Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat berpendapat orang Islam boleh menyambut Hari Kekasih atau Valentine's Day satu perayaan yang sinonim dengan orang-orang Kristian tetapi dalam pada itu Datuk Nik Aziz mahu supaya nama perayaan itu ditukar daripada Hari Kekasih kepada Hari Suami Isteri dan tarikh perayaan kekal pada 14 February setiap tahun.
Pada dasarnya, walaupun mulanya Menteri Besar Kelantan itu macam tidak setuju perayaan tersebut diraikan oleh orang-orang Islam dan kesimpulannya beliau seakan-akan menerima perayaan berkenaan sebagai boleh disambut oleh umat Islam cuma mahu namanya saja diubah bagi menyesuaikan dengan Islam, itu agaknya maksud beliau lebih kurang.
Begitu juga dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Nashruddin Hassan Tantawi, beliau juga seirama dan senada dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat. Tetapi Ustaz Nashruddin telah menetapkan beberapa syarat kepada umat Islam sebelum bercadang mahu menyertai perayaan Valentine's Day itu misalnya mesti membawa seorang yang muhrim ketika meraikan perayaan itu dan tidak boleh duduk berdua-duaan di tempat yang sunyi atau gelap.
Namun lain pula dengan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Aziz apabila bertegas dengan pendirian beliau tidak bersetuju dengan umat Islam yang masih berkeras mahu turut serta dalam perayaan 14 February itu nanti. Tidak seperti ayahnya Datuk Nik Aziz serta Ustaz Nashruddin Hassan, Nik Abduh tetap berpendapat bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram untuk disambut oleh pasangan-pasangan Islam sehingga memaksa beliau berani memintas kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan YB Karpal Singh yang menuduh PAS melanggar hak asasi manusia berhubung isu Valentine's Day itu.
Karpal Singh mahu Datuk Nik Aziz khususnya PAS secara keseluruhannya agar menghormati prinsip serta hak-hak asasi orang lain yang mahu merayakan perayaan Hari Kekasih itu tetapi desakan Karpal Singh itu segera disanggah oleh anak Menteri Besar Kelantan itu yang mahu Ahli Parlimen Bukit Gelugor belajar menghormati agama serta kepercayaan orang lain dan tidak seharusnya bertindak memaksa agar pihak lain tunduk ataupun akur dengan kehendak DAP semata-mata.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Memaparkan catatan dengan label valentine's day. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label valentine's day. Papar semua catatan
Isnin, Februari 13, 2012
Jumaat, Februari 10, 2012
Valentine's Day: digugur dari Kristian tetapi mengapa pula diboleh dalam PAS?
Ketua Dewan Pemuda PAS Ustaz Nashruddin Tantawi beberapa hari lepas ada menegaskan bahawa sambutan Hari Kekasih atau Valentine's Day yang sering dikaitkan dengan budaya orang Kristian boleh juga diraikan oleh orang-orang Islam tetapi harus mematuhi berbagai syarat ataupun yang tidak menyimpang dari ajaran Islam.
Jika dulu, jangankan Valentine's Day...jika bekerjasama dengan orang bukan Islam untuk memerintah negara walau dalam bentuk apapun sudah dikira haram oleh orang-orang PAS dan bagi PAS setiap apa yang berkaitan dengan orang Kristian pasti itu semua haram dan jijik.
Tetapi mengapa kini sejak PAS menjadi talibarut kepada DAP segalanya berubah? Apakah PAS ingat DAP tu pejuang agama Kristian, Hindu, Buddha ataupun Kong Fu Tze?
Perlu kita semua ingat serba sedikit tentang sejarah keberadaan atau wujudnya Valentine Day itu adalah berkaitan dengan seorang pemimpin Kristian yang lebih dikenali sebagai Saint Valentine. Valentine diingatkan sebagai seorang yang amat penyayang didalam Kristian maka itulah sehingga kini masih ada kalangan masyarakat dunia tanpa mengira bangsa serta agama tetap terus mengingati tarikh 14 February setiap tahun bagi tujuan khusus.
Valentine's Day diwujudkan pada tahun 496 Masehi oleh pemimpin tertinggi Roman Katholik ketika itu iaitu Pope Paul VI namun telah diharam ataupun digugur dari kepercayaan orang Kristian khusunya dari mazhab Katholik pada tahun 1969 oleh Pope Gelasius kerana sukar untuk menerima ia sebagai satu cabang kepercayaan bagi umat Kristian tambahan pula ianya tidak pernahpun disebut atau terdapat didalam ajaran Kitab Injil.
Hari Kekasih atau Valentine;s Day yang disambut setiap tahun pada tarikh 14 February bukanlah satu perayaan wajib orang Kristian namun setiap orang kini tanpa mengira latar belakang agama mahupun budaya mereka tidak pula dilarang untuk merayakannya melainkan jika setiap pemimpin mana-mana agama tegas terhadap pengikut agama masing-masing maka mereka perlu pastikan bahawa tidak akan berlaku sesuatu yang boleh mencemar maruah agama sendiri tanpa perlu memburuk-burukkan agama orang lain.
Label:
valentine's day
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com





