Belum lagi hilang perasaan sedih dan sayu rakyat Indonesia terutamanya mereka yang telah menjadi mangsa gempa bumi di Tasik Malaya dan juga di Padang Sumatera Barat baru-baru ini, gempa seakan-akan tidak pernah puas untuk menyerang wilayah-wilayah terdapat di Indonesia.Hari ini saja sejak dari subuh sehingga jam 9.30 pagi tadi beberapa wilayah di Indonesia telah digegarkan dengan gempa bumi sebanyak 5 kali. Kejadian pertama berlaku waktu subuh di wilayah Waingapu, Nusa Tenggara Timur dengan catatan sekuat 6.1 pada scala richter manakala gegaran kedua berlaku sejurus kemudian dengan kekuatan 5.3 scala richter.Ketika pagi telah menjelang kira-kira jam 7.35 waktu Indonesia Barat satu lagi gempa berlaku di Kabupaten Tual, Maluku dengan 5.3 pada scala richter catatan magnatiud. Tidak lama selepas itu lebih kurang 1 jam lebih sekali lagi gempa menyusul iaitu berlaku di Mentawai, Sumatera Barat dengan 5.0 scala richter yang berlaku pada jam 8.50 WIB.Manakala disebelah utara Indonesia iaitu di Bitung, Sulawesi Utara(Sulut) satu lagi gempa dikesan dengan kekuatan 5.2 pada scala richter dan telah berlaku tepat pada pukul 9.25 pagi tadi waktu Indonesia Barat.Apabila melihat kepada peristiwa yang sedang berlaku di Indonesia dan boleh dikatakan hampir kesemua wilayah di Indonesia kecuali wilayah Kalimantan di Pulau Borneo mempunyai risiko paling tinggi untuk dilanda gempa bumi dan semua ini kita boleh buat pernilaian dengan setiap kejadian-kejadian gempa yang pernah berlaku sebelum ini di Indonesia.Melihat kepada segala kejadian yang telah berlaku seperti ini, persoalan yang pasti menanti suatu jawapan ialah apakah pengajaran yang terbaik dan yang harus harus dipelajari oleh sesetengah masyarakat yang terlibat secara langsung ataupun tidak daripadanya disaat adanya pihak-pihak tertentu disana yang sentiasa berusaha untuk menimbulkan beberapa masalah dengan negara lain terutamanya Malaysia.Kita di Malaysia juga turut sama berduka dengan apa yang telah berlaku di Indonesia dan dalam pada itu juga kita sangat mengharapkan supaya pihak-pihak yang pernah bertindak ataupun sekarang masih berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan konflik antara Indonesia dengan Malaysia agar segera menghentikan perbuatan yang akan merugikan masa depan kedua-dua negara berjiran ini terutamanya Indonesia sendiri.
Ternyata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat telah gagal menjalankan kewajipan beliau selaku orang yang bergelar sebagai pemimpin agama atau lebih tepat lagi sebagai seorang Ulama.Seperti apa yang cuba diterjemahkan melalui gambar yang terpamer diatas, maka sudah tentu sekali kelakuan sedemikian rupa memang dilarang sama sekali dalam agama mana sekalipun apatah lagi didalam agama Islam itu sendiri yang sangat menitik beratkan soal perpaduan dikalangan sesama umatnya serta dengan penganut agama lain dimuka bumi ini.Tetapi apa yang kita dapat lihat sejak kebelakangan ini ialah, sifat serta tindakan Nik Aziz yang telah jauh tersasar dari sikap yang harus ada pada seseorang Ulama apatah lagi beliau sebagai seorang Menteri Besar yang sememangnya menjadi pemimpin kepada seluruh rakyat di negeri Kelantan Darul Naim tanpa mengira latar belakang politik yang dibawa oleh rakyatnya.Nik Aziz kekadang sering terlepas cakap perkara-perkara yang tak elok didengar dan yang tidak sesuai sama sekali dengan kedudukan beliau sebagai seorang Ulama atau yang selalu disebut sebagai seorang Tok Guru.Sebagai seorang yang bergelar Ulama dan Tok Guru Nik Aziz haruslah memiliki serta mempunyai sifat-sifat yang penyabar, penyayang, pemaaf, pendamai dan sebagainya dan bukannya mempertahankan sifat sukakan kepada perpecahan seperti menentang hasrat rakan-rakan beliau dalam PAS untuk mewujudkan perpaduan demi agama Islam dan bangsa Melayu dengan pihak UMNO.Alangkah eloknya jika Nik Aziz dapat mengikis sifat cepat terasa, melatah atau sensitif beliau terhadap sesuatu perkara yang belum lagi diselidiki sedalam-dalamnya dan seharusnya Nik Aziz hendaklah sudi dan bersedia untuk berbincang secara Islam atau cara orang Melayu apabila ada timbul sesuatu cadangan yang dilihat boleh membawa kebaikan kepada bangsa, agama dan negara yang dibuat oleh pihak PAS sendiri. Dan tidak sepatutnya Nik Aziz menolak bulat-bulat perkara yang telah diterima baik oleh orang lain.
Dan juga, alangkah bertuahnya jika Nik Aziz mampu untuk berubah menjadi seperti dia dalam gambar yang ada diatas ini, duduk tenang saja semasa mendengar sebarang keluhan dan rintihan rakyat dan juga orang lain sebelum mengeluarkan sebarang pendapat-pendapat beliau.Dan jika Nik Aziz boleh buang jauh-jauh sifat panas baran yang ada pada diri beliau itu, saya percaya adalah tidak mustahil untuk beliau meraih semula kepercayaan yang telah hilang para pengikut PAS terhadap beliau.Tetapi sayang sekali, segalanya telah terlambat buat Nik Aziz. Bak kata orang dulu-dulu "luka ditangan nampak darahnya, tapi luka dihati siapa yang tahu" dan oleh itu saya merasakan bahawa betapa lukanya hati Presiden PAS iaitu YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS YB Tuan Ustaz Nasharudin Mat Isa setelah diperlakukan sedemikian oleh Tuan Guru Nik Aziz.Adakah Abdul Hadi dan Ustaz Nasha akan terus membiarkan diri mereka menjadi sasaran kemarahan seorang Ulama dari dalam parti mereka sendiri ?
Dulu semasa Pilihanraya Kecil di kawasan Manek Urai Kelantan ada satu slogan yang dicipta khas PAS untuk digunakan sewaktu kempen berjalan disitu iaitu "tengok gambar Nik Aziz masuk Syurga."Sejak dari dulu lagi memang pemimpin PAS terutamanya Nik Aziz Nik Mat sering menghebohkan kepada seluruh rakyat terutamanya pengikut taksub PAS sekiranya memangkah PAS semasa dalam Pilihanraya nescaya Syurga lah Nik Aziz janjikan.Hebat betul slogan itu, mengalahkan suruhan Tuhan. Kepada mereka yang memang sudah taksub dengan PAS mungkin ada diantara atau semua daripada mereka akan terima slogan itu sebagai yang harus diakui.Mudah sajakan, bila saja melanggar larangan agama tak payah sembahyang atau memohon ampun dari Yang Maha Esa tetapi cukup sekadar melihat gambar Nik Aziz maka secara serta-merta dosa anda akan lenyap dan yang lebih melucukan lagi ialah bila kita tiba masanya seseorang itu meninggal dunia tempatnya telah dijamin masuk terus ke dalam Syurga.Itu dulu. Semuanya akan menjadi tandatanya selepas ini iaitu selepas kita tahu apa perkembangan yang akan berlaku dan terjadi dalam kepimpinan PAS nanti. Jika sesuatu akan berlaku kepada mana-mana pemimpin tertinggi PAS sekiranya EGM terpaksa diadakan seperti akan dipecat, dilucut, direform, direbah dan sebagainya siapa pula yang akan menentukan tempat roh orang yang sudah meninggal dunia samada di Syurga ataupun di Neraka ?Walau apa-apapun kita kena tunggu apa saja perkembangan seterusnya...adakah ada diantara penyokong-penyokong tegar PAS akan berubah sedikit demi sedikit dari terlalu taksub berubah kepada sikap tunggu, lihat dan bertindak. Mungkin juga mustahil bagi semua ahli-ahli PAS untuk tidak berubah fikiran apabila melihat perkara yang sedang berlaku didepan mata mereka sendiri adalah bertentangan sama sekali dengan perjuangan asal PAS.
Hairan saya ! Kenapakah Mursyidul Am PAS YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan Darul Naim begitu marah sekali kepada rakan-rakan dia didalam parti PAS yang ingin memulakan usaha perpaduan dengan rakan sebangsa dan seagama dari parti UMNO.Sebagai orang yang telah mengiktirafkan diri sendiri sebagai Tok Guru maknanya beliau harus menunjukkan teladan yang baik kepada semua para pengikutnya bukan jadi terbalik apabila para pengikutnya pula yang beriya-iya ingin membawa Nik Aziz ke arah perdamaian dan perpaduan namun telah ditolak oleh Mursyidul Am PAS itu mentah-mentah.Sepatutnya Nik Aziz sentiasa menyeru kepada semua penyokong-penyokong serta para pemimpin PAS agar selalu meletakkan kepentingan bersama sebagai landasan untuk menguatkan perjuangan seperti memelihara perpaduan bukan saja setakat dengan orang-orang PAS semata tetapi juga dengan seluruh umat Islam di Malaysia tanpa mengira ideologi politik yang mereka ikuti.Kita lihat bagaimana Nik Aziz telah gagal menjalankan semua tugas beliau sebagaimana yang diharapkan. Saya berpendapat bukan saja setakat rakyat Kelantan atau segelintir orang-orang PAS saja yang kecewa dengan keadaan seperti itu malahan kemungkinan ramai dikalangan pemimpin utama dalam PAS itu sendiri juga sedih dengan tindak-tanduk Nik Aziz selama ini.Hanya disebabkan oleh dendam lamanya terhadap UMNO seketika dulu sehingga memaksakan Nik Aziz terus mengikat diri beliau supaya terus untuk menutup pintu kepada segala rundingan demi perdamaian dengan para pemimpin UMNO dan disebabkan oleh tindakan kurang bijak Nik Aziz inilah maka menyebabkan beliau sentiasa berperang dengan perasaan diri beliau sendiri.Pada hal apabila kita sering mengikuti perkembangan atau apa yang telah, sedang dan akan berlaku didalam parti PAS sudah pasti kita dapati kebanyakkan perkara yang menjadi perbalahan kadangkala memakan masa yang agak panjang adalah berpunca daripada kenyataan atau tindakan Nik Aziz sendiri. Banyak isu yang selalu timbul sekiranya adalah melibatkan PAS dan UMNO sudah tentu nama Nik Aziz akan terbabit sama.Kita semua tentu masih ingat suatu ketika dulu apabila timbul isu "kerajaan perpaduan" antara PAS dengan UMNO yang telah dicetuskan oleh Presiden PAS YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sehingga menyebabkan kemarahan Nik Aziz memuncak kepada tahap yang begitu menakutkan sekali iaitu jika dibanding dengan ukuran pada scala richter lebih kurang 8.8 SR.Begitu marah sekali Nik Aziz apabila terdengar saja ada orang-orang dari dalam PAS hendak berbaik-baik dengan UMNO. Oleh itu, dimanakah letaknya keburukan yang ada pada UMNO telah dilihat oleh Nik Aziz sebagai menjijikkan sehingga beliau begitu berang sekali kepada sesiapa saja yang ingin menjalinkan kerjasama dengan UMNO ?Dan juga dimanakah letaknya kemuliaan yang ada pada parti PAS pada pandangan Nik Aziz sehinggakan beliau begitu bertegas untuk langsung tidak mahu ada sebarang usaha bagi tujuan menggandingkan UMNO bersama dengan PAS demi perpaduan orang-orang Melayu dan juga demi Islam ?Apakah hanya kerana UMNO menolak hukum Hudud yang telah diperjuangkan oleh PAS menyebabkan Nik Aziz begitu membenci seluruh orang-orang UMNO ? Jika itu adalah antara puncanya yang Nik Aziz bertindak sedemikian, jadi bagaimana pula dengan DAP yang terang-terang dari awal mula menentang cadangan PAS itu yang mahu melaksanakan hukum Hudud jika menjadi pemerintah ?DAP lagi teruk apabila Pengerusinya YB Karpal Singh telah meminta supaya Nik Aziz melangkah mayat beliau terlebih dahulu sekiranya Nik Aziz ingin juga meneruskan niatnya untuk mengistyiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam serta melaksanakan Hukum Hudud sekiranya Malaysia berjaya Pembangkang ambil-alih pentadbirannyaWalaupun telah diperbodohkan oleh puak-puak DAP sebegitu rupa namun sangat pelik apabila melihat Nik Aziz tidak terasa sedikitpun dengan semua maklumbalas daripada DAP itu. Malah sebaliknya Nik Aziz dilihat semakin selesa berpeleseran dengan orang-orang DAP sehingga membenarkan orang DAP yang bukan dari kalangan beragama Islam mempersendakan ayat-ayat suci yang terkandung didalam Al Quran.Walau seteruk mana sekalipun UMNO pada pandangan mata kasar dan rabun Nik Aziz itu, namun belum pernah berlaku dalam sejarah UMNO membenarkan orang yang bukan beragama Islam untuk menyelongkar segala isi kandungan ayat-ayat suci yang terdapat didalam Al Quran untuk tujuan politik tetapi hanya Parti Islam SeMalaysia(PAS) saja yang sanggup berbuat demikian.UMNO yang paling lama menjalinkan kerjasama dengan parti-parti lain yang bukan berteraskan Islam dan bangsa dalam perjuangan mereka seperti MCA, MIC, Gerakan, PBB, PBS, PBRS, SUPP, PRS, SPDP, AKAR dan lain-lain lagi tidak pernah sekalipun kita lihat meretui mana-mana ahli dalam gabungan BN itu untuk sesuka hati menyentuh soal-soal yang berkaitan dengan agama Islam.Ini berbeza sekali dengan PAS yang seolah-olah turut memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada orang yang bukan beragama Islam dalam DAP dan PKR untuk memperlekeh serta mempersendakan agama Islam.Oleh itu saya berpendapat sekiranya tujuan Nik Aziz untuk memanggil EGM atau Mesyuarat Agung Khas semata-mata untuk menyelesaikan isu yang dikatakan beliau sebagai "pemimpin bermasalah" lebih baik tak payah saja. Apa yang perlu Nik Aziz lakukan mulai sekarang ialah fikirkan segera waktu yang terdekat dan yang sesuai untuk dia meletak jawatan.Jadi tak payahlah bersusah payah untuk membuang masa bagi mengadakan mesyuarat luar biasa seperti itu, hanya membuang masa saja. Kita tahu, tiada ada satupun keputusan yang luarbiasa terhasil daripada mesyuarat seperti itu, hanya gempak saja. Contoh yang boleh kita lihat ialah tentang EGM yang telah diadakan oleh MCA. Apapun hasil keputusan dari EGM itu sudah tidak penting lagi...betul-betul membuang masa dan tenaga.
Jika pada suku pertama tahun 2008 boleh dianggap oleh ketiga-tiga parti dalam Pakatan Pembangkang sebagai tahun amat bertuah sekali bagi mereka kerana telah berjaya menafikan majoriti 2/3 dari penguasaan BN di Parlimen dan hampir memungkinkan mereka menjadi sebuah kerajaan, namun suasana itu seakan berubah kepada keadaan yang tidak menentu apabila satu persatu peristiwa yang tak terduga telah mulai berlaku didalam gabungan Pakatan Pembangkang itu.Kegagalan projek 16 September yang kerap didendangkan oleh Penasihat PKR YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tarikh untuk Pakatan Pembangkang menubuhkan kerajaan bagi menggantikan Barisan Nasional dengan menarik seramai mungkin Ahli Parlimen dari BN agar melompat masuk kedalam Pakatan Pembangkang dilihat sebagai perintis kepada timbulnya semua masalah yang sedang mencengkam mereka saat ini.Selepas gagal dengan igauan 16 September, pada 25 January 2009 Pakatan Pembangkang bolehlah menarik sedikit nafas lega apabila ADUN Bota di Perak YB Datuk Nasarudin Hashim telah mengumumkan keluar daripada UMNO dan menyertai PKR pada majlis ringkas yang turut dihadiri oleh Anwar. Ini juga kes lompat parti, Anwar serta semua pemimpin Pakatan Pembangkang memang suka dan setuju 100% dengan tindakan YB Datuk Nasarudin itu, malah mereka menyatakan demokrasi mulai hidup di Malaysia hanya kerana YB Nasarudin lompat parti.Tapi malang sekali, rupanya "langit tidak selalunya cerah" benar juga kata-kata kiasan seumpama itu apabila pada 5 February terjadi peristiwa tiga ADUN iaitu YB Hee Yit Foong(DAP-Jelapang), YB Mohd. Osman Jailu(PKR-Changkat Jering) dan YB Jamaludin Mohd. Radzi(PKR-Behrang) telah mengistyiharkan bahawa ketiga-tiga mereka telah keluar daripada parti yang mereka anggotai itu dan mereka telah mengumumkan akan kekal sebagai ADUN namun hanya sebagai wakil rakyat Bebas tetapi menyokong penuh kepimpinan Kerajaan BN.Yang membuat Pakatan Pembangkang semuanya hampir pitam ialah dengan tindakan yang tak disangka-sangka daripada YB Datuk Nasarudin Hashim yang turut mengikut jejak langkah tiga ADUN Pakatan Pembangkang yang terdahulu yang telah keluar semula dari Pakatan Pembangkang dan bagi YB Datuk Nasarudin sendiri beliau sebenarnya balik semula kepangkuan UMNO/BN setelah berada dengan Pakatan pembangkang cuma lebih kurang sepuluh hari saja.Sudah jatuh ditimpa tangga pula. Apabila keadaan seperti itu telah berlaku, bermakna Kerajaan Pakatan Pembangkang di Perak telah tumbang serta-merta kerana mereka sudah kekurangan majoriti di dalam Dewan Undangan Negeri dan sudah kita sudah ketahui segalanya apabila Barisan Nasional telah mengambil-alih pentadbiran kerajaan Negeri Perak daripada tangan Pakatan Pembangkang.Walaupun keputusan pada beberapa Pilihanraya Kecil yang diadakan selepas PRU-12 atas beberapa sebab dilihat keputusannya seringkali memihak kepada pihak Pakatan Pembangkang tetapi semua perkembangan seperti juga tidak boleh digunakan sebagai bahan pengukur bahawa rakyat semakin menerima mereka dan bukti yang menafikan perkara itu adalah keputusan yang telah Barisan Nasional perolehi di DUN Bagan Pinang, Teluk Kemang N. Sembilan dimana kita melihat majoriti undi yang BN dapat meningkat lima kali ganda berbanding pada PRU-12 yang lalu.Antara perkara malang yang terus menimpa para pemimpin dalam Pakatan Pembangkang sejak beberapa minggu yang lalu antaranya ialah Anwar Ibrahim telah gagal dalam samannya yang berjumlah RM100 juta terhadap bekas Perdana Menteri YABhg. Tun Dr. Mahathir kerana mendakwa beliau sebagai seorang pengamal homoseksual setelah Mahkamah sebulat suara menolak saman yang telah dikemukakan oleh beliau Tun Dr. Mahathir.Manakala Ahli Parlimen Puchong YB Gobind Singh Deo telah gagal dalam usahanya untuk mencabar keputusan Dewan Rakyat yang telah mengambil tindakan tatatertib terhadap beliau apabila telah dilarang hadir pada sessi di Dewan Parlimen untuk tempoh selama 12 bulan atas sebab-sebab yang berkaitan melanggar larangan serta peraturan Dewan setelah Mahkamah juga menyatakan bahawa Mahkamah tidak boleh mencabar keputusan yang telah dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat [perkara inipun Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang tidak faham].Sementara itu, Ahli Parlimen bagi kawasan Batu YB Chua Tian Chang pula telah didapati bersalah dan telah dijatuhkan dengan hukuman penjara selama enam bulan dan denda sebanyak RM3000 atas kesalahan beliau menggigit tangan seorang anggota polis yang bertugas pada satu perhimpunan haram anjuran kumpulan "Bersih" 11 Disember 2007 yang mereka adakan di hadapan bangunan Parlimen.Bagi Ahli Parlimen Bagan Serai YB N. Gobalakhrisnan pula, beliau juga merupakan wakil rakyat yang mempunyai kes yang bertimbun-timbun didalam file polis atas beberapa sebab seperti menghasut, menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas dan berbagai-bagai lagi. Beliau dijangka akan kerap keluar masuk mahkamah bagi menghadapi segala pertuduhan disamping juga perbicaraan.Ahli Parlimen Bukit Gelugor pula iaitu YB Karpal Singh yang sedang berdepan dengan tindakan undang-undang kerana telah menderhaka terhadap KBDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah setelah beliau dengan jelas dan terang mempertikaikan keputusan yang telah Baginda buat berhubung dengan kemelut pentadbiran kerajaan Perak sehinggakan sampai ketahap dimana YB Karpal tergamak berkata untuk menyaman Sultan Azlan Shah.Masih banyak lagi YB-YB dari kalangan Pakatan Pembangkang yang mempunyai kes-kes tertunggak dalam Mahkamah dan ada juga diantaranya masih dalam siasatan polis seperti YB Salehudin Ayub(PAS-Kubang Krian), YB R. Sivarasa(PKR-Subang) dan beberapa nama lain lagi kerana berbagai kesalahan ketika melanggar undang-undang negara.Ketika berbahas didalam Dewan Rakyat sejak beberapa hari yang lalu iaitu yang bermula pada hari Isnin lepas, kebanyakkan wakil rakyat dari barisan Pembangkang semakin hilang punca. Buktinya apabila Ketua Pembangkang sendiri YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering bertindak mencelah ketika YB Mohd. Nor Othman(BN-Hulu Terengganu) terkedu dan terus diam membisu tatkala celahan beliau telah "mematikan" hujah beliau sendiri.Ketika giliran YB Mohd. Nor Othman berbahas mengenai Rang Undang-Undang Panglima Gagah Berani bagi menaikkan elaun penerimanya daripada RM300 kepada RM500, Anwar telah berjaya mencelah seolah-olah mendabik dada dengan seraya berkata "Sama ada YB Hulu Terengganu sedar atau tidak, dalam seluruh sejarah, peruntukkan terbesar kepada pegawai dan anggota tentera terutama sudut perumahan adalah diluluskan semasa saya memegang jawatan Menteri Kewangan," kata Anwar.Dakwaan Anwar itu dengan mudah berjaya ditepis oleh YB Mohd. Nor Othman dengan hanya berkata "Ya kita berterima kasih kerana Ketua Pembangkang telah sediakan jumlah banyak untuk perumahan anggota tentera dan polis ketika menjadi Menteri Kewangan dulu." Tambah YB Mohd. Nor lagi "Tetapi ingatlah, pada masa itu Ketua Pembangkang boleh melaksanakannya kerana Ketua Pembangkang berada dalam kerajaan Barisan Nasional. Kalau diluar kerajaan BN, belum tentu Ketua Pembangkang boleh berbuat seperti itu." Kata-kata oleh YB Mohd. Nor Othman itulah yang gagal untuk dijawab oleh Anwar sehingga YB Mohd. Nor berjaya menyelesaikan perbahasan beliau tanpa adanya gangguan daripada Anwar mahupun daripada rakan-rakan Anwar dalam Pakatan Pembangkang. Dan begitu juga nasib yang telah menimpa YB Tian Chua(PKR-BATU) dan YB M. Kulasegaran(DAP-Ipoh Timur) apabila berjaya dimalukan oleh YB-YB Barisan Nasional ketika berada di dalam Dewan Rakyat.Dan berkemungkinan sehingga pada penghujung tahun 2009 ini, sentiasa akan terjadi lagi sesuatu perkara yang akan melemahkan Pakatan Pembangkang secara perlahan-lahan ataupun secara cepat-sederhana. Sama-sama kita ikuti !
Pakar Patologi yang di import dari negara gajah putih Thailand oleh Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim dan dibawah telunjuk YB Ronnie Liu iaitu Dr. Pornthip Rojanasunan ternyata bukanlah seorang yang pakar dan tidak boleh dianggap sebagai pakar apabila telah mengumumkan hasil siasatan serta kajian beliau berhubung dengan kematian misteri mendiang Teoh Beng Hock dalam bentuk angka-angka peratusan yang sangat tidak logik.Apabila seseorang yang telah diakui sebagai memang pakar didalam sesuatu bidang yang tertentu dan tambahan pula telah di import dari negara lain bagi digunakan khidmat pakar mereka dalam usaha pihak-pihak tertentu untuk mendapat jawapan jelas punca dan sebab seseuatu perkara itu berlaku, maka sewajarnyalah seseorang yang dianggap sebagai pakar itu mampu membuktikan hasil kaji-selidik dan siasatan beliau adalah tepat dan jawapan kepada sesuatu persoalan itu hendaklah pasti 100% dan bukannya yang 100% itu dipecahkan kepada beberapa peratusan.Berdasarkan apa yang telah saya baca di blog-blog sahabat seperti Kumbang di analisisringan.blogspot.com, PanglimaPerangCyber di penembak-tepat.blogspot.com, Abang Tuah di abangtuah.blogspot, PisauNet.com, the unspinners.blogspot.com dan lain-lain lagi yang mempunyai maklumat lengkap mengenai kes itu, jelas sekali Dr. Pornthip tidak pernah menyentuh tubuh mayat mendiang Teoh Beng Hock apatah lagi untuk menyertai pakar-pakar yang lainnya ketika proses bedah-siasat dilakukan terhadap mayat mangsa.Apa yang difahamkan ialah Dr. Pornthip hanya membuat kajian melalui kertas siasatan serta hasil laporan yang telah dibuat oleh pakar-pakar patologi yang dilantik oleh pihak Suruhanjaya Diraja dan oleh kerajaan Malaysia sendiri. Jika beginilah cara bekerja pakar yang dimegah-megah oleh kerajaan Selangor jadi tak payahlah hendak bersusah payah mengimport pakar dari Thailand dan sebagainya. Dalam Malaysia sendiri banyak, berlambak-lambak...hendak berapa kapal pun senang dapat.Yang peliknya ialah bagaimana seorang yang dikatakan sebagai pakar dalam bidang patologi gagal untuk memberikan satu jawapan yang kukuh berhubung dengan kejadian itu. Sebagai seorang yang telah diakui sebagai seorang yang pakar, jika ketika didalam siasatan untuk mendapatkan angka-angka peratusan bagi sebarang kemungkinan adalah tidak salah malah memang perlu juga tetapi masalahnya ialah apabila sudah sampai kepada penghujung siasatan bermakna peratusan siasatan mesti 100% maka kesimpulan yang hendak diberikan itu mestilah lengkap dengan jawapan pasti dan tidak boleh meletakkan benda yang telah siap disiasat itu kembali menjadi bahan pertikaian umum.Jadi sekiranya kita percaya atau yakin dengan apa yang telah dikatakan oleh Dr. Pornthip Rojanasunan itu iaitu kemungkinan 20% mendiang Teoh Beng Hock membunuh diri dan 80% dibunuh bermakna sampai bila-bilapun kita akan meletakkan diri kita dipersimpangan. Bagaimana Dr. Pornthip boleh menggambarkan kepada umum tentang peratusan dari 1% sehingga ke angka 20% bahawa "kemungkinan" mendiang Teoh Beng Hock membunuh diri dan adakah Dr. Pornthip mampu untuk menerangkan peratusan dari 21% hingga 99.9% mendiang Teoh telah dibunuh ?Bagaimana Dr. Pornthip berupaya untuk memperolehi semua nilai peratusan itu sedangkan beliau tidak pernah berkesempatan untuk melakukan sebarang bedah-siasat ke atas mayat mendiang Teoh disebabkan desakan oleh keluarga mendiang sendiri yang mahu mayat mendiang agar segera disemadikan ? Adakah segalanya telah diatur oleh pihak kerajaan negeri Selangor dibawah pimpinan bersama Khalid dan juga Ronnie Liu ?Adalah difahamkan juga bahawa posisi Dr. Pornthip di negara Thailand adalah sama dengan kedudukan Ronnie Liu, Khalid Ibrahim dan yang lainnya iaitu sebagai pembangkang kepada kerajaan semasa. Dr. Pornthip juga dikatakan sering menimbulkan masalah di Thailand dan sentiasa bertindak memusuhi pihak berkuasa di Thailand terutamanya pihak polis sama juga dengan apa yang sering dilakukan oleh pihak pembangkang di negara ini yang sememangnya anti-polis, anti-undang-undang dan juga anti-ISA.
Semasa sessi hari pertama Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal kedua dan Parlimen Kedua Belas pada hari Isnin lalu, saya sangat tertarik dengan satu jawapan yang diberikan oleh YAB Datuk Seri Najib terhadap satu soalan tambahan yang telah dikemukakan oleh Anggota Parlimen Putatan(BN) YB Datuk Dr. Marcus Mojingoh yang bertanya mengenai identiti yang boleh dikaitkan dengan Malaysia seperti di Indonesia, Filipina dan Thailand.Datuk Seri Najib telah menjawab dengan berkata identiti Malaysia boleh dilihat berdasarkan kemampuannya menerima unsur lain yang dijadikan sebahagian daripada budaya setempat dan seterusnya kekuatan negara."Kalau kita sorot kembali asas pembinaan negara Malaysia, dari awal kita pilih jalan integrasi dan tidak seperti negara Indonesia, Filipina dan Thailand yang memilih jalan asimilasi. Ini menunjukkan pimpinan kita dari awal lagi bersikap amat terbuka. Kita lihat dari mula itu jalan terbaik iaitu apabila kita dapat menampilkan satu kekuatan berdasarkan perpaduan dan kepelbagaian... tiada negara lain seperti Malaysia," katanya.Kepada soalan asal yang telah diajukan oleh Ahli Parlimen Kepong(DAP) YB Dr. Tan Seng Giaw yang ingin tahu mengenai langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi membendung peningkatan defisit tambahan negara yang kini mencapai 7.6 peratus, Datuk Seri Najib telah menghuraikan jawapan beliau sehinggalah kepada perkara-perkara yang menyentuh mengenai usaha oleh negara-negara kumpulan G20.Antara lain Datuk Seri Najib berkata "Sebenarnya Malaysia telah mendahului langkah yang diambil oleh masyarakat antarabangsa semasa kita menangani krisis kewangan Asia 1997-1998 melalui beberapa dasar menangani kemelesetan ekonomi yang tidak konvensional. Pada masa ini pendekatan Malaysia untuk keluar dari kemelut ekonomi akhir tahun 90-an telah dijadikan pendekatan Kumpulan G20 itu".Dalam pada itu, Najib berkata Malaysia menyeru Sidang Kemuncak G-20 untuk membendung krisis ekonomi dan kewangan global, menstabilkan sektor kewangan antarabangsa serta mengembalikan pertumbuhan ekonomi dunia dengan segera.Kumpulan G-20 adalah sebuah kumpulan tidak rasmi beberapa buah negara, termasuk negara maju dan membangun secara sistematik, ditubuhkan sebagai respons kepada krisis ekonomi yang melanda dunia lewat 90-an untuk membincangkan kestabilan ekonomi dan penstrukturan isu-isu kewangan global.Sebelumnya menurut Datuk Seri Najib lagi, isu-isu ekonomi hanya dibincangkan di peringkat Kumpulan G-7 negara-negara maju - sumber utama dari Bernama.Coretan saya: Dua jawapan yang telah diberikan oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib itu bagi saya sangat istimewa dan membawa makna-makna yang berguna disebaliknya bagi hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara yang tertentu. Ianya sangat berguna dan bernilai untuk dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia.
Setelah mengganas di Sabah, kini ribut berkelajuan kurang pasti berapa kilometer sejam itu iaitu ribut "azmin"kini telah beralih arah ke Sarawak pula. Ribut yang disertai dengan khabar-khabar angin itu semakin bertiup kencang. Para nelayan dinasihatkan agar jangan keluar ke laut dalam masa terdekat, ini bagi mengelak perahu-perahu mereka daripada karam jika dilambung ombak besar ala Tsunami.Rakyat Sarawak juga harus diingatkan supaya menjauhkan diri dari terlalu dekat dengan kawasan pantai atau bersantai ditepi laut kerana khuatir kejadian yang tak diingini akan terjadi sebagaimana yang boleh anda lihat pada gambar diatas. Orang tua dulu-dulu pernah berpesan "kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai," atau sekarang kita boleh ubah sedikit jadi macam ni "kalau takut terpedaya, jangan menyerah kepada PKR."Sebenarnya saya ingin untuk berkongsi sedikit maklumat dengan rakan-rakan dari Semenanjung Malaysia yang mungkin kurang mendapat liputan mengenai peristiwa yang sedang berlaku baik di Sarawak maupun di Sabah saban hari.Berita yang ingin saya paparkan disini adalah satu berita dari Sarawak yang seakan-akan hampir sama dengan apa yang telah dan sedang berlaku di negeri Sabah berkaitan dengan pergolakan dalaman PKR di kedua-dua negeri ini dan berita ini saya petik dari akhbar harian Sarawak dan Sabah iaitu Utusan Borneo yang bertarikh pada Selasa 20 Oktober 2009.Adit bayangkan harat keluar PKR-----------------------------------------------------------------------KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Ngemah yang juga Ahli Majlis Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat(PKR) Sarawak YB Gabriel Adit Demong membayangkan hasratnya untuk keluar daripada parti berkenaan apabila semalam beliau mengumumkan tidak lagi menyokong PKR.Menurut beliau, keputusan rasmi untuk keluar daripada parti pembangkang itu akan diumumkan dalam sedikit masa lagi.Ditanya alasan disebalik pengumumannya tidak lagi menyokong parti pimpinan Anwar Ibrahim itu, beliau berkata: "Tidak perlu alasan."Spekulasi yang timbul daripada tindakan itu mengatakan bahawa Adit kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan PKR yang melantik Baru' Bian sebagai Ketua Perhubungan PKR Sarawak menggantikan Mustafa Kamil Ayub."Saya tidak lagi menyokong PKR, jadi apa saya peduli. Apa yang saya dapat katakan kepada Baru' ialah semoga berjaya. Memberi jawatan itu kepada Baru' ialah satu kesilapan PKR, tetapi saya berharap saya salah anggap," katanya ketika ditanya mengenai kebenaran khabar angin itu.Adit menyertai PKR hujung tahun 2008, iaitu selepas genap dua tahun beliau menang bertanding di kerusi DUN Ngemah atas tiket Bebas. Beliau pernah menyertai Parti Progresif Demokratik Sarawak(SPDP) satu anggota BN Negeri tetapi keluar daripada parti tidak lama sebelum pilihan raya negeri 2006 diadakan. Kini turut kedengaran beliau akan menyertai semula SPDP.Spekulasi turut menyebut Adit akan mengetuai satu parti baru yang akan diberi nama sebagai Pakatan Rakyat Malaysia(PRM) satu parti yang pro-Barisan Nasional(BN). Bagaimanapun, beliau enggan mengesahkan pendirian politiknya samada pro BN atau masih bersifat anti-kerajaan.Sementara itu, pemilihan Baru' ke jawatan yang menjadi isu dikalangan pemimpin PKR Sarawak, telah memusnahkan harapan ADUN Padungan YB Dominique Ng untuk menduduki kerusi berkenaan.Ulasan saya : Itulah kata orang, langit tidak selalu cerah... dan kepada rakyat Sarawak ingatlah pesan orang dulu-dulu yang pernah menggunakan ungkapan ini sebagai perisai diri iaitu "bila mendengar guruh dilangit, air di tempayan dibuang jangan," maknanya bila kita dengar ucapan berdegar-degar oleh para pemimpin PKR terutamanya boss mereka iaitu Anwar Ibrahim maka janganlah kita mudah leka dan lalai sehingga membuat kita mudah lupa dan juga sehinggakan membuat kita sukar untuk mengenal "mana satu intan dan mana satu pasir."Dan juga, apabila kita disajikan dengan ucapan berbunga-bunga oleh pemimpin PKR terutamanya dan Pakatan Haram lainnya seperti DAP dan juga PAS janganlah sampai membuat kita terlupa akan tanggungjawab sebenar kita kepada agama, bangsa dan negara. Oleh itu jika kita merasakan yang kita semua sebagai rakyat Malaysia mempunyai hak yang sama dalam membela negara ini daripada untuk diganggu-gugat oleh sesiapapun jua maka haruslah kita jauhi PKR.
Kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan bahawa kabinet telah bersetuju untuk menetapkan agar tarikh 16 September setiap tahun bermula pada tahun depan iaitu pada 2010 akan di sambut dan dirayakan sebagai Hari Malaysia.Bermakna enam belas hari selepas rakyat Malaysia menyambut hari kemerdekaan maka rakyat Malaysia akan sekali lagi menyambut perayaan bagi memperingati harijadi Persekutuan Malaysia setelah Tanah Melayu bergabung dengan Sarawak dan Sabah untuk membentuk sebuah negara yang sekarang ini telah dikenali sebagai Malaysia.Untuk beberapa ketika yang lalu, tarikh 16 September telah menimbulkan sedikit kegusaran dan kegelisahan pada diri dan hati sesetengah rakyat Malaysia apabila tarikh itu telah didendangkan oleh Penasihat PKR YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat untuk memancing sebilangan Ahli Parlimen dari Barisan Nasional bagi memudahkan perjalanannya untuk menuju ke Putrajaya bagi menawan Pusat Pentadbiran Negara itu.Namun Anwar tidak pernah menyatakan tahun bila dia hendak menjayakan impiannya itu walaupun tarikh hari dan bulan telah dinyatakan tetapi tahunnya tidak pasti kerana tidak disebut sehinggalah tarikh itu kini telah ditetapkan sebagai Hari Malaysia oleh kerajaan yang akan disambut secara rasmi pada 16 September 2010.Sebenarnya saya kurang selesa dengan keputusan oleh kerajaan itu yang saya lihat seolah-olah telah mendapat ilham daripada rancangan pincang Anwar suatu ketika dulu iaitu hendak membelakangi sistem demokrasi di negara ini dengan memperkenalkan kaedah "lompat parti" bagi membolehkannya untuk menubuhkan kerajaan yang baru di Malaysia yang jika beliau berjaya memperolehi sekian-sekian jumlah anggota Parlimen yang sanggup berpaling tadah maka pada tarikh 16 September itulah maknanya kerajaan BN terpaksa menyerahkan kuasanya kepada Pakatan Haram yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS.Walau apapun, sebagai rakyat kita harus menerima juga keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan itu demi untuk menghalang pihak-pihak tertentu daripada mempergunakan tarikh itu sebagai modal bagi merasuk fikiran sesetengah rakyat yang masih terdapat kurang mendapatkan maklumat yang tepat.Dengan pengumuman terbaru oleh Perdana Menteri itu, bermakna kita rakyat Malaysia akan mendapat cuti tambahan satu hari lagi sebagai cuti umum dan kita akan selalu bercuti tapi taklah bercuti lama sampai enam bulan seperti yang dibagi oleh Anwar kepada Datuk Zaid Ibrahim atau tiga bulan seperti yang pernah PKR bagi kepada YB Elizabeth Wong dulu.
Hari ini bermulanya wakil-wakil rakyat yang berstatus sebagai Anggota Parlimen untuk menyambung perbahasan mereka sehingga 15 Disember hujung tahun ini.Banyak Ahli Parlimen terutamnya yang daripada Pakatan Haram mempunyai dua kerusi untuk satu orang seperti disamping mereka sebagai Ahli Parlimen mereka ada kerusi DUN sebagai ADUN di kawasan-kawasan yang tertentu.Jadi mampukah mereka melaksanakan tugas itu serentak jika kadangkala kedua-dua Dewan itu nanti bersidang dan bagaimana mereka boleh membahagikan masa. Kerana terlalu tamak jadi begitulah jadinya.Tetapi apa yang sangat penting ialah kepada semua wakil-wakil rakyat yang terdiri daripada kalangan mereka yang mewakili Pakatan Haram hendak menjaga tatatertib ketika berada di dalam Dewan Parlimen mahupun semasa berada didalam Dewan Undangan Negeri.Rakyat sebenarnya semakin meluat melihat tingkahlaku anda sewaktu berada didalam dewan. Jadi kepada YB-YB terutamanya yang dari Pakatan Haram itu, bersidanglah secara orang yang bergelar sebagai "Yang Berhormat" maka janganlah anda memperlihatkan tahap tingkahlaku yang terlalu rendah daripada rakyat kebanyakan yang anda sendiri wakili. Bersidanglah secara profesional serta bertamadun.Tidak ada satupun perkara atau masalah rakyat yang boleh diselesaikan dengan sentiasa menjerit-jerit, bertempik dan sebagainya lagi ketika didalam dewan. Berbahaslah secara sihat, ingatlah bahawa kami rakyat sentiasa memerhatikan anda.Selamat bersidang.
Sebagai rakyat Malaysia sudah tentu saya berhak untuk merasa sangat lapang didada apabila bantuan ikhlas oleh Malaysia untuk mangsa taufan ketsana dan juga taufan palmer di negara Filipina telah diterima dengan penuh kesyukuran oleh rakyatnya.Mereka telah melahirkan penghargaan terhadap bantuan oleh Malaysia itu walaupun bukan kata pujian yang kita harapkan dari mereka namun lebih jauh disudut hati kita ialah ingin untuk melihat mereka untuk tdak terlalu menderita disebabkan oleh bencana itu.Filipina yang majoriti rakyatnya beragama Roman Katholik dilihat lebih tahu menghargai sumbangan atau apa juga bantuan yang dihulurkan oleh Malaysia berbanding dengan sesetengah rakyat di negara yang tertentu. Rakyat Filipina tidak mempertikaikan apa juga jenis bantuan yang telah Malaysia berikan kepada mereka. Mereka telah sambut dengan penuh rasa kesyukuran.Melihat kepada cara penerimaan oleh pihak Filipina itu tersentuh hati saya apabila mengenang kembali dengan bantuan yang pernah Malaysia hulurkan kepada sebuah negara tertentu yang kawasan mereka juga telah dilanda oleh musibah alam baru-baru ini, bantuan yang kita hantar dan berikan kepada mereka telah melalui berbagai rintangan dan halangan malah dituduh sebagai haram dan yang paling menyedihkan ialah ada kalanya petugas Malaysia yang menyertai misi penyelamat ke sana telah dibaling dengan batu semasa dalam perjalanan ke tempat kawasan bencana.Maka disitulah kita dapat melihat perbezaan yang amat ketara di antara jiran yang tahu mengenang budi dengan yang tidak tahu menghargainya. Tidak semua jiran itu boleh kita anggap sebagai saudara dan juga tidak semua jiran yang semata-mata hanyalah jiran kita tidak boleh dianggap mereka itu sebagai saudara.Bantuan Malaysia untuk mangsa-mangsa ribut di Filipina yang mengandungi berbagai-bagai jenis barang keperluan termasuk barang-barang makanan, selimut, pakaian serta ubat-ubatan telah dibawa dengan dua Pesawat C-130s Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) yang berlepas dari pangkalan udara di Subang pada Jumaat dan dua lagi pesawat dijadual pada Ahad.Pasukan Bantuan Kemanusiaan Malaysia yang terdiri daripada 13 krew TUDM dan 11 wakil media dan Pegawai Majlis Keselamatan Negara Angkatan Tentera Malaysia dan Kementerian Luar tiba di Pangkalan udara Viilmor pada Jumaat.(sumber Utusan Malaysia)
Melihat kepada hubungan yang terjalin diantara Malaysia dengan Republik Indonesia menuju ke arah yang semakin erat, maka Singapura mula merasa tidak selesa dengan keadaan seperti itu. Malah sejak Singapura mula dapat merasakan bahawa Indonesia mampu untuk muncul sebagai negara yang termaju di rantau Asia Tenggara ini sejak Indonesia dipimpin oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, Singapura telah merancangkan sesuatu agar kerisauan mereka akan kebangkitan Indonesia tidak terus menghantui fikiran mereka.Semua orang juga tahu bahawa Singapura memang kurang menyenangi Malaysia sejak negara itu terpisah daripada Persekutuan Malaysia satu ketika dulu. Kita semua memang sedar akan perkara ini, malah Singapura seringkali dilihat cuba untuk perhatian masyarakat antarabangsa apabila negara tersebut cuba menimbulkan sesuatu konflik dengan Malaysia.Singapura juga mempunyai hubungan diplomatik yang sangat intim dengan Amerika Syarikat termasuk hubungan kerjasama ketenteraan dengan negara Uncle Sam itu dan disamping itu juga Singapura telah lama mewujudkan hubungan dua hala dengan rejim Yahudi iaitu negara Israel. Singapura juga boleh diibaratkan bagaikan "anak angkat" kepada Amerika Syarikat serta "adik angkat" kepada Israel.Singapura juga pada suatu ketika pernah melobi untuk membenarkan Amerika Syarikat bagi mewujudkan pangkalan tentera negara itu di Republik tersebut namun telah menerima tentangan kuat daripada Indonesia, Thailand dan juga Malaysia.Selepas itu juga Singapura juga pernah menyamakan negara mereka sama seperti negara Israel yang dikelilingi oleh negara-negara Islam Arab seperti Jordan, Syria, Iraq, Mesir, Lubnan, Turki dan Palestine. Jadi bermakna Singapura telah melihat Malaysia, Indonesia serta juga Thailand sebagai satu ancaman keselamatan kepada negara itu. Maka untuk menghadapi semua itu, tentu sekali Singapura berpendapat mereka perlu membuat sesuatu supaya kegelisahan Singapura dapat dibendung.Apa yang dapat saya lihat daripada setiap perkara yang telah ditimbulkan sesetengah rakyat Indonesia berkaitan dengan hubungan antara Malaysia dan juga Indonesia sejak beberapa bulan yang lalu sehingga kini sebenarnya jika kita amati betul-betul tentu ada kaitannya dengan perasaan curiga melampau Singapura terhadap Malaysia sejak sekian lama.Bagi saya, ada sesetengah diantara rakyat di Indonesia yang masih tidak menyedari akan perkara ini. Jadi pada pandangan saya, golongan inilah yang telah diperhatikan oleh pihak Singapura untuk dijadikan sebagai talibarut kepada negara itu. Dalam hal ini tentu sekali Singapura akan menggerak sebaik mungkin muslihat mereka secara halus supaya supaya sukar untuk dikesan agar pengaruh mereka akan mudah diterima oleh golongan yang telah sedia untuk menerima apa saja pengaruh negatif dari luar.Dalam isu "Tarian Pendet" saja boleh membuat kita berfikir akan apa sebenarnya niat Singapura itu. Singapura dengan mudah menggunakan media massa bagi menjalankan gerakan halus mereka demi untuk mencapai apa juga hasrat yang terselindung disebalik hubungan pasang-surutnya dengan Malaysia.Singapura melalui badan penyiarannya iaitu "Discovery Channel" telah memohon maaf daripada kerajaan Indonesia berhubung dengan bantahan rakyat Indonesia berkaitan dengan papan iklan tahun melawat Malaysia yang mempamerkan gambar seorang gadis yang sedang menggayakan tarian purba masyarakat Hindu di Bali dihadapan bangunan berkembar Petronas sehingga membawa kepada kejadian Jalur Gemilang iaitu bendera kebangsaan Malaysia telah dibakar oleh segelintir rakyat Indonesia yang terpengaruh dengan permainan media Singapura itu.Memohon maaf walaupun kadangkalanya sukar dan adakalanya mudah namun bagaimana pula dengan hati seluruh rakyat Malaysia ini yang telah hancur dan kecewa dengan perbuatan oleh sesetengah rakyat Indonesia yang berterusan menuduh Malaysia sebagai pencuri, perompak malah apa yang lebih mengecewakan apabila melihat gelagat segelintir rakyat Indonesia sendiri yang sanggup untuk membakar bendera Malaysia hanya kerana gara-gara papan iklan buatan Singapura itu.Singapura bijak melihat dimanakah kelemahan yang terdapat ada pada diri sesetengah rakyat Indonesia yang boleh dipergunakan untuk mencapai tujuan-tujuan yang tertentu. Apabila Singapura dapat melihat betapa kuatnya semangat nasionalisme rakyat Indonesia terhadap negara mereka, mungkin Singapura juga berpendapat maka disitulah juga terletaknya kelemahan yang ada pada diri segelintir rakyat Indonesia yang boleh digunakan bagi memenuhi segala muslihat tersembunyi mereka yang pihak lain tidak sedar dan tidak nampak.Sebenarnya apabila kita dapat memerhati segala gerak-geri juga rentak langkah Singapura ini, kita akan dapati bukan hanya Malaysia saja yang menjadi sasaran Singapura tetapi juga Indonesia. Setelah Indonesia mempunyai seorang Presiden baru yang dilihat oleh banyak orang akan mampu untuk membawa Indonesia keluar daripada masalah ekonomi serta masalah rasuah yang telah menjadi penghalang utama kepada Indonesia untuk menjadi sebuah negara yang maju di sebelah Asia Tenggara, tentu sekali Singapura akan mula merasa tercabar dengan keadaan itu.Yang semakin memeningkan Singapura ialah, bagaimana sekiranya Indonesia benar-benar berjaya berubah dari sebuah negara yang kebanyakkan rakyatnya berselerakkan mencari rezeki dinegara orang lain beralih kepada sebuah negara yang menjadi tumpuan pelabur asing untuk melabur dalam berbagai-bagai projek mega dan sudah pasti Indonesia yang punya rakyatnya cukup ramai dan tentu sekali tenaga kerja bukan lagi menjadi satu masalah kepada Indonesia, jadi jika ini terjadi, Singapura yang punya kawasan yang semakin terhad berikutan pertambahan jumlah penduduknya tentu pula merasakan diri mereka semakin terhimpit ditengah-tengah antara Malaysia dan Indonesia.Singapura memang tidak senang dengan semua itu. Lebih-lebih lagi dengan kebangkitan perlahan ekonomi Indonesia dibawah pentadbiran Susilo Bambang Yudhuyono yang semakin dilihat oleh Singapura mampu untuk menjadi satu ancaman jangka panjang kepada kuasa ekonomi yang dipegang oleh Singapura selama ini. Yang membuat Singapura semakin cemas ialah seandainya semua itu berlaku, yang dilihat Singapura akan memainkan peranan aktif bersama Indonesia kelak adalah Malaysia, sebuah negara jiran tetangga Indonesia yang paling akrab yang punya rakyatnya terdiri daripada satu rumpun dan budaya yang hampir sama disamping dua negara yang menganggotai OIC(Pertubuhan Negara-negara Islam).Bagi menghadapi segalanya, Singapura memerlukan banyak ikhtiar bagaimana cara harus digunakan untuk melemahkan jalinan erat di antara Malaysia dengan Indonesia. Untuk tujuan itu maka sudah ada yang kita nampak tentang strategi Singapura gunakan dalam perkara ini. Kita sudah nampak bagaimana Singapura telah berjaya menyalahgunakan media negara mereka untuk mengkucar-kacirkan hubungan yang telah terjalin sekian lama antara Malaysia dengan Indonesia.
Malaysia adalah sebuah negara yang majmuk. Penduduk Malaysia terdiri daripada berbagai kaum atau bangsa yang memiliki beraneka adat dan budaya serta menganuti berbagai-bagai kepercayaan agama.Bangsa Melayu adalah kaum terbesar dinegara ini dan sebagai kaum majoriti mereka berhak untuk diiktiraf sebagai tunjang pemerintah di Malaysia dan semua kaum yang ada di negara ini harus menerima hakikat ini dengan sejelas-jelasnya tanpa ada rasa syak-wasangka.Islam telah diterima sebagai agama rasmi bagi Malaysia dan rakyat yang bukan beragama Islam bebas untuk mengamalkan ajaran serta beribadat menurut agama masing-masing walaupun agama Islam telah diiktirafkan sebagai agama rasmi di negara ini.Tetapi apa yang meresahkan sejak kebelakangan ini ialah mengenai tingkahlaku serta juga tindak-tanduk sesetengah rakyat yang bukan beragama Islam di negara ini terutamanya mereka yang bergelar sebagai Yang Berhormat atau wakil rakyat yang dilihat tanpa rasa bersalah telah dengan sewenang-wenangnya mempersendakan ajaran yang terdapat di dalam agama Islam namun tiada juga tindakan balas telah, sedang dan akan dibuat atau diambil oleh pihak-pihak yang berwajib mengenai hal ehwal agama Islam.Kita sudah melihat bagaimana bebasnya wakil-wakil rakyat dari Pakatan Haram terutamanya mereka dari DAP dan juga segelintir dari dalam PKR sendiri yang sering memetik ayat-ayat suci dari dalam Kitab Suci Al Quran untuk dibaca ketika berucap dikhalayak umum tanpa tahu menahu atau faham apakah maksud serta tujuan sesuatu ayat-ayat itu diturun oleh Yang Maha Esa kepada umat Islam.Mereka hanya tahu menyebut ayat-ayat suci itu yang mungkin telah siap diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu oleh talibarut atau rakan-rakan mereka dari Pakatan Haram tanpa mereka faham akan makna sebenar sebab disebalik setiap ayat-ayat suci itu wujud didalam Kitab Suci Al Quran.Dahulu kita pernah dikejutkan dengan tindakan Pengerusi DAP Perak, YB Nga Kor Ming dari yang telah membaca beberapa kerat ayat-ayat suci dari dalam Kitab Al Quran sambil siap menyebut surah-surahnya sekali dengan ayat-ayat yang sekian-sekian dan seterusnya telah menghuraikan isi maksud ayat-ayat suci tersebut dihadapan umat Islam sendiri iaitu didepan para penyokong PAS sendiri.Baru-baru ini pula, Anggota Parlimen Padang Serai dari PKR iaitu Yang Gila, N. Gobalakhrisnan telah membuat perkara yang sama seperti yang telah dilakukan oleh YB Nga Kor Ming dengan mempersendakan ayat-ayat suci yang terkandung didalam Kitab Suci Al Quran untuk menarik perhatian pengundi-pengundi Melayu di Bagan Pinang agar mengundi calon PAS pada pilihanraya kecil yang baru lalu iaitu Pengerusi Perhubungan PAS N. Sembilan saudara Zulkefly Mohamad.Biar apapun tujuan mereka yang dirasakan semakin hari semakin cenderung untuk menggunakan cara itu sebagai helah bertujuan bagi mempengaruhi fikiran orang-orang Islam supaya terus menyebelahi mereka iaitu PAS, PKR dan DAP didalam setiap pilihanraya yang diadakan, saya berpendapat jika perkara seperti ini dibiarkan berterusan dilakukan oleh orang yang bukan beragama Islam maka pada suatu masa kelak pasti akan lebih ramai lagi mereka dari golongan ini akan turut sama untuk berbuat sedemikian.Dan jika perilaku sebegini semakin merebak dikalangan orang yang bukan beragama Islam, apakah tidak terlambat sudah bagi pihak yang bertanggungjawab mengenai masalah atau hal ehwal Islam untuk bertindak. Juga adakah pihak yang bertanggungjawab tentang Islam ini hanya mampu untuk menegur saja tanpa mampu bertindak tegas ? Jika terhadap sesama umat Islam, pihak berwajib seperti JAWI, JAIS dan sebagainya lagi boleh bertindak tegas tetapi kenapa jika terdapat ada orang yang bukan Islam yang membuat perkara yang jelas menghina Islam, mereka gagal untuk bertindak ?Sebagai contoh, pada bulan Ramadhan atau ketika umat Islam lainnya sedang melaksanakan ibadah puasa dan seandainya ketika itu telah didapati ada dikalangan umat Islam sedang makan dikhalayak ramai sudah pasti tindakan tegas akan dikenakan terhadap individu tersebut. Begitu juga dengan pasangan-pasangan yang telah ditangkap kerana kesalahan berkhalwat, mereka terpaksa berdepan dengan risiko didenda ataupun menjalankan hukuman jika gagal membayar denda yang telah ditetapkan.Dua perkara yang saya katakan diatas adalah kesalahan yang telah dilakukan dan juga tindakan susulan yang telah diambil. Perkara ini sepatutnya boleh dijadikan sebagai rujukan ataupun renungan untuk semua jika ada kesalahan-kesalahan lain yang turut dilakukan dan jika kita mampu memikir sedalam-dalamnya, maka sudah tentu sekali tindakan tegas serupa itu patut juga boleh diambil terhadap sesiapa saja yang telah didapati jelas menghina agama Islam.Oleh itu apabila saya melihat dari sudut toleransi beragama, perbuatan yang telah dilakukan oleh kedua wakil rakyat Pembangkang itu jelas sekali menunjukkan niat sebenar mereka untuk memperlekehkan serta mempersendakan agama Islam.Jadi, jika umat Islam diseluruh dunia termasuk Malaysia boleh bangun membantah tindakan penulis novel "satanic versus" yang didapati telah menghina Islam dan begitu juga dengan pihak yang telah menghasilkan filem "fitna" dimana bantahan dunia Islam terhadap pihak terbabit telah mencetuskan suasana yang tegang diantara beberapa buah negara Islam dengan kerajaan Belanda, dan dari itu saya sering bertanya kepada diri...mengapa tiada reaksi tegas yang kita dapati daripada pihak yang benar-benar bertanggungjawab terhadap agama Islam di Malaysia apabila terdapat ada diantara rakyatnya yang bukan beragama Islam sering cuba untuk mewujudkan suasana yang tidak sihat dikalangan rakyat yang berbilang agama dinegara ini dengan selalu menyentuh hal-hal atau ajaran agama pihak lain ?
GENEVA 13 Okt - Wartawan Iraq yang pernah dipenjara selama sembilan bulan kerana tindakannya membaling kasut ke arah bekas Presiden Amerika Syarikat(AS), George W. Bush, tiba di Geneva hari ini dimana beliau berhasrat menubuhkan sebuah yayasan bagi membantu mangsa-mangsa peperangan.Stesen televisyen Switzerland menyiarkan Muntazer al-Zaidi yang berang ketika satu sidang akhbar di Baghdad Disember lalu, tiba di lapangan terbang Cointrin di Geneva dari Beirut.Beliau dijemput oleh abangnya Maythen dan Peguam Geneva, Mauro Poggio yang memberitahu stesen televisyen tersebut bahawa Muntazer telah menggugurkan permohonannya untuk mendapatkan perlindungan di Switzerland bagi memperolehi visa pelancong untuk tempoh 90 hari.Visa kemasukkan berganda tersebut akan membolehkan beliau berada diantara kawasan sempadan Schengen di Eropah yang merangkumi semua negara Kesatuan Eropah(EU) selain Britain, Ireland, Switzerland, Norway dan Iceland - Reuters.Sedikit ulasan daripada anakmerdeka: Apa yang sangat menarik tentang wartawan ini ialah tatkala ada terdapat ramai orang disesetengah negara lain dan tidak terkecuali juga di Malaysia ini bila terdapat segelintir orang begitu bertungkus-lumus berlumba-lumba untuk dicucuk hidung oleh pihak Amerika Syarikat, Muntazer pula telah bertindak disebaliknya.Bayangkan jika ada rakyat Malaysia terutamanya mereka-mereka dipihak yang sering melaungkan kata-kata "keADILan" sanggup melakukan tindakan serupa sebagaimana yang telah dilakukan oleh Muntazer atau bolehkah kita bayangkan jika ada sesetengah daripada rakyat di Indonesia yang sering mengakui diri mereka lebih sempurna dari segala segi juga sanggup bertindak tegas terhadap "penjenayah nombor satu dunia" George W. Bush.Adakah mereka berani ? Adakah mereka sanggup berbuat sedemikian demi mempertahankan maruah diri dan negara dari terus dipijak oleh pihak Amerika ? Apa yang kita dapati dari tindakan Muntazer itu adalah merupakan satu gambaran dimana tidak semua keputusan yang telah dibuat oleh para pemimpin mana-mana sekalipun akan dipersetujui oleh rakyatnya terutama dalam soal hubungan dua hala dengan negara Amerika Syarikat yang telah lama dilihat lebih gemar menindas negara-negara yang lemah dan tidak berdaya.Jadi bagi saya, apa yang telah digambarkan oleh Muntazer itu melalui tindakan berani beliau itu sepatutnya diambil sebagai satu peringatan kepada pihak-pihak tertentu di Malaysia ini yang berlagak bagaikan "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" dengan pihak Amerika Syarikat agar jangan terlalu mudah untuk mempertaruhkan maruah negara kepada agen-agen Amerika Syarikat seperti International Republikan Institute(IRI) dan lain-lain lagi.Mereka juga harus mengambil contoh dengan banyak tindakan yang telah dibuat oleh Muntazer selepas peristiwa itu dan yang paling menarik juga ialah dia tidak pergi ke negara Turki dan jauh sekali untuk mendapatkan perlindungan di Pejabat Kedutaan Turki di Iraq seperti yang pernah dilakukan oleh seseorang di Malaysia pada suatu ketika dulu.Jadi kepada kepada sesetengah rakyat Indonesia disana, contohilah cara bagaimana untuk menegakkan perjuangan jika kita merasakan bahawa kita perlu untuk melakukannya. Tak payah bawa buluh runcing, tak payah hina negara orang lain, tak payah buat fitnah terhadap negara orang lain tetapi memadailah dengan cara berdepan atau bersemuka seperti yang telah ditunjukkan oleh Muntazer al-Zaidi.Muntazer al-Zaidi ketika membaling kasut emas beliau kepada George W. Bush, dia tidak pernahpun menutup muka beliau dengan kain seperti yang selalu dibuat oleh pengikut-pengikut parti Pakatan Haram tak kira PAS, DAP atau juga PKR. Para penyokong Pakatan Haram ini apabila ada saja Pilihan Raya tak kira besar atau kecil, kita pasti akan terlihat mereka akan menutup muka mereka dengan scaff atau sebarang kain sambil memegang benda-benda tertentu dengan tujuan mungkin untuk menakutkan orang-orang Barisan Nasional.
Itulah serba sedikit pandangan saya mengenai seorang pejuang keadilan iaitu Muntazer al-Zaidi. Saya sangat berbangga dengan beliau yang telah ternyata dan terbukti mampu memalukan hampir keseluruhan rakyat Amerika Syarikat yang sentiasa memikirkan bahawa negara merekalah yang paling dihormati oleh dunia.Pada 14 Disember 2009 kelak, maka genaplah setahun ulang tahun George W. Bush menerima anugerah kasut emas daripada rakyat Iraq yang negara mereka pernah dan telah beliau hancurkan dahulu. Tarikh itu juga sepatutnya harus dikenang oleh rakyat Iraq sebagai hari kemenangan moral bagi seluruh rakyat Iraq yang hidup dalam dalam serba kesukaran gara-gara dasar penindasan oleh George W. Bush ketika menakluki Iraq dulu.
Semalam(12 Oktober jam 10 malam) saya ada mengikuti rancangan Diluar Lingkungan atau singkatannya DLL di RTM TV1 yang di host atau dikendalikan oleh saudara Syed Munawar. Pada rancangan semalam topik yang dipilih untuk dikupas ialah "Dialog Budaya Antara Malaysia Indonesia" dan ianya sangat sesuai untuk disentuh pada ketika dimana hubungan rakyat Indonesia dengan kerajaan Malaysia dilihat semakin cuba untuk direnggangkan. [gambar diatas hanya hiasan]
Pada rancangan DLL itu juga pihak RTM telah menyediakan satu ruang khas "tinjauan pendapat" kepada para penonton untuk membolehkan mereka samada bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan agar diadakan satu dialog khas antara Malaysia dengan Indonesia mengenai pertembungan budaya, adat resam, pakaian dan lain-lain lagi yang jelas sekali banyak persamaan diantara satu dengan yang lain.Tinjauan pendapat yang mengumpul peratusan pendapat dari kalangan penonton siaran itu telah menyediakan tiga jawapan mudah untuk dipilih oleh para penonton. Ianya memerlukan penonton untuk mengundi jawapan yang telah disediakan seperti; (A) Setuju. (B) Tidak setuju. (C) Bukan isu. Cara untuk mengundi mudah saja cuma perlu taipkan DLL< > jawapan samada A, B atau C dan terus hantar mesej ke 32776.Disamping itu juga, RTM telah menjemput tiga tetamu sebagai ahli panel pada malam itu termasuk Timbalan Duta Besar Indonesia ke Malaysia Encik Tatang Razak, Puan Norila Daud dan seorang lagi saya lupa nama beliau kerana agak sukar untuk menghafalkan serta menyebut nama yang sedemikian.Kita berbalik kepada keputusan tinjauan pendapat yang diadakan, yang memilih (A) sebanyak 71%, (B) 6% manakala (C) 23%. Jika diukur kepada keputusan tinjauan pendapat itu maka ternyata kebanyakkan penonton mahukan diadakan dialog sebagaimana yang dicadangkan. Hanya 6 peratus saja yang tidak bersetuju dan selain daripada kedua jumlah itu terdapat 23 peratus yang tidak mengendahkan perkara tersebut atau tidak ambil peduli. Lantak sajalah...Apa yang kurang selesa ialah apabila ketika waktu kita sedang mengikuti rancangan tersebut kita akan mendengar Syed Munawar sering menyebut perkataan "berjeda" sebelum siaran untuk iklan mengambil tempat. Saya tidak faham bahasa apa itu. Tapi apa yang pernah saya ketahui ialah yang sering menyebut perkataan itu adalah orang-orang Indonesia.Tidak adakah perkataan lain yang boleh menggantikan perkataan "berjeda" apabila sesuatu keadaan akan berlaku ? Jika mamat-mamat seberang sana sedar akan perkara ini, tidakkah ianya akan menjadi isu semula yang hanya menyusahkan kita di Malaysia.Yang menghairankan saya, bagaimana kita di Malaysia ini yang kaya dengan bahasa, budaya dan makanan masih lagi mahu menyebut perkataan-perkataan yang mampu mengundang berbagai-bagai masalah baru dengan segelintir rakyat di Indonesia.Cuba kita lihat dan perhatikan betul-betul pihak yang sering menuduh kita mencuri bahasa, budaya dan makanan orang lain tetapi mereka sendiri tidak sedar yang mereka juga lebih banyak mencuri bahasa orang lain dan dikatakan adalah bahasa mereka. Kita ambil contoh perkataan "klaim" "teroris" dan sebagainya lagi.Perkataan "klaim" itu berasal daripada bahasa Inggeris iaitu "Claim" yang bermakna "tuntut"(menuntut sesuatu hak) jika dalam bahasa Malaysia. "Teroris" juga asal memang dari bahasa Inggeris iaitu "terrorist" dan dalam bahasa Malaysia bermakna "pengganas" atau penjahat. Mungkin ada diantara kita di Malaysia ini yang kurang menyedari perkara ini sebabnya ialah orang Indonesia menggunakan bahasa Melayu "baku" didalam perbualan seharian mereka iaitu "ejaan mengikut sebutan."Banyak lagi bahasa yang sering saya lihat digunakan oleh masyarakat di Indonesia ada banyak lagi diantaranya memang diciplak dari bahasa Inggeris tetapi malas saya nak huraikan semua disini cuma saya ingin ambil satu dua saja sebagai contoh. Maka begitulah apabila sering menuduh orang lain dengan berbagai-bagai perkara sehingga terlepas pandang sudah berapa kerat mereka sendiri telah melakukan kesilapan.
Oleh kerana itu, RTM dan Kementerian Penerangan khasnya agar pada suatu ketika kelak akan dapat meneliti perkara yang difikirkan boleh menjadi isu oleh pihak di Indonesia dan oleh itu hendaklah berhati-hati menuturkan apa-apa juga bahasa yang mungkin akan dikatakan sebagai milik mereka. Kita di Malaysia kaya dengan segala bahasa yang ada pada lebih 60 lebih kaum di Malaysia jadi apalah salahnya ambil satu, dua atau tiga bahasa daripada masyarakat tertentu di negara ini untuk dijadikan sebagai penambahan kepada Bahasa Malaysia yang ada sekarang.Bagi saya ianya tidak akan menjadi satu kesalahan jika kita benar-benar faham akan maksud konsep 1Malaysia yang sudah diperkenalkan oleh YAB Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri kita. Jika boleh, hendaklah kita menggabungkan mana-mana bahasa atau perkataan yang sesuai dan berkualiti dari bahasa ibunda kaum-kaum yang tertentu di negara ini ke dalam satu bahasa kebangsaan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Datuk Seri Mohd. Noh Omar telah menggariskan 6 perkara mengenai dengan pemberian berterusan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat yang terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.Yang sangat menarik sekali ialah pemberian itu nanti tidak akan memilih bulu, asalkan mereka rakyat Malaysia walaupun dikawasan yang diwakili oleh Pakatan Haram seperti DAP/PKR/PAS. 6 perkara tersebut adalah seperti berikut;( 1) Sebanyak 43,000 keluarga miskin tegar berpendapatan RM450 sebulan dibandar dan RM420 sebulan diluar bandar akan diberi kupon bagi 30 kilogram beras percuma setiap bulan.( 2 ) Lebih 150,000 keluarga yang berpendapatan RM1,500 sebulan dibandar dan RM1,000 diluar bandar pula akan menerima tiga kupon subsidi masing-masing bernilai RM10 setiap enam bulan sekali.( 3) Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, penerima kupon RM10 layak membeli beras gred ST15(15 peratus hancur) yang berharga RM24 pada kadar RM14.( 4 ) Pemberian kupon akan disalurkan menerusi semua anggota Parlimen termasuk daripada parti Pembangkang(DAP/PKR/PAS).( 5 ) Sebanyak 54,000 peruncit dan 1,200 pemborong diseluruh negara akan diberi surat arahan menerima garis panduan berhubung perkara itu.( 6 ) Pemberian Kupon itu akan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak di Pekan, Pahang pertengahan November ini.Sumber berita di Utusan Malaysia hari ini 13 Oktober 2009.Reaksi spontan rakyat seperti saya;Terima kasih banyak-banyak kepada kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh YAB Datuk Seri Mohd. Najib kerana telah mendahului rakyat didalam pentadbiran beliau dan tepat sekali dengan konsep 1Malaysia Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan.Disamping sering membantu masyarakat luar yang sering ditimpa musibah alam, kerajaan Barisan Nasional juga tidak mudah lupa kepada rakyat dia sendiri yang masih lagi ada terdapat sesetengah daripada mereka sangat memerlukan perhatian daripada pihak kerajaan.Mungkin jarang bagi kita untuk mendapati adanya kerajaan lain selain Malaysia yang ditunjangi oleh Barisan Nasional yang sebegini serius mengambil berat mengenai kebajikkan segelintir rakyatnya yang ada masih hidup didalam serba kekurangan.Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan juga penghargaan daripada kami rakyat biasa kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani YB Datuk Seri Noh Omar khususnya, Barisan Nasional dan Kerajaan Malaysia amnya diatas segala pemberian itu kelak. Terima kasih.
Kemenangan besar UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang di Teluk Kemang Negeri Sembilan sudahpun diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia lewat petang semalam.Calon UMNO/BN Tan Sri Isa Abdul Samad menang besar dengan memperolehi undi majoriti sebanyak 5435 jauh mengatasi pencapaian yang diperolehi oleh BN pada PRU-ke12 2008 lalu. Tan Sri Isa mendapat undi tertinggi iaitu 8013 undi mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohd Nor yang hanya dipilih oleh 2578 pengundi sahaja. Lebih malang lagi apabila calon PAS itu kalah dikesemua 18 kawasan peti undi.Belum terlambat untuk kami rakyat Sarawak untuk menyampaikan ucapan syabas dan tahniah kepada YB Tan Sri Isa khasnya, UMNO khususnya dan BN amnya diatas kemenangan pertama BN pada pilihanraya kecil selepas PRU Ke-12 dulu. Pada PRK yang dulu-dulu selepas PRU Ke-12 BN mengalami kekalahan bersiri dan angkat bendera putih sekali.Proses Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang telahpun selesai, dan sekarang tinggal untuk melunaskan apa saja janji-janji yang telah ditaburkan kepada rakyat dikawasan tersebut. Bagi saya BN tiada masalah dalam soal untuk menunaikan janji kerana BN sentiasa menepati janji mereka kepada rakyat tidak seperti Pakatan Haram DAP/PKR/PAS yang selalu menanam tebu ditepi bibir.Selain semua itu ada satu lagi tanggungjawab besar sedang menanti Barisan Nasional yang dianggotai oleh 14 parti didalamnya untuk dilaksanakan iaitu usaha untuk membasmi atau menghapuskan rasuah secara berkesan. Apakah dengan kemenangan besar BN di DUN Bagan Pinang akan turut menyumbang ilham besar kepada Barisan Nasional bagaimana cara untuk menemui jalan bagi menghapuskan gejala rasuah dengan lebih berkesan agar ianya dapat terus dihapuskan.Di waktu Barisan Nasional sedang meraikan kemenangan besar calonnya Di DUN Bagan Pinang diharap pemimpin-pemimpin besar didalam BN tidak terlupa dengan hasrat murni BN sebelum ini yang pernah menyatakan untuk memerangi kegiatan rasuah secara besar-besaran. Sebelum ini Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib pernah mengingatkan semua ahli UMNO dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat atasan supaya bersedia untuk "berubah agar tidak rebah." Begitu juga kepada semua ahli parti dalam gabungan Barisan Nasional, peringatan serupa juga telah disampaikan oleh Perdana Menteri.Dalam apa-apa hal juga, kemenangan besar yang diperolehi oleh UMNO/BN melalui YB Tan Sri Isa Samad haruslah diterima dengan rasa bersyukur kerana Barisan Nasional masih mampu mempertahankan kedudukannya disitu dan kemenangan itu juga tidaklah harus dijadikan sebagai suatu kebanggaan kerana jika perkara utama hampir dilupai maka tidak bermaknalah kemenangan itu. Soalnya, apakah selepas ini Tan Sri Isa Samad sanggup dan berani untuk membicarakan tentang masalah politik wang dan salah guna kuasa ? ...dan jika beliau berani berbuat demikian, tidakkah langkah itu tak ubah seperti usaha untuk "membuka pekung didada" sendiri"Jika seseorang penagih dadah yang telah insaf dapat diterima masuk semula kedalam pangkuan masyarakat setelah mereka benar-benar berupaya berjaya meninggalkan amalan yang terkutuk itu serta berubah namun setelah itu mereka tetap juga terus akan dikenali sebagai "bekas penagih dadah," jadi bagaimana pula nanti dengan tanggapan masyarakat berkenaan dengan mereka-mereka yang telah dan pernah terlibat didalam lain-lain kegiatan yang tidak bermoral seperti salah guna kuasa, wang, kedudukan dan sebagainya apakah mereka juga akan dilabel sebagai "bekas" ?Walau apapun, terima kasih kepada penduduk di DUN Bagan Pinang kerana telah memberikan UMNO dan Barisan Nasional satu kemenangan yang sangat besar dan sepatutnya kita harus berbangga dengan keputusan rakyat di Bagan Pinang yang masih memilih BN sebagai pemimpin mereka disitu tetapi kita tidak sepatutnya bangga dan megah dengan siapa yang menang disana. Pandangan saya yang mengelirukan... Hidup UMNO! Hidup BN! Hidup UMNO! Hidup BN! Hidup UMNO! Hidup BN!
Hari ini tersiar satu berita yang tidak menggembirakan hati apabila perhimpunan yang tidak sebarang mempunyai permit oleh segolongan pekerja Indonesia yang bekerja di negara ini telah diadakan bagi membantah perbuatan sesetengah rakan-rakan senegara mereka di Indonesia yang terus-menerus cuba membangkitkan sentimen anti-Malaysia.Kumpulan itu telah berhimpun dengan membawa sepanduk yang telah ditulis dengan berbagai-bagai kata-kata termasuk "No Ganyang, Yes Kenyang" bagi menyampaikan mesej kepada rakan-rakan mereka disana agar memberhentikan tindakan yang berkemungkinan pasti akan merugikan para pekerja itu sendiri.Apa yang menjadi isu disini ialah apabila kumpulan itu meminta agar rakyat Malaysia harus bersabar dengan semua tindakan rakan senegara mereka terhadap Malaysia dan juga rakyat negara ini tetapi dalam waktu itu juga mereka telahpun membuat demonstrasi haram di negara ini pula.Saya lihat perbuatan kumpulan ini langsung tiada keikhlasannya. Saya rasa sebab utama mereka berbuat begitu adalah kerana sementara mereka masih bekerja di Malaysia mereka haruslah berpura-pura seperti suka akan Malaysia disamping terus memuji negara ini. Cuba seandainya mereka telah kembali ke Indonesia, adakah mereka ini akan berani berbuat sedemikian dihadapan kumpulan BENDERA(Benteng Demokrasi Rakyat), NKRI(Blogger anti-Malaysia) dan lain-lain lagi. Saya yakin mereka juga akan turut sama melakukan perkara yang sama iaitu menghina Malaysia.Saya ingin mengambil satu contoh rakyat Indonesia yang saya fikir adalah paling sesuai untuk dijadikan sebagai satu tauladan kepada warga Indonesia yang lainnya jika mereka benar-benar ikhlas untuk terus menganggap bahawa Malaysia ini adalah serumpun dengan Indonesia. Beliau berkarya atau menulis dari dalam negara beliau sendiri iaitu Indonesia untuk turut bersama-sama dengan rakyat di Malaysia bagi menghadapi apa jua bentuk fitnah yang dilemparkan terhadap rakyat di negara ini.Aditya, pemilik blog http://mujahidin09.blogspot.com adalah merupakan sebagai satu contoh sangat terbaik bagi kita rakyat di Malaysia untuk melihat betapa beliau sangat ikhlas didalam hasil tulisan beliau berkenaan dengan Malaysia. Saya seringkali membaca apa saja yang beliau tulis di artikel walaupun adakalanya agak ringkas tetapi sangat berisi atau bermutu. Malah saya kadangkala berpendapat beliau lebih memahami tentang Malaysia lebih daripada sesetengah rakyat Malaysia sendiri yang memang lahir di negara ini.Aditya sentiasa menekankan didalam tulisan beliau tentang pentingnya semangat saudara serumpun yang semulajadi diantara rakyat Indonesia dengan rakyat Malaysia haruslah dipelihara sebaik mungkin dan juga harus dipertingkatkan dari masa ke semasa disamping beliau begitu tegas menegur cara-cara segelintir rakyat Indonesia memperlakukan negara Malaysia. Dalam banyak hal beliau seringkali menyentuh tentang kekeliruan masyarakat Indonesia berkenaan dengan soal pertembungan budaya, makanan dan semua yang ada bersangkutan dengan sesuatu yang hampir ada persamaan diantara Indonesia dan Malaysia.Oleh itu pendapat saya mengenai kumpulan rakyat Indonesia yang telah menganjurkan demonstrasi "No Ganyang, Yes Kenyang" di negara ini diharap tak payahlah nak buat perkara yang tidak mendatangkan apa-apa faedah. Bagi saya jika mereka benar-benar ingin membantah perbuatan golongan yang anti-Malaysia di Indonesia, mereka haruslah menyalurkan suara hati mereka menerusi saluran yang betul. Jangan menambah lagi kekusutan yang belum lagi terungkai.Tidak masuk akal jika mereka membantah perbuatan oleh sesetengah daripada rakan-rakan mereka di Indonesia yang berterusan menghina Malaysia dengan mengadakan pula perarakan atau perhimpunan di Malaysia. Walaupun kita fikir itu mungkin tindakan yang ikhlas, tetapi apabila dibandingkan dengan perbuatan oleh kumpulan-kumpulan yang membakar bendera Malaysia, yang "sweep org Malaysia" memang tiada bezanya.