Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Januari 07, 2011

Susahnya bila harga barang dinaikkan secara berperingkat-ringkat !

Hanya ada satu barang saja yang biasanya akan naik pada waktu subuh tiap-tiap pagi, nak elak memang dah mau naik biarkan saja, orang tak boleh marah punya, siapa-siapa juga tak boleh marah termasuklah Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim, Nizar Jamaluddin, Mahfuz Omar, Nik Aziz Nik Mat, Salehuddin Ayub, Saifuddin Nasution, N. Gobalakhrisnan kecuali Wan Azizah Wan Ismail, Elizabeth Wong, Teresa Cock, Zuraidah Kamaruddin dan lain-lain lagi sebab kebanyakkan diantara mereka pasti akan mengalami kenaikan tanpa dijangka pada waktu puncaknya.

Bila harga petrol naik untuk kali yang entah ke berapa maka ini bermakna semua barang keperluan lain seperti gula, minyak masak, coffee, telur, daging, ikan dan banyak lagi akan turut naik dan sudah tentu akan menyusahkan golongan berpendapatan rendah serta berpendapatan sederhana.

Rakyat memang tidak boleh untuk mengelak dari membeli barang-barang yang diperlukan walaupun tahu harga yang diletakkan sudah berubah dari harga asal yang sebelum ini menawarkan harga rendah kepada pengguna. Tetapi tidakkan pihak kerajaan ingin mencari jalan lain selain daripada berterusan menaikkan harga barang dalam jangka waktu yang begitu rapat supaya harga barang dapat dikawal dengan teratur dengan menaikkan sekaligus dengan harga yang paling tinggi tanpa perlu untuk selalu menaikkan harga sehingga boleh menimbulkan suasana panik dikalangan pembeli.

Contohnya seperti petrol, harga minyak kenderaan berkenaan patut dinaikkan hanya untuk sekali dalam tempoh masa lima tahun serta tak perlu lagi untuk dinaikkan terlalu kerap dalam masa satu tahun dan sekiranya langkah ini diambil besar kemungkinan rakyat tidak akan selalu duduk atau berdiri dalam keadaan yang semakin serba-salah.

Rubingah rupanya dirogol oleh Datuk tanpa Seri !

Kalau dalam kes liwat yang melibatkan Anwar Ibrahim dengan bekas pembancuh kopinya, perkara yang tidak oleh kita ialah bagaimana Anwar telah meliwat bekas pembantu peribadi beliau itu sebanyak lapan kali tanpa kondom. Itu kita semua sudah sedia maklum, cuma Karpal Singh saja yang sering resah bila mendengar perkataan lapan disebut berkali-kali.

Tetapi dalam isu Rubingah wanita Indonesia yang didakwa kononnya telah dirogol oleh seorang menteri kabinet persekutuan Malaysia yang juga bekas majikan wanita berkenaan, perkara lain pula yang timbul apabila semakin jelas bahawa YB Datuk Seri Utama Rais Yatim sebenar memang menjadi mangsa fitnah terancang oleh pihak yang tidak berpuashati dengan beliau sebelum ini.

Semakin jelaslah bahawa bukan DS Rais yang merogol wanita Indon itu tetapi sebenar yang merogol perempuan berkenaan ialah seorang Datuk yang belum bergelar Seri he he he...

Blogger pro-Kerajaan tak payah bersikap talam dua muka...

Kesal sangat apabila ada segelintir kecil blogger yang mahu dilihat seperti menyebelahi kerajaan tetapi malangnya dalam masa yang sama mereka terlupa akan tanggungjawab bersama sebagai salah seorang daripada rakyat negara ini bahawa kita semua selaku rakyat Malaysia sebenarnya ada kewajipan untuk sentiasa menjaga maruah dan nama baik pemimpin serta negara sendiri walaupun kadangkala kita tidak bersetuju dengan mereka tidak kira samada ianya melibatkan sedikit ataupun banyak perkara kerana yang sangat penting ialah kedaulatan negara kita senantiasa terpelihara.

Menulis sesuatu perkara itu memang mudah apatah lagi sekiranya ianya mempunyai unsur-unsur fitnah atau berupa hanya khabar angin saja tetapi kepada mereka yang menjadi sasaran fitnah sebagaimana yang sedang dihadapi oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Kesenian YB Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang dituduh merogol seorang wanita dari negara jiran adalah satu perkara yang amat sukar sekali untuk diterima oleh akal fikiran yang waras.

Kita ini walaupun sering berbeza pendapat dalam hal-hal yang tertentu dengan pemimpin atau sesetengah anggota kabinet khususnya para menteri dalam kabinet DS Najib sekarang ini, tetapi apabila sudah tiba tentang soal maruah dan kedaulatan negara maka adalah wajar bagi kita untuk mengenepikan semua perbezaan sedemikian dan kita harus bersama semula dengan para pemimpin demi negara tanpa perlu melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang suasana yang sangat tidak baik kepada Malaysia.

Apabila isu Robengah yang kononnya telah dirogol oleh seorang Menteri Kabinet Malaysia selepas pendedahan yang tidak bertanggungjawab oleh seorang blogger tertentu negara ini, secara tidak langsung tuduhan tersebut telah kembali mengheret permasalahan baru dalam hubungan dua hala antara Malaysia dengan Indonesia yang sebelum ini nampak agak pulih selepas isu Nordin M. Top, isu pasukan Manchester United yang membatalkan permainan di Jakarta, isu tarian Pendet, isu lagu Negaraku, isu kain batik dan lain-lain lagi.

Saya tak nak menulis terlalu panjang untuk setiap kali menyentuh mengenai isu yang membabitkan Datuk Seri Utama Dr Rais ini tetapi kita semua tentu mengharapkan kepada pihak yang pernah bersengketa dengan DS Dr Rais agar mereka ini jangan mengambil jalan mudah dengan menggadai maruah negara hanya kerana dendam tetapi fikirkanlah juga tentang kesannya terhadap Malaysia apabila fitnah yang dilemparkan kepada menteri berkenaan kini sudah tersebar segera dengan meluas di Indonesia dan apakah kita semua sanggup untuk terus melihat Malaysia dihina, dikeji serta diburuk-burukkan oleh sesetengah penduduk Indonesia hanya gara-gara fitnah yang dibuat semata-mata untuk membalas dendam terhadap hanya seorang individu atas perkara yang lalu ?

Fitnah serupa terhadap TS Rahim kini berulang, DS Rais tak perlu letak jawatan !

Dulu awal tahun 1994 pernah heboh satu negara dengan berita fitnah penglibatan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tambi Chik yang dituduh kononnya telah menjalinkan hubungan dengan seorang gadis bawah umur Norhayati Mohd Yusop juga dikatakan telah melahirkan seorang anak hasil perhubungan itu.

Ekoran dakwaan tersebut, Tan Sri Abdul Rahim telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka dan turut melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO waktu itu bagi memudahkan siasatan ke atasnya dapat dilakukan dengan berkesan dan tidak ada unsur-unsur campurtangan semasa siasatan sedang dilakukan.

Dan kini, tuduhan yang serupa juga telah menimpa ke atas seorang lagi pemimpin negara kita walaupun asas kepada dakwaan tersebut nampaknya berbeza namun hakikat sebenar tujuan fitnah itu diadakan adalah sama saja iaitu mahu menjatuhkan seseorang yang tidak disenangi.

Jika dulu Tan Sri Abdul Rahim terpaksa mengundurkan diri dari semua jawatan yang dipegang oleh beliau kerana fitnah yang dihadapi tetapi bagi saya adalah tidak perlu untuk Datuk Seri Rais turut berbuat demikian kerana selagi tiada bukti yang menunjukkan beliau memang bersalah maka dia tidak perlu mengalah lebih awal dan dia harus mempertahankan diri dari serangan oleh pihak yang ternyata pengecut seperti itu tanpa perlu melepaskan sebarang jawatan.

Andaikata Datuk Seri RaisYatim mengambil keputusan sama seperti yang pernah dibuat oleh Tan Sri Abdul Rahim dulu, saya percaya rakyat tidak akan tahu akan kisah sebenar perkara itu sebab apabila Datuk Seri Rais sudah berada diluar kerajaan bermakna isu berkenaan pasti kurang mendapat liputan dan apa yang penting ialah Datuk Seri Rais harus membersihkan nama baik beliau selaku pemimpin kerajaan sewaktu masih berkhidmat dan bukan harus keluar bila berdepan dengan tuduhan liar seperti itu.

"Berani Kerana Benar" !!!

Khamis, Januari 06, 2011

DS Dr Rais sengaja difitnah wanita Indonesia yang brengset !

Sejak isu seorang menteri kabinet Malaysia yang dikaitkan dengan kes merogol seorang pembantu rumah wanita Indonesia mula timbul, saya hanya mengikuti perkembangannya melalui blog rakan-rakan dan saya hanya ingin tahu siapakah individu yang dimaksudkan kononnya terlibat sepertimana yang didakwa oleh wanita pengemis dari negara seberang itu.

Saya dari mula lagi sudah agak ragu-ragu dan tidak percaya dengan dakwaan itu lebih-lebih lagi apabila tuduhan tersebut datangnya dari rakyat negara Indonesia yang bekerja di Malaysia. Mereka boleh buat apa saja tuduhan terhadap negara ini, terhadap pemimpin Malaysia serta terhadap rakyat Malaysia.

Lebih separuh rakyat Indonesia termasuk para pemimpin mereka memang tidak menyenangi kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia dan mereka akan sentiasa mencari ruang dan peluang dari kelemahan kita sekiranya ada untuk dijadikan sebagai senjata bertujuan menggagalkan apa saja usaha yang pemimpin negara kita buat.

Dan, apabila nama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia YB DS Utama Dr Rais Yatim telah dikaitkan dengan tuduhan merogol wanita Indon itu, saya menjadi sangat terperanjat kerana sebagai rakyat Malaysia apakah kita juga sanggup untuk membesarkan berita yang paling tidak masuk akal seperti itu ?

Saya tak nak lah untuk mengulas berlebih-lebihan berkenaan isu ini sebab saya 100% tidak percaya dengan tuduhan yang dibuat oleh wanita Indon itu terhadap YB DS Dr Rais Yatim itu. Rakyat Malaysia jangan mudah lupa dengan apa yang pernah rakyat Indonesia buat terhadap negara kita selama ini. Saya bukannya bermaksud untuk mendahului siasatan polis dalam isu ini sekiranya perkara ini telah menjadi kes polis tetapi secara peribadi saya memang tidak percaya dengan apa yang telah didakwa oleh minah Indon itu terhadap DS Rais.

Mereka sanggup membakar Jalur Gemilang, pijak bendera serta potret pemimpin kita, sanggup melontar najis manusia didepan pejabat kedutaan Malaysia di Jakarta, mahu menyerang Malaysia dengan buluh runcing. Adalah bukan satu perkara yang susah bagi mereka untuk membuat fitnah terhadap pemimpin negara kita. Rakyat Malaysia harus ingat semua itu, ingat apa yang rakyat serta pemimpin Indonesia telah buat terhadap Malaysia dan rakyatnya.

Jumaat, Disember 31, 2010

Semangat sukan pupus dalam jiwa sebilangan peminat fanatik Indonesia !

Gambar di atas menunjukkan kepada kita semua betapa sukan yang sering dikaitkan sebagai salah satu wadah yang paling sesuai untuk menyatukan semangat perpaduan dikalangan seluruh rakyat tidak kira samada mereka itu adalah rakyat sesama negara apatah lagi rakyat yang datangnya dari negara-negara jiran, negara serantau ataupun dari negara-negara sahabat seluruh dunia, kini sudah semakin luntur dan pupus.

Apakah sebenarnya yang mereka kejar, hanya gelaran? hanya pingat? ...tanpa perlu memahami maksud satu perkara yang menjadi sebab iaitu untuk apa sukan itu diadakan selain daripada hanya untuk mendapat gelaran, anugerah ataupun pingat ialah untuk mengeratkan tali perpaduan serta persahabatan dikalangan masyarakat negara-negara yang sama turut menyertai apa-apa jua kejohanan yang diadakan.

Tetapi malang sekali apabila perkara itu tidak pula berlaku ketika berlangsungnya perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 antara Malaysia dengan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno 29 Disember 2010 lalu. Dalam keriuhan para peminat lain menumpukan perhatian kepada pertarungan antara kedua pasukan, dalam waktu itu juga kumpulan-kumpulan yang paling tidak bertamadun di Indonesia cuba untuk merosakkan acara yang sedang berlangsung dengan laungan-laungan serta sepanduk-sepanduk yang jelas menghina Malaysia.

Apakah mereka lebih baik, lebih sempurna dalam segala segi daripada Malaysia ? ...sayang sekali tiada cermin besar sebagai tempat untuk mereka menatap wajah mereka yang sebenarnya...

Khamis, Disember 30, 2010

Nik Aziz sifatkan Program 100 Hari sebagai perkara mengarut !

"Belum pernah berlaku dalam sejarah mana-mana negara kerajaan di dunia ini sekalipun yang boleh melakukan perubahan terhadap rakyat dan negaranya hanya dalam tempoh seratus hari saja, mana ada ! ..kalau tuan-tuan semua ada buktinya, tunjukkanlah kepada saya ! ..kalau sekadar hanya berjanji memang mudah," itulah luahan hati Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika ditanya oleh beberapa orang wartawan Utusan Apco mengenai Program 100 hari yang diumumkan oleh Pakatan Pembangkang semasa Konvensyen Pembangkang di Pulau Pinang baru-baru ini.

Menteri Besar Kelantan itu mengambil pemerintahan selama 20 tahun kerajaan PAS di Negeri Serambi Mekah sebagai contoh terbaik. Tambah Datuk Nik Aziz lagi, "tuan-tuan semua boleh lihatlah apa yang dah berlaku di Kelantan, selama20 tahun PAS memerintah negeri itu...jangankan hospital, Masjid sebijik pun kerajaan PAS tak mampu hendak buat. Rakyat Kelantan semakin terabai, nasib mereka tidak terbela malah sudah semakin ramai rakyat Kelantan yang berhijrah ke negeri-negeri lain untuk mencari kerja hanya kerna kerajaan PAS menunaikan janji-janji masa pilihanraya dulu", akui Datuk Nik Aziz dengan rasa penuh keinsafan.

"Itulah saya berani katakan bahawa janji Pakatan Pembangkang kepada rakyat untuk mengubah nasib mereka dan negara dalam masa 100 hari hanya satu penipuan semata-mata. Sebagai seorang pemimpin serta ulamak saya seboleh-bolehnya mahu bersikap jujur dalam semua perkara terhadap rakyat dan negara, kalau kita asyik cuba untuk menipu maka lama-kelamaan keyakinan rakyat terhadap kita pasti akan lenyap dan kalau kita rasa tak berdaya untuk tunaikan janji kita maka janganlah buat janji," katanya yang kelihatan semakin tidak tertahan untuk mendedahkan isihati amarahnya terhadap DAP terutamanya YB Karpal Singh yang sering mempermainkan isu Hudud selama ini.

Datuk Nik Aziz yang seolah-olah mahu menyatakan sesuatu namun terpaksa memendamkan saja dan sebaliknya terus berhujah mengenai Program 100 Pakatan Pembangkang yang telah disifatnya sebagai perkara yang paling mengarut dan tidak masuk akal. "Betul tuan-tuan, tidak usah tuan-tuan melihat kepada negeri lain untuk merujuk kepada kerajaan yang gagal menunaikan janji, tuan-tuan semua tengok saja kerajaan Kelantan, bukan 100 hari lagi tuan-tuan.. cuba kira 20 tahun berapa bulan berapa minggu berapa hari?," seakan-akan mencabar wartawan supaya jangan percaya kepada Program 100 hari pembangkang, Menteri Besar Kelantan itu kelihatan kerap mengurut dada beliau.

"Tuan-tuan semua juga harus ingat, masa zaman nabi dulu pun mereka tak pernah meletakkan sasaran berapa hari untuk kerja-kerja tertentu tetap boleh disiap atau diselesaikan. Sebagai orang Isle saya tak mau lah untuk terus memperdayakan rakyat, rakyat sekarang bukannya bodoh dan tidak senang untuk dibohongi malah ada yang lebih bijak lagi dari pemerintah itu sendiri dalam kerajaan, jadi kita kenalah berubah kepada yang lebih baik dan bukannya berubah kepada yang semakin buruk," menurut beliau yang kelihatannya semakin sedar bahawa cara pendekatan yang telah diambil oleh Pakatan Pembangkang dalam memenangi hati rakyat selama ini adalah langkah yang silap dan salah serta bertentangan dengan tuntutan agama.

Rabu, Disember 29, 2010

Piala Suzuki AFF 2010: Syabas pasukan Harimau Malaya !!! Malaysia Juara !

Tarian Julia gagal menarik perhatian pemain kebangsaan Malaysia. Pemain Malaysia juga tidak minum 'air ajaib' untuk muncul sebagai juara !!!

Syabas dan Tahniah buat pasukan kebangsaan negara kita !

Pakatan Rockers muncul dengan lagu hits '100 Hari Takkan Mungkin"

Tiga buah kumpulan rock tanahair iaitu Dapur, Pasung dan P.K.Are You Okay telah bergabung dan membentuk menjadi satu kumpulan muzik rock yang kini lebih dikenali sebagai kumpulan Pakatan Rockers, baru-baru ini telah berjaya menerbitkan sebuah album bersama berjudul "Taubat sekarang, selamatkan Anwar!.

Dalam album tersebut yang memuat lapan buah lagu iaitu side A empat lagu manakala side B juga empat lagu, terdapat sebuah lagu yang dijangka akan meletup dirimba belantara iaiitu yang bertajuk "Seratus Hari Takkan Mungkin" dan ia hanya boleh didapati dalam bentuk kaset. CD-CD tak mainlah kata penerbitnya, Ronnie Liyus.

Apa yang menarik mengenai lagu tersebut ialah senikata dan liriknya yang boleh dikatakan sebagai boleh memenuhi kehendak para pendengar terutamanya mereka yang telah termakan dengan promosi yang dijalankan oleh pihak syarikat rakaman kumpulan rock berkenaan.

"Seratus Hari Takkan Mungkin"
Dimata mu ~ ~ ~
Mencerminkan tipu ~ ~
Dimata mu ~ Adalah Kepalsuan ~
Aku Tenggelam ~ Dalam ~ Lautan Tipu Dayamu ~
Tak Mungkin Akan Kulepaskan ~
Ikatan ini ~ ~ ~ ~
Mendung Hitam ~ Adalah ~ Semalam ~
Silau Mata ~ Dari Gila Kuasa ~
Hatiku ini ~ Sayang ~
Tetap Akan Berubah ~
Walaupun Kau Berpegang Teguh Pada Janji ~
Setiap Kata Yang Terucap
Setiap Nada Yang Tercipta
Hanyalah Penipuan ~
Satu ~ Takde Yang Betul ~ ~
Seratus Tahun Takkan Mungkin ~
Bisa Menghuraikan Semua ~
Janji Yang Kau Beri ~
Untuk ~ Rakyat Yang ~ ~ Malang ~ ~ ~ ~ ~

Lagu dan Lirik oleh : Anwar, Zizah, Limbizkit, Karpral dan Hadi Lemasz.
Syarikat rakaman : Lekas Hasil Record.
Pengedar : Gagap and Crony Company Sdn Bhd.

Walaupun sebelum ini kumpulan rock ini iaitu Pakatan Rockers telah banyak kali berjaya menghasilkan beberapa buah lagu namun kesemua lingkup dan tak dapat sebarang sambutan daripada orang ramai malah dikatakan syarikat rakaman mereka juga telah menanggung banyak kerugian dari segi kos penerbitan dan pengedaran.

Untuk album yang terbaru ini kita semua kena tunggu dan lihat, apakah perkembangan seterusya yang akan berlaku adakah ianya serupa dengan yang dulu atau akan lebih dasyat lagi !

Piala Suzuki 2010: Harimau Malaya, jangan layan karenah peminat skuad Indonesia !

Memang tepat juga bila kita sebelum ini telah meramalkan bahawa kehadiran skuad bolasepak Malaysia di Jakarta akan di sambut dengan demonstrasi oleh para peminat bolasepak Indonesia di sana yang ternyata tidak mampu untuk menerima hakikat akan kemenangan pasukan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil 26 Disember lalu.

Demonstrasi di depan hotel penginapan barisan skuad bolasepak negara beserta para pegawai sukan Malaysia di Jakarta walaupun disertai hanya beberapa penunjuk perasaan namun itu sudah cukup jelas untuk menunjukkan kepada kita betapa rakyat di sana belum matang lagi dalam menerima sesuatu keputusan yang melibatkan pihak mereka.

Kalau mereka kalah maka akan timbul bermacam-macam dakwaan tetapi apabila menang mereka dengan keangkuhan serta kesombongan akan sentiasa memperkecil-kecilkan kebolehan pihak lawan. Budaya seperti itu seakan-akan sudah menjadi lumrah dalam diri mayarakat disana.

Walau apa-apapun ada harapan tinggi kepada pasukan kebangsaan kita, biar berdepan dengan segala cemuhan dari peminat fanatik pasukan lawan, buat tak endah saja...anggap saja semua tu seperti sampah-sampah tepi jalan yang harus disapu dan dibuang.

Jangan layan apapun jua penghinaan yang mungkin akan mereka lemparkan, tepis dengan semangat perjuangan sejati demi untuk mengangkat martabat dan maruah bolasepak negara kita Malaysia.

Salam perjuangan kepada Wira Negara....skuad Harimau Malaya 1Malaysia.

Malaysia Boleh !!!

Selasa, Disember 28, 2010

Ramai pemimpin PR mengaku memang sangat takut melihat logo 1Malaysia !

Tanpa berselindung lagi ramai dikalangan pemimpin tertinggi dalam Pakatan Pembangkang telah mengaku yang mereka memang amat takut dan gementar sekali bila terpandang saja logo 1Malaysia yang kini sudahpun terpasang secara meluas di seluruh pelusuk tanahair dan cuba apabila kita pergi kemana-mana pasti akan kita akan jumpa dengan logo 1Malaysia ini orang pasang di tempat mereka masing-masing.

Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat tanpa segan silu atau sedikitpun ada rasa malu mengaku dengan jelas bahawa beliau kini memang alah bila terlihat saja logo 1Malaysia.
"apa perlu lagi untuk saya malu mengaku yang saya memang takut sesangat dengan logo 1Malaysia ini. Kalau saya berbohongpun tiada guna juga sebab Tuhan lebih tahu bahawa memang saya takut sekali melihat logo berkenaan dan tak perlu untuk saya menipu diri saya sendiri tapi menipu rakyat akan tetap saya teruskan dari masa ke semasa selagi hayat di kandung badan. Kerana terlalu takut dengan logo 1Malaysia itulah maka saya pernah beberapa kali dimasuk ke hospital akibat tekanan perasaan, implikasinya pinggang saya menjadi sakit, tulang belakang retak, jantung sentiasa berdebar, fikiran saya berserabut dan demam kebah," katanya kepada Harakah APCO.

Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, YB Lim Kit Siang ketika ditemui wartawan Roket APCO juga seperti Nik Aziz mengaku secara terbuka yang beliau juga memang sangat takut bila terpandang saja logo 1Malaysia malah beliau turut mengaku bukan setakat tu saja saja tetapi melihat angka satupun dia sudah tak larat lagi.
"pernah kan dulu, iaitu waktu tu saya pergi kencing kat belakang lumah, saya nampak itu balang memang satu. Itu balang memang olang punya dan dia pigang-pigang itu balang oooo rupanya sama macam saya punya..saya kencing dia pun kencing juga. Itu olang punya rumah aahh manyak marah sama kami orang dua, dia kejar kami dengan itu satu tongkat besi sama macam itu satu Malaysia...haiyaaa kami punya lari, punya lari terus masuk bersembunyi dalam itu satu lumah...ooo baru kami tau itu bukan sebalang lumah tapi klinik 1Malaysia, kami jadi tambah takut," akui Lim Kit Siang sambil bergurau.

Bagi Pengerusi DAP Pusat juga adalah Ahli Parlimen Bukit Gelugor YB Karpal Singh beliau dengan jujur turut senada dengan MB Kelantan bahawa sebagai pemimpin yang sering melaung-laungkan ketelusan serta kejujuran mereka harus jujur sejujurnya mengakui bahawa memang benar mereka sangat gentar dan takut dengan logo 1Malaysia.
Menurut Karpal Singh lagi, "..kita sebenarnya memang takut sangat bila seluruh rakyat Malaysia lebih senang menerima gagasan 1Malaysia berbanding dengan Middle Malaysia yang diperkenalkan DAP beberapa bulan yang lalu dan apa yang paling mengejutkan saya ialah cucu saya iaitu anak Gobind Singh Deo selalu saja sebut 1Malaysia atuk depan saya, nah lihatlah betapa budak kecikpun sudah suka dengan konsep 1Malaysia jadi kita takut sangat orang tua pun akan terpengaruh sama dan kita harus buat sesuatu agar 1Malaysia dapat digagalkan," ujar beliau dengan panjang lebar.

Lain pula halnya dengan seorang Penganalisis politik tanahair iaitu Professor kangkung Dr Abdul Aziz Bari yang menyatakan perasaan sebenar beliau terhadap logo 1Malaysia ini.
"..kadangkala saya macam suka juga dengan konsep 1Malaysia nih tetapi adakalanya juga saya rasa macam menggelabah tak tentu pasal seperti takut dan sebagainya. Secara jujurlah saya katakan bahawa saya amat fobia dengan logo 1Malaysia ini walhal kalau kita berjuang dilandasan yang betul sepatutnya kita tak perlu takut tetapi macam saya nih, pendokong perjuangan yang dibawa oleh Pakatan Beruk maka saya terpaksalah mengatakan perkara yang disebaliknya pasal 1Malaysia ini, apa boleh buat dah terlanjur menyokong mereka ikut sajalah, mereka suruh saya makan taik maka terpaksalah saya telan jua," dengan nada kesal beliau mengakuinya.

YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersipu malu mahu tidak mahu terpaksa juga mengakui bahawa konsep serta logo 1Malaysia memang begitu menekan sekali dan seperti pemimpin pembangkang yang lain beliau dengan ikhlas dan jujur juga turut bercakap benar mengenai ketakutan paling dasyat pihak mereka terhadap gagasan 1Malaysia itu. Menurutnya lagi sedaya upaya pihak mereka akan memastikan yang logo 1Malaysia tidak terus menghantui apa jua tindakan yang akan mereka lakukan.
"..itulah makanya seluruh rakyat Malaysia melihat kenapa saya menjadi semakin begitu angkuh sekali, keluar negara saya sanggup memburuk-burukkan nama baik Malaysia, saya keji, umpat, tabur fitnah terhadap kerajaan walaupun saya tahu perbuatan saya itu memang salah dan saya memang sengaja mengaitkan APCO dengan gagasan 1Malaysia semata-mata saya mahu seluruh rakyat Malaysia akan membenci kerajaan Barisan Nasional. Saya memang tahu bahawa APCO tidak punya apa-apa kaitannya dengan gagasan 1Malaysia tetapi kerana tiada jalan lain lagi maka saya guna jalan mudah dengan membuat fitnah tentangnya sehinggalah tuan-puan semua boleh lihat betapa pemimpin lain dalam Pakatan juga turut percaya dengan pembohongan yang saya lakukan. Saya terpaksa. Demi kuasa dan pangkat saya terpaksa walaupun takut saya harus jujur dalam banyak perkara," katanya ketika ditemubual oleh Suara APCO.

Menteri Besar Selangor YAB Datuk Seri Mohd Khalid Ibrahim pula ketika ditemuramah TV 16September turut menyatakan bahawa beliau mahu berkata benar dan jujur bila bercakap mengenai konsep serta logo 1Malaysia ini dan sebagai pemimpin kerajaan negeri yang ingin sekali membuktikan kepada seluruh rakyat bahawa mereka sememangnya jujur didalam pendekatan dan kata-kata maka juga seharusnya mengikut apa yang pernah dikata dan bukannya mengamalkan pendekatan cakap tak serupa bikin.
"..iya, memang bebebenar sekali pihak kami dadadalam Pakatan Pembangkang semakin hari semakin takut dengan gagasan 1Malaysia itu. Itulah sesesebab beberapa hari yang lepas pihak kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan agar semua premis-premis di negeri ini tidak memasang logo 1Malaysia dipremis masing-masing dan sekiranya ada diantara mereka yang telahpun memasang maka arahan segera dikeluarkan agar segera menanggalkannya. Tetetapi nampaknya arahan kami tidak diendah malah pihak kerajaan negeri pula menjadi sasaran kemarahan rakyat. Oooleh itu untuk meredakan keadaan saya dan ketua komunis Selangor YB Ronnie Liu telah berpakat untuk menggantungkan dulu arahan dan kami sedaya upaya untuk memutarbelitkan kenyataan, kononnya kami keliru he he he," katanya dalam keadaan yang kurang gagap.

Kepada Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena YB Datuk Mahfuz Omar apabila diajukan dengan soalan samada benar atau tidak pihak Pakatan Pembangkang takut dengan kemaraan gagasan 1Malaysia dengan selamba saja beliau mengakuinya.
"...Yup! benar, nak kata apa lagi. Berpusing seluruh dunia semata-mata untuk menafikan bahawa kita di Pakatan Pembangkang tidak takut terhadap logo dan konsep 1Malaysia pun mana ada gunanya lagi, sudah jelas seluruh rakyat Malaysia semakin menerima gagasan berkenaan. Pakatan Pembangkang sememangnya telah gagal untuk meyakinkan rakyat dengan fitnah yang dibawa. Malaysia harus wujudkan sekolah khas untuk mata pelajaran fitnah, ajar anak kita sejak dari kecil bagaimana nak buat fitnah barulah kerja kita akan menjadi mudah," dalam keadaan marah dan dengki YB Mahfuz Omar mengakhiri pengakuannya.

Sementara itu Presiden PAS YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang sempat diminta pandangan beliau oleh wartawan TV 16September ketika menghadiri 'Program 100 Hari Takkan Mungkin' mengenai kegelisahan atau kerisauan pihak Pakatan Pembangkang dengan kebangkitan yang semakin menjadi-jadi konsep beserta logo 1Malaysia di negara ini, dengan penuh keinsafan dan kesedaran Haji Hadi tidak menolak apa yang dikatakan sebagai Pakatan Pembangkang pasti akan mengalah terhada gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
"..bagi saya secara peribadi, sebab kenapa saya katakan secara peribadi? Sebab Nik Aziz tak mau saya bercakap mewakili PAS secara keseluruhannya kerana kalau saya ingkar maka nantinya saya tidak dapat masuk syurga tanpa perkenan dari Nik Aziz yang berkuasa penuh terhadap syurga. Ok, secara peribadi saya mengakui yang pihak kami akhirnya nanti harus juga menerima dengan hati yang terbuka konsep berkenaan dan jika tidak maka apa yang pernah kami katakan tentang banyak perkara kebaikan hanya akan mengundang rasa marah rakyat terhadap kami. Kan dulu kami selalu sebut pasal integriti atau kejujuran, telus, amanah tanpa rasuah, perpaduan kaum dan Malaysia yang bersatupadu, jadi bagi saya secara peribadi walaupun pada asasnya kami memang takut pada 1Malaysia tapi kami tidak boleh menjauhkan diri dari konsep tersebut kerana apa yang terkandung didalam gagasan berkenaan sudah lengkap dan seperti itu jugalah perjuagan yang kami nak, berbaik sesama sendiri..dengan orang lain dan apa yang penting ialah semangat muhibah diantara kaum tertentu dengan kaum yang lain," ujar beliau sambil menitiskan air mata mungkin timbul rasa kekesalan dihati beliau dengan perjuangan PAS yang kini sudah semakin jauh terpesong dari asas perjuangan asal parti itu sejak mula ianya ditubuhkan dulu.

Lagi ramai pemimpin Pakatan Pembangkang yang menyuarakan kebimbangan mereka terhadap penerimaan yang begitu positif daripada masyarakat terhadap konsep 1Malaysia itu namun oleh kerana dibatasi oleh waktu yang agak terhad maka pengakuan yang penuh ikhlas, jujur dan paling bertanggungjawab daripada beberapa kerat pemimpin pembangkang saja yang mampu untuk disiarkan disini.

Berebut-rebut lagi yang mahu wajah dan kenyataan mereka untuk disiarkan diruangan ini ada yang berteriak, bertempik macam kelakuan yang mereka buat waktu di Parlimen tempoh hari, menjerit-jerit minta perhatian. Tak kuasa I nak layan semua ! ...

Suzuki AFF 2010: 'Garuda patah sayap': rakyat Indonesia tak perlu marah...

Terdapat media massa atau media cetak di Malaysia telah memilih tajuk 'Garuda patah sayap' bagi merujuk kepada kekalahan 0-3 pasukan bolasepak kebangsaan Indonesia di tangan skuad Harimau muda negara 26 Disember Ahad lepas yang mana telah menimbulkan protes berbagai daripada peminat fanatik sukan bolasepak di negara berkenaan.

Menurut mereka, Garuda yang telah menjadi symbol kedaulatan negara Republik Indonesia hendaklah dihormati dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya bagi tujuan lain. Bantahan tersebut memang dituju khas kepada media atau akhbar-akhbar di negara ini yang telah mempamerkan bermacam-macam tajuk untuk artikel masing-masing dalam mengulas tentang kemenangan besar skuad Malaysia membenam Indonesia 3 gol tanpa balas.

Tapi peminat Indonesia juga perlu ingat dan sedar, walaupun rakyat Malaysia begitu ghairah dan bangga dengan kemenangan yang dicapai oleh pasukan muda negara pada perlawanan itu tetapi peminat khususnya rakyat Malaysia masih tahu batasan yang perlu dihormati dan saya rasa kalau hanya sekadar mengemukakan tajuk 'Garuda patah sayap' bukanlah satu kesalahan yang sangat serius jika dibandingkan dengan perbuatan segelintir rakyat negara berkenaan yang sebelum ini tanpa ingat mereka siapa yang telah membakar Jalur Gemilang, melempar najis manusia di depan pintu pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta, mahu menyerang Malaysia dengan buluh runcing, menconteng potret wajah pemimpin Malaysia dengan lakaran-lakaran yang sungguh menghina dan sebagainya.

Saya bukannya hendak mengungkit tetapi mereka juga haruslah sedar, walaupun kita rakyat Malaysia sangat marah dengan perbuatan yang paling tidak bertamadun seperti itu namun kita semua masih mampu untuk mengawal diri dan tidak terikut-ikut dengan cara dan rentak keangkuhan mereka. Kita rakyat Malaysia sentiasa menghormati mereka sebagai jiran yang terdekat yang antara mereka dengan kita memang saling memerlukan di antara satu dengan yang lain.

Apa-apapun adalah diharap semoga peminat fanatik bolasepak di Indonesia boleh belajar menerima hakikat sekiranya pasukan negara mereka kalah sepertimana juga peminat di Malaysia yang sentiasa bersikap terbuka menerima apa jua keputusan daripada perlawanan yang telah diadakan samada kalah atau menang ianya memang adat permainan. Mana pernah dalam mana-mana perlawanan kedua-dua pasukan akan sama-sama menang atau akan sama-sama kalah, mesti ada satu yang akan kalah dan satu akan menang.

Malaysia Boleh !!!

Isnin, Disember 27, 2010

Benarkah Anwar Ibrahim sudah terpikat dengan Erry Putra ? ..waduh,waduh!

Di sebelah atas gambar Erry Putra tertera dua baris ayat-ayat maut yang terdapat dalam twitter milik Anwar Ibrahim bahasanya lembut lebih lembut gigi dari lidah.

Benarkah? Kalau benar agak-agaknya, apakah tugas yang akan diberi ye, bancuh coffee lagi ke atau penghantar dokumen yang telah tersedia dengan beberapa biji karipap...banyaklah dapat o/time..

Betapa peritnya rasa kalau kita cuba berbohong kepada orang lain...

Sebenarnya saya telah cuba untuk menyelami atau menjiwai perasaan orang yang suka sangat menipu orang lain dengan kata-kata manis mereka atau lebih tepat lagi mereka yang suka berbohong serta mengada-ngadakan cerita. Perkara yang tiada sengaja diada-adakan.

Saya sebelum ini telah menerbit dua artikel yang sengaja saya hasilkan semata-mata untuk menguji hati dan perasaan saya sendiri dan bukannya bertujuan untuk menduga perasaan orang lain apabila termakan dengan tipudaya atau pembohogan yang sengaja saya buat maka itulah sebab mengapa saya telah menutup ruang komen untuk dua artikel berkenaan agar ujian saya akan berhasil walaupun sedikit, namun saya tetap terima pertanyaan daripada beberapa rakan bloggers dalam bentuk emel serta di in-box facebook yang bertanyakan kenapa harus berhenti menulis di blog? apa sebab, mengapa, Y, Y, Y?

Saya pun tak tahu macam mana hendak terangkan apabila ada yang bertanya berkaitan artikel tersebut sebab saya rasa saya perlu dan harus untuk berbuat demikian sekiranya mahu tahu bagaimana sebenarnya perasaan yang paling dalam seseorang itu selepas dia membohongi orang lain dengan kata-kata yang meyakinkan sehingga membuat orang lain akan percaya. Jadi saya telah karang dengan sebaik mungkin artikel berkenaan agar nampak benar-benar bahawa itulah keputusan saya dan orang lain akan percaya.

Bagi saya, apabila ada diantara rakan pembaca yang mungkin kecewa kerana percaya dengan apa yang telah saya tulis di artikel sebelumnya maka bererti mereka telah berjaya saya bohongi tetapi sekiranya ada diantara mereka yang tidak percaya bermakna mereka yang berkenaan adalah terdiri daripada golongan yang tidak mudah untuk menerima bulat-bulat apa yang belum pasti dan mereka jenis yang tidak mudah untuk diperdayakan.

Tapi bukan itu tujuan sebenar saya menerbitkan dua artikel tersebut sebab saya cuma mahu menguji hati dan perasaan saya sendiri dan mahu tahu bagaimana rasa hati dan juga perasaan seseorang yang selalu berbohong mengenai banyak perkara kepada pihak lain. Bagaimanakah perasaan mereka ini apabila suka mengada-ngadakan cerita tentang perkara yang tidak benar walaupun hakikatnya mereka ini sendiri memang tahu akan kedudukan sebenar sesuatu perkara itu tetapi sanggup berbohong dan menipu mengenainya.

Misalannya, Pakatan Pembangkang yang diterajui oleh Anwar Ibrahim. Saya mahu ambil pembohongan yang telah dihidangkan oleh Anwar Ibrahim kepada rakyat satu ketika dulu sebagai satu contoh yang terbaik. Beliau sebelum ini pernah berjanji kepada satu Malaysia bahawa Pakatan Pembangkang akan mengambilalih pentadbiran kerajaan di Putrajaya pada 16 September 2008 dengan kemasukan beramai-ramai lebih 30 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional ke dalam Pakatan Pembangkang.

Sebelum itu juga rakyat telah diperdaya oleh beliau dengan kisah 6 kotak rahsia yang kononnya mengandungi segala dokumen penyelewengan yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Tetapi sehingga kini, jangankan hendak dikatan 6 kotak, 1 kotak pun Anwar Ibrahim belum lagi dapat keluarkan untuk membukti kepada rakyat negara ini bahawa dakwaan beliau adalah benar dan tidak bohong.

Antara yang terbaru, pembohongan Anwar Ibrahim mengenai APCO. Saya tak nak sebut lagilah secara detail apa itu APCO sebab seluruh rakyat Malaysia semuanya sudahpun tahu apa itu APCO dan seluruh rakyat negara ini juga sudah tahu kenapa APCO telah menjadi satu isu yang begitu sekali hangat di Malaysia.

Anwar Ibrahim telah berbohong tentang APCO. Dia menuduh kerajaan Malaysia ada menjalinkan kerjasama dengan kerajaan haram Yahudi Israel melalui sebuah syarikat yang kononnya dikenali sebagai APCO Worldwide. Anwar dengan tegas mengaku yang beliau memang mempunyai bukti yang kukuh mengenainya dan menurut beliau bukti tersebut ada dalam simpanannya.

Tetapi seperti biasalah Anwar Ibrahim sehingga ke saat ini tidak juga dapat menunjukkan segala bukti yang beliau dakwa ada padanya walaupun telah berulangkali dicabar oleh pihak kerajaan agar beliau segera mendedah serta membuktikan kepada seluruh rakyat negara ini jika benar-benar dakwaan beliau itu memang benar dan berasas.

Inilah yang membuat saya tertanya-tanya dan mahu tahu, bagaimanakah agaknya perasaan Anwar Ibrahim sebagai seorang Muslim apabila beliau sanggup untuk membuat dakwaan yang palsu sedemikian rupa. Apakah tidak timbul sedikitpun dalam hati kecil beliau rasa kekesalan serta rasa serbasalah atau perasaan yang bersalah apabila mendapati ramai orang telah percaya dengan dakwaannya itu padahal beliau tahu bahawa apa yang didakwa itu sebenarnya hanyalah rekaan semata-mata dan tidak benar sama sekali.

Namun bagi diri saya iaitu setelah saya mencuba untuk membuat kenyataan yang tidak betul untuk tatapan pembaca di laman blog saya bagi membolehkan saya mendapat sedikit gambaran mengenai perasaan orang yang suka berbohong dan ternyata saya tidak mampu untuk melakukannya. Selang beberapa hari selepas dua artikel yang saya terbitkan itu serta ruang komen telah saya sekat kepada sebarang maklumbalas pembaca, perasaan bersalah yang tidak terhingga telah menghantui fikiran dan seterusnya telah menyelubungi jiwa dan perasaan saya.

Disaat itu saya sudah dapat satu jawapan dan dapat rasakan bahawa bagaimana waras sekalipun kita yang terdidik dengan berbagai ilmu dan ajaran sebelum itu namun apabila kita telah terjebak dalam suatu kesalahan yang amat berat iaitu menipu dan berbohong maka kita tetap tidak akan mampu untuk membuat sebarang keputusan kepada perkara-perkara yang lain dengan baik dan bijaksana. Selagi kita belum mahu memperbetulkan apa-apa jua kesilapan yang sengaja kita lakukan maka selagi itu jugalah kita akan meletakkan diri serta perasaan kita sendiri di dalam keadaan yang paling serbasalah dan bermasalah.

Dari apa yang telah saya cuba buat inilah maka saya dapat sedikit melihat kepada perjuangan yang paling samar Anwar Ibrahim di dalam bidang politik. Beliau umpama seorang yang baru balik dari berburu. Datang ke rumah tidak mau mandi terlebih dahulu, tidak bersihkan badan, kaki tidak dilap bersih, tau-tau terus masuk kamar melelap mata lalu tidur. Bangun dari tidur pagi tidak cuci muka, tidak berus gigi, tidak mandi tapi terus keluar rumah masuk hutan lagi pergi berburu, begitulah hari-hari. Mana tidak larinya segala kijang-kijang, pelanduk, ayam hutan, segala katak-katak bila tercium benda-benda yang menghangitkan deria bau tentulah semakin banyak yang mahu melarikan diri...

Inilah sebenarnya yang cuba saya hayati. Saya benar-benar mahu tahu bagaimana rasanya hati dan perasaan orang-orang yang suka berbohong terutama sekali mengenai perkara yang melibat ramai pihak serta yang boleh menjejaskan kestabilan dan keharmonian sesebuah negara. Untuk berhenti menulis blog tidak mungkinlah, selagi Anak Merdeka mampu untuk membayar bil kontrak bulanan Broadband maka selagi itulah Anak Merdeka akan bersama-sama dengan semua bloggers yang pro-Kerajaan untuk mengupas apa jua isu yang timbul.

Sekian.
Salam 1Malaysia.

Piala Suzuki AFF 2010: Cahaya laser mungkin angkara penyokong Indonesia sendiri !

Apabila media Indonesia mula memainkan isu kekalahan pasukan Garuda Indonesia 0 - 3 di tangan pasukan Harimau Muda Malaysia adalah gara-gara pancaran cahaya laser yang dihalakan ke muka penjaga gol mereka maka kita berhak untuk menepis dakwaan liar sedemikian agar ianya tidak mempengaruhi keadaan semasa perlawanan pusingan kedua Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Senayan Jakarta 29 Disember 2010 nanti.

Saya dapat rasakan besar kemungkinan yang pacaran cahaya laser tersebut adalah angkara penonton atau para penyokong pasukan bolasepak Indonesia sendiri kerana disebabkan mereka sudah menduga yang pasukan kebangsaan negara mereka akan tewas pada perlawanan semalam. Seperti apa yang pernah kita lihat sewaktu perlawanan yang terdahulu di mana Malaysia kalah  5 - 1 kepada Indonesia kejadian serupa juga telah berlaku apabila kelihatan cahaya laser dipancarkan ke arah muka penjaga gol Malaysia.

Tapi kita tidak pula menyalahkan ke atas perkara berkenaan sebagai punca skuad bolasepak kita gagal pada pertemuan dengan Indonesia tetapi lebih kepada mencari kelemahan pada gaya persembahan yang dipamerkan.

Tahniah sekali lagi buat pasukan bolasepak negara atas kemenangan semalam !!!

Ahad, Disember 26, 2010

Syabas dan Tahniah buat pasukan kebangsaan negara !!!

Dengan kemenangan 3 gol tanpa balas daripada pasukan Garuda Indonesia, pasukan Harimau muda Malaysia telah mengembalikan semula maruah sukan bolasepak kita yang sebelum ini dikhuatiri tidak akan bangkit lagi setelah berakhirnya zaman kegemilangan Supermokh dulu.

Tapi hari ini rakyat Malaysia harus boleh berbangga dengan pencapaian pasukan muda negara kita dengan corak permainan mereka yang begitu mantap, pantas serta hebat... dan diharap pasukan muda Malaysia akan terus dengan gaya permainan yang memang sangat membanggakan kita semua pada perlawanan seterus di pusingan yang ke dua di Stadium Senayan Jakarta Indonesia 29 Disember ini.

Syabas juga kepada semua pihak yang terlibat di dalam penganjuran perlawanan ini kerana telah berjaya memastikan perlawanan terus berjalan dalam keadaan yang aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini walaupun kelihatan ada perkara yang tidak sepatutnya berlaku apabila Jalur Gemilang telah di kibar dalam keadaan yang terbalik oleh itu diharap kejadian seumpama itu tidak akan berulang lagi kerana kesilapan seperti itu juga akan akan membawa kesan yang kurang baik kepada maruah negara kita di mata masyarakat negara luar.

Malaysia Boleh !!!

Doa dan Harapan buat Skuad Harimau Muda + semoga berjaya dan Malaysia boleh !

Malam ini kita semua rakyat Malaysia bersama-sama mengiringi perjuangan Skuad Harimau Muda negara dengan sebaris doa semoga mereka akan mencapai kemenangan yang penuh bermakna sepertimana yang kita semua harap-harapkan.

Walaupun ada di antara kita yang mungkin tidak dapat bersama-sama dengan mereka yang lain di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam ini untuk memberikan sokongan padu secara langsung namun dari kejauhan ini juga kita akan terus meniupkan semangat juang buat mereka Harimau Muda dengan doa-doa dari kita semua supaya kemenangan tetap memihak kepada pasukan negara.

Juga harapan agar permainan malam ini tidak akan dicemari dengan sebarang kejadian yang kita semua tidak ingini. Kepada penyokong kedua-dua belah pihak Malaysia dan Indonesia yang akan menyaksikan secara dekat di Stadium Nasional Bukit Jalil, jika mana satu pasukan akan kalah maka terimalah dengan hati yang terbuka dalam semangat kesukanan yang tinggi sebab kalah menang memang sudah menjadi adat dalam mana-mana pertandingan dan mana mungkin dalam setiap pertandingan yang melibatkan dua pasukan kedua-duanya akan menang dan pasti salah satu daripadanya pasti akan kalah manakala yang satu lagi sudah tentu akan menang.

Malaysia Boleh !!!

Jumaat, Disember 24, 2010

Blog ini hanya akan aktif sehingga 29.12.2010 saja dan tamat !

Setelah lebih dua tahun melibatkan diri dengan dunia penulisan bersama-sama rakan alam siber yang lain maka saya telah mengambil keputusan untuk berhenti menulis dalam laman blog ini yang saya wujudkan selepas berlakunya Tsunami pilihanraya 2008 lalu iaitu pada PRU-12 dulu.

Sementara masih ada tinggal lagi hari-hari yang tersisa sekitar 5 hari mulai sekarang sehingga 29hb Disember 2010 mungkin saya akan gunakannya untuk menulis apa yang terlintas difikiran saya dan tidak semestinya tentang politik.

Kepada rakan-rakan yang pernah memberi sokongan dan perhatian kepada laman blog saya khususnya dalam dunia internet selama ini seperti Kumbang AIDC, Jeffry Damien Dimensi, Apai Ngelai Rajah Mas, Yang Gambi, ISAC Bumiyang, Brave Heart, Azly Shukry Today, Arif Omar Penghuni Gua, Faizal Torres AIDC, Azri Torres AIDC, Joyah AIDC, Cikgu Hafez J. S. Malim  dan lain-lain serta bloggers yang lebih 170 kesemuanya sebagai followers Anak Merdeka maka saya ucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua dan minta ampun dan maaf sekiranya ada terdapat sebarang tulisan saya sebelum ini disini mahupun saat saya memberi komen di posting-posting pada laman blog atau web anda semua yang boleh dikira sebagai telah menyinggung serta mengguris hati dan perasaan kalian semua.

Hidup ini memang indah.
Hidup ini memang tidak mudah.
Hidup ini juga memang mudah sebenarnya.

Laman blog saya tidak akan dipadam dan saya akan terus membiarkannya untuk boleh dilayari sehinggalah sekiranya pihak blog sendiri yang mahu menamatkannya kerana saya tidak akan mengemaskinikannya lagi selepas 29hb Disember ini.

Saya juga telah memadamkan beberapa elemen-elemen yang saya rasa tidak perlu di laman blog saya namun saya tetap mengekalkan potret Negarawan Teragung Negara YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penyeri kepada blog saya...

Terima kasih yang tak terhingga kepada anda semua !

Disember, bulan terakhir saya sebagai penulis blog pro-BN...Merry Xmas & Happy New Year 2011 !

Sebahagian pemandangan di sekitar kawasan Projek Empangan Janakuasa Hydroelektrik di Bakun pendalaman Sarawak.

Hidup memang tidak semudah yang kita sangkakan. Dan hidup juga tidaklah sesukar seperti yang kita fikirkan. Semuanya terpulang kepada diri sendiri.

Bak kata pepatah, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Bagi saya, bersependapat adalah jauh lebih baik daripada bersatu sebab kalau bersatu tetapi tidak sependapat satu masalah juga.

Sebab yang lain ialah bila kita bersatu mahu tidak mahu kita terpaksa untuk bersependapat dengan yang lain kerana kalau kita menentang maka sudah pasti timbul tanggapan yang tidak menyenangkan.

Bagi saya adalah lebih mudah hanya kita bersetuju atau menyatakan pendapat yang sama jika kita bersetuju daripada kita bersatu dalam sesebuah kumpulan.

Selamat Hari Krismas dan selamat menyambut Tahun Baru Masehi 2011 kepada saudara-mara saya seluruh Sarawak...

Logo 1Malaysia: Kerajaan Pakatan di Selangor amal sistem Komunis !

Jika sebelum ini Pakatan Beruk yang dibarisi oleh tiga buah parti yang masing-masing dengan ideologi karut mereka sering mendendangkan kepada umum bahawa merekalah kononnya pejuang demokrasi dan lebih hebat lagi mahu demokrasi sepenuhnya diamalkan dalam sistem pemerintahan negara walau dimana-mana tempat sekalipun maknanya kebebasan penuh harus diberikan kepada seluruh rakyat.

Tetapi sebenarnya apa yang kini berlaku adalah sebaliknya. Sebelum ini di Kedah, sebuah negeri yang ditadbir ditadbir Pakatan Beruk dan diterajui oleh PAS telah menghalang iaitu tidak membenarkan sama sekali pengamal media untuk membuat sebarang liputan pada pembentangan Bajet 2011 Kerajaan Negeri Kedah yang telah disempurnakan oleh KDYMM Paduka Seri Sultan Kedah Darul Aman Sultan Abdul Halim.

Kehadiran pihak media pada majlis pembentangan Bajet 2011 itu yang berlangsung di Dewan Undangan Negeri Kedah itu telah disekat dan mereka yang berusaha untuk menyusup masuk telah dihalau bagai menghalau haiwan-haiwan yang liar yang cuba memasuki kawasan kebun tanaman. Perkara seperti ini tidak pernahpun dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional ketika memerintah negeri Kedah suatu ketika dulu malah pihak media telah diberi tempat untuk mereka membuat liputan.

Terbaru di negeri Selangor Darul Ehsan, kejadian yang jelas menunjukkan betapa kejamnya amalan yang mula cuba untuk dipraktik oleh kerajaan Pakatan Beruk yang diketuai oleh PKR apabila mereka telah mula mengarahkan rakyat negeri berkenaan supaya tidak memasang sebarang tanda logo 1Malaysia di premis masing -masing tanpa sebarang alasan.

Apa yang telah dilakukan pihak Pakatan Beruk ke atas sebuah Restoran 1 Seven Eleven di Selangor telah membuktikan bahawa laungan mereka selama ini berkenaan dengan sistem demokrasi cuma terletak dihujung lidah mereka semata-mata dan akan hilang bersama janji-janji kosong baru yang sangat mustahil untuk mereka tunaikan.

Tanpa rakyat sedar dan mampu melihat dari bentuk tindakan yang telah pihak Pakatan Beruk ini ambil ke atas rakyat di negeri-negeri yang telah mereka kuasai ialah cara pemerintahan komunis yang diamalkan dalam sistem pemerintaha kerajaan China kini sudah mulai diterapkan dalam pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Pakatan Beruk ini.

Asal kita tau saja bagaimana sengsaranya hidup rakyat Negara China untuk hidup bebas seperti rakyat negara lain tanpa kongkongan daripada pemerintah mereka sudah pasti akan sedar betapa bertuahnya kita lahir dan hidup di dalam negara seperti Malaysia ini. Di Negara China rakyat amat sukar untuk memiliki kenderaan persendirian seperti kereta dan sebagainya walaupun mereka mampu kerana dasar kerajaan negara komunis itu untuk tidak membenarkan rakyatnya mempunyai kelebihan dalam bentuk apapun harta benda sehingga kelihatan melebihi harta yang dimiliki oleh pegawai kerajaan.

Nyata kini bahawa kerajaan di Selangor sudah mulai mengorak langkah untuk menuju kepada cara pemerintahan ala Komunis apabila terus menjadikan rakyat sebagai mangsa kepada kerja gila seperti itu supaya semua rakyat mengikut arah telunjuk mereka tanpa bebas untuk melakukan urusan kerja sebagaimana sewaktu BN memerintah Selangor dulu.

Arkib Blog