Kegagalan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ialah apabila beliau turut berucap ketika perhimpunan oleh sekumpulan mahasiswa sedang berlangsung serta menggunakan pembesar suara yang dibawa oleh kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang diketuai oleh Adam Adli dan juga Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas).
Keduanya, Datuk Saifuddin Abdullah telah gagal untuk memastikan agar tidak berlaku sebarang perkara yang akan membangkitkan lagi rasa marah rakyat Malaysia terhadap tindakan sesetengah mahasiswa apabila masih berdegil untuk terus mengadakan perarakan bagi menuntut Akta AUKU dihapuskan walaupun kerajaan sudah memaklumkan bahawa akta tersebut memang akan dimansuhkan.
Apabila mahasiswa yang berdemonstrasi sudah hilang ingatan, mabuk dan sudah naik gila...segala pertimbangan mereka sudah tentu tidak akan stabil lagi maka ada yang sehingga sanggup pula bertindak dengan sungguh kurang ajar dan biadap bila tergamak menurunkan bendera yang mengadungi potret wajah Perdana Menteri ke-6 YAB Datuk Seri Hj Mohd Najib Tun Razak dari hadapan bangunan Pusat Dagangan Dunia Putera PWTC dua hari yang lalu.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Isnin, Disember 19, 2011
Ahad, Disember 18, 2011
Isu bendera PM: Saifuddin Abdullah kuda trojan PKR

Semalam adalah kemuncak kepada semua andaian oleh ramai pihak tentang siapa sebenarnya Datuk Saifuddin itu. Bolehlah diibaratkan beliau dalam isu "mahakangkung" menurunkan bendera yang mempamerkan wajah Perdana Menteri ke-6 yang juga Presiden UMNO ke-7 Datuk Seri Najib umpama orang yang 'membaling batu sembunyi tangan' iaitu menggunakan pihak tertentu untuk menjayakan agenda beliau.
Saya bukannya nak menuduh beliau sebagai salah seorang yang bertanggungjawab dalam merancang perbuatan gila seumpama itu namun jauh disudut hati terbit satu persoalan kenapa harus beliau turut berada bersama 'mahakangkung' itu semalam ketika mereka sedang berhimpun di kawasan Bangunan Pusat Dagangan Dunia Putera malah menurut beberapa sumber Timbalan Menteri itu juga telah diminta oleh para peserta demonstrasi untuk sama berucap dan dia sendiri juga mengakui bahawa beliau memang ada berucap namun menurutnya itu bagi menenangkan keadaan yang agak tegang ketika itu.
Dalam ramai-ramai orang yang berhimpun mana mungkin apa yang diucapkan boleh kedengaran dengan jelas melainkan bagi mereka yang berada dekat dengan beliau tetapi bagaimana pula dengan mereka yang lain yang berada agak jauh daripada Datuk Saifuddin, mungkin mereka terdengar Timbalan Menteri itu melaungkan perkataan, !Turunkan bendera Najib!Turunkan bendera Najib!Turunkan bendera Najib,,,walhal kemungkinan besar beliau cuma berkata !hidup Anwar!hidup Anwar!hidup Anwar! bagi meniup semangat ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) serta anggota kumpulan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) yang berhimpun agar terus berarak...
Label:
Mahakangkung
Mahakangkung menurun bendera DS Najib, tindakan amat tidak bertamadun!

Tindakan sedemikian tentu sekali sangat tidak bersesuaian dengan status mereka sebagai seorang penuntut ilmu di Menara Gading di mana ilmu yang hendak mereka tuntut bukan lagi sama tarafnya dengan apa yang pernah mereka pelajari sewaktu masih duduk di sekolah rendah mahupun ketika berada di sekolah menengah dulu kerana apabila sudah berada di peringkat universiti kematangan berfikir sebelum bertindak di samping disiplin yang tinggi bagi seseorang yang berilmu adalah amat penting sebelum berjaya menamatkan pengajian masing-masing.
Tetapi malang sekali, dengan tindakan bodoh dan tidak melambangkan mereka sebagai kumpulan pelajar bertaraf tinggi apabila mengambil bahagian berhimpun serta berarak untuk menuntut itu dan ini daripada pihak kerajaan sehingga sanggup pula menurunkan bendera Perdana Menteri telah dengan sendirinya meletakkan mereka sebagai sekumpulan pelajar yang KOSONG serta BEKU dari segi pemikiran mereka dan apakah mereka ini masih layak lagi untuk gelar sebagai kumpulan Mahasiswa? Tindakan kumpulan ini sebenarnya telah keterbelakang malah lebih mirip dan serupa dengan tindakan tidak bertamadun sebahagian rakyat Indonesia ketika demonstrasi Anti-Malaysia dihadapan Pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta baru-baru ini.
Kerajaan telah bersusah payah menyediakan begitu banyak pusat-pusat pengajian seperti kolej-kolej, universiti-universiti selain sekolah-sekolah tempat seluruh rakyat Malaysia terutamanya generasi muda untuk belajar dan menimba ilmu malah ada pula sebahagian daripada mereka yang menerima biasiswa kerajaan bagi membantu mengurangkan beban agar mereka boleh berjaya hingga ke pengajian akhir sama seperti pelajar yang berkemampuan namun malangnya apabila kumpulan penuntut ini tidak pernah mahu berpikir ke arah itu tetapi lebih cenderung berpihak kepada pihak pembangkang untuk menentang kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib.
Kita tidak tahu, apa lagi yang tidak memuaskan hati sekumpulan Mahakangkung itu yang begitu terdesak sehingga bendera Perdana Menteri juga turut menjadi sasaran. Apakah mereka telah menjadi talibarut kepada pihak pembangkang? Untuk beranggapan mereka akan duduk di pusat-pusat pengajian tinggi dalam tempoh yang lama atau seumur hidup tidak mungkin juga sebab biasa mereka hanya akan berada di tempat pengajian cuma lebih kurang dalam 5 tahun dan adalah tidak mungkin untuk mereka meninggalkan legasi yang perlu diwarisi kepada penuntut yang seterusnya, jadi apakah motif sebenarnya kumpulan Mahakangkung itu yang telah sanggup bertindak diluar batasan sebagai seorang pelajar?
Label:
Mahakangkung
Manila terus terima bala dari Tuhan angkara amalan songsang rakyatnya,,,

Perbuatan oleh sesetengah rakyat kedua-dua negara berkenaan seakan-akan mendapat restu serta perlindungan daripada pihak kerajaan. Setiap tahun kumpulan-kumpulan songsang iaitu gay dan lesbian bebas menganjurkan berbagai pesta atau festival khusus untuk golongan berkenaan bagi meraikan kebebasan yang diberikan kepada mereka.
Akibatnya, tanpa mereka sedari bahawa Tuhan yang pastinya tidak membenarkan amalan yang sedemikian dilakukan iaitu amalan yang jelas sama sekali bertentangan dengan ajaran mana-mana agama telah menurunkan bermacam-macam bentuk bencana kepada mereka yang terus berdegil.
Ribut Tropika Washi yang kini telah meragut lebih seratus nyawa di Manila adalah sebagai bukti betapa Tuhan terlebih dahulu telah menurunkan bencana sebagai tanda amaran kepada segelintir penduduk Filipina agar segera bertaubat serta kembali ke pangkal jalan iaitu sebelum sekumpulan songsang mahu menganjurkan satu lagi pesta gay bagi tahun 2012 yang dikenali sebagai Mr. Gay World Philippines 2012.
Label:
ribut washi
Sabtu, Disember 17, 2011
Adakah budaya 'Punk' tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam ?
Saya tertarik dengan satu artikel yang dikeluarkan semalam oleh Papa Gomo yang mengulas mengenai tindakan oleh pihak berkuasa agama Islam di Aceh terhadap sekumpulan 65 pemuja budaya 'Punk' yang rata-rata mereka terdiri daripada anak muda dan beragama Islam.
Papa Gomo berpendapat tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa agama di wilayah Aceh itu terhadap kumpulan terbabit sebagai kejam dan tidak wajar maka oleh itu beliau beliau berharap agar kerajaan Malaysia tidak mengikut mengikut pendekatan sepertimana yang digunakan oleh pihak agama Islam Aceh untuk digunapakai dalam usaha membenteras gejala sosial supaya tidak terus berkembang dikalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda Islam dan Melayu.
Cuma apa yang ingin hendak saya sampaikan disini ialah, sebagai seorang penulis blog yang berkalibar serta yang telah diiktiraf oleh ramai pihak, harap kita semua mampu menyahut seruan kerajaan walaupun mungkin tidak semuanya tetapi separuh daripada itu barangkali kita mampu untuk menggalas bersama iaitu apabila kita selalu mendengar pihak kerajaan seringkali menyebut tentang 'modal insan' atau dalam ertikata lainnya pihak kerajaan senantiasa berusaha melahirkan ramai generasi baru yang berguna kepada bangsa dan negara yang mampu membawa Malaysia ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di masa depan.
Oleh itu, sekiranya kita sendiri mahupun sesiapa saja masih juga tidak peka dengan kehendak pinhak kerajaan malah masih terus mahu mempertahankan budaya tertentu terutamanya budaya asing dari luar seperti budaya punk ataupun lainnya yang lebih menjuruskan kepada keruntuhan moral serta akhlak, apakah kita tidak sedar bahawa tindakan menyokong atau mempertahan budaya sedemikian sebenarnya tidak akan membantu sebarang usaha untuk mempertingkatkan kefahaman tentang Islam apatah lagi untuk mempertabatkan agama Islam yang saban hari sentiasa terdedah kepada berbagai bentuk ancaman.
Jika kita melihat daripada segi berpakaian kumpulan punk ini termasuklah bermacam-macam aksesori atau barang-barang perhiasan lain yang digunakan untuk menghiasi tubuh badan mereka dan apakah apabila mereka mengena atau memakainya tidak akan menimbulkan sebarang masalah terutama ketika waktu mereka (yang beragama Islam) hendak menunaikan solat 5 waktu ? Malah ada yang bertindak lebih berani apabila sanggup membuat ukiran tattu di badan sebagai memenuhi keperluan untuk menjadi salah seorang anggota kumpulan punk yang sah.
Apa-apapun saya tetap kagum dengan tindakan yang tegas dan berani oleh pihak berkuasa agama Islam di Aceh terhadap pihak-pihak yang cuba untuk menodai kesucian Islam dan harap kerajaan Malaysia perlu melihat bahawa tindakan serupa juga perlu digunakan ke atas mana-mana pihak di negara ini tidak hanya terhad kepada kumpulan 'punk' atau kumpulan 'skin head' sahaja malah terhadap kumpulan Seksualiti Merdeka juga yang jelas sengaja cuba untuk mendatangkan kemudaratan kepada kehidupan yang makmur dan harmoni rakyat di negara ini.
Papa Gomo berpendapat tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa agama di wilayah Aceh itu terhadap kumpulan terbabit sebagai kejam dan tidak wajar maka oleh itu beliau beliau berharap agar kerajaan Malaysia tidak mengikut mengikut pendekatan sepertimana yang digunakan oleh pihak agama Islam Aceh untuk digunapakai dalam usaha membenteras gejala sosial supaya tidak terus berkembang dikalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda Islam dan Melayu.
Cuma apa yang ingin hendak saya sampaikan disini ialah, sebagai seorang penulis blog yang berkalibar serta yang telah diiktiraf oleh ramai pihak, harap kita semua mampu menyahut seruan kerajaan walaupun mungkin tidak semuanya tetapi separuh daripada itu barangkali kita mampu untuk menggalas bersama iaitu apabila kita selalu mendengar pihak kerajaan seringkali menyebut tentang 'modal insan' atau dalam ertikata lainnya pihak kerajaan senantiasa berusaha melahirkan ramai generasi baru yang berguna kepada bangsa dan negara yang mampu membawa Malaysia ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang di masa depan.

Jika kita melihat daripada segi berpakaian kumpulan punk ini termasuklah bermacam-macam aksesori atau barang-barang perhiasan lain yang digunakan untuk menghiasi tubuh badan mereka dan apakah apabila mereka mengena atau memakainya tidak akan menimbulkan sebarang masalah terutama ketika waktu mereka (yang beragama Islam) hendak menunaikan solat 5 waktu ? Malah ada yang bertindak lebih berani apabila sanggup membuat ukiran tattu di badan sebagai memenuhi keperluan untuk menjadi salah seorang anggota kumpulan punk yang sah.
Apa-apapun saya tetap kagum dengan tindakan yang tegas dan berani oleh pihak berkuasa agama Islam di Aceh terhadap pihak-pihak yang cuba untuk menodai kesucian Islam dan harap kerajaan Malaysia perlu melihat bahawa tindakan serupa juga perlu digunakan ke atas mana-mana pihak di negara ini tidak hanya terhad kepada kumpulan 'punk' atau kumpulan 'skin head' sahaja malah terhadap kumpulan Seksualiti Merdeka juga yang jelas sengaja cuba untuk mendatangkan kemudaratan kepada kehidupan yang makmur dan harmoni rakyat di negara ini.
Label:
punk
Jumaat, Disember 16, 2011
Ariff Alfian, pelajar luar negara yang kedua kahwin dengan kaum sejenis!!

Kejadian seumpama berulang kembali apabila seorang pelajar Melayu yang ditaja oleh Syarikat Carigali Petronas, Ariff Alfian Rosli, 28 tahun, yang sedang menuntut di Universiti College Dublin Ireland telah berkahwin dengan seorang lelaki rakyat Ireland yang dikenali sebagai Jonathan.
Ini merupakan kes yang kedua pelajar lelaki kahwin sesama lelaki yang melibatkan pelajar rakyat Malaysia yang menuntut di luar negara. Untuk berita selanjutnya bolehlah layari blog MyMassa . Apa sudah jadi ?
Label:
kahwin sejenis
Kalaulah Ambiga anjur Seksualiti Merdeka di Aceh, pasti ini padah beliau akan terima!
Sekumpulan 65 orang pengikut gaya Punk termasuk beberapa remaja perempuan telah ditangkap dan ditahan oleh para pegawai penguatkuasa agama Islam di Daerah Aceh gara-gara tampil dengan pakaian serta imej yang bertentangan serta mencemarkan kesucian Islam di daerah yang begitu menitik berat soal-soal hukum agama.
Kumpulan Punk tersebut yang ditahan telah dicukur rambut mereka bagi yang lelaki manakala bagi wanita pula semua peralatan ditanggalkan dari tubuh, selepas itu mereka dikehendaki berendam di dalam sebuah kolam air. Syabas atas ketegasan pihak berkuasa di Aceh. Demi mempertahankan maruah agama, mereka tidak berkompromi walau apapun alasan yang diberi.
Saya yakin, kalaulah kerajaan Malaysia mahu bertindak tegas tanpa rasa ragu-ragu dalam menangani beberapa isu yang sememangnya boleh dikira sebagai isu berat seperti isu Seksualiti Merdeka, Bersih 2.0 dan bermacam-macam lagi perhimpunan dianjurkan oleh para petualang dan pengkhianat negara yang nyata tanpa berselindung telah mencabar keharmonian, keamanan, kedaulatan serta perpaduan dalam negara maka sudah tentu banyak perkara mudah diselesaikan dengan segera tanpa berlarutan sehingga dibawa ke mahkamah.
Label:
punk
Yang Mula Dan Akhir
Putaran alam;
Pasang pasti ada yang surut
Naik pasti ada yang turun
Hidup pasti ada yang mati
Mula pasti ada yang akhir...
Label:
mula dan akhir
Rabu, Disember 14, 2011
Azmin & Anwar bergilir memanjat pokok jambu sebatang ?
Benarkah ini merupakan jambu baru Anwar Ibrahim ? Ganyang! jambu Indonesia sampai terkulai dengan KY Jelly...
Dan benarkah pemuda ini merupakan Jambu Baru yang direbut serta dikongsi bersama oleh Anwar Ibrahim dengan Azmin Ali ? Macamana ye, terpaksalah bergilir-gilir, ye lah macam dalam filem Madu Tiga...kena adil sesama sendiri...

jambu baru
Selasa, Disember 13, 2011
Krisis SUPP: Richard Riot akan jadi pemimpin boneka dalam parti...
Memang ramai yang berasa terkejut dan gembira dengan perlantikan Ahli Parlimen Serian Datuk Richard Riot sebagai Timbalan Presiden Parti SUPP yang baru bergandingan dengan Presiden yang juga baru dipilih Datuk Seri Peter Chin Fah Kui kerana inilah kali pertama dalam sejarah Parti Bersatu Rakyat Sarawak yang berasaskan kaum Cina itu apabila mereka sudi menerima seorang pemimpin dari kaum Bumiputera sebagai orang nombor dua di dalam parti.
Namun selepas ini mungkin akan ada lagi kejutan baru dilakukan oleh SUPP apabila parti berkenaan sedang merancang untuk meminda perlembagaan parti selewat-lewatnya pertengahan tahun hadapan. Antara cadangan pindaan adalah pada Seksyen 19(5) kepada "untuk memilih ahli Jawatankuasa Pusat" -presiden, dua timbalan presiden, setiausaha agung dan bendahari. Selain itu, Seksyen 21(1)(2) perkataan '1 Presiden' diganti kepada '2 Timbalan Presiden'.
Pindaan turut akan dibuat pada Seksyen 27(1)(a) iaitu terhadap Jawatankuasa Kerja Pusat yang akan merangkumi; Presiden, Timbalan Presiden I, Timbalan Presiden II, Bendahari, Timbalan Setiausaha Agung I, Timbalan Setiausaha Agung II, Setiausaha Kerja, Setiausaha Penerangan dan Publisiti, Empat Naib Presiden, Naib Presiden Pengerusi Sayap Pemuda Pusat, Naib Presiden Sayap Wanita Pusat, Penolong Bendahari, Penolong Setiausaha Kerja, Penolong Setiausaha Penerangan dan Publisiti, tiga Ahli Biasa Jawatankuasa Kerja Pusat dipilih daripada kalangan Ahli Jawatankuasa Kerja di cawangan bukan konstituensi dan tiga ahli biasa Jawatankuasa Kerja Pusat dilantik oleh presiden parti daripada kalangan ahli Jawatankuasa kerja - sumber Utusan Borneo 12 December 2011, Isnin.
Sekiranya cadangan pindaan tersebut mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) maka jawatan yang akan menjadi tumpuan selepas ini adalah jawatan Timbalan Presiden parti. Sebelum ini, belum pernah ada lagi bagi mana-mana parti di negara ini baik yang berada dalam komponen Barisan Nasional mahupun pembangkang yang mengamalkan sistem dua timbalan presiden untuk satu parti tetapi itulah yang akan berlaku dalam SUPP.
Apabila ini berlaku, sudah tentulah kedudukan Datuk Richard Riot sebagai Timbalan Presiden SUPP akan menimbulkan suatu tandatanya. Apakah beliau selepas pindaan terhadap beberapa Seksyen berkaitan berjaya dibuat nanti akan diletak sebagai Timbalan Presiden II dan untuk jawatan Timbalan Presiden I pula akan diberikan kepada salah seorang pemimpin dari masyarakat berketurunan Cina sebagaimana pada kelazimannya.
Kesimpulannya disini ialah, perlantikan Datuk Richard Riot sebagai seorang Timbalan Presiden SUPP sebenarnya tidak lebih hanyalah merupakan satu usaha oleh pihak tertentu di dalam parti bertujuan untuk mengambil hati semua ahli-ahli parti dari kaum Bumiputera khususnya kaum Dayak agar terus bersama dengan SUPP dan akhirnya peranan atau kuasa sebagai Timbalan Presiden parti tentu sekali akan diserahkan kepada seorang pemimpin bukan Bumiputera dan peranan Datuk Richard Riot sebagai Timbalan Presiden dalam parti akan jadi lebih kurang sama seperti sepohon bunga yang hanya untuk menghiasi sebuah taman.
Dan jika ini yang berlaku, maka itulah sebenarnya tujuan oleh pihak tertentu di dalam SUPP yang mahu agar pindaan dilakukan terhadap Perlembagaan dalam parti.

SUPP
Keberangkatan Tiba Yang di-Pertuan Agong ke-XIV: Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku !
Hari ini terukir satu lagi sejarah buat seluruh rakyat Malaysia dan juga kepada negara kerana kita semua menerima seorang Raja baru bagi memayungi kita secara keseluruhan dengan segala kesejahteraan, keharmonian, keamanan dan juga kemakmuran.
Perlantikan untuk kali yang kedua Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badli Shah sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 tentunya akan membawa banyak pengertian atau makna tersendiri buat kita seluruh rakyat Malaysia.
Ketika dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-5 pada 21 September 1970, kebetulan ketika itu Perdana Menteri Malaysia yang ke-2 adalah YABhg Tun Haji Abdul Razak bin Hussein dan pada hari ini 13 December 2011 untuk kali yang kedua Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, kebetulan pula Perdana Menteri Malaysia ke-6 adalah YAB Datuk Seri Hj Mohd Najib anak sulung kepada Allahyarham Tun Haji Abdul Razak.
Semoga semua petanda ini akan membawa banyak kemakmuran buat negara kita serta Malaysia terus mendapat segala nikmat selama tempoh pemerintahan Ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badli Shah. Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku !
Yang di-Pertuan Agong ke - 14 (13 December 2011 - )
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badli Shah
Sultan Kedah Darul Aman
Yang di-Pertuan Agong ke - 13 (13 December 2006 - 12 December 2011)
Tuanku Mizan Zainal Abidin Sultan Al-Muktafi Billah Shah
Sultan Terengganu Darul Iman
Yang di-Pertuan Agong ke - 12 (13 December 2001 - 12 December 2006)
Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail
Raja Perlis Indera Kayangan
Yang di-Pertuan Agong ke - 11 (26 April 1999 - 21 November 2001)
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Sultan Hishamuddin Alam Shah Alhaj
Sultan Selangor Darul Ehsan
Yang di-Pertuan Agong ke - 10 (26 April 1994 - 25 April 1999)
Al-Marhum Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus
Yang di-Pertuan Agong ke - 9 (26 April 1989 - 25 April 1994)
Sultan Azlan Muhibbudin Shah Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ghafarullah
Sultan Perak Darul Ridzuan
Yang di-Pertuan Agong ke - 8 (26 April 1984 - 25 April 1989)
Al-Marhum Sultan Iskandar Alhaj Sultan Ismail
Sultan Johor Darul Takzim
Yang di-Pertuan Agong ke - 7 (26 April 1979 - 25 April 1984)
Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musa'in Billah Sultan Abu Bakar R'ayatuddin Al-Muadzam Shah
Sultan Pahang Darul Makmur
Yang di-Pertuan Agong ke - 6 (21 September 1975 - 29 Mac 1979)
Al-Marhum Tuanku Yahya Petra Sultan Ibrahim
Sultan Kelantan Darul Naim
Yang di-Pertuan Agong ke - 5 (21 September 1970 - 20 September 1975)
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badli Shah
Sultan Kedah Darul Aman
Yang di-Pertuan Agong ke - 4 (21 September 1965 - 20 September 1970)
Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah Sultan Zainal Abidin
Sultan Terengganu Darul Iman
Yang di-Pertuan Agong ke - 3 (21 September 1960 - 20 September 1965)
Al-Marhum Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Hassan Jamalullail
Raja Perlis Indera Kayangan
Yang di-Pertuan Agong ke - 2 (14 April 1960 - 1 September 1960)
Al-Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Alhaj Tuanku Alaiddin Sulaiman Shah
Sultan Selangor Darul Ehsan
Yang di-Pertuan Agong Pertama (31 Ogos 1957 - 1 April 1960)
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad

susur galur YDA
Isnin, Disember 12, 2011
Krisis SUPP: kaum Dayak terus berpecah berikutan pergolakan Wong-Chin

Jika bagi kaum Cina di Sarawak, keretakan di kalangan komuniti berkenaan akibat dari pengaruh fahaman politik yang melampau tidaklah seteruk yang dialami oleh masyarakat Dayak yang kini sudahpun mengalami perpecahan kepada sepuluh dimana mereka sedang giat berusaha mengumpul sebanyak mungkin para penyokong untuk menegakkan perjuangan kumpulan masing-masing.
Dalam dunia politik, kaum Cina Sarawak hanya terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu SUPP, DAP serta PKR dan mereka tidak akan lari jauh dari ketiga-tiga parti berkenaan jika timbul sebarang perselisihan faham antara sesama mereka. Jika berlaku perbalahan yang tidak mampu diselamatkan contohnya dalam SUPP mereka akan lari ke dalam DAP atau PKR dan begitu juga jika berlaku sebarang pertikaian dalam DAP ataupun PKR mereka akan mencari SUPP.
Berlainan pula dengan masyarakat Dayak yang kini kaum mereka turut menganggotai semua parti yang terdapat di Sarawak selain menjadi pemimpin kepada beberapa buah parti politik utama di negeri ini. Dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ahli serta pemimpin dari keturunan Dayak telah membentuk satu kumpulan tersendiri dan begitu juga di dalam Parti PRS, Parti SPDP, Parti SNAP, Parti SUPP, Parti PKR, Parti DAP, Parti STAR, Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti KITA pimpinan Datuk Zaid Ibrahim di mana kaum Dayak telah terbentuk kepada sepuluh kumpulan.
Sebagai kaum majoriti yang terbesar di Sarawak, masyarakat Dayak sebenarnya tidak menyedari bahawa semakin banyak kumpulan yang mereka sertai atau wujudkan demi untuk mendapat kuasa di Bumi Kenyalang maka semakin kecil pula sebenarnya kuasa yang mereka perolehi dan ini sudah tentu sekali tidak memungkinkan untuk mereka mendapat kuasa menjadi pemerintah di negeri ini.
Begitulah seterusnya dengan apa yang sedang berlaku ke atas Parti SUPP kini berikutan konfrontasi di antara kumpulan Datuk Sri Wong Soon Koh dengan kumpulan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui di mana ahli-ahli serta pemimpin SUPP berketurunan Dayak turut berada di dalam kedua-dua kem berkenaan serta mempertahankan ketua masing-masing dan ini sebenarnya telah menyumbang satu lagi perpecahan bagi Dayak di Sarawak dan menjadikan kaum tersebut kini sudahpun berpecah kepada sebelas kumpulan.
Label:
SUPP
2006-2011: Keberangkatan Balik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13

Hari ini satu lagi peristiwa amat bersejarah telah berlaku dalam negara kita dengan berlangsungnya upacara adat istiadat perpisahan bagi menjunjung kasih atas keberangkatan balik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13 Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Mahmud Al-mutadillah Shah serta Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah ke negeri Terengganu Darul Iman setelah tamat tempoh 5 tahun perkhidmatan Baginda sebagai raja yang memayungi seluruh rakyat negara ini.
Label:
Yang Di-Pertuan Agong
Ahad, Disember 11, 2011
Krisis SUPP: Kumpulan Wong mendapat restu daripada KM Sarawak

Apa yang kita perlu beri perhatian adalah kumpulan SUPP yang dipimpin oleh Dato Sri Wong Soon Koh telah mendapat sokongan yang begitu padu daripada kalangan tokoh-tokoh perniagaan terkemuka di negeri Sarawak yang rata-rata mereka adalah pemilik kepada beberapa syarikat besar dan terkemuka di Bumi Kenyalang ini.
Manakala tokoh-tokoh pernigaan terkenal Sarawak yang sangat rapat dengan Pehin Sri Taib Mahmud seperti Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau, Datuk Wong Kie Nai dari WTK Group, Tan Sri Datuk Ling Chiong Hoe dari Shin Yang Group, Mr Lau Swee Ngoung dari Hua Seng Group, Tan Sri Hii Cham Pee dari Interhill Group, Tan Sri Datuk Yaw Teck Seng dari Samling Group dipercayai lebih cenderung untuk menyokong Dato Sri Wong Soon Koh sebagai Presiden SUPP yang baru kerana sebagai anak Cina Sibu mereka tentu sekali berpendapat bahawa parti berkenaan perlu diterajui semula oleh pemimpin Cina Foochow dari Sibu iaitu setelah beberapa tahun dipimpin oleh Cina Miri.
Tanpa kelibat Ketua Menteri Sarawak pada majlis yang disempurnakan oleh Perdana Menteri yang Pengerusi Barisan Nasional pusat itu semalam telah menguatkan lagi beberapa andaian yang mengatakan bahawa Pehin Sri Taib secara berselindung lebih menyukai kepimpinan Dato Sri Wong Soon Koh untuk menerajui SUPP jika dibandingkan dengan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Dengan hanya mewakilkan Datuk Sri Abang Johari Tun Abang Openg bagi menggantikan dirinya pada majlis persidangan TDC itu, Pehin Sri Taib nampaknya lebih selesa untuk menghadiri majlis lain iaitu bermesyuarat dengan rakan sejawatannya dari negeri Kerala India, Oomen Chandy yang kalau dikira boleh diwakilinya kepada YB Datuk Sri Awang Tengah Awang Ali Hassan sebab sebagai Pengerusi BN Sarawak memang perlu bagi Ketua Menteri untuk hadir bersama pada majlis berkenaan bagi meniup semangat semua ahli-ahli SUPP yang hadir.
Untuk rekod juga, semua pemimpin yang menyebelahi Dato Sri Wong Soon Koh di dalam pertelagahan antaranya dengan Datuk Seri Peter Chin bagi merebut jawatan sebagai Presiden SUPP yang baru seperti Datuk Lee Kim Shin, Datuk Francis Harden Hollis, Datuk Tiong Thai King, YB Jerip Susil, YB Ranum Mina dan YB Dr Johnical Rayong adalah merupakan mereka yang disenangi oleh YAB Ketua Menteri Sarawak dan mereka itu juga turut memboikot majlis perasmian yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib semalam.
Label:
SUPP
Sabtu, Disember 10, 2011
Bulan berbentuk luarbiasa berlaku malam ini mulai jam 7:30-12.00pm !
Benarkah berita yang tersebar mengatakan bahawa sebentar lagi mulai jam 7:30 petang ini sehingga jam 12 tengah malam nanti akan berlaku satu fenomena luarbiasa terhadap planet bulan apabila ianya dikatakan akan berbentuk tidak seperti kelazimannya iaitu berkeadaan agak luarbiasa.
Apa-apapun bagi yang ingin mengetahui mengenainya maka sama-samalah kita tunggu saat berlakunya kejadian alam yang diluar dugaan itu atau kejadian yang diluar jangkauan kemampuan akal fikiran manusia...

bulan
Jumaat, Disember 09, 2011
KD Mat Syabu gagal menyelam,,,
Kapal selam milik PAS, KD Mat Syabu hari ini gagal menyelam. Sepatutnya KD Mat Syabu yang telah dijadualkan untuk bersama-sama dengan KD Lim Guan Eng, KD P. Ramasamy dan KD Dr Mansor Othman melakukan selaman di perairan Selat Melaka sempena dengan Pameran Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011 di Pulau Langkawi.
Malang sekali bagi PAS kerana kapal selam mereka gagal untuk turut sama menyelam bersama dengan kapal selam milik DAP Hanya KD Lim Guan Eng yang sanggup menaiki kapal selam itu setelah Mat Syabu gagal dipujuk oleh Menteri Pertahanan supaya mereka merasa sendiri akan kemampuan kapal berkenaan menyelam hingga ke dasar laut.
Apa-apapun ucapan syabas dan tahniah perlu diberi kepada mereka yang telah terpilih untuk menaiki kapal selam KD Tun Razak kerana peluang sedemikian memang jarang sekali boleh diperolehi oleh mana-mana orang awam di negara ini.
Sebuah kapal selam milik blogger pro-BN, KD Papa Gomo juga turut diberi hak oleh Kementerian Pertahanan menerusi menterinya YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk turut serta dalam demonstrasi menyelam KD Tun Razak di Langkawi hari ini, syabas kepada bro Papa Gomo kerana berpeluang melihat secara dekat serta mendapat pengalaman baru menyelam dalam dasar laut menggunakan kapal selam kedua negara.

kd tun razak
Kalau DAP mahu letak calon Melayu, PAS pula letaklah calon Cina...baru ngam!!!

Bukankah PAS sudah ada sayap yang mewakili kaum bukan Melayu dalam partinya iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), oleh itu apa salahnya bagi PAS untuk meletakkan juga calon dari kalangan kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina sebagai calon PAS di kawasan yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Cina atau Tiong Hua pada PRU-13 kelak.
PAS harus berani menari mengikut rentak gendang yang dipalu oleh DAP bukan sekadar terikut-ikut menggoyang kepala lutut tetapi mesti berani menggerakkan seluruh anggota tubuh mereka sebagaimana beraninya DAP bertindak untuk menceroboh kawasan yang sepatutnya diperuntukkan kepada PAS.
Inilah masanya untuk PAS menunjukkan kepada para penyokong parti bahawa slogan "PAS for All" bukan hanya sekadar mainan kata semata-mata sahaja tetapi mesti diterjemahkan ke dalam perjuangan mereka untuk semua bangsa dan agama apabila PAS sudah ada wakil bukan Islam dan Melayu di dalam parti dan tambahan pula PAS kini bukan lagi sebuah parti yang berasaskan kepada Islam sebaik mereka menukar dasar perjuangan parti kepada Negara Berkebajikan.
Label:
pas for all
Khamis, Disember 08, 2011
Demi cinta, sanggup Azmin pecah penjara dan bawa Anwar lari keluar???

Di sini Azmin Ali telah cuba melakukan tiga kesalahan, pertama Azmin Ali memaksa satu pergorbanan dari dirinya ke atas orang yang tidak sepatutnya bagi beliau sebab Anwar jelas bukan sebahagian daripada ahli keluarga beliau jauh sekali sebagai isteri ataupun suaminya....
Kedua, Azmin Ali seolah-olah mengugut, cuba mempengaruhi keputusan hakim atau cuba menekan para hakim agar tidak mensabitkan Anwar Ibrahim dengan kesalahan liwat walaupun kiranya nanti memang benar Anwar terlibat di dalam kes jenayah tersebut.
Dan ketiga, dengan ancaman untuk meroboh penjara kiranya Anwar Ibrahim dipenjarakan bermakna Azmin Ali telah menggalakkan satu budaya liar bercambah dikalangan masyarakat Malaysia iaitu vandalisme atau perosak harta benda awam di negara ini.
Beginikah sikap bakal pemimpin yang tergila-gila nak menjadi pemimpin kepada puluhan juta rakyat Malaysia???
Label:
azmin dan anwar
Rabu, Disember 07, 2011
Agama apa pula yang dibawa oleh Nabi Nik Aziz ye?
Kalau dah Ustaz Shamsul Zaman mengiktiraf kedudukan Mursyidul Am PAS setaraf dengan para Nabi maka bermakna ustaz berkenaan mahu orang lain juga percaya bahawa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah salah seorang daripada 25 orang nabi yang dilantik Tuhan untuk memimpin seluruh manusia di muka bumi ini ke jalan yang benar.
Di antara 25 nabi yang terdahulu ada beberapa nabi yang di beri tanggungjawab lebih besar untuk membawa manusia keluar dari kegelapan seperti Nabi Daud a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Isa a.s serta Nabi Muhamad s.a.w dan masing-masing nabi ini dilengkapkan dengan kitab serta ajaran agama dibawa untuk dikembangkan di kalangan manusia seluruh alam.
Jika Nabi Daud a.s dipilih Tuhan sebagai seorang nabi atau rasul maka Baginda telah diserta dengan sebuah kitab iaitu Kitab Zabur untuk agama Yahudi yang dibawa Baginda. Begitu juga dengan Nabi Musa a.s yang diturunkan sebuah kitab suci iaitu Kitab Taurat untuk agama Majusi yang Baginda perjuangkan dan seterus Nabi Isa a.s yang membawa agama Nasrani atau Kristian dengan Kitab Injil sebagai panduan umatnya. Nabi akhir zaman, Nabi Muhamad S.A.W pula yang dipilih sebagai rasul terakhir dengan agama Islam serta Kitab Suci Al Quran.
Tetapi bagaimana pula dengan Nabi Nik Aziz, takkanlah tak ada kitab suci lain khusus untuk beliau atau agama sendiri yang hendak dibawa kepada rakyat Malaysia? Tak patut juga kalau Nabi Nik Aziz mahu memperjuangkan Islam kerana Islam sudah lengkap dengan seorang nabi serta kitab sucinya sekali maka tak logik pula sekiranya dua nabi untuk satu agama, kan !

nabi nik aziz
Nik Aziz naik pangkat dari Mursyidul Am kepada Nabi PAS
Nampaknya tuah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat semakin cerah, jika sebelum ini beliau adalah merupakan Mursyidul Am PAS iaitu satu jawatan yang tanpa ditandingi dalam parti cuma ianya dibuat secara lantikan oleh dewan perwakilan parti.
Dan kini Datuk Nik Aziz Nik telahpun diisytiharkan oleh para penyokongnya sebagai seorang Nabi. Nabi Nik Aziz itulah nama baru bagi Mursyidul Am PAS itu. Cuma sekarang Nabi Nik Aziz belum lagi menerima sebarang wahyu dari langit.
Ini pula adalah kitab yang diturunkan kepada Nabi Nik Aziz, Kitab al-Jingga...

Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com