Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Ogos 14, 2010

Sampai bila lagi pihak berkuasa Malaysia terus tertipu ?

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri
Jika berdasarkan kepada apa yang terkandung didalam berita akhbar Utusan Malaysia pada keluaran Khamis lepas tidak diberi perhatian segera oleh pihak-pihak yang berwajib, maka persoalan yang harus timbul ialah bila dan sampai bila lagi kerajaan Malaysia terus bertahan untuk ditipu oleh sindiket-sindiket warga asing ini?

Perkembangan ini mungkin sudah disedari sejak dulu lagi namun oleh kerana penguatkuasaan yang lemah telah menjadikan ianya terbiar begitu saja oleh sebab itu maka tindakan tidak dapat diambil.

Perkara ini bukan saja berlaku dikalangan kaum yang datang dari negara China saja malah dari negara lain juga seperti India, Indonesia, Thailand, Filipina yang mana mereka ini telah punya kaum kerabat yang sudahpun lama diterima menjadi warganegara atau rakyat Malaysia dan dalam hal-hal tertentu mereka ini mampu berbuat sesuatu sehinggalah berjaya menjadi rakyat Malaysia walau dengan berbagai cara.

Kerajaan Malaysia terutamanya pihak-pihak yang bertanggungjawab penuh mengenai perkara seperti ini haruslah tegas dan carilah jalan penyelesaian supaya ianya kelak tidak akan menyusahkan rakyat, kerajaan serta negara Malaysia khususnya dibelakang hari.

Rujukkan juga isu yang sama di blog : http://theunspinners.blogspot.com

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..INI MENUNJUKKAN M'SIA SEBUAH NEGARA YG MAKMUR, MURAH REZEKI DAN BERTOLERANSI. TP MALANGNYA ADA PIHAK2 YG CEMBURU DGN KEJAYAAN KERAJAAN SKRG SEHIINGGAKAN BERDENDAM SAMPAI KE MATI..ADOIYAIII

YANG GAMBI berkata...

Hilbert, betul kata Jeffry, Malaysia negara makmur sehingga berjuta rakyat asing ingin menjadi warga Malaysia..... tapi ada rakyat Malaysia sendiri melebelkan negara mempunyai kerajaan yang zalim...

Apa yang wajarnya, penguatkuasaan perlu lebih bertanggungjawab untuk membenteras segala kegiatan sindiket-sindiket warga asing yang nampaknya begitu mudah memperdaya masyarakat Malaysia...

hilbert berkata...

Salam bro Jeff,

inilah aku nampak semacam...bagaimana sekarang ni agak mudah pihak berkuasa Malaysia menerima sesetengah mereka yang belum tentu pasti status mereka menjadi warganegara Malaysia.

Golongan yang mudah lupa daratan tu bro..lupa asal usul...sudah diberikan peha mau lagi minta betis.

YG, ye benar bro...itu semua dari semangat patriotik yang sangat tipis dalam jiwa segelintir rakyat Malaysia sendiri..

harap pihak berkuasa negara kita terus berjaga-jaga dalam perkara seperti ini..mereka harus tegas, berani dan bertanggungjawab tentang semuanya..

Afzainizam berkata...

♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸*♥♥*¸.•'´¯)¸.•' ´¯)♥
♥♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸**¸.•'´¯)¸.•'´ ¯)♥♥
----==--Ramadan Mubarak---==----
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥♥♥*`'•.¸_)`'• .¸_)
♥(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥*`'•.¸_)`'•. ¸_)♥
Salam ramadan Al Mubarak..
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Ramadan bulan yg mulia..
Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.
Kesempatan ini memohon maaf atas lama tak ziarah blog anda..

eeemmm kangkadang sikap kerajaan yang selalu bertolak ansur... maka mereka ambil kesempatan plak... harap kerajaan ambil serius perkara ni

hilbert berkata...

Ya salam sdra Afzanizam,

Salam Ramadhan...

harap kerajaan kita lebih tegas dalam hal mempertahankan sesuatu yang berkaitan dengan kedaulatan serta hak-hak rakyat negara kita...

Arkib Blog