Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Januari 12, 2010

Soal Jawab tentang Gereja di TV3 malam ini, wajarkah?

Saya amat bimbang dengan langkah yang sedang diambil oleh pihak TV3 yang telah mengundang Menteri Keselamatan Dalam Negeri(KDN) YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sebagai tetamu mereka pada malam ini untuk program Soal Jawab jam 10.00 malam bagi mengupas isu yang sedang hangat ketika ini iaitu isu Gereja atau lebih tepat isu bantahan penganut Islam terhadap penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut agama Kristian di negara ini.

Alasan saya ialah seandainya nanti YB Datuk Seri Hisham gagal mengawal emosi beliau apabila diaju dengan soalan bertubi-tubi yang seolah-olah menekan atau memaksa oleh pengendali program tersebut jadi bagaimana kami boleh menerima penjelasan oleh Yang Berhormat Menteri mengenai perkara yang sedang berbangkit kini dengan baik dan terbuka.

Saya rasa adalah sangat tidak sesuai bagi pihak TV3 untuk menyiarkan siaran seumpama itu buat masa ini memandang kes ini separuh daripadanya sedang dalam proses di Mahkamah manakala separuh lagi sedang didalam siasatan pihak Polis dan yang selebihnya telah diambil kesempatan oleh pihak pemimpin politik terutamanya pembangkang untuk dijadikan modal mereka bagi mengelirukan lagi fikiran rakyat.

Oleh itu saya berharap sekiranya boleh agar pihak TV3 mengkaji semula program yang telah diatur terutamanya berkenaan dengan jemputan terhadap Datuk Seri Hisham itu samada ianya boleh ditunda kepada tarikh yang lain ataupun pada masa yang bersesuaian dan jangan diadakan pada waktu ini dimana tahap keharmonian dalam negara kita pada dasar pada masa ini tidak seharmoni dulu lagi.

Apa yang perlu dilakukan pada hemat saya ialah, semua pemimpin masyarakat, pemimpin politik tanpa mengira ideologi mereka harus bekerjasama untuk turun berjumpa dengan masyarakat umum bagi menjelaskan kedudukan sebenar perkembangan mengenai perkara yang sedang dihadapi negara sekarang ini. Mereka sepatutnya tidak boleh menerang atau menyentuh isu ini secara bersendirian tidak kira dalam mana-mana forum yang danjurkan sebagaimana yang akan dibuat oleh TV3 jam 10 malam nanti.

Sebenarnya saya sangat bimbang kerana siaran TV3 adalah pilihan utama rakyat di Sarawak dan juga di Sabah, dan jika mereka mengikuti siaran Soal Jawab itu nanti serta besar kemungkinan ada diantara mereka kurang jelas atau kurang faham dengan apa yang cuba dijelaskan oleh Datuk Seri Hisham maka sudah tentu timbul tanggapan lain pula tentang masalah itu daripada masyarakatdi sebelah Malaysia Timur ini tentang rakan-rakan mereka di tanah Semenanjung Malaysia.

Dalam mengejar keuntungan, maka sewajarnyalah juga bagi setiap pihak untuk turut sama sentiasa memelihara kemakmuran negara. Sekiranya negara sentiasa dalam keadaan yang tidak menentu, walau segagah manapun kita adalah tidak mustahil apabila segala pencapaian terdahulu yang kita perolehi akan turut musnah perlahan-lahan ataupun akan hancur dalam sekelip mata.

Saya dengan rasa rendah diri berharap sangat agar pihak TV3 dapat menimbang semula rancangan yang telah diatur itu terutama yang menyentuh isu antara agama demi untuk menjaga kepentingan semua pihak. Janganlah mengeruhkan lagi keadaan. Kepada rakan-rakan blogger dari BPN, AIDC serta blogger-blogger persendirian yang cintakan keamanan berilah respon segera tentang perkara ini kepada pihak TV3. Terima kasih.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..STUJU PENDAPAT BRO. ISU INI MASIH HANGAT DIPERKATAKAN DAN SEWAJARNYA BUAT MASA INI BIARLAH KEADAAN SEJUK DULU. ISU INI MEMERLUKAN MASA DAN PERTIMBANGAN YANG CERMAT AGAR TIDAK MEMBANGKITKAN LAGI SUASANA PANAS SEPERTI SEBELUM INI. FIKIRKAN PRO DAN KONTRA SEBELUM SESI INI DI TERUSKAN

Tanpa Nama berkata...

sangat setuju..!

PUTRA MERDEKA berkata...

salam bro, setuju sesangat lagipunj takut hisham jawab tergagap-gagap dan cuba nak rasional, lagi teruk takut dia minta maaf pulak

ISAC berkata...

Salam.....


Bro, kalau bro2 semua menonton Muzik2 tempohari, jelas kita dapati artis2 kita yang baru setahun jagung seperti Akim, Yuna dll pun tidak gentar membuat persembahan di pentas yang begitu gah. Persembahan mereka superb....


X kanlah pulak Menteri KDN yang telah menjadi exco pemuda sejak berumor 20an masih X boleh nak "diharap".


Dunia politik zaman sekarang ini, pemimpin bukan sahaja perlu pandai buat kerja, tetapi juga mesti pandai "menjual diri" mereka.


Mesti pandai cakap lah.....Tengok pemimpin2 PKR.....Kelentongpun mesti pandai beb.....Tapi dia orang ni, ramai yang macam "tong kosong"....Tapi rakyaat tetap percaya....

Ali Abdullah berkata...

salam,

Kawan sangat setuju. Sebab itulah kerajaan harus peka kepada sensitiviti rakyat yang berbilang agama. Apabila kita melihat soal jawab begini, hati kita juga gusar.. takut tersalah jawab. Sepatutnya TV3 elakkan daripada mensensasikan isu ini. Ibarat kata pepatah, jangan jolok sarang tebuan kalau tak mahu disengat.

10 BUDAK HITAM berkata...

Salam,

10sbh setuju isu ini tidak dimainkan. Ini bukan soal kredibiliti DS Hishamuddin..tapi isunya Pakatan.Pakatan ni mmg jenis xkan percaya melainkan se tok guru dgn mereka.Jadi DS cakaplah apapun,jwblah camne pun,diorang xkn terima.

Percayalah..

hilbert berkata...

Terima kasih Jeffery atas pendapat ini...biarlah keadaan menjadi betul2 tenang dan sejuk dulu barulah boleh berbincang mengenainya.

Along Anaz, terima kasih saudara.

Salam iya Putra Merdeka, kita risau Datuk Hisham akan tersasul tetapi kita harap beliau peka dengan semua soalan...

Salam tuan ISAC, kita bukan tak harap dengan YB Datuk Hisham, cuma kekadang kita risau juga jika tersalah jawab mungkin apa yang terkeluar akan digunakan oleh pihak pembangkang untuk mengelirukan lagi keadaan.

Salam Apai Ngelai, terima kasih... betul Apai, sepatutnya pihak itu harus lebih prihatin dengan suasana sekarang, bukan apa...yang menanggung akibatnya nanti pasti rakyat biasa juga.

Salam 10budak hitam, terima kasih..iya kita sebenarnya bukan bertujuan untuk mempertikaikan kemampuan YB Datuk Seri Hisham tetapi kita bimbang apabila dalam keadaan yang agak tertekan sekarang ini adalah tidak mustahil akan berlakunya tersilap kata dan sebagainya apabila di asak lagi dengan soalan-soalan yang yang kadangkala dirasa terlalu sulit untuk didedahkan.

YANG GAMBI berkata...

Salam Hilbeert, biarlah dulu, kita sebagai rakyat hanya menilai mana-mana yang baik untuk dijadikan panduan semua pihak..... yang buruk kita ketepikan.......

Unknown berkata...

Bro, rancangan terbabit telah dirakam lebih awal dan bukan secara langsung.

Tidak wujud kebimbangan tetamu tidak dapat mengawal emosi.

Pengacara program, Datuk Ahmad A. Talib, pengamal media berpengalaman dan pernah menjadi editor surat khabar sebelum menyertai TV3.

Tanpa Nama berkata...

Syabas kerana kebanyakan tetamu undangan program Soal Jawab menjawab dengan bijak.walaupun ia terlalu nerhati-hati.tapi kenapa perlu undang Zulkifli dlm program tu mlm ni? bukan kah ia seperti 'sengaja menangguk di air yang keruh' bersikap adil lah

Arkib Blog