Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Ogos 08, 2011

Kes liwat II: Anwar yg makan nangka, Anwarlah yg kena getahnya...

Hari ini Isnin 8hb Ogos tahun 2011 bersambung semula perbicaraan yang telah ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi untuk sebutan kes pembelaan Anwar Ibrahim dalam kejadian kes beliau panjat pokok nangka, ambil buah nangka, belah buah nangka dan makan isi buah nangka dan kemudiannya Anwar Ibrahim kena getah nangka.

Betullah bila dulu-dulupun ada orang kata "siapa yang makan nangka, maka dialah yang akan terkena getahnya" dan adalah mustahil orang lain yang akan turut terpalit sama kena getahnya. Tapi yang menjadi isunya disini ialah bagaimana Anwar Ibrahim masih tetap berkeras mahu agar orang yang tak ada kaitan langsung dengan kejadian beliau memanjat pokok nangka turut kena getah nangka bersama dengan beliau sedangkan yang memanjat pokok nangka tu dulu adalah kehendak hati nurani beliau sendiri tanpa sesiapapun yang memaksa.

Kemudian bila sudah dapat buahnya, Anwar Ibrahim sendiri juga yang petik dan bawa pulang ke rumah serta makan isinya atas kemahuan dia sendiri dan tiadapun sebelum itu dia mengadu kepada DAP, PAS, PKR, Wan Azizah, Nik Aziz, Hadi Awang, Dr Hatta, Saifuddin Nasution, Zuraida Kamaruddin, Tian Chua, Karpal Singh dan semua dalam Pakatan Haram yang UMNO memaksa atau mengugut dia supaya memanjat pokok nangka, ambil buah nangka dan makan isi buah nangka sampai melekat segala getah nangka pada tubuhnya.

Demi keadilan untuk Mohd Saiful Bukhary Azlan, harapan semua agar tiada lagi penangguhan berlaku mulai hari ini. Kita rakyat Malaysia sudah sangat bosan dengan penundaan demi penundaan kes liwat II ini yang seperti sudah tidak ada lagi penghujungnya. Kita bukan berniat untuk menghina mahkamah tetapi sebagai rakyat Malaysia kita semua tentu tidak mahu melihat sistem perundangan di negara ini seakan-akan sudah menjadi alat permainan kepada pihak-pihak yang tertentu yang akhirnya mengakibatkan pihak yang lemah terus menjadi mangsa manakala pihak yang kuat terus dibiarkan menindas dan ini tidak ubah sama seperti kita kembali kepada "undang-undang rimba" sepertimana yang selalu disebut-sebut.

Ahad, Ogos 07, 2011

JAIS vs Protestant: puak Protestant perlu faham maksud kebebasan beragama !

Jika benarlah kenyataan yang menyebut bahawa sudah terdapat segelintir kecil orang-orang Melayu di Semenanjung telah murtad meninggalkan Islam semata-mata kerana desakan hidup dan ada pula yang dilaporkan mula mendekati ajaran Kristian akibat masalah yang sama iaitu setelah mereka ditawarkan dengan sejumlah imbuhan oleh puak-puak tertentu dalam Kristian kiranya segelintir kecil Melayu ini tadi sanggup keluar dari Islam dan masuk Kristian, maka saya melihat perkara ini sangat perlu diambil tindakan dengan kadar segera yang lebih tegas oleh semua pemimpin-pemimpin Islam di negara ini kerana jika ianya dibiarkan berlarutan bukan sahaja Islam yang akan berdepan dengan masalah berat malahan agama Kristian itu sendiri juga pasti tidak terkecuali dari menghadapi masalah keruntuhan.
Bagaimana perkara seperti ini boleh dibiarkan berlanjutan dalam sesebuah negara Islam seperti Malaysia walaupun pada dasarnya kita semua tahu dan sedar memang wujud toleransi beragama yang memberi kelonggaran kepada masyarakat majmuk dalam negara ini untuk mengamal ajaran agama lain selain Islam sebagaimana yang telah termaktub di dalam perlembagaan negara dimana membenarkan agama lain untuk diamal oleh penganut masing-masing dan bukan bermakna mereka ini boleh menyebar ajaran Kristian kepada masyarakat Melayu dan Islam yang jelas sudah punya pegangan agama sejak mereka dilahirkan.

Perbuatan melampau oleh sebilangan puak-puak dalam Protestant yang mengambil kesempatan daripada kesusahan sesetengah kecil orang-orang Islam iaitu disaat mereka berdepan dengan kesulitan hidup adalah satu perbuatan yang sama sekali tidak boleh dipandang ringan oleh pihak kerajaan malahan pihak Kristian itu sendiri juga yang sepatutnya bertindak secara kolektif tanpa perlu mengira perbezaan mazhab tertentu bagi menghalang kegiatan yang bercanggah dengan perlembagaan negara serta perbuatan yang tidak sihat oleh sesetengah pihak dalam Kristian apabila mereka berusaha untuk merosak akidah orang-orang Islam dengan menarik mereka ke dalam kepercayaan agama Al-Maseh itu.

Apa-apapun kita sangat berharap walaupun isu ini nampaknya kembali meledak setelah beberapa ketika tenggelam, namun apa yang pasti ialah kita harap ianya dapat di atasi melalui semangat saling bertolak-ansur, saling hormat-menghormati serta saling memahami bahawa setiap apa yang kita lakukan hendaklah berada di atas landasan yang betul dan tidak boleh melangkaui batas-batas sehingga melanggar hak-hak serta agama pihak lain. Duduk di Malaysia ini, orang-orang Kristian tanpa mengira mazhabnya serta orang-orang Buddha begitu juga dengan orang-orang Hindu mesti tahu had masing-masing dalam negara ini dan semua apa yang kita lakukan harus ditentukan oleh batasan-batasan agar apa yang dilakukan tidak akan tersasar sehingga memudaratkan pihak lain serta pihak kita sendiri juga dikemudian hari...

Sabtu, Ogos 06, 2011

Majlis makan malam: JAIS vs Protestant dan tiada kaitan dengan Katholik !

Ada kekeliruan nampaknya timbul berikutan dengan isu kehadiran pihak JAIS dan Polis ke sebuah gereja mazhab Protestean aliran Methodist di Damansara Utama Selangor pada malam Rabu 3 Ogos lalu. Masih ramai rakyat Malaysia belum tahu bahawa Roman Katholik dengan mazhab-mazhab didalam Protestant sebenar ada berbeza iaitu tidak sama. Lihat apa yang berlaku di Ireland Utara.

The Malaysian Insider dalam laporannya telah mengaitkan nama Vatican apabila mereka menyatakan "serbuan" berlaku setelah dua minggu Putrajaya menjalinkan hubungan dengan Vatican iaitu pertemuan bersejarah antara Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib dengan Pope Benedict XVI di Vatican City bulan Julai lalu.

Dalam laporan The Malaysian Insider juga mereka kata "JAIS dan Polis" telah "menyerbu" Gereja Methodist di Damansara Utama. Adalah menjadi satu tanggungjawab kepada pihak JAIS untuk hadir serta membuat pemeriksaan ke atas umat Islam yang hadir ditempat yang tidak sepatutnya mereka berada melainkan kalaulah orang-orang Islam itu berada di Surau, Masjid ataupun di Madrasah.

The Malaysian Insider dalam kebanyakkan laporan mereka hanya suka buat tangkap muat tanpa memahami fakta-faktanya terlebih dulu. Buat kerja tidak secara profesional. The Malaysian Insider harus dan wajib tahu bahawa Pope Benedict XVI adalah pemimpin Katholik seluruh dunia dan bukannya ketua kepada seluruh orang-orang Kristian dari mazhab-mazhab lain seperti dalam Pakatan Protestant.

Jadi tidak ada gunanya untuk The Malaysian Insider cuba mengaitkan lawatan Perdana Menteri Ke Vatican baru-baru ini dengan isu JAIS dengan puak-puak Protestant di Selangor...

Jumaat, Ogos 05, 2011

Kes liwat II: Anwar berharap akan berlaku keajaiban kiranya PM & Isteri berjaya diheret ke mahkamah

Kerana mengharapkan sesuatu keajaiban akan berlaku sekiranya beliau berjaya mengheret Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan serta Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Yusof ke Mahkamah sebagai sebahagian saksi untuk kes liwat keduanya, maka itulah yang saya nampak kenapa Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim begitu beriya-iya sekali memohon kepada mahkamah supaya mereka yang berkenaan dipanggil sebagai saksi pada perbicaraan itu kelak.

Selain itu juga, Anwar Ibrahim sangat mengharapkan agar akan ada hikmah berlaku disebalik kemunculan Perdana Menteri dan Isteri di mahkamah dan tentu sekali Ketua Pembangkang itu juga turut berharap dengan kehadiran Datuk Seri Najib ke mahkamah akan memberi rahmat kepada dirinya yang memang sangat memerlukan sentuhan ajaib seorang pemimpin negara dengan seribu harapan agar beliau terlepas dari tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya tiga tahun yang lalu.

Begitu juga dengan dua nama iaitu bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan juga Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan, perkiraan Anwar apabila mereka ini berjaya dipanggil untuk dijadikan sebagai saksi bagi kes liwat ke-2nya itu, ini bermakna beliau telah berjaya menambah lagi tekanan baru kepada mahkamah yang selama ini nampaknya sentiasa berada dalam keadaan bertahan sahaja apabila berpuluh-puluh kali terpaksa juga tunduk kepada permohonan demi permohonan  menangguh perbicaraan seperti lazim yang dikemukakan oleh pihak peguam bela Anwar Ibrahim kepada Hakim.

Kesimpulannya ialah Anwar Ibrahim mahu melepaskan diri beliau dari terus di belenggu kes liwat itu biar dengan cara apa sekalipun dan walaupun terpaksa melibatkan pihak yang tidak ada kena mengena dengan kes liwat II yang sedang dihadapinya ketika ini namun Anwar mungkin telah melihat kepada potensi mereka-mereka yang dipikir beliau boleh menyumbang faedah kepada beliau sendiri dan juga boleh mempengaruhi pihak Mahkamah dalam menentukan keputusan, agaknya itulah sebab mengapa beliau tetap mahu memilih YAB Datuk Seri Mohd Najib dan Isteri Datin Seri Rosmah serta Tan Sri Musa Hassan, Datuk Mohd Rodhwan sebagai saksi.

Khamis, Ogos 04, 2011

Saluran tersumbat: Kelantan & Kedah berdepan masalah serupa...


 Nik Aziz nafi hidap kanser tapi akui ada masalah jantung

KOTA BHARU 3 Ogos 2011 - Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat menafikan beliau mengidap penyakit kanser seperti yang dilaporkan dalam sebuah portal berita, tetapi mengesahkan yang beliau kini menghadapi masalah saluran jantung tersumbat yang membatasi pergerakan hariannya.

"Kesihatan saya tak ada apa. Dakwaan itu tak betul... mengarut saja. Saya hanya (hadapi masalah) ada tiga saluran jantung yang tersumbat," Datuk Nik Aziz - Utusan Malaysia

Azizan akan jalani prosedur buka saluran tersumbat

ALOR SETAR 3 Ogos 2011 - Kesihatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kini semakin stabil dan beliau akan menjalani prosedur "angioplasty."

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kedah, Dr Ismail Salleh berkata, selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Jumaat lepas, Azizan telah menjalani prosedur angiogram untuk mengesan saluran yang bermasalah.

"Ada satu saluran tersumbat, beberapa prosedur dan pemeriksaan perlu dilakukan ke atas Datuk Seri Azizan sebelum angioplasty dilakukan dan saya rasa mungkin sebulan lagi baru boleh buat "correction" (pembetulan saluran yang tersumbat) itu,"  Dr Ismail Salleh - Utusan Malaysia

ULASAN;
Nampak gayanya pihak Barisan Nasional perlu bersedia lebih awal untuk membaik-pulih saluran-saluran yang didapati telah tersumbat itu dan perlunya untuk memastikan agar rakyat tidak terus menjadi mangsa kepada masalah banjir apabila saluran yang tersumbat dikenal pasti telah menjadi punca penyebab air yang bertakung dan tidak dapat dilepaskan...

Rabu, Ogos 03, 2011

Apabila Ulama Terompah berbicara tentang sampah...

KOTA BHARU 3 Ogos 2011 - Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan cabaran dibuat oleh Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim sebagai "sampah."

"Dia tak kenal saya, saya tak kenal dia, orang yang lompat macam ini seperti sampah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Nik Aziz berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zahrain, yang mencabarnya supaya membuat kenyataan terbuka menafikan pertemuannya dengan Tengku Razaleigh Hamzah berhubung isu mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang itu menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang - Utusan Malaysia

KOTA BHARU 3 Mac 2010 - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan langkah tiga Ahli Parlimen PKR keluar daripada parti itu mengkhianati amanah rakyat.

"Saya nasihatkan mereka ini letak jawatan dan bertanding semula, demi maruah dan agama kerana mereka telah mengkhianati amanah yang diberikan rakyat.

"Jangan fikir senang, manusia walaupun gagah ada masanya dia akan lemah. Rakyat memberi undi kepada parti, mereka mengkhianati amanah yang diberi," kata Datuk Nik Aziz - Utusan Malaysia

KOTA BHARU 25 January 2009 - Penyertaan ADUN Bota Perak, Datuk Nasharuddin Hashim ke dalam PKR membuktikan fitnah dan hasutan UMNO terhadap Pakatan Pembangkang selama ini untuk meraih sokongan rakyat akhirnya menikam diri.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga menyifatkan "penghijrahan" ADUN Bota itu sebagai hukuman terhadap pemimpin UMNO yang mengecam Menteri Besar Datuk Seri Mohd Nizar selama ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyertaan Nasharuddin yang menyertai PKR sambil mengucapkan tahniah di atas tindakan itu.

"Sekiranya sebelum ini angin perubahan telah berlaku kepada rakyat sehingga BN kalah teruk dalam PRU lalu, namun perkara yang sama berjangkit dikalangan ADUN.

"Perkembangan ini amat membanggakan kita dan sewajarnya kita perlu bersyukur kepada Allah diatas kurniaan yang amat besar ini," ujarnya lagi.

KOTA BHARU 16 September 2008 - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berpendapat, tidak menjadi kesalahan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional lompat parti.

Katanya, apa yang dilakukan Anwar Ibrahim adalah selaras dengan kehendak demokrasi, mengikut peruntukan undang-undang dan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.

"Kalau Anwar tidak buat macam tu, nak buat macam mana lagi, sementara menunggu pilihanraya, buat macam ini dulu.

"Dalam pilihan raya, jika berlaku penipuan dan rasuah, tidak akan ada perubahan kuasa itu," kata Datuk Nik Aziz - Utusa Malaysia

Antara pandangan Datuk Nik Aziz Nik Mat tentang satu perkara yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan.

Selasa, Ogos 02, 2011

Akibat tekanan dari DAP, MB Kedah terus dapat tekanan darah tinggi !!!

Oleh kerana terlalu kecewa dengan dengan sikap bongkak dan angkuh DAP yang menolak mentah-mentah cadangannya sebelum ini untuk menutup sementara 13 jenis pusat hiburan di negeri Kedah sempena dengan bulan Ramadhan, Menteri Besarnya YAB Datuk Seri Azizan Abdul Razak kini telah dimasukkan ke Insitut Jantung Negara (IJN) ekoran serangan darah tinggi yang menyebabkan saluran tertentu yang menyalurkan darah ke bahagian jantungnya tersumbat.

Kekecewaan Datuk Seri Azizan bukan saja setakat disebabkan oleh tekanan berterusan daripada DAP malahan kecewa dengan sikap Pengerusi parti perkauman itu iaitu Karpal Singh yang sebelum ini menjadi kebanggaan Mursyidul Am PAS sebagai orang DAP yang sudah memahami Islam atau dalam ertikata lainnya bahawa PAS sudahpun berjaya memberi kefahaman kepada DAP apa itu Islam. Tapi nampaknya DAP memang tidak boleh dijinakkan dengan apa jua umpan oleh Datuk Nik Aziz apabila DAP telah bertegas mahu agar PAS Kedah menarik balik segala larangan berkenaan.

Juga yang berkongsi kekecewaan yang sama adalah ramai pemimpin-pemimpin bawahan PAS, ahli-ahli PAS termasuklah Timbalan Mursyidul Am PAS iaitu Datuk Dr Haron Din yang kini juga ditempatkan di pusat perubatan yang sama apabila telah didapati mengalami kompilkasi di bahagian jantung akibat tekanan darah yang tidak stabil setelah menanggung kekecewaan yang sangat melampau ekoran keangkuhan sikap DAP itu.

Isnin, Ogos 01, 2011

DS Azizan & Datuk Dr Harun mangsa konspirasi terbaru UMNO/BN ?

Foto dari blog Bro Jinggo/Politik Harian


Foto dari blog Bro Jinggo/Politik Harian
Melihat kepada dua gambar ini, teringatlah pula dengan tuduhan melulu yang memang sinonim dengan pihak pembangkang apabila ianya seperti sudah menjadi satu kebiasaan bagi menyerang pihak lawan serta seolah ia seperti satu permainan didalam politik puak-puak Pakatan Haram DAP, PAS dan PKR.

Biasanya, jikalau ada satu-satu perkara yang tidak menguntungkan pihak mereka, tidak pernah sama sekali kita melihat puak-pak Pakatan Haram hendak menerima hakikat secara terbuka melainkan mereka lebih suka menyalahkan pihak lain yang bertanggungjawab ke atas apa jua masalah yang sedang menimpa mereka.

Gambar menunjukkan Menteri Besar Kedah Darul Aman YAB Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang dimasukkan ke dalam Institut Jantung Negara (IJN) akibat komplikasi jantung serta serangan darah tinggi. Harap kedua mereka akan segera sembuh dan kembali bertugas seperti biasa !

Salam Ramadhan & Selamat berpuasa !

Kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia dan juga saudara seagama di seluruh Indonesia, di Negara Brunei Darussalam selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak 1432 Hijiriah dan selamat menjalani ibadah puasa, semoga segala amalan yang mulia serta amal ibadah kalian semua akan diterima dan diberkati olehNya. Amin!

Ahad, Julai 31, 2011

Ambiga, manusia yg paling kebal & bebas disisi undang-undang Malaysia !!!


Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ybhg Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin menegaskan walaupun Malaysia sudah mencapai kemerdekaan lebih daripada 50 tahun, namun rakyat negara ini masih dikongkong oleh sistem pentadbiran sedia ada.

"Kita sudah merdeka tapi kita tidak mendapat kebebasan sebab itu kita cuba untuk mendapatkan (kebebasan dan keluar daripada kongkongan ini.

"Empat tuntutan BERSHIT 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) iaitu membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, guna dakwat kekal dan akses media yang bebas dan adil adalah isu pokok yang belum dapat diselesaikan.

"Apa yang saya dapat simpulkan, adalah kita masih cuba untuk mendapatkan kebebasan. Adakah kebebasan ini semakin sempit atau ruang-ruang ini sudah tiada?

"Kita juga masih mencari kebebasan tak kira apa isunya, adakah isu yang kita bangkit ini untuk kawasan bandar sahaja tapi untuk semua." - Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin
Saya kurang pasti sebenarnya samada Profesor UKM ini bercakap tentang zaman perang dunia pertama, perang dunia kedua ataupun beliau bercakap pasal waktu zaman penjajahan British ataupun pada zaman penaklukan tentera Jepun dulu, kerana apa yang beliau utarakan pada sessi debat antara Ambiga dan SPR sama seperti apa yang tertulis didalam sejarah negara iaitu sebelum pembentukan sebuah negara yang dikenali sebagai Malaysia.

Akan tetapi, sekiranya Profesor Datuk Dr Shamsul bercakap berkenaan tentang tiadanya kebebasan di Malaysia ketika ini, saya rasa Profesor UKM ini patut sekali balik semula ke sekolah rendah, belajar balik dari darjah satu berkenaan dengan sejarah hitam yang pernah dilalui oleh seluruh rakyat semasa penjajah memerintah, semasa zaman komunis, semasa zaman Jepun dan juga era di awal penubuhan negara Malaysia.

Kita tidak usah mengambil contoh lain, kita ambil saja Ambiga Sreenevasan sebagai contoh dan Profesor Dr Shamsul juga lihat saja muka Ambiga, tidak usah bercakap pasal yang lain. Profesor Dr Shamsul kata mereka sedang mencari kebebasan, tetapi Ambiga sudahpun lama dapat kebebasan. Ambiga bebas menderhaka kepada Yang Di Pertuan Agong. Ambiga bebas menganjurkan perhimpunan haram Bershit 2.0. Ambiga bebas bergerak kemana saja kecuali ke Sarawak. Ambiga bebas lagi berdebat dengan SPR seolah-olah dia tidak pernah buat onar dengan SPR sebelum ini.

Prof Dr Shamsul sendiri juga lama sudah dapat kebebasan dalam negara ini, A. Samad Said, Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Nik Aziz Nik Mat, Zuraida Kamaruddin, Tian Chua, Azmin Ali, Haji Abdul Hadi Awang, Ronnie Liu dan ramai lagi semua mereka dalam negara ini bebas bergerak kemana saja, bebas menyuarakan pendapat malah bebas serta sesuka hati mereka menabur fitnah tanpa sebarang tindakan tegas diambil oleh Kementerian Dalam Negeri.

Kalau kebebasan media juga dituntut, bukankah nampak jelas sekarang bahawa saluran berkenaan telah digunakan oleh hampir segenap lapisan masyarakat untuk menyuarakan pendapat serta pandangan mereka, digunakan untuk berhubung sesama mereka tanpa sebarang halangan walaupun batasannya ada namun biar kedapatan yang melanggar hanya akan dibiarkan saja bahkan dengan adanya kebebasan media di negara inilah yang menjadi punca kepada semakin tergugatnya perpaduan dikalangan berbagai kaum dalam negara ini

MyDaftar: jangan dah dewasa kelak jadi petualang negara macam Ambiga!!!


Penghujung minggu bekerja yang lalu telah berlangsung satu majlis penyerahan sijil berupa dokumen-dokumen khas kepada pemohon yang berjaya anjuran Kementerian Dalam Negeri dan juga Jabatan Pendaftaran Negara JPN.

Pada majlis yang berlangsung di Dewan Tun Dr. Ismail PWTC itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein telah menyerahkan 40 sijil kewarganegaraan, 30 sijil lahir dan 30 kad pengenalan diri kepada penerima kaum India.

Mereka adalah sebahagian daripada 9,539 pemohon di bawah program Mydaftar Masyarakat India yang berlangsung dari 19 hingga 26 February 2011 lepas iaitu juga merupakan program anjuran bersama KDN, JPN dan Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India (SITF) - sumber Bernama.

Kepada mereka yang telah berjaya mendapat sijil penting dan sangat berguna itu, selain rasa bersyukur dan berterimakasih kepada pihak yang memenuhi impian selama ini, apa yang perlu mereka lakukan untuk negara dan masyarakat Malaysia keseluruhannya selepas ini adalah jauh lebih daripada hanya sekadar bersyukur atau ucapan terimakasih kerana ianya perlu disusuli dengan tindakan dan bukan hanya diucap melalui kata-kata.

Kita bukan tidak biasa dengan segolongan masyarakat, selagi mereka belum mendapat apa yang mereka mahu, kalau tidak dengan cara berlembut, lembut gigi dari lidah pasti mereka akan gunakan cara kekerasan sehinggalah segala kemahuan mereka sudah dipenuhi oleh pihak kerajaan.

Kita juga tidak mahu melihat dan mendengar, apabila semua apa yang mereka mahu sudah diperolehi dan sudah berada didalam genggaman masing-masing kelak akan membuat mereka mudah serta cepat lupa diri. Bila dah kerajaan bagi muka janganlah pula dilempar dengan tuba. Hidup sebagai rakyat Malaysia harus ada semangat bertolak-ansur yang kekal dan teguh selain semangat kerjasama yang jitu.

Jangan jadi macam Ambiga Sreenevasan yang semakin lama sudah menjadi semakin liat, semakin kebal disisi undang-undang negara Malaysia.

Sabtu, Julai 30, 2011

"Saya tidak bersembunyi, cuma menyorok" - Shuhardi Md Isa

"Bukankah Polis lebih profesional dan tahu segala prosedur jika mahu seseorang itu memberi keterangan berhubung apa-apa kes? Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (Polis)," Shuhardi Md Isa

Pelakon yang membawa watak "hero mati" pada 9 Julai lalu iaitu Shuhardi Md Isa telah keluar dari persembunyiannya yang hampir memasuki minggu yang ke tiga.

Shuhardi kata dia tidak bersembunyi, tetapi kenapa sebaik saja pihak berkuasa meminta agar beliau memberi kerjasama dalam siasatan polis berkaitan dengan lakonannya dalam drama Bersih 9 Julai lepas, beliau tidak tampil memberi keterangan tapi sebaliknya beliau seolah-olah cuba mengelak padahal perkara berkenaan telahpun heboh seluruh Malaysia, oleh itu mana mungkin Shuhardi tidak perasan mengenainya.

Sudahlah mendakwa yang dia tidak bersembunyi, dia berlagak pula apabila menjemput pihak Polis agar datang bertandang ke rumah beliau sekiranya mahu dia memberi kerjasama dan ditambah pula dengan syarat dimana Shuhardi meletak syarat sekiranya pihak Polis mahu datang ke rumahnya wajiblah dengan penuh tertib serta bersopan-santun.

Maknanya, Shuhardi mahu pihak Polis ikut prosedur juga kalau mahu datang menemuinya di rumah. Buat temujanji terlebih dulu, tentukan tarikh pertemuan, haribulan sekian, jam sekian, minit sekian, tujuan apa semua mesti diiisi dalam borang terlebih dulu. Datang ke rumah jangan terus ketuk pintu tetapi berikan Salam 1Malaysia dan baru tanya Shuhardi ada tak di dalam rumah dan perkenalkan yang datang adalah Polis Di Raja Malaysia, baru pintu dibuka...

A. Samad Said salah masuk tandas, masuk tandas wanita !!!

"Jika suasana demokrasi negara tetap juga tidak berubah, saya sendiri menyarankan agar dimana sahaja Najib pergi, mesti ada sekumpulan anak muda yang berusaha hampiri dan sampaikan memo kepada," - Ambiga Samad Said via blog Dimensi by Jeffry Damien
Tiada sesiapapun hendak melarang kalau dia nak bersajak, lantaklah kalau dia mahu sampai ke pagi sekalipun atau bila-bila masa semua bergantung kepada keupayaan serta kemampuan dia untuk bersuara dan selama inipun asal saja isi sajaknya bukan bertujuan untuk menghasut rakyat, kerajaan tak pernahpun menyekat kebebasan untuk dia meluahkan perasaan melalui sajak-sajak yang dihasilkannya.

Lagi satu, yang dia menyibuk pasal mahu menyuruh sekumpulan anak muda mendekati Datuk Seri Najib walau dimana Perdana Menteri pergi semata-mata untuk menyampaikan memo, apakah orang tua nyanyuk tu tidak nampak bahawa setiap kali Datuk Seri Najib pergi ke setiap negeri pasti beliau akan mengadakan perjumpaan dengan rakan-rakan maya beliau seperti dari Facebook, twitter melalui "program mari bertemu mari berjumpa" yang rata-rata mereka terdiri daripada golongan anak muda dan juga remaja.

Lain kali Pak Samad, kalau nak buang air kecil, sebelum masuk tandas pastikan terlebih dulu duit syilling tu cukup dua puluh sen, dan pastikan juga jangan salah masuk pintu...sana ada tulis tandas lelaki dan sebelah lagi tandas wanita...tidak semua wanita berambut panjang dan tidak semua lelaki berambut pendek.

Jumaat, Julai 29, 2011

Penduduk Malaysia kini: lelaki ramai daripada wanita...

Greece love Malaysia
PUTRAJAYA 29 Julai - Malaysia kini mempunyai 28.3 juta penduduk dengan bilangan lelaki melebihi wanita, demikian menurut laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.

Penduduk lelaki kini adalah 14.56 juta orang dan wanita 13.77 juta orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamad Yaakop ketika mengumumkan laporan itu yang turut dihadiri Ketua Perangkaan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof. - Utusan Malaysia 29 Julai

ULASAN;
Dengan terdedahnya data-data terkini mengenai pecahan penduduk Malaysia mengikut gender maka semakin terancamlah nampaknya nasib masa depan golongan kaum hawa nih. Saingan dalam berbagai perkara terus menghatui kaum wanita di negara ini apabila tempat mereka sudah semakin banyak diisi oleh golongan yang berlawanan jantina dengan mereka.


Kalaulah Pakatan Haram ditakdirkan untuk memerintah Malaysia, tentu sekali banyak jawatan kosong akan wujud, diwujudkan dan juga sengaja diwujudkan bagi golongan lelaki untuk mengisi jawatan-jawatan tertentu seperti untuk tugas "pembancuh kopi", "pembantu khas", "setiausaha politik" dan sebagainya mengikut budi bicara pemimpin tertinggi mereka.

Nik Aziz masuk hospital lagi, ada jangkitan kuman pada lidahnya !!!

KOTA BHARU 27 Julai - Musyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat mengubah semula pendiriannya berhubung penggunaan kaedah biometrik dalam sistem pilihanraya.

Jika sebelm ini beliau bersetuju dengan penggunaan kaedah itu, tetapi selepas itu Menteri Besar Kelantan itu berkatan, sistem berkenaan amat meragukan.

Katanya, sokongan beliau terhadap kaedah biometrik sebelum ini dibuat dengan "bersyarat" bukannya sokongan secara langsung seperti dilaporkan akhbar.

Sejak dari awal, jelasnya, beliau menolak perkara meragukan dan berpendapat adalah baik kaedah dakwat digunakan.

"Kebetulan sebelumnya ada kenyataan keluar di Selangor tentang 17,000 pengundi yang bertindih dan 500 daripada senarai nama itu sudah diserahkan kepada SPR.


"Ini membuktikan pendaftaran pemilih memang meragukan, bukan setakat meragukan bahkan salah, jadi kepada sesiapa yang tidak mahu kepada Bersih inilah dia, kotor," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mingguan Exco kerajaan negeri. Selanjutnya disini 

Khamis, Julai 28, 2011

Pengebom berani mati meluru ke arah PM di KL Sentral semalam...

Tiba-tiba saja pengebom berani mati itu meluru ke arah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang hadhir untuk melancarkan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan di KL Sentral semalam, namun secepat kilat berjaya dihalang oleh pengawal peribadi serta oleh Polis pengiring PM.


Pengebom berani mati berkenaan masih lagi berdegil dan mahu terus menghampiri PM manakala pihak Polis juga tetap enggan menurut kemahuan pengebom berani itu yang penuh sarat dengan bahan letupan dibadannya.


Kerana impak bahan letupan yang diikat serta dililit pada tubuh pengebom berani mati itu yang beratnya mencecah sehingga 50 kilogram menyebabkan beliau hampir tumbang dan rebah ke arah belakang.


Pengebom berani mati berkenaan terpaksa membongkokkan badannya bagi mengimbangi berat bahan letupan yang dibawanya dalam bakul yang dipikul sebelah belakang selain banyak lagi yang dililit beliau pada seluruh tubuhnya sehinggakan nampak dia seperti terlalu gemuk dan sangat gempal.


Apakah puak-puak Pakatan Haram mahu kejadian yang pernah terjadi ke atas pemimpin-pemimpin utama negara seperti di India, Pakistan, Amerika Syarikat turut juga berlaku terhadap pemimpin di negara ini. Di Amerika Syarikat pernah berlaku kejadian dimana bekas Presiden Ronal Reegan yang kena tembak oleh rakyat sendiri.

Di Mesir pula berlaku kejadian serupa apabila Presiden Mesir Anwar Shadat ketika itu iaitu sebelum Hosni Mubarak telah ditembak oleh rakyatnya sendiri sewaktu masih berada diatas pentas. Dan begitu juga di Israel apabila Perdana Menteri Yitzhak Rabin menemui ajalnya setelah ditembak ketika berada di atas pentas dari jarak dekat juga oleh rakyat Israel sendiri.

Di India telah dua kali tragedi pembunuhan membabitkan pemimpin negara telah berlaku akibat kawalan keselamatan yang lemah apabila bekas Perdana Menteri India iaitu Puan Indera Gandhi ditembak dan beberapa tahun selepas itu anak lelaki beliau Rajiv Gandhi yang mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri juga turut menjadi mangsa pembunuhan rakyatnya sendiri.

Begitu juga dengan peristiwa pembunuhan pemimpin negara turut berlaku di Pakistan apabila tiga bekas pemimpin Pakistan iaitu bekas Perdana Menteri Ali Bhuto, bekas Presiden Zia Ulhaq, bekas Perdana Menteri Benazir Bhuto yang maut ditangan rakyat Pakistan sendiri.

Oleh itu, sebelum apa-apa berlaku adalah lebih baik sebarang usaha dipertingkatkan agar keselamatan pemimpin utama negara kita sentiasa terjamin dan kita tidak mahu sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap pemimpin dalam negara kita sepertimana yang telah berlaku ke atas para pemimpin di negara luar.

Dengan tindakan pantas pihak polis itu telah berjaya mengawalkan keadaan. Syabas dan tahniah di atas kecekapan pihak Polis itu...

Rabu, Julai 27, 2011

Biometrik: PAS yang kuno & kolot dan bukannya rakyat Sarawak !!!

"Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi Pas," - DS Hj Abdul Hadi Awang, Presiden Pas, 11 Julai 2009.

Sistem biometrik sebenarnya agak lama juga telah dipraktik serta digunakan di Sarawak oleh sebahagian besar syarikat-syarikat hiliran yang memajukan perusahaan berasaskan kayu-kayan seperti di kilang plywood, veneer, laminated bagi menggantikan penggunaan "punch-card" dikalangan para pekerja masing-masing.
Mereka yang bekerja dengan syarikat-syarikat besar di Sarawak yang bersumberkan bahan mentah untuk menghasilkan papan lapis dan berbagai produk berasaskan kayu selain daripada perkerja-pekerja asing dari Indonesia juga adalah terdiri daripada rakyat Sarawak sendiri yang datang dari pelbagai kaum dan budaya.

Jika sebelum ini hampir kebanyakkan daripada syarikat-syarikat swasta yang tertentu di Sarawak menggunakan "punch-card" untuk merekod kehadiran para pekerja ke tempat kerja masing-masing dan punch card perlu didaftar sebanyak empat kali sehari iaitu sebelah pagi waktu mendaftar masuk kerja, tengah hari sewaktu mendaftar keluar rehat, tengah hari sekali lagi sewaktu mendaftar masuk selepas rehat dan akhir sekali pada sebelah petang untuk mendaftar keluar.

Namun penggunaan punch-card ini lama kelamaan disedari mampu untuk mendatangkan kerugian dari segi kos upah dipihak syarikat atau majikan yang membayar gaji setelah terdapat kes dimana ada pekerja yang menipu majikan apabila sanggup bersubahat dengan penjaga mesin pendaftar yang diamanahkan oleh pihak syarikat untuk menjaga kehadiran setiap pekerja yang datang mendaftar punch-card sebelum masuk bekerja.

Perbuatan sesetengah pekerja yang berani meminta penjaga mesin pendaftar punch-card supaya membantu mereka mendaftar punch-card milik mereka sekiranya mereka lambat masuk ataupun ponteng dari tugasan. Dan perkara ini terjadi apabila penjaga mesin pendaftar punch-card mahu pula melakukannya setelah dijanjikan dengan sejumlah imbuhan oleh pemilik punch-card atau pekerja tersebut asalkan saja gaji dia tidak dipotong majikan pada hari yang berkenaan.

Inilah antara sebabnya mengapa sudah terdapat syarikat-syarikat tertentu di Sarawak ini sejak beberapa tahun yang lalu telah mengambil langkah yang selamat apabila menukar penggunaan sistem punch-card sebelumnya kepada sistem biometrik kini bagi mengelak syarikat dari terus mengalami kerugian akibat daripada perbuatan para pekerja sendiri yang khianat serta tidak produktif malah perbuatan seumpama itu boleh menjejaskan operasi syarikat jika ianya dibiarkan berterusan.

Dan apabila sistem biometrik diperkenalkan dan seterusnya digunakan oleh syarikat-syarikat ini, risiko untuk ditipu oleh pekerja sendiri adalah selamat sebab adalah sesuatu yang sangat mustahil bagi para pekerja yang suka ponteng dari tugas untuk memanipulasikan sistem biometrik yang baru berbanding semasa masih menggunakan kaedah punch-card sebelumnya kerana jika tanpa pekerja itu sendiri yang datang untuk melakukan "thumb-print" bagi mengesahkan kehadirannya, maka mesin pendaftar juga tidak akan dapat membaca apa juga data yang berkaitan dengan pekerja berkenaan.

Cumanya disini saya hendak katakan bahawa sistem biometrik yang telah diperkenalkan dibeberapa buah syarikat utama dalam Sarawak adalah sangat baik untuk pihak syarikat dan juga amat berguna kepada para pekerja itu sendiri dan ramai pekerja-pekerja yang berasal dari daerah pendalaman di Bumi Kenyalang ini yang masih dianggap sebagai "tidak reti undi, kerana masih pakai cawat" oleh Presiden PAS sebenarnya sudah lama didedahkan kepada sistem baru ini dan sudah biasa menggunakannya sejak beberapa tahun yang lalu serta mendapati bahawa sistem biometrik ini adalah satu sistem yang sangat sukar sekali untuk dimanipulasi atau untuk tujuan menipu.

Kerana tidak faham, Profanwar PAS sebulat suara tolak sistem biometrik



"Kita telah bincang cadangan itu(biometrik) dan kalau ikut kronologi biometrik merupakan cadangan Perdana Menteri yang diterima SPR, kami berpendapat penggunaan sistem tersebut tidak dapat menyelesaikan pengundian dua kali atau lebih.

"Kami(PAS) menolak biometrik dan keputusan untuk menolak penggunaan sistem tersebut telah dibuat hasil perbincangan pada mesyuarat khas kami (Mat Syabu, Mahfuz Omar, Salehuddin Ayob dan Mustafa Ali) hari ini." - Datuk Husam Musa 
 Kalau dah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz yang sudah tua dan telah lanjut usianya begitu masih boleh menerima cadangan SPR mengenai Sistem Biometrik, kenapa pula mereka yang dikategorikan sebagai golongan profesional dalam parti masih tetap mahu menolaknya. Pelik sungguh, macam terbalik pula.

Tambah pelik, apabila pemimpin yang telah ditafsirkan sebagai golongan profesional yang bermakna mereka adalah yang terpelajar, berpendidikan tinggi, sudah tentu faham tentang teknologi terkini serta kegunaannya serta tahu bagaimana memanfaatkanya selain punya ilmu didada yang berkoyan-koyan tetapi tetapi mengapa juga tetap enggan menerima sesuatu yang baru?

Selasa, Julai 26, 2011

Pemimpin dalam Pakatan ramai tidak faham apa itu sistem biometrik...!!!


Kebanyakkan pemimpin dalam Pakatan Haram PKR, DAP dan PAS yang menolak penggunaan sistem biometrik yang akan diperkenalkan oleh pihak SPR dan akan digunakan ke atas semua pengundi pada PRU-13 nanti adalah mereka-mereka yang sudah berusia lanjut atau dalam istilah paling mesra iaitu pemimpin warga emas sebab kebanyakkan umur mereka telah rata-rata melebihi 60 tahun ke atas.

Tidak seperti pemimpin yang ada di dalam Barisan Nasional, walaupun ada diantara mereka itu telah mencapai umur yang melebihi 60 tahun ke atas namun kalau berkenaan sesuatu yang baru mereka akan lebih cepat memahami serta menerimanya dengan baik berbeza dengan pemimpin-pemimpin tua yang ada dalam Pakatan Haram, mereka memang sangat sukar sekali untuk menerima sebarang pembaharuan malah lebih suka kepada benda-benda yang lama dan usang.

Berhubung dengan cadangan SPR yang sudahpun diterima baik oleh pihak kerajaan iaitu penggunaan sistem biometrik menggantikan cadangan sebelum ini iaitu penggunaan dakwat kekal ke atas para pengundi bukan saja ditentang oleh pemimpin tua dalam Pakatan Haram malahan pemimpin muda dikalangan mereka juga ikut sama membantah penggunaan sistem biometrik oleh SPR itu nanti. Kita tidak tahu apa lagi yang pihak-pihak dalam Pakatan Haram itu tidak faham mengenai kebaikan serta kelebihan sistem biometrik jika dibandingkan dengan dakwat kekal.

Dalam perkara seperti ini adalah sangat diharapkan agar Kementerian Penerangan Malaysia yang diterajui oleh YB Datuk Seri Rais Yatim dapat kiranya memberi penerangan yang kerap kepada orang ramai mengenai sistem biometrik yang dipertikaikan keberkesanannyaoleh pihak-pihak tertentu dan sebagai sebuah kementerian yang bertanggungjawab dalam menerangkan sesuatu perkara yang menjadi kemusykilan kepada masyarakat ramai adalah lebih tepat bagi pihak kementerian berkenaan mengambilalih peranan dengan memberi gambaran lebih jelas dan terpeinci mengenai sistem biometrik berkenaan serta fungsi-fungsinya.

Kepada mereka yang sering berurusan dengan mana-mana agensi atau jabatan kerajaan mahupun swasta yang ada menyediakan sistem tersebut seperti Sekolah atau Institut Memandu JPJ, bank-bank dan sebagainya tentu sekali mereka sudah terbiasa dengan kegunaan sistem berkenaan dan sudah faham bahawa sistem biometrik nyata mempercepatkan urusan dengan hanya perlu menggunakan MyKad serta menekap ibu jari di mesin pengimbas yang akan membaca serta merekodkan data-data peribadi yang lengkap dalam tempoh hanya beberapa saat sahaja.

Peliwat makin kejam, lepas diliwat kemaluan mangsa turut diragut !

AMMAN 26 Julai - Seorang lelaki Jordan mengaku membunuh seorang pemuda yang dipercayai kekasih isterinya dengan memotong kemaluan mangsa, kemudian meletakkannya di dalam beg sebelum diserahkan kepada polis, hari ini.

Menurut polis, suspek, 35, melakukan kejadian itu disebuah bilik hotel di Amman dengan memberi alasan dia mahu menyelesaikan konflik dengan isterinya secara aman.

Sebelum memotong kemaluan mangsa, suspek terlebih dahulu mengikat dan meliwatnya, kemudian menyerah diri kepada polis pada hari yang sama - (AFP) Utusan Malaysia 

ULASAN;
Mudah saja alasan diberi suspek, ini sikit macam kes di Malaysia. Cuma bezanya pelaku di Malaysia belum sampai ke tahap membunuh walaupun pada hakikatnya adalah serupa kerana ianya juga seolah-olah telah membunuh masa depan kesemua mangsa-mangsanya...

Arkib Blog