Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Disember 25, 2011

Bebas Anwar 901: Shamsul dilantik peguam utama, Karpal naik berang pada Anwar !!!

Bekas ketua peguambela Anwar Ibrahim untuk kes liwat II YB Karpal Singh menjadi berang ekoran tindakan drastik Anwar Ibrahim yang melantik Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR (AMK) saudara Shamsul Iskandar sebagai peguam utama dalam kes beliau bagi menggantikan tempat Karpal Singh.

Karpal Singh yang terkejut dengan perkembangan terbaru berkaitan dengan kes liwat II itu amat marah kepada Anwar dan telah memberi kata dua kepada Ketua Pembangkang itu, tarik balik perlantikan Shamsul sebagai Ketua Peguam jika mahu menang dalam kes itu atau beliau akan menarik diri serta-merta sebagai peguambela dan Anwar akan kalah dalam perbicaraan itu.

"Sebagai seorang peguam veteran yang ternama, yang tersohor, yang teragung, sudah tentulah saya sangat terguris dan tersinggung dengan tindakan terburu-buru Anwar itu. Saya sudah berkorban begitu banyak masa dan tenaga untuk Anwar menang dalam kes liwat II itu malah saya juga sanggup mengenepikan prinsip saya sebagai seorang peguam yang paling hebat di muka bumi ini dengan sanggup memohon penangguhan demi penangguhan kes liwat itu kepada Mahkamah semata-mata mahu melepaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat pembancuh kopinya.

Rungut Karpal lagi, "Namun inikah balasan yang harus saya terima dan harus Anwar berikan kepada saya? Setelah perbicaraan kes sudah sampai ke peringkat keputusan, tau tau Anwar Ibrahim buat pelan lain untuk menyelamatkan diri. Apa Anwar tidak percaya lagi kepada kemampuan saya? tidak percaya kepada keupayan berbelas-belas lagi peguambela yang beliau sendiri lantik sehingga memaksa beliau menubuh gerakan 'Bebas Anwar 901'?"

"Kalau saya tahu ini akhirnya balasan Anwar, sedari dulu saya tidak mahu terima dia sebagai anak guam. Cuba tuan-tuan puan dan saudara semua pikir, kalaulah Anwar Ibrahim menang dalam kesnya pada 9 January tahu depan, siapa yang akan mendapat nama bagus? Tentu bukan saya atau barisan peguambela yang lainnya tetapi Shamsul Iskandar yang akan dapat nama sebab dia sudah dilantik Anwar jadi ketua menjalankan kempen bebas itu" tambah Karpal lagi dengan penuh emosi.

Bebas Anwar 901: penghinaan paling teruk kepada barisan peguambela Anwar!!

Apa yang sedang dilakukan oleh Ahli Muda Keadilan PKR (AMK) yang diketuai oleh ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin menjalankan kempen sejak beberapa minggu yang lalu menyeru kepada semua rakyat Malaysia khususnya orang ramai yang masih terkeliru dengan perjuangan PKR agar mereka turun beramai-ramai ke Jalan Duta KL pada 9 January 2012 tahun depan menjelang keputusan yang akan diputuskan oleh Mahkamah berkenaan dengan kes liwat II melibatkan Anwar Ibrahim pada tarikh tersebut bukan saja boleh dilihat sebagai satu usaha hendak menghina mahkamah tetapi lebih kepada untuk memalukan barisan 12 orang peguam yang mewakili Anwar Ibrahim.

Tanpa pihak AMK sedari bahawa perbuatan mereka itu telah menggambarkan betapa mereka cuba menekan para hakim agar menurut kepada kehendak mereka untuk mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat oleh pihak mahkamah selain itu juga apa yang lebih teruk adalah mereka iaini pihak Shamsul Iskandar secara jelas telah menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia betapa mereka sendiri di dalam PKR memang sudah tidak percaya lagi kepada kemampuan para peguam Anwar Ibrahim yang di ketuai oleh Karpal Singh untuk menang dalam kes liwat II itu.

AMK seolah-olah sudah lama sedar bahawa Anwar Ibrahim memang tidak boleh diselamatkan lagi dan pasti sekali lagi akan merengkuk di dalam penjara Sungai Buloh ini berdasarkan kepada hujah-hujah yang tidak menyokong oleh para peguam sepanjang prosiding berlangsung untuk melepaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat II yang sedang beliau hadapi kini maka AMK merasakan bahawa sangat perlu satu usaha baru dibuat khusus untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari disabitkan dengan kes jenayah seks luar tabiie itu sebab mereka jelas sudah hilang keyakinan terhadap keupayaan Karpal Singh serta semua barisan peguambela Anwar yang lain.

Jumaat, Disember 23, 2011

Taufan washi: amaran Tuhan kepada golongan songsang di Manila

Sepertimana yang kita semua sedia maklum ialah bahawa Bandaraya Manila di Filipina merupakan sebuah kota metropolitan yang dianggap umpama syurga oleh para pelancong luar terutama sekali bagi pelancong dari Barat yang kebanyakkan daripada mereka adalah pengamal seks songsang atau seks sejenis iaitu yang gemar melakukan hubungan seks dengan kaum sejenis mereka.

Kelab-kelab gay khusus untuk lelaki homoseks tumbuh subur di Bandaraya Manila di mana terdapat juga kelab-kelab yang menyediakan berbagai acara tarian bogel yang menampilkan lelaki-lelaki muda yang bertelanjang bulat tanpa seurat benang di tubuh untuk tatapan para pengunjung yang rata-rata adalah lelaki.

Selain itu terdapat juga pertandingan bagi memilih lelaki gay yang paling kacak dan tampan yang diadakan hampir setiap tahun di Manila. Acara seringkali dijalankan dalam keadaan yang menghairahkan. Amalan sedemikian sudah menjadi sebahagian daripada hidup dan budaya masyarakat di Filipina yang mana mereka kadangkala boleh bebas melakukannya di tempat-tempat yang terbuka ataupun di tempat yang menjadi tumpuan umum. Tiada sebarang tegahan atau sekatan daripada kerajaan Filipina bagi mereka yang berjuang untuk kegiatan songsang seperti itu.

Tetapi malang sekali bagi negara Filipina yang merupakan satu-satunya negara Roman Katholik di sebelah Asia Timur apabila merea gagal untuk mendidik rakyatnya supaya taat dan patuh kepada ajaran agama Kristian. Balasan dari Tuhan perlu berapa kali lagi baru boleh menyedarkan golongan yang telah menyimpang daripada ajaran agama Kristian. Ribut atau Taufan Washi yang telah meragut lebih seribu nyawa setakat ini di beberapa kawasan daratan serta pantai Manila adalah bukti betapa Tuhan menurunkan pembalasanNya kepada umat Kristian di Filipina yang telah jauh tersesat.

Harap Malaysia akan sentiasa terhindar dari segala bencana alam seperti yang telah dan sedang melanda beberapa buah negara jiran kita kini dan bagi mereka yang masih terjerat di dalam krisis identiti seperti itu maka diharap supaya mereka akan segera sedar lalu berubah menjadi normal semula bagi mengelak berlakunya sebarang malapetaka bumi yang boleh mengancam kemakmuran negara kita. Amin!

"Saya dah biasa menurun, so apa perlu untuk saya meminta maaf," - Adam Adli

Mari kita sama-sama fahami apa kata si bedebah Adam Adli sebaik beliau didesak agar memohon maaf kepada Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berikutan perbuatan biadap dan kurang ajarnya menurun bendera gambar Datuk Seri Najib dari Bangunan PWTC hujung minggu lepas. Boleh baca di blog MIK (Medan Info Kita)

Menurut Adam Adli seperti yang dilapor oleh blogger MIK, tidak perlu bagi beliau untuk meminta maaf kepada Perdana Menteri ekoran perbuatan terkutuknya itu dengan alasan bahawa perkara menurun atau menaikkan bendera bukanlah sesuatu perkara yang boleh dikira sebagai suatu kesalahan jenayah dan menurutnya lagi bahawa langkah menaik atau menurunkan bendera adalah amalan biasa bagi semua negara di dunia ini.

Memanglah betul apa yang kau cakap tu Adam, menaik atau menurun gambar adalah perkara biasa bagi mana-mana negara di dunia ini tetapi masalahnya disini adalah waktu serta niat atau tujuan sebenar kamu berbuat demikian terhadap bendera gambar Presiden UMNO ke-7 itulah perkara yang dipersoalkan oleh seluruh masyarakat Malaysia di negara ini.

Adam, kau harus sedar bahawa kamu bukannya salah seorang pekerja atau kakitangan bangunan PWTC yang telah ditugaskan untuk menaik serta menurun bendera wajah pemimpin dan juga bekas-bekas Presiden UMNO yang dikibar di hadapan bangunan PWTC dan lagi waktu kamu menurunkan bendera tersebut jam menunjukkan pukul berapa? Di bangunan PWTC pada yang berkenaan, kamu adalah seorang tetamu yang tak di undang, datang cuma menceroboh serta merosakkan harta parti UMNO di bangunan berkenaan.

Apa-apapun alasan yang kamu berikan selepas ini semuanya sudah tidak berguna lagi, sebab segalanya telahpun terlewat dan kamu juga memang tak perlu lagi untuk meminta maaf daripada Perdana Menteri kerana kamu sendiri sudah mengisytihar bahawa perbuatan hina kamu itu bererti satu kemenangan besar buat SMM dan juga BEBAS sebaik bendera Solidariti Mahasiswa Malaysia dinaikkan bagi mengganti bendera Datuk Seri Najib.

Khamis, Disember 22, 2011

Isu bendera PM: apa benda di dalam beg galas Tian Chua, ice-baby? special brew?

Pernah tak pihak berkuasa khususnya pihak polis yang bertanggungjawab dalam memberikan permit kepada kumpulan SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia) dan juga BEBAS (Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik) mengambil langkah lebih berjaga-jaga terhadap mereka yang menyertai demonstrasi jalanan tempoh hari yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Batu Tian Chua serta beberapa pemimpin parti politik daripada Pakatan Haram Pembangkang dengan membuat pemeriksaan ke atas semua barangan yang mereka bawa termasuklah setiap beg yang digalas setiap daripada mereka.

Walaupun tidak menjangka para peserta demontrasi tersebut akan membawa sebarang objek seperti senjata berbahaya namun pemeriksaan memang perlu dilakukan juga kerana kemungkinan besar ada benda lain yang tidak terduga dikhuatiri boleh lolos umpamanya dadah berbagai jenis, pil khayal serta minuman keras beralkohol yang memabukkan seperti brandy, martell dan semua jenis minuman yang tentunya boleh menyebabkan mana-mana mereka yang menyertai perarakan itu boleh bertindak diluar batasan manusia yang normal.

Adakah YB Tian Chua pernah mengisytiharkan kepada pihak polis apa barang dalam beg galas yang beliau bawa bersama ketika turut sama sesetengah mahasiswa berhimpunan, berarak dan berdemontrasi dihadapan bangunan Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) bagi menuntut Akta AUKU dimansuhkan sehingga membawa kepada kejadian yang sangat memalukan mahasiswa seluruh negara setelah rakan mereka iaitu Adam Adli sanggup untuk bertindak melampau serta biadap dan sungguh kurang ajar apabila menurunkan bendera Presiden UMNO ke-7 YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan menggantikannya dengan bendera SMM.

Sebagai seorang yang berjawatan Pengarah Strategi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), sudah pastilah Tian Chua telah bersiap sedia sebelum bermulanya perhimpunan oleh mahasiswa-mahasiswa pro-Anwar. Tian Chua tentu sekali awal-awal lagi telah menyediakan segala barang keperluan terutama apa yang memang diperlukan oleh golongan muda untuk membolehkan mereka agar lebih berani bertindak mengikut arahan sebagaimana yang dikehendaki.

Tidak mustahil juga dalam perkiraan saya, sebelum mereka memulakan gerakan menuju ke bangunan PWTC di Ibu Negara, mana-mana peserta yang memang kaki pot tentu terlebih dahulu kena mengecas tenaga dan minda mereka dengan benda yang telah di sediakan oleh Tian Chua. Biarpun ini cuma satu andaian saja namun lain kali kita sangat berharap agar pihak berkuasa akan melakukan pemeriksaan paling ketat terhadap mana-mana individu yang menyertai demonstrasi khusunya mereka yang menggalas beg di belakang badan bagi mengetahui apa barang yang mereka bawa.

Isu menurun bendera PM: perbuatan dilakukan ketika di bawah pengaruh dadah!!

Sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan berita bahawa penyalahgunaan dadah juga turut berlaku di dalam kawasan kampus yang pastinya melibatkan segelintir pelajar-pelajar di IPTS-IPTS dan IPTA-IPTA yang tertentu.

Dadah jenis syabu adalah merupakan sejenis dadah yang menjadi pilihan utama pelajar di institusi pengajian tinggi kerana ianya dikatakan mempunyai kesan yang sangat luarbiasa dan dikatakan juga amat sesuai untuk digunakan sewaktu mereka sedang menghadapi peperiksaan selain itu diprcayai boleh menahan diri dari terasa letih, mengantuk serta jemu.

Memang tidak semualah mahasiswa di pusat-pusat pengajian tinggi yang terjebak di dalam penyalahgunaan dadah sebagaimana yang telah didedahkan oleh beberapa pihak media sebelum ini namun kita juga tidak bolehlah untuk menafikan secara bulat-bulat mengenai penglibatan sekumpulan kecil mahasiswa ini di dalam masalah gejala dadah di tempat mereka belajar.

Mengikut laporan hasil dari kajian yang pernah dibuat, tindakbalas yang boleh kita lihat pada diri seseorang yang menggunakan dadah sebagai peransang untuk dirinya bagi melaksanakan tindakan yang bakal beliau lakukan ialah seperti dari seorang yang pemalu atau segan sebelumnya kepada seorang yang cepat mesra serta peramah, dari seorang yang penakut kepada berani dan dari seorang yang berbudi bahasa berubah menjadi seorang yang biadap dan kurang ajar.

Disyorkan agar pihak Universiti tempat Adam Adli menuntut ataupun pihak Kementerian Pengajian Tinggi melakukan 'ujian air kencing' ke atas Adam Adli serta rakan-rakan beliau yang turut berdemontrasi di hadapan bangunan PWTC hujung minggu lalu dan tentukan daripada sampel air kencing samada mereka positif dadah ataupun tidak bagi merungkai persoalan bagaimana budak mentah yang baru berusia 22 tahun begitu berani bertindak menghina Datuk Seri Mohd Najib dengan menurunkan bendera wajah pemimpin nombor satu negara itu yang kemudian menggantikannya dengan bendera Solidariti Mahasiswa Malaysia milik mereka.

Bagi saya, hanya orang yang sudah hilang kewarasan cara berpikir saja yang sanggup melakukan semua itu. Orang yang mabuk arak sudah tentu akan hilang semua kawalan diri dan sanggup melakukan apa saja tanpa rasa takut dan begitu jugalah dengan mereka yang sudah dikuasai oleh pengaruh dadah, pasti akan lebih berani untuk bertindak tanpa perlu rasa ragu-ragu.

Siswa turun bendera PM: KJ berpakat dengan Saifuddin Abdullah ?!

Mesej KJ kepada Datuk Saifuddin Abdullah, "Anda dan saya akan terus berjuang bagi hak dan kebebasan pelajar tetapi kumpulan mahasiswa yang kecil ini harus memohon maaf atau berhadapan dengan tindakan," - YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO. Boleh dilihat di sini juga.

Begitukah sikap pejuang? Kalau yang mereka sokong itu telah membuat hal, maka semudah itu juga kedua mereka melepaskan tanggungjawab. Budak-budak mahasiswa sudah ikut arahan agar menurunkan bendera gambar Perdana Menteri dari bangunan PWTC, bila rakyat Malaysia kecewa dan marah dengan tindakan kurang ajar dan biadap Adam Adli itu maka Khairy tampil menyokong Saifuddin yang tengah mengelak diri dari isu berkenaan.

Pemimpin apa macam mereka berdua ini?

Rabu, Disember 21, 2011

Golf terbuka Saifuddin: Anwar bermain di bawah sedar pada lubang terakhir !

 Di sebalik kontroversi mahasewel yang di ketuai oleh Adam Adli merusuh, menyerbu bangunan UMNO serta menurunkan bendera yang mengandungi imej wajah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Ketua Umum PKR, Ketua Pembangkang di Parlimen Anwar Ibrahim telah sedaya upaya cuba untuk mengheret Negarawan Terulung YABhg Tun Dr Mahathir ke dalam masalah-masalah yang sedang dan akan dihadapi oleh beliau serta Parti Keadilan Rakyat PKR keseluruhannya.

Mereka-reka cerita baru serta dakwaan palsu yang baru terhadap Tun Dr Mahathir kononnya bekas Perdana Menteri itu pernah memohon pinjaman daripada Bank Dunia ketika krisis kewangan 1996-1997, Anwar Ibrahim terlupa bahawa permohonan untuk mendapatkan pinjaman daripada Bank Dunia itu dibuat oleh beliau sendiri sebelum dipecat daripada parti UMNO dan disingkirkan dari kerajaan pada 3 September 1998.

Nasib baiklah daya ingatan Tun Dr Mahathir sentiasa kuat dan segar maka sudah tentulah tidak semudah itu untuk Anwar Ibrahim boleh membuat penyelewengan terhadap apa jua fakta yang berkaitan dengan pantadbiran kerajaan pusat biarpun ianya merupakan urusan akhir Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri kerana beliau telah berjanji akan menyemak sendiri segala dokumen berkaitan pinjaman yang dibuat oleh kerajaan Malaysia di Ibu Pejabat Bank Dunia itu.
Tak serik-serik lagi, sudah dulu kena sekarang dia rembat lagi jambu-jambu. Ini mungkin jambu baru Anwar Ibrahim. Baru-baru ini Adam Adli telah bertindak sungguh biadap dan kurang ajar dengan menghina bendera pemimpin nombor satu negara, Adam Adli sanggup menurun bendera wajah Datuk Seri Najib di PWTC kerana sudah termakan hasutan Anwar Ibrahim hasil kerjasama terbuka yang sangat baik daripada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin al-Bendera.

Tanpa persetujuan terbuka daripada Datuk Saifuddin al-Bendera barangkali belum berani lagi Adam Adli hendak bertindak sedemikian walaupun sebelum ini "perbuatan menurun" sudah menjadi kebiasaan bagi dirinya seperti menurunkan pakaian yang beliau pakai ketika berada berduaan di dalam jamban bersama dengan teman serumpunnya...dan mungkin inilah agaknya kriteria yang diperlukan oleh Anwar Ibarhim bagi meneruskan kesinambungan PKR masa depan, cukup kelayakan, memenuhi cita rasa pejuang Seksualiti Merdeka

Gunung berapi Pas semakin aktif memuntahkan laharnya !

Jangkaan yang dibuat oleh YB Datuk Zulkifli Nordin baru-baru ini mengenai Parti PAS bahawa parti berkenaan akan berdepan dengan keadaan yang semakin sukar sehingga akan berlaku satu perpecahan yang mungkin tidak mampu untuk diselamatkan lagi memang terbukti ada kebenarannya.

Belumpun sampai dua minggu kenyataan oleh YB Datuk Zul itu dibuat, sudahpun berlaku pertikaman lidah antara bekas Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga anggota Exco Selangor Datuk Hassan Ali dengan Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali yang tampil dengan kenyataan masing-masing berikutan isu status pencalonan Datuk Hassan Ali pada PRU-13 nanti yang dikata akan digugurkan dari senarai.

Kita akan terus mengikuti segala perkembangan yang berlaku dalam Pas ini...

Selasa, Disember 20, 2011

Mampukah Anwar melunaskan hutang luar negara PKR sebanyak USD704 juta?

 Hutang luar negara yang terpaksa ditanggung oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga kini sudahpun terkumpul sebanyak USD704 juta atau dalam nilai mata wang Malaysia bersamaan dengan RM2.2 bilion. Jumlah hutang itu adalah keseluruhan dari semua pinjaman yang dibuat daripada Bank Dunia, IMF, Dominique Strauss-Khan, Al-Gore dan lain-lain lagi untuk kegunaan semasa PKR menyertai beberapa PRK yang terdahulu serta Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak awal tahun ini dan juga digunakan untuk persediaan PKR menghadapi PRU-13 nanti.
Oleh itu untuk menutup perihal ketidakmampuan pihak Anwar Ibrahim khususnya PKR membayar balik pinjaman sebanyak itu dari pengetahuan umum terutamanya masyarakat di Malaysia maka Anwar Ibrahim serta barisan kepimpinan dalam PKR terpaksa meletak beban hutang itu ke atas bahu bekas Perdana Menteri Malaysia YABhg Tun Dr Mahthir dan Anwar mereka-reka cerita kononnya Tun Dr Mahathir yang minta bantuan duit dari Bank Dunia dan juga IMF.

PKR, Wan Azizah Wan Ismail, Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan lain-lain lagi sanggup buat apa saja bagi melepaskan diri dari hutang yang mereka tanggung termasuklah mengheret sama bekas Perdana Menteri ke-6 ke dalam masalah yang sedang membelenggu PKR kini. Sekarang Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan beberapa pemimpin PKR lainnya secara terang-terangan telah melakukan satu fitnah besar terhadap Tun Dr Mahathir dengan mendakwa beliau pernah memohon bantuan kewangan dari dua agensi kewangan antarabangsa berkenaan iaitu semasa berlakunya krisis kewangan 1996-1997 dulu yang membabitkan Malaysia, namun apa yang sebenarnya berlaku ialah pihak yang sentiasa berhutang dan memohon pinjaman luar adalah PKR yang diterjui oleh isteri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk kegunaan menguruskan pergerakan PKR selain diguna untuk siri kempen mereka.

Saifuddin Bendera: mengapa Bung Mokhtar & Ghaffur Salleh membisu?

 Jika sebelum ini bukan main lantang lagi Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin mendesak agar Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil segera meletakkan jawatannya dalam kerajaan dan parti hanya kerana isu yang sengaja ditimbulkan oleh pihak Pakatan Haram. Malah Bung Mokhtar telah berulangkali meminta supaya Datuk Seri Sharizat segera berundur kononnya demi untuk menjaga nama baik parti ekoran isu NFC yang melibatkan suami Senator berkenaan.
Begitu juga dengan Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Ghaffur Salleh, beliau adalah merupakan seorang Ahli Parlimen tetapi bertindak seperti tidak tahu untuk menghormati undang-undang negara apabila turut sama menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu supaya melepaskan semua jawatan yang dipegangnya sebeberapa segera yang boleh.

Setahu saya isu berkenaan dengan NFC itu iaitu ketika desakan dibuat oleh kedua-dua wakil rakyat dari Sabah itu sedang dalam siasatan pihak polis dan hasil siasatan telahpun diumumkan oleh pihak polis tidak lama kemudian serta mendapati dan mengesahkan bahawa tidak wujud sebarang unsur-unsur penyelewengan dalam isu membabitkan syarikat yang diuruskan oleh suami kepada Datuk Seri Sharizat itu.

Sangat pelik, apabila pihak polis telah menyatakan bahawa tidak ada kes penipuan sebenarnya dalam isu NFC sebagaimana yang didakwa oleh pihak Pakatan Haram namun Bung Mokhtar dan Ghaffur Salleh terus melalak di dalam Parlimen memaksa Datuk Seri Sharizat meletakkan semua jawatan yang disandangnya dalam kerajaan dan parti.

Tetapi bertambah pelik lagi apabila timbul isu baru, isu Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia tidak nampak bendera PM telah diturunkan oleh Adam Adli jambu baru Anwar Ibrahim, hingga setakat ini tidak ada sebarang respon yang kita dapat daripada kedua-dua pemimpin dari Negeri Di Bawah Bayu itu. Sama-sama kita tunggu bagaimana reaksi Datuk Bung Mokhtar dan Datuk Ghaffur Salleh terhadap kes mahasiswa menurunkan bendera Datuk Seri Najib di PWTC, adakah keduanya akan turut mendesak agar Datuk Saifuddin segera meletakkan jawatan kerana isu itu ?

Video budak gay PKR angkat bendera putih., syabas sdra Roslan Mokhtar !!!



Patut sangatpun Adam Adli diperlakukan sedemikian kerana beliau terus angkuh untuk tidak memohon maaf kepada PM Datuk Seri Mohd Najib juga kepada orang UMNO dan rakyat Malaysia seluruhnya di atas perbuatan keji beliau yang sungguh kurang ajar dan tidak bertamadun apabila sanggup menurunkan bendera yang memapar potret wajah Presiden UMNO ke-7 itu di bangunan PWTC beberapa hari yang lepas.

Seluruh rakyat dalam mana-mana negara harus menghormati pemimpin mereka walaupun pada dasarnya antara mereka tidak sealiran dalam perkara-perkara yang tertentu atau berbeza dari segi pandangan politik mahupun pendapat peribadi tetapi perbuatan hina seperti yang telah dilakukan oleh Adam Adli memang tidak boleh diterima sekali dalam masyarakat kita yang majmuk seperti di Malaysia.

Sebagai anak orang Melayu, Adam Adli perlu menunjukkan sikap bertamadun serta tahu berbudi bahasa dan bukannya menunjukkan kelakuan yang begitu kurang ajar kepada generasi dari kaum lain dalam negara ini. Saya pasti ramai dikalangan rakyat bukan Melayu di negara ini yang turut merasa sangat marah dengan perbuatan biadap Adam Adli yang tergamak menghina bendera gambar Datuk Seri Najib dan menggantikannya dengan bendera yang tidak sepatutmnya.

Apa-apapun, saya ucapkan setinggi-tinggi ucapan syabas kepada saudara Roslan Mokhtar kerana anda berani bertindak untuk mengajar Adam Adli yang tidak matang dan sungguh kurang ajar itu!! Syabas bro!!!

Isnin, Disember 19, 2011

Menurun bendera potret PM: Saifuddin Abdullah wajar dipecat !

Kegagalan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ialah apabila beliau turut berucap ketika perhimpunan oleh sekumpulan mahasiswa sedang berlangsung serta menggunakan pembesar suara yang dibawa oleh kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang diketuai oleh Adam Adli dan juga Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas).


Keduanya, Datuk Saifuddin Abdullah telah gagal untuk memastikan agar tidak berlaku sebarang perkara yang akan membangkitkan lagi rasa marah rakyat Malaysia terhadap tindakan sesetengah mahasiswa apabila masih berdegil untuk terus mengadakan perarakan bagi menuntut Akta AUKU dihapuskan walaupun kerajaan sudah memaklumkan bahawa akta tersebut memang akan dimansuhkan.

Apabila mahasiswa yang berdemonstrasi sudah hilang ingatan, mabuk dan sudah naik gila...segala pertimbangan mereka sudah tentu tidak akan stabil lagi maka ada yang sehingga sanggup pula bertindak dengan sungguh kurang ajar dan biadap bila tergamak menurunkan bendera yang mengadungi potret wajah Perdana Menteri ke-6 YAB Datuk Seri Hj Mohd Najib Tun Razak dari hadapan bangunan Pusat Dagangan Dunia Putera PWTC dua hari yang lalu.

Ahad, Disember 18, 2011

Isu bendera PM: Saifuddin Abdullah kuda trojan PKR

Melihat kepada tindak tanduk Timbalan Menteri Pengajian Tinggi YB Datuk Saifuddin Abdullah sejak beliau dipilih oleh Datuk Seri Najib sebagai sebahagian daripada anggota pentadbiran dalam kerajaan Barisan Nasional Pusat, gerak-geri beliau tidak jauh berbeza dengan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim. Terdapat persamaan antara kedua mereka, lebih condong kepada pihak pembangkang baik ketika mengeluarkan kenyataan mahupun dalam menentukan tindakan.

Semalam adalah kemuncak kepada semua andaian oleh ramai pihak tentang siapa sebenarnya Datuk Saifuddin itu. Bolehlah diibaratkan beliau dalam isu "mahakangkung" menurunkan bendera yang mempamerkan wajah Perdana Menteri ke-6 yang juga Presiden UMNO ke-7 Datuk Seri Najib umpama orang yang 'membaling batu sembunyi tangan' iaitu menggunakan pihak tertentu untuk menjayakan agenda beliau.

Saya bukannya nak menuduh beliau sebagai salah seorang yang bertanggungjawab dalam merancang perbuatan gila seumpama itu namun jauh disudut hati terbit satu persoalan kenapa harus beliau turut berada bersama 'mahakangkung' itu semalam ketika mereka sedang berhimpun di kawasan Bangunan Pusat Dagangan Dunia Putera malah menurut beberapa sumber Timbalan Menteri itu juga telah diminta oleh para peserta demonstrasi untuk sama berucap dan dia sendiri juga mengakui bahawa beliau memang ada berucap namun menurutnya itu bagi menenangkan keadaan yang agak tegang ketika itu.

Dalam ramai-ramai orang yang berhimpun mana mungkin apa yang diucapkan boleh kedengaran dengan jelas melainkan bagi mereka yang berada dekat dengan beliau tetapi bagaimana pula dengan mereka yang lain yang berada agak jauh daripada Datuk Saifuddin, mungkin mereka terdengar Timbalan Menteri itu melaungkan perkataan, !Turunkan bendera Najib!Turunkan bendera Najib!Turunkan bendera Najib,,,walhal kemungkinan besar beliau cuma berkata !hidup Anwar!hidup Anwar!hidup Anwar! bagi meniup semangat ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) serta anggota kumpulan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) yang berhimpun agar terus berarak...

Mahakangkung menurun bendera DS Najib, tindakan amat tidak bertamadun!

Sekumpulan penuntut universiti yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) serta Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) semalam telah bertindak sungguh kurang ajar, biadap dan yang paling teruk tidak bertamadun sama sekali apabila tergamak menurunkan bendera Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib Tun Abdul Razak yang dikibarkan dihadapan bangunan Pusat Dagangan Bumiputera Kuala Lumpur (PWTC).

Tindakan sedemikian tentu sekali sangat tidak bersesuaian dengan status mereka sebagai seorang penuntut ilmu di Menara Gading di mana ilmu yang hendak mereka tuntut bukan lagi sama tarafnya dengan apa yang pernah mereka pelajari sewaktu masih duduk di sekolah rendah mahupun ketika berada di sekolah menengah dulu kerana apabila sudah berada di peringkat universiti kematangan berfikir sebelum bertindak di samping disiplin yang tinggi bagi seseorang yang berilmu adalah amat penting sebelum berjaya menamatkan pengajian masing-masing.

Tetapi malang sekali, dengan tindakan bodoh dan tidak melambangkan mereka sebagai kumpulan pelajar bertaraf tinggi apabila mengambil bahagian berhimpun serta berarak untuk menuntut itu dan ini daripada pihak kerajaan sehingga sanggup pula menurunkan bendera Perdana Menteri telah dengan sendirinya meletakkan mereka sebagai sekumpulan pelajar yang KOSONG serta BEKU dari segi pemikiran mereka dan apakah mereka ini masih layak lagi untuk gelar sebagai kumpulan Mahasiswa? Tindakan kumpulan ini sebenarnya telah keterbelakang malah lebih mirip dan serupa dengan tindakan tidak bertamadun sebahagian rakyat Indonesia ketika demonstrasi Anti-Malaysia dihadapan Pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta baru-baru ini.

Kerajaan telah bersusah payah menyediakan begitu banyak pusat-pusat pengajian seperti kolej-kolej, universiti-universiti selain sekolah-sekolah tempat seluruh rakyat Malaysia terutamanya generasi muda untuk belajar dan menimba ilmu malah ada pula sebahagian daripada mereka yang menerima biasiswa kerajaan bagi membantu mengurangkan beban agar mereka boleh berjaya hingga ke pengajian akhir sama seperti pelajar yang berkemampuan namun malangnya apabila kumpulan penuntut ini tidak pernah mahu berpikir ke arah itu tetapi lebih cenderung berpihak kepada pihak pembangkang untuk menentang kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib.

Kita tidak tahu, apa lagi yang tidak memuaskan hati sekumpulan Mahakangkung itu yang begitu terdesak sehingga bendera Perdana Menteri juga turut menjadi sasaran. Apakah mereka telah menjadi talibarut kepada pihak pembangkang? Untuk beranggapan mereka akan duduk di pusat-pusat pengajian tinggi dalam tempoh yang lama atau seumur hidup tidak mungkin juga sebab biasa mereka hanya akan berada di tempat pengajian cuma lebih kurang dalam 5 tahun dan adalah tidak mungkin untuk mereka meninggalkan legasi yang perlu diwarisi kepada penuntut yang seterusnya, jadi apakah motif sebenarnya kumpulan Mahakangkung itu yang telah sanggup bertindak diluar batasan sebagai seorang pelajar?

Manila terus terima bala dari Tuhan angkara amalan songsang rakyatnya,,,

 Filipina adalah antara negara di rantau negara Asean selain daripada Thailand yang memberi kelonggaran kepada rakyatnya untuk bebas menentukan kehidupan berpasangan yang bagaimana mereka kehendaki mengikut pilihan masing-masing seperti lelaki boleh bersekedudukan sesama lelaki dan wanitanya pula boleh bebas untuk mengadakan hubungan dengan pasangan sesama jenis mereka.

Perbuatan oleh sesetengah rakyat kedua-dua negara berkenaan seakan-akan mendapat restu serta perlindungan daripada pihak kerajaan. Setiap tahun kumpulan-kumpulan songsang iaitu gay dan lesbian bebas menganjurkan berbagai pesta atau festival khusus untuk golongan berkenaan bagi meraikan kebebasan yang diberikan kepada mereka.
Akibatnya, tanpa mereka sedari bahawa Tuhan yang pastinya tidak membenarkan amalan yang sedemikian dilakukan iaitu amalan yang jelas sama sekali bertentangan dengan ajaran mana-mana agama telah menurunkan bermacam-macam bentuk bencana kepada mereka yang terus berdegil.

Ribut Tropika Washi yang kini telah meragut lebih seratus nyawa di Manila adalah sebagai bukti betapa Tuhan terlebih dahulu telah menurunkan bencana sebagai tanda amaran kepada segelintir penduduk Filipina agar segera bertaubat serta kembali ke pangkal jalan iaitu sebelum sekumpulan songsang mahu menganjurkan satu lagi pesta gay bagi tahun 2012 yang dikenali sebagai Mr. Gay World Philippines 2012.

Sabtu, Disember 17, 2011

Adakah budaya 'Punk' tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam ?

 Saya tertarik dengan satu artikel yang dikeluarkan semalam oleh Papa Gomo yang mengulas mengenai tindakan oleh pihak berkuasa agama Islam di Aceh terhadap sekumpulan 65 pemuja budaya 'Punk' yang rata-rata mereka terdiri daripada anak muda dan beragama Islam.

Papa Gomo berpendapat tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa agama di wilayah Aceh itu terhadap kumpulan terbabit sebagai kejam dan tidak wajar maka oleh itu beliau beliau berharap agar kerajaan Malaysia tidak mengikut mengikut pendekatan sepertimana yang digunakan oleh pihak agama Islam Aceh untuk digunapakai dalam usaha membenteras gejala sosial supaya tidak terus berkembang dikalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda Islam dan Melayu.
 Cuma apa yang ingin hendak saya sampaikan disini ialah, sebagai seorang penulis blog yang berkalibar serta yang telah diiktiraf oleh ramai pihak, harap kita semua mampu menyahut seruan kerajaan walaupun mungkin tidak semuanya tetapi separuh daripada itu barangkali kita mampu untuk menggalas bersama iaitu apabila kita selalu mendengar pihak kerajaan seringkali menyebut tentang 'modal insan' atau dalam ertikata lainnya pihak kerajaan senantiasa berusaha melahirkan ramai generasi baru yang berguna kepada bangsa dan negara yang mampu membawa Malaysia ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di masa depan.
Oleh itu, sekiranya kita sendiri mahupun sesiapa saja masih juga tidak peka dengan kehendak pinhak kerajaan malah masih terus mahu mempertahankan budaya tertentu terutamanya budaya asing dari luar seperti budaya punk ataupun lainnya yang lebih menjuruskan kepada keruntuhan moral serta akhlak, apakah kita tidak sedar bahawa tindakan menyokong atau mempertahan budaya sedemikian sebenarnya tidak akan membantu sebarang usaha untuk mempertingkatkan kefahaman tentang Islam apatah lagi untuk mempertabatkan agama Islam yang saban hari sentiasa terdedah kepada berbagai bentuk ancaman.

Jika kita melihat daripada segi berpakaian kumpulan punk ini termasuklah bermacam-macam aksesori atau barang-barang perhiasan lain yang digunakan untuk menghiasi tubuh badan mereka dan apakah apabila mereka mengena atau memakainya tidak akan menimbulkan sebarang masalah terutama ketika waktu mereka (yang beragama Islam) hendak menunaikan solat 5 waktu ? Malah ada yang bertindak lebih berani apabila sanggup membuat ukiran tattu di badan sebagai memenuhi keperluan untuk menjadi salah seorang anggota kumpulan punk yang sah.

Apa-apapun saya tetap kagum dengan tindakan yang tegas dan berani oleh pihak berkuasa agama Islam di Aceh terhadap pihak-pihak yang cuba untuk menodai kesucian Islam dan harap kerajaan Malaysia perlu melihat bahawa tindakan serupa juga perlu digunakan ke atas mana-mana pihak di negara ini tidak hanya terhad kepada kumpulan 'punk' atau kumpulan 'skin head' sahaja malah terhadap kumpulan Seksualiti Merdeka juga yang jelas sengaja cuba untuk mendatangkan kemudaratan kepada kehidupan yang makmur dan harmoni rakyat di negara ini.

Jumaat, Disember 16, 2011

Ariff Alfian, pelajar luar negara yang kedua kahwin dengan kaum sejenis!!

 Gambar di atas sebagai merujuk kepada satu kes di mana seorang penuntut lelaki rakyat Malaysia dari sebuah universiti di Greece telah berkahwin dengan kekasih sejenisnya warga negara tersebut. Pelajar berkenaan berasal dari Semenanjung Malaysia. Kejadian yang melibatkan pelajar lelaki Malaysia mengahwini rakan sejenis mereka di luar negara rupanya tidak terhenti setakat di situ saja.
 Kejadian seumpama berulang kembali apabila seorang pelajar Melayu yang ditaja oleh Syarikat Carigali Petronas, Ariff Alfian Rosli, 28 tahun, yang sedang menuntut di Universiti College Dublin Ireland telah berkahwin dengan seorang lelaki rakyat Ireland yang dikenali sebagai Jonathan.
Ini merupakan kes yang kedua pelajar lelaki kahwin sesama lelaki yang melibatkan pelajar rakyat Malaysia yang menuntut di luar negara. Untuk berita selanjutnya bolehlah layari blog MyMassa . Apa sudah jadi ?

Kalaulah Ambiga anjur Seksualiti Merdeka di Aceh, pasti ini padah beliau akan terima!




Sekumpulan 65 orang pengikut gaya Punk termasuk beberapa remaja perempuan telah ditangkap dan ditahan oleh para pegawai penguatkuasa agama Islam di Daerah Aceh gara-gara tampil dengan pakaian serta imej yang bertentangan serta mencemarkan kesucian Islam di daerah yang begitu menitik berat soal-soal hukum agama.

Kumpulan Punk tersebut yang ditahan telah dicukur rambut mereka bagi yang lelaki manakala bagi wanita pula semua peralatan ditanggalkan dari tubuh, selepas itu mereka dikehendaki berendam di dalam sebuah kolam air. Syabas atas ketegasan pihak berkuasa di Aceh. Demi mempertahankan maruah agama, mereka tidak berkompromi walau apapun alasan yang diberi.

Saya yakin, kalaulah kerajaan Malaysia mahu bertindak tegas tanpa rasa ragu-ragu dalam menangani beberapa isu yang sememangnya boleh dikira sebagai isu berat seperti isu Seksualiti Merdeka, Bersih 2.0 dan bermacam-macam lagi perhimpunan dianjurkan oleh para petualang dan pengkhianat negara yang nyata tanpa berselindung telah mencabar keharmonian, keamanan, kedaulatan serta perpaduan dalam negara maka sudah tentu banyak perkara mudah diselesaikan dengan segera tanpa berlarutan sehingga dibawa ke mahkamah.

Yang Mula Dan Akhir



Putaran alam;

Pasang pasti ada yang surut

Naik pasti ada yang turun

Hidup pasti ada yang mati

Mula pasti ada yang akhir...

Rabu, Disember 14, 2011

Azmin & Anwar bergilir memanjat pokok jambu sebatang ?

 Benarkah ini merupakan jambu baru Anwar Ibrahim ? Ganyang! jambu Indonesia sampai terkulai dengan KY Jelly...
Dan benarkah pemuda ini merupakan Jambu Baru yang direbut serta dikongsi bersama oleh Anwar Ibrahim dengan Azmin Ali ? Macamana ye, terpaksalah bergilir-gilir, ye lah macam dalam filem Madu Tiga...kena adil sesama sendiri...

Selasa, Disember 13, 2011

Krisis SUPP: Richard Riot akan jadi pemimpin boneka dalam parti...

Memang ramai yang berasa terkejut dan gembira dengan perlantikan Ahli Parlimen Serian Datuk Richard Riot sebagai Timbalan Presiden Parti SUPP yang baru bergandingan dengan Presiden yang juga baru dipilih Datuk Seri Peter Chin Fah Kui kerana inilah kali pertama dalam sejarah Parti Bersatu Rakyat Sarawak yang berasaskan kaum Cina itu apabila mereka sudi menerima seorang pemimpin dari kaum Bumiputera sebagai orang nombor dua di dalam parti.

Namun selepas ini mungkin akan ada lagi kejutan baru dilakukan oleh SUPP apabila parti berkenaan sedang merancang untuk meminda perlembagaan parti selewat-lewatnya pertengahan tahun hadapan. Antara cadangan pindaan adalah pada Seksyen 19(5) kepada "untuk memilih ahli Jawatankuasa Pusat" -presiden, dua timbalan presiden, setiausaha agung dan bendahari. Selain itu, Seksyen 21(1)(2) perkataan '1 Presiden' diganti kepada '2 Timbalan Presiden'.

Pindaan turut akan dibuat pada Seksyen 27(1)(a) iaitu terhadap Jawatankuasa Kerja Pusat yang akan merangkumi; Presiden, Timbalan Presiden I, Timbalan Presiden II, Bendahari, Timbalan Setiausaha Agung I, Timbalan Setiausaha Agung II, Setiausaha Kerja, Setiausaha Penerangan dan Publisiti, Empat Naib Presiden, Naib Presiden Pengerusi Sayap Pemuda Pusat, Naib Presiden Sayap Wanita Pusat, Penolong Bendahari, Penolong Setiausaha Kerja, Penolong Setiausaha Penerangan dan Publisiti, tiga Ahli Biasa Jawatankuasa Kerja Pusat dipilih daripada kalangan Ahli Jawatankuasa Kerja di cawangan bukan konstituensi dan tiga ahli biasa Jawatankuasa Kerja Pusat dilantik oleh presiden parti daripada kalangan ahli Jawatankuasa kerja - sumber Utusan Borneo 12 December 2011, Isnin.

Sekiranya cadangan pindaan tersebut mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) maka jawatan yang akan menjadi tumpuan selepas ini adalah jawatan Timbalan Presiden parti. Sebelum ini, belum pernah ada lagi bagi mana-mana parti di negara ini baik yang berada dalam komponen Barisan Nasional mahupun pembangkang yang mengamalkan sistem dua timbalan presiden untuk satu parti tetapi itulah yang akan berlaku dalam SUPP.

Apabila ini berlaku, sudah tentulah kedudukan Datuk Richard Riot sebagai Timbalan Presiden SUPP akan menimbulkan suatu tandatanya. Apakah beliau selepas pindaan terhadap beberapa Seksyen berkaitan berjaya dibuat nanti akan diletak sebagai Timbalan Presiden II dan untuk jawatan Timbalan Presiden I pula akan diberikan kepada salah seorang pemimpin dari masyarakat berketurunan Cina sebagaimana pada kelazimannya.

Kesimpulannya disini ialah, perlantikan Datuk Richard Riot sebagai seorang Timbalan Presiden SUPP sebenarnya tidak lebih hanyalah merupakan satu usaha oleh pihak tertentu di dalam parti bertujuan untuk mengambil hati semua ahli-ahli parti dari kaum Bumiputera khususnya kaum Dayak agar terus bersama dengan SUPP dan akhirnya peranan atau kuasa sebagai Timbalan Presiden parti tentu sekali akan diserahkan kepada seorang pemimpin bukan Bumiputera dan peranan Datuk Richard Riot sebagai Timbalan Presiden dalam parti akan jadi lebih kurang sama seperti sepohon bunga yang hanya untuk menghiasi sebuah taman.

Dan jika ini yang berlaku, maka itulah sebenarnya tujuan oleh pihak tertentu di dalam SUPP yang mahu agar pindaan dilakukan terhadap Perlembagaan dalam parti.

Keberangkatan Tiba Yang di-Pertuan Agong ke-XIV: Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku !

 Hari ini terukir satu lagi sejarah buat seluruh rakyat Malaysia dan juga kepada negara kerana kita semua menerima seorang Raja baru bagi memayungi kita secara keseluruhan dengan segala kesejahteraan, keharmonian, keamanan dan juga kemakmuran.

Perlantikan untuk kali yang kedua Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badli Shah sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 tentunya akan membawa banyak pengertian atau makna tersendiri buat kita seluruh rakyat Malaysia.

Ketika dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-5 pada 21 September 1970, kebetulan ketika itu Perdana Menteri Malaysia yang ke-2 adalah YABhg Tun Haji Abdul Razak bin Hussein dan pada hari ini 13 December 2011 untuk kali yang kedua Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, kebetulan pula Perdana Menteri Malaysia ke-6 adalah YAB Datuk Seri Hj Mohd Najib anak sulung kepada Allahyarham Tun Haji Abdul Razak.

Semoga semua petanda ini akan membawa banyak kemakmuran buat negara kita serta Malaysia terus mendapat segala nikmat selama tempoh pemerintahan Ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badli Shah. Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku !
Yang di-Pertuan Agong ke - 14 (13 December 2011 -                         )
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badli Shah
Sultan Kedah Darul Aman
 Yang di-Pertuan Agong ke - 13 (13 December 2006 - 12 December 2011)
Tuanku Mizan Zainal Abidin Sultan Al-Muktafi Billah Shah
Sultan Terengganu Darul Iman
 Yang di-Pertuan Agong ke - 12 (13 December 2001 - 12 December 2006)
Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail
Raja Perlis Indera Kayangan
 Yang di-Pertuan Agong ke - 11 (26 April 1999 - 21 November 2001)
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Sultan Hishamuddin Alam Shah Alhaj
Sultan Selangor Darul Ehsan
 Yang di-Pertuan Agong ke - 10 (26 April 1994 - 25 April 1999)
Al-Marhum Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
 Yang di-Pertuan Agong ke - 9 (26 April 1989 - 25 April 1994)
Sultan Azlan Muhibbudin Shah Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ghafarullah
Sultan Perak Darul Ridzuan
 Yang di-Pertuan Agong ke - 8 (26 April 1984 - 25 April 1989)
Al-Marhum Sultan Iskandar Alhaj Sultan Ismail
Sultan Johor Darul Takzim
 Yang di-Pertuan Agong ke - 7 (26 April 1979 - 25 April 1984)
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musa'in Billah Sultan Abu Bakar R'ayatuddin Al-Muadzam Shah
Sultan Pahang Darul Makmur
 Yang di-Pertuan Agong ke - 6 (21 September 1975 - 29 Mac 1979)
Al-Marhum Tuanku Yahya Petra Sultan Ibrahim
Sultan Kelantan Darul Naim
 Yang di-Pertuan Agong ke - 5 (21 September 1970 - 20 September 1975)
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badli Shah
Sultan Kedah Darul Aman
 Yang di-Pertuan Agong ke - 4 (21 September 1965 - 20 September 1970)
Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Sultan Zainal Abidin
Sultan Terengganu Darul Iman
 Yang di-Pertuan Agong ke - 3 (21 September 1960 - 20 September 1965)
Al-Marhum Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Hassan Jamalullail
Raja Perlis Indera Kayangan
 Yang di-Pertuan Agong ke - 2 (14 April 1960 - 1 September 1960)
Al-Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Alhaj Tuanku Alaiddin Sulaiman Shah
Sultan Selangor Darul Ehsan
Yang di-Pertuan Agong Pertama (31 Ogos 1957 - 1 April 1960)
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus

Isnin, Disember 12, 2011

Krisis SUPP: kaum Dayak terus berpecah berikutan pergolakan Wong-Chin

Pergolakkan yang berlaku di dalam Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) bukan saja bakal menyaksikan berlakunya perpecahan bagi golongan masyarakat Cina di Sarawak tetapi juga akan menyaksikan bagaimana bertambah satu lagi perpecahan bagi kaum terbesar di Bumi Kenyalang ini iaitu orang Dayak.

Jika bagi kaum Cina di Sarawak, keretakan di kalangan komuniti berkenaan akibat dari pengaruh fahaman politik yang melampau tidaklah seteruk yang dialami oleh masyarakat Dayak yang kini sudahpun mengalami perpecahan kepada sepuluh dimana mereka sedang giat berusaha mengumpul sebanyak mungkin para penyokong untuk menegakkan perjuangan kumpulan masing-masing.

Dalam dunia politik, kaum Cina Sarawak hanya terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu SUPP, DAP serta PKR dan mereka tidak akan lari jauh dari ketiga-tiga parti berkenaan jika timbul sebarang perselisihan faham antara sesama mereka. Jika berlaku perbalahan yang tidak mampu diselamatkan contohnya dalam SUPP mereka akan lari ke dalam DAP atau PKR dan begitu juga jika berlaku sebarang pertikaian dalam DAP ataupun PKR mereka akan mencari SUPP.

Berlainan pula dengan masyarakat Dayak yang kini kaum mereka turut menganggotai semua parti yang terdapat di Sarawak selain menjadi pemimpin kepada beberapa buah parti politik utama di negeri ini. Dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ahli serta pemimpin dari keturunan Dayak telah membentuk satu kumpulan tersendiri dan begitu juga di dalam Parti PRS, Parti SPDP, Parti SNAP, Parti SUPP, Parti PKR, Parti DAP, Parti STAR, Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti KITA pimpinan Datuk Zaid Ibrahim di mana kaum Dayak telah terbentuk kepada sepuluh kumpulan.

Sebagai kaum majoriti yang terbesar di Sarawak, masyarakat Dayak sebenarnya tidak menyedari bahawa semakin banyak kumpulan yang mereka sertai atau wujudkan demi untuk mendapat kuasa di Bumi Kenyalang maka semakin kecil pula sebenarnya kuasa yang mereka perolehi dan ini sudah tentu sekali tidak memungkinkan untuk mereka mendapat kuasa menjadi pemerintah di negeri ini.

Begitulah seterusnya dengan apa yang sedang berlaku ke atas Parti SUPP kini berikutan konfrontasi di antara kumpulan Datuk Sri Wong Soon Koh dengan kumpulan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui di mana ahli-ahli serta pemimpin SUPP berketurunan Dayak turut berada di dalam kedua-dua kem berkenaan serta mempertahankan ketua masing-masing dan ini sebenarnya telah menyumbang satu lagi perpecahan bagi Dayak di Sarawak dan menjadikan kaum tersebut kini sudahpun berpecah kepada sebelas kumpulan.

2006-2011: Keberangkatan Balik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13

Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku !

Hari ini satu lagi peristiwa amat bersejarah telah berlaku dalam negara kita dengan berlangsungnya upacara adat istiadat perpisahan bagi menjunjung kasih atas keberangkatan balik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13 Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Mahmud Al-mutadillah Shah serta Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke negeri Terengganu Darul Iman setelah tamat tempoh 5 tahun perkhidmatan Baginda sebagai raja yang memayungi seluruh rakyat negara ini.

Arkib Blog