Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Julai 21, 2011

Anwar sebenarnya cuba membunuh dirinya sendiri dan bukannya orang lain !!!

Kalau sesiapa yang biasa masuk ke dalam hutan tak kiralah samada ianya sebuah hutan paya atau hutan yang berbukit pasti akan biasa terjumpa dengan lintah iaitu sejenis hidupan di hutan yang hanya memburu darah untuk mengekalkan hayatnya.

Dan misalkata kita sedang berjalan didalam satu kawasan hutan ataupun belukar lalu kita dapati dikaki kita telah ada seekor dua atau lebih lintah melekat sambil menghisap darah pada bahagian kaki dan dalam masa yang sama pula kita telah melepaskan lintah itu tadi dari kaki kita serta membunuhnya dengan mengerat lintah berkenaan kepada beberapa bahagian dan selepas itu apa yang kita dapat lihat ?

Kita akan dapat lihat sesuatu yang pelik dan ganjil sedang berlaku pada lintah itu yang telah kita kerat-kerat tadi. Kalau kita potong dua, lintah tersebut akan hidup balik dan menjadi dua ekor. Begitu juga kalau kita potong lintah itu kepada beberapa bahagian misalnya kita kerat menjadi lima ke atau enam bahagian maka sudah tentulah lintah tersebut akan hidup menjadi enam ekor pula.

Maka itulah yang tengah saya lihat bagaimana beberapa kali dakwaan bunuh kononnya dirancang ke atas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebelum ini seperti gagal untuk dilaksanakan apabila Anwar Ibrahim sejak dari dulu lagi sehingga kini tetap sama, tidak berubah dari segi kesihatan malahan semakin sihat dan segar bugar lagi. Bebas pula keluar masuk Malaysia seolah-olah dia tiada apa-apa kes lama yang tertunggak dalam mahkamah di negara ini.

Dulu tuduhan Anwar Ibrahim diracun dengan serbuk arsenik, sehingga saat ini Anwar Ibrahim semakin ligat pula. Kemudian datang pula dakwaan kononnya masa dalam penjara Anwar Ibrahim disuntik dengan viru HIV/AIDS.tapi dia makin bertenaga malah boleh lagi buat projek raksekseks baru.

Lepas tu timbul pula tuduhan besar konon nyawa Anwar Ibrahim dalam bahaya dan ada rancangan untuk membunuh dia sehingga menyebabkan Anwar bersembunyi selama 2 hari 2 malam dalam pejabat Kedutaan Turki di Ibu Negara pada tahun 2008, tapi sehingga kini dia bebas saja bergerak kesana kemari dalam Malaysia.

Seterusnya, baru-baru ini timbul satu lagi dakwaan bunuh terhadap Anwar Ibrahim konon kenderaan Mercedes Benz miliknya yang dipandu oleh pemandu peribadinya telah disabotaj bertujuan untuk membunuh Punaisihat PKR itu, tetapi lepas tu..boleh lagi Anwar Ibrahim menjelajah ke Jawa Timur sambil menyanyi-nyanyi lagu 'Bengawan Solo'... mana ada matinya !

Ini lagi, ada cerita baru direka. Pihak Polis dituduh hendak bunuh Anwar sewaktu dia bersama yang lain berarak menyertai perhimpunan haram BERSHIT 2.0 hari Sabtu 9 Julai lepas. Kononnya Anwar 99.99% hampir mati jika serpihan kelongsong peluru gas pemedih mata terkena di kepala Anwar. Itu dakwaan peguam bidan terjun PKR, N. Suresdran.

Siapa yang nak bunuh Anwar Ibrahim sebenarnya kalau bukan diri dia sendiri. Anwar sudah tidak adil kepada diri beliau sendiri dan Anwar sudah menipu diri sendiri termasuk isteri, anak-anak, rakyat Permatang Pauh serta rakyat Malaysia keseluruhannya. Anwar tidak pernah memberi peluang kepada dirinya untuk berubah malah Anwar lebih suka jika segala peluang yang terbentang luas akan lekas-lekas ditutup dan dihapuskan. Tiada siapa lagi yang boleh membantu Anwar Ibrahim sebenarnya kecuali diri dia sendiri. Amin! Amin! Amin!!!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..ANUWAR SUKA CARI PASAL. SEKARANG DIA TERPAKSA TERIMA BALASAN ATAS APA DIA DAH LAKUKAN SEBELUM INI. TU LE NAMA DIA HUKUM KARMA! KEHKEHKEH

leeza berkata...

Saya pun berpendapat sedemikian juga.

aku berkata...

satu yang 'menarik' pasai si anwar n the gang ni....tak habih2 nak 'berhalusinasi'......

asai apa yg depa nak tak dapat ja....'skrip' yang biasa depa kata....ada org 'sabotaj'...'dengki'...'konspirasi'...'rasuah'...'ugutan'...bla bla bla...

asai ada org tanya yang 'bingitkan' telinga...'sakit'kan...mata dengan kepala 'biol' depa tu.....'melolong2' depa marah2...kekononnyer....penyoal tu 'dibayaq'....apa kejadah nyer..?

tetiba ja depa rasa macam layak nak cakap pasai demokrasi....walhal sume nak ikut telunjuk depa ja....sampai jadi pembangkang pun depa nak suruh rakyat majoriti yang tak pilih depa.....ikut 'arahan' depa....gilerrr ke ape?

mcmana lah kalau depa ni jadi 'pemerintah'......da sah2 sume yang depa tak suker depa 'sumbat' dalam penjara....yang depa tak boleh 'sumbat mulut'...depa 'hapuskan identiti' ja....lepaih tu kata lah...."depa tak pernah jumpa...depa tak pernah kenai dengan si polan tu...semua ini dusta....semua ini fitnah...ini adalah fitnah yang paling jahat sekali kat muka bumi ni...sebab nak jatuhkan depa...."

padahal mmg da jatuh 'tergolek'...dan berguling2' pun....sampai nak 'bangkit' pun perlukan 'bantuan'org lain...'bantuan' dana...tak masuk lagi pelakon2 tambahan...bla bla bla....tapi depa masih tak boleh nak terima...maklumlah da 'giler talak'....

depa ni da mmg tahap gaban punyer gilerrr biolll!

hilbert berkata...

Salam bro,
lama juga Anwar ambil masa nak buat drama, sudah berminggu baru timbul idea nak buat kisah tu selepas kisah leher sakit tidak mendapat sambutan.

Leeza..salam.

bro Aku,,yang aku rasa pelik sikit pasai Anwar, dia pakai bodyguard warga asing..kenapa tak pakai warga tempatan...ada persoalan disitu

Arkib Blog