Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Memaparkan catatan dengan label indonesia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label indonesia. Papar semua catatan

Selasa, November 08, 2011

Pelajar disembelih: kerajaan Malaysia perlu dapatkan penjelasan segera dari Indonesia !


Saya juga rasa macam ada yang tak kena dalam kes pembunuhan melibatkan seorang pelajar Malaysia di Indonesia yang berlaku awal pagi tadi. Punca dikatakan mangsa cuba menghalang pencuri/maling rakyat Indonesia hendak mencuri motosikal milik mangsa namun dihalang dan akibat tindakan mangsa yang cuba menghalang itulah maka berlakunya kejadian pembunuhan itu.

Siang-siang lagi maling warga Indonesia sanggup buat hal di sana dan tambah pula depan pemilik barang yang hendak dicuri, memang dasar kelakuan malinglah itu. Mereka tak kira asal saja dapat barang yang hendak di maling. Kalau di Malaysia, mereka ini jugalah yang banyak menyumbang terhadap kadar jenayah terutama dalam kes kecurian serta kes jenayah yang lain seperti merompak, pecah rumah dan membunuh.

Namun saya rasa kemungkinan besar ada sebab lain mengapa kejadian itu berlaku. Pertama kita semua sudah sedia maklum bahawa Indonesia bukanlah satu negara yang selamat lagi bagi penduduk Malaysia untuk berkunjung atau untuk melakukan sebarang aktiviti. Tidak seperti Malaysia yang sentiasa aman dan selamat untuk semua warga asing yang berada di negara ini tetapi Indonesia adalah sebuah negara yang semakin berbahaya bagi rakyat Malaysia khususnya.

Malaysia seringkali berdepan dengan kecaman dan kutukan yang bertali-arus daripada rakyat Indonesia dan mereka amat tidak menyenangi akan kemajuan yang dicapai oleh negara ini yang jelas sudah semakin jauh meninggalkan Indonesia di belakang terutama dalam bidang ekonomi dan juga pekerjaan. Mereka amat cemburu dengan semua itu dan jika boleh mereka mahu melihat negara ini terus tunduk kepada segala tekanan yang dikenakan oleh pihak-pihak tertentu di Indonesia.

Manakala bagi mereka yang telah mendapat peluang bekerja di Malaysia, ada keinginan yang tinggi dalam diri mereka untuk menguasai operasi mana-mana syarikat tempat mereka bekerja dan ada yang begitu berani cuba untuk menindas pekerja tempatan sendiri yang bertugas ditempat yang sama. Dan adalah tidak mustahil rasanya sekira apa yang telah menimpa pelajar Malaysia itu merupakan salah satu percubaan awal mereka untuk menganiaya rakyat Malaysia yang berada di negara mereka. Jika ketika di Malaysia mereka berani untuk bertindak melampau, apatah lagi sekiranya sudah berada di negara mereka sendiri, Indonesia. Mereka bole buat apa saja !

Harap kerajaan Malaysia segera mendapatkan maklumat kejadian tersebut daripada pihak kerajaan Indonesia...

Seorang pelajar Malaysia dibunuh oleh maling Indonesia di Jawa Tengah !


KUALA LUMPUR 8 Nov - Seorang pelajar Malaysia di Malang, Indonesia maut selepas dia dibunuh ketika cuba menghalang seorang lelaki daripada mencuri motosikal beliau di hadapan rumah sewanya, di Lowowaru Kota Malang malam tadi.

Mangsa yang berasal dari Selangor dan sedang menuntut di semester lima Fakulti Perubatan, Universiti Brawijaya maut di tempat kejadian selepas lehernya dikelar dengan senjata tajam oleh suspek yang cuba melarikan motosikalnya - Utusan Malaysia 

Anak Merdeka berkata;
!!!...haiii!!!!...Laskar Merah Putih...!!!, apa komen kamu semua ? ...dulu kamu sesuka hati menuduh Malaysia dengan bermacam tuduhan liar dan tidak logik yang tidak ada bukti, sekarang perkara itu sudah berbalik kepada pihak kamu di sana, jadi apakah kamu fikir rakyat Malaysia akan buat benda serupa yang pernah kamu semua buat dulu terhadap Malaysia ?

Kalau kamu kata, mungkin... kamu silap,,,rakyat Malaysia tidak sebodoh itu dan tak mungkin akan bertindak seperti anak-anak kecil yang tidak berpelajaran di atas jalan raya !!! Rakyat Malaysia tahu erti menghormati undang-undang negara lain dan tahu bahawa apa-apapun perkara tetap tertakluk di bawah undang-undang sesebuah negara itu.

Lagi satu, rakyat Malaysia sangat menghargai apa itu erti nilai persahabatan negaranya dengan negara jiran, rakyat Malaysia tidak suka bertindak melulu macam rakyat Indonesia yang sebahagian besarnya nyata tidak matang dalam banyak hal, cakap tinggi banyak pandai tapi sering meletak undang-undang ditangan sendiri jikalau ada berlaku krisis kecil antara Malaysia dengan Indonesia !

Jumaat, Oktober 14, 2011

Malaysia juga setiap hari berdepan risiko kehilangan tanah, bukan hanya Indonesia !

 Setiap negara yang dikelilingi oleh lautan pasti akan terdedah dengan masalah kehilangan tanah dan tiada satupun negara yang mempunyai pantai akan terkecuali dari berdepan dengan keadaan sedemikian apabila setiap pesisir pantai sesebuah negara itu dipukul oleh gelombang besar maka setiap masa tentu beberapa sentimeter tanah akan ditarik keluar ke tengah lautan oleh ombak yang ganas dan setiap itu juga akan berlaku hakisan tanah yang mustahil untuk dipertahankan walau dibina dengan benteng konkrit sekalipun.

Lainlah bagi negara-negara yang kedudukannya jauh dari lautan serta dikelilingi pula oleh sempadan negara jiran seperti negara yang berada dalam benua Asia (Nepal, Laos, Mongolia, Afghanistan, Jammu & Kashmir, Tajikistan, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Jordan), benua Eropah (Belarus, Hungary, Austria, Slovakia, Republik Czech), di Afrika (Nigeria, Chad, Mali, Ethiopia) dan di benua Amerika (Bolivia dan Paraguay).

Negara-negara ini tidak mungkin akan berdepan dengan masalah hakisan yang akhirnya menyebabkan kehilangan tanah dalam wilayah sempadan dan jika berlakupun masalah membabitkan sempadan antara negara tertentu maka adalah tidak mustahil telah berlakunya pencerobohan ke atas sempadan oleh sebelah pihak dan memang wajarlah setiap rakyat sesebuah negara itu untuk bangkit mempertahankan kedaulatan negara mereka dari penceroboh.
Tetapi keadaan ini sangat berbeza sama sekali dengan Indonesia dan juga Malaysia. Kedua-dua negara ini lebih 90 peratus kawasannya dikelilingi oleh lautan malahan Malaysia dan Indonesia juga turut berkongsi laut yang sama yang terletak di selat Melaka dan Laut China Selatan selain Laut Sulawesi di utara Sabah. Dan dalam keadaan yang tertentu, pantai Malaysia yang panjang mengadap Laut China Selatan bermula dari Kelantan hinggalah ke Johor dan begitu juga dari Kuching Sarawak sehinggalah ke Sabah ianya sepanjang masa sentiasa berdepan dengan pukulan ombak yang menyebabkan kawasan daratan menjadi semakin susut apabila hakisan tebing berlaku akibat pasir dipantai dalam jumlah yang banyak ditarik oleh ombak secara perlahan ke tengah laut.

Keadaan ini sememangnya berlaku sepanjang hari dan ini dibuktikan dengan kewujudan serta terbentuknya beberapa buah pulau baru di perairan negara dan perairan bersama anatara Malaysia dengan Indonesia. Mungkin rakyat Indonsia sendiri tidak tahu bagaimana boleh wujudnya beberapa buah pulau terdapat diluar pantai wilayah Kalimantan Barat terutama di perairan Kecamatan Paloh seperti Pulau Merudung yang sudah bersaiz besar, Pulau Serasan, Pulau Padjang, Pulau Seraja dan juga Pulau Subi Besar.

Manakala yang berdekatan dengan wilayah Sarawak pula, telah muncul beberapa buah pulau baru diluar pantainya iaitu di Tanjung Datu Kuching seperti Pulau Mida, Pulau Lagong, Pulau Batang, Pulau Sedanau, Pulau Salor, Pulau Natuna-besar, Pulau Seluan dan Pulau Laut dan tidak jauh dari Pulau Tioman Pahang beberapa buah pulau baru didapati seperti Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Pulau Anambas, Pulau Jemaja, Pulau Siantan, Pulau Telaga, Pulau Matak, Pulau Mubur, Pulau Bajau, Pulau Airabu dan Pulau Repong sementara di perairan Sabah juga terdapat Pulau Mantanani Besar serta Pulau Balambangan.

Dan sebuah lagi pulau baru yang wujud diluar pantai negeri Sarawak iaitu terletak tidak jauh dari pantai Kuala Baram dalam Bahagian Miri. Pulau itu mula terbentuk pada akhir tahun 1990-an dan ianya semakin membesar dari masa ke semasa sehingga kini. Dikala pulau yang belum diberi nama itu semakin membesar dan juga telahpun ditumbuhi oleh berbagai spesis tumbuhan liar seperti pokok rhu dan lainnya sejak beberapa tahun yang lepas, namun keadaan di sebelah daratannya pula hampir sepanjang masa kerap mengalami hakisan yang semakin teruk dan nyata sukar untuk dibendung oleh pihak kerajaan.

Berbagai usaha dan langkah telahpun diambil oleh pihak berkuasa untuk mengawal keadaan dari terus bertambah menjadi buruk. Dihadang dengan batu-batan yang dililitkan dengan bahan konkrit seperti dawai tahan karat  serta kalis air masin tetapi semua usaha tidak membuahkan sebarang hasil. Sia sia saja. Bongkah batu yang diletak di sepanjang tepi pantai bagi menahan serangan ombak dari laut bukan saja tidak mampu untuk menahan pukulan ombak malah lebih teruk apabila batu-batan yang dijadikan sebagai penghadang tidak mampu bertahan lama apabila turut tenggelam ke bawah sebaik saja pasir lenyap hilang ditarik ombak ke tengah dimana tempat terkumpulnya pasir yang telah membentuk menjadi sebuah pulau yang besar di Kuala Baram.

Keadaan ini juga pastinya melanda mana-mana gigi pantai sesebuah negara di mana mereka tidak boleh terlepas dari bencana yang mampu melenyapkan hakisan tepi pantai akibat serangan ombak yang sukar dikawal. Begitulah saya fikir keadaan berlaku di wilayah Barat Kalimantan Indonesia iaitu di Camar Bulan. Kawasan tersebut terletak tidak jauh dari pantai dan sangat terdedah kepada risiko tanah runtuh serta tanah terhakis. Apabila kejadian yang berlaku itu diluar kemampuan kita untuk mempertahankannya pasti ianya akan berlaku juga.

Dan apabila pihak Naib Ketua Komisi 1, Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), T. B. Hasanuddin mendakwa bahawa Indonesia telah kehilangan lebih 1, 000 hektar tanah di Camar Bulan, mengapa terus menunjukkan kepada Malaysia sebagai puncanya? Mengapa tidak terlebih dahulu gunakan otak untuk berfikir bagaimana keadaan itu boleh terjadi? Harusnya mendapatkan jawapan yang pasti dan bukannya sesuka hati menuduh pihak Malaysia yang bertanggungjawab ke atas kehilangan hak-hak yang patut mereka jaga. T. B. Hasanuddin harus bijak berfikir, kalau tepi pantai terhakis akibat pasir yang dibawa keluar oleh ombak...makna saiz tanah didaratan juga menjadi semakin kecil...bukan hanya setakat 1, 000 hektar malah mungkin lebih daripada itu.

Malaysia juga menghadapi serupa malah mungkin lebih teruk lagi daripada Indonesia, tetapi Malaysia dalam hal seperti itu tidak pernah menyalahkan pihak atau negara lain yang bertanggungjawab tetapi sentiasa berusaha dan mencari ikhtiar bagaimana untuk mengatasi masalah yang melibatkan kepentingan wilayah negara...

Khamis, Oktober 13, 2011

Jakarta abai rakyat Indonesia di sepanjang sempadan Kalimantan-Sarawak

Punca mengapa semakin hari semakin selalu kita dengar keluhan rakyat Indonesia yang mendiami kawasan sepanjang sempadan antara Kalimantan dengan negeri Sarawak iaitu mengenai tahap pembangunan di tempat mereka adalah disebabkan oleh sikap tidak peduli kebanyakkan pemimpin kerajaan Indonesia yang berpusat di Jakarta terhadap kebajikan rakyatnya yang tinggal jauh di bahagian pendalaman seperti itu.

Ramai penduduk Indonesia yang tinggal berjiran dengan rakyat Sarawak yang berhampiran sempadan sering mempersoalkan akan kebajikan mereka jika dibandingkan dengan nasib rakyat Sarawak yang mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak kerajaan Malaysia namun nasib mereka pula adalah sebaliknya pula apabila jelas terpinggir dari arus pembangunan atau dalam erti kata lainnya telah diabaikan oleh kerajaan Indonesia yang menguasai kuasa pemerintah dari Pulau Jawa.

Kepada para pemimpin pembangkang di Indonesia tidak perlulah mereka sering untuk menyalahkan kerajaan Malaysia apabila berlakunya rungutan daripada warganya sendiri yang menghuni kawasan sempadan dengan Sarawak jika ada diantara mereka lebih menyenangi kerajaan Malaysia jika dibandingkan dengan kerajaan Indonesia sendiri malah ada yang menaruh harapan agar suatu hari nanti wilayah yang mereka duduki kini menjadi sebahagian wilayah Malaysia.

Bagaimana keadaan hidup penduduk warga Indonesia yang tinggal di kawasan sempadan dengan Sarawak yang jarang sekali diberi perhatian oleh pihak kerajaan Indonesia dan ini mereka boleh lihat sendiri bermula dari kawasan yang dipertikaikan iaitu di Camar Bulan di Kalimantan Barat hinggalah ke kawasan Sungai Sekayan, kawasan Danau Sentarum, kawasan Hulu Kapuas, Senaning, Badau, Kelayam, Long Betaoh di Kalimantan Tengah dan seterusnya di Kalimantan Timur seperti di Long Temunyat, Long Ampung, Long Sungai Barang, Lo Nawang, Dian Dian, Long Peliran, Gura Moyang, Pow-a-pan, Long Bawan, Malinau dan lain-lainnya.
Ramai golongan belia dari kawasan-kawasan tersebut telah berhijrah melalui jalan tikus ke Sarawak semata-mata untuk mencari rezeki. Mereka berkerja dalam sektor perladangan serta pembalakan. Malah ada yang telah tinggal di Sarawak untuk tempoh yang begitu lama dan berkahwin dengan penduduk tempatan dan mereka ini tidak pernah terfikir lagi untuk pulang ke tempat asal mereka di wilayah Indonesia. Untuk kembali semula ke tanah asal adalah agak mustahil kerana tiada peluang pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan Indonesia kepada mereka.

Jadi kepada pihak Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) khususnya T. B. Hasanuddin yang telah mencetuskan isu baru antara Indonesia dengan Malaysia, diharap orang ini buat penyelidikan dengan cermat mengenai garis sempadan antara Kalimantan dengan negeri Sarawak dan bukannya hanya berdasarkan kepada andaian semata. Tidak mungkin bagi kerajaan Malaysia untuk bertindak sebodoh itu dengan mengubah garisan sempadan yang telah dipersetujui bersama pada tahun 1978 dulu.

Dan apa yang lebih penting ialah agar pihak DPR atau saudara T. B. Hasanuddin sendiri berusahalah mencari puncanya mengapa sejak-sejak akhir ini semakin kerap kedengaran para penduduk warga Indonesia di sepanjang kawasan sempadan lebih condong kepada Malaysia dan mereka mahu wilayah mereka menjadi sebahagian daripada wilayah Malaysia. Adakah itu semua kesalahan kerajaan Malaysia? Rakyat Indonesia dipendalaman khususnya dikawasan sempadan Kalimantan-Sarawak sebenarnya telah lama terpinggir dan kebajikan mereka telah sekian lama diabaikan !

Adalah sangat diharapkan agar pihak DPR serta saudara T. B. Hasanuddin sendiri wajar dan lekas dalam mencari jalan bagi mengatasi keadaan itu dan bukannya cuba melaga-lagakan kerajaan Malaysia dengan rakyat di Pulau Jawa yang tidak tahu menahu tentang apa yang berlaku di wilayah Pulau Borneo ini. Betapa bodohnya pemimpin yang suka dengan jalan singkat seperti apa yang dilakukan oleh saudara T. B. Hasanuddin itu, apakah dia tidak boleh berfikir bahawa penghakisan pantai akibat dipukul ombak sepanjang masa juga adalah penyumbang besar kepada berlakunya kehilangan tanah di daratan...

Isnin, Ogos 16, 2010

Haramkan pekerja dari wilayah Jawa masuk ke Malaysia !


Kejadian terbaru demonstrasi anti-Malaysia oleh rakyat Indonesia di Jakarta ekoran penahanan 7 orang nelayan yang dituduh menceroboh perairan Indonesia sementara itu pula 3 orang pegawai Penguatkuasa Kementerian Kelautan Indonesia oleh Polis Marin Malaysia dari tempat kejadian yang sama.

Mengikut laporan awal, ketujuh-tujuh orang nelayan Malaysia itu telah diculik oleh pihak penguatkuasa kementerian kelautan Indonesia dan dibawa masuk melepasi sempadan wilayah dalam perairan Indonesia dan disanalah nelayan Malaysia telah dituduh menangkap ikan secara haram di perairan Indonesia.

Taktik yang telah digunakan oleh pihak penguatkuasa Indonesia pada insiden tidak ubah seperti cara yang telah digunakan oleh pihak berkuasa Israel ketika merampas dua buah kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini iaitu Marvi Marmara dan MV Rachel Corry yang telah memaksa kedua kapal bantuan tersebut belayar memasuki ke wilayah perairan Israel dan selepas itu telah menahan kedua kapal tersebut yang kononnya telah menceroboh perairan negara pengganas itu.

Bila berlaku lagi kejadian-kejadian seperti ini maka sudah tentu mengingatkan kita kepada peristiwa yang terdahulu dimana kita dapat menyaksikan jalur gemilang telah dibakar, dipijak dan sebagainya selain ada usaha untuk menyerang negara Malaysia dengan bersenjatakan buluh runcing. Semua itu takkan luput dari ingatan rakyat Malaysia yang cintakan negaranya.

Hasil dari semua kejadian seperti itulah kita dapat mengukur dan menilai hati budi sesetengah rakyat dari negara jiran kita itu. Saya tidak beranggapan yang kesemua rakyat Indonesia mempunyai pemikiran yang begitu terasing dari pemikiran mereka yang memang dikenali sebagai sebuah negara penduduknya adalah teramai didunia yang sudah semestinya patut memiliki keupayaan bertindak didalam kawalan yang munasabah dan bukannya suka bertindak diluar kawalan emosi.

Dan dari semua peristiwa-peristiwa yang tercetus dari sesuatu pertikaian yang sengaja diperbesarkan itu kita semua selaku rakyat Malaysia mungkin boleh membezakan kelaianan yang terdapat didalam masyarakat Indonesia itu sendiri tetap ada walaupun mereka ini sudah dikenali dengan semangat patriotik yang tebal terhadap negara tumpah darah mereka berbanding dengan rakyat negara lain khususnya rakyat Malaysia.

Kelainan yang saya maksudkan ialah tidak kesemua rakyat di Indonesia yang bersetuju dengan tindakan membabi-buta oleh sesetengah rakan-rakan mereka dari wilayah-wilayah yang tertentu malah ada yang jelas membantah serta mahu mencari penyelesaian dalam semangat satu rumpun atau semangat kejiranan.

Kita sudah menjadi semakin muak dan marah serta benci dengan kelakuan serta tindakan yang sering diguna oleh sesetengah rakyat Indonesia bila ada saja pertikaian berlaku dalam hubungan dua hala antara Malaysia dengan Indonesia ini dan kita sebagai rakyat Malaysia harus cuba untuk mengenali mereka ini yang suka kepada jalan seperti itu datang dari wilayah mana.

Selama pemerhatian saya, rakyat Indonesia yang suka mengambil semua jalan mudah sebegini atau mudah sangat berbalah bila timbul sedikit permasalahan dengan Malaysia majoritinya datangnya dari Kepualauan Jawa atau mereka kebanyakkannya datang dari daerah Bandung, Surabaya, Semarang, Jakarta. Namun dari wilayah lain mereka jarang menyertai gerakan anti-Malaysia yang dianjur oleh rakan-rakan mereka dari wilayah Jawa.

Oleh itu, kerajaan Malaysia diharap dapat memperkenalkan dasar baru terhadap pekerja Indonesia yang ingin mencari rezeki di Malaysia dengan memperkenalkan 'dasar terpilih' terhadap mereka ini. Malaysia juga sangat diharap dapat mengambil langkah permulaan dengan mengharamkan semua bentuk urusan dengan rakyat Indonesia yang berasal dari wilayah Jawa kerana mereka inilah yang kerapkali suka menimbulkan suasana yang kurang baik didalam hubungan kedua-dua Malaysia dan Indonesia selama ini sekiranya terdapat sebarang pertembungan tentang apa jua isu yang berbangkit.

Arkib Blog