Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Rabu, September 28, 2011
Video Karpal Singh ganggu Nik Aziz... DAP sentiasa ganggu PAS !
Layan sekejap video nih... agaknya ada pengajaran yang mungkin kita dapat daripadanya...lihat jer...jangan risau takde apa2...cuma bagaimana DAP sentiasa akan mengganggu PAS dalam apa jua urusannya...
Label:
dap vs pas
"Urat pucuk Anwar dipotong ketika pembedahan di Jerman" - Dr Thomas Hoogland
![]() |
| Kelihatan Dr Hoogland sedang menunjuk kedudukan urat yang terputus tu... |
Bagi mengetahui samada benar atau tidak dakwaan bahawa suaminya mengalami mengalami masalah "mati pucuk" maka Datin Seri Dr Wan Aziz terpaksa menebalkan mukanya bertanyakan kepada doktor pakar tersebut iaitu Dr Thomas Hoogland kerana bagi setiap isteri, mempunyai seorang suami yang mengalami masalah "mati pucuk" adalah paling memalukan serta lebih teruk dari seorang pesakit yang menigidap penyakit lumpuh seluruh badan atau ahmar.
Oleh kerana itu, Datin Seri Dr Wan Azizah terpaksa membuang jauh-jauh perasaan segannya itu dan terus menghubungi Dr Hoogland untuk mendapatkan kepastian mengenai status sebenar kesihatan Anwar. Jawapan Dr Hoogland ketika ditanya oleh Datin Seri Dr Wan Azizah mengenai perkara itu telah hampir membuat Presiden PKR itu jatuh pengsan kerana tidak menduga sama sekali kerana berdasarkan jawapan yang diberi oleh Dr Hoogland bahawa yang suaminya adalah merupakan seorang lelaki yang bermasalah kerana mengidap masalah "mati pucuk."
Lagi penjelasan oleh Dr Hoogland kepada Datin Seri Dr Wan Azizah bahawa mana-mana lelaki yang mempunyai masalah "mati pucuk" menyebabkan mereka kurang berminat dengan wanita tetapi nafsunya lebih condong dan mudah tertarik kepada pasangan sejenisnya iaitu lelaki-lelaki muda yang berwajah jambu dan tampan. Penjelasan Dr Hoogland mengenai perkara ini sekali lagi telah membuat Datin Seri Dr Wan Azizah hampir-hampir pitam akibat tekanan darah tinggi yang naik secara mendadak.
Namun, Datin Seri Dr Wan Azizah masih lagi bertahan sebab beliau sedar bahawa beliau perlu menguatkan semangat demi untuk mengetahui dengan lebih lanjut akan punca yang menyebabkan suaminya mengalami masalah "mati pucuk." Untuk itu Datin Seri Dr Wan Azizah terus bertanyakan kepada Dr Hoogland menerusi perbualan telefon mengenai perkara itu... Dr Hoogland menjawab bahawa kejadian itu tidak disengajakan namun percaya bahawa ianya satu kebetulan.
Datin Seri Dr Wan Azizah tidak faham dengan maksud yang cuba disampaikan oleh Dr Hoogland itu dan pakar bedah itu kemudiannya menjelaskan bahawa semasa proses pembedahan dijalankan ke atas Anwar, ada satu urat yang berfungsi dari bahagian tulang belakang Anwar telah dipotong namun boleh disambung semula pada bila-bila masa dan ianya bergantung kepada keadaan. Menurut Dr Hoogland lagi, urat tersebut berkait rapat dengan beberapa urat yang terdapat pada setiap deria seperti mata, otak, nafsu dan keinginan.
Tujuan utama urat tersebut dipotong menurut Dr Hoogland lagi ialah, bagi mengelak lebih ramai lagi anak-anak muda terutama sekali remaja-remaja lelaki yang memiliki rupa bentuk tubuh serta wajah yang menawan menjadi mangsa keganasan seks atau menjadi mangsa gangguan seksual oleh boss-boss yang jenis tak kenal depan belakang semua di bedal... Kesian, Datin Ser Dr Wan Azizah hanya mampu berdiam diri saat mendengar penjelasan oleh Dr Hogland itu.
Apa-apapun, nama Dr Hoogland kini dikata sudah termasuk kedalam senarai nama-nama mereka yang akan diliwat oleh Anwar Ibrahim dalam perbicaraan kes liwat II peringkat pembelaan pada 3 sehingga 7 hb Oktober minggu hadapan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Harap Dr Hoogland segera sambung balik urat Anwar Ibrahim yang dipotong tu...kesian dia...pakai dia kencing rakyat saja benda tu...tak boleh pakai main amoi2 China, amoi2 Thailand dan jejaka2 jambu Malaysia hehehe...
Label:
mati pucuk
Hudud & DUMC: sudah 2 kali Pakatan Haram langgar amalan demokrasi !!!

Dan yang terbaru, berikutan timbulnya perang mulut antara Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh mengenai hukum hudud, arahan serupa juga telah dikenakan oleh Pakatan Haram terhadap semua pihak terutamanya kepada semua pemimpin dari berbagai peringkat di dalam pakatan mereka termasuklah juga kepada para penyokong ketiga-tiga parti dalam gabungan Pakatan Haram itu supaya "tutup mulut" dan tidak dibenarkan sama sekali untuk bercakap mengenainya.
Arahan terbaru itu telah disampaikan oleh Pakatan Haram melalui tiga wakil mereka iaitu ketika sidang media bersama ketiga-tiga parti berlangsung di Ibu Negara baru-baru ini yang diwakili oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution.
Langkah yang diambil oleh pihak Pakatan Haram ketika berdepan dengan masalah seumpama itu sebenar satu langkah yang kembali mundur semula ke belakang iaitu kembali kepada satu peraturan atau undang-undang yang kini sedang giat cuba dihapuskan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional apabila baru-baru ini Datuk Seri Najib telah mengumumkan bahawa kerajaan pimpinan beliau akan memansuhkan beberapa akta seperti Akta ISA, Akta Mesin Cetak dan beberapa yang lain, semuanya bertujuan bagi memberi lebih banyak kebebasan kepada rakyat Malaysia untuk bersuara.
Tindakan melarang mana-mana pihak untuk membincang atau menyentuh tentang isu yang sedang berbangkit yang sedang menyelubungi mereka kini oleh pihak Pakatan Haram merupakan satu bentuk tindakan yang amat bertentangan sama sekali dengan usaha oleh kerajaan Barisan Nasional itu. Dan apakah itu semua sebagai satu gambaran awal kepada rakyat Malaysia sekiranya Pakatan Haram berjaya menubuhkan kerajaan di Malaysia, mereka akan kembali semula kepada sistem kuku besi, segala kebebasan akan disekat dan Akta ISA akan dikuatkuasakan semula?
Label:
dap vs pas
Selasa, September 27, 2011
Bryan Lomas dapat satu lagi tempat ke Sukan Olimpik 2012, Tahniah bro !
KUALA LUMPUR 27 Sept - Penerjun Kebangsaan, Bryan Nickson Lomas menempah satu lagi tempat bagi dirinya ke Sukan Olimpik 2012 di London pada hari terakhir Kejohanan Piala Terjun Asia ke-4 yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil hari ini.
Bryan yang menyertai acara 10M Platform Individu Lelaki, memenangi pingat emas selepas memungut 480.50 mata untuk mengalahkan rakan senegara Ooi Tze Liang yang mendapat 450.80 mata manakala pingat gangsa milik M. Nasrullah dari Indonesia yang memungut 396.20 mata.
Bryan sebelum ini telah menempah tiket ke temasya sukan terbesar dunia itu menerusi acara 3M Papan Anjal Individu Lelaki pada Kejohanan Dunia awal tahun ini.
Beliau berkata apa yang lebih penting baginya ialah melayakkan diri ke Sukan Olimpik - Utusan Malaysia
Sebagai atlet kelahiran Bumi Kenyalang, kami rakyat Sarawak sesungguhnya turut gembira serta turut berbangga dengan pencapaian yang telah digapai oleh Bryan Lomas dalam bidang sukan dan apa yang penting ialah apabila rakyat Bumi Kenyalang juga terbukti mampu untuk memberi sesuatu yang terbaik dan penuh bermakna buat Malaysia...
Pembaca yang budiman...apa kata luangkan sedikit masa dalam 3 - 4 minit untuk menyaksikan video diatas yang menampilkan tarian "Sape" satu tarian tradisional kaum Kayan, Kenyah dan Kelabit di Sarawak...mengiringi kejayaan berganda Bryan Nickson Lomas untuk beraksi ke Sukan Olimpik 2012 di London... :-)

Bryan Nickson Lomas
Isnin, September 26, 2011
S/Agung PKR mengaku bahawa UMNO & BN semakin hebat dan kuat !!!
Sewaktu sidang media bersama mengenai isu hudud antara tiga Setiausaha Agung parti masing-masingnya Anthony Loke daripada DAP, Datuk Mustafa Ali daripada PAS dan Saifuddin Nasution daripada PKR, ada satu perkara yang saya rasa wajar untuk kita beri perhatian iaitu berkenaan dengan pengiktirafan secara terbuka oleh Setiusaha Agung PKR Saifuddin Nasution tentang kekuatan UMNO serta Barisan Nasional yang semakin nyata dan memang tidak boleh dipandang ringan lagi oleh semua pemimpin dalam Pakatan Haram.
Dalam isu hudud yang semakin hangat sekarang ini, tanpa berselindung Saifuddin teRUS menuduh itu semua kerja UMNO dan Barisan Nasional. Macam dululah juga, jika timbul saja sebarang isu yang dirasakan boleh merugikan Pakatan Haram, pasti UMNO dan Barisan Nasional yang dipersalahkan.
Begitu jugalah dalam isu hudud yang menyaksikan pertikaman lidah sengit berlaku antara Karpal Singh dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat, tanpa tebgok cermin, tanpa terlebih dulu pandang ke kiri, ke kanan, ke atas serta ke bawah, terus saja Saifuddin tuduh UMNO, BN, RTM, TV3 dan Utusan Malaysia yang punya angkara sehingga berlakunya perbalahan besar antara PAS dengan DAP sehingga sekarang.
Tanpa Saifuddin sedari, segala tuduhan liar beliau itu terhadap UMNO dan Barisan Nasional sebenarnya dengan sendirinya telah menonjolkan lagi kebodohan serta sikap tidak matang, tidak berdaya saing, tidak bertanggungjawab dan sikap tidak bertamadun para pemimpin muda dalam Pakatan Haram terutama sekali ketika berdepan dengan apa jua masalah yang melanda parti mereka.
Mereka enggan untuk mencerminkan wajah diri masing-masing terlebih dulu tetapi mereka lebih suka untuk mengunakan jalan singkat dan tanpa usul periksa pantas menyalahkan pihak lain sebagai punca kepada masalah yang sedang mereka hadapi.
Betapa bodoh dan biolnya Saifuddin Nasution apabila mengesahkan bagaimana Karpal Singh seorang peguam veteran yang cukup berpengalaman boleh masuk dengan mudah ke dalam perangkap yang di pasang oleh UMNO dan Barisan Nasional.
Dan begitu jugalah, bagaimana Datuk Nik Aziz yang sering diagung-agungkan oleh para pengikut PAS dan PKR sebagai seorang Ulama yang terbilang boleh dengan begitu mudah untuk diperdayakan dengan tipu helah oleh UMNO dan Barisan Nasional
Tetapi tidak mengapa, kalau sudah Saifuddin berpendirian sedemikian maka bermakna beliau secara jelas telah mengaku dan mengiktiraf betapa hebatnya UMNO dan Barisan Nasional kerana kali ini mampu untuk memperdayakan Karpal Singh dan juga Datuk Nik Aziz Nik Mat sehingga keduanya bergaduh bagai nak rak.
Demikian juga bilamana kehebatan UMNO dan Barisan Nasional yang memang sukar untuk ditandingi, sehinggakan ada seorang lelaki "Anugerah Tuhan" yang bernama Anwar Ibrahim juga turut menjadi mangsa apabila dengan mudah boleh masuk ke dalam perangkap yang dipasang oleh pihak UMNO dan Barisan Nasional yang mengumpan beliau dengan seorang lelaki muda dan beberapa perempuan pelacur.
Dan apa yang Saifuddin Nasution tidak nampak disini berikutan dengan tuduhan melulu beliau terhadap UMNO dan Barisan Nasional itu ialah bagaimana dengan mudahnya para pemimpin tertinggi dalam Pakatan Rakyat untuk dipengaruhi oleh pihak lawan sehinggakan mereka tidak perasan langsung dan tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya sedang cuba diperangkap oleh pihak UMNO dan Barisan Nasional...

saifuddin Nasution
Apa sebab Azwan Ali berminat untuk melabur dalam projek Anwar Ibrahim?
Sebabnya ialah Anwar memiliki projek yang berskala atau 'bersaiz besar' dan juga berpotensi 'besar' untuk memberi pulangan modal berlipat kali ganda dengan keuntungan yang tentunya juga 'besar' disamping boleh memuaskan kehendak para pelabur seperti Azwan dalam tempoh jangkamasa yang 'amat panjang' ... ;-)
Label:
anwar
"Lebih baik bersama UMNO & BN, daripada bersama DAP & PKR," - Datuk Nik Aziz

Bermula dengan keakraban yang ditunjukkan oleh YAB Menteri Besar Kelantan itu ketika bersama dalam program anjuran kerajaan Barisan Nasional baik pada peringkat persekutuan mahupun pada peringkat negeri Kelantan terutama sekali apabila ianya melibatkan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib, kelihatan Datuk Nik Aziz begitu ceria dan teruja apabila beliau bersama-sama dengan Perdana Menteri di atas satu pentas.
Karpal Singh yang ternyata sangat tidak senang atas perbuatan curang Datuk Nik Aziz itu hanya mampu untuk memendam perasaannya yang sudah terlalu amat pedih bagai dihiris duri sembilu itu, akan tetapi, biarpun sekian lama terpaksa menahan sabar tatkala berdepan dengan permainan Mursyidul Am PAS itu akhirnya Karpal Singh gagal juga bertahan sehingga tersemburlah perkataan-perkataan yang turut mendedahkan sesuatu yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum iaitu "belang" sebenar DAP yang selama ini hampir berjaya mengelirukan rakyat apabila beliau turut bermain kata-kata dengan Datuk Nik Aziz.
Apabila Datuk Nik Aziz berkata bahawa PAS akan tetap melaksanakan undang-undang hudud di negeri Kelantan, lalu Karpal Singh tiba-tiba berubah menjadi sangat sedih. Dalam hati kecilnya, Karpal Singh tertanya-tanya, apa pula mimpi Menteri Kelantan itu, tiba-tiba saja dia buang tabiat? Kan hari tu Presiden PAS Hadi Awang sudahpun membuang dasar negara Islam jauh-jauh dan telah diganti dengan dasar baru iaitu Negara Kebajikan tetapi kenapa pula Datuk Nik Aziz kutip balik?
Jauh disudut hati Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebenarnya mahu agar PAS kembali semula menjalinkan kerjasama dalam semangat perpaduan dengan UMNO, demi masa depan orang Melayu serta demi agama Islam di negara ini tetapi bagi Datuk Nik Aziz itu semuanya hanya akan tetap menjadi angan-angan kosong selagi PAS terus merelakan diri diperkudakan oleh DAP. Bagi Datuk Nik Aziz, UMNO lebih memahami kehendak serta kemahuan PAS jika dibandingkan dengan DAP ataupun PKR.
Di penghujung perjuangannya yang semakin dimamah usia senja itu dalam menegakkan hukum hudud di Bumi Kelantan, nampaknya Datuk Nik Aziz mula bangkit dan berani untuk berdepan dengan Karpal Singh tanpa perlu menunggu Pengerusi DAP itu menjadi mayat terlebih dulu untuk melangkah tubuhnya semata-mata mahu menubuh sebuah negara Islam tetapi Datuk Nik Aziz mahu membuktikan bahawa beliau berani dan sedia untuk melangkah tubuh Karpal Singh hidup-hidup apabila berkata bahawa PAS tidak kisah sekiranya DAP mahu keluar dari gabungan Pakatan Haram pembangkang hanya disebabkan PAS mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Label:
dap vs pas
Ahad, September 25, 2011
"Lebih baik bersama UMNO dan BN, daripada bersama PAS dan PKR," - LGE

Baru-baru ini lagi semasa Majlis Sambutan Merdeka Raya Peringkat Persekutuan yang diadakan dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh, Lim Guan Eng serta hampir kesemua ahli-ahli Exconya juga turut menghadiri majlis berkenaan dan mereka kelihatan sangat mesra bertemu dengan Perdana Menteri, Menteri-menteri Pusat yang hadir dan juga dengan pemimpin-pemimpin BN Negeri.
Begitu juga dengan beberapa majlis-majlis yang lain anjuran kerajaan Barisan Nasional sebelum ini sekiranya ianya melibatkan negeri Pulau Pinang tentu sekali Lim Guan Eng seperti tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama-sama dengan Perdana Menteri serta pegawai-pegawai daripada kerajaan Persekutuan dalam memeriahkan lagi majlis yang diadakan.
Perkembangan ini jelas sekali memang tidak disenangi oleh Datuk Nik Aziz sehinggakan beliau akhirnya terpaksa mencabar kepimpinan DAP apabila beliau secara terbuka telah menyatakan pendiriannya untuk menghidupkan semula dasar perjuangan PAS yang asal iaitu untuk menegakkan undang-undang Islam atau hudud di negeri Kelantan.
Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang tersentak dengan kenyataan terbaru oleh Mursyidul Am PAS itu tiba-tiba naik angin dan beliau tidak menduga sama sekali bahawa Datuk Nik Aziz dalam masa yang begitu singkat sanggup menukar pendirian parti yang baru saja menguburkan dasar negara Islam mereka apabila menggantikannya dengan dasar baru iaitu Negara Berkebajikan namun telah menggali semula dasar Negara Islam demi perlaksanaan hukum hudud yang telah tertangguh sekian lama di negeri Kelantan.
Karpal Singh sendiri mengakui bahawa yang beliau sangat bingung dengan keadaan itu dan tidak tahu apakah sebab sebenarnya sehingga mendorong Datuk Nik Aziz sanggup untuk berbuat demikian sehinggakan membelakangi semangat kerjasama gabungan tiga parti DAP, PAS dan PKR dalam Pakatan Haram apabila mahu bertindak diluar dari apa yang telah digariskan didalam buku Jinggay yang mereka telah lancarkan pada penghujung tahun lepas.
Namun Datuk Nik Aziz yang semakin berang dan cemburu dengan keakraban antara Perdana Menteri dengan Ketua Menteri Pulau Pinang sepertimana yang cuba ditunjukkan oleh Lim Guan Eng kepada seluruh rakyat Pulau Pinang terutama sekali ketika lawatan yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib ke negeri berkenaan, telah menyebabkan Datuk Nik Aziz gagal mengawal emosinya sehingga terkeluar perkataan-perkataan yang pasti menambahkan lagi luka sedia ada di dalam hati Karpal Singh.
Kelukaan hati Karpal Singh bertambah parah lagi apabila anak guamnya sendiri iaitu Anwar Ibrahim yang cuba dibela beliau dari tuduhan meliwat seorang pekerja lelaki juga turut menyokong kenyataan serta pendirian oleh Datuk Nik Aziz itu. Anwar Ibrahim ketika masih memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri iaitu sebelum berlaku pemecatan ke atasnya, beliau nyata menentang perlaksanaan hukum hudud oleh PAS Kelantan namun bagaimana di episod-episod akhir perbicaraan kes liwatnya, sokongan beliau terhadap Datuk Nik Aziz ternyata sudah membuat Karpal Singh bertambah sedih dan marah.
Hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi telah membuat darah Datuk Nik Aziz mendidih bagaikan air panas yang tengah menggelegak yang dimasak atas api dapur gas dengan api yang sangat kuat. Pagi tadi di Pulau Pinang berlangsungnya acara berbasikal menjelajah tempat-tempat tertentu di Pulau Pinang yang diketuai oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib bertujuan bagi mengutip dana untuk disumbangkan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina di negeri itu.
Kelihatan bersama dengan Perdana Menteri dalam acara itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang. Lim Guan Eng mengenakan baju T berwarna kuning, agaknya beliau masih ingat pasal perhimpunan haram Bersih 2.0 dulu. Tapi apa pula reaksi Datuk Nik Aziz selepas ini apabila dia mendapat tahu bahawa Lim Guan Eng semakin menjadi-jadi dan melampau sehinggakan semua program yang dianjurkan oleh UMNO dan BN Pusat semua dia mahu ikut serta, lebih-lebih lagi apabila melibatkan Datuk Seri Najib ?
Agaknya, tentu sekali Datuk Nik Aziz akan menjadi semakin marah dan macam-macamlah kenyataan yang akan ditimbulkan beliau manakala Karpal Singh pula akan menjadi semakin panas hati terhadap Anwar Ibrahim apabila Ketua Pembangkang itu terus-menerus menyebelahi Datuk Nik Aziz dan akhirnya Karpal Singh terpaksa menarik diri dari menjadi peguambela kepada Anwar Ibrahim...
Label:
dap vs pas
P.213 Mukah: apa bezanya Dr Leo dengan DS Mahmud ? Sama saja !
Semalam sekumpulan penduduk di Mukah berkumpul berdekatan dengan pasar basah iaitu pasar yang menempatkan para peniaga yang menjual berbagai jenis barang makanan berasaskan sumber laut dan juga hasil pertanian. Perhimpunan itu diketuai oleh Tuan Haji Siri Dani, iaitu seorang aktivis masyarakat terkenal di bahagian Mukah. Berita selanjutnya boleh juga lihat di sini
Mereka berkumpul kononnya untuk menunjukkan kepada pemimpin atasan BN Sarawak serta juga BN Pusat tentang sokongan mereka kepada Datuk Seri Mahmud Abu Bekir iaitu anak lelaki sulung Pehin Sri Taib yang sebelum ini dikatakan akan menjadi calon PBB/BN bagi Parlimen P.213 Mukah menggantikan tempat penyandang sedia ada YB Datuk Sri Dr Muhammad Leo Toyad.
Kepada penduduk di Mukah amnya dan juga penyokong BN di bahagian itu khususnya, janganlah terlalu ghairah dan teruja untuk menerima wakil rakyat yang baru lebih-lebih lagi apabila mengetahui dianya adalah anak kepada Ketua Menteri Sarawak sendiri, tetapi mereka harus ingat bahawa Mukah sebagai bahagian yang ke-10 dalam Sarawak dan terletak pula dalam kawasan SCORE(Koridor Tenaga Boleh Di Perbaharui Sarawak) sangat memerlukan seorang wakil rakyat yang benar-benar memahami isu setempat dan peka dengan kehendak rakyat dalam kawasan yang diwakili.
Rakyat di Parlimen P.213 Mukah tidak perlu dipaksa untuk memilih seseorang yang hanya bergantung kepada populariti atau mereka yang datang dari keluarga bangsawan untuk menjadi seorang wakil mereka di Dewan Rakyat tetapi biarlah nanti calon BN bagi Parlimen Mukah merupakan anak tempatan, yang memang lahir di dalam wilayah Mukah, datang dari keluarga yang sederhana, tahu tentang kisah suka duka kehidupan rakyat di Mukah serta tahu bagaimana cara untuk membawa pembangunan kepada rakyat di dalam kawasan Parlimen yang diwakilinya.
YB Dr Muhammad Leo sudah lebih tujuh penggal diberi kepercayaan oleh para pengundi di kawasan Parlimen Mukah untuk menjadi wakil kepada mereka namun sepanjang tempoh itu, apakah usaha yang telah beliau lakukan untuk pembangunan di Bahagian Mukah ? Tiada... melawat rakyat dalam kawasan yang di wakili memang kurang sekali malah boleh dikatakan dalam setahun juga seakan-akan tidak pernah.
Jadi, jika rakyat Mukah tidak mahu berlaku pisang berbuah dua kali, maka eloklah jangan terlalu taksub sehingga kita dilihat sanggup untuk turut mengabaikan nasib masa depan rakyat di kawasan Mukah semata-mata kerana kita terlalu bangga dengan keturunan wakil rakyat yang kita idam-idamkan. Oleh itu adalah sangat diharapakan agar rakyat di Mukah tidak membiarkan undi kita itu nanti sebagai lesen bagi membolehkan mereka menambahkan lagi harta kekayaan.

bn sarawak
Jumaat, September 23, 2011
Rombakan kabinet Sarawak: Taib perlu berani tonjolkan pemimpin pelapis !

Kabinet Sarawak yang ada pada hari ini adalah merupakan barisan menteri kabinet yang dilantik oleh Ketua Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak lagi dan selepas masing-masing menang semula dalam pilihan raya tersebut kecuali ADUN Piasau Datuk Patinggi Dr George Chan dan juga ADUN Krian Datuk Peter Nyarok yang tewas kepada pembangkang, mereka yang menang ini telah mengangkat sumpah bagi membolehkan kesemuanya untuk kembali semula kepada portfolio yang disandang sebelum pembubaran DUN Sarawak dilakukan.
Rombakan kabinet yang dijanjikan oleh Pehin Sri Taib pada minggu depan terhadap kabinet sedia besar kemungkinannya melibatkan lapan orang menteri penuh yang dilantik sebelum ini termasuklah sebelas Menteri Mudanya. Dalam senarai lapan orang menteri penuh itu, perlu ada di antara mereka itu digantikan dengan muka baru yang lebih muda serta bertenaga.
Dan begitu juga dengan kesebelasan Menteri Muda Sarawak yang masih dikekalkan selepas pilihan raya baru-baru ini, ada beberapa nama yang perlu dinaikkan kepada menteri penuh disamping itu perlu juga digugurkan antara mereka itu atas beberapa sebab seperti atas faktor umur serta prestasi.
Cuba kita lihat kepada senarai lapan nama mereka yang masih membarisi kabinet kerajaan negeri Sarawak selepas berlalunya pilihan raya umum negeri atau yang masih dikekalkan memegang jawatan sebagai menteri penuh yang diketuai oleh Ketua Menteri sendiri;
YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib bin Mahmud (PBB) - Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Kewangan, Perancangan dan Pengurusan Sumber
YAB Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang (PBB) - Timbalan Ketua Menteri Sarawak II serta Menteri Pertanian, Pertubuhan Peladang dan Koperasi Sarawak
YB Tan Sri Dr James Jemut anak Masing (PRS) - Menteri Pembangunan Tanah Sarawak
YB Tan Sri William Mawan anak Ikom (SPDP) - Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak
YB Datuk Sri Abg Hj Johari Tun Openg (PBB) - Menteri Perumahan & Pembangunan Bandar Sarawak
YB Datuk Sri Wong Soon Koh (SUPP) - Menteri Kewangan II, Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak
YB Datuk Sri Micheal Manyin anak Jawong (PBB) - Menteri Kemajuan Infrastruktur dan Komunikasi Sarawak
YB Datuk Sri Awg Tengah bin Awg Ali Hassan (PBB) - Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Sarawak II
YB Datin Hjh Fatimah Abdullah (PBB) - Menteri di-Pejabat Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Sumber Manusia dan Latihan
Dan seterusnya adalah senarai nama kesebelasan Menteri-menteri Muda Sarawak (Timbalan Menteri) yang masih dikekalkan oleh Ketua Menteri dengan jawatan lama mereka masing-masing;
YB Datuk Hj Daud Abd Rahman (PBB) - Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sarawak (Hal Ehwal Islam)
YB En. John Sikie Tayai (PRS) - Menteri Muda Daerah Luar Bandar Sarawak
YB Tuan Hj Mohd Naroden Majais (PBB) - Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Sarawak
YB Datuk Francis Harden anak Hollis (SUPP) - Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak
YB En. Sylvester Entri anak Muran (SPDP) - Menteri Muda Bekalan Air Sarawak
YB Datuk Lee Kim Shin (SUPP) - Menteri Muda Sukan Sarawak
YB Tuan Hj Abdul Wahab Aziz (PBB) - Menteri Muda Perumahan Sarawak
YB En. Mong anak Dagang (PRS) - Menteri Muda Pelancongan Sarawak
YB Datuk Peter Nansian anak Ngusie (SPDP) - Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak
YB Dr Stephen Rundi anak Utom (PBB) - Menteri Muda Kesihatan Awam Sarawak
YB Datuk Talib Zulpilip (PBB) - Menteri Muda Pelancongan Sarawak
Jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak I serta Menteri Pembangunan Perindustrian, Pelancongan dan Warisan Sarawak yang masih kosong perlu diisi semula berikutan dengan kekalahan penyandangnya iaitu Tan Sri Dr George Chan Hong Nam dari SUPP yang gagal mempertahankan kerusi di N.63 DUN Piasau setelah tewas kepada YB Ling Sie Kiong seorang calon muda daripada DAP.
Begitulah juga dengan jawatan Menteri Muda(Timbalan Menteri) Pertanian, Pertubuhan Peladang & Koperasi Sarawak yang juga perlu diisi setelah penyandang sebelumnya iaitu Datuk Peter Nyarok anak Entrie dari SPDP turut tewas kepada calon dari PKR, Ali bin Biju yang menentang beliau di kerusi N.34 DUN Krian.
Untuk jawatan yang masih ditinggalkan kosong oleh Tan Sri Dr George Chan itu, Ketua Menteri seboleh-bolehnya perlulah mengisi semula kekosongan jawatan itu dengan melantik salah seorang pemimpin dari kalangan mereka dalam parti SUPP dan tidak semestinya pemimpin itu dari keturunan kaum Cina semata-mata sebab jika dilihat daripada penguasaan kaum yang mewakili SUPP dalam DUN Barisan Nasional Sarawak buat masa ini, kaum Cina hanya ada dua wakil iaitu di N.47 Bawang Assan YB Datuk Sri Wong Soon Koh serta YB Datuk Lee Kim Shin dari N.65 Senadin.
Manakala empat daripada enam orang kesemua wakil rakyat dari parti SUPP dalam DUN Sarawak yang tinggal kini adalah pemimpin dari kaum Bumiputera iaitu ADUN N.01 Opar YB En. Ranum anak Mina, ADUN N.16 Bengoh YB Dr Jerip anak Susil, ADUN N.27 Simanggang YB Datuk Francis Harden anak Hollis dan ADUN N.28 Engkelili YB Dr Johnical Rayong anak Mina.
Dan daripada empat pemimpin suku Bumiputera ini, Pehin Sri Taib di lihat wajar untuk melantik salah seorang daripada mereka ini ke jawatan yang lebih kanan dalam kabinet negeri atau sekurang-kurangnya sebagai menteri penuh dalam kabinet seandainya jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak diberikan kepada sebuah lagi parti komponen BN negeri iaitu parti PRS yang telah memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya negeri lalu jika dibandingkan dengan SUPP.
Calon yang dilihat lebih sesuai adalah wakil rakyat bagi kawasan Simanggang iaitu YB Datuk Francis Harden Hollis ini berdasarkan kepada pengalaman serta kesetiaan beliau terhadap kerajaan Barisan Nasional, mempunyai pengalaman agak luas serta lama dalam kancah politik negeri Sarawak serta mempunyai latarbelakang pendidikan yang baik serta serta memiliki prestasi kerja yang baik selama menjadi wakil rakyat disamping menjalankan tugas sebagai Menteri Muda dengan amanah.
YAB Tan Sri Amar Alfred Jabu anak Numpang sepatutnya direhatkan terlebih dahulu sebelum YAB Pehin Sri Taib berundur sebagai Ketua Menteri Sarawak memandangkan usianya yang telah kian lanjut. Umur Tan Sri Jabu 5 tahun muda dari Pehin Sri Taib yang kini telah berusia 75 tahun. Tempat Tan Sri Jabu sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak perlu diberikan kepada salah seorang daripada dua pemimpin Iban iaitu Tan Sri Dr James Jemut Masing ataupun Tan Sri William Mawan Ikom bagi mewakili suara kaum Iban serta Dayak di Bumi Kenyalang keseluruhannya.
Pehin Sri Taib juga perlu memikir untuk mewujudkan satu lagi jawatan Timbalan Ketua Menteri ataupun sekurang-kurangnya kekosongan tempat bagi kouta kaum Cina dibuka kepada pemimpin Bumiputera Islam yang akan mewakili kaum Melayu, Melanau dan juga kaum Kedayan di Sarawak. Ini perlu disediakan lebih awal seandainya kelak Sarawak akan mendapat seorang Ketua Menteri yang bukan lagi dari kalangan tiga suku kaum tersebut.
Dan pemimpin yang layak untuk diiktiraf ke jawatan itu saya rasa ialah ADUN N.8 Satok YB Datuk Sri Abg Johari Tun Abg Hj Openg kerana beliau dilihat lebih mengenali budaya serta adat tiga kaum berkenaan dengan lebih baik. Pemilihan Datuk Sri Abang Jo sebagai Timbalan Ketua Menteri saya dapati agak logik apabila sampai masanya kelak Pehin Sri mengotakan janji beliau untuk berundur dari tampuk pemerintahan kerajaan negeri sebagaimana yang dinyatakan dalam siri kempen pilihan raya beliau dulu dan sekiranya ini berlaku maka orang yang paling layak untuk mengambil alih jawatan itu adalah Datuk Sri Abang Johari.
Dan parti SUPP yang hanya mampu mempertahankan 6 kerusi daripada 12 kerusi yang dipertandingkan cukuplah sekadar diberikan dengan jawatan sebagai menteri penuh dalam kabinet negeri pada kali ini. Dan kaum Cina yang hanya ada dua orang wakil dalam kerajaan Sarawak tidak lagi boleh hendak menyalahkan kerajaan BN dalam hal ini apabila mendapati tiada lagi pemimpin Cina yang menduduki jawatan tertinggi dalam kabinet negeri kerana majoriti daripada mereka ternyata sudahpun menolak kerajaan BN dan mereka telah nyatakan keputusan itu dalam pilihan raya umum Sarawak yang ke-10 pada 16 April lepas dan mereka harus terima hakikat itu.
Agak menarik dalam rombakan kabinet negeri Sarawak kali ini ialah apabila Pehin Sri Taib dijangka akan melantik semula bekas ADUN N.54 Pelagus iaitu En. Larry S'ng ke dalam pentadbiran kerajaan negeri. Larry S'ng tidak dicalonkan semula di kawasan tersebut setelah Pehin Sri Taib terpaksa mengalah disebabkan desakan yang dibuat oleh Presiden PRS Tan Sri Dr James Masing yang tidak membenarkan sama sekali Larry menjadi calon BN di Pelagus ekoran krisis kepimpinan yang berlarutan antara beliau dengan Larry S'ng.
Namun Pehin Sri Taib tetap berkeyakinan dengan potensi masa depan Larry S'ng sebagai seorang pemimpin baik dan berwibawa adalah cerah dan Pehin Sri Taib secara peribadi sering mengakui bahawa Larry S'ng merupakan seorang pemimpin muda yang sentiasa setia kepada perjuangan Barisan Nasional dan sangat komited terhadap tugas yang diberikan kepada beliau. Itulah antara lain sebab mengapa Pehin Sri tetap mahu melihat agar Larry S;ng terus berada bersama dalam pentadbiran beliau biarpun Larry S'ng tidak mewakili mana-mana parti dalam komponen BN.
Menyentuh mengenai rombakan yang turut melibatkan jawatan-jawatan pada peringkat Menteri Muda Sarawak tentu sekali akan turut berlaku perubahan dimana pasti ada diantara mereka yang sudah lama memegang jawatan tersebut dalam kementerian yang tertentu akan dinaikan ke jawatan lebih tinggi, atau ditukar ke jawatan lain dan tidak mustahil juga ada yang akan digugurkan serta digantikan dengan muka baru.
Apabila membincangkan tentang rombakan yang melibatkan jawatan sebagai Menteri Muda Sarawak, sudah tentulah perhatian kita tidak boleh lari kepada wakil-wakil rakyat yang masih muda serta bertenaga walaupun kebanyakkan daripada mereka itu baru beberapa bulan dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri setelah menang dalam pilihan raya negeri lalu namun bukanlah sesuatu yang diluar kebiasaan jika Pehin Sri Taib sanggup memberi ruang serta peluang kepada mereka itu untuk diserap ke dalam kabinet negeri agar mereka itu akan mendapat pendedahan lebih awal mengenai hala tuju serta arah negeri Sarawak hendak dibawa seterusnya oleh kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional.
Ramai sebenarnya pemimpin-pemimpin muda yang berkebolehan sebagai pemimpin masa depan ada di dalam Barisan Nasional Sarawak pada masa ini cuma mereka ini tidak diberi peluang untuk berkhidmat dengan lebih luas melangkaui kawasan sendiri iaitu tidak hanya terhad kepada rakyat yang diwakili dalam kawasan DUN sendiri semata-mata tetapi kepada seluruh rakyat Sarawak seandainya mereka diberi tempat dalam kabinet negeri. Malah ada di antara mereka yang sudah beberapa penggal dipilih sebagai seorang wakil rakyat tetapi tetap juga tidak dilantik sebagai Menteri Muda apatah lagi sebagai menteri penuh walaupun sesetengah daripada mereka menunjukkan prestasi cermerlang sebagai seorang wakil rakyat.
Saya melihat ada beberapa wakil rakyat yang telah lebih dua tiga penggal menduduki kerusi DUN Sarawak serta mempunyai potensi masa depan yang baik untuk digarap sama dalam kabinet kerajaan negeri kali ini seperti ADUN Samariang YB Syarifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, ADUN Engkelili YB Dr Johnical Rayong, ADUN Bekenu YB Rosey Yunus dan ADUN Bukit Kota Limbang YB Dr Abdul Rahman Ismail.
Tetapi sekiranya Pehin Sri Taib terus mensia-siakan kebolehan yang ada pada mereka ini serta masih mengekalkan pemimpin yang kurang berkualiti untuk membarisi kerajaan dalam kabinet negeri nescaya kerajaan BN Sarawak akan terus ketandusan pemimpin masa depan yang berkemampuan untuk memimpin rakyat serta negeri Sarawak ke arah yang lebih gemilang lagi.
Begitu juga dengan beberapa muka baru wakil rakyat Barisan Nasional yang menang di dalam pilihan raya negeri lalu, ada diantara mereka itu awal-awal lagi telah menunjukkan prestasi amat baik untuk menjaminkan BN terus kekal memerintah negeri Sarawak, mempunyai latar belakang pendidikan yang baik, berketrampilan sesuai sebagai seorang Yang Berhormat, mudah didekati rakyat serta rajin menyelami permasalahan masyarakat.
Mengenai pemimpin-pemimpin baru dalam Barisan Nasional Sarawak ini saya sering mengikuti perkembangan yang dilakukan oleh beberapa ADUN baru daripada BN Sarawak seperti ADUN Telang Usan YB Harisson Ngau Laing, ADUN Lambir YB Ripin Lamat dan ADUN Semop YB Abdullah Saidol. Ketiga-tiga pemimpin muda BN ini perlu diberi perhatian khusus oleh Pehin Sri Taib bagi memantapkan lagi pentadbiran kerajaan negeri.
Adalah tidak terlalu awal untuk melantik mereka-mereka ini ke dalam kabinet negeri Sarawak walaupun ketiga-tiga mereka baru sahaja bergelar sebagai Ahli Yang Berhormat namun sebagai Ketua Menteri yang sangat berpengalaman, saya berpendapat Pehin Sri Taib harus lebih berani mencuba sesuatu yang bukan kelaziman dengan membawa muka-muka baru ini bersama-sama ke dalam kepimpinan kerajaan negeri dan ini perlu dilakukan sebagai langkah untuk merintis jalan menuju ke arah perubahan serta pembaharuan yang lebih sesuai mengikut keadaan masa.
Berdasarkan kepada pengalaman, asas pendidikan yang sempurna juga berdasarkan kepada kesungguhan menjadi seorang pemimpin saya yakin ketiga-tiga wakil rakyat muka baru seperti yang tersebut diatas pasti mampu untuk menggalas tanggungjawab serta tugas yang diberi dan jika tiada rasa kurang yakin terhadap kebolehan muka-muka baru yang banyak membantu Barisan Nasional Sarawak menang dalam PRN ke-10 lalu, saya fikir tentu sekali kerajaan Sarawak dibawah teraju YAB Pehin Sri Taib Mahmud tidak sesukar manapun untuk mencari pemimpin pelapis yang mampu untuk menggantikan tempat mereka kelak.
Label:
kabinet Sarawak
Khamis, September 22, 2011
Liwat II: DS Najib tidak takut tapi geli, mual & jijik dengan kes liwat Anwar !
Anwar Ibrahim perlu sedar bahawa tidak semua orang suka dan ingin terlibat didalam perbicaraan kes liwat yang sedang dia hadapi sekarang. Begitu jugalah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib, isteri beliau Datin Seri Rosmah serta juga mereka yang lain seperti bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang sebelum ini cuba diheret sama oleh Anwar ke dalam kes liwat II dia itu.
Mereka-mereka ini sebenarnya amat geli, jijik, mual dan nak termuntah-muntah dengan kes seumpama itu apatah lagi apabila ianya melibatkan Anwar Ibrahim yang maruahnya belum lagi mampu dibersihkan selepas terpalit oleh kegiatan songsang dengan kaum sejenisnya serta keruntuhan akhlak yang begitu teruk sekali. Selain Perdana Menteri dan isteri beliau, pasti ramai lagi mereka diluar sana yang berkongsi rasa sedemikian serta tidak berminat untuk terlibat sama dalam perbicaraan kes berkenaan.
Tindakan oleh Datuk Seri Najib untuk mengenepikan sapina yang dikemukakan oleh pihak Anwar terhadap beliau serta isteri merupakan hak mereka berdua dan Anwar Ibrahim tidak ada hak untuk memaksa orang lain agar turut tunduk dan mengikut apa sahaja kemahuannya sebagaimana dia melakukan paksaan terhadap mangsa-mangsa yang telah menjadi korban kepada nafsu seks songsangnya sebelum ini.
Saya pasti, sekiranya kes jenayah yang sedang Anwar Ibrahim hadapi merupakan kes rompakan harta benda awam, penipuan kad kredit, pemalsuan berbagai dokumen dan bukannya kes yang melibatkan salahlaku seksnya, tentu sekali Perdana Menteri dan isteri tidak akan berfikir banyak untuk memberi kerjasama tetapi apabila ianya telah melibatkan perkara-perkara yang berada didalam kain, benda yang tersimpan dan tersembunyi di dalam seluar dalam maka sesiapapun yang berfikiran waras akan merasa geli dan malu hendak membicarakannya secara terbuka apalagi bagi mereka yang menjadi pemimpin besar negara.
Saya rasa elok sangatlah Perdana Menteri jangan melayan lagi karenah Anwar Ibrahim yang tak sudah-sudah, hanya membuang masa. Anwar sendiri yang buat masalah maka dia sendirilah yang harus bertanggungjawab dan apahal pulak dia nak melibatkan orang lain. Takkanlah kunci nafsu seks Anwar Ibrahim berada didalam tangan orang lain, itu adalah sangat mustahil !

kes liwat II
Rabu, September 21, 2011
Australian PM won't watch sex-under-flag TV scene...
CANBERRA, Australia - Australian Prime Minister Julia Gillard said Wednesday that she did not plan to watch a TV program showing two comedians playing her and her partner blanketed by the national flag after having sex on her office floor.
The third episode of the satirical series "At Home With Julia," which was to be aired Wednesday nigth by the goverment-owned Australian Broadcasting Corp., has been widely criticized by lawmaker and the media as disrespecful to the Australian flag and the post of prime minister. Read more...

Julia porn
KITA dilanda gempa bumi kuat 10.5 skala Ex-gratia !!!

Apa dah nak jadi dengan KITA, usia parti belumpun sampai setahun lagi, kira belum matanglah tu tetapi dah mula main gempar-gempar sesama mereka. Dulu Datuk Zaid bikin gempar sama kita bila dia kasi habis duit rakyat sebanyak RM10.5 juta semata-mata untuk bayaran Ex-gratia kepada 6 bekas hakim yang dipecat.
Dulu bukan main mencemuh UMNO dan BN, kononnya itu ini semua tak sempurna, zalim, kejam,jahat, penipulah dan macam-macam lagi tuduhan yang tak enak untuk didengar sehingga memaksa mereka untuk menubuhkan KITA.
Label:
datuk zaid
"Ada PATI jadi Boss & Majikan di Malaysia" - DS Hisham. Memang benar !
Keadaan di mana terdapat warga asing baik yang memiliki dokumen perjalanan yang sah, ada permit kerja ataupun yang masuk bekerja secara haram di negara ini ada antara mereka sudah ada perusahaan sendiri dan mempunyai pekerja sendiri termasuk rakyat tempatan itu adalah perkara yang telah lama berlaku cuma sekarang pihak kerajaan mula sedar.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah mula memperkatakan tentang hal ini dan kita berharaplah apabila pihak KDN dah sedar mengenainya maka wajarlah kerajaan untuk membuat tindakan susulan demi maruah bangsa Malaysia.
Di Malaysia hakikatnya memang sudah terdapat juga syarikat-syarikat yang melantik para pekerja asing sebagai pengarah serta pengurus syarikat masing-masing dan menjadikan rakyat atau pekerja tempatan orang dibawah kawalan pihak pekerja asing ini.
Lagi malang apabila terdapat ada diantara pekerja asing itu yang dilantik ke jawatan-jawatan yang lebih kanan dalam syarikat diberi tanggungjawab menggubal undang-undang atau peraturan syarikat yang juga perlu dipatuhi oleh pekerja tempatan. Kenaikan gaji serta pangkat bagi pekerja tempatan yang berada dibawah seliaan pekerja asing yang menjadi ketua juga akan ditentukan oleh golongan ini.
Jadi kita berharap sangatlah agar KDN tidak hanya bercakap mengenainya tetapi terus bertindak agar tidak akan berlaku pekerja tempatan tertindas di negara sendiri oleh pekerja asing yang dilantik menjadi Boss oleh syarikat-syarikat tertentu.

PATI
Selasa, September 20, 2011
Komunis serang rumah Mat Syabun dengan bom petrol !
Jam menunjukkan pukul 12:30 tengah malam. Rumah Mat Syabun diserang oleh pengganas komunis. Di rumah Mat Syabun ketika itu hanya tinggal anak perempuannya Nurul Huda, 27 seorang peguam.
Isteri Mat Syabun pada malam itu tiada di rumah kerana masih berada di Perlis balik kampung menziarahi sanak saudara kat negeri Indera Kayangan.
Mat Syabun pulak sedang berada di Pulau Pinang ketika malam serangan pengganas komunis itu berlaku kerana ada urusan bagi persediaan menghadapi temuduga di Mahkamah Seksyen Georgetown Pulau Pinang esok.
Laporan polis pula telahpun dibuat oleh anak si Mat Syabun, Nurul Huda. Dia tak buat laporan kepada polis Singapura, Australia ataupun polis Amerika Syarikat tetapi Nurul Huda buat laporan kepada Polis Malaysia yang bapa dia Mat Syabun selalu hina dan keji.
Polis Malaysia datang cepat, jam 1 pagi sudahpun sampai ke lokasi kejadian dan polis menjumpai botol mengandungi minyak serta mancis yang dipercayai digunakan dalam serangan itu. Masa tu Mat Syabun masih lagi berada di Pulau Pinang, memburuk-burukkan Polis Malaysia !!!

mat syabun
Ada tak Anwar seberani K. Pasupathy? Tak de kan...
"Yang Arif, saya memohon hukuman gantung sampai mati," itu adalah antara ungkapan yang keluar dari mulut K. Pasupathy ketika diminta oleh Mahkamah Sungai Petani untuk mengemukakan rayuan sebelum dijatuhi hukuman.
Beliau telah didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan kerana sengaja mencederakan ibu kandungnya. Berita lanjut boleh lihat di sini
Kebiasaannya, para pesalah hanya akan merayu agar hukuman diringankan ke atas mereka atau mereka akan buat macam-macam helah demi untuk melepaskan diri dari terkena hukman namun berlainan sekali dengan K. Pasupathy. K. Pasupathy jauh lebih berani daripada Anwar Ibrahim.

Isnin, September 19, 2011
Mat Sabun & Manoharam masuk ISA ? - sebuah mimpi buruk !
Akta ISA tidak jadi dimansuhkan. Kenapa? Sebab dua ekor biawak iaitu sekor dari PAS dan sekor lagi dari DAP belum dimasukkan terlebih dahulu ke dalam ISA. Kenapa perlu mereka berdua dimasukkan ke dalam ISA baru akta tersebut akan dimansuhkan? Sebab kedua-dua ekor biawak itu jelas dan nyata telah mencabar undang-undang serta Perlembagaan Negara.
Sekor telah dengan sengaja menghina para pejuang kemerdekaan negara yang telah bersusah payah untuk memerdeka tanah air daripada pihak klonial Inggeris serta mengaibkan waris keluarga mangsa yang terkorban angkara serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong manakala yang sekor lagi telah dengan sengaja cuba mengancam hendak menukar Bendera Malaysia kepada bentuk yang lain sekiranya Pakatan Haram berjaya memerintah Malaysia. Perbuatan keji dan biadap kedua-duanya langsung tidak boleh diterima oleh akal fikiran yang waras.
Apakah tindakan yang bakal diambil oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri terhadap Manoharam itu? Kalau sebelum ini, laporan Polis yang dibuat ke atas Mat Sabun sudahpun melebihi ratusan laporan namun apa yang mampu pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri buat terhadap Mat Sabun? Dan terhadap Manoharam? Apa pulak undang-undang yang akan dikenakan ke atas biawak DAP itu? Kalau rakyat biasa yang buat angakara seumpama perbuatan biawak Manoharam itu, pasti sudah lama kena tahan...

biawak PAS dan DAP
Mustahil!!! bagaimana penduduk Sabah boleh berkembang dengan mendadak melebihi 3 juta orang?

Kalau mengikut data yang diperolehi daripada banci yang jabatan tersebut buat jumlah keseluruhan rakyat Malaysia kini sudah melebihi 28 juta orang dan jika mengikut pecahan jumlah penduduk di setiap negeri maka Negeri Selangor berada ditempat paling atas dengan penduduknya berjumlah 5, 411, 324 orang diikuti oleh Negeri Johor 3, 233, 434 orang dan kemudian Negeri Sabah yang dilaporkan mempunyai penduduk seramai 3, 120, 040 orang serta penduduk Negeri Sarawak berjumlah 2, 420, 009 orang.
Yang menjadi tandatanya ialah kenaikan secara mendadak penduduk di Negeri Sabah dalam tempah sepuluh tahun. Bagaimana ianya boleh berlaku dan adakah bancian yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan negara itu tepat dan tidak tersasar. Cuba kita lihat semula kepada jumlah bancian yang dilakukan sebelum ini iaitu khususnya untuk Sabah;
...bancian tahun 1980an penduduk seramai 929, 299 orang belum sampai 1 juta orang.
...bancian tahun 1990an baru saja melebihi sejuta orang
...bancian tahun 2000 penduduk Sabah tiba-tiba menjadi 2, 468, 246 orang menyamai penduduk Sarawak.
...bancian tahun 2010 penduduk Sabah jadi 3, 120, 040 orang sudah jauh melebihi penduduk Sarawak yang baru berjumlah 2, 420, 009 orang.
Dari mana datangnya rakyat Sabah yang begitu ramai? Tak mungkin juga mereka-mereka yang telah meninggal dunia turut dikira sama dan tak mungkin juga bayi-bayi yang masih didalam kandungan semasa bancian dijalankan juga dimasukkan dalam senarai??
Apakah kedatangan Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang tidak terkawal di Sabah sejak dahulu lagi antara yang menyumbang kepada pertambahan penduduk yang begitu cepat dan ketara sekali di Sabah?
Label:
bancian 2010
Ahad, September 18, 2011
Tukar Jalur Gemilang: KDN nak buat macam mana lagi dengan Manoharan?
Belum selesai lagi isu komunis yang ditimbulkan oleh Mat Babun, kini timbul pulak isu baru yang sengaja dibangkitkan oleh ADUN Kota Shah Alam, Mayat Manoharan apabila dia mencadangkan untuk menukar imej bendera Malaysia Jalur Gemilang sedia ada kepada yang baru.
Ini satu perkara yang sangat sensitif sebab melibatkan maruah negara dan tindakan Mayat Manoharan itu sama seperti mereka-mereka yang pernah menterbalikkan Jalur Gemilang dan wajar dikena tindakan undang-undang yang keras. Blogger Kickdefella pernah berdepan dengan tindakan undang-undang kerana terlibat dalam kes menghina Jalur Gemilang...begitu juga dengan Namewee yang pernah menghina lagu 'Negaraku'....tu masa Akta ISA masih berdenyut agak kuat.
KDN apa cerita, Akta ISA dah nak dihapuskan...DS Najib dah umum dah...ISA akan dimansuhkan...jadi bermakna DS Hisham selaku Menteri KDN dah tak ada senjatalah untuk bertindak ke atas Mayat Manoharan tu. Dulu sebelum Akta ISA diumumkan untuk dimansuhkan, kira masih aktiflah tapi DS Hisham memangpun tidak mahu menggunakannya, contohnya dalam isu komunis yang dicetuskan oleh Mat Babun baru-baru ini.
Saya juga tengah pening kepala, fikir kerajaan BN ni, nak buat macam lagi dengan Mayat Manoharan tu. Tadi tengok dalam TV wajah TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin macam pucat saja ketika mengulas tindakan kurang ajar ADUN Kota Shah Alam itu dan begitu juga dengan DS Hisham, cakappun tah apa yang terkeluar mahu tepis desakan daripada Mat Babun yang mahu DS Najib segera kasi lepas semua tahanan ISA serta mohon segera mohon maaf...alahai...dia cakap tak nak layan Mat Babun tu lagi...
Apa dah jadi...ramai bloggers pro-BN yang sokong kerajaan sebelum ini untuk mempertahankan Akta ISA...tup, tup...BN sendiri juga yang kasi lepas...apalah...kenapa takut sangat dengan puak-puak Pakatan Haram tu? ...kalau sekadar mahu Malaysia muncul menjadi sebuah negara yang paling demokrasi di dunia ini apesal pula terpaksa mengorbankan Akta ISA untuk mencapai tujuan itu.
Tak risau ke kita semua kalau suatu hari nanti Malaysia akan dikenali sebagai sebuah negara yang paling demokrasi di dunia namun dalam pada itu sebagai satu negara yang paling tidak selamat dan stabil kerana selalu berlakunya keadaan yang genting akibat kebebasan yang melampau diberikan oleh pemerintah?
Cuma apa yang boleh saya katakan kepada ADUN Kota Shah Alam itu ialah, kiranya benar dia merasa malu melihat bendera Malaysia Jalur Gemilang, tak perlulah bermimpi nak tukar apapun bentuk, warna dan sebagainya apa yang ada pada Jalur Gemilang sebaliknya kalau YB Kota Shah Alam itu rasa dia tidak boleh menerima keadaan sedemikian maka elok dia keluar saja dari negara Malaysia, pindah saja ke negara mana yang dia sendiri fikir boleh memberi kehidupan yang lebih baik berbanding dengan apa yang dia dapat dalam Malaysia.

akta isa
Bagaimana DS Hisham nak bersilat tanpa keris ye?
Akta ISA yang digubal khas untuk Kementerian Keselamtan Dalam Negeri kini sudahpun diumum akan dimansuh atau dihapuskan terus. Pengumuman dibuat oleh PM Datuk Seri Najib pada malam 15 September lalu iaitu dalam satu perutusan menyambut Hari Malaysia yang ke-48/54.
Akta baru belum lagi digubal jauh sekali hendak dibahaskan di Parlimen. Jadi kalau Akta ISA telah diumumkan hendak dimansuhkan tentu ramai pihak yang dah tak sabar-sabar agar akta berkenaan akan segera dihapuskan. Pasti mereka selepas ini menggesa PM segera berbuat demikian walaupun sedar akta baru belum lagi wujud.
Tapi kalau PM tak berdaya nak menahan kehendak pihak Pakatan Haram itu nanti, maka akta ISA terpaksa jua dihapuskan sebelum sempat akta baru digubal serta diluluskan dalam Parlimen, apakah yang akan terjadi dengan KDN dibawah DS Hisham? Kiralah berlaku sesuatu perkara yang tidak kita ingini gara-gara perbuatan para petualang negara dalam tempoh akta ISA telah dimansuhkan sementara dua akta baru belum lagi siap... nanti Datuk Seri Hisham nak kuatkuasakan undang-undang apa agaknya? :(

Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com