Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Mei 02, 2010

Nik Aziz diugut bunuh? ..tubuhlah Inquest Awam !


Saya tak terkejut langsung apabila mengetahui dan mendengar berita bahawa kononnya MB Kelantan yang juga Penasihat PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dikatakan telah menerima satu ancaman yang berbentuk ugutan untuk membunuh beliau kerana saya berpandangan bahawa dakwaan itu hanyalah satu helah PAS untuk mengalih perhatian masyarakat terhadap isu yang menyelubungi PAS ketika ini iaitu isu wang sebanyak RM4 juta sebagaimana yang telah didakwa oleh bekas blogger Pro-pembangkang Saudara Syed Azidi melalui blog Kickdefella yang menurutnya telah diguna bertujuan untuk melemahkan pentadbiran bekas Perdana Menteri ke-5 YABhg Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi waktu itu.

Tapi apa yang membuat saya sangat terkejut ialah apabila mendapat tahu bahawa pihak PAS menerusi kepimpinan Pemudanya telah membuat satu laporan kepada pihak polis berhubung dengan perkara tersebut iaitu telah mengadu kepada pihak yang tidak disenangi oleh Pakatan Pembangkang atau lebih tepat lagi ialah pihak yang terus-menerus menjadi bahan fitnah, cacian dan tohmahan mereka selama ini apabila timbul sesuatu isu yang dirasa tidak akan menguntungkan mereka.

Kalau dikira, mereka yakni pihak PAS sepatutnya meminta agar ditubuhkan sebuah badan bebas iaitu Suruhanjaya Diraja atau Inquiry Awam untuk menyiasat dakwaan seumpama itu sebab jika mereka masih juga membuat laporan kepada pihak yang selama ini sering menjadi sasaran ketidakpuasan hati Pakatan Pembangkang sehingga sanggup melabel anggota-anggota polis dengan berbagai gelaran yang sangat tidak sedap untuk didengar maka seandainya siasatan itu nanti mendapati bahawa dakwaan tersebut tidak berasas, pasti timbul pula berbagai tuduhan lain yang Pakatan Pembangkang akan lempar terhadap pihak polis.

3 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Biasalah bro, dulu puak-puak ni kata si Nuar Liwat kena ugut bunuh, lepas tu ulamak terompah ni pulok....dah tak de jalan lain nak cari simpati...

Kalau tak nanti macam mana nak tutup semua yg dah kena bongkar oleh Kickdefella....

Akazi is HERE berkata...

salam hormat bro

mmg lawak habis2an la puak pasrael ni. puak lahanat mcm pasrael ni dh nak kene timbus pun masih sempat bikin lawak murah2 ekeke

habis la puak2 gerombolan pas tak dpt masuk syurga sbb seme tiket wali cabok yg pegang..ayoyoo kadewaleyy

dina berkata...

Saya juga rasa pelik, kerana siapa yg nak ugut tu, tidak ada apa faedahnya sebab dia bukanlah penting sangat hanya seorang MB dan mushidul am PAS dan dia ni terkenal kerana suka putar belit satu-satu isu.

Apa-apa sahaja berlaku yang berkaitan dengan PAS/PR dalangnya UMNO/BN. Dulu nak guna undang-undang hudud, Karpal kata langkah mayat dia
tetapi dia tetap bersetungkul dgn DAP, zaid pula penggunaan undang hudud di kelantan.

Ini semua nak tutup tembelang yang telah terburai dibuat Syed Azidi. Orang kalau suka memburuk-burukkan orang akhirnya terkena diri sendiri. Isu ini kalau dalam UMNO/BN dia (NA) punya komen tak habis satu hari bahkan makan bulan lamanya.

Sekarang apa tok guru, segala-galanya telah terbentang di akhbar fakta-fakta RM4j.

Tubuh sahaja Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat. Takkan nak naik hj orang sponser. Siasat hingga ke akar umbi baru rasa puas. Tak gitu.

Arkib Blog