Saya bukannya faham sangat tentang undang-undang walaupun apa nama jenis undang-undang yang sering diperkatakan oleh mereka yang pakar mengenainya tetapi apabila saya cuba membandingkan perkembangan semasa waktu ini di dalam negara terutama sekali berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang jika dibandingkan dengan 10 tahun hingga 20 tahun yang lalu nyata sekali keadaannya sangat jauh berbeza, bagai langit dengan bumi.
Datuk Seri Hishamuddin yang telah diberi tugas dan tanggungjawab untuk mengendalikan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri bagi memastikan keadaan didalam negara agar kekal ditahap yang meyakinkan rakyat tempatan dan juga rakyat asing terutamanya golongan pelancong serta pelabur luar tentang situasi sebenar didalam negara berkaitan dengan soal keselamatan dan keamanan negara seolah-olah hanya membiarkan saja mana-mana pihak untuk menimbulkan suasana tegang dengan membangkitkan isu-isu sensitif dalam negara tanpa mengambil sebarang tindakan yang tegas terhadap mereka ini namun sebaliknya hanya akan memberi amaran demi amaran setiap kali timbulnya sesuatu insiden itu..
Kes yang melibatkan Namewee sebagai contoh. Jelas sekali Namewee telah beberapa kali menimbulkan masalah yang boleh mengheret hubungan antara kaum di negara ini kedalam masalah yang lebih rumit apabila dia kerapkali menghasilkan karya yang sengaja untuk menyakitkan hati kaum Melayu dan Islam tetapi semuanya itu telah menjadi satu perkara yang dianggap sebagai tidak melanggar batasan hak kaum lain apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Seri Mohd Nazri Tan Sri Aziz sedia mempertahankan Namewee dan sanggup pula untuk bertindak sebagai perisai kepada Namewee.
Kumpulan pelampau dan pengganas Hindraft yang haram dibiarkan untuk terus bergerak didalam negara tanpa adanya tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri bagi membendung atau untuk menghapuskan terus kegiatan kumpulan ini dari merebak dan menjadi barah kepada keselamatan dan keamanan dalam Malaysia. Jika kumpulan Al Arqam, kumpulan Al Maunah, Ayah Pin dan lain-lainnya dapat dibanteras dengan berkesan oleh pihak berkuasa dan kerajaan Malaysia suatu masa dahulu, mengapa tidak Hindraft???
Wakil Rakyat Parlimen Ampang Selangor ini pada 16 Mei lalu telah melaungkan perkataan "Mahkamah pandikutty" banyak kali di hadapan bangunan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur iaitu selepas Hakim Datuk Zabidin Md Diah membuat keputusan memerintah Anwar Ibrahim perlu membela diri terhadap dakwaan salahlaku seks kerana meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Zuraidah Kamaruddin yang dikelilingi para penyokong PKR telah beberapa kali menjerit dan berteriak melaungkan perkataan "mahkamah padikutty" ke arah mahkamah yang jelas membawa maksud "mahkamah anak babi" dan yang nyata sekali ialah Zuraidah Kamaruddin telapun menghina mahkamah. Menghina keputusan mahakamah. Menghina Hakim dan seterusnya telah menghina undang-undang di negara ini.
Jadi, apakah bentuk tindakan yang mungkin bakal diambil oleh pihak KDN dibawah Datuk Seri Hishamuddin terhadap Zuraidah Kamaruddin ini. Biar saja??? atau tengok, tunggu dan lihat??? atau juga akan terus membiarkan saja perkara-perkara seperti ini akan menjadi amalan biasa rakyat di negara ini???
Tetapi kalau menurut Datuk Seri Nazri, selepas ini mungkin perbuatan seperti yang dulunya dianggap sebagai sangat sensitif dan ditegah sama sekali iaitu apabila ada sesetengah kaum mempertikaikan hak kaum lain misalnya dalam soal agama mungkin pada masa depan ianya akan dianggap sebagai perkara biasa dan tak perlu dikenakan sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka yang melakukan kesalahan berkenaan jadi ini bermakna sesiapa saja bolehlah membangkit apa-apa saja perkara yang terbuku didalam hati masing-masing.
Dan apakah dibawah kerajaan 1Malaysia ini telah membenarkan amalan seperti itu? Tidak menjadi kesalahan bagi orang-orang Cina untuk mempertikaikan hak-hak kaum kaum Melayu. Tidak menjadi hal juga kepada kaum India mempersoalkan hak Melayu dan Bumiputera dan begitu juga bukan satu kesalahan bagi kaum Melayu dan Bumiputera untuk mengungkit status kerakyatan kaum Cina dan India di negara ini???
Apa akan terjadi sekiranya tiada sebarang larangan oleh pihak kerajaan Malaysia terhadap mana-mana rakyatnya jika mereka mahu membangkitkan sebarang isu sesuka hati tanpa batasan walaupun ia nyata amat bertentangan dengan 5 prinsip utama yang perlu didukung oleh seluruh rakyat Malaysia sepertimana terkandung didalam Rukun Negara dan merupakan kunci kepada keharmonian antara kaum dan agama di negara ini??? ...huru-hara kan jadinya apabila semua mahu dilihat lebih kuat dan berkuasa tanpa peduli kepada sejarah awal kehadiran bangsa masing-masing ke negara ini.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Memaparkan catatan dengan label undang-undang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label undang-undang. Papar semua catatan
Ahad, Mei 22, 2011
Khamis, November 05, 2009
Apa tujuan undang-undang digubal, dipinda ?
Melihat kepada kes liwat yang sedang dihadapi oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Penasihat Parti KeADILan Rakyat(PKR) serta juga Ketua Pembangkang di Parlimen YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah beberapa kali ditangguhkan disebabkan permohonan diatas permohonan oleh Anwar iaitu sudah semacam lapisan pelangi seakan-akan turut membawa kita untuk mencari satu persoalan yang mungkin boleh dijawab oleh pihak yang bertanggungjawab didalam menggubal undang-undang yang sedang digunapakai oleh pihak mahkamah ketika ini.Pada mulanya apabila sesuatu akta-akta serta undang-undang dan juga disamping peruntukan undang-undang khas hendak dilluluskan oleh semua Anggota Dewan Rakyat, ianya seperti biasa pasti akan melalui berbagai-bagai proses sebelum sesuatu undang-undang yang seumpamanya akan disahkan boleh diterima pakai untuk digunakan oleh mahkamah bagi urusan seperti menjatuhkan hukum, mengenakan denda, mendengar hujah-hujah, menerima rayuan, menolak rayuan, menangguh prossiding dan bermacam-macam lagi. Segalanya akan dibahas didalam Dewan Rakyat setelah sesuatu usul mengenai perkara itu berjaya dibentangkan bagi mendapatkan pandangan samada bantahan ataupun sokongan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.
Diantara peruntukkan undang-undang khas yang sudah dilluluskan oleh Dewan Rakyat ialah seperti apa yang telah kita lihat dalam kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim dimana peruntukkan undang-undang khas itulah yang sebenarnya telah menjadi barah dalam undang-undang dalam negara kita. Anwar Ibrahim telah menggunakan seboleh mungkin undang-undang yang telah memperuntukkan seseorang yang telah didakwa dalam kes yang tertentu sebagai harus dituruti segala kemahuan beliau memohon penangguhan demi penangguhan tanpa memikirkan akan akibat serta nasib pihak yang satu lagi.
Mahkamah serta para Hakim sebenarnya tidak mampu untuk berbuat apa-apa lagi apabila peruntukkan undang-undang seumpama itu iaitu yang membolehkan sesiapa sahaja untuk menggunakannya sebagaimana yang telah Anwar Ibrahim lakukan demi untuk mengelak beliau daripada dibicarakan berhubung dengan kes liwat itu dimana beliau didakwa dengan tuduhan telah meliwat bekas pembantu peribadi beliau iaitu Mohd. Saiful Bukhari bin Azlan. Anwar dalam perkara ini sudah tentu sekali akan berikhtiar sedaya upaya beliau agar kes liwat ini akan terus ditangguh sampai bila-bila selagi masih ada undang-undang yang membenarkan beliau untuk berbuat sedemikian.
Apabila keadaan seperti ini seolah-olah terus berlarutan sehingga kita semuapun tidak tahu sampai bilakah kes liwat ini akan mula dibicarakan, jadi apakah tiada jalan atau cara lain ataupun undang-undang lain lagi selain daripada yang digunakan sekarang ini untuk digunakan bagi menyelesaikan kekalutan yang sedang dihadapi oleh kedua-dua pihak dalam kes ini yang jelas kelihatan semakin hari semakin berserabut malah semakin sukar untuk dirungkaikan.
Sepatutnya apabila sesuatu undang-undang itu digubal serta diwujudkan, tujuannya ialah untuk memudahkan segala proses yang melibatkan soal yang berkaitan dengan urusan dimahkamah dan bukannya untuk menyulitkan mana-mana pihak. Tetapi didalam kes liwat ini, kita boleh nampak dengan jelas dan nyata hanya pihak yang berkepentingan sahaja yang mendapat keuntungan dengan adanya peruntukkan undang-undang tertentu itu sepertimana yang telah kita ketahui selama ini namun tidak bagi rakyat biasa ataupun bagi kalangan orang kebanyakkan.
Oleh itu, adakah dari kalangan profesional yang pakar dalam soal undang-undang sedar bahawa harus dilakukan sesuatu walaupun dengan apa cara sekalipun agar dikaji semula mana satu undang-undang yang menyusahkan satu pihak tetapi dalam waktu yang sama menguntungkan satu pihak yang lain. Dan jika didapati ianya perlu untuk dihapuskan, maka eloklah ianya dihapus atau dimansuhkan ataupun sekurang-kurangnya harus dipinda semula demi keadilan yang sama rata sesuai dengan konsep 1Malaysia.
Label:
undang-undang
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com



