Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Oktober 28, 2010

Adakah Projek Bakun punca dua kejadian luarbiasa di Hulu Sungai Rejang ?

Baru-baru ini telah berlaku satu kejadian yang amat luar biasa yang belum pernahpun terjadi di mana-mana dalam bahagian yang ada di Sarawak ini iaitu banjir sampah berupa sisa-sisa potongan kayu balak dalam jumlah yang begitu banyak sekali sehingga memenuhi permukaan Sungai Rejang dalam jarak berpuluh-puluh kilometer.

Kejadian tersebut telah menyebabkan semua jenis pengangkutan air terutamanya boat ekspress yang saban hari berulang-alik membawa penumpang dari Sibu-Konawit-Kapit dan sebaliknya terpaksa dibatalkan untuk beberapa hari akibat tiada ruang yang boleh dilalui walaupun hanya menggunakan boat-boat berukuran sederhana apatah lagi oleh boat ekspress yang bersaiz besar.

Apa yang saya tahu ialah kejadian tersebut telah berlaku dan didakwa bermula dari sebelah hulu Sungai Mujong, Nanga Gaat dan Putai dalam Batang Baleh pada petang Khamis 7hb Oktober 2010 iaitu lebih kurang empat hari sebelum kerja-kerja penakungan air untuk memenuhi Empangan Hidroelektrik Bakun bermula di mana kerja untuk tujuan berkenaan dilakukan pada hari Ahad 10hb Oktober 2010.

Walaupun ada pihak yang cuba untuk mengaitkan bahawa Projek Bakun sebagai puncanya, tetapi saya tidak nampak sebab untuk menyatakan yang kejadian tersebut berpunca dari Projek Empangan Bakun sebab air dari hulu Sungai Baleh langsung tidak disentuh atau diperlukan untuk kegunaan projek berkenaan kerana jaraknya sangat jauh dan terletak jauh di sebelah barat Bukit Talang serta amat jauh dari Hulu Sungai Balui dan Sungai Belaga.

Lainlah pula dengan satu kejadian yang terbaru di mana paras air di sepanjang Sungai Pelagus telah didapati semakin cetek dan keadaan kedalaman sungai berkenaan dikatakan sebagai semakin kritikal apabila semua kenderaan air seperti perahu-perahu baik yang dimiliki penduduk rumah panjang atau milik kerajaan serta milik syarikat-syarikat pembalakan di sekitarnya sangat payah untuk bergerak akibat air sungai yang semakin kering sehingga batu-batu besar di dasar sungai jelas kelihatan.

Fenomena ini telah menjejaskan banyak kegiatan seharian penduduk sekitar serta turut mendatangkan berbagai masalah kepada pegawai-pegawai kerajaan yang ditempatkan untuk bertugas di pendalaman sepanjang Sungai Pelagus kerana hanya itulah saja laluan yang mampu digunakan oleh mereka untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain selain jalan-jalan kem pembalakan yang laluannya hanya terhad didalam linkungan konsesi.

Walaupun tidak boleh mengatakan bahawa Projek Bakun sebagai punca sebenar kepada kejadian yang membelenggu penduduk sekitar Jeram Pelagus itu kini tetapi jika diambilkira dari keadaan muka bumi di sekeliling Projek Stesen Janakuasa Hidroelektrik Bakun itu, saya rasa kita tidak boleh menafikan bahawa ada kemungkinan besar bahawa Projek Bakun itu lebih banyak menyumbang kepada kejadian yang berlaku sekarang di Hulu Rejang simpang Sungai Pelagus.

Cuba kita buat sedikit analisa tentangnya. Tapak Projek Bakun sebenarnya terletak tidak jauh dari kaki Bukit Talang yang berkembar dengan Bukit Dema dan juga Bukit Kuang di sebelah barat. Ketiga-tiga bukit ini pula apabila hari hujan, maka semua air akan mengalir masuk ke dalam Sungai Balui yang kedudukannya terletak mengelilingi kaki Bukit Talang disebelah barat dan air yang mengalir itu tadi akan keluar ke kuala Sungai Balui dan masuk ke Sungai Pelagus di tapak Projek Bakun.

Begitu juga dengan sumber air di sebelah timur Bukit Talang serta punca air yang lainnya seperti dari Bukit Punan, Bukit Kenawang, Bukit Selidang dan Bukit Pecu di selatan dan ia akan memasuki Sungai Belaga serta akan terus mengalir keluar ke kualanya yang kemudian juga masuk ke dalam Sungai Pelagus dan demikian juga dengan aliran sungai-sungai kecil yang mengalirkan air dari bukit terdapat di sekitar Long Murum seperti Bukit Semalong, Bukit Alat, Bukit Garoh Aseng dan Bukit Lesung semuanya akan mengalir masuk turun ke dalam Sungai Pelagus.

Saya melihat begini, apabila pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) yang bertanggungjawab ke atas kerja-kerja penakungan air untuk projek berkenaan memulakan tugas mereka, yang mana ianya telahpun dimulakan pada 10hb Oktober 2010 lalu iaitu hari Ahad dan dijangka mereka memerlukan masa selama 7 bulan untuk memenuhi empangan tersebut dengan air yang diperlukan sebelum ia boleh beroperasi atau menjana tenaga elektrik maka ada kemungkinan pihak mereka iaitu SEB terus menutup semua laluan air tanpa membuka satupun aliran air bagi menjaminkan supaya Sungai Pelagus tidak menerima kesannya seperti sekarang akibat dari ketiadaan sumber air dari mana-mana arahpun.

Pihak SEB harus sedar bahawa dalam mereka untuk mempercepatkan projek berkenaan siap, mereka juga harus ingat masalah lain yang pasti akan timbul apabila tindakan seumpama itu tanpa memikirkan terlebih dulu kesannya terhadap nasib penduduk-penduduk di sepanjang Sungai Pelagus yang telah berabad-abad menggunakan sungai berkenaan sebagai laluan penting mereka untuk berhubung dengan dunia luar tetapi kini apabila urusan kehidupan seharian mereka mulai terganggu apakah akan ada tindakan susulan dari pihak SEB untuk menyelesaikannya ?

SEB tidak boleh bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk menyelesaikan masalah seperti itu tetapi mereka harus berbuat sesuatu dan cari ikhtiar sendiri bagaimana untuk mengatasi masalah air cetek di Hulu Sungai Rejang sekarang. SEB boleh membuka satu laluan air bagi membolehkan sebahagian daripada air takungan berkenaan mengalir terus ke Sungai Pelagus di sebelah hilir demi untuk menjamin kehidupan seharian penduduk rumah panjang serta aktiviti-aktiviti oleh pihak lain di situ tidak terus terjejas.

Terima Kasih !

Rabu, Oktober 27, 2010

Imej manusia tua muncul dari kepulan asap Gunung Merapi Indonesia !

Samada anda percaya atau tidak, cuba lihat betul-betul ditengah-tengah kepulan asap Gunung Merapi yang telah meletus di Jawa Tengah Indonesia seperti yang terdapat pada gambar yang di atas.

Untuk lebih kepastian, ambil saja gambar di atas sekaligus simpan di folder khas anda samada dalam laptop atau sebagainya dan selepas itu cuba 'zoom in' untuk mendapatkan imej dengan lebih jelas dan terang lagi.

Jika dilihat sekali imbas, wajah yang kelihatan agak kabur itu hampir menyerupai wajah penjaga kunci Gunung Merapi itu iaitu Mbah Maridjan yang turut terkorban akibat tertimbus di dalam timbunan debu gunung berkenaan dimana ketika ditemui mayat beliau dikatakan dalam keadaan sedang sujud atas tikar sembahyang.

Apakah kejadian yang agak pelik seperti itu boleh ditafsirkan sebagai satu peringatan dari Yang Maha Esa kepada segelintir rakyat di Indonesia terutamanya di wilayah Jawa supaya mereka berusaha berubah dari amalan hidup yang bertentangan dengan ajaran agama kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Dua bencana alam di Indonesia, semangat Jalur Gemilang yang dibakar telah bangkit !


Dua bencana alam yang sedang menimpa negara Indonesia ketika ini saya tetap percaya memang ada kaitannya dengan perbuatan kurang ajar oleh sesetengah daripada rakyatnya yang sanggup bertindak biadap dengan membakar bendera kebangsaan Malaysia iaitu Jalur Gemilang.
(Kita setiap kali iaitu semasa menaikkan Jalur Gemilang ke puncak tiang bendera akan mengiringinya dengan doa-doa dalam bentuk nyanyian sebagaimana yang terdapat didalam senikata lagu Negaraku dan itu merupakan salah cara untuk menghidupkan semangat Jalur Gemilang yang kita tidak nampak agar bangkit)

Pertama berlaku dalam bulan ini apabila Gunung Merapi di Jawa Timur meletus yang telah menyebabkan asap tebal beserta debu memenuhi ruang udara sehingga memaksa ribuan penduduk di sekitar kaki gunung berkenaan dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.

Selang beberapa hari Gempa Bumi yang berukuran 7.2 pada skala richter pula telah berlaku di Padang Sumetera yang menyebabkan berlakunya ombak Tsunami di Mentawai setinggi 3 meter dan sehingga kini telah meragut 113 nyawa.

Kepada seluruh rakyat Indonesia, walauapapun kami di Malaysia tetap prihatin dengan apa yang telah meimpa negara dan warga mereka biar sering negara serta rakyat Malaysia menjadi mangsa cemuhan dan penghinaan oleh segelintir rakyat Indonesia apabila timbulnya isu-isu yang kecil membabitkan kepentingan dua negara Malaysia-Indonesia tetapi sengaja diperbesar-besarkan.

Dan apabila terjadinya musibah alam seperti ini, maka diharaplah agar boleh sekiranya untuk sesetengah rakyat Indonesia khususnya ahli-ahli Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) untuk mencerminkan diri mereka sendiri, lihat jauh ke dalam diri..apa yang ada atau apa yang tiada dalam diri mereka dan nilaikan dengan orang lain, perbetulkan mana yang silap dan apa yang amat penting ialah hendaknya semua ahli BENDERA segera BERTAUBAT !

Selasa, Oktober 26, 2010

Karpal kena aedes takkan semua peguambela Anwar kena demam denggi !

Perbicaraan kes liwat DSAI terpaksa ditangguhkan sekali lagi hari ini sehingga esok ekoran ketua kepada barisan peguam DS Anwar iaitu Karpal Singh dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti wabak aedes.

Walauapapun kita doakan agar YB Karpal Singh akan segera sembuh dari penyakit yang sedang beliau hidapi sekarang ini agar siri penangguhan demi penangguhan untuk kes liwat ini sentiasa berjalan dan tidak terjejas.

Tapi apa yang peliknya ialah bagaimana hanya disebabkan ketiadaan Karpal Singh di mahkamah untuk bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan kes kepada saksi-saksi mahkamah maka perbicaraan tidak dapat diteruskan lalu ditangguhkan.

Jadi, apakah sebenarnya fungsi atau peranan yang boleh dimainkan oleh para peguambela DS Anwar yang lainnya seperti Sankara Nair, R. Sivarasa, Leela Jeyamani Jesuthasam, Edmund Bon Tai Soon, Saiful Izham Ramli, Ameer Hamzah Arshad, Latheefa Beebi Koya, Mohd Radzlan Jalaluddin dan Raja Aziz Adrusse ?

Pernah dulu mereka digelar sebagai peguambela bertaraf lima bintang. Tetapi kini ? Apakah mereka hanya peguambela jenis yang penghabis beras ? Makan gaji buta ? Peguambela Aji-No-Moto ?

Ketiadaan ketua peguam seolah-olah barisan peguambela yang lain hanyalah sekadar pelengkap kepada jumlah peguambela DS Anwar tanpa ada apa-apa khidmat selaku peguambela yang boleh mereka berikan sepanjang tempoh perbicaraan kes liwat DSAI berlangsung.

27-10-2010 India jadi Little di Malaysia ! China, Indonesia, dll bila pulak ?

Esok tanggal 27hb Oktober 2010 hari Rabu siang, satu lagi sejarah penting bagi masyarakat India di Malaysia dan juga India akan tercipta apabila pemimpin nombor satu kedua-dua negara iaitu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan rakan sejawatan beliau dari negara India TYT Manmohan Singh akan melakukan perasmian secara bersama untuk sebuah tapak perniagaan terbesar kaum India di negara ini iaitu Little India di Brickfields, Kuala Lumpur.

Pembangunan projek Little India ini yang bernilai RM35 juta telah dimulakan pada tahun 2008 dan projek ini dilaksanakan dalam dua fasa bermula dari kawasan Jalan Travers hingga ke Jalan Tun Sambanthan yang dijangka akan siap sepenuhnya penghujung tahun 2010 ini.

Projek ini sebenarnya telah berupaya menidak atau menafikan sama sekali semua tuduhan palsu yang tidak berasas oleh pertubuhan haram Hindraf  terhadap kerajaan Malaysia selama ini yang dikatakan mereka telah melakukan 'pembersihan etnik' terhadap kaum India di negara ini dan kejayaan projek Little India ini dengan sendirinya telah membuktikan kepada masyarakat dunia bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah sama sekali bertindak sekejam itu terhadap mana-mana kaum yang asalnya imigran di negara ini termasuklah kaum India itu sendiri.

Berbalik kepada projek Little India ini, dengan syarikat Malaysian Resourses Corporation Berhad(MRCB) dipertanggungjawabkan untuk membangunkan Little India, kedua-dua fasa dalam projek berkenaan yang bernilai RM35 juta membabitkan premis baru perniagaan, sebuah kompleks parkir dan pembesaran jalan serta melibatkan pembinaan kolam pancutan air tertinggi di negara ini iaitu 7.62 meter.

Maka dengan wujudnya Little India ini di Malaysia ini selain daripada satu kawasan beribadat khas untuk penganut Hindu di Batu Caves Selangor, ini bermakna masyarakat India sudah ada dua tempat kepentingan atau hak yang perlu dipelihara dan dijaga serta tidak boleh dipersoalkan oleh rakyat Malaysia daripada kaum lain sebagaimana kaum bukan Bumiputera mempersoalkan hak-hak keistimewaan kaum Bumiputera.

Bagi saya, apabila sudah wujudnya Little India di negara ini apakah ini tidak dilihat seperti seakan-akan telah membuka jalan kepada kaum-kaum yang lain pulak untuk menuntut perkara yang sama bagi kaum masing-masing dan apakah kerajaan suatu ketika nanti akan berdaya untuk berdepan dengan segala tuntutan seumpama itu samada untuk menolak atau menerimanya ?

Tidak terpikirkah kita jika suatu hari nanti masyarakat Malaysia dari kaum-kaum yang lain juga berkemungkinan akan membuat tuntutan yang serupa terhadap kerajaan apatah lagi disaat kekuatan kerajaan Barisan Nasional yang dianggap mereka seolah-olah masih lemah dan perlukan sokongan dan sudah pasti didalam keadaan kerajaan yang kurang upaya akan ada kaum-kaum tertentu yang mengambil kesempatan untuk terus menekan kerajaan supaya memenuhi kehendak mereka sekiranya masih mahu kekal berkuasa ?

Kepada pihak kerajaan, kita harap cukup, cukup...cukuplah setakat ini dalam memberi pengiktirafan keterlaluan kepada mana-mana kaum di negara ini agar di kemudian hari ianya tidak akan mendatangkan kesusahan lain pula kepada pihak kerajaan sendiri kerana bagi saya apa yang penting ialah apabila setiap orang sudah diterima sebagai rakyat Malaysia maka sudah tiada lagi yang lebih bernilai daripada itu dan tanggungjawab utama mereka selain untuk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan sudah semestilah negara ini iaitu negara Malaysia.

Kita khuatir sebab di negara ini bukan hanya setakat kaum India saja yang asalnya sebagai pendatang perlu dilayan sedemikian malah ramai lagi selain Cina ada Portugis, Jawa, Bugis, Banjar dan sudah tentu kumpulan ini juga nanti mahu agar diwujudkan juga untuk kaum mereka sesuatu yang istimewa sebagaimana yang telah diberikan kepada masyarakat India dan sekiranya ini berlaku sudah pasti perasaan tidak puashati diantara satu kaum dengan kaum yang lain sukar untuk dihapuskan dan akhirnya tentu akan menggagalkan Gagasan 1Malaysia seperti yang dihasratkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib.

Isnin, Oktober 25, 2010

Hatta Ramli doktor pakar sakit mental !

Sesuaikah seorang wakil rakyat yang bertaraf Ahli Parlimen melakukan kerja am seperti ini tambahan lagi yang tidak mendapat keizinan daripada pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sepertimana yang telah dilakukan oleh Anggota Parlimen PAS Kuala Krai ini ?

Beginikah caranya seseorang wakil rakyat Pakatan Pembangkang menunaikan tanggungjawab mereka sebagai ahli parlimen setelah dipilih mewakili rakyat kawasan mereka dengan melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah seperti dalam gambar diatas ?

Sepatutnya setiap ahli parlimen itu terutamanya dari Pakatan Pembangkang sentiasa menjaga disiplin serta tingkahlaku mereka bukan saja setakat di dalam Dewan Rakyat malah di luar juga agar kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap mereka tidak mudah terhakis malah rakyat akan melihat mereka sebagai seorang wakil rakyat yang punya jatidiri.

Tetapi malang sekali dengan YB Dr Hatta Ramli ini, buat kerja bodoh, gantung bendera DAP sedangkan dia seorang pemimpin PAS. Dia sudah tidak kenal lagi ke mana satu lambang PAS dan mana satu lambang DAP ? Kesian dengan rakyat Kuala Krai yang dapat seorang wakil rakyat yang ternyata gagal membuat pertimbangan sebelum melakukan sesuatu perkara.

Ahad, Oktober 24, 2010

Walaupun Melanau, Taib Mahmud tidak pernah meminggirkan kaum lain..

Sejak akhir-akhir ini terdapatnya cubaan darpada pihak tertentu untuk menimbulkan suasana keresahan dikalangan rakyat berbilang kaum di negeri Sarawak terutamanya apabila dikala bahawa kononnya pilihan raya negeri akan diadakan awal mula ditimbulkan. Usaha oleh golongan ini seakan-akan cuba untuk mengeruhkan hubungan diantara kaum yang mendiami Bumi Kenyalang.

Sasaran utama golongan yang tidak bertanggungjawab ini ialah kaum Melanau. Kaum Melanau yang pernah satu ketika dilabel oleh sesetengah pihak sebagai Yahudi Asia Timur, hanya disebabkan jumlah yang kecil iaitu sekitar 200,000 orang namun telah memimpin kaum-kaum yang majoriti yang jumlahnya jauh lebih besar daripada kaum Melanau itu sendiri.

Perkara seperti itu sepatutnya tidak perlu ditimbulkan jika semua pihak di Sarawak ini dapat melihat dengan teliti serta memahaminya dengan baik bagaimana keadaan di negeri Sarawak ini sebelum dan sehingga kini iaitu semasa pentadbiran Ketua Menteri YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, cuba ingat apa perkara yang mula sekali telah dilakukan oleh beliau sewaktu mula mengambilalih jawatan ketua menteri daripada YABhg Tun Rahman Yaakub iaitu bapa saudara beliau.

Namun demi perjuangan untuk membersihkan Sarawak dari penyakit rasuah, kroni dan apa jua kegiatan yang boleh membantutkan segala perancangan oleh kerajaan negeri untuk membawa pembangunan kepada rakyatnya serta membangunkan ekonomi Sarawak dengan cara yang sungguh telus dan bersih maka YAB Ketua Menteri telah bertindak nekad tanpa mengira siapa mereka didalam pentadbiran kerajaan yang menjalankan urusan atau mempunyai hubungan juga kepentingan didalam syarikat-syarikat tertentu di Sarawak ketika itu harus dikenakan tindakan tatatertib serta ada diantara syarikat-syarikat yang operasinya terpaksa ditutup setelah didapati sebilangan ahli politik terlibat sama dalam urusan syarikat.

Tindakan tegas YAB Pehin Sri Taib ini iaitu ketika mula menjawat jawatan sebagai Ketuan Menteri memang tidak disenangi ramai pemimpin tertentu dalam BN ketika itu dan tindakan berani beliau untuk membersihkan kepimpinan kerajaan negeri Sarawak dari gejala yang tidak sihat seperti rasuah serta pemilikkan saham kosong oleh sekelompok pemimpin yang biasa diamalkan dalam kerajaan yang terdahulu inilah yang menyebabkan pemberontakan terhadap beliau sehingga membawa kepada "Peristiwa Ming Court Hotel 1987" di Kuala Lumpur untuk menjatuhkan beliau serta-merta.

Saya tidak berniat untuk menulis mengenai peristiwa itu namun ianya tetap selalu akan diingat oleh rakyat Bumi Kenyalang sebagai satu peristiwa hitam dalam sejarah politik Sarawak dan saya masih ingat bagaimana hampir keseluruhan rakyat Sarawak ketika itu terpengaruh dengan dakyah-dakyah pihak yang kecewa yang memfitnah Pehin Sri Taib dengan berbagai cerita sehingga di daerah Dalat ketika itu saya dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri bagaimana penduduk memulau kehadiran Pehin Sri Taib malah ada yang sudah termakan dengan hasutan sanggup mencemuh dan mencaci Pehin Sri ketika beliau melintas didepan sekumpulan orang iaitu semasa siri penjelahan Ketua Menteri untuk menerangkan isu berkenaan kepada rakyat.

Kepada rakyat Sarawak seluruhnya, cukuplah. Kita semua harus menyahut seruan yang baru saja dibuat oleh Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri kita pada Perhimpunan Agung UMNO yang ke-61 baru lalu yang mahukan kita semua supaya memandang masa depan sebagai rakyat Malaysia dan bukannya sebagai mewakili kaum kita sendiri. Kita simpan perasaan tidak berpuashati yang ada didalam diri kita kerana memang benar kata YABhg Tun Dr Mahathir bahawa adalah amat mustahil bagi sebuah kerajaan seperti Malaysia ini yang rakyatnya terdiri dari berbagai bangsa, agama dan budaya dapat memuaskan hati setiap kaum atau memenuhi semua tuntutan mereka.

Kepada anggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Ketua Menteri Pehin Sri mengutamakan kaumnya sendiri iaitu Melanau di dalam pentadbiran atau di mana-mana sektor yang ada di negeri Sarawak ini saya harap golongan cuba lihatlah dan kemudian fikirlah sendiri sebelum buat kenyataan. Buktikanlah jika benar Ketua Menteri ada memberi keutamaan yang lebih.kepada kaum beliau sendiri.

Untuk menidak atau menafikan dakwaan seumpama itu, saya mahu mengambil contoh apa yang kita dapat lihat dalam barisan kabinet kerajaan negeri itu sendiri, berapa orang Menterinya yang berketurunan Melanau, baru dua orang saja kan iaitu YB Datin Hajjah Fatimah Abdullah dan YB Datuk Talib Zulpilip manakala yang kebanyakannya semua terdiri dari kaum Melayu, Bidayuh, Iban, Cina dan Orang Ulu.

Dan begitu juga diperingkat persekutuan, Ahli Parlimen dari kaum Melanau agak ramai tetapi tiada seorangpun yang dicadangkan oleh Pehin Sri kepada Perdana Menteri DS Najib untuk diletakkan didalam barisan Kabinet Malaysia tetapi Ahli Parlimen dari kaum Melayu, Iban, Bidayuh, Kenyah, Cina Sarawak dan Orang Ulu ada terpilih.

Begitu juga di jabatan-jabatan kerajaan yang lain, di sektor-sektor tertentu di negeri Sarawak ini yang menampakkan berlakunya kepentingan kaum Melanau menguasai mana-mana urusan disetiap tempat tetapi jika ada terdapat di beberapa tempat maka itu sudah pasti kerana tidak mungkin kaum Melanau selaku rakyat Sarawak cuba disisih atau diketepikan hanya kerana Ketua Menterinya berketurunan Melanau.

Sabtu, Oktober 23, 2010

Namewee: Kerajaan tak perlu tunggu majoriti 2/3 untuk bertindak !

Entah apa sudah jadi dengan kes Namewee ini??? ...kalau tak silaplah kes video klip Namewee yang bersifat sangat perkauman sudah lebih dua bulan diperkatakan namun sehingga kini masih tiada juga tindakan diambil. Tetapi Namewee semakin ligat. Mana KDN????

Isu iklan Hari Raya oleh TV3 sudahpun diambil tindakan walaupun permohonan maaf telah dilakukan oleh pihak pengurusan kumpulan Media Prima tersebut. Tetapi Namewee terus terlepas. Mengapa???

Dua orang pengetua sekolah masing-masing dari Johor dan Kedah iaitu kedua-duanya memanglah "kakitangan kerajaan" tak payahlah DS Nazri bagitau telahpun diambil tindakan awal. Tetapi oleh kerana Namewee bukan pegawai kerajaan maka sebarang tindakan tidak boleh diambil, kata DS Nazri. Kenapa???

Dulu. penulis blog Aduka Taruna, Jeffry Dimensi Damien pernah diambil tindakan kerana dikatakan menyalahguna kebebasan berkarya dengan menghasilkan karya-karya yang boleh menyinggungkan perasaan pihak lain. Tetapi tidak kepada Namewee??? ..kenapa ya???

Sekarang pulak iaitu baru-baru ini seorang lagi penulis blog Rocky's Bru telah menjadi mangsa apabila beliau telah diheret oleh DS Rais Yatim ke Balai Polis berikutan karya yang beliau hasilkan telah didakwa oleh DS Rais sebagai "jelek atau menjelekkan yang boleh menyakitkan hati orang lain. Adakah blogger ini kakitangan kerajaan???...tetapi Namewee???

Apa lagi yang ditunggu oleh kerajaan? mau tunggu majoriti suara rakyat di Parlimen mencapai ke 2/3 % baru mula mahu bertindak? Saya rasa tak payahlah, sebab hakikatnya kerajaan BN sudah ada kuasa memerintah nescaya itu sudah memadai untuk membolehkan kerajaan bertindak ke atas Namewee.

Jumaat, Oktober 22, 2010

DUN N.50 Dalat Sarawak terus membangun bersama BN...

Gambar di atas menunjukkan sebahagian daripada pemandangan Tebingan Sungai Dalat yang kini sudahpun siap sepenuhnya dan dijadual akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud esok 23hb Oktober 2010 namun beberapa acara sampingan sempena majlis perasmian tersebut telahpun dilangsungkan pada hari ini dan berakhir pada 24hb Oktober ini iaitu selama 3 hari.

Jika dilihat hanya dilihat berdasarkan dari gambar ini ianya seakan-akan cuma sebuah dataran biasa yang menempatkan beberapa elemen tertentu disekelilingnya namun sebenarnya pemandangan ini diambil dari arah tepi tebingan iaitu dari arah sungai yang jelas kelihatan sebuah bangunan Tua Pek Kong lama masyarakat Cina di daerah Dalat yang telahpun diubahsuai kepada rupa bentuknya seperti yang dapat dilihat sekarang.

Pembinaan Tebingan Sungai Dalat bermula dari sisi Jeti konkrit kerajaan yang tedapat dihadapan Pejabat Daerah Dalat di sebelah hilir dan membentang ke hulu tebingan sungai sehingga ke bekas tapak stesen minyak Shell dan Petronas. Dengan siapnya projek Tebingan Sungai Dalat, maka hampir lengkap dan tertunailah sudah janji-janji yang pernah Barisan Nasional(PBB) buat kepada lebih 90% penduduk-penduduk di kawasan DUN N.50 Dalat untuk mewujudkan pelbagai infrastruktur serta kemudahan sekiranya penduduk Dalat terus memilih BN.

Bekalan tenaga elektrik yang telah lama dikecapi hanya oleh penduduk yang berada di sekitar Pekan Dalat dan Oya sahaja pada awal tahun 1980 tetapi kini telahpun berjaya diperluaskan oleh kerajaan BN ke setiap kampung-kampung yang ada di dalam kawasan DUN N.50 Dalat walaupun masih terdapat kampung yang rumah-rumah penduduknya berselerak disana-sini yang agak sukar untuk disambung dengan kabel-kabel elektrik sesco atas sebab yang tertentu namun masing-masing turut juga dibekalkan dengan tenaga elektrik menggunakan kuasa generator.

Bekalan asas seperti bekalan air bersih juga kini semakin hampir berjaya disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada penduduk-penduduk di setiap kampung yang ada di dalam kawasan pilihanraya DUN Dalat walaupun ada diantara beberapa buah rumah di beberapa penempatan yang sehingga sekarang gagal untuk disambungkan dengan kemudahan seumpamanya akibat jarak diantara satu rumah dengan rumah yang lain serta berada agak jauh dari kawasan kejiranan dan tidak rumah tidak didirikan secara berkelompok.

Dan besar kemungkinan setelah siapnya projek pembinaan serta penyambungan saluran paip air bersih dari logi penapisannya di Sungai Lebasau Hulu Batang Oya kelak adalah dijangka setiap kampung yang ada di dalam DUN Dalat akan mendapat kemudahan air bersih yang benar-benar berkualiti kerana kedudukannya yang sangat jauh dari kawasan kediaman penduduk dan kawasan perindustrian.

Manakala kemudahan pengangkutan untuk kenderaan darat iaitu rangkaian jalanraya kini sudah boleh dilalui dengan selesa oleh kenderaan-kenderaan yang biasa menyusuri lebuhraya di negeri Sarawak serta jalan-jalan perbandaran apabila hampir setiap kawasan perkampungan di DUN Dalat sudah dilengkapi dengan jalanraya yang berturap walaupun agak kurang rata serta dengan siapnya dua buah jambatan konkrit masing-masing sebuah terletak di Batang Oya sebelah hulu Pasar Pekan Dalat manakala sebuah lagi terletak di Kuala Batang Oya berdekatan dengan Kampung Senau.

Perkhidmatan telekomunikasi seperti jalur lebar serta rangkaian talian mudah alih juga sudah disediakan yang mana liputannya boleh digunakan oleh hampir kebanyakan penduduk dan perkhidmatannya sentiasa dinaiktaraf agar liputannya lebih memudahkan masyarakat sekitar untuk membuat akses untuk berurusan dengan dunia luar dengan lebih cepat dan senang.

Inilah sebahagian daripada kejayaan yang telah dicapai secara berperingkat-peringkat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan N.50 Dalat YB Datin Hajjah Fatimah Abdullah yang telah menjadi wakil rakyat bagi kawasan DUN Dalat selama dua penggal yang mana beliau turut mewarisi atau meneruskan beberapa projek yang telah pernah dirancang oleh bekas ADUN Dalat yang terdahulu iaitu Datuk Seri Dr Mohd Effendi Norwawi.

Mungkin saya tidak dapat menghuraikan secara menyeluruh tentang lebih banyak lagi bukti pembangunan yang telah dibawa oleh YB Datin Hajjah Fatimah ke kawasan DUN beliau namun hakikatnya ialah beliau adalah merupakan seorang wakil rakyat yang prestasi tidak wajar dipertikaikan malah kerjanya amat kami penduduk DUN Dalat banggakan dan beliau merupakan seorang wakil rakyat yang sentiasa mahu dekat dengan rakyat dan rajin menemui para pengundi di kawasan beliau walaupun sibuk dengan tanggungjawab sebagai Menteri Di Pejabat Ketua Menteri.

Banyak program-program yang telah diilhamkan oleh YB Datin Hajjah Fatimah khusus untuk golongan sasar seperti murid-murid dari keluarga miskin juga golongan miskin tegar dan sebagainya kini telah menampakkan kejayaan yang meyakinkan. Oleh itu kepada beberapa pandangan sebelum ini yang menganggap beliau sebagai telah gagal menunaikan tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat hanya disebabkan beberapa lagi projek yang belum disiap atau belum dilaksanakan namun bagi saya pandangan seumpama itu mungkin datang dari penduduk luar DUN Dalat yang kurang memahami tentang pembangunan yang dibawa oleh YB Datin Fatimah tetapi mendapat cerita berkenaan DUN Dalat hanya melalui khabar angin yang entah darimana puncanya.

Khamis, Oktober 21, 2010

PKR ! Jangan melagakan kaum lain dengan bangsa Melanau di Sarawak..

Penasihat PKR DS Anwar Ibrahim bersama dengan para juak PKR dijangka akan datang dan berkampung di Bahagian Miri, Sarawak pada 23 Oktober ini iaitu pada hari Sabtu untuk melancarkan jentera gerak kerja pilihanraya PKR bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak yang mungkin diadakan pada penghujung tahun ini atau awal tahun depan.

Menurut beberapa maklumat yang boleh dipercayai menyebut yang majlis pelancaran berkenaan oleh DS Anwar itu akan dilakukan di banglow mewah milik Ketua PKR Bahagian Miri iaitu Dr. Teo Ka Tak di Jalan Tanjung, Tanjung Lobang.

Yang itu bukan isunya tetapi apa yang cuba saya bawakan disini ialah apabila ada desas-desus yang mengatakan bahawa PKR melalui DS Anwar akan mengambil kesempatan dari majlis itu untuk membangkitkan isu-isu yang sangat sensitif bagi semua kaum yang ada di Bumi Kenyalang ini.

Difahamkan bahawa ada usaha-usaha tertentu daripada pihak PKR yang cuba untuk melaga-lagakan kaum Melayu, Iban, Bidayuh, Kedayan dan semua etnik lain dalam masyarakat Orang Ulu untuk bangun menentang kaum Melanau bertujuan untuk menekan kepimpinan Ketua Menteri YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud agar segera berundur.

Jika benar pihak PKR ada perancangan yang sedemikian, saya sangat berharap agar pihak berkuasa negeri gunakanlah kuasa imigresen yang ada untuk menyekat kemasukan mana-mana pemimpin parti politik dari menjejakkan kaki ke Bumi Kenyalang ini.

Kita bukan bermaksud untuk mengenakan tindakan serupa itu kepada mana-mana ingin memasuki negeri Sarawak tetapi sebagai rakyat kita juga perlu ada rasa tanggungjawab untuk memastikan keadaan yang aman, selamat, stabil sentiasa terjamin disamping memperkukuhkan hubungan mesra sesama rakyat di negeri ini.

Kepada pihak yang datang dengan membawa bersama mereka niat untuk menghancurkan semua itu maka adalah wajar bagi mereka itu untuk tidak dibenarkan bebas menjelajah di serata negeri ini jika hanya akan mendatangkan kemudaratan dan kemusnahan terhadap keharmonian kaum-kaum di Sarawak.

Saya sepertimana juga kaum lain di negara ini tentu sekali saya turut berhak untuk mempertahankan nama baik bangsa saya daripada dihina, dicerca dan dilabelkan dengan perkataan-perkataan yang tidak sedap untuk didengar. Jangan hanya tidak menyenangi Pehin Sri Haji Taib Mahmud maka seluruh kaum Melanau juga turut dimusuhi tanpa sebab yang tidak masuk akal.

Rabu, Oktober 20, 2010

Syabas dan Tahniah rakyat Melaka ! Melaka Maju 2010...

Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah khas buat seluruh rakyat negeri Melaka Bandaraya Bersejarah diatas pengisytiharan sebagai sebuah negeri maju tepat jam 8:10(20:10) malam 20hb Oktober 2010 oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Rakyat negeri Melaka sudah pasti merasa sangat bertuah kerana mempunyai seorang Ketua Menteri yang rajin, cergas dan begitu gigih berusaha untuk membawa banyak perubahan ke dalam negeri Melaka demi untuk negeri serta juga untuk kebanggaan setiap rakyatnya.

Bajet 2011: Wakil Rakyat BN jangan ulang lagi peristiwa hitam Bajet 2010 !

Saya rasa tentu masih ramai rakyat Malaysia yang ingat akan satu peristiwa berlaku pada Isnin malam 14hb Disember 2009 di mana kerajaan Barisan Nasional hampir-hampir tumbang setelah Dewan Rakyat undi secara belah-bahagi bertujuan samada Bajet 2010 boleh dilulus ataupun tidak.

Undi belah-bahagi yang dicadangkan oleh Ahli Parlimen(DAP) Ipoh Barat YB M. Kulasegaran setelah pihak Pakatan Pembangkang mula menyedari yang kehadiran Ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional pada malam itu jelas kurang dan hampir menyamai jumlah wakil rakyat pembangkang.

Keadaan itu telah memberi peluang kepada pihak pembangkang untuk mula memasang strategi bagaimana untuk merampas kuasa daripada kerajaan Barisan Nasional dalam masa yang singkat tanpa perlu menunggu PRU-13 yang dirasa masih terlalu lama.

Keadaan telah menjadi semakin cemas bagi pihak wakil rakyat Barisan Nasional apabila mereka mendapati ramai diantara rakan-rakan dalam BN yang tidak kelihatan di dalam Dewan mahupun di sekitar ruang legar dewan pada waktu itu walaupun masa untuk mengundi sudah semakin hampir.

Angka 64-63 itulah yang telah menyelamatkan kerajaan BN yang kemudiannya ditambah dua undi menyokong dengan kehadiran yang lewat Perdana Menteri DS Najib dan TS Muhyiddin menjadikannya 66 undi bersetuju bagi pihak BN dan Pakatan Pembangkang masih dengan jumlah 63 undi menentang.

Oleh itu, untuk meluluskan Bajet 2011 setelah ianya selesai dibahaskan kelak oleh semua Anggota Dewan Rakyat maka semua wakil rakyat khususnya mereka dari Barisan Nasional hendaklah sentiasa berjaga-jaga dengan taktik berbagai pihak Pakatan Pembangkang dalam usaha mereka untuk merampas tampuk kuasa kerajaan.

Kepada mana-mana wakil rakyat BN yang mempunyai tabiat suka ponteng dan selalu tidak hadir tanpa diketahui akan sebabnya sewaktu Dewan Rakyat bersidang kita menyerulah, agar ubah sikap tu sebab tiada gunanya gelaran sebagai Yang Berhormat jika sering mengabaikan tanggungjawab sebenar yang telah diamanahkan oleh rakyat.

Dan untuk mengelak peristiwa Isnin malam 14/12/2009 dari berulang kembali, kita haraplah supaya setiap Ahli Parlimen menyemak semula jadual-jadual yang telah diatur sebelumnya dan jika ada diantara tarikh yang bertindih dengan tarikh dimana dewan sedang bersidang maka eloklah tarikh berkenaan ditukar kepada tarikh atau masa yang lain.

Selaku Ahli Parlimen sepatutnya mereka sendirilah yang lebih memahami betapa pentingnya satu-satu Bajet yang telah dibentangkan untuk diluluskan bagi menggerakkan jentera pentadbiran iaitu setelah ianya melalui proses perbahasan yang berhari-hari di dalam Dewan Parlimen dan sudah semestinya Ahli-ahli Parlimen ini sendiri tahu seandainya Bajet gagal untuk diluluskan maka bermakna kerajaan sudah tidak punya sebarang peruntukkan atau perbelanjaan untuk mengurus segala kos-kos pentadbiran negara.

Rakyat seperti saya tidak berniat untuk mengajar tetapi cuma untuk mengingat saja agar peristiwa yang pernah membuat ramai pihak menjadi cemas dan gementar tidak akan berulang lagi untuk Bajet 2011 ini.

Terima Kasih daun keladi, lain kali jangan buat lagi !

Selasa, Oktober 19, 2010

Lantik semula TS Syed Hamid Albar dalam kabinet sebagai Menteri KDN...

Semasa saya sedang leka melayan siaran buletin utama di TV3 sebentar tadi, tetiba saja keluar berita mengenai kejayaan Forum Antarabangsa yang julung kali diadakan di Malaysia bersempena dengan perhimpunan Agung UMNO 2010 yang bermula hari ini.

Saya sebenarnya baru perasan rupa-rupanya Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar adalah merupakan pengerusi kepada forum antarabangsa berkenaan yang baru diwujudkan tatkala beliau sedang ditemuramah oleh wartawan TV3 iaitu sebaik selesai forum tersebut.

Pertama kali diadakan, ternyata forum berkenaan telah berjaya memenuhi matlamat penubuhannya dan ianya telah mendapat reaksi yang sangat menggalak daripada lebih 500 para peserta yang mewakili 22 parti politik seluruh dunia yang mengambil bahagian manakala kejayaan forum ini juga adalah bukti yang Tan Sri Syed Hamid sebagai pengerusinya tetap ada pengaruh beliau yang tersendiri diperingkat antarabangsa.

Tan Sri Syed Hamid seingat saya beliau telah mula berkhidmat didalam kerajaan bermula sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab didalam hal ehwal undang-undang, sebagai Menteri Kehakiman lalu selepas itu dilantik sebagai Menteri Luar di era pentadbiran Perdana Menteri ke-4, Negarawan YABhg Tun Dr Mahathir dan ketika dibawah kepimpinan Perdana Menteri ke-5 YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, TS Syed Hamid telah dilantik sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri sehinggalah beliau digugurkan dari senarai kabinet DS Najib yang mengambilalih jawatan dari Tun Pak Lah.

Ketika menerajui setiap kementerian yang dipertanggungjawab ke atas bahu beliau, Tan Sri Syed Hamid ternyata berjaya membuktikan keupayaan beliau dan tindakan beliau yang cukup tegas walau cermat dan berhati-hati didalam mendepani sebarang isu yang timbul telah memberikan keyakinan yang tinggi kepada rakyat amnya bahawa apa jua isu-isu yang sensitif jika sengaja dimainkan maka mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab masih melakukannya pasti akan diambil tindakan tanpa berulangkali diberi amaran.

Terdapatnya kelebihan yang ada pada TS Syed Hamid yang perlu diambilkira oleh PM DS Najib supaya beliau dapat dibawa masuk semula ke dalam barisan kabinet dan seterusnya dilantik sebagai Menteri KDN.

Saya fikir, adalah lebih baik untuk PM kita melantik semula mereka-mereka seperti TS Syed Hamid ini sebagai menteri didalam kabinetnya daripada beliau melantik individu tertentu yang bukan pilihan rakyat dimana sebelumnya mereka itu wajib mengangkat sumpah sebagai senator bagi membolehkan dlaintik sebagai menteri.

Isnin, Oktober 18, 2010

Mengapa Namewee diberi kuasa immuniti disisi undang-undang ?

Sangat menghairankan ! ...bagaimana Namewee, rakyat Johor rakyat Malaysia yang sudah beberapa kali menimbulkan pelbagai kontroversi yang boleh malah sudah mencetuskan ketidakstabilan didalam hubungan antara sesama kaum di negara ini masih lagi belum dikenakan sebarang tindakan yang sewajarnya oleh mereka-mereka berwajib serta yang telah diberi tugas demi untuk menjaminkan keadaan yang harmoni didalam negara ini agar berkekalan.

Tetapi kenapa didalam masa yang sama tindakan begitu pantas boleh juga diambil terhadap beberapa individu yang sepanjang pengetahuan saya yang dikatakan telah melakukan kesilapan yang hampir serupa iaitu melanggar peraturan-peraturan yang harus dipatuhi yang telah digariskan sebagai sebahagian undang-undang penyiaran dan selain itu mereka semua bukanlah dari latarbelakang kaum yang sama dengan Namewee yang berbangsa Tiong Hua.

Sebagaimana tindakan yang pernah pihak berkuasa kenakan terhadap beberapa orang penulis blog dari kaum Bumiputera seperti blogger Jeffry 'Dimensi' Damien, blogger Aduka Taruna, blogger Rocky's Bru @ Datuk Ahiruddin Atan disebabkan masalah-masalah yang tertentu maka tindakan yang lebih berat juga lebih tegas patut diambil terhadap Namewee ini kerana kesalahan yang pernah dan telah lakukan oleh beliau adalah sangat serius jika dibandingkan dengan tuduhan yang disabitkan ke atas rakan-rakan blogger.

Kita rakyat biasa tentu tertanya-tanya kenapa??? ..dan pihak kerajaan sudah pasti ada jawapannya. Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz hari ini ketika di dalam Dewan Rakyat yang sebelumnya menjawab soalan oleh Anggota Parlimen Ipoh Timur YB Lim Kit Siang mengenai kelewatan tindakan diambil oleh pihak kerajaan terhadap dua guru masing-masing seorang dari Kedah dan seorang lagi dari Johor yang kononnya didakwa telah mengeluarkan kenyataan yang disifat oleh Pakatan Pembangkang sebagai berbau perkauman, lalu DS Nazri bingkas menjawab bahawa tindakan terhadap keduanya akan segera diambil.

Dan kemudian ketika menjawab soalan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan YB Datuk Bung Mokhtar Radin berhubung dengan siasatan serta tindakan yang perlu diambil terhadap Namewee yang lebih teruk lagi rasisnya siap dengan video klip dia lagi, maka DS Nazri memberitahu dewan bahawa tindakan tidak dapat diambil ke atas Namewee kerana beliau iaitu Namewee bukanlah seorang pegawai kerajaan dan atas sebab itulah maka tindakan sangat sukar, sangat payah dan betul-betul sangat rumit untuk diambil terhadap Namewee. Itu kata DS Nazri yang anti PERKASA, anti-Datuk Paduka Ibrahim Ali dan anti-Tun Dr Mahathir Mohamad.

Maknanya ialah kedua-dua guru itu boleh diambil oleh kerana kedua mereka adalah kakitangan kerajaan dan bagi menangani kes Namewee, beliau akan dilayan dengan cara yang paling istimewa, paling khusus, dihidang dengan makanan yang sedap-sedap, dihidang dengan berbagai jenis minuman yang lazat-lazat siap dengan pelayan-pelayan yang bertaraf lima bintang sebab dia bukan kakitangan kerajaan dan dia adalah rakyat Malaysia yang paling kurang ajar, biadap, pernah menterbalik Jalur Gemilang di laman blog beliau, pernah menghina lagu kebangsaan Negaraku dan yang terbaru telah menghasilkan sebuah video klip yang jelas berunsur perkauman dan menghasut.

Bagi saya alasan yang telah diberikan oleh DS Nazri mengenai sebab mengapa tindakan terhadap Namewee seperti berat sangat untuk diambil dan seolah-olah tiada tindakan langsung selain tindakan polis memanggil beliau datang ke Balai Polis untuk diambil cuma keterangan tanpa komputer riba dia ditahan saya berpendapat adalah tidak masuk akal sama sekali. Sebabnya ialah sebagai seorang rakyat negara ini, yang lahir, membesar, belajar, bekerja dan akan bersemadi di dalam negara ini jadi sudah tentulah kemerdekaan, kedaulatan, kesejahteraan, keamanan, kestabilan, keharmonian, keselamatan dan tugas mengekalkan perpaduan kaum di negara ini telah menjadi tanggungjawab kita semua tanpa mengira dianya seorang pemimpin politik, pegawai kerajaan ke, kakitangan swasta ke, kontraktor ke, buruh biasa ke, nelayan ke atau petani kerana status atau taraf kita sebagai rakyat negara ini adalah sama saja dan kita punya hak yang sama ke atas maju mundurnya negara ini.

Dan saya sebagai rakyat yang sangat cintakan keamanan untuk Malaysia, sangat diharap agar tindakan jelas dan tegas dapat diambil terhadap Namewee, supaya jangan sampai dia mengulangi kebiadapan untuk beberapa kali lagi baru kerajaan mahu bertindak...cegah sebelum parah !

'Taubat' drama muzikal Karpal Singh dan dilakonkan semula oleh AMK

Tentu sekali semua rakan-rakan blogger mungkin juga seluruh rakyat Malaysia masih ingat lagi dengan kehebatan sebuah drama yang cukup mantap dan mendebarkan bertajuk "Anwar Ibrahim harus bertaubat" yang telah dilancarkan dalam suasana yang kelihatan cukup tegang dan mencemaskan oleh YB Karpal Singh, Pengerusi DAP Pusat serta Ahli Parlimen Bukit Gelugor beberapa ketika dahulu..

Seperti biasa, selepas majlis pelancaran drama selamat dilakukan, maka YB Karpal Singh selaku pengarah dan juga pelakon yang memegang watak utama di dalam drama tersebut telah mengadakan sidang medianya. Pada sidang akhbar itu, YB Karpal Singh dengan nada yang cukup marah dan kesal(cuma gimik dan strategi semata untuk mempromosi drama) mendesak agar DS Anwar Ibrahim segera bertaubat disamping meminta DAP supaya mengkaji semula hubungannya dengan PKR.

Drama tetap juga drama apabila bukan nama DS Anwar saja malah nama dua pemimpin utama dalam DAP juga iaitu YB Lim Kit Siang dan anaknya Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng turut disebut sama oleh YB Karpal Singh semasa sidang media itu bagi menarik lebih perhatian masyarakat agar datang beramai-ramai untuk menonton drama mereka sehinggalah sampai kepada luahan kekecewaan hati beliau yang teramat sangat terhadap Kit Siang dan Guan Eng yang dituduh membiarkan beliau keseorangan berdepan dengan karenah PKR dan DS Anwar Ibrahim.

Kini setelah beberapa bulan berlalu, drama tersebut yang diadaptasi semula sesuai dengan peredaran masa dan diterbitkan dalam bentuk baru atau versi yang mudah untuk difahami cuma watak-watak tertentu dalam drama berkenaan kini sudahpun dipegang oleh pelakon bakat baru dari Akademi AMK dimana jalan ceritanya juga adalah sama dengan yang dulu iaitu mesej yang hendak disampaikan sama dengan yang dilakonkan YB Karpal Singh.

AMK seramai 60 orang ini yang datang menyerah memorandum Taubat kepada Ketua Jawatankuasa Pemilihan PKR iaitu encik Rauf Imran untuk disampaikan kepada DS Anwar Ibrahim dimana kesemua mereka datang dari Perak dan Pulau Pinang ni mungkin jenis yang boleh diibaratkan bak kata pepatah, 'hangat-hangat tahi ayam' dan AMK ini juga nanti akan jadi sama seperti YB Karpal Singh apabila mula saja dia marah-marah lepas tu sayang balik sehingga menjadi Ketua Pembela kepada DS Anwar Ibrahim.

Oleh, kita menyerulah kepada saki-baki anggota anggota PKR semuanya, jika sekiranya kalian merasa perlu untuk bangkit dari 'bawah sedar' maka sangat eloklah sekali tinggalkan saja perjuangan PKR dan bukannya mendesak DS Anwar Ibrahim supaya segera bertaubat atau meminta beliau agar segera meletak jawatan. Mendesak dan meminta DS Anwar Ibrahim untuk segera bertaubat memang satu kerja yang sia-sia umpama mencurah air ke daun keladi.

Mereka harus sedar dan tahu bahawa tujuan penubuhan PKR sejak 12 tahun yang lalu adalah semata-mata hanya untuk menegakkan benang DS Anwar Ibrahim yang basah dan bukannya tujuan PKR diwujudkan untuk menegakkan keadilan kepada seluruh warga Malaysia sebagaimana slogan yang selalu disebut mereka iaitu 'samarata' atau kesamarataan hak.

Sedarlah, insaflah...wahai semua para penyokong PR dan tinggalkan saja perjuangan anda semua dalam PKR ~ DAP...dan kembalilah semula kepada perjuangan asal dulu yang ternyata berjaya membebaskan Malaysia daripada tangan penjajah !

Ahad, Oktober 17, 2010

Tips menangkap burung tekukur tanpa mencederakanya...

Pada kebiasaannya bagi sesiapa saja yang gemar menangkap apa-apa juga jenis burung mengikut kemahuan masing-masing tentulah mereka mempunyai cara atau kaedah yang tersendiri seperti memasang jerat, memasang cecair bergetah di sekitar pokok yang sering dihinggapi oleh beburung, jaring dan sebagainya lagi.

Namun demikian, ada juga yang mengambil jalan singkat janji asal saja dapat menangkap burung-burung yang diidamkan tak kira samada burung itu nanti dapat ditangkap dalam berkeadaan hidup atau mati apabila ada yang sanggup menggunakan lastik, umpan dipasang pada mata kail dan diikat atas pokok atau perangkap tikus.

Jika burung-burung dapat ditangkap dengan menggunakan cara sedemikian maka harapan kita untuk melihat unggas ini terus hidup adalah sangat tipis kerana tanpa kita sedari mungkin ada terdapat kecederaan di bahagian-bahagian yang tertentu pada tubuh burung itu tidak kelihatan dan ini tentu sekali akan mendatangkan risiko kematian terhadap burung-burung telah kita tangkap itu.

Jadi disini saya ingin berkongsi cara-cara atau kaedah yang mungkin berguna kepada sesetengah orang bagaimana untuk menangkap burung khususnya dari spesis tekukur. Burung tekukur kebiasaan banyak terdapat di kawasan sawah padi dan burung ini jarang kita temui dalam kelompok yang banyak seperti burung pipit atau burung layang-layang.

Burung tekukur juga kelihatannya hampir menyerupai burung pergam atau burung merbuk cuma dibezakan dari segi bentuk saiz badan dan suara dimana burung tekukur badannya jauh lebih kecil daripada burung pergam atau merbuk sementara suara burung tekukur lebih jelas dan halus didengar walaupun kedengaran agak sayup-sayup tetapi suara burung pergam atau merbuk tak ubah seperti bunyi hon kapal laut yang berdengung-dengung.

Ok, cara bagaimana untuk menangkap burung tekukur ini agar ia selamat dan tidak cedera !

Mula sekali kita kenalah ke pasar dan belikan satu botol arak(bukan untuk diminum), asal arak sajalah tak kira berapa peratusan alkohol yang dilabelkan pada botol arak tersebut, janji ianya arak sudah. Dan bawa balik ke rumah, simpan ditempat yang selamat serta jauhi daripada kanak-kanak dan juga daripada mereka-mereka yang kaki arak.

Kemudian ambil beras. Beras ini memanglah bahan keperluan asas bagi kita semua dan sudah tentu juga setiap isi keluarga mempunyai simpanan beras dan tak perlulah keluar ke pasar untuk mendapatkannya sekira jumlah yang diperlukan cuma berjumlah kecil iaitu segenggam dua begitu.

Ok, lepas tu tuang air arak tu kedalam bekas lain yang lebih besar seperti tabung khas tempat menyimpan air sejuk dan seterusnya taruh beras tadi kedalamnya bersama dengan arak tu atau lebih tepat lagi ialah rendam beras itu dengan arak selama satu malam dan keesokan hari jemur dibawah panas terik matahari selama 2 hari.

Setelah itu, kita pergilah ke lokasi di mana ada terdapat burung tekukur itu tadi dan kita jangan lupa bawa kotak yang telah dipotong dengan ukuran lebih kurang 2 kaki persegi dan kita kenalah letakkan kotak tersebut ditempat yang agak strategik atau tempat di mana burung berkenaan selalu turun untuk mencari makanan.

Langkah terakhir, taburkan beras yang telah direndam dengan arak dan dijemur itu di atas kotak yang dibentang tadi dalam jumlah yang berpatutan dan jangan jugan sehingga bertimbun. Waktu selepas tengah hari hingga ke senja adalah waktu yang amat sesuai untuk kita menggunakan kaedah penangkapan ini sebab biasanya burung tekukur akan keluar mencari makan pada waktu itu.

Dan sesudah semuanya selesai, maka giliran untuk kita menuai hasil tangkapan mengambil tempat, apa yang perlu kita buat ialah bersembunyi disebalik rerumput(bukan di 'Kedutaan Turki', ingat tu!) agar kelibat kita terlindung dan supaya tidak kelihatan oleh bakal mangsa kita(bukan 'jambu-jambu', ingat juga tu!), dan kita hanya perlu menunggu masa burung tekukur itu turun dan memakan beras(bukan 'karipap', ingat tu hehe..)...tunggu saja !

Sekiranya burung-burung tekukur itu sudah memakan beras yang kita letakkan di atas kotak(bukan '6 kotak rahsia') itu tadi maka dengan hanya dua tiga kali patuk(tidaklah sampai '8 kali'..hehe..) saja dan sesudah menelannya kita akan dapat melihat burung itu akan mula dalam keadaan khayal, pening-pening, terhuyung-hayang dan kemudianya pasti akan "tersungkur"(seperti YB Azmin Ali kalah 'tersungkur' pada November 2010 kelak) rebah di atas kotak kerana mabuk makan beras yang bercampur dengan arak dan pada masa tu lah peluang kita untuk menangkap burung tekukur itu tadi dalam keadaan yang masih hidup dan simpanlah didalam kurungan dan jirus atau percikkan dengan air nescaya burung tekukur itu akan sedar dari mabuk dan akan pulih semula seperti sediakala dalam tempoh untuk beberapa ketika tanpa sebarang kecederaan.

Ok ! selamat mencuba :-))

Sabtu, Oktober 16, 2010

Makna tersirat di sebalik angka 8. Ada yang suka dan ada yang tidak suka !

Peranan dan fungsi angka-angka untuk membentuk gabungan nombor bagi kegunaan pelbagai keperluan didalam apa jua urusan seharian manusia adalah sangat penting dan sangat mustahak.

Dan begitu juga didalam kelompok sesuatu masyarakat itu, angka-angka bagi sesetengah daripada mereka memainkan peranan yang sangat bermakna didalam mengurus atau menentukan arah tuju kehidupan menuju masa hadapan mereka yang penuh dengan kejayaan dan kegemilangan.

Angka-angka tidak akan bermakna sekiranya salah satu daripadanya telah ditiadakan misalnya kita mahu dihapuskan salah satu daripada angka tersebut maka kita akan gagal untuk mewujudkan bilangan nombor bagi menunjukkan jumlah sebagaimana yang kita mahu tunjukkan.

Sebanyak sepuluh angka yang mempunyai peranan masing-masing dan setiap satu daripada sepuluh angka-angka berkenaan iaitu yang bermula dari 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 saling diperlukan dan amat diperlu kerana ianya saling lengkap melengkapi untuk membentuk satu jumlah yang dikehendaki.

Berbalik kepada cerita awal kita tadi iaitu mengenai kepercayaan oleh sesetengah kaum dalam masyarakat di Malaysia ini dan saya percaya bukan setakat hanya di negara kita saja malah di seluruh dunia bahawa masing-masing daripada kita tentunya mempunyai kepercayaan tersendiri berkaitan dengan makna disebalik satu-satu angka itu.

Angka 8 misalnya, banyak orang yang menggemari akan angka ini. Pernah satu ketika iaitu baru-baru ini apabila masyarakat dunia telah dikejutkan dengan satu berita dimana kejadian pergaduhan dasyat berlaku di negara China gara-gara berebut untuk membeli plate nombor kenderaan yang mengandungi angka 8888 walaupun dijual pada kadar harga yang sangat tinggi.

Dalam masyarakat Cina terutama bagi golongan peniaga dan usahawan mereka sangat percaya bahawa angka 8 itu mempunyai tuah dan dipercayai mampu membawa rezeki masuk secara berterusan jika setiap kerja atau usaha dimulakan dengan angka 8.

Angka 8 bagi mereka memang sangat berbeza dengan angka-angka yang lain sebabnya angka 8 kebiasaannya hanya mempunyai sifat bermula tetapi tiada akhirnya sebagaimana angka-angka yang lain dan angka 8 hampir sama dengan angka 0 yang apabila kita mula menulis ianya seolah-olah tidak akan keluar malah sentiasa masuk berlegar-legar dipersekitaran.

Cuba kita menulis angka-angka dari 0 hinggalah ke angka 9 dengan pen ke atau pensil ke atau apa-apa sajalah, tentu sekali kita akan mendapati adanya kelainan tatkala kita menulis untuk angka 0 dan 8 jika dibandingkan semasa kita menulis untuk angka 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 dan 9 dimana bila kita mula menulis maka kita pasti akan nampak bagaimana bermula mata pen kita menari di atas kertas dan dimana ianya akan berakhir.

Tetapi yang sebenarnya ialah saya cuba untuk membawa tumpuan anda semua kepada satu keresahan berkenaan dengan permohonan ketua peguambela untuk kes liwat 2008 iaitu YB Karpal Singh Tunda kepada mahkamah dimana beliau telah meminta mahkamah untuk menggugurkan angka 8(merujuk kepada pengakuan Mohd Saiful yang mendakwa telah diliwat sebanyak 8 kali oleh Anwar) daripada prosiding Mahkamah. Hakim bersetuju dan pihak pendakwaan juga turut bersetuju.

Semua kita tentunya merasa amat terkejut dengan keterangan terbaru oleh dua orang saksi kes liwat 2008 iaitu pakar forensik apabila memberitahu mahkamah bagaimana mangsa iaitu Mohd Saiful telah menyatakan kepada mereka bahawa beliau telah diliwat tanpa kondom sebanyak 8 kali dalam tempoh 2 bulan.

8 kali???????????????????????????????????????????????????...fuhhhhhhh!!!!!! 8 das tembakan menggunakan senapang patah, gajah Afrika pun bisa tumbang Pak!!! hehehe...

Semoga YB Datuk Paduka Ibrahim Ali selamat menjalani pembedahan dan segera sembuh !

Saya baru saja terbaca mengenai keadaan kesihatan Ahli Parlimen Pasir Mas Kelantan YB Datuk Paduka Ibrahim Ali dari blog milik Papa Gomo dan juga dari blog RBF(Ruang Bicara Faisal) yang menurut keduanya beliau kini telah ditempatkan di wad CCU Hospital Ampang Puteri akibat dari masalah komplikasi jantung.

Pembedahan ke atas pejuang bangsa, agama dan negara yang juga Presiden PERKASA itu juga menurut keduanya akan dilakukan pada hari Isnin depan iaitu pada 18 Oktober 2010 dan sebelum pembedahan jantung dijalankan YB Datuk Paduka Ibrahim ditempatkan dulu di wad berkenaan untuk berehat bagi mengurangkan kandungan gula yang terdapat didalam badan.

Harapan saya juga seluruh rakan blogger Bumiputera walau kami berbeza asal keturunan bangsa dan kepercayaan agama namun demi untuk meneruskan perjuangan bagi mempertahankan biarpun seinci, namun hakikatnya apa yang sememang telah menjadi hak kita tetap dan harus kita pertahankan ! ,,,dan semoga YB Datuk Paduka Ibrahim Ali akan terus mengetuai semangat perjuangan bangsa dan negara serta agar beliau selamat menjalani pembedahan itu nanti dan segera sembuh dan sihat seperti sediakala. Amin!

Jumaat, Oktober 15, 2010

Ramai pemimpin PR gembira dengan Pembentangan Bajet 2011 oleh PM...

 "Saya sangat teruja dengan pembentangan belanjawan untuk tahun depan 2011 oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib, Perdana Menteri yang kita semua sanjungi. Lebih membuat saya terkedu ialah bila saya kira-kira pakai kalkulator kepunyaan Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Mohd Khalid yang telah dikhaskan untuk duduk sebelah saya iaitu diantara saya dengan 'adik saya' iaitu YB Azmin Ali, barulah saya tahu yang peratusan untuk bajet 2011 ini lebih tinggi iaitu 2.8 peratus berbanding belanjawan 2010 dulu.

Sebenar saya tak menduga sama sekali yang Datuk Seri Najib ni lebih bijak dan pandai rupanya daripada saya kerana selama ini saya selalu saja fikir bahawa sayalah orang paling bijak, pandai dan cerdik daripada semua orang di negara ini. Dengan ini maka saya, mahu tidak mahu terpaksalah menebal muka saya kerana walau apapun saya tetap mengakui yang bajet 2011 adalah yang terbaik pernah dibentangkan oleh seseorang Perdana Menteri dan saya mengambil kesempatan untuk mengucap syabas dan tahniah kepada PM kita dan semoga beliau berjaya didalam merealisasikan apa yang sudah digaris didalam pembentangan itu tadi, terima kasih," - YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh juga merangkap Penasihat PKR serta Ketua Pembangkang di Parlimen.
 "Saya juga senada dengan Abang Anwar berkenaan dengan Pembentangan Belanjawan 2011 itu oleh YAB Perdana Menteri dan saya sangat bersyukur kerana apa yang cuba diperkatakan oleh pihak kami iaitu pihak Pakatang Pembangkang kini semuanya telah ada didalam pengumuman oleh Datuk Seri Najib tadi malah apa yang terkandung didalamnya sudah menjangkau dari apa yang sedang pihak kami rancangkan dan saya berpendapat maka itu tak perlulah untuk pihak kami di Pakatan Pembangkang cuba nak buat komen yang bukan-bukan berhubung dengan Bajet 2011 ini dan kita sebagai rakyat walaupun pada hakikatnya kita adalah wakil rakyat harus dengan sepenuh hati menyokong bajet ini demi kesejahteraan bersama, terima kasih," - YB Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak juga Naib Presiden PKR.
 "Ouwh!!!..bagi saya secara peribadi, ini merupakan satu pembentangan belanjawan yang kita tak sangka-sangka, ya,..maksud saya ialah kerana sebelum ini saya berpendapat ianya serupa saja dengan bajet-bajet yang pernah dibentangkan sebelum ini tetapi rupanya ianya amat berbeza sekali. Ia lebih besar dari bajet sebelum ini iaitu 2.8 peratus dari yang dulu. Banyak sekali pihak yang akan mendapat menfaat dan faedah daripada pembentangan bajet kali ini.

Bagi saya, biarpun kita berbeza dari segi ideologi politik namun dalam beberapa perkara kita harus bersetuju dengan pihak lawan sekiranya kita dapati apa yang mereka buat selaras dengan apa yang cuba kita perjuangkan dan saya harap semua pihak patut melihat dengan lebih jauh lagi akan kebaikan jika bajet 2011 ini berjaya dilaksanakan, terima kasih," - YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Marang juga Presiden PAS.
 "Ini bajet 2011 sangat bagus, iya bagus dari segi membantu golongan sasar. Bagi saya apa yang lebih baik ialah jika semua dapat di selaraskan dengan segera tanpa perlu menunggu awal tahun depan maka ianya akan menjadi lebih bagus dan tentu sekali bidang yang saya utamakan dalam kerjaya saya iaitu bidang guaman akan mendapat faedah yang sangat tinggi dan saya tidak menafikan bahawa profesion guaman turut mendapat impak yang besar dengan pembentangan bajet kali ini.

Maksud saya mudah saja, apabila semuanya sudah menerima kenaikan maka saya sebagai seorang peguam juga akan dapat mengenakan caj yang lebih tinggi lagi dimasa depan kepada setiap pelanggan yang ingin mendapat khidmat guaman dari firma guaman saya atau dari firma guaman dua orang anak saya. Kami boleh bikin duit banyak, belum termasuk lagi nilai-nilai hasil dari kejayaan saya menangguh kes liwat Anwar Ibrahim dimahkamah.

Terima kasih kepada PM kita, YAB Datuk Seri Najib kerana kerana sentiasa memberi peluang dan ruang kepada kita semua untuk membuat duit lebih dan ternyata beliau lebih pintar dari Anwar dalam mengurus hal-hal berkaitan dengan ekonomi negara, terima kasih," - YB 8Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor juga Pengerusi DAP Pusat.
 "Se se se benarnya sa saya terpukau dengan cara PM kita membentangkan bajet 2011 itu tadi tambahan lagi saya duduk berdepan dengan beliau didalam Dewan Rakyat. Sa sa pernah mengimpikan seorang Penasihat Ekonomi yang pintar umpama PM kita YAB Datuk Seri Mohd Najib untuk membantu saya meningkatkan lagi perjalanan ekonomi negeri Selangor namun apakan daya tiada mereka yang berkelayakan.

Maka saya terpaksa menggunakan khidmat Datuk Seri Anwar ke jawatan itu sebagai penasihat dengan gaji percubaan yang saya bagi RM1 setiap satu saat. Cu cu cu cuba kalian kiralah sendiri berapa duit yang terpaksa saya sebagai Menteri Besar Selangor keluarkan untuk mengupah Datuk Seri Anwar mengurus hal ekonomi Selangor, satu minit sudah 60 saat, satu jam 60 minit, kira saja berapa...emmmm mana kerajaan negeri nak cekau duit untuk menggaji seorang Penasihat Ekonomi sebanyak tu...bo bo boleh bangkrap.

Nasib baiklah negara Malaysia mendapat seorang pemimpin yang pintar dan bijak pasal ekonomi seperti Perdana Menteri kita ni, kalau nak harapkan mereka yang suka buat janji sana-sini seperti rakan kita tu alamat nak ketuk pintu pejabat IMF lah kita untuk pinjam duit. Syabas dan tahniah kepada PM kita, semoga berjaya," - YAB Tan Sri Mohd Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.
 "Ini bajet tahun 2011 sulah sangat magus, manyak baik untuk semua itu rakyat Malaysia. Itu peniaga manyak sinang hati dan itu lakyat misti bertelima kasih sama itu kita punya Perdana Menteri maaa... saya kalau yang magus memang sokong punya. Telima kasih manyak-manyak Datuk Seri Najib atas pembentangan bajet yang begitu magus sikali, terima kasih," YB Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Ipoh Timur juga Penasihat DAP.
 "Saya bukannya apa, sebagai seorang ahli parlimen pembangkang sudah tentulah saya berkewajipan untuk membangkang saja walaupun saya tidak faham apa yang saya bangkang. Misalnya FDI, saya cuma tahu menyebutnya saja tetapi bukannya saya tahu menahu menatang apa tu tetapi oleh kerana saya seorang wakil rakyat pembangkang maka saya wajib menjalankan amanah yang telah diberikan oleh rakyat suapaya bangkang saja apa yang kerajaan buat.

Namun jauh disudut hati saya sangat gembira dengan pembentangan bajet 2011 oleh PM petang tadi. Saya melihat pembentangan itu sudah cukup untuk menimbus segala janji-janji yang pernah pihak sebelah kami buat semasa PRU-ke12 dulu malah sehingga kini tiada satupun janji-janji itu yang sudah kami tunaikan untuk rakyat. Oleh itu, apabila hari ini PM kita telah mengumumkan bajet 2011 tadi, saya sangat bersyukur kerana walaupun pihak kami memang mustahil untuk menunaikannya tetapi dengan pembentangan oleh Datuk Seri Najib itu maka sekurang-kurangnya rakyat merasa tidak terpedaya dengan tipudaya kami selama ini kerana kerajaan BN sudahpun menampung janji yang pihak kami taburkan dulu, terima kasih," - YB Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena juga Naib Presiden PAS.
"Fuhhh~~~ lega juga dengan bajet oleh PM kita petang tadi. Yang  memeningkan kepala saya ialah walaupun saya dah jalankan doa pecah perut, doa bala tetapi makin ligat PM kita tu buat kerja. Lagi bajet kali ini makin besar pulak dari bajet 2010 dulu. Apa saya punya doa sudah tidak mujarab lagi kah...celako! celako! celako!

Tapi demi rakyat Kelantan, demi untuk diri saya sendiri juga saya sangat mengalu-alukan bajet 2011 oleh PM kita, ini bagi saya bajet yang paling bagus dan semua orang pasti akan mendapat nik mat daripadanya, terima kasih PM," - YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

ANAK MERDEKA; hehehe...lihatlah betapa kagumnya semua pemimpin2 pembangkang dengan bajet 2011 yang berjumlah RM212 bilion itu. Sampai ada yang tergagap-gagap.

Hendaknya begitulah kita semua sepatutnya, apa yang baik kita semua harus dan wajar menyambut dengan keriangan bukannya dengan perasaan yang penuh hasad dengki...barulah kita dapat hidup dalam keadaan yang aman dan sentosa sentiasa.. sekian !

Karpal Singh fobia dengan perkataan 'kali terakhir & 8 kali'...

Barisan 12 orang 'peguambela terhebat' kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diketuai oleh Karpal Singh nampaknya alah kepada hanya dua patah perkataan iaitu 'kali terakhir dan 8 kali' yang boleh disifatkan sebagai ungkapan pembawa mala petaka bagi kes liwat DSAI jika tidak disekat segera atau dibuang dari digunakan pada prosiding yang sedang berjalan sekarang.

Dengan itu, Karpal Singh telah meminta agar Hakim yang mengendalika perbicaraan tersebut menggugurkan terus dua perkataan itu kerana khuatir kononnya akan terus digunakan oleh pihak pendakwaan bagi melemahkan hujah barisan peguambela yang jelas sudahpun terlalu lemah dan tidak lagi bermaya.

Tindakan Karpal Singh yang kerapkali memohon agar digugurkan itu dan ini berkenaan perkara-perkara yang ada hubungkaitnya dengan kes liwat itu mungkin disebabkan kurang yakin yang pihak mereka akan menang dan juga mungkin terdorong serta terbawa-bawa dengan kemahuan sebenar pihak pasukan pembelaan yang lebih suka agar kes liwat DSAI digugur tanpa dibicarakan.

Seterusnya nanti, kita pasti akan dapat melihat bagaimana pasukan peguam terhebat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus membuat pelbagai helah terbaru mereka bagi melambat-lambatkan perbicaraan ini...

Khamis, Oktober 14, 2010

Diliwat berkali-kali tanpa kondom & tanpa belas kasihan ! ..fuhhh~~~

Rupa-rupanya bukan hanya sekali iaitu pada jam antara 3:01 hingga jam 4:30 petang 26hb June 2008 ianya berlaku tetapi sungguh tidak disangka kejadian liwat itu telahpun berlaku berkali-kali selama dua bulan.

Tanpa menggunakan kondom dan tanpa rasa belas kasihan, Mohd Saiful Bukhari Azlan telah menjadi mangsa jenayah seksual yang paling dasyat sejak ketamadunan manusia bermula.

Dua orang saksi dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu pakar forensik HKL Dr Siew Shue Feng dan Dr Khairul Nizam Hassan sependapat dalam keterangan mereka di mahkamah bahawa terdapat kesan kemasukan objek tumpul didalam d***r Mohd Saiful.

...fuhhhhh !!!...

Dan dalam isu politik negara pulak, sudah berapa kali sudah sistem demokrasi negara ini telah diliwat oleh PKR, tidak terhitung sudah.

Semalam pihak pengurusan pemilihan PKR telah mengumumkan yang MP Lembah Pantai Nurul Izzah tidak layak untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR kerana hanya mendapat satu pencalonan tetapi hari ini entah bagaimana tiba-tiba saja diumumkan yang Nurul Izzah telah layak pulak...

Semalam Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada di Jakarta Indonesia telah mendakwa sekiranya beliau jadi Perdana Menteri Malaysia maka beliau dalam masa cuma dua minggu akan berjaya menyelesaikan masalah dua hala diantara Malaysia dengan Indonesia. Bohong betul !!!...

Hari ini juga MP Padang Serai, N. Gobalakrishnan telah mengamuk untuk siri baru dan mengancam untuk keluar daripada PKR gara-gara percaturan yang telah diatur oleh DSAI dengan Azmin Ali agar kedua mereka dapat terus meliwat seberapa banyak lagi ahli-ahli PKR yang sedia untuk diliwat dan diperkosa.

Banyak lagi kan kawan2... esok kita kupas lagi...pilih saja isu mana yg kita nak siat2 hehe...

DSAI dlm tempoh jaminan, tetapi kenapa dibenar keluar-masuk negara ???

Semua tahu bahawa DSAI kini masih dalam tempoh jaminan yang bermakna beliau masih terikat dengan urusan tertentu di mahkamah ekoran tuduhan liwat terhadap beliau yang membabitkan bekas 'pembancuh kopi' dia iaitu saudara Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kalau mengikut pemahaman saya yang buta pasal undang-undang ini, barang siapa yang masih diikat dengan apa bentukpun jaminan tak kiralah ianya jaminan oleh pihak polis ke, oleh pihak mahkamah ke, oleh penjamin dari kalangan rakan-rakan, keluarga ke ataupun atas jaminan bon peribadi dan sebagainya, tetapi saya percaya bahawa apabila seseorang itu telah diikat dengan jaminan yang tertentu maka seseorang itu tidak boleh melakukan sebarang perkara yang boleh mengancam ketenteraman awam ataupun yang boleh menggugat kstabilan negara selaras dengan syarat jaminan yang diperolehi.

Disinilah saya melihat ada kelemahan yang seolah-olah gagal dikesan atau mungkin tidak disedari oleh mereka-mereka yang berwajib. Bagi pendapat saya apabila seseorang yang ada kes-kes tak kiralah samada kes itu berat atau ringan dan ada yang antaranya dilepas dan dibebaskan dengan jaminan tertentu jadi ianya bukanlah dilihat sekadar bentuk perlindungan kepada diri seseorang tertuduh itu malah lebih besar dan luas lagi ertinya iaitu jaminan itu juga menuntut agar mereka-mereka yang diberikan dengan jaminan atas kesalahan tertentu harus melindungi dan mengelak diri mereka sendiri daripada menjadi punca kepada sebarang keadaan yang tidak diingini.

Saya ingin mengulas sedikit berkenaan dengan lawatan DSAI ke Jakarta Indonesia semalam, bagaimana boleh berlaku selalu perkara seperti ? Beliau pergi ke Jakarta atas urusan apa itu tidak penting tetapi apa yang sangat menyedihkan ialah apabila sudah berada disana beliau dengan sewenang-wenangnya memburuk-burukkan media-media Malaysia serta melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas sama sekali terhadap kerajaan di negara sendiri sehingga institusi-institusi tertentu negara ini juga turut menjadi sasaran tohmahan beliau semata-mata bagi menarik sokongan rakyat Indonesia terhadap perjuangannya.

Apakah Kementerian Luar Malaysia serta Kementerian Dalam Negeri tidak mempunyai tanggungjawab khusus atau apakah kuasa untuk bertindak terhadap mereka-mereka yang melakukan perkara yang sedemikian tidak diperuntukkan kepada kedua-dua kementerian tersebut bagi mengawal perkara seperti daripada terus berulang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menjaminkan kesejahteraan negara???

Rabu, Oktober 13, 2010

Setakat manakah 'syarat jaminan' yg diberikan Mahkamah keatas DSAI telah dipatuhi ?

Sebagai salah seorang daripada puluhan juta rakyat negara yang mengamalkan sistem demokrasi serta kebebasan bersuara seperti Malaysia ini, sudah tentulah saya memang berhak untuk tahu serta perlu untuk mengambil tahu akan semua perkara yang telah, sedang dan akan apa saja yang berlaku dari masa kesemasa didalam negara ini serta tentu sekali sekatan untuk saya menulis mengenainya asalkan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh pihak yang berwajib.

Begitu juga untuk menulis sesuatu perkara yang ada kaitan dengan perkembangan terkini yang membabitkan Penasihat Parti KeADILan Rakyat, DS Anwar Ibrahim yang umum saya yakin sudah tentu tahu bahawasanya setiap pergerakan DS Anwar baik didalam negara atau diluar negara adalah tertakluk atau terikat kepada jaminan yang telah dikeluarkan oleh pihak Mahkamah keatasnya berikutan tuduhan liwat yang sedang beliau hadapi sekarang ini.

Mengenai jaminan yang telah diberikan oleh pihak Mahkamah kepada DS Anwar, saya jadi keliru dan ingin tahu apakah tempoh jaminan yang telah dikeluarkan itu kini masih sah ataupun sudah luput tarikhnya dan apakah ianya boleh diperbahurui melalui prosedur khas supaya mereka-mereka ini boleh sesuka hati keluar masuk negara biarpun tujuan keluar negara semata-mata bermatlamat untuk memburuk maruah serta mencalarkan imej Malaysia dimata masyarakat dunia luar.

Mengapa saya boleh menjadi musykil seperti ini sebabnya ialah seringkali timbul didalam benak pikiran saya apakala melihat bagaimana DS Anwar yang masih berdepan dengan perbicaraan kes di Mahkamah dan beliau boleh bergerak bebas diluar kerana ada ikat jamin yang berupa bon peribadi.

Kemusykilan saya terhadap tindak-tanduk DS Anwar sejak beliau memperolehi jaminan berkenaan menjadi semakin kuat apabila DS Anwar sering keluar masuk negara seola-olah tanpa pemantauan yang sewajarnya dari pihak Mahkamah kerana ada ketikanya DS Anwar sengaja memburuk-burukkan negara serta pemimpinnya semasa berada diluar negara dimana perbuatan seperti itu adalah bertentangan dengan prinsip rukunegara yang menuntut setiap orang warganya harus sama-sama menjaga nama baik negara walau dimana saja mereka berada.

Apakah jaminan yang telah diberikan oleh pihak Mahkamah kepada DS Anwar itu hanyalah sekadar satu isyarat kepada kita bahawa DS Anwar tidak perlu ditahan dan boleh bebas kemana saja tanpa perlu diawasi. Apakah jaminan yang telah diberikan kepada DS Anwar itu bagi membolehkan beliau untuk sesuka hati datang dan pergi keluar negara walaupun beliau sebenar berstatus sebagai orang didakwa dan masih berurusan dengan pihak mahkamah ?

Dan apakah jaminan yang diberikan oleh Mahkamah kepada DS Anwar itu tidak bersifat menyeluruh fungsinya iaitu selagi kes yang dihadapinya belum selesai maka selagi itulah seseorang itu akan terikat dengan syarat jaminan yang ditentukan seperti tidak boleh melakukan perkara-perkara yang nyata bercanggah dengan undang-undang negara serta tidak boleh melanggar mana-mana prinsip sebagaimana yang telah digariskan dalam prinsip rukunegara yang menghendaki setiap rakyatnya menjaga nama baik Malaysia biarpun dimana mereka berada ?

Jakarta: DSAI naik minyak ketika ditanya perkara yg bukan2 oleh wartawan Indonesia...

Waktu ini Perdana Menteri 16September YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berada di Jakarta Indonesia untuk satu lawatan yang tujuannya tidak diketahui, samada untuk menghadiri sekali lagi festival filem gay Indonesia atau ada perkara lain yang hendak kemaskini hehehe...

Untuk rekod, ini adalah liwatan kali kedua DSAI ke Jakarta dalam tempoh masa yang tidak sampai dua minggu dimana liwatan yang terdahulu semasa berlangsungnya festival filem-filem gay yang turut disertai oleh para penggiat seni daripada 150 buah negara kecuali Malaysia.

Tetapi apa yang cuba saya bawa untuk pembaca kali ini ialah kepada bagaimana sikap kebiasaan DSAI yang tiba-tiba marah atau menjadi berang kepada para wartawan Indonesia semasa sidang media diadakan tatkala ditanyakan dengan soalan yang tdak sepatutnya atau soalan yang bukan-bukan dan sila baca disini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1013&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm untuk maklumat selanjutnya !

Selasa, Oktober 12, 2010

KDN harus ada Vitamin B1, B2 dan C atau tukar saja menterinya!

Melihat kepada betapa lemah dan longlainya cara YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein didalam mengurus serta mengendalikan Kementerian Dalam Negeri(KDN) sejak beliau diberikan tanggungjawab untuk mengemudikan kementerian tersebut telah membuat saya seperti kurang selesa dalam berbagai perkara yang saya lakukan dan saya juga seringkali terfikir apa akan jadi dengan keamanan, keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian didalam negara ini sekiranya keadaan yang memerlukan untuk KDN bertindak terhadap perkara yang perlu dengan sewajarnya namun tidak diambil tindakan sebagaimana yang diharapkan bagi membendung dan mengawal daripada ianya berterusan merebak yang akhirnya akan menjadi barah yang tiada penawarnya.

Kita boleh lihat sendiri bagaimana sejak akhir-akhir ini masih terdapat pihak-pihak yang sama yang seringkali menimbulkan bermacam-macam masalah yang akhirnya menjadi punca kepada pertikaian atau perbalahan kaum setelah pertelagahan pendapat mengambil tempat sebagai medan untuk memperjuang dan menuntuk hak kaum masing-masing disebalik kaum yang satu lagi cuba mempertahankan sesuatu yang memang hak mutlak mereka sejak turun temurun lagi.

Apakah kita sanggup dan rela untuk membiarkan saja keadaan seperti itu menjadi penghias dinding perpaduan kaum di negara ini yang didendangkan kononnya sangat akrab, harmoni, bersatu-padu dan erat walaupun pada hakikatnya yang semua itu hanyalah satu pengakuan yang tidak lebih sebagai satu kepura-puraan untuk dijadikan sebagai daya tarikan kepada rakyat negara luar untuk terus berkunjung dan melancong ke negara kita tanpa mereka sedar yang perpaduan kaum di Malaysia ini bolehlah dikatakan sebagai separuh adalah plastik dan bukannya seratus peratus tulen.

Berbalik kepada kemampuan DS Hisham sebagai menteri, sebenarnya saya tidaklah bermaksud untuk mengatakan beliau tidak layak langsung untuk dilantik sebagai seorang menteri dimana-mana kementerian tetapi biarlah beliau diletak pada kementerian yang sesuai dengan kebolehan serta kemampuan beliau seperti di Kementerian Belia dan Sukan atau juga di Kementerian Pelajaran dimana saya sentiasa ingat betapa beliau sangat menyerlah dan cergas ketika berkhidmat di kedua-dua kementerian berkenaan satu masa dahulu.

Atau letakkan kembali peranan KDN dibawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri yang mana Perdana Menteri juga yang akan menjadi menterinya sepertimana apa yang dibuat di era pentadbiran YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad dulu dan Timbalan Menteri Dalam Negeri pada masa itu ialah Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

(...rujuk kpd blog PapaGOMO, diberitahu bahawa pada tarikh 14hb Oktober ini pihak SUARAM akan menganjurkan satu Forum yang menyentuh secara langsung berkenaan dengan PDRM secara menyeluruh dan boleh dianggap sebagai satu usaha untuk terus menghina PDRM) 

LKS usulkan isu NAMEWEE ke Parlimen untuk dibahas, namun ditolak MCA !

Usaha murni yang telah dilakukan oleh Penasihat Parti DAP yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur YB Lim Kit Siang membawa isu NAMEWEE supaya dapat dibahaskan di Dewan Rakyat telah ditolak kerana mendapat bangkangan yang sangat kuat daripada Presiden MCA iaitu DS Dr Chua Soi Lek dengan alasan jika hasrat Lim Kit Siang itu tidak dihalang maka besar kemungkinan muslihat halus yang sedang DS Chua jalankan sekarang akan terbantut dan gagal.

Lim Kit Siang yang juga bapa kepada Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng benar-benar mahu agar NAMEWEE supaya dapat dihadapkan ke muka pengadilan dengan kadar segera kerana karya-karya perkauman yang Namewee hasilkan selama ini memang sama sekali tidak boleh diterima akal oleh masyarakat majmuk seperti di Malaysia ini dan khuatir ianya akan mengganggu hasrat Perdana Menteri DS Mohd Najib dalam menjayakan konsep 1Malaysia dikalangan rakyat berbagai kaum di negara ini.

Ketika ditanya pendapat beliau tentang gaya kepimpinan anak beliau iaitu YAB Lim Guan Eng memerintah Kerajaan Pulau Pinang, Lim Kit Sian berkata beliau amat-amat tidak berpuashati dengan cara LGE mentadbir Kerajaan Negeri yang menurut beliau ternyata sekarang Lim Guan Eng gagal menjalankan kewajipannya selaku ketua kerajaan negeri dan menurut Lim Kit Siang lagi yang lebih memalukan beliau ialah bagaimana anaknya itu tergamak menggunakan wang hasil judi untuk dihulurkan sebagai sumbangan kepada penduduk miskin di negeri itu.

Ditanya lanjut pandangan beliau mengenai cara kepimpinan Kerajaan PAS di Negeri Kelantan yang sudah berusia lebih 20 tahun, YB Lim Kit Siang menyelar cara pentadbiran Menteri Besarnya YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat yang terang-terang terlalu mengikut telunjuk Penasihat PKR DS Anwar Ibrahim didalam semua tindakannya dan seolah-olah Datuk Nik Aziz telah dicucuk hidung oleh DS Anwar kata YB Lim Kit Siang.

Ketika diaju dengan soalan tentang kempimpinan PKR sebagai peneraju Kerajaan Negeri Selangor, YB Lim Kit Siang agak keberatan untuk mengulas namun atas faktor betapa pentingnya beliau selaku Penasihat kepada Parti yang betul-betul rasis seperti DAP maka beliau dengan rendah diri merasa berat hati untuk membuka mulut bagi meluahkan rasa kesalnya dengan cara PKR mengurus perjalanan kerajaan negeri terutama sekali berhubung dengan isu pasir. Menurut YB Lim Kit Siang, rakyat sekarang tidak mudah untuk ditipu dan beliau mengingatkan kepada semua pemimpin Pakatan Pembangkang, jangan sesekali menabur janji kepada rakyat sekiranya belum tentu mampu untuk menunaikannya.

Semasa ditanya akan pandangan beliau berkenaan dengan keadaan satu lagi negeri yang diterajui oleh PAS iaitu negeri Kedah Darul Aman, YB Lim Kit Siang menjelaskan yang beliau tidak berminat langsung untuk memberi sebarang komen mengenainya terutama sekali Menteri Besarnya YAB DS Azizan Razak yang tak tau pa pa... di tanya kenapa, jawapan YB Lim Kit Siang sangat nudah, DAP bukan kuasa majoriti di Kedah tidak seperti di Perak dulu dan di Selangor sekarang ini walaupun katanya kelihatan bukan DAP yang berkuasa namun kata putus semua terletak ditangan DAP hehe...

Apabila ditanya kembali mengenai hasrat beliau yang beriya-iya ingin mengemukakan usul mengenai isu NAMEWEE di Dewan Rakyat dan bukannya ADUN Bukit Bendera YB Datuk Ahmad Ismail, Timbalan Pengarah BTN Wilayah Persekutuan Hamim Husin dan bekas Pegawai Khas DS Najib iaitu Datuk Nasir Safar serta yang membabitkan dua orang pengetua dari dua buah sekolah iaitu satu di Johor dan satu lagi di Perak yang dituduh telah mengeluarkan kenyataan berbau perkauman, YB Lim Kit Siang memberi alasan bahawa beliau sangat mengambilkira pihak mana yang suka sangat memainkan sesuatu isu-isu yang bersabit dengan sensitiviti antara kaum di negara ini maka pihak itulah harus diambil tindakkan dengan segera dan bukannya pihak yang cuma mempertahankan hak-hak mereka daripada terus dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu katanya lagi.

Ditanya lagi siapakah pihak yang dimaksudkan oleh beliau sebagai yang suka sangat menimbulkan isu-isu sensitif antara kaum serta siapakah pihak yang dikatakan sebagai mempertahankan hak-hak mereka, maka YB Lim Kit Siang menjelaskan secara berkias secara berteka-teki pulak bahawa pihak pertama yang dimaksudkan beliau itu tidak lain dan tidak bukan ialah mereka yang tidak sedar diri dan lupa sejarah bangsa dan pihak yang kedua yang dimaksud beliau penduduk asal negara ini yang senantiasa mempertahankan sejarah asal usul mereka.

Diakhir pertemuan, YB Lim Kit Siang menyeru semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang(bukan tulang belakang) kaum, bangsa, agama, fahaman politik haruslah sentiasa berusaha hidup bersatu padu, aman, harmoni, jangan berprasangka buruk diantara satu dengan yang lain dan yang paling utama beliau menegaskan supaya jangan amalkan sikap seperti asyik membuat tuntutan yang melampau dan bukan-bukan terhadap kerajaan tetapi dalam masa yang sama tidak mahu menyokong kerajaan Barisan Nasional seperti yang diamalkan oleh parti MCA melalui Presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek.

Tambah YB Lim Kit Siang lagi, hidup didalam negara yang masyarakatnya majmuk atau berbagai-bagai adalah sangat mustahil untuk satu-satu kaum mendapat semua apa yang mereka mahu dan begitu juga menurut YB Lim Kit Siang adalah sangat mustahil bagi sesebuah kerajaan seperti Kerajaan Barisan Nasional mampu untuk memuaskan hati semua kaum yang ada di negara ini. YB Lim Kit Siang juga mengajak rakyat agar belajar untuk tahu bersyukur hidup didalam negara seperti Malaysia ini dan merayu kepada semua agar menyokong gagasan 1Malaysia yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.

~~~MIMPIKAH AKU?~~~

Arkib Blog