Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Ogos 22, 2010

SUPP tidak mungkin akan keluar daripada Barisan Nasional !


Seingat saya tiada masalah yang terlalu besar sangat telah atau juga sedang dihadapi oleh Parti Rakyat Bersatu Sarawak atau SUPP dengan anggota-anggota lain didalam Gabungan Barisan Nasional terutamanya dengan rakan-rakan dalam BN Sarawak.

Apa yang berlaku sebelum ini hanyalah masalah dalaman SUPP sendiri termasuk krisis kepimpinan yang belum tahu lagi status penyelesaiannya samada mereka sudah berdamai atau mereka kini masih bermasam muka.

Dan antara pemimpin didalam SUPP yang ada membuat kenyataan seolah-olah cuba mengesahkan berita tersebut diperingkat orang ramai walaupun ianya tidak wajar dilakukan kerana tidak selari dengan semangat setiakawan dalam BN adalah Datuk Sim Kheng Hui.

Apa yang boleh ditafsirkan ialah, tindakan mendedahkan sesuatu perkara berkaitan dengan parti kepada media juga kepada umum seperti yang telah dilakukan oleh Datuk Sim Kheng Hui dilihat semata-mata percubaan beliau untuk mengheret SUPP bersama kedalam masalah yang sedang beliau serta rakan-rakan sehaluan dengan kumpulannya hadapi sekarang. Itulah mungkin boleh dikatakan sebagai usaha untuk menagih simpati semata-mata.

Jika dengan rakan-rakan komponen dalam BN Negeri, SUPP tidak banyak krisis seperti Parti Rakyat Sarawak(PRS) yang memang sering tidak sebulu dengan SUPP dalam soal pengagihan kerusi kerana masing-masing pemimpin kedua parti ini mempunyai pandangan yang tidak membina kearah perpaduan sesama parti, sesama pemimpin serta sesama rakyat dan mereka lebih suka memilih jalan bertelagah walaupun mereka sedar bahawa tindakan sedemikian tidak akan membawa sebarang makna kepada BN secara keseluruhannya.

Saya tidak nampak atas alasan apa perlu untuk SUPP mengundur diri daripada gabungan BN kerana jika dilihat dari cara bekerja SUPP Cawangan Miri dalam mendekati rakyat serta pengundi mereka boleh dikatakan hampir setiap masa kita lihat pemimpin SUPP Miri berkunjung serta meninjau kawasan-kawasan pilihan raya mereka dan inilah yang dituntut oleh Kepimpinan BN.

Namun bagi SUPP Cawangan Sibu usaha seperti itu sekarang tetap diteruskan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh bekas MP Sibu mendiang Robert Lau Hoi Chew sebelum meninggal dunia.

Dan kita boleh bertanya, bagaimana pulak dengan perjalanan SUPP dibahagian Kuching kawasan Datuk Sim Kheng Hui menabur bakti dan tidakkah mereka sama-sama turut berdengkur sehingga ada orang lain datang mengejutkan...

Sabtu, Ogos 21, 2010

Pentadbiran DS Najib patut bangkit dari trauma 2008...


Bukan bertujuan untuk mengukur sejauh mana kemampuan, kehebatan serta kebolehan memimpin bagi seseorang pemimpin utama negara kita ketika berdepan dengan berbagai isu yang serupa didalam tempoh pemerintahan mereka masing-masing, bagaimana mereka mengatasi sebarang masalah yang timbul, adakah mereka tegas, berani bagi memastikan tiada masalah sampingan akan timbul daripada isu-isu yang sengaja dibangkit oleh pihak-pihak yang tertentu.

Malaysia selama tempoh pentadbiran Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad memang diakui akan kehebatannya bukan saja oleh rakyat negara ini sendiri malah oleh rakyat serta para pemimpin negara luar baik oleh negara membangun maupun oleh negara maju.

Berani menyuarakan apa yang benar tanpa rasa bimbang akan risiko yang bakal dihadapinya, tegas dan tidak pernah teragak-agak serta pantas didalam mengambil sebarang tindakan bagi memastikan apa-apa jua keadaan didalam negara kita sentiasa berada ditahap yang paling selesa dan memuaskan..., itulah YABhg Tun Dr Mahathir.

Malang sekali selepas peralihan kuasa berlaku pada 2003 apabila Malaysia menerima seorang Perdana Menteri yang ke-5 YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau seolah-olah telah gagal untuk mempertahankan apa yang telah diwarisinya daripada YABhg Tun Dr Mahathir.

Malaysia dibawah pentadbiran YABhg Tun Abdullah selepas itu jelas semakin gagal mengawal keadaan yang sepatutnya harus segera bertindak lebih awal terhadap sesiapa saja yang sengaja membangkit perkara-perkara yang sensitif didalam masyarakat majmuk dinegara ini.

Kini, Malaysia dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang telah mengambilalih kuasa daripada YABhg Tun Abdullah kelihatan masih gagal untuk bangun serta bangkit apabila sehingga kini tidak banyak yang dapat dilakukan dalam menghadapi golongan 'pendesak' yang sepanjang masa tidak jemu-jemu membangkitkan berulang-kali perkara-perkara yang telah termaktub didalam perlembagaan persekutuan.

Tidak juga hendak mengatakan yang corak kepimpinan Perdana Menteri sebagai kurang berbisa ketika berdepan dengan isu-isu yang memerlukan tindakan yang tangkas tetapi keadaan seperti sekarang juga banyak bergantung kepada tindakan pantas tanpa rasa ragu-ragu atau benar-benar tidak teragak-agak oleh seseorang Menteri yang telah diberi tanggungjawab terhadap kementerian yang diserahkan kepada mereka dalam memastikan keamanan, kesejahteraan, keselamatan, keharmonian serta kestabilan negara kita terus terjamin.

Apa yang boleh dikatakan setakat ini ialah, barisan Menteri kabinet DS Najib kurang bermaya, kurang cergas serta kurang menyerlah. Ada diantara menterinya yang tercungap-cungap ketika menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Parlimen semasa Dewan Rakyat bersidang atau pertanyaan oleh para Senator di Dewan Negara.

Lebih parah lagi apabila desakan demi desakan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin pembangkang terhadap tuntutan yang mereka bawa gagal untuk dipintas dengan berkesan oleh Menteri yang berkaitan sehingga kini perkara seperti ini bukan lagi hanya seolah-olah terbiar malah semakin lama tuntutan yang dibuat semakin bertambah hingga membabitkan perkara yang lain pula.

Kita lihat bagaimana tuntutan serta desakan oleh pemimpin baik dari pembangkang maupun dari dalam komponen BN sendiri yang mahu segala hak keistimewaan Melayu dan hak kaum Bumiputera di negara ini dihapuskan dan kita boleh percaya pada masa lain nanti sekiranya kelompok 'pendesak' ini tidak tangani dengan tegas adalah tidak mustahil untuk satu masa nanti negara kita akan terus berdepan dengan perkara yang lebih rumit lagi dan jika ini berlaku, apa yang kerajaan dapat lakukan?

Isu terbaru yang melibatkan seorang pengetua di sebuah Sekolah Menengah di negeri Johor yang didakwa sebagai 'perkauman' apabila kenyataan beliau kononnya dianggap sebagai membangkitkan sentimen perkauman oleh golongan pendesak lalu segera diambil perhatian oleh kerajaan tetapi bagaimana pulak dengan kenyataan yang selalu dibuat oleh DS Chua Soi Lek dan juga aktivis rasis Namewee? Ada kerajaan berani bertindak keatas mereka ini?

Ingat lagi tak dengan kes ADUN Bukit Bendera YB Datuk Ahmad Ismail yang digantung keahliannya daripada UMNO untuk tempoh beberapa tahun atas desakan Gerakan dan mereka yang sama waktu dengannya? Kesalahan beliau dimata golongan pendesak ini ialah kerana menyebut perkara yang ada fakta tetapi tetap dianggap sebagai bersalah besar tetapi kenapa DS Chua Soi Lek yang terang-terang telah mengungkit perkara yang dilarang dan yang telah dipersetujui bersama tiga kaum terbesar Malaysia didalam perlembagaan persekutuan tidak juga dikena sebarang tindakan. Anehkan?,,pelik sekali...

PKR, lupakan saja hasrat untuk tumbangkan Taib Mahmud di DUN Balingian ~~

 

Tidak kira siapa yang akan diletak oleh PKR untuk menentang ADUN Balingian dalam Parlimen Mukah YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud pada Pilihan Raya Negeri yang akan datang, maka adalah lebih baik mereka lupakan saja niat untuk menumbangkan Ketua Menteri di situ.

PKR harus maklum bahawa kehadiran Pehin Sri di DUN Balingian adalah diatas kemahuan majoriti penduduk serta pengundi di kawasan DUN tersebut yang mahukan perubahan dari segala segi dalam kawasan mereka.

Kini dengan YAB Pehin Sri Taib sebagai wakil mereka di DUN berkenaan, rakyat dapat menyaksikan perubahan yang begitu pantas berlaku dalam tempoh dua penggal YAB mewakili rakyat di kawasan DUN Balingian yang sebelum ini kawasan tersebut kelihatan sangat mundur dan ketinggalan dalam segala bidang.

Balingian DUN dalam kawasan Parlimen Mukah majoriti penduduknya Melanau beragama Islam merupakan daerah asal keluarga YAB Pehin Sri Taib dan merupakan kubu kuat PBB/BN sejak dulu lagi dan walaupun sekiranya ada terdapat sedikit sebanyak tentangan tetapi sebenarnya golongan seperti mereka tidak tersisihpun daripada pembangunan yang dibawa oleh BN di kawasan mereka dan semuanya mengecapinya sama seperti yang penyokong BN perolehi.

Namun, kepada PKR...negara kita adalah sebuah negara demokrasi, kebiasaan masa pilihan raya pasti akan ada pertandingannya dan sesiapa saja bebas untuk mengemukakan borang pencalonan asal cukup syarat dan jika PKR benar-benar berhasrat untuk meNentang dasar "politik pembangunan" yang diperjuangkan oleh Pehin Sri Ketua Menteri... silakan saja~
Posted by Picasa

Rabu, Ogos 18, 2010

Isu Buang Bayi: Semua pemimpin politik harus tunjuk teladan yang sopan...


Kalau mahu isu-isu yang sangat sukar untuk diatasi berjaya ditangani atau sekurang-kurangnya berjaya untuk dikurangkan maka semua langkah yang terbaik untuk mencari penyelsaiannya haruslah bermula daripada peringkat pemimpin-pemimpin rakyat tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik yang mereka anuti.

Merekalah contoh terbaik yang harus dicontohi dan bukannya mereka pulak menjadi wabak-wabak yang perlu dihindari oleh masyarakat. Berzina, mengadakan hubungan luar nikah dan sebagainya yang berkaitan dengan larangan-larangan tertentu dalam sesuatu ajaran agama itu sepatutnya sentiasa dijauhi.

Apabila lahirnya zuriat hasil dari perhubungan haram seumpamanya sudah tentulah mereka yang terlibat secara langsung atau juga mereka yang punya pertalian keluarga dengan pelaku-pelaku perkara terkutuk itu pasti akan berdepan dengan cemuhan dan penghinaan daripada anggota masyarakat sekeliling.

Untuk mereka ini mengelak daripada berdepan dengan risiko yang bakal dihadapi apabila perbuatan keji yang dirahsiakan sebelum ini terbongkar dengan kelahiran seorang bayi yang tidak berdosa maka jalan pintas terpaksa diambil seperti membuang, meninggal, mencampak, menanam bayi mereka dimana-mana walaupun sudah tahu akan akibatnya yang akan mereka tanggung ekoran perbuatan kejam seperti itu.

Dalam isu-isu seperti ini yang masih menghantui masyarakat serta pemimpin Malaysia ketika ini, apakah ada cadangan yang mahu dilontarkan oleh rakyat biasa tanpa mengira kaum dan agama mereka untuk sama-sama membantu mencari penyelesaian keatas isu ini akan diterima?

Tetapi malangnya apabila ada daripada sesetengah pemimpin-pemimpin rakyat yang ketika ini berstatus sebagai Yang Berhormat(YB) dan ada juga yang pernah bergelar sebagai Yang Berhormat(YB) serta pernah menjadi Menteri penuh didalam Kabinet Malaysia beberapa tahun yang lepas tidak banyak membantu kerajaan didalam usaha untuk mengurangkan anak diluar nikah atau mengurangkan kegiatan yang paling tidak bermoral seperti bersekedudukan tanpa ikatan yang sah atau lebih tepat lagi berkhalwat.

Hmmmmmmmmmmmmmmmmm sesak nafas ini...

Selasa, Ogos 17, 2010

Kenapa DS Chua Soi Lek semakin miang ?

 

Sudah tertunaikah janji-janji DS Chua Soi Lek untuk membawa perubahan yang maha ajaib kepada parti MCA sebagaimana yang pernah dijanjikan oleh beliau semasa kempen untuk merebut jawatan Presiden MCA yang menyaksikan bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting yang turut bertanding semula pada pemilihan itu telah tewas ditangan DS Chua.

Perjuangan bermatlamat jelas iaitu untuk mendapat semula sokongan kaum Cina terhadap MCA dan Barisan Nasional secara keseluruhannya disamping ingin membersihkan MCA dari sebarang kontorversi, itulah antara lain ikrar yang pernah DS Chua luahkan bagi mengukuh dan menguatkan semula kedudukan MCA didalam Barisan Nasional dan juga kepimpinan negara.

Hari ini, semalam dan beberapa hari yang lepas...DS Chua Soi Lek kelihatan mula miang dan semakin gatal. Ini bukan jangkitan virus kesan dari watak biru yang pernah beliau lakonkan dalam sebuah video clip pada tahun 2007 dulu tetapi tidak dapat dinafikan besar kemungkinannya berpunca dari badi babak-babak yang beliau pegang dalam video tersebut.

Mula-mula DS Chua Soi Lek cuba mengganggu DS Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Amaran Dalam Negeri berhubung isu yang pernah dibangkit oleh Parti Perkauman Malaysia(DAP) berkenaan dengan desakan DAP yang mahu kouta biasiswa untuk kaum Melayu dan Bumiputera dimansuhkan dan desakan itu telah disambut dengan galak dan tepukan gemuruh oleh sekutu DAP diluar gelanggang iaitu MCA melalui Presidennya DS Chua Soi Lek.

Hari ini pulak, dalam isu yang sama..sekali lagi bintang porno veteran ini tanpa rasa segan silu, tanpa rasa hormat terhadap seorang pemimpin nombor dua negara, TPM YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin...cuba meneruskan siri serangan beliau keatas hak dan keistimewaan kaum Melayu dan kaum Bumiputera lainnya di negara ini.

Nampak sangat keberanian DS Chua tidak kena pada tempatnya. DS Chua mungkin berfikir beliau tak perlu risau dan tak perlu hormat kepada sesiapa kerana DAP sudah mengangkat beliau sebagai seorang wira kaum mereka, berani dan kurang ajar !

Kacang tak pernah lupakan kulitnya. Lautan juga tak pernah lupa pada daratan. Tetapi manusialah yang terbukti mudah lupa kepada asal-usulnya. Manusia dari kaum-kaum tertentu seperti inilah yang tergolong dalam jenis yang pelupa dan tak mahu mengenang budi kaum asal dinegara ini yang telah sanggup menerima mereka sebagai sebahagian daripada warganegara.

Kepada Pengerusi Barisan Nasional, YAB DS Najib...bertindak dengan tegaslah kepada Presiden MCA ini, jangan berdiam diri. Jangan biarkan DS Chua Soi Lek dari terus berbuat sesuka hati dia untuk menekan serta menyerang sesiapa saja yang dia rasa menjadi halangan untuk dia meneruskan perjuangannya dan DAP bagi meleburkan segala hak-hak keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera yang masih tersisa di negara ini.
Posted by Picasa

Isnin, Ogos 16, 2010

Haramkan pekerja dari wilayah Jawa masuk ke Malaysia !


Kejadian terbaru demonstrasi anti-Malaysia oleh rakyat Indonesia di Jakarta ekoran penahanan 7 orang nelayan yang dituduh menceroboh perairan Indonesia sementara itu pula 3 orang pegawai Penguatkuasa Kementerian Kelautan Indonesia oleh Polis Marin Malaysia dari tempat kejadian yang sama.

Mengikut laporan awal, ketujuh-tujuh orang nelayan Malaysia itu telah diculik oleh pihak penguatkuasa kementerian kelautan Indonesia dan dibawa masuk melepasi sempadan wilayah dalam perairan Indonesia dan disanalah nelayan Malaysia telah dituduh menangkap ikan secara haram di perairan Indonesia.

Taktik yang telah digunakan oleh pihak penguatkuasa Indonesia pada insiden tidak ubah seperti cara yang telah digunakan oleh pihak berkuasa Israel ketika merampas dua buah kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini iaitu Marvi Marmara dan MV Rachel Corry yang telah memaksa kedua kapal bantuan tersebut belayar memasuki ke wilayah perairan Israel dan selepas itu telah menahan kedua kapal tersebut yang kononnya telah menceroboh perairan negara pengganas itu.

Bila berlaku lagi kejadian-kejadian seperti ini maka sudah tentu mengingatkan kita kepada peristiwa yang terdahulu dimana kita dapat menyaksikan jalur gemilang telah dibakar, dipijak dan sebagainya selain ada usaha untuk menyerang negara Malaysia dengan bersenjatakan buluh runcing. Semua itu takkan luput dari ingatan rakyat Malaysia yang cintakan negaranya.

Hasil dari semua kejadian seperti itulah kita dapat mengukur dan menilai hati budi sesetengah rakyat dari negara jiran kita itu. Saya tidak beranggapan yang kesemua rakyat Indonesia mempunyai pemikiran yang begitu terasing dari pemikiran mereka yang memang dikenali sebagai sebuah negara penduduknya adalah teramai didunia yang sudah semestinya patut memiliki keupayaan bertindak didalam kawalan yang munasabah dan bukannya suka bertindak diluar kawalan emosi.

Dan dari semua peristiwa-peristiwa yang tercetus dari sesuatu pertikaian yang sengaja diperbesarkan itu kita semua selaku rakyat Malaysia mungkin boleh membezakan kelaianan yang terdapat didalam masyarakat Indonesia itu sendiri tetap ada walaupun mereka ini sudah dikenali dengan semangat patriotik yang tebal terhadap negara tumpah darah mereka berbanding dengan rakyat negara lain khususnya rakyat Malaysia.

Kelainan yang saya maksudkan ialah tidak kesemua rakyat di Indonesia yang bersetuju dengan tindakan membabi-buta oleh sesetengah rakan-rakan mereka dari wilayah-wilayah yang tertentu malah ada yang jelas membantah serta mahu mencari penyelesaian dalam semangat satu rumpun atau semangat kejiranan.

Kita sudah menjadi semakin muak dan marah serta benci dengan kelakuan serta tindakan yang sering diguna oleh sesetengah rakyat Indonesia bila ada saja pertikaian berlaku dalam hubungan dua hala antara Malaysia dengan Indonesia ini dan kita sebagai rakyat Malaysia harus cuba untuk mengenali mereka ini yang suka kepada jalan seperti itu datang dari wilayah mana.

Selama pemerhatian saya, rakyat Indonesia yang suka mengambil semua jalan mudah sebegini atau mudah sangat berbalah bila timbul sedikit permasalahan dengan Malaysia majoritinya datangnya dari Kepualauan Jawa atau mereka kebanyakkannya datang dari daerah Bandung, Surabaya, Semarang, Jakarta. Namun dari wilayah lain mereka jarang menyertai gerakan anti-Malaysia yang dianjur oleh rakan-rakan mereka dari wilayah Jawa.

Oleh itu, kerajaan Malaysia diharap dapat memperkenalkan dasar baru terhadap pekerja Indonesia yang ingin mencari rezeki di Malaysia dengan memperkenalkan 'dasar terpilih' terhadap mereka ini. Malaysia juga sangat diharap dapat mengambil langkah permulaan dengan mengharamkan semua bentuk urusan dengan rakyat Indonesia yang berasal dari wilayah Jawa kerana mereka inilah yang kerapkali suka menimbulkan suasana yang kurang baik didalam hubungan kedua-dua Malaysia dan Indonesia selama ini sekiranya terdapat sebarang pertembungan tentang apa jua isu yang berbangkit.

Ahad, Ogos 15, 2010

Pulau Borneo milik semua kaum...

 

Cadangan yang telah dikemukakan oleh Timbalan Presiden Persekutuan Dayak Kebangsaan Sarawak(SDNU) Dr John Brian Anthony pada Forum Dayak Borneo di Kuching beberapa hari yang lepas supaya nama Pulau Borneo yang sebelum ini lebih dikenali melalui sejarah hitamnya dengan gelaran "Tanah Pemburu Kepala" ditukar kepada "Tanah Dayak" adalah sesuatu yang sangat tidak sama sekali wajar untuk diterima lagi pada masa ini.

Dr Brian seharus faham bahawa apapun tanggapan orang luar tentang penduduk serta negeri-negeri yang terdapat di Pulau Borneo ini semuanya mempunyai talian sejarah yang berkait diantara semua kaum yang menghuni pulau yang ketiga terbesar di dunia ini dan beliau tidak sepatutnya membangkitkan lagi isu-isu yang boleh melukakan semula perasaan kaum-kaum lain selain daripada kaum Dayak itu sendiri jika isu yang beliau timbulkan itu akan mendapat perhatian masyarakat beliau sendiri.

Saya selaku cucu kepada Datuk Patingan berpendapat walaupun berdasarkan kepada sejarahnya kami sepatutnya masih punya hutang yang harus ditagih namun demi kesejahteraan wilayah, keamanan negara serta keharmaonian kaum sebarang niat untuk mengungkitkan sejarah silam tidak patut lagi dilakukan dan sebagai rakyat Malaysia kita harus berusaha untuk melupakan sesuatu yang telah menjadi penghalang kepada usaha perpaduan serta keamanan dan keselamatan Malaysia, Indonesia juga Brunei Darusalam.

Dr Brian juga sepatutnya peka dan faham bahawa Pulau Borneo bukan saja dihuni oleh masyarakat Dayak, malah banyak bangsa lain telah menjadi sebahagian daripada penduduknya sejak beratus-ratus tahun yang lampau seperti bangsa Melayu, Melanau, Kedayan, Bugis, Bajau serta lain-lain lagi dan kumpulan ini telah membentuk satu masyarakat yang turut mendiami beberapa wilayah diserata Pulau Borneo iaitu kaum Melayu selain terdapat di Sarawak juga banyak tinggal sebagai rakyat Indonesia di Sambas dan Pontianak Kalimantan Indonesia begitu juga dengan kaum Kedayan yang ramai tinggal di Brunei Darusalam juga ada yang tinggal di Sarawak juga Kalimantan Indonesia.

Apa yang diharapkan ialah biarpun perkara yang dibawa oleh Dr Brian itu dilihat sebagai cuma satu cadangan namun untuk mengelak perkara lain akan berbangkit sama maka adalah lebih elok kita biarkan saja tanggapan orang lain tentang tanah Borneo dengan perkataan apapun kerana apa yang lebih penting ialah semuanya telah menjadi sebahagian daripada sejarah negara Malaysia, Indonesia dan Brunei Darusalam dan tidak perlu rasanya bagi kita untuk tersinggung dengan gelaran seumpama itu kerana sejarah tetap sejarah dan kita generasi yang kemudian ini tidak akan mampu untuk mengubah sejarah lampau walau dengan apa usaha sekalipun dan jalan yang terbaik ialah biarkan saja ianya menjadi sejarahdan tak perlu untuk kita membuang masa memikirkan hal-hal yang telah berlalu.
Posted by Picasa

Sabtu, Ogos 14, 2010

Sampai bila lagi pihak berkuasa Malaysia terus tertipu ?

Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri
Jika berdasarkan kepada apa yang terkandung didalam berita akhbar Utusan Malaysia pada keluaran Khamis lepas tidak diberi perhatian segera oleh pihak-pihak yang berwajib, maka persoalan yang harus timbul ialah bila dan sampai bila lagi kerajaan Malaysia terus bertahan untuk ditipu oleh sindiket-sindiket warga asing ini?

Perkembangan ini mungkin sudah disedari sejak dulu lagi namun oleh kerana penguatkuasaan yang lemah telah menjadikan ianya terbiar begitu saja oleh sebab itu maka tindakan tidak dapat diambil.

Perkara ini bukan saja berlaku dikalangan kaum yang datang dari negara China saja malah dari negara lain juga seperti India, Indonesia, Thailand, Filipina yang mana mereka ini telah punya kaum kerabat yang sudahpun lama diterima menjadi warganegara atau rakyat Malaysia dan dalam hal-hal tertentu mereka ini mampu berbuat sesuatu sehinggalah berjaya menjadi rakyat Malaysia walau dengan berbagai cara.

Kerajaan Malaysia terutamanya pihak-pihak yang bertanggungjawab penuh mengenai perkara seperti ini haruslah tegas dan carilah jalan penyelesaian supaya ianya kelak tidak akan menyusahkan rakyat, kerajaan serta negara Malaysia khususnya dibelakang hari.

Rujukkan juga isu yang sama di blog : http://theunspinners.blogspot.com

Khamis, Ogos 12, 2010

Panglima Perang Cyber: Siapa lelaki beri bunga dan cium Anwar Ibrahim di ...

Panglima Perang Cyber: Siapa lelaki beri bunga dan cium Anwar Ibrahim di ...: "Selamat berpuasa ! Hari ini kita berpuasa untuk hari kedua. Moga puasa semalam telah selamat diangkat oleh Malaikat ke hadrat Allah Taala y..."

Selasa, Ogos 10, 2010

Selamat Menjalani Ibadah Puasa...

 

Anak Merdeka ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al Mubarak kepada seluruh umat Islam di seluruh Malaysia yang akan disambut bermula esok 01 Ramadhan 1431 Hijrah bersamaan dengan 11 Ogos 2010 Masehi.

Kepada pengunjung dan pembaca blog ini khususnya mereka yang beragama Islam maka Anak Merdeka juga ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan selamat berpuasa.

Kepada rakan-rakan blogger Anak Merdeka seperti Kumbang, Daniel Arif, Penghuni Gua, ISAC, Joyah AIDC, Faizal Torres AIDC, Jeffry Damien, Yanggambi, Yuhu Ladybird, Brave Heart, Cucu Tok Selampit, Sdra Azli Shukri, Papa GOMO, Panglima Perang Cyber, Ustaz Said, Apai Ngelai, Mamak Penang, The Unspinners, 300, GAP, Dr. Novandri(M.I.M), Yeop Parit juga seluruh rakan-rakan blogger dalam BPN, ahli-ahlinya, para penyokong BPN, AIDC dan ramai lagi nama mereka yang tak tertulis disini maka saya juga teringin sekali untuk memberikan ucapan selamat menyambut awal Ramadhan al Mubarak serta selamat menjalani ibadat puasa dan harapan Anak Merdeka kepada anda semua semoga anda sekalian tetap menang biarpun berdepan dengan segala dugaan disepanjang bulan yang penuh berkat ini.

Mohon Ampun dan Maaf sekiranya ada kesilapan kata dan ape-ape aje...

Terima Kasih.
Posted by Picasa

Isnin, Ogos 09, 2010

Hak Bumiputera: PAS hanya berani bila dibelakang DAP...


Bila mengimbas kembali akan kesemua pendirian PAS sebelum ini tentang berbagai perkara yang berbangkit baik yang membabitkan soal perpaduan kaum Melayu, hal ehwal agama Islam, hak-hak keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera saya rasa macam tak percaya atau tidak yakin lagi dengan apa-apa juga kenyataan yang telah dibuat oleh para pemimpin parti tersebut terutamanya Presiden PAS YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta juga Mursyidul Am PAS YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Jika kita perhatikan betul-betul, seandainya ada sesuatu isu timbul yang sememangnya wajar dipertahankan oleh parti tersebut yang jika diambil kira dasarnya dulu adalah bertunjangkan kepada Islam dan Melayu dan pada awalnya setelah pihak lain ada menyuarakan pendirian masing-masing maka bila tiba giliran para pemimpin PAS ini bersuara maka selalunya kenyataan mereka adalah selari dengan pandangan atau suara-suara pemimpin didalam kerajaan terutamanya UMNO dan segelintir pemimpin parti yang berteraskan kepentingan kaum Bumiputera didalam mempertahankan hak-hak yang sepatutnya sebagaimana yang telah termaktub didalam perlembagaan persekutuan.

Tapi apa yang amat menyedihkan ialah apabila perkara ini telah membangkit rasa kurang senang dikalangan para pemimpin pembangkang didalam sekutu PAS iaitu DAP. DAP sememangnya tidak menyukai bila ada rakan mereka dalam Pakatan Pembangkang menari mengikut alunan muzik pihak lawan dan tidak suka rakan mereka menyanyi senada dengan lagu yang didendangkan oleh pihak yang menjadi seteru sekian lama.

Dan bila perkara ini berlaku maka PAS terpaksa berdepan dengan proses soal jawab oleh DAP dan PAS dikehendaki menjelaskan secara centimeter atau halus lagi secara milimeter kepada pemimpin serta penyokong berkarat dalam DAP akan sebab mengapa dan kenapa PAS berpendirian serupa dengan UMNO dan BN dalam isu yang membabitkan hak-hak kaum Bumiputera.

Jadi dalam perkara ini PAS kelihatan menjadi serbasalah dan ini meletakkan PAS didalam keadaan dimana jika "diluah akan mati bapak, dan jika ditelan mati mati emak", oleh itu sekiranya mereka mengambil pendirian berpihak maka begitulah risiko yang pasti PAS akan tanggung melainkan sekiranya PAS sanggup berpendirian berkecuali didalam isu seperti itu sudah tentu mereka tidak perlu berdepan dengan DAP untuk menyatakan pendirian mereka yang sebenarnya.

Inilah PAS yang sebenarnya, mereka akan bersuara selagi DAP belum membuka mulut dan masih mendiamkan diri dan PAS akan tetap bersuara tentang isu yang sama dengan UMNO selagi Lim Kit Siang dan Karpal Singh belum terjaga dari tidur mereka masing-masing dan PAS biasanya akan mula mengalih haluan atau akan mula menukar nada pendirian mereka sebaik sahaja terdengar suara Karpal Singh menguap dari tidur dan bila kedengaran suara Lim Kit Siang terbatuk dari atas tilam Dreamland.

PAS pasti tidak akan mampu mempertahankan pandangan mereka untuk jangkamasa yang lama selagi mereka masih berpakat dengan DAP dan PKR dalam meneruskan sisa-sisa perjuangan mereka kearah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara Islam sebagaimana yang parti berkenaan impikan sejak sekian lama.

Sabtu, Ogos 07, 2010

Tahap kedegilan Penan Ulu Baram dengan Orang PAS sama saja...


Apabila saya terbaca kenyataan yang telah dibuat oleh dua orang yang boleh dikira sebagai antara pemimpin PAS iaitu Yang Dipertua PAS Kawasan Tenggara merangkap Pengerusi Biro Tanah dan Pembangunan dan beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta Ketua Penerangan PAS negeri Johor, saudara Mazlan Aliman dan seorang lagi iaitu Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat berhubung dengan semua perkara mengenai suku kaum Penan yang telah dijadikan sebagai isu oleh NGO-NGO serta juga oleh Pakatan Pembangkang, saya seperti tergamam seketika dan nak tergelak lagi.

Apakah yang mereka-mereka ini iaitu NGO-NGO luar, para pemimpin PAS, DAP dan PKR tahu sangat pasal kaum Penan ini. Apakah mereka ini lebih tahu keadaan sebenar cara kehidupan bersosial kaum ini, tahu apa dia kebiasaan yang dilakukan oleh kaum Penan dalam kehidupan seharian mereka, tahu bagaimana hubungan kekeluargaan kaum Penan ini, siapa ibubapa, siapa abang, siapa kakak, siapa adik, siapa suami, siapa isteri, siapa tunang, siapa balu, siapa janda, siapa sudah kahwin siapa belum dan sebagainya lagi daripada kami sendiri selaku penduduk negeri Bumi Kenyalang ini?

Tahu tak orang-orang PAS, DAP dan PKR betapa payahnya usaha sejak dari awal tahun 1980an sehingga kini untuk membawa suku kaum Penan ini terutamanya yang masih tinggal berselerak di bahagian Hulu Baram seperti di Long Napir, Long Balau, Long Seridan, Sungai Magoh, sepanjang Sungai Kubaan dari Ulu sehinggalah Kuala, Batu Lawi serta sekitar Tutoh Apoh dimana mereka ini memang tetap gemar hidup dengan cara lama iaitu suka berpindah-randah dari satu kawasan ke kawasan yang lain walaupun telah disediakan dengan tapak penempatan yang tetap oleh kerajaan negeri.

Orang PAS, DAP dan PKR belum tahu bagaimana degilnya hampir kebayakkan daripada suku kaum Penan Hulu Baram ini untuk menerima pembaharuan yang dibawa dipersekitaran mereka mungkin disebabkan kurang upaya mereka untuk memahaminya dan yang lebih parah lagi ialah apabila ada diantara kaum Penan ini sudah berjaya dihasut dan diajar bagaimana cara untuk menentang semua usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan negeri Sarawak demi mengubah cara kehidupan mereka dimana suku Penan ini akan terus menentang apa saja usaha yang dibuat walaupun telah dijelaskan berkali-kali sebelum usaha dimulakan.

Saya cuma nak ucapkan terima kasih sajalah kepada dua individu ini iaitu Ustazah Nuridah dan juga saudara Mazlan Aliman atas usaha "banjir kilat" mereka ini selain mereka berdua juga dikhabarkan akan berusaha untuk menimbulkan isu Penan ini agar dapat dibahaskan di Dewan Rakyat dan sebelum itu mereka kini sedang berusaha untuk membawa wakil-wakil Penan yang telah di"service" untuk berjumpa dengan sekutu Pakatan Rakyat iaitu SUHAKAM. ha ha ha... sakit perut saya nak tergelak...

Jadi kepada dua orang namanya tertaip diatas tu saya ucapkan selamat mencuba dan moga anda berdua berjaya dan kalau tak berjaya bolehlah minta bantuan daripada kerajaan negeri Sarawak, kerajan Barisan Nasional dan jumpa dengan Timbalan Ketua Menteri Sarawak YAB Tan Sri Amar Alfred Jabu, tanya bagaimana serta boleh juga minta tips penjagaan kulit daripada YB Datuk Sri William Mawan, Menteri Kabinet kerajaan negeri Sarawak he he he...

Khamis, Ogos 05, 2010

Seribu kemungkinan berkaitan kematian misteri bekas ADUN Permatang


Walaupun pihak berkuasa iaitu pihak polis yang berkuasa menyiasat kes kematian yang telah menimbulkan satu tandatanya bagi seluruh rakyat Malaysia ada menyatakan awal-awal lagi bahawa insiden yang menimpa bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Permatang, Selangor Datuk Abdul Aziz Mohd Noh 64, dan bekas pembantu peribadinya, Puan Siti Rohana Ismat 43, sebagai tidak melibatkan individu lain atau tiada pihak ketiga terlibat didalam kejadian itu namun jika kita ingin melihat akan kemungkinan adanya individu lain yang terlibat didalam kes itu maka kita harus ada teori yang boleh membantu untuk mencari jawapannya.

Kejadian itu dikatakan berlaku di KM 455.7 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh. Dan kedua-dua mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan menuju ke satu destinasi iaitu tempat dimana mesyuarat UMNO akan berlangsung. Saya ada beberapa teori atau andaian berhubung dengan kematian penuh misteri itu tetapi diharap ianya tidak akan dianggap sebagai satu usaha untuk mencampuri atau cuba untuk mengganggu siasatan oleh pihak polis tetapi niat saya cuma ingin berkongsi pandangan dengan mereka yang lain berkaitan dengan kejadian tersebut.

Kemungkinan pertama yang saya rasa wujud ialah sebelum kedua-dua mangsa bergerak menuju untuk memasuki kenderaan yang akan mereka naiki tentu sekali tidak boleh ditolak secara seratus peratus ada individu-individu tertentu yang berjaya mencuri masuk ke bahagian duduk belakang kereta dengan menggunakan kepakaran yang biasa digunakan oleh pencuri kereta dan bersembunyi dibelakang kerusi tanpa disedari oleh kedua-kedua mangsa.

Dan apabila sudah sampai dikawasan lebuh raya yang dikira agak sunyi dan sesuai untuk bertindak, maka sudah pasti pelaku itu akan mula bertindak mengugut serta mengancam kedua-dua mangsa dari arah belakang dengan senjata yang ada padanya dan dalam situasi yang sedemikian sudah semestinya kedua-dua mangsa ini terpaksa akur dan akan menuruti semua arahan dan kehendak pemangsa itu seperti kenderaan harus berhenti dimana, buka beg, keluarkan pistol, tarik picu, tembak rakan dulu dan lepas tu tembak diri sendiri. Mau tidak mau dalam keadaan begitu semua arahan terpaksa diikuti. Ini hanyalah andaian.

Kemungkinan kedua. Helah perompak warga asing yang jarang diketahui oleh rakyat Malaysia secara umum mungkin digunakan oleh penjenayah dalam kejadian misteri itu iaitu sering memperdayakan para pengguna jalanraya dan lebuhraya dengan berbagai-bagai cara.

Antara cara berkesan yang digunakan ialah, mereka ini ada satu kumpulan dan mereka akan menentukan terlebih dahulu sasaran seperti kenderaan atau kereta mana yang akan akan dirompak, jalan mana, kilometer berapa dan selepas itu langkah seterusnya mereka akan berada ditempat yang telah ditetapkan dan berpecah kepada beberapa posisi seperti berapa orang akan berada didalam semak tepi jalanraya sementara berapa orang harus berada ditepi jalanraya untuk melakonkan watak masing-masing.

Mereka ini akan menggunakan kenderaan kecil seperti motosikal untuk menarik perhatian pemandu kenderaan lain dengan salah seorang daripada mereka akan berbaring ditengah atau ditepi jalanraya kononnya berlaku kemalangan tambahan lagi kelihatan sebuah motosikal turut berada disitu maka tanpa berpikir panjang lagi sudah tentulah pengguna jalanraya lainnya yang diminta berhenti untuk memberikan bantuan segera memberhentikan kereta mereka tanpa mereka sedari bahawa mereka kini sudah terjerat didalam tipudaya penjenayah.

Apabila kenderaan mangsa sudah berhenti dan pemandunya tidak kira samada beliau keluar ke tidak maka semua rakan-rakan penjenayah yang berpura-pura pengsan ditepi jalanraya akan segera keluar dari semak dan akan meminta mangsa menuruti segala arahan mereka sekira mahu selamat dan seperti teori saya yang diatas sudah tentu mangsa ini akan mengikut apa saja kemahuan penjenayah.

Jadi, didalam kejadian yang membabitkan bekas ADUN Permatang Selangor itu serta bekas pembantu peribadi beliau saya mempunyai pandangan bahawa kemungkinan semua itu tetap ada jika kita dapat melihat daripada latar belakang kedua-duanya dan mungkin juga segalanya telah dirancang dengan begitu rapi lebih awal supaya apabila ianya sudah berlaku maka ianya akan kelihatan seperti kes membunuh diri.

Ini hanyalah tafsiran saya dan bukan bertujuan untuk mempengaruhi mana-mana pihak. Dan apa yang sangat penting sekali supaya seluruh rakyat Malaysia dapat menghormati undang-undang negara kita dan kerajaan Malaysia harus tegas didalam semua perkara, contohilah cara kepimpinan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sabtu, Julai 31, 2010

Blog "Dimensi" dikurung buat kali kedua ?


Sejak beberapa hari yang lepas saya telah banyak kali untuk melayarii blog Dimensi milik blogger saudara Jeffry Damien namun hasilnya masih hampa dan saya pasti bahawa laman blog beliau telahpun disekat atau dibatal mungkin diatas sebab-sebab yang tertentu.

Jika benar, maka ini adalah kali kedua laman blog saudara Jeffry Damien berdepan dengan tindakan "mendemokrasikan rakyat" sebagaimana yang biasa-biasa kita dengar selalu didendangkan oleh pihak Pakatan Pembangkang untuk memberikan kebebasan sepenuhnya kepada rakyat untuk bersuara, menulis dan sebagainya jika pihak mereka mendapat kuasa memerintah negara.

Namun apa yang berlaku adalah disebaliknya apabila berlakunya kemungkinan rasa kurang senang pihak-pihak tertentu didalam Pakatan Pembangkang yang tidak selesa dengan apa jua kandungan yang terdapat didalam laman blog Dimensi baik dalam bentuk tulisan atau dalam bentuk gambar yang dihasilkan dikhuatir akan mendatangkan masalah kepada kesemua pemimpin didalam pakatan pembangkang...

Inikah bentuk demokrasi yang sedang diperjuangkan oleh DAP/PKR/PAS..?,,jika blogger yang pro-pakatan pembangkang yang sering menyertakan gambar-gambar para pemimpin Barisan Nasional didalam laman blog masing-masing dalam keadaan yang kadang kala keterlaluan tetapi tiada tindakan serupa diambil oleh pakatan pembangkang tetapi apabila keadaan serupa dilakukan oleh blogger pro-BN terhadap pemimpin mereka maka inilah jawapannya...

Jumaat, Julai 30, 2010

Menyelesai masalah 'Penan Ulu Baram' tak semudah yang disangka~~~


Saya sangat hairan bagaimana boleh beberapa badan bukan kerajaan NGO tempatan dan NGO luar serta juga terdapat sesetengah pemimpin parti politik khususnya dari parti seteru BN seperti Ahli Parlimen Ampang YB Zuraidah Kamaruddin(PKR) serta beberapa lagi rakan beliau dari Pakatan Pembangkang dengan begitu mudah untuk mencari kesilapan kerajaan negeri Sarawak didalam isu yang berkaitan dengan masalah suku kaum Penan di Ulu Baram.

Mungkin bagi YB Zuraidah yang hanya datang ke kawasan tertentu di penempatan suku kaum Penan ini sewaktu isu itu berbangkit akan melihat bahawa masalah masyarakat terbabit sebagai mudah untuk diselesaikan dalam jangkamasa yang singkat hanya dengan menekan kerajaan negeri Sarawak agar tunduk kepada segala tuntutan daripada kaum tersebut terhadap berbagai perkara dan akur kepada desakan NGO-NGO serta individu-individu tertentu yang sentiasa memperalatkan isu Penan ini untuk tujuan kepentingan politik mereka.

Tidakkah mereka ini ingin tahu bahawa bagaimana kerajaan negeri Sarawak sejak YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud mengambil-alih jawatan Ketua Menteri Sarawak daripada YABhg Tun Haji Abdul Rahman Yaakub awal tahun 1980an telah berusaha begitu gigih untuk membawa masyarakat Penan ini bersama-sama dengan kaum Bumiputera lainnya kedalam arus pembangunan negeri agar kaum tersebut tidak ketinggalan serta dapat sama-sama mengecapi erti sebenar nilai politik pembangunan yang menjadi dasar kepimpinan YAB Pehin Sri Taib.

YB Zuraidah serta wakil-wakil rakyat dari Pakatan Pembangkang lainnya mungkin hanya tahu menyalak tanpa mahu mencium bau sebenar apa dia masalah yang membelenggu sebenar masyarakat Penan Ulu Baram ini sehingga begitu sukar untuk kerajaan negeri Sarawak membawa serta membuat perubahan terhadap kaum terbabit. Orang luar memang belum tahu bahawa ada segelintir masyarakat Penan di Ulu Baram ini telah diajar oleh pihak-pihak tertentu bagaimana cara untuk menentang apa-apa jua dasar yang akan dibawa oleh kerajaan walaupun hakikatnya mereka tahu itu semua adalah untuk kebaikan kaum mereka juga.

Itu semua tentu sekali banyak orang akan sedia maklum iaitu apabila ada golongan yang menghasut pasti sekali pihak yang dihasut sedikit sebanyak akan terpengaruh dan golongan inilah yang akan dipergunakan oleh golongan yang menghasut itu tadi untuk mempengaruhi kumpulan masyarakat yang lebih besar lagi sehinggalah penentangan kaum ini terhadap semua usaha oleh kerajaan negeri untuk membawa perubahan kepada mereka sentiasa akan gagal dan tidak berhasil dan bila ini berlaku maka akan menjadi mudah untuk pihak-pihak berkepentingan ini mereka-reka cerita.

Yang menjadi lebih parah lagi apabila dalam masyarakat Penan di Ulu Baram itu sendiri mereka seringkali tidak seiya dan sekata dalam apa-apa jua perkara atau lebih tepat lagi mereka ini dapat bersatu untuk membina kaum mereka agar kuat untuk keluar dari masalah kemunduran semulajadi apabila lebih gemar memilih jalan persengketaan walaupun dalam isu-isu yang kecil dikalangan mereka dan jauh sekali untuk bersepakat.

Untuk memaju atau membawa masyarakat ini keluar bersama-sama dengan masyarakat peribumi lainnya adalah sesuatu yang amat mustahil untuk dilakukan kerana apabila hanya kerajaan negeri yang bersungguh-sungguh berbuat demikian namun tidak bagi masyarakat itu sendiri maka sudah tentu semua usaha adalah hanya sia-sia.

Untuk menyalahkan kerajaan negeri Sarawak seratus peratus didalam isu yang membabitkan isu Penan di Ulu Baram ini maka saya rasa iainya adalah satu kesilapan dan masyarakat luar juga harus melihat kedalam apa masalah yang melingkari kaum Penan terutamanya di Ulu Baram itu sendiri apabila keadaan mereka sangat sukar untuk diubah, orang luar boleh bertanya disitu.

Mana mungkin untuk sesiapa juga mampu menuruti segala jejak-jejak masyarakat terbabit jika berhasrat untuk memberi sebarang bantuan serta kemudahan kepada mereka walau dalam bentuk apapun memandangkan cara hidup mereka yang suka berpindah-randah dan tidak mahu menetap disatu-satu kawasan tertentu sebagaimana kaum peribumi lain di Sarawak.

Lebih sukar lagi apabila suku Penan di Ulu Baram ini kadangkala jumlah mereka didalam satu-satu kumpulan cuma 8 orang, 9 orang dan yang paling menyukarkan sekali mereka ini tinggal dalam jarak yang sangat jauh diantara satu dengan yang lain dan selepas itu berpindah lagi ke kawasan yang sangat payah untuk dijejaki dan inilah diantara cabaran yang paling besar yang dihadapi oleh pihak kerajaan negeri Sarawak didalam menyelesaikan masalah penempatan suku Penan di Ulu Baram sejak dulu lagi. Dibina rumah panjang, tidak mahu tinggal didalam rumah, mereka lebih suka membina para diluar supaya mudah bagi mereka memasang unggun api serta kegiatan yang lain.

Rabu, Julai 28, 2010

Ke mana Bumiputera hendak bawa hak kaum masing-masing ?


Nampak sangat dah sekarang, hari demi hari apabila kerajaan yang sedia ada telah kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen sejak berakhirnya PRU-12 lalu, dimana soal hak-hak tertentu khususnya hak kaum Bumiputera semakin kerap disentuh, dibangkit atau diungkit oleh kaum bukan Bumiputera walaupun mereka sudah sedia maklum bahawa semua itu telah dipersetujui bersama antara tiga kaum terbesar negara ini serta telah dimaktubkan didalam perlembagaan persekutuan Malaysia.

Keghairahan kaum-kaum bukan Bumiputera ini yang galak mendesak kerajaan untuk memansuhkan hak-hak keistimewaan kaum Bumiputera seolah-olah tidak pernah padam dari perjuangan mereka dan seolah-olah mereka ini sentiasa bersedia menunggu ruang dan peluang untuk terus menimbulkan perkara agar terus mendapat perhatian dari kumpulan yang lebih besar lagi dalam kalangan mereka malah jika boleh mereka seperti mahu sokongan masyarakat antarabangsa terhadap mereka dalam perkara ini.

Posting saya ini bukanlah bermaksud untuk menyerang balas dengan apa yang mungkin menimpa nasib kaum Bumiputera dalam negara ini pada masa depan dalam negara ini tetapi cuma untuk menyatakan akan kewajaran kita untuk mempertahankan apa yang telah menjadi hak kita sebagai kaum peribumi atau kaum asal di negara ini daripada terus cuba untuk diganggu-gugat oleh mereka-mereka yang memang punya keinginan besar mahu melihat kesemua hak keistimewaan bumiputera hancur berkecai dan sudah pasti bila ianya terjadi kita semua tidak akan punya apa-apa lagi yang hendak dipertahan dan diperjuangkan.

Maka itu, walaupun bagi saya bahawa sememangnya ideologi politik bumiputera masing-masing tentu sekali berbeza akan tetapi apakah tiada semangat kerjasama yang boleh menyatukan mereka kedalam satu perjuangan untuk mengekalkan yang dulunya telah memberi jaminan kepada kita semua bahawa sehingga kini itulah yang telah meletakkan kita dikedudukan yang boleh dikatakan sebagai stabil politik, ekonomi serta pendidikan dan itulah juga yang telah menentukan kejayaan sesebuah kaum itu membentuk menjadi masyarakat pemimpin yang adil dan saksama kepada warganegara yang menghuni negara Malaysia ini.

Harap kerajaan BN, khususnya UMNO yang telah menjadi tulang belakang pentadbiran negara ini agar benar-benar menjadi pendahulu yang senantiasa peka kepada sebarang peubahan dan juga supaya setiap langkah UMNO akan menjadi ikutan kepada lain-lain komponen didalam Barisan Nasional didalam mempertahankan apa yang telah menjadi hak kaum masing-masing dan bukan mahu hak kaum lain nak dihapuskan namun dalam pada itu mahu terus memperjuangkan atau menambah tuntutan hak ke atas kaum sendiri.

HIDUP BN !!!

Isnin, Julai 19, 2010

Mengapa Nik Aziz gemar bercakap berpusing-pusing...


Jika sebelum ini Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat ada menyatakan bahawa beliau sudah bersedia untuk bersetuju jika PAS dan UMNO mahu berbincang demi perpaduan Melayu dan juga demi kepentingan agama Islam.

Tetapi malangnya, tak lama selepas itu nada beliau mulai berubah sama sepertimana pada kenyataan beliau sebelum ini berhubung dengan perkara yang ada melibatkan kerjasama antara PAS dan UMNO.

Pulak, Datuk Nik Aziz menjelaskan bahawa beliau mahu bertemu untuk berbincang dengan Timbalan Presiden UMNO YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya untuk perkara lain dan tidak kena mengena dengan perpaduan kaum Melayu dan Islam.

Adakah ini boleh dinamakan sebagai "sesumpah politik" ?

Rabu, Julai 14, 2010

Datuk Nik Aziz setuju PAS dan UMNO menjalinkan kerjasama..

Utusan Malaysia Online - Kartun
Berjuta harapan selama ini yang ingin melihat dua parti terbesar orang Melayu di negara ini agar dapat bekerjasama dalam mempertahankan kepentingan kaum Melayu khususnya dan Bumiputera lain amnya serta agama Islam secara keseluruhannya mungkin akan tercapai sekiranya persetujuan yang disuarakan oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat benar-benar diterjemahkan seterusnya didalam bentuk tindakan susulan dan bukannya hanya kata-kata yang akan dinafikan semula selepas itu.

Apa-apapun sebagai salah seorang daripada jutaan rakyat yang amat mengutamakan perpaduan dikalangan antara kaum majmuk serta keharmonian didalam negara ini, maka saya dan mungkin anda juga pasti tertunggu-tunggu akan perkembangan terbaru ini. Kita hanya mampu mengharapkan agar semuanya nanti akan betul-betul terjadi demi agama, nusa bangsa dan negara.

Arkib Blog