Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Memaparkan catatan dengan label pru13. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pru13. Papar semua catatan

Isnin, Julai 30, 2012

Lajim & Bumbu Ring; dua biji bisul yang pecah awal sebelum PRU13 !

 Memang ada baiknya juga apabila Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib melambat-lambat tarikh pembubaran Parlimen seluruh Malaysia dan juga DUN bagi Semenanjung Malaysia serta Sabah.
Tindakan PM melewat-lewatkan pembubaran Parlimen serta DUN dilihat bagi memberi ruang sepenuhnya kepada mana-mana wakil rakyat khususnya dalam komponen BN untuk menunjukkan kepada rakyat akan kesetiaan mereka terhadap dasar dan juga perjuangan parti.

Ini memang perlu juga dilakukan agar tidak akan berlaku mereka yang mengkhianati parti apabila sudah tiba masanya pilihan raya diadakan. Ini juga bagi mengelak berlakunya calon-calon parti BN yang buat kejutan di saat akhir dengan menyertai Parti Pakatan Pembangkang menentang kerajaan sedia ada.

Belumpun Parlimen dan DUN Semenanjung serta Sabah dibubarkan, sudah seperti tidak tertahan-tahan Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Lajim Hj. Ukin mencabar UMNO dan Barisan Nasional yang diwakilinya selama 18 tahun dengan meletak semua jawatan dalam parti dan juga Wilfred Bumbu Ring apabila bertindak keluar daripada UPKO dan Barisan Nasional hanya kerana termakan dengan janji Anwar Ibrahim.

Cuba kita bayangkan, misal kata mereka berdua ini Lajim dan Bumbu Ring melakukan khianat terhadap Barisan Nasional selepas Parlimen dibubarkan apabila nama mereka dicalon semula oleh parti bagi mewakili Barisan Nasional untuk sepenggal lagi, tentu menggelabah pemimpin tertinggi BN untuk menyelesaikan perkara yang tidak terduga boleh dilakukan oleh calon-calon BN sendiri yang nama mereka telah didaftar mewakili parti berkenaan.

Ini setelah kedua-dua mereka ini keluar parti dan kembali bertanding mewakili pembangkang bagi menentang calon daripada BN, maka secara tidak langsung ini akan memudahkan lagi kerja Barisan Nasional untuk mempertahankan lagi kedua-dua kerusi Parlimen Beaufort juga Parlimen Tuaran dengan meletakkan calon muda yang lebih bertenaga jika dibanding dengan kedua mereka yang sudahpun berumur dan sudah menjadi "Ayam Pencen" makin tua makin murah harganya.

Ahad, Mei 06, 2012

Baruk Bian tipu Anwar, Anwar tipu Kit Siang, Kit Siang tipu Hj Hadi, Hj Hadi tipu Nik Aziz

Kelihatan dalam gambar, Datuk Sri Hajah Hafshah Harun, ADUN Ba'Kelalan, Baruk Bian dan Ketua Pemberontak Bersih 3.0 Anwar Ibrahim di Kuching semalam.
Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) dan sebaik turun dari pesawat terus saja Pengerusi PKR Sarawak Baruk Bian memaklumkan kepada Anwar Ibrahim bahawa PKR akan menang besar di Sarawak pada PRU-13 nanti.

Baruk Bian : bos, bos!!!

Anwar Ibrahim : iye,..ada apa sayang,,,?

Baruk Bian : bos, PRU13 nanti kita akan menang besar di Sarawak bos...

Anwar Ibrahim : betul ke ni....,,,

Baruk Bian : iya bos...betullah bos...ramai sungguh rakyat Sarawak kagum dengan kehebatan bos...

Anwar Ibrahim : haaa,,ye lah tu,,,kagum pasal apa,,,berapa peratusannya yang berpihak kepada kita?

Baruk Bian : hari tu kan bos, 28 April lalu... bos nyata berjaya huru-harakan satu Malaysia...rakyat Sarawak kagum gila dengan bos...99.9 peratus dah sokong bos...bos berani kata mereka...

Anwar Ibarhim : Oooo iya ke...bagus, bagus...nanti saya bagitau dengan Kit Siang, dengan Hadi Awang sama Nik Aziz...ini berita gembira...buat pakatan kita dan kita harus bersedia untuk tipu lebih ramai lagi orang..

Baruk Bian : gulps???..eh, bos macam perli saya saja...

Anwar Ibrahim : eh, mana ada.... hey Baruk, mana Ahmad Najib Johari tak nampak muka ?

Baruk Bian : yang bos tanya Ahmad Najib tu apesal bos...? ...bos dah tak suka dengan saya ke?

Anwar Ibrahim : dasar beruklah kau ini (dalam hati Anwar; aku nak gantikan Baruk dengan Ahmad Najib jadi Boss PKR Sarawak yang baru)

Baruk Bian : bos! eh kenapa dengan bos ni,,,macam orang tengah khayal saja?

Anwar Ibrahim : eh, tak adalah (dalam hati Anwar; boleh tahan juga Ahmad Najib tu,,tampan, kacak lagi bergaya)

Arkib Blog