Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Oktober 13, 2011

Jakarta abai rakyat Indonesia di sepanjang sempadan Kalimantan-Sarawak

Punca mengapa semakin hari semakin selalu kita dengar keluhan rakyat Indonesia yang mendiami kawasan sepanjang sempadan antara Kalimantan dengan negeri Sarawak iaitu mengenai tahap pembangunan di tempat mereka adalah disebabkan oleh sikap tidak peduli kebanyakkan pemimpin kerajaan Indonesia yang berpusat di Jakarta terhadap kebajikan rakyatnya yang tinggal jauh di bahagian pendalaman seperti itu.

Ramai penduduk Indonesia yang tinggal berjiran dengan rakyat Sarawak yang berhampiran sempadan sering mempersoalkan akan kebajikan mereka jika dibandingkan dengan nasib rakyat Sarawak yang mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak kerajaan Malaysia namun nasib mereka pula adalah sebaliknya pula apabila jelas terpinggir dari arus pembangunan atau dalam erti kata lainnya telah diabaikan oleh kerajaan Indonesia yang menguasai kuasa pemerintah dari Pulau Jawa.

Kepada para pemimpin pembangkang di Indonesia tidak perlulah mereka sering untuk menyalahkan kerajaan Malaysia apabila berlakunya rungutan daripada warganya sendiri yang menghuni kawasan sempadan dengan Sarawak jika ada diantara mereka lebih menyenangi kerajaan Malaysia jika dibandingkan dengan kerajaan Indonesia sendiri malah ada yang menaruh harapan agar suatu hari nanti wilayah yang mereka duduki kini menjadi sebahagian wilayah Malaysia.

Bagaimana keadaan hidup penduduk warga Indonesia yang tinggal di kawasan sempadan dengan Sarawak yang jarang sekali diberi perhatian oleh pihak kerajaan Indonesia dan ini mereka boleh lihat sendiri bermula dari kawasan yang dipertikaikan iaitu di Camar Bulan di Kalimantan Barat hinggalah ke kawasan Sungai Sekayan, kawasan Danau Sentarum, kawasan Hulu Kapuas, Senaning, Badau, Kelayam, Long Betaoh di Kalimantan Tengah dan seterusnya di Kalimantan Timur seperti di Long Temunyat, Long Ampung, Long Sungai Barang, Lo Nawang, Dian Dian, Long Peliran, Gura Moyang, Pow-a-pan, Long Bawan, Malinau dan lain-lainnya.
Ramai golongan belia dari kawasan-kawasan tersebut telah berhijrah melalui jalan tikus ke Sarawak semata-mata untuk mencari rezeki. Mereka berkerja dalam sektor perladangan serta pembalakan. Malah ada yang telah tinggal di Sarawak untuk tempoh yang begitu lama dan berkahwin dengan penduduk tempatan dan mereka ini tidak pernah terfikir lagi untuk pulang ke tempat asal mereka di wilayah Indonesia. Untuk kembali semula ke tanah asal adalah agak mustahil kerana tiada peluang pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan Indonesia kepada mereka.

Jadi kepada pihak Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) khususnya T. B. Hasanuddin yang telah mencetuskan isu baru antara Indonesia dengan Malaysia, diharap orang ini buat penyelidikan dengan cermat mengenai garis sempadan antara Kalimantan dengan negeri Sarawak dan bukannya hanya berdasarkan kepada andaian semata. Tidak mungkin bagi kerajaan Malaysia untuk bertindak sebodoh itu dengan mengubah garisan sempadan yang telah dipersetujui bersama pada tahun 1978 dulu.

Dan apa yang lebih penting ialah agar pihak DPR atau saudara T. B. Hasanuddin sendiri berusahalah mencari puncanya mengapa sejak-sejak akhir ini semakin kerap kedengaran para penduduk warga Indonesia di sepanjang kawasan sempadan lebih condong kepada Malaysia dan mereka mahu wilayah mereka menjadi sebahagian daripada wilayah Malaysia. Adakah itu semua kesalahan kerajaan Malaysia? Rakyat Indonesia dipendalaman khususnya dikawasan sempadan Kalimantan-Sarawak sebenarnya telah lama terpinggir dan kebajikan mereka telah sekian lama diabaikan !

Adalah sangat diharapkan agar pihak DPR serta saudara T. B. Hasanuddin sendiri wajar dan lekas dalam mencari jalan bagi mengatasi keadaan itu dan bukannya cuba melaga-lagakan kerajaan Malaysia dengan rakyat di Pulau Jawa yang tidak tahu menahu tentang apa yang berlaku di wilayah Pulau Borneo ini. Betapa bodohnya pemimpin yang suka dengan jalan singkat seperti apa yang dilakukan oleh saudara T. B. Hasanuddin itu, apakah dia tidak boleh berfikir bahawa penghakisan pantai akibat dipukul ombak sepanjang masa juga adalah penyumbang besar kepada berlakunya kehilangan tanah di daratan...

Pejabat Kedutaan Malaysia kena serang lagi !!!


Kerajaan Malaysia dituduh merampas 1,000 hektar tanah di Kalimantan Barat Indonesia yang bersempadanan dengan Bahagian Pertama Kuching, Sarawak.

Lebih memburukkan lagi keadaan apabila isu ini telah dipolitikkan oleh Parti Pembangkang di Indonesia. Keadaan bertambah tegang apabila isu itu sengaja dicetus oleh Naib Ketua Komisi 1, Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), T. B. Hasanuddin yang mendakwa, Indonesia kehilangan 1400 hektar tanah di Camar Bulan serta 800 meter garis pantai di Tanjung Datu. Seterusnya di sini
Semalam, lebih 650 orang penunjuk perasaan telah berkumpul dan menyerang Ibu Pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta. Mereka melakukan serangan serupa sepertimana yang pernah dilakukan oleh kumpulan BENDERA sebelum ini.

Harap rakyat Indonesia yang terlibat dalam tunjuk perasaan itu hendaknya sedar diri dan cerminkanlah diri sendiri...serta bertaubatlah !!!

Rabu, Oktober 12, 2011

Video: KJ membuat Anwar, Saifuddin, Yusmadi, Tony Pua & Azan sesak nafas di Parlimen !



Saya telah melihat video ini sehingga ke penghujung dan bangga melihat kemampuan agak luarbiasa Ahli Parlimen Rembau YB Khairy Jamaluddin atau KJ dalam membidas serta mempertikaikan sikap hipokrit para pemimpin Pakatan Haram Pembangkang berhubung dengan Bajet 2012 yang baru saja dibentang oleh Perdana Menteri pada Jumaat 7 Oktober lalu.

Saya tertarik dengan ucapan bersahaja Wakil Rakyat Rembau itu yang saya kira sudah cukup untuk membuat pihak Pakatan Haram Pembangkang tidak senang duduk dan tidak senang berdiri. Semua seperti jadi serba salah. Lihat bagaimana Anwar bangun duduk, bangun duduk untuk mempertahankan kenyataannya namun dengan mudah dipatahkan oleh KJ. Syabas YB !

Bukan sekadar Anwar saja, malah Yusmadi Yusof, Saifuddin Nasution, Tony Pua dan Azan Ismail juga sentiasa kelihatan berdiri, duduk, berdiri duduk dan nampak semakin gelisah saat KJ sedang membahaskan Belanjawan 2012 terutama ketika Ketua Pemuda UMNO itu mempersoalkan tentang Buku Jingga serta juga Bajet Pakatan Haram Pembangkang yang diumumkan tiga hari sebelum Bajet kerajaan BN diusulkan minggu lepas.

Harapan agar lebih ramai pemimpin muda dalam BN yang berani seperti KJ apabila berdepan dengan puak-puak pembangkang. Berani mempertahankan dasar-dasar kerajaan sedia ada serta cekap memperjelaskan apa jua isu yang sedang berbangkit sebagaimana yang telah dilakukan oleh YB Khairy Jamaluddin.

Syabas YB Khairy !!

Selasa, Oktober 11, 2011

Datuk Ahmad Jais meninggal dunia... salam takziah

11 Oktober 2011 - Penyanyi veteran yang terkenal dengan lagu "Selamat Hari Raya" Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Datuk Ahmad Jais meninggal dunia pada jam 9:20 pagi tadi di Pusat Perubatan Darul Ehsan di percayai komplikasi paru-paru. Berita seterusnya di sini

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham dan semoga rohnya akan dicucuri dengan rahmat serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh serta beriman.

Isnin, Oktober 10, 2011

Ada apa dengan keluang ?

Tabiat pelik sang keluang ialah mengenai deria rasanya yang nyata berbeza mengikut jenis pokok buah-buahan terutama sekali ketika datangnya musim berbunga ataupun semasa musim berbuah.

Pada musim durian mengeluarkan bunga dan seterusnya apabila bunga durian mulai mekar, nyata sekali pada waktu malam amat mudah untuk kita melihat keluang akan berterbangan dan hinggap di setiap pokok durian yang sedang berbunga untuk menghisap manisan dari bunga yang baru keluar dari kelopak.

Namun, keluang akan menjauhkan diri dari pokok durian setelah bunga-bunga mula menghasilkan bibit-bibit yang seterusnya membesar sehinggalah menjadi buah durian yang telah matang dan sedia untuk gugur.

Tetapi berlainan pula keadaannya tatkala tiba musim rambutan berbunga. Keluang tidak tertarik untuk keluar ketika pokok rambutan sedang berbunga namun tarikan kepada keluang ialah setelah pokok rambutan mengeluarkan buahnya dan menjelang malam, keluang telah bersedia untuk menyerbu setiap pokok rambutan yang sudah masak buahnya.

Itu yang peliknya, keluang hanya akan tertarik kepada pokok durian ketika pokok tersebut sedang berbunga namun meninggalkannya setelah pokok berkenaan mulai berbuah tetapi berbeza dengan pokok rambutan, keluang hanya akan datang hinggap di pokok rambutan ketika buahnya sudah mulai masak tetapi tidak menghiraukannya ketika pokok rambutan sedang berbunga.

Blue Film: Semalaman membongkok di Bangkok !



Tumpang sekaki untuk menyiarkan video terbaru keluaran PKR Film Production...

Ahad, Oktober 09, 2011

BERSHIT 2.0: angkara Ambabiga & Pas Samad, mengapa polis pula yg dipersalahkan?

KUALA LUMPUR 8 Okt - Polis memberi jaminan akan mengambil tindakan disiplin ke atas anggotanya jika didapati anggota itu bersalah melakukan lontaran bom asap dikawasan Hospital Bersalin Cina (CMH), Jalan Pudu ketika bertugas menyuraikan perhimpunan haram pada 9 Julai lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh berkata, anggota yang telah dikenal pasti itu berpangkat Koperal. Namun beliau berkata, pihaknya masih mengumpulkan bukti bagi menyiasat kesahihan dakwaan bahawa anggota berkenaan bertindak diluar garis panduan operasi polis (SOP) semasa melaksanakan tugas.

"Kita akan ambil tindakan disiplin dan tatatertib di peringkat IPK (Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur) jika siasatan mendapati perkara itu benar," - Datuk Mohamad Salleh.

Sikit ulasan;
Kalau bukan disebabkan kedegilan pihak Ambabiga dan A. Samad Said yang tetap berkeras menganjurkan perarakan serta perhimpunan haram Bershit 2.0 pada 9 Julai lalu walaupun sudah banyak kali dinasihatkan oleh pihak berkuasa agar membatalkan niat mereka, sudah pasti banyak kejadian yang tidak diingini akan dapat dielakkan daripada berlaku.

Tetapi sayang seribu kali sayang, segala nasihat yang diberi oleh pihak polis serta pandangan dari banyak pihak juga telah tidak dihiraukan malah telah diketepikan begitu saja oleh kumpulan Ambabiga dan A. Samad Said apabila mereka tetap dengan pendirian untuk terus dengan niat asal mereka mengadakan perhimpunan walaupun tanpa permit.

Namun apabila berlaku tindakan polis yang sedikit tersasar dari yang sepatutnya, apakah itu bermakna pihak penganjur Bershit 2.0 seperti Ambabiga, Mat Syabu, A. Samad Said, Anwar Ibrahim, Tian Chua dan lain-lain lagi secara dengan sendirinya atau secara otomatik telah terlepas dari diambil tindakan undang-undang hanya disebabkan pihak polis yang bertugas mengawal keadaan ketika itu telah melanggar "garis panduan operasi polis" (SOP) ?

Perlu mereka ingat juga, jika bukan kerana kedegilan pihak penganjur Bershit 2.0 yang mengadakan perhimpunan haram itu, mana mungkin pihak polis sengaja untuk membazirkan masa bertugas mereka tidak tentu pasal pada hari dan tarikh berkenaan namun semuanya dilakukan demi untuk menjaga keselamatan orang ramai serta memastikan ketenteraman awam terus terjaga sebaik saja kumpulan Ambabiga, Mat Syabu dan A. Samad Said menolak tawaran supaya perhimpunan haram diadakan di dalam stadium.

Jadi, apabila berlaku sedikit keterlanjuran dari sebelah pihak polis, apakah wajar kesilapan seumpama itu terus diletakkan ke atas bahu pihak polis secara bulat-bulat manakala pihak penganjur Bershit 2.0 yang menjadi punca polis bertindak itu pula yang terlepas dari tindakan dan ini boleh kita lihat apabila pihak polis tidak semena-mena seakan-akan telah dipertanggungjawabkan ke atas apa yang telah berlaku pada 9 Julai lepas ?

Senang cerita, seandainya pihak penganjur Bershit 2.0 sanggup menghormati undang-undang negara dengan membatalkan rancangan gila mereka pada hari tersebut, nescaya banyak masalah yang tidak sepatutnya timbul boleh dihindari dengan baik dan selamat. Duit yang sebegitu besar jumlahnya (RM2 juta) boleh digunakan untuk tujuan kebajikan rakyat dan bukannya dileburkan sebegitu mudah untuk belanja mengawal perhimpunan haram Bershit 2.0 anjuran Ambabiga, A. Samad Said, Mat Syabu, Anwar Ibrahim, Zuraida Kamruddin, Tian Chua, PKR, DAP dan PAS !

Bajet 2012: Anwar mati pucuk - PM

Dr Thomas Hoogland juga telah bersetuju dengan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa Anwar Ibrahim sebenarnya sudah mati pucuk.

Pembentangan Belanjawan 2012 petang Jumaat lalu sebagai bukti. Anwar telah menolak beberapa cadangan yang dicadangkan oleh kerajaan BN dalam pengumuman Bajet tersebut dan itu maknanya Anwar Ibrahim memang dah mati pucuk. Bacalah di sini ;-)

Manakala ramai Ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Pembangkang yang menyokong Bajet 2012 terutama dalam bab-bab menguntungkan pihak mereka umpamanya elaun wakil-wakil rakyat tetapi Anwar Ibrahim masih menolak... dia banyak duit tak apa tapi bagaimana pula dengan rakan-rakan beliau yang lain,,,

Sabtu, Oktober 08, 2011

Selamat berangkat ke Tanah Suci Mekkah., Husin Lempoyang & rombongan

 Ucapan selamat pergi dan selamat kembali kepada sahabat blogger Tuan Husin Lempoyang serta semua ahli keluarga yang akan turut bersama berangkat ke Tanah Suci Kota Mekkah hujung minggu ini bagi mengerjakan ibadat haji.

Ketika di hadapan Kaabah, panjatkan doa untuk kesejahteraan berterusan negara Malaysia serta rakyatnya, doakan juga agar bajet 2012 yang dibentangkan oleh PM Datuk Seri Najib akan diluluskan dengan jayanya di Parlimen kelak.

Dan seterusnya panjatkan juga doa ketika disana supaya pada PRU-13 akan datang Barisan Nasional akan menang besar melebihi 2/3 majoriti agar kerajaan menjadi lebih kuat dan tidaklah terlalu takut sehingga kelihatan sering tunduk kepada desakan Pakatan Pembangkang.

Pembangkang desak hapuskan PPSMI, kerajaan BN turuti... pembangkang desak mansuhkan ISA, kerajaan BN akur... pembangkang desak agar SPR dibersihkan, kerajaan BN lagi menurut dan banyak lagilah! Mana jadi kalau berterusan begitu, maka doakan dari Tanah Suci Kota Mekkah agar BN bangkit dan kuat semula laksana zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dulu...
Berbanyak-banyak terima kasih atas pemberian buku ini "A History Of God" kepada Anak Merdeka menjelang Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak ke-10 yang lalu. Dan dengan iringan doa yang tulus dan ikhlas semoga sdra Husin Lempoyang, keluarga serta rombongan haji Malaysia yang lainnya akan memperolehi haji yang mabrur dan mudah-mudahan semuanya akan selamat kembali dalam keadaan yang sihat sejahtera !

Bapa liwat bayi lelaki berusia 23 hari, anak sendiri !!!

GOMAK : Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak nafsu seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelamrin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekaligus menambah lagi derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelak tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera - Harian Metro Online

Sikit ulasan;
Ini bukan sebarang kes. Bukan isu mati pucuk lagi...juga bukan sekadar tak boleh membongkokkan badan tetapi lebih keji dari babi !!!

Sanggup menganiaya bayi sendiri... betullah kata sesetengah orang...dikalangan haiwan tiada manusia tetapi dikalangan manusia pasti ada haiwan...

Ketua Pembangkang mati kena tembak !!!

Agaknya bangunan yang menempatkan Pejabat Kedutaan Turki memang tidak wujud di Syria menyebabkan ketua pembangkang kepada kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad gagal mencari perlindungan lalu maut setelah terkena tembakan oleh empat penyerang di Utara Syria semalam.

Kalau kat Malaysia ini walaupun dulu pernah heboh kononnya ada seorang ketua pembangkang tu terpaksa bersembunyi selama dua hari dua malam dibawah meja dalam pejabat Kedutaan Turki di Kuala Lumpur semata-mata mahu melarikan diri dari "peluru hidup" tetapi sehingga kini dia tetap sihat walafiat, gagah perkasa, selamat dan bebas kesana kemari biarpun telah "mati pucuk" dan tak boleh lagi "membongkok" dibawah meja seperti dulu.

DAMASCUS 8 Okt - Seorang tokoh pembangkang Kurdis yang terkenal dengan rejim Presiden Bashar al-Assad, ditembak mati oleh beberapa lelaki bersenjata ketika menyerbu rumahnya di Qamisli yang terletak di utara Syria, kata seorang aktivis.

Menurut Balai Cerap Syria bagi Hak Asasi Manusia memaklumkan, Meshal al-Tamo, 53, dibunuh oleh empat lelaki bersenjata dan anaknya, Marcel serta seorang aktivis wanita dari Parti Masa Depan Kurdis, Zahida Rashkilo turut tercedera dalam insiden tersebut - Utusan Malaysia

Jumaat, Oktober 07, 2011

Liwat II: tak boleh membongkok, Anwar guna teknologi 'Bluetooth' lah !

KUALA LUMPUR 7 Okt - Perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim diberitahu, berdasarkan ujian ke atas ketua pembangkang itu dan keputusan imbasan MRI (Pengimejan Resonans Magnetik), adalah tidak mungkin bagi tertuduh meliwat.

Menurut pakar bedah ortopedik Dr Thomas Hoogland yang menyambung keterangannya hari ini, penilaian dibuat dengan mengambil kira usia Anwar Ibrahim.

"Bekalan darah adalah masalah utama apabila berlaku kerosakan kepada saraf... Apabila kita andaikan hubungan seksual, ia tidak mungkin boleh dilakukan.

"Berdasarkan pemeriksaan ke atas Anwar dan keputusan MRI, ini mustahil dilakukan (tindakan meliwat) kerana usianya," kata Hoogland. Seterusnya ada di sini.

Sikit ulasan;
Jadi, kalau nak membongkokpun tak boleh, maksudnya apa lagi kalau nak meliwat. Tapi Dr Hoogland tak tahu ke bahawa perbuatan meliwat bukan saja boleh dilakukan dengan hanya membongkokkan belakang, namun kegiatan songsang itu juga boleh dilakukan dalam berbagai posisi seperti terlentang, meniarap, berdiri, melutut, berlari atau ketika sedang mandi yang tak memerlukan pelakunya membongkokkan badan.

Mungkinkah akibat dari kesakitan tulang belakang kononnya dihidapi oleh Anwar Ibrahim sehingga tidak memungkinkan beliau mampu untuk meliwat Mohd Saiful, adakah Anwar secara senyap-senyap telah menggunakan teknologi moden terkini seperti bluetooth, infrared, emel, facebok untuk menghantar air maninya ke dalam lubang dubur pengadu ?

Khamis, Oktober 06, 2011

Liwat II: perbicaraan tertutup kerana ujian hidup mati pucuk sedang dilakukan!!!

Hanya Gambar Hiasan - dari blog Dimensi/Jeffry Damien
Tak ada kaitan dengan sesiapa, baik yang hidup ataupun yang 'mati pucuk'
Baru 20 minit perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Anwar Ibrahim berlangsung, tetiba pasukan peguambela Ketua Pembangkang itu memohon kepada mahkamah agar perbicaraan dijalankan secara tertutup.

Maknanya orang ramai tidak akan berpeluang untuk mengikuti sessi perbicaraan kes liwat II berkenaan untuk tempoh yang tertentu sehinggalah perbicaraan tertutup itu berakhir dan ini juga adalah kali ke-2 tindakan serupa dibuat oleh pasukan peguambela Anwar apabila mereka mula terasa ada sesuatu yang tak kena dengan Anwar Ibrahim.

Bukan apa, perbicaraan hari ini terpaksa dibuat dalam keadaan yang tertutup kerana pihak pembelaan tidak mahu orang ramai melihat bagaimana mereka sedang melakukan ujian bagi menentukan keupayaan "pucuk" Anwar untuk bertindak balas terhadap sebarang sentuhan baik menggunakan hujung jari, hujung pen, hujung payung atau lain-lain benda yang difikir boleh meransangkan keghairahan.

Selain itu juga pihak pembelaan tidak mahu Anwar menanggung rasa malu sekiranya perbicaraan dilakukan secara terbuka dihadapan orang ramai kerana dalam waktu perbicaraan sedang berlangsung, Dr Thomas Hoogland tentunya dikehendaki untuk membuat pemeriksaan ke atas Anwar terutama pada "pucuk" beliau bagi memastikan samada benar atau tidak yang "pucuk" beliau masih berfungsi ataupun sudah mati.

Oleh itu bagi mengelak semua pihak mendapat rasa malu maka perbicaraan hari ini juga telahpun dibuat secara tertutup...

Apakah selepas ini semua penjara di Malaysia pula akan ditutup?

Untuk mendapat semakin banyak sokongan daripada kalangan rakyat adalah bukan sesuatu yang mustahil bagi kerajaan BN untuk melakukan sesuatu perkara baru yang meresahkan kebanyakan rakyat negara ini.

Hari ini kerajaan BN telah menunaikan janji-janji dengan membebas seramai 125 tahanan dibawah Akt Kediaman Terhad disamping itu turut membatalkan lebih 200 waran tangkap yang dikeluarkan terhadap suspek-suspek atas kesalahan yang tertentu.

Selepas ini mungkin ada lagi perkara-perkara lain yang akan dituruti oleh pihak kerajaan BN agar selari dengan kehendak pihak Pakatan Haram Pembangkang. Apakah semua penjara-penjara atau apa-apa jua perkara yang berkaitan untuk mengawal keamanan, keselamatan atau keharmonian negara juga turut akan dimansuhkan?

Rabu, Oktober 05, 2011

Liwat II: Anwar kena liwat 'saksi misteri'

Hancur berkecai harapan Karpal Singh yang mulanya kelihatatan sangat mengharapkan sesuatu yang bernilai daripada keterangan seorang saksi yang sebelumnya dianggap sebagai misteri oleh pihak pembelaan, namun perkara sebaliknya pula yang berlaku apabila saksi berkenaan, Mohd Najwan Halimi telah membuat Anwar malu bukan kepalang dalam Mahkamah semalam malah turut membuatkan suhu darah "Bombay" Karpal Singh naik secara mendadak.

Mohd Najwan dalam keterangannya pada perbicaraan liwat II ada memberitahu Mahkamah semalam bahawa beliau pernah menghantar "emel amaran" kepada Anwar Ibrahim berkenaan dengan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang beliau anggap amat tidak sesuai untuk bekerja dengan Anwar dan disamping itu juga Mohd Najwan turut mengaku bahawa dia dalam emelnya kepada Anwar ada mengingatkan Ketua Pembangkang itu agar berhati-hati dengan Mohd Saiful.

Namun sayang sekali. Anwar Ibrahim nampaknya langsung tidak mengendahkan peringatan yang telah diberikan oleh Mohd Najwan itu ataupun Anwar memang tidak faham dengan kandungan emel yang dihantar Mohd Najwan kepadanya apabila Mohd Saiful nyata telah diterima dengan tangan yang terbuka dan tanpa sebarang keraguan oleh Anwar apabila Mohd Saiful terus dilantik menjadi Pembantu Peribadi disamping melakukan tugas tambahan sebagai pembancuh kopi kepada Anwar.

Melihat kepada perkembangan ini, mengapakah Anwar Ibrahim yang selama ini diagung-agung oleh para pengikut Pakatan Haram sebagai pemimpin yang hebat malah turut diisytiharkan sebagai "Anugerah Tuhan" kepada rakyat Malaysia oleh isterinya sendiri boleh terperangkap ke dalam konspirasi untuk menjahanamkan beliau? Sebagai pemimpin "Anugerah Tuhan" tidak perlu sebenarnya bagi Anwar untuk mendapatkan sebarang nasihat daripada orang lain sebab sebagai pemimpin 'Anugerah Tuhan' beliau sepatutnya dulu lebih mengetahui apa yang bakal menimpa beliau dan bukannya orang lain.

Tetapi dalam perkara ini nampaknya Anwar bukan saja enggan menerima ingatan yang diberikan oleh Mohd Najwan agar berjaga-jaga terhadap Mohd Saiful malahan lebih teruk lagi apabila Anwar jelas gagal untuk mengesan wujudnya konspirasi seperti yang sering beliau dakwa dan bagaimana pula Anwar sendiri tidak mampu untuk membaca segala gerak-geri Mohd Saiful yang sedang cuba hendak menjerat beliau jika benarlah dakwaan bahawa bekas Pembantu Peribadinya itu merupakan satu "umpan BN" untuk memerangkap beliau?

Begitulah serba sedikit rumusan yang mampu saya berikan berkenaan dengan keupayaan Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia. Jika menurut Mohd Najwan berkaitan dengan Anwar sebagaimana keterangannya di Mahkamah, nyata sekali Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam menilai seseorang yang bakal diterima untuk bekerja dengan beliau perkara penting adalah mereka yang berwajah jambu, segak dan tampan sebagai kriteria utama dan yang lain-lain tu 'belakang' kira kerana buktinya Anwar tidak ambil kisahpun emel yang dihantar oleh Mohd Najwan apabila tetap mahukan Mohd Saiful.

Apa yang sedang bermain didalam pikiran Anwar ketika itu? Rakyat? Negara? ataupun nafsu? Nampaknya kini giliran Anwar pula kena liwat, bukan orang lain yang liwat Anwar tetapi pekerja beliau sendiri...betul-betul misteri !!!

Selasa, Oktober 04, 2011

Liwat II: saksi misteri rupanya pegawai dalam pejabat Anwar sendiri !

Ingatkan siapa yang digembar-gemburkan sebagai seorang "saksi misteri" yang akan muncul dalam perbicaraan kes liwat II Anwar Ibrahim hari ini tetapi rupa-rupanya adalah bekas rakan seUniversiti kepada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Bekerja sebagai Pegawai Khas di dalam Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi itulah orangnya. Masih muda, sebaya dengan Mohd Saiful. Yang dilantik oleh kerajaan PKR Selangor menjadi Penasihat Ekonomi Negeri tu pulak adalah Anwar Ibrahim.

Wahhh!!!..dulu ada pembancuh kopi... yang ini pulak pemabancuh apa agaknya...

Isnin, Oktober 03, 2011

Apa akan jadi, jika semua rakyat Malaysia kurang ajar macam Namewee?

Boleh tak kita bayangkan bagaimana keadaan dalam negara ini sekiranya seluruh rakyat Malaysia dibiarkan bebas untuk melakukan perbuatan yang nyata bertentangan dengan nilai-nilai kebudayaan masyarakat Malaysia seperti yang seringkali dilakukan oleh Namewee? Apa yang ada dalam fikiran kita, kita buat, keluarkan buat macam apa yang Namewee buat dan pihak berkuasa khususnya KDN hanya diam membisu melihat apa yang kita buat.

Namewee kita memang sudah tidak hairan lagi mengapa beliau boleh bebas sebegitu rupa, bebas buat apa saja yang terlintas difikiran walaupun ianya pasti melukakan hati ramai pihak sebabnya Namewee sudahpun memiliki "kuasa kekebalan" luar biasa yang telah dianugerahkan oleh kerajaan BN iaitu semasa pertemuan beliau dengan Datuk Seri Mohd Nazri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di dalam Bangunan Parlimen Malaysia seketika dulu.

Kalau rakyat biasa, rakyat yang tiada apa-apa kepentingan adalah menjadi satu kesalahan yang amat besar jika meniru atau melakukan perkara-perkara serupa dengan apa yang telah dilakukan oleh Namewee. Silap hari bulan boleh kena tindakan buang daerah atau kediaman terhad. Tetapi Namewee sangat istimewa, dia telah diberi lesen untuk berbuat sesuatu ikut suka hati dia biarpun perbuatannya itu nyata telah menjejas hubungan harmoni antara kaum di dalam Malaysia ini.

Namewee mendakwa dia bukan orang sebarang sebab dia ada degree. Dia sebut macam itu sebab marah kepada akhbar Utusan Malaysia tetapi degree apa ke maknanya kalau perangai yang kurang ajar macam itu. Lebih baik bela orang utan lagi tau erti berbudi bahasa. Kalau seluruh rakyat Malaysia dibiarkan bebas berperangai terkutuk macam Namewee, sukar untuk membayangkan bagaimanakah wajah Malaysia masa depan yang akan diwarisi kepada generasi yang akan datang...

Liwat II: Anwar hadiri pesta dan pameran "Pucuk Jambu" hari ini di KL

Hari ini bersambung semula perbicaraan peringkat pembelaan kes liwat II Anwar Ibrahim. Kononnya sebelum ini pihak pembelaan akan memanggil pakar bedah Dr. Thomas Hoogland yang pernah merawat Anwar ketika melakukan "pembedahan olok-olok" di Munich Jerman sekitar tahun 2004 sebagai saksi untuk kes liwat II ini.

Dr. Thomas Hoogland diperlukan oleh pihak Anwar ialah sebab kononnya pakar bedah itu boleh menerang dan menjelaskan statutus kesihatan Anwar Ibrahim yang dikatakan telah "Mati Pucuk" dan tidak memungkinkan beliau mampu untuk melakukan sebarang aktiviti seks.

Itu senang saja. Cadangan kepada Anwar Ibrahim, antara petua yang perlu diamalkan ialah "pucuk jambu" yang masih muda. Pengambilan daun jambu muda atau pucuk jambu terutamanya jenis jambu batu dengan kerap boleh membantu mengatasi masalah "mati pucuk."

Pucuk jambu batu selain berkhasiat untuk mengatasi masalah jerawat, kencing manis, kolestrol tinggi, kudis, seriwan mulut dan berbagai lagi juga boleh digunakan dalam merawat lelaki yang mempunyai masalah mati pucuk.

Caranya mudah saja, cari pokok jambu batu...jangan pula kebas tanaman orang tetapi kalu mahu minta dululah...kemudian ambil pucuk jambu batu yang muda, rebus dan airnya boleh diminum bila dah jadi suam-suam kuku. Dan jangan sesekali minum "coffee" selama tempoh mengamalkan minum air rebusan pucuk jambu batu itu...

Ahad, Oktober 02, 2011

Mengapa bulan malam ini terbit dari arah barat !???

Ada yang perasan tak sesuatu yang ganjil berlaku malam ini. Cuba lihat ke langit. Lihat anak bulan. Biasanya bulan akan terbit dari arah sebelah timur menjelang malam tetapi sejak beberapa hari yang lalu saya dapati bulan kelihatan naik dari arah barat.

Sementara pada sebelah pagi, sepatutnya bulan sudah berada di barat tetapi keadaan menjadi sebaliknya dimana bulan turun ke arah timur terutama ketika fajar mula menyinsing. Pelikkan ?

Datuk Maglin, menteri dalam kabinet DS Najib yang sungguh mengarut !!!

Jika di dalam kabinet Tun Dr Mahathir seketika waktu dahulu iaitu ketika beliau masih lagi Perdana Menteri Malaysia, ada seorang menteri dalam kabinet beliau sering tampil dengan berbagai-bagai idea yang pelik dan mustahil. Dia adalah Tan Sri Sanusi Junid, bekas Menteri Pertanian Malaysia dan juga bekas Menteri Besar Kedah.

Beliau kerap kali membawa idea-idea yang tidak terfikir oleh kita namunpun begitu ada juga beberapa idea menarik beliau boleh diterima seperti kempen minum air kelapa muda, kempen satu kampung satu produk dan beberapa yang lain lagi.

Tetapi ada satu cadangan beliau kepada rakyat Malaysia ketika masih menjawat jawatan Menteri Pertanian Malaysia dulu dimana beliau telah mengesyorkan kepada rakyat negara ini yang ketika itu sedang berdepan dengan krisis makanan asas iaitu beras agar mereka segera menanam pokok padi di atas atap atau bumbung rumah masing-masing.

Menurut Tan Sri Sanusi, langkah tersebut bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap beras import dari negara luar yang tentunya memerlukan kos yang sangat besar dan beliau berpendapat sekirannya rakyat Malaysia sanggup menerima cadangan itu mereka bukan saja mampu mengurang beban kerajaan malah mengurangkan juga kos sara hidup seisi keluarga apabila masing-masing rakyat Malaysia mempunyai sawah padi diatas bumbung rumah.

Itu dulu. Sekarang ini ada lagi menteri yang jauh juga mengarutnya. YB Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz, beliau merupakan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Warisan II. Beliau kini sedang sibuk dengan berbagai laman portal. Kononnya kerajaan BN yang punya.  Ada yang sudah dibangunkan dan ada lagi yang akan diwujudkan.

Menurut Datuk Maglin, akan ada satu lagi laman web atau portal diwujudkan khusus untuk seluruh rakyat Malaysia. Laman web tersebut menurutnya lagi sangat berbeza dengan laman web milik kerajaan yang sedia ada. Jika laman web sebelum ini ianya tertakluk kepada peraturan-peraturan serta undang-undang yang tertentu namun laman web yang dikataka oleh Datuk Maglin ianya tak ubah seperti besi yang kebal.

Dalam laman web terbaru itu, menurut beliau sesiapa saja tanpa mengira darjat, agama, bangsa atau latar belakang hidup mereka boleh kemukakan sebarang pertanyaan, usulkan cadangan, mengkritik kerajaan dan sesiapa saja, mereka dijamin tidak akan diambil sebarang tindakan oleh pihak kerajaan atau pihak berkuasa.

Mengenai aduan yang diterima, pihak mereka juga berjanji akan selesaikan segala laporan atau aduan yang diterima hanya dalam maa seminggu sahaja. Mampu ke??? rakyat Malaysia kini dah mencecah 20 juta orang. Dalam 20 juta orang itu, bermacam-macam karenah mereka yang perlu pihak kerajaan layan. Jadi, mampu kah kiranya Datuk Maglin selesaikan masalah dalam tempoh seminggu seperti yang dijanjikan ???

Arkib Blog