Hancur berkecai harapan Karpal Singh yang mulanya kelihatatan sangat mengharapkan sesuatu yang bernilai daripada keterangan seorang saksi yang sebelumnya dianggap sebagai misteri oleh pihak pembelaan, namun perkara sebaliknya pula yang berlaku apabila saksi berkenaan, Mohd Najwan Halimi telah membuat Anwar malu bukan kepalang dalam Mahkamah semalam malah turut membuatkan suhu darah "Bombay" Karpal Singh naik secara mendadak.
Mohd Najwan dalam keterangannya pada perbicaraan liwat II ada memberitahu Mahkamah semalam bahawa beliau pernah menghantar "emel amaran" kepada Anwar Ibrahim berkenaan dengan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang beliau anggap amat tidak sesuai untuk bekerja dengan Anwar dan disamping itu juga Mohd Najwan turut mengaku bahawa dia dalam emelnya kepada Anwar ada mengingatkan Ketua Pembangkang itu agar berhati-hati dengan Mohd Saiful.
Namun sayang sekali. Anwar Ibrahim nampaknya langsung tidak mengendahkan peringatan yang telah diberikan oleh Mohd Najwan itu ataupun Anwar memang tidak faham dengan kandungan emel yang dihantar Mohd Najwan kepadanya apabila Mohd Saiful nyata telah diterima dengan tangan yang terbuka dan tanpa sebarang keraguan oleh Anwar apabila Mohd Saiful terus dilantik menjadi Pembantu Peribadi disamping melakukan tugas tambahan sebagai pembancuh kopi kepada Anwar.
Melihat kepada perkembangan ini, mengapakah Anwar Ibrahim yang selama ini diagung-agung oleh para pengikut Pakatan Haram sebagai pemimpin yang hebat malah turut diisytiharkan sebagai "Anugerah Tuhan" kepada rakyat Malaysia oleh isterinya sendiri boleh terperangkap ke dalam konspirasi untuk menjahanamkan beliau? Sebagai pemimpin "Anugerah Tuhan" tidak perlu sebenarnya bagi Anwar untuk mendapatkan sebarang nasihat daripada orang lain sebab sebagai pemimpin 'Anugerah Tuhan' beliau sepatutnya dulu lebih mengetahui apa yang bakal menimpa beliau dan bukannya orang lain.
Tetapi dalam perkara ini nampaknya Anwar bukan saja enggan menerima ingatan yang diberikan oleh Mohd Najwan agar berjaga-jaga terhadap Mohd Saiful malahan lebih teruk lagi apabila Anwar jelas gagal untuk mengesan wujudnya konspirasi seperti yang sering beliau dakwa dan bagaimana pula Anwar sendiri tidak mampu untuk membaca segala gerak-geri Mohd Saiful yang sedang cuba hendak menjerat beliau jika benarlah dakwaan bahawa bekas Pembantu Peribadinya itu merupakan satu "umpan BN" untuk memerangkap beliau?
Begitulah serba sedikit rumusan yang mampu saya berikan berkenaan dengan keupayaan Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia. Jika menurut Mohd Najwan berkaitan dengan Anwar sebagaimana keterangannya di Mahkamah, nyata sekali Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam menilai seseorang yang bakal diterima untuk bekerja dengan beliau perkara penting adalah mereka yang berwajah jambu, segak dan tampan sebagai kriteria utama dan yang lain-lain tu 'belakang' kira kerana buktinya Anwar tidak ambil kisahpun emel yang dihantar oleh Mohd Najwan apabila tetap mahukan Mohd Saiful.
Apa yang sedang bermain didalam pikiran Anwar ketika itu? Rakyat? Negara? ataupun nafsu? Nampaknya kini giliran Anwar pula kena liwat, bukan orang lain yang liwat Anwar tetapi pekerja beliau sendiri...betul-betul misteri !!!
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Rabu, Oktober 05, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ▼ 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan