Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Jun 24, 2012

Mandailing: jika sayangkan Malaysia, usah perjuangkan budaya asal bangsa !

Hasrat kerajaan Malaysia untuk menjadikan tarian Tor-Tor dan Gordang Sambilan iaitu sejenis tarian suku kaum Mandailing serta kaum Batak di Indonesia agar dapat juga diterima sebagai sebahagian daripada budaya di negara ini nampaknya telah mengundang padah sekali lagi buat Malaysia. Bangunan Wisma Malaysia di negara berkenaan telah menjadi sasaran terbaru perusuh Indonesia yang tidak berpuashati dengan keputusan Malaysia itu.

Rakyat Indonesia yang sebahagian besarnya memang terkenal dengan sikap cepat melatah tanpa usul periksa terus menuduh kerajaan Malaysia mahu mengambil kedua-dua nilai budaya berkenaan sebagai budaya mutlak negara ini namun mereka tidak sedar bahawa berapa ramai sudah suku kaum Mandailing dan juga kaum Batak telah diterima sebagai warganegara Malaysia dan mereka ini tentunya berhak untuk mengamalkan adat budaya bangsa asal di negara ini sebagaimana masyarakat pendatang lain seperti kaum Cina dan India.

Bagi kerajaan Malaysia khususnya pihak yang mahu supaya budaya tersebut dihidupkan di negara ini adalah lebih baik batalkan saja hasrat itu dan untuk menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab serta berguna kepada negara ini dan juga anak bangsa tidak semestinya kita perlu membawa perkara-perkara yang cuma mendatangkan kemudaratan kepada negara ini. Andai apa yang hendak kita buat namun mendapat tentangan hebat dari rakyat negara asal budaya itu adalah elok lupakan saja demi hubungan harmoni tidak akan terus digugat.

Kepada Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi YB Datuk Seri Utama Rais Yatim kita cadangkan walaupun pada dasarnya hasrat beliau itu murni iaitu untuk memberi ruang kepada budaya suku kaum Maidailing dan juga Batak di negara ini yang sekian lama mengharapkan agar adat budaya mereka boleh diiktiraf di negara ini boleh sekiranya menasihatkan wakil untuk kedua-dua suku kaum berkenaan bahawa untuk menjadi warganegara Malaysia bukanlah satu syarat memasukkan kebudayaan asal mereka tetapi cukuplah dengan kesetiaan kepada Raja-raja Melayu serta turut menghormati prinsip 5 Rukun Negara.

Kepada rakyat Indonesia di seberang sana tu...harap anda berpikir secara munasabahlah sedikit...anda kena faham betul-betul isu ini..kena tahu siapa yang mula menimbulkan perkara ini kalau bukan mereka-mereka yang dulunya datang berhijrah dari Indonesia ke bumi Malaysia dan setelah mereka ini menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia makaya apabila mereka-mereka ini sudah lama menduduki negara ini tentulah keinginan timbul untuk turut mengetengahkan adat budaya mereka di negara ini tanpa paksaan daripada kerajaan Malaysia.

Jumaat, Jun 22, 2012

BN Sarawak ! bantulah kami penduduk yang tidak ada bekalan air bersih !!!

Musim kemarau sudah datang lagi dan Sarawak pastinya tidak terlepas dari terkena fenomena alam itu. Dan masalah yang paling besar yang dihadapi oleh penduduk terlibat sewaktu musim kering ini adalah kesukaran untuk mendapatkan bekalan air yang bersih untuk kegunaan seharian.

Masih banyak lagi kampung-kampung serta rumah-rumah panjang di negeri ini yang tidak mendapat kemudahan air bersih sepertimana yang dinikmati oleh sesetengah penduduk di tempat lain. Tangki air untuk menyimpan air hujan memang ada diberikan oleh pihak kerajaan namun jika hari tidak hujan sehingga sebulan, apa cerita?

Di kampung saya sendiri dalam DUN N.50 Dalat yang diwakili oleh Datuk Fatimah Abdullah, dalam kawasan Parlimen Datuk Sri Dr. Muhd. Leo Toyad, saluran paip sudah lama tersedia dah dekat hampir setengah tahun namun entah apa sebab sehingga ke hari ini YB kami gagal memberi sebab kenapa air bersih beluim dapat juga disalurkan ke rumah-rumah.

Ketua Menteri YAB Pehin Sri Abdul Taib sendiri pernah menyatakan bahawa masalah air yang berlarutan selama lebih 40 tahun di kampung saya akan dapat diatasi sepenuhnya penghujung tahun 2011 serta awal tahun 2012. Kini sudah bulan Jun, setengah tahun sudah...kami penduduk kampung mengajukan pertanyaan kepada YB kami dia suruh kami tanya dengan Pegawai Daerah.

Bila ditanya kepada Pegawai Daerah Dalat, dia pula kata tanya dengan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR atau Jangan Kerja Rajin) Dalat. Bila saya pergi ke pejabat Jabatan Kerja Raya, boss mereka bagitau dengan saya itu masalah kontraktor, kontraktor belum menyerahkan segala resume-resume yang mencatat segala kerja berkaitan kontrak memasang paip serta lainnya kepada pihak JKR Dalat. Apalah banyak punya birokrasi?

Takkanlah masalah satu kampung iaitu kampung kami yang terletak hanya di tengah-tengah kampung bersebelahan yang penduduknya beragama Islam yang sudah diberikan kemudahan berkenaan itupun wakil rakyat kami masih gagal untuk menyelesaikannya. Apalah punya pemimpin Barisan Nasional kalu sudah begini, pilih bulu...penduduk beragama Kristian tidak dihiraukan manakala yang Islam lebih diutamakan!

Saya sungguh kesal dengan kepimpinan wakil rakyat Barisan Nasional seperti ini..sudahlah peruntukan untuk membina jalan kampung di kampung kami yang sepatutnya berturap namun telah diselewengkan oleh pihak pemaju serta konraktor apabila jalan kampung kami hanya disapukan dengan simen murah bergred 16 yang jelas tidak mengikut spesikasi serta tender yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Banyaklah lagi penyelewengan yang berlaku terhadap projek-projek kerajaan pusat bukan saja di daerah Dalat malahan jika didedahkan semuanya di mana-mana dalam Sarawak juga pasti ada berlaku perkara sedemikian.

Berbalik kepada masalah air bersih yang dihadapi oleh kebanyakan penduduk negeri waktu ini, apakah kerajaan Barisan Nasional Sarawak hanya akan bertindak apabila Parlimen sudah dibubarkan? Apa, nak gunakan masalah rakyat bagi memancing undi dengan projek-projek yang sepatutnya sudah lama siap kenapa perlu mempermainkan rakyat?

Ahad, Jun 17, 2012

KDYMM Paduka Baginda Sultan Johor terus dihina di facebook :(

Pemilik akaun Facebook Wann Rezz ini turut memberi komen yang sungguh biadap dalam ruangan facebook rakannya apabila tergamak menggelarkan Sultan Johor Darul Takzim dengan sesuatu yang sangat diharamkan dalam agama Islam.

Harap KDN (Kekura Dalam Negeri: Kura-kura ini tabiat dia suka menyembunyikan kepala dalam tempurung bila rasa diri terancam) yang diterajui oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bertindak dengan segera dan tegas terhadap pihak-pihak yang semakin giat hendak menyakiti hati dan perasaan rakyat negeri Johor.

Bagaimana pihak kerajaan hendak bertindak? Adakah kerajaan hanya akan membiar perbuatan seumpama ini terus menjadi ikutan pelampau yang lain selepas ini tanpa sebarang tindakbalas untuk membenteras agar perkara sebegini tidak terus berulang di belakang hari?

SISMEP 3.0: PKR pasang alat pengesan hanturaya di Sarawak !

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin lepas masuk ke Sarawak namun pembantu khas Azmin iaitu Hilman Idham tidak dibenarkan masuk dan telah ditahan oleh pihak Imigresen pada pagi Jumaat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching lalu diarahkan untuk meninggalkan Bumi Kenyalang dengan sebeberapa segera.

Kehadiran pemimpin PKR itu ke Sarawak adalah bagi tujuan untuk melancarkan satu sistem baru di negeri Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 dan sistem itu dkenali sebagai Sistem Menang Piliharaya 3.0 atau nama singkatannya SISMEP 3.0.

Sistem ini menurut Azmin Ali mampu mengesan dengan kadar segera tentang kehadiran hantu-hantu yang tak diundang di kawasan-kawasan mengundi yang tertentu dan tambah beliau lagi di Sarawak buat permulaannya di DUN Asajaya SISMEP 3.0 telahpun berjaya mengesan kewujudan 850 hanturaya-hanturaya di kawasan DUN berkenaan.

Rakyat Sarawak kini mana yang mudah tertipu serta terpengaruh dengan pembonhongan bersiri oleh pemimpin PKR seperti Azmin Ali, Baruk Bian, Zuraidah Kamaruddin berkenaan dengan perkara ini pastinya akan terus mempercayainya namun bagi yang mampu untuk berpikir sendiri maka mereka sudah tentunya akan menolak dakwaan sedemikian.

PKR yang sudah biasa menipu serta memperdayakan rakyat, adakah mereka nanti mampu untuk memmastikan rakyat bahawa Sarawak yang bekerja berselerak di seluruh ceruk pelusuk Bumi Kenyalang yang akan pulang ke kawasan mengundi masing-masing pada PRU-13 untuk mengundi tidak dianggap sebagai pengundi hantu?

Untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia pada setiap kali PRU diadakan sudah pasti sebilangan besar rakyat Sarawak yang bekerja jauh di luar kawasan mereka mendaftar sebagai pengundi akan balik untuk mengundi dan adalah satu perkara yang sangat menyedihkan apabila kepulangan mereka ini nanti ke kawasan masing-masing terpaksa melalui proses yang boleh dianggap sebagai melanggar hak asasi manusia apabila pihak PKR terlebih dahulu akan menentukan samada mereka itu pengundi sah ataupun sebaliknya.

Rakyat Sarawak janganlah lagi kita mudah ditipu dengan pihak-pihak PKR ini terutama sekali dalam soal pengundi yang mereka dakwa wujud pengundi hantu. Kalau memang ada pengundi hantu, bagaimana Baruk Bian sendiri boleh memenangi PRN Sarawak ke-10 di kerusi DUN Ba'Kelalan tahun lepas dan bagaimana DAP boleh mencapai banyak kemenangan pada piliharaya umum Sarawak itu jika benarlah pihak Barisan Nasional terbukti menggunakan taktik kotor untuk terus berkuasa di negeri ini. Hidup BN!

WWW1: Haziq jangan samakan budaya Barat dengan Timur !

Sebagai seorang mahasiswa kononnya, Haziq Abdullah Abdul Aziz patutnya lebih tahu menilai antara budaya yang diamalkan oleh Barat dengan budaya amalan hidup orang di Timur sememangnya berbeza. Tetapi amat malang sekali apabila terdapat segelintir mahasiswa seperti Haziq ternyata telah gagal untuk melihat perbezaan ketara antara orang Barat dengan amalan murni masyarakat di negara ini.

Apakah maksud pelajar ini apabila orang Barat seperti yang beliau sentuh dalam komennya di facebook, mempertikaikan setiap tindakan Raja mereka secara terbuka perlu menjadi ikutan juga kepada rakyat Malaysia?

Jika masyarakat di Barat telah menjadikan amalan tidak menghormati raja apatah lagi pemimpin-pemimpin yang dipilih secara demokrasi sebagai perkara biasa bagi mereka, apakah itu juga yang mahu Haziq serta rakan-rakan beliau jadikan sebagai sebahagian budaya baru rakyat di Malaysia?

Kalau budaya Barat membolehkan pasangan belum berkahwin tinggal serumah malahan sebilik, sekatil serta sebantal apakah Haziq sebagai seorang Muslim juga akan menyeru kepada msyarakat negara ini agar menurut gaya hidup tidak sihat ini?

Begitu juga dengan rakyat di Brtitain, mungkin mengkritik secara terbuka Queen Elizabeth serta kaum kerabat keluarga Di Raja England itu telah menjadi perkara biasa di kalangan mereka namun budaya itu tidak sesuai bagi masyarakat di Malaysia kerana walaupun kita sedang mengejar kemajuan tetapi masih ada ciri-ciri yang wajib dipertahankan agar matlamat tidak tersasar di kemudian hari.

Dengan mengambil amalan hidup kurang bermoral masyarakat di Barat sebagai kunci untuk membolehkan kita berbuat apa sahaja termasuk bersikap kurang ajar serta biadap terhadap Raja serta para pemimpin negara bukan saja tidak akan membantu ke arah kebaikan malah menjadikan ianya lebih parah lagi.

Komen yang dibuat oleh Haziq Abdullah berkaitan isu pembidaan nombor plet kenderaan WWW1 terhadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor adalah kes yang amat berat sekali dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang warganegara Malaysia.

Setiap warganegara Malaysia tertakluk di bawah undang-undang negara ini dan setiap tindakan mereka juga sentiasa terikat kepada semua peraturan yang telah digunapakai. Lima prinsip Rukun Negara jelas mengenai perkara ini dan warganegara Malaysia dilindungi dan juga melindungi oleh lima prinsip ini.

Lima prinsip dalam Rukun Negara adalah tali untuk rakyat Malaysia berpaut baik dalam waktu yang susah mahupun di kala keadaan negara kita aman namun sentiasa terancam. Jadi mana-mana warganegara Malaysia yang telah terpesong tindakan mereka dari lima prinsip ini perlulah mereka untuk ditarik semula ke atas landasan agar tidak semakin ramai yang turut tergelincir sama.

Sabtu, Jun 16, 2012

WWW1: kerajaan Sarawak perlu tegas dan bertindak terhadap Haziq !

 Saya kurang jelas dengan latar belakang budak hingusan ini tetapi menurut beberapa blog, budak ini berasal dari negeri Sarawak serta ada jawatan di dalam gerakan solidariti mawasiswa (SMM) yang terjerit-jerit dan terpekik-pekik ketika gerakan itu bergerak di atas jalanraya.
Apa yang membuat saya terpanggil untuk menulis tentang dia ini adalah berikutan perbuatan beliau yang jelas cuba mengeruhkan lagi keadaan berhubung isu penderhakaan yang telah dilakukan oleh bekas Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Nizar Jamaluddin terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor Tuanku Ibrahim.

Kepada Haziq, cukup-cukuplah...usahlah anda mengejar publisiti murahan dengan cara yang begitu kurang ajar sekali. Jika anda seorang yang terpelajar, patutnya anda lebih bijak daripada orang lain untuk menilai perkara mana yang buruk dan mana yang baik dan nyata perbuatan anda untuk turut masuk campur dalam isu yang dicetuskan oleh Nizar Jamaluddin itu memang sengaja menempah bala.

Jika benarlah Haziq Abdullah bin Abdul Aziz ini rakyat Sarawak, maka sukalah saya merayu kepada kerajaan negeri pimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk segera mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap budak ini demi hubungan yang mesra selama ini antara Johor Darul Takzim dengan Sarawak Bumi Kenyalang dapat dipertahankan.

Rabu, Jun 13, 2012

Video: Ahli2 Parlimen PR disekolah rendahkan oleh YB Datuk Zul Noordin



Sungguh hebat YB Datuk Zulkifli Noordin! di dalam Dewan Parlimen beliau begitu lantang membongkar segala muslihat pihak Pakatan Pembangkang. Syabas di atas ketegasan beliau sebagai seorang wakil rakyat yang begitu berani mengatakan tentang kebenaran secara berdepan!

Selasa, Jun 12, 2012

PRU13: DAP Sarawak tolak keturunan Lim Kit Siang sebagai calon parti !

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak tetap akan menamakan Lim Su Kien, 39, sebagai calon parti itu untuk kerusi Parlimen Miri pada Plihan Raya Umum (PRU) akan datang meskipun mendapat tentangan hebat daripada segelintir ahlinya.

Setiausaha Agung DAP Negeri Chong Chieng Jen berkata, parti tidak akan tunduk kepada kehendak kumpulan berkenaan yakni daripada DAP Cawangan Miri kerana Lim adalah pilihan parti dan pemilihannya dipersetujui Jawatankuasa Pemilihan DAP.

Justeru katanya kumpulan berkenaan harus menghentikan perbuatan itu demi kebaikan parti.

Kumpulan berkenaan tegasnya harus mengenepikan 'persengketaan' peribadi sebaliknya menerima keputusan dibuat parti.

"Tindakan kumpulan ini memang tidak boleh diterima. Mereka mengancam untuk mengadakan kempen di kalangan ahli parti agar membuat undi rosak jika parti kekal mencalonkan Lim.

"Lebih teruk lagi kumpulan ini yang terdiri kira-kira 20 orang dan beberapa orang daripada mereka membawa sepapan telur ketika dialog kedua pada 27 Mei lalu dan mengancam untuk melontar saya dan pengerusi Wong Ho Leng jika keputusan parti tidak berpihak kepada mereka...dialog gagal," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP Negeri di sini semalam.

Menurut Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching, ini adalah kali pertama perkara seperti itu berlaku kepada parti malah dalam dialog parti-parti lain apabila ahlinya membawa telur ayam untuk dilontarkan kepada pemimpin parti.

Bagaimanapun katanya demi keharmonian dan kekuatan parti beliau dan Pengerusi DAP akan mengadakan satu lagi dialog dengan kumpulan berkenaan.

"Keputusan telah dibuat dan dipersetujui oleh jawatankuasa pemilihan. "Kami berharap mereka ini menghormati keputusan parti... jangan sekali-kali mensabotaj parti. Memang kualiti calon menjadi ukuran tetapi perkara paling penting ialah polisi dan perjuangan parti. Rekod telah membuktikan calon muda kita mampu menewaskan calon veteran BN (Barisan Nasional)," ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.12 Kota Sentosa itu juga berkata parti tidak akan tunduk kepada kehendak kumpulan berkenaan kerana Lim sememangnya calon dikehendaki parti.

Apapun katanya parti tidak akan mengambil tindakan disiplin kepada kumpulan berkenaan kerana percaya mereka bertindak bukan secara rasional tetapi emosi.

"Kami mahu mereka sedar, pemilihan Lim adalah untuk kebaikan parti. Individu jangan dijadikan penilaian tetapi perjuangan parti," katanya.

Lim Su Kien, 39, merupakan Pengerusi DAP Cawangan Senadin dan Setiausaha Hal Ehwal DAP Negeri.

Sebelum menyertai DAP pada 2008, Lim berkhidmat dalam industri perbankan selama 12 tahun dan pernah menentang Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dalam PRU Ke-12 lalu (2008). Bagaimanapun beliau tewas dalam cubaan pertamanya itu. - sumber Utusan Borneo

AM: antara lain sebab dikesan kenapa perkara itu timbul ialah mereka menolak Lim Su Kien sebagai calon DAP mewakili rakyat di Miri kerana keturunan beliau adalah Lim sama dengan keturunan Penasihat DAP Kebangsaan Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Pusat Lim Guan Eng.

Mereka iaitu kumpulan 20 orang yang membawa satu set telur ayam tidak berkehendak cara pemimpin yang lidah bercabang, menghasut serta cuba memecah belahkan perpaduan di kalangan penduduk di negeri ini dan mereka bimbang jika ia dibiarkan akhirnya cuma akan merugikan DAP itu sendiri.

Sabtu, Jun 09, 2012

Al-Fatihah - Sam D'Lloyd meninggal dunia...



Vokalis kumpulan D'Lloyd yang cukup popular era tahun 70an, Syamsuar Hasyim atau lebih dikenali sebagai Sam D'Lloyd 64, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 7.15 pagi Sabtu 9 Jun 2012 akibat sakit jantung serta radang paru-paru.

Lagu-lagu nyanyian kumpulan D'Lloyd cukup diminati di Malaysia sejak generasi awal 70an sehingga kini dan kekuatan kumpulan ini juga banyak dibantu oleh suara emas penyanyi utama mereka Sam. Lagu-lagu seperti Keagungan Tuhan, Oh Tak Mungkin, Oh Di Mana, Karena Nenek, Semalam Di Malaysia antara lagu yang sentiasa mengembalikan nostalgia lama apabila ianya diputar di corong-corong radio.

Salam Takziah buat seluruh warga Indonesia yang telah kehilangan Sam D'Lloyd, seorang insan seni yang begitu banyak menyumbangkan jasa terhadap pembangunan industri muzik di Indonesia sejak pembabitan beliau dalam bidang nyanyian.

Bersamalah kita mendoakan agar roh Allahyarham akan dirahmati serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah !

Khamis, Jun 07, 2012

Krisis BN Sarawak, Taib Mahmud semakin bingung!

Semakin dekat bahang PRU-13 terasa maka semakin menjadilah pula gelodak dalam hubungan sesama parti serta sesama ahli dalam parti-parti komponen Barisan Nasional negeri Sarawak.

Kepimpinan tertinggi BN Sarawak nampaknya sudah bosan dengan permainan politik tidak matang beberapa pemimpin dalam dua parti PRS yang diterajui oleh Tan Sri James Masing dan juga SPDP pimpinan Tan Sri William Mawan.

Pehin Sri Taib Mahmud sudah tidak berminat lagi untuk mencampuri urusan dalaman kedua-dua parti berkenaan yang kini sedang berdepan dengan krisis antara presiden parti dengan beberapa pemimpin mereka.

Kemelut sedia ada menjadi semakin memuncak dengan kemunculan parti baru Sarawak Workers Party (SWP) yang diketuai oleh bekas ADUN BN Pelagus, Larry S'ng yang baru saja melepaskan jawatannya di Bahagian Pembangunan Belia Pejabat Ketua Menteri Sarawak.

Krisis tidak menampakkan penyelesaian ekoran tindakan terbaru Naib Presiden SPDP yang juga ADUN Meluan YB Wong anak Judat terus menambahkan lagi sengketa dalaman BN Sarawak apabila secara terbuka mahu mencabar YB Datuk Joseph Sallang bagi kerusi Parlimen Julau pada PRU-13 menggunakan tiket parti SWP tetapi masih sebagai ahli parti SPDP.

Pun begitu, kewujudan SWP di tengah-tengah kerancakkan Barisan Nasional untuk mempersiapkan diri berdepan PRU-13 nanti ternyata sudah membuat hati beberapa pemimpin dalam kalangan BN Sarawak menjadi berbelah bahagi samada masih mahu kekal dengan parti masing-masing ataupun masuk perahu baru yang bernakhodakan Larry S'ng.

Sokongan terhadap penubuhan SWP bukan saja datangnya dari rakyat biasa malahan ramai kalangan pemimpin BN Sarawak yang teruja untuk bersama-sama dengan parti berkenaan apatah lagi apabila Pehin Sri Taib Mahmud sendiri dilihat lebih banyak mempertahankan Larry S'ng dari terus menjadi serangan politik oleh pihak Tan Sri James Masing dan juga pemimpin PRS yang lainnya.

Jaminan Pehin Sri Taib Mahmud bahawa Larry S'ng bukannya seorang pengkhianat sepertimana yang dituduh oleh beberapa pemimpin dalam PRS jelas menunjukkan betapa Ketua Menteri lebih mementingkan kualiti kerja seseorang berbanding dengan pemimpin yang hanya suka berpolitik sepanjang masa serta suka membuat andaian yang bukan-bukan terhadap orang lain.

Apa tindakan seterusnya Pehin Sri Taib Mahmud untuk mengurus karenah pemimpin-pemimpin politik BN negeri yang semacam tidak jemu-jemu untuk mewujudkan suasana tidak mesra antara parti komponen Barisan Nasional negeri dan apakah beliau hanya akan membiarkan saja keadaan ini berterusan, tidak menggunakan jawatannya selaku Pengerusi BN Sarawak untuk mendamaikan pihak yang bertelagah?

Rabu, Jun 06, 2012

Tokoh Reformasi: anugerah kepada DS Najib bukan kepada Anwar

Dua Ahli Senat Amerika Syarikat John McCain dari Arizona dan Joseph Liberman dari Connecticut telah menyatakan kekaguman pihak Amerika Syarikat terhadap cara kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Hinggakan kedua-duanya telah mengiktiraf Datuk Seri Najib sebagai seorang jaguh reformis hebat untuk Malaysia. Kenapa Datuk Seri Najib dan bukannya Anwar Ibrahim ketua pembangkang? Bukankah istilah "reformasi" itu sendiri mulanya diperkenalkan oleh Anwar apabila ianya sering dilaung-laungkan oleh para pengikut beliau.

Nampaknya sia-sia saja mereka menjerit-jerit perkataan 'reformasi" setiap kali menyambut kehadiran Anwar dalam satu-satu ceramah apabila Datuk Seri Najib pula yang mendapat manfaat darinya apabila ada pemimpin kuasa Barat yang mengakui kehebatan Perdana Menteri Malaysia.

Isnin, Jun 04, 2012

Blog Dr. MiM Novandri telah digodam !

Saya dapati blog milik Doktor pakar bedah Dr. Novandri telahpun menjadi mangsa penggodam sebentar tadi sebaik saja saya mencuba untuk beberapa kali mengklik namun tetap gagal untuk membaca artikel yang baru diterbitkan "AKHIRNYA ANWAR IBRAHIM MENGAKU TERLIBAT."

Ini kerja siapa, kalau pihak pembangkang..apalah, mereka juga hari-hari melaungkan kebebasan media dan sebagainya tetapi kenapa cuba menyekat kebebasan terhadap pihak yang tidak sehaluan dengan mereka.

Harap blog Dr MiM akan dapat dipulihkan dengan kadar segera dan Dr. Novandri bolehlah bagi ubat, panadol dan lain-lainnya kepada para pemimpin Pakatan Pembangkang yang sekarang sedang demam menjelang PRU-13 sehingga ada yang tersasul berdoa tentang kejatuhan parti sendiri...

Gerhana bulan bermula jam 7 petang tadi. Kenapa kerap berlaku?

Kenapakah agaknya kejadian gerhana kerap berlaku. Baru bulan lepas gerhana matahari dan sebelum itu juga berlaku beberapa kali gerhana bulan? Antara petanda akhir zaman?

Sabtu, Jun 02, 2012

Musim artis masuk politik, kata2 kurang sopan jadi sebahagian cabang seni !

Agak berbeza juga melihat golongan penggiat seni ini apabila mereka menyertai dunia politik. Mereka ini asal mulanya dikenali sebagai orang seni, penyanyi maupun pelakon. Bakat mereka memang pada dunia seni tetapi apabila mereka terjun ke arena politik nampak macam janggal rasanya masyarakat hendak terima.

Jika sebelum mencebur diri dengan politik, apabila mereka berada di atas pentas tentu sekali peminat mereka mengharapkan artis-artis ini akan menghiburkan dengan lagu-lagu merdu nanyian mereka tetapi keadaan telahpun berubah kini apabila di atas pentas mereka berceramah, mengungkit-ungkitkan perkara yang lalu, mengutuk pihak lain dengan kata-kata yang tidak sewajarnya mereka ucapkan.

Masuk politik atau menyertai mana-mana parti politik bukanlah suatu perkara yang salah tetapi apakah sesuatu yang mesti atau harus bagi mereka-mereka yang masuk parti tertentu untuk menyerang kepimpinan kerajaan yang diperintah oleh parti lawan sedangkan kalau mengikut kerjaya yang mereka pilih iaitu sebagai artis patutnya mereka lebih profesional dan bersikap sederhana atau tidak keterlaluan sehingga sampai ke tahap menghina.

Dayangku Intan sebagai contoh, dahulunya beliau merupakan seorang penyanyi yang cukup terkenal diawal tahun 1980an dengan imej sederhana sesuai sebagai seorang penyanyi wanita masyarakat timur tetapi sejak populariti beliau menurun serta kurangnya pertunjukkan telah membuat beliau menjadi kecewa dan patah hati dan akhirnya beliau memilih sebuah parti politik PKR sebagai tempat berpaut.

Begitu juga dengan beberapa artis lain seperti Aishah, Bob Lokman dan Azmil Mustapha yang memilih parti PAS sebagai wadah baru perjuangan seni mereka yang semakin muram. Itu hak mereka untuk memilih parti mana yang mereka suka tetapi janganlah pula menjadikan penyertaan mereka ini ke dalam parti Pakatan Pembangkang digunakan sebagai tempat untuk melepaskan perasaan geram dan marah terhadap kerajaan sedia ada.

Sebagai anak seni mereka ini perlu sedar bahawa artis-artis seperti mereka walaupun dah termasuk dalam senarai artis veteran tetapi masih mempunyai ramai pengikut yang tersendiri kerana peminat mereka bukan saja terdiri daripada orang-orang UMNO atau orang BN, malahan orang-orang PAS serta orang-orang PKR.

Dan pastinya apabila keadaan ini berlaku di mana seseorang artis itu sah menjadi ahli sesebuah parti dan apabila dipilih sebagai ahli panel pada majlis tertentu parti mereka, kesempatan yang ada akan digunakan untuk membalun pihak lawan maka dengan sendirinya perkara sebegini akan menyebabkan peminatnya yang dari parti lain akan lari meninggalkannya. Ini tentu sekali akan merugikan pihak artis itu sendiri.

Jumaat, Jun 01, 2012

Al-Fatihah ! blogger D' Perbatasan meninggal dunia.

Salam takziah dari kami semua buat seluruh keluarga Allahyarham Amir Fadzil, penulis blog pro-pembangkang D' Perbatasan yang dilaporkan telah meninggal dunia oleh beberapa rakan blogger sebentar tadi.

Walaupun berbeza dari segi kepercayaan politik namun sebagai manusia biasa kita memang tidak dapat lari atau mengelak diri dari untuk merasa simpati terhadap beliau dan segala perbezaan hendaknya dibuang jauh-jauh ke tepi.

Semoga roh Allahyarham akan dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang-orang Mukmin dan beriman. Amin!

Vid: Dayangku Intan lulus ujian ke syurga PAS !



Memang berbakat besar juga nampaknya Dayangku Intan ini dalam bidang seni menghina, mencarut, serta mengeluarkan kata-kata yang tidak sewajarnya terpacul dari bibir seorang wanita dengan imej bertudung.

Adakah beliau sedang berlumba dengan bakal-bakal calon PAS yang lainnya untuk melayakkan diri dicalonkan sebagai wakil rakyat pada PRU13 akan datang.

Khamis, Mei 31, 2012

1 Jun - Selamat Hari Gawai Dayak !

Ngagai semoa bala kaban belayan, bala bakeh, bala ucik, ayak, indai, wai sulu ya ke bisi ba Bumi Kenyalang menoa Sarawak tu, pagi ila 1 Jun hari besai bansa Dayak, ari ya ditu aku ka ngambi peluang ka meri jako ucapan Selamat Hari Gawai Dayak 2012, 'gayu guru gerai nyamai ~ segulai sejalai'

Hari besai nitih adat asal enti ngabang ngagai rumah panjai kaban belayannya, ngirup aik pengayu anang terlalu mayuh...mai kereta anang kelalu laju...anang meh ngaga orang ba rumah nganti alam tusah ati.

Rabu, Mei 30, 2012

RPK ibarat Raja Petir bagi PKR !

Setiap kali kemunculan Raja Petra Raja Kamaruddin di media-media massa baik di akhbar mahu di kaca tv pasti akan membawa berita yang sangat buruk buat Anwar Ibrahim, Dr. Wan Azizah, Azmin Ali, Shamsidar dan PKR keseluruhannya.

Tiada langsungberita baik dibawa oleh RPK yang boleh membantu PKR memulihkan semula nama baik parti melainkan hanya berita buruk semata-mata. Perkara yang sepatutnya menjadi rahsia sehingga mati kepada Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Shamsidar Taharin kini telahpun semakin giat didedah oleh RPK kepada umum tanpa dipaksa oleh sesiapapun. Selanjutnya di sini

Antara kekayaan luar tabiee Azmin Ali yang didedahkan oleh RPK adalah seperti berikut;
Sebuah BMW 325i bernilai RM160,529.00, Proton Perdana 2.0 SE berharga RM80,767.00, rumah banglo dua tingkat di Setapak bernilai RM284.118.00, rumah berkembar di Taman Melawati berharga RM210,000.00 dan 1,000 unit saham dalam HICOM beserta dua buah lagi kereta nasional iaitu Proton Wira XIi dan Proton Satria XIi.

Kekayaan Shamsidar juga juga menjadi tandatanya apabila berlakunya transaksi bukan saja mengenai kemasukan benda tumpul ke pintu syurganya tetapi tentang cek deposit berjumlah RM7.2 juta serta wang tunai sebanyak RM708,000 yang bermula dari bulan November 1992 sehinggalah pada tahun 1995 yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Shamsidar.

4 jenis haiwan 'Penggera Keselamatan' yang wajib diberi perhatian !

 Angsa sejenis itik yang begitu cepat bertindak apabila merasakan kawasannya didatangi penceroboh. Ia akan segera berbunyi serta mengejar sesiapa saja yang dirasakan mahu memasuki atau mendekati kawasan yang telah menjadi halaman sehariannya.
 Begitu juga dengan ayam belanda ini atau juga sesetengah orang mengenalinya sebagai ayam turki, ia sepertimana angsa akan segera bertindakbalas terhadap kehadiran seseorang ataupun haiwan lain ke persekitaran kawasan rumah milik tuannya.
 Ikan puyu merupakan sejenis ikan yang tidak pernah kenal erti tidur tak kira siang mahupun malam. Ia akan sentiasa berjaga siang dan malam. Ikan puyu di sesetengah tempat dipelihara dengan tujuan untuk mengelak rumah dimasuki pencuri yang mengamal "ilmu pukau." Dipercayai bahawa 'ilmu pukau' tidak akan menjadi sekiranya rumah yang menjadi sasaran perompak berkenaan ada memelihara ikan puyu di dalam rumahnya.
Anjing. Anjing hanya boleh dipelihara oleh orang bukan Islam. Orang bukan Islam yang punya rumah kediaman yang punya risiko boleh dicerobohi atau dipecah masuk oleh pencuri haruslah memelihara sekurang-kurangnya seekor anjing bagi tujuan menjaga keselematan rumah. Tetapi bila pelihara anjing tu kenalah simpan dalam sangkar khas, yang ukurannya agak selesa untuk anjing tinggal.

Anjing juga sepertimana angsa dan ayam belanda akan menjadi cepat bertindak serta menyalak apabila ianya merasa kehadiran pihak ketiga  ke kawasan tempat tinggalnya. Oleh itu apa salah kira masyarakat Malaysia cuba memikirkan untuk menggunakan khidmat haiwan-haiwan ini bagi tujuan mengelak rumah mereka dari mudah dimasuki pencuri dan tidaklah terlalu bergantung kepada alat-alat penggera keselamatan yang mudah dimanipulasi, mudah dirosakkan oleh penceroboh.

Selasa, Mei 29, 2012

Di manakah letaknya Islam dalam PAS ? Di dalam hati atau di hujung lidah mereka?

Jika PAS benar-benar berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang sah, maka mereka wajib menerima sebarang cadangan ke arah usaha damai dengan UMNO tetapi jika mereka terus menolak segala bentuk usaha yang dicadangkan demi perpaduan orang Melayu dan Islam di negara ini sudah tentulah hasrat PAS hendak mendirikan Negara Islam amat sukar untuk dicapai.

Tanpa berpaduan yang kukuh sesama orang Melayu serta Islam adalah satu perkara yang sangat mustahil untuk melihat apa yang diinginkan akan menjadi sebuah kenyataan. PAS yang sejak kewujudannya dengan dasar mereka Negara Islam berulangkali menyatakan bahawa PAS mahu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam namun dalam waktu yang sama menolak cadangan kerjasama dengan UMNO yang mempunyai pengikut kalangan orang Melayu dalam jumlah jauh lebih besar darpada para pengikut PAS.

Bagaimanakah PAS boleh mendirikan sebuah negara Islam secara rasmi di negara ini jika mereka terus-menerus meminggirkan UMNO sedangkan jika PAS benar-benar jujur, ikhlas dengan cita-cita mereka itu sudah tentu mereka akan secara terbuka menerima pelawaan daripada pihak UMNO untuk mewujudkan kerjasama UMNO+PAS supaya perbincangan mengenai perkara berkaitan dapat dilakukan sehinggalah mencapaikan kejayaan.

Tetapi apa yang sangat peliknya ialah apabila PAS lebih rela berkerjasama dalam semua hal termasuklah yang mengenai hal ehwal agama Islam dengan DAP yang memang memusuhi Islam berbanding dengan UMNO. Maka di sinilah para pengikut PAS boleh membuat ukuran tentang PAS, benar atau tidak PAS berjuang untuk Islam? Adakah PAS bersungguh-sungguh dengan konsep Negara Islam yang mereka bawa atau adakah itu semua cumalah mainan kata mereka semata-mata.

Arkib Blog