Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Disember 26, 2010

Syabas dan Tahniah buat pasukan kebangsaan negara !!!

Dengan kemenangan 3 gol tanpa balas daripada pasukan Garuda Indonesia, pasukan Harimau muda Malaysia telah mengembalikan semula maruah sukan bolasepak kita yang sebelum ini dikhuatiri tidak akan bangkit lagi setelah berakhirnya zaman kegemilangan Supermokh dulu.

Tapi hari ini rakyat Malaysia harus boleh berbangga dengan pencapaian pasukan muda negara kita dengan corak permainan mereka yang begitu mantap, pantas serta hebat... dan diharap pasukan muda Malaysia akan terus dengan gaya permainan yang memang sangat membanggakan kita semua pada perlawanan seterus di pusingan yang ke dua di Stadium Senayan Jakarta Indonesia 29 Disember ini.

Syabas juga kepada semua pihak yang terlibat di dalam penganjuran perlawanan ini kerana telah berjaya memastikan perlawanan terus berjalan dalam keadaan yang aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini walaupun kelihatan ada perkara yang tidak sepatutnya berlaku apabila Jalur Gemilang telah di kibar dalam keadaan yang terbalik oleh itu diharap kejadian seumpama itu tidak akan berulang lagi kerana kesilapan seperti itu juga akan akan membawa kesan yang kurang baik kepada maruah negara kita di mata masyarakat negara luar.

Malaysia Boleh !!!

3 ulasan:

ISAC berkata...

Bro,

Masa FAM hantar skuad Harimau Muda ke Yoguslavia, ramai yang kutuk...

Bila 10 tonggak pemain skuad utama yang rata-rata juga masih muda (bawah 24 tahun) ramai yang tidak memberi harapan buat Malaysia.

Terbukti pelaboran di Yugoslavia sememangnya berbaloi!!! Tahniah Malaysia!!! Tahniah FAM!!!

Tapi peminat-peminat Malaysia baru naikkan tiket RM 10.00 pun dah kecoh... Kata patriotik!!!

Tuan blog!!!

Mohon jangan tutup blog!!!

Postinglah perlahan-perlahan atau jarang-jarang... Tapi jangan tutup terus!!!

Dah ramai "blogger otai" bersara...

Kawanpun kalau X kuat semangat pun dah tutup!!!

alehkayong™ berkata...

tahniah harimau malaya!!tak sempat 2nd half .apa cita laser bro?

hilbert berkata...

Salam,

ISAC, terima kasih..tak tutup sebenarnya bro.. ceritanya seperti diatas :-)

Aleh Kayong, cerita pasal laser juga sepertimana diatas ;)

Arkib Blog