Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Oktober 12, 2010

KDN harus ada Vitamin B1, B2 dan C atau tukar saja menterinya!

Melihat kepada betapa lemah dan longlainya cara YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein didalam mengurus serta mengendalikan Kementerian Dalam Negeri(KDN) sejak beliau diberikan tanggungjawab untuk mengemudikan kementerian tersebut telah membuat saya seperti kurang selesa dalam berbagai perkara yang saya lakukan dan saya juga seringkali terfikir apa akan jadi dengan keamanan, keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian didalam negara ini sekiranya keadaan yang memerlukan untuk KDN bertindak terhadap perkara yang perlu dengan sewajarnya namun tidak diambil tindakan sebagaimana yang diharapkan bagi membendung dan mengawal daripada ianya berterusan merebak yang akhirnya akan menjadi barah yang tiada penawarnya.

Kita boleh lihat sendiri bagaimana sejak akhir-akhir ini masih terdapat pihak-pihak yang sama yang seringkali menimbulkan bermacam-macam masalah yang akhirnya menjadi punca kepada pertikaian atau perbalahan kaum setelah pertelagahan pendapat mengambil tempat sebagai medan untuk memperjuang dan menuntuk hak kaum masing-masing disebalik kaum yang satu lagi cuba mempertahankan sesuatu yang memang hak mutlak mereka sejak turun temurun lagi.

Apakah kita sanggup dan rela untuk membiarkan saja keadaan seperti itu menjadi penghias dinding perpaduan kaum di negara ini yang didendangkan kononnya sangat akrab, harmoni, bersatu-padu dan erat walaupun pada hakikatnya yang semua itu hanyalah satu pengakuan yang tidak lebih sebagai satu kepura-puraan untuk dijadikan sebagai daya tarikan kepada rakyat negara luar untuk terus berkunjung dan melancong ke negara kita tanpa mereka sedar yang perpaduan kaum di Malaysia ini bolehlah dikatakan sebagai separuh adalah plastik dan bukannya seratus peratus tulen.

Berbalik kepada kemampuan DS Hisham sebagai menteri, sebenarnya saya tidaklah bermaksud untuk mengatakan beliau tidak layak langsung untuk dilantik sebagai seorang menteri dimana-mana kementerian tetapi biarlah beliau diletak pada kementerian yang sesuai dengan kebolehan serta kemampuan beliau seperti di Kementerian Belia dan Sukan atau juga di Kementerian Pelajaran dimana saya sentiasa ingat betapa beliau sangat menyerlah dan cergas ketika berkhidmat di kedua-dua kementerian berkenaan satu masa dahulu.

Atau letakkan kembali peranan KDN dibawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri yang mana Perdana Menteri juga yang akan menjadi menterinya sepertimana apa yang dibuat di era pentadbiran YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad dulu dan Timbalan Menteri Dalam Negeri pada masa itu ialah Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.

(...rujuk kpd blog PapaGOMO, diberitahu bahawa pada tarikh 14hb Oktober ini pihak SUARAM akan menganjurkan satu Forum yang menyentuh secara langsung berkenaan dengan PDRM secara menyeluruh dan boleh dianggap sebagai satu usaha untuk terus menghina PDRM) 

5 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Hilbert, kena tambah juga dengan kopi tongkat ali..... bukan gingseng... agar tidak terlalu mengantuk melaksanakan tugas....

Ahmad berkata...

Hisham ni patut dipencenkan aja. Sekarang ramai berkata beliau memegang jawatan hanya kerana sepupu PM. kerjanya hanya cuba menutup mulut kaum melayu dari bersoalbalas apabila cina mencetuskan perkara yang bersifat perkauman. Orang macam ini yang kita harapkan agar menjaga kepentingan bangsa kita dan juga negara. Pupuslah jawabnya kita nanti

Mordecai Kucai berkata...

Tuan Hilbert,

Vitamin dia cukup tapi dia kurang hormon lelaki Testosterone.

Hormon ni boleh di tingkatkan dengan terapi dan ubatan yang sesuai.

Dr Kerismudin sila ambil perhatian.

Kementerian Belia dan Sukan? Dah berapa kali mat pondan di sekolah jaga. Cuba lah sekali sekala Kementerian itu di jaga oleh orang yang memang ada keupayaan bersukan.

Kementerian Pendidikan? Tak ada apa pembaharuan yang di buat olehnya.

Bukan lah aku ni penyokong Al Juburi tapi semasa Al Juburi di pecat dari UMNO Ketua Pemuda masa itu Zaid Hamidi dengan pendiriannya yang tetap berani menyokong Anwar tapi Kerismudin berdiam diri dan tunggu peluang kalau kalau Zaid Hamidi tersilap langkah. Itulah cara orang penakut mencari peluang yang kemudiannya tegak berdiri atas air mata dan darah orang lain.

Tidak ada idea bernas darinya. Naiknya dalam UMNO berdasarkan darah keturunan.

Ucapan ucapannya tidak bernas. Seingat saya, belum lagi beliau mengulas masaalah kompleks dengan bernas.

Heran juga kalau dia boleh melepaskan diri di KDN atau adakah itu cara Najib untuk memberitahu dia supaya dia malu sendiri dan faham yang dia sudah di tahap tepu.

Kementerian Kebajikan mungkin yang sangat lah sesuai dengan dia dan karektornya yang lemah lembut.

Tolong lah pecahkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada satu lagi kementerian dinamakan Kementerian Kebajikan supaya ada tapak untuk Kerismudin.

kingnek berkata...

Hishamudin agaknya dulu banyak makan steroids, bola dia jadi kejung . .. tak membesar kembali

hilbert berkata...

Yup!! betul Yang Gambi,
harus ditambah apa yg sepatutnya supaya tugas yg diberi akan dilaksanakan secara berkesan.

sdra Ahmad, janganlah dulu beliau dibersarakan sebab ada tempat kementerian yg boleh menempatkan beliau misalnya Kementerian Pelancongan pun boleh.

brader Hahn, tapikan bro semasa beliau berada didalam Kementerian Belia dan Sukan sekurang-kurangnya dia mampu memecahkan batu-bata dengan tendangan kuat ala Taek-wan-do hehe..

Kingnek, streoids??..apa benda tu :-)

Arkib Blog