Malaysia adalah sebuah negara yang majmuk. Penduduk Malaysia terdiri daripada berbagai kaum atau bangsa yang memiliki beraneka adat dan budaya serta menganuti berbagai-bagai kepercayaan agama.
Bangsa Melayu adalah kaum terbesar dinegara ini dan sebagai kaum majoriti mereka berhak untuk diiktiraf sebagai tunjang pemerintah di Malaysia dan semua kaum yang ada di negara ini harus menerima hakikat ini dengan sejelas-jelasnya tanpa ada rasa syak-wasangka.
Islam telah diterima sebagai agama rasmi bagi Malaysia dan rakyat yang bukan beragama Islam bebas untuk mengamalkan ajaran serta beribadat menurut agama masing-masing walaupun agama Islam telah diiktirafkan sebagai agama rasmi di negara ini.
Tetapi apa yang meresahkan sejak kebelakangan ini ialah mengenai tingkahlaku serta juga tindak-tanduk sesetengah rakyat yang bukan beragama Islam di negara ini terutamanya mereka yang bergelar sebagai Yang Berhormat atau wakil rakyat yang dilihat tanpa rasa bersalah telah dengan sewenang-wenangnya mempersendakan ajaran yang terdapat di dalam agama Islam namun tiada juga tindakan balas telah, sedang dan akan dibuat atau diambil oleh pihak-pihak yang berwajib mengenai hal ehwal agama Islam.
Kita sudah melihat bagaimana bebasnya wakil-wakil rakyat dari Pakatan Haram terutamanya mereka dari DAP dan juga segelintir dari dalam PKR sendiri yang sering memetik ayat-ayat suci dari dalam Kitab Suci Al Quran untuk dibaca ketika berucap dikhalayak umum tanpa tahu menahu atau faham apakah maksud serta tujuan sesuatu ayat-ayat itu diturun oleh Yang Maha Esa kepada umat Islam.
Mereka hanya tahu menyebut ayat-ayat suci itu yang mungkin telah siap diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu oleh talibarut atau rakan-rakan mereka dari Pakatan Haram tanpa mereka faham akan makna sebenar sebab disebalik setiap ayat-ayat suci itu wujud didalam Kitab Suci Al Quran.
Dahulu kita pernah dikejutkan dengan tindakan Pengerusi DAP Perak, YB Nga Kor Ming dari yang telah membaca beberapa kerat ayat-ayat suci dari dalam Kitab Al Quran sambil siap menyebut surah-surahnya sekali dengan ayat-ayat yang sekian-sekian dan seterusnya telah menghuraikan isi maksud ayat-ayat suci tersebut dihadapan umat Islam sendiri iaitu didepan para penyokong PAS sendiri.
Baru-baru ini pula, Anggota Parlimen Padang Serai dari PKR iaitu Yang Gila, N. Gobalakhrisnan telah membuat perkara yang sama seperti yang telah dilakukan oleh YB Nga Kor Ming dengan mempersendakan ayat-ayat suci yang terkandung didalam Kitab Suci Al Quran untuk menarik perhatian pengundi-pengundi Melayu di Bagan Pinang agar mengundi calon PAS pada pilihanraya kecil yang baru lalu iaitu Pengerusi Perhubungan PAS N. Sembilan saudara Zulkefly Mohamad.
Biar apapun tujuan mereka yang dirasakan semakin hari semakin cenderung untuk menggunakan cara itu sebagai helah bertujuan bagi mempengaruhi fikiran orang-orang Islam supaya terus menyebelahi mereka iaitu PAS, PKR dan DAP didalam setiap pilihanraya yang diadakan, saya berpendapat jika perkara seperti ini dibiarkan berterusan dilakukan oleh orang yang bukan beragama Islam maka pada suatu masa kelak pasti akan lebih ramai lagi mereka dari golongan ini akan turut sama untuk berbuat sedemikian.
Dan jika perilaku sebegini semakin merebak dikalangan orang yang bukan beragama Islam, apakah tidak terlambat sudah bagi pihak yang bertanggungjawab mengenai masalah atau hal ehwal Islam untuk bertindak. Juga adakah pihak yang bertanggungjawab tentang Islam ini hanya mampu untuk menegur saja tanpa mampu bertindak tegas ? Jika terhadap sesama umat Islam, pihak berwajib seperti JAWI, JAIS dan sebagainya lagi boleh bertindak tegas tetapi kenapa jika terdapat ada orang yang bukan Islam yang membuat perkara yang jelas menghina Islam, mereka gagal untuk bertindak ?
Sebagai contoh, pada bulan Ramadhan atau ketika umat Islam lainnya sedang melaksanakan ibadah puasa dan seandainya ketika itu telah didapati ada dikalangan umat Islam sedang makan dikhalayak ramai sudah pasti tindakan tegas akan dikenakan terhadap individu tersebut. Begitu juga dengan pasangan-pasangan yang telah ditangkap kerana kesalahan berkhalwat, mereka terpaksa berdepan dengan risiko didenda ataupun menjalankan hukuman jika gagal membayar denda yang telah ditetapkan.
Dua perkara yang saya katakan diatas adalah kesalahan yang telah dilakukan dan juga tindakan susulan yang telah diambil. Perkara ini sepatutnya boleh dijadikan sebagai rujukan ataupun renungan untuk semua jika ada kesalahan-kesalahan lain yang turut dilakukan dan jika kita mampu memikir sedalam-dalamnya, maka sudah tentu sekali tindakan tegas serupa itu patut juga boleh diambil terhadap sesiapa saja yang telah didapati jelas menghina agama Islam.
Oleh itu apabila saya melihat dari sudut toleransi beragama, perbuatan yang telah dilakukan oleh kedua wakil rakyat Pembangkang itu jelas sekali menunjukkan niat sebenar mereka untuk memperlekehkan serta mempersendakan agama Islam.
Jadi, jika umat Islam diseluruh dunia termasuk Malaysia boleh bangun membantah tindakan penulis novel "satanic versus" yang didapati telah menghina Islam dan begitu juga dengan pihak yang telah menghasilkan filem "fitna" dimana bantahan dunia Islam terhadap pihak terbabit telah mencetuskan suasana yang tegang diantara beberapa buah negara Islam dengan kerajaan Belanda, dan dari itu saya sering bertanya kepada diri...mengapa tiada reaksi tegas yang kita dapati daripada pihak yang benar-benar bertanggungjawab terhadap agama Islam di Malaysia apabila terdapat ada diantara rakyatnya yang bukan beragama Islam sering cuba untuk mewujudkan suasana yang tidak sihat dikalangan rakyat yang berbilang agama dinegara ini dengan selalu menyentuh hal-hal atau ajaran agama pihak lain ?
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Khamis, Oktober 15, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ▼ 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
2 ulasan:
Tanpa kau sedari dalam negaramu sendiri bahawa orang Islam sendirilah yang paling ramai menghina Islam..bila sseorag dihukum sebat kerana melakukan sesuatu kesalaha berkaitan hukum syarak dan hukuman yang dianjurkan adalah sebat maka siapa yang cuba menentang ? Islam kata tutup aurat, lelaki dan wanita, lihat siapa yang ramai dedah aurat sampai nampak pusat? Siapa yang paling ramai yang tidak memakai tudung...? Hukum Allah, diingkari dengan pelbagai alasan, ini juga adalah menghina Islam namanya....
Ya Datu Sulaiman,
itu adalah diantaranya, tetapi saya cuma nak timbulkan persoalan tentang orang yang bukan beragama Islam yang bebas untuk menyentuh kepentingan agama Islam tetapi hanya dipandang sepi saja oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab penuh mengenai hal ehwal Islam itu sendiri.
Tentang apa yang dilakukan oleh umat Islam itu sendiri walaupun saya tahu ianya terdapat percanggahan amalan seharian segelintir daripada mereka dengan apa yang ada dalam ajaran agama Islam, itu saya tidak mahu menyentuh sebab itu bagi saya mereka lebih arif mengenai perkara itu.
Cuma saya mempertikaikan cara penguatkuasaan undang-undang untuk menghalang perbuatan seumpama itu daripada berterusan seolah-olah tidak wujud dalam sistem perundangan di negara kita ini, orang lain boleh bebas dalam erti kata lainnya menceroboh ke sesuatu yang sepatutnya dipertahankan oleh penganut agama tersebut.
Saya boleh ambil satu sebagai satu contoh, bagaimana Tanah Suci Mekkah tidak boleh dijejak oleh oleh orang yang bukan beragama Islam, maka bagi saya begitu jugalah dengan dengan Kitab Suci Al Quran yang menuntut setiap daripada umatnya untuk turut sama memeliharanya daripada dicemari oleh tangan-tangan yang tidak berhak untuk membeleknya.
Catat Ulasan