Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Mei 19, 2011

BN dan rakyat Sarawak tak perlu gusar sangat pasal Francis Sia !

 Rakyat terutamanya penyokong BN Sarawak tak perlulah risau sangat tentang kempen yang sedang dibuat oleh Pengerusi MoCS iaitu Francis Paul Sia yang kononnya mahu mengumpul lebih kurang 200 ribu rakyat Sarawak berhimpun dan berarak atau berdemonstrasi bagi mendesak KM Sarawak berundur pada 13 Ogos depan sebab Francis Sia cuma hendak mencari publisiti murahan bagi mencipta namanya dalam arena politik Bumi Kenyalang ini. Tidak lebih dari itu.

Jadi bila dah dapat nama nanti maka mudahlah bagi Francis Sia untuk mendapat perhatian dari masyarakat Sarawak di tempat yang lain pula itupun jika usaha beliau itu berjaya. Bukan senang sebenarnya untuk mengumpul manusia dalam jumlah yang sebegitu banyak, kos tambang serta belanja makan minum belum termasuk sewa tempat penginapan lagi bukannya perkara yang ringan-ringan...kalau silap haribulan memang bangkrap Datuk Salleh Jafaruddin bila dah tak cukup duit untuk menampung segala perbelanjaannya.
Francis Paul Sia sama saja dengan Bob Lokman...sama-sama gila glamour. Macam Bob Lokman, mau nama dia naik semula maka dia pilih PAS sebagai tempat untuk memulihkan semula karier dia yang semakin menurun sebab dia tau dalam PAS banyak pelawak yang mampu membantu dia dalam perkara yang tertentu seperti Mahfuz Omar, Khalid Samad dan Hj Abdul Hadi Awang sendiri.

Lagi satu Bob Lokman kecewa sangat apabila rezeki dia dalam dunia seni semakin berkurangan maka itulah sebabnya mengapa beliau mula mahu berjinak didalam dunia politik pulak mana tau nasib bagus dia akan dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baru bagi mengganti wally selipar yang sedia ada sekarang dan tugas dia tentulah untuk membuat seberapa banyak fatwa yang diperlukan oleh Anwar Ibrahim dan PAS sendiri.

Kepada rakyat Sarawak serta pemimpin BN Negeri juga, Francis Sia ini kalau dilayan sangat hidung dia akan semakin berkembang macam buah kembang semangkuk..makin lama direndam dalam mangkuk maka makin besarlah ia berkembang, jadi lebih baik abaikan saja orang tak berapa waras macam Francis Sia tu...laporan polis terhadap dia cuma untuk menaikkan nama dia saja... "orang lapar kekadang tak akan mengaku dia tengah lapar depan kita dan begitu juga orang sewel takkan mengaku dia giler depan kita..."

Tiada ulasan:

Arkib Blog