Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Memaparkan catatan dengan label G-20. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label G-20. Papar semua catatan

Rabu, Oktober 21, 2009

2 jawapan menarik di Parlimen oleh Perdana Menteri

Semasa sessi hari pertama Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal kedua dan Parlimen Kedua Belas pada hari Isnin lalu, saya sangat tertarik dengan satu jawapan yang diberikan oleh YAB Datuk Seri Najib terhadap satu soalan tambahan yang telah dikemukakan oleh Anggota Parlimen Putatan(BN) YB Datuk Dr. Marcus Mojingoh yang bertanya mengenai identiti yang boleh dikaitkan dengan Malaysia seperti di Indonesia, Filipina dan Thailand.

Datuk Seri Najib telah menjawab dengan berkata identiti Malaysia boleh dilihat berdasarkan kemampuannya menerima unsur lain yang dijadikan sebahagian daripada budaya setempat dan seterusnya kekuatan negara.
"Kalau kita sorot kembali asas pembinaan negara Malaysia, dari awal kita pilih jalan integrasi dan tidak seperti negara Indonesia, Filipina dan Thailand yang memilih jalan asimilasi. Ini menunjukkan pimpinan kita dari awal lagi bersikap amat terbuka. Kita lihat dari mula itu jalan terbaik iaitu apabila kita dapat menampilkan satu kekuatan berdasarkan perpaduan dan kepelbagaian... tiada negara lain seperti Malaysia," katanya.

Kepada soalan asal yang telah diajukan oleh Ahli Parlimen Kepong(DAP) YB Dr. Tan Seng Giaw yang ingin tahu mengenai langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi membendung peningkatan defisit tambahan negara yang kini mencapai 7.6 peratus, Datuk Seri Najib telah menghuraikan jawapan beliau sehinggalah kepada perkara-perkara yang menyentuh mengenai usaha oleh negara-negara kumpulan G20.

Antara lain Datuk Seri Najib berkata "Sebenarnya Malaysia telah mendahului langkah yang diambil oleh masyarakat antarabangsa semasa kita menangani krisis kewangan Asia 1997-1998 melalui beberapa dasar menangani kemelesetan ekonomi yang tidak konvensional. Pada masa ini pendekatan Malaysia untuk keluar dari kemelut ekonomi akhir tahun 90-an telah dijadikan pendekatan Kumpulan G20 itu".

Dalam pada itu, Najib berkata Malaysia menyeru Sidang Kemuncak G-20 untuk membendung krisis ekonomi dan kewangan global, menstabilkan sektor kewangan antarabangsa serta mengembalikan pertumbuhan ekonomi dunia dengan segera.

Kumpulan G-20 adalah sebuah kumpulan tidak rasmi beberapa buah negara, termasuk negara maju dan membangun secara sistematik, ditubuhkan sebagai respons kepada krisis ekonomi yang melanda dunia lewat 90-an untuk membincangkan kestabilan ekonomi dan penstrukturan isu-isu kewangan global.

Sebelumnya menurut Datuk Seri Najib lagi, isu-isu ekonomi hanya dibincangkan di peringkat Kumpulan G-7 negara-negara maju - sumber utama dari Bernama.

Coretan saya: Dua jawapan yang telah diberikan oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib itu bagi saya sangat istimewa dan membawa makna-makna yang berguna disebaliknya bagi hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara yang tertentu. Ianya sangat berguna dan bernilai untuk dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia.

Rabu, September 30, 2009

Mengapa ada rakyat dari negara anggota G-20 jadi kuli di Malaysia ?

(Ini bukan gambar mangsa Tsunami Aceh 2006 dulu dan gambar ini juga bukan menunjukkan kejadian yang berlaku di Malaysia tetapi ianya menunjukkan peristiwa sedih dah memilukan yang telah berlaku di Kota Perusuan, Jawa Indonesia pada awal ramadhan 1430 yang baru lalu.

Kejadian berlaku apabila mangsa-mangsa ini telah terperangkap didalam kesesakkan orang ramai yang berjumlah ribuan orang yang berebut-rebut untuk mendapatkan wang zakat atau sedekah sempena bulan Ramadhan 1430 yang didermakan oleh seorang hartawan bernama Haji Syaichon. Jumlah zakat yang disediakan untuk setiap satu orang fakir miskin ialah Rp30,000 atau RM4.60 sen sahaja)

Gambar di atas hanyalah suatu gambar hiasan semata-mata. Memang ada kaitan dengan orang yang masih hidup ataupun orang yang dah meninggal dunia. Jika ada persamaan, diharap jangan anggap ianya secara kebetulan tetapi memangpun betul dan sama.

Mengulas tajuk artikel ;
Entahlah, saya pun tidak tahu kenapa. Jika ikut kata mereka yang megah duduk sebaris dengan negara-negara dalam G-20, tidak mungkin ada walaupun satu orang dari rakyat dari negara mereka akan datang ke Malaysia semata-mata hanya untuk mencari kerja demi untuk mendapatkan wang.

Kalau ikut kata mereka lagi, negara yang tersenarai didalam G-20 adalah kaya, maju dan setaraf dari segala segi serta mempunyai kelas atau taraf yang tersendiri. Kata mereka lagi Malaysia tiada kelas, tiada taraf, mundur, miskin, pencuri, perompak, tiada budaya sendiri, suka meniru atau menciplak budaya, adat, makanan, minuman dan sebagainya lagi dari negara orang lain.

Tetapi, apa yang sangat-sangat menghairankan saya ialah, disebalik tuduhan, fitnah, ancaman, ugutan, tohmahan, kata-kata kesat serta kata-kata keji dan hina oleh rakyat dari anggota negara G-20 itu terhadap Malaysia, dalam satu hari hampir setiap jam dan masa rakyat dari negara mereka datang ke Malaysia untuk mencari kerja.

Ada yang datang ke Malaysia dengan menggunakan khidmat agen pencari kerja dan tidak kurang juga yang datang secara persendirian hanya untuk mendapatkan kerja. Tetapi dalam pada itu juga ada yang datang dengan cara yang tidak sah seperti masuk ke Malaysia melalui jalan tikus demi semuanya iaitu hanya untuk mencari pekerjaan di Malaysia.

Apakah rahsia kejayaan Malaysia sehingga begitu ramai rakyat dari negara lain datang untuk menumpang mencari rezeki di negara ini ? Malah bukan itu saja, negara-negara lain diseluruh dunia juga semakin berminat untuk menjalinkan kerjasama dengan Malaysia. Semakin bertambah juga negara-negara lain yang datang untuk membuat pelaburan di Malaysia. Terbaru antaranya ialah Arab Saudi menerusi Syarikat miliknya iaitu Petrosaudi Industries Limited(PSI) telah melabur dengan modal pertama sebanyak USD2.5 Billion(RM8.7 billion) di Malaysia.

Semua itu akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada seluruh rakyat di Malaysia termasuk juga kepada rakyat negara jiran kita yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara dalam G-20. Negara kita Malaysia tidak berada didalam G-20 kerana negara kita masih lagi sebagai sebuah negara yang membangunkan negara yang belum lagi bangun-bangun.

Malaysia berada dengan 15 negara-negara lain didalam kumpulan G-15. Itupun dah memadailah bagi kita, jangan juga Malaysia ini terlalu maju. Kalau sangat maju susahlah juga, risau nanti tak pasal-pasal rakyat Malaysia akan lari cari kerja di negara lain seperti Timor Leste, Filipina, Myanmar, Thailand, Banghladesh, Nepal, Vietnam, Kemboja, Afrika dan sebagainya.

Khamis, September 24, 2009

G-20 : Semut dan Gajah dalam satu kandang...

Di atas muka bumi ini wujud banyak negara-negara. Untuk negara tertentu juga banyak pertubuhan-pertubuhan disedia jika mahu menyertainya. Dalam negara tertentu wujud pula banyak bangsa-bangsa. Pada bangsa itu pula wujud perasaan yang berbeza-beza di antara satu dengan yang lain. Ada yang suka tunjuk perasaan dan tentu ada pula yang simpan perasaan.

Yang suka tunjuk perasaan ialah mereka yang gemar atau sering buat demonstrasi di atas sepanjang jalanraya seperti buat perarakan haram serta membakar bendera. Manakala yang hanya menyimpan perasaan adalah mereka yang mempunyai fikiran yang lebih matang dan sentiasa menggunakan akal sebelum bertindak.

Ungkapan di atas adalah hanya sebagai kata-kata pembuka bicara. !!! cewahhh...

Saya agak tertarik dengan setiap tulisan di artikel dalam satu blog di www.nkrijaya.co.cc yang mana 100% daripada tulisan beliau disana hanya mengutuk, menghina, mencaci serta menghina Malaysia serta rakyatnya. Apa yang lebih melucukan lagi ialah beliau mempunyai azam untuk meletupkan Menara Berkembar Petronas(Twin Towers) pada tahun 2011 jika mengikut dari apa yang dikhayalkan oleh beliau melalui gambar diblog tersebut.

Saudara NKRI(agaknya...Negara Kebangsaan Republik Indonesia), ...dalam G-20 bukan kesemuanya menggabungkan negara-negara yang maju. Sebenarnya G-20 menghimpunkan diantara negara yang telah lama maju serta negara yang baru maju dan negara yang belum lagi maju atau yang masih lagi mundur.

Tentu ada pertanyaan. Jika begitu, kenapa negara-negara ini boleh berada didalam satu pergerakan? Sebabnya ialah, kerana berdasarkan kepada jumlah penduduk sesebuah negara itu yang hampir sama banyaknya dan bukannya disebabkan oleh ekonomi semua negara-negara yang didalamnya adalah setaraf atau pada kedudukan yang sama. Disitulah salah faham sebenarnya.

Indonesia telah di akui sebagai sebuah negara ekonomi terbesar di Asia adalah disebabkan oleh bilangan rakyatnya yang berjumlah lebih daripada 240 juta orang mungkin setelah ditolak dari jumlah korban Tsunami Aceh dulu. Maknanya ialah apabila jumlah rakyat yang begitu ramai maka sudah pastilah sesetengah negara lain akan berpendapat kuasa membelinya juga adalah tinggi.

Tergolong didalam negara yang telah diiktirafkan sebagai sebuah negara yang berekonomi terbesar tidak bermakna negara tersebut akan dianggap sebagai kuasa ekonomi atau telah maju. G-20 adalah satu kumpulan negara-negara yang penduduknya terlalu ramai atau padat sekali tetapi bukan disebabkan oleh nilai ekonomi semua negara dalam G-20 itu mempunyai jumlah purata yang hampir sama.

Jika kekayaan sesebuah negara itu diambil kira untuk membolehkan negara tertentu itu untuk masuk didalam G-20, kenapa Singapura yang ekonominya berlipat kali ganda tinggi dari Indonesia tidak menyertai G-20 ? Begitu juga dengan lain-lain negara di Asia Barat, banyak juga negara disana yang kaya dan maju tetapi mengapa negara-negara itu tidak ikut sama dalam G-20 ? Sebabnya ialah Singapura hanya punya penduduk seramai sekitar 2 juta orang saja dan begitu juga dengan negara-negara di Asia Barat yang lainnya.

Ada banyak lagi pertubuhan-pertubuhan yang telah diwujudkan pada peringkat antarabangsa untuk kepentingan sesetengah negara dengan matlamat yang berlainan diantara satu dengan yang lain. Kita boleh lihat kumpulan G-5, G-7, G-8, G-15, G-20, G-23, APEC, PBB, NAM, OIC, OPEC, ASEAN, KOMANWEL dan lain-lain lagi yang mana setiap satu daripada pergerakan pertubuhan atau organisasi itu mempunyai visi dan peranannya masing-masing.

G-5 : Brazil, China, India, Mexico dan Afrika Selatan.(negara membangun yang telah maju)

G-7 : Amerika Syarikat, Britain, Kanada, Perancis, Jerman, Italy dan Jepun.(negara maju)

G-8 : Amerika Syarikat, Britain, Italy, Jerman, Perancis, Jepun, Kanada dan Russia.(negara maju)

G-15 : Argentina, Brazil, Chile, India, Indonesia, Iran, Jamaica, Kenya, Malaysia, Mexico, Mesir, Nigeria, Peru, Sri Lanka, Venezuela dan Zimbabwe(negara membangun)

G-20 : Argentina, Australia, Brazil, Kanada, China, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Italy, Jepun, Mexico, Russia, Saudi Arabia, Afrika Selatan, Korea Selatan, Turki dan Amerika Syarikat.(campuran negara yang telah maju dengan negara yang masih mundur)

G-23 : Gandingan negara-negara yang berada dalam G-15 dengan G-8.

PBB/UN : 192 buah negara, APEC : 21 buah negara, NAM : 114 buah negara, OIC : 57 buah negara, OPEC : 14 buah negara, KOMANWEL : 53 buah negara dan ASEAN :10 buah negara.

MENGENAI reaksi Singapura yang membantah promosi makanan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia adalah lumrah. Tiada isu timbulkan isu baru, biasalah penyakit berjangkit agak sukar untuk dikawal sama juga seperti virus H1N1. Singapura memang sejak ditendang keluar dari Maaysia suatu ketika dulu sampai sekarang tak ada kerja lain, menyalak saja siang malam. Saya jadi hairan kenapa sebuah negara metropolitan yang kaya raya seperti Singapura boleh menangis hanya kerana masalah mee atau bubur.

Malaysia tak pernah pun bising bila Singapura mengakui bahawa rambutan yang negara itu beli daripada Perak dan Perlis di Malaysia, bila dah dibawa ke negara mereka dan diproses lalu dijadikan sebagai makanan dalam tin maka ianya telah dikenali sebagai "Singapore Longan" dan nama Malaysia lenyap. Malaysia tak pernah ambil pusingpun benda remeh-temeh seperti itu. Singapura menang ke atas Pulau Batu Putih pun Malaysia tak bising walaupun pada hakikatnya bahawa Singapura itu sendiri juga dulu adalah sebahagian wilayah dalam Malaysia yang terpaksa ditolak keluar akibat daripada sikap angkuh Lee Kuan Yew ketika itu.

MENGENAI pekerja Indonesia dari kalangan mereka yang "datang tanpa izin"(pendatang asing tanpa izin/PATI) yang didakwa sampai hampir setahun sehingga ke dua tahun bekerja di Malaysia ini tidak dibayar gaji oleh majikan masing-masing, jadi apabila perkara ini telah berlaku hendak menyalahkan siapa? Kerajaan Malaysia? Kerajaan Indonesia? Majikkan ? ...atau diri sendiri???

...perkara telah terjadi, maka salahkanlah diri sendiri, bukannya tidak tahu bahawa setiap negara ada undang-undang serta peraturannya yang tersendiri yang menuntut daripada setiap warga asing yang hendak datang bekerja ke negara ini misalnya hendaklah terlebih dahulu memahami akan perkara itu dan tahu akan risiko yang bakal dihadapi jika masih lagi mahu melanggar segala undang-undang yang sedia ada di Malaysia.

Arkib Blog