Benarkah berita yang tersebar mengatakan bahawa sebentar lagi mulai jam 7:30 petang ini sehingga jam 12 tengah malam nanti akan berlaku satu fenomena luarbiasa terhadap planet bulan apabila ianya dikatakan akan berbentuk tidak seperti kelazimannya iaitu berkeadaan agak luarbiasa.
Apa-apapun bagi yang ingin mengetahui mengenainya maka sama-samalah kita tunggu saat berlakunya kejadian alam yang diluar dugaan itu atau kejadian yang diluar jangkauan kemampuan akal fikiran manusia...
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Sabtu, Disember 10, 2011
Jumaat, Disember 09, 2011
KD Mat Syabu gagal menyelam,,,
Kapal selam milik PAS, KD Mat Syabu hari ini gagal menyelam. Sepatutnya KD Mat Syabu yang telah dijadualkan untuk bersama-sama dengan KD Lim Guan Eng, KD P. Ramasamy dan KD Dr Mansor Othman melakukan selaman di perairan Selat Melaka sempena dengan Pameran Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2011 di Pulau Langkawi.
Malang sekali bagi PAS kerana kapal selam mereka gagal untuk turut sama menyelam bersama dengan kapal selam milik DAP Hanya KD Lim Guan Eng yang sanggup menaiki kapal selam itu setelah Mat Syabu gagal dipujuk oleh Menteri Pertahanan supaya mereka merasa sendiri akan kemampuan kapal berkenaan menyelam hingga ke dasar laut.
Apa-apapun ucapan syabas dan tahniah perlu diberi kepada mereka yang telah terpilih untuk menaiki kapal selam KD Tun Razak kerana peluang sedemikian memang jarang sekali boleh diperolehi oleh mana-mana orang awam di negara ini.
Sebuah kapal selam milik blogger pro-BN, KD Papa Gomo juga turut diberi hak oleh Kementerian Pertahanan menerusi menterinya YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk turut serta dalam demonstrasi menyelam KD Tun Razak di Langkawi hari ini, syabas kepada bro Papa Gomo kerana berpeluang melihat secara dekat serta mendapat pengalaman baru menyelam dalam dasar laut menggunakan kapal selam kedua negara.

Label:
kd tun razak
Kalau DAP mahu letak calon Melayu, PAS pula letaklah calon Cina...baru ngam!!!

Bukankah PAS sudah ada sayap yang mewakili kaum bukan Melayu dalam partinya iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), oleh itu apa salahnya bagi PAS untuk meletakkan juga calon dari kalangan kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina sebagai calon PAS di kawasan yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Cina atau Tiong Hua pada PRU-13 kelak.
PAS harus berani menari mengikut rentak gendang yang dipalu oleh DAP bukan sekadar terikut-ikut menggoyang kepala lutut tetapi mesti berani menggerakkan seluruh anggota tubuh mereka sebagaimana beraninya DAP bertindak untuk menceroboh kawasan yang sepatutnya diperuntukkan kepada PAS.
Inilah masanya untuk PAS menunjukkan kepada para penyokong parti bahawa slogan "PAS for All" bukan hanya sekadar mainan kata semata-mata sahaja tetapi mesti diterjemahkan ke dalam perjuangan mereka untuk semua bangsa dan agama apabila PAS sudah ada wakil bukan Islam dan Melayu di dalam parti dan tambahan pula PAS kini bukan lagi sebuah parti yang berasaskan kepada Islam sebaik mereka menukar dasar perjuangan parti kepada Negara Berkebajikan.
Label:
pas for all
Khamis, Disember 08, 2011
Demi cinta, sanggup Azmin pecah penjara dan bawa Anwar lari keluar???

Di sini Azmin Ali telah cuba melakukan tiga kesalahan, pertama Azmin Ali memaksa satu pergorbanan dari dirinya ke atas orang yang tidak sepatutnya bagi beliau sebab Anwar jelas bukan sebahagian daripada ahli keluarga beliau jauh sekali sebagai isteri ataupun suaminya....
Kedua, Azmin Ali seolah-olah mengugut, cuba mempengaruhi keputusan hakim atau cuba menekan para hakim agar tidak mensabitkan Anwar Ibrahim dengan kesalahan liwat walaupun kiranya nanti memang benar Anwar terlibat di dalam kes jenayah tersebut.
Dan ketiga, dengan ancaman untuk meroboh penjara kiranya Anwar Ibrahim dipenjarakan bermakna Azmin Ali telah menggalakkan satu budaya liar bercambah dikalangan masyarakat Malaysia iaitu vandalisme atau perosak harta benda awam di negara ini.
Beginikah sikap bakal pemimpin yang tergila-gila nak menjadi pemimpin kepada puluhan juta rakyat Malaysia???
Label:
azmin dan anwar
Rabu, Disember 07, 2011
Agama apa pula yang dibawa oleh Nabi Nik Aziz ye?
Kalau dah Ustaz Shamsul Zaman mengiktiraf kedudukan Mursyidul Am PAS setaraf dengan para Nabi maka bermakna ustaz berkenaan mahu orang lain juga percaya bahawa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah salah seorang daripada 25 orang nabi yang dilantik Tuhan untuk memimpin seluruh manusia di muka bumi ini ke jalan yang benar.
Di antara 25 nabi yang terdahulu ada beberapa nabi yang di beri tanggungjawab lebih besar untuk membawa manusia keluar dari kegelapan seperti Nabi Daud a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Isa a.s serta Nabi Muhamad s.a.w dan masing-masing nabi ini dilengkapkan dengan kitab serta ajaran agama dibawa untuk dikembangkan di kalangan manusia seluruh alam.
Jika Nabi Daud a.s dipilih Tuhan sebagai seorang nabi atau rasul maka Baginda telah diserta dengan sebuah kitab iaitu Kitab Zabur untuk agama Yahudi yang dibawa Baginda. Begitu juga dengan Nabi Musa a.s yang diturunkan sebuah kitab suci iaitu Kitab Taurat untuk agama Majusi yang Baginda perjuangkan dan seterus Nabi Isa a.s yang membawa agama Nasrani atau Kristian dengan Kitab Injil sebagai panduan umatnya. Nabi akhir zaman, Nabi Muhamad S.A.W pula yang dipilih sebagai rasul terakhir dengan agama Islam serta Kitab Suci Al Quran.
Tetapi bagaimana pula dengan Nabi Nik Aziz, takkanlah tak ada kitab suci lain khusus untuk beliau atau agama sendiri yang hendak dibawa kepada rakyat Malaysia? Tak patut juga kalau Nabi Nik Aziz mahu memperjuangkan Islam kerana Islam sudah lengkap dengan seorang nabi serta kitab sucinya sekali maka tak logik pula sekiranya dua nabi untuk satu agama, kan !

nabi nik aziz
Nik Aziz naik pangkat dari Mursyidul Am kepada Nabi PAS
Nampaknya tuah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat semakin cerah, jika sebelum ini beliau adalah merupakan Mursyidul Am PAS iaitu satu jawatan yang tanpa ditandingi dalam parti cuma ianya dibuat secara lantikan oleh dewan perwakilan parti.
Dan kini Datuk Nik Aziz Nik telahpun diisytiharkan oleh para penyokongnya sebagai seorang Nabi. Nabi Nik Aziz itulah nama baru bagi Mursyidul Am PAS itu. Cuma sekarang Nabi Nik Aziz belum lagi menerima sebarang wahyu dari langit.
Ini pula adalah kitab yang diturunkan kepada Nabi Nik Aziz, Kitab al-Jingga...

Stadium Angkasa TV1: layanan tidak samarata kepada para pemain Harimau Malaya
Semalam di RTM TV1 rancangan Stadium Angkasa bersiaran secara langsung pada pukul 10 malam dengan menjemput hampir kesemua para pemain muda dalam skuad Harimau Malaya termasuklah jurulatihnya saudara Ong Kim Swee sebagai tetamu undangan untuk rancangan berkenaan.
Terima ksaih kepada pihak RTM amnya dan TV1 khususnya kerana memberi peluang kepada para peminat sukan bolasepak seluruh tanah air untuk mendengar sendiri kata-kata daripada wira-wira sukan negara itu tentang berbagai isu serta kontroversi yang menyelubungi kontijen negara khususnya pasukan bolasepak selama mereka menyertai acara di Sukan SEA ke-26 Jakarta-Palembang November lepas.
Namun semalam TV1 dalam memberi layanan kepada para pemain sebagai tetamu jemputannya seolah-olah tidak peka dengan terhadap perhatian umum atau penonton rancangan tersebut apabila hanya memilih hanya segelinitr pemain untuk bercakap menggunakan mikrofon atau kadangkala jelas melebih-lebihkan hanya dua tiga orang pemain sebagai tumpuan sedangkan mereka bermain secara berpasukan ketika berada di atas padang.
Di akhir rancangan Stadiaum Angkasa semalam sepatutnya semua pemain yang hadir sebagai tetamu diberi kesempatan untuk menyampaikan kata-kata mereka seorang demi seorang kepada peminat dan bukannya dilakukan dengan memilih-milih dan kelihatan ada pemain yang berdiri di barisan hadapan terpaksa diketepikan semata-mata untuk memberi laluan kepada pemain tertentu yang berdiri di barisan belakang.
Pengacara yang mengendalikan rancangan tersebut seharusnya lebih peka akan maklumbalas daripada para peminat yang menonton program berkenaan dan janganlah terlalu ghairah dengan kehadiran para pemain ke dalam studio sehingga lupa tentang maklamat sukan itu sendiri yang lebih menekan akan nilai-nilai perpaduan serta semangat kerjasama dikalangan para pemain.
Sebagai peminat serta penonton kita sedar tentu ada yang rasa tersinggung semalam apabila melihat dua pengacara program Stadium Angkasa hanya memberi tumpuan kepada beberapa nama pemain yang dicopkan sebagai bintang tetapi seolah-olah mengabaikan rakan sepasukan mereka yang lain sedangkan jika tanpa pergerakan secara berpasukan adalah mustahil sesuatu itu dapat dikecapi untuk membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

harimau malaya
Isnin, Disember 05, 2011
Hudud: CSL & orang bukan Islam tak perlu takut kalau rasa tidak bersalah !

Undang-undang hudud dalam Islam sebenarnya sangat bagus sekali kalau ianya dapat dilaksanakan secara betul dan menurut apa yang telah tertulis di dalam Kitab Suci Al Quran. Berdasarkan kepada keadaan semasa di negara kita ini di mana seringkali berlaku perkara atau kejadian yang amat memerlukan satu undang-undang jauh lebih tegas dari sedia ada bagi membendung banyaknya perbuatan-perbuatan yang sudah semakin tidak dapat diatasi dengan undang-undang ciptaan manusia.
Hukum hudud suatu undang-undang tertinggi di dalam Islam patutnya diberi tempat dalam sisitem perundangan di Malaysia ini dan tidak wajar sama sekali bagi mana-mana pihak untuk cuba menggagalkannya kerana jika keamanan dan kesejahteraan yang diimpikan maka kita perlu sedar bahawan kita sememangnya perlu sangat kepada satu bentuk undang-undang yang boleh menjamin kepada kestabilan atau keselamatan yang berkekalan di negara ini.
Sebagai contoh, satu kes seperti kepada mereka-mereka yang begitu beriya-iya sangat hendak mengadakan apa jua bentuk program yang berkaitan dengan kegiatan tidak bermoral seperti seks bebas atau Program Seksualiti Merdeka, hanya undang-undang hudud saja yang boleh menghalang pihak-pihak berkenaan dari cuba untuk meneruskan acara sedemekian. Misal kata kalau ada pihak yang masih berdegil mahu mengadakannya maka hukum rejam sampai mati atau hukum sula harus dikenakan ke atas mereka.
Undang-undang lbih keras perlu dikenakan terhadap mana-mana pihak yang masih berkeras mahu menganjurkan acara sebegitu kerana jika tidak bermakna kita seluruh rakyat Malaysia terpaksa menanggung hukuman dari Tuhan Yang Maha Esa dengan bermacam-macam bala akan diturunkan ke atas negara ini. Rakyat Malaysia perlu sedar dan melihat mengapa sejak akhir-akhir ini mala petaka begitu kerap sekali berlaku di beberapa negara jiran kita seperti Indonesia, Thailand serta Filipina, sebabnya undang-undang di negara berkenaan terlalu longgar sehingga begitu ramai sekali rakyatnya bebas melakukan perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan nilai-nilai budaya serta ajaran agama apabila ada yang mengamalkan gaya hidup orang Barat, berkahwin dengan kaum sejenis, bebas melakukan hubungan seks dengan ahli keluarga sendiri dan sebagainya...
Label:
hudud
Ahad, Disember 04, 2011
Perang antara BN dengan BN di DUN N.66 Marudi semakin memuncak !
![]() |
| Gambar Hiasan Ihsan dari akhbar Borneo Post |
Tindakan itu bagi menunjukkan sokongan padu mereka terhadap YB Datuk Sylvester, wakil rakyat yang telah mereka pilih secara sah dan demokrasi pada Pilihan Raya Umum Sarawak pada April lalu dan itu juga sebagai peringatan kepada Tan Sri William Mawan agar beliau tahu apa maknanya demokrasi dan tidak bertindak secara kuku besi atau melulu dalam menangani sebarang masalah yang timbul di dalam parti.
Apa-apapun yang sedang berlaku di dalam parti SPDP Cawangan Marudi pasti akan memberi kesan yang sangat buruk kepada BN khususnya untuk keputusan PRU-13 di kawasan Parlimen Baram nanti. Kerusi Parlimen Baram yang juga turut merangkumi dua kawasan DUN iaitu DUN Telang Usan dan DUN Marudi kini sedang disandang oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan. Untuk makluman, Ahli Parlimen Baram memang tidak sebulu dengan ADUN Marudi dalam banyak perkara dan ini memang diakui oleh kebanyakkan rakyat di kawasan berkenaan.
Jika PRU-13 akan diadakan dalam masa yang terdekat ini, jadi apakah persediaan yang telah BN Sarawak telah buat untuk menghadapinya sekira masih banyak masalah-masalah serius wujud dalam parti-parti komponen dan belum dapat diselesaikan. Sebelum ini Setiausaha Agung BN Negeri YB Datuk Dr Stephen Rundi telah menyatakan bahawa BN Sarawak telah bersedia untuk berdepan dengan PRU-13 tetapi bagaimana pula dengan masalah dalam SPDP terutamanya dan begitu juga dengan SUPP?
BN Sarawak perlu beri perhatian terhadap apa yang sedang berlaku dengan Barisan Nasional di kawasan Dewan Undangan Negeri kawasan Marudi sebab mereka perlu ingat bahawa undi rakyat yang meyokong Datuk Syvester Entrie pada Pilihan Raya Negeri lepas sangat besar pengaruhnya untuk menentukan kemenangan calon BN bagi Parlimen Baram pada PRU-13 kelak dan perkara tidak boleh diambil mudah kerana tarikh pilihan raya umum sudah semakin dekat manakala masalah dalaman parti komponen BN Negeri belum lagi dselesaikan.
Cubalah pemimpin BN Sarawak bayangkan, apa yang akan terjadi sekiranya para pengundi khususnya rakyat yang menyokong Datuk Sylvester selama ini bertindak memboikot PRU-13 itu nanti ataupun mereka akan memberi undi kepada calon pembangkang ?
Label:
spdp
PAU 2011: Ucapan perasmian 3 sayap UMNO oleh TS Muhyiddin cukup berani !
Saya sebenarnya ada mengikuti ucapan oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Hj Muhyiddin Hj Yassin yang disiarkan secara langsung oleh RTM sewaktu beliau merasmikan persidangan serentak bagi tiga sayap parti Puteri, Pemuda dan Wanita sempena dengan Perhimpunan Agung UMNO kali yang ke-65 dari PWTC beberapa hari yang lalu.
Apa yang sangat menarik bagi saya adalah tentang ucapan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin yang begitu teguh, berani tanpa gentar untuk menyampaikan apa yang sebenarnya terbuku didalam hati orang UMNO khususnya dan orang Barisan Nasional amnya tatkala mereka diserang dengan berbagai fitnah oleh pihak Pakatan Haram DAP, PKR dan juga PAS.
Tanpa berselindung, Tan Sri Muhyiddin nyata berjaya melondeh dan menelanjangkan pihak pembangkang terutama sekali DAP yang selama ini kerapkali menuduh UMNO sebagai sebuah parti perkauman dimana sehingga kini kita semua belum lagi dapat mendengar ulasan daripada pihak pembangkang mengenai ucapan pembukaan yang dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO itu.
Begitu juga dengan PKR dan PAS, Tan Sri Muhyiddin tanpa rasa ragu dan gusar terus melabelkan mereka terutamanya orang Melayu yang menjadi ahli didalam kedua-dua parti berkenaan sebagai pengkhianat bangsa kerana sanggup bersekongkol dengan DAP sebuah parti yang memang sarat dengan muslihat dan agenda perkaumannya.
Ini semua mengingatkan saya kepada satu ucapan paling berani oleh Tan Sri Muhyiddin ketika beliau mula memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dulu dimana beliau telah menggelarkan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim ketika itu sebagai petualang dan pengkhianat kepada bangsa dan negara kerana sanggup bekerjasama dengan DAP untuk memansuhkan beberapa hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputera sebagaimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara serta sanggup menghina dan memburuk-burukkan Malaysia sewaktu di luar negara.
Bagi saya, ucapan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin jelas banyak kali boleh dikatakan sebagai telah memberi modal kepada para perwakilan UMNO setiap kali berlangsungnya perhimpunan agung ataupun juga modal kepada rakyat Malaysia yang lainnya yang cintakan kedamaian untuk mereka mengupas lebih jauh lagi tentang apa dan siapa sebenarnya pihak Pakatan Haram Pembangkang itu kepada negara.
Syabas dan Tahniah juga terima kasih kepada YAB Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin atas ucapan yang cukup berani dan bernas sehinggakan Anwar Ibrahim sampai sekarangpun tidak berani untuk menyaman beliau apabila melabelkan Ketua Umum PKR itu sebagai Petualang Negara...

tan sri muhyiddin
Sabtu, Disember 03, 2011
BN Sarawak tidak boleh pandang ringan masalah yang dihadapi oleh SUPP dan SPDP

Walaupun BN Sarawak seperti juga BN di Semenanjung yang sentiasa berpegang kuat kepada prinsip tidak mahu mencampuri urusan dalaman parti komponen yang lain di dalam Barisan Nasional namun demi kebaikan masa depan pertubuhan terbesar di negara ini tiada salah kiranya mereka sanggup korbankan sedikit prinsip dalam keadaan yang tertentu serta untuk perkara yang amat penting bagi menyelamatkan gagasan Barisan Nasional itu sendiri agar terus mendapat keyakinan tinggi daripada rakyat di Sarawak khususnya.
Dalam isu yang membabitkan dua parti komponen iaitu SUPP dan SPDP, Pengerusi BN Negeri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib perlu menggunakan pengaruhnya untuk memperbetulkan apa jua masalah yang timbul dalam mana-mana parti komponen lain seperti yang sedang berlaku terhadap kedua-dua parti berkenaan ketika ini dan atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi BN Negeri adalah bukan sesuatu yang menyalahi peraturan pertubuhan untuk beliau menjadi orang tengah bagi tujuan memberi kata nasihat kepada pemimpin-pemimpin parti yang terlibat.
Adalah satu kesilapan bagi BN Sarawak jika mengambil sikap berdiam diri dan melihat sahaja apa yang sedang berlaku terhadap SUPP dan SPDP kini tanpa mahu turut membantu mereka mencari jalan penyelesaian dan begitu juga sebaliknya jika kedua-dua parti tersebut yang menutup pintu rundingan kepada semua bentuk campurtangan pemimpin dari parti komponen lain termasuk Pengerusi BN Negeri ke dalam masalah yang sedang dihadapi mereka dimana sikap kuku besi hanya akan merugikan parti mereka sendiri.
Saya berpendapat sekiranya BN Sarawak masih lagi leka dan beranggapan bahawa mereka telah bersedia untuk menghadapi PRU-13 seolah-olah tiada apa-apa masalah yang wujud terhadap mana-mana parti dalam komponen BN Negeri, ini bermakna langkah BN Sarawak untuk terus menjadi penyumbang terbesar kepada kemenangan Barisan Nasional pada peringkat pusat pasti akan tempang kerana sebenarnya masalah yang sedang mengikat SUPP dan SPDP sekarang ini tidak boleh meletakkan BN Sarawak dalam keadaan sudah bersiap sedia seratus peratus untuk berdepan PRU-13 nanti.
Apa yang dikatakan sudah "bersedia" bagi menghadapi PRU-13 itu nanti ialah, setiap parti komponen dalam BN Negeri sudah tiada masalah dalaman parti yang tertunggak dan semuanya sudah diselesaikan termasuklah perkara-perkara yang dibawa ke pengetahuan ROS. Tetapi jika masih terdapat mana-mana parti yang belum berjaya keluar dari isu berat yang membelenggu parti, maka itu bermakna mereka belum bersedia untuk turut serta di dalam PRU-13 kelak dan semua pihak harus melihat keadaan itu sebagai satu perkara yang perlu diberi perhatian serius dan bukannya dibiarkan berlarutan tanpa sebarang tindakan.
Label:
bn sarawak
BN Sarawak akan hilang beberapa kerusi Parlimen pada PRU-13 !
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, Barisan Nasional Sarawak dijangka akan kehilangan lebih banyak kerusi khususnya kerusi Parlimen kepada pihak pembangkang dan BN Sarawak pasti akan berdepan dengan keadaan yang sangat getir dalam usaha mereka untuk mempertahankan beberapa kerusi yang masih disandang ketika ini.
Memandangkan kepada masalah yang sedang dihadapi oleh dua buah parti komponen BN Sarawak iaitu SUPP serta SPDP sejak sebelum PRN Sarawak lagi sehingga kini yang tidak menampakkan yang krisis dalaman parti masing-masing akan selesai, adalah bukan sesuatu yang mustahil banyak perkara yang tidak diduga akan dilakukan oleh ahli-ahli atau sesetengah pemimpin parti untuk mensabotaj parti mereka sendiri pada PRU-13 nanti.
SUPP yang masih belum lagi pulih dari kecederaan yang dialaminya ketika PRK Parlimen Sibu tahun lepas dan keadaan terus menjadi lebih parah sehingga pada PRN Sarawak yang lalu apabila banyak calon parti berkenaan kalah teruk kepada calon pembangkang dan begitu juga dengan SPDP yang tidak sudah-sudah menghadapi masalah kepimpinan parti sehinggalah sampai kepada isu pemecatan Naib Presiden SPDP Datuk Sylvester Entrie oleh Presiden parti Tan Sri William Mawan bulan lepas.
BN Sarawak kini hanya bergantung harap kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diketuai oleh Pehin Sri Taib Mahmud selain Parti Rakyat Sarawak (PRS) pimpinan Tan Sri Dr James Masing untuk terus berkuasa di negeri Sarawak. Disaat parti SUPP dan SPDP sedang bergelut dengan masalah kepimpinan parti mereka masing-masing, PBB terus bergerak seperti biasa mendekati rakyat tanpa banyak masalah yang dilihat boleh menyebabkan PBB akan turut kehilangan kawasan seperti SUPP dan juga SPDP.

Jumaat, Disember 02, 2011
Tahun Masehi lebih 11 hari dari tahun Hijrah berdasarkan jumlah hari dalam setahun
Kalau kita bandingkan jumlah hari yang terkumpul untuk dua belas bulan dalam satu tahun antara tahun Masehi dengan tahun Hijrah, maka kita akan dapati antara kedua-dua tahun tersebut ternyata tidak mempunyai jumlah hari yang sama untuk setiap satu tahun.
Tahun Masehi misalnya setahun ianya ada 365 hari dan akan mendapat pertambahan 1 hari untuk jangkamasa empat tahun sekali menjadikannya ada 366 hari dalam masa setahun, manakala untuk tahun Hijrah ia cuma ada 354 hari saja untuk setiap tahun.
Jika di dalam tahun Masehi, bulan February merupakan satu-satunya bulan yang punya peranan tersendiri dalam perubahan jumlah hari untuk tempoh empat tahun di mana pada tahun 2012 nanti bulan February akan ada 29 hari berbanding tahun 2011 ini yang haya ada 28 hari dan selepas itu iaitu pada tahun 2013, 2014, 2014 dan 2015 hari dalam bulan February akan kembali 28 hari sebelum tahun 2016 yang menyaksikan bulan February pada tahun berkenaan akan ada 29 hari.
Begitu juga dalam tahun Hijrah ada dua bulan yang memainkan peranan tersendiri namun ianya sekadar bertukar-tukar hari iaitu bulan Muharram dengan bulan Zul Hijjah. Seiap tahun kedua-dua bulan tersebut akan bertukar-tukar hari contohnya, sekira pada tahun ini bulan Muharram ada 30 hari dalam sebulan maka bulan Zul Hijjah akan ada 29 hari saja dan begitulah seterusnya apabila pada tahun berikutnya bulan Zul Hijjah ada 30 hari maka secara aoutomatiknya bulan Muharram cuma ada 29 hari sebulan.
Mari kita lihat kepada kalendar Tahun MASEHI dan Tahun HIJRAH
(01) January = 31 hari...............................(01) Muharram = 30 hari
(02) February = 28/29 hari........................(02) Safar = 29 hari
(03) March = 31 hari.................................(03) Rabiul Awal = 30 hari
(04) April = 30 hari....................................(04) Rabiul Akhir = 29 hari
(05) May = 31 hari.....................................(05) Jamadil Awal = 30 hari
(06) June = 30 hari......................................(06) Jamadil Akhir = 29 hari
(07) July = 31 hari.......................................(07) Rejab = 30 hari
(08) August = 31 hari.................................. (08) Syaaban = 29 hari
(09) September = 30 hari.............................(09) Ramadhan = 30 hari
(10) October = 31 hari.................................(10) Syawal = 29 hari
(11) November = 30 hari.............................(11) Zul Qaedah = 30 hari
(12) December = 31 hari..............................(12) Zul Hijjah = 29 hari
==================================================
Jumlah = Masehi 365/366 hari -------------------------Hijrah = 354 hari

Khamis, Disember 01, 2011
Harimau Malaya: Syabas kerana menolak tawaran bermain di Indonesia !

Syabas dan tahniah kepada pemain muda ini kerana sanggup mengenepikan imbuhan yang ditawarkan walaupun jumlahnya mungkin mencecah berbillion rupiah. Demi maruah diri serta maruah negara yang tiap saat dihina dan dikeji oleh pihak-pihak tertentu ketika berlangsungnya Sukan SEA ke-26 lalu di Indonesia, maka mereka tidak akan melayan sebarang pelawaan dari pihak di Indonesia.
Sudahlah kerajaan Indonesia hanya membiarkan rakyatnya sesuka hati mereka menghina para pemain negara ketika temasya Sukan SEA itu tanpa memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia atas perbuatan tidak bertamadun rakyatnya, kini mahu pula melutut memohon khidmat pemain negara kita bermain untuk negara mereka. Memang tak sedar diri!!!
Apa-apapun, terima kasih kepada para pemain ini atas penolakan tersebut dan harap walaupun dalam keadaan yang macamana juga, anda semua jangan lupa akan layanan yang paling buruk yang pernah diberikan oleh pihak-pihak di Indonesia terhadap kontinjen Malaysia selama kalian menyertai Sukan SEA tempoh hari di Jakarta dan juga Palembang.
Label:
sukan sea 26th
Rabu, November 30, 2011
Krisis SPDP: Dayak Sarawak berpecah 9, dulu majoriti kini minoriti !

Namun satu persoalan yang sentiasa bermain di dalam minda masyarakat umum di Sarawak ialah, sebagai satu kumpulan masyarakat yang menjadi majoriti di negeri ini, mengapakah kaum Dayak sehingga ke hari ini tidak mendapat sebarang kepercayaan untuk mengetuai pentadbiran kerajaan negeri tetapi sebaliknya kuasa memerintah negeri kekal dipegang oleh kaum yang minoriti iaitu Melayu Melanau ?
Jawapannya mudah saja, kaum atau masyarakat Dayak di Sarawak tidak pernah bersatu malah mereka kerap kali bersengketa sesama sendiri sehingga pada peringkat pemimpin sekalipun mereka sering bercakaran sesama mereka. Contoh terbaru iaitu yang berlaku di dalam Parti Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP) yang diketuai oleh YB Tan Sri Milliam Mawan Ikom.
SPDP baru-baru ini telah memecat Naib Presidennya iaitu YB Datuk Sylvester Entri Muran atas dakwaan menentang parti, manakala beberapa nama yang lain seperti ADUN Batu Danau YB Paulus Ngumbang, ADUN Tasek Biru YB Peter Nansian serta ADUN Bekenu YB Rosey Yunus masih di dalam pertimbangan samada akan turut dipecat atau sebaliknya.
Untuk pengetahuan semua, YB Datuk Sylvester Entrie merupakan seorang wakil rakyat yang sentiasa dekat dengan rakyat malah apa jua masalah rakyat yang tidak mampu diselesaikan oleh Ahli Parlimen Baram YB Datuk Jacob Dungau Sagan maka Datuk Sylvester Entrie lah yang akan berusaha sehingga masalah yang dihadapi oleh rakyat khususnya didalam kawasan DUN beliau yang juga dalam kawasan Parlimen Baram dapat di atasi.
Cuma apa yang menjadi tandatanya di sini ialah, apakah peranan Datuk Jacob Dungau dalam isu pemecatan YB Datuk Sylvester Entrie daripada SPDP, apakah ianya berkaitan dengan rasa tidak senang hati Datuk Jacob terhadap Sylvester yang beliau anggap seringkali membelakangi dirinya ketika didalam perkara-perkara membabitkan penyelesaian masalah rakyat dikawasan bersama ?
Misalnya dalam isu bantuan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) serta Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) untuk penduduk di kawasan Bakong Marudi, bagaimana YB Sylvester Entrie berjaya menyelesaikannya sehingga tidak menimbulkan rasa kurang senang di pihak Jacob.
Semua yang di atas merupakan sebahagian daripada intipati yang menjadi punca kepada kelemahan serta juga ketidakupayaan kuasa politik kaum Dayak di Sarawak. Dalam politik, sikap suka kepada perpecahan memang ketara sekali apabila didalam semua parti yang ada di Sarawak ini tidak kira ianya parti kerajaan mahupun parti pembangkang tiada satupun antaranya yang tidak dianggotai oleh suku kaum Dayak.
Dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Cinta Malaysia, Parti STAR, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dan Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) yang ura-ura akan dihidupkan semula, semua orang Dayak turut menjadi ahli parti malah mereka juga turut menjadi ketua kepada beberapa buah parti seperti SPDP, PRS, SNAP, STAR dan PBDS.
Dalam ertikata lainnya, kuasa politik masyarakat Dayak di Sarawak sebenarnya sangat lemah dan ini terbukti apabila didalam SUPP mereka hanyalah umpama suara picisan atau hanyalah seperti melukut ditepi gantang kepada masyarakat Cina yang menguasai parti dan begitu didalam PKR, DAP mereka hanyalah pelengkap kepada istilah yang yang digunakan oleh PKR atau DAP iaitu parti berbagai bangsa walhal kaum Dayak hanya diperkudakan oleh pemimpin yang tertentu.
Di dalam SPDP, PRS, STAR, SNAP pemimpin Dayak yang banyak berpolitik daripada membantu rakyat yang merea wakili. Masing-masing sibuk menjaga kuasa. Presiden PRS Tan Sri James Jemut Masing dan Presiden SPDP Tan Sri William Mawan antara contoh dua pemimpin Dayak yang takut kepada bayang-bayang sendiri, menolak amalan demokrasi semata-mata mahu mempertahan kedudukan.
Tan Sri James Jemut menyekat bekas ADUN Pelagus Hilary S'ng dari menyertai mana-mana parti dalam komponen BN dan begitu juga Tan Sri William Mawan yang menggertak Pengerusi BN Sarawak Pehin Sri Taib Mahmud agar tidak menerima Datuk Sylvester Entri masuk ke dalam parti BN yang lain. Apakah hak kedua-dua pemimpin ini untuk menafikan hak pemimpin lain supaya dapat terus berkhidmat kepada rakyat yang mereka wakili menerusi saluran yng dibenarkan mengikut sistem demokrasi di negara ini?
Jika mereka berdua (Tan Sri James Jemut dan Tan Sri William Mawan) masih percaya kepada amalan demokrasi di negara ini maka mereka berdua juga harus percaya bahawa sistem demokrasi juga terbuka kepada semua pemimpin dinegara ini termasuk Hilary S'ng dan juga Datuk Sylvester Entrie dan walau apa juapun alasannya, Tan Sri James Jemut dan Tan Sri William tidak berhak untuk menyekat bekas ADUN Pelagus Hilary S'ng dan bekas Naib Presiden SPDP dari menyertai mana-mana parti dalam komponen Barisan Nasional.
Itu semua belum lagi dikira dengan persengketaan terbuka sesama parti-parti yang mewakili masyarakat Dayak seperti PRS dengan SPDP di mana perang dingin antara kedua presiden parti belum menampakkan mereka akan berdamai bagi mencapai kata sepakat kerana kesukaran untuk bersetuju dalam semua perkara, seringkali sahaja ada pertembungan pendapat sehingga menggagal usaha untuk mereka bersatupadu.
Inilah hakikat yang kaum Dayak di Sarawak harus terima, mereka merupakan kumpulan majoriti, masyarakat terbesar di Bumi Kenyalang namun mereka sehingga kini masih gagal untuk menerajui kepimpinan di negeri Sarawak kerana perpecahan dalam masyarakat Dayak yang kian serius yang tidak akan memungkinkan kaum berkenaan boleh memimpin Sarawak dengan lebih berkesan serta lebih baik daripada kerajaan sedia ada yang dipimpin oleh pemimpin dari kaum minoriti.
Cuma apa yang kita nantikan ialah, dalam keadaan serta suasana politik yang kurang menggembirakan di negeri Sarawak ketika ini berikutan dengan kemasukan parti dari luar Sarawak seperti PKR, DAP, Parti Cinta Malaysia, KITA dan lain-lainnya, apakah harapan untuk melihat kuasa politik kaum Dayak di Sarawak yang kini sudah berpecah kepada 9 akan kembali bangkit untuk bersatu ataupun kuasa politik mereka akan terus kekal selamanya seperti ketika ini atau lebih buruk lagi ?
Label:
spdp
Ahad, November 20, 2011
Sukan SEA XXVI: Malaysia Boleh! boleh menang - Ayo! Indonesia Bisa! bisa kalah
Posting ini merupakan yang terakhir dari saya untuk blog Anak Merdeka bagi bulan November kerana saya akan rehat untuk selama lebih kurang sepuluh hari bermula tengah malam ini atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Dan saya hanya akan kembali aktif menulis serta mengemaskini laman blog ini mulai awal bulan Disember depan..
Namun dalam pada itu ingin saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk berkongsi dengan pembaca sekalian tentang bagaimana geram dan marahnya hati serta perasaan saya terhadap layanan buruk masyarakat Indonesia terutamanya para penyokong kontinjen negara berkenaan kepada rombongan daripada Malaysia.
Tetapi sebagai penawar atau pengubat kepada semua itu, apakata masing-masing kita membuat ramalan berkenaan dengan keputusan yang bakal kita ketahui pada esok malam berhubung dengan perlawanan di antara pasukan Harimau Malaya iaitu skuad muda bawah 23 tahun negara dengan pasukan Garuda pencen dari Indonesia.
Harap maaf sebab saya bukannya ahli tilik ataupun ahli nujum cuma sekadar suka-suka saja jangan pula ada yang akan kata saya nak membawa orang lain ke jalan yang syirik. Sekadar hiburan! Ok, seperti yang kita rakyat Malaysia semua sudah sedia maklum bahawa malam esok adalah merupakan malam penentuan bagi kedua-dua pasukan samada Indonesia ataupun Malaysia yang akan mendapat pingat emas dalam perlawanan akhir acara bolasepak Sukan SEA ke-26.
Perlawanan bolasepak antara Malaysia-Indonesia malam esok juga amat penting bagi Indonesia kerana mereka mesti dan perlu menang ke atas Malaysia sebab jika mereka menang maka sudah tentu pingat emas menjadi milik Indonesia dan gelaran juara bagi mereka juga sungguh bermakna sekali, tetapi sekiranya pingat emas menjadi milik Malaysia sementara Indonesia akan dinobatkan sebagai juara pada Sukan SEA ke-26 ini semuanya tidak akan membawa sebarang erti kepada pasukan tuan rumah kerana pingat emas bagi acara sukan bolasepak yang dianggap sebagai "ibu kepada segala pingat emas" harus dan mesti dimenangi oleh mereka dan jika tidak maka tidak lengkaplah gelaran juara bagi kontinjen Indonesia..
Maknanya, seandai pasukan Harimau Malaya berjaya menewaskan pasukan Garuda Indonesia malam esok di Stadium Nasional Gelora Bung Karno Jakarta, maka musnah dan punahlah segala harapan yang melangit seluruh rakyat Indonesia untuk melihat pasukan bolasepak negara mereka melengkapkan kejuaraan Indonesia pada Sukan SEA XXVI dengan sebutir pingat emas.
Sehari sebelum berlangsungnya perlawanan antara pasukan Harimau Malaya bawah 23 tahun dengan pasukan Garuda Indonesia, seperti keputusannya sedang bermain-main didalam otak kepala saya. Dapat saya rasakan betapa seluruh rakyat Malaysia akan terpegun dengan persembahan hebat anak buah jurulatih Ong Kim Swee. Buat kali kedua, sudah terbayang-bayang dimata saya betapa pasukan bolasepak Malaysia sekali lagi akan meraikan kemenangan mereka ke atas pasukan Indonesia malam esok.
Keputusannya bagaimana? Oh ya...Malaysia akan menang dengan kelebihan satu gol. Kalau Indonesia dengan 1 gol sudah tentu Malaysia ada 2 gol, dan jika Indonesia sumbat 2 gol sudah pasti Malaysia akan berjaya menambah 1 lagi gol menerusi jaringan yang ketiga dan begitulah seterusnya sehingga pasukan Indonesia mengibar bendera putih tanpa warna merah sebagai tanda mereka telahpun menyerah kalah kepada pasukan Harimau Muda :-))
SUKAN MEMBAWA MESEJ PERPADUAN KEPADA SELURUH PENDUDUK DUNIA !
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA !
MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH!

Sukan SEA XXVI: rakyat Indonesia harus lakukan transformasi ke atas minda mereka !

Untuk maju, maka sebahagian besar rakyat Indonesia harus berani melakukan banyak perubahan dalam hidup mereka. Pertama sekali mereka perlu meletakkan cara berfikir mereka dari terus berada dibawah tempurung berpindah ke atas tempurung sebab mereka perlu melihat dan mendengar perkara lain yang berlaku disekeliling mereka bukan semata-mata dengan menggunakan mata dan telinga tetapi juga harus menggunakan minda sekali.
Keduanya, rakyat Indonesia perlu membuang sikap angkuh, sombong dari diri mereka yang selama ini seolah-olah sudah menjadi pakaian mereka lalu digantikan dengan sikap sedia menghormati hak dan kemampuan orang lain dan juga mereka perlu mengikis perasaan hasad dengki yang sekian lama bersarang di dalam lubuk hati mereka bagi mengelak sebarang perasaan buruk sangka yang membawa kepada sikap bermusuhan tidak sudah-sudah mereka terhadap rakyat Malaysia.
Yang sangat penting bagi sesetengah rakyat Indonesia ialah mereka tidak lagi boleh terlalu bergantung kepada kepercayaan lama bahawa Indonesia lebih hebat daripada Malaysia walaupun keluasan negara mereka jauh lebih besar serta jumlah penduduknya jauh lebih ramai jika dibandingkan dengan Malaysia sebab tanpa mereka sedari, Malaysia sebenarnya kini telah jauh meninggalkan Indonesia di belakang dalam banyak bidang dan mereka tidak boleh lagi menafikan perkara ini.
Jika empat puluh tahun yang lalu memang Malaysia masih lagi bayi yang baru belajar merangkak, mungkin bolehlah pihak-pihak tertentu di Indonesia cuba memperlekehkan keupayaan negara ini tetapi kini setelah lebih sepuluh tahun Malaysia bergerak seiring bersama-sama dengan negara lain meredah zaman milenium ini menjadikan Malaysia semakin dewasa dan matang dalam banyak perkara dan ini adalah satu petunjuk jelas kepada segelintir rakyat di Indonesia bahawa sekarang bukan masanya lagi untuk mereka terus beranggapan bahawa Malaysia masih sama seperti awal pembentukannya tahun 1963 dulu.
Malaysia sudah mampu berdikari, jika dulu Malaysia hanya bertemankan beberapa buah negara tetapi kini Malaysia sudah ramai kawan dan sahabat malahan Malaysia kini bukan lagi menjadi sebuah negara yang hanya menanti simpati ataupun bantuan daripada negara lain tetapi sebaliknya Malaysia adalah antara negara-negara yang paling aktif dan kerap menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mana-mana negara yang pernah ditimpa bencana alam termasuklah Indonesia juga yang dilanda Tsunami besar akhir tahun 2006 dulu.
Di dalam isu negara Palestine misalnya, Malaysia lebih ke depan dalam memperjuangkan hak serta kedaulatan negara tersebut jika dibandingkan dengan negara-negara lain di sebelah Asia. Malaysia menerusi YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad lebih lantang menyuarakan sokongannya ke atas perjuangan rakyat Palestine dalam usaha untuk melepaskan tanah air mereka daripada cengkaman rejim Zionis malah rakyat Malaysia terus bermurah hati menyumbang kepada dana bantuan untuk meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Palestine akibat penindasan sekian lama oleh pihak Israel ke atas mereka.
Oleh itu, sekiranya sesetengah rakyat Indonesia masih beranggapan dan melihat bahawa Malaysia sama seperti Malaysia lebih empat puluh tahun yang lalu, mudah diperkotak-katikkan, lemah dan tidak berdaya maka mereka sebenar sangat salah dan silap sebab sebelum melihat semula ke arah Malaysia yang moden sekarang maka mereka terlebih dulu perlu mengubah cara mereka berpikir, sanggup melakukan perubahan pada minda mereka dan sudah pasti setelah itu mereka akan tahu bahawa hakikatnya rakyat Malaysia sudah jauh di depan meinggalkan mereka dalam banyak perkara, berpikiran terbuka dan sentiasa bersedia menerima kekalahan dalam keadaan apa sekalipun.
Maka sebab itulah saya melihat betapa perlunya untuk rakyat Indonesia melakukan perubahan besar dari segi minda mereka, cara berpikir dan bersedia dalam menerima apa jua keputusan yang melibatkan kepentingan mereka. Mereka juga tidak lagi boleh terlalu alpa atau terlalu mengagung-agungkan perjuangan sejarahwan-sejarahwan terdahulu sehingga boleh merosakkan hubungan dua hala yang sedia terjalin sejak sekian lama antara Malaysia dengan Indonesia namun sebaliknya mereka perlu berusaha agar persahabatan antara kedua negara kekal utuh dan mengelak dari menimbulkan sebarang pertikaian baru.
Label:
sukan sea 26th
Sabtu, November 19, 2011
Sukan SEA 2011: Harimau Malaya, pasukan bolasepak termahal di dunia !
Belum pernah berlaku lagu terhadap mana-mana pasukan bolasepak di seluruh dunia samada ianya bertaraf kelab mahupun pasukan kebangsaan yang menerima kawalan keselamatan yang sebegitu tinggi dan ketat daripada pihak berkuasa di sesebuah negara tempat berlangsungnya sesuatu perlawanan sebagaimana yang pernah dan telah diterima oleh pasukan bolasepak Malaysia daripada pihak keselamatan Indonesia.
Sudah dua kali, pertama ketika perlawanan di antara Malaysia menentang Indonesia untuk merebut Piala Suzuki AFF pada tahun lepas di Stadium Nasional Gelora Bung Karno di mana Skuad Harimau Malaya yang mewakili negara terpaksa dibawa keluar dari stadium dengan menggunakan kereta perisai tentera serta kereta kebal bagi mengelak mereka dari diganggu oleh perampok-perampok dan juga maling-maling yang sedang berkeliaran di sekitar stadium.
Dan begitu juga halnya sebaik saja tamat perlawanan bolasepak antara Malaysia dengan Indonesia 17 November dua hari yang lalu di stadium yang sama, layanan serupa juga telah diterima oleh pasukan Harimau Malaya bawah 23 tahun ketika mereka keluar hendak meninggalkan stadium terpaksa dibawa dengan beberapa buah kereta kebal milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) bagi mengelak gangguan daripada penonton warga Indon yang tentunya tidak berpuashati dengan kekalahan 0-1 pasukan Indonesia ditangan skuad Harimau Malaya.
Cuba kita pikir balik, adakah pernah barisan pemain dari pasukan ternama seperti Brazil, Italy, Perancis, Sepanyol, Jerman, Argentina, Chile, Paraguay, Uruguay dan sebagainya menerima kawalan yang begitu ketat sekali seperti yang pasukan negara kita terima daripada negara penganjur? Belum pernah rasanya,,,
Dan begitu jugalah dengan kelab-kelab bolasepak terkemuka dunia seperti Chealsea, Manchester United, Liverpool, Manchester City dan lain-lain, belum pernah lagi mereka mendapat jaminan keselamatan yang begitu tinggi sekali daripada pihak berkuasa negara penganjur sebagaimana layanan yang diberi oleh pihak berkuasa Indonesia ke atas pasukan negara kita.
Semuanya itu terpaksa dilakukan oleh pihak berkuasa Indonesia bagi memastikan keselamatan semua pemain terutama sekali mereka dari kontijen Malaysia agar tidak menjadi mangsa serangan oleh rakyat Indonesia yang memang sangat irihati dengan kemajuan demi kemajuan yang telah dicapai oleh Malaysia.
Tetapi jikalau kita pikir-pikirkan banyak kali, sudah tentu tindakan diambil oleh pihak berkuasa Indonesia yang membawa barisan pemain bolasepak negara keluar dari stadium menuju ke hotel penginapan mereka di Jakarta dengan menggunakan kenderaan perang milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) dengan sendirinya telah menunjukkan kepada masyarakat dunia umumnya bahawa betapa kolot dan ganasnya rakyat Indonesia sehinggakan pihak tentera terpaksa turut bersama dengan anggota polis dalam menjaga keselamatan para pemain dari skuad negara kita.

Sukan SEA XXVI: SYABAS dan TAHNIAH !! Malaysia 1 - 0 Myanmar
Tahniah !!! Syabasss!!! Harimau Muda Negara,,,,anda semua wira negara, wira Malaysia!!! Malaysia Bolehhh!!! Malaysia 1 - Myanmar 0...
Myanmar pakai jersi merah warna Indon juga turut tewas!!!
Tenggelamkan terus keegoan rakyat tuan rumah Indonesia...biarkan mereka terus tenggelam dengan sikap angkuh dan sombong mereka,,,padan muka Merah Putih!!!

Malaysia Boleh
Sukan SEA XXVI: Harimau Muda vs Myanmar ! MALAYSIA BOLEH!!!
SOKONGAN PADU RAKYAT MALAYSIA BUAT PASUKAN HARIMAU MUDA NEGARA,,,
MALAYSIA BOLEHHH!!! Jangan biarkan pihak di Indonesia sesuka hati mereka untuk cuba menekan skuad bolasepak negara. MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH!!!
MALAYSIA BOLEHHH!!! Jangan biarkan pihak di Indonesia sesuka hati mereka untuk cuba menekan skuad bolasepak negara. MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH! MALAYSIA BOLEH!!!
Label:
Malaysia Boleh
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com