Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, September 12, 2012

Bas ini bergerak ikut Lebuhraya & Jalanraya yang kerajaan BN bina !

Ada tak BAS Jelajah MerdekaRakyat milik PKR ini kalau dia nak bergerak maka pemandunya akan membawa ianya keluar ikut jalanraya yang kerajaan PR buat atau melalui Lebuhraya Rakyat yang PAS bina?

Mereka ini menggunakan sepenuhnya kemudahan awam yang kerajaan Barisan Nasional buat untuk rakyat. Bawa bas ikut jalanraya dan lebuhraya yang kerajaan BN buat dan kemudian mereka kutuk balik BN, tuduh BN tipu rakyat, tipu ini itu, tuduh tipu sana tipu sini.

BN guna wang rakyat untuk digunakan membangun segala jenis bentuk kemudahan serta infrastruktur yang akhirnya akan pulang semula kepada rakyat juga tetapi pihak PR mahu terus memperbodohkan rakyat.

Kalau kerajaan BN tak buat jalan bagus dan rata mana mungkin PKR mahu bawa Bas keliling satu Malaysia adakan kempen memburukan balik kerajaan Barisan Nasional, ini pihak yang bertanggungjawab membina kemudahan jalanraya untuk Bas PKR turut bergerak sama dengan kenderaan-kenderaan lain.

Selasa, September 11, 2012

Bicara Kampus: rakyat Sarawak tak usahlah cepat melatah !!!

Semalam RTM menerusi saluran TV1nya telah menyiarkan secara langsung sebuah rancangan berbentuk ilmiah sebenarnya namun telah membincangkan isu nasional atau yang berkaitan dengan perpaduan rakyat Malaysia bertajuk "Integrasi Nasional."

Tiga ahli panel yang diundang ke studio adalah (1) Encik Jamawi Jaafar (Exco Pemuda UMNO Malaysia) mewakili Sabah, (2) Mohd. Yusri Idrus (Mahasiswa UKM) mewakili Semenanjung Malaysia dan (3) Ftirianoviani Bt, Haji Khalid (Mahasiswi Unimas) mewakili Sarawak.

Semalam saya juga ada mengikuti siaran program tersebut dan sebagai rakyat Sarawak saya memang berminat untuk tahu apa pandangan ketiga-tiga ahli panel berkenaan perkara yang dibangkit iaitu Integrasi Nasional dan mahu tahu apakah sebagai seorang mahasiswa, orang yang terpelajar mereka dapat memahami erti sebenar integrasi nasional jika diterjemahkan ke dalam konteks masyarakat Malaysia pada hari ini.

Semalam juga saya secara peribadinya dapat mengklasifikasikan hujah-hujah ketiga-tiganya bersandarkan kepada apa yang ada pada pengetahuan masing-masing bagi melerai makna disebalik perkataan Integrasi Nasional. Penilaian saya begini, Encik Jamawi Jaafar telah ke depan dengan hujah-hujah berfakta sehingga terkesan di hati saya, sementara Mohd. Yusri Idrus pula hanya berpadukan kepada persepsi beliau semata-mata manakala Fitrianoviani Binti Haji Khalid pula seakan gagal mengingat fakta sejarah hingga teragak-agak untuk menyampaikan maksud.

Tapi semalam juga menyaksikan Mohd Yusri Idrus telah tersasar sebenarnya dari apa yang sepatutnya mereka bincangkan apabila beliau tersasul membangkitkan perkara-perkara yang agak sensitif hingga saya melihat beliau belum matang walaupun pada waktu itu status beliau adalah seorang mahasiswa iaitu seorang yang terpelajar dan terdidik. Bagaimanapun saya tidak akan terhiris dengan apa yang beliau kata tentang Sarawak dan rakyatnya kerna saya sedar beliau belum kenal betul akan Bumi Kenyalang serta penduduknya.

Saya katakan itu pada tika di mana Mohd. Yusri Idrus ada menyebut berkenaan dengan royalty minyak sebanyak 5% untuk Sabah dan Sarawak, peluang kerja di Sarawak yang diisi oleh pekerja dari luar seperti dari Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan juga peruntukkan-peruntukkan yang tidak seimbang yang diberikan oleh kerajaan pusat antara Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah. Di situ saya melihat belum matang sebenarnya dan harap rakyat Sarawak mempertimbangkan ini dengan sebaik mungkin. Kita rakyat Sarawak juga tak perlulah tergopoh-gapah dalam menentukan sesuatu tindakan itu kerana jika kita bertindak dalam diri sedang dikuasai emosi, bukan kebaikan yang kita dapat melainkan kerugian.

Rakyat Sarawak perlulah melihat apa yang dikatakan oleh Mohd. Yusri Idrus itu semalam hanyalah satu bentuk pandangan beliau seorang dan bukannya mewakili keseluruhan warga negara yang ada di Semenanjung Malaysia. Kita juga perlu tahu bahawa tidak semua mereka yang ada di Semenanjung Malaysia yang bersetuju dengan kenyataan Mohd. Yusri Idrus itu dan apa perlunya untuk kita mahu pihak di Sarawak membubarkan persekutuan negara ini semata-mata marah kepada Mohd. Yusri Idrus seorang?

Kita kena matang juga, tak payahlah cepat-cepat nak melatah dengan apa yang berlaku...Sayangilah Malaysia ini seadanya dan pertahankan kemakmuran dan keharmonian negara yang telah kita kecapi ini sedaya upaya yang kita mampu !

Isnin, September 10, 2012

Tangan Dajjal di lautan Filipina keluar dari bawah bumi Jepun ?

Cuba perhatikan betul-betul pada satu lembaga yang menyerupai satu tangan bawah laut di sebelah utara negara Filipina. Ianya seakan-akan satu tangan yang keluar dari bawah bumi negara Jepun. Imej dari satelit.

Apakah ini antara petanda akhir zaman atau saat turunnya Dajjal ke muka bumi untuk terus menyesatkan manusia sebelum berlakunya kejadian hari kiamat kelak ?

Sabtu, September 08, 2012

Lucutkan saja taraf kerakyatan mereka yang cuba menukar Jalur Gemilang !

 Jika kerajaan benar-benar mahu perbuatan biadap dan terkutuk seperti yang pernah dilakukan oleh beberapa individu pada malam Ambang Merdeka 30 Ogos 2012 di mana selain insiden memijak potret Perdanna Menteri Datuk Seri Najib dan juga gambar Datin Seri Rosmah mereka juga turut bertindak melampau apabila tergamak mengibar bendera lain bagi menggantikan Jalur Gemilang, maka kerajaan kena betul-betul bertegas terhadap pengkhianat negara ini.
Tindakan yang paling sesuai untuk dikenakan terhadap para pengkhianat negara seperti dalam gambar di atas adalah lucutkan taraf kerakyatan mereka selaku warganegara ini dan seterusnya singkirkan saja mereka daripada bumi Malaysia ini.

Kita tidak mahu akan lebih banyak lagi perkara-perkara yang memalukan negara ini dilakukan oleh puak-puak ini, mereka harus disedarkan tentang tanggungjawab semua rakyat terhadap negara ini dan bukannya dibiarkan untuk terus menghuru-harakan keamanan di dalam negara ini. Ambil tindakan yang tegas semaksimum mungkin yang boleh terhadap para pengkhianat negara seperti mereka ini

Jumaat, September 07, 2012

Ulang tahun Harijadi ke - 91 TYT Sarawak Tun Abg Hj Muhd Salahuddin

Esok 8 September 2012 hari Sabtu akan berlangsung perbarisan bagi menyambut perayaan hari jadi yang ke 91 tahun Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abang Haji Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng di padang Stadium Miri.

Tun Abang Haji Muhammad Salahuddin dilahirkan pada bulan Ogos 1921 di Kampung Nangka Sibu dan merupakan anak lelaki tunggal kepada mendiang Abang Barieng bin Abang Anyut serta mendiang Dayang Temiang binti Abang Mansor datang daripada keturunan Abang dalam masyarakat Melanau zaman silam.

Sebelum dilantik sebagai Tuan Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-3 pada 2 April 1977 beliau adalah seorang penganut agama Kristian Katholik dan kemudiannya memeluk agama Islam bersama-sama isteri pertamanya Allahyarhamah Toh Puan Hajjah Umi Kalthom atau Umeng dan turut disertai oleh beberapa orang ahli keluarga mereka.

Beliau mengakhiri tempoh perkhidmatannya sebagai TYT Sarawak ke-3 pada tahun 1981 dan digantikan oleh bekas Ketua Menteri Sarawak Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub bagi jawatan TYT Sarawak ke-4. Dan pada 5 Disember 2000, Tun Salahuddin sekali lagi dipilih untuk memegang jawatan TYT ke-6 bagi menggantikan Tun Ahmad Zaidi Adruce Mohd Nor yang meninggal dunia ketika berkhidmat sebagai TYT Sarawak yang ke-5.

Semasa zaman mudanya iaitu sebelum dilantik sebagai TYT Sarawak, Tun Salahuddin banyak melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan dan amal di negeri ini malahan beliau merupakan antara pejuang kebebasan negeri Sarawak daripada penjajah British dan memainkan banyak peranan dalam usaha pergabungan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia dan juga negeri Sabah untuk pembentukan sebuah negara berdaulat yang kemudiannya dikenali sebagai Malaysia.

Selamat Ulang Tahun ke-91 Tun, semoga terus dikurniakan dengan kesihatan yang baik dan juga kebahagiaan yang berpanjangan...

Nurul & Bintulu: ada rakyat Sarawak tak faham apa yang cuba disampaikan Nurul Syuhada !

Saya melihat kepada apa yang diucapkan oleh pengacara TV3 Nurul Syuhada Nurul Ain pada malam sambutan Ambang Merdeka hujung bulan lalu (merujuk kepada isu Bintulu daif) sebenarnya isu menjadi hangat oleh kerana kegagalan pihak-pihak tertentu di Sarawak untuk memahami apa yang cuba Nurul sampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pada malam tersebut Nurul cuba menyingkap kembali keadaan di Bahagian Bintulu pada satu ketika dulu yang memang berkeadaan seperti apa yang beliau sebut namun selepas itu beliau cuba pula untuk mengajak para penonton melihat keadaan pembangunan yang pesat di bahagian khususnya di bandar serta di sekitar Bintulu pada masa ini dan niat beliau adalah baik tetapi malangnya apa yang cuba beliau ketengahkan tentang Bintulu telahpun disalah ertikan oleh sesetengah pihak hingga menjadi isu besar.

Kepada Nurul Syuhada Nurul Ain, kami memohon maaf kepada anda atas isu ini dan tidak semua daripada kami berpikiran sama dengan pihak-pihak yang agak kurang memahami apa yang telah pihak anda serta TV3 cuba sampaikan pada malam Ambang Merdeka tempoh hari dan harap isu ini tidak akan diperpanjangkan oleh pihak-pihak berkepentingan di Sarawak.

Selasa, September 04, 2012

Ketuhanan Nabi Isa as: tolong terjemahkan Ayat 79 Surah al-Baqarah untuk saya ke dalam Bahasa Melayu !

Saya ingin memohon jasa baik para pembaca khususnya orang-orang Islam yang sekiranya ada terbaca tulisan ini untuk menterjemahkan maksud satu Ayat dari Kitab Suci Al Quran iaitu yang dikatakan ada menyebut tentang ketuhanan Nabi Isa a.s atau Yesus Kristus sepertimana yang diimani oleh umat Kristian sehingga kini.ke dalam bahasa Melayu.

Jujur saya katakan bahawa saya ingin sekali mengetahui tentang kebenaran di sebalik kepercayaan kami orang Kristian bahawa Yesus Kristus itu anak Allah dan saya tertarik sekali berkenaan dengan satu debat agama oleh seorang bekas penganut agama Kristian dari mazhab Protestant iaitu saudara Syamsul Arifin Nababan atau dulu namanya adalah Bernard Nababan berketurunan Batak Indonesia dengan beberapa orang pemimpin Kristian di Indonesia berhubung dengan kelahiran, kematian serta ketuhanan Nabi Isa a.s ini.

Didalam debat itu saudara Syamsul Arifin Nababan ada membangkitkan bagaimana kesedaran beliau tentang ketuhanan Nabi Isa telah menimbulkan keraguan buat dirinya sebaik beliau membaca satu ayat dari Al Quran iaitu dalam Surah Al-Baqarah Ayat 79. Dan begitu juga dalam Surah An Nisa serta Surah Al Imran di dalam Al Quran yang dikatakannya Al Quran membela Nabi Isa a.s apabila mengakui bahawa Nabi Isa a.s atau Yesus Kristus sebenarnya tidak disalib tetapi telah diangkat ke langit dan yang disalib adalah seorang yang telah diserupakan wajah sama dengan wajah Nabi Isa a.s

Jika di dalam Injil Markus fasal 13 Ayat 32 di mana di situ ada mengisahkan bagaimana Yesus sendiri saat ditanya oleh orang Saduki tentang hari Kiamat Dia tidak tahu bila ianya akan berlaku. Ini telah menimbulkan satu tanda tanya...bagaimana boleh seorang Tuhan tidak tahu tentang bila tarikh akan berlakunya hari Kiamat jika benar Dia anak Tuhan. Begitu juga di dalam Injil Markus fasal 12 Ayat 28 dan Ayat 29 di mana Yesus telah menyebut bahawa Allah itu Esa bermakna tiada dua mahupun tiga.

Jumaat, Ogos 31, 2012

Video kaum pendatang pijak kepala Perdana Menteri kita !



Layakkah lagi kumpulan dari kaum pendatang seperti dalam video di atas ini memegang status sebagai warganegara Malaysia? Wajarkah lagi mereka dari kaum pendatang yang amat tidak bertamadun ini duduk dan tinggal dalam negara kita?

Walaupun mungkin bukan semua kaum ini yang berkelakuan seperti itu namun apa yang kaum pendatang ini buat terhadap potret biarpun hanya sekadar sekeping potret tetapi biadap seperti itu telahpun melukakan hati seluruh kaum Bumiputera, Melayu yang menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak.

Kita sangat malu dan kesal kerana kejadian itu telah dilakukan oleh mereka mengaku rakyat Malaysia yang kononnya bersih dan lagi menggunakan perkataan "BERSIH" sebagai tag pada perhimpunan haram mereka tetapi bertindak lebih jijik dari najis sampai serta bangkai.

Jelajah MeliwatRakyat: janggut panjang tidak bermakna akalpun panjang!!

Tidak sudah-sudah orang tua bernama A. Samad Said ini membuat olah, menjadi taliparut Pakatak Pembangkang dan mahu mengkucar-kacirkan keadaan harmoni dan tenteram dalam negara dengan percubaan demi percubaan mereka dengan niat jahat untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat melalui peti undi. Tetapi yang peliknya, mereka sering mendakwa pejuang demokrasi tetapi kenapa dalam masa yang sama mahu menjatuhkan kerajaan yang dipilih menerusi sistem demokrasi dengan cara kekerasan?

Sudah banyak kali orang tua ini melibatkan diri dalam kegiatan tidak sihat pembangkang untuk menentang kerajaan. Semua yang dibuat oleh kerajaan tiada yang betul di mata orang tua ini. Memang iya, memang kerajaan BN tidak memiliki "kuasa ajaib" atau "batu ajaib" seperti yang dimiliki oleh pihak Pakatan Haram Pembangkang yang bila hari ini jadi kerajaan esok secara otomatik harga minyak dan harga lain-lain barang akan turun semua jadi 1 sen malah bayaran tol, segala jenis cukai akan turut terhapus dengan sendirinya.

Tetapi orang tua ini tidak pernah mahu membuka mata, hati dan akal untuk melihat bagaimana kesungguhan kerajaan BN yang diterajui oleh Datuk Seri Najib semenjak beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Pak Lah bekerja keras menunaikan kewajipan beliau serta rakan-rakan dalam kabinet untuk memenuhi janji-janji mereka sebelum ini kepada rakyat dan negara dan ini semua kerajaan BN lakukan kerana mereka tiada "kuasa silap mata" sebagaimana yang ada pada Pakatan Pembangkang yang janji mereka boleh mengubah apa jua keadaan hanya dalam tempoh sekelip mata saja.

Khamis, Ogos 30, 2012

Rabu, Ogos 29, 2012

Konspirasi terbaru UMNO/BN ! Sumbang mahram pemimpin PR lah pulak..

Jika sebelum ini andaikata ada apa-apa yang berlaku melibatkan mana-mana pemimpin dari Pakatan Pembangkang samada dari DAP, PAS mahupun PKR semua itu akan dituduh sebagai kerja kotor UMNO dan Barisan Nasional kononnya untuk menjatuh dan memalukan pihak mereka.

Lihat dalam beberapa kes terdahulu seperti dalam kes liwat I dan II Anwar Ibrahim, kes Badrol Amin yang ditangkap berkhalwat jam 3 pagi dalam sebuah bilik hotel dengan wanita bukan muhrim dan begitu juga dengan kes video China Doll yang turut melibatkan Anwar Ibrahim beraksi di dalamnya, semuanya diletak atas bahu UMNO dan BN.

Mereka kata itu semua satu konspirasi jahat UMNO dan BN untuk mengenakan pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Pembangkang. Dan kita kena tunggu dalam masa dua tiga hari ini pasti dalam isu terbaru "sumbang mahram" yang melibatkan pemimpin dalam Pakatan pembangkang negeri Pahang, mereka juga nanti akan mendakwa itu semua adalah kerja jahat pihak daripada Barisan Nasional terutamanya UMNO untuk merosakkan imej PR..

Selasa, Ogos 28, 2012

Siapa Semenanjung ANTI Sarawak? ..siasat siapa pemilik laman ini di FB !

 Nyata semakin banyak laman-laman ANTI-Sarawak di facebook, kononnya orang-orang Semenanjung Malaysia amat membenci orang-orang Sarawak sehingga wujudnya perkara seperti ini.
Perkara seperti ini memang sangat tidak wajar malah mereka yang tidak bertanggungjawab mewujudkan laman-laman seumpama ini di Facebook patut sedar jika ada sekalipun pertelingkahan kecil maka tak perlulah melibatkan pihak lain, oleh itu diharapkan agar pihak berkuasa, KDN, SKMM, PDRM melakukan siasatan segera berkenaan kewujudan laman-laman seperti di internet.

Jika tidak ditangani dengan segera adalah tidak mustahil ianya akan mendatangkan masalah yang tidak terduga terhadap perpaduan bangsa dan juga perpaduan nasional di Malaysia. Negara kita kini telah mencapai usia separuh abad terbentuk menjadi sebauah negara berdaulat yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia tetapi kenapa masih ada lagi saki-baki golongan perosak keamanan yang terlepas bebas menghasut orang ramai ke arah kemusnahan?

Isnin, Ogos 27, 2012

Royalty minyak 5%: PKR marah sangat dah dengan Taib Mahmud & Musa Aman !

Isu royalty minyak sebanyak 5% bagi negeri Sarawak dan Sabah pada mulanya memang dimainkan oleh pihak pembangkang dan isu itu sebenarnya telah menjadi modal wajib bagi mereka untuk dijadikan sebagai bahan kempen untuk meraih sokongan rakyat pada setiap kali pilihanraya diadakan.

Namun setelah sekian lama isu itu dilambung, ditanggung, disepak, ditendang, dilibas, ditanduk oleh pihak pembangkang semata-mata untuk mendapat undi simpati daripada pengundi di Sarawak dan juga Sabah, maka isu itu kini telahpun beralih tangan apabila ianya sudah berada dalam genggeman wakil-wakil rakyat Barisan Nasional dan juga telah disambut oleh Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud dan Ketua MenterI Sabah YAB Datuk Seri Musa Hj Aman.

Isu royalty minyak sebanyak 5% untuk Sarawak dan Sabah mula dibangkitkan oleh beberapa orang wakil rakyat daripada Barisan Nasional pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak bulan lalu dan usul yang dicadangkan oleh ADUN BN itu juga turut mendapat sokongan daripada ADUN-ADUN Pakatan Pembangkang seperti ADUN Ba'Kelalan YB Baruk Bian, ADUN Bukit Assek YB Wong Ho Leng dan ramai lagi.

Pada mulanya pihak dari Pakatan Pembangkang seolah-olah tidak sedar akan impaknya kepada mereka sebaik saja isu royalty minyak 5% jatuh ke tangan ADUN-ADUN BN kerana itu mereka tanpa berfikir panjang dan terus menyatakan sokongan terhadap isu berkenaan yang tiba-tiba dibangkitkan oleh wakil-wakil rakyat yang pro-kerajaan.

Setelah hampir sebulan isu itu ditanggung oleh wakil-wakil rakyat daripada Barisan Nasional, lalu kini menjadi tugas Ketua Menteri Sarawak dan Sabah untuk menguruskannya dan ini telahpun dinyatakan oleh Pehin Sri Taib beberapa hari lalu bahawa kedua mereka sudah bersedia untuk berjumpa dengan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib untuk menbincangkan perkara tersebut khasnya mengenai cadangan meminta kerajaan persekutuan membuat semakan semula terhadap perjanjian royalty minyak 5% dengan kerajaan Sarawak dan Sabah yang dibuat di era pentadbiran Tun Abdul Razak lagi.

Sebaik menyedari pihak mereka kehilangan semakin banyak isu untuk dimainkan pada Pilihan Raya ke-13 nanti, tersentak dengan keadaan itu telah menyebabkan beberapa pemimpin PKR Sarawak merungut dan mengomel serta mempersoalkan kewajaran kerajaan negeri yang mahu mengadakan rundingan dengan kerajaan pusat mengenai isu royalty minyak sedangkan menurut mereka perkara itu sepatutnya dibangkit sejak dulu lagi dan bukannya sekarang.

Pengerusi PKR Sarawak Cawangan Bintulu, encik Paul Raja juga turut persoalkan kenapa baru sekarang kerajaan negeri Sarawak mahu kerajaan pusat membuat semakan semula tentang royalty minyak. Inilah yang payahnya puak-puak Pakatan Pembangkang ni,,,kerajaan BN mahu membuat atas sesuatu isu yang mereka bangkitkan,,,mereka tak suka pula tetapi kalau kerajaan BN berdiam dan tidak memberi sebarang tindakan terhadap isu yang mereka bangkitkan, akan dipersoalkan juga dan akan dituduh dengan bermacam-macam dakwaan.

Ahad, Ogos 26, 2012

Dlm kenangan: Neil Armstrong masuk Islam setelah mendengar seruan Azan di atas bulan ?

Tokoh Angkasawan dunia Neil Armstrong dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 82 tahun. Beliau yang bersama dengan dua orang lagi Angkasawan iaitu Edwin "Buzz" Aldrin dan Micheal Collins menjadi manusia pertama menjejakkan kaki ke permukaan bulan setelah pesawat angkasa Apollo 11 berjaya mendarat di bulan pada 20 Julai 1969.

Apa yang menarik tentang Neil Armstrong ini ialah cerita tentang beliau yang semasa berada di bulan telah terdengar seruan azan di mana kemudiannya sesudah kembali ke bumi beliau mula mencari makna di sebalik suara itu yang mana akhirnya beliau mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam setelah yakin bahawa suara yang beliau dengar sewaktu di atas bulan pada tahun 1969 adalah Azan yang menyeru umat Islam untuk mendirikan sembahyang.

Tetapi masih ramai juga di kalangan orang-orang Kristian mahupun orang Islam yang kurang jelas dengan kesahihan perkara ini walaupun telah diterangkan sendiri oleh Neil Armstrong ketika lawatan beliau ke Kuala Lumpur pada tahun 2005 dulu. Apa-apapun kita semua tunggu upacara pengkebumian beliau nanti, apakah akan mengulangi peristiwa pengkebumian Raja Pop Dunia Micheal Jakson yang dikebumikan tidak mengikut ajaran agama Islam.

Jumaat, Ogos 24, 2012

Mursyidul Am PAS baca Utusan Malaysia dalam Hospital lah...!

Perkembangan baik....gambar menunjukkan Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang menjalani rawatan ringan di Hospital Krian tengah kusyuk membaca artikel bertajuk "Anwar Ibrahim juga tolak hudud" yang disiarkan dalam akhbar arus perdana Utusan Malaysia.

Jika sebelum ini mereka dari Pakatan Pembangkang begitu beriya-iya sekali mahu semua pengikut serta penyokong DAP, PAS dan PKR agar memulaukan atau memboikot Utusan Malaysia, jangan membeli apatah lagi membacanya.

Tetapi apa yang kita nampak dari dalam gambar di atas merupakan satu petunjuk bahawa sememangnya pemimpin pembangkang hampir kesemuanya jenis yang 'cakap tak serupa bikin' semua mereka suka buat rakyat jadi keliru...

Khamis, Ogos 23, 2012

Gempar!!! Sami Buddha sembahyang dalam Masjid bersama orang Isle PAS !

Apa dah nak jadi dengan orang-orang Isle PAS ni...sampaikan soal agama juga sanggup mereka berkongsi sembahyang dalam masjid dengan orang bukan Islam...aduhaiiii....

Itu agaknya gambaran mula bagi Slogan Merdeka 55 Tahun negara yang pihak Pakatan Haram rangka tu "SEAGAMA, SEBANGSA, SENEGARA, SEJIWA, SEJENIS" tu...hahaha!!!

Rabu, Ogos 22, 2012

Gambar bogel Putera Harry, satu dunia kecoh ! gambar bogel Putera PKR ?

 Ini dia gambar telanjang bulat Putera Harry, pewaris takhta England. Patutnya beliau tidak berkelakuan sebegitu kerana wajip menjaga maruah keluarga di-Raja tetapi perkara sudah berlaku nak buat macam mana.
Harap perkara seperti itu takkan berlaku atau menular dalam keluarga atasan di negara kita pula selepas ini sebab jika berlaku juga hanya akan menyebabkan kes-kes mahkamah semakin berlambak dengan kes-kes yang tertangguh...menyusahkan betul...huh!!!

Buddha di Malaysia dan etnik Islam Rohingya di Myanmar

 Pembersihan etnik Islam Rohingya secara terancang, kejam dan zalim oleh para penganut agama Buddha yang turut dibantu oleh pihak berkuasa di Myanmar memang amat bertentangan dengan layanan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia baik pemerintah mahupun pembangkang terhadap pemimpin serta penganut agama Buddha di negara ini.

Di Malaysia penganut agama Buddha mendapat layanan adil serta saksama sama dengan agama-agama lain seperti Islam, Kristian, Hindu dan lain-lain lagi daripada pihak kerajaan malah mereka juga diberikan hak-hak tertentu di dalam menjaga serta memelihara sebarang kepentingan yang berkaitan dengan kepercayaan agama yang mereka anuti.
Tetapi amat malang sekali apabila keadaan sedemikian tidak pernah dikecapi oleh etnik Islam Rohingya yang sekian lama telah mendiami bumi Myanmar yang diperintah oleh sebuah kerajaan dalam negara yang majoriti besar penduduknya menganut agama Buddha. Kehindupan etnik Islam Rohingya amat sukar di Myanmar, pergerakan mereka terbatas dengan ancaman datang dari segenap penjuru yang sentiasa memburu untuk menghapuskan mereka.

Walau pada satu ketika saya kurang percaya dengan apa yang dibaca mengenai nasib kaum Rohingya Islam di Myanmar yang dikatakan ditindas oleh golongan Buddha yang turut disokong oleh pihak berkuasa Myanmar namun setelah membaca lebih banyak maklumat mengenainya barulah kita sedar bahawa apa yang berlaku di Myanmar terutama serangan terhadap orang Islam Rohingya memang benar-benar berlaku dan ini sudah tentu mengingatkan kita betapa bertuahnya orang-orang Buddha yang tinggal di Malaysia walaupun ianya sebuah negara Islam tetapi tetap berlaku adil kepada semua rakyatnya tanpa mengira latar belakang kaum, adat serta agama mereka.

Selasa, Ogos 21, 2012

Perlukah Kelab Anak Derhaka ditubuhkan di negara ini ?

Sebagaimana persatuan-persatuan ataupun kelab-kelab yang terdapat di negara ini yang diwujudkan seperti Kelab Anak Merdeka, Kelab Anak Yatim Piatu, Kelab Ibu-ibu Tunggal, Kelab Veteran ATM, Kelab Pesara Kerajaan, Kelab Pesara Polis, Kelab Isteri-isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional dan sebagainya, apakah perlu ditubuhkan juga satu lagi kelab khusus untuk anak-anak yang menderhaka kepada orang tua mereka.

Dan jika ramai yang bersetuju agar satu kelab khusus ditubuhkan bagi anak-anak yang tergamak menderhakai kedua ibubapa mereka, seperti tidak pernah menziarahi orang tua mereka pada hari-hari yang sepatutnya, tidak pernah menyumbang wang ringgit untuk belanja ibubapa masing-masing, menghantar ibubapa ke rumah orang-orang tua dan macam-macam lagi, justeru, siapakah yang difikirkan paling layak dan sesuai untuk mengetuai kelab berkenaan itu nanti?

Apa bezanya bendera PAS dengan bendera negara bekas penjajah, Jepun?


Jepun akan sentiasa diingati oleh seluruh penduduk Asia terutamanya penduduk-penduduk di negara Asia Tenggara sebagai sebuah negara penjajah paling kejam dan zalim di muka bumi ini malah menyamai kekejaman serta kezaliman rejim Zionis ketika ini terhadap rakyat Palestine.

Manakala PAS, Parti Islam SeMalaysia pula akan sentiasa dilihat sebagai sebuah parti yang sentiasa menganjurkan perpecahan yang memecahbelahkan perpaduan di kalangan umat Islam di negara ini. PAS menjajah pemikiran orang-orang Islam di negara ini dengan ideologi atau fahaman songsang mereka mengenai Islam apabila sanggup menyamakan politik PAS dengan ajaran Islam malahan tergamak menakut-nakutkan orang Islam lain kononnya mengundi PAS masuk syurga dan jika tidak masuk PAS bermakna bukan ahli syurga.

Lihat pula persamaan yang ada pada bendera negara bekas penjajah Jepun dengan bendera parti PAS. Yang membezakan keduanya hanyalah warna pada bendera namun bentuk dan juga lambang yang digunakan pada kedua-dua bendera berkenaan ternyata serupa sahaja.

Arkib Blog