Yang telah agak lama kita sudah ketahui atau sedia maklum adalah mengenai Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pertama selepas kejadian kekecohan di DUN yang sama satu ketika dulu.
Jadi kepada semua ADUN negeri Perak yang akan bermesyuarat mulai pagi ini nanti terutama sekali mereka dari kalangan Pakatan Pembangkang(DAP/PKR/PAS), kita sebagai mahu melihat kesungguhan dari pihak mereka untuk membela rakyat tetapi bukannya ingin melihat kesungguhan mereka untuk mendapat kuasa.
Kepada bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang menjerit ketika diusung keluar YB S. Sivakumar, maka berusahalah untuk melupakan kenangan terindah anda kalian ketika bersidang di bawak pokok "demokrasi' itu dulu dan YB Siva lihat sendirilah keretakan yang ada pada plak itu dan jika YB Siva boleh tafsirkan maka begitulah retaknya hati dan jiwa rakyat negeri Perak apabila melihat tingkah laku serta kelakuan YB-YB dari dari kalangan Pakatan Pembangkang ketika hadir di DUN Perak.Ingatlah pesan orang dulu-dulu, "barang yang lepas jangan dikenang, jika dikenang akan merosak badan" dan lantaran itu fahamilah maksud sebenar prinsip demokrasi yang sejak sekian lama telah diamalkan dalam sistem pemerintahan di negara Malaysia ini. Jangan rosakkan prinsip demokrasi yang sudah semakin dan sentiasa subur di negara kita.
Dan satu lagi peristiwa yang akan pasti kita tidak mahu ketinggalan untuk mengikutinya ialah Muktamar Khas PAS yang juga akan berlangsung di Ibu Pejabat PAS Pusat hari ini ekoran desakan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu PAS memanggil EGM bagi membersihkan PAS daripada "dua tiga kerat" pemimpin yang beliau sebagai bermasalah didalam PAS.
Kepada persidangan atau Mukatamar Khas PAS ini juga rakyat ingin melihat kesungguhan yang luarbiasa akan dilakukan oleh para pemimpin-pemimpin dalam PAS untuk membersihkan parti mereka daripada mereka yang sebenarnya bermasalah dan bukan mereka yang disebut oleh Tok Guru Nik Aziz itu.
Selamat bersidang kepada DUN Perak dan juga selamat berMuktamar kepada PAS !
