Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Februari 10, 2010

Sokongan buat rakan BPN : Jeffery Damien[Dimensi]

Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas. Pembaca akan dapat melihat tulisan oleh seorang rakyat samada dia warga Malaysia atau warga asing bernama Denny Thevarakam. Beliau dalam tulisannya telah menghina KBDYM Seri Paduka Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Ini dperolehi dari Facebook milik Ahli Parlimen Ipoh Timur, YB Lim Kit Siang.

Blogger Cucu Tok Selampit telah mula mengesan perkara ini dan diharap semua blogger BPN lainnya boleh berbuat sesuatu dengan menyebar maklumat ini kepada pihak media massa atau elektronik supaya penama iaitu Denny Thevarakam boleh juga diheret kemuka pengadilan.

Rakan blogger dari Blogger Pembela Negara(BPN) iaitu saudara Jeffery Damien pengendali blog jefferydamien09 atau Dimensi dilaporkan telah menyerah diri di Balai Polis Permas Jaya, Johor Baru semalam. Rujuk kepada blog Khairulrezal atau Cucu Tok Selampit.

Walaupun terkejut kerana tidak menduga perkara seperti ini boleh terjadi kepada seorang rakyat biasa yang sentiasa turut memperjuangkan apa yang dikatakan sebagai sumbangan kecil kepada keharmonian kaum, keamanan negara serta kelangsungan kepimpinan sebagaimana yang dikehendaki oleh seluruh masyarakat Malaysia yang cintakan kedamaian, namun saya berbesar hati kerana saudara Jeffery telah mengambil langkah berani dengan tidak bersembunyi atau melarikan diri seperti yang telah dilakukan oleh blogger Raja Petra Raja Kamaruddin dan serta beliau sanggup memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dengan secara sukarela menyerah diri.

Saya harap saudara Jeffery sentiasa memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis dalam isu yang berkaitan. Tunjukkanlah bahawa kita sebagai blogger yang pro-kerajaan semasa bukannya menulis sesuatu itu bertujuan untuk memberi ancaman atau mendatangkan suasana yang tidak menentu didalam negara Malaysia ini melainkan kita bangkit semata-mata untuk membantu sedaya-upaya yang terdaya oleh kita bagi turut menyumbang sesuatu yang berfaedah demi negara tanpa perlu mengharapkan apa-apa juga pengiktirafan daripada sesiapapun jua.

Pihak lain harus sedar bahawa setiap blogger BPN mempunyai hala tuju yang sama dalam maksud yang hendak disampaikan kepada pembaca atau umum walaupun kelihatan kadang-kala terlihat ada perbezaan dari cara hendak menyampaikan maksud melalui penerbitan masing-masing namun hakikatnya ialah pada akhirnya hasil yang diharapkan adalah sama iaitu mahukan negara Malaysia terus teguh, kuat dibawah pentadbiran pemerintah yang jujur, ikhlas, amanah, adil dari segala segi demi kesejahteraan rakyat majmuk keseluruhannya.

Kepada pihak-pihak tertentu yang gusar serta merasa terganggu dengan kewujudan BPN, AIDC serta lain-lain blog yang pro-kerajaan, diharap sebelum mereka ini ingin memperbetulkan pihak lain adalah wajar untuk mereka perbetulkan dulu kebanyakkan blogger-blogger pro-pembangkang yang terlebih dulu mempromosi budaya fitnah, mengedit gambar pemimpin-pemimpin negara ini mengikut kemahuan mereka tanpa memperdulikan undang-undang sedia ada.

Kita boleh lihat sebelum ini bagaimana banyaknya gambar-gambar pemimpin negara termasuk Ketua Polis Negara telah dilakar dengan imej yang jelas mengaibkan sekali. Gambar YABhg. Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Mohd Najib, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail dan lain-lain lagi. Jadi ada tak kita nampak yang pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya dari Pakatan Pembangkang yang bersuara mengenai hal ini? Tiada!

Diakhir tulisan ini harapan saya kepada semua blogger BPN, AIDC serta blogger-blogger yang punya matlamat seiringan dengan perjuangan BPN, AIDC... walaupun seorang daripada rakan kita mungkin akan berdepan dengan tindakan tertentu namun kita tidak harus mengalah atau lemah semangat, dan jadikan perkembangan ini sebagai satu dorongan serta panduan untuk kita sentiasa berwaspada pada masa depan agar tidak selalu tergelincir ke tepi.

Selasa, Februari 09, 2010

Karpal & Anwar 2x5: sama-sama gentar berdepan dengan Mohd Saiful

"Anwar Ibrahim harus bertaubat"


Itulah perkataan yang pernah terkeluar dari mulut Ahli Parlimen Bukit Gelugor, YB Karpal Singh. Ada lagi kata-kata dalam kenyataan paling pedas yang dibuat oleh Karpal Singh sebagaimana yang tersiar dalam Buletin Utama TV3 pada 8hb February 2009 tahun lalu. Antaranya seperti tertulis dibawah...


"Jangan main-main dengan saya. Saya mahu jelaskan disini, saya telah bersabar sekian lama. Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai masalah kepada negara ini. Beliau perlu insaf. Lebih-lebih lagi, saya berpendapat beliau tidak layak memimpin Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat memerlukan seorang pemimpin yang tidak membenarkan kegiatan tidak bermoral seperti lompat parti."


"Saya kesal pemimpin PKR dan juga DAP mengikut Anwar Ibrahim, digoda dengan retoriknya dalam perkara lompat parti ini. Ada yang tidak langsung mahu buka mulut(untuk membantah hasrat itu)."


"Sebenarnya saya telah mencadangkan DAP keluar dari Pakatan Rakyat. Apabila isu hudud timbul, saya minta DAP keluar tetapi tiada sesiapa yang menyokong saya. Mereka perlu insaf. DAP perlu mempertimbangkan untuk keluar Pakatan Rakyat. Kita tidak boleh mempertahankan perbuatan tidak bermoral dengan tindakan tidak jujur." - Karpal Singh.

Tahniah ! DS Dr Zambry kekal sebagai MB Perak yang sah

Mahkamah Persekutuan yang bersidang hari ini 09hb February 2010 adalah untuk menentukan kedudukan siapa yang sebenar-benarnya akan diiktirafkan sebagai Menteri Besar Perak Darul Ridzuan samada YB Datuk Seri Nizar Jamaluddin ataupun YAB Datuk Seri Dr Zambry bin Abdul Kadir.

Keputusan yang dicapai oleh Mahkamah Persekutuan telah berpihak kepada YAB Datuk Seri Dr Zambry.

Syabas dan Tahniah kepada Menteri Besar Perak yang sah! ..moga lepas ini Datuk Seri terus menabur bakti dan jasa kepada seluruh rakyat Perak dan selamat maju jaya...

Isnin, Februari 08, 2010

Karpal Singh pengecut ! ..takut menyoal balas Mohd Saiful

Fakta penting: ..orang pertama dari kalangan ahli Parlimen Pembangkang yang mendedahkan salahlaku seks Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 adalah YB Karpal Singh semasa DAP mengadakan Konvensyen mereka di Kuala Lumpur.

Karpal Singh turut mendakwa yang dia mempunyai bukti kukuh bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim Timbalan Perdana Menteri pada masa itu melakukan salahlaku seks yang teruk.

Karpal Singh juga turut mencabar Perdana Menteri pada masa itu, YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil tindakan keatas Datuk Seri Anwar kerana salalaku seksnya dan membicarakan Datuk Seri Anwar.

Pendedahan salahlaku seks Datuk Seri Anwar oleh Karpal Singh berlaku 5 bulan sebelum salahlaku seks Datuk Seri Anwar didedahkan kepada umum oleh YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad juga pada tahun yang sama.

Dan orang yang bertanggujawab memberi nama "Al-Juburi" sebagai nama timang-timangan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, semua orang tahu adalah Naib Presiden PAS yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah iaitu Mohamad Syabu atau lebih popular sebagai Mat Sabu.(sumber dari WBHim atau WrittenByHim.wordpress.com)

Itu dulu. Apa saja yang pernah Karpal Singh dan Mat Sabu luahkan pada masa itu pasal Datuk Seri Anwar yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri Malaysia kini perkara tersebut terpaksa kedua-dua mereka kutip dan telan balik walaupun sangat sukar untuk melakukannya.

Hari ini. Hari ini Karpal Singh adalah peguambela kepada Datuk Seri Anwar atas kes yang sama iaitu kes yang pernah Karpal Singh bangkitkan 12 tahun yang lalu sehingga menjahamkan hasrat dan impian Datuk Seri Anwar untuk ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5.

Hari ini juga menyaksikan Karpal Singh takut untuk membuat pemeriksaan balas atau menyoal saksi utama dalam kes liwat-2 iaitu saudara Mohamad Saiful Bukhari bin Azlan. Apakah Karpal Singh tidak tahu nak soal benda apa atau bagaimana kepada Mohd Saiful ? ...saya rasa takkanlah Karpal Singh perlu nak soal begini "Can I Ask You Today ?" atau " "What!!!?" atau "Are You Okay ?"

Saya rasa, Karpal Singh memang risau dan takut seandainya dia menyoal balas Mohd Saiful maka semakin banyak benda dia soal pasti makin banyak juga perkara yang tidak pernah diduga akan turut terdedah dan sekiranya ini berlaku maka harapan untuk Karpal Singh terus menjadi peguambela Datuk Seri Anwar tidak akan kesampaian dan ini bermakna Karpal Singh akan kehilangan seorang pelanggan dari Syarikat Guamannya dan pasti harga karipap juga akan menurun.

Alasan lemah untuk tidak berhujah pada hari ini Isnin 8HB February 2010 yang dikemukakan oleh Karpal Singh ialah disebabkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, YA Datuk Zabidin Mat Diah yang dituduhnya sebagai berat sebelah apabila tidak mahu mengambil sebarang tindakan terhadap akhbar Utusan Malaysia ekoran artikel yang dikatakan oleh Karpal Singh sebagai menghina Mahkamah.

Lantaran itu Karpal Singh membuat permohonan di Mahkamah untuk melucut YA Hakim Datuk Zabidin Mat Diah dari mendengar kes liwat yang sedang dibicarakan. Bukankah tindakan Karpal Singh ini telah jelas menghina Mahkamah kerana mempertikai serta tidak setuju dengan keputusan yang telah dimuktamadkan oleh Hakim ?

Jika baru-baru ini rakyat Malaysia diminta untuk menghormati keputusan Mahkamah setelah Hakim Mahkamah Tinggi YA Datuk Lau Bee Lan telah memutuskan untuk membenarkan orang yang bukan beragama Islam menggunakan kalimah ALLAH didalam setiap aktiviti mereka dan jika sesiapa yang melanggar arahan akan dianggap sebagai telah menghina Mahkamah dan boleh didakwa juga di Mahkamah.

DAP, PKR & PAS - Menafikan kebebasan bersuara dan berkarya di Malaysia

Apabila telah gagal untuk membaca maksud serta gagal juga untuk memahami makna disebalik lakaran setiap gambar mereka sebagaimana yang dihasilkan oleh blogger Jeffery Damien didalam blog beliau, maka PAS menerusi beberapa anggotanya telah membuat laporan terhadap pengendali blog http://jefferydamien09.blogspot.com

Setelah Pakatan 3 parti itu mulai terasa yang pengaruh mereka semakin tergugat bukan hanya disebabkan oleh penerangan berterusan oleh pihak BN malah turut dibantu oleh blogger-blogger pro-kerajaan, maka dengan itu secara perlahan-lahan mereka cuba untuk menghalang segala usaha oleh para blogger dari terus membongkar setiap kepincangan didalam kepimpinan mereka selama ini.

Dikatakan, alasan utama mengapa pihak PAS ini terpaksa membuat laporan polis terhadap saudara Jeffery Damien ialah kononnya didapati karya beliau seperti lakaran wajah yang membabitkan Datuk Seri Anwar dan juga Datuk Nik Aziz Nik Mat bersifat "provokatif serta melanggar undang-undang negara." ...itu kata mereka hanya pada masa sekarang tapi pada masa dulu tiadapun.

Jadi saya sarankan jika PAS atau DAP atau PKR mahu ketertiban semua blogger dalam menyampaikan mesej melalui tulisan mereka di blog diamalkan, adalah lebih elok dan lebih baik tegurlah dulu semua penulis-penulis blog dari pihak pro-pembangkang agar lebih beretika serta bertanggungjawab didalam setiap penerbitan yang mereka lakukan.

Tetapi jika dipihak mereka para bloggernya dibiarkan sahaja untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang sebagaimana yang mereka sendiri faham namun adalah tidak wajar sekiranya penulis blog di sebelah kerajaan pula yang hendak dikenakan tindakan sekiranya terdapat menghasil sesuatu yang tidak menguntungkan mereka.

Apabila keadaan dimana pihak PAS telah membuat laporan polis terhadap rakan blog kami dalam BPN serta AIDC ini jelas menunjukkan bahawa sebenarnya pihak Pakatan Pembangkang telah menafikan hak rakyat biasa untuk bebas memperkatakan sesuatu isu, mempertikaikan sesuatu perkara jika ianya benar-benar menyeleweng.

Dan memang jelas sekali langkah yang telah diambil oleh PAS, DAP dan PKR itu adalah sangat bertentangan sama sekali dengan pendekatan yang telah dan sedang diamalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional selama ini iaitu rakyat bebas untuk menyuarakan pandangan masing-masing walau dalam bentuk apapun caranya asalkan tidak keterlaluan.

Akhirnya, saya berharap semoga saudara Jeffery tidak gentar dengan laporan yang dibuat, teruskan perjuangan anda dan kita semua sentiasa harus sedar dan ingat...bahawa biasanya apabila pihak PAS atau sekutu-kutunya menyedari yang kepentingan pihak mereka seolah-olah tercabar maka mereka akan mempergunakan polis untuk tujuan menghalangnya tetapi jika tiada apa-apa maka pihak polis lah yang sering difitnah mereka dengan bermacam-macam cerita, dimaki-hamun, dicerca malah anggota polis juga pernah ditampar oleh Ahli Parlimen Padang Serai YB N. Gobalakrishnan.

Ahad, Februari 07, 2010

Keselamatan Mohd. Saiful diancam - Polis perlu buat siasatan.

Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas

Ini perkembangan yang sangat tidak baik untuk kes yang sedang dalam perbicaraan di Mahkamah.

Maklumat penting ini diperolehi daripada laman blog PapaGOMO yang sebelum itu diperolehi daripada facebook 'Bujang Senang Hati Gembira' juga sebelum itu lagi bahawa komen oleh penama Anaz Zahari dikesan wujud dalam wall facebook Anwar Ibrahim.

Diharap pihak berkuasa segera bertindak serta menyiasat. Kita harap agar keselamatan diri serta keluarga Mohd. Saiful Bukhari Azlan diberi perhatian sewajarnya.

Baik??? ...baik ada makna tu...!!! - Madu Tiga

Inilah rupa seluar dalam jenama Ralph Lauren yang dijangka akan naik mendadak harganya sesuai dengan situasi semasa dimana banyak barang-barang lain selalu 'naik.' Pasti berebut-rebut orang ramai untuk membelinya sehingga Hypermarket, Supermarket dan lain-lain shopping complex akan cepat kehabisan stock.

Ini juga. Brand yang tidak kurang hangatnya dan pasti akan menguntungkan para peniaga yang ada menjual pakaian seperti baju, seluar tak kira jenisnya yang berlevel Levi's 501, 502,505 atau lagi dan lagi... dan sudah tentu ramai akan bertukar dari yang sebelum ini suka memakai seluar yang berjenama lain seperti Puma, Texan, Louis XIII akan beralih kepada jenama Levi's pilihan utama.
Suka menonton filem "Madu Tiga"? ...ada satu dialog dalam filem tersebut yang pasti kita semua sentiasa ingat... "baik??? ...baik ada makna tu..."

Jumaat, Februari 05, 2010

Terdesak :-) Nik Aziz sanggup buka semula pintu PAS kepada UMNO setelah ditutup rapat

Dulu semasa isu 'kerajaan perpaduan' antara PAS dengan UMNO yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang mendapat reaksi yang sangat baik dari hampir kesemua orang UMNO serta juga anggota PAS sendiri, tetapi sayang sekali apabila cadangan itu telah ditolak mentah-mentah oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz.

Sampai kepada satu peringkat dimana selepas mesyuarat khas PAS untuk membincangkan isu cadangan oleh Haji Abdul Hadi itu telah mencapai kata putus iaitu PAS sebulat suara menolak idea Presiden PAS itu, dengan megahnya Datuk Nik Aziz Nik Mat mengumumkan bahawa PAS telah menutup serapat-rapatnya pintu rundingan dengan UMNO tidak kira mengenai apa juga masalah yang dibangkit.

Tetapi sekarang, apabila isu "langsir ditutup, lampu bilik tidur juga ditutup" tiba-tiba saja Datuk Nik Aziz membuat jemputan 'kilat' kepada UMNO dengan membuka balik pintu PAS yang sebelum ini telah ditutup, dikunci, dirantai supaya UMNO boleh masuk kembali berbincang dengan mereka.

Saya melihat langkah sangat terdesak umpama "seperti menjilat ludah sendiri" yang sedang diambil oleh Datuk Nik Aziz untuk berbaik-baik semula dengan UMNO ialah kerana mungkin beliau merasakan sesuatu perkara buruk pasti akan berlaku keatas PAS sekiranya tiada usaha awal diambil untuk menyelamatkan PAS dari terjerumus sama dengan PKR yang sedang berdepan dengan banyak masalah dalaman dan luaran sebagaimana semua rakyat sudah sedia maklum.

Tengah jalan tiba-tiba Nik Aziz buat pusingan 'U'

Apakah agaknya komen yang akan dikeluarkan oleh Presiden PAS serta seluruh pemimpin PAS berkenaan permintaan terbaru daripada Nik Aziz untuk "menamatkan sengketa" sejak 50 tahun yang lampau dengan UMNO.

Tiba-tiba saja kenyataan yang diluar dugaan sama sekali boleh terkeluar dari bibir Mursyidul Am PAS itu. Beliau mahu PAS dan UMNO duduk semeja berbincang bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit yang menyentuh agama Islam.

Dulu Nik Aziz kata sampai bila-bila selagi beliau masih hidup memang PAS tak mahu bekerjasama dalam apa-apa hal sekalipun dengan UMNO. Dulu Datuk Seri Hadi dan YB Ustaz Nasha buat cadangan 'kerajaan perpaduan' dengan UMNO, namun telah ditolak Nik Aziz mentah-mentah.

Entah apa tiba-tiba saja, kebetulan pula masa sekarang ini prosiding di Mahkamah bagi perbicaraan kes liwat Anwar sedang berjalan... pasti satu usaha untuk mengalih perhatian rakyat kepada perkara yang lain.

Memang lidah tak bertulang...tak terbatas kata-kata...setinggi gunung seribu janji...lain dibibir lain dihati...

Khamis, Februari 04, 2010

Langsir ditutup. Lampu ditutup. Perbicaraan turut tertutup ?

HAH!!!... Mana suis, mana suis, mana suis??? ...click,,,gelap,,, "can I hug and kiss you now?"
Mana dia kebebasan media atau kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh Pakatan Pembangkang selama ini ?
Dulu menuduh BN dan UMNO menyekat kebebasan media di negara ini.
Belumpun berkuasa sebagai sebuah kerajaan persekutuan sudah ada isyarat yang Pakatan Pembangkang ini memang akan mengamalkan dasar tertutup jika berjaya memerintah Malaysia.
Lihat sajalah, sampai perbicaraan untuk kes liwat ini juga dibuat dalam keadaan yang tertutup. Jadi macamana rakyat luar dapat mengetahui akan perkembangan dalam perbicaraan itu.
Nasib baik terdapat banyak blogger-blogger lokasi terdiri dari pasukan BPN serta AIDC yang sudi membuat laporan secara berterusan dari perkarangan Mahkamah untuk dikongsi bersama dengan rakan-rakan yang tidak mampu kesana.
Terima kasih kepada The Unspinners, GOMO serta yang lain-lain lagi kerana ringan jari menyampaikan maklumat dari masa kesemasa tentang perjalanan perbicaraan itu untuk tatapan kami yang kejauhan ini. Terima Kasih banyak-banyak !

Can I Pump You Today ? - Mansuhkan PPSMI ???

Dulu bukan main lagi, teruk juga 2 orang Sasterawan Negara kita di usung ke hulu hilir untuk dijadikan sebagai alat oleh para pemimpin Pakatan Pembangkang bagi mendesak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran untuk memansuhkan Pengajian, Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris(PPSMI), kononnya untuk untuk memertabatkan bahasa Melayu di negara ini.

Tetapi kenapa pula dalam masa yang iaitu ketika untuk melaksanakan "projek Menara Condong" masih lagi menggunakan bahasa Inggeris ? Kalau dengan kontraktor luar atau pelabur asing dari negara Barat tidak apalah juga sebab mereka memang tak faham akan bahasa Malaysia tetapi ini urusan projek dengan masyarakat sendiri jadi saya rasa tak perlulah nak tanya macam ni, " Can I F**k You 2day ?

Sepatutnya PPSMI tidak disalahgunakan. PPSMI seharusnya digunakan untuk meningkatkan lagi daya kemampuan serta sebagai salah satu saluran penting untuk menimba ilmu pengatahuan yang amat berguna seperti dalam pengajian Sains dan juga pengetahuan tinggi dalam bidang ekonomi serta perubatan bagi seluruh rakyat di negara ini untuk membawa Malaysia ke arah yang lebih cemerlang lagi.

Rabu, Februari 03, 2010

98,747 anggota polis naik gaji - terima kasih Datuk Hisham

PUTRAJAYA 3 Feb.- Sejumlah 98,747 anggota dan pegawai polis akan mendapat penyelarasan gaji dan elaun imbuhan tetap dibawah skim perkhidmatan baru berkuatkuasa 1 January 2009.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, penyelarasan itu membabitkan tiga pergerakkan gaji tahunan dan kenaikan Imbuhan Tetap Khidmat Polis(ITKP) daripada RM1,500 hingga RM6000 bergantung kepada pangkat dan perubahan jadual gaji matrik - Utusan.

Komen:-) ...Syabas dan Tahniah kepada seluruh warga PDRM yang terlibat didalam kenaikan gaji sebagaimana yang telah diumumkan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Anda semua sebagai anggota keselamatan yang bertanggungjawab penuh menjaga keamanan serta ketenteraman awam di dalam negara seharusnya sentiasa dijaga akan kebajikaan kesemuanya.

Anggota polis semasa bertugas sentiasa terdedah kepada sebarang risiko yang pasti mengancam keselamatan mereka sendiri serta sentiasa menjadi bahan kritikan membuta tuli oleh pihak-pihak tertentu tanpa pernah menyimpan rasa terhutang budi terhadap pengorbanan yang telah dicurahkan oleh setiap anggota polis dalam mengekalkan ketenteraman berterusan demi untuk kesejahteraan seluruh rakyat.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri, YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein kerana begitu peka dengan segala keperluan seperti apa yang harus dilakukan demi untuk meningkatkan prestasi kerja semua anggota polis dengan memberikan penghargaan kepada mereka melalui kenaikan gaji yang sewajarnya sesuai dengan bidang tugas setiap anggota polis yang semakin mencabar ketika ini.

Selasa, Februari 02, 2010

Selepas PRU 12 : BN terus bekerja, Pakatan Pembangkang terus berpolitik

Jika diteliti benar-benar perbezaan yang ada diantara pemimpin Barisan Nasional pemimpin Pakatan 3 in 1(DAP, PKR dan PAS) sangat jauh bezanya. Bagaikan langit dengan bumi.

Lihat saja cara kerja mereka selepas berlalunya Pilihan Raya Umum ke 12 lalu. Apa yang dapat yang kita lihat perkara yang pernah Pakatan 3 in 1 itu buat? Tiada apapun.

Di Pulau Pinang, mereka dah jadi Kerajaan begitu juga di Selangor, Kedah dan Kelantan tetapi mereka kita lihat terus bertindak sebagai pembangkang. Mereka sendiri belum sedar yang Pakatan 3 in 1 sudah mendirikan kerajaan di empat negeri tersebut. Mereka gagal sebenarnya berdiri sebagai sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Manakala wakil rakyat dalam Parlimen dari pihak Pakatan 3 in 1 juga dilihat telah gagal 97% sebagai Ahli Parlimen yang telah diberi tanggungjawab untuk menggalas tugas membela nasib rakyat di kawasan Parlimen yang mereka wakili berbanding dengan wakil rakyat dari pihak BN.

Cuba kita lihat balik apa yang pernah dilakukan oleh pihak Pakatan 3 in 1 sejurus selesai PRU-12 dulu sehingga kini. Sepatutnya masa 5 tahun yang telah diberikan oleh rakyat kepada mereka untuk membuktikan kemampuan mereka sebagai pemimpin hendaklah digunakan sekurang-kurangnya 20 hari dalam masa sebulan untuk menemui pengundi dibawah dan tidak wajar sekali masa 5 tahun itu dibazirkan begitu saja untuk naik turun ke mahkamah.

Sebagai contoh, kita lihat sajalah YB Datuk Seri Anwar, YB Gobind Singh Deo, YB Karpal Singh, YB R. Sivarasiah, YB Lim Kit Siang, YB Saifuddin Nasution, YB Teresa Kok, YB Ronnie Liu, YB Mohd Nizar, YB Tian Chua, YB Elizabeth Wong, YB Chong Chieng Jen dan ramai lagi dari kalangan mereka. Hari-hari muka mereka berlatarbelakangkan sekitar mahkamah ini saja yang kita nampak terpampang dalam akhbar harian di Malaysia ini.

YB Datuk Seri Anwar sibuk dengan kes liwatnya, YB Gobind Singh sibuk dengan kes TBHnya, YB Karpal Singh sibuk memanjang dengan firma guamannya selain membela Anwar, YB Lim Kit Siang sibuk melalak pasal PKFZ dan lain-lain lagi yang tiada berkaitan dengan masalah rakyat di Ipoh Timur, YB Mohd Nizar sibuk dengan kes berebut kuasa di Mahkamah, YB Ronnie Liu sibuk dengan pub, pusat karouke, pusat urut..., YB R. Sivarasiah juga sibuk dengan kes liwat membela Anwar, YB Elizabeth Wong sibuk menunggu seseorang bagaikan pungguk merindukan bulan dan lagi, lagi dan lagi...

Kita semacam melihat mereka seolah-olah tiada masa untuk menemui para pengundi dikawasan Parlimen yang diwakili apatah lagi untuk menunaikan janji yang pernah ditaburkan semasa kempen PRU-12 dulu. Mereka terus berpolitik sepanjang masa. Apa saja benda semua nak dipolitikkan sehingga jarum patahpun mahu dipolitik.

Keadaan ini sangat berbeza sama sekali dengan para pemimpin dari Barisan Nasional. Pemimpin-pemimpin dari BN ini selesai saja Pilihan Raya, mereka terus buat kerja masing-masing dan tutup buku politik selama 5 tahun walaupun bukan kesemuanya lah, tapi perkara ini memang tidak pernah ada dalam Pakatan 3 in 1, dimana sebelum atau selepas Pilihan Raya sama saja bagi mereka dan berpolitik sudah menjadi lumrah yang tidak boleh ditinggalkan walau sesaatpun dari jiwa mereka.

Isnin, Februari 01, 2010

Tayangan Khas "drama perang" menjelang 02 February 2010, Selasa.

Kenape? ...tak percaye ke? ...yang Pakatan Rapuh ini sedang berperang sesama sendiri...

...memang tak percaye pun. Tiap kali memang begitu pun. Kalau dah dekat nak diadakan perbicaraan, maka siri peperangan pun akan bermula. Semuanya dilakukan demi untuk mengalih perhatian umum supaya tidak tertumpu kepada kes liwat yang paling popular di dunia itu.

Matlamatnya cuma satu iaitu untuk melepaskan Datuk Seri Anwar dari tuduhan tanpa dibicara. PKR, DAP dan PAS sanggup buat apa saja demi untuk menyelamatkan Anwar dari tuduhan liwat sebelum perbicaraan.

Dulu YB Zulkifli Noordin berperang dengan YB Sivarasa, mereka tu sama duduk dalam satu kelambu, tapi boleh berperang. Lepas tu berpeluk-peluk sebagai tanda berdamai.

Dulu YB Datuk Dr Hassan Ali pun begitu, berperang dengan YB Ronnie Liu... tup,tup..lepas tu berpeluk juga sebagai membawa maksud "tiada rahsia" diantara mereka.

Dulu juga YAB Nik Aziz pernah berperang dengan YB Datuk Seri Haji Awang dengan YB Ustaz Nasha...tapi lepas tu main tepuk-tepuk belakang sambil berpeluk-peluk...waduhhhh!!!

Baru-baru ini juga YB Zulkifli Noordin berperang dengan YB Khalid Samad(adik kepada YB Datuk Shahrir Samad)...tapi kali ini jalan cerita dan diubah...tak mau main peluk-peluk lagi, tapi main report-report sama polis...itupun sekadar main tarik tali saja, sebelah YB Zul yang pegang manakala hujung sebelah YB Khalid yang genggam.

Tindakan disiplin terhadap YB Zul belum lagi dibuat oleh PKR kerana YB Zul merupakan bakal menjadi peguambela yang akan mewakili Anwar bagi perbicaraan kes liwat seandainya berjaya dibawa ke Mahkamah Syariah.

Berang dengan tindak-tanduk pimpinan tertinggi PKR yang tidak bertindak terhadap YB Zul, bekas Ahli Parlimen Kota Bharu Kelantan iaitu Datuk Zaid Ibrahim bangun bersuara dan mengkritik cara pemimpin tertinggi PKR yang masih tidak mahu mengenakan sebarang tindakan terhadap YB Zul.

Belumpun reda isu itu...timbul pula kisah Ahli Parlimen Indera Mahkota Pahang YB Azan Ismail telah mengambil keputusan meletak semua jawatan yang beliau pegang dalam PKR Pahang kerana tidak berpuashati dengan cara pengurusan parti PKR di negeri tersebut namun beliau masih kekal sebagai ahli biasa PKR.

Drama ini bersambung terus ke lokasi terbaru di Pulau Pinang apabila bekas pengerusi perhubungan PKR Pulau Pinang YB Datuk Seri Zaharain Mohd Hashim yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru turut menyinsing lengan baju berperang dengan Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP YAB Lim Guan Eng atas sebab-sebab yang memang lama dah tak dapat dielakkan tapi baru sekarang ianya jelas tak dapat dielakkan...kononnya lah.

Drama. Nama sudah drama, siapa yang pandai mengarah dan bijak buat jalan cerita tu memang nampak macam benar-benar terjadi punya.

Rentetan dari kisah-kisah dari dalam drama itu, YB Khalid Samad digantung tugas sebagai YDP Pas Shah Alam dan lain-lain jawatan yang sama waktu dengannya kecuali jawatan Ahli Parlimen, kalau nak digantung juga tugas beliau sebagai Ahli Parlimen Shah Alam, maka musnahlah impian Anwar untuk bersandar atas kerusi Perdana Menteri di Putra Jaya.

Turut terkena tempias dari tindakan disiplin terhadap YB Khalid itu ialah YB Datuk Dr Hassan Ali. Kesalahan yang beliau lakukan ialah kerana Datuk Dr Hassan Ali ini cuba mengharamkan penjualan semua jenis minuman keras di kawasan tertentu dalam negeri Selangor namun ditentang oleh puak-puak yang ada dalam DAP. Kerana takut bulan kena tembak dengan roket oleh DAP maka PAS mengambil keputusan untuk menghukum saja Datuk Dr Hassan Ali sebagai pilihan terbaik walaupun terpaksa menggadai maruah parti.

Dalam PKR pula, berikutan perkembangan kritikan Datuk Zaid Ibrahim terhadap kepimpinan tertinggi PKR berhubung dengan desakan beliau agar YB Zul dikenakan sebarang tindakan termasuk dipecat dari PKR tetapi tidak diendahkan oleh Anwar dan Dr Wan Azizah... yang peliknya bagaimana Datuk Zaid boleh tidak menjangka yang kritikan serta kenyataan beliau terhadap YB Zul itu akan dimasukkan dalam babak dimana tindakan disiplin terhadap beliau sendiri sedang dalam pertimbangan oleh Anwar... fuhhhh!!!!! macam,macam.... boleh percaye ke ?...

Begitu juga dengan YB Datuk Zaharain, tindakaan disiplin yang akan diambil terhadap beliau juga sedang ditimbang oleh Anwar, Dr Wan Azizah serta pihak pimpinan tertinggi PKR.

Kita lihatlah esok 02hb February, samada drama perang terbaru Pakatan Rapuh ini akan berjaya memukau sesiapa saja yang mudah terpukau sehingga mampu mempengaruhi sesiapa jua ataupun adakah ianya mampu untuk mengalih perhatian rakyat untuk melihat kes liwat itu dapat dibicarakan tanpa ditangguh-tangguh lagi kepada perkara yang lain... selamat menonton !

Ahad, Januari 31, 2010

Ketahuilah tabiat buruk Memerang dan jangan diikuti !

Inilah rupa haiwan mamalia iaitu memerang. Ianya menyerupai anjing laut. Bagi orang bandar pasti mereka tidak tahu tentang haiwan ini sebab orang bandar dan kota hanya kenal daging lembu, kambing, ayam, itik serta berjenis-jenis ikan dan itulah kalau pasal memerang tentu tak tahu punya, tetapi bagi orang pendalaman seperti saya haiwan memerang ini boleh juga dianggap sebagai teman dan adakalanya menyusahkan justeru itulah saya kenal serba sedikit tentang tabiat semulajadi haiwan ini.

Tahu tak ada satu perangai buruk iaitu sifat jijik memerang ini yang tiada pada haiwan lain baik yang dari kumpulan mamalia ataupun reptilia. Jika lain-lain makhluk yang hidup di atas permukaan bumi ini termasuklah manusia juga, kebiasaannya apabila mereka memakan sesuatu makanan maka sudah pasti apabila tiba masa untuk membuang najis caranya adalah sama iaitu melalui saluran lubang najis.

Tetapi tidak bagi memerang. Memerang yang banyak terdapat di kawasan tanah berpaya terutamanya kawasan sawah padi menjadikan ketam serta sebarang siput sebagai bahan makanan utamanya. Memerang ini biasanya apabila sudah kenyang dan selepas itu akan memerap ditempat-tempat yang teduh dan terlindung.

Seperti biasa apabila sampai waktu perlu rasanya untuk memerang ini membuang najis maka haiwan ini akan melakukannya dangan memuntahkan najis hanya melalui mulut dan bukannya lubang dubur sebagaimana lazimnya dilakukan oleh makhluk-makhluk lain yang hidup di alam maya ini. Pelik kan ? ...dan itulah kekuasaan Tuhan Yang Maha Esa. Segala sesuatu yang diciptakanNya membawa maksud yang tertentu untuk manusia memahami makna disebalik semua itu.

Jadi, adakah sifat memerang ini elok untuk diamalkan oleh manusia atau perlu bagi kita sebagai manusia untuk menghindarkannya. Kepada ahli-ahli politik terutamanya yang tengah menjadi wakil rakyat serta masih bergelar YB, janganlah cuba untuk meniru apa yang telah menjadi satu kebiasaan bagi memerang itu, dia makan melalui mulut dan dia buang najis juga ikut mulut...

Maknanya ialah, seandainya dulu-dulu atau pernah satu ketika dulu iaitu ahli-ahli politik yang menjadi wakil rakyat kepada kita begitu 'tegas dengan apa yang dikatakan tetapi kenapa pula setelah sepuluh tahun berlalu' pendirian tentang isu yang sama tiba-tiba boleh berubah dan bertentangan dengan apa yang pernah disuarakan dulu...? ...adakah mereka-mereka ini sanggup untuk digelar berkelakuan umpama 'memerang' ?

Sabtu, Januari 30, 2010

Royalty Minyak: Ku Li pun mula lupa atau tak ingat

Kalau dah duduk dan berdiri berucap di atas pentas Pakatan Haram, semua orang baik yang memang orang UMNO ataupun hanya sekadar penyokong BN akan mudah menjadi lupa akan apa yang pernah mereka sendiri pernah ucapkan satu ketika dulu.

Begitu juga dengan apa yang telah dialami oleh Ahli Parlimen Gua Musang yang dulu juga dulu pernah menjadi Pengerusi Petronas iaitu Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah, baru saja semalam beliau duduk bersila diatas satu pentas bersama MB Kelantan YAB Datuk Nik Aziz beserta dengan beberapa lagi pemimpin Pakatan Haram yang lainnya bercerita tentang isu royalty minyak untuk negeri Kelantan, beliau sudah lupa dengan apa yang pernah beliau katakan sepuluh tahun yang lalu berkaitan isu yang sama tapi dulu isu royalty minyak Terenggan yang dituntut oleh kerajaan PAS yang ketika itu memerintah Terengganu.

Maklumat lanjut sila baca di Utusan Malaysia atau klik saja http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_15.htm . Sebenarnya Timbalan Menteri Kewangan YB Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussein telah mempersoalkan kenyataan yang dibuat oleh Ku Li berkaitan dengan tuntutan oleh Kerajaan PAS Kelantan sekarang yang jelas bertentangan dengan apa yang pernah Ku Li jelaskan sepuluh tahun yang lampau membabitkan tuntutan oleh PAS yang mentadbir Terengganu pada waktu itu berkenaan dengan isu yang sama iaitu royalty minyak.

Apakah tindakan terbaru Ku Li ini boleh disifatkan sebagai apa yang pernah dikatakan orang dulu-dulu, "seperti meludah ke langit" atau "seperti menepuk air didulang" atau "pelanduk selalu lupa pada jerat tetapi jerat tidak pernah lupa pada pelanduk" ...begitu ? Apa-apapun Ku Li mesti mau ingat bahawa 'Sejarah tidak pernah menipu'... Utusan Malaysia 01hb November 2000, dengan Tajuk Berita - "Minyak: Penjelasan Ku Li" sebagai buktinya.

Jumaat, Januari 29, 2010

2/2/2010: Sampai juga akhirnya tongkang ke pelabuhan...

Setelah ditunda beberapa kali dari satu hari ke hari yang lain dan juga dari satu destinasi ke satu destinasi, maka akhirnya sebuah tongkang yang penuh dengan muatan kontena berisi segala barang-barang yang tidak diketahui apa benda yang ada didalamnya tiba juga ke satu pelabuhan yang paling sibuk di Malaysia.

Difahamkan bahawa tongkang tersebut membawa barangan yang belum diistyihar serta sangat diragui akan ketulenan kualitinya samada ianya memenuhi standard piawaian antarabangsa ataupun ianya merupakan barangan yang diseludup. Sebab itulah kenapa kebanyakkan pihak sejak dari mula lagi begitu berminat serta setia menunggu ketibaan tongkang berkenaan ke jeti atau pelabuhan.

Orang ramai semuanya hanya mahu tahu samada benar atau tidak dakwaan seumpama itu walaupun telah dinafikan oleh kapten tugboat yang menunda tongkang tersebut. Umum hanya ingin tahu benar ke tidak tongkang itu membawa barang-barang yang terlarang dan ditegah.

Tongkang yang berdaftar di Pulau Pinang atas nama MV. PKR Mata Satu milik sebuah syarikat perkapalan yang berpangkalan di Singapura iaitu Syarikat Pakatan Bertiga 2X5 Sdn Bhd itu dijadualkan akan tiba di Pelabuhan pada 02hb February 2010 hari Selasa depan.

Harap supaya tongkang itu nanti akan selamat berlabuh. Turunkan sauh, ikatkan tali kuat-kuat agar tongkang tidak hanyut dibawa arus air yang deras. Sediakan tangga untuk memudahkan para pekerja pelabuhan serta juga krew-krew tongkang ketika kerja memunggah barang-barang dari atas tongkang turun ke atas pelabuhan. Pihak kastam dah lama dah bersedia untuk memeriksa kesemua barang-barang yang ada dalam tongkang itu.

..."Hei mambang laut, mambang angin, mambang tanah, ...mambang segala mambang...," he he he...

Akta TTAA akan digubal khas untuk ahli politik...

Nampaknya apabila Menteri Keselamatan Dalam Negeri sendiri telah menjelaskan apa sebab pihak polis tidak mahu mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Gombak YB sdra Azmin Ali yang juga Naib Presiden PKR merangkap spare part Anwar Ibrahim itu adalah disebabkan yang Azmin Ali adalah seorang ahli politik dan semua yang terkeluar dari pengucapannya adalah kebal dari sisi undang-undang negara.

Saya merujuk kepada berita yang dimuat serta disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm .

Dalam artikel disitu, Datuk Seri Hisham selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri menjelaskan sebab mengapa pihak beliau tidak mahu bertindak atas dakwaan oleh YB Azmin walaupun Azmin sendiri telah menuduh bahawa isu pembakaran Gereja Metro Tabernacle di Lembah Klang awal bulan ini yang lalu adalah perbuatan pihak UMNO dan YB Azmin juga mengakui yang dia cukup bahan bukti untuk diketengahkan sebagai menguatkan lagi tuduhannya itu.

Malang sekali apabila Datuk Seri Hisham langsung "tidak teragak-agak" untuk tidak mengambil sebarang tindakan ke atas dakwaan YB Azmin Ali itu dan pendekatan yang Datuk Seri Hisham ini ambil ke atas rakyat biasa seandainya ada membuat sebarang "lawak jenaka" dalam internet beliau malah jelas pula "tidak teragak-agak" untuk bertindak... hmmmmmzzzzzz....

Lihat saja baru-baru ini iaitu awal bulan January, seorang "budak facebook" telah dengan serta-merta kena tahan hanya disebabkan "budak facebook" tu mengaku dalam laman sosialnya yang dia ada baling bom ke atas gereja tertentu pada masa tu. 'Budak facebook' telah menjadi mangsa pertama amaran "tidak teragak-agak".

Mangsa kedua amaran "tidak teragak-agak" hanya dalam tempoh yang terdekat juga rakyat biasa, masih budak pulak tu, bukan ahli politik, Mohd Tasyrif. Beliau juga macam "budak facebook" yang jadi mangsa pertama amaran "tidak teragak-agak" dimana Mohd Tasyrif hanya buat lawak senario dalam komen beliau itupun hanya dalam sebuah laman sosial milik orang lain.

Saya seringkali ingat apabila Datuk Seri Hisham selalu berkata, 'kita tidak akan teragak-agak' untuk mengambil tindakan yang paling tegas kepada sesiapapun jua, tanpa mengira siapa mereka, kedudukan mereka...bla,bla,bla,bla,bla,bla,bla,blaaaaa... yang sengaja untuk cuba menimbulkan keadaan huru-hara di negara ini dan mereka tidak akan terlepas dari genggeman kita"..., itulah yang selalu bermain dibibir Menteri kita itu...tetapi bagaimana pula dengan cubaan oleh YB Azmin Ali itu ? ...kan itu juga sebahagian dari percubaan untuk menggugat keharmonian antara kaum dalam negara kita... SIASATLAH YB AZMIN itu DATUK SERI!!!!!!!

Kalau takut sangat, maka adalah lebih baik minta PM tukarkan saja ke kementerian yang lain, cadangkan supaya Datuk Seri Noh Omar dilantik sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang baru. KDN memerlukan menteri yang betul-betul tegas dan berani untuk mengemudikannya, barulah anggota-anggota di bawahnya "tidak akan teragak-agak" untuk bertindak...

Khamis, Januari 28, 2010

Pendapat pemimpin luar dan dalam negara tentang 1Malaysia...

..."saya sangat tertarik dengan konsep ini, ianya sangat bagus untuk sesebuah negara yang majmuk seperti di Malaysia, tapi untuk negara Amerika Syarikat saya sebagai Presiden mahu konsep seperti ini diubahsuai khas untuk Amerika Syarikat dan saya mahu slogannya menjadi seperti berikut '1Amerika Syarikat. Israel DiDahulukan. Peperangan DiUtamakan," - Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

..."sayang sekali saya sudah berhenti awal sebagai Presiden Amerika Syarikat, konsep yang dperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Tuan Najib adalah sangat bagus, bagi Amerika Syarikat saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Tuan Presiden Amerika Syarikat yang baru Tuan Obama. Ianya sangat bertepatan sekali untuk Amerika Syarikat iaitu '1Amerika Syarikat. Israel DiDahulukan. Peperangan DiUtamakan," - bekas Presiden Perang Amerika Syarikat, George W. Bush.

..."saya sangat suka dan juga sangat selesa dengan gagasan oleh Tuan Perdana Menteri Malaysia yang baru ini, tetapi sangat tidak setuju sama sekali dengan cadangan yang telah dikemukakan oleh Tuan Obama dan bekas Presiden Amerika Syarikat itu, mentang-mentanglah mereka negara kuasa besar, memandai saja mereka mahu mengubahsuai konsep yang telah diperkenalkan oleh negara orang lain, pirah lah lu Obama sama itu Bush!...dasar penceroboh!," - Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd.

..."saya juga sependapat dengan Tuan Kevin Rudd dalam memperkatakan tentang gagasan 1Malaysia oleh Tuan Najib, Perdana Menteri Malaysia itu, bagi saya konsep itu sangat bagus untuk sesebuah negara berdaulat serta majmuk seperti Malaysia tetapi saya sebagaimana yang seluruh dunia tahu bahawa saya sangat membenci pemimpin Amerika yang sombong dan bongkak tetap tidak setuju dengan cadangan oleh Tuan Obama itu. Untuk negara saya sendiri saya akan cuba untuk mengambil contoh konsep 1Malaysia ini agar dapat diserap ke dalam pentadbiran negara Venezuela, ianya sangat bagus sekali," - Presiden Venezuela, Hugo Chavez.

..."iya, sebagei sebuah negara jiran yang terdekat serta juga sebagei negara yang asalnya adalah serumpun, saya selaku Presiden Republik Indonesia sangat senang hati sekali apabila telah memahami berkenaan dengan gagasan yang sedang dimajukan oleh kepimpinan Bapak Perdana Menteri Malaysia, Tuan Najib. Saya sentiasa bersenang hati melihat apa jua usaha ke arah memakmurkan negara Malaysia oleh beliau, makanya akan menjadi gampang bagi rakyat Indonesia untuk mencari rezeki halal di Malaysia dan saya juga mahu rakyat Indonesia baik yang bekerja di Malaysia mahupun yang ada di Indonesia supaya sentiasa menjaga hubungan dua hala antara Malaysia dengan Indonesia," - Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudiyuno.

..."sebagai seorang Presiden Iran, negara yang sering dikatakan sebagai sebuah negara paksi pengganas oleh Amerika Syarikat, maka saya ingin membuktikan bahawa tuduhan mereka itu adalah palsu belaka dan adalah tidak benar. Saya secara peribadi melihat gagasan yang diperkenalkan oleh Tuan Najib adalah sesuatu yang akan membentuk Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu padu rakyat didalamnya," - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadineejad.

..."walaupun saya pada pandangan masyarakat luar hidup terasing dan sentiasa dalam buruan tetapi hakikatnya adalah tidak. Sebenarnya selalu melayari internet hampir setiap hari untuk mengetahui akan perkembangan semasa dunia termasuklah negara Malaysia. Ketika saya melayari sebuah laman web milik warga Malaysia maka disitulah saya terjumpa perihal konsep 1Malaysia yang menjadi sebahagian daripada dasar kerajaan. Saya tertarik dan berminat dengan konsep seumpama itu, sangat sesuai untuk negara yang rakyatnya terdiri dari berbagai lapisan kaum, tetapi malangnya saya sudah tidak bernegara lagi, hidup sentiasa dalam buruan," - Pemimpin Tertinggi kumpulan Al-Qaeda, Osama bin Laden.

..."sebagai wakil rakyat dan juga selaku bekas Menteri Besar Perak, saya sebenarnya mengakui didalam hati bahawa konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah sesuatu yang harus diberi sokongan semua rakyat tanpa mengira latar belakang kaum, agama serta ideologi politik mereka. Jika gagasan ini berjaya, semua orang akan merasa bertuah kerana dapat hidup didalam sebuah negara yang maju, aman dan damai hasil berkat dari konsep seperti itu," - Ahli Parlimen Bukit Gantang, YB Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin(juga bekas MB Perak).
..."gua sangat suka sama ini konsep, banyak bagus...bapa gua iaitu Lim Kit Siang juga sebenarnya amat gembira apabila dapat tahu perkara ini, katanya semua rakyat Malaysia harus sokong. Oleh itu, saya punya bapa tambah lagi satu gagasan sebagai usaha untuk memperkuatkan lagi itu konsep, dia kasi nama sama itu gagasan ialah 'middle Malaysia,' ..jadi yang gagasan 'malaysian malaysia' dulu tu dia kasi kubur dah, tak guna...bikin malu saja, katanya," - Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng.

..."ehemmm....ehemmm..., demi wang royalty, kita harus sokong 1Malaysia nih. Benda baik apa salahnya kita sokong. Nabi dulu pun suruh kita buat macam tu. Jadi sebagai Menteri Besar Kelantan, saya berharap semua rakyat Kelantan khususnya dan rakyat Malaysia amnya dapat melihat perkara ni dari sudut yang positif, banyak faedah kita akan dapat darinya jika kita turut membantu kerajaan persekutuan dalam menjayakan gagasan yang molek seperti itu," - Mursyidul Am PAS merangkap MB Kelantan, YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat.
..."ni haaa... walaupun gua telah masuk PKR, tetapi jiwa gua tetap dengan Barisan Nasional. Gua tetap sokong konsep 1Malaysia. Gua masuk PKR dulupun bukannya pasal gua suka dengan perjuangan tidak tentu arah PKR ini, tetapi gua paling meluat tengok muka itu Tee Keat tu, tak reti bahasa langsung, orang dah bising suruh dia undur masih lagi buat muka tembok besar China," - bekas Naib Presiden MCA dan telahpun mekatak kedalam PKR, Datuk Seri Dr. Chua Jui Meng.

..."1Malaysia. Saya walaupun nampak macam tak sokong perkara nih, tapi apa-apapun kita mesti kena sokong juga biarpun dalam hati. Benda baik mesti kita sokong, dan saya harap gagasan ini akan mampu merubah keadaan yang sebelum ini dari belum cukup meyakinkan kepada sangat meyakinkan," - Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Datuk Mahfuz Omar.

..."tuan puan sekalian, walaupun dulu saya pernah berjanji kepada tuan puan sekalian bahawa pada 16 September, tahun emmmm... tak perlu... saya selaku bekas Timbalan Perdana Menteri akan merampas penguasaan Barisan Nasional di Putra Jaya. Walau bagaimanapun, impian saya itu gagal. Apa boleh buat. Jadi saya berpendapat, adalah tidak guna lagi untuk kita dari terus memperjuankan sesuatu yang belum pasti lagi. Oleh itu saya mahu saudara saudari sekalian, supaya memberi sokongan yang tak berbelah bagi kepada gagasan 1Malaysia yang telah dibawa oleh rakan baik saya iaitu YAB Datuk Seri Najib. Saya rasa beliau lebih layak dari saya sebagai Perdana Menteri Malaysia," - Penasihat PKR yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"1Malaysia. Rakyat DiDahulukan. Pencapaian DiUtamakan" - Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Rabu, Januari 27, 2010

Sampai bila dan ke mana lagi kes Anwar/Saiful terus ditunda ?

Entahlah!?!... mungkin sampai kiamat ? ...atau hingga ke hujung dunia, tapi dunia ini tiada berpenghujung sebab dunia ini bulat.

Cuba kita lihat gambar tongkang(barge) diatas yang sedang ditunda oleh sebuah tugboat, tapi kita tidak tahu ke mana arah tujuan tugboat itu menunda tongkang tersebut...cuma yang tahu ialah juragan atau kapten tugboat itu sendiri sebab semua resit seperti despatch note dan dokumen-dokumen lainnya si juragan tugboat itu yang simpan dan kelasi didalamnya hanya ikut saja.

Tetapi apabila sesebuah tongkang itu ditunda, itu adalah sudah menjadi sesuatu kemestian serta kelaziman bagi setiap tongkang kerana memangpun ianya dibuat atau dibina khusus untuk ditunda oleh kenderaan lain.

Berbalik kepada tajuk tulisan saya kali ini yang berupa satu persoalan, saya ingin sekali berkongsi perasaan mahu tahu dengan semua pembaca berkenaan dengan isu 'penangguhan demi penangguhan' untuk kes liwat yang membabitkan Penasihat PKR YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa telah meliwat "pembancuh kopinya" di sebuah 'Kondom'inium pada 26 Jun 2008 dulu.

Perbicaraan utama untuk kes ini telah berdepan dengan banyak kali siri penangguhan iaitu sebanyak tujuh kali dan belum lagi ditambah dengan perbicaraan yang dijadual semula pada 02 February 2010 bulan sekiranya juga akan turut ditangguh. Dan jika perbicaraan bagi tarikh tersebut juga akan ditangguh lagi, bermakna sudah lapan kali penangguhan dibuat.

Apabila kita tahu bahawa sebutan untuk kes liwat itu telah ditetapkan pada 01hb Julai 2009, semua kita mengharapkan kebenaran dapat ditegak melalui perbicaraan itu, namun semuanya tidak menjadi kenyataan setelah ianya ditangguhkan buat kali pertama oleh pihak Mahkamah atas sebab-sebab yang tertentu. Dan tarikh baru perbicaraan telah ditentukan pihak hakim iaitu pada 08hb Julai 2009.

Malang sekali apabila tiba pada tarikh 08hb Julai, perbicaraan belum lagi dapat dijalankan kerana sesuatu perkara, maka tarikh baru pula telah diberi iaitu pada 15hb Julai 2009 dan seperti biasa, menjelang saja tarikh tersebut maka perbicaraan terpaksa ditunda lagi atas sebab-sebab yang serupa iaitu pada tarikh yang baru 24hb Julai 2009.

Harapan seluruh rakyat Malaysia baik yang pro-Kerajaan mungkin juga yang menyokong Pakatan Pembangkang sendiri sekali lagi hampa untuk melihat perbicaraan itu dapat diteruskan apabila pada 24hb Julai juga atas sebab yang hampir sama dimana sebutan untuk kes itu juga ditangguhkan buat kali keempat dan untuk membolehkan kes tersebut dapat didengar ianya memerlukan masa selama 40 hari lagi dan tarikh baru telah ditetapkan pada 02hb September 2009.

Tetapi sepertimana sebelum ini, perbicaraan yang telah dijadualkan pada 02hb September juga telah ditangguhkan lagi dan sebab-sebanya macam biasa juga, maka untuk tarikh sebutan kes kali ke lima pun ditetapkan iaitu pada 03hb November 2009 dan ini bermakna memakan masa selama 61 hari untuk sampai ke tarikh tersebut maka perbicaraan kali ke enam yang ditangguhkan akan bermula.

Bagaikan telah diduga, hadir saja tarikh 03hb November menyapa siang maka wabak tangguh terus merebak sehingga menyebabkan perbicaraan yang sepatutnya dilangsungkan pada tarikh berkenaan terpaksa ditunda buat kali ke enam dan tarikh baru sekali lagi ditetapkan iaitu pada 23hb November 2009.

Hemmmmm.... tunggu punya tunggu dan dengan menjelangnya tarikh 23hb November 2009, seolah-olah seperti badi yang sukar dikikis dari terus mempengaruhi kehidupan, untuk kali ke tujuhnya, fenomena tunda sekali lagi melanda dan kes itu ditangguh lagi lalu tarikh baru telah ditetapkan semula iaitu pada 25hb January 2010.

Kali ini agak berlainan, sebelum tarikh 25hb January muncul siri penangguhan bagaikan sebuah drama telah diumumkan lebih awal dari biasa, perbicaraan tidak dapat dijalankan pada tarikh tersebut juga disebabkan oleh sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan dan oleh itu sekali lagi tarikh baru diberikan sebagai tempat menaruh harapan iaitu pada 02hb February 2010.

Dengan gagalnya perbicaraan kes liwat itu dibicarakan pada 25hb January 2010 yang baru lalu, ini jelas sudah masuk kali ke lapan siri penangguhan telah dibuat. Seandainya tertunda lagi sebutan untuk kes itu yang telah ditetapkan pada 02hb February 2010 depan berlaku, apakah tidak ada usaha yang tersusun oleh pihak yang begitu lantang bersuara memperjuangkan 'keADILan,' 'kesaksamaan hak,' dan 'hak asasi manusia' di negara ini untuk membantu pihak Mahkamah demi menjayakan perbicaraan kes itu agar tidak terus ditangguh dan ditunda lagi untuk kali kesembilan.

Kepada pihak-pihak yang begitu lantang bersuara didalam negara ini kononnya hanya merekalah 'pejuang keADILan' serta 'pejuang hak asasi manusia,' maka keluarkanlah suara itu untuk memberikan sokongan kepada pihak Mahkamah dalam menegakkan undang-undang yang adil di negara ini disamping untuk membantu saudara Saiful mendapatkan 'keADILan' yang sedang beliau perjuangkan sebagaimana yang sepatutnya.

Selasa, Januari 26, 2010

Yakinkah anda bahawa YB Zul tidak akan mengalah ?

Apabila menulis tentang Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru YB Sdra Zulkifli Noordin ini, saya hanya ingin menyentuh mengenai setakat mana beliau mampu bertahan berpegang kepada apa yang sedang di perjuangkannya baik dengan kata-kata ataupun tindakannya.

Saya bukan apa, bilamana kita dah terbiasa dengan tindak-tanduk pemimpin dari jenis yang cepat sejuk dingin atau lebih tepat lagi seperti kata bidalan jenis yang hanya 'hangat-hangat tahi ayam' seperti YB Datuk Dr Hassan Ali, YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan juga YB Sdra Zulkifli Noordin sendiri ini, saya rasa macam kurang yakin dengan apa yang mereka katakan. Mula-mula bukan main, cakapnya berapi-api tapi lambat laun...hmmmm...

Tengoklah nanti terutama dalam krisis terkini YB Zulkifli dengan Anggota Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad yang telah merebak hingga ke dalam balai polis, apakah kita yakin yang YB Zulkifli tidak akan menarik balik laporan polis yang telah beliau buat terhadap YB Khalid Samad sebaik saja bahunya kena tepuk oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim ?

Walau apa-apapun kita semua hanya perlu tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya apa yang akan berlaku, adakah kah betul YB Sdra Zulkifli akan melaksanakan apa yang beliau sendiri katakan untuk mengkaji semula kedudukannya dalam PKR sekiranya pendirian pucuk pimpinan PKR terus tidak senada dengan beliau dalam soal mempertahankan isu kalimah Allah ?

Isnin, Januari 25, 2010

"Saya tidak cukup kacak untuk dia"~tapi dia cukup cantik untuk saya!

Ye lah, sekadar mengenang kata-kata seorang wakil rakyat peringkat Ahli Parlimen semasa diminta pengesahan samada benar ke tidak dia akan berlakon dalam filem "madu tiga"... 'mana butang baju aku Pah?,mana butang baju aku Pah?,mana butang baju aku Pah?

Ini kisah yang sudah berlalu dan cerita 'madu tiga' juga merupakan sebuah filem klasik arahan dan lakonan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Anggota Dewan Rakyat bagi kawasan Parlimen Kinabatangan, YB Datuk Bung Mokhtar Radin pernah menepis soalan yang diajukan kepadanya berhubung desas-desus bahawa beliau akan bernikah dengan seorang pelakon jelita iaitu Zizie Ezette anak kepada pelakon drama Khaty Fauziah.

Untuk mengelak dari terus ditanya mengenai dengan isu itu, beliau dengan selamba menjawab pertanyaan awal wartawan dengan berkata "saya tidak cukup kacak untuk beliau" yang bertujuan untuk menafikannya walaupun perkara itu sememang benar akan berlaku.

Maka itulah manusia, kalau dalam Dewan semasa sessi soal jawab di Parlimen, bukan main lagi mahukan jawapan yang jujur, telus dan ikhlas daripada pihak kementerian bagi menjawab setiap soalan asal atau soalan tambahan yang dibangkitkan tetapi sendiri belum lagi jadi menteri baru saja ditanya oleh wartawan sudah menunjukkan ciri-ciri yang boleh memandu manusia kepada sikap yang tidak jujur dan ikhlas.

Sebagai wakil rakyat yang sentiasa mahukan ketelusan serta kejujuran, mereka yakni wakil-wakil rakyat haruslah berpegang kepada apa yang pernah mereka kata. Mereka tidak boleh mengharapkan rakyat akan faham sesuatu yang mereka lakukan adalah dibuat dengan alasan "atas kapasiti" kerana rakyat biasa tidak melihat itu semua tetapi rakyat biasa hanya tahu bahawa wakil rakyat adalah tetap sama dan sentiasa sebagai wakil rakyat 24 jam untuk tempoh selama 5 tahun sebelum Parlimen dibubarkan...

Ahad, Januari 24, 2010

Bekas Menteri Dalam Negeri meninggal dunia

Ucapan Takziah disampaikan kepada seluruh keluarga bekas Menteri Dalam Negeri, YABhg Tun Haji Ghazali Shafie yang telah meninggal dunia di kediamannya di Subang Jaya Selangor pada jam 7.45 malam tadi.

Allahyarham Tun Ghazali yang berusia 87 tahun dan dilahirkan di Kuala Lipis Pahang pada 22hb Mac 1922 telah menyertai kabinet Malaysia sejak dari zaman pentadbiran Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj sehinggalah ke era kepimpinanan YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu berkhidmat dibawah empat Perdana Menteri dari tahun 1970 hingga 1984.

Peranan Allahyarham dalam pembentukan Malaysia juga tidak kurang pentingnya apabila beliau telah dilantik sebagai Penasihat Tetap Suruhanjaya Cobbold yang bertujuan untuk meninjau pendapat rakyat di Sarawak dan Sabah dalam usaha menubuhkan sebuah negara Persekutuan Malaysia dan seterusnya untuk menjayakannya.

Segala usaha dan pengorbanan Allahyarham selepas Malaysia berjaya ditubuhkan serta turut terlibat membantu kerajaan dalam pembangunan Malaysia khususnya untuk wilayah Sarawak dan Sabah tetap akan kami sanjung tinggi. Allahyarham mempunyai sejarah tersendiri didalam perkembangan awal Malaysia sehinggalah negara ini berjaya sebagai sebuah negara yang berdaulat dan bermaruah.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan roh-roh mereka yang beriman. Al-Fatihah

Blog Berita Muslim hina Nabi Muhamad SAW dan Islam

Saya pagi-pagi telah terbaca satu tulisan terbaru dengan tajuk yang agak menarik iaitu "Pernah melihat BABI berblogging?" oleh Buaya Merah di blog http://buaya-merah.blogspot.com . Dalam posting terbaru dalam blognya, Buaya Merah mengajak kita semua untuk membaca apa yang terkandung didalam satu laman web yang dipercayai milik warga Indonesia, entah apa pegangan agama pemilik laman web ini iaitu http://beritamuslim.wordpress.com kita pun tidak tahu.

Kepada semua pembaca terutamanya rakyat Malaysia yang ingin tahu lebih lanjut tentang apa yang disiarkan dalam laman tersebut terus saja berkunjung ke sana dan nilaikan sendiri apa yang anda patut buat terhadap penulisnya.

Bagi saya sendiri, pemilik laman web tersebut telah melakukan kesilapan yang sangat besar serta patut bertanggungkawab sepenuhnya jika berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini dalam negara-negara sebelah Asia Timur ini.

Sebelumnya, terima kasih kepada Buaya Merah kerana telah berjaya mendedahkan satu laman yang paling tidak bertanggungjawab seperti ini. Harap perkara ini dapat disebarkan oleh semua blogger-blogger BPN, AIDC serta juga seluruh blogger yang cintakan kedamaian.

Sabtu, Januari 23, 2010

Aduka Taruna telah memohon kemaafan...

Seorang penulis blog, iaitu di http://adukataruna.blogspot.com yang telah membangkitkan kemarahan teramat sangat dikalangan blogger-blogger lain awal pagi 23 January 2010 apabila pemiliknya melalui satu artikelnya yang sangat keterlaluan dan sepatutnya tidak harus dilakukan seorang manusia yang berakal fikiran apatah lagi disaat negara menerima satu berita yang menghibakan, telah bertindak menarik balik serta memadam artikel tersebut dari blog beliau.

Menerusi artikel terbaru beliau khas untuk memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang terasa dengan tulisan yang sangat keterlaluan beliau itu, saya harap semua hendaklah bertenang serta jika ada yang telah membuat laporan polis mengenainya maka serahkanlah kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Apa yang harus kita sedar ialah disaat seluruh rakyat negeri Johor Darul Takzim sedang berkabung selama tujuh hari di atas kemangkatan Al-Marhum Sultan Iskandar Alhaj, maka adalah tidak elok untuk rakyat baik di negeri Johor sendiri ataupun di lain-lain negeri mula bertelingkah mengenai hal ini. Sebagai rakyat kita harus menghormati saat selama perkabungan dilakukan.

Mengenai kemaafan yang telah dibuat oleh Aduka Taruna itu, samada ianya ikhlas ataupun tidak tetapi keterlanjuran sudahpun terjadi dan yang pasti banyak hati yang telah terluka akibat dari apa yang boleh disifat sebagai satu perbuatan yang sengaja mencari pasal, jadi terpulanglah kepada diri masing-masing untuk menerima adakah wajar atau tidak untuk Aduka Taruna memohon maaf sebagai tanda beliau bertanggungjawab terhadap isu ini.

Takziah di atas kemangkatan Almarhum Baginda Sultan Johor

Salam Takziah dari rakyat Sarawak kepada seluruh rakyat di negeri Johor Darul Takzim di atas kemangkatan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Mutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.

Almarhum Baginda Sultan Iskandar yang berusia 77 tahun dilaporkan telah mangkat pada jam 7.15 malam semalam dan kemangkatan Baginda telah diumumkan oleh Menteri Besar Johor YAB Datuk Abdul Ghani Othman pada jam 11.20 malam.

Semoga roh Almarhum Baginda dicucuri dengan rahmat dan tempatkan bersama dikalangan para solihin.

Al-Fatihah.

Arkib Blog