jumlah pengundi bagi kawasan DUN Piasau yang mengundi calon BN Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam pada PRN-10 lepas adalah 4,408 orang manakala 5.998 pengundi berpihak kepada calon DAP YB Ling Sie Kiong dan undi rosak 73. YB Ling Sie Kiong mendapat undi majoriti sebanyak 1,590 undi.

Bagi DUN Pujut pula, seramai 5.271 pengundi yang setia kepada BN tidak mampu memenangkan calon mereka Andy Chia Chu Fatt apabila 9,120 merupakan jumlah pengundi yang jauh lebih ramai telah memberi undi mereka kepada calon daripada DAP YB Fong Pau Teck yang menang dengan majoriti mudah 3,849 undi. Undi rosak hanya 67.

Sementara di DUN Senadin pula, calon BN YB Datuk Lee Kim Shin hampir tewas apabila hanya mampu menang dengan majoriti tipis 58 undi setelah melalui kiraan undi berulangkali kerana mendapat tekanan hebat dari pihak PKR yang tidak berpuashati apabila calon mereka Dr. Micheal Teo Yu Kheng dipilih 7,276 pengundi kalah di tangan YB Datuk Lee yang mendapat undi sebanyak 7,334.

Tidak seperti DUN Senadin, DUN Piasau serta DUN Pujut majoriti pengundinya adalah terdiri daripada masyarakat Cina dan pengundi daripada kaum Bumiputera bukan Islam adalah yang kedua terbesar untuk kedua-dua kerusi DUN tersebut manakala pengundi dari kaum Bumiputera Islam seperti Melayu/Melanau dan Kedayan merupakan yang ketiga terbesar.

Kalau bagi DUN Senadin, masyarakat Cina bukanlah pengundi besar bagi kawasan ini kerana kawasan Senadin didiami oleh kebanyakannya terdiri daripada kaum Iban serta Bumiputera lainnya seperti Melayu, Melanau, Bidayuh, Kayan, Kenyah, Kelabit, Orang Ulu dan mereka inilah yang telah memberi undi kemenangan kepada YB Datuk Lee Kim Shin pada PRN Sarawak ke-10 lalu.

Tetapi, sekiranya benar PAS Sarawak memang berhajat untuk meletakkan calon mereka di Parlimen Miri pada PRU-13 bagi mewakili Pakatan Haram pembangkang, saya rasa parti ini bukan saja enggan membaiki kesilapan lalu tetapi akan sekali lagi mengulangi kesilapan yang pernah mereka lakukan sebelum ini. Bertanding pada PRN Sarawak yang ke-10 dengan meletak calon mereka di lima kawasan DUN dan tewas kesemuanya.

Di DUN kawasan N03 Tanjung Datu, PAS menurunkan calonnya Nani Sahari namun hanya mampu meraih 1,002 undi berbanding calon BN daripada PBB YB Tan Sri Adenan Hj Satem yang mendapat sokongan padu daripada 4,218 pengundi berbagai kaum di Tanjung Datu yang memberi kelebihan 3,216 undi majoriti kepada Barisan Nasional.

Sepertimana di Tanjung Datu, PAS Sarawak juga mempertaruhkan seorang lagi calon wanitanya, Noraini Hamzah bagi mewakilinya untuk menentang calon daripada Barisan Nasional iaitu adik kepada Ketua Menteri Sarawak YB Datuk Seri Mohd. Ali Mahmud. Calon BN daripada PBB menang dengan majoriti besar 7,843 undi apabila seramai 11, 039 memilih untuk memberi undi kepada calon Barisan Nasional sementara calon PAS hanya mampu mendapat 3,196 undi.

Di kawasan DUN N20 Sadong Jaya, PAS meletak calon lelaki iaitu Abang Eddy Ellyanny Abang Fauzi untuk menentang calon daripada PBB/BN YB Aidel Lariwo yang akhirnya menang dengan majoriti yang agak membanggakan iaitu sebanyak 2,934 undi. Calon BN berjaya mendapat 4,008 undi manakala calon PAS pula hanya mampu memungut 1,074 undi.

Untuk kawasan N22 Sebuyau, PAS yang turut tewas kepada calon PBB/BN apabila dijarakkan dengan majoriti 2,276 undi berikutan kemenangan calon Barisan Nasional YB Julaihi Narawi yang berjaya menambat hati 4,045 pengundi untuk mengundi beliau berbanding dengan calon dari PAS Adam Ahid yang hanya mampu menerima simpati daripada 1,769 pengundi.

Namun walaupun menang agak tipis di N24 Beting Maro dengan hanya mendapat 391 undi majoriti tetapi sebahagian besar rakyat Beting Maro tetap setia dengan BN apabila 3, 069 pengundi terus memberi kepercayaan kepada YB Razaili Gapor iaitu calon PBB/BN berbanding calon PAS Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus yang mendapat sokongan 2,678 pengundi. Ini adalah kali kedua Abang Ahmad Kerdee bertanding atas tiket PAS menentang calon BN di kerusi berkenaan.

Pada PRN Sarawak ke-9 tahun 2006, BN hanya menang dengan kelebihan 895 undi majoriti di kawasan ini dan nyata Abang Ahmad Kerdee mempunyai pengaruh agak kuat di DUN Beting Maro apabila terus berjaya mengurangkan majoriti yang dimiliki BN sebelum ini daripada 895 undi turun kepada 391 undi saja. Di mana silap PBB/BN dalam mengekalkan prestasinya selama 5 tahun selepas berjaya mengekalkan kerusi disana dan di mana juga silapnya PAS kerana masih gagal menewaskan calon BN apabila sekadar hanya mampu mengurangkan undi majoriti?

Yang peliknya sekarang adalah, bagaimana PAS boleh menyimpan angan-angan untuk meletak bulan mereka di kawasan yang majoriti pengundinya bukan orang Islam? Tidak terpikirkah orang-orang mahupun para pemimpin PAS seandainya memang mereka beriya-iya mahukan kerusi Parlimen Miri menaruh calon disitu menentang calon BN daripada parti SUPP mereka apsti akan kalah besar kerana walaupun pada PRN Sarawak ke-10 lalu ramai pengundi di tiga kawasan DUN dalam Parlimen Miri menolak calon Barisan Nasional tetapi adalah bukanlah sesuatu yang mustahil juga untuk mereka kembali menyokong Datuk Seri Peter Chin Fah Kui kerana pandangan pengundi dibandar berkenaan dengan kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan adalah dua perkara yang berbeza.

Tentu mereka berpendapat bahawa Datuk Seri Peter Chin mewakili kerajaan pusat yang ditadbir oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Razak dan bagi pengundi di Miri adalah perlu untuk mereka menyokong dasar yang dibawa oleh Datuk Seri Najib dengan mengundi Datuk Seri Peter Chin. Slogan seperti "Undi BN undi Taib" telah banyak mempengaruhi undi rakyat dan bagi mereka yang telah terpengaruh dengan slogan itu akhirnya memilih untuk menolak dasar yang dibawa oleh kerajaan BN negeri pimpinan Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud.

Cara Datuk Seri Mohd. Najib mendekati rakyat semakin mudah diterima oleh masyarakat di Sarawak. Jika banyak tempat di pendalaman yang belum pernah dikunjungi oleh Pehin Sri Taib Mahmud namun Datuk Seri Mohd. Najib tidak memikirkan darjatnya sebagai pemimpin nombor satu negara sanggup meredah hutan belantara menemui rakyat sehingga yang tinggal di hulu-hulu sungai. Begitu juga dengan timbalan beliau YAB Tan Sri Muhyiddn Yassin sentiasa bekerja keras untuk memastikan agar tiada satupun rakyat di negara ini tersisih dari sebarang kemajuan termasuklah di Sarawak amnya dan di pendalaman khususnya.

Maka itulah juga yang dipertimbangkan oleh para pengundi di daerah Miri. Kelebihan lain yang dipikir pengundi di Parlimen Miri ialah apabila timbul isu di mana akhbar sering memainkan isu hubungan tidak mesra antara Pehin Sri Taib dengan Datuk Seri Peter Chin. Ini telah memberi kelebihan tanpa disedari kepada Ahli Parlimen Miri itu yang juga Presiden SUPP. Umum telah mengetahui bahawa kebanyakan masyarakat Cina kelas pertengahan dan bawahan sudah tidak lagi menyenangi kepimpinan YAB Pehin Sri Taib Mahmud dan mereka kini sedang tercari-cari seorang pemimpin yang tidak senang untuk ditundukkan kepalanya oleh Pengerusi Barisan Nasional Sarawak itu.

Dan mereka nampak apa yang mereka mahu ada pada diri Datuk Seri Peter Chin. Ada yang berpendapat Menteri Tenaga dan Teknologi Hijau seringkali membelakangi Pehin Sri Taib dalam membuat sesuatu keputusan yang berkaitan dengan kepentingan bersama dalam komponen Barisan Nasional dan tidak kurang juga yang mendakwa Ketua Menteri Sarawak makan hati berulam jantung ekoran tindak-tanduk yang penuh muslihat Datuk Seri Peter Chin itu. Itu yang dikatakan sebagai punca dinginnya hubungan antara kedua pemimpin tersebut.

Selain itu banyak lagi perkara lain yang perlu PAS selidiki terlebih dahulu dengan teliti sekiranya benar mereka mahu calon mereka bertanding di kawasan Parlimen Miri pada PRU-13 nanti. Kalau hanya bersandarkan kepada sokongan daripada sayap DHPP atau Dewan Himpunan Pemuda PAS sebagai jaminan kepada kemenangan di kawasan yang majoritinya kaum Cina serta Bumiputera bukan Islam adalah tindakan yang tergesa-gesa tanpa usul periksa oleh pihak PAS dalam usaha untuk menawan sesebuah kawasan dan jika ini yang mereka terus amalkan maka memang sesuailah parti PAS mendapat gelaran sebagai "Parti Asyik Serabut" oleh Perdana Menteri baru-baru ini dan rakyat Sarawak seluruhnya perlu tolak parti yang sebegini.

Ahad, Mac 11, 2012

DS Shahrizat jauh lebih berani daripada Anwar Ibrahim !

Walaupun belum terbukti bahawa beliau memang terlibat di dalam isu NFC, namun Ketua Wanita UMNO lebih berani untuk bertanggungjawab dengan tidak mahu membebankan kerajaan Barisan Nasional dengan isu yang sedang dikaitkan dengan beliau kini.

Keputusan untuk melepaskan jawatannya selepas 8 April depan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari kabinet Datuk Seri Najib telah membuktikan bahawa Datuk Seri Shahrizat punya keberanian yang memang tidak ada pada diri Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.

Kalau imbas semula banyaknya masalah-masalah atau perkara yang melanda Ketua Pembangkang itu namun beliau tidak pernah mengambil tindakan bertanggungjawab kerana sehingga kini beliau masih lagi tidak mahu berundur malah semakin ligat pula memporak-purandakan kestabilan di dalam negara.

Tindakan Anwar Ibrahim ini ternyata tidak disenangi oleh ramai kalangan rakan beliau sendiri di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan telah ramai daripada mereka bertindak meninggalkan PKR setelah menyedari Anwar Ibrahim masih mahu kekal bersama dengan mereka di dalam PKR sedangkan masalah peribadi yang membelenggu beliau turut menjejas perjuangan PKR.

Apa-apapun, dengan keputusan mengejutkan ramai pihak hari ini oleh Datuk Seri Shahrizat maka bolehlah diambil sebagai contoh terbaik buat Anwar Ibrahim untuk berbuat perkara yang sama berundur terus dari arena politik Malaysia demi kesejahteraan dan keharmonian di dalam negara.

Tetapi adakah Anwar Ibrahim berani untuk mengikut jejak langkah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil? berundur... rasanya tak, sebab Datuk Seri Shahrizat jenis yang 'berani kerana benar', sedangkan Anwar Ibrahim jenis yang 'takut kerana salah' he he he... lihatlah gambar ni, sumpah angkat tanganpun takut
...kan, ;-)

Jumaat, Mac 09, 2012

Tinggal ibu lumpuh di hotel bajet? Kasihanilah ibu kalian sementara mereka masih ada...



Semakin banyak kes melibatkan anak-anak yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka sebagai anak. Walaupun siapa ibu kandung kita mereka adalah tetap ibu kita dan tidak mungkin boleh ditukar dengan sesiapapun jua.

Harap nasib malang yang menimpa ibu tua ini akan terbela dan anak-anak beliau segera membawa pulang ibu mereka yang ditinggalkan di tempat yang tidak sepatutnya ini.

Jadilah anak yang tahu mengenang budi kedua ibubapa dan jagalah keduanya sebaik mungkin sementara keduanya masih hidup sebagaimana ketika mereka memelihara serta membesarkan kita sejak dari kecil lagi.

DAP bela "anjing tersepit" yang dilepas dan menggigit Barisan Nasional

Frusis Lebi (OKU kaya) berdiri di tengah sambil menunjukkan salinan laporan polis
Kisah seorang penerima tetap bantuan kebajikan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu seorang lelaki bernama Frusis Lebi dari Entulang Entawa, Sri Aman yang bantuan untuknya baru-baru ini telah ditamatkan oleh jabatan berkenaan memberi modal politik baru kepada pihak DAP dan Pakatan Haram Pembangkang umumnya.

Frusis Lebi asalnya adalah seorang yang kurang upaya, miskin dan tidak punya apa-apa. Pada masa itu pihak Pakatan Haram Pembangkang tak pernahpun datang untuk bertemu dengan beliau bagi bagi menjanjikan sebarang bantuan kepadanya.

Waktu susah, saat hidup melarat itulah Frusis Lebi datang menyembah wakil rakyat daripada Barisan Nasional memohon untuk diberi bantuan bagi meneruskan kehidupannya. BN sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan mengutamakan kebajikan rakyat sudah pasti bersedia untuk membantu Frusis Lebi mendapatkan apa yang sepatutnya beliau dapat daripada pihak kerajaan.

Sepertimana penerima bantuan JKM yang lainnya, Frusis Lebi juga diberikan bantuan kewangan dan bantuan lain seperti untuk tujuan pertanian seperti baja, benih sayur serta buah-buahan juga diberikan kepada beliau bagi membantu beliau mengubah kehidupannya.

JKM terpaksa mengambil keputusan untuk menamatkan bantuan kepada Frusis Lebi memandangkan pendapatan terkumpul beliau kini tidak meletakkan beliau di dalam kategori orang miskin walaupun beliau sebenarnya adalah seorang yang kurang upaya (OKU).

Frusis Lebi walaupun dikatakan cacat namun boleh memandu vannya sendiri, boleh memanjat pokok, pandai membuat rumah sendiri, boleh bermain bola seperti orang normal yang lain dan melakukan kerja-kerja yang biasa dilakukan oleh orang biasa.

Ekoran kisah Frusis Lebi yang ditamatkan bantuan oleh JKM itu maka DAP segera masuk jarum dan berjaya mempengaruhi Frusis agar segera membuat laporan polis ke atas pihak JKM dan juga terhadap Naib Presiden PRS YB Mong akan Dagang yang didakwa bertanggungjawab ke atas penamatan bantuan oleh JKM itu.

Tetapi apa yang lebih mengejutkan adalah, Frusis Lebi terima wang dan segala bantuan daripada pihak JKM serta kerajaan Barisan Nasional namun telah menjadikan bilik rumahnya sebagai markas atau pusat jentera parti Pakatan Haram beroperasi.

Frusis Lebih tak ubah sama seperti seekor anjing yang tersepit. Orang yang telah membantu melepaskannya dari terperangkap disepit kayu tetapi tangan orang yang meyelamat itu juga yang beliau gigit. Baca di sini

Isnin, Mac 05, 2012

Al-Quran tidak hangus dalam satu kebakaran rumah di Kuching Sarawak

KUCHING 5 Mac - Hanya wang tunai sebanyak RM2,000 milik pekerja Indonesia yang diletakkan di dalam Al-Quran sempat diselamatkan, manakala sekurang-kurangnya tujuh keluarga lain tinggal sehelai sepinggang apabila kuarters pekerja sebuah kilang memproses arang di kawasan perindustrian Demak Laut di sini, ranap dijilat api tengah hari semalam.

Kebakaran sekitar jam 12:05 tengah hari disedari oleh pekerja tempatan yang tinggal tidak jauh dari kuarters tersebut yang seterusnya menghubungi para penghuni kuarters terjejas yang sedang bersiar-siar di bandar ketika itu.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Sarudu, 25, antara mangsa pertama sampai di tempat kejadian, memberitahu dia bergegas pulang selepas dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

Melihat keadaan rumah kayu sepanjang tujuh pintu itu yang hampir musnah, dia seterusnya cuba memasuki rumah tersebut dengan harapan dapat menyelamatkan beberapa dokumen penting termasuk wang tunai sebanyak RM2,000 yang diselitkan di dalam Al-Quran dalam almari.

Bomba yang sempat menghalang Sarudu daripada memasuki kawasan itu atas faktor keselamatan, bagaimanapun membantunya untuk mendapatkan Al-Quran tersebut. "Walaupun gagal menyelamatkan harta benda dan dokumen penting yang lain, tetapi saya bersyukur kerana wang sebanyak RM2,000 bersama Al-Quran ini berjaya diselamatkan," katanya.

Pada mulanya, katanya, dia menyangka wang itu tidak dapat diselamatkan berdasarkan keadaan luaran kitab suci itu yang agak terjejas oleh kebakaran.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Tabuan Jaya Tawan Lingem memberitahu, dua buah jentera dari balai bomba tersebut dan Padungan berserta 17 anggota dikerahkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12:15 tengah hari.

"Ketika kita tiba di tempat kejadian, keadaan rumah pekerja tersebut sudah 80 peratus musnah dan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam 12:30 tengah hari," jelasnya.

Menurutnya, angka sebenar penghuni kuarters kediaman itu tidak dapat dipastikan memandangkan semua penghuni berada diluar ketika kejadian.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan - Sumber berita serta gambar 100% dari Utusan Borneo Online

"Seksualiti Merdeka kerja orang gila" - Pemimpin Gereja Katholik Scotland.

Perkahwinan sejenis di antara lelaki sesama lelaki dan juga di antara wanita sesama wanita adalah salah satu daripada agenda atau yang turut tersenarai di dalam apa yang dikatakan oleh golongan minoriti pendesak sebagai hak kebebasan individu yang mahu diperjuangkan oleh mereka ini.

Golongan yang begitu aktif sekali mendesak kerajaan dengan mengemukakan berbagai tuntutan yang melampau serta terkeluar daripada kelaziman atau kebiasaan adalah merupakan sekumpulan manusia yang sangat terdesak di dalam kehidupan mereka dan kumpulan mereka ini juga adalah merupakan kumpulan yang nyata sudah hilang kawalan diri sehingga tidak mampu lagi membezakan yang mana haram dan yang mana satu halal.

Seorang pemimpin Kristian aliran Roman Katholik, Cardinal Keith O'Brien 73, dari negeri Scotland, Britain telah membidas Perdana Menteri Gordon Brown beberapa minggu lepas kerana telah menyatakan secara terbuka mengenai sokongan beliau terhadap perkahwinan sejenis di negara berkenaan.

O'Brien menyifatkan tindakan itu sebagai "subversive" melampau ke atas hak asasi manusia hanya kerana tuntutan daripada kumpulan aktivis minoriti. "Perkahwinan sejenis akan menghapuskan keseluruhan asas kekeluargaan iaitu ibu dan ayah untuk setiap anak," - Cardinal Keith O'Brien. Lagi berita di sini 

Tetapi apa yang peliknya di Malaysia ini ialah bilamana terdapat segelintir pemimpin yang beragama Islam boleh terlibat sama di dalam menyokong serta memberi peransang terhadap segala usaha untuk mengembangkan budaya songsang sebegini di kalangan masyarakat negara ini sebab sepatutnya pemimpin Islamlah yang menyekat budaya seumpama ini agar tidak menular dalam masyarakat Malaysia tetapi malangnya apabila keadaan telah menjadi sebaliknya pula.

Ahad, Mac 04, 2012

Ketinggalan 20 tahun di belakang, Indonesia mula kejar Malaysia dalam industri otomobil

 Umpama seorang pelari yang tertinggal jauh di belakang para peserta lain dalam acara larian sukan olah raga, maka begitu jugalah dengan Indonesia yang kini sudah mulai mengorak langkah untuk turut bergiat di dalam industri berat sebagai pengeluar kenderaan awam bagi kegunaan dalam negara dan juga untuk tujuan eksport.

Setelah Malaysia menerusi kilang Proton berjaya melancarkan pemasaran kereta nasional pertamanya pada 1 September 1985 iaitu lima bulan selepas Syarikat Proton yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 atas idea bernas Tun Dr. Mahathir Mohamad terus mara ke hadapan maka ini seolah-olah seperti telah membuat pihak tertentu di Indonesia berkeinginan untuk turut mencontohi Malaysia dalam bidang tersebut.

Gambar atas dan bawah merupakan kereta nasional pertama Indonesia model GEA keluran Syarikat PT INKA (Industri Nasional Kereta Api) dan kini dikatakan telahpun berada dipasaran Indonesia dan sedia untuk menerima tempahan daripada rakyatnya. Dengan kuasa 650 cc dan had kelajuan 85 KM/Jam, kereta ini dijual dalam harga Rp40 - Rp50 juta rupiah atau dalam ringgit Malaysia lebih kurang RM18,000.00.
Menurut Humas PT INKA, Fathor Rashid, walaupun kereta nasional pertama Indonesia ini telah siap sedia beralih tangan daripada pembekal kepada para pengguna, namun masih banyak kekurangan pada kereta ini yang perlukan pembelinya untuk menambah aksesori dan sebagainya mengikut kehendak mereka masing-masing.

Tidak seperti kereta nasional keluaran Malaysia, kereta buatan Indonesia belum lagi tersedia dengan alat-alat seperti AC, tape stereo mahupun power window. Untuk seterusnya bolehlah klik kat sini .

Anak Merdeka; nasib baiklah Malaysia yang 20 tahun lebih awal dari Indonesia telah berjaya membuat kereta nasional sendiri, kalau tak siap lagilah negara kita dituduh "maling! maling! maling!" pasal reka bentukpun hampir serupa Produa Kembara, Kancil serta Viva jer.

Serba sedikit tentang sejarah kilang kereta Proton.

PROTON (Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd.) ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit.

PROTON merupakan gagasan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM).

Pemegang Saham PROTON
(1) Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) 70%
(2) Mitsubishi Motors Corporation, Jepun 15 %
(3) Mitsubishi Corporation, Jepun 15 %

Lokasi Kilang PROTON
(1) Kawasan Perindustrian HICOM, Batu 3, 4000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan.
(2) Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.

Setelah lebih 20 tahun beroperasi, kilang kereta nasional Proton setakat ini telah berjaya mengeluarkan lima belas jenis atau model keretanya Proton Arena, Proton Gen-2, Proton Iswara, Proton Juara, Proton Persona, Proton Perdana, Proton PERT, Proton Putra, Proton SAGA versi lama dan baru, Proton Satria/GTI/R3/Neo, Proton Savvy, Proton Tiara, Proton Waja, Proton Wira, Proton Exora/MPV.

Pada 2 Ogos 2008, Syarikat Kereta Proton telah berjaya mencatatkan sejarahnya yang tersendiri sebaik saja berjaya mengeluarkan kereta yang ke 3 juta pada tarikh berkenaan. Sebagai rakyat Malaysia kita semua patut rasa berbangga dengan pencapaian yang begitu memberansangkan dimana sesudah lebih 20 tahun barulah ada negara jiran cuba mengejar negara kita dari belakang dan mahu bersaing dengan Malaysia di dalam industri ini.

Syabas dan tahniah kepada syarikat PROTON dan juga selamat berjuang kepada PT INKA semoga usaha anda semua akan membuahkan hasil walaupun mungkin agak mustahil untuk mengatasi Malaysia dalam hal yang tertentu tetapi sekurang-kurangnya industri otomobil negara sudah ada pesaingnya.

Pernah tak Badrulamin jadi 'jambu' satu ketika dulu ?

Wajah ustaz Badrulamin kini pada ketika usia 50 tahun. Pada era tahun 1990an dulu entahlah macamana wajah dia. Jambu?

Semalam ketika tengah tidur saya telah termimpi seorang pemimpin besar Parti Pakatan Pembangkang, tak lain dan tak bukan...Anwar Ibrahim sedang makan buah jambu.

Dia makan buah jambu tu, kunyah punya kunyah, belum habis separuh buah jambu tu tetiba saja muncul macam muka Badrulamin dari dalam buah jambu yang sedang dimakan oleh Anwar.

Anwar tak perasan tapi saya nampak dalam mimpi saya.

Dulu ustaz ni selalu tak ikut boss dia p keluar negara macam ke Bangkok ke, Hong Kong ke ataupun Philipine?

Sabtu, Mac 03, 2012

Scorpene: Majalah Tiga TV3 juga turut dedah perihal kapal selam negara

Malam ini Sabtu 3 Mac 2012, TV3 melalui segmen Majalah 3nya juga telah secara terang-terangan menyiarkan dengan jelas mengenai rahsia-rahsia tertentu pada dua kapal selam pertama negara iaitu KD Tunku Abdul Rahman serta KD Tun Abdul Razak.

Tetapi yang peliknya ialah kenapa penglibatan blogger Papa Gomo yang turut terpilih selain daripada Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan Eng untuk belayar dengan kapal selam semasa berlansungnya Maritim Antarabangsa Langkawi tahun lepas terus diungkit segelintir rakan-rakan sealiran.

Patutnya kita semua berbanggalah kerana rakan blogger telah dipilih tidak kira siapalah yang membenarkan beliau masuk sebab apa yang penting keselamatan semua pihak diutamakan dan apabila salah seorang blogger diterima untuk masuk bererti itu adalah satu pengiktirafan oleh pihak kerajaan terhadap peranan yang kita semua mainkan selama ini.

Syabas dan tahniah Papa Gomo, kerana telah ada pengalaman menyelam bersama dengan kapal selam kebanggaan rakyat Malaysia. Saya tabik dan bangga kepada anda. Jangan kisah apa orang kata dan yang penting adalah ikhlas dan itulah saya turut sangat teruja. :-)

Jumaat, Mac 02, 2012

Badrulamin terus dirundung malang, jadi mangsa "6 Jahanam" lah pula !

Setelah mengalami kecederaan yang amat teruk akibat dibelasah oleh 20 orang samseng dalam kejadian di bilik bernombor 6385 Hotel Swiss Garden Kuantan Pahang hujung February lalu yang menyebabkan beliau terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan serta menerima puluhan jahitan untuk luka yang beliau alami dibelakang telinga, pipi, dagu, tengkuk, hidung dan bahagian muka, Badrulamin yang baru saja dibenarkan keluar dari wad hospital sebenar masih lagi bertarung dengan banyak ancaman lain.

Menurut Badrulamin, beliau telah menjadi mangsa kepada "6 jahanam" iaitu selepas peristiwa JAIP menahan beliau ketika sedang berdua-duaan dengan wanita bukan muhrim di dalam bilik hotel penginapannya di mana sekumpulan "6 jahanam" itu bertindak 'merasuah" pemandu/pembantu peribadi beliau dengan "imbuhan lumayan" sekiranya pembantunya itu sanggup bekerjasama dengan "6 jahanam" ini untuk jadi saksi memburukkannya. Seterusnya di Malaysia Kini

Video: Ust. Badrul masuk ICU setelah cedera parah dibelasah 20 orang samseng. Amin!



Dari cara Ustaz Hijau 2.0 tu menjawab setiap soalan daripada wartawan saja kita sudah boleh mengesan bahawa Dr. Badrul sama juga dengan para pemimpin Pakatan Haram Pembangkang yang lain memang suka mengada-ngada dan gemar buat cerita palsu. Kononnya beliau kena pukul dan macam-macam lagi.

Kali-kali dia mendakwa kena belasah dengan teruk oleh 20 orang samseng masa dia kena tangkap basah dengan pasangan khalwat isteri orang di dalam bilik bernombor 6385 Hotel Swiss Garden Kuantan Pahang, tetapi pihak polis dah naik boring menunggu Badrulamin nak catat keterangan daripadanya, namun sehingga kini kelibat ustaz tu pun tak pernah kunjung tiba ke Balai Polis yang terdekat.

Akhirnya, Hamas juga tahu Anwar memang tidak boleh dipercayai !

KUALA LUMPUR 1 Mac - Hamas hari ini menafikan bahawa pendirian pertubuhan tersebut selari dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel ketika diwawancara oleh akhbar The Wall Street Journal.

Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr. Mousa Abu Marzook berkata, pertubuhan itu sama sekali tidak akan mengiktiraf rejim Zionis kerana bagi Hamas, negara itu tidak sah kewujudannya di muka bumi. Baca seterusnya...

Itulah akibatnya apabila cuba hendak mengheret konflik yang berlaku di negara Palestine ke dalam politik Malaysia. Semua perkara hendak dipolitikkan. Penderitaan dan kesengsaraan rakyat Palestine yang dizalimi oleh pengganas Israel patutnya tidak digunakan oleh puak-puak pembangkang di negara ini untuk meraih undi daripada rakyat Malaysia.

Memang tidak adil sama sekali untuk mana-mana pihak yang sengaja cuba mempermainkan perjuangan rakyat Palestine dalam mendapatkan kembali hak milik mereka yang telah dirampas oleh pihak pengganas Israel.

Rabu, Februari 29, 2012

Badrulhijau yang kebal terus bersilat...

Ustaz Badrul memang kebal. 20 orang belasah dia namun beliau tetap juga sihat walafiat macam biasa gagah perkasa malah boleh lagi terus bagi ceramah carca marba kepada orang ramai.

Seterusnya dalam ceramah selepas insiden 'tangkap basah' beliau dengan wanita isteri orang, ada lagi dia kata 6 individu mendatangi pembantu/pemandu peribadinya cuba untuk "merasuah" pekerja beliau itu agar bekerjasama dengan mereka bertujuan memburuk-burukkan dirinya selaku seorang ustaz.

Tetapi kalau benarlah ada pihak yang cuba memberikan rasuah kepada pemandu/pembantu peribadinya, kenapa tidak Badrulhijau buat saja laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?

Macam-macamlah cara digunakan oleh ustaz ni untuk melepaskan diri~~~

Selasa, Februari 28, 2012

Macam ni ke Ustaz Dr. Badrulhijau 2.0 kena pukul masa dalam bilik 6385 Hotel Swiss Garden hari tu?



Kalau benarlah dia kena belasah macam tu oleh puluhan 'gengster,' nape juga Ustaz tu tak buat laporan polis ye?

Isnin, Februari 27, 2012

Video: khalwat 2.0 jam 3 pagi, Badrulamin layan konspirasi sedap



Dr. Badrulamin Baharum kata beliau "diperangkap." Maksudnya beliau masuk perangkap sebab tertarik dengan 'umpan' yang dipasang oleh pihak yang memasang perangkap untuk memerangkap beliau.

Juga Badrulamin kata penangkapan beliau atas tuduhan berkhalwat dengan bini orang satu konspirasi jahat UMNO/BN.

Tetapi Badrulamin juga kerapkali tersasul mengakui pernah beberapa kali sebelum ini bertemu dengan wanita pasangan khalwatnya dirumah wanita itu di Rompin.

Jadi, konspirasi apa namanya kalau dah Badrulamin sendiri yang lebih dulu mengenali wanita berkenaan jika dibandingkan dengan pemimpin UMNO/BN lainnya.

Banyaklah kenyataan-kenyataan yang keluar dari mulut Dr. Badrulamin selepas peristiwa 'tangkap basah' melibatkan beliau bagi menyelamatkan diri bunyinya pelik-pelik saja sehingga menimbulkan keraguan yang melampau dikalangan kita.

Himpunan Khalwat 2.0: Ustaz DUNHILL masuk perangkap UMNO/BN!

Ustaz DUNHILL Badrulamin Baharum mendakwa penangkapan beliau oleh pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) adalah sesuatu kejadian yang telah dirancang terlebih dahulu dan tentunya mereka akan menuduh ianya sebagai satu pakatan sulit antara UMNO/BN dengan pihak JAIP untuk mengenakan beliau. Ustaz DUNHILL tu cakap dia cuma nak bantu wanita berkenaan hendak mendapatkan bilik penginapan dan takde niat lain.

Himpunan Hijau 2.0 yang kini lebih baik dikenali sebagai Himpunan Khalwat 2.0 yang berlangsung di Kuantan Pahang semalam yang turut disertai oleh Sasauterawan Negara A. Samad Said juga bolehlah mereka katakan sebagai satu lagi bentuk konspirasi dibuat oleh pihak UMNO mahupun BN untuk memerangkap mereka daripada pihak Pakatan Haram Pembangkang. Dan maknanya, mana-mana mereka yang turut serta dan hadir pada perhimpunan itu semalam adalah jenis yang mudah dijerat, tidak punya akal fikiran sendiri sama macam lembulah lebih kurang.

Lagi banyak kemusykilan, Ustaz DUNHILL tu kata dia dan wanita berkenaan berjam-jam kena kurung dalam bilik Hotel Swiss Garden itu setelah dipukul serta dibelasah dengan teruknya oleh sekumpulan lelaki yang diketuai oleh suami wanita itu. Macamana ya, sedangkan ketika pihak JAIP mengetuk pintu bilik hampir 20 minit pula kena menunggu baru Ustaz DUNHILL tu buka bilik sambil pakai tuala saja.

Lagipun kalau betullah wanita tu mahu minta pertolongan beliau(Ustaz DUNHILL) mendapatkan sebuah bilik, kenapa tidak suruh tunggu saja di luar di lobi atau di kaunter hotel tersebut sementara beliau sedang bersiap mengenakan pakaian. Sebagai seorang ustaz, patutnya Ustaz DUNHILL tu lebih tahu apa hukumnya dalam Islam kalau sedang berdua-duaan dengan seorang wanita bukan muhrim di dalam sebuah bilik.

Takkanlah apabila UMNO/BN buat konspirasi macam tu pun Ustaz DUNHILL tidak tahu berpikir dan masih lagi mahu ikut semua sehinggakan iman di dada juga turut melayang. Nampaknya UMNO/BN memang hebat sejak dulu sehingga sekarang, kali-kali puak daripada Pakatan Haram kena jerat, mudah sangat masuk perangkap tetapi yang peliknya kalau puak-puak mereka yang pasang perangkap tidak semudah itu pula pihak UMNO/BN masuk jerat he! he! he!

Ahad, Februari 26, 2012

Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan meluluskan 'Kelab Seks Bebas Radiasi' sesiapa yang berminat sila isi borang!!!

Program Seksualiti Merdeka yang cuba dianjurkan oleh puak-puak Bersih 2.0 baru-baru ini di Malaysia kini sudah mula mendapat tempat di hati kalangan pemimpin Pakatan itu sendiri dan mungkin di kalangan para pengikut mereka juga.

Satu kelab khusus untuk mereka-mereka yang suka mengamal gaya hidup atau seks bebas akan ditubuhkan tidak lama lagi. Pelopornya pula adalah Ustaz Badrul Amin Baharum dan beliau mula memperaktikkan gaya kebebasan hidup berkenaan dengan seorang wanita isteri orang di dalam sebuah bilik hotel pada jam 3 pagi dua hari lalu.

Kelab tersebut terbuka kepada semua pemuja seks bebas depan belakang kiri kanan atas bawah sama rasa sama rata. Apa-apapun syabas diucapkan kepada Ustaz PKR itu kerana terlebih dulu berani melakukannya sebagai menyahut cabaran pemimpin Pakatan Haram yang kini sedang mempengaruhi minda rakyat Malaysia agar menerima segala macam bentuk amalan seks bebas termasuk seks songsang.

Sabtu, Februari 25, 2012

Ust. Badrul Amin berjaya lepasi kelayakan sebagai pemimpin agung PKR

Berkhalwat, selain dari bersekedudukan serta meliwat belakang orang adalah antara kretria utama atau ciri-ciri yang paling diutamakan dalam PKR untuk membolehkan setiap pemimpin mereka layak dipilih sebagai manusia teragung sepertimana Anwar Ibrahim yang diangkat sebagai anugerah Tuhan dan juga sebagai Imam Mahdi.

Maka itulah yang saya tengah fikir tentang apa yang sedang di hadapi oleh Ustaz Badrul Amin Baharum apabila dia tertangkap oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ketika sedang berdua-duaan jam 3 pagi tadi dalam sebuah bilik hotel dengan seorang wanita yang bukan muhrim beliau.

Bagi pihak PKR sendiri, Ustaz Badrul Amin sebenarnya telahpun berjaya memenuhi syarat untuk menjadi pemimpin mereka dan perbuatan berkhalwat agaknya telah dianggap selari dengan apa yang diperjuangkan oleh penganjur Seksualiti Merdeka seketika dahulu iaitu memberi kebebasan sepenuhnya kepada sesiapa jua berkaitan dengan aktiviti seks masing-masing.

Lihatlah selepas ini, Ustaz Badrul Amin pasti akan dijulang dan disanjung sebagai manusia terpilih dan mereka akan sedaya-upaya cuba mempertahankan ustaz berkenaan termasuk akan mengait serta menuduh UMNO sebagai bertanggungjawab terhadap penangkapan Ustaz Badrul itu.

Pasal dosa berkhalwat Ustaz Badrul itu pula pihak PKR tentu akan merujuk kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz samada boleh diampun ataupun tidak dan sebagai manusia yang telah digelar sebagai nabi oleh para pengikut PAS sendiri sudah semestinya Datuk Nik Aziz akan menghapuskan dosa Ustaz Badul itu.

Video: Tun Dr M pelawa Anwar serta semua puak-puak Pakatan datang beramai-ramai ke Putrajaya



Di akhir ucapannya, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad menjemput dan mempelawa ketua pembangkang, Anwar Ibrahim serta para sahabatnya dari Pakatan agar datang ke Putrajaya pada Perhimpunan Hari Belia.

Ha ha ha !!! apa tunggu lagi, tak payahlah tunggu PRU-13 , hari Belia pun boleh datang ke Putrajaya hi hi hi

P/s: video ehsan dari blog Papa Gomo

Lagu ini sah ciptaan anak Sabah, anak seni Sarawak jangan ciplak!!



Penggiat seni di Bumi Kenyalang terutama yang terlibat di dalam bidang seni suara agar tidak mengaku yang lagu "Anak Kampung" sebagai lagu ciptaan hak milik mereka.

Apa yang perlu dilakukan ialah, kiranya ingin memuatkan lagu berkenaan dalam album mengikut versi Sarawak dalam bahasa masing-masing seperti dalam bahasa Iban, Bidayuh, Melayu, Melanau serta dalam bahasa Kayan-Kenyah maka kenalah minta keizinan pemiliknya terlebih dahulu.

Jangan amalkan budaya suka menciplak hasil seni mahupun budaya pihak lain tanpa pengetahuan ataupun kebenaran mereka kerana ini satu perlanggaran dari segi syarat tertentu yang telahpun disahkan pihak kerajaan.

Kita kena tampil dengan hasil karya sendiri dan tidak ada gunanya kita dikenali padahal apa yang kita gahkan itu adalah merupakan sumbernya daripada pihak lain. Anak Sarawak perlu berdiri di atas kaki sendiri !

Jumaat, Februari 24, 2012

PAS hanya berbai'ah kepada DAP & PKR !!

"Sebenarnya Pas tidak mengamal sebegitu. Pas mengajar ahli dan pemimpinnya berbai'ah tetap kepada Allah dan rasul serta kepatuhan kepada rukun berjemaah, bukannya pemimpin," - MB Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat

Mursyidul Am Pas itu mengulas dakwaan Negarawan YABhg. Tun Dr. Mahathir tentang saranan Presiden Pas Datuk Seri Abd. Hadi Awang yang mahu semua bakal wakil rakyat Pas untuk PRU-13 nanti melakukan "bai'ah" atau sumpah taat setia kepada parti Pas kononnya agar tidak tersasar perjuangan mereka di dalam menegakkan ajaran Islam di negara ini.

Tetapi jika benarlah itu matlamat serta tujuan 'amalan bai'ah' yang dikehendaki oleh Presiden Pas Abdul Hadi Awang kepada semua para pemimpin Pas termasuk mereka yang bakal dicalonkan sebagai calon Pas pada PRU-13 nanti, mengapakah pula mereka sebelum ini begitu bersungguh-sungguh cuba menyingkirkan Datuk Dr. Hassan Ali daripada parti Pas?

Apakah Datuk Dr. Hassan Ali telah melanggar 'bai'ah'? Adakah tidak menurut perintah DAP serta PKR maka sama juga dengan tidak melakukan amalan bai'ah?

Khamis, Februari 23, 2012

Video skandal seks Mr. Y laris bagai pisang goreng panas di Indonesia - DS Zahrain



Dalam facebooknya, Datuk Seri Zahrain Hashim membuat pendedahan bahawa video skandal seks melibatkan seorang pemimpin parti politik di negara ini laku jualannya di negara seberang kita Indonesia. Waduh! waduh! waduh!

http://www.facebook.com/profile.php?id=100002421944674
Posted by Picasa

Sokong Anwar sokong Israel !

Apabila ketua pembangkang Anwar Ibrahim menyatakan pendirian menyokong sebarang usaha untuk keselamatan Israel bermakna sesiapa yang masih menyokong beliau dengan sendiri turut menyokong apa jua usaha menjamin keselamatan bagi phak Israel.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz sebagai pemimpin sebuah pertubuhan yang kononnya memperjuangkan Islam patutnya mendukung penuh perjuangan rakyat Palestine yang selama ini hidup mereka telah dizalimi dan ditindas rejim pengganas Yahudi.

Tetapi malang sekali apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat juga turut mabuk setelah disaji dengan penjelasan mengenai laporan WSJ oleh Anwar hasil pertemuan tertutup antara beliau dengan Penasihat PKR itu.

Persoalannya kini ialah, adakah Datuk Nik Aziz juga turut bersetuju dengan apa yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh Anwar berkaitan sokongannya terhadap keselamatan negara haram Israel itu?
Posted by Picasa

Peralihan kuasa kepimpinan Sarawak? PM, TPM serta anggota kabinet pusat terjah Bumi Kenyalang

Ada timbul tandatanya disini. Sejak berminggu yang lalu terdapat beberapa orang anggota kabinet kerajaan Persekutuan telahpun berada di Bumi Kenyalang. Mereka telah menjelajah ke seluruh pelusuk negeri Sarawak. Mereka menghadiri berbagai-bagai program bersama dengan rakyat setempat.

Hari ini pula Perdana Menteri YAB Datuk Patinggi Mohd. Najib Tun Abdul Razak akan memulakan lawatannya ke Bumi Kenyalang dan kemudiannya hari ini juga akan diikuti oleh timbalan beliau YAB Tan Sri Hj. Muhyiddin Mohd. Yassin yang akan menaiki pesawat lain untuk lawatan dua hari ke Sarawak.

Petanda apa agaknya dengan perkembangan terbaru ini? PRU-13 memang dah dekat tetapi perhatian rakyat Sarawak kini lebih tertumpu kepada isu peralihan kuasa daripada kepimpinan yang sedia ada kepada pemimpin pengganti yang akan meneruskan kesinambungan kepimpinan Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud yang cemerlang dalam membawa Sarawak ke arah sebuah negeri maju bersama dengan Wawasan 2020 negara.

Perdana Menteri akan berada di Sibu untuk merasmikan sebuah Perkampungan Budaya masyarakat Cina Sibu di Bukit Aup di kawasan luar bandar hilir Sibu iaitu di pinggir Sungai Igan.
Posted by Picasa

Rabu, Februari 22, 2012

Benarkah lagu ini hasil ciptaan dan dipopularkan oleh penyanyi Indonesia ?



Sudah ada sesetengah rakyat Indonesia yang berada di negara ini mendakwa bahawa lagu "Sungai Lui" nyanyian Aizat Amdan pernah popular di Indonesia sebelum ini dan mengakui ianya telah dinyanyikan oleh seorang penyanyi yang dikenali sebagai Trisha. Betul ke?

Di samping itu mereka turut bertegas serta mengingatkan pihak kita bahawa apa jua yang menjadi milik negara mereka dalam bentuk apapun akan tetap mereka pertahankan. Pirahhhh!!!! ..yang mereka memecah masuk rumah milik rakyat Malaysia, merompak, meragut harta benda penduduk tempatan di negara ini apa itu tidak mereka sedari ?!

Tetapi yang peliknya, kalau benarlah lagu berkenaan diciplak dari hasil karya artis Indonesia, bagaimana pula boleh tersenarai untuk dipertandingkan dalam Anugerah Juara Lagu (AJL2011) baru-baru ini? Takkanlah kesemua 30 juri yang dilantik tidak perasan yang lagu tersebut pernah dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia.

Harap rakyat Indonesia tidak mudah membuat tuduhan melulu dalam perkara seperti ini dan harap mereka juga tidak cepat mengaku benda yang kurang jelas sebagai hak milik mereka. Jangan ulangi kesilapan lalu yang nyata tidak baik untuk hubungan dua negara berjiran ini. Lebih banyak yang merugikan dari memberi faedah.

Andai kata Anwar & Mat Syabu, entah berapa harilah agaknya mereka tak basuh tangan..

Bayangkan seandainya Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia dan Pakatan Haram Pembangkang pula adalah kerajaan bagi negara ini. Kita baru saja menerima kunjungan daripada Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra yang cantik, anggun, menawan serta tinggi lampai pula tu.

Cuba kita bayangkan masa menyambut ketibaan secara rasmi Yingluck di Dataran Parlimen, Anwar Ibrahim pasti yang dulu sekali berjabat tangan dengan Perdana Menteri wanita pertama negara Thai itu, kemudian Anwar akan memperkenalkan Yingluck kepada semua menteri kabinetnya bermula dengan Timbalan Perdana Menteri I iaitu Mat Syabu dan Timbalan Perdana Menteri II Lim Guan Eng serta masing-masing selepas itu diperkenalkan pula kepada barisan menteri-menteri kabinetnya.

Tentu mereka akan buat perangai macam dalam filem "Musang Berjanggut" arahan serta lakonan Biduan Agung Negara Tan Sri P. Ramlee. Dalam filem tersebut, memasing lelaki hidung belang berebut-rebut untuk memenangi hati Puspa Wangi, watak yang dilakonkan oleh Allahyarhamah Seniwati Saadiah. Mereka juga berlumba-lumba untuk bersalam dengan Puspa Wangi dan bila berjaya, sampai berhari-hari pula lamanya mereka bertindak tidak membasuh tangan sebelah kanan selain hari-hari menciumnya.

Tetapi nasib baiklah Datuk Seri Mohd. Najib yang menjadi Perdana Menteri Malaysia yang sah dan kedatangan Yingluck ke negara ini disambut sama sepertimana sambutan yang diberikan terhadap pemimpin-pemimpin dari negara lain cuma Thailand ini agak istimewa sedikit kerana selain sebagai negara tetangga terdekat Thailand juga adalah sebuah negara jiran yang belum pernah mengguris hati dan perasaan rakyat Malaysia, sama-sama saling menghormati walau berbeza adat budaya, kepercayaan agama serta bahasa.
Posted by Picasa

Jaga etika ketika sedang duduk, supaya kawan tidak tersepit !


Kita tidak boleh terus berdiri selamanya dan kita perlu duduk seketika. Kita juga tidak boleh terus berjalan tanpa henti kerana kita juga perlukan rehat maka kita perlu duduk untuk merehatkan diri.

Apabila kita duduk tidak kiralah siapa diri kita harus kena selalu menjaga gaya kita duduk terutama ketika sedang duduk bersama orang lain. Jangan pula yang sorang duduk macam tu, kita duduk macam tu dan yang lain-lainnya pula duduk begitu begini.

Misal kata yang orang ini sokong Israel, yang seorang ini kononnya dukung Islam serta perjuangan rakyat Palestine manakala yang sorang lagi bawa perjuangan PAP untuk diserapkan dalam pentadbiran negara. Bahaya tu !

Nanti kalau tersepit macam mana ?

Dia kata, sokong keselamatan Israel tapi dalam masa yang sama buat kecoh konon ada kapal dagang Israel berlabuh kat pelabuhan Malaysia, agaknya nak desak kerajaan Malaysia halau kapal tu lah...itupun kalau pembohongan mereka tu benar ;-)
Posted by Picasa

Isnin, Februari 20, 2012

Al-Fatihah ! Latiff Ibrahim meninggal dunia ... ...

Penyanyi dan pelakon popular tahun 1970an, Latiff Ibrahim meninggal dunia di Institusi Jantung Negara (IJN) pada jam 5:50 petang tadi akibat komplikasi jantung. Sumber berita Utusan Malaysia Online.

Latiff Ibrahim yang terkenal dengan lagu-lagu hitsnya seperti 'Mengenang Dikau Kembali, Nora dan pernah berduet dengan Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini telah beberapa bulan berada di pusat perubatan berkenaan untuk rawatan rapi.

Di samping itu, Latiff Ibrahim juga pernah membintangi beberapa buah filem lewat tahun 1978 sehingga akhir 1980an serta turut berlakon untuk drama RTM TV1.

Moga roh Allahyarham Latiff Ibrahim akan dicucuri dengan segala rahmat serta di tempatkan di kalangan roh-roh mereka yang soleh dan beriman. Al - fatihah!

Ahad, Februari 19, 2012

Aiyaaa!!!..ini macam ka wakil rakyat DAP Sarawak buat kerja untuk rakyat ?


Wakil-wakil rakyat daripada DAP Sarawak sangat peliklah. Dulu waktu belum menang dan belum lagi dilantik jadi wakil rakyat bolehlah mereka buat kerja macam tu tetapi sekarang ada di antara mereka sudahpun bergelar Yang Berhormat di kawasan yang mereka menang bertanding menentang calon BN tetapi masih lagi sehingga kini buat kerja macam pembangkang aduhai, aduhai, aduhaiiiiii!!!!!

Hari-hari keluar rumah turun cari tempat yang berlubang-lubang, jalan pecah sana sini, air bertakung tempat nyamuk membiak terus panggil wartawan dari 'newspaper' suruh ambik gambar mereka kat sana sambil tunjukkan BN tak jaga dan tak selenggara tempat tu...aiyaaa...apa macam ini macam boleh jadi wakil rakyat Yang Berhormat ka?

Kalau macam tu, saya pun boleh jadi Yang Berhormat, jalan pusing sana sini dalam kawasan DUN atau Parlimen yang saya wakili dan masih lagi nak persalahkan pihak BN apabila ada terjumpa kawasan-kawasan yang dalam keadaan tidak terjaga atau yang perlukan perhatian wakil rakyat.

Yang saya hairan, contohnya wakil rakyat daripada DAP bagi kawasan Pujut Miri Sarawak ini, YB Dr. Fong Pau Teck. Itu kawasan telah dimenangi beliau atas tiket DAP semasa PRN Sarawak ke-10 tahun lepas dan kawasan itu telahpun diwakili beliau termasuk apa jua permasalahan rakyat di dalamnya dan segalanya memerlukan sentuhan beliau untuk mencari penyelesaian sekira timbul sebarang masalah yang melibatkan kepentingan rakyat di dalam kawasan DUN yang beliau wakili.

Kenapa masih lagi nak minta bantuan pihak 'newspaper' menyiarkan di akhbar pasal tempat-tempat yang sebegitu sedangkan sebagai wakil rakyat itulah tanggungjawab beliau untuk menyelesaikannya. Beliau perlu ingat bahawa beliau adalah wakil rakyat di situ dan tidak sepatutnya berlaku beliau pula yang panggil pihak 'newspaper' minta disiarkan keadaan sedemikian di dalam surat khabar-surat khabar tertentu kononnya terbiar tanpa perhatian padahal itu adalah dalam kawasan DUN beliau sendiri,,,aduhaiiiiii!!!!

Sendiri punya kawasan sendiri mahu komplen kah YB...ada ka itu macam jadi wakil rakyat he he he....
Posted by Picasa

Sabtu, Februari 18, 2012

Sabah akan hilang identiti jika berterusan meniru kebudayaan rakyat Sarawak

Ini menunjukkan pakaian tradisional rasmi masyarakat kaum Iban iaitu kaum terbesar di Bumi Kenyalang dan juga kaum Orang Ulu dari suku etnik Kayan & Kenyah di Sarawak yang telah diwarisi mereka sejak turun temurun daripada generasi terdahulu dan ianya hanya akan dipakai sewaktu mereka meraikan majlis tertentu yang diiringi dengan muzik sape serta tarian.


Ini pula merupakan tarian serta pakaian tradisional masyarakat terbesar di Sabah dari kaum Kadazan Dusun. Kesenian ini juga telah diwarisi oleh mereka daripada nenek moyang yang terdahulu. Pakaian atau costum yang digunakan jelas jauh berbeza dengan pakaian yang diwarisi oleh kaum Dayak di Sarawak.
 Tindakan kurang bijak pihak-pihak tertentu di Sabah yang terus mempromosi pakaian tradisional yang menyerupai dan juga betul-betul mirip seperti pakaian tradisional masyarakat Dayak dan juga Orang Ulu di Sarawak sebagai hak milik warisan budaya Sabah adalah suatu perkara yang sangat dikesali.

Andai ada yang pernah berkunjung ke Sabah terutamanya sejak tahun 2009 sehingga kini tentu anda akan mula perasan bahawa ada sesuatu yang tidak kena sebaik saja anda tiba di pintu masuk negeri Sabah apabila disambut oleh para penyambut tetamu yang berpakaian tidak mencerminkan budaya Sabah tetapi sebaliknya memakai pakaian tradisional yang biasa dipakai oleh masyarakat pribumi di Sarawak.

Dengan hiasan bulu burung ruai di kepala yang melambangkan kepahlawanan kaum Dayak di Bumi Kenyalang, penyambut tetamu terutama di pintu masuk seperti di lapangan-lapangan terbang utama di Sabah mahupun ketika berlangsungnya sesuatu program anjuran pihak tertentu di negeri berkenaan, mereka begitu bersahaja bergaya dengan pakaian tradisional yang sememangnya bukanpun diwarisi dari generasi sebelum mereka.

Bagi saya pula, Sabah yang terbukti mempunyai begitu banyak sumber-sumber pelancongan di mana ada di antaranya belum lagi diterokai dan diusahakan sepenuhnya oleh pihak kerajaan ataupun swasta adalah menjadi satu perkara yang amat pelik apabila mereka terpaksa menceduk budaya dari negeri lain demi untuk menarik minat pelancong luar agar terus berkunjung ke negeri Sabah.

Sebelum perkara ini berlarutan tanpa sebarang tindakan daripada pihak berwajib di Sarawak, adalah lebih baik bagi saya menyeru kepada menteri yang bertanggungjawab tentang kebudayaan dan juga pelancongan di Sabah iaitu Datuk Seri Masidi Manjun agar mengambil perhatian serius tentang hal sebegini kerana jika ianya dibiarkan saja dan tidak ditangani dalam semangat kejiranan pasti akan mendatangkan banyak kesulitan kepada kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak pada masa hadapan terutamanya dalam isu budaya.

Demi kebaikan bersama, seruan saya kepada mereka yang berkenaan di Sabah, cukuplah. Harap di masa-masa yang akan datang, Sabah harus menampilkan budaya tradisional yang unik rakyatnya sendiri tanpa perlu meniru atau mengambil elemen budaya rakyat Sarawak semata-mata untuk meningkatkan lagi industri pelancongan di negeri Sabah.

Masyarakat di Sabah seperti kaum Kadazan, Bajau, Rungus dan sebagainya tentu memiliki pakaian atau budaya tradisi mereka masing-masing maka gunakanlah ia supaya menjadi aset penting bagi industri pelancongan negeri di samping untuk memperkenalkan terus Sabah kepada pelancong seluruh dunia.

Video: Tauke BABI perlekeh Islam depan pemimpin PAS!!!



Apa sudah jadi dengan PAS?

Senang-senang saja orang bukan Islam bercakap menyentuh soal "iman dan akidah" seseorang penganut Islam di hadapan mereka, bukannya ditegur malahan disambut pula dengan tepukan serta gelak ketawa.

Apakah hak apek Cina tua itu mempertikaikan iman atau kepercayaan Datuk Dr. Hassan Ali dalam Islam? Soal iman adalah urusan Datuk Dr. Hassan Ali dengan Penciptanya dan bukan tugas apek Cina tua itu untuk mempersoalkannya.

Apek Cina tua ini harus disedarkan bahawa selagi beliau masih bergelumang dengan daging BABI maka selagi itulah dia tidak berhak mencampuri sebarang urusan orang Islam dan selain itu sekiranya beliau telah diberikan hidayah dengan memilih Islam sebagai pegangan hidup maka beliau juga perlu diberi kesedaran agar mengelak dari sifat suka bermuka-muka dan melakukan fitnah.

Harap perkara seumpama itu tidak akan berlaku lagi selepas ini. Demi perpaduan serta keharmonian kaum di negara ini, setiap masyarakat yang terdiri daripada berbagai latar belakang adat resam, budaya serta kepercayaan maka hendaklah belajar untuk menghormati sensitiviti agama kaum lain.

Begitulah juga dengan apek Cina tua itu, tak usahlah dia menyibuk pasal Datuk Dr. Hassan Ali. Biarkan Datuk Dr. Hassan dengan kerjanya untuk kebaikan Islam anutan beliau dan apek Cina tua itu buatlah kerjanya sendiri, lagi ada faedah buat dia sekeluarga.

Berapa juta RM untuk Anwarael beli bekas-bekas Ahli Parlimen BN ?

Bekas menteri dalam kabinet Tun Dr. Mahathir Mohamad serta Tun Abdullah Ahmad Badawi ini adalah merupakan antara individu yang sering dikatakan oleh bekas Perdana Menteri ke-4 yang terlibat cuba untuk menjatuhkan beliau sepertimana yang berlaku dalam insiden tahun 1987 dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir ini juga merupakan mereka yang berada di dalam kumpulan atau "Team B" yang diketuai oleh Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah juga disertai oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sri Syed Hamid Syed Albar, Datuk Seri Rais Yatim serta beberapa nama lain lagi.

Ketika berada di dalam kabinet pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu di saat-saat akhir persaraan bekas Perdana Menteri itu, Tan Sri Syed Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan Malaysia iaitu dua fungsi kementerian yang digabungkan menjadi satu sewaktu satu rombakan kabinet terakhir dilakukan era Tun Dr. Mahathir. Dan beliau masih lagi memegang jawatan itu selepas peralihan kuasa dari Tun Dr. Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ketika kerajaan berada di dalam kepimpinan Tun Abdullah, sekali lagi rombakan kabinet dilakukan dan kementerian yang terlibat di dalam rombakan kali pertama pentadbiran Tun Abdullah itu adalah kementerian yang baru diterajui oleh Tan Sri Syed Abdul Kadir tetapi bukan beliau ditukar tetapi kuasa beliau dikurangkan apabila kementerian yang baru diwujudkan oleh bekas Perdana Menteri yang baru bersara ketika itu telah dipecah oleh Tun Abdullah yang baru mengambilalih jawatan dan Tan Sri Syed Abdul Kadir dilantik sebagai Menteri Penerangan Malaysia.

Tidak dapat dinafikan bahawa ketika menjawat jawatan di kementerian yang baru digabungkan menjadi satu iaitu Kebudayaan, Kesenian yang disatukan dengan Pelancongan kewibawaan serta kecemerlangan Tan Sri Syed Abdul Kadir dalam menerajui kementerian berkenaan memang ketara sekali cepat meningkat dimana ketika itu beliau nampak sangat kreatif dalam tugasnya untuk menarik ramai pelancong asing berkunjung ke Malaysia apabila bersungguh-sungguh mewujudkan berbagai program kebudayaan serta kesenian masyarakat majmuk di negara ini untuk dipamerkan kepada masyarakat luar.

Di saat-saat kemasyuran beliau memimpin kementerian berkenaan, bagaimana Tun Abdullah tetiba boleh mengambil keputusan untuk memecahkan kementerian yang diketuai oleh Tan Sri Syed Abdul Kadir itu menjadi dua. Semasa rombakan kabinet itulah usaha Tan Sri Syed Abdul Kadir terbantut untuk terus mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terbaik rantau Asean ini apabila hanya diberi tugas memimpin Kementerian Penerangan Malaysia oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kementerian tersebut nyata telah menyekat serta tidak membolehkan lagi Tan Sri Syed Abdul Kadir untuk meneruskan usahanya menyuburkan industri pelancongan di negara ini.

Mungkin kecewa dengan tindakan Tun Abdullah Ahmad Badawi itu telah mendorong Tan Sri Syed Abdul Kadir membuat keputusan berundur dari kabinet Pak Lah ketika itu dan beliau telah meletak jawatan di saat Malaysia masih tercari-cari sentuhan seseorang yang sangat kreatif dalam menarik minat rakyat luar melancong ke dalam negara yang mampu menawarkan berbagai-bagai produk pelancongan yang hebat kepada pelawat.

Tetapi itu semua kini hanya tinggal kenangan. Kesilapan masa lampau sebenarnya telah mengakibat kerugian berterusan buat negara. Tan Sri Syed Abdul Kadir Sheikh Fadzir kini sudah berada di atas pagar. Dia bila-bila masa saja boleh terjun ke sebelah mana yang beliau suka. Kepimpinan Datuk Seri Mohd. Najib seboleh dulu lagi tidak salah kiranya melantik beliau sebagai Penasihat Khas untuk Kementerian Pelancongan Malaysia sebab menteri-menteri yang dilantik ke kemeterian berkenaan selepas beliau seperti Datuk Seri Azalina Othman, Datuk Seri Dr. Leo Micheal Toyad dan sekarang Datuk Seri Ng Yen Yen nyata bukan mereka yang layak untuk memimpin kementerian itu.

Jumaat, Februari 17, 2012

RM300 Juta diperlukan Anwarael untuk membeli 30 Ahli Parlimen BN!

Gambar ehsan dari blog Medan Info Kita; kelihatan Mat Syabu dan Mustafa Ali menyambut kedatangan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan Malaysia Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang bernilai RM10 juta ke majlis anjuran Pakatan Haram Pembangkang.
Untuk menawan Putrajaya, Pakatan Haram Pembangkang memerlukan dana sebanyak RM300 juta bagi tujuan membeli sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional.

Dan untuk merealisasikan impiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia, ketua pembangkang di Parlimen, Anwar Ibrahim memerlukan sokongan daripada 30 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional dan untuk itu beliau sangat terdesak sehingga sanggup hendak meminjam wang sebanyak RM300 juta daripada seorang ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen namun tidak dilayan oleh tokoh korporat berkenaan. Blogger Pisau.net ada butiran selanjutnya berkenaan dengan tragedi 16 September 2008.

Puak2 pro-Israel serang blog Dimensi dari belakang !

Nampaknya puak-puak dalam Pakatan Haram Pembangkang terutama pejuang alam siber mereka sudah sangat tertekan sekarang ini. Mereka ambil jalan singkat bertindak macam orang pengecut, tidak berani mengambil risiko untuk menerima hakikat yang benar tetap benar manakala yang salah tetap salah.

Dibebani dengan berbagai isu dalaman parti, isu dalam negara hingga merebak kepada isu di luar negara apabila terbaru ketua mereka Anwar Ibrahim secara terbuka menyokong apa saja usaha bagi menjamin keselamatan Israel seandainya beliau diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia kelak.

Isu tersebut telah memaksa semua jentera yang ada di dalam Pakatan Haram itu memerah otak bagi mendapatkan idea bagaimana cara nak menipu rakyat agar percaya bahawa kenyataan Anwar Ibrahim telah diputar-belit oleh pihak lawan terutamanya UMNO dan BN.

Puak-puak ini telah sedaya upaya untuk menghasilkan sebuah drama baru untuk mengaburi mata rakyat bertujuan menyelamatkan Anwar Ibrahim. Bermula dengan babak pertama Datuk Nik Aziz Nik Mat bersandiwara mendesak Anwar Ibrahim menarik balik kenyataan atau menyaman saja akhbar Wall Street Journal yang bertanggungjawab mendedahkan kenyataan Anwar itu.

Disamping itu juga mereka telah mula menyerang pejuang maya yang pro-kerajaan Barisan Nasional. Blog Dimensi aka Jeffry Damien yang pertama menjadi mangsa mereka serta diikuti oleh beberapa blog yang mesra BN turut dikesan menerima virus internet yang mereka sebarkan sejak beberapa hari yang lalu.

Untuk menutup kelemahan pihak mereka, yang menjadi sasaran adalah kumpulan blog-blog yang jelas bebas serta terbuka dalam setiap penulisannya meluah mahupun mengkritik sesuatu perkara berkaitan perkembangan politik semasa dalam negara.

Apa-apapun kita berharap agar blog saudara Jeffry Damien akan segera pulih serta boleh beroperasi seperti sediakala. "Lawan Tetap Lawan"  :-)

Khamis, Februari 16, 2012

Israel: sebelum Anwar, Nik Aziz dulu yang akan tarik balik desakan !!!

Jangan terlalu percaya dengan kata dua serta desakan yang dibuat oleh Datuk Nik Aziz terhadap Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya yang menyokong keselamatan Israel baru-baru ini.

Datuk Nik Aziz memang sudah terkenal dengan sikapnya yang cepat menukar pendirian terhadap sesuatu perkara semudah memandu kereta Mercedes Benz sambil membuat pusingan 'U' maka begitulah mudahnya Datuk Nik Aziz membelokkan kenyataannya.

Anwar Ibrahim telah diberi kata oleh Datuk Nik Aziz, tarik balik kenyataan berhubung Israel yang disiarkan dalam Wall Street Journal (WSJ) jika benar beliau ada berkata akan menjamin keselamatan Israel atau jika beliau difitnah berkaitan isu berkenaan, Datuk Nik Aziz mendesak agar Anwar Ibrahim menyaman WSJ.

Tetapi apakata Datuk Nik Aziz sebaik saja selesai mengadakan pertemuan dengan Anwar Ibrahim kelak ? Apakah selepas mendengar sendiri penjelasan putarbelit Anwar Ibrahim mengenai isu tersebut akan membuat Datuk Nik Aziz berubah hati lantas menarik balik kata dua atau desakan yang beliau ke atas Anwar Ibrahim ?

Dan memang tidak boleh lari dari mengaitkan UMNO serta Barisan Nasional, Datuk Nik Aziz akan bermati-matian menyalahkan UMNO dan BN sebagai bertanggungjawab menyiarkan kenyataan Anwar Ibrahim di dalam Wall Street Journal lalu akan disambut dengan ghairah pula oleh para penyokong Pakatan Haram Pembangkang.

Pelik!! kenapa semakin ramai rakyat Malaysia tidak memiliki dokumen pengenalan diri?

Semakin negara kita Malaysia hampir menuju untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 semakin banyak pula penduduknya yang mendakwa mereka belum mempunyai kad atau sebarang dokumen pengenalan diri.

Kalau tak silap saya, saban tahun atau juga boleh dikatakan dalam setahun ada beberapa kali majlis penyerahan dokumen pengenalan diri dilakukan oleh pihak kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri kepada mereka-mereka yang mengaku telah dilahir dalam negara ini tetapi tidak memiliki apa jua kad pengesahan mereka sebagai warganegara sebagaimana rakyat Malaysia yang lainnya.

Tetapi yang menjadi tandatanya ialah apabila majlis seumpama itu diberi liputan oleh media elektronik, pemohon yang berjaya mendapat dokumen seperti MyKad mahupun surat beranak apabila ditemubual oleh wartawan TV misalnya wartawan dari TV3 ataupun RTM TV1 mereka seolah-olah sukar hendak berkomunikasi dengan baik menggunakan Bahasa Malaysia tetapi mendakwa sudah berpuluh-puluh tahun hidup dalam negara ini yang terdiri daripada berbagai kaum.

Kerajaan sepatutnya menyelidiki perkara seperti ini dengan setelus-telusnya sebelum meluluskan sebarang permohonan daripada pihak-pihak yang belum pasti lagi mereka yang berkenaan benar-benar warga Malaysia samada mereka itu pendatang yang diseludup masuk dan tinggal bersama-sama dengan kumpulan masyarakat tertentu untuk tempoh sekian-sekian sehingga mereka boleh menguasai serba sedikit Bahasa Melayu serta kenal seorang dua nama pemimpin negara ini.

Kerajaan juga perlu sentiasa sedar bahawa sempadan perairan negara seperti antara Malaysia dengan Filipina sangat mudah untuk dicerobohi oleh rakyat asing yang mahu masuk ke Malaysia dan mereka tahu waktu yang macam mana sangat sesuai untuk menyelinap masuk melepasi kawasan sempadan negara tanpa disedari oleh pihak berkuasa yang mengawal pantai mahupun laut. Kejadian seperti inilah merupakan yang menyumbang kepada berlakunya kemasukan warga asing tanpa izin ke dalam negara ini sehingga membolehkan mereka yang berkenaan tinggal dan menetap di Malaysia tanpa dikesan oleh pihak yang berwajib.

Apabila keadaan ini berlaku, sudah tentu mereka tidak perlu risau lagi tentang tempoh berapa lama untuk tinggal dalam negara ini asalkan bijak menjaga diri dari dikesan oleh pihak berkuasan Malaysia. Dan setelah mendiami negara ini untuk yang begitu lama dan sudah mampu mengamal cara hidup masyarakat Malaysia serta tahu banyak tentang selok belok negara ini maka sudah tiba masanya bagi mereka untuk memohon surat beranak, kad pengenalan dan sebagainya dengan mendakwa beberapa kali memohonnya dari pejabat pendaftaran negara yang tertdekat namun seringkali gagal atau ditolak.

Oleh itu untuk mendapatkan dengan cara mudah maka kadangkala mereka akan bertemu sendiri dengan wakil-wakil rakyat bagi tujuan tersebut dan sudah pasti wakil rakyat tidak dari pihak kerajaan mahupun pembangkang yang kehausan undi akan sedaya upaya tanpa usul periksa akan membantu mereka ini untuk mendapatkan dokumen berkenaan. Itu bukan tuduhan tetapi hanya andaian saja.

Tetapi dalam apa juga keadaan, pihak kerajaan hendaklah berhati-hati di dalam perkara sebegini dan jangan terlalu mudah untuk memberi taraf kerakyatan kepada pihak-pihak yang memohon status itu di negara ini. Saya menjadi kehairanan kenapa masalah seperti ini tidak pernah selesai-selesai dari dulu, lagipun rakyat Malaysia tidak ramai lagi yang buta huruf malahan warga emas sekarang inipun banyak yang sudah tahu menulis serta membaca setelah mengikuti kelas-kelas orang dewasa dan sepatutnya isu ini sudah selesai sebelum menjelangnya zaman milenium tahun 2000 lagi, tetapi kenapa masih berlarutan sehingga ke hari ini???

Video: selain jadi Imam Mahdi, Anwar juga sudah jadi Tuhan Murugan !!!



Video ihsan daripada blog RBF Online.

Mula sekali Anwar Ibrahim diisytiharkan oleh bini dia sendiri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Anugerah Tuhan kepada rakyat Malaysia.

Selepas itu pengikut serta penyokong tegar Anwar Ibrahim mengisytiharkan bahawa Anwar Ibrahim adalah Imam Mahdi walaupun zaman belum tentu lagi berakhir.

Dan pada sambutan perayaan Ponggal masyarakat Hindu di Perak baru-baru ini Anwar Ibrahim telah dibaptis dengan cara dicalitkan suatu bahan di atas dahi beliau yang maknanya mengiktiraf beliau sebagai pemimpin agung bagi sekumpulan masyarakat tersebut.

Arkib Blog