Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Mei 20, 2010

BN Sarawak harus terima nasihat PM dengan hati terbuka...


Apabila Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib mengulas mengenai kekalahan "bermaruah?" BN semasa Pilihan Raya Kecil P212 Bandar Sibu 16 Mei lalu, ternyata dalam nada kecewa beliau terhadap keputusan rakyat Sibu untuk memilih DAP sebagai wakil mereka ke Parlimen terselit juga banyak harapan beliau agar ada pembaharuan dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional Negeri dari masa ke semasa untuk menjaminkan sokongan padu rakyat kepada BN tidak akan luntur.

Ketika Perdana Menteri mengulas mengenai kekalahan calon BN Robert Lau Jr pada Pilihan Raya Kecil itu, beliau juga turut menyatakan bahawa antara sebab kekalahan BN di Parlimen Sibu adalah kerana Jentera Pilihan Raya BN Negeri kurang kreatif ketika menjalankan kempen namun kenyataan PM itu telah disanggah oleh bebearapa pemimpin komponen BN termasuk Ketua Menteri Sarawak sendiri yang kurang selesa apabila kekalahan BN dikaitkan dengan masalah tersebut.

Sebagai antara jutaan rakyat Sarawak sendiri, saya melihat teguran, nasihat serta pandangan Perdana Menteri itu memang ada asasnya dan saya percaya beliau mempunyai pandangan yang tersendiri mengenai perkara tersebut dan juga tentang masa depan Sarawak khususnya maka semua pemimpin tertinggi kerajaan Barisan Nasional Sarawak haruslah menerima apa yang diluah oleh Perdana Menteri itu dengan hati yang terbuka dan nilailah semula apa yang patut kerana sebagai sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi maknanya apa yang perlu dilakukan selama waktu mentadbir negeri adalah sentiasa amalkan sikap terbuka dalam kepimpinan dan bersedia untuk menerima sebarang kritikan baik daripada pihak lawan maupun dari kalangan ahli parti sendiri.

Bingkisan khas dari Sarawak buat Papa Gomo...


Salam sejahtera dan salam 1Malaysia Papa Gomo, terima kasih diatas kunjungan anda ke Bumi Kenyalang baru-baru ini iaitu sempena PRK P212 Bandar Sibu dan difahami bahawa ada pengalaman baru yang anda perolehi dari tanah tumpah kelahiran kaum Peribumi yang mendiami sebahagian daripada kepulauan Borneo ini.

Ada beberapa artikel yang diterbitkan oleh anda selepas berakhirnya PRK P212 Bandar Sibu lalu seakan-akan tidak menepati citara atau hasrat besar Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib melalui konsep 1Malaysia apabila saya mendapati ianya bercanggah dengan apa yang dituntut oleh gagasan tersebut.

Orang Iban adalah kaum majoriti di Sarawak dan kebanyakkan mereka beragama Kristian serta ada juga diantara mereka sudah lama memeluk agama Islam dan ada yang sudah menjadi seorang Islam yang lebih baik daripada orang Islam yang memang telah dilahirkan sebagai orang Islam.

Kaum Melanau adalah kaum minoriti di Sarawak dan kebanyakkannya adalah beragama Islam iaitu lebih kurang 70% dan selebihnya beragama Kristian. Yang beragama Islam dan Kristian banyak sudah mencapai kejayaan dalam kehidupan dan kebanyakan kaum Melanau suka hidup berdikari.

Antara yang banyak mengharumkan nama kaum Melanau dalam bidang agama Islam ialah Johan Qariah Peringkat Antarabangsa iaitu Puan Hajjah Amnah binti Haji Ayub, anak kelahiran Kampung Sungai Kut Tengah Dalat, Bahagian Mukah Sarawak.

Manakala bapa beliau iaitu ayahanda Tuan Haji Ayub bin Tanggui merupakan guru agama di Kampung Sungai Tengah Dalat, Mukah dan pernah beberapa kali menjuarai Tilawah Al-Quran peringkat negeri Sarawak dan pernah mewakili Malaysia dalam dalam pertandingan Tilawah Membaca Ayat-ayat Suci Al Quran peringkat Antarabangsa.

Orang Melanau Islam mampu menjadi Islam terbaik dan sudahpun menjadi lebih baik daripada Islam PAS! Terima Kasih.

Selasa, Mei 18, 2010

PAS gagal mempertahankan Islam dan dasar parti...


Kali ini hanya ingin menulis sedikit tentang Parti PAS.
Apa yang dapat saya lihat hari ini ialah PAS sebenarnya telah terbukti dan ternyata gagal didalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai sebuah parti yang teras perjuangannya adalah Islam dan Melayu.

Dasar perjuangan PAS sejak mula ditubuhkan adalah mengenai Islam iaitu untuk mengembangkan Islam serta mempertahankan Islam daripada diselekehkan oleh orang bukan Islam tetapi kini PAS bukan saja gagal mempertahankan Islam tetapi telah berjaya memecahbelahkan umat Islam di negara ini.

Manakala DAP pula semakin kuat cengkemanannya serta tidak pernah mengubah dasar parti DAP walaupun memnjalinkan kerjasama dengan PKR dan PAS.

Isnin, Mei 17, 2010

Isu agama punca utama BN kalah di Sibu...


Kejayaan DAP menguasai serta mempengaruhi keputusan undi penduduk di Sibu kerana puncanya ialah datang dari kegagalan BN itu sendiri kerana kelihatan tiada usaha kukuh diambil untuk menerang dan menjelaskan sesuatu isu yang sangat rapat dengan diri serta amalan majoriti pengundi di Sibu iaitu isu agama atau lebih tepat lagi isu Kalimah ALLAH.

Isu inilah yang menjadi punca utama kegagalan BN pada PRK P212 Bandar Sibu semalam apabila jelas tiada usaha diambil oleh pihak Barisan Nasional untuk menepis segala dakwaan pihak Pakatan Pembangkang berkaitan dengan isu yang ditimbulkan malah yang lebih mengecewakan ialah pihak BN hanya mengambil sikap mendiamkan diri disamping menteri yang bertanggungjawab dalam isu keselamatan dalam negeri ini iaitu Datuk Seri Hishamuddin hanya mampu memberi amaran.

Dalam isu Kalimah ALLAH ini pihak BN memang gagal menjelaskannya kepada penduduk Sibu dan mereka seperti terlupa untuk menerangkan bahawa isu itu sebenarnya tiada menjadi masalah di Sarawak dan Sabah kerana setahu saya isu tersebut sebagaimana yang telah diputuskan oleh kabinet tahun lepas dimana dibenarkan hanya untuk rakyat Malaysia Timur dan tidak dibenarkan untuk rakyat di Malaysia Barat.

Punca lain yang saya nampak ialah kurangnya kerjasama atau sikap saling bantu-membantu dikalangan Ahli-ahli Parlimen Sarawak sendiri untuk memenangkan calon BN dan ini jelas kita nampak apabila hanya beberapa kerat saja wakil rakyat BN dari Sarawak yang turut membantu Robert Lau Jr berkempen, seperti tiada kan...cuma yang ada ialah menteri-menteri kabinet serta ahli-ahli parlimen dari Semenanjung Malaysia yang turut sama turun membantu kempen.

Ahad, Mei 16, 2010

Keputusan PRK Sibu, BN Sarawak harus berani membuat perubahan segera...


Kini sokongan rakyat di Sibu menjelaskan segalanya maka terpulanglah kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional Sarawak untuk membuat keputusan yang terbaik demi parti berkenaan dengan masa depannya di Bumi Kenyalang samada mahu terus diterima oleh rakyat atau secara beransur-ansur akan ditolak oleh rakyat sendiri pada akhirnya.

Adakah BN Sarawak telah bersedia untuk membuat pembaharuan dalam semua aspek serta mahu memperbahurui barisan kepimpinannya atau akan membiarkan rakyat untuk menentukannya melalui Pilihan Umum Negeri yang akan datang.

Mudah saja, Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Taib Mahmud serta dua Timbalan beliau iaitu YAB Tan Sri Amar Alfred Jabu dan YAB Tan Sri Dr George Chan supaya berani untuk membuat keputusan yang walaupun agak kasar jika dikatakan ianya adalah merupakan satu cadangan namun hakikatnya ialah itu semuanya merupakan sebahagian daripada kitaran hidup apabila mereka harus berundur dan perlu menyediakan pemimpin pelapis atau lebih tepat lagi sebagai "pengganti" kepada ketiga-tiga mereka ini untuk meneruskan agenda pembangunan di Negeri Sarawak ini pada masa depan.

Rakyat Sarawak ramai yang sangat kecewa dengan keputusan yang telah diterima oleh Barisan Nasional di P212 Bandar Sibu dan jangan sampai kekecewaan rakyat melarat sehingga kepada Pilihan Raya Umum negeri Sarawak yang akan datang...maka ingatlah bahawa biarpun kini rakyat kelihatannya menyokong BN namun apabila harapan mereka berkecai dan tidak kesampaian adalah menjadi perkara yang tidak mustahil apabila rakyat akan terus memboikot Pilihan Raya itu kelak seperti yang berlaku hari ini tadi dengan tidak mahu turun mengundi. Fikir-fikirlah sendiri...~~~

Sabtu, Mei 15, 2010

P212 Sibu: rakyat Sibu, buatlah pilihan bijak esok dan selamat mengundi !


Kurang dari sejam lagi tempoh berkempen untuk semua parti serta calon-calon dan juga jentera-jentera Pilihan Raya masing-masing akan tamat.

Esok adalah hari mengundi untuk semua rakyat Sibu yang telah layak dan telah berdaftar sebagai pengundi bagi memilih wakil mereka ke Parlimen demi untuk meneruskan agenda pembangunan yang telah dirancang dan lebih tepat lagi untuk meneruskan kesinambungan perkhidmatan yang cemerlang oleh Ahli Parlimen yang terdahulu iaitu mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew.

Kepada semua pengundi yang akan turun mengundi di P212 Sibu esok, jalankanlah kewajipan anda semua sebagai seorang pengundi yang berwibawa dan apa yang sangat penting ialah jangan lupa akan tanggungjawab anda sebagai sebahagian daripada rakyat di bumi Malaysia yang bertuah ini untuk mengekalkan suasana yang aman, makmur dan harmoni di antara kita sesama kita dimana ini telah berjaya membentuk kita menjadi rakyat Malaysia yang berjiwa besar dengan memilih calon Barisan Nasional yang berkarisma, muda dan boleh memberi khidmat terbaik serta mampu membawa banyak perubahan untuk rakyat Sibu secara keseluruhannya.

Undilah calon BARISAN NASIONAL ini, saudara Robert Lau Hui Yew sebagai wakil P212 Sibu ke Parlimen ! Hidup BN! Hidup BN! Hidup BN!!!

P212 Sibu: Kalimah ALLAH bukan isu lagi di Sarawak, Pakatan Pembangkang harus sedar!


Isu pertama sekali yang cuba dimainkan oleh pihak Pakatan Pembangkang pada PRK P212 Bandar Sibu kali ini adalah isu 'banjir' iaitu satu fenomena alam dan sesuatu yang sememangnya akan tetap berlaku dimana-mana jua walau bagaimana giat sekalipun usaha dibuat manusia untuk mengelak ianya daripada berlaku namun ia pasti akan tetap berlaku juga.

Tetapi apabila pihak DAP, PKR dan PAS mulai menyedari bahawa isu banjir khususnya di Sibu telahpun lama diberi perhatian serta telah lama dibuat tindakan susulan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional ketika mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew lagi dimana projek tebatan banjir itu sebenarnya sudahpun hampir memasuki fasa kedua apabila fasa pertama telah siap lebih 90% perlaksanaannya maka pihak Pakatan Pembangkang telah menukar strategi kempen kepada isu yang lain pula untuk dijadikan sebagai modal.

Isu besar yang dijadikan sebagai modal oleh mereka untuk menggantikan isu banjir itu ialah isu pendidikan Cina namun isu itu juga sebenarnya lama sebelum ini telah diperjuangkan oleh mendiang Robert Lau Hoi Chew dan seterusnya telah mendapat perhatian khas daripada Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran serta juga oleh Perdana Menteri sendiri YAB Datuk Seri Mohd Najib apabila beliau telah mengumumkan peruntukkan yang begitu besar kepada sekolah aliran Cina di kawasan Parlimen Sibu baru-baru ini.

Menyedari kedua-dua isu itu gagal untuk menambat hati serta perhatian para pengundi yang majoritinya adalah kaum Cina, kini pihak Pakatan Pembangkang menukar langkah lagi dengan mengetengahkan isu nasional yang sebelum ini pernah menghangatkan suasana politik serta suasana hubungan sesama masyarakat di negara ini iaitu Kalimah ALLAH. Isu ini sebenarnya sudah selesai dan semua rakyat Malaysia dikehendaki tidak menimbulkan lagi isu ini walau pada waktu apa-apapun.

Kabinet Malaysia iaitu kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah membuat keputusan yang tetap bahawa perkataan tersebut iaini Kalimah ALLAH tidak menjadi satu masalah di dua buah negeri iaitu Sarawak serta Sabah dan ini bermakna rakyat kedua-dua negeri ini yang beragama Kristian dibenar menggunakannya dan tiada halangan oleh pihak kerajaan Malaysia terhadap orang Kristian di Sarawak dan Sabah untuk menggunakan perkataan tersebut dalam mana-mana istiadat agama yang mereka jalankan.

Jadi kepada pengundi di Sibu khususnya yang beragama Kristian, anda jangan keliru dalam perkara ini. Jangan terpedaya oleh tipu muslihat pihak Pakatan Pembangkang. Kalau kurang faham boleh minta penjelasan lanjut mengenainya daripada mereka yang berkaitan seperti pegawai-pegawai di kementerian Keselamatan Dalam Negeri atau terus saja kepada menterinya iaitu YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn atau juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz.

UNDILAH BARISAN NASIONAL !!! ...demi untuk memastikan kedaulatan negara kita terus terpelihara dan kemakmurannya tetap abadi untuk selamana. Hidup BN! Hidup BN! Hidup BN! 4500 undi majoriti...

Jumaat, Mei 14, 2010

P212 Sibu: 3 rumah ibadat terbesar Asia Tenggara terletak di Sibu, bukti kebebasan beragama di Malaysia.


Gereja Roman Katolik Scared Heart yang terletak ditengah-tengah Bandar Sibu merupakan Gereja Kristian yang terbesar di sebelah Asia Tenggara. Ini adalah bukti jelas bahawa kebebasan beragama berjalan dengan subur di Malaysia sejak sekian lama di bawah pemerintahan Barisan Nasional walaupun negara ini adalah sebuah negara Islam.

Kuil Buddha Yu Lung San Tien En Si yang boleh dikunjungi orang ramai terletak di KM26 Jalan Sibu - Bintulu yang mana pembinaannya telah menelan kos sebanyak RM60 juta juga merupakan Kuil Buddha terbesar di Asia yang sering menerima ramai pengunjung setiap hari melambangkan kebebasan beragama di Malaysia khususnya di Sarawak sentiasa diberi keutamaan oleh kerajaan Barisan Nasional dan sudah tentu sekali menangkis dakwaan pihak Pakatan Pembangkang yang mendakwa bahawa tiada kebebasan beragama di negara ini.

Ini juga, Pagoda 7 tingkat yang terletak ditebing Sungai Rejang dihadapan terminal bot express lama Sibu merupakan Pagoda tercantik dan tertinggi di Malaysia menjelaskan kepada seluruh masyarakat Malaysia bahawa kebebasan untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing tidak pernah ada halangan daripada pihak kerajaan Barisan Nasional selama ini dan inilah bukti yang nyata bahawa hanya kerajaan Barisan Nasional lah satu-satunya kerajaan yang mengamalkan cara kepimpinan yang terbuka dan tidak menekan rakyat.

UNDILAH BARISAN NASIONAL !!! ..demi keharmonian kaum dan kebebasan beragama untuk seluruh rakyat Malaysia yang majmuk ini. Hidup BN! Hidup BN! Hidup BN!

P212 Sibu: DAP & PKR sah jadi parti keluarga dan harus tukar nama !


Presiden Parti KeADILan Rakyat adalah Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail iaitu isteri kepada Ketua Pembangkang di Parlimen merangkap Penasihat UMUM PKR yang juga Penasihat Ekonomi tidak diiktiraf di Selangor serta Ahli Parlimen Permatang Pauh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim. Manakala anak perempuan sulung mereka YB Nurul Izzah Anwar adalah wakil rakyat bagi kawasan Lembah Pantai.

Pengerusi DAP pula adalah YB Karpal Singh yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor serta Peguam Tangguh kepada YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat yang selalu di lewat-lewatkan.

Dua anak lelaki YB Karpal Singh iaitu YB Gobind Singh Deo merupakan Ahli Parlimen Puchong dan memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat DAP dalam parti manakala seorang lagi anak YB Karpal Singh ialah YB Jagdeep Singh Deo adalah Pengerusi DAP Pulau Pinang dan beliau juga adalah ADUN Keramat.

Penasihat DAP pula adalah YB Lim Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor dan anak lelaki beliau iaitu YB merangkap YAB Lim Guan Eng adalah Setiausaha Agung DAP disamping menggondol jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang manakala isteri YAB Lim Guan Eng pulak iaitu YB Betty Chew Gek Cheng merupakan Naib Pengerusi Wanita DAP selain menjadi ADUN Kota Laksamana di negeri Melaka.

Fuhhhh!!!... inikah contoh dua parti yang dikatakan sebagai telus, berintergriti serta bebas dari pengaruh keluarga dan bla,bla,bla,bla...

DAP patut ditukar nama kepada Family Action Party atau singkatannya FAP dan PKR tukar kepada nama Parti KeADILan Keluarga atau nama singkatan PKK. Ok?

UNDILAH BARISAN NASIONAL !!! untuk menjaminkan keadilan dalam pentadbiran dapat dikekalkan. Hidup BN! Hidup BN! Hidup BN!

Khamis, Mei 13, 2010

P212 Sibu: DAP, PKR & PAS ! ..di Sarawak, berkempenlah cara orang dewasa dan waras !


Sejak beberapa hari yang lalu sehingga ke hari ini saya sudah dapat melihat banyak sudah petugas ataupun jentera pilihan raya baik daripada Barisan Nasional mahupun daripada Pakatan Pembangkang sudahpun kelihatan berada di sekitar Bandar Sibu serta di seluruh kawasan P212 Bandar Sibu ini.

Kepada seluruh tetamu luar yang datang ke Bandar Sibu sempena dengan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu tak kiralah mereka ini bloggers pro-BN ke pro-Pakatan, petugas, penyokong serta juga pemimpin daripada parti mana, diucapkan Selamat Datang Ke Bandar Sibu.

Peringatan sering diberi terutama sekali kepada semua pemimpin daripada Pakatan Pembangkang serta para petugas pilihan raya mereka, ingatlah bahawa kedatangan anda semua ke Sarawak tidak diundang dan kedatangan anda ke Bumi Kenyalang ini juga tidak akan dihalang selagi anda semua baik DAP,PKR dan juga PAS tahu akan batas-batas serta peraturan negeri Sarawak sebagaimana yang telah termaktub didalam Perlembagaan Negara yang harus anda semua ikuti dan patuhi ketika sedang berada di negeri ini.

Dan peringatan juga khusus kepada DAP, PAS dan PKR, berkempenlah ikut peraturan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dan jangan sengaja untuk mengada-ngadakan isu yang tidak wujud dan adalah tidak salah sekiranya mahu membangkitkan isu-isu yang benar dan perlukan perhatian jika ada dan jangan sesekali membangkitkan isu perkauman di negeri ini, jangan sesekali menyentuh isu agama di negeri ini kerna semua itu bukan lagi perkara yang kami rakyat Sarawak harapkan daripada pemimpin tetapi keutamaan kami kini ialah untuk sama-sama mencapai kemajuan yang samarata dengan rakyat seluruh Malaysia selagi pemimpin masih mampu mempertahankan keamanan negara, keakraban antara kaum serta keharmonian antara agama sebab itu sebenarnya kunci kepada kemajuan serta kejayaan sesebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti di Malaysia ini.

UNDILAH Barisan Nasional ! ..untuk keamanan, kedaulatan negara juga untuk kejayaan serta kemajuan rakyat keseluruhannya. Hidup BN! Hidup BN! Hidup BN!

P212 Sibu - BN berjaya mengubah wajah Bandar Sibu seperti bandar terancang...


Jika dibandingkan keadaan Bandar Sibu pada awal tahun 1970-an dengan Bandar Sibu yang anda dapat lihat pada hari ini pasti ada diantaranya yang tidak percaya sekiranya saya katakan bahawa Bandar Sibu sekitar awal 70-an merupakan sebuah bandar yang keadaan fisikal bandarnya yang sangat tidak tersusun dan tidak teratur sama sekali umpamanya gerai-gerai tempat menjual makanan dan lain-lainnya malah sistem jalanraya juga begitu teruk sekali berbanding keadaan yang ada sekarang ini.

Kini wajah Bandar Sibu boleh dikatakan hampir keseluruhannya sudah berubah dari sebuah bandar yang agak uzur atau daif keadaan infrastrukturnya namun sejak Team Wawasan BN Sibu yang diketuai oleh bekas Ahli Parlimennya iaitu mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew serta dibantu oleh tiga wakil rakyat dari DUN Bawang Assan, Pelawan dan Nangka serta seluruh jentera BN Bandar Sibu termasuk kawasan Parlimen Lanang mengambil tempat dan berusaha bersungguh-sungguh untuk membangun serta memajukan Sibu supaya dapat muncul sebagai sebuah bandar yang akan diiktiraf sebagai sebuah Bandaraya keempat di Sarawak telah menjadikan Sibu kelihatan yang telah masyarakat luar atau tempatan dapat saksikan sendiri pada hari ini.

Pembangunan setiap pelusuk Bandar Sibu merangkumi Dataran Sibu, Rejang Esplanned, Terminal Bot Express dan Speedboat Sibu, Sibu Waterfront, Hospital Besar Sibu, Terminal Bas Sibu, Lapangan Terbang Sibu, Sibu Central Market, jalanraya-jalaraya dan banyak lagi semuanya adalah hasil usaha kerja berpasukan yang begitu gigih tanpa mengenal penat lelah Team Wawasan BN Sibu.

UNDILAH Barisan Nasional !!! ...untuk pembangunan yang lebih sempurna lagi...

P212 Sibu - DAP 100% berbohong isu tiada kebebasan beragama !


Jika sesiapa yang baru pertama kali datang ke Bandar Sibu baik melalui jalan air seperti menaiki boat express laju dari Kuching, Sarikei, Tanjung Manis, Bintangor, Konawit, Kapit dan Igan dan juga sekiranya menaiki speedboat laju dari daerah Dalat menuju ke Bandar Sibu, apa yang anda nampak terlebih dulu sebelum kenderaan air yang anda naiki singgah ke terminal yang telah dikhas sebelah hulu Rejang Esplanned? Jawapannya mudah saja iaitu Pagoda 7 tingkat yang terletak ditepi Sungai Rejang berdekatan dengan Sibu Central Market dan juga Cross atau tanda Salib Gereja yang terletak ditengah-tengah Bandar Sibu, tetapi anda akan menghadapi kesukaran untuk mendapat kepastian dimana kedudukan Masjid dari jauh jika tidak berlegar-legar sekitar Bandar Sibu dan anda akan menemui Masjid ditempat yang agak tersorok pinggir bandar.

Dan begitu juga jika anda pertama kali datang ke Bandar Sibu dengan melalui jalan darat atau udara, setiba anda di Pintu Gerbang Sibu..pasti lambang Salib yang tersergam megah ditengah-tengah Bandar Sibu yang akan mula-mula sekali anda dapat lihat selain daripada Bangunan Shanyan, Bangunan Hock Ann(WTK), Hotel Harta Mas dan lain-lain lagi tetapi anda tiada nampak lambang anak bulan atau kubah-kubah Masjid.

Oleh itu apabila DAP mendakwa tidak ada kebebasan beragama di negara ini sebagai salah satu cara mereka untuk memperdayakan pengundi di Sibu, saya ingin minta semua orang yang baru bertandang ke Bandar Sibu agar menangkis apa yang telah disampaikan oleh penceramah DAP,PKR,PAS dalam kempen mereka dengan mencabar penceramah daripada Pakatan Pembangkang supaya mereka mengambil Bandar Sibu sebagai contoh dan tunjukkan dimana letaknya dakwaan mereka itu bahawa tiada kebebasan beragama di Sibu. Cabar mereka agar membuktikan dakwaan yang tidak berasas itu.

UNDILAH BARISAN NASIONAL !!! demi untuk kesejahteraan negara, untuk keharmonian beragama, untuk perpaduan kaum yang berterusan. Hidp BN! Hidup BN! Hidup BN!

Rabu, Mei 12, 2010

P212 Sibu - PAS tak usah sebar Islam di Sarawak dengan cara yang kotor !


"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan(Ogos 1963). Ini adalah antara lain perisytiharan yang juga merupakan tunjang dalam dasar perjuangan PAS selain daripada slogan parti mereka iaitu 'Membangun Bersama Islam.'

Tetapi semua itu kini telah tidak PAS pertahankan lagi malah mereka telah lama mengubur dalam-dalam perjuangan asal mereka untuk menubuhkan sebuah 'Negara Islam' di negara ini setelah digertak oleh DAP agar 'melangkah mayat Karpal Singh' terlebih dulu jika mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan ini semua telah memusnahkan sama sekali dasar tersebut berikutan tindakan mereka sanggup untuk membelakangkan segala kepentingan agama dan hak bangsa sendiri apabila sudah menjalinkan pakatan bersama dengan DAP dan PKR.

Yang paling malang sekali apabila PAS telah sanggup untuk bersama-sama dengan DAP melelong 'Kalimah ALLAH' iaitu satu perkataan yang memang menjadi hak Islam kepada orang-orang yang bukan beragama Islam di Sibu semata-mata untuk membantu calon DAP memenangi kerusi Parlimen P212 Bandar Sibu kelak.

Sekarang, PAS bukan lagi setakat sanggup berkongsi dengan orang-orang bukan Islam untuk memerintah negara ini, malah sanggup bertindak dengan lebih jauh lagi apabila rela berkongsi dan membantu DAP di Sibu untuk mengedar risalah-risalah yang mengandungi kenyataan antara lainnya menyentuh tentang isu Kalimah ALLAH serta berbagai kenyataan lagi yang boleh mengancam ketenteraman awam di Sibu khususnya malah seluruh Sarawak amnya jika pihak berkuasa di Sarawak gagal membendung dengan kadar segera semua tindakan yang tidak bertanggungjawab pihak Pakatan Pembangkang ini hanya kerana untuk mendapat undi daripada rakyat.

Kepada seluruh pemimpin PAS dari Presdennya Haji Hadi Awang, Nik Aziz, Khalid Samad, Hassan Ali serta seterusnya kepada semua pemimpin PAS peringkat bawahan, jika anda semua mendakwa bahawa semua tindakan anda itu kononnya mempunyai motif-motif tertentu seperti yang didakwa PAS selama ini iaitu sebagai salah satu cara untuk mendekatkan orang bukan Islam kepada agama Islam, maka saya berpedapat sebaliknya dan saya melihat tindakan anda semua itu yang sanggup mengorbankan nilai-nilai murni didalam agama Islam kepada orang bukan Islam sebenarnya bukan bertujuan untuk menyebarkan Islam tetapi sebenarnya anda semua bertindak hanya atas nama Islam demi untuk kepentingan politik anda semata-mata! ..itulah hakikatnya.

Jika cara itu dakwaan PAS sebagai cara untuk menyebarkan Islam, maka ingin saya tegaskan disini bahawa Islam tersebar dan berkembang di negeri Sarawak ini tidak pernah melalui cara yang kotor dan jijik seperti itu sehingga sanggup mencemar nilai-nilai yang sepatutnya dipelihara oleh umatnya tetapi perkembangan Islam berlaku di Bumi Kenyalang ini adalah hasil daripada dakwah yang dijalankan oleh pendakwah-pendakwah yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri atau oleh Jabatan Agama Islam Sarawak dan disamping itu juga Islam sebenarnya berkembang dikalangan orang-orang yang bukan beragama Islam setelah kesedaran timbul dengan sendirinya didalam diri mereka masing-masing untuk rela dan ikhlas menerima Islam sebagai pegangan hidup mereka yang baru tanpa paksaan ataupun kekerasan.

Saya boleh bagi dua contoh disini walaupun sebenarnya Islam telah lama menjadi pilihan pelbagai kaum Peribumi di Sarawak... saya ingin mengambil Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin Abang Barieng sendiri sebagai contoh terbaik dimana pada asalnya beliau adalah penganut agama Kristian mazhab Roman Katolik namun pada usia emasnya beliau serta Allahyarham isteri pertamanya dengan beberapa orang anak mereka telah memilih Islam sebagai agama baru untuk memandu kehidupan mereka sekeluarga tanpa paksaan daripada sesiapa.

Dan begitu juga dengan kisah Ahli Parlimen Mukah, YB Datuk Sri Dr. Muhammad Leo Toyad yang juga adalah asalnya Roman Katolik namun setelah seruan datang kepada beliau untuk menerima Islam sebagai pedoman hidup maka sudah tentu timbul kesedaran dalam jiwa beliau akan keperluan untuknya beralih daripada seorang Kristian kepada Islam. Ini adalah atas kerelaan masing-masing tanpa perlu pihak lain menggunakan cara yang sememangnya tidak digalak dalam Islam itu sendiri iaitu seperti cara yang digunakan oleh PAS !

UNDILAH BARISAN NASIONAL untuk keamanan negara, untuk kesejahteraan rakyat serta yang paling penting untuk keharmonian beragama dan juga untuk perpaduan kaum di Malaysia.

Hidup BN! Hidup BN! Hidup BN!

Selasa, Mei 11, 2010

P212 Sibu - PAS tak usah cuba untuk menyesatkan umat Kristian, cukuplah!


Saya sebenarnya tidak menduga sama sekali yang pemimpin PAS terdiri daripada Khalid Samad serta beberapa orang lagi pemimpin PAS pusat telah bertindak sehingga sanggup untuk masuk ke perkarangan Gereja Sacred Heart di Sibu untuk membantu para pekerja jentera Pilihan Raya daripada parti DAP menyebarkan kertas-kertas risalah yang antara lain menjelaskan pendirian PAS berkenaan dengan isu Kalimah ALLAH dimana antara lain dalam risalah itu dinyatakan bahawa PAS terbuka dalam isu tersebut dan berpendirian bahawa Kalimah ALLAH adalah untuk semua agama.

Saya mengambil masa yang agak lama cuba memikirkan bagaimana isu yang begitu sensitif dan dikira sebagai sudah tidak wajar lagi untuk dibangkitkan demi perpaduan kaum dan keharmonian beragama di negara ini tetapi tiba-tiba saja cuba ditimbulkan semula oleh para pemimpin Pakatan Haram terutamanya DAP dan PAS telah meletakkan saya dalam keadaan yang sangat tidak selesa.

Jika sebelum ini para pemimpin PAS terutama Presidennya Haji Hadi Awang telah menghiris perasaan kaum Iban serta rakyat Sarawak keseluruhannya apabila telah menghina kaum Peribumi di Bumi Kenyalang sebagai tidak bertamadun setelah calon Pakatan Haram kalah ditangan calon BN pada PRK Batang Ai tahun lepas dengan mengaitkan kekalahan calon Pakatan Haram adalah disebabkan rakyat Sarawak tidak bijak memilih wakil rakyat kerana masih memakai cawat. Penghinaan ini belum dibersihkan kerana belum ada titik noktahnya, cuma masih menanti penjelasan berterus-terang oleh Presiden PAS itu sendiri.

Dan pada PRK P212 Bandar Sibu ini pula, mereka Pakatan Haram telah cuba sekali lagi untuk menggugat kestabilan hubungan kaum dan agama di negeri Sarawak ini dengan menghidupkan semula isu Kalimah ALLAH demi untuk mengemis sokongan umat Kristian khususnya pengundi yang majoritinya beragama Kristian di Sibu tanpa mereka sedari bahawa tindakan seumpama itu hanya akan membangkitkan perasaan yang sangat tidak senang dikalangan antara kaum terutamanya penganut Kristian dengan umat Islam di negeri ini.

Maka itu saya sebagai rakyat Sarawak meminta semua pemimpin PAS baik dari pusat mahupun diperingkat negeri, anda semua boleh berkempen dalam mana-mana Pilihan Raya yang diadakan dalam negeri Sarawak ini kerana ini memangpun dituntut dan dibenarkan oleh sistem demokrasi yang negara Malaysia amalkan sejak sekian lama TETAPI anda semua harus ingat walaupun demokrasi itu sendiri bersifat bebas serta mengutamakan kebebasan NAMUN setiap kebebasan itu juga tetap ada hadnya dan janganlah melangkah lepas dari garis yang telah ditentukan supaya selaras dengan prinsip yang ketiga dan keempat didalam rukun negara.

Kepada kerajaan Negeri Sarawak, tidak salah pada dasarnya untuk kerajaan negeri bertindak dengan bertunjangkan kepada perpaduan kaum dan agama di negeri Sarawak untuk menguatkuasakan peraturan Imigresen disetiap pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan juga dipintu masuk Lapangan Terbang Sibu sebagai langkah untuk menapis kedatangan penumpang yang disyaki berpontensi untuk menimbulkan keadaan huru-hara menjelang hari pembuangan undi pada 16 Mei hujung minggu ini dan sekira terbukti kedatangan mereka membawa agenda yang bertentangan dengan undang-undang maka mereka harus ditegah untuk memasuki negeri Sarawak.

Hargailah keamanan dan kesejahteraan yang kita semua nikmati waktu ini dan janganlah lagi cuba untuk mengeruhkan semula keadaan di negara ini yang sudah tenang dan janganlah cuba untuk mengeruhkan hubungan kaum yang masih jernih di negeri Sarawak ini walaupun kami kelihatannya berbeza dari segi agama atau pegangan hidup namun hakikatnya ialah antara kami kebanyakkannya masih punya pertalian darah kekeluargaan yang memang mustahil dapat untuk dicincang-cincang.

Isnin, Mei 10, 2010

P212 Sibu: Anwar Ibrahim harus bertaubat!!! - Karpal Singh...


Ya...memang harus segera bertaubat,,, dan Karpal Singh juga harus segera bertaubat ! Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Ngeh Ko Ham, Khalid Samad, Zuraidah Kamaruddin, Rodziah Khalid, Nga Kor Ming, Mahfuz Omar, Hassan Ali, Azmin Ali dan mereka-mereka yang sama waktu dengan Pakatan Pembangkang wajar segera bertaubat !!!

P212 Sibu: Manifesto DAP dibanjiri air tebu !


Masalah banjir di Sibu adalah antara yang terkandung didalam tujuh perkara yang telah digariskan dalam manifesto DAP dengan slogan "Sibu Ke Arah Perubahan" untuk Pilihan Raya Kecil P212 Bandar Sibu dengan harapan dapat memikat para pengundi disitu.

Manifesto DAP itu telah dilancarkan dibilik gerakkan pilihan raya DAP Sibu oleh Pengerusi DAP Sarawak YB Richard Wong Ho Leng yang juga ADUN Bukit Assek dan beliau juga adalah calon DAP untuk menentang calon daripada BN saudara Robert Lau Jr dalam pertandingan tiga penjuru itu bersama dengan seorang lagi calon yang ditaja oleh Parti KeADILan Rakyat (PKR) iaitu Pak Cik Narawi Harun.

Masalah berkaitan banjir adalah tumpuan utama DAP untuk mencari penyelesaiannya, kononnyalah. Dan antara lain-lainnya yang akan diberi perhatian atau antara janji DAP kepada penduduk Sibu adalah untuk membuka peluang kerja terutama kepada golongan muda Sibu bagi memastikan mereka tidak berhijrah ke tempat lain untuk mencari perkerjaan.

Dalam pada itu, janji-janji dalam manifesto DAP itu juga sebenarnya telah dimuat-turun atau download daripada segala usaha yang sudah menampakan hasil berkat kerja gigih pasukan atau Team Wawasan BN Sibu sejak dulu lagi yang diketuai oleh mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang sentiasa mendapat kerjasama padu daripada ketiga-tiga ADUN dalam kawasan Parlimen Sibu iaitu ADUN Bawang Assan YB Datuk Sri Dr Wong Soon Koh, ADUN Nangka YB Datuk Awg Bemee bin Awg Ali Basah serta YB Pelawan YB Vincent Goh Chung Siong.

Yang jelas sekali manifesto DAP itu telah memperlihatkan dengan sendirinya bahawa mereka seolah-olah langsung tidak melihat keluar tetang apa projek-projek yang telah, yang sedang dan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional di parlimen kawasan Sibu kerana telah menyenaraikan semula perkara-perkara yang telah serta yang sedang dilaksanakan oleh wakil rakyat sebelum ini.

Misal dalam manifesto tersebut antara lain mereka telah merancang untuk membangunkan modal insan serta infrastruktur lainnya sebagai salah satu cara untuk menjadikan Sibu sebagai kawasan pembinaan kapal, kejuruteraan laut dan juga pelancongan yang bertaraf antarabangsa. Bukankah semua janji yang tersenarai dalam didalam manifesti DAP itu sebenarnya sudahpun ada di Rantau Panjang hilir Sibu iaitu sebuah kawasan limbugan kapal terbesar di Sarawak yang sudah pasti memerlukan ribuan tenaga mahir tempatan untuk bekerja di situ.

Oleh itu tiada timbul sebenarnya isu rakyat Sibu terpaksa keluar daripada kawasan sendiri untuk mencari pekerjaan ditempat lain kerana tiada peluang yang disediakan oleh kerajaan dan apa yang menyebabkan perkara seperti itu berlaku adalah datang daripada kemahuan individu-individu pencari kerja itu sendiri kerana walaupun peluang kerja sudah terbentang luas didepan mata namun oleh kerana keinginan untuk berhijrah dari kampung halaman sendiri atas alasan-alasan yang tersendiri, jadi dalam hal ini siapa yang harus dipersalahkan?

Agaknya pemimpin DAP tidak sedar berapa ramai rakyat dari bahagian lain dalam Sarawak ini yang bekerja di Sibu waktu ini dan begitu juga sekarang apakah DAP serta Pakatan Pembangkang sengaja tidak mahu tahu bahawa berapa ramai pula rakyat negara asing yang mencari rezeki di Sibu sejak dari dulu sehingga kini. Ini semua kerana mereka iaini orang luar Sibu atau rakyat asing menyedari yang Sibu sejak dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional telah berupaya mewujudkan banyak peluang kerja yang harus direbut.

Apabila menyentuh isu yang membabitkan masalah banjir pula...dalam manisfesto itu DAP telah berjanji jika mereka menang pada PRK P212 Bandar Sibu itu nanti dan berjaya mendirikan sebuah kerajaan bersama dengan PAS serta PKR sekiranya menang besar dalam PRU-13, maka dalam masa dua tahun masalah banjir di Sibu akan selesai! WAH !!!...mudahnya berjanji... memang lidah tak bertulang...senang saja bercakap.

DAP, PKR serta PAS kalau mahu bercakap pasal banjir harus melihat kepada negara Arab terlebih dulu khususnya Arab Saudi. Banjir sekarang bukannya sesuatu malapetaka atau bencana yang boleh dianggap sebagai tetap diwarisi oleh negara atau kawasan tertentu sahaja. Kita semua tentu masih boleh ingat bagaimana Bandar Jeddah di Arab Saudi telah dilanda banjir kilat pada 25 November 2009 tahun lepas. Bencana itu telah dianggap sebagai sesuatu kejadian yang luarbiasa.

Begitu juga dengan banjir yang kerap berlaku di negara kita sendiri, jika dulu kawasan tertentu memang kawasan sebagai berisiko tinggi dilanda banjir tetapi kini keadaannya sudah tidak sedemikian apabila semua kawasan yang dulunya diannggap sebagai kawasan yang selamat sudah kerapkali mengalami kenaikan paras air yang luarbiasa dan oleh itu jika DAP serta Pakatan Pembangkang begitu yakin yang pihak mereka akan mampu untuk menyelesaikan masalah banjir secara total di Sibu dalam jangkamasa yang singkat iaitu dua tahun maka apakah rakyat di Sibu juga percaya bahawa selepas itu mereka akan terlepas terus daripada dihantui oleh fenomena banjir akibat dari suhu kepanasan dunia yang semakin meningkat akibat lapisan ozon yang semakin menipis ???

UNDILAH BN!!! untuk kesejahteraan rakyat...

Ahad, Mei 09, 2010

Perhimpunan Agung Umno ' 97 - Anwar Ibrahim


Senda gurau yang terlampau !!! inilah yang diharapkan Pakatan Pembangkang di P212 Sibu akan ada keajaiban politik berlaku... memang ajaibkan ;-)

Dokumentari Gigolo Bali - Cowboys in Paradise Bali 1


Indonesia dan seluruh negara di Asia tergempar dengan pembongkaran apa yang dikira tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara yang majoriti penduduknya adalah Islam iaitu mengenai sebuah filem yang di arah oleh seorang rakyat Singapura, Amit Virmani...mengisahkan kehidupan sebenar anak-anak muda lelaki di Pulau tersebut yang terpaksa menjual maruah demi untuk kemewahan hidup.

Sila admin laman blog NKRIjaya dan Rasasayange-malaysia..anda berdua lihat apa yang sebenarnya berlaku..jangan suka sangat menabur fitnah terhadap rakyat dan negara Malaysia tetapi rupanya negara Indonesia lagi sangat teruk.

Perbaiki dulu apa yang buruk berlaku di Indonesia sebelum menoleh ke arah Malaysia !!!

Sharifah Aini - Mawar Putih Buat Mama


Selamat menyambut Hari Ibu kepada seluruh rakyat Malaysia...

Sabtu, Mei 08, 2010

PRK P212 Bandar Sibu: 3 penjuru - BN, DAP dan BEBAS(PKR).


Ada di sesetengah tempat ia dikenali sebagai tupai terbang tetapi di Sarawak ia lebih dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai Kubong bagi kaum Iban dan juga Melayu sementara bagi masyarakat Melanau ia dikenali sebagai kamein.

Haiwan ini agak ganjil, ia tak akan dapat terbang jika disekitarnya tiada terdapat satupun pokok berdiri yang bertindak sebagai penyokong untuk dia terbang untuk melengkapkan sifat semulajadi haiwan ini yang mana perlu memanjat tinggi-tinggi terlebih dulu sebelum berlepas dan mengembangkan sayapnya untuk membolehkanya terbang dan begitulah seterus...terbang..mendarat...panjat pokok lagi...terjun..terbang...dan lagi, dan lagi, dan lagi...

Proses penamaan calon untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen 212 Bandar Sibu sudahpun selesai setelah berlangsung dalam keadaan yang terkawal pagi tadi di perkarangan Dewan Semua Arah atau lebih dikenali sebagai Dewan Suarah, Sibu.

Berapa jumlah calon yang turut bertanding dan siapakah mereka itu sudahpun diketahui, banyak rakan-rakan blogger yang berlintas langsung dari pusat penamaan calon pagi tadi kecuali saya yang tidak dapat hadir sama disebabkan beberapa masalah yang terpaksa ditempuhi. Walau apapun, terima kasih banyak kepada rakan blogger baik mereka yang memang berasal dari Sarawak sendiri atau yang bersusah payah datang dari Semenanjung Malaysia yang ada diantaranya telah berkampung sejak beberapa hari yang lalu di Sibu sempena PRK P212 tersebut serta sudi menyalurkan maklumat menerusi blog masing-masing untuk dikongsi bersama dengan seluruh rakyat Malaysia. Terima Kasih banyak-banyak.

Calon Barisan Nasional, Robert Lau Hui Yew sepertimana yang telah diumumkan awal-awal lagi telah menyerahkan borang pencalonannya sejurus selepas calon daripada DAP YB Wong Ho Leng berbuat demikian dan yang terakhir menyerahkan borang pencalonannya untuk ikut serta pada Pilihan Raya Kecil itu nanti ialah Encik Narawi Harun 60, yang juga bekas pesara tentera yang kita semua sudah sedia maklum akan tugas mereka adalah bertanggungjawab penuh dalam menjaga hal ehwal serta keselamatan negara daripada sebarang anasir-anasir luar dan dalam yang cuba menggugat keamanan negara seperti pengkhianat bangsa dan juga negara.

Untuk rekod, Robert Lau Hui Yew 45, adalah pertama kali bertanding sebagai calon dalam usaha untuk menjadikan beliau sebagai seorang wakil kepada rakyat di Sibu manakala YB Wong Ho Leng yang juga merupakan ADUN Bukit Assek, penyertaan beliau dalam Pilihan Raya kali ini bermakna sudah masuk kali keempat mencuba setelah kecundang tiga kali sebelum ini dan begitu juga dengan calon loncatan PKR Encik Narawi Haron ini adalah percubaan beliau untuk kali yang yang kedua apabila pertama kali bertanding sebagai calon BEBAS pada tahun 1995 juga tewas apabila hanya mampu memungut undi simpati sebanyak 937 undi saja.

PRK P212 Bandar Sibu: Robert Lau Jr mampu membawa Sibu ke arah yang lebih cemerlang...


Hari ini adalah hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil untuk kawasan Parlimen P212 Bandar Sibu untuk memilih wakil rakyatnya yang baru bagi menggantikan tempat bekas Ahli Parlimen terdahulu iaitu mendiang Robert Lau Hoi Chew yang juga bekas Timbalan Menteri Kerja Raya Persekutuan yang meninggal dunia pada pertengahan bulan April lalu akibat penyakit kanser.

Kepada seluruh penduduk serta para pengundi untuk kawasan Parlimen Bandar Sibu yang merangkumi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu N.47 DUN Bawang Assan, N.49 DUN Nangka dan N.48 DUN Pelawan yang kesemuanya juga adalah milik Barisan Nasional, jadi ke atas bahu anda semualah harapan kebanyakkan rakyat Malaysia bertaut untuk melihat Barisan Nasional tetap mempertahankannya agar kekal kukuh di kerusi Parlimen P212 itu nanti dan harapan yang dituntut adalah sebagaimana sokongan padu anda semua sebelum ini terhadap ketiga-tiga kerusi DUN tersebut sehingga terus dikuasai oleh Barisan Nasional maka begitulah hendaknya bagi kerusi Parlimen Sibu.

Sekiranya keputusan yang dibuat pada 16 Mei nanti bertepatan dengan apa yang diharapkan, maka harapan tersebut pasti dan tetap akan ditunaikan biarpun terdapat sedikit kelewatan baik dari segi perlaksanaannya atau sebagainya tetapi apa yang sangat penting ialah Barisan Nasional tetap dan sentiasa menunai janji serta mengota apa yang dikata. Tanamkanlah keyakinan pada diri, bahawa calon BN itu nanti pasti mampu membawa lebih banyak perubahan kepada penduduk kawasan Parlimennya jika beliau dipilih dan selepas itu anda semua dapat menyaksikan Sibu akan lebih cepat mendapat status sebagai sebuah Bandaraya moden.

Oleh itu mulai hari ini, berilah sokongan padu untuk calon SUPP/BN..terjemahkalah sokongan anda semua dengan ikut sama berarak biarpun hanya sampai dimana garisan yang telah ditetapkan oleh pihak polis serta oleh pihak SPR dan selain itu patuhilah peraturan yang dikeluarkan demi keselesaan semua dan tunjukkanlah kepada pemimpin pihak pembangkang bahawa penyokong BN sentiasa mematuhi undang-undang serta menghormati semua peraturan serta arahan yang telah diberi oleh pihak yang berwajib.

Jumaat, Mei 07, 2010

PRK P212 Bandar Sibu: SNAP sah berpecah dua gara-gara Pakatan Pembangkang...


Akibat keputusan yang telah dibuat oleh Presiden SNAP iaitu Edwin Dundang yang tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Majlis Tertinggi parti berhubung dengan kemasukan SNAP kedalam Pakatan Pembangkang baru-baru ini telah menambahkan lagi kemelut didalam parti berkenaan.

Kini, parti SNAP telah berdepan dengan perpecahan berterusan iaitu terbahagi kepada dua kumpulan dimana satu kumpulan yang diketuai oleh Presiden Parti baru masuk Pakatan Pembangkang manakala satu kumpulan lagi diketuai oleh bekas Ahli Parlimen Bintulu iaitu saudara Ting Ling Kiew yang telah menyuarakan pendiriannya bahawa kumpulan mereka akan tetap menyokong calon BN pada Pilihan Raya Kecil P212 Bandar Sibu nanti.

Bekas Ahli Parlimen empat penggal itu juga mendakwa bahawa keputusan Edwin untuk menyertai Pakatan Pembangkang baru-baru ini adalah merupakan keputusan peribadi beliau dan bukannya keputusan yang dibuat oleh SNAP sebagai sebuah parti.

Inilah yang sedang saya perhatikan, apabila semangat "16 September" itu telah meresap kedalam roh dan jiwa seseorang, maka keputusan bersama demi untuk kebaikan bersama juga sengaja cuba untuk dielakkan dan sudah pasti ianya tidak mampu untuk menghalang sesetengah individu itu dari meneruskan niat untuk mencapai sesuatu yang belum lagi akan kepastiannya...

PRK P212 Bandar Sibu: SNAP dulu lain dan SNAP sekarang lain...


Parti Kebangsaan Sarawak atau Sarawak National Party(SNAP) yang baru-baru ini telah disahkan telah menyertai sebuah pertubuhan yang tidak sah disisi undang-undang iaitu Pakatan Pembangkang dimana sebelum ini dianggotai oleh DAP, PKR serta PAS dan dengan kemasukan SNAP menjadikan kesemuanya empat.

Pengumuman mengenai kemasukan SNAP kedalam Pakatan Pembangkang telah diisytiharkan oleh Ketua Pembangkang di Parlimen iaitu Anwar Ibrahim dengan begitu megah dan bangga sambil memberi perakuan yang SNAP adalah salah satu daripada Parti yang telah terlibat secara langsung dalam peristiwa pembentukan Malaysia pada 16hb September 1963.

SNAP yang ditubuhkan pada tahun 1961 iaitu lebih kurang 49 tahun yang lalu dengan Pengerusinya yang pertama iaitu yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak yang pertama mendiang Tan Sri Stephen Kalong Ningkan dan selepas itu jawatan presiden parti telah diserahkan kepada pengganti beliau iaitu bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak serta bekas menteri dalam kabinet Sarawak Tan Sri Datuk Amar James Wong Kim Min.

Dasar perjuangan SNAP pada asalnya adalah hampir serupa dengan asas perjuangan lain-lain parti yang telah wujud serta juga yang baru diwujudkan di Sarawak ketika itu seperti PAJAR, PANAS, PBB, SUPP dan lain-lain lagi iaitu untuk membela nasib rakyat, membebaskan negeri Sarawak dari kuasa penjajah serta sama-sama berhasrat untuk menjayakan sebuah impian satu Malaysia yang bersatu dengan Semenanjung Tanah Melayu dan Sabah supaya hasrat bersama untuk menjadikannya ke arah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat segera tercapai.

Namun bak kata pepatah, 'ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.' SNAP sepertimana lain-lain parti juga tidak terlepas dari sebarang krisis baik yang bersifat sebagai krisis dalaman ataupun krisis kepimpinan.

Krisis kepimpinan di semua peringkat dalam SNAP bermula sebaik saja pengunduran Tan Sri Datuk Amar James Wong Kim Min dari pucuk kepimpinan parti iaitu setelah beliau mengambil keputusan untuk bersara terus dari arena politik dan bermula dari situlah krisis serta perebutan kuasa dari jawatan Presiden Parti hingga kepada jawatan-jawatan yang tertentu dalam SNAP berlaku dan berlarutan sehingga membawa kepada parti tersebut telah dibatalkan pendaftarannya oleh pihak Pendaftar Pertubuhan atau ROS.

SNAP terpaksa mengambil masa yang sangat panjang untuk memulihkan semula IMEJ parti itu setelah tercalar akibat kemelut tersebut namun sehingga kini keadaan tidak banyak berubah malah semakin parah apabila SNAP walaupun sebelum ini telah mempunyai seorang wakil dalam DUN Sarawak tetapi malangnya apabila wakil rakyat terbabit iaitu ADUN Engkelili YB Dr Johnical Rayong telah bertindak keluar parti dan menjadi ADUN bebas yang menyokong BN.

Jadi kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat Sarawak sendiri, kita tak perlu keliru dengan dakwaan atau kata-kata manis yang telah diucapkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau berucap pada majlis penyertaan SNAP dalam Pakatan Pembangkang bulan lepas yang sengaja mengungkitkan kenangan silam bahawa mereka iaitu DAP, PKR dan PAS begitu berbesar hati serta bangga apabila menerima sebuah parti yang kononnya jelas telah terlibat secara langsung dengan pembentukkan Malaysia dulu.

Dulu memang iya. SNAP dulu dengan SNAP yang sekarang ini sangat jauh bezanya. Perjuangan SNAP pada waktu dulu berserta dengan barisan kepimpinannya punya hala tuju perjuangan yang teguh dan ini ternyata berbeza sama sekali dengan kepimpinan yang SNAP ada pada hari ini dan ianya memang tidak boleh disamakan lagi, dasar atau asas perjuangan yang dibawa tidak jelas serta memang sudah jauh berbeza dan ianya seolah-olah memberi gambaran bahawa SNAP tidak lagi mendukung kehendak sebenar rakyat Bumi Kenyalang secara keseluruhannya tambahan lagi setelah parti tersebut sanggup bersekedudukan dengan DAP, PKR dan PAS.

Khamis, Mei 06, 2010

PRK P212 Sibu: 3 penjuru- BN<>DAP<>BEBASPKR


Gambar diatas menunjukkan sejenis haiwan yang menyerupai tupai namun bezanya haiwan itu mempunyai sayap tapi malangnya ia tak boleh terbang tanpa adanya sebatang pokok yang berdiri untuk dijadikan sebagai tempat dia memanjat dan seterus terjun bagi membolehkannya terbang serta bergerak lebih jauh lagi.

Berbalik kepada Pilihan Raya Kecil Parlimen 212 Bandar Sibu, penamaan calon sebagaimana umum sudah sedia maklum akan dilangsungkan pada 8hb Mei Sabtu ini lebih kurang dua hari lagi manakala hari pengundian pula telah ditetapkan oleh SPR pada 16hb Mei hari Ahad hujung minggu hadapan.

Desas-desus yang mengatakan bahawa selain daripada calon daripada BN iaitu Robert Lau Jr serta Richard Wong Ho Leng dari DAP, terdapat seorang lagi calon yang akan turut serta untuk bertanding iaitu Encik Narawi Haron sebagai calon BEBAS dan dakwaan tersebut telah diperkuatkan dengan pengakuan pihak ibu pejabat SPR cawangan Sibu yang mengesahkan bahawa setakat ini borang pencalonan telah dibeli oleh dua orang iaitu satu oleh calon BN dan satu lagi oleh bakal calon BEBAS tetapi calon DAP belum lagi berbuat demikian kerana belum cukup duit..haha!

Analisa saya ringkas saja, jika berlaku juga pertandingan tiga penjuru pada PRK P212 Sibu itu nanti iaitu antara BN dengan DAP juga BEBAS, tapi yang sebenarnya jika kita ingat kepada hasrat awal Presiden Parti KeADILan Rakyat yang mahu calon daripada PKR diletak untuk bertanding menentang BN disitu namun atas alasan kononnya disebabkan semangat 'setiakawan' dalam Pakatan Pembangkang maka hasrat itu dilupa bagi memberi laluan kepada DAP tetapi saya melihat bahawa "semangat 16 September" yang bersarang didalam PKR itu sendiri tidak memungkinkan mereka untuk tidak belot kepada rakan sendiri didalam Pakatan Pembangkang.

Kehilangan banyak kerusi baik diperingkat DUN mahupun diperingkat Parlimen sangat pahit untuk ditelan kenyataannya oleh PKR apatah lagi kerusi Hulu Selangor gagal dipertahankan secara demokrasi setelah beberapa kerusi Parlimen mereka semakin kurang akibat dari tindakan wakil rakyatnya yang mengisytiharkan keluar daripada parti dan segalanya adalah sangat sukar untuk PKR terima.

Oleh itu, untuk mengembalikan semula jumlah kerusi yang mereka miliki sebelum ini walaupun tidak mungkin boleh sampai kepada jumlah yang lama, sekurang-kurangnya mereka akan berusaha serta sanggup berbuat apa saja demi untuk memastikan hasrat awal mereka itu tetap tercapai walaupun terpaksa melanggar prinsip yang dipegana bersama Pakatan Pembangkang, oleh sebab itu maka sangat perlu untuk PKR mencari jalan bagaimana cara untuk membolehkan mereka agar dapat turut serta dalam Pilihan Raya Kecil itu nanti dan jalan yang paling mudah adalah dengan menaja seorang calon bertanding atas tiket BEBAS.

Dan jawapannya nanti sangatlah mudah, seandainyalah calon BEBAS itu nanti ditakdirkan akan menang pada Pilihan Raya Kecil itu, ini bermakna permainan PKR telah menjadi dan untuk bulan-bulan awal kemenangan sebagai seorang calon BEBAS beliau akan memperlihatkan kepada rakyat bahawa beliau memang bebas tetapi untuk bulan-bulan terakhir beliau akan perlahan-lahan menyusup masuk melalui pintu belakang PKR supaya taktik sebenar mereka tidak akan dapat dikesan oleh DAP.

Karpal Singh! ..tunggu!!,.ada anak orang baik-baik rompak kafe siber!!!


Tolong! tolong! tolong!!! ..Karpal Singh, Lateefa Koya, Shahrizat Jalil, Majlis Peguam, Pakatan Pembangkang, DAP, PAS, PKR, Datuk Mahfuz Omar...!!!!

!!!..mana kamu semua???!!!....tolong!!!tolong!!!tolong!!!! ada anak orang baik-baik merompak sebuah kafe siber kat Jalan Genting Klang Selangor pukul 3:10 subuh Rabu pagi 5 Mei 2010...

...tolong!!! mereka semua 6 orang remaja pulak tu ada yang 15,16,17, 18 tahun cuma bawa senjata seperti parang panjang, parang pendek, pisau, kapak, pedang samurai dan gergaji serta mereka menyerang anggota polis...

!!!hello Karpal Singh...bagi tau semua kawan-kawan kamu dalam Pakatan Pembangkang...suruh mereka baca Utusan Malaysia http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0505&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_14.htm

Ahad, Mei 02, 2010

Nik Aziz diugut bunuh? ..tubuhlah Inquest Awam !


Saya tak terkejut langsung apabila mengetahui dan mendengar berita bahawa kononnya MB Kelantan yang juga Penasihat PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dikatakan telah menerima satu ancaman yang berbentuk ugutan untuk membunuh beliau kerana saya berpandangan bahawa dakwaan itu hanyalah satu helah PAS untuk mengalih perhatian masyarakat terhadap isu yang menyelubungi PAS ketika ini iaitu isu wang sebanyak RM4 juta sebagaimana yang telah didakwa oleh bekas blogger Pro-pembangkang Saudara Syed Azidi melalui blog Kickdefella yang menurutnya telah diguna bertujuan untuk melemahkan pentadbiran bekas Perdana Menteri ke-5 YABhg Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi waktu itu.

Tapi apa yang membuat saya sangat terkejut ialah apabila mendapat tahu bahawa pihak PAS menerusi kepimpinan Pemudanya telah membuat satu laporan kepada pihak polis berhubung dengan perkara tersebut iaitu telah mengadu kepada pihak yang tidak disenangi oleh Pakatan Pembangkang atau lebih tepat lagi ialah pihak yang terus-menerus menjadi bahan fitnah, cacian dan tohmahan mereka selama ini apabila timbul sesuatu isu yang dirasa tidak akan menguntungkan mereka.

Kalau dikira, mereka yakni pihak PAS sepatutnya meminta agar ditubuhkan sebuah badan bebas iaitu Suruhanjaya Diraja atau Inquiry Awam untuk menyiasat dakwaan seumpama itu sebab jika mereka masih juga membuat laporan kepada pihak yang selama ini sering menjadi sasaran ketidakpuasan hati Pakatan Pembangkang sehingga sanggup melabel anggota-anggota polis dengan berbagai gelaran yang sangat tidak sedap untuk didengar maka seandainya siasatan itu nanti mendapati bahawa dakwaan tersebut tidak berasas, pasti timbul pula berbagai tuduhan lain yang Pakatan Pembangkang akan lempar terhadap pihak polis.

Sabtu, Mei 01, 2010

PM akan berada di Sibu mulai malam ini sehingga esok...


Selamat Datang ke Sibu YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak !

Bermula malam ini, Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak akan memulakan lawatan rasminya ke Bandar Sibu dan beliau dijadual tiba pada jam 10 di Lapangan Terbang Sibu malam ini.

Pada keesokannya 2 Mei, Perdana Menteri akan melakukan tinjauan mesra di Pekan Sungai Merah bermula jam 8 pagi sebelum memberi ucapan di Warisan Pejalan Kaki Wong Nai Siong.

Selepas itu Perdana Menteri akan melawat Kampung Nangka di hilir Bandar Sibu iaitu sebuah perkampungan yang penduduknya adalah majoriti Melanau dan Melayu dimana kampung tersebut juga merupakan kampung asal TYT Yang DiPertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Seterusnya Perdana Menteri akan menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di SK Perbandaran Sibu No.3 dan sejurus selepas itu Perdana Menteri akan menghadiri majlis makan tengah hari bersama angkatan tentera di Kem 9 Briged, Jalan Oya dan seterusnya beliau akan berada dimajlis minum petang dan menyampaikan hadiah bagi pemenang pertandingan golf di Kelab Golf Sibu.

Pada jam 4:30 petang, Perdana Menteri akan berkunjung ke Kolej Laila Taib sebelum melawat SK St Mary bagi meninjau kerja-kerja pembinaan bangunan baru sekolah tersebut.

Manakala pada sebelah malamnya, Perdana Menteri akan menghadiri acara kemuncak sambutan sempena lawatan beliau ke Sibu yang dikenali sebagai Malam 1Malaysia dan akan berlangsung di Dataran Sibu bermula jam 7 malam dimana pada tersebut para hadirin akan dihibur dengan persembahan oleh beberapa orang artis tempatan dan Semenanjung Malaysia.

Jumaat, April 30, 2010

Pakatan Pembangkang!!! mana keadilan untuk Mohd Bakri dan Mohd Salleh ???


Sebelum saya menulis sedikit mengenai insiden yang telah mengorbankan seorang pelajar tingkatan tiga iaitu Aminulrasyid Amzah setelah terkena tembakan polis pada Isnin 26 April lalu jam 2 pagi, disini saya ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan takziah kepada ibu serta semua ahli keluarga Allahyarham dan kita semua berdoa agar roh allahyarham adik Aminulrasyid tenang disana, dicucuri dengan rahmat sertab ditempatkan dikalangan mereka beriman dan soleh.

Sebenarnya saya agak keberatan untuk menulis perkara berkenaan dengan kejadian ini memandangkan ianya sedang dalam siasatan pihak polis disamping untuk menghormati pesanan yang telah disampaikan sendiri oleh ibu kandung allahyarham sebagaimana yang telah disuarakan kepada rakan blogger kita iaitu GAP atau Gerakan Anti-PKR yang tidak mahu kes anaknya dijadikan sebagai bahan atau modal perbalahan atau dalam ertikata lainnya tidak mahu pihak tertentu mengeksplotasi apa yang terjadi ke atas anak untuk kepentingan masing-masing.

Oleh itu kepada pihak yang begitu beriya-iya untuk menonjolkan diri mereka dengan harapan kononnya mahu dilihat sebagai jaguh atau juara rakyat dalam memperjuangkan keadilan untuk adik Aminulrasyid sehingga sanggup membuat kenyataan yang bukan-bukan atau sangat melampau terhadap pihak polis maka saya syorkan juga kepada pihak yang terasa pedas seperti DAP, PKR, PAS ataupun mereka-mereka yang sama kepala dengan Pakatan pembangkang agar turut sama membangkitkan dua kes kejadian sebelum ini supaya dapat diberikan keadilan yang sama rata.

Pada Sabtu malam 13 Mac 2010, seorang anggota tentera atau Askar Melayu Diraja Malaysia iaitu Mohd Salleh bin Hamdan terkorban setelah dilanggar oleh sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang dinaiki oleh Ahli Parlimen(PKR) Batu Tian Chua di KM49 Jalan Johor Bahru-Mersing dekat Hutan Lipur Panti di Kota Tinggi.

Malang sekali, sehingga ke hari ini tiada satupun tindakan diambil dan yang paling menyedihkan ialah apabila belum kedengaran lagi suara-suara sumbang daripada pihak Pakatan Pembangkang atau mereka-mereka yang kononnya pejuang keadilan untuk menuntut keadilan bagi Allahyarham Mohd Salleh.

...dan begitu juga dengan nasib yang telah menimpa adik Mohd Bakri bin Mohd Bazli seorang penuntut di UiTM apabila terpaksa dimasukkan dalam wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)selama beberapa hari setelah koma akibat dilanggar oleh ADUN Sekinchan Selangor YB Ng Suee Lim yang dikatakan memandu kereta dibawah pengaruh alkohol dimana kejadian tersebut telah berlaku dikawasan lampu isyarat Unisel Seksyen 7Shah Alam pada 8 February 2010 lalu jam 12:30 pagi.

Khamis, April 29, 2010

P212 Sibu - Pembangkang resah berdepan dengan bintang baru BN !


Semua pihak sudah sedia maklum bahawa Pakatan Pembangkang telahpun mencapai kata sepakat untuk meletakkan Pengerusi DAP Sarawak yang juga ADUN Bukit Assek YB Richard Wong Ho Leng sebagai calon mereka bagi menentang Barisan Nasional yang sudahpun mengesahkan bahawa seorang peguam iaitu Robert Lau Hui Yew dari parti SUPP sebagai wakil BN untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen P212 Bandar Sibu yang akan berlangsung pada 16 Mei depan.

Untuk rekod, YB Richard Wong telah tewas sebanyak tiga kali kepada bekas Ahli Parlimen Sibu mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew dalam usaha DAP untuk merampas kerusi Parlimen Sibu daripada Barisan Nasional apabila dipisahkan dengan jumlah undi majoriti yang begitu besar telah diperolehi calon dari BN, misalnya pada Pilihan Raya Umum 1995 beliau tewas apabila kelebihan undi majoriti sebanyak 4,845 memihak kepada calon BN dan begitu juga pada PRU tahun 2004 walaupun jumlah undi majoriti menurun dari sebelumnya kepada 3,345 undi namun YB Richard Wong kecundang buat kali kedua dan seterusnya pada PRU tahun 2008 beliau mencuba lagi tetapi malangnya beliau rebah lagi untuk kali ketiga apabila Barisan Nasional berjaya meningkatkan semula keyakinan rakyat dengan memperolehi undi majoriti sebanyak 3,549 undi apabila undi yang telah diperolehi BN ketika itu adalah menjadi 19,295 undi manakala DAP hanya 15,746 undi.

Kelebihan wajar diletakkan kepada Barisan Nasional untuk terus mempertahankan kerusi Parlimen Bandar Sibu dari terlepas ke tangan DAP sememangnya sangat meyakinkan sekali kerana jika diambil kira dari beberapa faktor yang dilihat boleh menyokong harapan sedemikian sudah pasti bakal calon dari DAP itu nanti akan tersungkur lagi buat kali keempat di Bandar Sibu dan semuanya bukanlah sesuatu yang mustahil kerana berdasarkan kepada sokongan rakyat terhadap BN peringkat DUN tetap kuat dimana kita boleh lihat bahawa ketiga-tiga DUN dalam kawasan Parlimen P212 Sibu iaitu N.47 Bawang Assan(SUPP), N.48 Pelawan(SUPP) dan N.49 Nangka(PBB) adalah milik Barisan Nasional setelah ketiga-tiga calon BN itu iaitu YB Datuk Sri Dr. Wong Soon Koh, YB Vincent Goh Chung Siong dan YB Awang Bemee bin Awang Ali Basah menang dengan majoriti yang begitu besar pada Pilihan Raya DUN Negeri Sarawak tahun 2006 lepas.

Disamping itu juga, Barisan Nasional dilihat memang tidak ketandusan calon untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Kecil itu nanti memandangkan SUPP khususnya Barisan Nasional jelas mempunyai calon baru dan muda yang boleh dikatakan sebagai bertaraf bintang tidak seperi DAP yang sejak mula kelihatan terkapai-kapai atau kebingungan serta serba-salah untuk menentukan bakal calon yang sesuai dan terbaik bagi menentang calon yang diletakkan oleh Barisan Nasional nanti apabila Pakatan Pembangkang terpaksa menurunkan semula calon yang pernah tewas sebanyak tiga kali sebagai calon pilihan mereka walaupun ada enam nama dari DAP Sibu yang disebut-sebut sebelum ini untuk dicalonkan seperti David Wong, Stephen Lu, Lau Hui Ung, Yap Hai Loi, Oscar Ling dan Alice Lau, namun entah kenapa mereka seolah-olah tiada calon lain apabila terpaksa memilih YB Richard Wong Ho Leng bagi menentang calon muda serta bintang baru BN, kaunselor Robert Lau Hui Yew.

Rabu, April 28, 2010

Menjelang PRK P212 Sibu: Sarawak wajar menguatkuasa akta Imigresen negeri.


Apabila memikir tentang betapa perlunya setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kedudukan dan pangkat untuk sentiasa bersama memelihara keharmonian dan kedaulatan Malaysia, maka itu saya melihat adalah sangat perlu untuk kerajaan negeri Sarawak pula untuk berbuat sesuatu seperti mengetatkan lagi kemasukan para pemimpin parti Pakatan Pembangkang dari Semenanjung Malaysia ke dalam negeri ini dengan menguatkuasakan peraturan imigresen bersempena dengan Pilihan Raya Kecil P212 Bandar Sibu nanti bagi mengelak mereka ini dari memudaratkan keamanan, kesejahteraan serta keharmonian kaum yang ada di Bumi Kenyalang ini dengan isu-isu yang tidak sepatutnya dihidangkan kepada rakyat di Malaysia Timur ini.

Kita bukan menentang amalan demokrasi yang berjalan subur dalam sistem pentadbiran kerajaan Barisan Nasional terutamanya dinegara ini malah jauh disudut hati tetap menyanjung akan sistem demokrasi ala Malaysia adalah sebagai yang terbaik, tetapi sebenarnya kita sangat bimbang apabila sistem demokrasi ini sendiri telah disalahgunakan oleh pihak Pakatan Pembangkang dalam usaha mereka untuk mendapat apa saja perkara yang mereka perjuangkan walaupun dengan cara melanggar undang-undang negara atas nama demokrasi tanpa memikir akan kesan jangka panjang dari tindakan tidak bertanggungjawab mereka itu terhadap kedaulatan serta keamanan negara ini.

Sebelum ini kerajaan negeri Sarawak telah menyenaraihitamkan beberapa nama individu tertentu terutamanya mereka dari Pakatan Pembangkang daripada memasuki negeri ini kerana khuatir dengan kehadiran mereka hanya bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan kaum di Bumi Kenyalang ini. Rakyat Sarawak sebenarnya telah melalui banyak pengalaman paling pahit apabila tercetusnya beberapa peristiwa yang saya tidak mahu sebutkan disini tetapi biarlah ianya akan terus menjadi sebahagian daripada sejarah sahaja dan ianya pernah berlaku di negeri ini lama sebelum terbentuknya negara Malaysia lagi. Rakyat Sarawak kini sudah selesa apabila dapat hidup bersatupadu dengan semua kaum yang ada di Malaysia dan kita tidak mahu apa yang pernah berlaku dulu itu akan berulang lagi selepas ini.

Oleh itu saya berpendapat, untuk menjamin agar keadaan yang sedia ada dinegeri ini sentiasa kekal berada ditahap yang boleh dikatakan sebagai aman dan makmur, adalah tidak salah pada pandangan saya sekiranya kerajaan negeri Sarawak bersedia untuk menggunapakai Akta Imigresen 1959/63 Seksyen 66(1)ref: "Advocates Ordinance (Sarawak Cap.110)" apabila menjelangnya saja hari penamaan calon P212 Bandar Sibu pada 8hb Mei nanti serta sepanjang tempoh berkempen sehingga 16hb Mei 2010 depan.

Namun dalam pada itu, kita juga sangat mengharapkan agar kerajaan negeri Sarawak dapat melonggarkan syarat-syarat tertentu berkaitan dengan kemasukan rakan-rakan daripada Barisan Nasional seperti UMNO, MCA, MIC, GERAKAN serta para rakan-rakan blogger yang pro-kerajaan sekiranya mereka berminat untuk datang ke Bumi Kenyalang ini untuk membantu jentera BN sewaktu Pilihan Raya Kecil itu nanti sebab utamanya ialah kita melihat pihak ini adalah menjadi pendukung kuat kepada kelima-lima prinsip sepertimana yang terkandung didalam rukun negara.

Selasa, April 27, 2010

DAP sukar memilih calon untuk menentang Robert Lau Jr.


Jika Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib membuat keputusan bahawa beliau pada akhirnya akan memilih saudara Robert Lau Hui Yew untuk mewakili Barisan Nasional bagi mempertahankan kerusi Parlimen P212 Sibu maka saya pasti pihak lawan khususnya DAP akan berdepan dengan kesukaran dalam usaha untuk menampilkan calon dari DAP untuk menentang calon dari SUPP/BN.

Sebelum ini iaitu sejurus beberapa hari selepas kematian bekas Anggota Parlimen Bandar Sibu yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan mendiang Robert Lau Hoi Chew, DAP telah mengenengahkan beberapa nama untuk dicalonkan pada PRK P212 Bandar Sibu itu nanti namun mereka yang nama mereka telah disebut itu ada yang tidak mahu dicalon dengan alasan-alasan yang mudah dan ada yang masih berfikir dulu dan akan menyerah kepada parti untuk membuat keputusan akhir.

Apa yang saya lihat ialah, dipihak DAP untuk menemui seorang calon yang paling sesuai bagi menentang saudara Robert Lau Jr pada PRK itu nanti tetap berdepan dengan risiko kekalahan kerana sepertimana yang rakyat Sarawak sendiri khususnya rakyat di Sibu tahu bahawa Robert Lau Jr telah mempeunyai pengaruh beliau yang tersendiri dikalangan masyarakat pekerja yang berbilang kaum di sekitar Sarawak amnya dan Sibu khasnya disamping pengaruh kuat ahli keluarga beliau terutamanya ayahnya sebagai seorang jutawan serta dermawan kepada badan-badan amal serta sebagai penyokong kuat kerajaan Barisan Nasional sejak dari dulu lagi.

Robert Lau Jr anak kelahiran Sibu juga adalah seorang Kaunselor merangkap Ahli Majlis perbandaran Sibu, lahir dari keluarga yang sangat menitik berat soal disiplin dalam menguruskan setiap perkerjaan bagi memastikan kejayaannya serta sangat tegas serta bertanggungjawab dengan setiap tugas yang diamanahkan disamping itu keluarga beliau memang telah lama dikenali bukan saja dikalangan masyarakat Cina malah kepada kaum Melanau, Iban, Melayu, Kayan, Kenyah, Murut dan lain-lain lagi dan telah menjadi majikan kepada hampir seluruh rakyat Sarawak dari berbagai bangsa.

Ahad, April 25, 2010

Syabas dan Tahniah BN !!!


Kegembiraan yang tak terungkap apabila saja mengetahui bahawa Barisan Nasional telah mendahului dan seterusnya memenangi Pilihan Raya P94 Hulu Selangor.

Barisan Nasional dengan majoriti sebanyak 1725 undi apabila diundi oleh seramai 24,997 orang pengundi telah menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim yang hanya memperolehi undi berjumlah 23,272.

Syabas dan Tahniah kepada semua jentera BN kerana keputusan ini juga bermakna telah mengiktirafkan segala penat lelah anda semua untuk memastikan kemenangan tetap berpihak kepada Barisan Nasional. SYABAS !!!

Sabtu, April 24, 2010

MB Kelantan ingkar titah Sultan Selangor tapi mahu rampas Hulu Selangor..


Gambar yang tertera diatas memperlihatkan kemesraan dan kesopanan Menteri Besar Kelantan Darul Naim, Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan Maharaja Singapura Tok Lee Kuan Tew ketika ayah angkat DAP itu dalam rangka lawatan selama beberapa hari dan tempat ke Malaysia baru-baru ini siap dengan aksi dengan menunjukkan tanda bagus lagi.

Namun gambar itu gagal untuk mempamerkan akan diri Datuk Nik Aziz yang sebenarnya apabila semalam beliau ingkar serta tidak mahu menghormati titah KDYMM Sultan Selangor yang tidak mana-mana pihak untuk menggunakan Institusi Masjid diseluruh negeri Selangor digunakan sebagai medan menyampaikan ceramah politik atau dalam ertikata lainnya Baginda tidak memperkenankan Masjid digunakan untuk kegiatan politik.

Lebih malang lagi apabila Datuk Nik Aziz telah menggelarkan titah Sultan Selangor itu sebagai mengaruh serta turut menyifatkan arahan Baginda itu sebagai tidak ubah seperti saki-baki peninggalan pihak penjajah di negara ini.

Namun Datuk Aziz terlupa bahawa sebenarnya beliau datang ke negeri Selangor adalah sebagai tetamu dan bukannya sebagai tuan rumah dan lagipun kehadiran beliau ke Negeri Selangor juga adalah untuk membantu calon PKR Datuk Zaid Ibrahim berkempen untuk meraih undi.

Datuk Zaid Ibrahim yang dibantu berkempen oleh Datuk Nik Aziz juga bukanlah orang tempatan di Hulu Selangor tetapi beliau adalah orang Kota Bharu Kelantan dan jika diambil kira dari kenyataan yang dibuat oleh Datuk Nik Aziz itu jadi bermakna apabila Datuk Zaid diletak sebagai calon disitu adalah sebagai penjajah juga...

Jumaat, April 23, 2010

Pembohongan Pakatan Pembangkang sampai ke kemuncaknya...


Jika selama ini mereka berjuang dengan berbagai cara seperti mereka-rekakan cerita, memfitnah lawan politik mereka dengan bermacam-macam tohmahan serta gemar menabur janji-janji kosong kepada rakyat semata-mata untuk mendapat kuasa maka pada hari ini segala penipuan dan pemobohongan mereka selama ini seakan-akan telah sampai ke puncaknya.

Berdasarkan kepada sekeping gambar yang telah saya muaturun dari laman blog milik rakan blogger yang pro-kerajaan iaitu Pejuang Bangsa melalui blog beliau di http://sejarahmelayu.blogspot.com sebagaimana yang tertera diatas telah membuktikan betapa pihak Pakatan Pembangkang semakin sanggup untuk melakukan apa saja perkara demi menjayakan perjuangan walaupun dengan cara yang salah atau songsang asalkan cita-cita mereka untuk mendapat kuasa dan seterusnya menjadi pemerintah di negara ini akan tercapai.

Sampai begitu sekali Pakatan Pembangkang sanggup untuk menipu serta berbohong kepada penduduk di Hulu Selangor dengan menjaja sesuatu yang palsu bahawa akan ada perdebatan diantara Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang YB Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sebelah malam esok 24 April jam 9 malam di Hulu Selangor yang kononnya kedua mereka akan berdebat tentang isu APCO, Israel serta keselamatan negara.

Namun pembohongan mengenai perkara tersebut sepertimana yang terdapat pada kain rentang yang digantung oleh pihak pembangkang akhirnya terbongkar apabila pihak Jabatan Perdana Menteri ketika dihubungi oleh para wartawan untuk mendapat penjelasan tentang perdebatan itu telah menafikannya serta menjelaskan bahawa tidak akan ada program seumpama itu akan berlangsung pada tarikh dan waktu berkenaan.

Maka begitulah, apabila sudah terbiasa serta suka mengada-ngadakan sesuatu cerita yang tiada maka tanpa mereka sedari ada waktunya perbuatan seperti itu lama-kelamaan pasti akan memakan diri sendiri apabila jerat yang dipasang akhirnya juga akan memerangkap diri mereka sendiri akhirnya.

Khamis, April 22, 2010

Pesta Pembangkang: keluar parti keluar dewan...


Gambar diatas hanyalah sebagai hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan orang yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia, harap maklum. Namun walau bagaimanapun barang siapa yang makan nangka maka dia akan terkena getahnya ataupun sesiapa yang makan cili sudah pasti dia akan terasa pedasnya.

Hari ini didalam Dewan Rakyat agak kecoh juga apabila Menteri Di Jabatan Perdana yang juga bertanggungjawab mengenai hal ehwal Parlimen iaitu YB Datuk Seri Mohd Nazri Tan Sri Aziz telah mengemukakan satu usul untuk merujuk Ketua Pembangkang YB Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana kegagalan beliau menjelaskan kepada Dewan mengenai kenyataannya ketika didalam Dewan baru-baru ini yang mengaitkan APCO dengan kerajaan Malaysia serta konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dipendekkan cerita, setelah melalui perbahasan yang menyaksikan usul tersebut telah dibahas oleh lapan orang Anggota Parlimen yang dipilih iaitu empat daripadanya adalah dari Barisan Nasional yang terdiri daripada YB Datuk Seri Nazri sendiri, YB Khairy Jamaluddin, YB Datuk Nor Jazlan Tan Sri Mohamed Rahmat dan YB Datuk Abdul Rahman Dahlan manakala empat lagi adalah daripada Pakatan Pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar sendiri.

Namun entah macamana sebelum usul tersebut diundi dengan cara menerusi pungutan suara terbanyak selepas dibahaskan bagi membolehkan Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat YB Datuk Ronald Kiandee untuk membuat keputusan samada meluluskannya ataupun sebaliknya, dengan tiba-tiba hampir kesemua wakil rakyat daripada pihak pembangkang bangun dan seterusnya bertindak keluar dari dalam dewan dan ini telah menyebabkan suara yang menyokong usul tersebut kedengaran lebih ramai daripada suara yang tidak bersetuju. Maka ini telah memudahkan usul tersebut untuk diluluskan.

Inilah kelemahan yang paling ketara yang ada pada diri semua wakil rakyat dari Pakatan Pembangkang apabila menyedari yang keputusan tidak akan menyebelahi pada pihak mereka maka tindakan yang paling senang untuk diambil mereka ialah keluar dari dalam Dewan dan bukannya mereka memilih untuk terus berada didalam Dewan bagi menunjukkan kepada pihak lawan yang mereka sentiasa masih berpegang kepada prinsip perjuangan 'Lawan Tetap Lawan' sebagaimana yang sering dilaung-laungkan oleh para pemuja mereka selama ini.

Selasa, April 20, 2010

P212 Sibu: SNAP masuk sementara Pakatan Tak Berdaftar


Bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen P.212 Bandar Sibu yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya akan berlangsung pada 16hb Mei 2010 nanti, Demokratic Action Party atau DAP menerusi Penasihatnya YB Lim Kit Siang hari ini memberitahu bahawa parti tersebut akan mengumumkan nama calon daripada DAP pada 27 April ini untuk menentang calon BN.

Sementara itu, Penasihat PKR YB Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengesahkan dilobi Parlimen hari ini bahawa Parti SNAP iaitu sebuah parti pembangkang peringkat negeri Sarawak telah sah bergabung dengan Pakatan Tak Berdaftar untuk bersama-sama dengan PKR, DAP dan PAS dalam usaha mereka untuk merampas kerusi Parlimen Bandar Sibu daripada tangan SUPP serta Barisan Nasional.

SNAP telah berjaya dijinakkan oleh PKR dan DAP supaya turut bersama dengan mereka bagi berdepan dengan Barisan Nasional kelak atau dengan lebih tepat lagi agar pertandingan itu nanti akan menjadi satu lawan satu dan ini bermakna peluang SNAP untuk menurunkan calonnya sendiri tidak kesampaian lagi setelah impian mereka untuk turut serta dalam Pilihan Raya itu nanti awal-awal lagi telah dipintas oleh PKR dan DAP.

Apa yang sudah dimaklumkan bahawa kemasukan SNAP dalam Pakatan Tak Berdaftar itu hanyalah bersifat sementara iaitu hanya pada Pilihan Raya Kecil Bandar Sibu saja dan selepas itu mereka akan membawa haluan masing-masing semula menjelang Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak yang akan datang dan ini bermakna SNAP akan menjadi gergaji bermata dua, sorong kedepan atas terluka, tarik ke belakang bawah terhiris kerana selain menjadi pembangkang kepada kerajaan Barisan Nasional, sudah tentu SNAP turut menjadi seteru politik kepada DAP, PKR dan PAS di negeri Sarawak.

Pakatan Tak Berdatar atau khususnya DAP dilihat memang agak sukar untuk memilih calon yang bakal menentang calon daripada SUPP atau Barisan Nasional kerana nama-nama yang disebut-sebut oleh DAP Sarawak sebelum ini untuk bertanding pada PRK P212 Bandar Sibu itu nanti kebanyakkannya adalah mereka yang kurang dikenali oleh penduduk Sibu tidak seperti nama bakal calon daripada SUPP yang memang sinonim dengan sejarah kemajuan Bandar Sibu lainlah sekiranya mereka masih mahu menurunkan Pengerusi DAP Sarawak iaitu Richard Wong Ho Leng sebagai calon.

Arkib Blog