Kenal tak dengan Zuraidah K ? Mestilah kenal ! Dia ni memang terkenal diseluruh pelusuk hutan-hutan belantara dikalangan unggas-unggas rimba.
YB Zuraidah Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang Selangor. Dia marah sangat kepada Perdana Menteri Malaysia yang Ke-6, YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
Kenapa dia terlalu marah kepada PM kita ? Blogger Gelombang Rakyat ada butirannya.
Marah sangat YB Zuraidah K ini bila PM kita menyatakan bahawa Pakatan 'memusnah' Rakyat sebagai anti-nasional.
Tak sangka Zuraidah K ini rupanya ada keinginan di atas keupayaan. Biasanya seseorang insan akan menjadi puas bila mencapai apa yang diingini bergantung kepada kemampuan diri tanpa memaksa diri semata-mata untuk memuaskan keinginan walaupun nyata tidak berdaya.
Hari tu masa Konggress PKR, dia marah-marah kepada siapa tak tau pula sehingga dia kata "PKR ini parti kita punya, mereka peduli apa..! kita mahu buat apa kita punya suka!!! katanya... huuuhhh!..macam tu sekali rupanya pemimpin PKR berpikir...
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Rabu, Disember 08, 2010
Hairan!!! Khir Toyo yg kena cekup, kenapa pula Nik Aziz yg tiba-tiba sakit ?
Pelik juga kan, baru saja bekas Menteri Besar Selangor ditahan oleh sepasukan pegawai SPRM tiba-tiba saja kita di Malaysia ini dikejutkan dengan berita bahawa Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat jatuh sakit dan telah dimasukkan ke Hospital untuk diberikan rawatan lanjut.
Saya bukannya nak mempersendakan tentang orang-orang yang sakit ni tetapi kalau ianya terjadi kebetulan sekali disaat ada pihak yang dikira berkemungkinan sedang mengatur langkah untuk bertandang ke pejabat beliau misalnya tetapi tiba-tiba saja orang berkenaan jatuh sakit dan sebagainya maka bukankah ini akan menimbulkan perasaan pelik pada diri kita atau orang lain juga ? Lebih kurang macam dalam adegan filem 'Madu Tiga' saja kan he he he..
Walauapapun seandainya beliau benar-benar sakit maka sebelumnya kita semua harap agar beliau segera bertaubat serta sedar dari kesilapan yang pernah dilakukan dan tinggalkan Pakatan 'memusnah' Rakyat dan kita doakan supaya kesihatannya segera pulih dan kembali bertugas seperti sediakala namun sekiranya beliau hanya bersandiwara kerana cemas melihat logo SPRM dan semakin dekat ooohhhh baik janganlah buat lawak-lawak macam tu sebab kalau boleh contohilah bekas MB Selangor YB DS Dr Khir Toyo yang relax saja berdepan dengan semua tu dan tak gentarpun malah mahu agar kesnya itu segera dibicarakan tidak seperti pengkhianat bangsa negara Anwar Ibrahim yang berkali-kali minta ditangguhkan kes dia.
Label:
nik aziz
Selasa, Disember 07, 2010
Salam Awal Muharram 1432 Hijrah !
Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1432 kepada seluruh rakyat Malaysia dan Indonesia yang beragama Islam serta juga kepada semua ahli-ahli parti UMNO, PAS dan juga PKR.
Hayatilah sedalam-dalamnya erti sebenar Hijrah dalam hubungan kita semua pada waktu ini dan tentu ada sesuatu yang sangat memerlukan untuk kita berhijrah dari keadaan yang sangat kurang baik kepada kurang baik dan seterusnya dari kurang baik kepada lebih baik dan seterusnya kepada hidup yang lebih cermerlang.
Tanpa perpaduan, tanpa kerjasama, tanpa tolak-ansur, tanpa keamanan dan keharmonian segala apa yang diperjuangkan akan tetap terus menjadi sukar untuk digapai maka ambillah kesempatan pada Tahun Baru 1432 Hijrah ini melakukan hijrah daripada perpecahan, perbalahan dan pertikaian yang merugikan kepada semangat bersatupadu demi kekuatan dan keutuhan bangsa, agama dan negara.
Salam Maal Hijrah juga kepada seluruh rakan bloggers Anak Merdeka yang beragama Islam dan Anak Merdeka ingin sampaikan juga ucapan Salam 1Malaysia 1Ummah kepada semuanya.

maal hijrah 1432
Isnin, Disember 06, 2010
Agaknya Nik Aziz sudah mulai resah gelisah dan cemas !
Saya dah dapat agak bagaimana perasaan bergelora di dalam jiwa raga 'seseorang' bila dapat tau bahawa SPRM kini di bawah teraju Datuk Seri Abu Kassim Mohamed sebagai Pesuruhjayanya sudah mulai ligat memasang pukat-pukat SPRM tak kira hari cuacanya bagaimana untuk menangkap ikan haruan, ikan sembilang, ikan paus, ikan pari, ikan jerung, ikan yu, ikan keli yang licin dan ikan bilis yang kecil dan banyak lagi jenis-jenis ikan.
Apatah lagi bila 'seseorang' itu dah dapat tau bahawa bekas MB Selangor DS Khir Toyo hari ini telah ditahan oleh sepasukan anggota SPRM dipejabat beliau untuk dibawa serta dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan rasuah berkaitan dengan pembinaan sebuah rumah banglow mewah miliknya yang telah menjadi isu hangat beberapa bulan yang lalu.
Ketegasan DS Abu Kassim dalam menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan beliau sentiasa akan membuat mereka-mereka yang termasuk didalam spesis ikan seperti yang tersebut di atas sentiasa berada dalam keadaan yang serba tak keruan, mandi tak basah, makan tak kenyang, duduk salah berdiripun salah dan kalau boleh lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii saja... he he he...
Lari????????? ...nak lari kemana ahhh??? lari ke Arab???..mana leh...pakej umrah yang orang bagi dulu tu dah kena gam dengan SPRM...aduuuuuiii ...hah!!! ...lari ke pejabat kedutaan Turki ???...tak mungkin, lagi dekat dengan SPRM !!!

Nik Aziz..
Ahad, Disember 05, 2010
Anwar Ibrahim mensia-siakan bakat lakonan anugerah Tuhan kepadanya !
Saya rasa Penasihat PKR Anwar Ibrahim mempunyai bakat berlakon semulajadi yang setaraf dengan nama bintang-bintang filem tahun 50an, 60an, 70an, 80an dan 90an seperti Allahyarham Datuk Mahmud June, Allahyarham Datuk S. Romai Nor, Allahyarham Sharif Dol, Datuk Aziz Sattar, S. Shamsuddin, Datuk S. Kusdiwanata, Datuk S. Kadarisman, Datuk Yusof Haslam, Datuk Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Sarimah Ahmad, Rosyam Nor, Tan Sri Jins Shamsuddin, Umi Aida, Aida Rahim, Ogy Datuk Ahmad Daud, Nabil dan ramai lagi.
Namun malang sekali kerana Anwar Ibrahim telah mensia-sia serta mengabaikan bakat kurniaan Tuhan itu kepada beliau apabila bakat yang dianugerah telah disalahgunakan untuk tujuan lain seperti menipu rakyat kononnya dia sakit tulang belakang sehingga perlu dipapah jika mahu berjalan.

Sabtu, Disember 04, 2010
Tulang Besi blogger pukul 13 dan gila glamer !
Saya sangat terkejut bila pergi ke blog Papa Gomo dan baca tulisan beliau mengenai seorang blogger yang pro-Pakatan Haram yang lebih dikenali dengan nama Tulang Besi. Sebelum ini saya juga seringkali membaca mengenai sejarah hitam manis baik berpada-pada seorang blogger yang bernama Tulang Besi ini melalui blog milik RBF namun saya belum lagi ada masa untuk melayari blog Tulang Besi untuk membaca apa yang dia tulis kat situ kerana khuatir komputer riba or laptop saya akan dijangkiti virus pc.
Berbalik kepada pembuka cerita diawal tulisan saya mengapa saya terkejut dengan apa yang terkandung didalam tulisan Papa Gomo ialah bukan kerana tulisan beliau boleh memudaratkan keselamatan Malaysia tetapi saya terkejut sangat apabila Papa Gomo telah mendedahkan yang blogger Tulang Besi sudah membuat sumpah laknat didalam blog ke atau melalui akaun facebook beliau bagi menafikan segala apa yang telah ditulis oleh blogger RBF tentang dirinya sebagai tidak benar dan kononnya hanyalah fitnah semata-mata.
Bagi saya, orang yang masih waras pikirannya tidak akan mungkin sanggup untuk melakukan sebarang sumpah apatah lagi sumpah laknat dalam internet melainkan jika orang yang berkenaan tetap juga mahu melakukannya maka orang yang berkenaan adalah sah seorang yang tidak siuman ataupun sewel. Adalah sangat sukar dan mustahil bagi kita untuk mengetahui bagaimana keadaan orang yang melakukan sumpah laknat melalui blog atau laman sosial facebook, apakah benda yang dijunjung atau pegang ketika itu, adakah dia ketika itu mengangkat tangan atau kaki sambil meniarap atas tilam dengan jari-jari aktif menekan kekunci diatas keyboard.
Harap tiada lagi blogger-blogger yang baru selepas ini akan turut berkelakuan sama seperti blogger Tulang Besi ini yang tidak tahu apa yang dia sedang dan telah buat... Amin!

tulang besi
DS Chua Soi Lek sudah pulih dari igauan 'Perlembagaanaphobia' !
'Believe it or not' ...cehhh!!! Mau percaya atau tidak apabila saya katakan bahawa Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semakin berubah daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik atau dalam ertikata lainnya beliau sudah boleh memahami dengan lebih mendalam apa sebab kaum Melayu dan Bumiputera yang waras begitu kuat dalam mempertahankan semua perkara yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan serta beliau juga sudah mengerti apa itu konsep 1Malaysia sebuah gagasan yang dipandu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Saya sebenarnya terbaca satu kenyataan terbaru yang dibuat oleh DS Chua berhubung dengan dua perkara berkenaan iaitu mengenai Perlembagaan Malaysia dan juga Gagasan 1Malaysia dalam akhbar arus perdana iaitu Utusan Borneo keluaran hari Rabu, 1 Disember 2010 dalam ruangan fokus. Antara percaya dengan tidak saya apabila melihat tajuk artikel berkenaan namun setelah saya membaca berulang-kali barulah saya yakin yang kenyataan oleh DS Chua itu dibuat beliau ketika berada dalam keadaan sedar dan bukan lagi saat beliau mengigau.
Marilah kita sama-sama membaca apakata DS Dr Chua Soi Lek ketika ditemui oleh wartawan Bernama untuk mengetahui pendirian terkini beliau tentang Perlembagaan Malaysia yang kini mula hangat diperkatakan gara-gara tindakan Presiden PKR Wan Azizah dan suami anugerah Tuhan kepadanya iaitu Anwar Ibrahim untuk menghapuskan konsep Ketuanan Melayu di negara ini...
JANGAN ADA PEMIKIRAN UNTUK UBAH PERLEMBAGAAN: Soi Lek
KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengingatkan rakyat supaya jangan mempunyai pemikiran untuk mengubah apa yang tertera dalam perlembagaan kerana ia hanya boleh diubah oleh Yang DiPertuan Agong.
Katanya ramai orang mempunyai salah faham mengenai maksud sebenar konsep 1Malaysia seperti diilhamkan oleh Perdana Menteri.
"Maksud 1Malaysia ialah kerajaan akan melayan semua rakyat dengan adil dan saksama mengikut apa yang disediakan dalam perlembagaan...anda tidak boleh terpesong dari perlembagaan," katanya ketika bertemu dengan peminat 'Facebook'nya di Kelab Golf Tropicana dan Resort disini, malam kelmarin.
Di bawah perlembagaan katanya, semua rakyat Malaysia mempunyai hak kepada pendidikan, kebebasan beragama dan kebudayaan.
"Walaupun orang Cina adalah warganegara, di Malaysia mereka bukan diasimalasi seperti mereka di Indonesia, Thailand dan Filipina. Anda mengekalkan nama Cina anda, anda mungkin warganegara tetapi anda tidak diasimilasikan. Anda ada apa yang kita panggil integrasi dan bukan asimilasi," katanya.
Oleh itu, katanya bagi mencapai parti bukan berasaskan perkauman atau negara, ia mungkin mengambil masa daripada dijangkakan.
"Saya ingin katakan tidak ada parti tunggal dalam negara yang bukan perkauman. Jadi perkauman akan wujud untuk satu ketika tetapi kita berharap sebagai negara yang menuju era kemajuan dan rakyat Malaysia menjadi lebih berpendidikan dan yakin dalam kehidupan harian dan interaksi perkauman, kita boleh merealisasikan sepenuhnya konsep 1Malaysia," katanya. - Bernama
Syabas ! kepada DS Chua kerana berjaya mengubah persepsi diri tentang perkara-perkara yang perlu dilindungi.

Jumaat, Disember 03, 2010
Ariel Sharon masih lagi koma, Israel pula semakin parah dijilat api !
Bekas Perdana Menteri Israel yang belum mati-mati lagi iaitu Ariel Sharon yang diserang angin ahmar atau strok kronik ketika sedang mengatur strategi keji pihak Israel untuk terus menindas rakyat Palestine serta untuk terus merampas segala harta benda yang dimiliki oleh penduduk Palestine kini negara beliau sedang berhadapan dengan mala petaka berupa bencana alam yang diturunkan Tuhan apabila api telah semakin marak membakar bumi Israel daripada 1 meter kepada 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan seterusnya Israel akan lenyap dari peta dunia...
Ariel Sharon sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri Israel adalah seorang manusia separa haiwan terlindung yang paling kejam didunia ini selepas Adolf Hitler di Jerman dan Slavodan Milasovic di Serbia apabila beliau telah terlibat secara langsung dalam peristiwa pembunuhan dan penyembelihan di Shatila yang mengorbankan begitu banyak nyawa rakyat Palestine yang tidak berdaya.
Setelah tidak berdaya untuk meneruskan khidmatnya sebagai pengganas dan penjenayah dunia, tugas dan tanggungjawab beliau telah dipikul sebentar oleh penggantinya iaitu Ehud Barak sebelum diambil-alih oleh seorang lagi penjenayah tegar Israel Ehud Olmert dan kini jawatan Perdana Menteri Israel kembali ke tangan Benjamin Nentanyahu yang sebelum ini juga pernah menyandang jawatan berkenaan selepas Simon Perez yang menggantikan Yitzak Rabin yang mati ditembak ketika berucap di atas pentas oleh seorang remaja Yahudi.
Namun walau sebanyak atau sekerap mana sekalipun perubahan dilakukan oleh Israel di dalam pentadbirannya baik daripada Perdana Menterinya hinggalah kepada seluruh struktur kabinetnya, semua itu tidak akan membawa apa-apa makna kepada rakyat Palestine yang saban hari pasti berdepan dengan penindasan daripada tentera rejim Israel yang kejam dan bongkak.
Kini setelah negara mereka sedang menerima azab dunia apabila sebahagian besar dari wilayahnya terbakar dan amat sukar untuk dipadamkan tanpa pertolongan dari pihak antarabangsa maka mengapa baru sekarang mereka iaini pihak Israel tahu merayu bantuan daripada negara-negara luar sedangkan sebelum ini pihak Israel tidak pernah untuk membuka pintu negara mereka dengan begitu mudah kepada pihak luar sekalipun atas urusan bersama.
Keputusan Israel itu seolah-olah menunjukkan Perdana Menterinya Benjamin Nentanyahu kini sangat terdesak dalam mendapatkan bantuan dan pertolongan. Soalnya disini,apakah Malaysia atas prinsip serta nilai-nilai berperikemanusiaan boleh untuk turut sama menyertai negara lain dalam misi menghantar bantuan kepada Israel dan jika boleh negara kita harus giat untuk memadam api dengan seberapa banyak minyak petrol agar api menjadi semakin cepat marak dan Israel akan menjadi semakin cepat lenyap dari muka bumi ini.

palestine dan israel
Anwar - diluar hina Malaysia, didalam hina Melayu/Bumiputera !
Anwar Ibrahim akan tetap menjadi pujaan Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan Darul Naim walaupun Anwar pernah menggelarkan Tok Guru Sesat itu dengan panggilan Ulamak Terompah. Malah Ulamak Terompah berkenaan akan akur terhadap apa saja cadangan yang dibawa oleh Pembohong Anugerah Tuhan itu termasuklah cadangan Anwar untuk melantik Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia sekiranya beliau di anugerahkan dengan jawatan tersebut oleh rakyat yang keliru.
Tetapi bagi sebahagian besar rakyat Malaysia yang masih sedar dan tidak mudah terperangkap dengan tipu daya serta penipuan demi penipuan oleh pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Pemusnah Rakyat yang dianggotai oleh PKR, DAP dan PAS, adalah sangat sukar bagi Anwar serta konco-konco beliau untuk meyakinkan jiwa rakyat supaya kembali mempercayai dia serta parti-parti yang ada di dalam Pakatan Pemusnah Rakyat.
Bagi rakyat biasa walaupun mereka tidak punya apa-apa kepentingan dalam kerajaan seperti jawatan tertentu dan sebagainya namun atas kesedaran tinggi atas sifat tanggungjawab masing-masing selaku seorang warga terhadap kedaulatan dan juga maruah negara sendiri maka rakyat biasa seperti kami juga yang teramai ini tidak akan mudah lupa dengan apa yang pernah Anwar Ibrahim telah lakukan tatkala beliau berkunjung ke sesetengah negara luar apabila dia tergamak untuk memburuk-burukkan imej Malaysia dengan membuat bermacam-macam dakwaan palsu mengenai negara ini di depan rakyat negara lain.
Begitu juga apabila Anwar Ibrahim kembali semula ke dalam negara, tiada apa yang baik dilakukan oleh beliau untuk Malaysia malah jauh sekali untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap perjuangan yang dia bawa apabila Anwar Ibrahim semakin berani menyentuh serta membangkitkan perkara-perkara yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana tujuan beliau adalah untuk menghapuskan sistem raja berperlembagaan serta menolak konsep Ketuanan Melayu di negara ini dan sudah tentu usaha yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim ini akan menambah lagi benci rakyat terutamanya kaum Melayu dan Bumiputera yang majoriti di negara ini terhadap beliau.
Rakyat Malaysia tidak lagi wajar untuk melihat Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang diharap-harapkan sebagaimana harapan yang pernah didambakan terhadap Anwar Ibrahim pada tahun 1994 dulu. Semua itu telah lama berlalu dan telah tinggal menjadi sejarah duka buat seluruh rakyat Malaysia apabila Malaysia terpaksa menerima pengunduran Timbalan Perdana Menteri ketika itu YABhg Allahyarham Tun Abdul Ghaffar Baba dari pentadbiran negara semuanya gara-gara kegelojohan manusia yang bernama Anwar Ibrahim untuk mendapat kuasa.
Malaysia tidak harus ada pemimpin yang begitu teruk seperti Anwar Ibrahim. Bila dia keluar negara dia akan buat macam-macam cerita buruk mengenai negara ini dan apabila dia balik semula ke dalam negara dia akan berusaha sedaya upaya cuba untuk menghapuskan apa-apa saja perkara yang dilihat sebagai batu penghalang kepada semua niat jahat beliau dalam merealisasikan impiannya untuk menuju ke Putrajaya. Konsep Ketuanan Melayu ditolak, Hak-hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera Sarawak dan Sabah cuba dihapuskan, ISA cuba dibenam, SPRM sentiasa diperangi, Polis sering dimusuhi dan apa saja bentuk agensi pencegahan yang ada di Malaysia ini akan cuba untuk dihapuskan jika oleh Anwar Ibrahim, PKR dan DAP.
Harap rakyat Malaysia yang masih terkeliru dan masih menjadi pemuja Anwar Ibrahim PKR dan DAP agar segera sedar dan balik semula ke pangkal jalan demi untuk masa depan Malaysia yang lebih gemilang dan cemerlang !

Jumaat: Rakyat Selangor bangkit menentang Pakatan 'pemusnah' Rakyat !
Hari ini Jumaat seperti yang semua sudah sedia maklum bahawa rakyat negeri Selangor Darul Ehsan akan keluar beramai-ramai dijangka selepas solat Jumaat sebelah petang untuk menyerahkan lebih daripada 30 memorandum bantahan terhadap penyelewengan dalam tempoh dua tahun pemerintahan kerajaan Pakatan Pemusnah Rakyat PKR, DAP dan PAS di negeri berkenaan kepada KDYMM Seri Paduka Sultan Selangor Darul Ehsan Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Sultan Abdul Aziz Shah Alhaj.
Kepada rakyat Selangor yang menyertai perarakan itu nanti demi untuk menegakkan keadilan saya doa dan alu-alukan dengan harapan agar perhimpunan yang telah dirancang akan diadakan dalam keadaan yang aman damai serta terurus semoga selesai sebagaimana ianya bermula tanpa mendatangkan sebarang kesukaran kepada semua pihak sesuai dengan kehendak kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa mengutamakan keharmonian serta ketertiban dalam apa-apa jua urusan tidaklah sama seperti amalan yang sering digunakan oleh Pakatan Pemusnah Rakyat yang langsung tidak mahu menerap nilai-nilai murni dalam apa jua urusan mereka.
Selamat berjuang kepada rakyat Selangor, GAP serta lain-lain blogger-blogger anak Selangor ! Kembalikanlah maruah serta kegemilangan negeri anda sekalian kepada sebelum Selangor jatuh ke tangan Pakatan Pemusnah Rakyat pada tahun 2008 dulu !

selangor
Khamis, Disember 02, 2010
3 jenis haiwan anugerah Tuhan kepada manusia !
Ada tiga jenis haiwan yang mempunyai keistimewaan masing-masing dan setiap daripada haiwan ini ada peranan atau perkhidmatan yang boleh diberikan kepada pemilik ketiga-tiganya iaitu anjing, ayam belanda dan juga itik angsa.
Anjing, ayam belanda dan itik angsa kepada sesetengah orang adalah sebagai sahabat dan teman dan bagi mereka yang lain pula ketiga-tiganya merupakan haiwan peliharaan yang boleh dipercayai untuk menjaga keadaan di persekitaran rumah dari dicerobohi oleh penjenayah seperti pencuri dan perompak.
Anjing kebiasaannya akan menyalak apabila menyedari kawasan rumah tuannya cuba dicerobohi dan begitu juga dengan ayam belanda serta itik angsa di mana reaksi mereka akan menjadi lain apabila ada sesuatu objek yang datang mengganggu.
Jadi kepada pemilik rumah-rumah mewah seperti bungalow, mahligai dan sebagainya hendaklah memiliki salah satu daripada tiga jenis haiwan ini bagi mengawasi keselamatan di sekitar sekeliling rumah dan dengan suara yang begitu nyaring haiwan ini maka sudah pasti akan membuat pencuri dan perompak yang memecah masuk ke kawasan rumah menjadi terkejut dan takut lalu akan bertempiaran lari.
Itik angsa dan ayam belanda hanya sesuai bagi mereka yang beragama Islam manakala anjing memang sesuai sangat bagi mereka yang bukan beragama Islam namun pilihan adalah ditangan masng-masing. Selamat mencuba disamping sebagai satu cara untuk mengekang kegiatan jenayah disekitar kawasan kediaman dan sebagainya. Selamat mencuba !

haiwan
Nik Aziz tiada masalah sekiranya Lim Kit Siang jadi Presiden PAS !
Agak terkejut dengan tajuk artikel ini kan. Tapi tak apa, bagi yang lemah semangat tu atau juga sekiranya mereka yang ada mengidap simptom lemah jantung tak payahlah risau sangat sebab apa yang cuba saya paparkan disini hanyalah merupakan sebahagian daripada tips-tips penjagaan kesihatan terutamanya bagi mereka yang seusia dengan Anugerah Nik Aziz Nik Mat atau Anugerah Lim Kit Siang dan lain-lain Anugerah lagi.
Anugerah Nik Aziz dalam kenyataan terbaru beliau pula tampil dengan pengakuan hebat bahawa dia tidak akan kisah sekiranya Lim Kit Siang sudi menjadi pemimpin PAS bila-bila masa saja tanpa terma dan syarat yang perlu dipatuhi sebab yang penting bagi Anugerah Nik Aziz ialah dendam dia terhadap UMNO selama ini dapat dilunaskan sebeberapa segera yang boleh tanpa perlu mengangkat senjata sepertimana yang sedang dilakukan oleh Pemimpin Komunis Korea Utara Kim Jong-Il sekarang terhadap Korea Selatan.
Bagi Anugerah Nik Aziz lain-lain perkara harus diletak ke tepi sebab yang penting sekarang adalah untuk memenuhi tuntutan perjuangan songsang DAP/PKR/PAS yang kini giat mengambil kesempatan dengan melakukan banyak perkara yang bertentangan dengan amalan demokrasi itu sendiri sebagaimana yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional disamping untuk mengangkat Anugerah Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia menerusi cara yang paling tidak bermaruah dan bila ianya sudah tercapai maka matlamat mereka untuk melumpuhkan sama sekali kuasa politik Melayu dan Bumiputera di negara ini akan mudah untuk dilakukan tanpa sebarang halangan.

dap dan pas
Namewee tak bersalah - Nazri. Era kerajaan lebih tahu segalanya belum berakhir !
Kita semua tahu bahawa ramai di antara rakyat Malaysia khususnya mereka yang terdiri daripada kaum Bumiputera mahu kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap blogger rasis tak rasis iaitu Namewee yang telah banyak kali menimbulkan kemarahan dikalangan masyarakat Melayu terutamanya apabila beliau seringkali muncul dengan berbagai-bagai karya yang ternyata menyinggung serta mengguris hati dan perasaan kaum Melayu juga Bumiputera lainnya.
Desakan yang dibuat oleh kumpulan-kumpulan yang mewakili kaum Melayu serta Pribumi lainnya kepada kerajaan terutamanya pihak Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab di dalam soal menjaga keharmonian dan ketenteraman dalam negara bukanlah bertujuan untuk mengajar kerajaan supaya bertindak tidak adil kepada Namewee tetapi lebih kepada usaha untuk melihat kerajaan lebih tegas di dalam mencegah segala perbuatan yang akhirnya jika tidak dibendung lebih awal pasti akan memudaratkan kestabilan negara dalam tempoh masa yang sangat panjang.
Sebelum ini kita telah terpukau dengan kenyataan yang pernah dibuat oleh Perdana Menteri YAB DS Najib bahawa bermula dari zaman pentadbiran beliau 'era kerajaan lebih tahu segala-galanya sudah berakhir' dan kita tentu gembira dan bukannya bermakna kita berharap yang kita hendak mengajar kerajaan tentang serba-serbinya tetapi memadailah bagi kita apabila ada sesuatu yang kita mahu kerajaan buat maka kerajaan akan beri perhatian tetapi malangnya apabila dalam masa yang sama perkara kita bawa kepada kerajaan diletak balik ke atas bahu kita untuk menyelesaikannya dan ini seolah-olah menggambarkan yang kerajaan mahu lepas tangan dari terlibat dalam sesuatu isu itu.
Dalam isu klips video NAMEWEE misalnya, cuba kita perhati betul-betul alasan yang telah dikemukakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB DS Mohd Nazri Tan Sri Abdul Aziz beberapa hari yang lalu. DS Nazri kata Namewee tidak bersalah dan yang bersalah maksudnya ialah kita dan semua mereka yang mahu Namewee dibawa kemuka pengadilan kerana kita tidak tahu juga tidak memahami undang-undang negara dan tidak tahu tentang bagaimana prosedur-prosedur yang berkaitan dengan sesuatu kesalahan yang dilakukan boleh dianggap sebagai salah ataupun sebaliknya.
Dalam isu Namewee ini apakah kerajaan tidak mahu mengambil pendekatan 'mencegah lebih baik daripada mengubati' apabila membiarkan saja Namewee terus dengan cara beliau tanpa sebarang tindakan pencegahan dibuat agar beliau sedar bahawa hidup di dalam sebuah negara seperti Malaysia yang punya kaum beraneka bangsa hendaklah tahu erti bagaimana hendak menghormati adat resam dan budaya kaum lain dan bukannya sesuka hati membuat perkara tertentu yang boleh melukakan hati kaum lain tanpa menoleh ke kiri, ke kanan, ke depan, ke belakang, ke atas dan ke bawah.
Sebagai rakyat kita bukannya hendak mendesak sangat kerajaan untuk bertindak lebih jauh terhadap Namewee berbanding perbuatannya tetapi adalah cukup untuk beliau diberi pengajaran yang setimpal dengan apa yang pernah dia buat agar ianya akan menjadi satu iktibar untuk beliau dan juga kepada mereka-mereka yang lain supaya tidak lagi mengulangi perbuatan-perbuatan yang sememangnya tidak wajar dilakukan oleh sesiapa saja yang mengaku diri sebagai rakyat serta warga Malaysia.
Tuhan, selamatkanlah Malaysia daripada tangan-tangan manusia yang suka berbuat dusta...
...hindarkanlah kami seluruh rakyat Malaysia termasuk semua penyokong-penyokong pembangkang yang belum insaf dan sedar dari berketuakan pemimpin seperti mereka dalam Pakatan Anugerah Pembangkang ! ...jauhilah kami rakyat Malaysia daripada pemimpin-pemimpin seperti Anugerah Anwar Ibrahim, Anugerah Lim Kit Siang, Anugerah Nik Aziz Nik Mat, Anugerah Karpal Singh, Anugerah Wan Azizah, Anugerah Azmin Ali, Anugerah Mahfuz Omar, Anugerah Saifuddin Nasution, Anugerah Zuraidah Kamaruddin, Anugerah Khalid Samad, Anugerah Khalid Ibrahim, Anugerah Lim Guan Eng, Anugerah Hadi Awang, Anugerah Nizar Jamaluddin dan ramai lagi para anugerah lainnya! Amin.

namewee
Rabu, Disember 01, 2010
Ada 2 pilihan kepada mereka yang menolak Ketuanan Melayu di Malaysia !
Walaupun saya bukan Melayu namun dalam apapun jua soal yang membabitkan kepentingan kaum Melayu di Malaysia ini terutamanya dalam soal memimpin negara adalah sesuatu yang sangat penting dijaga dan dikekalkan agar kuasa memerintah negara ini tetap berada di dalam tangan orang Melayu demi menjaminkan erti keadilan dapat dirasai oleh seluruh rakyat yang mendiami segenap pelusuk tanah air yang tercinta ini.
Sejak dari kecil sehinggalah ke usia yang telah dewasa ini saya sering memikirkan nasib masa depan semua kaum-kaum Bumiputera di negara ini seandainya kuasa mentadbir Malaysia terlepas dari tangan orang Melayu dan jatuh ke dalam tangan orang Cina maka adalah suatu perkara yang bukan mustahil untuk terjadi apa yang telah berlaku terhadap bangsa Palestine di asia barat akan berlaku juga kepada kaum Bumiputera di negara ini akhirnya nanti.
Saya hanya meramal dari apa yang saya perhati tentang perkara-perkara yang telah dan sedang berlaku di sekeliling atau di persekitaran dan adalah tidaklah menjadi satu kesalahan bagi setiap seorang daripada kita selaku rakyat Malaysia untuk menyatakan isihati dengan melihat kepada apa yang berlaku di tempat lain mungkin juga akan berlaku kepada kaum Bumiputera di negara ini. Saya semakin resah melihat apa yang sedang dilakukan oleh para pemimpin politik pembangkang dalam usaha mereka untuk merampas kuasa daripada kerajaan Barisan Nasional.
Untuk mendapatkan kuasa, para pemimpin politik pakatan pembangkang sanggup buat apa saja. Tidak mustahil satu hari nanti sekiranya sangat terdesak untuk memerintah negara Malaysia mereka akan sanggup membunuh kerana sekarang saja mereka sudah sanggup membohong serta menipu rakyat dan juga menipu sesama mereka dengan janji 16 September dan lain-lain lagi maka oleh kerana itulah saya berani katakan bahawa pada akhirnya nanti mereka akan sanggup pula mengorbankan sesiapa saja demi mencapai cita-cita gila mereka.
Lihatlah juga betapa bongkaknya Presiden PKR Wan Azizah apabila tergamak untuk mengeluarkan ucapan mahu menolak konsep Ketuanan Melayu di negara ini dan menjadi lebih parah lagi apabila kenyataan beliau itu turut diteruskan oleh suami anugerah beliau Anwar Ibrahim yang lantas disambut dengan sorakan, tepukan dan gelak ketawa oleh para perwakilan dari kaum Cina serta sebilangan terdiri daripada kaum Melayu yang sudah dicucuk hidung oleh DAP.
Bagi saya adalah tidak susah sekiranya PKR dan DAP tidak suka dan mahu menolak Ketuanan Melayu di negara ini. Mudah saja. Mereka keluar dari Malaysia. Tukar status kewarnegaraan dari warga Malaysia kepada warga Indonesia, Somalia, Israel, Korea Utara, Sudan dan sebagainya mengikut negara mana yang mereka suka. Rugi saja Malaysia mempunyai pemimpin atau rakyat seperti mereka yang tidak mampu untuk menyumbang apa-apa yang berguna kepada negara ini.
Sudah mereka ini iaini Pakatan Pembangkang tidak mahu menghormati Perlembagaan Negara, tidak hormat kepada 5 Prinsip Rukun Negara jadi untuk apa lagi mereka duduk dalam Malaysia ini jika semata-mata hanya untuk menimbulkan keresahan, kekacauan, kegelisahan rakyat serta suka mengganggu ketenteraman negara. Mana-mana mereka yang sudah tidak selesa tinggal dalam Malaysia ini, keluar saja ! Jangan ganggu rakyat Malaysia yang lain yang masih mahu hidup rukun damai bersatupadu dengan semua kaum dalam negara ! Nyah Pakatan Pembangkang dari bumi Malaysia ini !!!

demokrasi
Selasa, November 30, 2010
DS Anwar 'anugerah' dan utusan akhir zaman PKR...
Saya 100% memang tidak akan mahu percaya kepada apa yang pernah diungkapkan oleh Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah semasa Kongress parti itu baru-baru ini yang menyebut bahawa DS Anwar iaitu suami sdn bhd beliau sebagai "anugerah Tuhan" kepada negara Malaysia.
Teruk sangatkah keadaan negara serta rakyat Malaysia ketika ini sehingga Tuhan terpaksa mengutuskan seorang manusia lain sebagai penyelamat kepada keadaan ? Bohong dan tipu semua itu. Semua rakyat Malaysia yang masih waras tidak akan melihat keadaan sedemikian berlaku dalam negara ini kecuali ianya memangpun berlaku di dalam Parti KeADILan Rakyat (PKR) sendiri.
Kalau Datin Seri Wan Azizah kata yang Anwar di'anugerahkan oleh ahli-ahli parti' kepada PKR sebagai pemusnah perpaduan kaum dan agama di negara ini saya memang setuju dan memang tepat sekali. Kita seakan-akan punya pandangan bahawa dengan kebebasan yang begitu melampau diberikan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional terhadap DS Anwar sehingga beliau tanpa ragu-ragu menyentuh sesuatu perkara yang sensitif yang jelas akan menjejaskan hubungan antara kaum di negara maka inilah diantara punca penyebab kepada masalah perpaduan kaum dalam negara kita.
Apabila sebuah parti yang dulu kononnya diwujudkan untuk menyaingi segala parti-parti yang ada dalam komponen Barisan Nasional yang mereka dakwa sebagai parti kronisme,nepotisme dan sebagainya tetapi kini parti mereka pula yang telah buat perkara yang begitu jauh lebih buruk dari parti-parti yang pernah dituduh serta dilabelkan dengan perkataan sedemikian.
Pemilihan yang tidak telus, pencalonan yang disekat, kertas undi hantu, penyelewengan, penipuan, pergaduhan dan berbagai-bagai lagi kejadian sepanjang mesyuarat pemilihan PKR berlangsung sudah jelas dan nyata untuk membolehkan seluruh rakyat Malaysia menilai sendiri apa itu PKR, apa dasar perjuangan PKR dan ke mana haluan negara ini hendak dipacu oleh PKR pada masa yang akan datang.
Lihatlah dalam PKR sekarang siapa Presidennya?, siapa Timbalan Presidennya?, siapa Naib Presidennya? siapa Ketua Umumnya? Presiden PKR isteri DS Anwar. Timb. Presiden PKR pula adalah 'lelaki misteri' dalam keluarga DS Anwar. Naib Presiden PKR anak DS Anwar. Ketua Umum PKR pula adalah DS Anwar sendiri. Semua keputusan akhir selepas perbincangan akan diputuskan oleh keempat-empat 'anugerah' ini dan mereka yang dibawah hanya akan mampu melihat tanpa boleh membantah.

kroninisme
Rabu, November 24, 2010
Selamat bersara Kumbang...
Kumbang iaitu salah seorang penulis blog dalam team AIDC yang juga merupakan diantara mereka yang menjadi pengasas sehingga wujudnya blog berkenaan telah dengan rasminya mengambil keputusan yang amat sukar untuk diterima oleh semua rakan-rakan dari BPN serta AIDC sendiri apabila telah mengumumkan untuk bersara terus dari dunia penulisan di blog mulai hari ini.
Saya sebenarnya tidak menduga bahawa saudara Kumbang nekad dengan keputusan yang sebelum ini pernah menyuarakan hasrat serupa iaitu untuk berundur sehinggalah pagi tadi apabila beliau ada menghubungi saya untuk mengesahkan perkara berkenaan.
Nota mengenai persaraan Kumbang boleh dibaca dalam laman facebook beliau yang baru saja diterbitkan sekitar jam 11 pagi tadi dan akan dipadam seluruhnya dalam tempoh 24 jam dari saat ianya diterbitkan.
Walaupun berat hati untuk menerima keputusan yang telah beliau buat namun sebagai menghormati keputusan yang tentu punya sebab-sebab tertentu yang hanya Kumbang sendiri yang memahaminya maka semua juga harus terima dan kepada Kumbang, saya serta rakan-rakan blogger yang lain mengucapkan selamat berjaya di bidang yang lain dan jutaan terima kasih atas segala nasihat serta maklumat yang telah disumbang kepada kami dan mereka yang lain juga.
Selamat bersara dan Selamat Maju Jaya !

kumbang
Isnin, November 22, 2010
Rakyat Sarawak perlu menjauhi PKR yang kini sudah huru-hara !
Melihat kepada perkembangan yang berlaku kini dalam Parti KeADILan Rakyat (PKR) pusat, maka teringatlah saya kepada para penyokong serta para pemimpin PKR peringkat negeri Sarawak seperti Dato Sri Hajjah Hafshah Harun, Baru Bian dan beberapa nama lagi yang agak dikenali juga di Bumi Kenyalang kelihatannya masih berpaut mungkin mengharapkan keajaiban boleh dilakukan oleh Penasihat PKR YB DS Anwar Ibrahim dan sudah tentu mereka juga akan mendapat habuan yang tak terkira nanti pastinya.
Saya melihat hala tuju perjuangan kesemua mereka ini dari sudut kesedaran diri dimana saya berpendapat sekiranya benar Baru Bian, Dato Sri Hafshah dan mereka-mereka yang sama waktu dengannya berhasrat kononnya untuk memperbetulkan mana yang didakwa mereka sebagai tidak dilakukan dengan betul oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini terhadap rakyat juga negeri Sarawak, jadi, mengapa mereka ini harus terus untuk bersama dengan perjuangan PKR yang kini jelas berkeadaan huru-hara ?
Jadi, kepada semua pemimpin PKR Sarawak, para penyokong PKR dan juga kepada sesetengah rakyat Sarawak yang tengah berkira-kira untuk menyokong calon-calon PKR pada Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak yang akan datang, maka mulai saat ini hendaklah kalian menghindarkan diri dari mendekati perjuangan PKR yang sudah terang-terang hanya untuk menjayakan perjuangan peribadi dua individu yang bernama YB DS Anwar Ibrahim dan juga YB Azmin Ali !

PKR
Jumaat, November 19, 2010
Sekat "Generasi Kacang Lupakan Kulit" membiak, kerajaan Sarawak bertindak betul !
KUCHING 19 November 2010 : Kerajaan tidak merancang untuk menubuhkan Rumah Seri Kenangan (RSK) yang baru di Sarawak meskipun trend "Si Tanggang Moden" di negeri ini menampakkan peningkatan agak membimbangkan.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) Kendy Edward berkata tindakan menambah bilangan RSK seolah-olah menggalakkan golongan muda mengabaikan ibubapa apabila mereka mencapai usia tua iaitu 60 tahun dan ke atas.
Menurutnya setiap bulan secara purata pihaknya menerima tiga hingga lima permohonan baru untuk ditempatkan di RSK samada di Kuching mahupun di Sibu.
"Kalau mengikut angka ini, jumlahnya memang tidak ramai tetapi kita(jabatan) melihat ia sesuatu yang membimbangkan kerana ia amat bertentangan dengan budaya kita. Lebih mengejutkan kita sekarang ialah trend menempatkan ibubapa dari kalangan Bumiputera juga menunjukkan peningkatan," --Utusan Borneo.
Anak Merdeka ;
Saya rasa ini mungkin langkah awal yang juga mungkin satu tindakan yang akan diambil oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengelak rakyatnya daripada terbiasa dengan budaya hidup yang sangat tidak sesuai untuk dikembangkan dalam masyarakat negara ini yang terkenal sebagai satu masyarakat yang berbudi pekerti serta bersikap amat penyayang.
Kalau kita berbalik kepada kisah bagaimana bermulanya pengorbanan kedua ibubapa yang tiada ternilai iaitu dari saat kita dilahirkan hingga kita melalui proses demi proses pembesaran sehinggalah ada di antaranya yang sudah berjaya dalam kehidupan dan tidak kurang juga yang mengalami berbagai keperitan dalam hidup, tetapi kedua ibubapa kita ternyata telah berjaya membesarkan kita dengan cara mereka masing-masing biarpun ada diantara mereka mempunyai anak dalam jumlah yang agak ramai namun mereka tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga.
Yang peliknya ialah tentang bagaimana anak-anak yang ada terdapat dalam kalangan mereka ini yang terdiri dari jumlah adik beradik yang ramai misal ada yang seramai 7 orang, 8 orang, 9 orang malahan ada yang mempunyai bilangan adik beradik sehingga 12 orang tetapi adalah menjadi satu perkara yang tidak masuk akal bilamana terdapat dalam keluarga besar seperti itu tidak mampu untuk menjaga hanya kedua ibubapa mereka sedangkan kedua-dua ibubapa pula mampu menjaga serta membesarkan anak-anak sehingga menjadi dewasa.
Saya melihat langkah yang diambil oleh kerajaan negeri Sarawak untuk tidak lagi menambah jumlah rumah-rumah kebajikan seumpama itu sebagai satu tindakan yang amat tepat pada masanya sebab selain untuk mengelak generasi yang akan datang dari terus mengembangkan budaya hidup yang tidak sesuai bagi masyarakat kita ianya juga secara tidak langsung turut mendidik masyarakat negara ini supaya menjadi maju bukan saja dalam kerjaya yang tertentu malah maju sebagai masyarakat yang datang dari keluarga yang sempurna sifatnya.
Malaysia yang akan mencapai status sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 selain memerlukan tenaga kerja, pakar-pakar yang terlatih dan sebagainya juga tentu sekali sangat memerlukan ciri-ciri masyarakat atau modal insan yang boleh menjayakan segala dasar yang telah digariskan tetapi jika masyarakat kita sendiri terus dibiarkan dengan cara pengurusan untuk sebuah keluarga dengan cara sedemikian adalah bukan sesuatu yang mustahil apabila satu hari kelak ia juga akan menjadi penyumbang kepada kegagalan sesuatu perkara yang telah ditetapkan sebab samada sesuatu itu baik atau tidak semuanya bermula dari rumah dan juga dari cara pengurusan sebuah keluarga yang sempurna.

jkms
Rabu, November 17, 2010
DS Anwar ke Australia burukkan nama negara, atlet-atlet Malaysia ke China harumkan nama negara !
Bagaimanakah kerajaan Malaysia melihat tindak-tanduk DS Anwar Ibrahim yang terus menerus kelihatan semakin bebas untuk memburukkan nama baik negara sendiri kepada masyarakat luar apabila beliau berkunjung ke negara-negara yang tertentu ? Kita boleh lihat bagaimana semasa beliau melakukan siri lawatan ke beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat dan Indonesia, DS Anwar tanpa ada rasa hormat atau perasaan sebagai rakyat Malaysia tergamak telah menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang ditadbir oleh sebuah kerajaan yang zalim, tidak adil, tidak demokrasi, rasuah dan berbagai-bagai lagi.
Dari sudut manakah kerajaan melihat semua perbuatan yang paling tidak bertanggungjawab oleh seorang pemimpin politik yang bercita-cita hanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia seperti DS Anwar Ibrahim ini sehingga tiada satupun tindakan berani atau tegas diambil terhadap beliau dalam soal ini sedangkan jika dibiarkan berterusan ianya lambat-laun pasti akan mendatangkan lebih banyak keburukkan daripada kebaikan bagi negara ini serta juga terhadap rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Terbaru, bagaimana DS Anwar yang kini sedang 'melancong' ke Australia telah sekali lagi berusaha untuk mendapat sokongan daripada Ahli-ahli Parlimen negara kanggaroo berkenaan untuk memberi tekanan terhadap kerajaan Malaysia agar menggugurkan kes liwat yang sedang beliau hadapi kini. Disana beliau menjadi amat marah kepada Perdana Menteri Australia, Julia Gillard yang baru-baru ini telah melawat Malaysia serta turut mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang moden dan moderate.
Wajarkah apa yang telah dilakukan oleh DS Anwar ini diterima sebagai satu perjuangan oleh kita rakyat Malaysia ? Namun bagi saya tidak sama sekali. DS Anwar mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia kepada rakyat di negara ini sedangkan dalam masa yang sama beliau berterusan membuat rakyat negara ini malu dengan semua perbuatan beliau yang sanggup untuk menelanjang atau membogelkan maruah negara kepada masyarakat luar semata-mata untuk meraih sokongan yang belum pasti dia dapat dari pihak luar.
Lihatlah saat ini, di saat beratus-ratus atlet-atlet negara kita yang terdiri dari latar belakang kaum, adat dan budaya yang berbeza sedang berhempas-pulas di Guang Zhou China dalam misi memburu sebarang pingat bagi mengharumkan serta memertabatkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa tetapi dalam masa yang sama juga DS Anwar beriya-iya sanggup mengelilingi satu dunia semata-mata mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang dipilih oleh rakyat melalui sistem pilihan raya bebas atau demokrasi.
Patutlah YB Karpal Singh pernah mendesak DS Anwar harus segera bertaubat !

Selasa, November 16, 2010
Selamat Hari Raya Korban untuk seluruh umat Islam...
Salam Aidil Adha dan Selamat Menyambut Hari Raya Korban kepada seluruh kaum Muslim dan Muslimat di seluruh dunia.
Kepada umat Islam di seluruh Malaysia dan juga di Indonesia khususnya, sentiasalah ambil apa yang telah terjadi dalam peristiwa korban itu untuk dijadikan sebagai satu renungan bersama demi mengingatkan kita semua betapa pentingnya bagi kedua-dua negara ini untuk saling percaya mempercayai di antara satu sama lain serta sentiasa bekerjasama serta bertoleransi tatkala terjadi masalah antara keduanya bagi mengelak timbulnya perbalahan yang tidak diingini.
Untuk itu, maka sikap rela untuk berkorban harus selalu ada dalam jiwa rakyat kedua-dua negara Malaysia-Indonesia agar perkara yang boleh melemahkan keupayaan keduanya saat berhadapan dengan berbagai percubaan daripada pihak ketiga untuk melaga-lagakan hubungan baik antara keduanya dapat diatasi dengan bijaksana, harmoni serta semangat persaudaraan.
Salam dan Selamat Hari Raya Korban !

aidiladha
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com