Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Februari 18, 2012

Berapa juta RM untuk Anwarael beli bekas-bekas Ahli Parlimen BN ?

Bekas menteri dalam kabinet Tun Dr. Mahathir Mohamad serta Tun Abdullah Ahmad Badawi ini adalah merupakan antara individu yang sering dikatakan oleh bekas Perdana Menteri ke-4 yang terlibat cuba untuk menjatuhkan beliau sepertimana yang berlaku dalam insiden tahun 1987 dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir ini juga merupakan mereka yang berada di dalam kumpulan atau "Team B" yang diketuai oleh Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah juga disertai oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sri Syed Hamid Syed Albar, Datuk Seri Rais Yatim serta beberapa nama lain lagi.

Ketika berada di dalam kabinet pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu di saat-saat akhir persaraan bekas Perdana Menteri itu, Tan Sri Syed Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan Malaysia iaitu dua fungsi kementerian yang digabungkan menjadi satu sewaktu satu rombakan kabinet terakhir dilakukan era Tun Dr. Mahathir. Dan beliau masih lagi memegang jawatan itu selepas peralihan kuasa dari Tun Dr. Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ketika kerajaan berada di dalam kepimpinan Tun Abdullah, sekali lagi rombakan kabinet dilakukan dan kementerian yang terlibat di dalam rombakan kali pertama pentadbiran Tun Abdullah itu adalah kementerian yang baru diterajui oleh Tan Sri Syed Abdul Kadir tetapi bukan beliau ditukar tetapi kuasa beliau dikurangkan apabila kementerian yang baru diwujudkan oleh bekas Perdana Menteri yang baru bersara ketika itu telah dipecah oleh Tun Abdullah yang baru mengambilalih jawatan dan Tan Sri Syed Abdul Kadir dilantik sebagai Menteri Penerangan Malaysia.

Tidak dapat dinafikan bahawa ketika menjawat jawatan di kementerian yang baru digabungkan menjadi satu iaitu Kebudayaan, Kesenian yang disatukan dengan Pelancongan kewibawaan serta kecemerlangan Tan Sri Syed Abdul Kadir dalam menerajui kementerian berkenaan memang ketara sekali cepat meningkat dimana ketika itu beliau nampak sangat kreatif dalam tugasnya untuk menarik ramai pelancong asing berkunjung ke Malaysia apabila bersungguh-sungguh mewujudkan berbagai program kebudayaan serta kesenian masyarakat majmuk di negara ini untuk dipamerkan kepada masyarakat luar.

Di saat-saat kemasyuran beliau memimpin kementerian berkenaan, bagaimana Tun Abdullah tetiba boleh mengambil keputusan untuk memecahkan kementerian yang diketuai oleh Tan Sri Syed Abdul Kadir itu menjadi dua. Semasa rombakan kabinet itulah usaha Tan Sri Syed Abdul Kadir terbantut untuk terus mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terbaik rantau Asean ini apabila hanya diberi tugas memimpin Kementerian Penerangan Malaysia oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kementerian tersebut nyata telah menyekat serta tidak membolehkan lagi Tan Sri Syed Abdul Kadir untuk meneruskan usahanya menyuburkan industri pelancongan di negara ini.

Mungkin kecewa dengan tindakan Tun Abdullah Ahmad Badawi itu telah mendorong Tan Sri Syed Abdul Kadir membuat keputusan berundur dari kabinet Pak Lah ketika itu dan beliau telah meletak jawatan di saat Malaysia masih tercari-cari sentuhan seseorang yang sangat kreatif dalam menarik minat rakyat luar melancong ke dalam negara yang mampu menawarkan berbagai-bagai produk pelancongan yang hebat kepada pelawat.

Tetapi itu semua kini hanya tinggal kenangan. Kesilapan masa lampau sebenarnya telah mengakibat kerugian berterusan buat negara. Tan Sri Syed Abdul Kadir Sheikh Fadzir kini sudah berada di atas pagar. Dia bila-bila masa saja boleh terjun ke sebelah mana yang beliau suka. Kepimpinan Datuk Seri Mohd. Najib seboleh dulu lagi tidak salah kiranya melantik beliau sebagai Penasihat Khas untuk Kementerian Pelancongan Malaysia sebab menteri-menteri yang dilantik ke kemeterian berkenaan selepas beliau seperti Datuk Seri Azalina Othman, Datuk Seri Dr. Leo Micheal Toyad dan sekarang Datuk Seri Ng Yen Yen nyata bukan mereka yang layak untuk memimpin kementerian itu.

Jumaat, Februari 17, 2012

RM300 Juta diperlukan Anwarael untuk membeli 30 Ahli Parlimen BN!

Gambar ehsan dari blog Medan Info Kita; kelihatan Mat Syabu dan Mustafa Ali menyambut kedatangan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian & Pelancongan Malaysia Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang bernilai RM10 juta ke majlis anjuran Pakatan Haram Pembangkang.
Untuk menawan Putrajaya, Pakatan Haram Pembangkang memerlukan dana sebanyak RM300 juta bagi tujuan membeli sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional.

Dan untuk merealisasikan impiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia, ketua pembangkang di Parlimen, Anwar Ibrahim memerlukan sokongan daripada 30 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional dan untuk itu beliau sangat terdesak sehingga sanggup hendak meminjam wang sebanyak RM300 juta daripada seorang ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen namun tidak dilayan oleh tokoh korporat berkenaan. Blogger Pisau.net ada butiran selanjutnya berkenaan dengan tragedi 16 September 2008.

Puak2 pro-Israel serang blog Dimensi dari belakang !

Nampaknya puak-puak dalam Pakatan Haram Pembangkang terutama pejuang alam siber mereka sudah sangat tertekan sekarang ini. Mereka ambil jalan singkat bertindak macam orang pengecut, tidak berani mengambil risiko untuk menerima hakikat yang benar tetap benar manakala yang salah tetap salah.

Dibebani dengan berbagai isu dalaman parti, isu dalam negara hingga merebak kepada isu di luar negara apabila terbaru ketua mereka Anwar Ibrahim secara terbuka menyokong apa saja usaha bagi menjamin keselamatan Israel seandainya beliau diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia kelak.

Isu tersebut telah memaksa semua jentera yang ada di dalam Pakatan Haram itu memerah otak bagi mendapatkan idea bagaimana cara nak menipu rakyat agar percaya bahawa kenyataan Anwar Ibrahim telah diputar-belit oleh pihak lawan terutamanya UMNO dan BN.

Puak-puak ini telah sedaya upaya untuk menghasilkan sebuah drama baru untuk mengaburi mata rakyat bertujuan menyelamatkan Anwar Ibrahim. Bermula dengan babak pertama Datuk Nik Aziz Nik Mat bersandiwara mendesak Anwar Ibrahim menarik balik kenyataan atau menyaman saja akhbar Wall Street Journal yang bertanggungjawab mendedahkan kenyataan Anwar itu.

Disamping itu juga mereka telah mula menyerang pejuang maya yang pro-kerajaan Barisan Nasional. Blog Dimensi aka Jeffry Damien yang pertama menjadi mangsa mereka serta diikuti oleh beberapa blog yang mesra BN turut dikesan menerima virus internet yang mereka sebarkan sejak beberapa hari yang lalu.

Untuk menutup kelemahan pihak mereka, yang menjadi sasaran adalah kumpulan blog-blog yang jelas bebas serta terbuka dalam setiap penulisannya meluah mahupun mengkritik sesuatu perkara berkaitan perkembangan politik semasa dalam negara.

Apa-apapun kita berharap agar blog saudara Jeffry Damien akan segera pulih serta boleh beroperasi seperti sediakala. "Lawan Tetap Lawan"  :-)

Khamis, Februari 16, 2012

Israel: sebelum Anwar, Nik Aziz dulu yang akan tarik balik desakan !!!

Jangan terlalu percaya dengan kata dua serta desakan yang dibuat oleh Datuk Nik Aziz terhadap Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya yang menyokong keselamatan Israel baru-baru ini.

Datuk Nik Aziz memang sudah terkenal dengan sikapnya yang cepat menukar pendirian terhadap sesuatu perkara semudah memandu kereta Mercedes Benz sambil membuat pusingan 'U' maka begitulah mudahnya Datuk Nik Aziz membelokkan kenyataannya.

Anwar Ibrahim telah diberi kata oleh Datuk Nik Aziz, tarik balik kenyataan berhubung Israel yang disiarkan dalam Wall Street Journal (WSJ) jika benar beliau ada berkata akan menjamin keselamatan Israel atau jika beliau difitnah berkaitan isu berkenaan, Datuk Nik Aziz mendesak agar Anwar Ibrahim menyaman WSJ.

Tetapi apakata Datuk Nik Aziz sebaik saja selesai mengadakan pertemuan dengan Anwar Ibrahim kelak ? Apakah selepas mendengar sendiri penjelasan putarbelit Anwar Ibrahim mengenai isu tersebut akan membuat Datuk Nik Aziz berubah hati lantas menarik balik kata dua atau desakan yang beliau ke atas Anwar Ibrahim ?

Dan memang tidak boleh lari dari mengaitkan UMNO serta Barisan Nasional, Datuk Nik Aziz akan bermati-matian menyalahkan UMNO dan BN sebagai bertanggungjawab menyiarkan kenyataan Anwar Ibrahim di dalam Wall Street Journal lalu akan disambut dengan ghairah pula oleh para penyokong Pakatan Haram Pembangkang.

Pelik!! kenapa semakin ramai rakyat Malaysia tidak memiliki dokumen pengenalan diri?

Semakin negara kita Malaysia hampir menuju untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 semakin banyak pula penduduknya yang mendakwa mereka belum mempunyai kad atau sebarang dokumen pengenalan diri.

Kalau tak silap saya, saban tahun atau juga boleh dikatakan dalam setahun ada beberapa kali majlis penyerahan dokumen pengenalan diri dilakukan oleh pihak kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri kepada mereka-mereka yang mengaku telah dilahir dalam negara ini tetapi tidak memiliki apa jua kad pengesahan mereka sebagai warganegara sebagaimana rakyat Malaysia yang lainnya.

Tetapi yang menjadi tandatanya ialah apabila majlis seumpama itu diberi liputan oleh media elektronik, pemohon yang berjaya mendapat dokumen seperti MyKad mahupun surat beranak apabila ditemubual oleh wartawan TV misalnya wartawan dari TV3 ataupun RTM TV1 mereka seolah-olah sukar hendak berkomunikasi dengan baik menggunakan Bahasa Malaysia tetapi mendakwa sudah berpuluh-puluh tahun hidup dalam negara ini yang terdiri daripada berbagai kaum.

Kerajaan sepatutnya menyelidiki perkara seperti ini dengan setelus-telusnya sebelum meluluskan sebarang permohonan daripada pihak-pihak yang belum pasti lagi mereka yang berkenaan benar-benar warga Malaysia samada mereka itu pendatang yang diseludup masuk dan tinggal bersama-sama dengan kumpulan masyarakat tertentu untuk tempoh sekian-sekian sehingga mereka boleh menguasai serba sedikit Bahasa Melayu serta kenal seorang dua nama pemimpin negara ini.

Kerajaan juga perlu sentiasa sedar bahawa sempadan perairan negara seperti antara Malaysia dengan Filipina sangat mudah untuk dicerobohi oleh rakyat asing yang mahu masuk ke Malaysia dan mereka tahu waktu yang macam mana sangat sesuai untuk menyelinap masuk melepasi kawasan sempadan negara tanpa disedari oleh pihak berkuasa yang mengawal pantai mahupun laut. Kejadian seperti inilah merupakan yang menyumbang kepada berlakunya kemasukan warga asing tanpa izin ke dalam negara ini sehingga membolehkan mereka yang berkenaan tinggal dan menetap di Malaysia tanpa dikesan oleh pihak yang berwajib.

Apabila keadaan ini berlaku, sudah tentu mereka tidak perlu risau lagi tentang tempoh berapa lama untuk tinggal dalam negara ini asalkan bijak menjaga diri dari dikesan oleh pihak berkuasan Malaysia. Dan setelah mendiami negara ini untuk yang begitu lama dan sudah mampu mengamal cara hidup masyarakat Malaysia serta tahu banyak tentang selok belok negara ini maka sudah tiba masanya bagi mereka untuk memohon surat beranak, kad pengenalan dan sebagainya dengan mendakwa beberapa kali memohonnya dari pejabat pendaftaran negara yang tertdekat namun seringkali gagal atau ditolak.

Oleh itu untuk mendapatkan dengan cara mudah maka kadangkala mereka akan bertemu sendiri dengan wakil-wakil rakyat bagi tujuan tersebut dan sudah pasti wakil rakyat tidak dari pihak kerajaan mahupun pembangkang yang kehausan undi akan sedaya upaya tanpa usul periksa akan membantu mereka ini untuk mendapatkan dokumen berkenaan. Itu bukan tuduhan tetapi hanya andaian saja.

Tetapi dalam apa juga keadaan, pihak kerajaan hendaklah berhati-hati di dalam perkara sebegini dan jangan terlalu mudah untuk memberi taraf kerakyatan kepada pihak-pihak yang memohon status itu di negara ini. Saya menjadi kehairanan kenapa masalah seperti ini tidak pernah selesai-selesai dari dulu, lagipun rakyat Malaysia tidak ramai lagi yang buta huruf malahan warga emas sekarang inipun banyak yang sudah tahu menulis serta membaca setelah mengikuti kelas-kelas orang dewasa dan sepatutnya isu ini sudah selesai sebelum menjelangnya zaman milenium tahun 2000 lagi, tetapi kenapa masih berlarutan sehingga ke hari ini???

Video: selain jadi Imam Mahdi, Anwar juga sudah jadi Tuhan Murugan !!!



Video ihsan daripada blog RBF Online.

Mula sekali Anwar Ibrahim diisytiharkan oleh bini dia sendiri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Anugerah Tuhan kepada rakyat Malaysia.

Selepas itu pengikut serta penyokong tegar Anwar Ibrahim mengisytiharkan bahawa Anwar Ibrahim adalah Imam Mahdi walaupun zaman belum tentu lagi berakhir.

Dan pada sambutan perayaan Ponggal masyarakat Hindu di Perak baru-baru ini Anwar Ibrahim telah dibaptis dengan cara dicalitkan suatu bahan di atas dahi beliau yang maknanya mengiktiraf beliau sebagai pemimpin agung bagi sekumpulan masyarakat tersebut.

Selasa, Februari 14, 2012

Sokong Israel: adakah Laskar Merah Putih akan berdemo membantah Anwar Ibrahim?

 Sudah hampir dua minggu kenyataan Anwar Ibrahim dalam Wall Street Journal berlalu yang antara lainnya beliau berjanji akan menjamin keselamatan negara Israel seandainya terpilih sebagai Perdana Menteri Malaysia seterusnya jika ditakdirkan Pakatan Haram Pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada PRU-13 nanti, namun sejak itu juga kita masih menunggu apa agaknya reaksi sebahagian besar rakyat Indonesia khususnya pihak Laskar Merah Putih berhubung kenyataan tidak bertanggungjawab Anwar Ibrahim itu.
Cuma kenyataan yang keluar adalah daripada pihak-pihak Ulama di Indonesia saja yang melahirkan rasa tersinggung serta tidak berpuashati mereka terhadap pendirian Anwar Ibrahim berkaitan Israel. Mereka hanya mengatakan bahawa tindakan Anwar Ibrahim sangat tidak wajar dan mahu beliau menjelaskan apa sebenarnya maksud disebalik kenyataan yang beliau buat ketika ditemuramah oleh wartawan Wall Street Journal minggu lepas.

Tetapi kita di Malaysia perlu menagih atau menuntut suatu tindakan susulan daripada rakyat Indonesia terutama sekali daripada pihak Laskar Merah Putih berhubung kenyataan Anwar Ibrahim itu sebab sepertimana yang kita tahu bahawa negara Indonesia merupakan sebuah negara yang teramai sekali penduduknya yang beragama Islam dan mereka juga mengakui bahawa 'perjuangan memerdeka Bumi Palestine' merupakan asas serta tunjang utama perjuangan umat Islam Indonesia maka itu kita harap bangun dan bangkit menyatakan bantahan ke atas Anwar Ibrahim.

Kini sudah hampir dua minggu berlalu tetapi pihak Laskar Merah Putih belum menampakkan lagi yang mereka akan menyatakan sesuatu berhubung sokongan Anwar Ibrahim ketua Pembangkang di Malaysia terhadap keselamatan negara haram Israel. Tetapi mengapa sebelum ini sekira ada berlaku perkara yang remeh temeh seperti 'tarian pendet, kain batik, lagu Negaraku' serta perkara-perkara yang kurang jelas seperti 'isu sempadan Tanjung Datu' dan sebagainya mereka begitu cepat bangkit berdemo, merusuh tak tentu pasal seperti yang kerap mereka lakukan di sekitar Bangunan Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Jadi apakah pihak Laskar Merah Putih enggan berdemo bagi membantah Anwar Ibrahim kerana tiada pihak dari Malaysia yang sanggup memberi upah wang kepada mereka sebagaimana di terima sewaktu mereka mengadakan demonstrasi besar-besaran 'ganyang Malaysia' serta 'sweep Malaysia' dengan buluh runcing seketika dahulu?

Kita tahu bahawa mereka ketika itu ditaja oleh pihak ketiga untuk membuat rusuhan di hadapan beberapa pejabat Konsulat Malaysia di Indonesia tetapi bagaimana pula dalam soal mempertahankan perjuangan rakyat Palestine, apakah mereka juga perlu disogok semata-mata untuk menyatakan bantahan mereka terhadap pihak yang sengaja mengundang kemarahan umat Islam sejagat seperti yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim itu?

Atau, sekiranyalah pihak lain di Malaysia misalnya Datuk Seri Najib mahupun pemimpin BN lainnya yang membuat kenyataan bertentangan mengenai Israel-Palestine seperti yang Anwar Ibrahim keluarkan, apakah pihak Laskar Merah Putih atau rakyat Indonesia akan berdiam diri? Rasanya tentu tidak, kerana apabila mereka memperolehi imbuhan yang lumayan daripada pihak berkepentingan di Malaysia nescaya mereka akan bangkit mengumpul perusuh seramai mana yang boleh bagi membuat kacau dan pihak tertentu di negara ini pasti akan mengambil peluang dari keadaan yang sedang berlaku untuk tujuan politik sempit mereka.

Apa-apapun kita perlu menunggu apakah selepas ini terdapat pihak dari kalangan rakyat biasa di Indonesia yang akan bangun bersuara menyatakan bantahan terhadap kenyataan Anwar Ibrahim itu sepertimana yang biasa mereka lakukan sebelum ini sebaik saja ada berlaku pertelingkahan kecil antara Malaysia dengan Indonesia.

Siapa sebenarnya yang berhak ke atas Gua Batu atau Batu Caves?

Saya sebenarnya merujuk kepada tulisan saudara Hishamuddin Rais dalam Malaysianinsider yang menulis mengenai kenangan silam beliau berhubung dengan cerita lama serta sejarah asal-usul Gua Batu atau sekarang lebih dikenali sebagai Batu Caves.

Menurut saudara Hishamuddin Rais, Batu Caves sebagaimana kisah yang telah ditulis dalam buku yang dikarang oleh Datuk A. Samad Said bahawa gua tersebut asalnya adalah penempatan bagi suku kaum Pribumi iaitu Orang Asli di Semenanjung Malaysia tetapi tidak tahu bagaimana akhirnya Batu Caves boleh berpindah milik kepada pihak lain.

Rujukkan di sini dan kita juga boleh bertanya tentang banyak perkara seperti Little, little, little, little dan little.

Isnin, Februari 13, 2012

Hari Kasih Berbunga: DAP dan PAS saling mengata sesama sendiri !!!

Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat berpendapat orang Islam boleh menyambut Hari Kekasih atau Valentine's Day satu perayaan yang sinonim dengan orang-orang Kristian tetapi dalam pada itu Datuk Nik Aziz mahu supaya nama perayaan itu ditukar daripada Hari Kekasih kepada Hari Suami Isteri dan tarikh perayaan kekal pada 14 February setiap tahun.

Pada dasarnya, walaupun mulanya Menteri Besar Kelantan itu macam tidak setuju perayaan tersebut diraikan oleh orang-orang Islam dan kesimpulannya beliau seakan-akan menerima perayaan berkenaan sebagai boleh disambut oleh umat Islam cuma mahu namanya saja diubah bagi menyesuaikan dengan Islam, itu agaknya maksud beliau lebih kurang.

Begitu juga dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Nashruddin Hassan Tantawi, beliau juga seirama dan senada dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat. Tetapi Ustaz Nashruddin telah menetapkan beberapa syarat kepada umat Islam sebelum bercadang mahu menyertai perayaan Valentine's Day itu misalnya mesti membawa seorang yang muhrim ketika meraikan perayaan itu dan tidak boleh duduk berdua-duaan di tempat yang sunyi atau gelap.

Namun lain pula dengan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Aziz apabila bertegas dengan pendirian beliau tidak bersetuju dengan umat Islam yang masih berkeras mahu turut serta dalam perayaan 14 February itu nanti. Tidak seperti ayahnya Datuk Nik Aziz serta Ustaz Nashruddin Hassan, Nik Abduh tetap berpendapat bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram untuk disambut oleh pasangan-pasangan Islam sehingga memaksa beliau berani memintas kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan YB Karpal Singh yang menuduh PAS melanggar hak asasi manusia berhubung isu Valentine's Day itu.

Karpal Singh mahu Datuk Nik Aziz khususnya PAS secara keseluruhannya agar menghormati prinsip serta hak-hak asasi orang lain yang mahu merayakan perayaan Hari Kekasih itu tetapi desakan Karpal Singh itu segera disanggah oleh anak Menteri Besar Kelantan itu yang mahu Ahli Parlimen Bukit Gelugor belajar menghormati agama serta kepercayaan orang lain dan tidak seharusnya bertindak memaksa agar pihak lain tunduk ataupun akur dengan kehendak DAP semata-mata.

Sabtu, Februari 11, 2012

Projek Kerajaan Pusat yang bermasalah dalam DUN Dalat Parlimen Mukah !!!

 Projek jalan kampung kerajaan Barisan Nasional untuk sebuah penempatan penduduk dalam kawasan pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak N.50 Dalat dan juga dalam kawasan Parlimen Mukah yang sudah terbengkalai sejak beberapa bulan lalu.

Projek yang dianggar bernilai RM180,000.00 itu untuk fasa pertamanya telahpun dilaksanakan oleh satu kontraktor sebagaimana nama yang terdapat pada gambar pada papan tanda di atas. Kontraktor terbabit hanya bertanggungjawab memulakan kerja menyediakan tapak serta membina parit di sepanjang kedua-dua belah jalanraya.

Dan mengikut perjanjian, sebaik saja kerja kontraktor yang pertama selesai maka tugas seterusnya akan diambilalih oleh kontraktor yang kedua. Kontraktor yang seterusnya ini diberi tanggungjawab untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan jalanraya ini mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya sebelum berakhirnya tahun 2011.

Untuk itu, kontraktor berkenaan dikehendaki menyiapkan kerja mereka sesuai dengan klafikasi yang telah ditetapkan. Proses yang pertama mereka perlu memastikan kerja-kerja menembok jalanraya dengan ukuran ketebalan pasir harus padat sekurang-kurangnya 0.5 meter tebal di atas permukaan tanah sebelum melakukan kerja berikutnya seperti menembok dengan batu dan seterusnya kerja menyimen atau mentar jalanraya.
 Tetapi malangnya apabila kontraktor yang kedua ini telah tidak amanah didalam kerja-kerja mereka. Adakah patut untuk menjimatkan kos tergamak mereka menggunakan bahan-bahan mudah reput sebagai ganti kepada pasir iaitu bahan asas yang utama dalam setiap projek melibatkan jalanraya.

Kulit pokok rumbia atau "ruyung sagu" telah digunakan oleh kontraktor ini untuk kerja-kerja mereka bagi menggantikan pasir. Kulit rumbia ini sangat mudah reput atau buruk tetapi bagaimana pihak pemaju projek untuk jalanraya ini sanggup menipu pihak kerajaan semata-mata mahu mengurangkan kos pembinaan serta mengaut keuntungan yang lebih bagi pihak mereka.
 Sudahlah menggunakan bahan-bahan yang tidak sepatutnya untuk melaksanakan projek yang diperolehi daripada kerajaan, projek yang sepatutnya siap penghujung tahun 2011 lalu sudah beberapa kali tertangguh dan ini telah mendatangkan rasa tidak puas hati kepada penduduk setempat.
Sangatlah diharapkan agar wakil rakyat bagi Parlimen Mukah YB Datuk Sri Dr. Muhammad Leo Toyad atau ADUN Dalat, YB Datuk Hjh Fatimah Abdullah dapat turun padang melihat sendiri mana-mana projek yang telah diluluskan pembinaannya dan pastikan supaya pihak kontraktor juga harus mematuhi setiap perjanjian sepertimana sebelum mereka berjaya mendapatkan projek tertentu daripada kerajaan.

Pastikan setiap projek tidak kira daripada kerajaan pusat mahupun oleh kerajaan negeri berjalan dengan lancar dan rakyat yang memilih kerajaan sedia ada boleh menikmati segala kemudahan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan dengan selesa tanpa sebarang rungutan. Oleh itu rayuan kepada Ahli Parlimen Mukah, pantaulah projek-projek yang bermasalah di dalam kawasan parlimen anda.

Jumaat, Februari 10, 2012

Valentine's Day: digugur dari Kristian tetapi mengapa pula diboleh dalam PAS?





Ketua Dewan Pemuda PAS Ustaz Nashruddin Tantawi beberapa hari lepas ada menegaskan bahawa sambutan Hari Kekasih atau Valentine's Day yang sering dikaitkan dengan budaya orang Kristian boleh juga diraikan oleh orang-orang Islam tetapi harus mematuhi berbagai syarat ataupun yang tidak menyimpang dari ajaran Islam.

Jika dulu, jangankan Valentine's Day...jika bekerjasama dengan orang bukan Islam untuk memerintah negara walau dalam bentuk apapun sudah dikira haram oleh orang-orang PAS dan bagi PAS setiap apa yang berkaitan dengan orang Kristian pasti itu semua haram dan jijik.

Tetapi mengapa kini sejak PAS menjadi talibarut kepada DAP segalanya berubah? Apakah PAS ingat DAP tu pejuang agama Kristian, Hindu, Buddha ataupun Kong Fu Tze?

Perlu kita semua ingat serba sedikit tentang sejarah keberadaan atau wujudnya Valentine Day itu adalah berkaitan dengan seorang pemimpin Kristian yang lebih dikenali sebagai Saint Valentine. Valentine diingatkan sebagai seorang yang amat penyayang didalam Kristian maka itulah sehingga kini masih ada kalangan masyarakat dunia tanpa mengira bangsa serta agama tetap terus mengingati tarikh 14 February setiap tahun bagi tujuan khusus.

Valentine's Day diwujudkan pada tahun 496 Masehi oleh pemimpin tertinggi Roman Katholik ketika itu iaitu Pope Paul VI namun telah diharam ataupun digugur dari kepercayaan orang Kristian khusunya dari mazhab Katholik pada tahun 1969 oleh Pope Gelasius kerana sukar untuk menerima ia sebagai satu cabang kepercayaan bagi umat Kristian tambahan pula ianya tidak pernahpun disebut atau terdapat didalam ajaran Kitab Injil.

Hari Kekasih atau Valentine;s Day yang disambut setiap tahun pada tarikh 14 February bukanlah satu perayaan wajib orang Kristian namun setiap orang kini tanpa mengira latar belakang agama mahupun budaya mereka tidak pula dilarang untuk merayakannya melainkan jika setiap pemimpin mana-mana agama tegas terhadap pengikut agama masing-masing maka mereka perlu pastikan bahawa tidak akan berlaku sesuatu yang boleh mencemar maruah agama sendiri tanpa perlu memburuk-burukkan agama orang lain.

Khamis, Februari 09, 2012

BR1M Sarawak tersasar dari hasrat asal Datuk Seri Mohd. Najib !

Perlaksanaan Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diilhamkan oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Hj Abdul Razak merupakan satu inisiatif yang sangat murni dan baik sekali dalam usaha kerajaan untuk meringankan sedikit sebanyak beban rakyat yang berpendapatan rendah di negara ini serta yang kurang berkemampuan.

Tetapi malang sekali apabila sesuatu yang telah dirancang sebegitu baik sekali untuk rakyat namun di sebalik itu ia jelas amat merugikan bagi pihak kerajaan sendiri apabila BR1M tidak dapat dilaksanakan sebaik mungkin sebagaimana yang diharapkan oleh kerana agensi yang dilantik iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah gagal sebenarnya dalam mengenal pasti individu-individu yang benar-benar layak untuk menerima pemberian tersebut.

Di Sarawak misalnya, ramai sekali golongan yang bekerja sendiri, yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau golongan yang mempunyai pendapatan jauh dibawah RM3000 sebulan merungut apabila nama mereka tercicir dari senarai penerima yang berkelayakan. Tetapi yang peliknya ada golongan yang punya hartanah bernilai ratusan ribu ringgit serta yang memiliki tanah beratus-ratus ekar telah diluluskan permohonan untuk bantuan rakyat 1Malaysia itu.

Jadi bagaimanakah caranya pihak LHDN dalam menjalankan tugas mereka untuk mendapat maklumat secara terpeinci sebelum meluluskan permohonan daripada seseorang pemohon BR1M itu adakah pihak mereka hanya bersandarkan kepada seseorang yang tidak berpendapatan tetap semata-mata tanpa mengambil kira soal harta terkumpul individu terbabit yang ada di antara mereka sebenarnya datang dari keluarga yang berada atau keluarga yang memiliki harta yang banyak.

Apakah pihak LHDN juga tanpa sedar telah meluluskan permohonan BR1M yang dikemukakan oleh mereka yang tidak sepatutnya sehingga mengenepikan permohonan yang dibuat oleh golongan yang sememangnya disasarkan di bawah program bantuan rakyat 1Malaysia itu?

Jumlah bantuan sebanyak RM500 bagi mereka yang punya harta seperti tanah, ladang dan sebagainya tidaklah sebesar manapun tetapi lain bagi mereka yang benar-benar memerlukan serta yang layak ianya mempunyai nilai yang sungguh bermakna sekali namun apabila permohonan diketepikan pasti ianya menjadi sesuatu yang amat memeritkan sekali untuk diterima.

Dengan tarikh PRU-13 yang semakin mendekat, apakah kerajaan Barisan Nasional tidak pernah meletakkan kebimbangan tentang tahap sokongan rakyat terhadap kerajaan BN berikutan ramai sebenarnya golongan yang benar-benar wajar diberi bantuan BR1M itu namun permohonan mereka telah ditolak oleh pihak LHDN atas beberapa sebab yang kurang jelas?

Di Sarawak, penduduk dari daerah pendalaman, bukan mudah bagi mereka untuk bergerak dalam masa sehari suntuk semata-mata untuk mendapatkan pemberian daripada pihak kerajaan sebanyak RM500. Tambang ulang-alik dari tempat kediaman ke pusat bandar atau daerah pentadbiran tertentu saja telah memakan belanja yang bukan sedikit dan sudah tentu tidak berbaloi bagi mereka jikalau hendak menerima RM500 itu mereka terpaksa mengeluarkan sendiri belanja tambang bagi kenderaan pengangkutan dan berapa ringgit saja lagi wang lebih untuk kegunaan harian mereka.

Rakyat Sarawak mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Mohd. Najib atas usaha beliau yang tidak putus-putus untuk membantu seluruh rakyat Malaysia, akan tetapi tentang BR1M ini, rakyat Sarawak mungkin juga di Sabah serta di Semenanjung Malaysia ada yang ditolak permohonan mereka selepas itu meayu lagi tetapi tetap juga gagal DAN harap kejadian ini boleh mendekatkan lagi pihak LHDN dengan masyarakat di bawah dan tidak hanya kenal kepada pembayar cukai yang punyai pendapatan bulanan yang tetap tetapi kenalilah juga rakyat bawahan yang punya harta-benda tanah berekar-ekar di negeri ini.

Jumaat, Februari 03, 2012

Ang Pau: ada apa pada warna...apahal kecoh-kecoh?

Warna kadangkala membawa berbagai maksud dan kekadang tidak. Namun setiap kepercayaan kalau diterjermahkan kedalam kehidupan seharian kita sebagai masyarakat majmuk di negara ini mungkin boleh membawa lebih makna kepada kita.

Kalau kita boleh percaya kepada sensitiviti kaum lain maka sudah pasti kaum lain juga akan lebih tahu menghormati apa sensitiviti yang ada pada kita. Tetapi selalunya dulu, ada tak mereka ini pernah hirau akan sensitiviti masyarakat Islam, Melayu atau Bumiputera di negara ini apabila seringkali membangkitkan isu-isu yang sudah lama termaktub di dalam Perlembagaan Negara? Tiada kan...

Tetapi kalau hanya kerana sampul warna putih (ang pau CNY 2012) yang diagih-agihkan oleh Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali mahu dijadikan sebagai satu isu besar, harap puak-puak ini kena selidiki dululah...apa sebabnya dan tak payah nak buat tuduhan melulu.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PERKASA juga telah menjelaskan bahawa "sampul warna merah" juga digunakan pada mulanya namun ianya telah kehabisan jadi kenalah pihak mereka gunakan sampul warna lain termasuk warna putih.

Jadi sekurang-kurangnya ada sopan sikit memberi sesuatu itu didalam satu bungkusan atau sampul walau apapun warnanya berbanding kalau diberi suatu pemberian itu sehingga orang lain nampak jelas nilai apa yang kita terima. Tindakan Datuk Ibrahim Ali lebih berhemah dan beradab sebenarnya.

Khamis, Februari 02, 2012

Tiada faedahnya kami orang Kristian berdoa untuk pembebasan Anwar !!!



Doa orang beragama Kristian tidak mungkin membawa apa-apa kesan ataupun keberkatan kepada mereka yang bukan Kristian dan Anwar Ibrahim tidak harus mengheret agama Kristian ke dalam isu pembebasan beliau oleh Mahkamah Tinggi 9 January bulan lalu daripada pertuduhan meliwat pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhary Azlan.

Sebabnya ialah Tuhan orang Kristian tidak sama dengan Tuhan orang Islam. Harap maklum. Dan diharapkan juga agar orang Kristian tidak akan terpengaruh dengan dakwaan Anwar Ibrahim bahawa pembebasan beliau dari tuduhan meliwat oleh hakim Datuk Zabiidin Md Diah tempoh hari kerana berpunca dari doa yang dibuat oleh orang Kristian.

Pembebasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi awal bulan lalu adalah satu keputusan bebas yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan jika Anwar masih berkeras untuk menyatakan bahawa antara sebab pembebasan beliau itu adalah kerana doa orang Kristian maka kami orang Kristian akan menolaknya sama sekali.

Dakwaan seumpama itu adalah satu penghinaan kepada pihak Mahkamah dan sekiranya ada diantara orang Kristian yang turut bersetuju dengan dakwaan sedemikian maka mereka juga boleh disifatkan sebagai telah menghina mahkamah. Saya menyeru supaya orang Kristian di seluruh Malaysia janganlah kita terkeliru dengan pengakuan "pelik" Anwar Ibrahim itu. Terima Kasih!

Rabu, Februari 01, 2012

Kem UMNO juga 'ter'bela ~parasit~ ke ?

 Sepatutnya UMNO sentiasa mengawasi pintu keluar masuk kemnya bagi memastikan tiada sebarang unsur-unsur luaran yang bolos serta berjaya menyelinap masuk yang kalau tidak diawasi pasti boleh memudaratkan perjuangan parti. The Unspinners dalam blog mereka pada bulan Mac 2011 pernah mengingatkan sebarang kemungkinan yang boleh timbul jika perkara ini dibiarkan tanpa tindakan daripada pihak UMNO sendiri.
 Dan peringatan yang pernah diberikan oleh The Unspinners hampir setahun yang lalu itu mengenai kemungkinan berlakunya perkara yang tidak terduga jika pihak UMNO masih lagi leka serta bersikap ambil mudah memang ada kesahihannya. Papa Gomo menyusul membangkit perkara yang sama. Harap UMNO pasang Detektif Conan dalam parti selepas ini.
Lihatlah bagaimana aksi parasit sedang mengawan dengan pasangannya !

Muzikalrama "Jangan Main Belakang" karya blogger 1Peluru & Wali Band juara Anugerah Skrin 2011

Selasa, Januari 31, 2012

Profesor Abdul Aziz Bari gugur...

KUALA LUMPUR 30 Jan - Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu. Untuk seterusnya sila layari Media Perdana Utusan Online.

Isnin, Januari 30, 2012

APCO: apakah yang sedang bermain dalam fikiran Anwar saat ini ?

 Dulu mereka ini pernah buat kecoh di dalam Dewan Rakyat hingga terbawa-bawa ke luar Dewan sambil masing-masing seorang daripada mereka membawa sekeping kertas yang ditulis dengan berbagai perkataan menuduh kerajaan BN kononnya ikut telunjuk Israel melalui syarikat APCO.






Namun sekarang, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sendiri secara terbuka telah memberitahu bahawa beliau sedia memberikan jaminan terhadap keselamatan pihak Israel. Kini bukan saja keselamatan Israel diberi jaminan malahan APCO yang sebelum ini cuba mereka kaitkan dengan kerajaan Malaysia juga akan turut dilindungi oleh Penasihat PKR ini.

Azmin Ali nak cakap apa lagi sekarang? Mahfuz Omar? Dr. Zulkifli? Salahuddin Ayub? dan yang lain-lainnya....bila lagi agaknya anda semua nak tunjukkan bantahan macam kalian pernah buat satu ketika keluar masa Dewan Rakyat bersidang sambil memekik "APCO! APCO! APCO!!! kepada kerajaan BN?

AJL 26: Tahniah Hafiz, Datuk M. Nasir & Budi !

Hafiz, penyanyi kelahiran Sarawak yang menyampaikan lagu 'Awan Nano' ciptaan Komposer hebat Datuk M. Nasir serta lirik oleh Budi Hekayat telah dipilih sebagai juara pada temasya Anugerah Juara Lagu AJL ke-26 di Stadium Putra Bukit Jalil malam semalam.

Disertakan dengan lirik lagu yang mantap telah melayakkan Hafiz menerima hadiah wang tunai berjumlah RM35,000 serta sebuah trofi juara.

Sementara itu, dalam kategori Vokal Terbaik sekali lagi penilaian yang dibuat oleh 30 juri mengiktiraf Hafiz sebagai pemenangnya dan untuk kategori tersebut Hafiz membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 beserta satu trofi kemenangan.

Syabas dan Tahniah Hafiz !!!

Selain cermerlang di dalam bidang sukan, anak-anak Sarawak juga nampaknya semakin diterima pada peringkat nasional di dalam bidang seni.

Malah tanpa gimik yang mengejutkan penonton namun hanya memakai pakaian biasa semasa di pentas, Hafiz akhirnya berjaya juga muncul sebagai pemenang untuk dua kategori sekaligus.

Untuk Hafiz, kekal itu semua sebagai diri anda yang sebenar kerana anda punya bakat besar di dalam bidang seni suara, vokal memang bagus. Tahniah atas kemenangan anda di AJL ke-26 ! kami turut berbangga !

Ahad, Januari 29, 2012

Gagal jadi PM: selain Karpal, punca utamanya kerana Anwar sendiri jugalah!!!

Mungkin ada sesetengah daripada kita masih ingat dan masih percaya bahawa kegagalan Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia bagi menerajui kepimpinan negara pada tahun 1998 dulu adalah disebabkan oleh pendedahan Karpal Singh di dalam Dewan Rakyat mengenai aduan yang beliau ketahui membabitkan masalah moral bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Tetapi bagi saya dan juga mungkin ada yang lain tentu masih ingat tentang apa berlaku seterusnya di sebalik isu buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM Malaysia" tulisan Allahyarham Khalid Jeffrey di mana ketika itu isu tersebut begitu hangat dan panas sekali di dalam negara.

Anwar yang pada mulanya hanya berdiam diri mengenai isi kandungan buku berkenaan namun mula bertindak apabila semakin banyak pendedahan oleh pihak lain menyusul yang mana kalau tidak dihalang dengan kadar sebeberapa segera memang akan meranap segala impiannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-5 mengganti Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila semakin banyak rahsianya terbongkar.

Hanya tinggal satu anak tangga saja lagi untuk Anwar Ibrahim melangkah naik dan duduk di singgahsana sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia di mana pendedahan oleh Karpal Singh telah berlaku di Dewan Rakyat pada tahun 1997 di mana apa yang didedahkan oleh Karpal itu selain daripada surat "akuan bersumpah" Umi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar semuanya bersangkutan dengan apa yang terkandung di dalam buku tulisan Khalid Jeffrey mengenai Anwar Ibrahim.

Demi untuk membuktikan bahawa beliau tidak sepertimana yang digambar dalam buku tersebut dan juga untuk menepis dakwaan oleh surat 'akuan bersumpah' berkenaan, Anwar Ibrahim telah membuat satu laporan polis walaupun telah dinasihati oleh Tun Dr Mahathir Mohamad supaya abaikan saja perkara sedemikian yang menganggap surat berkenaan cumalah 'surat layang' yang sengaja diada-adakan bertujuan untuk memburuk-burukkan nama baik Anwar dan ianya tidak perlu untuk dilayan.

Namun Anwar Ibrahim masih berdegil dan tidak mahu mendengar nasihat daripada Tun Dr, Mahathir apabila beliau tetap dengan keputusan untuk membuat laporan polis mengenai buku "50 Dalil" tersebut serta "surat layang Umi Hafilda dan Azizan" dan akhirnya Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir terpaksa akur dengan tindakan yang diambil oleh bakal pengganti beliau itu.

Malahan Ketua Polis Negara ketika itu Ybhg Tan Sri Abdul Rahim Nor sendiri juga pernah mengingatkan Anwar Ibrahim yang bakal dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia seterusnya bagi menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad akan segala risiko yang harus beliau tanggung ekoran hasil siasatan kelak sekiranya pihak polis menyiasat secara menyeluruh ke atas laporan yang beliau buat itu.

Kata nasihat Tan Sri Rahim Nor kepada Anwar Ibrahim lebih kurang berbunyi begini; "Tuan, tuan adalah bakal Perdana Menteri yang seterusnya dan akan menjadi pemimpin kepada seluruh rakyat Malaysia, apakah tuan pasti dengan keputusan tuan ini dan apakah nanti tuan tidak akan rasa terganggu sekiranya siasatan menunjukkan hasil yang positif, ermmm... maksud saya seandainya dakwaan dalam buku tu terhadap tuan berkemungkinan memang benar?"

Dan jawapan Anwar Ibrahim terhadap kerisauan yang dinyatakan oleh Tan Sri Rahim Nor itu juga agaknya lebih kurang berbunyi begini; "ada aku kisah!!! tak apa, jangan bimbang, jalankan saja siasatan tetapi apa yang penting sekali ialah harus maklumkan sentiasa kepada saya dari masa ke semasa apa juga hasil siasatannya, ok!." Itulah agaknya jaminan yang Anwar berikan kepada Tan Sri Rahim Nor kerana beliau yakin mudah baginya untuk mengubah hasil siasatan kiranya pihak polis berjaya menghidu sesuatu yang tak kena pernah beliau lakukan.

Demi menurut kemahuan Anwar maka pihak polispun bertindaklah dengan meneruskan siasatan berhubung semua dakwaan yang terkandung di dalam buku tulisan Allahyarham Khalid Jeffery itu dan sebagaimana arahan Anwar maka setiap hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak polis akan segera dipersembahkan kepada Anwar dari masa ke semasa. Oh! lupa pulak...siasatan itu diketuai oleh Tan Sri Musa Hassan yang ketika itu adalah Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, jawatan tertinggi polis yang beliau sandang sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara dan seterus sebagai Ketua Polis Negara sehingga bersara.

Nak dijadikan satu cerita, siasat punya siasat maka akhirnya pihak polis berjaya mendapat suatu kesimpulan bahawa apa yang ditulis dalam buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri Malaysia" lebih banyak menunjukkan bukti ianya memang benar dan bukan satu rekaan dan perkara itu segera dimaklum serta diberitahu kepada Anwar Ibrahim oleh Tan Sri Musa Hassan selaku ketua penyiasat yang dipertanggungjawab dalam misi penysiasatan terhadap kandungan buku "50 Dalil" itu.

Tersentak dan terperanjat dengan apa yang telah dimaklumkan oleh Tan Sri Musa Hassan itu bahawa apa yang ditulis dalam buku Khalid Jeffery itu lebih 90% ada kebenarannya, Anwar Ibrahim yang ketika itu sedang menikmati sarapan kuih karipap serta teh tarik hampir jatuh pengsan kerana tidak menyangka bahawa polis begitu cekap dalam tugas mereka hinggakan perkara yang beliau jangka boleh terlepas dari siasatan berjaya juga dirungkai dan ditemui oleh pihak polis.

Anwar Ibrahim menjadi serba salah. Duduk salah berdiripun salah. Sekejap pergi bilik air sekejap keluar bilik pejabat. Sekejap dia suruh pembancuh kopinya buatkan kopi, sekejap suruh bancuhkan teh, sekejap suruh buatkan nescafe, sekejap suruh buatkan milo. Tan Sri Musa Hassan yang masih berada di situ mulai naik pening melihat gelagat Anwar Ibrahim yang nampak resah gelisah semacam saja ketika itu. Sekejap Anwar buka tali leher, sekejap dia pasang tali kasut. lepas tu buka tingkap bilik pejabat sambil tengok Bangunan Kedutaan Turki yang nun jauh di sebelah.

Akhirnya Tan Sri Musa Hassan bersuara, "Tuan, macam mana ini tuan? Kami polis tidak mahu membuang masa lagi...

Dan Anwar segera menjawab, "Ok, ok, ok...macam ni, macam ni, tutup saja siasatan dan saya akan tarik balik laporan polis yang saya buat pasal buku tu, ok"

Tan Sri Musa Hassan terkejut dengan permintaan Anwar Ibrahim itu seraya berkata, "mana boleh tuan, itu sudah menjadi satu kesalahan, kami polis tidak boleh lagi berpatah balik dalam soal siasatan kes seperti ini dan tuan tidak berhak menghalang kami dari meneruskan siasatan kes ini tambahan pula isu ini sudah diketahui umum, nanti apa pulak kata orang ramai atau parti pembangkang"

Anwar Ibrahim tidak berputus asa dalam mempengaruhi Tan Sri Musa Hassan yang nampak semakin tegas, "Ok kira macam nilah, saya Timbalan Perdana Menteri dan tak lama lagi akan jadi Perdana Menteri dan sudah tentu jawatan Menteri Dalam Negeri saya yang pegang dan pihak polis berada dibawah arahan saya, oleh itu saya jamin tidak akan berlaku apa-apa. Bolehkan, hentikan saja siasatan ini??? desak Anwar kepada Tan Sri Musa Hassan.

Namun Tan Sri Musa Hassan tetap tegas dengan pendirian beliau lalu berkata kepada Anwar, "Mana boleh tuan, perbuatan macam tu jelas menyalahgunakan kuasa dan amat tidak baik kepada seseorang yang bakal menjadi pemimpin sesebuah negara."

Anwar terpinga-pinga malu sebaik mendengar alasan yang diberikan oleh Tan Sri Musa Hassan yang terus bertegas bahawa siasatan tidak akan dihentikan bagi mencari kebenaran dan sekiranya pihak polis menurut arahan Anwar supaya menghentikan siasatan tersebut itu bermakna pihak polis sengaja menempah bala kerana pasti kecaman hebat terhadap polis oleh pihak pembangkang terutama sekali daripada Karpal Singh tentu akan memburukkan nama baik serta imej polis di mata masyarakat.

Itulah, kalaulah dulu Anwar Ibrahim mendengar nasihat Tun Dr. Mahathir Mohamad, nasihat daripada Tan Sri Rahim Nor sudah tentu lama sudah dia dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tun Dr. Mahathir melarang beliau supaya jangan buat laporan polis tapi terus berdegil konon untuk membuktikan beliau tidak bersalah. Betapa sayangnya Tun Dr. Mahathir kepada Anwar ketika itu, bagaikan menatang minyak yang penuh.

Keyakinan serta kepercayaan Tun Dr. Mahathir terhadap Anwar Ibrahim untuk menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri adalah seratus peratus. Malahan seluruh rakyat Malaysia juga berperasaan sedemikian termasuklah saya juga. Memang ramai kalangan rakyat Malaysia yang percaya bahawa Anwar memang layak dan sesuai sekali menggantikan Tun Dr. Mahathir dan ramai sekali yang memuji beliau.

Tun Dr. Mahathir merupakan orang yang paling kecewa sekali dengan keputusan Anwar Ibrahim apabila tidak mendengar nasihat supaya membiarkan saja apa orang kata dan tidak payah membuat laporan polis. Rakyat Malaysia juga turut kecewa dengan tindakan Anwar yang enggan mendengar nasihat daripada Tun Dr. Mahthir itu. Hanya tinggal selangkah saja lagi untuk Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri tetapi kesilapan yang beliau lakukan itu gara-gara tidak mendengar nasihat Tun Dr. Mahathir telah memusnahkan harapan Tun Dr. Mahathir, harapan beliau sendiri dan juga harapan seluruh rakyat Malaysia.
Kalaulah dulu Anwar Ibrahim sudi mendengar kata nasihat daripada pihak lain terutamanya daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan juga nasihat daripada Tan Sri Rahim Nor agar berpikir banyak kali sebelum membuat laporan polis pasti untuk menjadi seorang Perdana Menteri tidak memerlukan beliau mengadakan berkali-kali perhimpunan haram, demonstrasi liar sehingga mendatangkan kecederaan yang tidak sepatutnya beliau alami di ketika usia emas yang semakin lanjut seperti dalam gambar di atas.

Dan pastinya peralihan kuasa daripada Tun Dr. Mahathir kepada beliau dulu akan berjalan dengan lancar tanpa perlu adanya pertubuhan haram seperti Hindraf, Bersih 1.0, Bersih 2.0, Bersih 3.0, Seksualiti Merdeka dan sebagainya merusuh di atas jalanan untuk menyatakan sokongan kepada beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tetapi mengapa Anwar Ibrahim harus memilih jalan itu untuk berkuasa ?

Salah siapa??? mengapa sekarang Anwar Ibrahim menyalahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, UMNO serta BN atas kegagalan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia? Lihatlah dulu, imbas kembali peristiwa dimana punca sebenar yang menyebabkan beliau tidak boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tun Dr. Mahathir telah begitu bersusah payah mengasuh beliau untuk menjadikannya seorang pemimpin hebat negara ini namun semuanya telah disia-siakan oleh Anwar Ibrahim apabila beliau kini adalah Penasihat Umum PKR serta Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia sekarang ini.

Arkib Blog