Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, April 29, 2012

Sudah 22 tahun sebagai MB Kelantan, masih lagi tuduh SPR menipu !

Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah Menteri Besar Haram bagi negeri Kelantan Darul Naim. Kemenangan beliau serta wakil-wakil rakyat parti PAS di Kelantan sehingga membolehkan beliau terus berkuasa selama 22 tahun lamanya sehingga ke hari ini adalah atas dasar penipuan semata-mata.

Status kedudukan Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan adalah tidak sah di sisi undang-undang Malaysia kerana undi yang beliau perolehi pada setiap kali berlangsung pilihanraya semuanya tipu belaka.

Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu kemukakan bukti di mana tempat undi yang beliau dapat daripada rakyat Kelantan adalah bersih, telus dan adil iaitu undi sah. Tunjukkan bukti kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kemenangan beliau selama ini di kawasan DUN yang beliau wakili benar-benar berlandaskan undi yang bersih.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Kalau pukul polis tak apa. Buat huru-hara dan lakukan kemusnahan tak ada masalah nanti tok guru kata Allah dah ampunkan dosa, tok guru kata jihad, mati masuk syurga..

Arkib Blog