Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Januari 08, 2010

Gereja di bakar ~ orang Kristian Malaysia jangan bertindakbalas

Apa yang dikhuatiri saya selaku rakyat biasa selama ini tentang hubungan kaum dan agama di negara ini kini seolah-olah semakin menuju kearah yang sangat sukar. Pembentukan negara Malaysia, kemakmuran, keharmonian dan kesejahteraan negara yang dikecapi hasil usaha pemimpin Malaysia yang terdahulu langsung tidak dihargai oleh segelintir generasi berbagai kaum di negara ini.

Sepatutnya apabila negara Malaysia telah memasuki usia kemerdekaannya melebihi 52 tahun iaitu satu usia yang sudah matang, maka sewajarnya rakyat yang terdiri daripada berbilang bangsa di negara ini juga sudah boleh menyesuaikan diri dalam sebarang keadaan diantara satu kaum dengan kaum yang lain.

Tetapi malang sekali apabila keadaan itu tidak terjadi malah lebih teruk lagi apabila terdapat sesetengah mereka yang bergelar sebagai pemimpin seringkali memainkan sentimen-sentimen sensitif yang sepatutnya harus dihindari daripada menyebabkan ketidakselesaan dikalangan masyarakat majmuk Malaysia.

Insiden membakar 3 Gereja di sekitar Lembah Klang awal pagi tadi sedikit sebanyak telah melonggarkan ikatan yang telah terjalin walaupun tidak semesra mana selama ini diantara penganut Kristian dengan penganut agama lain dinegara ini mula semakin bergolak. Puncanya semua pihak sudah sedia maklum. Jika pihak minoriti memahami serta menghormati hak pihak majoriti di negara ini, saya percaya setiap perbalahan akan menjadi mudah untuk diselesaikan.

Berhubung dengan kejadian tersebut, adalah besar harapan saya agar rakan-rakan Kristian saya di Malaysia bertenang dan tidak usah bertindakbalas. Serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengawal keadaan. Yang penting jangan menuduh mana pihak yang melakukan perkara itu sehingga pihak polis berjaya mengesan mereka yang bertanggungjawab.

Kita tidak boleh menuduh sebarangan kerana dalam keadaan yang bercelaru saat ini segala kemungkinan pasti akan berlaku dan mungkin juga ada pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan didalam situasi berlaku seperti sekarang untuk melakukannya.

Beri kerjasama kepada pihak berkuasa serta sentiasa patuh kepada seruan kerajaan supaya kita sama-sama dengan masyarakat lain di Malaysia untuk memelihara keamanan demi kesejahteraan kita semua.

Kepada ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Rev. Father Murphy Parkiam saya sebagai sebahagian daripada penganut Katolik di negara ini sangat berharap agar beliau boleh kembali memikir serta mengkaji semula apa yang sedang beliau serta pihak Catholic Herald Tribune perjuangkan di Mahkamah ketika ini demi perpaduan bangsa-bangsa di negara ini. Terima kasih.

11 ulasan:

ISAC berkata...

Andai semua orang seperti saudara nescaya amanlah dunia ini....

Saya setuju dengan saudara, pasti ada pihak yang cuba mengambil peluang dari situasi ini.....

Jika sekarang ini orang Kristian cuba mahu bertindak balas, keadaan akan menjadi lebih haru-biru....

Biarlah pihak berkuasa sahaja yang menjalankan tugas mereka.

Yang jelas, semua rakyaat Malaysia sukakan keamanan dan pasti akan cuba untuk mengelakkan pertelingkahan kerana ia tidak akan menguntungkan sesiapa.

Panglima Perang Cyber berkata...

usaha yg bagus bro..

sekurang2nya ia dpt menjadi nasihat terbaik kepada penganut kristian agar tidak termakan provokasi pihak yg nak tengok kita bergaduh..

AbgTuah berkata...

SALAM 1 MALAYSIA SAHABAT

TERUSKAN MEMBERIKAN PANDANGAN YANG BAIK BERNAS DAN POSITIF KEPADA RAKYAT MALAYSIA.

SEMUA PIHAK HARUS MENGUTAMAKAN KESELAMATAN RAKYAT DAN NEGERA DARI DI ROSAKKAN OLEH ANASIR-ANASIR YANG TIDAK BERTANGGUNJAWAB.

YANG GAMBI berkata...

Hilbert, ingin dinyatakan di sini, kawan agak keliru dengan insiden ni yang mana kekadang ada pihak sengaja merancang untuk mengambil kesempatan politik dengan isu ini dan selepas itu tuduh UMNO punya angkara.......

Kawan bukan hendak menuduh mana-mana pihak....

Tetapi, semua sudah maklum, di negeri Sarawak akan menghadapi P/Raya Negeri dalam tahun ini, memandangkan kebanyakan masyarakatnya menganut agama Kristian dan lain-lain agama.

Golongan ini menyedari masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sarawak sudah mula kurang yakin dengan perjuangan mereka, adalah tidak mustahil isu kalimah 'Allah' dan diekori pembakaran gereja sengaja dirancang untuk menaikkan rasa benci penganut-penganut bukan Islam kepada Kerajaan BN.........

Semua pihak perlu berhati-hati disebalik agenda jahat dan licik 'pemikir yahudi' ini.....

Tanpa Nama berkata...

good article hilbert! 2 thumbs up!

AbgTuah berkata...

SALAM..

AT MENYOKONG PENUH RESOLUSI BPN.


http://penembak-tepat.blogspot.com/2010/01/edisi-khas-resolusi-bpn-1-2010.html


SEMUGA ISU PANAS LAGI SENSITIF INI AKAN BERAKHIR DENGAN BAIK.

SELAIN DARI ITU AT JUGA INGIN MEMBERIKAN BEBERAPA PANDAGAN BERKAITAN ISU INI.

SEMUA PIHAK HARUS MEMAINKAN PERANAN BAGI MEMASTIKAN KESELAMATAN NEGARA DIUTAMAKAN.

DIHARAP PIHAK GEREJA DAN THE HERALD TELAH FAHAM BETAPA SENSITIFNYA ISU INI DAN DIHARAP MEREKA DAPAT MENGKAJI SEMULA TUNTUTAN MEREKA.

PIHAK GEREJA DAN PIHAK JABATAN AGAMA ISLAM PERLU BERSEMUKA BAGI MENDAPATKAN SATU KESEFAHAMAN BAGI MENYELESAIKAN DAN MENAGANI ISU INI DENGAN BAIK DI LUAR MAHKAMAH.

PIHAK PEMIMPIN PEMBANGKANG USAH LAGI MEMAINKAN POLITIK TUDUH MENUDUH DEMI MERAIH KEUNTUNGAN POLITIK SEMATA-MATA.

PIHAK PEMBANGKANG JUGA PERLU TEGAS MENARIK BALIK SOKONGAN MEREKA TERHADAP PENGUNAAN KALIMAH AGUNG UMAT ISLAM.

PIHAK BERKUASA KERAJAAN DIHARAP JANGAN TERAGAK-AGAK MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN BAGI MENGEKANG ISU INI MENJADI LEBIH BURUK.

AT MENYOKONG DEMO TAPI PIHAK YANG BERDEMONSTRASI DIHARAP DAPAT MENJAGA EMOSI DAN ETIKA KETIKA BERDEMO AGAR TIDAK KELIHATAN KETERLALUAN.

PIHAK BLOGGER DIHARAP DAPAT SAMA MEREDAKAN ISU INI DENGAN MENYUMBANG PANDANGAN-PANDANGAN YANG POSITIF LAGI BERHEMAH.

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..HARAP PIHAK BERKUASA DPT MENYIASAT DAN MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP PETUALANG YG MELAKUKAN PERKARA BODOH TU. KITA PECAYA PIHAK POLIS MAMPU MELAKSANAKAN TUGAS MEREKA DGN CEKAP.
APA YG KITA MAHUKAN BIARLAH KEADAAN KEMBALI TENANG. SEBAGAI RAKYAT YG BERBILANG KAUM, KITA HENDAKLAH SENTIASALAH BERPEGANG KPD PRINSIP PERMUAFAKATAN SESAMA KAUM DAN BERTOLERANSI. ITU YG LEBIH BAIK

Jeffry berkata...

Ini semua adalah gara2 permainan politik UMNO. Cipta hakim kafir untuk urus hal ehwal agama islam. Setelah keputusan memihak kepada kafir UMNO tak berpuas hati lalu bakar gereja pula.

hilbert berkata...

Salam ISAC, ...jika kita mampu lakukan yang terbaik untuk Malaysia ketika ini, maka tiada ada yang lebih berharga dari keamanan serta kemakmuran untuk diwarisi oleh generasi yang kemudian supaya dapat terus dalam keadaan aman damai...

Salam Panglima, ...sewajarnya kita sebagai rakyat yang cintakan keamanan turut punya rasa tanggungjawab terhadap kstabilan yang sedia ada...

Salam AbgTuah, ...saya akan terus menulis untuk membantu rakan-rakan Malaysia saya yang setia dan jujur membela negara(BPN,AIDC) dari diganggu-gugat oleh anasir yang olehnya boleh membawa kemusnahan kepada negara...

Salam Yanggambi, ...memang ada pihak yang keliru berhubung dengan perkara ini, namun usah bimbang...selagi umat Kristian di Sarawak mampu berpikir secara waras..kami tidak akan mudah terpengaruh dengan apa jua tekanan dari luar..asal saudara Yanggambi tau saja bahawa hubungan kaum serta agama di Sarawak adalah muhibah, tambahan pulak walaupun agama kami berbeza namun setiap keluarga Kristian di Sarawak punya pertalian darah dengan mereka yang beragama Islam dan begitu juga Islam, mereka punya sanak saudara ramai yang beragama Kristian...

Salam Siddiq Azani, ...terima kasih, hanya artikel picisan saya dan tiada apa-apa cuma luahan hati dari saya terhadap perkembangan semasa dalam negara...

Salam bro Jeffery(original), ...begitulah harapan kita semua...agar semua pihak bertenang dan jangan kiranya menuding jari kepada sesiapa juga..biarkan polis dengan kerja mereka...

Salam Jeffery(klon), ...harap maaf, jangan kelirukan masyarakat dengan tuduhan yang tidak berasas...jangan babitkan UMNO dalam insiden itu. Terima kasih !

YANG GAMBI berkata...

Hilbert, terima kasih ulasan tuan.... kawan faham keadaan masyarakat di Sarawak, malah sahabat-sahabat di sana pun banyak yang kawan kenal, kawan juga pernah ditugaskan di Sarawak di kawasan pendalaman.... mudah-mudah masyarakat Sarawak tidak mudah menerima dakyah dari pengkhianat negara ini....

Mia berkata...

Shallom.... Damai Kristus beserta kita:). memang wajar orang Kristian tidak bertindakbalas. Apa yang saya pelajari dari Bible,satu2nya pesan Yesus yang tak mungkin saya lupa iaitu saling mengasihi antara satu sama lain,malah menyayangi orang yang membenci kita.
Lukas 6:27-28
6:27 "Tetapi kepada kamu, yang mendengarkan Aku, Aku berkata: Kasihilah musuhmu, berbuatlah baik kepada orang yang membenci kamu;
6:28 mintalah berkat bagi orang yang mengutuk kamu; berdoalah bagi orang yang mencaci kamu.

Ingatlah wahai orang2 Kristian... kita sedang memikul salib yang perlu kita pikul(ujian/cobaan). Akhir zaman sudah hampir tiba. Usah takut dengan apa yang berlaku kini,kerana semua itu sudah menggenapi apa yang pernah di katakan oleh Firman Tuhan di Bible.
Matius 5:11

5:11 Berbahagialah kamu, jika karena Aku kamu dicela dan dianiaya dan kepadamu difitnahkan segala yang jahat.


Berterima kasih dan bersyukurlah dalam segala hal,tak kira kita ditindas ataupun tidak. Sayangi dan berdoalah kepada mereka yang membenci kita. Sebelum mereka membenci kita,terlebih dahulu mereka membenci Yesus (Yohanes 15:18-19)

Puji Tuhan,kerana orang Kristian tidak bertindak balas di atas kejadian itu.

Yohanes 20:29
Berbahagialah mereka yang tidak melihat, namun percaya."


Tuhan memberkati semua..Amen

Arkib Blog