Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Sabtu, Ogos 20, 2011
Video: Azmil Mustafa kena belasah Ogy dengan telur ayam busuk!!!
Pendakwah ala Taliban yang baru juga bekas penyanyi dan pelakon awal 80an Azmil Mustafa menjadi sasau setelah kena tenyeh dengan telur ayam busuk oleh Ogy Ahmad Daud ketika beliau sedang menaiki sebuah bas awam.
Jumaat, Ogos 19, 2011
Liwat II: Karpal Singh gelisah dengan kemunculan Mohd Saiful dalam TV3 !!!
TV3 pada malam hari Rabu lepas iaitu 17 Ogos 2011 telah menyiarkan temubual khas eksklusif wartawannya Nik Suriani Megat Drahman bersama dengan saksi utama dalam kes liwat II Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhary Azlan dalam slot berita Buletin Utama.
Temubual khas itu merupakan satu usaha murni oleh pihak TV3 untuk mengenang atau mengingati semula genapnya tiga tahun Mohd Saiful yang telah melafazkan sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 15 Ogos 2008 ekoran pengakuan beliau telah diliwat oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Kemunculan tanpa diduga Mohd Saiful dalam Buletin Utama TV3 pada malam itu telah menyebabkan Ketua Peguam kes liwat II, Karpal Singh menjadi panik lalu tiba-tiba jatuh pengsan dihadapan tv. Rupa-rupanya bukan Karpal Singh seorang saja yang terkejut melihat wajah ceria Mohd Saiful muncul di kaca tv pada malam tersebut malahan S. N. Nair dan semua barisan peguambela yang mewakili Anwar Ibrahim.
Berhubung dengan perkembangan terbaru ini, kini Karpal Singh dikatakan tengah giat berusaha untuk mencari jalan bagaimana untuk terus melengah-lengahkan perbicaraan yang akan bersambung semula Isnin minggu depan 22 Ogos.
Sekiranya ditangguhkan lagi perbicaraan ini kelak jadi semakin lama kes liwat II ini ditangguhkan maka semakin kembanglah poket Karpal Singh dan semakin banyaklah juga bantuan asing masuk ke dalam dana PKR dan juga besar kemungkinan semakin lunturlah keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan di negara ini.
Namun kita semua berharap agar perkara itu tidak akan berlaku dan demi keadilan untuk Mohd Saiful, supaya perbicaraan dapat diteruskan sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Yang Amat Arif Tuan Hakim Datuk Zabidin Md Diah pada Isnin lepas yang mewajibkan Anwar Ibrahim hadir ke Mahkamah untuk membela diri walau dalam keadaan yang bagaimana sekalipun.

Label:
kes liwat II
Video awan dari langit turun ke bumi Arab !?
Adakah ini sesuatu yang nyata ataupun sekadar hanya rekaan semata-mata? Kalau benar-benar terjadi bermakna akan ada satu kejadian yang tidak kita duga akan berlaku selepas ini.
Ini bukan kerja UMNO atau Barisan Nasional, harap Lim Guan Eng jangan awal-awal dah meletakkan kesalahan kepada pihak lain tanpa usul periksa terlebih dahulu.
Selidiki dengan teliti dulu, jangan cakap ikut sedap mulut. Cari punca darimana kebakaran bermula, dari dalam ke dari luar. Biawak punya Ketua Menteri. Biawak pasir biawak paya.

apa apa saja
Khamis, Ogos 18, 2011
Tan Sri Musa Hassan lebih bijak berdepan dengan pihak Anwar, datang memang datang ke Mahkamah tetapi guna hak dia untuk tidak mahu ditemubual... Syabas Tan Sri !! Karpal Singh tak tau nak buat macamana dah hehe.. nak dakwa hina mahkamah tak boleh juga sebab Tan Sri sudah hadirkan diri ke Mahkamah.. (..ada masalah untuk terbitkan artikel - Anak Merdeka)
Rabu, Ogos 17, 2011
Persandingan sejenis: adakah Nik Aziz akan keluarkan fatwa khas mengenainya? !!!
![]() |
| Auw!!! Yong Wen Feng |
Ramai pihak yang terkejut dan marah dengan berita berkenaan terutamanya orang-orang Islam termasuklah para pemimpin agama Kristian sendiri yang tegas menganggap bahawa majlis seumpama itu bukannya satu amalan yang harus diterima oleh masyarakat timur dan ini berlaku ekoran adanya usaha oleh pihak tertentu untuk membawa masuk amalan songsang itu ke dalam masyarakat Malaysia malah ianya semakin ketara dan menjadi-jadi sejak Pakatan Haram DAP, PKR dan PAS berjaya mengurangkan majoriti 2/3 BN di Parlimen dalam PRU-13 lepas.
Apakah usaha oleh paderi tersebut merupakan satu percubaan pertama mereka untuk melihat sejauh mana penerimaan serta reaksi masyarakat di Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum, budaya, adat dan agama ini tentang perkahwinan sesama jantina samada mereka telah bersedia menerima keadaan itu ataupun sebaliknya?
Cuma apa yang perlu kita tunggu dan nantikan ialah, apakah sekiranya DAP mendokong perjuangan paderi berkenaan maka adakah Mursyidul Am PAS akan mengeluarkan fatwa baru mengenai amalan berkenaan sebagaimana biasa apabila dikehendaki berbuat demikian oleh DAP? Apakah seandainya DAP katakan yang perkahwinan sejenis adalah tidak menjadi satu kesalahan dan hukumnya sah maka Datuk Nik Aziz juga akan kata... betul, betul, betul !!!
Label:
liwat
Selasa, Ogos 16, 2011
Di Sarawak juga ada kes murtad orang Kristian masuk Islam !!!
![]() |
| Ahli Parlimen Mukah: Yang Berhormat Datuk Sri Dr Muhammad Leo Toyad Bangsa: Melanau Agama asal: Kristian Mazhab: Roman Katholik Nama asal: Francis Leo Micheal Toyad Masuk Islam pada 17 June 2006 |
Kalau dibuat kajian secara menyeluruh tentang jumlah berapa ramai serta berapa peratus orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam di negeri Sarawak dalam tempoh setiap hari, mungkin jika statistik mengenainya diperolehi pasti akan membuat pemimpin-pemimpin dalam PAS jatuh pengsan 7 hari 7 malam kerana terkejut.
Perkara seperti ini adalah biasa tidak menjadi masalah yang besar atau akan menjadi isu berpanjangan di Bumi Kenyalang kerana di sini penduduknya masih dapat menerima keadaan sedemikian dengan hati yang terbuka dan menghormati hak-hak seseorang itu didalam menentukan sendiri agama yang mereka rasa selesa.
Jika kes yang membabitkan orang yang memang asal Islam atau dilahir sebagai Islam keluar daripada agama Islam dan masuk agama Kristian belum pernah lagi terjadi tetapi kalau kes mualaf atau saudara baru yang bertindak kembali kepada agama asal memang ada berlaku, itu semua berpunca dari kegagalan pihak jabatan agama Islam sendiri yang mengabaikan kebajikan golongan berkenaan setelah mereka itu masuk Islam dan juga gagal dalam membimbing serta membentuk saudara-saudara baru menjadi seorang Islam yang kuat imannya.
Label:
Islam
Datuk Nik Aziz ulamak yang sering berpura-pura !!!
![]() |
| "Saya tidak bersetuju jika Masjid menggunakan pembesar suara hingga menjejaskan orang lain yang sedang tidur atau sakit," - Datuk Nik Aziz Nik Mat or The Unspinners Macam ni boleh pulak, tidak mengganggu orang sekeliling atau disekitarnya??? |
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak bersetuju amalan Al Quran dibuat menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu masyarakat sekitarnya - Utusan Malaysia
Bacaan Ayat-ayat Suci Al Quran menggunakan alat pembesar suara tak boleh, bising hingga mengganggu masyarakat sekitar tetapi kelakuan macam A Samad Said itu boleh, tak mengganggu orang lain di sekitarnya???
Bacaan Ayat-ayat Suci Al Quran menggunakan mikorofon bising dan mengganggu masyarakat sekitar? Tapi laungan 'reformasi! reformasi! reformasi!!! oleh Tian Chua macam ini boleh??? tak mengganggu orang lain di sekitarnya???
Bacaan Ayat-ayat Suci Al Quran menggunakan pembesar suara bising dan mengganggu masyarakat sekitar yang sedang tidur??? tapi perbuatan berarak seperti dilakukan oleh Haji Hadi Awang ini sambil pengikutnya menjerit melaung perkataan reformasi berulangkali tak mengganggu???
Bacaan Ayat-ayat Suci Al Quran menggunakan alat pembesar suara mengganggu masyarakat sekeliling??? perbuatan menjerit dan melaung reformasi beribu kali seperti diketuai oleh Zuraida Kamaruddin dan Azan Ismail ini tidak mengganggu ketenteraman awam???
Apakah Anwar Ibrahim diganggu ketika sedang tidur? Anwar terganggu dengan bacaan Ayat-ayat Suci Al Quran dari alat pembesar suara???
Dan apakah Mat Sabu juga telah diganggu ketenteramannya atau dia yang memang mengganggu tidur masyarakat di sekitarnya dengan perhimpunan bershit 2.0 yang dianjurnya bersama dengan Ambabiga Sreenevasan?
Tetapi kenapa perlu Nik Aziz Nik Mat merasakan yang bacaan Al Quran tu mengganggu masyarakat lain di sekitarnya sedangkan umur Nik Aziz hidup sebagai orang Islam bukan setahun jagung kenapa baru sekarang dia tersedar mengatakan bacaan Ayat-ayat Suci Al Quran mengganggu?
Label:
nik aziz
Isnin, Ogos 15, 2011
Liwat II: 2 saksi lagi adalah alat bagi memperbaharui tarikh penangguhan kes !!!

Jika tamat tempoh tarikh passport, visa atau permit kerja bagi rakyat asing yang memiliki dukomen perjalanan yang di negara ini contohnya, maka mereka dikehendaki untuk segera memperbaharuinya agar membolehkan mereka untuk tinggal di negara ini dalam tempoh yang telah dilanjutkan.
Namun sekiranya mereka tidak mempunyai sebarang dokumen seumpamanya, sudah tentulah sangat sukar untuk mereka memperbaharui tarikh yang telah semakin hampir tamat tempohnya bagi membolehkan mereka untuk terus tinggal dan bekerja dengan lebih lama lagi di negara ini dan mahu tidak mahu mereka terpaksa akur untuk keluar daripada Malaysia.
Dan begitu jugalah lebih kurangnya dengan kes liwat II Anwar Ibrahim ini. Jika beliau mahu memastikan yang kes liwat yang kini sedang dalam peringkat perbicaraan boleh ditangguhkan untuk berapa ratus ribu kali lagi, maka Anwar Ibrahim perlulah ada modal bagi membolehkan beliau dapat terus memohon kepada mahkamah agar perbicaraan dapat terus ditunda-tunda untuk selama-lamanya.
Walaupun daripada kelima belas saksi yang dituntut oleh pasukan pegumbela Anwar Ibrahim itu jelas terdapat empat orang daripada mereka adalah merupakan individu-individu yang sangat berpengaruh termasuk Perdana Menteri dan Isteri, namun saya berpendapat bahawa dua nama yang terakhir didalam senarai itu iaitu dua bekas pembantu rumah kepada pemilik unit kondominium 1151-1152 Hasanuddin Abdul Hamid yang dikenali dengan nama "Suliati dan Fitria Dipan adalah merupakan sasaran utama Anwar Ibrahim dan bukan Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah ataupun Tan Sri Musa Hassan.
Anwar Ibrahim melihat kedua-duanya iaitu "Suliati dan Fitria Dipan" sebagai perkakas yang sangat berharga kepada beliau untuk digunakan sebagai alat dalam alasannya ketika mengemukakan permohonan kepada Hakim untuk menangguhkan lagi prosiding kes sehingga tarikh baru ditetapkan.
Kerjanya mudah, kedua-dua bekas pembantu rumah warga Indonesia itu terlebih dulu akan disogok dengan sejumlah wang bagi memastikan mereka tidak perlu berangkat ke Malaysia walaupun keduanya sedang dikehendaki oleh pihak Mahkamah Malaysia dan jika perkara ini berlarutan maka peluang untuk Anwar Ibrahim memohon Mahkamah untuk menangguhkan kes telah terbuka luas sebab alasan sudah ada.
Label:
kes liwat II
Hanya iblis & syaitan yg rasa terganggu dgn suara Azan dan Ayat-ayat Suci Al Quran
Nampaknya DAP telah menempah kejayaan yang gemilang apabila akhirnya berjaya mengDAPkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dari hujung rambut di atas kepala sehinggalah ke hujung kuku di jari kaki.
Dengan hanya sekali persetujuan daripada Datuk Nik Aziz Nik Mat yang membenarkan tindakan DAP Pulau Pinang melarang umat Islam membaca Ayat-ayat Suci Al Quran sebelum Subuh serta laungan Azan melalui alat pembesar suara, maka bermakna telah lengkaplah sudah perjanjian Syaitan yang pernah dimaterai di antara PAS dengan DAP satu ketika dulu.
Alasan Datuk Nik Aziz sebab mengapa beliau bersetuju dengan langkah yang di ambil oleh kerajaan Pulau Pinang itu adalah kerana amalan umat Islam yang melaungkan Azan serta membaca Ayat-ayat Suci Al Quran sebelum di bulan Ramadhan hanya akan mengganggu tidurnya dan juga tidur orang-orang DAP.
Bermakna kalau begitu, sahlah sudah Datuk Nik Aziz Nik Mat telah kerasukan syaitan DAP sebab setakat yang kita semua tahu hanya iblis dan syaitan saja yang akan menggelupur kepanasan apabila mereka terdengar suara Azan berkemundang atau apabila mereka terdengar Ayat-ayat Suci daripada Al Quran di baca.
Untuk menghalau sebarang gangguan oleh makhluk-makhluk halus daripada mereka yang dirasuk atau dari tempat-tempat yang dipercayai berpenunggu, biasanya para pengamal perubatan tradisional akan menggunakan Ayat-ayat tertentu dari dalam kitab Suci Al Quran bagi tujuan tersebut dan sudah tentu iblis serta syaitan rasa tidak selesa dan akan rasa terganggu dengan semua itu, kalau tidak memberontak maka iblis dan juga syaitan akan lari bertempiaran kerana semakin kepanasan.
Tetapi kalau hanya setakat manusia biasa, tidak kiralah samada mereka itu beragama Islam atau yang beragama lain, terdengar laungan Azan serta bacaan Ayat-ayat Suci Al Quran bukan sesuatu perkara yang disifatkan sebagai menakutkan mereka kerana ianya adalah suatu yang lumrah bagi yang hidup dalam masyarakat yang majmuk seperti di Malaysia ini dan tambahan pula keadaan seumpama itu telah lama berlaku di negara ini.
Namun lainlah bagi iblis dan syaitan, makhluk berkenaan pasti akan kepanasan, sakit, pedih dan terasa bising dan bingit apabila mendengar suara Azan dan bacaan Ayat-ayat Suci Al Quran...

Ahad, Ogos 14, 2011
Islam berkembang subur di Sarawak tanpa perlu kehadiran PAS
![]() |
| Ini hanya gambar hiasan |
Namun apa yang ingin hendak saya nyatakan serba sedikit disini adalah tentang pencapaian negeri Sarawak di bawah kepimpinan YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dari segi pengembangan agama Islam dikalangan masyarakat bukan Islam di seluruh pelusuk Bumi Kenyalang tetapi tidaklah untuk menyatakannya secara terpeinci mengenainya cuma sekadar mengakui bahawa penyebaran agama Islam sebenarnya tiada sebarang halangan daripada penganut agama lain malah sikap terbuka orang bukan Islam terhadap Islam menyebabkan agama berkenaan mudah berkembang.
Di Sarawak, dalam setiap keluarga dan di dalam setiap rumah orang bukan Islam kini sudah ada diantara ahli keluarga mereka yang beragama Islam, kalau seorang dari ahli keluarga beragama Islam itu adalah dikira sebagai satu perkara yang biasa dan apa yang agak menariknya ialah apabila semakin banyak rumah-rumah keluarga bukan Islam yang penghuninya telah memilih Islam sebagai pegangan hidup mereka, maksudnya jika dalam sebuah rumah ada 10 orang dalam satu keluarga akan terdapat 6 atau 7 orang didalamnya yang menganut agama Islam.
Perkembangan Islam di Sarawak berlaku adalah terhasil oleh berbagai faktor seperti antaranya apabila orang-orang bukan Islam tertarik dengan gaya hidup dan amalan harian rakan-rakan atau keluarga yang Muslim, terbuka hati untuk mendekati Islam secara sukarela tanpa dipaksa, berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam dan juga antaranya adalah disebabkan kejayaan para pendakwah dalam memberi penerangan demi penerangan mengenai Islam kepada orang-orang yang bukan Islam.
Di Sarawak juga hubungan antara agama tidaklah seteruk seperti apa yang sedang berlaku di Semenanjung Malaysia. Rakyat Bumi Kenyalang sentiasa mengamal sikap mengutamakan perpaduan baik dalam hubungan kaum ataupun agama. Jika di Semenanjung Malaysia seringkali berlakunya pertembungan pendapat mengenai agama dan juga hak-hak kaum sehingga membawa kepada berlakunya bemacam-macam siri demonstrasi membantah atau menyokong itu ini, tetapi itu tidak berlaku di Sarawak dan kita harap ianya takkan berlaku.
Dan, sekiranya rakyat Sarawak ingin sentiasa mahu keadaan itu akan terus kekal di nikmati oleh kita semua, maka semua kita kena harus beringat selalu...jangan sesekali membenarkan PAS, PKR dan DAP untuk mudah bertapak di Bumi Kenyalang ini walau dalam keadaan apa jua sekalipun. Lihat PAS, ingatlah pelampau ! Lihat PKR, ingatlah perusuh ! Lihat DAP, ingatlah pelampau dan pengganas !
Label:
Islam
Kahwin sejenis: Malaysia akan berdepan dengan malapetaka besar!!!
![]() |
| Perkahwinan sejenis di Barat...satu perkara biasa !!! |
Tak sudah-sudah dengan isu, harap pihak berkuasa Malaysia terutama sekali Kementerian Keselamatan Dalam Negeri pimpinan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bangkit bertenaga berdepan dengan perkara-perkara seperti ini. Simpan saja amaran-amaran yang sudah tidak ada bisanya lagi atau buang saja jauh-jauh ke tengah Laut China Selatan.
Label:
gaysex
Sabtu, Ogos 13, 2011
Liwat II: Salahguna kuasa dan kedudukan Karpal Singh mula disedari !!!
![]() |
| Karpal Singh; Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Pengerusi DAP Kebangsaan juga Peguambela kes liwat II Anawar Ibrahim !!! |
Pasti juga akan mula menjadi satu tandatanya kepada masyarakat umum selepas ini, bagaimana seorang ketua dan pengerusi kepada sebuah pertubuhan politik seperti DAP boleh diterima oleh mahkamah untuk menjadi peguambela mewakili rakan gabungan sesama mereka yang mempunyai kes serius dimahkamah.
Tindakan Karpal Singh yang sanggup menjadi peguambela kepada Anwar Ibrahim memang jelas mempunyai kepentingan politik yang tidak boleh disangkal. Ini boleh kita lihat dengan jelas bagaimana setiap apa jua perkembangan yang berlaku berkaitan kes liwat II Anwar Ibrahim di mahkamah ianya seolah-olah akan menjana modal atau membekal kuasa kepada tiga parti gabungan Pakatan Haram DAP, PKR dan PAS dalam mereka meraih sokongan daripada rakyat.
Keluar daripada mahkamah, mereka akan terus memainkan kes liwat II yang sedang dibicara dalam mahkamah sebagai isu politik kepada umum. Soal samada perbuatan mereka itu telah menghina mahkamah ataupun tidak ianya sudah seperti bukan satu perkara luarbiasa ataupun satu perkara yang telah menyalahi undang-undang bagi mereka kerana dari apa yang kita dapat lihat selama ini ialah terdapat banyak sudah larangan oleh pihak mahkamah yang telah mereka langgar.
Kembali kepada isu Karpal Singh. Selepas ini kita berharap agar akan semakin ramai pihak yang tampil untuk membangkit mengenai salahguna kuasa Karpal Singh didalam kes liwat II Anwar Ibrahim ini.
Dan semalam, menyaksikan peristiwa bagaimana seorang pemimpin nombor satu negara, Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib cuba dijatuhkan martabatnya oleh tiga orang peguambela Anwar Ibrahim dari keturunan India, terpaksa tunduk dan mengadap ketiga-tiga mereka di kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Label:
kes liwat II
Jumaat, Ogos 12, 2011
MoCS - Gerakan Mengubur Sarawak!!! Perjuangan golongan kecewa
![]() |
| Kelihatan dalam gambar: Baharuddin Mokhsen, Francis Sia(tengah) dan Awang Abdillah Awang Nassar. Sumber foto dari blog Muka Petang |
Pada Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak ke-10 yang lalu, ramai daripada kalangan mereka ini yang bertanding namun kalah kerana rakyat Sarawak tidak percaya kepada kemampuan mereka untuk mentadbir negeri ini, belum jadi kerajaan lagi sudah berani cakap bersar, nak ubah Sarawak konon.
Esok Sabtu 13 Ogos 2011, MoCS sekiranya tiada aral yang melintang akan mengadakan satu perhimpunan untuk acara senamrobik, karaouke dan tarian poco-poco dipersekitaran kawasan yang menempatkan Muzium Negeri di Kuching. Perhimpunan mungkin terpaksa diadakan di situ kerana di Sarawak ini belum ada lagi Zoo Negara seperti di Kuala Lumpur tempat segala hewan-hewan dan segala unggas berkumpul.
Kepada rakyat Sarawak, mana yang ada tanam kelapa sawit, lada hitam dan lada putih, koko, tanaman sagu, pengusaha dusun buah-buahan, tanaman padi, ternakan ikan berbagai jenis, dan berbagai-bagai lagi perusahaan yang dilakukan, adalah lebih baik tak payah langsung peduli dengan gerakan yang sedang diusahakan oleh Francis Sia, Awang Abdillah Awang Nassar dan Baharuddin Mokhsen itu. Abaikan saja.
Mereka adalah golongan yang kecewa dan golongan yang suka berpura-pura. Perjuangan mereka sangat kabur dan tidak jelas. Mereka mahu mengubah Sarawak mahu jadi macam mana? Mereka kata mahu mengubah Sarawak tetapi mereka tidak nyatakan dengan terang kepada rakyat negeri ini tentang corak yang bakal mereka mahu Sarawak akan dikenali, adakah seperti Singapura, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, England, Israel, Amerika Syarikat ?
Label:
mocs
Khamis, Ogos 11, 2011
Kes liwat II: lepas ini, Anwar mohon pula kebenaran Mahkamah untuk dia sendiri soal saksi !
Usaha oleh Anwar Ibrahim untuk melengah-lengahkan perbicaraan kes liwat ke-2 yang membabitkan beliau pastinya tidak akan berakhir hanya setakat kebenaran telah diperolehi daripada Mahkamah membenarkan pasukan peguambela beliau menemubual 15 saksi termasuk Datuk Seri Najib, Isteri beliau dan lainnya tetapi selepas ini tentu akan ada helah lain lagi yang beliau akan kemukakan.
Lihatlah, jika sekarang pihak Mahkamah telah mengeluarkan perintah hanya membenarkan Anwar Ibrahim hadir pada sessi temubual oleh barisan peguambela beliau dengan saksi-saksi terpilih namun Anwar Ibrahim sendiri tidak dibenarkan untuk bertanyakan soalan kepada saksi. Itu sekarang tetapi selepas ini tentu Anwar Ibrahim akan kemukakan lagi satu permohonan di Mahkamah agar beliau dibenarkan untuk menyoal sendiri saksi-saksi berkenaan sambil ditemani para peguam beliau. Kita tunggu dan lihat !!! ...sampai kiamat kes ini...

Rabu, Ogos 10, 2011
Kes liwat II: Karpal & Anwar yg kawal undang2 serta tentukan perbicaraan !
![]() |
| Kelihatan; Peguam S. K. Nair, Anwar Irahim, Karpal Singh, Yusmadi dan dua nujum DNA import dari Australia sedang menjamu selera minum teh tarik dan makan cucur karipap |
Menurut Karpal Singh, sekiranya mereka-mereka itu enggan hadir ke Mahkamah dan gagal untuk ditemubual oleh pihak pembelaan, bermakna mereka itu dianggap sebagai telah menghina Mahkamah dan boleh ditangkap serta boleh ditahan di dalam lokap. Kemudian menyusul pula kenyataan serta amaran serupa yang datangnya daripada seorang lagi peguambela Anwar iaitu S. K. Nair yang mahu agar Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah, Tan Sri Musa dan Datuk Mohd Rodhwan akur dan patuh kepada keputusan Mahkamah yang telah mewajibkan mereka hadir ke Mahkamah jika tidak mahu dkenakan tindakan menghina Mahkamah.
"MENGHINA MAHKAMAH?" ...tetapi tidakkah Karpal Singh serta barisan peguambela pimpinannya tahu dan sedar bahawa selama ini siapa sebenarnya telah melakukan "penghinaan" yang begitu ketara dan teruk sekali terhadap mahkamah atau institusi kehakiman di negara ini kalau bukan Anwar Ibrahim sendiri serta rakan-rakan mereka yang berada didalam Pakatan Haram ?
Anwar Ibrahim sendiri telah berulang kali mencabul larangan Mahkamah yang melarang sebarang perbicaraan terbuka dikhalayak ramai berkenaan kes liwat yang sedang dibicara di Mahkamah namun apa yang berlaku ialah Anwar Ibrahim dibiarkan terus menerus bebas untuk menjaja kes liwatnya ke seluruh pelusuk tanah air tanpa apa-apa tindakan oleh pihak Mahkamah malah di biarkan bebas sebebasnya hingga ke luar negara untuk meraih sokongan serta simpati daripada masyarakat antarabangsa berkaitan kes liwat beliau itu.
Bagi saya adalah sesuatu yang sangat tidak wajar sama sekali untuk membiarkan pihak tertuduh terus bermaharajalela dengan tindak tanduknya seperti mahu mengambil alih peranan mahkamah dalam mengendali, mengawal dan menentukan halatuju perbicaraan yang kini semakin hari menampakkan betapa pihak yang sepatutnya tegas terhadap tertuduh tetapi mereka pula yang semakin kelihatan seolah-olah telah hilang kawalan dalam menguatkuasakan undang-undang.
Dan adalah sesuatu yang sangat ganjil dan pelik apabila peguambela Anwar terlebih dulu telah bertindak mendahului Hakim dalam menentukan bentuk hukuman yang bakal disabitkan ke atas Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah, Tan Sri Musa dan Datuk Mohd Rodhwan seandainya mereka yang berkenaan gagal menghadirkan diri pada sessi temubual pihak oleh tertuduh sedangkan kesemua mereka itu langsung tiada kaitan dengan beberapa kejadian Anwar Ibrahim yang telah meliwat pekerja lelaki beliau sendiri.
Yang menerima Mohd Saiful Bukhary Azlan bekerja dengan PKR adalah Anwar Ibrahim sendiri. Yang membawar gaji kepada Mohd Saiful juga adalah Anwar Ibrahim. Yang menentukan bentuk tugas Mohd Saiful dalam PKR adalah Anwar Ibrahim. Yang membawa Mohd Saiful ke Hong Kong, ke Thailand, ke Singapura adalah Anwar Ibrahim juga. Yang memerintah Mohd Saiful datang ke kondominium 1151-1152 juga adalah Anwar Ibrahim.
Dan seterusnya yang bertanya kepada Mohd Saiful soalan lucah "Can I Fuck You Today?" adalah Anwar Ibrahim. Yang marah dan menengking Mohd Saiful sehingga terkeluar perkataan "What?" juga adalah Anwar Ibrahim. Yang mengajukan soalan penuh prihatin "Are You Okay?" kepada Mohd Saiful juga adalah Anwar Ibrahim. Jadi, disudut sebelah manakah kita dapat nampak bahawa Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah, Tan Sri Musa dan Datuk Moh Rodhwan boleh memainkan peranan mereka masing-masing sehingga terpengaruhnya Anwar Ibrahim yang akhirnya mendorong dan memaksa beliau untuk akur lalu terpaksa meliwat Mohd Saiful Bukhary Azlan, pekerjanya sendiri?
Label:
kes liwat II
Selasa, Ogos 09, 2011
Pakatan Haram kerah Bershit 2.0 segera ke Britain bantu perusuh !!!
Dalam tempoh 25 tahun iaitu selepas rusuhan buruk berlaku pada tahun 1985, kini Britain sekali lagi telah digegarkan dengan insiden rusuhan oleh rakyatnya sendiri yang bangkit memberontak hanya kerana kematian seorang pemuda, Mark Duggan berusia 29 tahun yang maut dalam satu kejadian berbalas-balas tembakan dengan polis pada hari Khamis 4 Ogos lalu.
Rusuhan tersebut telah merebak dengan pantasnya ke beberapa buah bandar besar dan utama di negara berkenaan seperti di Liverpool. Birmingham, Bristol dan di Tottenham. Keganasan yang ditunjukkan oleh para pemberontak dalam rusuhan itu nampaknya telah menaikkan semula semangat para perusuh serta para penganjur perhimpuan haram Bershit 2.0 yang sebelum ini pernah melakukan perkara serupa pada 9 Julai lalu di Ibu Kota Kuala Lumpur untuk turut sama merusuh dengan pemberontak di negara tersebut.
Menyedari keinginan yang cukup tinggi dan tak pernah padam dalam jiwa kebanyakkan para peserta yang pernah menyertai Bershit 2.0 awal bulan lepas maka beberapa penganjur perhimpunan haram itu telah bersepakat hendak menghantar mereka-mereka yang terbukti punya minat tinggi dalam kegiatan rusuhan dan pemberontakan dengan kadar sebeberapa segera ke negara yang sedang bergolak itu.
Apa kata mereka? jom kita selami makna disebalik kata-kata mereka ini yang kini sudahpun berstatus sebagai "Petualang Negara" ;
"Kami mengikuti perkembangan yang sedang berlaku di UK dengan penuh minat dan teliti. Untuk beberapa hari yang ke depan kami rasa akan berlaku rusuhan yang lebih besar. Kami sangat berminat untuk menyertainya dan kami telahpun buat mesyuarat tergempar dan hasilnya kami semua bersetuju untuk ke sana. Kita mahu berdepan dengan para penguatkuasa yang lebih garang dan tegas, pukul perusuh dengan belantan. Disana polis tak berlembut dengan perusuh, jadi kita mahu yang macam itu...barulah boleh buat cerita besar," - Ambiga Sreenevasan, Boss Bershit 2.0
"Inilah kebebasan yang kita cari. Macam itulah kebebasan yang tulen, bebas pecah kereta orang, bebas pecah rumah, bebas pecah kedai, bebas curi, bebas bunuh orang. bebas rompak orang... dan saya akan buat sajak khas sebagai tanda sokongan tak berbelah bahagi saya kepada perusuh di sana, ya,,..sama macam sajak "unggun bersih" dan "peludah warna," - A. Samad Said, Sasauterawan Negara.
"Pendirian saya sama, satu macam... rusuhan di England tu memang tak salah dan ianya juga memang kerja UMNO dan BN !! ..Saya katakan macam tu sebab orang Britain marah sangat dengan UMNO dan BN maka tu lah sebab mereka mengamuk kat sana..pasal hari tu 9 Julai mereka nak masuk Malaysia tapi dihalang Imgiresen..tu lah sebab mereka memberontak di negara sendiri..itu perbuatan tak salah malahan di benar mengikut Kitab DAP," - Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.
"Bershit 2.0, saya dan Din Puduraya sudah saman Ketua Polis Negara, kerajaan Malaysia serta dua pegawai polis tidak kurang dari RM1 juta dan kalau bagi dua jadi sorang dapatlah RM500,000.00... bab rusuhan di England tu saya juga akan ke sana tapi kalau tidak boleh buat duit maka saya akan fikir dalam-dalam dulu, baru buat keputusan," - Mr. Mahfuz Omarbean, Naib Presiden PAS.
Rusuhan tersebut telah merebak dengan pantasnya ke beberapa buah bandar besar dan utama di negara berkenaan seperti di Liverpool. Birmingham, Bristol dan di Tottenham. Keganasan yang ditunjukkan oleh para pemberontak dalam rusuhan itu nampaknya telah menaikkan semula semangat para perusuh serta para penganjur perhimpuan haram Bershit 2.0 yang sebelum ini pernah melakukan perkara serupa pada 9 Julai lalu di Ibu Kota Kuala Lumpur untuk turut sama merusuh dengan pemberontak di negara tersebut.
Menyedari keinginan yang cukup tinggi dan tak pernah padam dalam jiwa kebanyakkan para peserta yang pernah menyertai Bershit 2.0 awal bulan lepas maka beberapa penganjur perhimpunan haram itu telah bersepakat hendak menghantar mereka-mereka yang terbukti punya minat tinggi dalam kegiatan rusuhan dan pemberontakan dengan kadar sebeberapa segera ke negara yang sedang bergolak itu.
Apa kata mereka? jom kita selami makna disebalik kata-kata mereka ini yang kini sudahpun berstatus sebagai "Petualang Negara" ;
"Kami mengikuti perkembangan yang sedang berlaku di UK dengan penuh minat dan teliti. Untuk beberapa hari yang ke depan kami rasa akan berlaku rusuhan yang lebih besar. Kami sangat berminat untuk menyertainya dan kami telahpun buat mesyuarat tergempar dan hasilnya kami semua bersetuju untuk ke sana. Kita mahu berdepan dengan para penguatkuasa yang lebih garang dan tegas, pukul perusuh dengan belantan. Disana polis tak berlembut dengan perusuh, jadi kita mahu yang macam itu...barulah boleh buat cerita besar," - Ambiga Sreenevasan, Boss Bershit 2.0
"Ya, kita dah berbincang dan perbincangan yang kita buat terus berjalan sebab kita terus memantau keadaan di sana dari masa ke semasa. Jadi pada perbincangan awalnya kita semua dalam ertikata lainnya bersetuju sebulat suara untuk ke sana dengan kadar sebeberapa segera yang boleh dan kita telah bentuk beberapa kumpulan supaya apabila sampai kat sana kita tidak berkumpul dalam satu tempat sebaliknya kita akan membantu perusuh dari kumpulan lain juga
"Jadi maknanya dikalangan kita ada yang membantu perusuh merusuh di Liverpool, ada yang berada di Birmingham, Bristol ataupun sama-sama merusuh dan memberontak di Tottenham... Sebab utama kita ambil keputusan ini kerana kita tak pernah puas, kita mahu berdepan dengan pihak polis yang betul-betul garang barulah boleh buat isu besar" - Mat Syabu, Timbalan Presiden PAS
"Saya setuju, kami memang suka keadaan macam tu. Tapi sayang sekali kat Malaysia ni payah sangat kerana rusuhan yang kita buat sering saja gagal dilakukan walaupun saya sendiri terpaksa berlakon namun semuanya gagal. Kalau jadi rancangan untuk turut serta ke sana, saya pilih lokasi perusuh yang banyak 'jambu-jambu'...mana tahu kalau nasib bagus dapat juga lepas gian," Anwar Berahim, Penasihat Ekonomi Selangor."Inilah kebebasan yang kita cari. Macam itulah kebebasan yang tulen, bebas pecah kereta orang, bebas pecah rumah, bebas pecah kedai, bebas curi, bebas bunuh orang. bebas rompak orang... dan saya akan buat sajak khas sebagai tanda sokongan tak berbelah bahagi saya kepada perusuh di sana, ya,,..sama macam sajak "unggun bersih" dan "peludah warna," - A. Samad Said, Sasauterawan Negara.
"Pendirian saya sama, satu macam... rusuhan di England tu memang tak salah dan ianya juga memang kerja UMNO dan BN !! ..Saya katakan macam tu sebab orang Britain marah sangat dengan UMNO dan BN maka tu lah sebab mereka mengamuk kat sana..pasal hari tu 9 Julai mereka nak masuk Malaysia tapi dihalang Imgiresen..tu lah sebab mereka memberontak di negara sendiri..itu perbuatan tak salah malahan di benar mengikut Kitab DAP," - Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.
"Bershit 2.0, saya dan Din Puduraya sudah saman Ketua Polis Negara, kerajaan Malaysia serta dua pegawai polis tidak kurang dari RM1 juta dan kalau bagi dua jadi sorang dapatlah RM500,000.00... bab rusuhan di England tu saya juga akan ke sana tapi kalau tidak boleh buat duit maka saya akan fikir dalam-dalam dulu, baru buat keputusan," - Mr. Mahfuz Omarbean, Naib Presiden PAS.
"Owuh...saya? ...no komen... dah, dah,dahhh...cukup dah, saya tak nak terlibat lagi...banyak pengajaran yang dah saya dapat masa kena tahan oleh polis 9 Julai lalu, mereka baik dengan saya...layan saya cukup baik...tiadapun saya kena humban macam guni beras ke dalam trak polis, itu cuma bohong Anwar saja..buat malu saya saja," - Haji Hadi Awang, Presiden PAS.
Label:
BERSIH 2.0
Liwat II: Adakah selepas ini permohonan utk menemubual Yesus pula?
![]() |
| Yohanes 6:70 Jawab Yesus kepada mereka: "Bukankah Aku sendiri yang yang telah memilih kamu yang dua belas ini? Namun seorang diantaramu adalah iblis." Yohanes 13:21 Setelah Yesus berkata demikian Ia sangat terharu, lalu bersaksi: "Aku berkata kepadamu, sesungguhnya seorang diantara kamu akan menyerahkan Aku." Yohanes 13:38 Jawab Yesus: "Nyawamu akan kau berikan bagiKu? Sesungguhnya Aku berkata kepadamu: Sebelum ayam berkokok, engkau telah menyangkal Aku tiga kali." Yohanes 18:17 Maka kata hamba perempuan penjaga pintu kepada Petrus: "Bukankah engkau juga murid orang itu?" Jawab Petrus: "Bukan!" Yohanes 18:25-27 'Simon Petrus masih berdiri berdiang. Kata orang-orang di situ kepadanya: "Bukankah engkau juga seorang muridNya?" 26 'Ia menyangkalnya, katanya: "Bukan." Kata seorang hamba Imam Besar, seorang keluarga dari hamba yang telinganya dipotong Petrus: "Bukankah engkau kulihat di taman itu bersama dengan Dia?" 27 'Maka Petrus menyangkalnya pula dan ketika itu berkokoklah ayam. |
Berdepan dengan kes liwat ke-2 Anwar Ibrahim ini seolah-olah sistem undang-undang negara ini sedang menghampiri hukum-hukum rimba apabila ternyata pihak yang kuat terus berkuasa menentukan halatuju perbicaraan manakala yang lemah seakan-akan terus tertindas serta seperti terhakis haknya dalam menegakkan keadilan dalam kadar yang segera.
Setelah banyak kali permohonan serta karenah Anwar Ibrahim dituruti dan banyak diantaranya telahpun dipenuhi oleh pihak Mahkamah termasuklah permohonan terbaru beliau untuk iaitu untuk menemubual Perdana Menteri dan Isteri berhubung dengan kes liwat yang sedang beliau hadapi waktu ini secara jelas telah memberi layanan yang sangat luarbiasa mahkamah kepada pihak tertuduh sedangkan dalam masa yang sama pihak mangsa yang menuntut pembelaan terus menderita dengan tempoh masa prosiding yang panjang kerana sudah berpuluh-puluh kali ditangguhkan.
Kini, sesudah pihak Anwar Ibrahim berjaya mengheret Perdana Menteri Datuk Seri Najib serta Isteri beliau dan beberapa individu yang lain ke dalam perbicaraan peringkat pembelaan, jadi apakah akan ada lagi helah lain bagi pihak tertuduh bertujuan untuk melengah-lengahkan perbicaraan? Siapakah lagi selepas ini yang akan mereka kemukakan untuk dijadikan sebagai saksi? Yesus Kristus? Kalau begitu, hingga akhir zamanlah kes ini takkan selesai sebab Yesus hanya akan turun ke bumi bagi menandakan bahawa kejadian kiamat telahpun semakin hampir berlaku...
Label:
kes liwat II
Isnin, Ogos 08, 2011
Mr. Bean & Din Puduraya sepakat saman KPN, polis & Kerajaan Malaysia !
![]() |
| "Tangkapan ini memberi gambaran yang salah tentang kami. Oleh itu, kami menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan," Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS. |
![]() |
| "Ini sebagai peringatan dan pengajaran kepada mereka yang terlibat, lain kali mereka perlu mengikut undang-undang yang telah ditetapkan," - Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS. |
ULASAN;
Nampaknya Mr. Bean mendapat rasa malu bila dihumban ke dalam trak polis gara-gara ingkar terhadap arahan polis yang awal-awal lagi telahpun mengingatkan mereka semua supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan haram yang dianjurkan oleh kumpulan Bershit 2.0 pada 9 Julai lalu. Begitu juga dengan Din Puduraya, beliau turut mendapat rasa malu apabila menerima nasib yang sama dengan Mr. Bean dan ditahan beberapa ketika oleh pihak polis kerana melanggar arahan pihak berkuasa.
Label:
mahfuz n salahuddin
Dr Asri terpengaruh dengan sikap hipokrit segelintir pemimpin Gereja !!!

Apa-apapun keputusan yang bakal dibuat oleh kerajaan negeri serta PAS terhadap Datuk Dr Hassan Ali nanti, hendaklah anda semua selaku umat Islam cintakan agama bersama dengan beliau bagi memberi sokongan padu terhadap perjuangannya dalam mempertahankan maruah serta kesucian agama Islam.
Sikap mudah dan suka menuding jari kepada sesama sendiri apabila timbul sesuatu isu yang membabitkan pihak lain nampaknya kini bukan saja berlaku kepada masyarakat yang tergolong dalam kelas bawahan tetapi juga seolah-olah sudah menjadi satu budaya biasa bagi mereka yang berada dalam kelas atasan iaitu mereka yang dalam golongan ilmuwan serta berpendidikan tinggi.
Begitu juga dengan bekas Mufti Perlis, iaitu Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin tatkala beliau mengulas tentang isu JAIS vs Protestant yang kini menjadi satu isu hangat di Selangor. Membaca ulasan Dr Asri berkenaan isu tersebut dalam blog Badut Rakyat saya tertarik apabila beliau membangkit tentang wang zakat dan sebagainya tentang pemimpin Islam di negara ini. Mudah nampaknya bagi Dr Asri menyalahkan kalangan sendiri apabila berlaku sebarang pertembungan dengan pihak dari kumpulan lain.
Dari ulasan yang Dr Asri berikan itu ternyata beliau sendiri mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur luaran dimana beliau tanpa berselindung telah mengakui bahawa disebabkan "sikap baik, pemurah" pihak Gereja itulah yang menyebabkan ramai orang-orang Islam yang pernah mendapat bantuan sebelumnya daripada pihak berkenaan telah mula menjadi "jatuh hati" kepada agama Kristian dan menurut Dr Asri lagi, maka itulah antara punca mengapa terdapat semakin ramai orang-orang Islam sanggup menukar agama mereka dari Islam kepada Kristian.
Tetapi malangnya apabila Dr Asri sebagai seorang tokoh masyarakat yang disegani telah tidak sedar bahawa semua itu hanyalah sebahagian dari helah atau tipudaya sesetengah pemimpin agama Kristian untuk menarik lebih ramai pengikut tanpa mengira samada sasaran mereka itu sudah ada pegangan agama ataupun sebaliknya untuk menganut agama Al-Maseh itu sedangkan setelah mereka berjaya mengKristiankan golongan ini tadi maka segala kebajikan serta nasib golongan ini selepas itu akan mulai diabai dan terbiar tanpa dipedulikan.
Lihat saja di Sarawak dan juga di Sabah, orang-orang Kristian yang hidup dalam keadaan daif, tempat tinggal tidak sempurna dan bermacam-macam lagi kepayahan hidup yang terpaksa dilalui setiap hari hari, kemana mereka mengadu??? Pihak Gereja tidak pernah ambil peduli !!! ...akhirnya golongan ini terpaksa mencari pihak lain seperti mengadu kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, wakil-wakil rakyat kerajaan Barisan Nasional. Yang banyak sekali membantu masyarakat miskin dan susah di Sarawak dan Sabah adalah kerajaan Barisan Nasional dan bukannya pihak Gereja. Kita tidak tahu di mana pihak Gereja pada waktu itu.
Saya tidak bersetuju sama sekali dengan apa yang dikatakan oleh Dr Asri itu. Beliau boleh keluarkan kenyataan berkaitan isu itu sekiranya dia sendiri telah merasai apa yang dilalui oleh kebanyakkan masyarakat Kristian di Sarawak dan juga di Sabah. Mengiyakan apa yang dilakukan oleh pihak Gereja dengan tujuan untuk "memurtadkan" orang Islam seperti yang berlaku di Selangor apabila mereka berpaling dari ajaran Islam kepada Kristian adalah satu kesalahan yang berat dan menyalahkan pihak sendiri seperti pertubuhan zakat atau pemimpin Islam dalam isu ini adalah satu kesilapan.
Saya lagi tidak percaya bahawa pihak Gereja akan mampu selamanya untuk membiayai hidup mereka-mereka itu yang telah berjaya dimurtadkan dan pasti akan tiba waktunya bagi pihak Gereja untuk menamatkan bantuan tersebut kepada mereka yang sebelum itu telah berjaya diperdaya dan ianya akan diberi pula kepada mangsa terbaru. Harap isu ini ramai yang akan cuba memahami dan bukannya hanya tahu menyalak tak tentu hala...
Label:
protestan vs JAIS
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com