Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Januari 14, 2010

Utamakan keselamatan diri, orang lain dan negara...

Dulu berbaring diatas jalanraya dihadapan kenderaan yang sedang bergerak. Ini adalah satu perbuatan yang sangat merbahaya dan boleh mengundang maut. Andaikata kenderaan tersebut breknya tiba-tiba gagal berfungsi, apakah agaknya yang akan berlaku...

Namun, oleh kerana berkat doa yang dilakukan maka kejadian yang tidak diingini seperti bala dapat dihindari...

Selain itu, sebelum memandu kita juga harus periksa semua keadaan kenderaan yang akan kita bawa adakah ianya berada dalam keadaan yang selamat untuk dipandu dan yang penting sekali semasa memandu haruslah patuh kepada peraturan jalanraya dan memandu mengikut had laju yang ditetapkan... dan yang paling mustahak, janganlah memandu kenderaan ketika diri masih dalam keadaan yang sedang mabuk...

...dan jika kita gagal untuk mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ), maka beginilah jadinya. Hati-hati dijalaraya, utamakan keselamatan anda dan orang lain juga. Pandu cermat jiwa selamat !

Salah menyebar ajaran Kristian kepada umat Islam...

Saya selalu teringat akan satu pesanan yang pernah dibuat oleh seorang Paderi yang paling lama berkhidmat memimpin masyarakat Roman Katolik di Bahagian Mukah serta sekitar Daerah Dalat Sarawak suatu ketika dulu iaitu Rev. Father Henry Vollenberg seorang warga Belanda.

Antara pesanan beliau yang sentiasa saya ingat hingga ke hari ini ialah "jangan sesekali menyebar atau cuba mengembang ajaran agama Kristian kepada orang yang beragama Islam" ...menurut beliau lagi "adalah salah berbuat sedemikian dan ianya jelas melanggar undang-undang negara(Perlembagaan)" dan beliau juga sering mengingatkan semua penganut Katolik dibawah seliaan beliau agar sentiasa patuh dan hormat kepada pemimpin negeri Sarawak serta Malaysia keseluruhannya.

Rev. Father Henry jujur dengan kata-kata beliau apabila saya sering melihat beliau selalu hadir pada mana-mana majlis yang di rasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak YAB Tan Sri Hj. Abdul Taib Mahmud sekitar Bahagian Mukah walaupun ianya merupakan hanya satu perjumpaan antara rakyat dengan pemimpin politik yang tidak melibatkan kepentingan agama namun beliau tetap hadir sebagai tanda hormat kepada pemimpin negeri.

Tetapi keadaan seperti itu tidak lagi berlaku selepas Father Henry kembali ke negara asalnya di Belanda dan hubungan antara pemimpin Gereja Katolik pemimpin Kerajaan Negeri mulai dingin dan terus tidak mesra setelah tugas beliau diambil-alih oleh Paderi-paderi yang berasal dari Semenanjung Malaysia. Perkembangan ini telah menyebabkan Ahli Parlimen Mukah iaitu YB Datuk Sri Dr. Leo Micheal Toyad menjadi semakin tidak selesa dengan pihak Gereja sehingga membawa kepada keputusan beliau untuk meninggalkan agama Kristian dan memilih Islam sebagai pegangan hidup beliau yang baru.

Keadaan hubungan antara pihak Paderi dengan kerajaan di bawah kepimpinan Ketua Menteri menjadi semakin tidak baik malah lebih teruk apabila pada satu majlis pecah tanah untuk tapak Gereja St. John and Paul di Mukah telah di pulau oleh Paderi baru itu iaitu seorang Paderi yang berasal dari Semenanjung Malaysia. Mereka bukan saja tidak mahu menghadirkan diri malah pada ucapan di Missa Kudus hari Ahad selepas itu mereka telah mengambil sikap yang sangat bertentangan dengan ajaran Kristian sendiri dengan memperlekehkan orang Kristian yang hadir pada upacara tersebut termasuk YB Dr. Leo, Ketua Menteri Sarawak, Arch. Bishop Dominic Su serta seorang paderi anak watan Sarawak sendiri.

Malah dalam urusan Gereja yang melibatkan soal perbelanjaan atau peruntukkan Gereja mereka telah berani membelakangkan pandangan pihak Catholic Mission yang berpusat di Kuching Sarawak dengan terus berurusan sendiri dengan pihak Mission yang berada di negara Singapura. Dan inilah antara sebab yang telah menjejaskan hubungan bukan saja setakat antara Gereja dengan kerajaan negeri malah antara Gereja dengan Gereja tertentu juga. Namun apa yang saya dapat tahu kini bahawa hubungan antara Gereja di bahagian Mukah dengan pihak Kerajaan Negeri kembali mesra kembali setelah paderi tersebut ditukar ke tempat lain.

Oleh itu, berbekalkan kepada nasihat yang pernah diberikan oleh Rev. Father Henry itulah maka saya berani mengatakan bahawa dalam mana-mana ajaran Katolik tidak pernah merestui untuk pemimpinnya mengembangkan agama Kristian kepada orang Islam terutamanya kerana jika ini berlaku atau ada sesiapa yang ada usaha ke arah itu bermakna pihak-pihak ini harus dipertanggungjawabkan dan harus diambil tindakan sewajarnya oleh kerajaan. Walaupun perkara ini(menyebar ajaran Kristian dikalangan orang Islam) belum lagi pernah terjadi di Sarawak, namun semua pihak harus sedar akan apa yang kita hadapi jika ianya terjadi.

Rabu, Januari 13, 2010

Sedikit penjelasan berhubung artikel terbaru Yanggambi

Gambar diatas diambil dari blog rakan iaitu milik blogger Yanggambi. Terima kasih Yanggambi kerana telah menyiarkan gambar ini diblog anda. Adakah gambar ini menggambarkan perkara sebenar sebagaimana yang dijelaskan atau hanya sebagai hiasan semata namun semuanya walaupun perlukan jawapan tetapi saya tidak cuba untuk mempertikaikannya dan biarlah saja kita berteka-teki sesama kita mengenainya.

Sebenarnya saya sangat terkejut melihat pendedahan oleh saudara Yanggambi mengenai perkembangan yang terbaru membabitkan amalan yang dilakukan oleh pihak Protestant dalam Kristian yang jika menurut apa yang ditulis telah lama berlaku di negara jiran tetangga kita iaitu Indonesia sebuah negara yang paling ramai rakyatnya beragama Islam di dunia berbanding dengan negara lain.

Disini cuma saya nak menjelaskan sedikit bahawa apa yang telah dihuraikan oleh saudara Yanggambi berkenaan dengan amalan yang dilakukan oleh penganut Kristian di wilayah tertentu di Indonesia itu sesetengah daripadanya langsung tidak ada dalam ajaran Roman Katolik.

Namun apa yang dikatakan sebagai amalan atau ibadat yang melebih-lebih itu saya rasa adalah tidak elok untuk disentuh dalam keadaan yang sedang kita hadapi sekarang cuma apa yang saya harap agar semua pihak harus peka serta jujur dengan hakikat yang kita sendiri memang tahu. Semua tahu bahawa agama Kristian telah terlebih dulu ada sebelum agama Islam wujud dan orang Kristian sendiri juga memang tahu bahawa Roman Katolik adalah mazhab yang pertama dalam agama Kristian.

Jadi saya tidak mahu terlalu memperkatakan sangat benda-benda macam ini sebab ramai lagi orang diluar sana yang lebih arif dan tahu mengenainya. Dan saya sendiri juga selalu ingat bahawa tiada perkara lain yang lebih penting daripada kita mampu sekiranya untuk turut mempertahankan kedaulatan negara kita dari terus diancam oleh pihak luar dan juga amat penting bagi kita untuk terus memelihara keamanan negara serta menjaga nilai-nilai perpaduan kaum serta keharmonian beragama di Malaysia ini.

Mengenai amalan berpuasa itu ingin saya jelaskan bahawa amalan berpuasa selama 40 hari itu memang dituntut dalam ajaran Roman Katolik kepada penganutnya bagi memperingati kebangkitan Yesus Kristus dari alam kubur selepas 40 hari di salibkan.

Setiap hari Jumaat pula semua penganut Roman Katolik dituntut untuk tidak memakan sebarang daging bagi menghormati di mana hari penyaliban Yesus Kristus berlaku pada hari Jumaat.

Mengenai sembahyang yang menyerupai sembahyang 5 waktu bagi umat Islam yang dilakukan oleh penganut Kristian di Indonesia itu, sebenarnya perkara itu langsung tidak ada dalam ibadat yang diamalkan oleh Roman Katolik.

Dalam Roman Katolik selain Missa Kudus hari Ahad hanya ada sembahyang atau doa Rosary yang menggunakan rantai yang mengandungi 59 butir batu Rosary yang kegunaan punya fungsi tersendiri dan amalan ini kebiasaannya hanya dilakukan pada waktu malam. Doa adalah untuk 15 peristiwa penting dalam Kristian iaitu sejak dari Bonda Maria mengandung Yesus sehinggalah peristiwa-peristiwa yang seterusnya. Doa pada malam Isnin dan Khamis bagi 5 peristiwa gembira manakala doa pada malam Selasa dan Jumaat untuk 5 peristiwa sengsara dan doa pada malam Ahad, Rabu serta Sabtu untuk 5 peristiwa sempurna.

Oleh itu, untuk mengaitkan semua ajaran lain dengan apa yang sedang berlaku dalam negara kini selain daripada Katolik yang sekarang nyata telah terbabit secara langsung dengan pergolakkan hubungan antara agama di Malaysia yang berpunca daripada kedegilan pihak Herald Catholic untuk terus menggunakan kalimah ALLAH didalam majalah terbitan mereka, saya berpandangan adalah langkah yang tidak baik dan yang pasti ianya sedikitpun tidak akan membantu untuk mengendurkan ketegangan yang sedia ada malah mungkin akan mewujudkan masalah lain pula.

Dalam apa keadaan sekalipun, semua pihak harus peka dan berhati-hati dengan apa yang cuba disampaikan agar ianya kelak tidak menambah lagi kerisauan dan mungkin kelukaan hati tak kira pada sesiapapun juga dan sama-samalah kita menteneramkan keadaan ini demi apa yang kita inginkan iaitu apa yang disebut sebagai kedamaian, kemakmuran, keamanan, kesejahteraan untuk Malaysia.

Dalam isu ini kedua-dua pihak yang bertelagah hendaklah menyelesaikan segera punca perbalahan dan tidak perlu untuk mana-mana pihak menyentuh perkara lain seperti amalan dan sebagainya dalam agama masing-masing. Orang Kristian harus memahami serta menghormati orang Islam dan begitu juga sebaliknya. Kita harus saling hormat-menghormati dan kita mesti sedar bahawa kepelbagaian bangsa, agama dan budaya yang ada dalam negara kita itulah yang sebenarnya kekuatan bagi Malaysia maka jagalah ia sebaik-baiknya.

Selasa, Januari 12, 2010

Tahniah buat Datuk Dr. James Dawos atas perlantikkan dalam Kerajaan Malaysia

Esok 13hb. January 2010 hari Rabu akan memberi banyak makna dan juga akan menjadikannya sebagai satu hadiah tahun baru daripada Kerajaan Persekutuan khasnya kepada kaum Bidayuh di Sarawak apabila majlis angkat sumpah Ahli Parlimen Mambong YB Datuk Dr. James Dawos Mamit sebagai Timbalan Menteri Pelancongan akan berlangsung dihadapan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Tuanku Zainal Abidin di Istana Negara.

Kaum Bidayuh merupakan kaum keempat terbesar di Sarawak selepas Kaum Iban yang majoriti, diikuti kaum Cina dan yang ketiga adalah kaum Melayu. Kaum Melanau adalah kelima terbesar di Sarawak manakala kaum Kedayan yang sepertimana kaum Melayu mereka juga kesemuanya beragama Islam dan seterusnya adalah masyarakat dari golongan kaum Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut, Bisaya, Kiput, Berawan, Kajang, Lahanan, Kejaman, Saban, Tagal, Sekapan, Beketan, Beliun, Sebup, Ukit, Penan, Punan dan banyak lagi.

Jika sebelum ini kaum Bidayuh tiada mempunyai sebarang wakil didalam Kerajaan atau tiada lantikan dari kalangan masyarakat mereka dalam kabinet persekutuan maka kini mereka boleh merasa lega kerana sumbangan besar serta sokongan kuat mereka terhadap Kerajaan Barisan Nasional selama ini telah diiktiraf dan diterima sebagai satu penghargaan yang tidak boleh dinafikan.

Perlantikan YB Datuk Dr. James Dawos adalah bagi menggantikan tempat yang telah dikosongkan oleh YB Datuk Seri Abdul Rahman Sulaiman Abdul Taib yang telah meletakkan jawatan pada Disember tahun lepas atas alasan masalah peribadi. Semoga dengan perlantikan Datuk Dr. James Dawos ke jawatan itu sedikit sebanyak dapat diterima oleh kaum Bidayuh sebagai satu pengiktirafan tinggi oleh Kerajaan Barisan Nasional terhadap peranan mereka didalam proses pembangunan negeri Sarawak khasnya dan juga Malaysia amnya.

Kepada YB Datuk Dr. James, Syabas dan Tahniah buat YB. Selamat bertugas dan berikanlah yang terbaik kepada negara kita Malaysia dan berikanlah kerjasama yang padu kepada Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib dan TPM YAB Tan Sri Muhyiddin untuk membawa banyak lagi kemajuan kepada negara kita...

Soal Jawab tentang Gereja di TV3 malam ini, wajarkah?

Saya amat bimbang dengan langkah yang sedang diambil oleh pihak TV3 yang telah mengundang Menteri Keselamatan Dalam Negeri(KDN) YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sebagai tetamu mereka pada malam ini untuk program Soal Jawab jam 10.00 malam bagi mengupas isu yang sedang hangat ketika ini iaitu isu Gereja atau lebih tepat isu bantahan penganut Islam terhadap penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut agama Kristian di negara ini.

Alasan saya ialah seandainya nanti YB Datuk Seri Hisham gagal mengawal emosi beliau apabila diaju dengan soalan bertubi-tubi yang seolah-olah menekan atau memaksa oleh pengendali program tersebut jadi bagaimana kami boleh menerima penjelasan oleh Yang Berhormat Menteri mengenai perkara yang sedang berbangkit kini dengan baik dan terbuka.

Saya rasa adalah sangat tidak sesuai bagi pihak TV3 untuk menyiarkan siaran seumpama itu buat masa ini memandang kes ini separuh daripadanya sedang dalam proses di Mahkamah manakala separuh lagi sedang didalam siasatan pihak Polis dan yang selebihnya telah diambil kesempatan oleh pihak pemimpin politik terutamanya pembangkang untuk dijadikan modal mereka bagi mengelirukan lagi fikiran rakyat.

Oleh itu saya berharap sekiranya boleh agar pihak TV3 mengkaji semula program yang telah diatur terutamanya berkenaan dengan jemputan terhadap Datuk Seri Hisham itu samada ianya boleh ditunda kepada tarikh yang lain ataupun pada masa yang bersesuaian dan jangan diadakan pada waktu ini dimana tahap keharmonian dalam negara kita pada dasar pada masa ini tidak seharmoni dulu lagi.

Apa yang perlu dilakukan pada hemat saya ialah, semua pemimpin masyarakat, pemimpin politik tanpa mengira ideologi mereka harus bekerjasama untuk turun berjumpa dengan masyarakat umum bagi menjelaskan kedudukan sebenar perkembangan mengenai perkara yang sedang dihadapi negara sekarang ini. Mereka sepatutnya tidak boleh menerang atau menyentuh isu ini secara bersendirian tidak kira dalam mana-mana forum yang danjurkan sebagaimana yang akan dibuat oleh TV3 jam 10 malam nanti.

Sebenarnya saya sangat bimbang kerana siaran TV3 adalah pilihan utama rakyat di Sarawak dan juga di Sabah, dan jika mereka mengikuti siaran Soal Jawab itu nanti serta besar kemungkinan ada diantara mereka kurang jelas atau kurang faham dengan apa yang cuba dijelaskan oleh Datuk Seri Hisham maka sudah tentu timbul tanggapan lain pula tentang masalah itu daripada masyarakatdi sebelah Malaysia Timur ini tentang rakan-rakan mereka di tanah Semenanjung Malaysia.

Dalam mengejar keuntungan, maka sewajarnyalah juga bagi setiap pihak untuk turut sama sentiasa memelihara kemakmuran negara. Sekiranya negara sentiasa dalam keadaan yang tidak menentu, walau segagah manapun kita adalah tidak mustahil apabila segala pencapaian terdahulu yang kita perolehi akan turut musnah perlahan-lahan ataupun akan hancur dalam sekelip mata.

Saya dengan rasa rendah diri berharap sangat agar pihak TV3 dapat menimbang semula rancangan yang telah diatur itu terutama yang menyentuh isu antara agama demi untuk menjaga kepentingan semua pihak. Janganlah mengeruhkan lagi keadaan. Kepada rakan-rakan blogger dari BPN, AIDC serta blogger-blogger persendirian yang cintakan keamanan berilah respon segera tentang perkara ini kepada pihak TV3. Terima kasih.

Isnin, Januari 11, 2010

Keadaan di Bandaraya Miri adalah seperti biasa serta selamat...

Walaupun kejadian menyerang Gereja turut berlaku di Miri namun suasana harian di Bandaraya ini berjalan lancar dan tidak terganggu malah orang ramai berurusan seperti sediakala.

Apa yang agak menghairankan ada diantara penduduknya yang tidak tahu dengan insiden tersebut atau juga mungkin mereka tidak menjangka kejadian seumpama itu boleh berlaku di Miri. Saya rasa mungkin mereka tidak ambil pusing sangat dengan apa yang sedang berlaku sejak beberapa hari ini yang telah tercetus pada awalnya di Semenanjung Malaysia.

Apa yang saya dapati keadaan di Bandaraya Miri sejak dari awal sehingga ke petang keadaannya adalah seperti sediakala, tiada apa yang boleh dikatakan sebagai untuk mencemaskan orang ramai. Kelihatan juga kereta peronda polis serta kereta pegawai siasatan jenayah cawangan Miri keluar masuk melalui jalan kawasan Gereja The Parish of Good Shepherd di Lutong Miri.

Ketika melalui jalan kawasan berdekatan dengan Gereja Anglikan itu, saya sengaja memperlahankan kenderaan saya untuk membolehkan saya menjeling sambil memandu bagi membolehkan saya melihat keadaan Gereja tersebut. Saya terlihat kain kuning sebagai garisan polis dihadang disebelah hujung belakang Gereja yang telah dilempar dengan batu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kelihatan dari jauh cermin tandas serta cermin bilik belakang Gereja pecah.

Setelah melihat keadaan itu saya membuat kesimpulan sendiri mengenai kejadian itu. Ianya tidak ubah seperti yang selalu dilakukan oleh mereka-mereka yang suka memusnahkan harta benda awam yang disediakan oleh Majlis-majlis Bandaraya. Saya tidak terfikir bahawa kejadian itu ada kaitannya dengan apa yang sedang berlaku di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia ketika ini. Sebabnya ialah Gereja tersebut bukannya Gereja Katolik tetapi sebuah Gereja milik Protestant mazhab Anglikan.

Itu hanyalah andaian saya saja dan bukan bermaksud untuk mempengaruhi mana-mana pihak. Yang sangat penting ialah siasatan oleh pihak polis. Dan kepada para pelancong tempatan dan luar negara, keadaan di Bandaraya Miri adalah selamat dan jangan bimbang sebab pasukan keselamatan kita terutamanya Polis sentiasa bertanggungjawab dalam menjaga serta mengawal keadaan sekitar demi kesejahteraan orang ramai keseluruhannya.

Ahad, Januari 10, 2010

Kes Gereja di Miri, serahkan kepada Polis...

Untuk menjaminkan keselamatan negara serta keharmonian kaum dinegara ini supaya dapat terus terpelihara, maka adalah sangat diharapkan agar semua pihak boleh memberikan kerjasama yang jitu dan padu kepada pihak berkuasa seperti pasukan polis serta agensi yang telah diamanahkan dengan tugas-tugas tertentu untuk mengawal ketenteraman awam di negara ini.

Dengan kejadian terbaru yang berlaku terhadap Gereja God Shepherd di Lutong Miri Sarawak, walaupun saya merasa agak keberatan untuk menyentuh mengenainya memandangkan kita sebagai rakyat harus menghormati undang-undang iaitu tidak sesuai untuk membuat sebarang andaian tentang apa yang sedang berlaku kerana bimbang akan mengganggu siasatan pihak berkuasa.

Namun saya merasa perlu untuk menjelaskan serba sedikit sesuatu mengenainya walaupun bukan bekaitan dengan kejadian itu setelah mengambil kira pentingnya hubungan erat sebelum ini sesama masyarakat majmuk di Malaysia agar boleh untuk terus dilindungi.

Saya berkeyakinan bahawa kejadian itu bukanlah angkara mereka yang beragama Islam. Ini cumalah teori atau tafsiran saya. Harap maaf.

Hubungan mazhab-mazhab yang terdapat didalam agama Kristian sendiri selama ini juga bukanlah baik sangat. Mazhab Katolik sebagai mazhab yang tertua sering berdepan dengan suasana yang tidak menyelesakan daripada mazhab-mazhab yang terdapat didalam Protestant lainnya.

Apa yang pernah berlaku di negara barat terutamanya seperti di Ireland Utara selama berdekad-dekad lamanya yang menyaksikan perbalahan antara penganut mazhab Roman Katolik dengan aliran lain disana sebenarnya juga telah lama berlaku di Malaysia ini cuma orang yang bukan beragama Kristian saja yang tidak sedar mengenainya.

Saya harap semua pembaca akan memahami apa yang cuba saya sampaikan ini dan tidak perlu untuk saya menghuraikannya secara jelas. Saya harap kepada pihak yang dengan mudah terus menuding jari kepada pihak tertentu yang melakukan perkara khianat seperti itu supaya berhenti daripada suka menuduh tanpa bukti.

Cuma saya terfikir, mungkinkah ada pihak-pihak tertentu yang telah mengambil kesempatan serta peluang ketika krisis ini sedang berlaku ? Saya sangat berharap agar mereka yang bertanggungjawab dalam kejadian ini akan segera sedar bahawa apa yang telah mereka lakukan itu tidak akan membawa sebarang kebaikan melainkan kemusnahan dan kehancuran.

Sabtu, Januari 09, 2010

Setuju dengan cadangan YB Datuk Ibrahim Ali...

Saya sangat bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Presiden PERKASA yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas Kelantan, Yang Berhormat Datuk Paduka Ibrahim Ali mahu Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk mengadakan perjumpaan dengan Ketua Gereja Roman Katolik iaitu Pope Benedict XVI di Vatican City bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan penggunaan kalimah ALLAH oleh umat Kristian di negara ini.

Bagi saya, inilah antara jalan yang terbaik harus difikirkan oleh pemimpin-pemimpin Malaysia dalam mencari penyelesaian bagi kemelut yang sedang dihadapi antara masyarakat Kristian dengan Islam berkaitan dengan isu yang sedang berbangkit kini. Diharap pihak kerajaan dapat mempertimbang atau menerima dengan baik cadangan yang dicetuskan oleh YB Datuk Paduka Ibrahim Ali itu.

Jika dulu, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad ketika masih Perdana Menteri telah sudi untuk mengunjungi Pope John Paul II di negara Katolik itu walaupun Malaysia pada umumnya tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara tersebut, saya rasa tiada salahnya bagi pemimpin Malaysia sekarang untuk turut melawat Vatican lebih-lebih lagi apabila perkembangan yang berlaku sekarang memerlukan kerajaan Malaysia untuk bertukar-tukar pandangan serta pendapat dengan pemimpin-pemimpin Gereja Katolik terutamanya Pope Benedict XVI sendiri yang mana hasil pertemuan itu nanti diharap dapat meleraikan kekusutan yang timbul selama ini.

Jumaat, Januari 08, 2010

Gereja di bakar ~ orang Kristian Malaysia jangan bertindakbalas

Apa yang dikhuatiri saya selaku rakyat biasa selama ini tentang hubungan kaum dan agama di negara ini kini seolah-olah semakin menuju kearah yang sangat sukar. Pembentukan negara Malaysia, kemakmuran, keharmonian dan kesejahteraan negara yang dikecapi hasil usaha pemimpin Malaysia yang terdahulu langsung tidak dihargai oleh segelintir generasi berbagai kaum di negara ini.

Sepatutnya apabila negara Malaysia telah memasuki usia kemerdekaannya melebihi 52 tahun iaitu satu usia yang sudah matang, maka sewajarnya rakyat yang terdiri daripada berbilang bangsa di negara ini juga sudah boleh menyesuaikan diri dalam sebarang keadaan diantara satu kaum dengan kaum yang lain.

Tetapi malang sekali apabila keadaan itu tidak terjadi malah lebih teruk lagi apabila terdapat sesetengah mereka yang bergelar sebagai pemimpin seringkali memainkan sentimen-sentimen sensitif yang sepatutnya harus dihindari daripada menyebabkan ketidakselesaan dikalangan masyarakat majmuk Malaysia.

Insiden membakar 3 Gereja di sekitar Lembah Klang awal pagi tadi sedikit sebanyak telah melonggarkan ikatan yang telah terjalin walaupun tidak semesra mana selama ini diantara penganut Kristian dengan penganut agama lain dinegara ini mula semakin bergolak. Puncanya semua pihak sudah sedia maklum. Jika pihak minoriti memahami serta menghormati hak pihak majoriti di negara ini, saya percaya setiap perbalahan akan menjadi mudah untuk diselesaikan.

Berhubung dengan kejadian tersebut, adalah besar harapan saya agar rakan-rakan Kristian saya di Malaysia bertenang dan tidak usah bertindakbalas. Serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengawal keadaan. Yang penting jangan menuduh mana pihak yang melakukan perkara itu sehingga pihak polis berjaya mengesan mereka yang bertanggungjawab.

Kita tidak boleh menuduh sebarangan kerana dalam keadaan yang bercelaru saat ini segala kemungkinan pasti akan berlaku dan mungkin juga ada pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan didalam situasi berlaku seperti sekarang untuk melakukannya.

Beri kerjasama kepada pihak berkuasa serta sentiasa patuh kepada seruan kerajaan supaya kita sama-sama dengan masyarakat lain di Malaysia untuk memelihara keamanan demi kesejahteraan kita semua.

Kepada ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Rev. Father Murphy Parkiam saya sebagai sebahagian daripada penganut Katolik di negara ini sangat berharap agar beliau boleh kembali memikir serta mengkaji semula apa yang sedang beliau serta pihak Catholic Herald Tribune perjuangkan di Mahkamah ketika ini demi perpaduan bangsa-bangsa di negara ini. Terima kasih.

Khamis, Januari 07, 2010

YB Mohd Nizar terlibat dalam kemalangan jalanraya...

Bekas Menteri Besar Perak YB Ir Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dilaporkan telah terbabit didalam satu kemalangan jalanraya tengah hari tadi.

Beliau yang juga adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak telah di bawa ke Hospital Besar Ipoh untuk di berikan rawatan. Walau apapun, keadaan sebenar beliau kini belum dapat dipastikan lagi.

Semoga beliau selamat dan segera sembuh. Begitulah kehidupan, setiap langkah kita harus berhati-hati baik dijalanraya atau dimana jua. Harus berhati-hati dalam tutur kata dan juga perbuatan. Kita ada Raja, maka hormatilah pihak Istana. Jika terhutang budi, maka seharusnyalah kita tidak cepat lupa akan daratan.

Sehubungan itu saya juga berharap agar beliau tidak terkena "doa bala" yang satu ketika dulu pernah ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak oleh sesetengah pihak hanya kerana tuntutan ke atas "royalty minyak" bagi negeri Kelantan belum ditentukan lagi.

Rabu, Januari 06, 2010

Isu kalimah ALLAH : Pihak Gereja harus bertoleransi

Jika semangat bertolak-ansur sentiasa diamalkan didalam menangani sebarang isu yang berbangkit, sudah pasti perkara yang difikirkan sangat sukar akan menjadi mudah untuk diatasi tetapi jika sifat atau sikap lebih mengutamakan kepentingan sebelah pihak saja tanpa memikirkan kesan jangka panjang sebarang isu itu terhadap masyarakat keseluruhannya, nescaya perkara yang mudah akan menjadi lebih rumit untuk diselesaikan.

Begitulah yang sedang berlaku diantara pemimpin tertentu Gereja Katolik dengan masyarakat Islam di Malaysia. Sekiranya pemimpin tertinggi Katolik di negara ini sudi mengambil langkah untuk mengkaji semula samada untuk terus mengamalkan atau memansuhkan sesuatu perkara yang dipertikaikan oleh orang Islam di negara ini dalam aktiviti agama Kristian tanpa perlu mengheret pihak lain untuk memutuskannya, saya percaya setiap isu yang berbangkit diantara Kristian dengan Islam dapat diselesaikan dengan baik serta tertib.

Saya sekali lagi ingin melihat tokoh-tokoh agama Kristian baik dari mazhab Katolik serta Protestant lainnya di Malaysia ini supaya segera mencari penyelesaian berkenaan dengan perkataan ALLAH yang jika tidak ditangani dengan bersungguh-sungguh dikhuatiri akan merosakkan perpaduan kaum serta seterusnya akan menyebabkan keamanan negara turut terancam. Fikirkanlah, tiada gunanya kita menang jika ianya semata-mata meninggalkan kelukaan yang tidak akan sembuh di pihak yang satu lagi.

Kita harus terima hakikat bahawa kalimah ALLAH itu hanya terkandung serta telah ada di dalam Kitab Suci Al Quran sejak kitab tersebut diturunkan kepada umatNya. Perkataan ALLAH di dalam Al Quran tetap sama dan tidak pernah berubah-ubah walaupun penganutnya datang dari negara yang berlainan bahasa dan benua berbeza jika dibandingkan dengan Bible atau Injil yang perkataan-perkatan didalamnya termasuk perkataan untuk nama seperti Tuhan, Nabi Isa a.s, Siti Mariam, Nabi Daud, Nabi Musa, Nabi Ibrahim dan sebagainya akan bertukar mengikut negara mana yang rakyatnya adalah pengikut Kristian.

Masa terus berlalu serta waktu tidak akan menunggu kita, maka adalah lebih baik untuk pihak Gereja melihat kepentingan semua pihak dalam isu ini. Mana yang kita rasa memang jelas atau tidak jelas bahawa sesuatu itu adalah hak kita yang hakiki, maka sewajarnyalah kita mengembalikannya kepada pihak yang sememang berhak. Janganlah kita mengundang kemudaratan serta pergolakan kepada Malaysia dan yang semestinya kita harus berkorban untuk kemakmuran negara kita.

Jika isu ini berpanjangan, perkara ini seolah-olah telah meletakkan seluruh penganut Roman Katolik khususnya dan Kristian amnya di Malaysia berada dipersimpangan. Oleh itu adalah diharap sangat agar pihak Gereja segera berusaha untuk mengadakan satu perkataan baru yang lebih sesuai bagi kegunaan umat Kristian bagi menggantikan kalimah ALLAH seperti mana yang sedang digunakan ketika ini terutama oleh kaum Bumiputera Kristian di Sarawak dan juga di Sabah.

Kepada pemimpin-pemimpin parti politik pakatan pembangkang terutamanya, dalam isu ini tak payahlah untuk menangguk di air yang keruh dan kepada Penasihat PKR YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak usahlah mengumpan rakyat Sarawak yang beragama Kristian dengan menabur janji-janji putar belit sehingga sanggup menggadai agama Islam semata-mata kerana untuk memenuhi tuntutan kuasa politik. Kami tidak akan gelap mata dengan semua itu. BN telah banyak menabur jasa kepada rakyat Sarawak keseluruhannya dan kami sentiasa mengingatinya walaupun ada sesetengah diantaranya bagai "kacang lupakan kulit."

Selasa, Januari 05, 2010

Gugurkan 'Kalimah ALLAH' dalam ajaran Kristian !

Salam sejahtera semua !

Isu yang masih hangat ketika ini di negara kita iaitu penggunaan Kalimah ALLAH oleh akhbar Herald Catholic. Bagi saya isu ini tidak sepatutnya dibawa sehingga sampai ke Mahkamah. Sebenarnya saya sangat kecewa dengan keputusan yang telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Yang Arif Datuk Lau Bee Lan.

Apabila sesuatu perkara yang pada dasar hanya boleh diselesaikan tanpa campurtangan pihak Mahkamah tetapi terpaksa dilakukan, maka beginilah jadinya. Sebagai rakyat Malaysia saya sangat menghargai perpaduan kaum yang sedia wujud di negara kita dan kita semua seharusnya menjaga agar keharmonian antara kaum yang menganuti berbagai agama dapat dipertahankan.

Pihak Gereja Katolik seluruh Malaysia sepatutnya turut berperanan didalam menjaga serta memelihara perpaduan bangsa yang ada di negara ini dengan lebih memahami sesuatu yang sensitif bagi orang yang bukan beragama Kristian. Mereka juga harus tahu bahawa perkataan atau Kalimah ALLAH yang digunakan didalam apa jua amal ibadat orang Kristian di negara ini adalah di ambil dari Kitab Injil yang diterbitkan dalam Bahasa Indonesia.

Kalimah ALLAH sebenarnya hanya terdapat didalam kitab Injil berbahasa Indonesia yang digunakan secara meluas oleh kaum Bumiputera Kristian di Sarawak dan mungkin juga di Sabah sejak dahulu lagi. Didalam Kitab Injil berbahasa Inggeris atau Bible atau dilain-lain negara perkataan ALLAH memang langsung tiada didapati. Didalam perkara ini penganut-penganut Kristian di Sarawak termasuk saya sangat keliru berkenaan perkembangan ini.

Orang Kristian harus jujur mengakui bahawa Kalimah ALLAH adalah hak mutlak orang Islam dan apa juga usaha untuk mempertahankan bahawa perkataan itu adalah milik bersama orang Kristian dan Islam adalah merupakan satu kesilapan. Jadi untuk memperbetulkan sebarang kesilapan agar ianya tidak berlarutan, maka sebaik-baiknya pihak Gereja mencari jalan damai sejajar dengan tuntutan agama Kristian juga yang sangat menitik berat soal kedamaian dan kesejahteraan.

Sebagai salah seorang daripada ratusan ribu penganut Roman Katolik di Malaysia ini, maka perlu juga rasanya untuk saya melontarkan serba sedikit pendapat mengenai perkara ini. Bagi saya, demi Malaysia, demi perpaduan kaum, keharmonian antara agama di negara kita, saya sangat berharap supaya pihak Gereja dapat menerima hakikat bahawa sebenarnya Kalimah ALLAH itu bukannya milik orang Kristian dan oleh itu saya menyeru agar perkataan itu ditiadakan didalam mana-mana ajaran Kristian di Malaysia ini.

Diharap juga rakan-rakan yang beragama Islam di negara ini supaya bertenang dan fahamlah bukan semua orang Kristian bersetuju dengan langkah yang telah diambil oleh pihak Herald Catholic itu. Sepatutnya pihak Herald Catholic tidak melibatkan pihak Mahkamah dalam isu ini sehingga jika kita lihat betul-betul ianya seolah-olah mereka cuba mempermainkan undang-undang di negara ini.

Ahad, Disember 27, 2009

Cadangan kepada Kementerian Pelajaran...

Saya akan berehat dari menulis selama sembilan hari mulai 28.12.2009 sehingga 05.01.2010 untuk menyambut Tahun Baru Masehi di kampung halaman.

Tetapi sebelum itu, saya ada satu cadangan yang agak pelik tapi benar, khas untuk Kementerian Pelajaran Malaysia itupun jika difikirkan boleh masuk akal.

Apa kata jika sebelum sessi persekolahan yang akan bermula pada 04hb January 2010 nanti, pihak Kementerian Pelajaran cubalah idea ini untuk dijadikan sebagai salah satu aktiviti wajip ketika waktu pembelajaran setiap hari terutama untuk sekolah peringkat rendah iaitu "latihan berenang."

Bagi saya, 'latihan berenang' haruslah juga diperkenalkan kepada semua jenis sekolah rendah tanpa mengira samada ianya dibandar, diluar bandar, dikota ataupun juga didesa. Jika pihak sekolah turut diperuntukkan dengan sebidang tanah khusus untuk kegiatan sukan seperti bolasepak, sepak takraw, bola jaring, badminton, tenis dan lain-lain lagi maka sepatutnya pihak sekolah rendah juga harus disediakan dengan satu tapak tanah khas untuk dibina kolam renang bagi tujuan melatih murid-murid tahun pertama berenang sehinggalah mereka mahir serta pandai untuk berenang sendiri.

Cadangan ini terbit setelah saya selalu melihat banyak sangat kejadian yang melibatkan kanak-kanak yang tidak tahu berenang telah menjadi mangsa lemas di sungai, ditali air, di tasek-tasek serta juga di tepi laut. Jika kita melihat dari segi umur mereka yang ada di antaranya berusia 6 sehingga mencecah ke 12 tahun, namun mereka langsung tidak mengerti untuk menyelamatkan diri apabila terperangkap didalam sesuatu insiden seperti perahu karam, ditarik ombak, terjatuh ke dalam tanah yang jerlus dan sebagainya hanya kerana mereka tidak tahu berenang.

Banyak sangat sudah kejadian yang membabit pelajar-pelajar sekolah peringkat rendah mati lemas di negara kita tetapi sehingga kini kita belum ada lagi makluman dari pihak kerajaan terutamanya pihak Kementerian Pelajaran mengenai perkara ini terutama bagaimana untuk mengatasinya. Cuma ada satu persoalan disini, apakah nyawa kanak-kanak tidak bernilai sebab mereka belum ada sumbangan apa-apa kepada negara ?

Contoh kejadian yang baru berlaku iaitu di Sungai Lebaan, Batang Rejang dalam Bahagian Sibu di Sarawak, dimana empat adik beradik telah mati lemas setelah terjatuh kedalam tanah yang dipercayai jerlus ketika mengikut ibu mereka mencari siput disekitar tebing Sungai Rejang. Adalah difahamkan bahawa keempat-empat mereka tidak tahu berenang.

Walaupun azalinya kita percaya bahawa segala sesuatu yang terjadi adalah takdir Yang Maha Esa, namun jika ada langkah awal pencegahan dibuat pasti kita akan boleh melihat bahawa sesuatu kejadian yang buruk mungkin mampu dielakkan dari menimpa jika ada usaha yang mengutamakan keselamatan dilakukan. Kata orang dulu-dulu, 'beringat sebelum kena' dan semua orang harus waspada dengan sebarang kemungkinan.

Mengapa Datuk Kamalia tersalah lastik ?

Berikutan dengan Tragedi 63vs66 14 12 2009 dimana kita menyaksikan Kerajaan Barisan Nasional hampir-hampir tumbang disaat pengundian Bajet 2010 suasana menjadi kelam kabut dipihak BN dan sesuatu yang sangat-sangat dinantikan oleh pihak Pakatan Pembangkang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS, maka tidak mahu ketinggalan untuk menyuarakan kekesalannya terhadap kejadian itu ialah Naib Wanita UMNO Datuk Kamalia Ibrahim.

Sehubungan dengan itu beliau telah mendesak supaya Ketua Whip Parlimen Barisan Nasional segera meletakkan jawatan. Menurut beliau, kejadian itu sangat serius kerana ianya melibatkan perbelajaan kerajaan serta juga menentukan hala tuju masa hadapan kerajaan Barisan Nasional secara keseluruhannya. Saya setuju juga dengan pendapat seperti itu.

Tetapi malangnya, Datuk Kamalia tidak tahu siapa sebenarnya Ketua Whip Parlimen Barisan Nasional. Dengan mudah beliau menujukan gesaannya itu agar segera meletakkan jawatan kepada YB Datuk Seri Mohd Nazri Tan Sri Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Parlimen Malaysia. Seperti biasa Datuk Nazri segera bingkas bangun mempertahankan diri.

Datuk Nazri dalam kenyataan balasnya menjawab bahawa sebenarnya bukan beliau yang memegang jawatan tersebut tetapi YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri. Oleh itu Datuk Nazri berharap agar Ketua Whip tidak harus dipertanggungjawabkan berhubung dengan Tragedi 14 Disember itu. Menurut Datuk Nazri lagi, kehadiran setiap Ahli Parlimen ke Dewan Rakyat adalah perkara wajib bagi semua ahlinya apatah lagi jika ada perkara-perkara yang sangat penting seperti masa persidangan untuk meluluskan Bajet.

Saya sangat setuju berkenaan dengan pendapat Datuk Nazri tentang kewajipan setiap Ahli Dewan Rakyat itu. Setiap anggota Parlimen mesti tahu tugas serta tanggungjawab mereka masing-masing. Tidak masuk akal sama sekali apabila terdapat Ahli Parlimen yang mengharapkan spy untuk memberitahu setiap perkembangan di Dewan Rakyat sedangkan sepatutnya mereka harus berada di Dewan setiap masa selagi ada persidangan dijalankan kecualilah jika ada perkara-perkara penting yang tidak dapat dielakkan.

Berbalik semula kepada kisah Datuk Kamalia yang tersalah tembak atau tersalah melastik. Apabila YB Datuk Seri Nazri sudah menjelaskan kedudukan sebenar beliau dalam perkara yang dibangkitkan oleh Naib Ketua Wanita UMNO itu, apakah pula tindakkan yang akan dibuat oleh Datuk Kamalia selepas ini bagi mengelak berlakunya pandangan serong masyarakat terhadap dirinya apabila membuat kenyataan tanpa usul periksa.

Apakah Datuk Kamalia akan meminta maaf daripada YB Datuk Seri Nazri ? Atau adakah beliau akan mendiamkan diri apabila tersedar bahawa Ketua Whip Parlimen Barisan Nasional sebenarnya adalah YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan bukannya YB Datuk Seri Mohd Nazri sebagaimana yang didakwa oleh Datuk Kamalia sebelum ini ?

Disinilah nanti kita akan dapat melihat pendirian sebenar Datuk Kamalia Ibrahim mengenai Tragedi 14 Disember itu nanti samada beliau tidak berganjak dari desakan awal beliau agar Ketua Whip meletak jawatan tanpa mengira siapa ketuanya atau juga beliau akan menarik balik gesaannya itu. Jika Datuk Kamalia benar-benar jujur dengan kata-kata beliau itu demi masa depan kerajaan Barisan Nasional, adalah tidak menjadi suatu kesalahan untuk beliau meneruskannya walaupun pada mulanya beliau tersilap pasang jerat.

Tetapi jika kata-kata beliau itu cuma hanya untuk mendapat publisiti murahan, saya rasa eloklah beliau lupakan saja. Tetapi sekiranya desakan beliau itu mempunyai muslihat yang tersembunyi atau ada sesuatu yang tersirat disebaliknya sebagaimana yang gunakan ketika Perhimpunan UMNO lepas yang pada saat-saat akhir pemilihan menyaksikan Tan Sri Rafidah Aziz terpaksa bertarung dengan Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil bagi jawatan Ketua Wanita UMNO walaupun pada mulanya pelan peralihan kuasa antara Rafidah kepada Shahrizat telah dipersetujui bersama tanpa perlu dipertandingkan jawatan tersebut, maka eloklah juga beliau minta maaf daripada Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Nazri dan akuilah kesilapan serta lupakan saja perkara itu.

Sabtu, Disember 26, 2009

Salam Takziah buat keluarga mangsa kemalangan Express SANI


Negara sekali lagi dikejutkan dengan satu kemalangan yang sangat mengerikan membabitkan sebuah syarikat pengangkutan bas express dua tingkat, Express SANI Sdn. Bhd.

Adalah difahamkan bahawa punca awal kemalangan itu berlaku hanya disebabkan oleh pemandunya "terlelap" seketika. Akibatnya bas tersebut telah melanggar pembahagi jalan di KM 272.7 Lebuh Raya Utara Selatan hala utara.

Keadaan itu telah menyebabkan bahagian bawah bas telah ditusuk oleh besi penghadang yang dipasang atas pembahagi jalan itu yang menyebabkan 10 penumpang tingkat bawah telah maut setelah tergesel dengan besi yang menerjah kebahagian dalam tingkat bawah bas dan ada yang dikatakan telah terputus kepala.

9 orang mangsa telah dikenalpasti manakala seorang lagi belum dapat disahkan apabila dua nama serta tempat asal didapati serupa iaitu Shaharin Mohd Noor yang berasal dari Klang Selangor turut disenaraikan sebanyak dua kali. Mangsa lain ialah;

1. Noor Jismi Noordin (Kangar, Perlis)

2.Musa @ Ismail Abdullah (Gurun, Kedah)

3.Mohd Shukri Mohd Ali (Sungai Besar, Perlis)

4.Mohd Bilal Osman (Sungai Besar, Perlis)

5.Sharifah Raheel Aljunid Syed Harun (Sungai Petani, Kedah)

6.Supiah Adam (Klang, Selangor)

7.Ng Poh Ngoh (Alor Setar, Kedah)

8.Ng Kah Kit (Alor Setar, Kedah)
Seperti biasa apabila berlakunya kejadian seperti ini, maka akan muncullah berbagai-bagai ulasan atau komen, cadangan serta tidak terlepas ialah pesta salah menyalah antara satu dengan yang lain. Yang itu kata yang ini tak betul dan yang ini kata yang itu gagal dan sebagainya.
Walau apapun saya ingin menyampaikan ucapan Takziah buat seluruh ahli keluarga mereka yang telah maut didalam kemalangan itu dan semoga mereka tabah dan sabar menghadapi segala yang telah terjadi. Sesungguhnya malang tidak berbau dan apa yang pasti ialah ajal serta maut adalah ketentuanNya jua.

Jumaat, Disember 25, 2009

PKR gali lubang di Sarawak tutup lubang di Sabah

Lagu yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai lagu tema bagi Parti KeADILan Rakyat(PKR) adalah lagu "Gali Lobang Tutup Lobang" iaitu sebuah lagu yang pernah dipopularkan oleh Raja Dangdut Indonesia, Tuan Haji Rhoma Irama.

Sekiranya kita mendengar dengan teliti apa mesej yang cuba disampaikan oleh Rhoma Irama menerusi lagu tersebut pasti kita dapati banyak perkara yang telah berlaku disekitar kita semuanya ada dibayangkan dalam lagu tersebut dan antaranya ialah tentang pergolakan yang telah dan sedang berlaku didalam kepimpinan PKR di Sarawak dan juga di Sabah sejak akhir-akhir ini.

Antara senikata yang agak menarik dalam lagu itu ialah;

"Gali, gali, gali, gali lobang... Gali, gali, gali, gali lobang...
"Lobang digali, menggali lobang... untuk menutup lobang...
"tertutup sudah lobang yang lama, lobang baru terbuka...
"Gali lobang tutup lobang, pinjam wang bayar hutang...
"Gali lobang tutup lobang, sana rata sini lobang...

(Kepada yang ingin memuat turunkan lagu "Gali Lobang Tutup Lobang" ini mudah saja, macam biasalah... pergi saja ke YouTube)

...sambung cerita pasal PKR lagi. Mungkin bagi Penasihat PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kemelut kepimpinan Parti KeADILan di Sarawak sudah berakhir ekoran dengan tindakan ADUN Ngemah YB Gabriel Adit meninggalkan PKR akibat rasa tidak puas YB berkenaan dengan keputusan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah melantik Encik Baru' Bian ke jawatan Pengerusi PKR Sarawak.

YB Gabriel Adit merajuk dengan keputusan Wan Azizah melantik Baru' Bian ke jawatan tersebut yang baginya beliaulah yang paling layak. Sebagai tindakbalas, YB Gabriel telah keluar PKR dan menggesa Anwar Ibrahim agar segera membawa keluar PKR dari Bumi Kenyalang. Banyak lagi barah yang dihidapi oleh PKR di Sarawak selain itu, cuma malas nak menulis panjang. Harap rakyat Sarawak cepat sedar dan supaya tidak terus di"lembu"kan oleh PKR.

Kita terbang pula ke Sabah. Di Sabah juga PKR semakin giat mengadakan pertunjukkan drama pentas di samping drama teater. Anwar menutup lubang-lubang PKR di Sabah dengan menggunakan tanah-tanah yang di gali dari Sarawak. Tetapi Anwar tidak faham bahawa Sarawak adalah hak rakyat Sarawak dan begitu juga Sabah untuk rakyat Sabah.

Di Sabah sebagaimana juga di Sarawak, Datuk Dr Jeffery Kitingan suatu ketika dulu juga pernah merajuk apabila jawatan Pengerusi PKR Sabah tidak diberikan kepada beliau tetapi sebaliknya telah diserahkan kepada Encik Ahmad Thamrin bagi menggantikan tempat 'jutawan misteri' YB Azmin Ali.

Tindakan Datuk Dr Jeffery turut disusuli oleh Christina Liew apabila mereka sama-sama yang kononnya meletak semua jawatan didalam PKR berikutan dengan perasaan teramat kecewa kerana disisih dari memperolehi jawatan-jawatan penting dalam PKR tetapi mereka mendakwa masih lagi sebagai ahli parti.

Belum pun sampai setahun, suasana berubah semula. Christina Liew yang dulunya merajuk kini telah dikembalikan semula dengan jawatan lamanya iaitu sebagai Timbalan Pengerusi PKR Sabah. Manakala tiga orang Timbalan Pengerusi yang dilantik sebelum ini telah ditukar ke jawatan lain misalnya Datuk Dr Hamzah Amir ditukar ke Pengarah Strategi. Yang dua orang telah diturunkan pangkat mereka sebagai Naib Pengerusi iaitu Datuk Kong Hong Ming dan Datuk John Ghani bagi memberi laluan kepada Christina Liew untuk menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Sabah.

Datuk Dr Jeffery yang telah dijanjikan dengan jawatan yang lebih besar dari apa yang beliau beliau harapkan sebelum ini oleh Anwar telah sanggup memulaskan lidahnya sendiri dengan memberi sokongan pula kepada barisan kepimpinan PKR Sabah yang baru dirombak walaupun masih mengekalkan Encik Ahmad Thamrin sebagai Pengerusi PKR Sabah.

Dr Jeffery difahamkan akan dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan PKR untuk Sarawak dan Sabah. Perkembangan ini pasti akan membuat banyak pemimpin sedia ada dalam PKR Sarawak tidak senang duduk, makan tak lalu... mandi tak basah... makan tak kenyang. Pemimpin PKR Sarawak tentu akan tertanya-tanya...'tak layakkah aku?' apabila benar Dr Jeffery diberi tanggungjawab mengawal pergerakkan PKR bukan hanya di Sabah malah di Sarawak juga.

Apabila keadaan ini berlaku maka tidak hairanlah selepas ini akan banyak lagi para pemimpin PKR terutama di Sarawak akan merajuk, serta akan turut menubuhkan banyak lagi parti-parti yang entah apa lagi namanya nanti sebagaimana YB Gabriel Adit yang telah turut menubuhkan PCM(Parti Cinta Malaysia) bersama dengan rakan beliau di Pulau Pinang. Atau apakah mereka yang merajuk selepas ini akan menubuhkan pula parti baru yang dinamakan sebagai Parti Cinta Diri-sendiri(PCDs) atau juga Parti Cinta Pangkat(PCP) atau lebih sesuai Parti Golongan Merajuk(PGM) ? hehehehe...

Khamis, Disember 24, 2009

Selamat Hari Krismas...

THE 3rd JOYFUL MYSTERY - THE BIRTH OF JESUS (Luke 2, 1-20)
Contemplate with joy and gratitude the Saviour born at midnight in a stable, under conditions of great poverty. The angels announce the news to poor and simple shepherds who come at once to worship Him. Angles above the cave sing the praises of God, and the three Magi arrive later on. Lets us rejoice in Jesus our Saviour, and give Him joy by receiving Him often in Holy Communion.

Kepada semua penganut Kristian di Malaysia, selamat menyambut Hari Krismas serta selamat menyambut Tahun Baru 2010 Masehi.

Sempena dengan perayaan ini, kita sebagai masyarakat Kristian di Malaysia ini yang telah menjadi sebahagian daripada rakyat di negara ini hendaklah sama-sama dengan masyarakat lain memelihara perpaduan antara kaum yang sedia ada, keharmonian beragama dalam masyarakat yang berbilang kaum, menjaga nama baik negara kita, menyumbang yang terbaik serta terus berbakti kepada Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia walaupun kita berbeza kepercayaan dengan masyarakat lain di negara ini, namun kita tetap punya kewajipan terhadap negara ini. Kita bertuah sebenarnya apabila kita berada dalam sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian penduduknya baik dari segi bangsa mahupun agama dan budaya tetapi kita semua dapat hidup dalam keadaan rukun dan damai.

Sejenak kita merenung kepada keadaan yang sering berlaku di sesetengah negara Eropah seperti di Ireland Utara, mereka satu bangsa, satu agama cuma mazhab saja yang berlainan. Hanya disebabkan mazhab yang berbeza, rakyat di Ireland Utara sentiasa hidup didalam keadaan yang paling tidak tenteram apabila pihak-pihak yang bertelagah sama-sama berkeras mahu menegakkan kepercayaan masing-masing.

Begitu juga yang selalu berlaku dilain-lain negara yang tertentu, walaupun kadangkala rakyat mereka memang datang dari bangsa dan agama yang sama namun kita boleh lihat bagaimana mereka sukar untuk hidup aman sebagai satu bangsa dalam satu negara.

Oleh itu, sebagai umat Kristian di Malaysia ini adalah wajar untuk kita tahu bagaimana cara bagi menghargai apa yang telah kita nikmati hasil dari semua itu. Janganlah menjadikan kita sebagai golongan pendesak kepada kerajaan walaupun perkara yang kita bawa itu kurang jelas samada ianya benar hak kita ataupun sebaliknya.

Rabu, Disember 23, 2009

Blog Kumbang: Analisis Ringan Politik di godam

Sebuah blog terkemuka milik Kumbang iaitu salah seorang blogger dalam kumpulan AIDC iaitu Analisis Ringan Politik Ringan dan Isu Semasa Malaysia di http://analisisringan.blogspot.com telah di godam tidak lama selepas beliau menerbitkan sebuah artikel terbaru bartajuk "Anwar Atartuk Dianugerah Pingat Demokrasi," klik http://www.anwaraidc.com/2009/12/perjuangkan-sekularisme-anwar-atartuk-dianugerahkan-pingat-demokrasi.html#more dan baca selanjutnya.

Sepatutnya perkara seperti ini tidak akan berlaku jika benar pihak-pihak yang sering melaungkan kebebasan bersuara, kebebasan menulis, kebebasan menyuarakan pendapat dan sebagainya lagi jujur dengan apa yang mereka katakan.

Apa yang telah ditulis serta diketengahkan oleh saudara Kumbang didalam blog beliau itu bermaksud untuk mengajak semua pembaca supaya berusaha berfikir secara matang berkenaan dengan sesuatu isu yang selalu timbul yang membabitkan Penasihat PKR YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, samada ianya boleh diterima ataupun sebaliknya.

Diharap agar saudara Kumbang terus menulis seiring dengan semangat kita sebagai blogger pro-kerajaan yang senantiasa mahu melihat supaya Barisan Nasional bertambah semakin kuat dari masa ke semasa. Teruskan perjuangan saudara Kumbang... sokongan daripada saya untuk anda adalah 100% !!!

Isnin, Disember 21, 2009

Menjelang Krismas: harapan Anak Merdeka...

Walaupun saya tidak akan pulang untuk merayakan Hari Krismas di kampung pada tahun ini, namun besarlah harapan agar suasana pada sambutan Krismas 25 Disember 2009 nanti tetap meriah dalam keadaan yang aman, tenang dan harmoni dengan kunjungan daripada sahabat-handai serta sauadara-mara sesama Kristian dan juga kunjungan dari kaum keluarga Muslim sebagaimana pada tahun-tahun yang lepas.

Suasana sedemikian juga sangat diharapkan supaya akan terus dinikmati pada setiap sambutan Krismas di tahun-tahun yang mendatang. Di Malaysia kita aman serta bebas untuk mengamalkan kepercayaan kita masing-masing tanpa rasa takut dengan apa yang kita tengah fikir akan berlaku. Kita harus bersyukur dengan semua ini yang mungkin tidak pernah sama sekali dikecapi oleh sesetengah rakyat di negara-negara yang tertentu seperti di Iraq, Palestine, Israel dan lain-lain lagi.

Semua ini adalah kerana negara kita telah ditadbir dengan begitu baik sekali oleh sebuah kerajaan yang sangat mengambil berat tentang keselamatan negara, kebajikkan rakyat serta cukup adil kepada semua kaum yang ada didalam Malaysia. Walaupun penganut Kristian adalah satu kumpulan minoriti di negara ini, namun hakikat sebenarnya kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional tidak pernah meminggir orang-orang Kristian sebagaimana yang sering didakwa oleh sesetengah pihak.

Contoh yang sangat jelas ialah di Sarawak, dimana kerajaan Sarawak yang dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional sentiasa turut menghulurkan sumbangan seperti untuk membina Gereja dan juga Chappel bagi kegunaan kaum Bumiputera Kristian yang ada di Bumi Kenyalang ini. Melihat kepada hakikat ini maka kita harus menghargai semua itu dengan terus memberi sokongan yang padu dan jitu kepada Barisan Nasional walaupun ada bermacam-macam usaha dilakukan oleh pihak tertentu untuk memperdayakan kita.

Oleh itu sempena Hari Krismas yang akan menjelang tiba, diharap agar semua kaum Bumiputera Kristian di Sarawak samada mereka dari mazhab Roman Katolik, Methodist, Anglikan, Sidang Injil Borneo(S.I.B) serta Bahailuyah, sama-samalah kita mohon doa agar negara kita Malaysia akan terus dilimpahi dengan segala keamanan, kesejahteraan, keharmonian dan yang paling utama supaya Barisan Nasional akan terus kuat untuk mentadbir negara kita demi kelangsungan keadaan yang bertambah makmur serta aman damai selalu.

Raja Blogger di London pula...

Jika sebelum ini Raja Petra Raja Kamaruddin dikatakan sedang bersembunyi di Melbourne Australia, tetapi berita terbaru pula menyebut beliau kini beliau sedang bersembunyi di sebuah apartment mewah dekat London.

"Tikar Terbang" buatan negara mana yang dia pakai untuk bergerak ye??? ...lengkap dengan "teropong ajaib" juga ke???

Arkib Blog