Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Memaparkan catatan dengan label akta isa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label akta isa. Papar semua catatan

Khamis, Oktober 06, 2011

Apakah selepas ini semua penjara di Malaysia pula akan ditutup?

Untuk mendapat semakin banyak sokongan daripada kalangan rakyat adalah bukan sesuatu yang mustahil bagi kerajaan BN untuk melakukan sesuatu perkara baru yang meresahkan kebanyakan rakyat negara ini.

Hari ini kerajaan BN telah menunaikan janji-janji dengan membebas seramai 125 tahanan dibawah Akt Kediaman Terhad disamping itu turut membatalkan lebih 200 waran tangkap yang dikeluarkan terhadap suspek-suspek atas kesalahan yang tertentu.

Selepas ini mungkin ada lagi perkara-perkara lain yang akan dituruti oleh pihak kerajaan BN agar selari dengan kehendak pihak Pakatan Haram Pembangkang. Apakah semua penjara-penjara atau apa-apa jua perkara yang berkaitan untuk mengawal keamanan, keselamatan atau keharmonian negara juga turut akan dimansuhkan?

Ahad, September 18, 2011

Tukar Jalur Gemilang: KDN nak buat macam mana lagi dengan Manoharan?

Belum selesai lagi isu komunis yang ditimbulkan oleh Mat Babun, kini timbul pulak isu baru yang sengaja dibangkitkan oleh ADUN Kota Shah Alam, Mayat Manoharan apabila dia mencadangkan untuk menukar imej bendera Malaysia Jalur Gemilang sedia ada kepada yang baru.

Ini satu perkara yang sangat sensitif sebab melibatkan maruah negara dan tindakan Mayat Manoharan itu sama seperti mereka-mereka yang pernah menterbalikkan Jalur Gemilang dan wajar dikena tindakan undang-undang yang keras. Blogger Kickdefella pernah berdepan dengan tindakan undang-undang kerana terlibat dalam kes menghina Jalur Gemilang...begitu juga dengan Namewee yang pernah menghina lagu 'Negaraku'....tu masa Akta ISA masih berdenyut agak kuat.

KDN apa cerita, Akta ISA dah nak dihapuskan...DS Najib dah umum dah...ISA akan dimansuhkan...jadi bermakna DS Hisham selaku Menteri KDN dah tak ada senjatalah untuk bertindak ke atas Mayat Manoharan tu. Dulu sebelum Akta ISA diumumkan untuk dimansuhkan, kira masih aktiflah tapi DS Hisham memangpun tidak mahu menggunakannya, contohnya dalam isu komunis yang dicetuskan oleh Mat Babun baru-baru ini.

Saya juga tengah pening kepala, fikir kerajaan BN ni, nak buat macam lagi dengan Mayat Manoharan tu. Tadi tengok dalam TV wajah TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin macam pucat saja ketika mengulas tindakan kurang ajar ADUN Kota Shah Alam itu dan begitu juga dengan DS Hisham, cakappun tah apa yang terkeluar mahu tepis desakan daripada Mat Babun yang mahu DS Najib segera kasi lepas semua tahanan ISA serta mohon segera mohon maaf...alahai...dia cakap tak nak layan Mat Babun tu lagi...

Apa dah jadi...ramai bloggers pro-BN yang sokong kerajaan sebelum ini untuk mempertahankan Akta ISA...tup, tup...BN sendiri juga yang kasi lepas...apalah...kenapa takut sangat dengan puak-puak Pakatan Haram tu? ...kalau sekadar mahu Malaysia muncul menjadi sebuah negara yang paling demokrasi di dunia ini apesal pula terpaksa mengorbankan Akta ISA untuk mencapai tujuan itu.

Tak risau ke kita semua kalau suatu hari nanti Malaysia akan dikenali sebagai sebuah negara yang paling demokrasi di dunia namun dalam pada itu sebagai satu negara yang paling tidak selamat dan stabil kerana selalu berlakunya keadaan yang genting akibat kebebasan yang melampau diberikan oleh pemerintah?

Cuma apa yang boleh saya katakan kepada ADUN Kota Shah Alam itu ialah, kiranya benar dia merasa malu melihat bendera Malaysia Jalur Gemilang, tak perlulah bermimpi nak tukar apapun bentuk, warna dan sebagainya apa yang ada pada Jalur Gemilang sebaliknya kalau YB Kota Shah Alam itu rasa dia tidak boleh menerima keadaan sedemikian maka elok dia keluar saja dari negara Malaysia, pindah saja ke negara mana yang dia sendiri fikir boleh memberi kehidupan yang lebih baik berbanding dengan apa yang dia dapat dalam Malaysia.

Bagaimana DS Hisham nak bersilat tanpa keris ye?

Akta ISA yang digubal khas untuk Kementerian Keselamtan Dalam Negeri kini sudahpun diumum akan dimansuh atau dihapuskan terus. Pengumuman dibuat oleh PM Datuk Seri Najib pada malam 15 September lalu iaitu dalam satu perutusan menyambut Hari Malaysia yang ke-48/54.

Akta baru belum lagi digubal jauh sekali hendak dibahaskan di Parlimen. Jadi kalau Akta ISA telah diumumkan hendak dimansuhkan tentu ramai pihak yang dah tak sabar-sabar agar akta berkenaan akan segera dihapuskan. Pasti mereka selepas ini menggesa PM segera berbuat demikian walaupun sedar akta baru belum lagi wujud.

Tapi kalau PM tak berdaya nak menahan kehendak pihak Pakatan Haram itu nanti, maka akta ISA terpaksa jua dihapuskan sebelum sempat akta baru digubal serta diluluskan dalam Parlimen, apakah yang akan terjadi dengan KDN dibawah DS Hisham? Kiralah berlaku sesuatu perkara yang tidak kita ingini gara-gara perbuatan para petualang negara dalam tempoh akta ISA telah dimansuhkan sementara dua akta baru belum lagi siap... nanti Datuk Seri Hisham nak kuatkuasakan undang-undang apa agaknya? :(

Sabtu, September 17, 2011

KDN, harimau tua yang keguguran taring !

Belumpun sampai 48 jam selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan pemansuhan Akta Keselamtan Dalam Negeri (ISA) apabila dua Akta baru yang akan digubal kelak diluluskan oleh Parlimen bagi menggantikannya, lalu menyusul desakan daripada pihak Pakatan Haram yang meminta agar dibebaskan kesemua tahanan yang masih ditahan dibawah Akta ISA.

Tuan Man Tuan Ibrahim dari PAS selaku jurucakap Pakatan Haram telah mencabar Datuk Seri Najib untuk membebaskan semua saki-baki tahanan ISA yang masih ditahan dalam Kem tahanan di Kemunting Perak sekiranya Perdana Menteri benar-benar jujur dengan keputusan yang baru saja diumumkannya itu. Apa boleh, kerajaan BN sudahpun membuat suatu kejutan yang amat besar maka tentulah akan timbul berbagai reaksi yang pasti tidak terduga pihak BN sendiri ekoran pengumuman penamatan Akta ISA oleh Perdana Menteri itu.

Setiap kementerian yang wujud dalam sesebuah kerajaan itu memiliki aktanya yang tersendiri. Akta yang dibuat, digubal serta diluluskan oleh Dewan Rakyat itu memberikan kuasa kepada seseorang menteri yang dilantik untuk mengepalai mana-mana kementerian yang dibentuk untuk mencadang, untuk membuat ketetapan, untuk membuat keputusan, untuk bertindak dan sebagainya yang berkaitan dengan perkara yang berada dibawah bidang kuasa seseorang menteri itu.

Kementerian Pertahanan ada aktanya sendiri, begitu juga dengan kementerian lain seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Pelancongan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Penerangan, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kepenggunaan, Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan lain-lain lagi dan kesemuanya memerlukan suatu akta untuk menggerakkan kementerian masing-masing.

Tanpa diperuntukkan akta tertentu, sesebuah kementerian itu tak ubah sama seperti burung yang tiada sayap, ayam yang tidak ada paruh, ayam jantan yang tidak bertaji, kucing yang tidak berkuku ataupun harimau yang tidak bertaring. Hanya gah pada nama tetapi tidak berupaya untuk bertindak.

Sekiranya sesebuah kementerian tidak dibekalkan dengan akta-akta khas maka adalah sangat sukar untuk setiap menteri yang dilantik mengetuai kementerian hendak mengendalikannya dengan berkesan dan begitu jugalah sekiranya sesebuah kementerian itu mendapat seorang menteri yang tidak berkeupayaan untuk mengemudi kementerian yang telah diamanahkan kepadanya, maka apapun yang dilakukan pasti tidak akan memberi sebarang makna kepada negara.

Berbalik kepada isu Akta ISA yang akan dimansuhkan. Bermakna Kementerian Dalam Negeri di bawah Datuk Seri Hishamuddin samalah seperti seekor harimau tua yang gigi taringnya telah gugur atau tercabut. Untuk memburu mangsa sudah pasti sangat sukar, ada kuku cuma sekadar mampu menangkap mangsa namun tidak mampu untuk mematikan mangsa kerana tanpa taring adalah sesuatu yang mustahil hendak menewaskan mangsa apatah lagi untuk melemaskannya.

Apabila Perdana Menteri telah membuat keputusan untuk memansuhkan Akta ISA dan akan digantikan dengan dua akkta baru yang akan digubal maka bermakna buat sementara waktu ini menterinya juga sudah tiada senjata yang boleh digunakan untuk dijadikan sebagai alat bagi menangkis sebarang serangan yang dilakukan dalam berbagai bentuk oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab di negara ini.

Kita amat bimbang sekiranya keadaan ini akan memberi ruang kepada para petualang serta pengkhianat negara untuk membuat kekacauan serta menimbulkan keadaan yang huru-hara didalam negara, apakah nanti Datuk Seri Hishamuddin selaku seorang menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keselamatan didalam negara boleh bertindak dengan mengenakan tindakan kepada perusuh mengikut undang-undang ISA yang bakal dimansuhkan?

Apakah yang akan pihak kerajaan lakukan seandainya nanti ditakdirkan satu kekacauan sengaja dicetuskan oleh para petualang negara pada saat-saat akhir Akta ISA dihapuskan sementara dua Akta baru yang digubal belum lagi mendapat kelulusan daripada Parlimen, apakah Akta ISA akan dikuatkuasakan semula ataupun Kementerian Dalam Negeri terpaksa memohon bantuan daripada pihak tentera bagi mengatasi keadaan?

Kebimbangan kita akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini terhadap negara ini amat tinggi. Mengapa kerajaan BN tidak merangka sesuatu akta yang baru sehingga ia selesai dan boleh menggantikan akta sedia ada sebelum mengumumkan kepada rakyat bahawa kerajaan akan memansuhkan mana-mana akta yang berkaitan tetapi kenapa perlu tergesa-gesa membuat pengumuman hendak memansuhkannya sedangkan akta yang bakal mengganti belum lagi dirangka?

Bukankah tindakan tergesa-gesa sebegini telah meletakkan rakyat berada didalam keadaan yang kebingungan, takut, serbasalah serta cemas?

Jumaat, September 16, 2011

Akta ISA: BN tumbang sebelum PRU-13 bermula

Dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) nampaknya kerajaan Barisan Nasional terus-menerus mematuhi kehendak serta tuntutan gila pihak Pakatan Haram. Terdahulu apabila kerajaan BN terpaksa tunduk dan akur dengan desakan demi desakan pihak tersebut untuk menghapuskan Peperiksaan dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah seluruh negara.

Kini Akta ISA pulak diruntuh demi memuaskan hati pihak Pakatan Pembangkang. Kerajaan BN tida sedar bahawa suara yang masih mahu agar ISA dipertahankan sebenar jauh lebih ramai dari suara yang menentangnya. Tetapi kenapa kerajaan BN harus tunduk kepada suara minoriti? Apakah suara kecil lebih berkuasa dari suara majoriti.

Kerajaan BN silap perhitungan dalam perkara ini. Kerajaan BN tidak sedar walaupun suara membantah Akta ISA seolah-olah lebih nyaring dan bingit mahu agar akta berkenaan dihapuskan tetapi bilangan mereka lebih kecil jika dibandingkan dengan suara senyap yang sentiasa menyokong akta ISA itu. Kenapakah kerajaan BN awal-awal lagi sudah menyerah kalah?

Kita lihatlah, apa lagi warisan peninggalan pemimpin yang terdahulu mampu dipertahankan oleh BN selepas ini? Yang baik sekalipun untuk generasi seterusnya kiranya BN tidak mampu untuk mempertahankannya apabila ditekan oleh pihak pembangkang pasti akan dihapuskan jua...

Arkib Blog