Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, September 12, 2010

MB Kelantan TGNA mahu orang Cina berdakwah kepada orang Melayu. hehehe!!!...

sila baca ;-)
Apalah ha ha ha... lawak,lawak...

...adakah cadangan Mursyidul Am PAS YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu masyarakat Islam di negara ini terutamanya kaum Melayu untuk belajar mengenai agama Islam daripada kaum Cina di Malaysia tidak akan membuat kita semua mula menjadi kurang siuman.

Alasan yang Tok Guru Nik Aziz beri ialah sebab orang-orang Cina di negeri China terlebih dulu menerima Islam jika dibandingkan dengan orang-orang Melayu di negara.

Oleh itu maka Tok Guru Nik Aziz mahu supaya orang-orang Melayu dinegara ini menerima dakwah yang disampaikan oleh masyarakat Cina di negara ini dan wajib belajar agama Islam daripada kaum Cina agar tidak ketinggalan dalam semau aspek yang berkaitan dengan agama Islam.

Mungkin selepas ini Tok Guru Nik Aziz mahu YB Tuan Haji Nga Kor Ming, YB Tuan Haji Ngeh Ko Ham, YB Tuan Haji N. Gobalakrishnan meneruskan dakwah mereka kepada seluruh umat Islam di negara demi kelangsungan hayat DAP/PAS/PKR dengan agama Islam sebagai modal dan alat kempen.

Datuk Sosilawati dan 3 yang lain mati dibunuh !

Tandatanya kes kehilangan misteri jutawan kosmetik terkenal Datuk Sosilawati Lawiya serta 3 yang lain iaitu seorang pemandu peribadi, pengawal peribadi serta seorang peguam peribadi sudah terjawab dengan tertangkapnya 7 individu yang disyaki terlibat termasuk seorang daripada mereka adalah seorang peguam.

Menurut sumber berita, setelah dibunuh mayat keempat-empat mangsa telah dibakar disebuah ladang kelapa sawit dekat Morib dan setelah itu abu mayat mangsa juga turut dibuang kedalam laut di Pantai Morib, Selangor.

Ini adalah satu perbuatan yang paling kejam, keji, hina dan langsung tidak berperikemanusiaan. Seorang peguam, yang sudah tentunya mempunyai tahap pendidikan yang tak perlu dipersoalkan lagi telah tergamak dan sanggup terlibat serta bersubahat melakukan perbuatan yang sekejam itu.

Kerana apa mungkin???

Inikah salah satu bentuk kebebasan mutlak yang sedang diperjuangkan oleh sesetengah pemimpin politik pembangkang dinegara kita ? Ada undang-undang yang telah digunapakai minta dimansuhkan. Ada peraturan yang telah lama ternyata menjaminkan keharmonian minta dihapuskan. Ada akta yang jelas berkesan dalam mencegah kemudaratan terhadap keamanan dan keselamatan dalam negara minta ditarik.

Matlamat menghalalkan cara ! Untuk mencapai segala apa yang dihajati, adakah itu jalan pintas dibolehkan ? Biar salah dan sangat bertentangan dengan kehendak naluri seseorang yang bergelar sebagai insan ataupun manusia untuk melakukan perbuatan seumpama itu, apakah lagi alasan dan dimana keperluannya untuk mana-mana pihak mendesak agar kerajaan meniadakan sesuatu undang-undang, peraturan, akta yang telah sekian lama menjadikan masyarakat Malaysia hidup dalam keadaan aman, selamat, sejahtera dan sentosa sehingga ke saat ini ?

Apa-apapun kepada kesemua keluarga mangsa tragedi yang sungguh menyayatkan hati ini, kita semua berharap agar mereka bertenang, bersabar serta tabah ketika berada didalam situasi begini dan salam takziah, semoga roh-roh mangsa kejadian akan dicucuri dengan rahmat serta ditempatkan dikalangan mereka yang soleh dan beriman. Amin.
Posted by Picasa

Sabtu, September 11, 2010

Hari Raya pertama meriah, aman dan tenang... mungkin ada yang letih !

Sambutan Aidil Fitri untuk Hari Raya pertama menyaksikan ianya disambut dalam keadaan yang sungguh meriah serta didalam suasana yang aman, tenang, damai di seluruh negara oleh umat Islam yang juga turut disertai oleh rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama juga oleh semua rakyat dari negara-negara Islam di seluruh dunia. Harap keadaan begini berterusan...

Dalam negara cuma keadaan yang tidak pernah berubah ialah mengenai kes kemalangan dijalanraya. Berbagai kempen telah dilakukan oleh agensi-agensi penguatkuasa berkaitan keselamatan jalanraya serta lebuhraya adakan, namun jumlah kecelakaan yang dicatat bukan menunjukkan angka penurunannya tetapi tetapi seolah-olah semakin meningkat. Dimana silapnya?

Sikap pemandu itu sendiri adalah punca utama yang menyumbang kepada kerapnya berlaku kemalangan dijalanraya. Tidak mematuhi peraturan dijalanraya, tidak menghormati undang-undang jalanraya, suka melanggar peraturan jalanraya.

Gemar memasuki lorong yang salah ! juga sesuka hati menukar lorong tanpa memberi isyarat terlebih dahulu sehingga mengelirukan pengguna jalanraya yang lain. Suka memandu didalam keadaan yang tergesa-gesa seolah-olah ada sesuatu yang hendak dikejar walhal jika perjalanan telah dirancang dengan lebih awal sebelum bergerak sudah pasti tidak akan berlaku sebarang kesesakkan serta kesulitan diatas jalanraya.

Memandu dalam keadaan diri yang letih lesu juga antara punca sering berlakunya kemalangan apabila tumpuan memandu menjadi kurang kerana ingatan mulai beralih kepada perkara lain. Ingatkan bilik, ingatkan katil, ingatkan tilam, ingatkan selimut, ingatkan lantai bilik, ingatkan coffee, ingatkan karipap dan semuanya itu akan mengundang risiko bahaya yang akhirnya meletihkan deria mata, telinga dan rasa kita.

Jika merasa letih ketika memandu eloklah berehat sejenak. Tak perlulah sekiranya ketika berehat sehingga berkira-kira mahu pergi berkunjung ke pusat SPA atau pusat urut, itupun akan melalai waktu perjalanan yang telah diatur seperti projek 16 September yang tak sampai-sampai sehingga kini...

"Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin"

Khamis, September 09, 2010

Salam 1Syawal dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri...

1 Syawal menjelma lagi setelah berakhirnya Ramadhan. Setelah sebulan umat Islam menunaikan ibadah Puasa dan kini tibalah masanya untuk meraikan kejayaan melawan segala dugaan dengan segenap kesabaran sepanjang bulan yang mulia ini.

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam, semua rakan-rakan blogger dalam AIDC, BPN atau juga blogger orang perseorangan yang turut menyokong perjuangan keduanya, 'Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin'...

Sempena dengan perayaan yang sungguh bermakna ini kita doakan semoga Malaysia negara kita serta rakyatnya akan sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Kuasa dari sebarang mala petaka...
Posted by Picasa

Selasa, September 07, 2010

Benarkah Cina Sarawak merana ditindas kerajaan BN ! ...Oh dasyat !

Marilah kita semua jika sudi baca dengan teliti apa yang terkandung didalam tajuk sebuah laporan berita di Utusan Borneo, terbitan Isnin 6 September 2010 sebagaimana yang telah ditulis oleh saudara Mohd Norhadie Sahari, seorang wartawan akhbar Utusan Borneo mengenai tuntutan oleh masyarakat Cina di Sarawak yang belum lagi ditunaikan oleh kerajaan Barisan Nasional sejak penubuhan Malaysia maksudnya lebih kurang.
SUPP kemuka tiga tuntutan
Masyarakat Cina mahukan agihan ekonomi yang adil dan sama rata, kata Dr Chan
MIRI: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan mendedahkan terdapat tiga tuntutan yang dimahukan atau kehendaki oleh masyarakat Cina di negeri ini, selaras dengan konsep 1Malaysia.

Beliau memberitahu masyarakat Cina tidak meminta banyak tetapi cukup tiga tuntutan mereka dipenuhi iaitu peluang perniagaan yang diberikan sama rata tanpa mengira kaum, sistem pendidikan dan taraf hidup yang lebih baik.

Dr Chan memberitahu masyarakat Cina di negeri ini mahu memastikan bahawa terdapat agihan ekonomi yang adil dan bukannya dikuasai oleh pihak tertentu. "Dibawah konsep 1Malaysia, peluang perniagaan perlu diberi sama rata tanpa mengira kaum kerana jika masyarakat Cina tidak diberi ruang maka mereka akan mencari peluang lain diluar negara," katanya.

Dr Chan yang juga Timbalan Ketua Menteri menambah tindakan sedemikian bukan sahaja akan merugikan kerajaan malahan sumbangan masyarakat Cina dalam pembangunan akan terus lesap. "Kehendak masyarakat Cina supaya peluang perniagaan diberikan sama rata perlu dipertimbangkan kerana jika golongan itu mencari peluang diluar maka hasrat untuk mencapai status negara maju tidak akan tercapai," katanya.

Dr Chan yang mewakili Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata demikian pada majlis makan malam ulang tahun ke-85 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Miri (MCCCI) di Hotel Imperial Miri, Malam kelmarin.

Beliau seterusnya menjelaskan, masyarakat Cina di Sarawak kini semakin lantang dan berani menyuarakan tuntutan, masalah dan isu yang tidak menyenagkan hati mereka. "Sekiranya mempunyai masalah, kemukakan terus kepada kita supaya masalah tersebut dapat diselesaikan dan jangan hanya pandai mengangkat nama semata-mata demi kepentingan sendiri," katanya.

Beliau seterusnya mengingatkan bahawa konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya mempunyai inti pati yang memberi keadilan sama rata tanpa mengira kaum kaum dan agama. "Tiada hak keistimewaan yang diberikan dalam konsep 1Malaysia kerana ia adalah konsep yang adil dan saksama kepada semua kaum walaupun ada individu tertentu suka mengangkat nama untuk mendapatkan hak keistimewaan," katanya.

Dr Chan memberitahu, ia bukan masanya lagi untuk golongan itu mengangkatkan nama demi untuk mendapatkan hak istimewa sebaliknya sekarang adalah masa untuk semua pihak diberi peluang sama rata.

Hadir sama ialah Presiden MCCCI Datuk Sim Hock Guan, Presiden DCCI MalaysiaTan Sri William Cheng Heng Jem, Datuk Lee Kim Shin serta ADUN Lambir YB Datuk Aidan Wing.

Anak Merdeka;
...hemmmzzz, ingatkan gedung-gedung, supermarket, hypermarket, pusat-pusat membeli-belah atau bangunan tinggi, besar panjang, rendah, lebar, mewah dan dengan berbagai-bagai lagi reka bentuknya yang terdapat di semua bandar-bandar besar negeri Sarawak ini adalah kepunyaan para peniaga atau usahawan, jutawan, billionair kaum Cina Sarawak tetapi rupanya tidak. Oh!!!

Bumiputera yang terdiri dari kaum Melayu, Iban, Bidayuh, Melanau, Murut, Kelabit, Kayan, Kenyah, Kedayan, Bisaya rupanya pemilik bangunan-bangunan yang tersergam indah dikesemua bandar-bandar yang wujud di negeri Sarawak ini. Kaum Bumiputera juga yang paling banyak membuka pusat-pusat perniagaan di seluruh Bumi Kenyalang jika dibandingkan dengan masyarakat Cina.

Lihatlah bangunan yang tertinggi di Sarawak iaitu Wisma Sanyan di Sibu, Hotel Pullman di Kuching, Bangunan Hung Ann di Sibu, Wisma Yun Lan di Miri dan banyak lagi merupakan lambang kemajuan serta kepesatan perniagaan kaum Bumiputera yang 100% dibela, disokong, diberi peluang seluas-luasnya oleh kerajaan Barisan Nasional dengan menafikan hak kaum Cina untuk berniaga di negeri Sarawak ini. Aduhhhh!!!

Patutpun juga kaum bukan Bumiputera untuk menuntut bukan saja 3 perkara tetapi kalau boleh tuntutlah sehingga 300 perkara pun tak apa pasal Bumiputera sudah terlalu maju didalam semua bidang yang diceburi sehingga sangat sukar untuk dikejar oleh masyarakat Cina.

Dalam soal pendidikan juga apa mau dibanding akan pencapaian para pelajar kaum Bumiputera dengan pelajar dari masyarakat Cina. Pelajar Bumiputera apabila keluar saja keputusan untuk setiap kali peperiksaan tak kiralah UPSR, PMR, SRP, SPM, SPTM maka sudah keputusan yang mereka dapat biasa 10A, 11A, 12A, 13A, 14A, 15A, 16A, 17A, 18A, 19A, 20A...kerana apa ? kerana tahap pendidikan khususnya untuk Bumiputera terlalu bagus, selesa dan tidak setanding dengan apa yang dikecapi oleh pelajar bukan Bumiputera yang mutu pendidikan mereka begitu daif sekali...hmmmm !!!

Peraduan "Jambu Air" PKR 2010 bermula November ini !

Dengar khabar Parti KeADILan Rakyat (PKR) akan mengadakan pemilihan parti itu bermula pada bulan November 2010 nanti.

Pemilihan tersebut dijangka membabitkan berbagai jawatan bermula dari jawatan yang tidak glamer kepada jawatan yang top ten kata orang sekarang.

Yang tentunya akan menjadi perhatian rakyat nanti ialah perebutan jawatan Presiden sekiranya dipertandingkan itupun tertakluk kepada budi bicara Penasihat PKR YB Datuk Seri Anwar Ibrahim samada beliau mahu ke tidak jawatan nombor satu itu diusik.

Jawatan yang bakal menjadi perhatian khusus masyarakat umum sekarang dan telah menjadi bualan hangat masyarakat ialah Timbalan Presiden PKR.

Untuk jawatan tersebut, dua nama telah disebut-sebut sebagai calon yang sesuai dan juga kurang sesuai jika mengikut tafsiran yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli PKR sendiri. Mereka ialah YB Mohd Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim.

Macam-macam telahan serta kupasan telah dibuat terhadap ketokohan kedua-duanya. Ada yang kata aset yang ada pada Ahli Parlimen Gombak, YB Azmin Ali tidak ada pada Datuk Zaid dan begitu juga tentang sesuatu yang dimiliki oleh Datuk Zaid tiada pada YB Azmin Ali.

Yang pasti akan memenangi pemilihan untuk jawatan Timbalan Presiden PKR nanti saya lihat adalah YB Azmin Ali. Penasihat kempen beliau adalah Penasihat PKR juga YB Datuk Seri Anwar Ibrahim. Boss dia dan sudah tentulah Anwar mahu agar YB Azmin Ali akan menang sebagai mengenang jasa Azmin terhadap PKR dan juga terhadap Anwar sendiri yang tak terkira banyaknya walau dihitung dengan bulu kaki.

Sementara Datuk Zaid pula hanya bergantung kepada kerjaya beliau sebagai seorang peguam untuk terus berada didalam PKR kerana nasib beliau kini sudah tak ubah seperti akar kayu yang jika tiada rotan akan diguna juga. Untuk beliau mengharapkan rupa paras atau bentuk tubuh yang menawan bagi memikat perwakilan terutamanya Penasihat serba-serbi untuk memilih, fuhhh!!..payahlah...

Huhhhh!!! apa-apa sajalah apa yang penting rakyat sekali lagi akan mampu menonton sandiwara secara percuma dan tak perlu bersesak-sesak untuk mendapatkan tiket untuk masuk ke pawagam.

Dan satu lagi pertandingan yang mampu menarik pada pemilihan November itu nanti ialah untuk jawatan Ketua Pemuda dan calon yang telah dikenal pasti adalah saudara Rafizi Ramli, orang huiiiii..bisa menyimpan stok 'karipap' banyak-banyak. Mungkin pasti menang sebab punya cukup sifat dan kemahuan atau keperluan semasa yang dikehendaki. Yesss!, are you okay ?

Kesimpulannya ialah, pemilihan untuk jawatan-jawatan yang tertentu dalam PKR November nanti lebih mirip kepada peraduan ratu cantik bagi memilih wanita-wanita yang paling cantik dan sekiranya salah seorang daripada mereka terpilih maka sudah pasti ada sesuatu yang sedang menunggu mereka dihadapan.
Posted by Picasa

Isnin, September 06, 2010

KDN ganggu tugas Polis ? KPN kesal dan kecewa...

Menjelang saat persaraan beliau selaku Ketua Polis Negara yang hanya tinggal enam hari lagi, Tan Sri Musa Hassan pada sidang media hari ini telah mendedahkan tentang campur tangan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri yang diterajui oleh YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein didalam tugas-tugas tertentu pihak Polis DiRaja Malaysia.

Perkara ini menurut Tan Sri Musa telah berlarutan sehinggakan beliau merasa terganggu dan adakalanya merasa terpinggir apabila ada pihak dari KDN telah beberapa kali membelakanginya dengan mengarah terus para pegawai polis untuk bertindak terhadap sesuatu kes tanpa pengetahuan beliau terlebih dulu iaitu satu perkara yang bertentangan samasekali dengan kod etika, prinsip serta slogan PDRM itu sendiri.

Keadaan ini juga telah membuat Tan Sri Musa melahirkan perasaan hampa dan kecewa serta kesal terhadap pihak KDN yang seolah-olah mahu mengawal setiap pergerakan polis apabila sanggup mengenepikan peranan atau kuasa seorang Ketua Polis Negara dalam kes-kes tertentu.

Oleh itu, kepada bakal Ketua Polis Negara yang baru yang akan mengganti tempat Tan Sri Musa pada 12 September 2010 ini, diharap Tuan sebagai seorang nombor satu PDRM akan lebih berani atau seberani Tan Sri Musa Hassan dalam mendedah perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku dan jangan tunggu sehingga ke saat-saat akhir demi ketelusan, kebenaran, keadilan dan kemakmuran negara.

Ahad, September 05, 2010

MT PBB/BN bermesyuarat hari ini - ada jawapan kepada tandatanya ?

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengadakan bermesyuarat peringkat Majlis Tertinggi parti di Kuching hari ini, Ahad.

Setiausaha Agung PBB, YB Dr Stephen Rundi mengesahkan perkara itu tetapi tidak menyatakan perkara yang akan dibincangkan.

Bagaimanapun, Naib Presiden II parti itu Datuk Sri Douglas Uggah yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Persekutuan yang dihubungi wartawan Utusan Borneo berkata mesyuarat itu mungkin membincangkan persiapan untuk menghadapi pilihanraya negeri yang dijangka diadakan tahun depan.

Manakala seorang lagi pemimpin PBB iaitu anggota Majlis Tertinggi parti itu, Datuk Alexander Nanta Linggi Tun Jugah yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata, mesyuarat berkenaan dijangka membincangkan isu semasa dan membincangkan tentang pentingnya Presiden parti YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud terus menerajui pentadbiran Sarawak sebagai Ketua Menteri.

Mesyuarat khas yang dipanggil oleh Timbalan Presiden Datuk Patinggi Tan Sri Amar Alfred Jabu dan dihadiri semua anggota Majlis Tertinggi parti komponen BN negeri itu di Miri pada hari Isnin lalu sebulat suara meminta Taib terus memimpin Sarawak - Bernama.

..ulasan Anak Merdeka;
Walau apapun jangkaan atau teka-teki berkenaan dengan hasil mesyuarat yang dianjurkan khas oleh PBB hari ini, sebagai rakyat Sarawak saya sangat mengharapkan agar keputusan yang dicapai nanti haruslah dihormati semua ahli dan semua pemimpin parti sehinggalah sampai kepada mesyuarat yang seterusnya.

Namun dalam pada itu harapan juga supaya soal persediaan pengganti atau peralihan kuasa juga harus dimasukkan kedalam minit mesyuarat supaya semua pihak baik rakyat biasa, rakyat luarbiasa maupun pemimpin biasa serta pemimpin atasan apabila sudah sampai kepada waktunya kelak tidak akan merasa sangat terdesak sehingga sampai kepada keadaan yang benar-benar sukar untuk memilih pengganti walhal jika ianya disediakan terlebih awal ianya tidaklah sesukar yang dijangka.

Ada beberapa pemimpin pelapis di Sarawak yang punya potensi untuk diminta bersedia sebagai pengganti dan diharap agar semua pemimpin PBB yang terdiri daripada kaum serta agama yang berbeza tidak ada perasaan sangsi diantara satu sama lain dan contohilah cara kepimpinan YAB Pehin Sri Abdul Taib yang walaupun beliau datang dari keturunan Melanau namun dalam memimpin kerajaan negeri Sarawak beliau nampak adil dan saksama kepada semua kaum yang ada di Bumi Kenyalang.

Diharap semua pemimpin PBB tak kira dia datang dari kaum mana apabila nanti sudah tiba masanya mereka memimpin kerajaan negeri Sarawak maka mereka juga harus adil dan tidak hanya melihat kepada kaum sendiri saja demi kemajuan serta keharmonian negeri Sarawak khususnya dan Malaysia amnya.

Sabtu, September 04, 2010

DAP Ho Leng minta lesen anti-bah untuk kawal banjir di Sibu !

Tentu semua masih ingat yang calon DAP untuk PRK Bandar Sibu, YB Richard Wong Ho Leng telah memenangi pilihanraya tersebut dengan majoriti undi yang begitu tipis sekali setelah DAP serta suku-sakatnya dalam PR berjaya mempengaruhi keputusan para pengundi di kawasan Parlimen Bandar Sibu dengan beraneka jenis janji terutama sekali didalam isu banjir.

Setelah beliau diisytihar sebagai wakil rakyat yang sah selepas diumumkan pemenang pada 16hb Mei 2010 yang lalu maka pada penghujung bulan Ogos baru-baru ini segala janji-janji yang pernah ditabur oleh DAP Ho Leng, DAP Guan Eng, DAP Kit Siang, DAP Hadi Awang, DAP Anwar Ibrahim, DAP Husam Musa, DAP Mustafa Ali, DAP Karpal Singh, DAP Wan Azizah, DAP Hafsah Harun dan beberapa orang DAP yang berpayung dibawah konsep Malaysian Malaysia juga suka berkata langkah mayat saya dulu jika mahu laksanakan hudud di Malaysia, mulai ditagih oleh suara-suara rakyat di Sibu tatkala bandar Sibu dan kawasan sekitarnya telah dilanda banjir setelah kenaikan paras air tidak dapat dikawal lagi sehingga melimpah kemana saja dikawasan-kawasan yang rendah.

Pertama kali berdepan dengan masalah banjir selaku seorang wakil rakyat yang kononnya hebat dan ajaib, YB DAP Ho Leng telah menjadi tidak tentu arah apabila terpaksa berkayuh dengan sampan bocor kesana kesini agak-agaknya untuk menyelamatkan mangsa banjir tapi malangnya pengayuh diguna YB yang baru jadi Ahli Parlimen tiba-tiba patah setelah tersangkut dibendera parti PKR yang turut dikibarkan semasa PRK Bnadar Sibu dulu belum diturunkan lagi walaupun pilihan raya kecil itu sudah lama berlalu.

Untuk mengatasi keadaan yang tidak menentu pada diri beliau sendiri pada ketika itu maka DAP Ho Leng terpaksa turun dari sampan yang dia naiki dan mulalah beliau menyinsing lengan baju dan juga hujung kaki seluar panjang yang dipakainya lalu mula berusaha menolak air keluar dari daratan ke dalam Sungai Rejang dengan menggunakan tangan, kaki serta pengayuh yang telah patah tadi dengan harapan agar air segera surut dan keadaan akan segera pulih seperti sediakala hehehe...

hehehe...apa boleh buat, kata harus dikota dan janji harus ditepati. Mau tak mau DAP Ho Leng harus menunjukkan kepada rakyat di Sibu bahawa beliau adalah pilihan yang tepat dan bukannya pilihan yang silap maka beliau mesti dan wajib memperlihatkan kepada seluruh penyokong DAP serta pengundi beliau bahawa beliau bukan tin kosong yang tak akan berbunyi jika tidak diketuk.

Malang, malang, malang memang malang sekali..untuk ujian banjir pusingan pertama DAP Ho Leng ternyata telah gagal dan dia tidak mampu untuk menghalang banjir daripada melanda Bandar Sibu sebagaimana yang telah dijanjikan oleh beliau kepada para pengundinya yang telah memilih beliau sebagai wakil mereka di Dewan Rakyat.

Untuk ujian pusingan yang kedua, YB DAP Ho Leng juga gagal ! beliau telah gagal mengemukakan laporan lengkap projek tebatan banjir di Sibu kepada Pengerusi SUPP Sibu YB Dato Sri Wong Soon Koh sepertimana yang didakwanya sebagai sudah siap dan YB DAP Ho Leng juga telah gagal menyertakan bukti kerajaan Pulau Pinang dan Selangor menerima bayaran daripada kontraktor yang dilantik melaksanakan projek mengorek pasir dikedua-dua negeri itu.

Dato Sri Wong Soon Koh yang turut disertai oleh rakan-rakan beliau didalam Pasukan Berwawasan BN Sibu iaitu Ahli Parlimen Lanang YB Datuk Tiong Thai King, ADUN Pelawan YB Vincent Goh Chung Siong dan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu YB Daniel Ngieng Kiong Ann, telah melahirkan rasa kecewa yang amat sangat terhadap tindak-tanduk DAP Ho Leng pada pertemuan itu yang berlangsung dalam suasana agak tegang dan hangat.

Dan untuk ketiga kalinya, sekali lagi YB DAP Ho Leng telah gagal ! Ya, Ahli Parlimen Bandar Sibu ini telah gagal untuk mengadirkan diri pada pertemuan yang telah diatur dan dijadualkan bertempat di pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS), Tingkat 7, Wisma Sanyan, Sibu, jam 9 pagi 03hb September 2010.

Untuk rekod, pertemuan itu turut dihadiri oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar YB Datuk Sri Douglas Unggah, Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak YB Datuk Sri Wong Soon Koh.

Setelah penat menunggu kedatangan YB DAP Ho Leng yang tidak muncul-muncul, maka YB Datuk Sri Doulas Unggah dan YB Datuk Sri Wong Soon Koh mengambil keputusan untuk membatalkan saja pertemuan dengan YB DAP Ho Leng gara-gara kegagalan wakil rakyat DAP itu gagal untuk hadir setelah lebih 30 minit kedua-dua menteri itu menanti akan kedatangan YB  Richard Wong Ho Leng.

Namun ketika ditemui oleh wartawan di Kuching selepas peristiwa itu, YB Richard Wong memberi alasan sebab ketidakhadirannya pada pertemuan itu kerana tidak diberi notis lebih awal oleh mereka yang berkaitan dalam menganjurkan pertemuan itu dan pada ketika itu juga DAP Ho Leng tiba-tiba berkata depan wartawan begini "Berikan saya lesen dan saya akan segera memulakan kerja-kerja mengorek,"

HAH!!!??? ...korek apa ya....

Khamis, September 02, 2010

Desakkan BENDERA kerana terdesak !

Desakkan yang telah dibuat oleh kumpulan penunjuk perasaan yang dibayar dengan nasi bungkus iaitu Benteng Demokrasi Rakyat atau singkatannya BENDERA terhadap kerajaan Indonesia pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhuyono agar 2 juta tenaga kerja dari Indonesia dibawa keluar dari Malaysia dan selepas itu kerajaan Indonesia diminta segera memutus hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Wahhh...boleh saja...silakan, silakannnnn...pintu tak berkunci ! ~~~

...2 juta tenaga kerja Indonesia adalah mereka yang bekerja secara sah di negara ini tetapi bagaimana pula mereka yang anggarannya juga mencecah jumlah lebih 2 juta orang yang masih berkeliaran dan merayau-rayau, bersembunyi serta bekerja secara haram didalam hutan, kampung, pekan, bandar serta kota di seluruh negara ini tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah sebab masuk ke Malaysia melalui jalan atau laluan tikus ?

Jadi kita rakyat Malaysia ini mau bertanyalah dengan pemimpin-pemimpin penunjuk perasaan di Jakarta sana, adakah mereka memang bersedia untuk memberi ruang dan peluang kerja kepada rakan-rakan mereka nanti apabila mereka setuju kembali ke Indonesia demi mempertahankan kononnya kedaulatan 17,000 pulau-pulau sekitar wilayah Indonesia dari dicerobohi oleh rakyat Malaysia ?

Jika BENDERA tetap berkeras mahu terus membawa balik 2 juta orang tenaga kerja Indonesia yang sah bekerja di Malaysia pulang ke Indonesia maka kami rakyat Malaysia pun mahu sekalian pendatang-pendatang haram atau tanpa izin dari Indonesia juga harus BENDERA usahakan terlebih dahulu agar golongan PATI itu yang menyusahkan rakyat Malaysia boleh dibawa balik ke Indonesia.
Posted by Picasa

Rabu, September 01, 2010

Janji2 PR yang mungkin memukau segelintir rakyat Sarawak...


Semalam Penasihat Parti KeADILan Rakyat(PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga suami kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan bapa kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah binti Anwar Ibrahim telah berada dibahagian Limbang untuk memulakan siri penjelajahan 16 September yang turut disertai oleh Pengerusi perhubungan PKR Johor Datuk Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dan beberapa pemimpin PKR yang masih tercari-cari identiti masing-masing.

Janji pertama yang ditabur Anwar kepada rakyat Sarawak yang ada di Limbang lebih kurang maksudnya untuk "mengkaya"kan penduduk yang miskin dikawasan Limbang supaya boleh menjadi kaya seperti Tan Sri Robert Kwok Raja Gula atau sekurang-kurangnya kaya seperti Tan Sri T. Ananda Krishnan atau sama hebat dengan Raja Petra Kamaruddin yang boleh hidup mewah lagak Parish Hilton di London.

Janji kedua, ketiga, keempat, kelima dan seterusnya dalam siri penjelajahan yang mungkin boleh memukau setiap rakyat Sarawak yang mendengarnya agak-agaknya begini;

Kalau Pakatan Pembangkang berjaya menawan Sarawak daripada Barisan Nasional dan seterus berjaya membentuk kerajaan serta jadi pemerintah, akan kami bina sebuah lift yang akan menghubungkan bulan dengan bumi dan rakyat Sarawak tak perlu lagi menggunakan roket untuk naik ke bulan.

Kalau Pakatan Pembangkang berjaya membentuk kerajaan di Sarawak, akan kami pindahkan Gunung Mulu bersama Guanya sekali dari kawasan asal ke Kuala Baram agar senang pelancong datang untuk buat kajian dan sebagainya.

Kalau Pakatan Pembangkang berjaya memerintah Sarawak, akan kami hapuskan masalah banjir serta-merta disemua tempat dalam Sarawak hanya dengan kuasa doa-doa pecah air dan bukannya doa pecah perut.

Kalau Pakatan Pembangkang berkuasa di Sarawak, akan kami ratakan semua bukit bukau serta gunung-ganang yang menjadi punca masalah sebab pembangunan sukar dilaksana kononnya oleh kerajaan BN sejak pentadbiran YAB Ketua Menteri Sarawak dan tanah serta pasir akan dijual kepada Singapura.

Kalau Pakatan Pembangkang menang dan Baru Bian jadi Ketua Menteri Sarawak yang baru, maka kami semua DAP,PAS dan PKR berjanji akan mengenalkan konsep percuma 100% untuk selamanya kepada rakyat Sarawak, gaji percuma setiap bulan akan diberikan, makan minum semua percuma, air paip dan kesemuanya adalah percuma tak perlu bayar apa-apa.

Selasa, Ogos 31, 2010

Rakyat Indonesia rindukan Suharto, rakyat Malaysia perlukan Tun Dr Mahathir: Bingkisan khas buat sdra Aditya...

Persaudaraan Melayu: Kami Merindukanmu Jenderal!!#more#more#more
Hati saya sangat tersentuh dengan tulisan saudara Aditya melalui posting terbarunya didalam blog beliau yang mengimbas tentang perbezaan hubungan dua hala antara Malaysia dengan Indonesia disaat pemerintahan mantan Presiden ke-2 Indonesia Bapak Suharto.

Ketika membaca tulisan beliau itu telah membuat saya sedar yang kebanyakkan rakyat Indonesia sebenarnya sangat merindui kepimpinan mantan Presiden yang punya rekod begitu terbaik didalam hubungannya dengan Malaysia sepanjang pentadbiran beliau.

Maka saya kembarkan tulisan beliau dengan satu artikel yang telah berusia lebih dua tahun saya simpan dan saya keratkan dari sebuah akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh pada 29hb January 2008 kerana saya berpendapat ini kemudian hari akan jadi bermakna bila ada saat kita memerlukannya.

Artikel ini memaparkan hampir kesemua luahan hati dan perasaan rakan karib almarhum mantan Presiden Indonesia, Bapak Suharto iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad selepas pemergian almarhum sebagai mengenang kembali sejarah kepimpinan almarhum yang penuh dengan seribu kisah suka dan duka.

Malaysia terhutang budi kepada Suharto, kata Dr Mahathir -
KUALA LUMPUR: 29 Jan 2008 - Malaysia terhutang budi kepada Suharto atas peranannya mengakhiri gerakkan Konfrontasi ke atas Malaysia selepas menjadi Presiden Indonesia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin.

Dalam memberi penghormatan kepada Suharto, bekas Perdana Menteri Malaysia berkata: "Kami memandang kepadanya sebagai pemimpin ulung dan negarawan antarabangsa. Bagi diri saya ia agak peribadi. Saya mengenalinya dan berurus dengan dia untuk tempoh sekian lama.
"Saya menganggapnya sebagai sahabat Malaysia dan rakan karib,"katanya ketika mengulas mengenai pemergian Suharto kepada Bernama dan RTM di kediamannya di Seri Kembangan disini.

Suharto, 86, meninggal pada 1:10 petang ini waktu tempatan(2:10 waktu Malaysia) setelah berada dalam keadaan kritikal sejak awal pagi kelmarin.

Beliau yang memerintah Indonesia selama 32 tahun dari 1966 hingga 1998 berada dalam keadaan kritikal sejak dimasukkan ke Hospital Pusat Pertamina, Jakarta Selatan pada 4 January lepas.

Dr Mahathir berkata Malaysia menghargai usaha-usaha Suharto untuk menamatkan konfrontasi yang dicanangkan oleh Presiden pertama Indonesia, Sukarno, keatas Malaysia pada 1962.
"Apa yang Malaysia menghargainya ialah semasa pemerintahan Suharto, konfrontasi pun berakhir. Wujud banyak perasaan muhibah, dan hasrat ikhlas untuk mengakhiri konfrontasi. Allahyarham menghargai hubungan baik dengan Malaysia," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau menganggap laporan media Barat sebagai 'karut mutlak' menuduh Suharto dalam pembunuhan hampir 500,000 orang apabila mengambilalih kuasa selepas Komunis gagal merampas kuasa pada 30 September 1965.

"Pada hakikatnya saya memang tahu itu. Saya tahu apa yang berlaku. Indonesia ketika itu huru-hara dan Suharto tidak mempunyai kuasa. Pada masa insiden pembunuhan, Allahyarham belum lagi menjadi Presiden. Allahyarham tidak mengarah pembunuhan itu," katanya.

Katanya rakyat tidak harus lupa peranan Amerika Syarikat dalam menyokong angkatan tentera Indonesia untuk menggulingkan Sukarno, ketika Barat mengkritik kepimpinannya pada tempoh konfrontasi antara 1962 dan 1966.

Barat juga sama-sama bertanggungjawab atas perubahan berdarah kepimpinan di Indonesia. Siapa sahaja tidak harus dengan mudah menuding jari atas pembunuhan 500,000 orang sebagai kerja Presiden Suharto seperti dilaporkan oleh media Barat," katanya, sambil menjelaskan bahawa Suharto sahaja yang memulihkan keadaan pada masa itu.

Dr Mahathir menghargai Suharto kerana peranan besarnya dalam membangunkan Indonesia yang mempunyai lebih 13,000 pulau dan 200 juta penduduk.

"Walaupun Indonesia bukan merupakan negara demokrasi unggul ketika mana Suharto, hakikatnya beliau membawa kestabilan kepada Indonesia. Sudah tentu, ada harga yang perlu dibayar," katanya, sambil mengakui ada sebilangan orang yang menderita dibawah pentadbiran Suharto.

"Penderitaan itu mungkin menjadi lebih buruk jika Suharto tidak mengatasi keadaan huru-hara dan memulihkan undang-undang di negara keempat paling tinggi kepadatan penduduk di dunia," katanya.

Dr Mahathir berkata tidak dapat bercakap dengan Suharto ketika melawatnya di Hospital Pertamina, Jakarta Selatan, 14 January 2008 lalu.

"Saya fikir dia tahu kehadiran saya," katanya. Mengenai dakwaan rasuah yang teruk semasa pemerintahan Suharto, Dr Mahathir berkata: "Anda tidak boleh menyalahkan Suharto semata-mata kerana amalan rasuah memang wujud sekian lama dan ia berlaku di banyak negara.
"Juga di Malaysia, ada rasuah. Jadi untuk menyalahkan sepenuhnya keatas dirinya, ia tidak betul," katanya.

Dr Mahathir berkata beliau menikmati hubungan kerja dan hubungan peribadi yang baik dengan Suharo kerana masing-masing mampu bercakap secara ikhlas dan terbuka.

"Memang sentiasa ada beberapa pertikaian antara dua negara tetapi pertikaian itu tidak menular kepada kepada keadaan konfrontasi.Kami ada pertikaian mengenai tuntutan kawasan walaupun kita mampu menyelesaikan semua masalah.
"Kami berjaya berbual dalam suasana mesra," katanya,sambil merujuk kepada pertikaian tuntutan kepulauan Ligitan dan Sipadan.

Kedua-dua negara itu bersetuju merujuk tuntutan pertindihan itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Huge Belanda, dimana Mahkamah kemudian memerintahkan bahawa kedua-dua pulau itu di pantai timur Sabah itu kepunyaan Malaysia - Bernama

Begitu rakyat di Indonesia yang mulai merindui kepimpinan mantan Presiden Suharto maka begitu juga kami di Malaysia yang ada diantaranya masih mengharapkan sangat sentuhan bekas Perdana Menteri YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad didalam kepimpinan negara ini.

Isnin, Ogos 30, 2010

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia ke 53 Tahun !!!

 

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 53 kepada seluruh rakyat Malaysia.

53 tahun usia negara kita mencapai kemerdekaan dan sudah banyak kejayaan dan kemajuan telah dicapai dan diukir sepanjang tempoh berkenaan dan hanya kepada kitalah selaku rakyat Malaysia bergantungnya harapan samada untuk meneruskan kesemua kejayaan itu atau menamatkannya.

Salam Merdeka ! Malaysia Boleh ! Keranamu Malaysia kami rakyat biasa akan rela dan sanggup untuk turut serta mempertahankan maruah serta kedaulatanmu dari dihina, dipijak, diludah oleh rakyat dan pemimpin negara asing walau dengan cara kami sendiri selagi pendekatan yang kami guna tidak bertentangan dengan undang-undang negara. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Posted by Picasa

Ahad, Ogos 29, 2010

Bila roh Jalur Gemilang mengamuk, Indonesia harus bersedia !

AKU YANG GAMBI: Indonesia-gunung Sinabung meletus, satu peringatan...: "Gunung Sinabung di Kabupaten Karo, Sumatera Utara (Sumut) telah meletus malam tadi sekitar jam 1.10 pagi waktu Malaysia setelah lebih 410 t..."

Memang benar apa yang saudara Yang Gambi gambarkan maka setiap kali selepas penunjuk perasaan oleh segelintir rakyat Indonesia membuat demonstrasi dengan membakar Jalur Gemilang sudah tentu malapetaka akan menyusul dan berlaku di wilayah tertentu di Indonesia.

Saya tetap percaya apabila Jalur Gemilang dibakar dan dipijak, roh serta semangat bendera kebangsaan yang menjadi lambang kemegahan, lambang segala apa yang rakyat Malaysia miliki pasti akan meratap dan menangis sebagaimana perasaan rakyat Malaysia bila melihat negara ini dihina sedemikian rupa oleh rakyat Indonesia.

Rakyat Malaysia, pemimpin Malaysia berbudi, membantu dikala negara serta rakyat Indonesia didalam kesukaran tidak sama sekali mengharapkan balasan apa-apa cuma mahu melihat saudara serumpun boleh menikmati kebahagiaan hidup sama seperti rakyat Malaysia juga.

Tetapi harapan rakyat Malaysia serta juga harapan para pemimpin negara ini sering saja tidak dihargai malah seperti apa yang pernah berlaku sebelum ini segala bantuan dari negara Malaysia turut dihina dan dicerca.

Kini rakyat Malaysia, juga pemimpin Malaysia janganlah lagi kita bersikap "hidung tak mancung pipi pula tersorong-sorong" dan lebih baik kita ambil sikap seperti "pinggan tak retak, nasi tak dingin."

Malaysia negara merdeka, Malaysia negara berdaulat dan Malaysia negara yang punya maruah serta harga diri dan kita jaga negara kita, kita masih banyak yang perlu diuruskan untuk pembangunan negara serta rakyat dan tidak perlu lagi untuk membuang masa melayan sikap dingin sejuk panas yang tidak matang jiran yang tak pernah mengenang budi kita.

Terima Kasih !!!

Sabtu, Ogos 28, 2010

Jalur Gemilang: Malaysia berhak menyaman kerajaan Indonesia !


Malaysia pada dasarnya mungkin boleh menyaman kerajaan Indonesia untuk menuntut ganti rugi diatas pelakuan biadap dan kurang ajar segelintir rakyatnya yang sudah beberapa kali terbiar memusnah dan membakar bendera kebangsaan Malaysia iaitu Jalur Gemilang.

Malaysia juga dirasa wajar menuntut ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, saman malu dan apa-apa ganti rugilah asalkan ianya dapat menekan pihak berkuasa Indonesia supaya bertindak lebih tegas terhadap sesetengah rakyatnya yang semakin kehilangan akal yang waras.

Malaysia juga mungkin boleh mengemukakan saman terhadap kerajaan Indonesia di Mahkamah Antarabangsa tempat dimana hakim telah memutuskan Pulau Batu Putih di selatan Semenanjung Malaysia telah berpindah milik kepada kerajaan Singapura.

Dengan mengemukakan saman terhadap kerajaan Indoesia, Malaysia akan mampu memberi tekanan secara perlahan melalui undang-undang antarabangsa kepada Indonesia agar mereka berusaha keras supaya setiap rakyatnya faham dan mengerti dimana setiap negara yang berdaulat dan merdeka harus dihormati negaranya, rakyatnya serta para pemimpinnya.

Tanpa pemimpin negara kita tidak mencari penyelesaian berkenaan isu-isu yang timbul dengan cara lain selain hanya perbincangan yang tidak tahu lagi titik tamatnya dengan Indonesia maka selagi itulah rakyat Malaysia akan terus berdepan dengan penghinaan demi penghinaan daripada rakyat Indonesia apabila mereka sengaja memperbesar-besarkan perkara yang remeh-temeh.

Rakyat Malaysia tanpa mengira usia, bangsa, agama dan jantina sentiasa prihatin dengan nasib yang sering menimpa rakyat Indonesia tatkala negara mereka dilanda gempa bumi, banjir, kebakaran hutan, gunung berapi meletus dan bermacam-macam lagi malapetaka alam yang terjadi ditempat mereka.

Itu semua dulu tetapi kini hati dan perasaan rakyat Malaysia sudah diubah oleh sesetengah rakyat Indonesia agar turut sama membenci rakyat Indonesia dengan walaupun sekiranya selepas ini mereka iaitu rakyat Indonesia akan ditimpa dengan bencana alam maka rakyat Malaysia harus menutup mata dan telinga, kedua tangan letak dibelakang badan dan tidak payah bantu satu senpun mereka yang memerlukan sebarang bantuan.

Apakah kita rakyat Malaysia mampu berbuat demikian???

Mungkin tidak, sebab rakyat Malaysia kebanyakkan punya budi pekerti yang tinggi serta punya sifat penyayang yang semulajadi kecuali mereka-mereka yang suka buat bayi, suka buang bayi, suka tanam bayi, suka hanyutkan bayi dan suka campak bayi dari kondo, rumah pangsa tingkat 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan bla,bla,bla...

Khamis, Ogos 26, 2010

DS Najib, putuskan segera hubungan diplomatik dengan Indonesia Jawa !

 

Kepada seluruh pemimpin-pemimpin kerajaan Malaysia, Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin, Menteri Luar Malaysia YB Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Keselamtan Dalam Negeri YB Datuk Seri Hishamuddin...ayuh bangkitlah!!! ..bertindaklah segera keatas tindakan kurang ajar rakyat Indonesia Jawa !!!

Segera !!! ..putuskan hubungan diplomatik dengan Indonesia Jawa !!! ..putuskan segera sebarang kerjasama dengan Indonesia Jawa negara yang rakyatnya tidak punya akal fikiran yang waras !!! ..batalkan segera apa-apa juga sebarang perjanjian kerjasama dengan Indonesia Jawa yang rakyat sudah semakin tidak bertamadun !!!

Usir segera rakyat Indonesia yang berketurunan Jawa dari bumi Malaysia ini !!!

Saya sebagai salah seorang daripada berjuta-juta rakyat Malaysia yang sayangkan negara ini, saya sebagai salah seorang daripada ribuan anak-anak merdeka Malaysia yang sentiasa menjunjung tinggi kedaulatan negara Malaysia, sentiasa mahu agar bendera kebangsaan Malaysia Jalur Gemilang dijaga dengan seelok-eloknya TIDAK sanggup lagi melihat bendera negara kita dipijak-pijak oleh rakyat Indonesia Jawa yang paling hina di muka bumi ini !!!

Saya dan seluruh rakyat Malaysia tidak sanggup lagi melihat Jalur Gemilang terus menjadi mangsa dan hangus dijilat api kebiadapan rakyat negara Indonesia Jawa yang paling bangsat di dunia ini !!!

Seluruh rakyat Malaysia bersedih dengan kejadian yang sama sekali diduga akan dilakukan oleh rakyat dari negara yang penganut Islamnya adalah terbesar di dunia tetapi malang sekali mereka telah bertindak diluar batasan manusia yang normal !!!
Posted by Picasa

Yahudi masuk Masjid Al-Aqsa, DAP masuk Surau Al-Huda ~~~

 

Jika di Asia Barat khususnya di Palestine kejadian pencerobohan demi pencerobohan oleh rejim yahudi keatas rumah-rumah ibadat umat Islam disana seperti sesuatu yang sudah menjadi biasa walaupun seluruh dunia tahu bahawa ianya berlaku didalam keadaan yang amat sukar dan terpaksa dilalui oleh rakyat Palestine setiap hari.

Masjid Al-Aqsa misalnya sudah beberapa kali sudah dimasuki oleh tentera pengganas rejim yahudi dengan alasan yang berbagai-bagai dan kita semua juga sudah tahu bahawa rakyat Palestin sudah sekian lama menderita kerana ditindas oleh tentera pengganas yahudi hanya disebabkan perjuangan rakyat Palestine untuk mempertahankan tanah tumpah darah mereka selain mempertahankan tempat-tempat suci yang paling bersejarah bagi umat Islam disana.

Tetapi apa yang berlaku dinegara kita, di Malaysia pulak adalah disebaliknya apabila ada segelintir pihak orang Islam sendiri yang merelakan apa yang seakan-akan hampir serupa dengan apa yang tidak dibenarkan untuk diamalkan berlaku di Palestine boleh pulak dibenarkan berlaku di Malaysia apabila kerap kali kita melihat ada orang-orang yang bukan beragama Islam memasuki rumah ibadat umat Islam dan bersuara didalam surau ataupun di masjid dihadapan jemaah-jemaah yang rata-ratanya adalah umat Islam.

Jadi bagaimana pula para penyokong PAS serta para pemimpinnya boleh mendakwa yang perjuangan PAS kononnya berlandaskan Islam iaitu memperjuangkan Islam sedangkan dalam masa yang sama kita dapat melihat PAS bukannya cuba untuk mempertahankan tempat-tempat beribadat umat Islam daripada dimasuki oleh orang bukan Islam malah menjemput orang bukan Islam untuk turut bersama-sama dengan mereka didalam surau atau masjid disaat para jemaah masih berada didalam waktu.

Apa sudah jadi dengan Islam PAS? Masjid dan Surau pun kini sudah dibiarkan kepada orang-orang bukan Islam memasukinya dan menjadinya sebagai tempat-tempat berkempen, berhujah tentang politik, berurusniaga dan macam-macam lagi...
Posted by Picasa

Selasa, Ogos 24, 2010

Haramkan rakyat Indonesia dari Jawa menjejak kaki ke Malaysia !

 

 

 

Kejadian terbaru melempar najis manusia di Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia yang dilakukan oleh rakyat Indonesia yang kesemuanya berketurunan Jawa dan berasal dari Kepulauan Tanah Jawa benar-benar telah membakar perasaan yang amat marah sekali dikalangan rakyat Malaysia yang beberapa hari lagi telah bersedia untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke 53.

Tidak cukup dengan itu, bendera kebangsaan Jalur Gemilang turut menjadi mangsa apabila telah dipijak serta diconteng dengan najis manusia oleh kumpulan pelampau Indonesia yang paling tidak bertamadun di dunia.

Kita rakyat Malaysia boleh lihat sendiri bagaimana tindakan yang paling tidak berakal oleh rakyat Indonesia keturunan Jawa ini yang menjajah Sumatera, Kalimantan, Sulawesi turut cuba untuk menundukkan Malaysia dengan cara memalit ajis-najis manusia yang mereka bawa agar Malaysia akan tunduk kepada tekanan yang sedang mereka lakukan.

Rakyat Malaysia juga apabila berlaku insiden pergeseran hubungan dua hala yang berlarutan seperti sekarang antara Indonesia dengan Malaysia harus tahu menilai bahawa tidak semua rakyat Indonesia yang bersikap kurang ajar serta berakhlak, tidak tahu bersyukur, tidak mengenang budi dan tidak beradab seperti yang dilakukan oleh rakyatIndonesia yang berasal dari Pulau Jawa.

Bukan bertujuan untuk melaga-lagakan rakyat Indonesia sesama mereka tetapi hakikatnya ialah kita boleh melihat ke Sulawesi, ke Kalimantan, ke Sumatera, New Guinea, Flores dan juga Timor Barat...adakah kita pernah melihat rakyat Indonesia dari tempat atau dari Pulau tersebut ada membuat perkara yang sama sepertimana yang sering dilakukan oleh rakyat Indonesia dari Kepulauan Jawa ? Tiadakan...

Bagi saya, adalah lebih baik untuk pihak kerajaan Malaysia mengkaji akan perkara ini dan sekiranya dapat disegerakan maka segerakanlah agar negara kita Malaysia tidak berterusan menjadi bahan mainan oleh rakyat Indonesia dari kalangan kaum Jawa yang angkuh, sombong, bodoh dan gila ini.

Jalan terbaik, haramkan terus rakyat Indonesia yang berasal dari Kepulauan Jawa untuk menjejakkan kaki mereka di Bumi Malaysia walau sesaatpun. Kerajaan boleh mengguna berbagai cara untuk mengesan akan kehadiran orang-orang Jawa ke negara ini. Bangsa Jawa Indonesia bukan lah satu bangsa yang tahu erti apa itu halal-haram, mereka bukanlah manusia yang tahu erti mengenang budi, mereka bukanlah manusia yang tahu mengenal tahu dek untung.

Saya sebagai rakyat Malaysia tidak sanggup lagi untuk melihat negara Malaysia terus dihina, tidak sanggup lagi untuk melihat bendera kebanggaan kita Jalur Gemilang dipijak, dibakar oleh kaum Jawa Indonesia yang dulu pernah hidup mengemis dan merempat juga mencari makan di Malaysia tetapi malangnya apabila ke negara asal mereka negara kita pulak dihina dan macam-macam lagi.

Kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB DS Najib bin Tun Razak...walaupun saya tahu DS Perdana Menteri ada darah Indonesia mengalir didalam tubuh Datuk Seri, namun sebagai pemimpin utama negara Malaysia ini maka tolonglah bertegas sedikit dalam perkara ini sebab bukan saja tuntutan dari dalam tubuh saya, mungkin orang lain juga yang memang tiada setitispun darah Indonesia yang didalamnya oleh sebab itulah maka saya dan mungkin orang lain juga merasa sangat marah dengan perbuatan serta tindakan kurang ajar rakyat Indonesia Jawa itu.
Posted by Picasa

Isnin, Ogos 23, 2010

DAP mula berpesta banjir di Bandar Sibu...


Belumpun genap setahun janji DAP yang pernah dibuat kepada para pengundi pada PRK Parlimen 207 Bandar Sibu awal tahun ini, kini bermula dengan satu janji yang pernah DAP tawarkan kepada penduduk di Sibu sekiranya DAP memenangi PRK Bandar Sibu iaitu untuk meningkatkan lagi paras ketinggian banjir daripada biasa berlaku kepada keadaan yang lebih luar biasa lagi nampaknya benar-benar akan dilunaskan hehehehe...

Sejak semalam Bandar Sibu serta kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya telah mula dilanda banjir dan sudah pasti sekali para pengundi yang telah terlanjur termakan oleh janji-janji yang pernah disuap oleh DAP semasa PRK tersebut yang sehingga memenangkan calon mereka YB Wong Ho Leng sebagai wakil rakyat Bandar Sibu ke Dewan Rakyat tentu sekali akan menuntut janji yang telah diberikan oleh DAP.

Kepada Barisan Nasional, apakah langkah yang akan diambil seterusnya setelah majoriti pengundi di Bandar Sibu menolak BN dan memilih DAP bagi menyelamatkan mereka daripada masalah banjir yang sering melanda Bandar Sibu terutama pada musim tengkujuh?

Ahad, Ogos 22, 2010

SUPP tidak mungkin akan keluar daripada Barisan Nasional !


Seingat saya tiada masalah yang terlalu besar sangat telah atau juga sedang dihadapi oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak atau SUPP dengan anggota-anggota lain didalam Gabungan Barisan Nasional terutamanya dengan rakan-rakan dalam BN Sarawak.

Apa yang berlaku sebelum ini hanyalah masalah dalaman SUPP sendiri termasuk krisis kepimpinan yang belum tahu lagi status penyelesaiannya samada mereka sudah berdamai atau mereka kini masih bermasam muka.

Dan antara pemimpin didalam SUPP yang ada membuat kenyataan seolah-olah cuba mengesahkan berita tersebut diperingkat orang ramai walaupun ianya tidak wajar dilakukan kerana tidak selari dengan semangat setiakawan dalam BN adalah Datuk Sim Kheng Hui.

Apa yang boleh ditafsirkan ialah, tindakan mendedahkan sesuatu perkara berkaitan dengan parti kepada media juga kepada umum seperti yang telah dilakukan oleh Datuk Sim Kheng Hui dilihat semata-mata percubaan beliau untuk mengheret SUPP bersama kedalam masalah yang sedang beliau serta rakan-rakan sehaluan dengan kumpulannya hadapi sekarang. Itulah mungkin boleh dikatakan sebagai usaha untuk menagih simpati semata-mata.

Jika dengan rakan-rakan komponen dalam BN Negeri, SUPP tidak banyak krisis seperti Parti Rakyat Sarawak(PRS) yang memang sering tidak sebulu dengan SUPP dalam soal pengagihan kerusi kerana masing-masing pemimpin kedua parti ini mempunyai pandangan yang tidak membina kearah perpaduan sesama parti, sesama pemimpin serta sesama rakyat dan mereka lebih suka memilih jalan bertelagah walaupun mereka sedar bahawa tindakan sedemikian tidak akan membawa sebarang makna kepada BN secara keseluruhannya.

Saya tidak nampak atas alasan apa perlu untuk SUPP mengundur diri daripada gabungan BN kerana jika dilihat dari cara bekerja SUPP Cawangan Miri dalam mendekati rakyat serta pengundi mereka boleh dikatakan hampir setiap masa kita lihat pemimpin SUPP Miri berkunjung serta meninjau kawasan-kawasan pilihan raya mereka dan inilah yang dituntut oleh Kepimpinan BN.

Namun bagi SUPP Cawangan Sibu usaha seperti itu sekarang tetap diteruskan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh bekas MP Sibu mendiang Robert Lau Hoi Chew sebelum meninggal dunia.

Dan kita boleh bertanya, bagaimana pulak dengan perjalanan SUPP dibahagian Kuching kawasan Datuk Sim Kheng Hui menabur bakti dan tidakkah mereka sama-sama turut berdengkur sehingga ada orang lain datang mengejutkan...

Sabtu, Ogos 21, 2010

Pentadbiran DS Najib patut bangkit dari trauma 2008...


Bukan bertujuan untuk mengukur sejauh mana kemampuan, kehebatan serta kebolehan memimpin bagi seseorang pemimpin utama negara kita ketika berdepan dengan berbagai isu yang serupa didalam tempoh pemerintahan mereka masing-masing, bagaimana mereka mengatasi sebarang masalah yang timbul, adakah mereka tegas, berani bagi memastikan tiada masalah sampingan akan timbul daripada isu-isu yang sengaja dibangkit oleh pihak-pihak yang tertentu.

Malaysia selama tempoh pentadbiran Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad memang diakui akan kehebatannya bukan saja oleh rakyat negara ini sendiri malah oleh rakyat serta para pemimpin negara luar baik oleh negara membangun maupun oleh negara maju.

Berani menyuarakan apa yang benar tanpa rasa bimbang akan risiko yang bakal dihadapinya, tegas dan tidak pernah teragak-agak serta pantas didalam mengambil sebarang tindakan bagi memastikan apa-apa jua keadaan didalam negara kita sentiasa berada ditahap yang paling selesa dan memuaskan..., itulah YABhg Tun Dr Mahathir.

Malang sekali selepas peralihan kuasa berlaku pada 2003 apabila Malaysia menerima seorang Perdana Menteri yang ke-5 YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau seolah-olah telah gagal untuk mempertahankan apa yang telah diwarisinya daripada YABhg Tun Dr Mahathir.

Malaysia dibawah pentadbiran YABhg Tun Abdullah selepas itu jelas semakin gagal mengawal keadaan yang sepatutnya harus segera bertindak lebih awal terhadap sesiapa saja yang sengaja membangkit perkara-perkara yang sensitif didalam masyarakat majmuk dinegara ini.

Kini, Malaysia dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah mengambilalih kuasa daripada YABhg Tun Abdullah kelihatan masih gagal untuk bangun serta bangkit apabila sehingga kini tidak banyak yang dapat dilakukan dalam menghadapi golongan 'pendesak' yang sepanjang masa tidak jemu-jemu membangkitkan berulang-kali perkara-perkara yang telah termaktub didalam perlembagaan persekutuan.

Tidak juga hendak mengatakan yang corak kepimpinan Perdana Menteri sebagai kurang berbisa ketika berdepan dengan isu-isu yang memerlukan tindakan yang tangkas tetapi keadaan seperti sekarang juga banyak bergantung kepada tindakan pantas tanpa rasa ragu-ragu atau benar-benar tidak teragak-agak oleh seseorang Menteri yang telah diberi tanggungjawab terhadap kementerian yang diserahkan kepada mereka dalam memastikan keamanan, kesejahteraan, keselamatan, keharmonian serta kestabilan negara kita terus terjamin.

Apa yang boleh dikatakan setakat ini ialah, barisan Menteri kabinet DS Najib kurang bermaya, kurang cergas serta kurang menyerlah. Ada diantara menterinya yang tercungap-cungap ketika menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Parlimen semasa Dewan Rakyat bersidang atau pertanyaan oleh para Senator di Dewan Negara.

Lebih parah lagi apabila desakan demi desakan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin pembangkang terhadap tuntutan yang mereka bawa gagal untuk dipintas dengan berkesan oleh Menteri yang berkaitan sehingga kini perkara seperti ini bukan lagi hanya seolah-olah terbiar malah semakin lama tuntutan yang dibuat semakin bertambah hingga membabitkan perkara yang lain pula.

Kita lihat bagaimana tuntutan serta desakan oleh pemimpin baik dari pembangkang maupun dari dalam komponen BN sendiri yang mahu segala hak keistimewaan Melayu dan hak kaum Bumiputera di negara ini dihapuskan dan kita boleh percaya pada masa lain nanti sekiranya kelompok 'pendesak' ini tidak tangani dengan tegas adalah tidak mustahil untuk satu masa nanti negara kita akan terus berdepan dengan perkara yang lebih rumit lagi dan jika ini berlaku, apa yang kerajaan dapat lakukan?

Isu terbaru yang melibatkan seorang pengetua di sebuah Sekolah Menengah di negeri Johor yang didakwa sebagai 'perkauman' apabila kenyataan beliau kononnya dianggap sebagai membangkitkan sentimen perkauman oleh golongan pendesak lalu segera diambil perhatian oleh kerajaan tetapi bagaimana pulak dengan kenyataan yang selalu dibuat oleh DS Chua Soi Lek dan juga aktivis rasis Namewee? Ada kerajaan berani bertindak keatas mereka ini?

Ingat lagi tak dengan kes ADUN Bukit Bendera YB Datuk Ahmad Ismail yang digantung keahliannya daripada UMNO untuk tempoh beberapa tahun atas desakan Gerakan dan mereka yang sama waktu dengannya? Kesalahan beliau dimata golongan pendesak ini ialah kerana menyebut perkara yang ada fakta tetapi tetap dianggap sebagai bersalah besar tetapi kenapa DS Chua Soi Lek yang terang-terang telah mengungkit perkara yang dilarang dan yang telah dipersetujui bersama tiga kaum terbesar Malaysia didalam perlembagaan persekutuan tidak juga dikena sebarang tindakan. Anehkan?,,pelik sekali...

PKR, lupakan saja hasrat untuk tumbangkan Taib Mahmud di DUN Balingian ~~

 

Tidak kira siapa yang akan diletak oleh PKR untuk menentang ADUN Balingian dalam Parlimen Mukah YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud pada Pilihan Raya Negeri yang akan datang, maka adalah lebih baik mereka lupakan saja niat untuk menumbangkan Ketua Menteri di situ.

PKR harus maklum bahawa kehadiran Pehin Sri di DUN Balingian adalah diatas kemahuan majoriti penduduk serta pengundi di kawasan DUN tersebut yang mahukan perubahan dari segala segi dalam kawasan mereka.

Kini dengan YAB Pehin Sri Taib sebagai wakil mereka di DUN berkenaan, rakyat dapat menyaksikan perubahan yang begitu pantas berlaku dalam tempoh dua penggal YAB mewakili rakyat di kawasan DUN Balingian yang sebelum ini kawasan tersebut kelihatan sangat mundur dan ketinggalan dalam segala bidang.

Balingian DUN dalam kawasan Parlimen Mukah majoriti penduduknya Melanau beragama Islam merupakan daerah asal keluarga YAB Pehin Sri Taib dan merupakan kubu kuat PBB/BN sejak dulu lagi dan walaupun sekiranya ada terdapat sedikit sebanyak tentangan tetapi sebenarnya golongan seperti mereka tidak tersisihpun daripada pembangunan yang dibawa oleh BN di kawasan mereka dan semuanya mengecapinya sama seperti yang penyokong BN perolehi.

Namun, kepada PKR...negara kita adalah sebuah negara demokrasi, kebiasaan masa pilihan raya pasti akan ada pertandingannya dan sesiapa saja bebas untuk mengemukakan borang pencalonan asal cukup syarat dan jika PKR benar-benar berhasrat untuk meNentang dasar "politik pembangunan" yang diperjuangkan oleh Pehin Sri Ketua Menteri... silakan saja~
Posted by Picasa

Rabu, Ogos 18, 2010

Isu Buang Bayi: Semua pemimpin politik harus tunjuk teladan yang sopan...


Kalau mahu isu-isu yang sangat sukar untuk diatasi berjaya ditangani atau sekurang-kurangnya berjaya untuk dikurangkan maka semua langkah yang terbaik untuk mencari penyelsaiannya haruslah bermula daripada peringkat pemimpin-pemimpin rakyat tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik yang mereka anuti.

Merekalah contoh terbaik yang harus dicontohi dan bukannya mereka pulak menjadi wabak-wabak yang perlu dihindari oleh masyarakat. Berzina, mengadakan hubungan luar nikah dan sebagainya yang berkaitan dengan larangan-larangan tertentu dalam sesuatu ajaran agama itu sepatutnya sentiasa dijauhi.

Apabila lahirnya zuriat hasil dari perhubungan haram seumpamanya sudah tentulah mereka yang terlibat secara langsung atau juga mereka yang punya pertalian keluarga dengan pelaku-pelaku perkara terkutuk itu pasti akan berdepan dengan cemuhan dan penghinaan daripada anggota masyarakat sekeliling.

Untuk mereka ini mengelak daripada berdepan dengan risiko yang bakal dihadapi apabila perbuatan keji yang dirahsiakan sebelum ini terbongkar dengan kelahiran seorang bayi yang tidak berdosa maka jalan pintas terpaksa diambil seperti membuang, meninggal, mencampak, menanam bayi mereka dimana-mana walaupun sudah tahu akan akibatnya yang akan mereka tanggung ekoran perbuatan kejam seperti itu.

Dalam isu-isu seperti ini yang masih menghantui masyarakat serta pemimpin Malaysia ketika ini, apakah ada cadangan yang mahu dilontarkan oleh rakyat biasa tanpa mengira kaum dan agama mereka untuk sama-sama membantu mencari penyelesaian keatas isu ini akan diterima?

Tetapi malangnya apabila ada daripada sesetengah pemimpin-pemimpin rakyat yang ketika ini berstatus sebagai Yang Berhormat(YB) dan ada juga yang pernah bergelar sebagai Yang Berhormat(YB) serta pernah menjadi Menteri penuh didalam Kabinet Malaysia beberapa tahun yang lepas tidak banyak membantu kerajaan didalam usaha untuk mengurangkan anak diluar nikah atau mengurangkan kegiatan yang paling tidak bermoral seperti bersekedudukan tanpa ikatan yang sah atau lebih tepat lagi berkhalwat.

Hmmmmmmmmmmmmmmmmm sesak nafas ini...

Selasa, Ogos 17, 2010

Kenapa DS Chua Soi Lek semakin miang ?

 

Sudah tertunaikah janji-janji DS Chua Soi Lek untuk membawa perubahan yang maha ajaib kepada parti MCA sebagaimana yang pernah dijanjikan oleh beliau semasa kempen untuk merebut jawatan Presiden MCA yang menyaksikan bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting yang turut bertanding semula pada pemilihan itu telah tewas ditangan DS Chua.

Perjuangan bermatlamat jelas iaitu untuk mendapat semula sokongan kaum Cina terhadap MCA dan Barisan Nasional secara keseluruhannya disamping ingin membersihkan MCA dari sebarang kontorversi, itulah antara lain ikrar yang pernah DS Chua luahkan bagi mengukuh dan menguatkan semula kedudukan MCA didalam Barisan Nasional dan juga kepimpinan negara.

Hari ini, semalam dan beberapa hari yang lepas...DS Chua Soi Lek kelihatan mula miang dan semakin gatal. Ini bukan jangkitan virus kesan dari watak biru yang pernah beliau lakonkan dalam sebuah video clip pada tahun 2007 dulu tetapi tidak dapat dinafikan besar kemungkinannya berpunca dari badi babak-babak yang beliau pegang dalam video tersebut.

Mula-mula DS Chua Soi Lek cuba mengganggu DS Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Amaran Dalam Negeri berhubung isu yang pernah dibangkit oleh Parti Perkauman Malaysia(DAP) berkenaan dengan desakan DAP yang mahu kouta biasiswa untuk kaum Melayu dan Bumiputera dimansuhkan dan desakan itu telah disambut dengan galak dan tepukan gemuruh oleh sekutu DAP diluar gelanggang iaitu MCA melalui Presidennya DS Chua Soi Lek.

Hari ini pulak, dalam isu yang sama..sekali lagi bintang porno veteran ini tanpa rasa segan silu, tanpa rasa hormat terhadap seorang pemimpin nombor dua negara, TPM YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin...cuba meneruskan siri serangan beliau keatas hak dan keistimewaan kaum Melayu dan kaum Bumiputera lainnya di negara ini.

Nampak sangat keberanian DS Chua tidak kena pada tempatnya. DS Chua mungkin berfikir beliau tak perlu risau dan tak perlu hormat kepada sesiapa kerana DAP sudah mengangkat beliau sebagai seorang wira kaum mereka, berani dan kurang ajar !

Kacang tak pernah lupakan kulitnya. Lautan juga tak pernah lupa pada daratan. Tetapi manusialah yang terbukti mudah lupa kepada asal-usulnya. Manusia dari kaum-kaum tertentu seperti inilah yang tergolong dalam jenis yang pelupa dan tak mahu mengenang budi kaum asal dinegara ini yang telah sanggup menerima mereka sebagai sebahagian daripada warganegara.

Kepada Pengerusi Barisan Nasional, YAB DS Najib...bertindak dengan tegaslah kepada Presiden MCA ini, jangan berdiam diri. Jangan biarkan DS Chua Soi Lek dari terus berbuat sesuka hati dia untuk menekan serta menyerang sesiapa saja yang dia rasa menjadi halangan untuk dia meneruskan perjuangannya dan DAP bagi meleburkan segala hak-hak keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera yang masih tersisa di negara ini.
Posted by Picasa

Isnin, Ogos 16, 2010

Haramkan pekerja dari wilayah Jawa masuk ke Malaysia !


Kejadian terbaru demonstrasi anti-Malaysia oleh rakyat Indonesia di Jakarta ekoran penahanan 7 orang nelayan yang dituduh menceroboh perairan Indonesia sementara itu pula 3 orang pegawai Penguatkuasa Kementerian Kelautan Indonesia oleh Polis Marin Malaysia dari tempat kejadian yang sama.

Mengikut laporan awal, ketujuh-tujuh orang nelayan Malaysia itu telah diculik oleh pihak penguatkuasa kementerian kelautan Indonesia dan dibawa masuk melepasi sempadan wilayah dalam perairan Indonesia dan disanalah nelayan Malaysia telah dituduh menangkap ikan secara haram di perairan Indonesia.

Taktik yang telah digunakan oleh pihak penguatkuasa Indonesia pada insiden tidak ubah seperti cara yang telah digunakan oleh pihak berkuasa Israel ketika merampas dua buah kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini iaitu Marvi Marmara dan MV Rachel Corry yang telah memaksa kedua kapal bantuan tersebut belayar memasuki ke wilayah perairan Israel dan selepas itu telah menahan kedua kapal tersebut yang kononnya telah menceroboh perairan negara pengganas itu.

Bila berlaku lagi kejadian-kejadian seperti ini maka sudah tentu mengingatkan kita kepada peristiwa yang terdahulu dimana kita dapat menyaksikan jalur gemilang telah dibakar, dipijak dan sebagainya selain ada usaha untuk menyerang negara Malaysia dengan bersenjatakan buluh runcing. Semua itu takkan luput dari ingatan rakyat Malaysia yang cintakan negaranya.

Hasil dari semua kejadian seperti itulah kita dapat mengukur dan menilai hati budi sesetengah rakyat dari negara jiran kita itu. Saya tidak beranggapan yang kesemua rakyat Indonesia mempunyai pemikiran yang begitu terasing dari pemikiran mereka yang memang dikenali sebagai sebuah negara penduduknya adalah teramai didunia yang sudah semestinya patut memiliki keupayaan bertindak didalam kawalan yang munasabah dan bukannya suka bertindak diluar kawalan emosi.

Dan dari semua peristiwa-peristiwa yang tercetus dari sesuatu pertikaian yang sengaja diperbesarkan itu kita semua selaku rakyat Malaysia mungkin boleh membezakan kelaianan yang terdapat didalam masyarakat Indonesia itu sendiri tetap ada walaupun mereka ini sudah dikenali dengan semangat patriotik yang tebal terhadap negara tumpah darah mereka berbanding dengan rakyat negara lain khususnya rakyat Malaysia.

Kelainan yang saya maksudkan ialah tidak kesemua rakyat di Indonesia yang bersetuju dengan tindakan membabi-buta oleh sesetengah rakan-rakan mereka dari wilayah-wilayah yang tertentu malah ada yang jelas membantah serta mahu mencari penyelesaian dalam semangat satu rumpun atau semangat kejiranan.

Kita sudah menjadi semakin muak dan marah serta benci dengan kelakuan serta tindakan yang sering diguna oleh sesetengah rakyat Indonesia bila ada saja pertikaian berlaku dalam hubungan dua hala antara Malaysia dengan Indonesia ini dan kita sebagai rakyat Malaysia harus cuba untuk mengenali mereka ini yang suka kepada jalan seperti itu datang dari wilayah mana.

Selama pemerhatian saya, rakyat Indonesia yang suka mengambil semua jalan mudah sebegini atau mudah sangat berbalah bila timbul sedikit permasalahan dengan Malaysia majoritinya datangnya dari Kepualauan Jawa atau mereka kebanyakkannya datang dari daerah Bandung, Surabaya, Semarang, Jakarta. Namun dari wilayah lain mereka jarang menyertai gerakan anti-Malaysia yang dianjur oleh rakan-rakan mereka dari wilayah Jawa.

Oleh itu, kerajaan Malaysia diharap dapat memperkenalkan dasar baru terhadap pekerja Indonesia yang ingin mencari rezeki di Malaysia dengan memperkenalkan 'dasar terpilih' terhadap mereka ini. Malaysia juga sangat diharap dapat mengambil langkah permulaan dengan mengharamkan semua bentuk urusan dengan rakyat Indonesia yang berasal dari wilayah Jawa kerana mereka inilah yang kerapkali suka menimbulkan suasana yang kurang baik didalam hubungan kedua-dua Malaysia dan Indonesia selama ini sekiranya terdapat sebarang pertembungan tentang apa jua isu yang berbangkit.

Ahad, Ogos 15, 2010

Pulau Borneo milik semua kaum...

 

Cadangan yang telah dikemukakan oleh Timbalan Presiden Persekutuan Dayak Kebangsaan Sarawak(SDNU) Dr John Brian Anthony pada Forum Dayak Borneo di Kuching beberapa hari yang lepas supaya nama Pulau Borneo yang sebelum ini lebih dikenali melalui sejarah hitamnya dengan gelaran "Tanah Pemburu Kepala" ditukar kepada "Tanah Dayak" adalah sesuatu yang sangat tidak sama sekali wajar untuk diterima lagi pada masa ini.

Dr Brian seharus faham bahawa apapun tanggapan orang luar tentang penduduk serta negeri-negeri yang terdapat di Pulau Borneo ini semuanya mempunyai talian sejarah yang berkait diantara semua kaum yang menghuni pulau yang ketiga terbesar di dunia ini dan beliau tidak sepatutnya membangkitkan lagi isu-isu yang boleh melukakan semula perasaan kaum-kaum lain selain daripada kaum Dayak itu sendiri jika isu yang beliau timbulkan itu akan mendapat perhatian masyarakat beliau sendiri.

Saya selaku cucu kepada Datuk Patingan berpendapat walaupun berdasarkan kepada sejarahnya kami sepatutnya masih punya hutang yang harus ditagih namun demi kesejahteraan wilayah, keamanan negara serta keharmaonian kaum sebarang niat untuk mengungkitkan sejarah silam tidak patut lagi dilakukan dan sebagai rakyat Malaysia kita harus berusaha untuk melupakan sesuatu yang telah menjadi penghalang kepada usaha perpaduan serta keamanan dan keselamatan Malaysia, Indonesia juga Brunei Darusalam.

Dr Brian juga sepatutnya peka dan faham bahawa Pulau Borneo bukan saja dihuni oleh masyarakat Dayak, malah banyak bangsa lain telah menjadi sebahagian daripada penduduknya sejak beratus-ratus tahun yang lampau seperti bangsa Melayu, Melanau, Kedayan, Bugis, Bajau serta lain-lain lagi dan kumpulan ini telah membentuk satu masyarakat yang turut mendiami beberapa wilayah diserata Pulau Borneo iaitu kaum Melayu selain terdapat di Sarawak juga banyak tinggal sebagai rakyat Indonesia di Sambas dan Pontianak Kalimantan Indonesia begitu juga dengan kaum Kedayan yang ramai tinggal di Brunei Darusalam juga ada yang tinggal di Sarawak juga Kalimantan Indonesia.

Apa yang diharapkan ialah biarpun perkara yang dibawa oleh Dr Brian itu dilihat sebagai cuma satu cadangan namun untuk mengelak perkara lain akan berbangkit sama maka adalah lebih elok kita biarkan saja tanggapan orang lain tentang tanah Borneo dengan perkataan apapun kerana apa yang lebih penting ialah semuanya telah menjadi sebahagian daripada sejarah negara Malaysia, Indonesia dan Brunei Darusalam dan tidak perlu rasanya bagi kita untuk tersinggung dengan gelaran seumpama itu kerana sejarah tetap sejarah dan kita generasi yang kemudian ini tidak akan mampu untuk mengubah sejarah lampau walau dengan apa usaha sekalipun dan jalan yang terbaik ialah biarkan saja ianya menjadi sejarahdan tak perlu untuk kita membuang masa memikirkan hal-hal yang telah berlalu.
Posted by Picasa

Sabtu, Ogos 14, 2010

Sampai bila lagi pihak berkuasa Malaysia terus tertipu ?

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri
Jika berdasarkan kepada apa yang terkandung didalam berita akhbar Utusan Malaysia pada keluaran Khamis lepas tidak diberi perhatian segera oleh pihak-pihak yang berwajib, maka persoalan yang harus timbul ialah bila dan sampai bila lagi kerajaan Malaysia terus bertahan untuk ditipu oleh sindiket-sindiket warga asing ini?

Perkembangan ini mungkin sudah disedari sejak dulu lagi namun oleh kerana penguatkuasaan yang lemah telah menjadikan ianya terbiar begitu saja oleh sebab itu maka tindakan tidak dapat diambil.

Perkara ini bukan saja berlaku dikalangan kaum yang datang dari negara China saja malah dari negara lain juga seperti India, Indonesia, Thailand, Filipina yang mana mereka ini telah punya kaum kerabat yang sudahpun lama diterima menjadi warganegara atau rakyat Malaysia dan dalam hal-hal tertentu mereka ini mampu berbuat sesuatu sehinggalah berjaya menjadi rakyat Malaysia walau dengan berbagai cara.

Kerajaan Malaysia terutamanya pihak-pihak yang bertanggungjawab penuh mengenai perkara seperti ini haruslah tegas dan carilah jalan penyelesaian supaya ianya kelak tidak akan menyusahkan rakyat, kerajaan serta negara Malaysia khususnya dibelakang hari.

Rujukkan juga isu yang sama di blog : http://theunspinners.blogspot.com

Khamis, Ogos 12, 2010

Panglima Perang Cyber: Siapa lelaki beri bunga dan cium Anwar Ibrahim di ...

Panglima Perang Cyber: Siapa lelaki beri bunga dan cium Anwar Ibrahim di ...: "Selamat berpuasa ! Hari ini kita berpuasa untuk hari kedua. Moga puasa semalam telah selamat diangkat oleh Malaikat ke hadrat Allah Taala y..."

Selasa, Ogos 10, 2010

Selamat Menjalani Ibadah Puasa...

 

Anak Merdeka ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al Mubarak kepada seluruh umat Islam di seluruh Malaysia yang akan disambut bermula esok 01 Ramadhan 1431 Hijrah bersamaan dengan 11 Ogos 2010 Masehi.

Kepada pengunjung dan pembaca blog ini khususnya mereka yang beragama Islam maka Anak Merdeka juga ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan selamat berpuasa.

Kepada rakan-rakan blogger Anak Merdeka seperti Kumbang, Daniel Arif, Penghuni Gua, ISAC, Joyah AIDC, Faizal Torres AIDC, Jeffry Damien, Yanggambi, Yuhu Ladybird, Brave Heart, Cucu Tok Selampit, Sdra Azli Shukri, Papa GOMO, Panglima Perang Cyber, Ustaz Said, Apai Ngelai, Mamak Penang, The Unspinners, 300, GAP, Dr. Novandri(M.I.M), Yeop Parit juga seluruh rakan-rakan blogger dalam BPN, ahli-ahlinya, para penyokong BPN, AIDC dan ramai lagi nama mereka yang tak tertulis disini maka saya juga teringin sekali untuk memberikan ucapan selamat menyambut awal Ramadhan al Mubarak serta selamat menjalani ibadat puasa dan harapan Anak Merdeka kepada anda semua semoga anda sekalian tetap menang biarpun berdepan dengan segala dugaan disepanjang bulan yang penuh berkat ini.

Mohon Ampun dan Maaf sekiranya ada kesilapan kata dan ape-ape aje...

Terima Kasih.
Posted by Picasa

Isnin, Ogos 09, 2010

Hak Bumiputera: PAS hanya berani bila dibelakang DAP...


Bila mengimbas kembali akan kesemua pendirian PAS sebelum ini tentang berbagai perkara yang berbangkit baik yang membabitkan soal perpaduan kaum Melayu, hal ehwal agama Islam, hak-hak keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera saya rasa macam tak percaya atau tidak yakin lagi dengan apa-apa juga kenyataan yang telah dibuat oleh para pemimpin parti tersebut terutamanya Presiden PAS YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta juga Mursyidul Am PAS YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Jika kita perhatikan betul-betul, seandainya ada sesuatu isu timbul yang sememangnya wajar dipertahankan oleh parti tersebut yang jika diambil kira dasarnya dulu adalah bertunjangkan kepada Islam dan Melayu dan pada awalnya setelah pihak lain ada menyuarakan pendirian masing-masing maka bila tiba giliran para pemimpin PAS ini bersuara maka selalunya kenyataan mereka adalah selari dengan pandangan atau suara-suara pemimpin didalam kerajaan terutamanya UMNO dan segelintir pemimpin parti yang berteraskan kepentingan kaum Bumiputera didalam mempertahankan hak-hak yang sepatutnya sebagaimana yang telah termaktub didalam perlembagaan persekutuan.

Tapi apa yang amat menyedihkan ialah apabila perkara ini telah membangkit rasa kurang senang dikalangan para pemimpin pembangkang didalam sekutu PAS iaitu DAP. DAP sememangnya tidak menyukai bila ada rakan mereka dalam Pakatan Pembangkang menari mengikut alunan muzik pihak lawan dan tidak suka rakan mereka menyanyi senada dengan lagu yang didendangkan oleh pihak yang menjadi seteru sekian lama.

Dan bila perkara ini berlaku maka PAS terpaksa berdepan dengan proses soal jawab oleh DAP dan PAS dikehendaki menjelaskan secara centimeter atau halus lagi secara milimeter kepada pemimpin serta penyokong berkarat dalam DAP akan sebab mengapa dan kenapa PAS berpendirian serupa dengan UMNO dan BN dalam isu yang membabitkan hak-hak kaum Bumiputera.

Jadi dalam perkara ini PAS kelihatan menjadi serbasalah dan ini meletakkan PAS didalam keadaan dimana jika "diluah akan mati bapak, dan jika ditelan mati mati emak", oleh itu sekiranya mereka mengambil pendirian berpihak maka begitulah risiko yang pasti PAS akan tanggung melainkan sekiranya PAS sanggup berpendirian berkecuali didalam isu seperti itu sudah tentu mereka tidak perlu berdepan dengan DAP untuk menyatakan pendirian mereka yang sebenarnya.

Inilah PAS yang sebenarnya, mereka akan bersuara selagi DAP belum membuka mulut dan masih mendiamkan diri dan PAS akan tetap bersuara tentang isu yang sama dengan UMNO selagi Lim Kit Siang dan Karpal Singh belum terjaga dari tidur mereka masing-masing dan PAS biasanya akan mula mengalih haluan atau akan mula menukar nada pendirian mereka sebaik sahaja terdengar suara Karpal Singh menguap dari tidur dan bila kedengaran suara Lim Kit Siang terbatuk dari atas tilam Dreamland.

PAS pasti tidak akan mampu mempertahankan pandangan mereka untuk jangkamasa yang lama selagi mereka masih berpakat dengan DAP dan PKR dalam meneruskan sisa-sisa perjuangan mereka kearah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara Islam sebagaimana yang parti berkenaan impikan sejak sekian lama.

Sabtu, Ogos 07, 2010

Tahap kedegilan Penan Ulu Baram dengan Orang PAS sama saja...


Apabila saya terbaca kenyataan yang telah dibuat oleh dua orang yang boleh dikira sebagai antara pemimpin PAS iaitu Yang Dipertua PAS Kawasan Tenggara merangkap Pengerusi Biro Tanah dan Pembangunan dan beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta Ketua Penerangan PAS negeri Johor, saudara Mazlan Aliman dan seorang lagi iaitu Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat berhubung dengan semua perkara mengenai suku kaum Penan yang telah dijadikan sebagai isu oleh NGO-NGO serta juga oleh Pakatan Pembangkang, saya seperti tergamam seketika dan nak tergelak lagi.

Apakah yang mereka-mereka ini iaitu NGO-NGO luar, para pemimpin PAS, DAP dan PKR tahu sangat pasal kaum Penan ini. Apakah mereka ini lebih tahu keadaan sebenar cara kehidupan bersosial kaum ini, tahu apa dia kebiasaan yang dilakukan oleh kaum Penan dalam kehidupan seharian mereka, tahu bagaimana hubungan kekeluargaan kaum Penan ini, siapa ibubapa, siapa abang, siapa kakak, siapa adik, siapa suami, siapa isteri, siapa tunang, siapa balu, siapa janda, siapa sudah kahwin siapa belum dan sebagainya lagi daripada kami sendiri selaku penduduk negeri Bumi Kenyalang ini?

Tahu tak orang-orang PAS, DAP dan PKR betapa payahnya usaha sejak dari awal tahun 1980an sehingga kini untuk membawa suku kaum Penan ini terutamanya yang masih tinggal berselerak di bahagian Hulu Baram seperti di Long Napir, Long Balau, Long Seridan, Sungai Magoh, sepanjang Sungai Kubaan dari Ulu sehinggalah Kuala, Batu Lawi serta sekitar Tutoh Apoh dimana mereka ini memang tetap gemar hidup dengan cara lama iaitu suka berpindah-randah dari satu kawasan ke kawasan yang lain walaupun telah disediakan dengan tapak penempatan yang tetap oleh kerajaan negeri.

Orang PAS, DAP dan PKR belum tahu bagaimana degilnya hampir kebayakkan daripada suku kaum Penan Hulu Baram ini untuk menerima pembaharuan yang dibawa dipersekitaran mereka mungkin disebabkan kurang upaya mereka untuk memahaminya dan yang lebih parah lagi ialah apabila ada diantara kaum Penan ini sudah berjaya dihasut dan diajar bagaimana cara untuk menentang semua usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan negeri Sarawak demi mengubah cara kehidupan mereka dimana suku Penan ini akan terus menentang apa saja usaha yang dibuat walaupun telah dijelaskan berkali-kali sebelum usaha dimulakan.

Saya cuma nak ucapkan terima kasih sajalah kepada dua individu ini iaitu Ustazah Nuridah dan juga saudara Mazlan Aliman atas usaha "banjir kilat" mereka ini selain mereka berdua juga dikhabarkan akan berusaha untuk menimbulkan isu Penan ini agar dapat dibahaskan di Dewan Rakyat dan sebelum itu mereka kini sedang berusaha untuk membawa wakil-wakil Penan yang telah di"service" untuk berjumpa dengan sekutu Pakatan Rakyat iaitu SUHAKAM. ha ha ha... sakit perut saya nak tergelak...

Jadi kepada dua orang namanya tertaip diatas tu saya ucapkan selamat mencuba dan moga anda berdua berjaya dan kalau tak berjaya bolehlah minta bantuan daripada kerajaan negeri Sarawak, kerajan Barisan Nasional dan jumpa dengan Timbalan Ketua Menteri Sarawak YAB Tan Sri Amar Alfred Jabu, tanya bagaimana serta boleh juga minta tips penjagaan kulit daripada YB Datuk Sri William Mawan, Menteri Kabinet kerajaan negeri Sarawak he he he...

Arkib Blog