Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Ogos 08, 2011

Mr. Bean & Din Puduraya sepakat saman KPN, polis & Kerajaan Malaysia !

"Tangkapan ini memberi gambaran yang salah tentang kami. Oleh itu, kami menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan," Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS.
 KUALA LUMPUR 8 Ogos 2011 - Dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar hari ini memfailkan saman terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Kerajaan Malaysia dan dua lagi pegawai polis ekoran tindakan pihak berkuasa menahan mereka ketika hari perhimpunan haram Bershit 2.0 bulan lalu.

"Ini sebagai peringatan dan pengajaran kepada mereka yang terlibat, lain kali mereka perlu mengikut undang-undang yang telah ditetapkan," - Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS.
 Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini melalui Tetuan Faiz Fadzil & Co pada pukul 10:30 pagi tadi. Turut dinamakan sebagai dependan ialah Inspektor Mohd Zaid Madzizat dan Ketua Polis Daerah Brickfields.

ULASAN;
Nampaknya Mr. Bean mendapat rasa malu bila dihumban ke dalam trak polis gara-gara ingkar terhadap arahan polis yang awal-awal lagi telahpun mengingatkan mereka semua supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan haram yang dianjurkan oleh kumpulan Bershit 2.0 pada 9 Julai lalu. Begitu juga dengan Din Puduraya, beliau turut mendapat rasa malu apabila menerima nasib yang sama dengan Mr. Bean dan ditahan beberapa ketika oleh pihak polis kerana melanggar arahan pihak berkuasa.

Dr Asri terpengaruh dengan sikap hipokrit segelintir pemimpin Gereja !!!

 Artikel ini adalah sebagai tanda sokongan 100 peratus saya kepada Exco Kerajaan Selangor YB Datuk Dr Hassan Ali daripada PAS yang kini sedang berdepan dengan sebarang tindakan yang mungkin akan diambil oleh pihak kerajaan Negeri Selangor dan juga oleh parti PAS sendiri.

Apa-apapun keputusan yang bakal dibuat oleh kerajaan negeri serta PAS terhadap Datuk Dr Hassan Ali nanti, hendaklah anda semua selaku umat Islam cintakan agama bersama dengan beliau bagi memberi sokongan padu terhadap perjuangannya dalam mempertahankan maruah serta kesucian agama Islam.
Sikap mudah dan suka menuding jari kepada sesama sendiri apabila timbul sesuatu isu yang membabitkan pihak lain nampaknya kini bukan saja berlaku kepada masyarakat yang tergolong dalam kelas bawahan tetapi juga seolah-olah sudah menjadi satu budaya biasa bagi mereka yang berada dalam kelas atasan iaitu mereka yang dalam golongan ilmuwan serta berpendidikan tinggi.

Begitu juga dengan bekas Mufti Perlis, iaitu Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin tatkala beliau mengulas tentang isu JAIS vs Protestant yang kini menjadi satu isu hangat di Selangor. Membaca ulasan Dr Asri berkenaan isu tersebut dalam blog Badut Rakyat saya tertarik apabila beliau membangkit tentang wang zakat dan sebagainya tentang pemimpin Islam di negara ini. Mudah nampaknya bagi Dr Asri menyalahkan kalangan sendiri apabila berlaku sebarang pertembungan dengan pihak dari kumpulan lain.

Dari ulasan yang Dr Asri berikan itu ternyata beliau sendiri mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur luaran dimana beliau tanpa berselindung telah mengakui bahawa disebabkan "sikap baik, pemurah" pihak Gereja itulah yang menyebabkan ramai orang-orang Islam yang pernah mendapat bantuan sebelumnya daripada pihak berkenaan telah mula menjadi "jatuh hati" kepada agama Kristian dan menurut Dr Asri lagi, maka itulah antara punca mengapa terdapat semakin ramai orang-orang Islam sanggup menukar agama mereka dari Islam kepada Kristian.

Tetapi malangnya apabila Dr Asri sebagai seorang tokoh masyarakat yang disegani telah tidak sedar bahawa semua itu hanyalah sebahagian dari helah atau tipudaya sesetengah pemimpin agama Kristian untuk menarik lebih ramai pengikut tanpa mengira samada sasaran mereka itu sudah ada pegangan agama ataupun sebaliknya untuk menganut agama Al-Maseh itu sedangkan setelah mereka berjaya mengKristiankan golongan ini tadi maka segala kebajikan serta nasib golongan ini selepas itu akan mulai diabai dan terbiar tanpa dipedulikan.

Lihat saja di Sarawak dan juga di Sabah, orang-orang Kristian yang hidup dalam keadaan daif, tempat tinggal tidak sempurna dan bermacam-macam lagi kepayahan hidup yang terpaksa dilalui setiap hari hari, kemana mereka mengadu??? Pihak Gereja tidak pernah ambil peduli !!! ...akhirnya golongan ini terpaksa mencari pihak lain seperti mengadu kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, wakil-wakil rakyat kerajaan Barisan Nasional. Yang banyak sekali membantu masyarakat miskin dan susah di Sarawak dan Sabah adalah kerajaan Barisan Nasional dan bukannya pihak Gereja. Kita tidak tahu di mana pihak Gereja pada waktu itu.

Saya tidak bersetuju sama sekali dengan apa yang dikatakan oleh Dr Asri itu. Beliau boleh keluarkan kenyataan berkaitan isu itu sekiranya dia sendiri telah merasai apa yang dilalui oleh kebanyakkan masyarakat Kristian di Sarawak dan juga di Sabah. Mengiyakan apa yang dilakukan oleh pihak Gereja dengan tujuan untuk "memurtadkan" orang Islam seperti yang berlaku di Selangor apabila mereka berpaling dari ajaran Islam kepada Kristian adalah satu kesalahan yang berat dan menyalahkan pihak sendiri seperti pertubuhan zakat atau pemimpin Islam dalam isu ini adalah satu kesilapan.

Saya lagi tidak percaya bahawa pihak Gereja akan mampu selamanya untuk membiayai hidup mereka-mereka itu yang telah berjaya dimurtadkan dan pasti akan tiba waktunya bagi pihak Gereja untuk menamatkan bantuan tersebut kepada mereka yang sebelum itu telah berjaya diperdaya dan ianya akan diberi pula kepada mangsa terbaru. Harap isu ini ramai yang akan cuba memahami dan bukannya hanya tahu menyalak tak tentu hala...

Kes liwat II: Anwar yg makan nangka, Anwarlah yg kena getahnya...

Hari ini Isnin 8hb Ogos tahun 2011 bersambung semula perbicaraan yang telah ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi untuk sebutan kes pembelaan Anwar Ibrahim dalam kejadian kes beliau panjat pokok nangka, ambil buah nangka, belah buah nangka dan makan isi buah nangka dan kemudiannya Anwar Ibrahim kena getah nangka.

Betullah bila dulu-dulupun ada orang kata "siapa yang makan nangka, maka dialah yang akan terkena getahnya" dan adalah mustahil orang lain yang akan turut terpalit sama kena getahnya. Tapi yang menjadi isunya disini ialah bagaimana Anwar Ibrahim masih tetap berkeras mahu agar orang yang tak ada kaitan langsung dengan kejadian beliau memanjat pokok nangka turut kena getah nangka bersama dengan beliau sedangkan yang memanjat pokok nangka tu dulu adalah kehendak hati nurani beliau sendiri tanpa sesiapapun yang memaksa.

Kemudian bila sudah dapat buahnya, Anwar Ibrahim sendiri juga yang petik dan bawa pulang ke rumah serta makan isinya atas kemahuan dia sendiri dan tiadapun sebelum itu dia mengadu kepada DAP, PAS, PKR, Wan Azizah, Nik Aziz, Hadi Awang, Dr Hatta, Saifuddin Nasution, Zuraida Kamaruddin, Tian Chua, Karpal Singh dan semua dalam Pakatan Haram yang UMNO memaksa atau mengugut dia supaya memanjat pokok nangka, ambil buah nangka dan makan isi buah nangka sampai melekat segala getah nangka pada tubuhnya.

Demi keadilan untuk Mohd Saiful Bukhary Azlan, harapan semua agar tiada lagi penangguhan berlaku mulai hari ini. Kita rakyat Malaysia sudah sangat bosan dengan penundaan demi penundaan kes liwat II ini yang seperti sudah tidak ada lagi penghujungnya. Kita bukan berniat untuk menghina mahkamah tetapi sebagai rakyat Malaysia kita semua tentu tidak mahu melihat sistem perundangan di negara ini seakan-akan sudah menjadi alat permainan kepada pihak-pihak yang tertentu yang akhirnya mengakibatkan pihak yang lemah terus menjadi mangsa manakala pihak yang kuat terus dibiarkan menindas dan ini tidak ubah sama seperti kita kembali kepada "undang-undang rimba" sepertimana yang selalu disebut-sebut.

Ahad, Ogos 07, 2011

JAIS vs Protestant: puak Protestant perlu faham maksud kebebasan beragama !

Jika benarlah kenyataan yang menyebut bahawa sudah terdapat segelintir kecil orang-orang Melayu di Semenanjung telah murtad meninggalkan Islam semata-mata kerana desakan hidup dan ada pula yang dilaporkan mula mendekati ajaran Kristian akibat masalah yang sama iaitu setelah mereka ditawarkan dengan sejumlah imbuhan oleh puak-puak tertentu dalam Kristian kiranya segelintir kecil Melayu ini tadi sanggup keluar dari Islam dan masuk Kristian, maka saya melihat perkara ini sangat perlu diambil tindakan dengan kadar segera yang lebih tegas oleh semua pemimpin-pemimpin Islam di negara ini kerana jika ianya dibiarkan berlarutan bukan sahaja Islam yang akan berdepan dengan masalah berat malahan agama Kristian itu sendiri juga pasti tidak terkecuali dari menghadapi masalah keruntuhan.
Bagaimana perkara seperti ini boleh dibiarkan berlanjutan dalam sesebuah negara Islam seperti Malaysia walaupun pada dasarnya kita semua tahu dan sedar memang wujud toleransi beragama yang memberi kelonggaran kepada masyarakat majmuk dalam negara ini untuk mengamal ajaran agama lain selain Islam sebagaimana yang telah termaktub di dalam perlembagaan negara dimana membenarkan agama lain untuk diamal oleh penganut masing-masing dan bukan bermakna mereka ini boleh menyebar ajaran Kristian kepada masyarakat Melayu dan Islam yang jelas sudah punya pegangan agama sejak mereka dilahirkan.

Perbuatan melampau oleh sebilangan puak-puak dalam Protestant yang mengambil kesempatan daripada kesusahan sesetengah kecil orang-orang Islam iaitu disaat mereka berdepan dengan kesulitan hidup adalah satu perbuatan yang sama sekali tidak boleh dipandang ringan oleh pihak kerajaan malahan pihak Kristian itu sendiri juga yang sepatutnya bertindak secara kolektif tanpa perlu mengira perbezaan mazhab tertentu bagi menghalang kegiatan yang bercanggah dengan perlembagaan negara serta perbuatan yang tidak sihat oleh sesetengah pihak dalam Kristian apabila mereka berusaha untuk merosak akidah orang-orang Islam dengan menarik mereka ke dalam kepercayaan agama Al-Maseh itu.

Apa-apapun kita sangat berharap walaupun isu ini nampaknya kembali meledak setelah beberapa ketika tenggelam, namun apa yang pasti ialah kita harap ianya dapat di atasi melalui semangat saling bertolak-ansur, saling hormat-menghormati serta saling memahami bahawa setiap apa yang kita lakukan hendaklah berada di atas landasan yang betul dan tidak boleh melangkaui batas-batas sehingga melanggar hak-hak serta agama pihak lain. Duduk di Malaysia ini, orang-orang Kristian tanpa mengira mazhabnya serta orang-orang Buddha begitu juga dengan orang-orang Hindu mesti tahu had masing-masing dalam negara ini dan semua apa yang kita lakukan harus ditentukan oleh batasan-batasan agar apa yang dilakukan tidak akan tersasar sehingga memudaratkan pihak lain serta pihak kita sendiri juga dikemudian hari...

Sabtu, Ogos 06, 2011

Majlis makan malam: JAIS vs Protestant dan tiada kaitan dengan Katholik !

Ada kekeliruan nampaknya timbul berikutan dengan isu kehadiran pihak JAIS dan Polis ke sebuah gereja mazhab Protestean aliran Methodist di Damansara Utama Selangor pada malam Rabu 3 Ogos lalu. Masih ramai rakyat Malaysia belum tahu bahawa Roman Katholik dengan mazhab-mazhab didalam Protestant sebenar ada berbeza iaitu tidak sama. Lihat apa yang berlaku di Ireland Utara.

The Malaysian Insider dalam laporannya telah mengaitkan nama Vatican apabila mereka menyatakan "serbuan" berlaku setelah dua minggu Putrajaya menjalinkan hubungan dengan Vatican iaitu pertemuan bersejarah antara Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib dengan Pope Benedict XVI di Vatican City bulan Julai lalu.

Dalam laporan The Malaysian Insider juga mereka kata "JAIS dan Polis" telah "menyerbu" Gereja Methodist di Damansara Utama. Adalah menjadi satu tanggungjawab kepada pihak JAIS untuk hadir serta membuat pemeriksaan ke atas umat Islam yang hadir ditempat yang tidak sepatutnya mereka berada melainkan kalaulah orang-orang Islam itu berada di Surau, Masjid ataupun di Madrasah.

The Malaysian Insider dalam kebanyakkan laporan mereka hanya suka buat tangkap muat tanpa memahami fakta-faktanya terlebih dulu. Buat kerja tidak secara profesional. The Malaysian Insider harus dan wajib tahu bahawa Pope Benedict XVI adalah pemimpin Katholik seluruh dunia dan bukannya ketua kepada seluruh orang-orang Kristian dari mazhab-mazhab lain seperti dalam Pakatan Protestant.

Jadi tidak ada gunanya untuk The Malaysian Insider cuba mengaitkan lawatan Perdana Menteri Ke Vatican baru-baru ini dengan isu JAIS dengan puak-puak Protestant di Selangor...

Jumaat, Ogos 05, 2011

Kes liwat II: Anwar berharap akan berlaku keajaiban kiranya PM & Isteri berjaya diheret ke mahkamah

Kerana mengharapkan sesuatu keajaiban akan berlaku sekiranya beliau berjaya mengheret Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan serta Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Yusof ke Mahkamah sebagai sebahagian saksi untuk kes liwat keduanya, maka itulah yang saya nampak kenapa Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim begitu beriya-iya sekali memohon kepada mahkamah supaya mereka yang berkenaan dipanggil sebagai saksi pada perbicaraan itu kelak.

Selain itu juga, Anwar Ibrahim sangat mengharapkan agar akan ada hikmah berlaku disebalik kemunculan Perdana Menteri dan Isteri di mahkamah dan tentu sekali Ketua Pembangkang itu juga turut berharap dengan kehadiran Datuk Seri Najib ke mahkamah akan memberi rahmat kepada dirinya yang memang sangat memerlukan sentuhan ajaib seorang pemimpin negara dengan seribu harapan agar beliau terlepas dari tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya tiga tahun yang lalu.

Begitu juga dengan dua nama iaitu bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan juga Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan, perkiraan Anwar apabila mereka ini berjaya dipanggil untuk dijadikan sebagai saksi bagi kes liwat ke-2nya itu, ini bermakna beliau telah berjaya menambah lagi tekanan baru kepada mahkamah yang selama ini nampaknya sentiasa berada dalam keadaan bertahan sahaja apabila berpuluh-puluh kali terpaksa juga tunduk kepada permohonan demi permohonan  menangguh perbicaraan seperti lazim yang dikemukakan oleh pihak peguam bela Anwar Ibrahim kepada Hakim.

Kesimpulannya ialah Anwar Ibrahim mahu melepaskan diri beliau dari terus di belenggu kes liwat itu biar dengan cara apa sekalipun dan walaupun terpaksa melibatkan pihak yang tidak ada kena mengena dengan kes liwat II yang sedang dihadapinya ketika ini namun Anwar mungkin telah melihat kepada potensi mereka-mereka yang dipikir beliau boleh menyumbang faedah kepada beliau sendiri dan juga boleh mempengaruhi pihak Mahkamah dalam menentukan keputusan, agaknya itulah sebab mengapa beliau tetap mahu memilih YAB Datuk Seri Mohd Najib dan Isteri Datin Seri Rosmah serta Tan Sri Musa Hassan, Datuk Mohd Rodhwan sebagai saksi.

Khamis, Ogos 04, 2011

Saluran tersumbat: Kelantan & Kedah berdepan masalah serupa...


 Nik Aziz nafi hidap kanser tapi akui ada masalah jantung

KOTA BHARU 3 Ogos 2011 - Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat menafikan beliau mengidap penyakit kanser seperti yang dilaporkan dalam sebuah portal berita, tetapi mengesahkan yang beliau kini menghadapi masalah saluran jantung tersumbat yang membatasi pergerakan hariannya.

"Kesihatan saya tak ada apa. Dakwaan itu tak betul... mengarut saja. Saya hanya (hadapi masalah) ada tiga saluran jantung yang tersumbat," Datuk Nik Aziz - Utusan Malaysia

Azizan akan jalani prosedur buka saluran tersumbat

ALOR SETAR 3 Ogos 2011 - Kesihatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kini semakin stabil dan beliau akan menjalani prosedur "angioplasty."

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kedah, Dr Ismail Salleh berkata, selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Jumaat lepas, Azizan telah menjalani prosedur angiogram untuk mengesan saluran yang bermasalah.

"Ada satu saluran tersumbat, beberapa prosedur dan pemeriksaan perlu dilakukan ke atas Datuk Seri Azizan sebelum angioplasty dilakukan dan saya rasa mungkin sebulan lagi baru boleh buat "correction" (pembetulan saluran yang tersumbat) itu,"  Dr Ismail Salleh - Utusan Malaysia

ULASAN;
Nampak gayanya pihak Barisan Nasional perlu bersedia lebih awal untuk membaik-pulih saluran-saluran yang didapati telah tersumbat itu dan perlunya untuk memastikan agar rakyat tidak terus menjadi mangsa kepada masalah banjir apabila saluran yang tersumbat dikenal pasti telah menjadi punca penyebab air yang bertakung dan tidak dapat dilepaskan...

Rabu, Ogos 03, 2011

Apabila Ulama Terompah berbicara tentang sampah...

KOTA BHARU 3 Ogos 2011 - Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan cabaran dibuat oleh Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim sebagai "sampah."

"Dia tak kenal saya, saya tak kenal dia, orang yang lompat macam ini seperti sampah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Nik Aziz berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zahrain, yang mencabarnya supaya membuat kenyataan terbuka menafikan pertemuannya dengan Tengku Razaleigh Hamzah berhubung isu mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang itu menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang - Utusan Malaysia

KOTA BHARU 3 Mac 2010 - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan langkah tiga Ahli Parlimen PKR keluar daripada parti itu mengkhianati amanah rakyat.

"Saya nasihatkan mereka ini letak jawatan dan bertanding semula, demi maruah dan agama kerana mereka telah mengkhianati amanah yang diberikan rakyat.

"Jangan fikir senang, manusia walaupun gagah ada masanya dia akan lemah. Rakyat memberi undi kepada parti, mereka mengkhianati amanah yang diberi," kata Datuk Nik Aziz - Utusan Malaysia

KOTA BHARU 25 January 2009 - Penyertaan ADUN Bota Perak, Datuk Nasharuddin Hashim ke dalam PKR membuktikan fitnah dan hasutan UMNO terhadap Pakatan Pembangkang selama ini untuk meraih sokongan rakyat akhirnya menikam diri.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga menyifatkan "penghijrahan" ADUN Bota itu sebagai hukuman terhadap pemimpin UMNO yang mengecam Menteri Besar Datuk Seri Mohd Nizar selama ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyertaan Nasharuddin yang menyertai PKR sambil mengucapkan tahniah di atas tindakan itu.

"Sekiranya sebelum ini angin perubahan telah berlaku kepada rakyat sehingga BN kalah teruk dalam PRU lalu, namun perkara yang sama berjangkit dikalangan ADUN.

"Perkembangan ini amat membanggakan kita dan sewajarnya kita perlu bersyukur kepada Allah diatas kurniaan yang amat besar ini," ujarnya lagi.

KOTA BHARU 16 September 2008 - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berpendapat, tidak menjadi kesalahan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional lompat parti.

Katanya, apa yang dilakukan Anwar Ibrahim adalah selaras dengan kehendak demokrasi, mengikut peruntukan undang-undang dan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.

"Kalau Anwar tidak buat macam tu, nak buat macam mana lagi, sementara menunggu pilihanraya, buat macam ini dulu.

"Dalam pilihan raya, jika berlaku penipuan dan rasuah, tidak akan ada perubahan kuasa itu," kata Datuk Nik Aziz - Utusa Malaysia

Antara pandangan Datuk Nik Aziz Nik Mat tentang satu perkara yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan.

Selasa, Ogos 02, 2011

Akibat tekanan dari DAP, MB Kedah terus dapat tekanan darah tinggi !!!

Oleh kerana terlalu kecewa dengan dengan sikap bongkak dan angkuh DAP yang menolak mentah-mentah cadangannya sebelum ini untuk menutup sementara 13 jenis pusat hiburan di negeri Kedah sempena dengan bulan Ramadhan, Menteri Besarnya YAB Datuk Seri Azizan Abdul Razak kini telah dimasukkan ke Insitut Jantung Negara (IJN) ekoran serangan darah tinggi yang menyebabkan saluran tertentu yang menyalurkan darah ke bahagian jantungnya tersumbat.

Kekecewaan Datuk Seri Azizan bukan saja setakat disebabkan oleh tekanan berterusan daripada DAP malahan kecewa dengan sikap Pengerusi parti perkauman itu iaitu Karpal Singh yang sebelum ini menjadi kebanggaan Mursyidul Am PAS sebagai orang DAP yang sudah memahami Islam atau dalam ertikata lainnya bahawa PAS sudahpun berjaya memberi kefahaman kepada DAP apa itu Islam. Tapi nampaknya DAP memang tidak boleh dijinakkan dengan apa jua umpan oleh Datuk Nik Aziz apabila DAP telah bertegas mahu agar PAS Kedah menarik balik segala larangan berkenaan.

Juga yang berkongsi kekecewaan yang sama adalah ramai pemimpin-pemimpin bawahan PAS, ahli-ahli PAS termasuklah Timbalan Mursyidul Am PAS iaitu Datuk Dr Haron Din yang kini juga ditempatkan di pusat perubatan yang sama apabila telah didapati mengalami kompilkasi di bahagian jantung akibat tekanan darah yang tidak stabil setelah menanggung kekecewaan yang sangat melampau ekoran keangkuhan sikap DAP itu.

Isnin, Ogos 01, 2011

DS Azizan & Datuk Dr Harun mangsa konspirasi terbaru UMNO/BN ?

Foto dari blog Bro Jinggo/Politik Harian


Foto dari blog Bro Jinggo/Politik Harian
Melihat kepada dua gambar ini, teringatlah pula dengan tuduhan melulu yang memang sinonim dengan pihak pembangkang apabila ianya seperti sudah menjadi satu kebiasaan bagi menyerang pihak lawan serta seolah ia seperti satu permainan didalam politik puak-puak Pakatan Haram DAP, PAS dan PKR.

Biasanya, jikalau ada satu-satu perkara yang tidak menguntungkan pihak mereka, tidak pernah sama sekali kita melihat puak-pak Pakatan Haram hendak menerima hakikat secara terbuka melainkan mereka lebih suka menyalahkan pihak lain yang bertanggungjawab ke atas apa jua masalah yang sedang menimpa mereka.

Gambar menunjukkan Menteri Besar Kedah Darul Aman YAB Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang dimasukkan ke dalam Institut Jantung Negara (IJN) akibat komplikasi jantung serta serangan darah tinggi. Harap kedua mereka akan segera sembuh dan kembali bertugas seperti biasa !

Salam Ramadhan & Selamat berpuasa !

Kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia dan juga saudara seagama di seluruh Indonesia, di Negara Brunei Darussalam selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak 1432 Hijiriah dan selamat menjalani ibadah puasa, semoga segala amalan yang mulia serta amal ibadah kalian semua akan diterima dan diberkati olehNya. Amin!

Ahad, Julai 31, 2011

Ambiga, manusia yg paling kebal & bebas disisi undang-undang Malaysia !!!


Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ybhg Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin menegaskan walaupun Malaysia sudah mencapai kemerdekaan lebih daripada 50 tahun, namun rakyat negara ini masih dikongkong oleh sistem pentadbiran sedia ada.

"Kita sudah merdeka tapi kita tidak mendapat kebebasan sebab itu kita cuba untuk mendapatkan (kebebasan dan keluar daripada kongkongan ini.

"Empat tuntutan BERSHIT 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) iaitu membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, guna dakwat kekal dan akses media yang bebas dan adil adalah isu pokok yang belum dapat diselesaikan.

"Apa yang saya dapat simpulkan, adalah kita masih cuba untuk mendapatkan kebebasan. Adakah kebebasan ini semakin sempit atau ruang-ruang ini sudah tiada?

"Kita juga masih mencari kebebasan tak kira apa isunya, adakah isu yang kita bangkit ini untuk kawasan bandar sahaja tapi untuk semua." - Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin
Saya kurang pasti sebenarnya samada Profesor UKM ini bercakap tentang zaman perang dunia pertama, perang dunia kedua ataupun beliau bercakap pasal waktu zaman penjajahan British ataupun pada zaman penaklukan tentera Jepun dulu, kerana apa yang beliau utarakan pada sessi debat antara Ambiga dan SPR sama seperti apa yang tertulis didalam sejarah negara iaitu sebelum pembentukan sebuah negara yang dikenali sebagai Malaysia.

Akan tetapi, sekiranya Profesor Datuk Dr Shamsul bercakap berkenaan tentang tiadanya kebebasan di Malaysia ketika ini, saya rasa Profesor UKM ini patut sekali balik semula ke sekolah rendah, belajar balik dari darjah satu berkenaan dengan sejarah hitam yang pernah dilalui oleh seluruh rakyat semasa penjajah memerintah, semasa zaman komunis, semasa zaman Jepun dan juga era di awal penubuhan negara Malaysia.

Kita tidak usah mengambil contoh lain, kita ambil saja Ambiga Sreenevasan sebagai contoh dan Profesor Dr Shamsul juga lihat saja muka Ambiga, tidak usah bercakap pasal yang lain. Profesor Dr Shamsul kata mereka sedang mencari kebebasan, tetapi Ambiga sudahpun lama dapat kebebasan. Ambiga bebas menderhaka kepada Yang Di Pertuan Agong. Ambiga bebas menganjurkan perhimpunan haram Bershit 2.0. Ambiga bebas bergerak kemana saja kecuali ke Sarawak. Ambiga bebas lagi berdebat dengan SPR seolah-olah dia tidak pernah buat onar dengan SPR sebelum ini.

Prof Dr Shamsul sendiri juga lama sudah dapat kebebasan dalam negara ini, A. Samad Said, Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Nik Aziz Nik Mat, Zuraida Kamaruddin, Tian Chua, Azmin Ali, Haji Abdul Hadi Awang, Ronnie Liu dan ramai lagi semua mereka dalam negara ini bebas bergerak kemana saja, bebas menyuarakan pendapat malah bebas serta sesuka hati mereka menabur fitnah tanpa sebarang tindakan tegas diambil oleh Kementerian Dalam Negeri.

Kalau kebebasan media juga dituntut, bukankah nampak jelas sekarang bahawa saluran berkenaan telah digunakan oleh hampir segenap lapisan masyarakat untuk menyuarakan pendapat serta pandangan mereka, digunakan untuk berhubung sesama mereka tanpa sebarang halangan walaupun batasannya ada namun biar kedapatan yang melanggar hanya akan dibiarkan saja bahkan dengan adanya kebebasan media di negara inilah yang menjadi punca kepada semakin tergugatnya perpaduan dikalangan berbagai kaum dalam negara ini

MyDaftar: jangan dah dewasa kelak jadi petualang negara macam Ambiga!!!


Penghujung minggu bekerja yang lalu telah berlangsung satu majlis penyerahan sijil berupa dokumen-dokumen khas kepada pemohon yang berjaya anjuran Kementerian Dalam Negeri dan juga Jabatan Pendaftaran Negara JPN.

Pada majlis yang berlangsung di Dewan Tun Dr. Ismail PWTC itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah menyerahkan 40 sijil kewarganegaraan, 30 sijil lahir dan 30 kad pengenalan diri kepada penerima kaum India.

Mereka adalah sebahagian daripada 9,539 pemohon di bawah program Mydaftar Masyarakat India yang berlangsung dari 19 hingga 26 February 2011 lepas iaitu juga merupakan program anjuran bersama KDN, JPN dan Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India (SITF) - sumber Bernama.

Kepada mereka yang telah berjaya mendapat sijil penting dan sangat berguna itu, selain rasa bersyukur dan berterimakasih kepada pihak yang memenuhi impian selama ini, apa yang perlu mereka lakukan untuk negara dan masyarakat Malaysia keseluruhannya selepas ini adalah jauh lebih daripada hanya sekadar bersyukur atau ucapan terimakasih kerana ianya perlu disusuli dengan tindakan dan bukan hanya diucap melalui kata-kata.

Kita bukan tidak biasa dengan segolongan masyarakat, selagi mereka belum mendapat apa yang mereka mahu, kalau tidak dengan cara berlembut, lembut gigi dari lidah pasti mereka akan gunakan cara kekerasan sehinggalah segala kemahuan mereka sudah dipenuhi oleh pihak kerajaan.

Kita juga tidak mahu melihat dan mendengar, apabila semua apa yang mereka mahu sudah diperolehi dan sudah berada didalam genggaman masing-masing kelak akan membuat mereka mudah serta cepat lupa diri. Bila dah kerajaan bagi muka janganlah pula dilempar dengan tuba. Hidup sebagai rakyat Malaysia harus ada semangat bertolak-ansur yang kekal dan teguh selain semangat kerjasama yang jitu.

Jangan jadi macam Ambiga Sreenevasan yang semakin lama sudah menjadi semakin liat, semakin kebal disisi undang-undang negara Malaysia.

Sabtu, Julai 30, 2011

"Saya tidak bersembunyi, cuma menyorok" - Shuhardi Md Isa

"Bukankah Polis lebih profesional dan tahu segala prosedur jika mahu seseorang itu memberi keterangan berhubung apa-apa kes? Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (Polis)," Shuhardi Md Isa

Pelakon yang membawa watak "hero mati" pada 9 Julai lalu iaitu Shuhardi Md Isa telah keluar dari persembunyiannya yang hampir memasuki minggu yang ke tiga.

Shuhardi kata dia tidak bersembunyi, tetapi kenapa sebaik saja pihak berkuasa meminta agar beliau memberi kerjasama dalam siasatan polis berkaitan dengan lakonannya dalam drama Bersih 9 Julai lepas, beliau tidak tampil memberi keterangan tapi sebaliknya beliau seolah-olah cuba mengelak padahal perkara berkenaan telahpun heboh seluruh Malaysia, oleh itu mana mungkin Shuhardi tidak perasan mengenainya.

Sudahlah mendakwa yang dia tidak bersembunyi, dia berlagak pula apabila menjemput pihak Polis agar datang bertandang ke rumah beliau sekiranya mahu dia memberi kerjasama dan ditambah pula dengan syarat dimana Shuhardi meletak syarat sekiranya pihak Polis mahu datang ke rumahnya wajiblah dengan penuh tertib serta bersopan-santun.

Maknanya, Shuhardi mahu pihak Polis ikut prosedur juga kalau mahu datang menemuinya di rumah. Buat temujanji terlebih dulu, tentukan tarikh pertemuan, haribulan sekian, jam sekian, minit sekian, tujuan apa semua mesti diiisi dalam borang terlebih dulu. Datang ke rumah jangan terus ketuk pintu tetapi berikan Salam 1Malaysia dan baru tanya Shuhardi ada tak di dalam rumah dan perkenalkan yang datang adalah Polis Di Raja Malaysia, baru pintu dibuka...

A. Samad Said salah masuk tandas, masuk tandas wanita !!!

"Jika suasana demokrasi negara tetap juga tidak berubah, saya sendiri menyarankan agar dimana sahaja Najib pergi, mesti ada sekumpulan anak muda yang berusaha hampiri dan sampaikan memo kepada," - Ambiga Samad Said via blog Dimensi by Jeffry Damien
Tiada sesiapapun hendak melarang kalau dia nak bersajak, lantaklah kalau dia mahu sampai ke pagi sekalipun atau bila-bila masa semua bergantung kepada keupayaan serta kemampuan dia untuk bersuara dan selama inipun asal saja isi sajaknya bukan bertujuan untuk menghasut rakyat, kerajaan tak pernahpun menyekat kebebasan untuk dia meluahkan perasaan melalui sajak-sajak yang dihasilkannya.

Lagi satu, yang dia menyibuk pasal mahu menyuruh sekumpulan anak muda mendekati Datuk Seri Najib walau dimana Perdana Menteri pergi semata-mata untuk menyampaikan memo, apakah orang tua nyanyuk tu tidak nampak bahawa setiap kali Datuk Seri Najib pergi ke setiap negeri pasti beliau akan mengadakan perjumpaan dengan rakan-rakan maya beliau seperti dari Facebook, twitter melalui "program mari bertemu mari berjumpa" yang rata-rata mereka terdiri daripada golongan anak muda dan juga remaja.

Lain kali Pak Samad, kalau nak buang air kecil, sebelum masuk tandas pastikan terlebih dulu duit syilling tu cukup dua puluh sen, dan pastikan juga jangan salah masuk pintu...sana ada tulis tandas lelaki dan sebelah lagi tandas wanita...tidak semua wanita berambut panjang dan tidak semua lelaki berambut pendek.

Jumaat, Julai 29, 2011

Penduduk Malaysia kini: lelaki ramai daripada wanita...

Greece love Malaysia
PUTRAJAYA 29 Julai - Malaysia kini mempunyai 28.3 juta penduduk dengan bilangan lelaki melebihi wanita, demikian menurut laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.

Penduduk lelaki kini adalah 14.56 juta orang dan wanita 13.77 juta orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamad Yaakop ketika mengumumkan laporan itu yang turut dihadiri Ketua Perangkaan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof. - Utusan Malaysia 29 Julai

ULASAN;
Dengan terdedahnya data-data terkini mengenai pecahan penduduk Malaysia mengikut gender maka semakin terancamlah nampaknya nasib masa depan golongan kaum hawa nih. Saingan dalam berbagai perkara terus menghatui kaum wanita di negara ini apabila tempat mereka sudah semakin banyak diisi oleh golongan yang berlawanan jantina dengan mereka.


Kalaulah Pakatan Haram ditakdirkan untuk memerintah Malaysia, tentu sekali banyak jawatan kosong akan wujud, diwujudkan dan juga sengaja diwujudkan bagi golongan lelaki untuk mengisi jawatan-jawatan tertentu seperti untuk tugas "pembancuh kopi", "pembantu khas", "setiausaha politik" dan sebagainya mengikut budi bicara pemimpin tertinggi mereka.

Nik Aziz masuk hospital lagi, ada jangkitan kuman pada lidahnya !!!

KOTA BHARU 27 Julai - Musyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat mengubah semula pendiriannya berhubung penggunaan kaedah biometrik dalam sistem pilihanraya.

Jika sebelm ini beliau bersetuju dengan penggunaan kaedah itu, tetapi selepas itu Menteri Besar Kelantan itu berkatan, sistem berkenaan amat meragukan.

Katanya, sokongan beliau terhadap kaedah biometrik sebelum ini dibuat dengan "bersyarat" bukannya sokongan secara langsung seperti dilaporkan akhbar.

Sejak dari awal, jelasnya, beliau menolak perkara meragukan dan berpendapat adalah baik kaedah dakwat digunakan.

"Kebetulan sebelumnya ada kenyataan keluar di Selangor tentang 17,000 pengundi yang bertindih dan 500 daripada senarai nama itu sudah diserahkan kepada SPR.


"Ini membuktikan pendaftaran pemilih memang meragukan, bukan setakat meragukan bahkan salah, jadi kepada sesiapa yang tidak mahu kepada Bersih inilah dia, kotor," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mingguan Exco kerajaan negeri. Selanjutnya disini 

Khamis, Julai 28, 2011

Pengebom berani mati meluru ke arah PM di KL Sentral semalam...

Tiba-tiba saja pengebom berani mati itu meluru ke arah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang hadhir untuk melancarkan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan di KL Sentral semalam, namun secepat kilat berjaya dihalang oleh pengawal peribadi serta oleh Polis pengiring PM.


Pengebom berani mati berkenaan masih lagi berdegil dan mahu terus menghampiri PM manakala pihak Polis juga tetap enggan menurut kemahuan pengebom berani itu yang penuh sarat dengan bahan letupan dibadannya.


Kerana impak bahan letupan yang diikat serta dililit pada tubuh pengebom berani mati itu yang beratnya mencecah sehingga 50 kilogram menyebabkan beliau hampir tumbang dan rebah ke arah belakang.


Pengebom berani mati berkenaan terpaksa membongkokkan badannya bagi mengimbangi berat bahan letupan yang dibawanya dalam bakul yang dipikul sebelah belakang selain banyak lagi yang dililit beliau pada seluruh tubuhnya sehinggakan nampak dia seperti terlalu gemuk dan sangat gempal.


Apakah puak-puak Pakatan Haram mahu kejadian yang pernah terjadi ke atas pemimpin-pemimpin utama negara seperti di India, Pakistan, Amerika Syarikat turut juga berlaku terhadap pemimpin di negara ini. Di Amerika Syarikat pernah berlaku kejadian dimana bekas Presiden Ronal Reegan yang kena tembak oleh rakyat sendiri.

Di Mesir pula berlaku kejadian serupa apabila Presiden Mesir Anwar Shadat ketika itu iaitu sebelum Hosni Mubarak telah ditembak oleh rakyatnya sendiri sewaktu masih berada diatas pentas. Dan begitu juga di Israel apabila Perdana Menteri Yitzhak Rabin menemui ajalnya setelah ditembak ketika berada di atas pentas dari jarak dekat juga oleh rakyat Israel sendiri.

Di India telah dua kali tragedi pembunuhan membabitkan pemimpin negara telah berlaku akibat kawalan keselamatan yang lemah apabila bekas Perdana Menteri India iaitu Puan Indera Gandhi ditembak dan beberapa tahun selepas itu anak lelaki beliau Rajiv Gandhi yang mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri juga turut menjadi mangsa pembunuhan rakyatnya sendiri.

Begitu juga dengan peristiwa pembunuhan pemimpin negara turut berlaku di Pakistan apabila tiga bekas pemimpin Pakistan iaitu bekas Perdana Menteri Ali Bhuto, bekas Presiden Zia Ulhaq, bekas Perdana Menteri Benazir Bhuto yang maut ditangan rakyat Pakistan sendiri.

Oleh itu, sebelum apa-apa berlaku adalah lebih baik sebarang usaha dipertingkatkan agar keselamatan pemimpin utama negara kita sentiasa terjamin dan kita tidak mahu sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap pemimpin dalam negara kita sepertimana yang telah berlaku ke atas para pemimpin di negara luar.

Dengan tindakan pantas pihak polis itu telah berjaya mengawalkan keadaan. Syabas dan tahniah di atas kecekapan pihak Polis itu...

Rabu, Julai 27, 2011

Biometrik: PAS yang kuno & kolot dan bukannya rakyat Sarawak !!!

"Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi Pas," - DS Hj Abdul Hadi Awang, Presiden Pas, 11 Julai 2009.

Sistem biometrik sebenarnya agak lama juga telah dipraktik serta digunakan di Sarawak oleh sebahagian besar syarikat-syarikat hiliran yang memajukan perusahaan berasaskan kayu-kayan seperti di kilang plywood, veneer, laminated bagi menggantikan penggunaan "punch-card" dikalangan para pekerja masing-masing.
Mereka yang bekerja dengan syarikat-syarikat besar di Sarawak yang bersumberkan bahan mentah untuk menghasilkan papan lapis dan berbagai produk berasaskan kayu selain daripada perkerja-pekerja asing dari Indonesia juga adalah terdiri daripada rakyat Sarawak sendiri yang datang dari pelbagai kaum dan budaya.

Jika sebelum ini hampir kebanyakkan daripada syarikat-syarikat swasta yang tertentu di Sarawak menggunakan "punch-card" untuk merekod kehadiran para pekerja ke tempat kerja masing-masing dan punch card perlu didaftar sebanyak empat kali sehari iaitu sebelah pagi waktu mendaftar masuk kerja, tengah hari sewaktu mendaftar keluar rehat, tengah hari sekali lagi sewaktu mendaftar masuk selepas rehat dan akhir sekali pada sebelah petang untuk mendaftar keluar.

Namun penggunaan punch-card ini lama kelamaan disedari mampu untuk mendatangkan kerugian dari segi kos upah dipihak syarikat atau majikan yang membayar gaji setelah terdapat kes dimana ada pekerja yang menipu majikan apabila sanggup bersubahat dengan penjaga mesin pendaftar yang diamanahkan oleh pihak syarikat untuk menjaga kehadiran setiap pekerja yang datang mendaftar punch-card sebelum masuk bekerja.

Perbuatan sesetengah pekerja yang berani meminta penjaga mesin pendaftar punch-card supaya membantu mereka mendaftar punch-card milik mereka sekiranya mereka lambat masuk ataupun ponteng dari tugasan. Dan perkara ini terjadi apabila penjaga mesin pendaftar punch-card mahu pula melakukannya setelah dijanjikan dengan sejumlah imbuhan oleh pemilik punch-card atau pekerja tersebut asalkan saja gaji dia tidak dipotong majikan pada hari yang berkenaan.

Inilah antara sebabnya mengapa sudah terdapat syarikat-syarikat tertentu di Sarawak ini sejak beberapa tahun yang lalu telah mengambil langkah yang selamat apabila menukar penggunaan sistem punch-card sebelumnya kepada sistem biometrik kini bagi mengelak syarikat dari terus mengalami kerugian akibat daripada perbuatan para pekerja sendiri yang khianat serta tidak produktif malah perbuatan seumpama itu boleh menjejaskan operasi syarikat jika ianya dibiarkan berterusan.

Dan apabila sistem biometrik diperkenalkan dan seterusnya digunakan oleh syarikat-syarikat ini, risiko untuk ditipu oleh pekerja sendiri adalah selamat sebab adalah sesuatu yang sangat mustahil bagi para pekerja yang suka ponteng dari tugas untuk memanipulasikan sistem biometrik yang baru berbanding semasa masih menggunakan kaedah punch-card sebelumnya kerana jika tanpa pekerja itu sendiri yang datang untuk melakukan "thumb-print" bagi mengesahkan kehadirannya, maka mesin pendaftar juga tidak akan dapat membaca apa juga data yang berkaitan dengan pekerja berkenaan.

Cumanya disini saya hendak katakan bahawa sistem biometrik yang telah diperkenalkan dibeberapa buah syarikat utama dalam Sarawak adalah sangat baik untuk pihak syarikat dan juga amat berguna kepada para pekerja itu sendiri dan ramai pekerja-pekerja yang berasal dari daerah pendalaman di Bumi Kenyalang ini yang masih dianggap sebagai "tidak reti undi, kerana masih pakai cawat" oleh Presiden PAS sebenarnya sudah lama didedahkan kepada sistem baru ini dan sudah biasa menggunakannya sejak beberapa tahun yang lalu serta mendapati bahawa sistem biometrik ini adalah satu sistem yang sangat sukar sekali untuk dimanipulasi atau untuk tujuan menipu.

Kerana tidak faham, Profanwar PAS sebulat suara tolak sistem biometrik



"Kita telah bincang cadangan itu(biometrik) dan kalau ikut kronologi biometrik merupakan cadangan Perdana Menteri yang diterima SPR, kami berpendapat penggunaan sistem tersebut tidak dapat menyelesaikan pengundian dua kali atau lebih.

"Kami(PAS) menolak biometrik dan keputusan untuk menolak penggunaan sistem tersebut telah dibuat hasil perbincangan pada mesyuarat khas kami (Mat Syabu, Mahfuz Omar, Salehuddin Ayob dan Mustafa Ali) hari ini." - Datuk Husam Musa 
 Kalau dah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz yang sudah tua dan telah lanjut usianya begitu masih boleh menerima cadangan SPR mengenai Sistem Biometrik, kenapa pula mereka yang dikategorikan sebagai golongan profesional dalam parti masih tetap mahu menolaknya. Pelik sungguh, macam terbalik pula.

Tambah pelik, apabila pemimpin yang telah ditafsirkan sebagai golongan profesional yang bermakna mereka adalah yang terpelajar, berpendidikan tinggi, sudah tentu faham tentang teknologi terkini serta kegunaannya serta tahu bagaimana memanfaatkanya selain punya ilmu didada yang berkoyan-koyan tetapi tetapi mengapa juga tetap enggan menerima sesuatu yang baru?

Selasa, Julai 26, 2011

Pemimpin dalam Pakatan ramai tidak faham apa itu sistem biometrik...!!!


Kebanyakkan pemimpin dalam Pakatan Haram PKR, DAP dan PAS yang menolak penggunaan sistem biometrik yang akan diperkenalkan oleh pihak SPR dan akan digunakan ke atas semua pengundi pada PRU-13 nanti adalah mereka-mereka yang sudah berusia lanjut atau dalam istilah paling mesra iaitu pemimpin warga emas sebab kebanyakkan umur mereka telah rata-rata melebihi 60 tahun ke atas.

Tidak seperti pemimpin yang ada di dalam Barisan Nasional, walaupun ada diantara mereka itu telah mencapai umur yang melebihi 60 tahun ke atas namun kalau berkenaan sesuatu yang baru mereka akan lebih cepat memahami serta menerimanya dengan baik berbeza dengan pemimpin-pemimpin tua yang ada dalam Pakatan Haram, mereka memang sangat sukar sekali untuk menerima sebarang pembaharuan malah lebih suka kepada benda-benda yang lama dan usang.

Berhubung dengan cadangan SPR yang sudahpun diterima baik oleh pihak kerajaan iaitu penggunaan sistem biometrik menggantikan cadangan sebelum ini iaitu penggunaan dakwat kekal ke atas para pengundi bukan saja ditentang oleh pemimpin tua dalam Pakatan Haram malahan pemimpin muda dikalangan mereka juga ikut sama membantah penggunaan sistem biometrik oleh SPR itu nanti. Kita tidak tahu apa lagi yang pihak-pihak dalam Pakatan Haram itu tidak faham mengenai kebaikan serta kelebihan sistem biometrik jika dibandingkan dengan dakwat kekal.

Dalam perkara seperti ini adalah sangat diharapkan agar Kementerian Penerangan Malaysia yang diterajui oleh YB Datuk Seri Rais Yatim dapat kiranya memberi penerangan yang kerap kepada orang ramai mengenai sistem biometrik yang dipertikaikan keberkesanannyaoleh pihak-pihak tertentu dan sebagai sebuah kementerian yang bertanggungjawab dalam menerangkan sesuatu perkara yang menjadi kemusykilan kepada masyarakat ramai adalah lebih tepat bagi pihak kementerian berkenaan mengambilalih peranan dengan memberi gambaran lebih jelas dan terpeinci mengenai sistem biometrik berkenaan serta fungsi-fungsinya.

Kepada mereka yang sering berurusan dengan mana-mana agensi atau jabatan kerajaan mahupun swasta yang ada menyediakan sistem tersebut seperti Sekolah atau Institut Memandu JPJ, bank-bank dan sebagainya tentu sekali mereka sudah terbiasa dengan kegunaan sistem berkenaan dan sudah faham bahawa sistem biometrik nyata mempercepatkan urusan dengan hanya perlu menggunakan MyKad serta menekap ibu jari di mesin pengimbas yang akan membaca serta merekodkan data-data peribadi yang lengkap dalam tempoh hanya beberapa saat sahaja.

Peliwat makin kejam, lepas diliwat kemaluan mangsa turut diragut !

AMMAN 26 Julai - Seorang lelaki Jordan mengaku membunuh seorang pemuda yang dipercayai kekasih isterinya dengan memotong kemaluan mangsa, kemudian meletakkannya di dalam beg sebelum diserahkan kepada polis, hari ini.

Menurut polis, suspek, 35, melakukan kejadian itu disebuah bilik hotel di Amman dengan memberi alasan dia mahu menyelesaikan konflik dengan isterinya secara aman.

Sebelum memotong kemaluan mangsa, suspek terlebih dahulu mengikat dan meliwatnya, kemudian menyerah diri kepada polis pada hari yang sama - (AFP) Utusan Malaysia 

ULASAN;
Mudah saja alasan diberi suspek, ini sikit macam kes di Malaysia. Cuma bezanya pelaku di Malaysia belum sampai ke tahap membunuh walaupun pada hakikatnya adalah serupa kerana ianya juga seolah-olah telah membunuh masa depan kesemua mangsa-mangsanya...

Isnin, Julai 25, 2011

Kedai arak bergerak di Selangor ?

Utusan Malaysia Online - Kartun

Betul ke? Kalau pasal Balai Polis bergerak tu memang sudah ada di negara ini dan begitu juga dengan Klinik bergerak 1Malaysia juga sudah ada di Sarawak.

Tapi kalau pasal kedai arak bergerak yang didakwa sudah wujud di negeri Selangor iaitu sebuah negeri yang dipimpin oleh Pakatan Haram... memang satu perkara yang agak ganjil sangat...

Pencerobohan PPP ke Sarawak hanya mengundang masalah baru...

Dengan kemasukannya secara paksa ke dalam politik negeri Sarawak, saya melihat ke hadapan bahawa tiada apapun jua yang mampu dibuat oleh PPP nanti yang boleh membantu negeri ini menuju ke arah rakyatnya yang bersatupadu melainkan hanya menambah satu lagi perpecahan dikalangan rakyat di Sarawak yang sebelum ini memang sudah berpecah kepada beberapa kumpulan yang terbentuk hasil dari kehadiran parti politik luar seperti DAP, PKR dan DAP.

Perpecahan sedia ada akibat daripada ideologi parti politik yang berbeza hanya akan merugikan masa depan masyarakat di Sarawak ini sendiri yang baru saja berjumlah sekitar 2 juta lebih penduduk. Dan apabila semakin banyak perpecahan berlaku dikalangan mereka maka beerti semakin lemahlah perjuangan yang hendak dibawa. Manakan tidak, apabila satu kumpulan hendak membawa sesuatu yang baru demi kebaikan negeri ini pasti akan ada satu, dua, tiga atau empat kumpulan lain yang menekan dan membantah sehingga menyebabkan banyak peluang akan terlepas begitu saja.

Kita tidak bermaksud menentang kedatangan mereka ke negeri ini sekiranya nampak jelas ia akan membawa kebaikan tetapi apa yang kita bantah ialah jika kehadiran PPP ke Bumi Kenyalang semata-mata untuk menghangatkan suasana politik di negeri ini yang akhirnya hanya akan menimbulkan keadaan yang tidak stabil kepada negeri ini apabila berlaku pertelagahan pendapat dikalangan pemimpin sesama pemimpin yang mengakibatkan rakyat turut menjadi mangsa keadaan.

Ahad, Julai 24, 2011

Sudahlah masuk menceroboh, PPP berani pula mengugut BN Sarawak !!!

Ekoran kejayaannya melebarkan sayapnya di Bumi Kenyalang iaitu setelah mendapat kebenaran daripada pihak tertentu di Putrajaya, Parti Progresif Penduduk (PPP) kini telahpun mempunyai 72 cawangannya di seluruh Sarawak dan daripada jumlah tersebut, 13 cawangan sudahpun diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (ROS).

PPP pimpinan presidennya Datuk M.Kayveas yang masuk menceroboh ke negeri Sarawak melalui pintu belakang tanpa segan silu telah menyerahkan sikap sebenar pemimpin parti itu yang memang tidak tahu erti bagaimana untuk menghormati adat resam serta budaya masyarakat Sarawak dan juga tidak mahu mempedulikan sentimen para pemimpin kerajaan di Bumi Kenyalang ini.

Dengan membelakangi semangat setiakawan sesama anggota dalam komponen Barisan Nasional, Datuk M. Kayveas, Presiden PPP yang memang terkenal dengan sikap keras kepalanya itu kini semakin berani bertindak melangkaui prinsip Barisan Nasional yang harus dipegang bersama oleh semua parti yang bernaung didalamnya apabila terbaru beliau tampil mengugut BN Sarawak sekiranya PPP tidak diberikan sebarang kerusi DUN mahupun Parlimen di Sarawak, beliau bertegas akan tetap meletakkan calon bebas bagi menentang BN dan juga pembangkang.

Saya pikir apabila kemasukan PPP ke Sarawak yang awal-awal lagi sudah mendapat tentangan daripada berbagai pihak di negeri ini, adalah satu perkara yang tidak mustahil apabila dengan kehadiran parti Datuk M. Kayveas itu kelak hanya akan menambah lagi berbagai-bagai masalah perpecahan dalam masyarakat di Sarawak yang kini sudahpun nampak ketara tanda-tanda ke arah itu sejak kedatangan DAP, PKR dan PAS.

Dan, jika tiada sebarang usaha diambil oleh pihak di Sarawak untuk menyekat lebih awal berkenaan dengan kemasukan PPP ke Bumi Kenyalang ini maka bermakna rakyat Sarawak pada akhirnya nanti juga tidak akan mampu untuk menolak serta mengelak perpecahan dari berlaku dan seterusnya hanya akan memusnahkan perpaduan kaum yang telah lama wujud di negeri ini.

Pikirkanlah, kehadiran PPP tidak akan membawa sebarang kebaikan untuk rakyat di Sarawak khususnya bagi kaum Bumiputera. PPP pasti tidak akan menyumbang sesuatu yang berfaedah untuk Sarawak keseluruhannya kecuali perpecahan dan PPP bukanlah pilihan yang terbaik buat kaum Bumiputera di negeri ini sebab lihatlah golongan dari kaum mana yang awal-awal lagi telah menguasai PPP Sarawak walaupun ianya diumumkan sebagai masih baru bertapak di Bumi Kenyalang.

Sabtu, Julai 23, 2011

Amanah: Ku Li tubuh parti baru ?

Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen UMNO Gua Musang, Kelantan
Mungkinkah juga YBM Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li sedang mengambil langkah bersedia awal sebelum berlaku apa-apa terhadap nasib masa depan politik beliau atau lebih kurangnya Ku Li mahu sediakan payung terlebih dahulu sebelum hujan turun.

Pagi tadi saya baca satu artikel terkini dari blog saudara Azli Shukri - Tengku Razaleigh Hamzah : satu nama yang dilupakan dan juga lalu pada satu pautannya di Harakah Daily dimana ianya memuat berita mengenai penubuhan satu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang baru dikenali sebagai Angkatan Amanah Merdeka atau singkatannya Amanah oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Amanah, dengan Tengku Razaleigh sendiri yang berperanan selaku pengerusinya manakala Amanah juga telah melantik enam orang timbalan presiden atau pengerusi serta tujuh orang naib presiden. Mereka yang dilantik dalam kedua-dua jawatan timbalan presiden dan naib presiden Amanah adalah bekas ahli politik Sarawak, bekas menteri kerajaan pusat, Presiden Majlis Peguam serta bekas pegawai kerajaan.

Struktur jawatan dalam Angkatan Amanah Merdeka(Amanah) adalah seperti berikut;

Presiden Amanah :
YBM Tengku Razaleigh Hamzah

Timb. Presiden Amanah :
(1) - Datuk Sri Daniel Tajem ... bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak
(2) - Datuk Seri Ong Tee Keat ... bekas Menteri Pengangkutan Malaysia/bekas Presiden MCA
(3) - Tan Sri Abdul Kadir Sheik Fadzir ... bekas Menteri Penerangan Malaysia
(4) - Datuk Subramaniam
(5) - Datuk Seri Wilfred Bumburing ... ahli politik negeri Sabah
(6) - Datuk Bujang Ulis ... bekas menteri dalam kabinet kerajaan Sarawak

Naib Presiden Amanah :
(1) - Wan Saiful Wan Jan
(2) - Dr. Patau Rubis ... bekas menteri kabinet Sarawak/bekas Presiden Parti STAR
(3) - Ong Hock Siew
(4) - Datuk Mohd Azmi Razak
(5) - Ragunath Kasavan ... Presiden Maljis Peguam Malaysia
(6) - Tan Sri Simon Sipaun ... bekas Pegawai Perkhidmatan Awam Sabah
(7) - Mohd Lukhman Ghani

Melihat kepada senarai nama-nama mereka yang berjawatan penting dalam Amanah iaitu dari jawatan presiden, timbalan presiden serta naib presiden, kebanyakan daripada mereka berlatarbelakangkan politik dan adalah sesuatu yang sukar bagi kita untuk menolak sebarang andaian umum sekiranya pertubuhan Amanah itu adalah sebuah parti politik kerana akhirnya nanti ia tetap akan menjadi sebuah pertubuhan berasaskan politik serta menjayakan agenda politik dan teori mengenainya diperkuatkan lagi dengan kenyataan awal Tengku Razaleigh yang lebih banyak menyentuh tentang corak pentadbiran negara dibawah kepimpinan YAB DatukSeri Mohd Najib Tun Razak yang digambarkannya sebagai tidak betul.

Jumaat, Julai 22, 2011

Mat Syabu dalam filem Madu Tiga...



Dialog menarik bermula di minit 8:05...

Cik Hasnah : Eh bang?! kalau Nah tak salah luka abang kelmarin sebelah sini...

Encik Jamil : Aaah eleh...entah ada datanglah kau tu...memang sebelah sini...!!!

Cik Hasnah : Ye ke bang ?

Encik Jamil : Memang sebelah sini...sebelah sini!!!..kalau tak percaya tanya mak, tanya mak!

Cik Hasnah : Oklah, Nah telefon mak...

!bunyi telefon!!!(((((((((((((((((((((((0))))))))))))))))))))))))!!!

Ibu Cik Hasnah : Hello...!

Cik Hasnah : Itu mak yeaaa... mak, mak... aaa...luka abang Jamil di sebelah mana mak? ...disebelah kiri ke sebelah kanan? ...alaaa...macam inipun mak tak boleh ingatlah...! ...baiklah mak... itu saja yang Nah nak tau...

Cik Hasnah : Bang Jamil.., mak bilangpun mak tak tau...bang!

Encik Jamil : Eaahh...memang sebelah sini..., sebelah sini...

Cik Hasnah : Eh? eh? ...tadi sebelah sini, kenapa sebelah sini pulak bang?

********************************************************************

Baru-baru ini Timbalan Presiden PAS Mat Syabu mendakwa bahawa kemalangan yang menyebabkan tempurung kepala lutut dia pecah berkecai akibat dilanggar secara berdepan oleh sebuah trak atau Land Rover Polis tetapi setelah pembohongan dia terbongkar hari ini Mat Syabu tukar balik cerita kononnya dia telah dilanggar oleh kereta peronda Polis dari jenis Proton Waja dan bukannya oleh Lad Rover Polis.

Baguslah kalau begitu. Jadi selepas ini mungkin Mat Syabu akan tukar lagi cerita kononnya dia telah dilanggar oleh kereta mercedes benz milik Tian Chua atau mungkin juga dilanggar oleh kereta yang dipandu YB Ng Swee Lim...boleh pusing-pusing, pusing macam main roda impian...

Keluarga TBH sudah keterlaluan serta melampau !!!


Semalam Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Seri Mohd Nazri Tan Sri Aziz telah mengumumkan hasil siasatan oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja berhubung dengan misteri kematian mendiang Teoh Beng Hock yang mayatnya telah dijumpai terdampar di koridor tingkat 5 Plaza Shah Alam Selangor 16 Julai 2009 selepas mendiang memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor yang berada di tingkat 14 plaza yang sama.

Hasil siasatan suruhanjaya berkenaan sebagaimana yang telah diumumkan oleh Datuk Seri Nazri dimana kematian mendiang Teoh Beng Hock adalah berpunca daripada membunuh diri dan bukannya dibunuh sepertimana yang telah didakwa pihak tertentu sebelum ini. Pengumuman mengenai hasil siasatan oleh suruhanjaya tersebut telah disambut baik oleh kebanyakkan rakyat Malaysia namun tidak bagi pihak keluarga mendiang sendiri terutamanya ibu Teoh Beng Hock yang nyata tidak mahu menerima keputusan berkenaan.

Apa yang kita perlu tahu serta maklum berkaitan dengan penubuhan suruhanjaya siasatan Di Raja itu ialah ianya telah menggunakan wang rakyat. Kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang bukan sedikit nilainya semata-mata untuk mencari kebenaran di sebalik kematian misteri Teoh Beng Hock yang dipenuhi dengan seribu satu persoalan.

Tindakan kerajaan yang telah menggunakan wang rakyat untuk tujuan itu hampir serupa dengan yang pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini iaitu semasa dibawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu bagi tujuan pembayaran Ex-gratia kepada enam orang bekas hakim yang dipecat sewaktu zaman Tun Dr Mahathir dulu dimana pentadbiran Tun Abdullah Badawi telah memperuntukkan wang rakyat sebanyak RM10.5 juta untuk tujuan berkenaan.

Tetapi didalam kes Teoh Beng Hock ini agak berlainan dan ada kemungkinan rakyat tidak terlalu memersoalkan sangat akan kewajaran pihak kerajaan untuk menggunakan wang rakyat bagi tujuan menyiasat kematian Teoh Beng Hock itu kerana perasaan simpati rakyat terhadap keluarga serta ibunya yang ditinggalkan oleh mendiang telah mengatasi semuanya.

Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap mudah bersimpati apabila berada di dalam keadaan yang tertentu memang tidak terlalu berkira sangat dalam soal sedemikian kerana demi rasa simpati terhadap mereka yang ditimpa sebarang masalah maka apa juga bantuan akan segera dihulur apatah lagi jika ianya melibatkan masalah besar seperti yang menimpan mendiang Teoh Beng Hock itu.

Namun apa yang pasti akan membuat kita semua menjadi mulai mual dan meluat terhadap pihak keluarga mendiang Teoh Beng Hock itu adalah kerana sikap ibu, tunang serta keluarga mendiang itu sendiri. Mereka seolah-olah tidak menghargai usaha pihak kerajaan Malaysia yang telah terpaksa membelanja wang rakyat yang bukan sedikit jumlahnya hanya kerana mahu mendapatkan kebenaran dan menegakkan keadilan sepertimana yang mereka tuntut sebelum ini.

Perasaan simpati kita kepada mereka sebelum ini pasti akan berubah menjadi benci. Kita tidak akan benci kepada keluarga mendiang hanya kerana melihat mereka seperti telah menjadi perkakas kepada pihak Pakatan Haram DAP, PKR dan PAS tetapi kita menjadi semakin benci kepada mereka setelah merasakan kerajaan seolah-olah sudah teraniaya, turut akur dengan kemahuan mereka apabila bersetuju untuk menubuh satu suruhanjaya Di Raja bagi tujuan siasatan dengan mengorbankan wang rakyat tetapi malangnya apabila pihak suruhanjaya sudah ada keputusan hasil dari siasatan yang berbulan-bulan lamanya, keluarga Teoh Beng Hock pula telah menolak dan tidak mahu menerima keputusan berkenaan.

Kita tidak tahu, apakah muslihat sebenar keluarga Teoh Beng Hock seterusnya dalam isu ini. Apakah sebab mereka sehingga sanggup untuk mempermainkan kerajaan Malaysia sebegitu rupa? Kalau mereka mahukan keadilan sudah tentu juga kerajaan Malaysia, SPRM, Polis dan sebagainya juga mahu lebih keadilan bagi pihak mereka.

Dan jika ibu, keluarga atau tunang Teoh Beng Hock tidak mahu menerima keputusan suruhanjaya itu yang menyebut bahawa mendiang Beng Hock sebenarnya mati kerana membunuh diri, jadi pihak mana lagi yang disyaki oleh keluarga pihak mendiang telah sengaja membunuh Teoh Beng Hock ? Apakah mereka mahu satu lagi suruhanjaya untuk menyiasat ditubuhkan dengan menggunakan wang rakyat ???

Video KHP121: Mat Serbu rempuh bahu jalan. Mat Serbu pembohong!!!



Nampaknya pembohongan yang dilakukan oleh Mat Serbu tidak bertahan lama apabila pihak PDRM semalam berjaya mendedahkan tuduhan yang tidak bertanggungjawab oleh Mat Serbu ke atas pihak PDRM semasa perhimpunan haram Bershit 2.0 pada 9 Julai lalu memang tidak berasas sama sekali.

Jika sebelum ini Mat Serbu mendakwa motosikal yang dibonceng beliau telah dilanggar oleh kenderaan yang dinaiki anggota PDRM namun semuanya ternyata bohong dan tipu belaka apabila rakaman CCTV yang ditayangkan oleh pihak PDRM semalam menunjukkan motosikal yang dibonceng Mat Serbu sebenarnya telah melanggar bahagian tepi bahu jalan lalu terbalik dibelakang Land Rover Polis.

Tahniah dan Syabas kepada PAS kerana punya seorang pemimpin yang kuat menipu dan berbohong sama juga macam seorang lagi sahabat dia dari parti PKR yang memang pakar dalam mengolah jalan cerita untuk drama-drama yang terbaru. Syabas PAS!!!

Khamis, Julai 21, 2011

Punca kematian TBH bunuh diri, dan punca lain TBH membunuh diri???


KUALA LUMPUR 21 Julai - Kematian Teoh Beng Hock, pembantu Khas seorang Exco kerajaan Negeri Selangor, dikenalpasti berpunca daripada bunuh diri.

Keputusan mengenai punca kematian Beng Hock itu terkandung dalam laporan penuh prosiding Suruhanjaya Menyiasat kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan kepada umum hari ini.

Laporan setebal 124 muka surat itu merupakan keputusan sebulat suara oleh kesemua anggota panel suruhanjaya berkenaan yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong.

Beng Hock 30, Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza berkenaan.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 January lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka berhubung kes berkenaan.

Prosiding suruhanjaya itu bersidang selama 50 hari dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di kompleks mahkamah disini sejak 14 February dan berakhir pada 10 Mei lalu - Bernama

ULASAN;
Punca kematian mendiang Teoh Beng Hock telahpun diketahui sebab-sebabnya dan antara sebabnya ialah kononnya akibat sessi soalsiasat yang agresif dan keterlaluan oleh pegawai penyiasat SPRM.

Selain itu tentu sekali kita semua percaya bahawa ada sebab lain yang mendorong mendiang Teoh Beng Hock yang nekad untuk terjun membunuh diri dari Bangunan SPRM itu tetapi sayang sekali sekiranya tiada lagi usaha seterusnya untuk menyiasat punca lain selain membunuh diri.

Dan akan ada lagi isu selepas ini yang akan menjadi persoalan kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kematian mendiang Teoh Beng Hock iaitu mengenai kos perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan dengan menggunakan wang rakyat untuk penubuhan suruhanjaya berkenaan.

Rakyat tentu akan bertanya dan mahu tahu berapakah jumlah keseluruhan wang rakyat yang dibelanja oleh pihak kerajaan untuk menegakkan keadilan serta kebenaran bagi pihak keluarga mendiang Teoh Beng Hock?

Video: Nik Aziz hina Nabi Muhamad saw !



Apalah yang tak kena dengan orang tua ini, sampaikan unsur-unsur yang ada dalam Islampun boleh membuatkan dia tidak senang duduk dan tidak senang berdiri. Kalau pasal PPSMI, ISA, SPR, SPRM, Polis dan lain-lainnya tak mengapalah juga, tetapi kalau sudah sampai ke Perayaan Maulud Nabi juga mahu dihapuskan...apakah hak Nik Aziz Nik Mat ke atas perkara tersebut???

"Rasulullah saw adalah jawatan yang dilantik oleh Allah sendiri. Allah sendiri tengok dalam ramai-ramai manusia diatas muka bumi ini entah berapa puluh ribu trillion manusia, ada seorang manusia atas dunia namanya Muhamad bin Abdullah saw.

"Beliau(patutnya Nik Aziz sebut "Baginda") telah dilantik menjadi Nabi bila umur dia(patutnya Nik Aziz sebut "Baginda") 40 tahun. Waktu dia(patutnya Nik Aziz sebut "Baginda") beranak, jadi 40 tahun dulu, beerti Nabi ini waktu dia(patutnya Nik Aziz sebut "Baginda") diberanak bonda dia(patutnya Nik Aziz sebut "Baginda") mak dia(patutnya Nik Aziz sebut "Baginda") Siti Aminah pun tak tahu anak dia diangkat menjadi Nabi."

Yang sedihnya lagi apabila dalam ceramah tersebut, Nik Aziz telah samakan kelahiran Nabi Muhamad saw serupa dengan kelahiran budak biasa di kampung-kampung...dan itulah agaknya sebab mengapa PAS dibawah nasihat Nik Aziz mahu perayaan Maulud Nabi agar tidak perlu dirayakan oleh umat Islam...

Anwar sebenarnya cuba membunuh dirinya sendiri dan bukannya orang lain !!!

Kalau sesiapa yang biasa masuk ke dalam hutan tak kiralah samada ianya sebuah hutan paya atau hutan yang berbukit pasti akan biasa terjumpa dengan lintah iaitu sejenis hidupan di hutan yang hanya memburu darah untuk mengekalkan hayatnya.

Dan misalkata kita sedang berjalan didalam satu kawasan hutan ataupun belukar lalu kita dapati dikaki kita telah ada seekor dua atau lebih lintah melekat sambil menghisap darah pada bahagian kaki dan dalam masa yang sama pula kita telah melepaskan lintah itu tadi dari kaki kita serta membunuhnya dengan mengerat lintah berkenaan kepada beberapa bahagian dan selepas itu apa yang kita dapat lihat ?

Kita akan dapat lihat sesuatu yang pelik dan ganjil sedang berlaku pada lintah itu yang telah kita kerat-kerat tadi. Kalau kita potong dua, lintah tersebut akan hidup balik dan menjadi dua ekor. Begitu juga kalau kita potong lintah itu kepada beberapa bahagian misalnya kita kerat menjadi lima ke atau enam bahagian maka sudah tentulah lintah tersebut akan hidup menjadi enam ekor pula.

Maka itulah yang tengah saya lihat bagaimana beberapa kali dakwaan bunuh kononnya dirancang ke atas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebelum ini seperti gagal untuk dilaksanakan apabila Anwar Ibrahim sejak dari dulu lagi sehingga kini tetap sama, tidak berubah dari segi kesihatan malahan semakin sihat dan segar bugar lagi. Bebas pula keluar masuk Malaysia seolah-olah dia tiada apa-apa kes lama yang tertunggak dalam mahkamah di negara ini.

Dulu tuduhan Anwar Ibrahim diracun dengan serbuk arsenik, sehingga saat ini Anwar Ibrahim semakin ligat pula. Kemudian datang pula dakwaan kononnya masa dalam penjara Anwar Ibrahim disuntik dengan viru HIV/AIDS.tapi dia makin bertenaga malah boleh lagi buat projek raksekseks baru.

Lepas tu timbul pula tuduhan besar konon nyawa Anwar Ibrahim dalam bahaya dan ada rancangan untuk membunuh dia sehingga menyebabkan Anwar bersembunyi selama 2 hari 2 malam dalam pejabat Kedutaan Turki di Ibu Negara pada tahun 2008, tapi sehingga kini dia bebas saja bergerak kesana kemari dalam Malaysia.

Seterusnya, baru-baru ini timbul satu lagi dakwaan bunuh terhadap Anwar Ibrahim konon kenderaan Mercedes Benz miliknya yang dipandu oleh pemandu peribadinya telah disabotaj bertujuan untuk membunuh Punaisihat PKR itu, tetapi lepas tu..boleh lagi Anwar Ibrahim menjelajah ke Jawa Timur sambil menyanyi-nyanyi lagu 'Bengawan Solo'... mana ada matinya !

Ini lagi, ada cerita baru direka. Pihak Polis dituduh hendak bunuh Anwar sewaktu dia bersama yang lain berarak menyertai perhimpunan haram BERSHIT 2.0 hari Sabtu 9 Julai lepas. Kononnya Anwar 99.99% hampir mati jika serpihan kelongsong peluru gas pemedih mata terkena di kepala Anwar. Itu dakwaan peguam bidan terjun PKR, N. Suresdran.

Siapa yang nak bunuh Anwar Ibrahim sebenarnya kalau bukan diri dia sendiri. Anwar sudah tidak adil kepada diri beliau sendiri dan Anwar sudah menipu diri sendiri termasuk isteri, anak-anak, rakyat Permatang Pauh serta rakyat Malaysia keseluruhannya. Anwar tidak pernah memberi peluang kepada dirinya untuk berubah malah Anwar lebih suka jika segala peluang yang terbentang luas akan lekas-lekas ditutup dan dihapuskan. Tiada siapa lagi yang boleh membantu Anwar Ibrahim sebenarnya kecuali diri dia sendiri. Amin! Amin! Amin!!!

Rabu, Julai 20, 2011

PKR buat drama baru, kisah Anwar cuba terjun dari tingkap !

(Ini gambar ihsan dari rakan blogger Wira Kenyalang). Gambar kelihatan Anwar cuba nak terjun dari tingkap sebuah rumah di Kampung Tupong Petra Jaya Kuching. Anwar nak ikut jejak mendiang Teoh Beng Hock agaknya, mahu tamatkan riwayat dengan terjun bangunan SPRM supaya masalah dia sorang akan selesai dan akan meninggalkan pula masalah besar kepada orang lain yang masih hidup.
Apalah bodoh punya kerja. Kenapa baru sekarang nak buat laporan polis. Sudah berapa hari dah berlalu. Sudah hampir dua minggu perhimpunan haram Bershit 2.0 berlalu kenapa hanya baru hari ini PKR mulai sedar nak buat laporan polis kononnya pihak polis cuba nak membunuh Anwar Ibrahim dengan melepaskan beberapa das tembakan gas pemedih mata yang ketika itu sedang berjalan berarak bersama-sama dengan para peserta demonstrasi haram dalam sebuah terowong. Terowong??? Terowong yang mana pulak?

"Mereka (polis) mensasarkan tembakan itu ke arah kepala dan jika ia terkena boleh terbunuh. Kami mahu perkara ini diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh," kata Naib Presiden PKR, N. Surendran yang menemani pengawal peribadi Anwar, Fayyadh Afiq Albakqry membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di sini

Bodoh betul bunyi alasan yang diberikan N. Surendran itu. Apakah dia tak ingat yang sebelum inipun sudah berapa puluh kali sudah dakwaan yang serupa telah dijatuhkan oleh pihak PKR ke atas bahu pihak lain yang mereka tuduh sesuka hati mahu membunuh Anwar Ibrahim. Kalau benarlah dakwaan begitu bahawa ramai pihak yang nak bunuh Anwar Ibrahim, apa juga perlunya untuk mereka yang punya niat sedemikian menunggu waktu seperti pada hari Sabtu 9 Julai lalu semata-mata untuk tujuan tersebut.

Tuduhan yang mengatakan Anwar diracun dengan arsenik, Anwar disuntik dengan kuman HIV, Anwar lari dan bersembunyi dua hari dua malam di Pejabat Kedutaan Turki kononnya takut dibunuh dan bermacam-macam lagi tuduhan liar namun apa yang N. Surendran tidak nampak adalah Anwar yang terus sihat walafiat segar bugar bebas keluar masuk negara kehulu kehilir menabur fitnah dan pembohongan.

Arkib Blog