Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Disember 10, 2009

1Niat. Kelantan DiDahulukan. Nik Aziz DiUtamakan.

Kesian YB Datuk Mahfuz, niat baik beliau telah dibalas oleh Tok Guru Nik Aziz dengan resepi masakan pedas cili api.

Datuk Mahfuz telah mengemukakan cadangan agar anak menantu Tok Guru iaitu saudara Ariffahmi agar segera meletakkan jawatan sebagai CEO di PMBK demi untuk menjaga serta memulihkan nama kurang baik MB Kelantan itu.

Menurut Datuk Mahfuz lagi, tak perlu bagi saudara Ariffahmi untuk menunggu sehingga bulan Mac 2010 baru nak letak jawatan kerana khuatir akan timbul pula bermacam-macam lagi isu dalam tempoh tersebut jika ianya tidak disegerakan.

Tapi malangnya apabila Nik Aziz yang begitu berang dengan cadangan Datuk Mahfuz itu sebagaimana yang diduga dengan secepat kilat telah bangkit sambil mengingatkan Datuk Mahfuz agar jangan cuba untuk memandai-mandai berhubung dengan perkara yang berkaitan isu PMBK.

Itulah, hasrat Datuk Mahfuz pada mulanya memang baik tetapi kemudiannya telah ditambahbaikkan lagi oleh Nik Aziz maka ianya telah menjadi semakin tidak baik apabila Datuk Mahfuz pula yang mungkin akan berdepan dengan "doa bala atau doa gear 5 ~ pecah perut" oleh Tuan Guru YAB MB Kelantan.

Ikan Puyu mempunyai kuasa pendinding... yakinlah!

Kepada yang suka memelihara bermacam-macam jenis ikan didalam akuarium atau apa saja bekas sekalipun tentu sekali mereka kenal sangat dengan berbagai-bagai jenis ikan dan termasuklah juga dengan ikan puyu.

Ikan puyu mudah untuk didapati dibendang-bendang ataupun dikawasan sawah padi dan kadangkala senang untuk kita temui di semua jenis tanah yang airnya sesuai untuk spesis ikan ini membiakkan habitatnya.

Ada orang yang suka memelihara ikan puyu ini hanyalah semata-mata kerana tarikan yang tertentu pada ikan tersebut namun ada juga yang memelihara ikan jenis puyu ini dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan sebagai sumber rezeki sampingan.

Apa yang ingin saya kongsikan bersama dengan pembaca semua mengenai adanya keistimewaan luarbiasa yang ada hanya pada ikan puyu ini ialah ianya tidak pernah tidur atau tertidur walaupun hanya untuk beberapa saat dan inilah yang membezakan ikan puyu dengan ikan yang lain.

Keistimewaan inilah yang menyebabkan ramai orang di Sarawak terutamanya penduduk-penduduk kampung serta para penghuni rumah panjangnya percaya bahawa kelebihan yang dimiliki ikan puyu ini mampu untuk digunakan sebagai pelindung kepada mana-mana ilmu terutamanya "ilmu pukau."

Apabila saya terbaca satu berita bergambar yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini iaitu mengenai seorang pembekal barang kemas dari Kuala Lumpur yang kerugian hampir RM1 juta ringgit setelah kesemua barang kemas yang beliau tinggalkan dihadapan Pasar kedai Payan, Jalan Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu pada jam 2 petang semalam telah lesap dilarikan oleh sekumpulan perompak warga Arab hanya dengan menggunakan ilmu pukau mereka.

Dikatakan juga bahawa sesudah memasuki kedai tersebut kesemua perompak warga Arab itu termasuk salah seorang daripada mereka adalah wanita telah bertindak dengan menyentuh setiap pekerja yang ada didalam premis tersebut dan tidak lama kemudian seorang demi seorang semua pekerja didalam kedai itu telah terpukau dan hanya mampu melihat saja apa yang sedang dilakukan oleh perompak itu.

Oleh itu, kepada semua pemilik-pemilik kedai emas yang mungkin akan menjadi mangsa seterusnya oleh sindiket-sindiket ilmu hitam ini, adalah disarankan supaya segera memelihara sekurang-kurang 3 ke atau 2 ekor ikan puyu dan letakkan di tempat-tempat yang sesuai atau strategik. Perlu ada usaha untuk mencegah sesuatu kejadian daripada berlaku keatas diri kita dan yang paling utama ialah sikap berwaspada selalu.

Perhatian juga, ikan puyu ini hanya boleh ditaruhkan satu ekor saja dalam satu balang atau akuarium kerana tabiat semulajadi ikan puyu ini ialah ianya suka bersendirian dan tidak mahu berkongsi tempat dengan ikan yang lain walaupun sama spesis dengannya. Betul-betul rasis ikan ini...kes terlampau perkauman lah ni...

Jika kita campur juga ikan puyu ini didalam akuarium yang sama dengan ikan yang lain, pasti salah satu diantara keduanya akan mati... memang tidak harmoni langsung !

Apa-apapun, kepada yang ingin mencuba memelihara ikan puyu ini, usahakanlah mulai dari sekarang...demi harta benda kita yang ada didalam rumah, yakinlah bahawa ikan puyu takkan tidur punya. Ikan ini tak sama macam kucing. Kucing ini kita pelihara buat habis beras saja, kalau bab tidur tu memang nombor satu...tikus dan pencuri masuk pun dia takkan peduli walaupun terlanggar batang hidung dia, makin rapat pula dia tutup mata.

Ilmu pukau takkan berkesan jika kita ada memelihara ikan puyu ini didalam rumah, tetapi mesti mau ada keyakinan mengenai perkara ini. Jika tidak, tak menjadi pula. Selamat mencuba !

Rabu, Disember 09, 2009

Kini PAS Kelantan pula haramkan BTN...

Seakan-akan tepat juga apa yang pernah saya rasakan apabila langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Pakatan di negeri Selangor menerusi Menteri Besarnya dari PKR yang mengharamkan semua kakitangan kerajaan dibawah pentadbiran mereka dari mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara(BTN) turut diikuti oleh kerajaan Pulau Pinang yang Ketua Menterinya adalah Setiausaha Agung DAP.

Dan langkah tersebut tidak hanya setakat disitu saja apabila negeri Kelantan melalui Menteri Besarnya yang juga Mursyidul Am PAS juga telah mengambil tindakan yang serupa dengan turut mengharamkan kursus BTN di Kelantan. Malah MB Nik Aziz terus mendesak agar BTN segera dirombak dan diselaraskan semula supaya ianya sesuai dengan ajaran agama Islam. Menurut Nik Aziz, kursus yang ditawarkan dalam BTN bercanggah sama sekali dengan ajaran juga tuntutan agama Islam dan maka sebab itulah Nik Aziz mahu BTN kalau boleh dirombak dengan sebeberapa segera...huhhhhh!!!

Jadi jika begitu, yang doa-doa yang diucapkan oleh Nik Aziz selama yang bertujuan untuk menjahanamkan orang lain dengan berbagai-bagai sumpah-seranah hanya kerana tuntutan "royalty minyak" itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam ke ? Nanti apa lagi sunnah Nabi yang akan dikatakan Nik Aziz berkaitan dengan tindakan beliau mengharamkan BTN itu ? ...pasti 100% dia akan kata bahawa dia ikut tindakan Nabi dan yang paling melucukan apabila sering untuk menyamakan setiap tindakan beliau sama dengan Nabi SAW...hmmmmm

Isu BTN ini semakin melarat apabila Menteri Di JPM YB Datuk Seri Mohd Nazri bin Tan Sri Aziz dengan begitu terbijaksana-terbijaksini telah mengumumkan yang BTN akan dirombak semula agar ianya bersesuaian dengan keadaan semasa tetapi mungkin YB Datuk Nazri mahu ianya sesuai mengikut kemahuan serta selera Lim Kit Siang, Karpal Singh serta semua konco-konco mereka dalam DAP, PKR dan PAS.

Pengumuman Datuk Nazri itu bagaimanapun telah tidak dipersetujui oleh YABhg Tun Dr Mahathir yang menyatakan bahawa BTN tidak perlu dirombak ataupun dikaji semula. Datuk Nazri yang tidak senang dengan pandangan Tun Dr Mahathir itu terus hilang punca, lalu terus menuduh Tun Dr Mahathir sebagai 'rasis' ertinya perkaumanlah lebih kurangnya. Tergamak Datuk Nazri menuduh Negarawan Ulung negara kita sebagai rasis semata-mata Datuk Nazri mahu menjaga hati atau boleh juga dikatakan sebagai untuk mengambil hati Lim Kit Siang, Anwar, Nik Aziz serta mereka-mereka yang sama rasisnya dalam Pakatan Pembangkang.

Lanjutan dari tuduhan rasis oleh Datuk Nazri terhadap Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia keempat itu telah mengsyorkan supaya Datuk Nazri meletakkan semua jawatan beliau dalam UMNO kerana menurut Tun Dr Mahathir oleh kerana Datuk Nazri anti-perkauman dan tidak sesuai untuk dia berada didalam UMNO kerana UMNO adalah sebuah parti yang hanya terbuka keahliannya kepada kaum Melayu saja dan tidak sama seperti PKR, DAP dan akhir nanti mungkin PAS for ALL, iaitu mungkin Yahudi pun boleh jadi ahlinya.

Bisa, bisa, bisa...bagai tertusuk duri sembilu.

Isu Ketuanan Melayu: Dimana KDN ?

Isu ketuanan Melayu tidak habis-habis dibangkit oleh masyarakat bukan Bumiputera di Semenanjung Malaysia. Walaupun isu itu bukanlah satu perkara yang terlalu mengancam keselamatan atau keharmonian bagi penduduk-penduduk di Sarawak dan juga di Sabah namun kami sebagai kaum Bumiputera tetap memandang apa yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pemimpin dalam dalam parti DAP itu tetap ada kena mengena dengan hak serta kepentingan kaum Bumiputera secara keseluruhannya.


Di Sarawak terutama sekali dimana kaum Bumiputeranya khusus yang bukan berketurunan Melayu sudah lama menerima hakikat bahawa ketuanan sesuatu kaum mesti ada di Malaysia dan maka itulah ianya harus diberikan kepada bangsa Melayu kerana disamping jumlah mereka sebagai kaum yang terbesar di negara ini mereka juga adalah penduduk asal di Malaysia. Jadi tiada sebab untuk kaum bukan Bumiputera yang jelas asal-usul mereka darimana untuk mempersoalkan segalanya.


Berbalik kepada tajuk artikel ini, saya merasa sangat hairan kenapa dalam hal yang begitu sensitif, pihak yang sepatutnya cepat bertindak hanya berdiam diri saja tanpa berbuat apa-apa. Jika dinilai dari nama kementerian itu saja kita sudah tahu apa fungsinya, apa peranannya serta yang pasti ialah menteri yang menerajui kementerian tersebut haruslah seorang yang berani, tegas dan tidak selalu mengeluarkan amaran demi amaran tanpa sebarang tindakan diambil tetapi lebih malang sekali apabila perkara yang sama selalu saja berulang...huh!!! "pi mai pi mai tang tu"


Dalam usaha terbaru oleh Anggota Parlimen Ipoh Barat YB M. Kulasegaran yang cuba untuk terus meniupkan api kebencian dikalangan masyarakat yang berbilang bangsa di negara ini serta untuk menghidupkan semula sentimen perkauman di Malaysia, mengapa Kementerian Keselamatan Dalam Negeri tidak bertindak ? Apakah harus dibiarkan saja pemimpin politik seperti beliau itu untuk merosakkan perpaduan kaum dikalangan rakyat dalam negara kita ?


Golongan yang wajar untuk mempertahankan keharmonian kaum di negara kita seperti YB-YB tanpa mengira latar belakang fahaman politik mereka, seandainya mereka jelas untuk mewujudkan suasana ketidaktentuan dalam Malaysia maka mereka itulah yang seharusnya diambil tindakan dengan kadar sebeberapa segera dan bukannya 12 orang masyarakat Melayu yang didakwa atas perkara memijak kepala lembu di hadapan Pejabat SUK Selangor.


Cuba kita fikir dengan teliti dan renung betul-betul, manakah yang lebih mendatangkan kemudaratan kepada hubungan kaum di negara kita, adakah demonstrasi memijak kepala lembu yang hanya dilakukan oleh rakyat biasa atau cubaan oleh seorang wakil rakyat yang bertaraf Parlimen yang mana dalam kawasan pilihanraya beliau rakyatnya terdiri daripada berbagai-bagai kaum, adat, budaya dan agama ?


Jadi kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri(KDN), janganlah "teragak-agak" jika mahu bertindak demi keselamatan dan keharmonian kaum dalam negara kita dan juga janganlah selalu hanya memberi "amaran keras" kepada pihak-pihak yang serigkali membuat hal dalam Malaysia ini sehinggakan "amaran keras" yang hanya dipendam dan disimpan akan menjadi semakin "lembut dan lembik" pula.


Oleh itu, sekiranya benar amaran itu keras maka lontarkan saja terus kepada yang dituju dan jangan teragak-agak, dan contohilah semangat yang ada pada wartawan Iraq iaitu Muntazer El-Zehdi yang terus melontarkan kasut beliau ke arah George W. Bush, beliau tidak teragak-agak dalam membuat tindakan. Beliau "berani kerana benar."

Selasa, Disember 08, 2009

Manusia harus segera keluar dari segala kesesatan...

Ada empat kategori kesesatan yang sering dialami oleh setiap manusia ketika hayat masih dikandung badan. Keempat-empat kesesatan itu ialah pertamanya sesat ditengah lautan yang luas, keduanya sesat didalam hutan yang tebal, manakala kesesatan yang ketiganya ialah sesat ditengah-tengah kesibukkan kotaraya dan yang keempat lebih parah iaitu sesat didalam amalan hidup seharian.


Gambar yang diatas sekali adalah persimpangan jalan didalam hutan atau juga boleh disebut sebagai pangkal jalan dan ianya mempunyai dua simpang jalan sering dilalui dengan tujuan yang berbagai-bagai. Kepada yang memang sudah biasa dengan simpang-simpang jalan itu tentu sekali yang berkenaan sangat mahir tentang selok-belok selekoh jalan yang terdapat disekitar hutan tersebut.
Jadi, kepada yang tidak biasa dengan keadaan sebenar atau suasana didalam hutan tentu sekali akan menjadi masalah besar apabila sudah masuk kedalam hutan tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk mencari jalan keluar. Walau bagaimanapun, ikhtiar untuk keluar haruslah dicari dan diusahakan segera agar hutan tidak akan terus menyesatkan.
Begitu juga dengan mereka yang suka belayar sehingga masuk ketengah lautan yang maha luas. Apabila telah hanyut terlalu jauh di tengah lautan sehingga hilang semua pandangan seperti tepian pantai bagi dijadikan sebagai panduan untuk kembali semula ke daratan. Maka itulah sebabnya apabila ada yang berhasrat untuk meredah lautan, kita akan melihat mereka ini akan membawa segala kelengkapan iaitu peralatan-peralatan yang berkaitan dengan aktiviti pelayaran dan yang paling penting ialah kompas.
Bagi kes yang sesat didalam keriuhan atau kesibukkan di kotaraya atau juga di bandar-bandar besar jumlahnya semakin ramai malah kesesatan mereka sentiasa berulang-ulang. Semakin maju dan juga semakin besar ukuran sesebuah bandar itu maka semakin melebarlah kesesatan yang dialami oleh penghuninya. Yang peliknya, semakin giat usaha dijalankan oleh berbagai agensi untuk membawa mereka-mereka yang tersesat ini keluar dari kesesatan maka semakin jauh pula mereka ini sesat.
Sementara tiga lagi gambar dibawah yang letaknya bersusun-susun adalah mengenai kesesatan yang boleh dikatakan sebagai kesesatan yang dirancang.
Satu lagi gambar diatas menunjukkan bagaimana salah seorang wakil rakyat yang besar kemungkinannya beragama Kristian iaitu YB Dr. Xavier Jeyakumar telah berceramah didalam sebuah Masjid di negeri Selangor satu ketika dulu. Ini adalah sesat yang tidak mahu keluar dari kesesatan tetapi sesat yang mahu menyesatkan orang yang cenderung ke arah kesesatan.
Gambar yang dibawah menunjukkan bagaimana sekumpulan orang sedang mendirikan sembahyang hajat tetapi malangnya mereka telah tersalah arah kiblat dan ini juga menandakan bahawa kesesatan akan berlaku dimana-mana dan akan dialami oleh sesiapa saja.
Yang dibawah sekali gambar menunjukkan kejadian yang telah berlaku beberapa bulan yang lalu dimana kita disajikan dengan drama segolongan orang yang mempunyai kepercayaan agama berlainan telah bersama-sama menjalankan ibadat yang sepatutnya hanya dilaksanakan oleh satu pihak saja namun oleh kerana disebabkan kepentingan terdesak yang tertentu maka soal akidah, halal haram serta dosa pahala telah diketepikan. Inilah satu kesesatan yang paling parah yang jika tidak dibendung boleh terus merosakkan amalan atau pegangan hidup sesuatu kaum itu.

Isnin, Disember 07, 2009

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan...

Tahu tak anda bagaimanakah cara seekor burung helang berusaha mengeluarkan daging seekor kura-kura daripada tempurungnya untuk dimakan.

Percaya atau tidak bahawa ada haiwan yang tertentu punya akal untuk mencapai apa yang dia inginkan kerana persepsi kita tentang haiwan semuanya sama iaitu haiwan walaupun apa jenisnya memang tidak berakal atau perasaan. Tetapi sebenarnya dalam hal ini kita mungkin tersilap.

Saya pernah terserempak dengan seekor burung helang yang sedang beusaha untuk memakan daging seekor kura-kura yang telah ditangkapnya. Ini berlaku ketika saya meredah hutan belantara di suatu tempat dalam kawasan pendalaman negeri Sarawak iaitu kawasan yang tanahnya berbatu-bata serta kebetulan mempunyai anak sungai yang airnya senantiasa mengalir deras.

Setelah burung helang ini berjaya menangkap kura-kura, ia akan membawa kura-kura ini terbang setinggi yang mungkin dan selepas itu kura-kura itu akan dilepas burung helang ini dengan tiba-tiba ke atas batu-batu yang terdapat ditepi sungai.

Apa pula yang terjadi dengan kura-kura itu? Setelah dijatuhkan dari paras yang agak tinggi maka tempurung kura-kura itu akan pecah dan sesudah itu mudahlah bagi burung helang itu untuk memakan segala isi daging kura-kura itu. Dan mungkin begitu cara yang sering digunakan oleh burung helang untuk mendapatkan daging dari mangsa-mangsanya terutama yang punya pelindung diri seperti kura-kura atau juga mungkin labi-labi.

Kenapa tergesa-gesa mengiktiraf anak keluarga kahwin campur di Sarawak sebagai Bumiputera ?

Apakah kerajaan tidak belajar dari kesilapan masa lampau dalam membuat sebarang keputusan yang sangat penting berhubung dengan masa depan kaum Bumiputera di negara ini? Kes Singapura yang dikeluarkan dari Malaysia satu ketika dulu sudah cukup untuk mengingatkan kita semua betapa perlunya sesuatu keputusan itu dibuat dengan penuh teliti serta berhati-hati dengan mengambilkira kesannya pada generasi Bumiputera pada masa hadapan dan juga agar ianya kelak tidak akan dikesali oleh masyarakat atau kaum Bumiputera di negara ini.

Berbalik kepada isu taraf Bumiputera serta bukan Bumiputera, kerajaan tidak sepatutnya bertindak dengan tergesa-gesa didalam menyelesaikan mana-mana tuntutan oleh pihak-pihak yang tertentu mengenai status kewarganegaraan mereka didalam negara ini terutamanya yang berkaitan dengan soal kahwin campur dikalangan masyarakat berbilang kaum di negeri Sarawak.

Kerajaan hendaklah membuat kajian serta penyelidikan yang lebih mendalam mengenai hal ini sebelum membuat sebarang keputusan. Jangan hanya kerana bimbang dengan beberapa desakan daripada pihak pembangkang maka masa hadapan kaum Bumiputera di negeri Sarawak akan turut digadai serta di pertaruhkan. Saya sangat bimbang berkenaan dengan keputusan yang telah diambil apabila kerajaan dengan begitu cepat mengiktiraf golongan yang kononnya teraniaya terus diberi status mereka sebagai kaum Bumiputera.

Ahad, Disember 06, 2009

DAP mula laksanakan Hukum Hudud. PAS bila pula?

Gambar juga yang mampu mencerita segalanya. Gambar yang membuktikan segala tingkahlaku samada bersopan ataupun biadap.

Inilah agaknya hukuman Hudud ala DAP yang akan dikenakan keatas pesalah yang dituduh bersalah jika hanya tidak menyokong mereka.

Gambar orang-orang yang kononnya dituduh sebagai "pengkhianat rakyat" akan dipijak-pijak gambar mereka.




Dan jika Pakatan Pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan baru di Malaysia, mungkin DAP akan memperaktikkan hukuman yang hanya memijak gambar orang-orang kepada batang tubuh orang sebenarnya sebagaimana yang anda lihat pada gambar sebelah.

Dan juga mungkin inilah sebabnya PAS semakin sayang kepada DAP kerana bukan saja menolak penubuhan Malaysia sebagai sebuah negara Islam tetapi telah mendahului PAS dalam melaksanakan Hukum Hudud iaitu akan menghukum mereka yang tidak sealiran ideologi mereka dengan hukuman seumpama itu.






Gambar disebelah ini pula berkenaan dengan hukuman potong tangan. Orang yang didapati telah bersalah mencuri besar kemungkinan akan dikenakan dengan hukuman itu.

Mungkin ini antara Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia sebab negara ini didiami oleh masyarakatnya yang terdiri dari berbagai kaum, budaya dan agama.
Manakala gambar disebelah mengenai hukuman direjam dengan batu sampai pengsan ke atau sehingga mati, itu kurang pasti juga saya namun hukuman jenis itu juga sebahagian daripada hukum hudud.

Wanita atau lelaki yang telah didapati bersalah kerana kesalahan berzina akan menerima hukuman seberat itu.

Seperti hukuman potong tangan serta juga hukuman direjam dengan batu, kedua-duanya amat sukar untuk dilaksanakan dalam negara kita memandangkan Malaysia dihuni oleh berbagai-bagai kaum yang tentunya akan menyaksikan seandainya hukuman itu dilaksanakan juga, bermakna tiada keadilan yang kaum Melayu dapat.

Hukuman Hudud yang diperjuangkan oleh PAS hanya akan dipakai terhadap orang Islam saja tetapi tidak kepada kaum-kaum lain. Jadi disitulah saya nampak akan ada wujudnya ketidakadilan apabila kita berjaya melihat walaupun telah melakukan kesalahan yang sama hanya orang Islam saja yang akan diambil tindakan manaka yang bukan beragama Islam akan terlepas.

Mungkin itu agaknya sebab kenapa PAS sehingga ke saat ini gagal untuk melaksana Hukum Hudud di Kelantan namun DAP sudah mula mengorak langkah pertama ke arah itu.

Sabtu, Disember 05, 2009

Doa bala untuk Najib ertinya tanda bagus untuk LKY


Kedua-dua gambar diatas sengaja dipilih bagi membolehkan sesiapa saja untuk menilai siapakah Nik Aziz yang sebenarnya. Tiada kategori ditetapkan bagi yang bijak membuat penilaian tentang Tok Guru ini dan juga tiada hadiah disediakan cuma memerlukan pandangan atau analisis ringan untuk dikongsi bersama.
Apabila seseorang itu telah sesat ditengah hutan belantara tiada seruan yang akan dilaungkan supaya orang itu harus kembali kepangkal jalan kerana usaha mencari dan menyelamat yang melibatkan ratusan orang dari berbagai-bagai agensi akan segera digerakkan bagi membawa individu yang sesat tadi keluar dari kesesatan.
Tetapi bagaimana pula caranya untuk menyelamatkan individu-individu tertentu yang jelas sekali telah semakin sesat ditengah-tengah keriuhan suara-suara sumbang agar dia tidak terus sesat terlalu jauh dan akhirnya mampu untuk balik semula kepangkal jalan ?

Jumaat, Disember 04, 2009

Kenapa tiada Do'a untuk Sultan Kelantan ???

"Doa pecah perut" ... itulah pertama kali saya pernah mendengar perkataan berkaitan dengan amalan berdoa yang disebut sebagai yang sedemikian.

Apa yang saya dapat tahu dari pembacaan melalui media cetak dan juga dari artikel-artikel yang ditulis dan diterbitkan oleh beberapa blogger BPN, AIDC Group dan yang pro-kerajaan BN, bahawa Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS telah mengetuai sekumpulan pengikut tegar PAS mengadakan doa yang dikenali sebagai "doa pecah perut" yang dituju khas kepada semua pemimpin Barisan Nasional.

... ZYXWVUTSRQPONMLKJIHGFEDCBAABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ ... 09876543211234567890 ...

Benar sekali apa yang telah dikatakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin berhubung dengan "doa pecah perut" oleh Nik Aziz serta bala pengikut taksub PAS.

"Tidak tahu nak cakap apa lagi" - itu kata TPM. ...memang betul, nak dikatakan budak tidak juga..,sebab sudah punya anak serta ada cucu pulak. Nak dikatakan orang tua susah juga, sebab tindakan yang dibuat oleh mereka sepatutnya tidak dilakukan oleh orang dewasa yang rata-rata sudah berumur.

...dan lagi, nak dikatakan tidak alim, ada serban pulak dililit atas kepala.

Yang sebaik-baiknya dilakukan oleh pemimpin PAS serta penyokong taksub PAS Kelantan ialah berdoa untuk kesihatan serta kesejahteraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra yang sedang gering agar Baginda segera sembuh.

Khamis, Disember 03, 2009

Ambil kursus sebelum dicalonkan sebagai YB

Saya selalu terfikir perlunya diwujudkan beberapa syarat baru bagi tujuan penapisan kepada seseorang yang berhasrat untuk bertanding didalam mana-mana pilihanraya tanpa mengira ianya umum ataupun kecil pada masa hadapan.

Apabila kita memerhati kejadian yang telah serta sedang berlaku yang membabitkan tingkahlaku beberapa Ahli Yang Berhormat terutama sekali mereka dari DAP dan PKR setelah berjaya dipilih sebagai wakil rakyat bagi kawasan-kawasan yang tertentu, kita dapat melihat bagaimana wakil-wakil rakyat ini bertindakbalas terhadap sesuatu perkara yang muncul didepan mereka, seolah-olah mereka kehilangan punca dan mulalah buat benda-benda yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mereka yang berkedudukan sebagai Yang Berhormat.

Adalah perlu bagi pihak-pihak berwajib terutamanya pihak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengadakan beberapa syarat-syarat baru termasuk kursus amali dan beberapa kursus yang lain kepada mereka-mereka yang berkeinginan untuk bertanding sebagai calon bagi mewakili parti-parti yang tertentu di negara ini sebagai langkah ke depan untuk mengelak adanya wakil rakyat yang tidak faham undang-undang negara serta tidak tahu tugas sebenar mereka setelah bergelar Yang Berhormat.

SPR boleh mencontohi kaedah yang biasa digunakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) yang memastikan kepada mana-mana calon sebelum menduduki ujian memandu kepada yang ingin memohon Lesen P. Tidak adapun kes yang pernah berlaku dimana pemohon Lesen P yang datang ke mana-mana Institute Kemahiran Memandu terus saja disuruh oleh Pegawai JPJ masuk kedalam kereta untuk menjalani ujian samada dia pandai memandu ke tidak.

Kita semua sedia maklum bahawa pihak JPJ sentiasa mengenakan syarat yang ketat terhadap mereka-mereka yang bakal menduduki ujian memandu maka sebelum itu seseorang itu diharuskan untuk menghadiri kursus selama satu hari pada hari Ahad dan pada hari yang lainnya dikehendaki menduduki ujian berkomputer. Setelah lulus ujian komputer maka sekali lagi akan dikehendaki hadir pada hari Sabtu bagi sessi yang berikut iaitu kursus L2B.

Selesai kursus L2B, maka langkah seterusnya ialah mesti mendapatkan seorang guru bagi mengajar tentang bagaimana mengendalikan kenderaan ketika berada diatas jalanraya serta dimana tempat yang patut dan tidak patut membawa kenderaan dengan kadar had kelajuan yang telah ditetapkan dan apa yang harus dilakukan ketika telah menghampiri kawasan lampu isyarat dan sebagainya.

Setelah beberapa minggu atau juga mungkin sehingga ke berbulan-bulan apabila ada keyakinan untuk lulus ujian serta sudah memahami segala peraturan serta undang-undang di jalanraya, barulah pihak Institute Kemahiran Memandu atau guru yang mengajar memandu akan menetap tarikh dan masa yang sesuai untuk menjalani ujian memandu. Sehubungan dengan itu seandainya calon-calon itu gagal ujian dikawasan dalam litar namun lulus ujian diatas jalanraya maka ianya hanya perlu untuk menduduki sekali lagi ujian bahagian mana yang beliau telah gagal pada hari yang lain.

Oleh itu saya sering berpendapat bahawa perlu beberapa syarat baru harus dikenakan oleh SPR kepada seseorang yang mempunyai cita-cita untuk menjadi wakil rakyat. Jangan nanti setelah dipilih sebagai Ahli Yang Berhormat, kewajipan yang sepatutnya dilaksanakan oleh mereka ini tetapi perkara lain pula yang dibuat. Kadang-kala kita dapati ada perkara yang tiada langsung memberi faedah kepada rakyat maka perkara itulah yang sering wakil-wakil rakyat ini bangkitkan. Masa yang sepatutnya untuk membela nasib rakyat terbuang begitu saja kepada benda-benda yang tidak berkaitan langsung dengan masalah rakyat.

Buat pindaan pada perkataan yang digunakan ketika Majlis Angkat Sumpah

Cuba kita lihat dan perhatikan betul-betul samada perkataan-perkataan yang masih digunakan oleh semua wakil rakyat di Malaysia ketika melafazkan sumpah serta ikrar taat setia setelah berjaya dipilih sebagai Anggota Dewan tidak kira samada Dewan Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri masih lagi sesuai ataupun wajib untuk digunakan pada masa kini ataupun tidak.

"Dengan menyebut nama Allah,(perkataan Allah hanya untuk yang beragama Islam)
Tuhan Yang Maha Pemurah, lagi amat kasihan belas.
Saya, ..................................................................,
Setelah dipilih sebagai Ahli Dewan Rakyat/(Ahli Dewan Undangan Negeri)
Dengan sesungguhnya bersumpah,
Bahawa saya, akan dengan jujur,
Menunaikan kewajipan-kewajipan saya,
Sebagai yang demikian,
Dengan segala daya upaya saya,
Bahawa saya akan menumpahkan taat setia, yang sebenarnya kepada Malaysia,
Dan akan memelihara, melindungi serta mempertahankan perlembagaannya."

Namun jika kita melihat perlunya dipinda pada perenggan-perenggan yang tertentu sebagaimana yang disenaraikan pada ikrar taat setia itu, maka eloklah ianya dilakukan demi untuk menjaminkan agar semua Ahli Yang Berhormat apabila telah mengucapkan lafaz sedemikian ketika dalam Dewan maka secara sendirinya mereka akan terikat dengan perkara itu dan sekiranya mereka melanggar apa yang telah disebut ketika mengangkat sumpah, bermakna mereka sendiri yang harus dipertanggungjawabkan.

Cuma adalah lebih baik sekiranya ditambah lagi perkataan yang sekurang-kurangnya mampu untuk mengingatkan atau menghalang sesetengah wakil-wakil rakyat atau Ahli Yang Berhormat dari bertindak diluar kewajaran mereka selaku individu yang sedang berkhidmat sebagai wakil kepada rakyat kebanyakkan dan supaya mereka sentiasa menjaga tingkah laku dan juga sentiasa bertatatertib sesuai bagi seorang yang dikenali sebagai orang yang bergelar Yang Berhormat.

Apakata kalau ditambah pada penghujung perenggan terakhir seperti ini;

"Maka dengan ini saya juga bersumpah,
sekiranya saya didapati telah melanggar mana-mana ikrar yang pernah dilafazkan,
bermakna dengan secara sendirinya juga,
kelayakkan saya sebagai Ahli Yang Berhormat telah hilang,
serta dengan sendirinya keanggotaan saya sebagai Anggota Dewan juga turut terlucut bersama,
dan saya tetap akur bahawa pilihanraya kecil harus diadakan semula,"

Kita harus membuat sesuatu agar ada sesuatu yang mampu mengikat para wakil rakyat dengan apa yang telah mereka lafazkan ketika Majlis Angkat Sumpah dan kita harap mereka tidak hanya meletak apa yang telah mereka sebut ketika bersumpah hanya dihujung lidah saja tetapi mau tidak mau ianya harus disimpan jauh kedalam lubuk jiwa mereka.

Saya rasa terpanggil untuk menyentuh perkara ini apabila melihat perkembangan dari masa kesemasa yang melibatkan kelakuan yang memang tidak wajar dilakukan oleh setiap Anggota Dewan yang telah dipilih oleh rakyat sebagai wakil mereka tetapi dengan jelas seolah-olah perkara seperti mengingkari sumpah yang sudah dilafazkan seolah-olah menjadi sesuatu perkara yang sememangnya lazim diamalkan oleh mana-mana wakil rakyat terutamanya dari pihak Pakatan Pembangkang.

Kita lihat sajalah apa yang telah bekas Menteri Besar Perak YB Datuk Seri Mohd Nizar sejurus selesai saja beliau mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Rakyat bagi kawasan Parlimen Bukit Gantang dulu, adakah kita fikir bahawa kejadian seumpama itu harus dibiarkan terjadi didalam sebuah dewan yang tempatnya dianggap sebagai mulia. Adakah mereka yakni wakil-wakil rakyat memahami apa yang telah mereka sebut ketika mengangkat tangan bersumpah ?

Kita juga boleh melihat bagaimana lagak bekas banduan yang telah dipilih oleh rakyat sebagai wakil mereka dan yang lebih menarik lagi telah dilantik sebagai Ketua Menteri. Aksi yang sepatutnya tidak dilakukan oleh seorang yang bergelar sebagai Y.A.B(Yang Amat Berhormat) tetapi telahpun berlaku. Apakah semua ini baik untuk diikuti oleh semua pemimpin pelapis pada masa yang akan datang ? Apa akan terjadi kepada negara kita jika ada pemimpin kita yang berkelakuan sebagaimana yang telah dibuat oleh YAB Lim Guan Eng ?

Selasa, Disember 01, 2009

Antara perbuatan yang harus rakyat Malaysia hindari...

Tidak menghormati undang-undang negara serta sering melanggar peraturan yang telah disediakan. Rakyat Malaysia mesti hormat dan patuh kepada garis panduan undang-undang yang ditentukan oleh pihak berkuasa tetapi malang sekali apabila para pemimpinnya pula telah bertukar menjadi ibu ketam...

Jauhilah perbuatan yang suka mengampu pemimpin-pemimpin dengan niat yang tertentu seperti dengan apa yang anda lihat pada gambar diatas tetapi tidak salah bagi kita untuk menghormati mereka seadanya sebab sewajarnyalah kita menghormati mereka sebagai pemimpin namun janganlah pula sehingga kita seakan-akan lupa bahawa seseorang pemimpin itu akan silih berganti...

Jangan sesekali bertengkar sehingga membawa kepada perkelahian fizikal. Perselisihan faham harus dielakkan dan bawalah berbincang sesama kita sebab perbezaan pendapat tidak akan dapat diselesaikan jika terus ditentukan dengan kekuatan tenaga sebagaimana yang sedang Lim Kit Siang lakukan terhadap Tuan Guru Abdul Hadi, jadi siapa yang menang dan siapa yang kalah tidak akan membawa makna kepada Anwar dan semuanya akan jadi sia-sia...

Hormatilah mana-mana tempat beribadat agama orang lain. Jangan sesuka hati masuk kedalam rumah sembahyang penganut agama lain selain dari kepercayaan yang kita sendiri anuti. Duduk dalam negara Malaysia serta sebagai rakyat Malaysia kita harus sensitif kepada perasaan masyarakat lain di negara ini agar keharmonian serta perpaduan dikalangan rakyat berbilangan kaum, budaya serta agama akan terus terpelihara...

Sebagai rakyat Malaysia, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi terhadap gambar pemimpin tertinggi negara kita. Budaya yang paling tidak bermoral seperti itu harus dibendung dan tidak seharusnya menjadi amalan didalam masyarakat di Malaysia.

Ini juga, apa bezanya...adakah kita serupa ? Disebalik kita mengecam perbuatan yang tidak bertamadun oleh sesetengah rakyat di Indonesia seketika dulu yang membakar Jalur Gemilang, tetapi kita pulak seakan-akan menerima budaya songsang seperti itu. Walau seteruk mana sekalipun kepimpinan sesuatu parti itu samada BN ataupun Pakatan Pembangkang, adalah kurang bijak untuk kita turut berkelakuan seperti itu sekiranya wujud sesuatu masalah...

Perbuatan yang menggambarkan bahawa nilai diri seseorang yang melakukan perbuatan seperti itu terlalu rendah, tidak berpelajaran dan hidup mereka sentiasa dibelenggu oleh perasaan benci yang tidak berasas...

...dan ini pulak, gambar kecil tetapi kesilapannya besar. Mereka adalah wakil rakyat dan bergelar pula sebagai Yang Berhormat tetapi itulah saya katakan bahawa sebenarnya tiada bezanya mereka itu dengan ibu-ibu ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus...

Hmmm... ini lagi parah. Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng. Logik kah? Masuk akal kah ? Boleh kita terima kah gelagat yang seperti diatas telah dilakukan oleh seorang yang memegang jawatan tertinggi didalam kerajaan sesebuah negeri. Dimanakah tempat Lim Guan Eng telah letakkan prinsip demokrasi yang kononnya hanya beliau serta DAP/PKR yang perjuangkan sedangkan gambar diatas tidak menjelaskan seperti apa yang telah mereka suarakan?

Ini juga satu penyakit. Jangan suka berpaut dibelakang bahu orang lain jika kita mahu lebih berjaya. Dalam negara yang sudah lebih 52 tahun mencapai kemerdekaan, sepatutnya kita harus berani untuk bergerak sendiri tanpa terlalu bergantung atau berpaut dibelakang orang lain sebagaimana yang sedang Anwar lakukan diatas. Bak kata orang, "untuk mencapai sebarang kejayaan kita mesti tanamkan sifat-sifat berani berdiri diatas kaki sendiri atau dengan kata singkatnya, berdikari...

Yang ini lagi masalah yang sendiri cari. Dulu, siapa yang suruh pangkah Pakatan Rakyat ? Mungkin kawan kita ini seperti kata orang "tak kenal maka tak cinta", jadi masa tu kononnya nak tukar angin maka itulah yang terpaksa mereka hadapi. Apabila kerajaan yang dipilih telah gagal untuk melunaskan apa yang telah mereka janjikan kepada rakyat pada PRU-12 dulu ianya tidak akan mungkin akan tertunai dengan bertindak membakar potret-potret pemimpin yang mereka sendiri telah pilih dulu. Hmmm itulah lain kali, jangan pilih-pilih tebu...

Dan perbuatan memberi hadiah yang seolah-olah cuba untuk menghina orang lain harus dihindari dari amalan seharian kita. Mungkin kita merasa tiada apa-apa tetapi bagaimana pula dengan orang yang kita berikan benda-benda yang sebagaimana yang diatas. Oleh itu hormatilah juga perasaan orang lain sebab tidak selamanya berada dikedudukan yang kita ada sekarang. Memang tepat sekali kata peribahasa, 'hidup umpama roda"...

Isnin, November 30, 2009

Sudah terang lagi bersuluh...

Niat dan hasrat DAP untuk terus memijak kepala orang Melayu bukan hanya ditunjukkan ketika demonstrasi berjalan sambil memijak gambar ADUN Changkat Jering dan juga ADUN Behrang tetapi keinginan untuk melakukannya memang sudah lama terpendam didalam jiwa mereka dan hanya masa saja yang membolehkan perbuatan seperti itu dapat dilakukan.

Lihat saja di Singapura iaitu sebuah Pulau yang asal-usulnya memang hak milik kaum Melayu tetapi malangnya telah terlepas dari kekuasaan orang Melayu kerana sebab-sebab yang tertentu, maka sudah pasti kita dapat melihat bagaimana nasib yang telah menimpa orang-orang Melayu disana. Bagaimana layanan yang diberikan oleh Kerajaan Singapura terhadap mereka.

Soal memijak ini sememangnya adalah satu budaya dalam masyarakat DAP. Kita boleh melihat apa yang sedang berlaku di negeri Selangor, Menteri Besarnya orang Melayu tetapi semua kelulusan sesuatu perkara itu hanya akan berlaku setelah ditapis serta mendapat keizinan daripada DAP.

Begitu juga dengan apa yang telah berlaku selama 11 bulan di negeri Perak suatu ketika dulu, Menteri Besarnya juga orang Melayu tetapi segala keputusan berada didalam tangan DAP. Ini juga merupakan tindakan yang berunsur kepada perbuatan memijak kepala. Namun rakyat serta negeri Perak bernasib baik kerana dapat diselamatkan oleh Barisan Nasional lebih awal sebelum terus tenggelam bersama dengan segala penyelewengan.

Di Pulau Pinang jelas ketara bahawa kaum Melayu disana mula merasa tertindas dan semakin terpinggir. Dan semua ini terjadi berpunca daripada dasar yang diperjuangkan oleh DAP iaitu "Malaysian Malaysia" kononnya memperjuangkan kesaksamaan hak dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia tanpa mengira latar belakang mereka dan hasilnya nanti kita akan dapat melihat keadaan dimana 'yang kaya akan terus kaya dan yang miskin akan terus miskin' dan begitulah juga "kaum yang kaya akan terus mewah dan kaum yang miskin akan terus hidup dalam kemiskinan."

Jadi apabila pagi tadi saya membelek-belek akhbar berbahasa Cina iaitu Sin Hew Daily News, melihat satu gambar yang terpamer dimuka hadapan akhbar tersebut dan setelah itu saya melayari pula internet lalu klik masuk ke blog Gerakan Anti PKR(GAP), saya juga melihat gambar yang sama dimana menunjukkan bagaimana aksi Lim Kit Siang serta anaknya Lim Guan Eng berjalan sambil memijak gambar tiga ADUN Bebas yang dulunya adalah sebahagian daripada Pakatan Pembangkang dan setelah melihat keadaan seperti itu menjadikan saya tidak merasa terkejut kerana saya berpendapat bahawa itulah sebahagian daripada gambaran yang menggambarkan watak dan matlamat DAP sebenarnya cuma mereka berselindung disebalik gelaran sebagai Yang Berhormat iaitu satu gelaran yang mengaburi pemikiran rakyat.

Adakah Ustaz Nasha 'Kolonel Mat' ?

Kalau dalam parti UMNO, mereka yang sering digelar dengan panggilan nama singkat sebagai Mat adalah bekas Setiausaha Agung UMNO yang juga bekas Menteri Penerangan iaitu Tan Sri Mohamed Rahmat(Tok Mat), Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan(Tok Mat) serta juga bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib(Mat Taib).

Manakala didalam PAS pula ada dua, dimana salah seorang diantara mereka adalah pengasas perkataan 'Al-Juburi' Mohamad Sabu(Mat Sabu) dan seorang ini adalah yang pro-kerajaan perpaduan hasil cetusan idea Presiden PAS Datuk Seri Abdul Haji Hadi Awang iaitu Timbalannya YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Dalam isu kerajaan perpaduan nama Mohamad Sabu kurang terlibat tetapi nama Ustaz Nasharuddin Mat Isa memang popular sehinggakan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat mendesak agar Ustaz Nasha meletakkan semua jawatan dalam PAS dan masuk UMNO malah tak cukup dengan itu Nik Aziz meminta pula supaya Ustaz Nasha mengosongkan juga kerusi Parlimen yang didudukinya gara-gara dengan persetujuan Ustaz Nasha dengan cadangan kerajaan perpaduan itu.

Mungkin kerana dendam lama Nik Aziz terhadap Ustaz Nasha hanya disebabkan isu kerajaan perpaduan ini masih membara, maka sudah tentulah perasaan syak wasangka beliau belum lenyap sepenuhnya walaupun Ustaz Nasha sanggup pergi tundukkan kepala serta mencium tangannya selaku Mursyidul Am PAS atau Tok Guru sebagai memohon keampunan kononnya diatas keterlanjuran yang dilakukan iaitu menyokong idea kerajaan perpaduan.

Oleh itu, jika ada sesuatu yang berlaku seolah-olah bakal menggugatkan kepentingan yang berkaitan dengan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS maka sudah pasti Nik Aziz akan segera terbayangkan sesuatu bahawa berkemungkinan semua itu angkara Ustaz Nasha...

Ahad, November 29, 2009

Sumpah Orang Minyak

Kebiasaannya jika seseorang itu berdoa Tuhan maksudnya ialah dia telah menaruh harapan agar sesuatu kebaikan akan sentiasa datang melimpah keatas beliau serta kehidupannya selalu diberkati.

Tetapi yang peliknya ialah, ada setengah mengatakan bahawa Nik Aziz telah berdoa dan telah memohon daripadaNya agar Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Mohd. Najib segera ditimpa "bala" jika masih lagi berdegil untuk tidak menyerahkan wang royalty minyak kepada Nik Aziz serta kroni-kroninya.

Itu bukan do'a namanya tetapi adalah sumpah. Sumpah orang minyak! Nik Aziz telah menyumpah supaya Datuk Seri Najib akan ditimpa kesengsaraan seandainya tidak mahu tunduk terhadap permintaan PAS yang mahu wang royalty diserah bulat-bulat kedalam tangan Nik Aziz ataupun kepada "anak emas dia iaitu YB Husam Musa.

Hanya kerana minyak. Perkara yang belum tentu pasti lagi samada mereka berhak ke atau tidak menuntut wang royalty itu tetapi kerana kerajaan Negeri Kelantan dibawah pentadbiran PAS berada didalam keadaan yang amat terdesak mereka sanggup mengenepikan semangat bermesyuawarah didalam usaha mencari penyelesaian sehingga sanggup memberi kata dua kepada Perdana Menteri iaitu serahkan royalty atau akan ditimpa bala(bukan "bala" yang sedang dipelihara oleh Anwar itu).

Sabtu, November 28, 2009

Tiada kata secantik bahasa, tiada gambar seindah lukisan...

PM Datuk Seri Mohd Najib sedang menikmati teh tarik tanpa roti canai, manakala Ketua Pembangkang di Parlimen Datuk Seri Anwar pula lebih gemar minum teh campuran serbuk tongkat ali keluaran syarikat Power Root sementara Menteri di JPM Datuk Seri Mohd Nazri hanya menemani mereka berdua. Persoalannya, adakah gambar mereka bertiga ini juga akan mengalami perubahan sebagaimana dengan yang telah terjadi terhadap gambar-gambar yang tertera dibawah ini ?














Jumaat, November 27, 2009

Datuk Dr. Hassan Ali bekas Timb. Ketua Pengarah Biro Tata Negara

Hari Ini Dalam Sejarah : Selain YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah terlibat secara langsung didalam segala bentuk aktiviti serta program dibawah Biro Tata Negara(BTN), YB Datuk Dr. Hassan Ali yang juga merupakan salah seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor adalah merupakan bekas Timbalan Ketua Pengarah Biro Tata Negara yang kini telah "diharamkan" oleh Kerajaan Negeri Selangor atas alasan ianya mempunyai unsur-unsur perkauman yang ditakuti kononnya kelak akan memecahbelahkan perpaduan rakyat di negara ini.

hmmmm....takkanlah YB Datuk Dr. Hassan Ali tidak tahu akan perkara ini. Anwar pun juga. Ketika YB Datuk Dr. Hassan menjadi Timbalan Ketua Pengarah Biro itu dulu berapa banyak kali kah dia berjaya memecahbelahkan perpaduan dikalangan rakyat berbagai kaum dalam Malaysia ini ? Dan Anwar juga berapa ramai kah sudah rakyat yang telah dipecahbelahkan oleh beliau ketika berada sebagai apa-apa saja didalam Organisasi BTN itu dulu?

Ini Exco Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan Selangor, YB Dr. Halimah Ali ikut sedap rasa saja menuduh yang BTN sebagai seperti itu... saya rasalah, beliau itu juga dulu berjaya sehingga menjadikan beliau sebagai seorang yang seperti beliau sendiri sekarang ini juga mungkin kerana sebenarnya BTN bukanlah sebagaimana yang beliau dakwa...

Makanya, jika benar tuduhan Dr. Halimah itu bahawa kursus BTN adalah antara usaha BN untuk melakukan proses doktrinasi, pasti Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Perak(11 bulan) tidak akan jatuh ke tangan Pakatan Pembangkang dan tidak mungkin juga Tan Sri Robert Kwok akan muncul sebagai orang paling kaya di Malaysia, Tan Sri T. Ananda Krishnan kedua terkaya dan diikuti (3)Tan Sri Lee Shin Cheng, (4)Tan Sri Guek Leng Chan

...dan barulah nampak yang kelima terkaya di Malaysia seorang yang beragama Islam, Melayu/Arab iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan selepas beliau ditangga keenam mereka lagilah... Tan Sri Teh Hong Piow, (7)Tan Sri Lim Kok Thay, (8)Tan Sri Tiong Hew King, (9)Tan Sri Vincent Tan dan yang kesepuluh barulah jumpa sekali lagi Melayu iaitu, Tan Sri Azman Hashim. Yang kesebelas dan seterusnya entahlah tetapi saya fikir memang kaum Lim Kit Siang sama Ronnie Liu jugalah...

...dan itulah hakikat sebenar yang tidak boleh diputar belit dan fakta itu jugalah antara perkara yang telah membuktikan bahawa DEB, Konsep Ketuanan Melayu, Malaysia Negara Islam, istilah Bumiputera dan Bukan Bumiputera dan yang lain-lain lagi tidak pernah bertujuan untuk menindas kepentingan serta hak kaum bukan bumiputera di negara ini.

Oleh kerana itu, tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan menghalang semua kakitangan kerajaan yang berkaitan dengan Kerajaan dibawah pentadbiran Pakatan Pembangkang iaitu DAP, PKR dan PAS dari mengikuti sebarang kursus yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara itu adalah sebagai satu tindakan berpunca dari perasaan syak wasangka yang keterlaluan terhadap Kerajaan Barisan Nasional.

Khamis, November 26, 2009

Indonesia dan Malaysia - Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Kepada seluruh umat Islam yang berada di Malaysia dan juga rakan-rakan serumpun yang ada di Indonesia, saya ingin menyampaikan ucapan "Salam Aidil Adha" serta Selamat Menyambut Hari Raya Korban 9 Zulhijjah 1430.

Sempena dengan kehadiran hari yang penuh dengan sejarah pengorbanan ini, maka sangat tinggilah harapan diletakkan agar dapat sekiranya rakyat di kedua-dua negara Islam ini berjaya menemui titik persamaan dan menjauhi apa-apa jua bentuk perbezaan sekiranya ada dan semoga tiada lagi persengketaan akan wujud. Semuanya memerlukan pengorbanan.

Selamat Hari Raya Aidil Adha...

BTN: Pakatan Pembangkang mula amalkan dasar pintu tertutup

Biro Tata Negara(BTN) yang mula ditubuhkan pada tahun 1974 dibawah program Belia sebagai Unit Penyelidikan Belia, Kementerian Belia dan Sukan(KBS) kini telah "diharamkan" secara serta-merta oleh Kerajaan Negeri Selangor semalam.

Menurut Exco Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan YB Dr. Halimah Ali, langkah itu dibuat kerana pihak Kerajaan Selangor yang diterajui oleh Tiga Abdul berpendapat bahawa kursus berkenaan merupakan antara usaha Barisan Nasional untuk melakukan proses "doktrinasi" bagi memupuk sifat perkauman serta didakwa boleh memecahbelahkan rakyat di negara ini.

HUH!!! ...bodohnya alasan yang telah diberikan oleh Exco ini. Tidakkah beliau tahu apakah wawasan serta matlamat BTN ini ditubuhkan pada asalnya dan BTN tidak pernah lari daripada matlamat asal itu dan antaranya ialah 'untuk menjadikan ianya sebuah organisasi awam yang unggul dalam memupuk semangat "patriotisme" serta menjadikan rakyat setia kepada kerajaan serta cintakan negara dikalangan semua belia, pelajar, kakitangan kerajaan dan sektor swasta yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya di Malaysia.

Bagi saya adalah lebih baik sekiranya Exco ini ambil cermin dan cerminkan dulu apa yang telah Pakatan Pembangkang buat di negara ini selain menghuru-harakan keadaan didalam negara. Lihatlah sendiri siapa sebenarnya yang sering cuba untuk memecah-belahkan perpaduan kaum di negara ini jika bukan Pakatan Pembangkang yang ditunjangi oleh DAP, PKR dan PAS.

Lihatlah dengan nyata dan jelas bahawa DAP dan PKR lah yang sering membangkit hal-hal yang berkaitan dengan soal-soal kaum di negara ini. Mereka ini selalu cuba untuk menimbulkan persaan syak wasangka diantara kaum tertentu dengan kaum yang lain. Banyak sangat sudah kita dapat lihat bahawa pihak Pakatan Pembangkang serta Majlis Peguam yang secara terang sering saja mengungkit perkara-perkara yang telah lama termaktub didalam perlembagaan negara.

Oleh itu, kita mahu YB Dr. Halimah Ali jika tidak keberatan untuk menghuraikan secara terinci iaitu dari sudut sebelah manakah kita boleh melihat bahawa Kursus yang dikelolakan oleh Biro Tata Negara dikatakan bertujuan untuk memupuk sifat perkauman dan boleh memecahbelahkan rakyat di negara ini ?

Tetapi apa yang kita nampak sebenarnya ialah 'ketakutan' PKR, DAP dan PAS sendiri setelah merasakan kelemahan mereka mentadbir Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan kian terbongkar dan amat payah untuk ditutup dari pengetahuan orang ramai sehinggalah mereka terpaksa menggunakan berbagai helah untuk mengalih pandangan rakyat yang mula tertumpu kepada ketidak-upayaan mereka memerintah negeri atau sebagai sebuah kerajaan.

Ketakutan itu semakin Pakatan Pembangkang rasai apabila mereka mula melihat sokongan rakyat mulai pudar dan merosot. Jadi, apa-apa juga benda yang pernah BN buat dulu walaupun elok telah dilihat segalanya sebagai telah menjadi satu ancaman kepada perjuangan mereka. Mahu tidak mahu mereka akan sedaya upaya untuk menghapuskan segala yang pernah BN wujudkan serta tinggalkan di negeri-negeri yang sekarang telah ditadbir oleh mereka.

Bertitik-tolak dari semua itulah kita mula melihat yang Pakatan Pembangkang ini telah memulakan satu dasar yang dulunya sering menerima tentangan hebat daripada mereka iaitu "dasar tutup pintu" tetapi kini mereka pula yang mula mengamalkannya dengan negeri Selangor sebagai tempat permulaan dan mungkin selepas ini akan merebak pula ke Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang. Kerana takut kehilangan 4 negeri itulah, maka mereka akan sedaya upaya untuk mempertahannya walau dengan apa saja cara sekalipun.

Rabu, November 25, 2009

8:30am-5:30pm - Berkesan lagikah SPRM ?

Hanya kerana seorang suspek iaitu ahli MPKj Tan Boon Wah, semua urusan cawangan SPRM di seluruh negara telah diarahkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi(bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Mohd. Ariff Mohd. Yusof agar menghentikan serta-merta sessi soal siasat apabila jarum jam di pejabat SPRM telah menunjuk tepat pada angka 5.30 petang dan hanya boleh menyoal siasat semula pada jam 8.30 pagi keesokan harinya.

Keputusan itu dibuat setelah Peruntukan menyoal siasat saksi "sehari ke sehari" seperti tertera dalam seksyen 30(3)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 telah ditafsirkan dan sesudah itu hanya berpandukan kepada hemat atau pendapat tentang perkara itu, maka begitulah akhirnya keputusan yang mampu dibuat yang mana telah memutuskan bahawa SPRM dikatakan bertindak menyalahi undang-undang dengan menahan serta menyoal siasat suspek ketika waktu luar pejabat.

Sekarang waktu baru yang telah ditetapkan kepada semua pegawai penyiasat SPRM untuk menyoal siasat suspek yang mereka tahan adalah bermula dari jam 8.30 pagi sehingga jam 5.30 petang setiap hari Isnin hingga Khamis/Jumaat, pada hari Sabtu munkin dari 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari manakala pada hari Ahad semua pejabat TUTUP! Oleh itu pada hari Ahad sesiapa saja yang nak beri, nak ambil rasuah..lakukanlah saja pada hari Ahad dan begitu juga pada hari-hari biasa lakukan kegiatan jenayah rasuah sebelum jam 8.30 pagi atau selepas jam 5.30 petang, gerenti tak boleh dakwa punya pasal semua pejabat dah tutup.

Semasa mula penubuhannya dulu, SPRM sangat diharapkan supaya dapat membenteras gejala rasuah yang merupakan sejenis jenayah yang paling kotor ini dengan lebih berkesan tanpa sebarang campur tangan dari mana-mana pihak maka itulah sebab mengapa badan tersebut telah diwujudkan sebagai satu Suruhanjaya berbeza dengan sebelumnya ia hanya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah(BPR).

Jika sebelum itu iaitu ketika ianya masih lagi dikenali sebagai BPR, ada sesetengah pihak yang melihat atau menuduh bahawa BPR bertindak atau bergerak atas arahan kerajaan Barisan Nasional, jadi untuk mengelak supaya persepsi seperti itu tidak berterusan maka sesuatu usaha telah dibuat dan tertubuhlah Suruhanjaya tersebut sebagai satu badan yang bebas iaitu bebas untuk melakukan apa-apa jua bentuk siasatan terhadap mana-mana pihak yang telah didapati terlibat dengan kegiatan rasuah.

Namun, dalam usia yang masih terlalu muda SPRM telah berdepan dengan masalah demi masalah serta halangan demi halangan ketika menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan kepada mereka. Apkah ini hanya satu dugaan bagi Suruhanjaya itu ataupun memang ada usaha-usaha halus yang mengandungi seribu satu macam muslihat tersemunyi oleh pihak-pihak tertentu untuk melemahkan SPRM secara perlahan-lahan sehingga ianya terus berkubur ?

Selasa, November 24, 2009

Ketahuilah rahsia misteri Merak Di Rimba...

Inilah rupa burung merak iaitu dari jenis yang hidup berkeliaran didalam hutan rimba. Burung merak hutan ini jika di negeri Sarawak ianya lebih dikenali sebagai burung "ruai" oleh penduduk dikawasan pendalamannya. Dan nama ruai untuk burung itu juga turut disebut oleh masyarakat lain di Sarawak.

Burung ini juga disebut sebagai "peacock" kemungkinan itu nama saintifiknya dan mungkin juga nama itu diberikan oleh pengembara dari kalangan pelancong asing yang gemar mengenai hal-ehwal hutan datang berkunjung ke Malaysia dan mungkin secara kebetulan ketika mereka terjumpa burung tersebut didalam hutan, pelancong asing ini pula sedang berbuat sesuatu didalam hutan lalu nama burung itupun dibubuhlah dengan sesuatu yang sedang berlaku ketika itu. Itu adalah tafsiran saya sajalah. Tak de apa-apa.

Ada beberapa tabiat semulajadi yang ada pada burung merak ini mungkin banyak orang belum mengetahuinya lagi iaitu bahawa burung ini sebenarnya gemar bersabung sesama sendiri didalam hutan, bijak memilih kawasan yang sesuai untuk membina gelanggang sabung, sentiasa bekerja kuat mencabut segala pokok-pokok kecil yang terdapat disekitar kawasan gelanggang sabung iaitu bakal tempat mereka mengadakan sessi pertarungan kelak.

Tentu ada yang bertanya, betul ke? ...memang benar! Sebabnya ketika saya sering menjelajah didalam hutan-hutan tebal dikawasan tertentu dibahagian pendalaman Sarawak, maka selalulah saya terserempak dengan dengan hidupan liar ini maka sedikit sebanyak tahulah juga saya bagaimana tabiat-tabiat pelik yang ada pada burung merak rimba ini.

Bagaimana burung merak ini menyediakan tapak tempat untuk bersabung? Pada mulanya burung merak ini akan memastikan kawasan tempat gelanggang sabung itu dibina nanti hendaklah tepat berada di puncak genting bukit yang ada tumbuhan menjalar diatas tanah. Tumbuhan yang menjalar itu pula keadaannya serupa dengan batang sayur kangkung, labu ataupun tembikai.

Fungsi batang tumbuhan yang menjalar itu nanti peranannya lebih kurang ialah sama seperti garisan tengah yang memisahkan kawasan lawan masing-masing umpamanya yang terdapat digelanggang badminton, tenis ataupun ping pong.

Sebelum gelanggang dibuat, burung ini akan terlebih dahulu membersih kawasan sekitarnya dengan mencabut segala tumbuhan kecil yang berdiri iaitu pokok-pokok kecil yang saiznya sebesar ibu jari tangan dengan hanya menggunakan kekuatan yang ada pada lehernya. Caranya ialah burung merak ini hanya perlu melingkarkan lehernya pada pangkal pokok-pokok yang hendak dicabut, dan sesudah itu dengan berbekalkan kekuatan yang ada burung tersebut mula menarik satu persatu pokok itu menghala keatas dengan lehernya telah dibelit pada pohon pokok itu sambil menekan dengan kuat kakinya kebawah sehinggalah usahanya berjaya.

Apabila keadaan seluruh kawasan sudah siap dibersihkan dengan hanya tinggal satu batang tumbuhan yang menjalar tinggal sebagai penanda garisan tengah gelanggang, maka seterusnya burung merak ini akan menyediakan pula dua objek yang menyerupai bentuk tembikar ataupun pasu iaitu mempunyai lubang tempat untuk mengisi sesuatu dan ianya diperbuat daripada tanah yang ada disekitar kawasan gelanggang itu. Benda itu pula diletakkan disebelah-menyebelah pada bahagian tepi gelanggang serta ditutup dengan selembar dedaunan pokok yang terdapat disitu. Apakah misteri disebalik semuanya itu sukar untuk difahami.

Ada pantang-larang yang harus diketahui seandainya kita terserempak dengan burung merak ini ketika sedang bersabung sesama mereka diatas gelanggang yang telah disediakan ialah ianya tidak boleh diganggu seperti dilempar dengan batu ataupun dengan benda yang lain. Pernah terjadi dua kejadian dimana ada pemburu yang terjumpa ketika burung ini sedang bersabung dengan tanpa membuang masa pemburu ini tadi telah menembak kearah kedua-dua burung tersebut dan telah mengenai salah satu daripada dua ekor burung itu tadi yang mengakibatkan salah satu daripada dua ekor burung itu tadi mati, maka tanpa diduga pemburu itu juga telah dengan secara tiba-tiba mati mengejut ditempat itu.

Oleh itu, lain kali sekiranya kita ada masuk ke dalam hutan mungkin atas alasan operasi apa-apa ke dan terserempak dengan burung ini maka berjaga-jagalah terutama jika ketika ianya sedang bersabung, jangan diganggu dan jangan sesekali ditembak. Kerana banyak orang percaya bahawa ketika ianya bersabung ada penganjurnya yang kita boleh nampak dengan mata kasar. Adalah dipercayai burung itu dilindungi oleh makhluk halus. Maka begitulah jika burung yang dilindungi mati ditembak dengan serta merta pelakunya akan ditunjuk dengan bukti-bukti yang jelas dan sahih serta tidak perlu lagi nak import pakar-pakar patalogi dari luar negara nak siasat dan juga tidak perlu melantik sampai 12 ekor peguam untuk mempertahankan diri...

Arkib Blog