Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Disember 20, 2011

Mampukah Anwar melunaskan hutang luar negara PKR sebanyak USD704 juta?

 Hutang luar negara yang terpaksa ditanggung oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) sehingga kini sudahpun terkumpul sebanyak USD704 juta atau dalam nilai mata wang Malaysia bersamaan dengan RM2.2 bilion. Jumlah hutang itu adalah keseluruhan dari semua pinjaman yang dibuat daripada Bank Dunia, IMF, Dominique Strauss-Khan, Al-Gore dan lain-lain lagi untuk kegunaan semasa PKR menyertai beberapa PRK yang terdahulu serta Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak awal tahun ini dan juga digunakan untuk persediaan PKR menghadapi PRU-13 nanti.
Oleh itu untuk menutup perihal ketidakmampuan pihak Anwar Ibrahim khususnya PKR membayar balik pinjaman sebanyak itu dari pengetahuan umum terutamanya masyarakat di Malaysia maka Anwar Ibrahim serta barisan kepimpinan dalam PKR terpaksa meletak beban hutang itu ke atas bahu bekas Perdana Menteri Malaysia YABhg Tun Dr Mahthir dan Anwar mereka-reka cerita kononnya Tun Dr Mahathir yang minta bantuan duit dari Bank Dunia dan juga IMF.

PKR, Wan Azizah Wan Ismail, Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan lain-lain lagi sanggup buat apa saja bagi melepaskan diri dari hutang yang mereka tanggung termasuklah mengheret sama bekas Perdana Menteri ke-6 ke dalam masalah yang sedang membelenggu PKR kini. Sekarang Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan beberapa pemimpin PKR lainnya secara terang-terangan telah melakukan satu fitnah besar terhadap Tun Dr Mahathir dengan mendakwa beliau pernah memohon bantuan kewangan dari dua agensi kewangan antarabangsa berkenaan iaitu semasa berlakunya krisis kewangan 1996-1997 dulu yang membabitkan Malaysia, namun apa yang sebenarnya berlaku ialah pihak yang sentiasa berhutang dan memohon pinjaman luar adalah PKR yang diterjui oleh isteri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk kegunaan menguruskan pergerakan PKR selain diguna untuk siri kempen mereka.

Tiada ulasan:

Arkib Blog