Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, November 13, 2011

Selamat Malam!!..dan semoga dapat mimpi yang indah-indah~~~zzz

 ~~~zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~~~
 ~~~zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~~~
~~~zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~~~
 ~~~zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~~~
 ~~~zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~~~
~~~zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz~~~

...jangan biarkan tidur mereka terganggu...

Kerajaan Pusat hanya pandang sebelah mata pemimpin dari Sarawak !

Speaker Dewan Rakyat YB Tan Sri Pandikar Amin Mulia (Sabah),
Timbalan Speaker Dewan Rakyat II YB Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Sarawak)
Tan Sri Pandikar Amin juga pernah dipilih sebagai Naib Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Ahli-Ahli Parlimen Komanwel untuk sessi 2007-2008.
Pemimpin dari Sarawak buat pertama kali mulai disisih.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah YB Datuk Seri Hj Mohd Shafie Apdal (Sabah),
Timbalan Menteri YB Datuk Joseph Entulu Belaun (Sarawak)
Datuk Seri Mohd Shafie juga pernah dipilih setelah dicadang oleh Kerajaan Pusat menjadi Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Ahli-Ahli Parlimen Komanwel (CPA) untuk penggal 2008 - 2011.
Pemimpin dari Sarawak dipandang sepi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin (Sabah)
Tiada penjawat awam warga Sarawak yang dilantik ke jawatan tertinggi dalam pasukan PDRM peringkat Persekutuan.
Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Negara, YB Datuk Armani Mahiruddin (Sabah)
Sekali lagi warga Sarawak gagal untuk memenangi hati pemimpin Kerajaan Pusat ke jawatan tersebut.
Peguam Negara, YBhg. Tan Sri Abdul Gani Patail (Sabah)
Belum pernah lagi rakyat Sarawak diberi kepercayaan setinggi itu oleh Kerajaan Pusat. Dimana silapnya?
 Menteri Luar Malaysia, YB Datuk Seri Anifah Aman (Sabah)
Timbalan Menteri, YB Datuk Richard Riot (Sarawak)
 Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, YB Tan Sri Benard Dompok (Sabah)
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili (Sabah)
Timbalan Menteri, YB Datuk Hj Fadillah Yusof (Sarawak)
Datuk Seri Dr Maximus Ongkili juga telah dipilih oleh kerajaan pusat untuk menjadi Pengerusi Jawatan Kuasa Khas Parlimen bagi penambahbaikan Sistem Pilihan Raya di negara ini dan ini sekali lagi pemimpin dari Sarawak terus tersisih.
Hakim Besar Borneo bagi wilayah Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum (Sabah)
Jawatan ini saja yang memberi peluang kepada warga Sarawak secara bergilir-gilir dengan Sabah.

Sebaik sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad mengakhiri zaman pemerintahannya selama 22 tahun lewat 2003 dan diambilalih pula oleh penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi, nasib pemimpin dari Bumi Kenyalang mulai mendapat layanan agak jauh berbeza oleh kerajaan pusat jika dibandingkan dengan pemimpin dari Sabah.

Pentadbiran Tun Abdullah ketika itu seakan-akan cuba membersihkan pemimpin-pemimpin yang berasal dari Sarawak dari dalam kerajaan pimpinannya. Ini jelas apabila berlaku perlantikan untuk jawatan-jawatan tertentu yang cenderung meminggirkan pemimpin dari Sarawak namun sebaliknya lebih banyak pemimpin dari Sabah yang diberi dengan jawatan-jawatan yang penting dalam kerajaan.

Keadaan itu nampaknya terus berlarutan walaupun pucuk kepimpinan negara telah bertukar apabila Datuk Seri Haji Mohd Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada Pak Lah. Tidak banyak perubahan dilakukan oleh Perdana Menteri ke-6 itu untuk mewujudkan kesamarataan dari segi jawatan dalam kabinet persekutuan antara Sarawak dengan Sabah.

Sebenarnya rakyat Sarawak amat terkilan dengan keadaan tersebut biarpun kerajaan pusat terpaksa mengubat perasaan duka lara rakyat Bumi Kenyalang dengan habuan-habuan besar setiap kali pembentangan bajet dilakukan berikutan ketiadaan pemimpin mereka diberi kepercayaan untuk menerajui satu atau dua jawatan penting pada peringkat pusat sebagaimana yang dinikmati oleh pemimpin dari negeri Sabah.

Rakyat Sarawak tdak menaruh harapan sangat kepada Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud untuk memanjang kekecewaan itu kepada kerajaan pusat kerana sebagai rakyat kami memang faham dan sedar bahawa Ketua Menteri juga masih sayangkan jawatan yang sedang beliau pegang kini dan perlu menjaga hati pemimpin pusat agar tidak terguris dan terpaksa mendiamkan saja rungutan daripada rakyat Bumi Kenyalang berkenaan dengan perkara itu.

Apa-apapun dengan tarikh pembubaran Parlimen Malaysia yang semakin dekat, adalah diharapkan agar jurang perbezaan yang sangat ketara di antara Sarawak dengan Sabah dan Semenajung dari segi pembahagian jawatan oleh kerajaan Pusat haruslah ada kesamarataan bagi menjaminkan logo dacing tidak akan menjadi senget sebelah, tapi biar kekal seperti sebelumnya.

Sabtu, November 12, 2011

Aziz Barrel teruskan misi perangnya terhadap Sultan Selangor !

Nampaknya perang antara pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof. Dr Aziz Bari dengan pihak Istana Selangor khususnya dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri tidak memperlihatkan yang ianya akan terhenti walaupun isu DUMC dilihat telah semakin reda apabila Aziz Bari sanggup bertindak semakin kurang ajar dengan mempertikaikan kuasa Sultan Selangor terhadap hal ehwal agama Islam di negeri berkenaan.

Terbaru, Aziz Bari seolah-olah cuba untuk menyekat dan menghalang Sultan Sharafuddin Idris Shah dari mencampuri hal ehwal agama Islam di Selangor. Aziz Bari juga seperti mencuba untuk menafikan hak dan kuasa Sultan Selangor apabila beliau tergamak menyatakan secara terbuka bahawa Sultan Selangor itu "mungkin" telah melangkaui batas kuasa Baginda dengan menitahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor meluluskan undang-undang pada bulan Julai.

Aziz Bari bekata demikian ketika diminta mengulas mengenai titah yang ditandatangani Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan mereka untuk meluluskan pindaan bagi meluaskan kuasa Sultan dan Majlis  Agama Islam Selangor (MAIS) dalam hal ehwal Islam di negeri berkenaan. Selanjutnya di sini

Sangat pelik dengan tindakan Aziz Bari yang berterusan mempersoalkan kuasa Sultan Selangor. Sultan Sharafuddin Idris cuba untuk memastikan agar agama Islam di negeri Selangor dapat terus di pelihara dan tidakan sedemikian adalah sangat sesuai dengan kedudukannya sebagai Ketua Agama Islam di negeri berkenaan tetapi malang sekali apabila masih ada lagi manusia seperti Aziz Bari yang tidak mahu mengiktiraf kuasa dan peranan penting seseorang Sultan berhubung dengan agama Islam sehingga sanggup pula untuk mengatakan bahawa Sultan Selangor tidak wajar masuk campur dalam hal ehwal agama Islam.

Amerika Syarikat menipu dan berbohong lagi !

Kerajaan Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Barrack Obama terus mewarisi kepimpinan yang terdahulu kulit putih yang suka berbohong, menipu dan gemar menindas, menceroboh dan seterus menyerang negara-negara lain walaupun iaya amat bertentangan sama sekali dengan prinsip sepertimana terkandung di dalam piagam pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang harus dipatuhi oleh semua negara anggota.

Berbangga dengan kuasa veto yang di milikinya, Amerika Syarikat merasakan yang negara mereka tidak perlu takut dan tunduk ketika berhadapan dengan mana-mana negara malah Amerika Syarikat seolah-olah melihat bahawa mereka sangat berkuasa untuk membentuk satu dunia menurut seperti apa yang mereka kehendaki walaupun sedar bahawa setiap negara merdeka berdaulat mempunyai hak masing-masing yang perlu dihormati.

Tetapi Amerika Syarikat tidak melihat semua itu sebagai perlu dihormati sebab apa yang mereka mahu sebenarnya ialah menghendaki supaya negara lain yang harus tunduk serta patuh kepada segala arahan juga kemahuan mereka dan bukannya Amerika Syarikat yang perlu menghormati undang-undang antarabangsa.

Terbaru Amerika Syarikat melalui IAEA(International Atomic Energy Agency) satu badan yang sudah menjadi alat kepada mereka untuk tujuan menyerang negara lain telah membuat fitnah baru terhadap Iran apabila menuduh negara berkenaan sedang membangun loji terbaru tenaga nuklear secara besar-besaran dan mendakwa ianya merupakan satu ancaman besar kepada dunia.

Amerika Syarikat memang tak pernah serik-serik berbohong, dulu sebelum menyerang Iraq, mereka menuduh dan mendakwa bahawa kerajaan Iraq pimpinan Saddam Hussein memiliki senjata pemusnah besar-besaran dan disembunyikan di suatu tempat rahsia tetapi sehingga ke saat ini Amerika Syarikat tetap gagal untuk membuktikan yang tuduhan serta dakwaan mereka terhadap kerajaan Saddam Hussein adalah benar.

Fitnah yang dicipta oleh Amerika Syarikat terhadap Iraq telah mengorban bukan sedikit nyawa malahan puluhan ribu rakyat Iraq telah turut terkorban dan menjadi mangsa perang yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan Britain dalam usaha kedua negara penceroboh itu hendak meyakinkan kepada dunia bahawa Iraq memang mempunyai senjata pemusnah seperti yang mereka dakwa sebelum itu.

Namun apa yang boleh kita lihat pada hari ini ialah sebuah negara Iraq yang sudah musnah tetapi tiada satupun senjata pemusnah besar-besaran seperti didakwa yang dijumpai oleh tentera negara penceroboh milik kerajaan Saddam Hussein tetapi sebaliknya banyak khazanah negara Iraq seperti artifak-artifak bersejarah negara berkenaan yang dicuri dan dibawa keluar dari Iraq oleh tentera Amerika Syarikat.

Dan apakah itu juga yang Amerika Syarikat mahu lakukan ke atas negara Iran yang dipimpin oleh Presiden Mahmoud Ahmadineejad ? Barrack Obama yang menerajui Amerika Syarikat kini nampak sudah turut menjejaki langkah presiden terdahulu, George W. Bush yang telah menghancurkan Iraq dan Obama juga kelihatan seperti mahu meneruskan tugas-tugas belum selesai negara Barat yang mahu memusnahkan negara Islam keseluruhannya.

Untuk itu, fitnah terhadap Iran perlu dipergiatkan sebaikmungkin agar seluruh dunia terus percaya kepada pembohongan, dakyah dan propaganda Barat...

Jumaat, November 11, 2011

Anak Merdeka Sdn Bhd, tak bertuan !


Blog ini sudah beroperasi hampir lebih 3 tahun iaitu selepas berlalunya PRU-12 2008. Masih mentah lagi. Mula berblog dan mengemukakan pandangan sendiri tentang perkembangan politik tanah air selain untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan serta kefahaman Anak Merdeka dalam Bahasa Melayu.

Pada peringkat awal terlibat dalam dunia penulisan blog ini, Anak Merdeka tidak terfikir untuk terlalu cenderung menulis mengenai politik tetapi lebih suka hendak menulis apa saja perkara yang berlaku di sekeliling atau di persekitaran yang luas.

Panglima Perang Cyber atau sering saya kenali sebagai PPC dulu, AIDC/Joyah/Mamat Hensem/Yuhu/Faizal/Zek AIDC/, Analisis Politik Ringan/Kumbang, Beranikan Hati/Brave Hearth, Bumi Yang/ISSAC, Dimensi/Jeffry Damien, Yang Gambi, Rajah Mas/Apai adalah antara blogger yang paling awal penulis kenali di alam siber dan pada peringkat itu tulisan di blog merekalah yang sering menjadi rujukan penulis sekiranya mahu membuat artikel baru.

Pendek kata, penulis banyak belajar dari apa yang mereka terbitkan di blog mereka dan suka mempelajari sesuatu yang baru. Maka bermula dari saat itulah penulis masih bertahan untuk terus berblog sehingga kini walaupun adakalanya dah beberapa kali langganan broadband penulis ditamatkan kontraknya oleh syarikat telekomunikasi yang membekalkan khidmat jalur lebar gara-gara lambat membayar sewa bulanan disebabkan sumber kewangan yang kadangkala terhad, menyusut dan meruncing he he he...

Anak Merdeka hanya bergerak secara bersendirian lebih kurang macam kera sumbanglah ceritanya :-) dan lebih selesa dengan cara begini, tidak suka dikawal dan tidak mahu tertakluk atau terikat dengan mana-mana arahan namun sejak dari dahulu sehingga kini tetap melihat kerajaan Barisan Nasional sebagai satu wadah yang wajar untuk terus disokong oleh seluruh rakyat Malaysia berdasarkan kepada komitmen tinggi pemimpin yang ada di dalam gagasan tersebut untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat serta membangunkan sosio-ekonomi negara secara adil dan saksama.

Tulisan ini bukan bertujuan untuk memohon sebarang simpati daripada sesiapapun cuma nak jelaskan kedudukan sebenar hidup sebagai blogger picisan macam Anak Merdeka ini memang kadangkala pasti berdepan dengan masalah serupa iaitu sama seperti yang dialami oleh beberapa blogger yang lain tentu tak boleh lari dari masalah yang membebankan.

Tujuan utama artikel ini juga adalah sebagai reaksi kepada tulisan oleh beberapa blogger pro-Kerajaan di blog mereka masing-masing sebelum ini yang membangkitkan tentang kewujudan masalah "pemerdagangan blogger" dikalangan sesama.

Anak Merdeka akan terus menulis. Terima kasih bro ISAC/Bumi Yang atas kata semangat. Suatu ketika Anak Merdeka pernah menulis tentang hasrat nak berhenti berblog tapi ada kengkawan blogger yang minta Anak Merdeka pertimbangkan. Namun akhirnya Anak Merdeka tarik balik niat nak berhenti menulis diblog dan sehingga kini masih lagi menulis apa saja yang terlintas difikiran. Sebab dulu nak stop-berblog, pasal tu lah ha ha ha...gagal bayar sewa broadband :))

Kepada semua,,,kita teruskan perjuangan di alam siber untuk kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13 kelak...kita bebas tegur BN bukan bermakna kita menentang mereka tapi demi kebaikan mereka juga agar terus relevan sebagai sebuah kerajaan. Ada masalah, selesaikan bersama,,,selesaikan cara bermesyuarah,,,buang yang keruh ambil yang jernih...bersatu kita teguh bercerai kita roboh...

Sapa kata kumpulan songsang dinafikan hak mereka di negara ini? ..mana adaaa...!


Hanya Ambiga, Marina dan Irene serta rakan sepasukan mereka saja yang mungkin beranggapan bahawa kumpulan gay, lesbian dan transeksual di negara ini telah dipinggir, ditindas dan dinafikan hak mereka selaku warga Malaysia sehingga memaksa diadakan satu acara di kenali sebagai Program Seksualiti Merdeka kononnya sebagai satu saluran khusus untuk golongan berkenaan menyuarakan masalah atau mengemukakan pandangan bagi mempertahankan hak mereka.

Tetapi tidakkah Ambiga dan rakan-rakan beliau sedar andaikata ada berlaku sebarang jenayah yang melibatkan kumpulan berkenaan, mereka juga sudah pasti mendapat pembelaan yang serupa sebagaimana masyarakat Malaysia yang lainnya atau dalam ertikata lainnya, dari segi perundagan untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya, hak mereka tidak pernah dinafikan malahan nasib mereka akan tetap terbela tetapi bukanlah mengenai amalan seks mereka.

Misal kata jika mereka terbabit di dalam kegiatan jenayah, dalam kes rogol, dalam kes liwat, dalam kes rompakan dan sebagainya maka mereka juga akan diwakili oleh peguam apabila kes dibawa ke mahkamah. Pun begitu, jika mereka tidak berkemampuan untuk mendapatkan khidmat peguam, kerajaan Barisan Nasional juga sudah ada Biro Bantuan Guaman khusus untuk yang kurang mampu termasuklah mereka-mereka itu.

Untuk menuduh kerajaan bertindak zalim atau tidak berperikemanusiaan terhadap golongan berkenaan hanya kerana pihak kerajaan enggan mengiktiraf kewujudan mereka yang membawa amalan tidak sihat di negara ini adalah tidak munasabah juga sebab sebagai sebuah kerajaan, sesiapapun jua yang menjadi pemerintah tentulah mereka merasakan bahawa tanggungjawab untuk menguruskan sesebuah negara itu bukan hanya berkenaan dengan pembangunan ekonomi, infrastruktur, fizikal semata-mata tetapi turut merangkumi soal moral dan sosial masyarakat juga.

Mungkin kerajaan Malaysia berpendapat untuk menyelamatkan golongan berkenaan dari terus hanyut dan dibiarkan mereka megah dengan gaya kehidupan yang sedemikian adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab sebab apabila tindakan membenarkan mereka yang berkenaan dengan kehendak mereka nescaya budaya songsang bawaan Barat itu akan merebak dalam lingkungan masyarakat dan sekiranya ia tidak dibanteras dengan lebih awal adalah bukan satu perkara yang mustahil apabila ia akan menjadi ikutan oleh generasi yang seterusnya.

Oleh itu, Ambiga, Marina dan rakan-rakan mereka perlu sedar dan faham kalau sebut pasal hak, memang semua rakyat Malaysia secara amnya punya hak dalam negara sendiri dan tidak semestinya pula mereka berhak untuk berbuat apa saja sehingga akhirnya membinasakan negara sendiri. Hak harus digunakan dengan cara yang betul dan bukan disalahgunakan untuk tujuan-tujuan yang menyalahi undang-undang negara. Hak juga tidak wajar digunakan sebagai alasan untuk menghidupkan budaya tidak bermoral di negara ini.

Marina sebagai bekas orang kuat Majlis AIDS Sedunia ketika era pemerintahan Tun Dr Mahathir dulu, patutnya lebih memahami bagaimana perjuangan 'mencegah lebih baik dari mengubati' terhadap para penagih dadah dan begitu jugalah apabila negara berdepan dengan isu segelintir rakyatnya yang semakin hari semakin ramai terjebak ke dalam masalah moral seperti seks bebas itu, maka satu tindakan berkesan perlu diambil dan bukannya bertindak sebaliknya dengan melebarkan lagi ruang untuk golongan berkenaan bebas bergerak dengan amalan mereka.

Haji Anwar Merdeka: mula kata x sokong, namun akhirnya macam menyokong !

Kalau kita perhatikan betul-betul pada kenyataan yang dibuat oleh Tuan Haji Anwar berkenaan dengan isu penganjuran Program Seksusliti Merdeka yang sedang hangat membara ketika ini, nampak mulanya macam memangpun dia menentang program berkenaan sebab alasan agama Islam termasuk agama lain yang "jelas" dalam isu itu katanya.

Apa yang "jelas" seperti yang dimaksudkan oleh Ketua Pembangkang itu, kita tak tahu sebab cuma dia sahaja yang mengerti. Kalau dia kata "jelas mengharam" barulah kita boleh faham tapi apesal dia kasi gelap satu ayat tu yang buat kita jadi bingung.

Kemudian lagi dia kata mereka-mereka yang membantah program itu dari diadakan sebagai menghukum pihak penganjur, saya fikir belum sampai ke tahap menghukum lagi pasal semuanya terletak pada budi bicara pihak berkuasa terutamanya pihak polis samada akan membenarkan atau sebaliknya penganjuran acara tersebut setelah menerima banyak bantahan daripada kumpulan masyarakat di negara ini.

Haji Anwar perlu ingat juga, rakyat atau masyarakat biasa di negara ini juga ada hak yang perlu mereka suarakan berkenaan satu-satu perkara tak semestinya hanya kumpulan dia sahaja yang seharusnya diberi hak dan kebebasan sebagaimana yang diperjuangkan sebab masyarakat umum di Malaysia juga berhak sebenarnya untuk mendapat kebebasan serupa termasuk menyuarakan bantahan terhadap apa-apa perkara yang mereka rasa tidak patut diadakan.

Asalnya Haji Anwar kata tak sokong perhimpunan Seksualiti Merdeka yang dalam perancangan untuk dirasmikan ole Ambiga, tetapi kenapa pula dalam masa yang sama dia marah terhadap kumpulan yang turut sama membantah program tersebut dari diadakan sedangkan dia kata tidak menyokong, jadi apa masalahnya ?

Khamis, November 10, 2011

SRK Merdeka: Ambiga & Marina perlu sedar, ini Malaysia bukan India !

 Kelakuan tidak senonoh bintang Bollywood, Shah Rukh Khan yang berciuman dengan aktor Barat, John Barrowman semasa festival filem Bollywood berlangsung.

 Begitu juga dengan gelagat melampau Gauri yang selamba mencium Karan Johar, patutnya kerajaan India menolak budaya seumpama itu walaupun hanya melibatkan golongan selebreti. Selanjutnya boleh lihat di sini

Patutlah Haji Anwar suka sangan nyanyi lagi "kuch kuch hota hai" rupanya bintang ternama Bollywood Shah Rukh Khan juga adalah pengamal seks bebas. Maunya dibiakkan di Malaysia. Haramlah. Patutlah Haji Anwar beriya-iya sangat menyokong Ambiga dan Seksualiti Merdeka diadakan di negara ini sebab masih banyak benda yang jadi misteri !

Ambiga kalau masih nak sangat seksualiti merdeka diteruskan, pergi saja ke India sana..negara asal nenek moyang dia, buat program di negara berkenaan, mungkin kerajaan India tiada halangan mengenainya malah mungkin mereka akan menerima seadanya golongan songsang untuk melakukan aktiviti mereka.

Bodoh 1PR: hingga ke Parlimen Izzah & Tony Puaka promosi barangan KR 1Malaysia !

Betapa bodohnya tindakan dua Ahli Parlimen Pakatan Haram Nurul Izzah Haji Anwar dari PKR dan Tony Puaka dari DAP yang sanggup bersusah payah berkunjung ke Kedai Rakyat 1Malaysia semata-mata mahu membeli beberapa jenis barangan untuk dipamerkan ketika Sidang Media di bangunan sementara Parlimen bagi menunjukkan bahawa harga rendah dan murah setiap jenis barang di premis berkenaan yang diwar-warkan oleh kerajaan sebelum ini kononnya cuma indah khabar dari rupa.

Tidakkah kedua-dua wakil rakyat Pakatan Haram itu sedar bahawa sikap kebanyakkan masyarakat di mana-mana negara termasuklah yang di negara kita ini, memang kebanyakkan daripada mereka ini mempunyai sikap yang pelik dan aneh, mana yang ditegah maka itulah yang nak sangat mereka hendak ambil tahu dan begitulah seterus sekira dilarang jangan beli barang itu, jangan makan makanan itu dan ini, jangan dekati kawasan atau kedai itu sudah pasti semakin ditegah semakin berduyun-duyunlah pula orang ramai menyerbu untuk mendapatkan barang-barang disitu.

Inilah yang saya katakan tentang betapa bodohnya tindakan Nurul Izzah dan Tony Puaka dalam usaha mereka untuk menjahanamkan hasrat murni Perdana Menteri Datuk Seri Hj Mohd Najib yang mahu meringankan bebanan rakyat sebagai pengguna. Apabila sebahagian daripada barang-barang berkenaan sengaja dibawa masuk ke dalam kawasan Parlimen bertujuan untuk mensabotaj usaha kerajaan BN itu dan selepas itu keluar pula cerita tentangnya di akhbar atau di media-media.

Bukankah tindakan kedua wakil rakyat pembangkang itu secara tidak langsung turut memperkenalkan produk-produk yang terdapat di Kedai Rakyat 1Malaysia yang kemudiannya tentu akan menarik minat rakyat kebanyakan untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai gerai berkenaan dan ini kemudiannya pasti membawa mereka untuk berkunjung ke sana dan apabila mereka yang telah membeli barang di situ sedar bahawa kedai tersebut menjual setiap jenis barangan pada harga yang berpatutan malah ada jenis yang lebih murah dari tempat lain, akhirnya tanpa Nurul Izzah dan Tony Puaka sedari bahawa perbuatan mereka itu sebenarnya telah memperbodohkan diri mereka sendiri serta seluruh wakil rakyat dari Pakatan Haram Pembangkang.

Rabu, November 09, 2011

Tahun 2012 masehi, dunia sekali lagi alami 366 hari dalam setahun !

Setiap empat tahun sekali bilangan hari dalam satu tahun akan bertambah kepada satu hari menjadikan dunia mempunyai 366 hari pada tahun 2012 nanti yang kebiasaannya ramai yang hanya berpendapat bahawa satu tahun bersamaan dengan 12 bulan atau 52 minggu ataupun 365 hari.

Keadaan ini sebenarnya memang telah lama terjadi iaitu sejak dari awal tahun Masehi lagi dan akan berterusan selang empat tahun sekali misalnya setelah tahun 2012 kelak maka empat tahun sesudah itu iaitu pada tahun 2016, tahun 2020, tahun 2024, tahun 2028, tahun 2032 dan begitulah seterusnya ianya akan akan terus menerus berlaku sedemikian.

Sungguhpun begitu, ianya hanya akan melibatkan bulan February saja yang kita mungkin ingat bahawa bulan berkenaan cuma ada 28 hari semata-mata tetapi bulan February sebenarnya akan mendapat tambahan satu hari menjadikannya lebih panjang kepada 29 hari untuk tempoh empat tahun sekali dan begitulah seterusnya iaitu pada setiap tahun keempat yang genap.

Begitulah juga dengan tahun-tahun sebelum ini misalnya pada tahun 1996, tahun 2000, tahun 2004 dan juga pada tahun 2008, bulan February bertambah satu hari menjadikannya 29 hari untuk satu bulan akan tetapi pada tahun berikutnya iaitu untuk selama tiga tahun berturut-turut bilangan hari dalam bulan February kembali menjadi seperti sediakala iaitu 28 hari satu bulan.

Oleh itu, menjelang tahun depan, siang kita akan dapat lebihan satu hari iaitu bulan February atau 366 hari untuk tahun 2012 tidak seperti biasa 365 hari setahun, jadi bagaimanakah kita hendak menggunakan masa satu hari yang dianugerahkan itu supaya ianya tidak menjadi sia-sia dan berlalu begitu sahaja tanpa diisi dengan perkara-perkara yang memberi faedah kepada negara.

Janganlah pula lebihan satu hari dalam tahun 2012 itu nanti digunakan pula oleh kaum kerabat Ambiga, Marina dan Anwar untuk tujuan-tujuan mempromosikan bermacam-macam program yang bertentangan dengan nilai kehidupan serta adat budaya masyarakat kita...

Pose dari pengamal2 seks bebas sebelum menjelangnya hari kiamat !

 Sebagaimana agama Islam, agama Kristian juga telah lama sebelum itu mengajar umatnya tentang kejadian hari kiamat. Cuma oleh kerana wujudnya perselisihan tentang kepercayaan agama masing-masing mengenai hari kiamat itu menyebabkan orang bukan Kristian beranggapan bahawa agama Nabi Isa a.s itu tidak menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan hari kiamat atau akhir zaman. Itu adalah satu persepsi yang salah.

 Dan pengertian tentang benarnya hari kiamat itu diperkuatkan lagi dengan kedatangan agama terakhir iaitu Islam untuk seluruh umat manusia di muka bumi ini melalui rasulNya Nabi Muhamad S.A.W. yang dipilih sebagai pesuruh Allah untuk membawa sinar cahaya kepada dunia. Orang Kristian mungkin ada yang berbelah bahagi samada hendak percaya atau tidak tentang hari kiamat ini berlainan pula dengan orang Islam dari pandangan saya yang seluruhnya memang mempercayai tentang hari kiamat.

 Tetapi kepada golongan yang kurang percaya akan adanya hari kiamat kelak, saya rasa belum terlambat lagi untuk mereka ini berpatah balik ke pangkal jalan kiranya mereka ini dapat merasakan yang langkah perjalanan mereka sudah semakin jauh tersasar atau menyimpang. Dan masa untuk memperbetulkan semula kesilapan lalu masih banyak waktu sebenarnya yang boleh dimanfaatkan.

 Belum terlambat lagilah bro, kalau orang lain boleh kenapa anda berdua tak boleh. Malaysia Boleh!!! anda berdua juga tentu boleh. Bukan boleh nak teruskan program Seksuliti Merdeka tu tapi boleh gunakan masa yang masih ada untuk merenung semula kesilapan masa lalu dan perbaikinya dengan sebaik yang mungkin.

Begitu jugalah dengan Tuan Haji Anwar ni. Apa ke jadahnye 'lelaki bagi hadiah sejambak bunga kepada lelaki yang lain" kalau tak ada udang di sebalik batu melainkan memang ada niat yang tersembunyi. Sudah-sudahlah tu, pergi bertaubat, minta ampun minta maaf daripada Tuhan sebelum dunia ini berdepan dengan hari kiamat.

Penjawat Awam: DAP akan tukar pegawai Melayu/Bumiputera dengan Cina !


Hasrat DAP berkenaan dengan isu penjawat awam di negara ini sebenarnya mudah untuk difahami. Bagi saya, niat DAP itu sejak mereka menang banyak kerusi dalam PRU-12 lalu dan juga ketika PRN Sarawak lepas contoh bukannya satu perkara yang sukar untuk ditafsirkan sebab dalam apa jua keadaan sekalipun DAP akan tetap mengambil pendekatan yang digunakan oleh kerajaan Singapura untuk dijadikan sebagai ikutan sekiranya Pakatan Haram 3 Parti DAP, PKR dan PAS berjaya mentadbir Malaysia.

Slogan Jom Ubah yang mula diperkenalkan oleh DAP dan rakan sekutunya dalam pakatan itu dalam beberapa siri PRK dan juga PRU sebelum ini saya rasa tidak setakat digunakan untuk mempengaruhi rakyat agar memilih pakatan haram mereka sebagai kerajaan baru bagi menggantikan kerajaan BN di negara ini malah lebih jauh lagi kerana jika sudah berjaya menguasai politik serta pentadbiran di Malaysia maka sudah tentulah akan ada perkara lain yang lebih besar yang harus dan wajib di "ubah" dan jika itu tidak dilakukan  maka ini bermakna hayat Pakatan Haram sebagai pemerintahan tidak bertahan lama.

Yang utama tentulah DAP yang jadi Big Boss dalam Pakatan Haram mahu memastikan agar beberapa agensi kerajaan yang sebelum ini seperti Polis, Tentera, Bomba, Imigeren, JPJ, Guru dan sebagainya dilihat semacam memang mesra dengan BN kerana disebabkan pegawai atasan didalamnya merupakan majoritinya terdiri daripada kaum Melayu dan Bumiputera jadi haruslah terlebih dahulu kmpulan ini dibersihkan dan kemudian digantikan dengan satu kumpulan baru yang boleh menjamin kedudukan mereka sebagai sebuah kerajaan agar dapat kekal selama bila hasil sokongan penjawat awam yang tentunya mesra DAP.

Jika DAP merasakan bahawa penjawat awam dari kaum Melayu dan Bumiputera menjadi penghalang kepada cita-cita mereka untuk berkuasa di negara ini, jadi untuk jalan terbaik adalah dengan menggantikannya dengan pegawai-pegawai atau kakitangan yang bukan dari kalangan Bumpitera dan itu semua nampak memang jelas telahpun berlaku di Pulau Pinang dan dibeberapa tempat dalam negara ini.

Selasa, November 08, 2011

Ambiga & Marina akan tampil lagi dengan tuntutan lain bertemakan Merdeka!


Selepas berjaya mencetuskan kekecohan seluruh negara berhubung dengan hasrat mereka berdua untuk menganjurkan acara Seksualiti Merdeka khusus untuk golongan gay, lesbian dan transeksual, Ambabiga dan Marina selepas ini berkemungkinan besar akan meneruskan kerja gila keduanya dengan mengadakan lebih banyak siri penganjuran pesta, forum, majlis, program yang bertemakan Merdeka.

Tidak mustahil selepas ini kedua-dua mereka akan tampil dengan berbagai-bagai program baru yang mungkin sedang dalam perancangan seperti Perogol Merdeka, Penagih Dadah Merdeka, Pengedar Dadah Merdeka, Pembunuh Merdeka, Pencuri Merdeka, Peliwat Merdeka, Pencabul Merdeka, Perompak Merdeka, Pemecah Rumah Merdeka, Penyanggak Merdeka, Penipu Merdeka, Pemfitnah Merdeka, Penghasut Merdeka, Penculik Merdeka dan bermacam-macam Merdeka lagi.

Janji saja mereka berdua tak nak buat Program Anak Merdeka, sudahlah !

Ini saya ingin nak ulas sikit pasal hari tu Ambiga yang bengang dengan pihak Polis dan pihak media massa yang katanya telah tersalah anggap mengenai program yang bakal mereka anjurkan. Dalam pada itu Ambiga kata golongan Gay, Lesbian serta Transeksual di negara ini telah ditindas dari segi hak. Ditindas? Siapa tindas siapa?

Kalau sudah begitulah pendirian Ambiga mengenai golongan berkenaan, ini bermakna suatu hari nanti Ambiga juga pasti akan muncul semula bersama dengan rakan songsangnya Marina untuk menegakkan suatu hak bagi satu kelompok manusia yang tidak sepatutnya diperjuangkan sepertimana yang tersenarai di atas.

Manalah kita tahu kemungkinan satu hari nanti Ambiga dan Marina boleh berpendapat bahawa kumpulan perompak, pembunuh, peliwat dan pelbagai jenis penjenayah yang melakukan kerja haram di negara ini telah ditindas, perlu dibela dan perlu didengar semua keluhan daripada mereka.

Pelajar disembelih: kerajaan Malaysia perlu dapatkan penjelasan segera dari Indonesia !


Saya juga rasa macam ada yang tak kena dalam kes pembunuhan melibatkan seorang pelajar Malaysia di Indonesia yang berlaku awal pagi tadi. Punca dikatakan mangsa cuba menghalang pencuri/maling rakyat Indonesia hendak mencuri motosikal milik mangsa namun dihalang dan akibat tindakan mangsa yang cuba menghalang itulah maka berlakunya kejadian pembunuhan itu.

Siang-siang lagi maling warga Indonesia sanggup buat hal di sana dan tambah pula depan pemilik barang yang hendak dicuri, memang dasar kelakuan malinglah itu. Mereka tak kira asal saja dapat barang yang hendak di maling. Kalau di Malaysia, mereka ini jugalah yang banyak menyumbang terhadap kadar jenayah terutama dalam kes kecurian serta kes jenayah yang lain seperti merompak, pecah rumah dan membunuh.

Namun saya rasa kemungkinan besar ada sebab lain mengapa kejadian itu berlaku. Pertama kita semua sudah sedia maklum bahawa Indonesia bukanlah satu negara yang selamat lagi bagi penduduk Malaysia untuk berkunjung atau untuk melakukan sebarang aktiviti. Tidak seperti Malaysia yang sentiasa aman dan selamat untuk semua warga asing yang berada di negara ini tetapi Indonesia adalah sebuah negara yang semakin berbahaya bagi rakyat Malaysia khususnya.

Malaysia seringkali berdepan dengan kecaman dan kutukan yang bertali-arus daripada rakyat Indonesia dan mereka amat tidak menyenangi akan kemajuan yang dicapai oleh negara ini yang jelas sudah semakin jauh meninggalkan Indonesia di belakang terutama dalam bidang ekonomi dan juga pekerjaan. Mereka amat cemburu dengan semua itu dan jika boleh mereka mahu melihat negara ini terus tunduk kepada segala tekanan yang dikenakan oleh pihak-pihak tertentu di Indonesia.

Manakala bagi mereka yang telah mendapat peluang bekerja di Malaysia, ada keinginan yang tinggi dalam diri mereka untuk menguasai operasi mana-mana syarikat tempat mereka bekerja dan ada yang begitu berani cuba untuk menindas pekerja tempatan sendiri yang bertugas ditempat yang sama. Dan adalah tidak mustahil rasanya sekira apa yang telah menimpa pelajar Malaysia itu merupakan salah satu percubaan awal mereka untuk menganiaya rakyat Malaysia yang berada di negara mereka. Jika ketika di Malaysia mereka berani untuk bertindak melampau, apatah lagi sekiranya sudah berada di negara mereka sendiri, Indonesia. Mereka bole buat apa saja !

Harap kerajaan Malaysia segera mendapatkan maklumat kejadian tersebut daripada pihak kerajaan Indonesia...

Seorang pelajar Malaysia dibunuh oleh maling Indonesia di Jawa Tengah !


KUALA LUMPUR 8 Nov - Seorang pelajar Malaysia di Malang, Indonesia maut selepas dia dibunuh ketika cuba menghalang seorang lelaki daripada mencuri motosikal beliau di hadapan rumah sewanya, di Lowowaru Kota Malang malam tadi.

Mangsa yang berasal dari Selangor dan sedang menuntut di semester lima Fakulti Perubatan, Universiti Brawijaya maut di tempat kejadian selepas lehernya dikelar dengan senjata tajam oleh suspek yang cuba melarikan motosikalnya - Utusan Malaysia 

Anak Merdeka berkata;
!!!...haiii!!!!...Laskar Merah Putih...!!!, apa komen kamu semua ? ...dulu kamu sesuka hati menuduh Malaysia dengan bermacam tuduhan liar dan tidak logik yang tidak ada bukti, sekarang perkara itu sudah berbalik kepada pihak kamu di sana, jadi apakah kamu fikir rakyat Malaysia akan buat benda serupa yang pernah kamu semua buat dulu terhadap Malaysia ?

Kalau kamu kata, mungkin... kamu silap,,,rakyat Malaysia tidak sebodoh itu dan tak mungkin akan bertindak seperti anak-anak kecil yang tidak berpelajaran di atas jalan raya !!! Rakyat Malaysia tahu erti menghormati undang-undang negara lain dan tahu bahawa apa-apapun perkara tetap tertakluk di bawah undang-undang sesebuah negara itu.

Lagi satu, rakyat Malaysia sangat menghargai apa itu erti nilai persahabatan negaranya dengan negara jiran, rakyat Malaysia tidak suka bertindak melulu macam rakyat Indonesia yang sebahagian besarnya nyata tidak matang dalam banyak hal, cakap tinggi banyak pandai tapi sering meletak undang-undang ditangan sendiri jikalau ada berlaku krisis kecil antara Malaysia dengan Indonesia !

Perlu digubal "Akta Pemerdagangan Blogger" ?

Jika Akta Pemerdagangan Manusia telah lama ada di negara kita bertujuan bagi mengekang masalah penyeludupan manusia terutama yang dilakukan oleh golongan rakus mengejar "wang besar! wang besar!" dan dilakukan pula dalam wilayah negara, jadi apa salahnya sekira diwujudkan juga satu akta perlindungan untuk golongan penulis blog yang mula mendapati berlaku perkara serupa terhadap mereka juga apabila ada yang sedar bahawa nama mereka dah kena jual kepada pihak tertentu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Saya rasa terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh beberapa blogger pro-kerajaan seperti Papa Gomo, GAP, Parpu Kari, Pisau Net dan lain-lainnya yang mendakwa telah berlaku satu penyelewengan yang mempergunakan nama-nama bloggers untuk kepentingan peribadi oleh individu tertentu dan sudah tentulah ianya melibatkan wang ringgit yang bukan sedikit jumlahnya. Andaikata benar perkara sedemikian rupa memang berlaku, adalah elok suatu cadangan akta berkaitan dikemukakan kepada pihak kerajaan agar tiada pihak yang terus teraniaya dan menjadi mangsa pemerdagangan.

Isnin, November 07, 2011

Puisi khas untuk "Seksualiti Ambiga" yang tetap mahu menukar jantina !

 ~~~~~~~~~~~~~~~~Andai ku tahu.................................................................
~~~~~~~~~~~~~~~~Kapan tiba ajalku............................................................
~~~~~~~~~~~~~~~~Ku akan memohon..........................................................
~~~~~~~~~~~~~~~~Tuhan tolong panjangkan umurku...................................
~~~~~~~~~~~~~~~~Andai ku tahu................................................................
~~~~~~~~~~~~~~~~Kapan tiba masaku........................................................
~~~~~~~~~~~~~~~~Ku akan memohon........................................................
~~~~~~~~~~~~~~~~Tuhan jangan Kau ambilkan nyawaku..................................
~~~~~~~~~~~~~~~~Aku takut akan semua dosa-dosaku..............................
~~~~~~~~~~~~~~~~Aku takut dosa yang terus membayangiku......................
~~~~~~~~~~~~~~~~Andai ku tahu................................................................
~~~~~~~~~~~~~~~~MalaikatMu kan menjemputku......................................
~~~~~~~~~~~~~~~~Mengucap kata taubat padaMu.....................................
*~~~~~~~~~~~~~~~Aku takut akan semua dosa-dosaku..............................
*~~~~~~~~~~~~~~~Aku takut dosa yang terus membayangiku.....................

Sebentar tadi Buletin Utama TV3 telah menyiarkan berita tentang isu Seksualiti Merdeka di mana individu yang akan terlibat secara langsung dalam penganjurannya pada lusa 9 haribulan bukan sahaja terus berdegil mahu meneruskan program berkenaan malah turut mencabar serta mengugut mana-mana pihak yang cuba untuk menghalang rancangan gila mereka itu agar jangan mengganggu program tersebut dan jika tidak akan berdepan dengan peguam dia,,,

Wah!!! memang pukik maq lah betina seekor ni....kalau kau rakyat Iran atau Arab Saudi, sudah lama dah kau kena hukum pancung atau penggal kepala tapi nasib baiklah kau jadi rakyat Malaysia, sekurang-kurangnya kau mungkin masih diberi peluang untuk kali yang entah ke berapa supaya bertaubat dan membolehkan kau bernafas di atas bumi Malaysia ini !

Haji Anwar: kalau dah naik haji tu tak perlulah lagi takut nak bersumpah !

Kalau mengikut kefahaman saya, mana-mana orang Muslim yang dah balik dari mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah adalah merupakan mereka-mereka yang telah berjaya melalui satu proses kehidupan baru, meninggalkan gaya kehidupan lama umpama bayi yang baru dilahirkan, masa depan akan dicorak dengan sebaik yang mungkin agar segala kesilapan serta dosa-dosa lalu tidak berulang kembali pada kehidupan yang seterusnya.

Dan begitu jugalah dengan pandangan saya tentang setiap jemaah haji yang telah berjaya melakukan rukun kedua dalam ibadah haji iaitu wuquf di Padang Arafah, mereka ini adalah merupakan insan-insan yang hebat dan berani kerana apa yang saya dapat memahaminya ialah mereka akan berada di situ bermula dari 9, 10, 11, 12 dan sehingga terbit fajar 13 haribulan Zulhijjah semata-mata ingin bersendirian untuk berkomunikasi dengan Tuhan, mengenangkan kembali kehidupan yang telah dilalui sebelum ini serta ingin memohon keampunan dari segala kesilapan dan dosa-dosa yang lalu.

Cukup di sinilah, saya tak nak lah mahu bercakap lebih-lebih pasal benda ni kerana kalau tersalah sentuh nanti, pasti akan menyinggung perasaan orang umat Islam pula lagipun saya bukannya ada pengetahuan asas mengenai Islam ini cuma belajar dari pembacaan di buku serta melalui ceramah-ceramah agama Islam yang sering saya ikuti yang selalu disiarkan oleh media elektronik.

Namun apa yang ingin cuba saya ketengahkan di sini adalah mengenai pengakuan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim kononnya beliau telah dua kali mengerjakan haji di Tanah Suci Kota Mekah. Banyak orang tak percaya tetapi pasti ada juga yang percaya terutamanya para penyokong serta pengikut Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mereka bermati-matian mempertahankan pengakuan oleh Ketua Pembangkang itu bahawa beliau telahpun mengerjakan rukun Islam yang ke lima itu sebanyak dua kali suatu ketika dulu.

Ok, tak apalah, itu terpulang kepada diri masing-masing samada mau percaya ataupun tidak tetapi kalau saya nak membandingkan amalan bersumpah cara Islam dengan amalan mengerjakan haji ke Tanah Suci Mekah, bukan satu kesalahan ke?

Yang cuba saya timbulkan di sini adalah, kita semua tentunya merasa sangat sangsi dengan pengakuan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim itu yang mengaku telah dua kali pergi menunaikan fardu haji namun apa yang saya boleh lihat dari segi kerumitan yang harus ditempuhi oleh setiap bakal haji ialah sewaktu proses untuk mendapatkan haji yang mabrur ketika di Padang Arafah yang memerlukan setiap jemaah itu untuk memiliki segala kekuatan mental dan fizikal, iman yang teguh serta telah bersedia sepenuhnya untuk berhadapan dengan Tuhan Yang Maha Esa.

Ini tidak sama dengan amalan bersumpah walaupun ianya mengikut cara Islam. Kalau hendak melakukan sumpah laknat misalnya, orang Islam yang ingin hendak melakukannya tidak perlu menyedia pelbagai bentuk barang sebelum melafazkan sumpah, tidak perlu menghadiri sebarang kursus, tidak perlu mendaftar nama di Tabung Haji, tidak perlu risau pasal jadual penerbangan, tidak perlu fikir pasal kenduri doa selamat dan sebagainya tetapi cuma perlu datang ke masjid atau surau, sediakan senaskhah Kitab Suci Al Quran serta beberapa orang saksi kemudian bersumpahlah di depan saksi bagi menafikan apa jua tuduhan, senang saja...bukan susahpun.

Tetapi kenapa Anwar takut untuk bersumpah pasal kes liwat II yang sedang beliau hadapi kini tetapi boleh pula beliau pergi buat haji hingga wuquf di Padang Arafah ? Bagi saya, kira lebih ringan sedikitlah kalau memilih untuk melakukan sumpah laknat di dalam Masjid di negara sendiri berbanding saat melakukan tawaf ketika wuquf dan juga waktu melontar jamrah di Tanah Suci... patutnya Anwar lebih berani selepas mendapat haji yang mabrur !

Ahad, November 06, 2011

Sexualiti Ambiga: sudah terang lagi bersuluh, PDRM tak usahlah layan !!!

 Huruf "S" yang terdapat pada pangkal nama Ambiga (S. Ambiga) membawa maksud sex le tu. Itulah pasal juga dia sanggup untuk menerima undangan bagi merasmikan program tersebut. Tetapi kesiannya Ambiga tidak sedar yang matlamat program itu dianjurkan sebenarnya bertentangan sama sekali dengan apa yang diperjuangkannya melalui dua perhimpunan Bersih sebelum ini.

Perhimpunan Bersih 2.0 diadakan kononnya untuk membersihkan sistem pilihan raya di negara ini yang didakwa oleh puak-puak Pakatan Haram DAP, PKR dan PAS sebagai kotor, penuh dengan rasuah serta penipuan dan maka itu satu perhimpunan diadakan oleh mereka kononnya bagi menuntut satu pilihan raya yang telus, bersih juga bebas dari semua itu.

Tetapi bagaimana pula dengan Program Seksualiti Merdeka yang bakal dianjurkan oleh pihak yang menjemput Ambiga untuk melakukan perasmiannya, tidakkah Ambiga dapat rasa betapa perlu baginya untuk mengadakan satu lagi perhimpunan serupa Bersih 2.0 bagi membersih dan membebaskan masyarakat Malaysia agar tidak terjebak ke dalam masalah keruntuhan akhlak serta kemusnahan moral sekiranya program seumpama itu masih juga hendak diteruskan? Itupun jikalau Ambiga merupakan seorang pejuang yang jujur !

Berita berkaitan. Pihak PDRM dikatakan bersedia untuk mengadakan perjumpaan dengan pihak yang mahukan Program Seksualiti Merdeka diteruskan. Ini diakui sendiri oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bagi mendengar penjelasan daripada mereka akan tujuan sebenar program tersebut hendak diadakan.

Namun bagi sayalah, perkara ini memang sudah jelas dan kita semua juga sudah tahu bahawa tujuan utama penganjuran program berkenaan adalah bagi memenuhi tuntutan melampau yang bukan-bukan daripada golongan yang mengamalkan gaya hidup yang bertentangan dengan nilai kehidupan masyarakat beragama di negara ini.

Walauapapun yang mungkin cuba hendak mereka jelaskan kepada pihak berkuasa nanti berkenaan dengan program tersebut, saya tetap melihat bahawa tiada satupun alasan yang akan mereka berikan dapat diterima oleh majoriti masyarakat di negara ini kerana sudah jelas dan terang bahawa amalan seks yang hendak diterap dan hendak mereka kembangkan dikalangan penduduk yang berbilang agama, adat dan budaya seperti di Malaysia ini memang tidak boleh diterima oleh manusia yang berakal dan berfikiran waras.

Oleh itu, saya rasa tak perlulah bagi pihak Polis untuk membuang masa melayan golongan ini kerana jika pihak Polis bersedia untuk memberi reaksi positif sedemikan sudah tentu ini akan memberikan satu harapan baru kepada golongan berkenaan untuk terus berusaha bagi menjayakan program tersebut. Jadi disinilah saya lihat betapa perlunya bagi pihak Polis agar terus berpendirian seperti yang diumumkan sebelum ini untuk tetap mengharamkan program jijik seperti itu tetapi bagaimana pula tetiba saja Tan Sri Ismail boleh berlembut dan sedia untuk bertemu dengan penganjur program itu?

Tak payahlah...!!!

Sabtu, November 05, 2011

Tercapaikah sasaran 70 juta rakyat Malaysia menjelang tahun 2100 ?

 George Walker Bush pernah bersekedudukan selama 8 tahun dengan Tony Blair atas tiket perkahwinan sejenis yang telah lama diiktirafkan oleh sebahagian besar negara-negara Barat. Namun selepas itu mereka bercerai atas sebab-sebab peribadi.

 Al Gore yang kuat cemburu telah bertindak menyerang George W. Bush dengan membalingkan ke arah kepalanya sepasang kasut setelah mendapat tahu bahawa Bush berlaku curang terhadap dirinya apabila jelas menjalinkan hubungan intim dengan Tony Blair.

Bush mendapat malu besar apabila rahsianya itu telah terbongkar dan kebetulan pula serangan itu berlaku .ketika beliau sedang mengadakan sidang media bersama dengan Perdana Menteri Iraq.

 Ini budaya kuning dari Barat yang semakin bercambah dikalangan penanam kunyit di negara kita, golongan ini hampir-hampir mendapat suntikan semangat baru apabila bekas presiden Majlis Peguam Ambiga Sexualavasan telah dijemput oleh pihak penganjur Program Seksualiti Merdeka untuk merasmikan perhimpunan itu namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila rancangan mereka telah mendapat bantahan kuat oleh banyak pihak di negara ini.

 Perlakuan sumbang seperti ini sudah menjadi satu pemandangan yang biasa di Barat tetapi menjadi sesuatu yang luar tabiee di Malaysia...
 Kawen sama jantan, salah seorang dari pasangan pengantin bertindak menyarung cincin ke jari manis pasangannya, yang paderi bangang tu bagi restu kepada pasangan pengantin songsang itu apa ke hal...

 Kawen sama betina, juga yang seorang kelihatan hendak menyarung sebentuk cincin perkahwinan kepada pasangannya, nampak lagi betapa bodoh dan bahlulnya paderi piang yang sanggup memberkati majlis haram seumpama itu, memang hewan purba betul!!!

 Agama Kristian telah dirosak dengan teruknya oleh pihak-pihak di Barat. Jika Kristian sebelah Asia Timur tidak pernah mengiktirafkan perkahwinan sejenis serupa itu tetapi Kritsian di Barat telah melakukannya dan ini adalah antara bukti nyata bahawa ajaran Kristian sudah rosak dan di rosakkan oleh Barat.

 Ini juga bukti bahawa memang sah, banyak ajaran-ajaran asal dalam agama Kristian telah diubah-suai oleh pihak Barat bagi membolehkannya dapat disesuaikan dengan gaya hidup tidak bertamadun masyarakat Barat.

 Gembira setelah mendapat sijil perkahwinan sejenis. Perjuangan Ambiga Sexualavasan tidak mustahil akan sampai ke tahap itu sekiranya pihak berkuasa lambat bertindak, namun jauh di sudut hati ini ingin menyampaikan jutaan ucapan syabas dan tahniah buat PDRM yang bertindak dengan cepat dan tegas berdepan dengan usaha terbaru oleh Ambiga itu sehingga memaksa mereka untuk membatalkan program berkenaan dari diteruskan.

 Pasti ramai rakyat Malaysia yang terasa mual dan nak muntah apabila disajikan dengan pemandangan seperti ini. Perbuatan tidak senonoh, bertentangan sama sekali dengan nilai budaya dan adat resam masyarakat timur kita. Apa yang akan mereka dapat dari perbuatan seperti di atas ?
Zuriat dan keturunan tak dapat namun sebaliknya hanya dosa saja yang dapat. Jadi, adakah matlamat kerajaan Malaysia ketika di bawah pentadbiran YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad dulu yang mensasarkan jumlah rakyat Malaysia pada tahun 2100 berkembang daripada 25 juta kepada 70 juta orang akan menjadi kenyataan sekiranya perkahwinan tidak bertamadun ala-Barat dibenarkan dan diizinkan kepada golongan songsang di negara ini ?

Arkib Blog