Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Mei 07, 2012

AMK pencetus rusuhan jalanraya untuk mengguling kerajaan yang sah !



Ucapan berdegar-degar Ketua AMK Shamsul Iskandar seperti yang boleh kita dengar melalui video ini di mana beliau ada menyebut tentang pilihanraya bebas dan bersih di negara ini jika tidak boleh dibuat melalui piliharaya maka mereka akan lakukannya melalui cara dari atas jalanraya sebenarnya telahpun mereka terjemahkan pada hari Sabtu 28 haribulan April yang lalu.

Saya percaya bahawa ucapan beliau itu dibuat khusus untuk Bershit 2.0 tahun lalu namun bagi saya itu jugalah yang telah mencetuskan semangat ramai para peserta demo Bershit 3.0 untuk melakukan keganasan melampau terhadap pihak berkuasa serta orang awam lainnya berhampiran Dataran Merdeka baru-baru ini bertujuan untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional dengan cara yang begitu terdesak sekali.

Harap pihak berkuasa menahan atau mengambil tindakan sewajar ke atas mana-mana mereka yang telah menjadi punca kepada rusuhan ganas Bershit 3.0 anjuran Ambiga dan A. Samad Said hujung bulan April yang lalu. Ini sangat penting bagi mengelak perkara yang sama dari berulang kembali selepas ini. Cegah sebelum parah!!!

Ahad, Mei 06, 2012

Baruk Bian tipu Anwar, Anwar tipu Kit Siang, Kit Siang tipu Hj Hadi, Hj Hadi tipu Nik Aziz

Kelihatan dalam gambar, Datuk Sri Hajah Hafshah Harun, ADUN Ba'Kelalan, Baruk Bian dan Ketua Pemberontak Bersih 3.0 Anwar Ibrahim di Kuching semalam.
Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) dan sebaik turun dari pesawat terus saja Pengerusi PKR Sarawak Baruk Bian memaklumkan kepada Anwar Ibrahim bahawa PKR akan menang besar di Sarawak pada PRU-13 nanti.

Baruk Bian : bos, bos!!!

Anwar Ibrahim : iye,..ada apa sayang,,,?

Baruk Bian : bos, PRU13 nanti kita akan menang besar di Sarawak bos...

Anwar Ibrahim : betul ke ni....,,,

Baruk Bian : iya bos...betullah bos...ramai sungguh rakyat Sarawak kagum dengan kehebatan bos...

Anwar Ibrahim : haaa,,ye lah tu,,,kagum pasal apa,,,berapa peratusannya yang berpihak kepada kita?

Baruk Bian : hari tu kan bos, 28 April lalu... bos nyata berjaya huru-harakan satu Malaysia...rakyat Sarawak kagum gila dengan bos...99.9 peratus dah sokong bos...bos berani kata mereka...

Anwar Ibarhim : Oooo iya ke...bagus, bagus...nanti saya bagitau dengan Kit Siang, dengan Hadi Awang sama Nik Aziz...ini berita gembira...buat pakatan kita dan kita harus bersedia untuk tipu lebih ramai lagi orang..

Baruk Bian : gulps???..eh, bos macam perli saya saja...

Anwar Ibrahim : eh, mana ada.... hey Baruk, mana Ahmad Najib Johari tak nampak muka ?

Baruk Bian : yang bos tanya Ahmad Najib tu apesal bos...? ...bos dah tak suka dengan saya ke?

Anwar Ibrahim : dasar beruklah kau ini (dalam hati Anwar; aku nak gantikan Baruk dengan Ahmad Najib jadi Boss PKR Sarawak yang baru)

Baruk Bian : bos! eh kenapa dengan bos ni,,,macam orang tengah khayal saja?

Anwar Ibrahim : eh, tak adalah (dalam hati Anwar; boleh tahan juga Ahmad Najib tu,,tampan, kacak lagi bergaya)

Sabtu, Mei 05, 2012

Sesetengah manusia berasal dari beruk. Siapa mereka?


Segelintir pengkaji sejarah awal kewujudan manusia pada zaman pra-sejarah percaya bahawa manusia berasal daripada beruk. Namun bagi manusia yang berpegang kepada kepercayaan agama seperti Majusi, Kristian dan Islam mereka tidak percaya kepada teori berkenaan.

Walau bagaimanapun, setelah berlakunya satu rusuhan yang sangat ganas yang turut mencemarkan nama baik negara di mata dunia pada 28 April baru lalu maka teori berkenaan kaitan antara sesetengah manusia dengan beruk seperti ada kebenarannya juga.

Gambar eksklusif: Beruk 3.0 vs Bershit 3.0


Sama-sama hewan. Sama-sama tak bertamadun. Hidup tak tau apa itu undang-undang! Ada undang-undang cuma undang-undang rimba saja yang mereka tahu.

Jumaat, Mei 04, 2012

Video kekejaman, keganasan melampau Bersih 3.0, PKR, PAS & DAP



Inikah bentuk hadiah yang kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional terima setelah akur dan tunduk dengan desakan daripada pihak Pakatan Haram Pembangkang dimana akhir terpaksa menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ?

Ada akta baru jelas tidak berkesan untuk mencegah keganasan serta kebiadapan para perusuh yang mengganas pada perhimpunan haram bershit 3.0 petang Sabtu 28 April lalu.

Kerajaan Malaysia perlu kembalikan semula Akta ISA demi kesejahteraan dan keamanan di negara ini ! Jangan takut terhadap apa jua tekanan daripada negara luar. Kami rakyat majoriti kami yang berkuasa ke atas negara ini...jangan biarkan desakan golongan minoriti menguasai kehendak kami golongan majoriti yang setia menyokong kerajaan Barisan Nasional.

Khamis, Mei 03, 2012

Gambar 11 ketua pemberontak & 49 pengganas Bersih 3.0 kini diedar..

 Gambar 11 individu di atas pihak polis atau pihak berkuasa jangan buat lupa pula...mereka inilah yang harus dipertanggungjawabkan seratus peratus ke atas keganasan dalam rusuhan memalukan negara pada petang Sabtu 28 April bulan lepas.

Manakala gambar-gambar di bawah ini,
 juga ini,
 dan ini,
 juga yang ini...
...mereka semua yang berjumlah 49 orang ini adalah keldai-keldai serta lembu-lembu yang dicucuk hidung...mereka bertindak ikut arahan yang diberikan oleh mereka-mereka yang ada dalam kesebelasan gambar di atas seperti Ambiga, Kit Siang, Anwar Ibrahim, A. Samad Said, Tian Chua, Sham Kemetot, Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin, Mat Syabu, Nurul Izzah dan Hadi Awang.

A. Samad Said, Sasterawan Ngeri berjiwa kotor...

Tindakan seorang pemberontak, Khalid Ismeth yang menyeru rakyat negara ini kepada pembunuhan kesemua anggota polis merupakan hasil didikan daripada orang-orang telah berumur yang berjiwa kotor dan kosong.

Jangan kita fikir semua mereka yang gemar menyimpan misai tebal, janggut panjang serta rambut panjang mempunyai ilmu didalam dada tetapi apabila dilihat dari tindakan mereka kita boleh menilai diri mereka yang sebenarnya.

Manusia yang berdada atau berjiwa kosong dan kotor memang mudah sangat untuk anasir-anasir jahat dari luar masuk ke dalam jiwa mereka lalu mempengaruhi pemikiran mereka. Tidak dinafikan bagi sesetengah yang dulunya memang pernah menyumbang sesuatu untuk negara namun ianya tidak akan kekal sekiranya mereka sendiri yang jadi punca mengapa mereka semakin dibenci oleh rakyat.

Begitu jugalah dengan A. Samad Said...dulu beliau turut memberi sesuatu yang berfaedah kepada negara ini melalui karya-karya yang beliau hasilkan tetapi hari ini beliau sendiri juga yang menghancurkannya.

Tingkahlaku buruk, perjuangan untuk menentang pemerintah telah menjadi matlamat utama dalam kehidupan beliau dan jelas sudah melebihi perjuangan asal seperti apa yang pernah dilakukan seketika dulu, mendesak kerajaan memansuhkan PPSMI sehingga kerajaan terpaksa akur dengan tuntutan mereka.

Hingga ke hari ini, puak-puak A. Samad Said seperti tidak pernah bersyukur dan kumpulan mereka telah menjadi kumpulan pendesak yang sudah tidak tahu untuk menghormati segala peraturan, tidak patuh kepada undang-undang negara malah kini sudah sampai kepada tahap yang sungguh tidak boleh lagi diterima apabila para pengikut mereka termasuklah Khalid Ismeth yang tega mencabar pihak keselamatan agar kesemua mereka dibunuh.

Apa jenis perjuangan yang cuba dibawa oleh kumpulan A. Samad Said ini? Kita jelas dengan perjuangan mereka tetapi bagaimana dengan mereka sendiri?

Isnin, April 30, 2012

Kumpulan Bersih 3.0 berperang dengan Anwar Ibrahim, Azmin Ali & PKR

 Akibat daripada rusuhan besar yang dilakukan oleh para penyokong Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada Sabtu 28 April yang baru lalu kini ianya bakal menjadi satu igauan paling ngeri bagi diri Anwar Ibrahim, Azmin Ali serta seluruh pemimpin serta ahli-ahli dalam PKR kerana mereka bukan saja akan berdepan dengan tindakan undang-undang tetapi mereka telahpun berdepan dengan situasi yang sama sekali tidak diduga akan mereka hadapi hari ini sebaik berdepan dengan para wartawan yang ramai ketika sidang akhbar mengenai perhimpunan haram itu. Lihat di sini
Keadaan menjadi lebih kecoh ketika sidang media berlangsung apabila salah seorang peserta Bersih 3.0 yang dikenali sebagai Benjy Lim menyatakan kepada Anwar Ibrahim bahawa beliau hadir ke perhimpunan itu untuk menyertainya secara aman sesuai dengan konsep "Duduk & Bantah" namun beliau sangat kesal dengan kejadian rusuhan itu yang beliau dakwa memang dimulakan oleh pihak pembangkang diketuai oleh Anwar dan Azmin Ali.

Menurut berita TV3 sebentar tadi, Benjy Lim telah ditahan oleh pihak PKR dan tidak dibenarkan keluar dari bilik tempat sidang media berlangsung....bagaimanakah nasib beliau kini? Harap beliau tidak akan menjadi mangsa liwat yang ke-3 pula.

Kemerdekaan negara dicapai tanpa pertumpahan darah, tetapi BERSHIT 3.0 sudah makan darah!

Masih tidak malukah orang tua kutuk ini bahawa jika dibandingkan perjuangan remeh beliau dalam kumpulan Bershit 3.0 bersama Ambiga, Anwar Ibrahim, Mat Syabu, Kit Siang, Aishah, Nik Aziz, Tian Chua, Azmin Ali dan yang lainnya dengan perjuangan yang dibawa oleh para pejuang kemerdekaan tanah air lebih 50 tahun yang lampau bezanya amat ketara seumpama langit dengan bumi.

Perjuangan Bapa Kemerdekaan YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak Hussein serta rakan-rakan mereka yang lain sudah lama tercatit di dalam sejarah Malaysia di mana ketika itu perjuangan mereka adalah untuk memerdekakan tanah air ini daripada cengkaman penjajah yang mana akhirnya perjuangan mereka berhasil tanpa sedikitpun berlakunya pertumpahan darah kerana hanya melalui cara rundingan perkara yang begitu besar sekali telah berjaya dicapai.

Bezanya dengan perjuangan Bershit 3.0 yang kononnya untuk menuntut 8 perkara daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mana telahpun memakan darah manusia sepertimana yang berlaku di dalam kejadian hari Sabtu lepas 28 April. Walaupun mereka sedar bahawa 7 perkara dari 8 yang dituntut itu telahpun diambil perhatian oleh pihak SPR hasil mesyuarat Jawatankuasa Khas Parlimen baru-baru ini namun itulah, oleh kerana mahu menjayakan niat lain yang tersembunyi mereka sanggup ketepikan semua itu, sanggup menyerang, memukul serta mencederakan anggota polis yang berkawal dan merosakan harta benda awam di persekitaran.

Cuba kita bayangkan, seandainya pada masa itu, iaitu lebih kurang 50 tahun yang lalu, Anwar Ibrahim, Ambiga, Samad Said, Kit Siang, Hadi Awang berada di tempat tokoh kemerdekaan Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Tan Cheng Lok dan Tun Sambathan berjuang untuk mencapai kemerdekaan tanah air daripada tangan penjajah British, cuba kita kira, berapa agaknya jumlah nyawa rakyat yang terkorban, rusuhan di sana sini berlaku, dan apakah dengan cara itu kita akan mampu untuk mendapatkan kemerdekaan daripada pihak British lebih awal ataupun mungkin kita hanya akan merdeka selepas Negara Brunei Darussalam dan juga Hong Kong?

Video: Anwar & Azmin lancar pemberontakan awam paling bahaya di Malaysia!!!



Nak kata apa lagi terhadap pemimpin sebegini memang sangat payah sudah. Patutnya sebagai pemimpin mereka menyeru rakyat tidak kira apa fahaman politik mereka ke arah kesejahteraan tetapi berbeza sekali dengan apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.

Jelas, saat mula berlakunya rusuhan ganas oleh para peserta himpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lalu jika diteliti dari rakaman video ini sememangnya rempuhan itu telah mendapat arahan daripada Anwar Ibrahim yang memberi isyarat kepada Azmin Ali.

Apakah yang mampu dilakukan oleh pihak KDN khususnya Datuk Seri Hishamuddin untuk mengheret kedua-dua pengkhianat ini ke muka pengadilan atas segala kerosakan serta kemusnahan harta benda awam akibat perbuatan tidak bertanggungjawab kedua-dua pemimpin yang gila kuasa itu?

Tiada siapa terlepas - DS Hisham. Tapi nasi sudah jadi bubur...

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memberitahu bahawa tiada sesiapun akan terlepas dari tindakan undang-undang. Kenyataan tersebut ada di sini

Betullah!!! memang betulpun tetapi kalau Menteri yang bertanggungjawab terhadap perkara berkaitan merupakan seorang yang cukup tegas, berani, berwibawa, cekap dan berintegriti memanglah barang siapa yang melanggar peraturan serta undang-undang negara akan dikenakan tindakan yang setimpal.

Tetapi adakah selama memegang jawatan sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin berupaya melaksanakan tugas beliau selaku ketua di kementerian berkenaan dengan cukup berkesan, berani dan tegas?

Ahad, April 29, 2012

BR1M dia tuduh rasuah, tapi beri rasuah kepada pemberontak Bershit 3.0 halal pulak!

Kalau sebelum ini Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah melarang atau menegah rakyat Kelantan termasuk seluruh ahli-ahli PAS dari menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia sumbangan oleh kerajaan pusat kerana menyifatkan wang berkenaan berunsur rasuah.

Tetapi apabila giliran beliau memberi wang saku kepada mereka-mereka yang bakal menyertai Perhimpunan Haram Bershit 3.0 di Ibu Negara semalam, maka ianya diperbolehkan pula malah beliau mendakwa bukan menjadi satu kesalahan bagi yang memberi serta bagi mereka yang menerima wang pemberian beliau itu walaupun pada hakikatnya perhimpunan itu merupakan satu perhimpunan haram yang akhirnya menyaksikan kekacauan serta keganasan telah berlaku mengakibatkan banyak kerosakan kepada harta benda awam.

Cubaan rampasan kuasa kali ke-3 gagal, Ambiga diburu, Anwar bersembunyi !

Percubaan kali yang ketiga Pakatan Haram untuk merampas kuasa kerajaan daripada Barisan Nasional sekali lagi gagal.

Walaupun persiapan untuk tujuan rampasan kuasa kali yang ketiga ini telah diatur dengan rapi iaitu selepas percubaan kali kedua dulu menerusi perhimpunan haram Bersih 2.0 gagal tetapi nampaknya kali ini percubaan mereka juga ternyata gagal.

Jika dulu iaitu selepas berakhirnya Bersih 2.0, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Sham Kemetot secara terang-terangan bahawa perjuangan mereka dalam Pakatan Haram untuk berkuasa tidak pernah padam.

Dan untuk memastikan suapay hajat mereka untuk berkuasa sebagai kerajaan di negara ini maka mereka akan sanggup berbuat apa saja. Sham Kemetot pernah menyatakan, jika tidak dapat menguasai kerajaan melalui pilihanraya maka mereka akan paksa menerusi perarakan haram atas jalanraya.

Memang benarlah semalam pihak Pakatan Haram 3 parti DAP, PKR dan PAS sengaja mempergunakan rakyat bawahan yang dipimpin oleh Ambiga untuk digunakan sebagai perisai dalam usaha merampas kuasa daripada kerajaan Barisan Nasional.

Sudah 22 tahun sebagai MB Kelantan, masih lagi tuduh SPR menipu !

Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah Menteri Besar Haram bagi negeri Kelantan Darul Naim. Kemenangan beliau serta wakil-wakil rakyat parti PAS di Kelantan sehingga membolehkan beliau terus berkuasa selama 22 tahun lamanya sehingga ke hari ini adalah atas dasar penipuan semata-mata.

Status kedudukan Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan adalah tidak sah di sisi undang-undang Malaysia kerana undi yang beliau perolehi pada setiap kali berlangsung pilihanraya semuanya tipu belaka.

Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu kemukakan bukti di mana tempat undi yang beliau dapat daripada rakyat Kelantan adalah bersih, telus dan adil iaitu undi sah. Tunjukkan bukti kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kemenangan beliau selama ini di kawasan DUN yang beliau wakili benar-benar berlandaskan undi yang bersih.

Sabtu, April 28, 2012

Sejarah Bukit Kepong berulang semula hari ini di Ibu Negara !



Video dari rakan-rakan blogger yang berada di lokasi perhimpunan haram anjuran Ambiga dan Samad Said.

Apabila sehingga melibatkan kes mencedera membawa kepada maut anggota keselamatan ini sudah tidak lagi boleh diterima sebagai sebahagian daripada kita.

Apa lagi yang boleh dikatakan apabila melihat kejadian seperti ini berlaku dalam negara kita.

Apa lagi kerajaan atau pihak berkuasa mampu buat sekiranya pihak yang bertanggungjawab seperti Ambiga, Samad Said, Anwar Ibrahim, Mat Syabu, Kit Siang dan semua pemimpin Pakatan Haram tidak diambil tindakan paling tegas.

Tangkap dan tahan saja Ambiga, Samad Said serta konco-konconya..penjarakan mereka untuk seumur hidup jika kerajaan mahu negara ini kekal aman dan makmur.

BODOHNYA MENTERI DALAM NEGERI MALAYSIA!!!

Barua 3.0: hanya Karpal Singh saja yang berdemo ikut slogan "Duduk & Bantah"

Di antara ribuan pemberontak yang menyertai perhimpunan haram Bersih (BARUA) 3.0 hari ini, hanya Karpal Singh seorang saja yang setia dan ikut slogan "Duduk & Bantah" manakala yang lain-lainnya tak ubah seperti beruk mabuk selepas makan buah kepayang babi. Karpal Singh sepanjang demo hanya duduk dan tidak ikut gelagat Kit Siang, Nik Aziz, Anwar serta wakil rakyat lainnya yang tidak mencermin diri mereka sebagai seorang Ahli Yang Berhormat.

Ada yang berteriak, ada yang menjerit ke arah pasukan keselamatan, ada yang menggoyang pagar, ada yang terloncat-loncat, ada yang terlompat-lompat, ada yang cari kesempatan menumbuk sesiapa saja, ada yang cuba meraba anu-anu orang, ada yang menendang tayar kereta polis, ada yang cuba panjat bangunan konon nak tiru aksi spiderman, ada yang melaungkan bermacam-macam perkataan dan sebagainya lagi gelagat tidak sopan peserta perhimpunan haram itu.

Asal perhimpunan diadakan kononnya mahu membersihkan pilihanraya dari lapan perkara sebagaimana yang dituntut oleh Ambabiga, Samad Ambiga serta kumpulan mereka maka memang wajarlah apabila perhimpunan yang dijanjikan sebagai aman pada mulanya bertukar ganas dan pihak berkuasa kemudiannya telah bertindak betul membersihkan mereka dengan siraman air...maka memang itulah yang mereka mahu.

Berita terkini!!! Anwar & Nik Aziz bergaduh di lokasi, dua-dua masuk ICU !!!

 Cerita sekitar Perhimpunan Haram BERSIH (BARUA) 3.0 : Anwar Ibrahim marah-marah melihat Nik Abdul Aziz macam selalu mahu duduk di posisi yang beliau impikan selama ini.

Maka Anwar Ibrahim meminta Nik Aziz untuk beredar dan memberikan kepadanya tempat itu tetapi Nik Aziz tetap berdegil dan tidak mahu berganjak dari tempat duduk malah Nik Aziz terus "duduk" di situ sebagai tanda "bantahan"nya atas kelakuan kurang sopan Anwar itu.

Lalu berlakulah satu pertengkaran yang pada mulanya kecil saja tetapi akhirnya menjadi pergaduhan yang besar. Saling tidak mahu mengalah dan sama-sama mahu menegakkan benang yang basah.

Sifat Anwar Ibrahim yang panas baran, cepat melatah dan mudah berang seperti yang sering beliau tunjukkan ketika diajukan dengan berbagai soalan oleh para wartawan tempatan hingga terbawa-bawa dalam perkara yang membabitkan pserselihan dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Haram.
Oleh kerana bimbang tindakan Nik Aziz itu boleh mengurangkan pengaruhnya dikalangan para pemimpin Pakatan Haram yang lain, Anwar Ibrahim merasakan perlu untuknya bertindak tegas terhadap Nik Abdul Aziz dan tau sajalah perangai orang tua tu, pantang ditegur maka secepat kilat jugalah dia melenting dan bermula dengan perang mulut lalu pergaduhan menggunakan tenagapun bermula.

Nik Aziz yang ketika itu duduk bantah bersebelahan dengan Ambabiga dan Samad Ambiga telah ditarik kebelakang oleh Anwar. Entah apa Anwar nak buat terhadap Nik Aizi? nak liwat? oooo mustahil juga...

Lalu itulah yang terjadi baru-baru ini tadi...dua-dua dimasukan ke dalam wad orang gila Hospital Bahagia Tanjung Rambutan,,,mereka berdua bergaduh depan orang ramai yang turut menyertai perhimpunan haram BERSIH (BARUA) 3.0 ...BERSAMBUNG ;-)

Ambabiga terima ratusan billion dari dana asing untuk tumbangkan kerajaan awam di Malaysia !


Sama ada mahu untuk percaya ataupun tidak, apa yang jelas kini adalah Ambabiga memang nyata telah berhutang dengan pihak tertentu di luar negara. Hutang bukan sedikit, malah kalau silap haribulan negara Malaysia akan digadai untuk melunaskan semua hutang beliau itu.

Kenapa Ambabiga begitu beriya-iya sekali untuk memastikan agar perhimpunan haram itu dapat dilangsungkan pada hari ini 28 April sebagaimana yang telah diarahkan, ini adalah kerana semasa menerima pinjaman wang tersebut Ambabiga telah diberi syarat di mana terma serta syaratnya menghendaki Ambabiga berusaha sedaya upaya yang mungkin sehingga kerajaan Malaysia yang dipilih secara sah oleh rakyat akan tumbang dan digantikan dengan kerajaan boneka Barat.

Sehubungan dengan itu, sekiranya Ambabiga berjaya melakukan apa yang terkandung didalam syarat pinjaman berkenaan maka dengan sendiri atau secara otomatik hutang beliau dengan pihak Barat akan turut langsai ataupun Bersih.

Ini adalah percubaan kali ketiga oleh Ambabiga untuk membersihkan hutang berbilion-bilion dengan pihak Barat dan oleh kerana itulah perhimpunan haram mereka hari ini dinamakan sebagai Bersih 3.0.

Kepada seluruh warga Kuala Lumpur serta seluruh rakyat Malaysia, janganlah anda semua terikut-ikut dengan perangai para pemimpin daripada Pakatan Haram serta Ambabiga. Bersusah payah para pejuang kemerdekaan yang terdahulu untuk melepaskan negara ini daripada tangan penjajah, tetapi apa perlunya bagi kita hendak menyerahkan Malaysia sekali lagi kepada pihak asing

TOLAK AMBABIGA ! TOLAK A. SAMAD SAID! TOLAK ANWAR IBRAHIM! TOLAK MAT SYABU! TOLAK LIM GUAN ENG! TOLAK NIK AZIZ! TOLAK TIAN CHUA! TOLAK SEMUA PEMIMPIN YANG GILA SEPERTI MEREKA-MEREKA YANG ADA DI DALAM PAKATAN HARAM PEMBANGKANG!!!

HIDUP BARISAN NASIONAL!
HIDUP BARISAN NASIONAL!
HIDUP BARISAN NASIONAL!
Posted by Picasa

Jumaat, April 27, 2012

Syabas kepada DBKL atas tindakan tepat, tegas dan berani anda !

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL dikatakan telah mulai memasang penghadang serta pagar di beberapa lokasi sekitar Dataran Merdeka bagi menghalang kejadian pencerobohan oleh kumpulan pengganas serta pemberontak BARUA 3.0 yang dipimpin oleh Ambiga Samad esok.

Ucapan setinggi-tinggi syabas dan tahniah saya selaku warganegara Malaysia kepada pihak DBKL ini di atas tindakan penuh bertanggungjawab mereka terhadap harta benda awam serta aset yang sangat berharga bagi negara kita iaitu Dataran Merdeka yang penuh dengan nilai-nilai sejarahnya.

Untuk memastikan tindakan tegas boleh diambil mengikut peraturan serta undang-undang negara, tentu sekali khidmat murni daripada pihak berkuasa iaitu polis sangat diperlukan dan semestinya pihak polis akan berada di barisan paling hadapan dalam menghadapi sebarang cemuhan, cabaran serta penghinaan daripada para peserta perhimpunan haram Bersih (BARUA) 3.0 esok yang mungkin berusaha sedaya upaya untuk masuk ke dalam kawasan larangan.

Dataran Merdeka adalah milik DBKL maka sewajarnyalah mereka bertanggungjawab sepenuhnya atas apa jua yang berlaku terhadap dataran tersebut, baik buruknya Dataran Merdeka hanya DBKLlah yang berhak untuk menguruskannya dan bukannya Ambiga Samad, bukan Samad Ambiga, bukan Anwar Ibrahim, bukan Lim Guan Eng, bukan Mat Syabu, bukan Tian Chua, bukan DAP, bukan PAS dan juga bukan PKR.

Kalau boleh pasang juga kawat berduri mengelilingi kawasan Dataran Merdeka, sediakan anjing-anjing penggempur, beruang, singa, ular, harimau untuk menakutkan mereka serta sediakan juga jurukamera yang memang pakar dalam merakam aksi para peserta perhimpunan agar kelak bila berlaku tuduhan tidak berasas mengenai kejadian pada hari perhimpunan maka bolehlah ianya digunakan untuk menangkis fitnah-fitnah yang mereka taburkan.

Tak sempat?? DBKL suruh guna stadium, bukan bina stadiumlah !

Kesuntukan masa, tiada masa, terlambat dan sebagainya itu semua alasan bodoh Ambiga Samad!

Pihak DBKL suruh BARUA 3.0 pimpinan beliau itu berkumpul atau berhimpun dalam mana-mana stadium yang dicadangkan.

Bukannya pihak DBKL suruh mereka bangunkan atau bina stadium, sediakan segala bahan untuk membina, sediakan alat atau perkasa semua. Bukan! Tapi gunakan stadium yang sedia ada secara percuma!!!

Untuk tidak membenarkan Dataran Merdeka disalahgunakan dengan aktiviti yang boleh mengundang masalah kepada orang awam, maka pihak DBKL telah menyarankan kepada Ambiga Samad buat himpunan dalam stadium.

Memang dasar pengganas memang otak Ambiga Samad sudah keras macam batu.

Pihak DBKL perlu terus tegas dalam perkara ini, jangan bagi muka langsung kepada pihak Ambiga Samad ini dan kalau perlu buat hadangan konkrit mengelilingi sekitar kawasan Dataran Merdeka. Buat sekatan yang paling ketat.

Mulai hari ini, tutup semua laluan masuk menuju ke Dataran Merdeka dan jangan bagi lepas kepada sesiapapun tanpa mengira siapa mereka kecuali para pekerja DBKL sendiri.

Mencegah adalah jauh lebih baik daripada menghadapi kelakuan biadap para peserta BARUA 3.0 itu nanti.

Mempertahankan Dataran Merdeka daripada dicerobohi oleh para pengkhianat negara bangsa seperti Ambiga, Anwar Ibrahim, Samad Said, Mat Syabu, Kadir Sheiks Fadzir dan lain-lainnya adalah sama dengan mempertahankan kedaulatan serta kemerdekaan negara dari dicerobohi oleh anasir-anasir jahat luar negara.

Arkib Blog