Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Mei 23, 2011

Dr Zeti bakal menggantikan tempat Dominique Strauss-Khan dalam IMF

Itulah ura-ura yang mulai timbul sekarang ni. Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dikata akan dilantik sebagai Ketua Ekskutif Tabung Kewangan Antarabangsa IMF bagi menggantikan tempat yang telah dikosongkan oleh Dominique Strauss-Khan yang terbabit didalam jenayah seksual apabila didakwa cuba merogol seorang pekerja wanita berusia 32 tahun didalam bilik penginapan beliau.

Menteri Luar YB Datuk Seri Anifah Aman yang tengah giat melobi masyarakat antarabangsa bagi pihak Malaysia untuk ke jawatan penting dalam IMF itu mahu badan kewangan itu telus didalam membuat pemilihan calon yang bakal mengetuai IMF dan beliau mahu jawatan Ketua Ekskutif IMF diberikan kepada calon dari kumpulan negara membangun termasuklah Malaysia.

Sebagai rakyat, kita tentu sekali akan merasa gembira dan bangga jika Dr Zeti dipilih untuk menjadi ketua dalam IMF. Dan harap beliau akan berjaya dipilih dan ianya merupakan satu kebanggaan untuk seluruh Malaysia.

Ketua Hakim Negara dimasukkan ke wad ICU !!

Ketua Hakim Negara YAA Tun Mohd Zaki Azmi telah dimasukkan ke dalam wad rawatan rapi ICU setelah terjatuh pagi tadi. Berita lanjut rujuk di Utusan Malaysia hari ini .

Semoga YAA Tun segera sembuh.

Tragedi Hulu Langat Selangor: ada pemimpin YahuDAP, YahuPAS & LikuPKR datang menjenguk?

 Kalau masa TBH mati dulu memang ramai pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang yang datang dan turut berdoa moga mendiang terlepas dari siasatan SPRM walhal memang dah terlepas pun. Berarak sambil berjalan jauh juga sanggup mereka lakukan demi TBH.
Tapi dalam kes terbaru, tragedi tanah runtuh yang meragut 16 nyawa anak-anak Yatim di Hulu Selangor seperti tiada pula laporan dari rakan-rakan blogger yang katakan adanya pemimpin sekutu yahudi ini baik YahuDAP, YahuPAS atau parti serpihan parti Likud iaitu LikuPKR yang datang melawat mangsa.

Agaknya kalaulah Teoh Beng Hock mati untuk kali yang kedua maka pasti akan tergesa-gesalah TS Khalid Gagap terbang balik ke Malaysia dan dia akan tangguhkan kursus dengan ASPEN iaitu satu seminar lebih kurang sama seperti "seminar dalam roh kudus" untuk membuat persediaan bagi orang Kristian Katholik menjadi seorang Paderi di Rome.

Ahad, Mei 22, 2011

Undang2 di Malaysia semakin tawar. Alah bisa tegal biasa !

 Saya bukannya faham sangat tentang undang-undang walaupun apa nama jenis undang-undang yang sering diperkatakan oleh mereka yang pakar mengenainya tetapi apabila saya cuba membandingkan perkembangan semasa waktu ini di dalam negara terutama sekali berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang jika dibandingkan dengan 10 tahun hingga 20 tahun yang lalu nyata sekali keadaannya sangat jauh berbeza, bagai langit dengan bumi.

Datuk Seri Hishamuddin yang telah diberi tugas dan tanggungjawab untuk mengendalikan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri bagi memastikan keadaan didalam negara agar kekal ditahap yang meyakinkan rakyat tempatan dan juga rakyat asing terutamanya golongan pelancong serta pelabur luar tentang situasi sebenar didalam negara berkaitan dengan soal keselamatan dan keamanan negara seolah-olah hanya membiarkan saja mana-mana pihak untuk menimbulkan suasana tegang dengan membangkitkan isu-isu sensitif dalam negara tanpa mengambil sebarang tindakan yang tegas terhadap mereka ini namun sebaliknya hanya akan memberi amaran demi amaran setiap kali timbulnya sesuatu insiden itu..
 Kes yang melibatkan Namewee sebagai contoh. Jelas sekali Namewee telah beberapa kali menimbulkan masalah yang boleh mengheret hubungan antara kaum di negara ini kedalam masalah yang lebih rumit apabila dia kerapkali menghasilkan karya yang sengaja untuk menyakitkan hati kaum Melayu dan Islam tetapi semuanya itu telah menjadi satu perkara yang dianggap sebagai tidak melanggar batasan hak kaum lain apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Seri Mohd Nazri Tan Sri Aziz sedia mempertahankan Namewee dan sanggup pula untuk bertindak sebagai perisai kepada Namewee.
 Kumpulan pelampau dan pengganas Hindraft yang haram dibiarkan untuk terus bergerak didalam negara tanpa adanya tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri bagi membendung atau untuk menghapuskan terus kegiatan kumpulan ini dari merebak dan menjadi barah kepada keselamatan dan keamanan dalam Malaysia. Jika kumpulan Al Arqam, kumpulan Al Maunah, Ayah Pin dan lain-lainnya dapat dibanteras dengan berkesan oleh pihak berkuasa dan kerajaan Malaysia suatu masa dahulu, mengapa tidak Hindraft???
Wakil Rakyat Parlimen Ampang Selangor ini pada 16 Mei lalu telah melaungkan perkataan "Mahkamah pandikutty" banyak kali di hadapan bangunan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur iaitu selepas Hakim Datuk Zabidin Md Diah membuat keputusan memerintah Anwar Ibrahim perlu membela diri terhadap dakwaan salahlaku seks kerana meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Zuraidah Kamaruddin yang dikelilingi para penyokong PKR telah beberapa kali menjerit dan berteriak melaungkan perkataan "mahkamah padikutty" ke arah mahkamah yang jelas membawa maksud "mahkamah anak babi" dan yang nyata sekali ialah Zuraidah Kamaruddin telapun menghina mahkamah. Menghina keputusan mahakamah. Menghina Hakim dan seterusnya telah menghina undang-undang di negara ini.

Jadi, apakah bentuk tindakan yang mungkin bakal diambil oleh pihak KDN dibawah Datuk Seri Hishamuddin terhadap Zuraidah Kamaruddin ini. Biar saja??? atau tengok, tunggu dan lihat??? atau juga akan terus membiarkan saja perkara-perkara seperti ini akan menjadi amalan biasa rakyat di negara ini???

Tetapi kalau menurut Datuk Seri Nazri, selepas ini mungkin perbuatan seperti yang dulunya dianggap sebagai sangat sensitif dan ditegah sama sekali iaitu apabila ada sesetengah kaum mempertikaikan hak kaum lain misalnya dalam soal agama mungkin pada masa depan ianya akan dianggap sebagai perkara biasa dan tak perlu dikenakan sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka yang melakukan kesalahan berkenaan jadi ini bermakna sesiapa saja bolehlah membangkit apa-apa saja perkara yang terbuku didalam hati masing-masing.

Dan apakah dibawah kerajaan 1Malaysia ini telah membenarkan amalan seperti itu? Tidak menjadi kesalahan bagi orang-orang Cina untuk mempertikaikan hak-hak kaum kaum Melayu. Tidak menjadi hal juga kepada kaum India mempersoalkan hak Melayu dan Bumiputera dan begitu juga bukan satu kesalahan bagi kaum Melayu dan Bumiputera untuk mengungkit status kerakyatan kaum Cina dan India di negara ini???

Apa akan terjadi sekiranya tiada sebarang larangan oleh pihak kerajaan Malaysia terhadap mana-mana rakyatnya jika mereka mahu membangkitkan sebarang isu sesuka hati tanpa batasan walaupun ia nyata amat bertentangan dengan 5 prinsip utama yang perlu didukung oleh seluruh rakyat Malaysia sepertimana terkandung didalam Rukun Negara dan merupakan kunci kepada keharmonian antara kaum dan agama di negara ini??? ...huru-hara kan jadinya apabila semua mahu dilihat lebih kuat dan berkuasa tanpa peduli kepada sejarah awal kehadiran bangsa masing-masing ke negara ini.

Sabtu, Mei 21, 2011

Video "alien" warga UFO bunuh diri di Russia. Konspirasi BN?



Demam sekarang ni. Cuaca sangat panas berpunca dari lapisan ozon yang semakin menipis. Hilang idea nak tulis apa.

Layan video nih saja kawan2... Alien terjun dari angkasa, bunuh diri kerana gaji dia jadi pemandu piring terbang belum dibayar walau dah masuk 9 bulan dah...sudahlah harga petrol hari2 naik, harga barangan lain juga naik...

Jumaat, Mei 20, 2011

Francis Sia ! ..lu mesti belajar sejarah bangsa di Sarawak terlebih dulu

Saya mau kasi ingat saja sama itu Francis Paul Sia...boss itu MoCS yang masih bermati-matian mahu terus mengadakan demonstrasi jalanan di Sarawak untuk menuntut itu Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Hj Abdul Taib turun dari singgahsananya.

Macam nilah, saya rasa adalah lebih baik itu Francis Sia jangan ikut perangai kaum Yahudi di Asia Barat sana, mereka datang merempat, menceroboh Bumi Palestine, mereka menghalau penduduk asal Palestine, merampas hak milik orang Palestine dan sekarang orang Palestine sudah menjadi bangsa pelarian di tanah tumpah darah mereka sendiri.

Pehin Sri Taib Mahmud kalau Francis Sia mahu tahu asal-usul kaumnya, beliau adalah sebahagian daripada kaum Peribumi iaitu bangsa asal yang menduduki tanah Bumi Kenyalang ini dan bukannya orang yang berasal dari kaum pendatang berdagang ke negeri Sarawak ini. Jadi tak sesuailah rasanya kalau peribumi tu kena halau oleh imigran. Dunia macam terbalik dah.

Kami penduduk asal negeri Sarawak, anak jati Bumi Kenyalang mana mungkin boleh menerima keadaan dimana orang yang asalnya adalah pendatang untuk berlagak sebagai hero di negeri Sarawak ini, mendesak Ketua Menteri yang dipilih majoriti rakyat Sarawak untuk meletak jawatan bagai mengusir orang yang tidak pernah berbudi kepada rakyat negeri Sarawak.

Walau apa-apapun, kalau masih tak puas hati dengan kemenangan Pehin Sri Taib, PBB, PRS, SPDP pada pilihanraya umum Sarawak 16 April lalu, tunggulah pilihanraya ke-11 kelak, masa tu lu bolehlah kempen sesuka hati untuk menang.

Francis Sia...lu kena faham bukan ini caranya perjuangan untuk menegakkan demokrasi seperti yang MoCS selalu katakan. Perbuatan mengumpul orang ramai untuk mengenakan tekanan politik ke atas Pehin Sri Taib agar segera berundur hanya akan menyebabkan demokrasi itu mati dengan sendiri apabila demokrasi sengaja telah dinafikan.

Undang2 di Malaysia berat sebelah tidak seperti di Amerika Syarikat !

 Bekas Pengarah Ekskutif Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) Dominique Strauss-Khan yang dituduh cuba merogol seorang pekerja hotel tempat beliau menginap dan sejurus itu telah ditahan oleh sepasukan polis New York ketika sedang dalam perjalanan untuk menaiki pesawat, ditangkap dengan tangannya digari dan terus dibawa ke penjara untuk ditahan sementara menunggu perintah selanjutnya daripada mahkamah.
Tetapi amat berlainan sama sekali dengan layanan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Beliau diberi keistimewaan yang begitu sudah sangat melampau oleh kerajaan. Sudahlah tidak pernah digari, bebas pula keluar masuk negara seperti seorang yang tidak ada sebarang kes dalam mahkamah.

Kalau rakyat biasa, tidak usahlah sampai buat kesalahan jenayah seperti yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim memang pasti sudah lama meringkuk dalam tahanan di lokap atau tanpa perlu melalui proses perbicaraan di mahkamah terus saja disumbat ke dalam penjara.

Kalau rakyat biasa yang buat kesalahan kecil seperti mencuri telur cicak pun pasti akan ditangkap dan tangan mereka akan digari, itu jika rakyat biasa yang buat salah tetapi kalau orang politik, ada nama ada pengaruh tiada telur kalau mereka buat salah akan dilayan sama seperti orang yang tak pernah buat kesalahan.
Inilah buktinya. Kerajaan Malaysia harus meneladani apa yang diamal oleh kerajaan Amerika Syarikat didalam menegakkan keadilan, tiada pilih bulu semua akan digari dan ditahan jika disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah.

Khamis, Mei 19, 2011

Benarkah manusia dianugerahi dengan akal dan fikiran yang sempurna ?

 Kalau benar maka esok hari Jumaat berfikirlah dengan semasak-masaknya, jangan jatuhkan maruah serta martabat bangsa hanya semata-mata untuk menunjukkan kepada sesama sendiri siapa yang kuat dan siapa yang lemah. Esok jangan buat perkara-perkara seperti dalam gambar atas tu lagi. Ingatlah, kalau bangsa Melayu terus menerus bercakaran sesama sendiri maka orang yang akan mendapat faedah besar adalah DAP serta kaum kerabat mereka.
 Ini seekor juga sebahagian daripada kaum kerabat DAP. Jangan tiru aksi seperti ini di rumah. Akal YB seperti dalam gambar di atas ini belum cukup matang lagi, penyakit kencing manis yang dihidapinya belum sembuh lagi dan perlu dihantar ke pusat perubatan tiap 4 jam sekali dan kalau kehabisan bekalan ubat maka dia akan buat hal seperti orang gila, itulah sebabnya dia akan jadi hilang akal atau akal belum cukup sempurna lagi.
 Kalau orang yang sering mengaku diri seorang yang warak, alim dan taat kepada suruhan agama tentu sekali orang tu tak akan sanggup menduakan isteri di waktu yang sepatutnya beliau berada di rumah bersama dengan bini dan cucu sambil bermain facebook dan tuwitter pulak tu tanpa seurat benangpun di tubuh.
 Ini lagi sekor, akal pendek fikiran singkat dedah sana dedah sini. Tak malu. Simpan jantan muda lagi tu dalam bilik.
 Yang ini lagi, betul-betul pendek akal...akal tak sempurna lagi..baru lepas angkat sumpah tetiba pulak langgar balik sumpah yang dia sendiri buat.
 Yang sekor ni lagi teruk, jangan ikut aksi orang ini..dia beragama Islam tetapi menaikkan logo babi depan bangunan Parlimen Malaysia. Sempurnakah akal dia ni ooouwh~~~
Ini pulak kumpulan perusuh dalam Dewan Rakyat, mereka ini anggota-anggota yang turut menggubal undang tertentu untuk Malaysia tetapi dek kerana akal fikiran mereka yang belum cukup matang maka soal peraturan dalam dewan rakyat mereka dah sepak ke tepi dah...mereka macam babun buat lawak dalam dewan rakyat.

Janganlah buat kerja-kerja yang tak berfaedah macam yang kawan-kawan kat atas pernah buat dulu, mereka tu bukannya spesis yang tau jaga tatasusila atau hormat kepada dewan serta orang keliling. Maka esok ingatlah jangan cemari hari penghulu segala hari iaitu hari Jumaat dengan perkara yang tak elok.

Berbincang merupakan satu jalan yang paling baik. Elak dari bersengketa. Bertoleransilah dalam segala hal.

Video porno: Kuda Y sah meliwat, siap ada saksi lagi...



Kuda yang tak bertamadun dan tak ada perasaan kekudaan langsung. Buat malu masyarakat kuda yang lain saja.

Dalam kandang lagi dia bantai pembantunya. Ada ke patut? Lepas makan rumput jenis pandikutty tu lah nafsu kuda Y tu terus memuncak.

BN dan rakyat Sarawak tak perlu gusar sangat pasal Francis Sia !

 Rakyat terutamanya penyokong BN Sarawak tak perlulah risau sangat tentang kempen yang sedang dibuat oleh Pengerusi MoCS iaitu Francis Paul Sia yang kononnya mahu mengumpul lebih kurang 200 ribu rakyat Sarawak berhimpun dan berarak atau berdemonstrasi bagi mendesak KM Sarawak berundur pada 13 Ogos depan sebab Francis Sia cuma hendak mencari publisiti murahan bagi mencipta namanya dalam arena politik Bumi Kenyalang ini. Tidak lebih dari itu.

Jadi bila dah dapat nama nanti maka mudahlah bagi Francis Sia untuk mendapat perhatian dari masyarakat Sarawak di tempat yang lain pula itupun jika usaha beliau itu berjaya. Bukan senang sebenarnya untuk mengumpul manusia dalam jumlah yang sebegitu banyak, kos tambang serta belanja makan minum belum termasuk sewa tempat penginapan lagi bukannya perkara yang ringan-ringan...kalau silap haribulan memang bangkrap Datuk Salleh Jafaruddin bila dah tak cukup duit untuk menampung segala perbelanjaannya.
Francis Paul Sia sama saja dengan Bob Lokman...sama-sama gila glamour. Macam Bob Lokman, mau nama dia naik semula maka dia pilih PAS sebagai tempat untuk memulihkan semula karier dia yang semakin menurun sebab dia tau dalam PAS banyak pelawak yang mampu membantu dia dalam perkara yang tertentu seperti Mahfuz Omar, Khalid Samad dan Hj Abdul Hadi Awang sendiri.

Lagi satu Bob Lokman kecewa sangat apabila rezeki dia dalam dunia seni semakin berkurangan maka itulah sebabnya mengapa beliau mula mahu berjinak didalam dunia politik pulak mana tau nasib bagus dia akan dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baru bagi mengganti wally selipar yang sedia ada sekarang dan tugas dia tentulah untuk membuat seberapa banyak fatwa yang diperlukan oleh Anwar Ibrahim dan PAS sendiri.

Kepada rakyat Sarawak serta pemimpin BN Negeri juga, Francis Sia ini kalau dilayan sangat hidung dia akan semakin berkembang macam buah kembang semangkuk..makin lama direndam dalam mangkuk maka makin besarlah ia berkembang, jadi lebih baik abaikan saja orang tak berapa waras macam Francis Sia tu...laporan polis terhadap dia cuma untuk menaikkan nama dia saja... "orang lapar kekadang tak akan mengaku dia tengah lapar depan kita dan begitu juga orang sewel takkan mengaku dia giler depan kita..."

Rabu, Mei 18, 2011

Paderi pondan: kenapa PERKASA lambat bertindak ?

Isu paderi pondan yang bernama Benjamin Stephen bukanlah satu isu baru, sudah lama dah dan hampir setahun pernah dihebohkan oleh para blogger termasuklah saya sendiri dalam blog masing-masing pada hujung bulan September 2010 dengan satu harapan agar isu tersebut akan mendapat perhatian daripada pihak berkuasa seperti Kementerian Dalam Negeri khususnya DS Hishamuddin, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali atau wakil-wakil PERKASA peringkat negeri-negeri tetapi respon nampaknya dingin.

Tindakan apapun tiada di ambil. Cakap apapun tidak ada guna. Habuk pun tarak... mustahil sekarang baru tersedar pasal paderi murtad tu. Usahlah menambahkan lagi kecelaruan. Selesaikan dulu perkara-perkara yang sedang berbangkit kini. Macamana negara mau aman kalau semua rakyat mahu bangun dengan sentimen masing-masing???

Video YB Zuraidah buka tudung dan melancap depan Mahkamah Tinggi !



16 Mei lalu di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Anggota Parlimen Ampang YB(Yang Bodoh) Zuraidah Kamaruddin telah menelanjang sebegitu rupa sistem kehakiman negara di Malaysia. Dengan penuh emosi beliau mengetuai sebilangan penyokong PKR dan Anwar Ibrahim melaung dan menjerit perkataan "mahkamah pandikutty" dihadapan orang ramai.

Tindakan serta sikap yang sangat bertentangan sama sekali dengan status dirinya sebagai seorang perempuan bertudung dan juga berlawanan dengan etika seseorang yang terlibat secara langsung didalam penggubalan undang negara tetapi itulah yang telah dilakukan oleh Zuraidah yang tidak layak lagi untuk digelar sebagai seorang Yang Berhormat !

Tidak menghormati undang-undang negara, tidak menghiraukan perasaan orang lain yang turut berada dikawasan kompleks mahkamah ketika itu, Zuraidah Kamaruddin sanggup melemparkan kata-kata kesat kepada pihak mahkamah yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang perempuan bertudung litup seperti dia.

Harap sangatlah Kementerian Dalam Negeri khususnya YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein membuat tindakan susulan terhadap perempuan bertudung seekor ini agar kelakuan yang tidak sopan dan tidak ada tatasusila seperti yang dipamerkan oleh Zuraidah Kamaruddin tidak menular kepada wanita lain pula selepas ini.

KDN dan DS Hisham jangan terlalu banyak simpan "amaran" kalau mahu melihat negara kita kekal aman dan damai ! Cegah perasit-perasit negara seperti mereka ini dengan kadar segera yang sanggup menggadai kedaulatan negara hanya kerana kepentingan politik murah seperti yang dilakukan oleh Zuraidah itu.

Selasa, Mei 17, 2011

Diskriminasi kaum dalam Kristian di Borneo sudah lama wujud !

Cuba lihat dalam gambar di atas selain daripada Perdana Menteri DS Mohd Najib dan DS Idris Jala iaitu Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, mereka yang lain adalah pemimpin-pemimpin tertinggi bagi agama Kristian di Malaysia.

Lihat wajah pemimpin Kristian tu, lihat siapa mereka dengan teliti dan pastikan mana seorang daripada pemimpin-pemimpin Kristian itu yang mewakili kaum Bumiputera Kristian atau berketurunan Bumiputera? Tidak ada kan... Mengapa?

Bumiputera Kristian khususnya di Sarawak mahupun di Sabah memang patut mempunyai perasaan yang kecewa terhadap apa yang sering berlaku kepada mereka sejak kebelakangan ini. Orang lain yang makan nangka orang lain pula yang kena getah. Memang tak adil. Itu bola yang dilontar DAP dan disambut pula oleh PERKASA.

Hari Sabtu dan tentunya pagi hari Ahad suasana biasa dibandar-bandar utama dalam negeri Sarawak iaitu hari dimana untuk semua orang Kristian mengerjakan sembahyang di gereja ada beberapa perkara tanpa disedari tidak menepati konsep penyatuan itu sendiri seperti yang dianjurkan dalam semangat Kristus.

Misalnya hari Ahad sembahyang yang bermula jam 7 pagi kalau bukan orang Cina Kristian maka orang Bumiputera Kristian akan mengambil tempat untuk bersembahyang dan setelah selesai giliran kaum Cina dan begitulah sebaliknya. Itu bukan amalan yang dituntut dalam Kristian tetapi kenapa boleh berlaku sedemikian dalam ibadat orang Kristian?

Jawapannya lebih kurang seperti...minyak dengan air mana mungkin boleh bercampur. Mustahil. Mereka selamanya tidak mungkin akan mampu untuk menerima kehadiran kaum Bumiputera dalam kelompok mereka dan yang jelas mereka memang tidak selesa berada dibawah penguasaan kaum Bumiputera.

Itulah lebih kurangnya apa yang cuba diperjelaskan melalui gambar yang dipaparkan di atas. Di Sarawak dan juga Sabah, sebenarnya kaum Bumiputera yang beragama Kristian adalah lebih ramai jumlahnya dari kaum Cina tetapi dimanakah kedudukan mereka dalam pertubuhan Kristian?

Kaum Cina ada dua pilihan agama iaitu kalau bukan Kristian mereka pasti beragama Buddha sedangkan Bumiputera bukan Islam hanya ada satu agama iaitu Kristian selain 'paganisme dan itulah antara fakta mengapa saya katakan yang Bumiputera khususnya di Sarawak atau Sabah lebih ramai dari Cina yang beragama Kristian.

Bumiputera Kristian baik di Sarawak mahupun di Sabah, mereka harus berani melihat akan hal mengapa masih ada beberapa perkara itu adakalanya seolah-olah tidak menyebelahi kita walaupun sumbangan dari kita sentiasa ditagih dan diterima tetapi dimanakah letaknya semua sumbangan itu?

Haramkan DAP, PERKASA dan Mocs!!!

ISA harus dikenakan ke atas Ibrahim, Francis dan Abdillah ,

Reaksi terhadap kenyataan tidak bertanggungjawab oleh Presiden PERKASA YB Datuk Ibrahim Ali. Beliau sebagai seorang pemimpin veteran dan disegani ramai tidak patut menari mengikut rentak DAP yang jelas bersifat perkauman.

Kami faham apa masalah yang sedang melanda umat Islam lain di negara angkara perbuatan sekumpulan pemimpin dalam DAP yang sengaja memperalatkan agama Kristian sebagai perisai politik mereka tetapi adakah sesuatu yang wajar untuk Datuk Ibrahim Ali menghukum seluruh orang Kristian di Malaysia ini dengan menyeru supaya kami diserang ala 'perang salib'?

Itu sangat tidak adil bagi kami sebab kami sebagaimana rakyat yang beragama lain seperti Islam, Hindu, Buddha, Sikh dan lain-lainnya juga punya hak ke atas wilayah kami sendiri.

Harap dalam isu yang bersangkutan bagi mengekang pihak-pihak yang tidak peduli tentang keamanan negara, keharmonian kaum adalah kita mahu agar Menteri Dalam Negeri YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mengambil berat isu-isu seperti ini. Beri perhatian kepada kenyataan Datuk Ibrahim Ali, pantau juga apa yang sedang dilakukan oleh pemimpin DAP yang sentiasa bermain dengan api sentimen kaum dan tolehlah apa yang sedang dilakukan oleh puak dalam Mocs di Sarawak dan kalau perlu tahan mereka dibawah Akta ISA!!!

Isnin, Mei 16, 2011

Dihadapan sudah ada jalan yang berliku...

Tidak semua orang Kristian yang memberi keizinan kepada DAP untuk memperalatkan agama Kristian demi kepentingan politik mereka sama juga seperti orang Islam tidak semuanya yang suka apabila PAS sanggup memperalatkan agama Islam demi menjayakan agenda politik kotor mereka.

Tetapi apabila Datuk Ibrahim Ali sudah membangkit soal "perang salib" bagi menangani isu agama di negara ini maka terasa sangatlah seolah-olah semua orang Kristian di Malaysia ini termasuk mereka dari kalangan kaum Bumiputera Sarawak dan Sabah seperti telah menjadi satu masyarakat yang membebankan.

"Maafkan kami sekira disatu sudut ada luka yang terhiris akibat sebahagian dari kami...walau tak nampak berdarah namun amat memeritkan... kami juga turut bersimpati kerana itu bukan yang kami mahu... kami juga sama seperti anda... bangga dengan kepelbagaian... bersyukur dengan keamanan... dahaga dengan keharmonian, kesejahteraan dan sentiasa rindu akan perpaduan... seperti anda dalam kami juga ada perbezaan... dan pasti kami dan kita semua takkan mampu untuk menolak perbezaan itu..."

Bela ke bebas? Bebas ke bela?

16 September 2008 ke Putra Jaya. 16 April 2011 piliharaya Sarawak. 16 Mei 2011 ~~~Selamat Hari Guru 2011~~~"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"~~~""""selamat hari guru, Cikgu!""""

Ahad, Mei 15, 2011

Perang Salib?! Datuk Ibrahim Ali usahlah membakar kelambu !!!

Saya sebenarnya amat kagum dengan kegigihan YB Datuk Ibrahim Ali didalam memperjuang serta mempertahankan hak kaum Melayu di negara ini selain maruah agama Islam tetapi hari ini saya pikiran saya terkandas mengenainya apabila terbaca tulisan dalam blog Berani Membuat Pilihan tentang kesediaan Datuk Ibrahim Ali untuk bertarung dalam "Perang Salib" bagi menentang orang-orang Kristian di negara ini.

Sampai begitu sekali ke pandangan Datuk Ibrahim Ali terhadap orang-orang Kristian lain di dalam negara ini yang tidak semuanya bersetuju dengan tindakan bertentangan dengan semangat 1Malaysia oleh sebilangan kecil pemimpin Kristian yang bersekongkol dengan pemimpin pakatan pembangkang untuk menggugat ketenteraman kaum di negara ini.

Nasihat daripada saya selaku rakyat yang kerdil dari segala segi ini kepada YB Datuk Ibrahim Ali, kalau boleh buatlah sesuatu tindakan itu dengan cermat dan teliti, jangan terlalu ikut emosi. Negara kita ada undang-undang dan jangan hanya kerana marahkan seekor dua nyamuk atau pijat habis satu bilik mahu dibakar sama. Kita tidak mahu hal seperti ini akan berlaku dalam negara kita.

Berpuluh-puluh tahun keamanan dan keharmonian negara ini diperjuangkan dengan segala kudrat yang ada pada semua pihak maka tentulah kita semua tidak rela untuk melihat ianya nanti akan lenyap dan hancur musnah dalam sekelip disebabkan hanya oleh satu kesilapan dalam bertindak.

Tidak salah untuk Datuk Ibrahim Ali memerangi mana-mana anasir yang cuba untuk menggugat hak kaum serta agamanya sebab sikap itu adalah harus ada pada setiap orang tetapi dalam pada itu beliau juga sepatutnya melihat dan memikirkan kesannya terhadap keamanan negara serta perpaduan kaum di negara ini jika semua tindakan yang dibuat semuanya ditentukan oleh emosi yang meluap tanpa dikawal oleh pikiran yang waras.

Sekali lagi perlu diingatkan bahawa tidak semua orang Kristian di negara ini terutamanya orang Kristian di Sarawak dan Sabah khususnya kaum Bumiputera yang suka dengan agenda dibawa oleh pemimpin-pemimpin gereja yang berasal dari Semenanjung Malaysia dan juga ada yang berasal dari luar negara. Kebanyakkan mereka ini(pemimpin gereja bukan anak Sarawak/Sabah) lebih suka untuk melaga-lagakan penganut Kristian dengan kerajaan sedia ada(BN) sedangkan itu kami tidak suka.

Harap tolong jangan turut melibatkan penganut Kristian Bumiputera Sarawak dan Sabah dalam isu-isu yang berlaku di Pulau Pinang dan janganlah hanya kerana isu itu maka keseluruhan orang Kristian di Malaysia ini dianggap sebagai musuh dan mahu diperangi. Bertindak tak salah untuk bertindak tetapi janganlah keterlaluan. Percayalah tidak semua orang Kristian di negara ini yang menyimpan niat sama seperti yang cuba digambarkan oleh "Kristian celup" dalam DAP.

Konsert khas 'Jilat ke Syurga' sempena fatwa baru Nik Aziz



"Wahai pemuda, wahai pemudi
Jadilah kamu rakyat yang berbakti
Kami berjanji akan tepati
Semua impian yang anda hajati...

"Rumah yang besar, kereta yang mewah
Semuanya ada ditangan anda
Hidup yang senang penuh impian
Jangan bertanya serahkan pada saya...

"Jilat, jilat mari semua menjilat
Jilat, jilat, jilat sampai berkilat"...

"Macamana? Ada berani ka?
Ini tawaran hanya sekali braders and sisters !

Apa tunggu lagi, kami tak tipu punya,
Ini real, ori punya !
Gerenti kaya raya ! mari, mari !...

"Jilat, jilat mari semua menjilat
Jilat, jilat, jilat sampai berkilat"...

"Wahai pemuzik, underground rockers
Jangan bermimpi, jangan idealistik
Kalau nak kaya, nak jadi rockstar
Marilah mari, sain kontrak kami...

"Nak masuk radio, masuk MTV
Kenalah kamu menari macam kami
Tengok saja, Carburetor Dung
Cakap besar, tak kaya-kaya...

"Jilat, jilat semua nyanyi menjilat
Jilat, jilat mari semua jilat"...

"Jilat, jilat, jilat !
Jangan tak jilat !
Jilat, jilat !

Jubor korporat sedap !

(konsert anjuran PKR 6 Julai 2008 di Stadium Kelana Jaya Selangor Darul Ehsan) ...kecoh dan huru hara gara-gara vokalis Carburetor Dung tunjukkan punggungnya kepada ahli PKR...

Rakan Anwar boss IMF kena tangkap polis kerana cubaan merogol, Konspirasi BN lagi!!!

Ketua Eksekutif Dana Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Khan ditangkap setelah berjaya ditahan ketika berada didalam sebuah pesawat oleh sepasukan polis New York kerana terlibat dalam satu kes cuba merogol seorang pekerja hotel tempat beliau menginap - Utusan Malaysia

Kalau tak silap Dominique Strauss-Khan juga adalah merupakan rakan baik kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Anwar sendiri juga kini sedang berdepan dengan isu moral yang sangat rendah dan sungguh memalukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Tentu nanti puak-puak dalam PR(Penipu Rakyat) akan kata itu semua kerja jahat BN, konspirasi terancang UMNO dan sekutunya dalam Barisan Nasional untuk menjatuhkan boss IMF itu...

Video terjahan halilintar

Petanda-petanda akhir zaman. Manusia yang dah sedar akan kekhilafan dan kesilapan dengan apa yang pernah dilakukan, insaf dan bertaubatlah..Tuhan Maha Pengampun

Arkib Blog