Saya rasa tentu masih ramai rakyat Malaysia yang ingat akan satu peristiwa berlaku pada Isnin malam 14hb Disember 2009 di mana kerajaan Barisan Nasional hampir-hampir tumbang setelah Dewan Rakyat undi secara belah-bahagi bertujuan samada Bajet 2010 boleh dilulus ataupun tidak.
Undi belah-bahagi yang dicadangkan oleh Ahli Parlimen(DAP) Ipoh Barat YB M. Kulasegaran setelah pihak Pakatan Pembangkang mula menyedari yang kehadiran Ahli-ahli Parlimen dari Barisan Nasional pada malam itu jelas kurang dan hampir menyamai jumlah wakil rakyat pembangkang.
Keadaan itu telah memberi peluang kepada pihak pembangkang untuk mula memasang strategi bagaimana untuk merampas kuasa daripada kerajaan Barisan Nasional dalam masa yang singkat tanpa perlu menunggu PRU-13 yang dirasa masih terlalu lama.
Keadaan telah menjadi semakin cemas bagi pihak wakil rakyat Barisan Nasional apabila mereka mendapati ramai diantara rakan-rakan dalam BN yang tidak kelihatan di dalam Dewan mahupun di sekitar ruang legar dewan pada waktu itu walaupun masa untuk mengundi sudah semakin hampir.
Angka 64-63 itulah yang telah menyelamatkan kerajaan BN yang kemudiannya ditambah dua undi menyokong dengan kehadiran yang lewat Perdana Menteri DS Najib dan TS Muhyiddin menjadikannya 66 undi bersetuju bagi pihak BN dan Pakatan Pembangkang masih dengan jumlah 63 undi menentang.
Oleh itu, untuk meluluskan Bajet 2011 setelah ianya selesai dibahaskan kelak oleh semua Anggota Dewan Rakyat maka semua wakil rakyat khususnya mereka dari Barisan Nasional hendaklah sentiasa berjaga-jaga dengan taktik berbagai pihak Pakatan Pembangkang dalam usaha mereka untuk merampas tampuk kuasa kerajaan.
Kepada mana-mana wakil rakyat BN yang mempunyai tabiat suka ponteng dan selalu tidak hadir tanpa diketahui akan sebabnya sewaktu Dewan Rakyat bersidang kita menyerulah, agar ubah sikap tu sebab tiada gunanya gelaran sebagai Yang Berhormat jika sering mengabaikan tanggungjawab sebenar yang telah diamanahkan oleh rakyat.
Dan untuk mengelak peristiwa Isnin malam 14/12/2009 dari berulang kembali, kita haraplah supaya setiap Ahli Parlimen menyemak semula jadual-jadual yang telah diatur sebelumnya dan jika ada diantara tarikh yang bertindih dengan tarikh dimana dewan sedang bersidang maka eloklah tarikh berkenaan ditukar kepada tarikh atau masa yang lain.
Selaku Ahli Parlimen sepatutnya mereka sendirilah yang lebih memahami betapa pentingnya satu-satu Bajet yang telah dibentangkan untuk diluluskan bagi menggerakkan jentera pentadbiran iaitu setelah ianya melalui proses perbahasan yang berhari-hari di dalam Dewan Parlimen dan sudah semestinya Ahli-ahli Parlimen ini sendiri tahu seandainya Bajet gagal untuk diluluskan maka bermakna kerajaan sudah tidak punya sebarang peruntukkan atau perbelanjaan untuk mengurus segala kos-kos pentadbiran negara.
Rakyat seperti saya tidak berniat untuk mengajar tetapi cuma untuk mengingat saja agar peristiwa yang pernah membuat ramai pihak menjadi cemas dan gementar tidak akan berulang lagi untuk Bajet 2011 ini.
Terima Kasih daun keladi, lain kali jangan buat lagi !
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Memaparkan catatan dengan label bajet 2011. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 20, 2010
Jumaat, Oktober 15, 2010
Ramai pemimpin PR gembira dengan Pembentangan Bajet 2011 oleh PM...
"Saya sangat teruja dengan pembentangan belanjawan untuk tahun depan 2011 oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib, Perdana Menteri yang kita semua sanjungi. Lebih membuat saya terkedu ialah bila saya kira-kira pakai kalkulator kepunyaan Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Mohd Khalid yang telah dikhaskan untuk duduk sebelah saya iaitu diantara saya dengan 'adik saya' iaitu YB Azmin Ali, barulah saya tahu yang peratusan untuk bajet 2011 ini lebih tinggi iaitu 2.8 peratus berbanding belanjawan 2010 dulu.
Sebenar saya tak menduga sama sekali yang Datuk Seri Najib ni lebih bijak dan pandai rupanya daripada saya kerana selama ini saya selalu saja fikir bahawa sayalah orang paling bijak, pandai dan cerdik daripada semua orang di negara ini. Dengan ini maka saya, mahu tidak mahu terpaksalah menebal muka saya kerana walau apapun saya tetap mengakui yang bajet 2011 adalah yang terbaik pernah dibentangkan oleh seseorang Perdana Menteri dan saya mengambil kesempatan untuk mengucap syabas dan tahniah kepada PM kita dan semoga beliau berjaya didalam merealisasikan apa yang sudah digaris didalam pembentangan itu tadi, terima kasih," - YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh juga merangkap Penasihat PKR serta Ketua Pembangkang di Parlimen.
"Saya juga senada dengan Abang Anwar berkenaan dengan Pembentangan Belanjawan 2011 itu oleh YAB Perdana Menteri dan saya sangat bersyukur kerana apa yang cuba diperkatakan oleh pihak kami iaitu pihak Pakatang Pembangkang kini semuanya telah ada didalam pengumuman oleh Datuk Seri Najib tadi malah apa yang terkandung didalamnya sudah menjangkau dari apa yang sedang pihak kami rancangkan dan saya berpendapat maka itu tak perlulah untuk pihak kami di Pakatan Pembangkang cuba nak buat komen yang bukan-bukan berhubung dengan Bajet 2011 ini dan kita sebagai rakyat walaupun pada hakikatnya kita adalah wakil rakyat harus dengan sepenuh hati menyokong bajet ini demi kesejahteraan bersama, terima kasih," - YB Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak juga Naib Presiden PKR.
"Ouwh!!!..bagi saya secara peribadi, ini merupakan satu pembentangan belanjawan yang kita tak sangka-sangka, ya,..maksud saya ialah kerana sebelum ini saya berpendapat ianya serupa saja dengan bajet-bajet yang pernah dibentangkan sebelum ini tetapi rupanya ianya amat berbeza sekali. Ia lebih besar dari bajet sebelum ini iaitu 2.8 peratus dari yang dulu. Banyak sekali pihak yang akan mendapat menfaat dan faedah daripada pembentangan bajet kali ini.
Bagi saya, biarpun kita berbeza dari segi ideologi politik namun dalam beberapa perkara kita harus bersetuju dengan pihak lawan sekiranya kita dapati apa yang mereka buat selaras dengan apa yang cuba kita perjuangkan dan saya harap semua pihak patut melihat dengan lebih jauh lagi akan kebaikan jika bajet 2011 ini berjaya dilaksanakan, terima kasih," - YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Marang juga Presiden PAS.
"Ini bajet 2011 sangat bagus, iya bagus dari segi membantu golongan sasar. Bagi saya apa yang lebih baik ialah jika semua dapat di selaraskan dengan segera tanpa perlu menunggu awal tahun depan maka ianya akan menjadi lebih bagus dan tentu sekali bidang yang saya utamakan dalam kerjaya saya iaitu bidang guaman akan mendapat faedah yang sangat tinggi dan saya tidak menafikan bahawa profesion guaman turut mendapat impak yang besar dengan pembentangan bajet kali ini.
Maksud saya mudah saja, apabila semuanya sudah menerima kenaikan maka saya sebagai seorang peguam juga akan dapat mengenakan caj yang lebih tinggi lagi dimasa depan kepada setiap pelanggan yang ingin mendapat khidmat guaman dari firma guaman saya atau dari firma guaman dua orang anak saya. Kami boleh bikin duit banyak, belum termasuk lagi nilai-nilai hasil dari kejayaan saya menangguh kes liwat Anwar Ibrahim dimahkamah.
Terima kasih kepada PM kita, YAB Datuk Seri Najib kerana kerana sentiasa memberi peluang dan ruang kepada kita semua untuk membuat duit lebih dan ternyata beliau lebih pintar dari Anwar dalam mengurus hal-hal berkaitan dengan ekonomi negara, terima kasih," - YB 8Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor juga Pengerusi DAP Pusat.
"Se se se benarnya sa saya terpukau dengan cara PM kita membentangkan bajet 2011 itu tadi tambahan lagi saya duduk berdepan dengan beliau didalam Dewan Rakyat. Sa sa pernah mengimpikan seorang Penasihat Ekonomi yang pintar umpama PM kita YAB Datuk Seri Mohd Najib untuk membantu saya meningkatkan lagi perjalanan ekonomi negeri Selangor namun apakan daya tiada mereka yang berkelayakan.
Maka saya terpaksa menggunakan khidmat Datuk Seri Anwar ke jawatan itu sebagai penasihat dengan gaji percubaan yang saya bagi RM1 setiap satu saat. Cu cu cu cuba kalian kiralah sendiri berapa duit yang terpaksa saya sebagai Menteri Besar Selangor keluarkan untuk mengupah Datuk Seri Anwar mengurus hal ekonomi Selangor, satu minit sudah 60 saat, satu jam 60 minit, kira saja berapa...emmmm mana kerajaan negeri nak cekau duit untuk menggaji seorang Penasihat Ekonomi sebanyak tu...bo bo boleh bangkrap.
Nasib baiklah negara Malaysia mendapat seorang pemimpin yang pintar dan bijak pasal ekonomi seperti Perdana Menteri kita ni, kalau nak harapkan mereka yang suka buat janji sana-sini seperti rakan kita tu alamat nak ketuk pintu pejabat IMF lah kita untuk pinjam duit. Syabas dan tahniah kepada PM kita, semoga berjaya," - YAB Tan Sri Mohd Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.
"Ini bajet tahun 2011 sulah sangat magus, manyak baik untuk semua itu rakyat Malaysia. Itu peniaga manyak sinang hati dan itu lakyat misti bertelima kasih sama itu kita punya Perdana Menteri maaa... saya kalau yang magus memang sokong punya. Telima kasih manyak-manyak Datuk Seri Najib atas pembentangan bajet yang begitu magus sikali, terima kasih," YB Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Ipoh Timur juga Penasihat DAP.
"Saya bukannya apa, sebagai seorang ahli parlimen pembangkang sudah tentulah saya berkewajipan untuk membangkang saja walaupun saya tidak faham apa yang saya bangkang. Misalnya FDI, saya cuma tahu menyebutnya saja tetapi bukannya saya tahu menahu menatang apa tu tetapi oleh kerana saya seorang wakil rakyat pembangkang maka saya wajib menjalankan amanah yang telah diberikan oleh rakyat suapaya bangkang saja apa yang kerajaan buat.
Namun jauh disudut hati saya sangat gembira dengan pembentangan bajet 2011 oleh PM petang tadi. Saya melihat pembentangan itu sudah cukup untuk menimbus segala janji-janji yang pernah pihak sebelah kami buat semasa PRU-ke12 dulu malah sehingga kini tiada satupun janji-janji itu yang sudah kami tunaikan untuk rakyat. Oleh itu, apabila hari ini PM kita telah mengumumkan bajet 2011 tadi, saya sangat bersyukur kerana walaupun pihak kami memang mustahil untuk menunaikannya tetapi dengan pembentangan oleh Datuk Seri Najib itu maka sekurang-kurangnya rakyat merasa tidak terpedaya dengan tipudaya kami selama ini kerana kerajaan BN sudahpun menampung janji yang pihak kami taburkan dulu, terima kasih," - YB Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena juga Naib Presiden PAS.
"Fuhhh~~~ lega juga dengan bajet oleh PM kita petang tadi. Yang memeningkan kepala saya ialah walaupun saya dah jalankan doa pecah perut, doa bala tetapi makin ligat PM kita tu buat kerja. Lagi bajet kali ini makin besar pulak dari bajet 2010 dulu. Apa saya punya doa sudah tidak mujarab lagi kah...celako! celako! celako!
Tapi demi rakyat Kelantan, demi untuk diri saya sendiri juga saya sangat mengalu-alukan bajet 2011 oleh PM kita, ini bagi saya bajet yang paling bagus dan semua orang pasti akan mendapat nik mat daripadanya, terima kasih PM," - YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.
ANAK MERDEKA; hehehe...lihatlah betapa kagumnya semua pemimpin2 pembangkang dengan bajet 2011 yang berjumlah RM212 bilion itu. Sampai ada yang tergagap-gagap.
Hendaknya begitulah kita semua sepatutnya, apa yang baik kita semua harus dan wajar menyambut dengan keriangan bukannya dengan perasaan yang penuh hasad dengki...barulah kita dapat hidup dalam keadaan yang aman dan sentosa sentiasa.. sekian !

Label:
bajet 2011
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com