Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Mei 03, 2011

Keganasan tidak akan lenyap selagi puncanya tidak dihapuskan !

Filem "Osama Bin Laden" sebuah filem berat Barat yang diilhamkan oleh negara pengganas utama iaitu Amerika Syarikat telah berakhir semalam dengan episod terakhirnya dipaparkan kepada masyarakat seluruh dunia mengisahkan seorang yang kononnya pelampau Islam bernama Osama bin Laden sudah terkorban didalam serangan sengit tentera elit Amerika Syarikat di Islamabad Pakistan.

Biasanya kalau bab hero-hero sesebuah filem Amerika Syarikat tidak pernah kita lihat yang watak utama dalam sesebuah filem itu mati contoh seperti dalam filem Rambo, Rambo I, Rambo II, Rambo III, Buck Rogers, Rick The Greatest American Hero dan lain-lain lagi memang watak akan terus hidup walaupun jelas kelihatan hero mereka bertempur menghadapi musuh yang jauh lebih ramai.

Tetapi untuk kali ini nampak sangat berbeza dari segi jalan cerita dimana seorang hero yang diburu sekian lama dan tidak hero yang memburu seperti kebiasaannya dalam mana-mana filem digambarkan sebagai telah mati dan sebabnya ialah watak Osama bin Laden adalah tentang seorang pejuang Islam dan diakhir kisah heronya dikehendaki kecundang serta tewas ditangan pihak lawan dan nampaknya banyak orang Islam sendiri di seluruh dunia yang bersetuju dengan pembohongan pihak Amerika Syarikat.

Pengumuman Presiden Barrack Obama mengenai kematian Osama bin Laden yang "tidak pernah wujud" adalah semata-mata untuk menutup penipuan yang telah dicipta oleh bekas presiden Amerika Syarikat yang terdahulu George W. Bush yang semakin lama menyebabkan kemampuan tentera Amerika Syarikat mulai diragui dalam mengesan lokasi-lokasi atau kedudukan suspek sekiranya memang benar Osama bin Laden itu wujud. Maka demi untuk menyelamatkan maruah negara Amerika Syarikat, mahu tidak mahu Obama terpaksa menamatkan jalan cerita dalam filem berkenaan juga dengan cara berbohong dan menipu masyarakat dunia keseluruhannya.

Dari segi "DNA" yang kononnya sepadan dengan DNA milik Osama bin Laden oleh pakar forensik Amerika Syarikat juga dakwaan pihak Amerika Syarikat sendiri bahawa jenazah Osama yang dikatakan telah dikubur dengan cara dibuang ke dalam laut di utara Mesir sehingga mendapat bantahan pemimpin-pemimpin Islam di Mesir adalah satu lagi bentuk pembohongan oleh negara pengganas itu yang masyarakat dunia tidak perlu lagi untuk mempercayainya.

Dengan menamatkan sandiwara filem "Osama bin Laden" oleh Amerika Syarikat maka ramai pemimpin dunia yang percaya yang keganasan akan dapat dihapuskan tetapi mereka sudah lupa yang dulu bahawa YAB Tun Dr Mahathir Mohathir pernah mengingatkan selagi punca keganasan sebenar tidak ditangani dengan bersungguh-sungguh maka selagi itulah usaha untuk melihat keamanan menyeluruh di muka bumi ini tidak akan tercapai.

Tun Dr Mahathir sering merujuk kepada Rejim Israel iaitu sekutu Amerika Syarikat sebagai negara pengganas sebenar yang patut dihapuskan terlebih dahulu sekiranya mahu keganasan dunia ditamatkan.

Isnin, Mei 02, 2011

Husam Musa telah mengkafirkan diri beliau sendiri !


Kalau bagi orang yang bukan beragama Islam untuk tidak percaya kepada setiap ajaran yang terkandung didalam Kitab Suci Al Quran adalah sesuatu yang biasa dan boleh diterima oleh akal tetapi kalau orang Islam sendiri yang memang sejak lahirnya adalah Islam dan dari zaman kanak-kanaknya sehinggalah meningkat ke alam remaja dan seterusnya menjadi seorang yang dewasa atau dalam ertikata lainnya sudah berfikiran matang namun tidak mahu mempercayai walaupun salah satu amalan yang ada didalam Al Quran jika ianya dilakukan oleh pihak yang seagama namun berbeza hanya disebabkan ideologi politik yang tidak sama.

Inilah yang saya lihat apa yang sedang dilalui oleh Datuk Husam Musa berhubung dengan sumpah laknat yang dilakukan oleh Datuk Shazril Eskay Abdullah mengenai video seks melibatkan Anwar Ibrahim. Datuk Husam seorang yang beragama Islam dan sepatutnya dia tidak menolak atau menafikan hak orang-orang Islam yang lain dengan mempertikaikan apa yang telah dilakukan oleh mereka(Datuk Eskay) dalam usahanya untuk meyakinkan orang ramai bahawa dakwaan beliau tentang siapa pelaku didalam klip video itu adalah memang benar dan bukannya fitnah.

Saya sebagai seorang yang bukan beragama Islam boleh percaya dengan sumpah laknat yang dibuat oleh Datuk Eskay kenapa tidak Datuk Husam??? ...apa perlu lagi untuk Datuk Husam mencari kaedah lain bagi membuktikan yang Datuk Eskay tidak berbohong??? ..bukankah sumpah laknat adalah satu perkara yang tidak boleh dibuat main-main dan perkara itu memang ada disebut dalam Al Quran sendiri tetapi kenapa pula Datuk Husam Musa masih boleh berasa was-was terhadap ajaran agama yang beliau anuti???

Kabinet bayangan DAP di Sarawak - Baruk Bian jadi jembalang tanah !

Pakatan Pembangkang di Sarawak hujung minggu yang baru lalu telahpun mewujudkan satu bentuk "kabinet bayangan" kononnya bertujuan untuk memantau segala pergerakkan tugas setiap menteri serta menteri muda kerajaan BN negeri yang dilantik dalam barisan kabinet baru negeri Sarawak.

Berita mengenainya juga boleh didapati melalui Bernama Online disitu. Kata dulu memang bukan bayangan sebab Pakatan Pembangkang sudah terlalu yakin yang mereka akan berdiri sebagai sebuah kerajaan menggantikan tempat BN namun setelah kalah teruk di Sarawak pada 16 April lepas mereka terpaksa pula duduk berangan mahu jadi pemerintah di Bumi Kenyalang ini.

Senarai penuh sudah ditentukan seperti dibawah oleh DAP hehehe...manalah kau punya kerusi wahai Baruk Bian? Lim Kit Siang suruh kau jaga tanah saja?...bijak betul Lim Kit Siang, dia tahu Baruk Bian memang minat sangat main tanah,jadi disuruh dia Baruk Bian main atas tanah kat luar rumah...tak usah menyibuk dalam rumah kat atas he he he..

Ketua Menteri Sarawak : YB Wong Ho Leng - DAP

Menteri Sumber Asli : YB Wong Ho Leng - DAP

Menteri Hal Ehwal Tanah NCR : YB Baruk Bian - PKR, eh? Ketua Menteri kan he he he

Menteri Kewangan : YB Chong Chieng Jen - DAP

Menteri Kerajaan Tempatan : YB Ling Sie Kiong - DAP

Menteri Pelancongan : YB See Wee How - PKR

Menteri Pembangunan Luar Bandar : YB Chew Chiu Sing - DAP

Menteri Perindustrian : YB Yap Hoi Liong - DAP

Menteri Kesihatan : YB Dr Wong Hua Seh - DAP

Menteri Pembangunan Sosial : YB Violet Yong - DAP

Menteri Kemudahan Awam : YB Wong King Wei - DAP

Menteri Pembangunan Infrastruktur : YB Chew Wang Ser - DAP

Menteri Pertanian : YB Ting Tze Fui - DAP

Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar : YB Fong Pau Teck - DAP

Menteri Hal Ehwal Pengguna : YB David Wong Kee Won - DAP

Menteri Hal Ehwal Islam : YB Ali Biju - PKR dan Encik Adam Ahid - PAS.

Memang sudah terbayangkan, walaupun mungkin benar Baruk Bian akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak sekirannya Pakatan DAP/PKR/PAS berjaya menumbangkan BN di negeri Sarawak dan seterusnya membentuk sebuah kerajaan di Bumi Kenyalang, maka begitulah gambaran sebenar dengan apa yang sebenarnya tersirat disebalik kesungguhan DAP untuk menawan negeri Sarawak daripada Barisan Nasional.

Lama sudah DAP mengisytiharkan Baruk Bian sebagai "The Making of Sarawak Chief Minister" iaitu bertahun-tahun sebelum pilihanraya umum Sarawak ke-10 diadakan dan Baruk Bian yang sudah terpukau dengan semua itu sanggup pula berhempas pulas memerah kudrat bagi meyakinkan seluruh rakyat Bumi Kenyalang bahawa Pakatan Pembangkang Sarawak yang dipimpin oleh beliau adalah yang terbaik dan mahu rakyat memilih mereka.

Tetapi sayangnya kini angin sudah berubah arah pula, kalau dulu cakap Baruk Bian akan jadi Ketua Menteri tapi akhirnya kenapa pula Wong Ho Leng dipilih? Oh ya,! Baru Bian diletak dalam kementerian tanah supaya apabila mana-mana pemimpin DAP mahukan tanah, maka sorong saja kertas depan Baruk Bian minta dia tandatangani surat permohonan tanah maka pasti akan dapat sebab semua keputusan sudah diatur oleh DAP cuma tinggal Baruk Bian untuk menurunkan tandatangan beliau.

Satu kali turun tandatangan untuk satu surat tanah sudah berapa juta yang dapat, contohnya kalau 1 hektar berapa lot yang didapati dalamnya...mana tak kaya, bagi-bagi dua pun masih boleh kekal hingga ke tujuh keturunan sempat lagi mengecapi kemewahan hasil dari jual beli tanah di negeri Sarawak ini. Maka semakin sempitlah hak Bumiputera dan semakin luaslah pula hak kaum kerabat DAP di atas Bumi Kenyalang ini kelak.

Ahad, Mei 01, 2011

Krisis Libya: sekarang siapa pengganas, Ghadafi atau Obama?

Keberadaan tentera negara Atlantik Utara atau NATO di Benua Afrika utara iaitu di Libya yang diketuai oleh Perancis jika menurut Obama pada asalnya adalah bertujuan untuk menghapuskan kegiatan pengganas kononnya berleluasa di negara berkenaan.

Ramai sangatlah agaknya pengganas di negara-negara Islam, itulah yang cuba untuk digambarkan oleh kerajaan Amerika Syarikat kepada masyarakat dunia. Kononnya kalau negara bukan Islam semuanya baik-baik lah..seperti Israel, Singapura, Ireland Utara dan yang lainnya.

Selain Perancis, tentera NATO juga turut dianggotai oleh Greece dan beberapa buah lagi negara dari benua Eropah dan tentera NATO ini hanya menjalankan operasi ketenteraan di Libya mengikut telunjuk dan arahan sepertimana yang dimahukan oleh Amerika Syarikat dan Barrack Obama.

Terbaru, atas arahan Obama, tentera NATO telah membedil kediaman Muammar Gadhafi yang menyebabkan anak lelaki bongsu pemimpin Libya iaitu Saif Al-Arab Muammar Gadhafi berusia 29 tahun bersama 3 cucu Gadhafi terkorban akibat serangan ganas tentera NATO di kawasan yang didiami oleh penduduk awam.

Setakat ini kita belum lagi mendapat tahu apakah agaknya reaksi pemimpin-pemimpin dari negara Islam di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam berhubung dengan serangan kejam oleh tentera NATO ke atas ahli keluarga Muammar Gadhafi.

Apakah pemimpin-pemimpin 3 negara ini bimbang sekiranya mereka bersuara mengenai kekejaman tentera NATO di Libya maka kerajaan Amerika Syarikat akan bertindak memutuskan hubungan diplomatik serta hubungan dagang ataupun mungkin ketiga-tiga pemimpin tiga negara ini terpaksa membisu walaupun sedar tentang kezaliman tentera NATO di Libya sudah menjadi semakin tidak terkawal lagi kerana khuatir dilabel sebagai negara yang menyokong keganaasan.

Ketika menyerang Iraq dulu, tentera bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarrikat terus bertegas bahawa Iraq yang dipimpin oleh Saddam Hussein memiliki sejumlah senjata pemusnah namun sehingga ke saat ini Amerika Syarikat masih gagal untuk membukti samada dakwaan mereka terhadap kerajaan Saddam Hussein di Irag itu benar ataupun bohong belaka.

1 Mei : Selamat Menyambut Hari Pekerja 1Malaysia

Dengan slogan pada tahun ini "Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi" hari pekerja yang disambut untuk tahun yang ke-34 sejak mula ia dperkenalkan bermula 1 Mei tahun 1977 telah menyaksikan berbagai bentuk kejayaan, kemajuan serta kegemilangan telah dicapai oleh negara kita memang tidak dapat dinafikan bahawa golongan pekerjalah antara penyumbang terbesar dalam merealisasikan sesebuah kejayaan itu.

Di Malaysia, golongan pekerja harus bersyukur kerana mempunyai sebuah kerajaan yang begitu prihatin serta sentiasa memberi perhatian kepada semua keluh kesah mereka apabila kerajaan Malaysia yang diterajui oleh kerajaan Barisan Nasional tidak pernah sama sekali melupakan segala sumbangan besar para pekerja terhadap pembangunan pesat negara dan dengan 1 Mei setiap tahun diumumkan sebagai Hari Cuti Umum untuk seluruh negara telah membuktikan bahawa pihak kerajaan sudah lama mengiktiraf peranan yang dimainkan golongan pekerja dalam membawa Malaysia ke arah sebagai yang maju menjelang tahun 2020.

Selamat Hari Pekerja!!!

Sabtu, April 30, 2011

Tian Chua semakin gila selepas melanggar mati seorang askar Melayu

 Saya rasa tentu masih ramai di antara rakyat Malaysia terutamanya rakan-rakan blogger yang masih ingat dengan satu kejadian malang menimpa seorang anggota askar Melayu Di Raja Malaysia iaitu allahyarham Mohd Salleh bin Hamdan pada 13 Mac 2010 awal tahun lepas. Tragedi membabitkan sebuah motosikal yang ditunggangi oleh mangsa dengan sebuah kenderaan mewah milik seorang ahli politik daripada parti pembangkang.

Kejadian yang sungguh menyayat hati itu telah berlaku pada waktu malam jam lebih kurang pukul 9:30 malam di KM 49 Jalan Johor Bahru - Mersing berdekatan dengan Hutan Lipur Panti di Kota Tinggi negeri Johor dimana terdapat anggota tubuh mangsa telah hilang dipercayai terkoyak atau terputus akibat dari kemalangan dasyat tersebut.

Kemalangan berlaku apabila kereta mewah jenis Mercedes Benz yang dinaiki oleh Ahli Parlimen Batu dari PKR iaitu YB Tian Chua Buo Toh cuba memasuki lorong sebelah kanan untuk memintas sebuah kenderaan didepan namun akibat dari suka memandu tanpa berhemah ketika diatas jalanraya menyebabkan pemandu kereta Tian Cua Buo Toh tidak menyedari kehadiran sebuah motosikal dari arah hadapan.

Tetapi malang sekali sebab sehingga kini rakyat Malaysia belum lagi dimaklumkan oleh pihak berkuasa iaitu polis serta pihak PKR sendiri berkenaan dengan status siasatan terhadap kes tersebut, apakah bentuk tindakan yang telah dikenakan ke atas Anggota Parlimen Batu dan berapakah peratusan siasatan kes itu sudah berjaya diselesaikan oleh pihak polis.

Dan berapakah sudah jumlah semua demonstrasi yang telah dianjurkan oleh pihak Pakatan Pembangkang untuk menuntut agar kerajaan Malaysia segera menubuhkan sebuah tribunal khas atau Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kemalangan itu terjadi sehingga meragut nyawa seorang perajurit tanah air berketurunan Melayu.
Kini, setelah lebih setahun kejadian itu berlaku tanpa sebarang perkembangan siasatan oleh pihak polis diketahui umum, orang yang bertanggungjawab di atas kematian allahyarham Mohd Salleh iaitu YB Tian Chua Buo Toh kini kelihatan sudah semakin hilang kewarasannya dan berpotensi besar untuk menjadi seperti orang gila.

Selepas PKR kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum Sarawak yang ke-10 pada 16 April lalu, YB Tian Chua Buo Toh kelihatan sudah sama seperti orang yang hilang akal dan pertimbangan apabila suka bercakap mengenai perkara yang memang diluar pengetahuan beliau sebagai seorang yang beragama Islam. Nampak sangatlah Tian Chua Buo Toh sudah semakin gila.

Semasa berceramah di Dewan Nusa Bakti, Bandar Baru Ampang di Selangor semalam bagi mengulas tentang "sumpah laknat" yang dilakukan oleh bekas teman karib Anwar Ibrahim iaitu Datuk Shazril Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim..,YB Tian Chua Buo Toh banyak kali memfitnah serta membangkitkan perkara yang dia sendiri langsung tidak tahu hujung pangkalnya.

Kata fitnah oleh YB Tian Chua Buo Toh berbunyi;
"Mereka mengadakan sumpah laknat dengan mempermainkan agama. Negara sekarang dibawah UMNO mengamalkan sumpah dan negara ini boleh digelar negara 'sumpah-sumpah."

"Walaupun saya bukan Islam, saya tahu itu semua salah. Datuk T tidak tahu agama. Saya tidak tahu agama apa yang dianutinya atau dia bawa agama baru."

"Jika semua perkara yang dilakukan boleh diselesaikan dengan cara bersumpah, bermakna kita tak perlu peguam, hakim kerana dengan bersumpah kita sudah bebas, jimat masa pula," itulah kata-kata hanyir yang keluar dari lubang duburYB Tian Chua Buo Toh.

Cuba kita amati sedikit apa yang didakwa oleh Tian Chua Buo Toh sebagai 'mereka mempermainkan agama,' ..apakah Tian Chua Buo Toh tidak dapat melihat pihak mana yang sebenarnya telah mempermainkan agama Islam ketika di dalam Masjid Amru Al-As semalam, adakah Datuk T ataupun pihak AMK? ..jelas sekali sekumpulan AMK yang menggangu ketenteraman di daam ruang masjid tersebut sehingga majlis sumpah laknat yang hendak dilakukan oleh Datuk T sejurus selepas sembahyang Jumaat terpaksa ditangguhkan selama 3 jam.

Dengan mengaitkan UMNO dengan majlis mubahallah yang dilakukan oleh Datuk T menampakkan dengan jelas kepada kita betapa "Raja Superimpose" gambar Datuk Seri Mohd Najib dengan Altantunya Shareebu suatu ketika dahulu memang tidak dapat memisahkan dirinya dengan kegiatan memfitnah sesiapa saja yang tidak disukai pihak PKR.

Lidah YB Tian Chua Buo Toh memang bercabang-cabang cibai dan berbelit-belit, dia bagitau walaupun dia bukan Islam tapi selepas tu dia kata lagi yang dia memang tau apa yang dilakukan oleh Datuk T dengan bermubahallah adalah salah dan dia kata lagi semuanya adalah salah. Langau betullah Tian Chua Buo Toh tu...lepas tu dia kata pula tidak tahu apa agama Datuk T, memang buo toh bengkok lah Tian Chua Buo Toh tu,... tak tahu kah dia yang orang bukan Islam mana boleh mengucap dua kalimah syahadat sebelum melafazkan sesuatu sumpah seperti yang dilakukan oleh Datuk T semalam.

Itulah apabila tabiat "sesumpah" yang ada pada Anwar Ibrahim kini sudah mulai berjangkit kepada ahli-ahli PKR yang lainnya, mula Tian Chua Buo Toh cakap dia bukan Islam, lepas tu pula dia cakap yang dia tahu semuanya salah dan lepas tu lagi dia kata tak tahu ajaran agama apa yang dianuti oleh Datuk T.

Lagi teruk apabila Tian Chua Buo Toh tidak tahu untuk membezakan antara hukum agama dengan hukum alam atau dalam ertikata lainnya Tian Chua Buo Toh cuba untuk menyamakan antara hukum hakam dalam agama Islam dengan undang-undang yang direka oleh tangan manusia.

Disini ketara sekali kita boleh nampak kecetekkan ilmu pengetahuan am yang ada pada Tian Chua Buo Toh apabila beliau mempertikai sumpah laknat oleh Datuk T yang dikira beliau sebagai usaha untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul tetapi Tian Chua Buo Toh sebenarnya langsung tidak faham bahawa sumpah terpaksa dilakukan pihak yang mendakwa samada bertujuan untuk memberi atau mendapatkan lebih kepastian terhadap sebarang dakwaan yang masih diragui dan bukannya bermaksud untuk menidak peranan para peguam atau hakim di negara ini.

Memang nampak bengap sangat YB Tian Chua Buo Toh ni,...rugi sangatlah rakyat dikawasan Parlimen Batu yang mempunyai seorang wakil rakyat yang IQnya jauh lebih rendah dari seekor lembu yang hari-hari hanya makan rumput kering.

Video Lucah: Anwar bukan saja setakat hilang jam Omega...

Sebelum beraksi didalam adegan video lucah itu, kemungkinan besar Anwar Ibrahim sedang berada didalam keadaan yang dikatakan sebagai dibawah sedar iaitu keadaan dimana seseorang itu akan menjadi agak sukar untuk membeza antara perkara yang salah dan mana mana benar jika dilakukan.

Manakala ketika sudah beraksi didalam adegan yang berdurasi selama kira-kira 22 minit dalam video berkenaan Anwar Ibrahim mungkin sudah berada didalam keadaan yang separuh sedar. Ya lah memang, sebab keghairahan untuk sampai ke puncak...keinginan nyata mengatasi segalanya hingga lupa dunia.

Dan sesudah selesai melakukan aksi panas sepertimana yang terdapat didalam adegan video lucah tersebut barulah Anwar Ibrahim kembali berada dalam keadaan diatas sedar setelah tiba-tiba yang jam Omega milik beliau sudah tiada lagi ditangan kirinya dan ini telah mengingatkan dia agar segera mencari jam tersebut sebeberapa segera dengan apa cara sekalipun dan dari perlakuan tidak senonoh Anwar Ibrahim bersama dengan wanita China itu bukan saja menyebabkan jam Omega kepunyaannya hilang malah mungkin ada sebahagian daripada amalan serta kebajikan dia sebelum ini juga turut lenyap apabila ianya sudah ditolak oleh Yang Maha Mengetahui.

Jumaat, April 29, 2011

Ketua AMK pula yang awal-awal sudah jadi korban sumpahan laknat

Kalau pada kebiasaannya, sebaik saja atau selepas selesainya sesuatu majlis sumpah mubahallah dilakukan satu pihak terhadap pihak yang lain akan ada petunjuk-petunjuk tertentu yang boleh kita lihat baik kepada mereka yang melakukan sumpah laknat ataupun mereka dipihak yang satu lagi.

Misalnya didalam sumpah laknat ada menyebut sekiranya apa yang dilafazkan olehnya ketika melakukan sumpah mubahallah hanyalah satu fitnah semata-mata terhadap pihak yang satu lagi maka beliau akan dilaknat oleh Tuhan dan begitu jugalah sekiranya apa yang dilafazkan adalah memang benar maka pihak yang sebelah lagi yang akan dilaknat Tuhan seumur hidupnya.

Tetapi lain pula yang terjadi siang tadi selepas selesai solat Jumaat iaitu sebelum berlangsungnya majlis sumpah laknat oleh Trio Datuk Shazril Eskay Abdullah bilamana belum lagi sumpah mubahallah dilafazkan malapetaka sudahpun dulu jatuh ke atas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) saudara Syamsul Iskandar Md Akin yang tiba-tiba mengamuk didalam ruang Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul. Itulah petunjuk awal yang perlu kita lihat bahawa ada yang tidak kena berlaku didalam kalangan pemimpin-pemimpin PKR.

Sepatutnya kejadian sebegini tidak harus berlaku didalam mana-mana rumah ibadat yang suci seperti masjid ataupun surau iaitu tempat dimana untuk umat Islam menunaikan tuntutan agama mereka. Tetapi perbuatan yang telah dilakukan oleh Syamsul Iskandar Md Akin bersama-sama dengan para pengikut PKR siang tadi didalam ruang masjid Amru al-As seolah-olah Tuhan telah menunjukkan kepada kita bahawa apa yang bakal dilakukan oleh Trio Datuk Shazril Eskay Abdullah, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan Datuk Shuib Lazim adalah benar dan ketiga-tiga mereka itu adalah dipihak yang benar.

Biasanya sejarah membawa kebenaran senantiasa berdepan dengan penentangan yang paling hebat. Sejarah perjuangan para Nabi untuk membawa manusia untuk keluar dari kemungkaran dan kesesatan kepada kebenaran adalah adalah satu perjuangan yang sangat mahal dan tidak ternilai. Perjuangan kesemua 25 para Nabi seringkali berhadapan dengan pemberontakkan, fitnah, percubaan dan sebagainya. Begitulah, betapa sukarnya untuk menegakkan keadilan jika tidak dengan tentangan dari kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah terlebih dahulu.

Video Porno: bersumpahlah!!!..kalau benar rasa tidak bersalah..

Selepas selesai sembahyang Jumaat hari ini nanti, difaham iaitu satu lagi peristiwa akan berlaku bagi mewarnai politik Malaysia apabila ketiga-tiga Datuk 'T' akan melakukan sumpah laknat bagi mengesahkan bahawa mereka bercakap benar terhadap apa yang sedang mereka dedahkan mengenai kandungan video klip membabitkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim yang tetap tegas menafikan semua tuduhan ke atas beliau tidak sepatutnya hanya bertahan dengan terus menerus menyangkal tuduhan yang amat berat dibuat terhadap dirinya tetapi apa yang terbaik harus beliau lakukan bagi membersihkan namanya ialah bersama-sama dengan Datuk 'T' untuk melakukan sumpah mubahallah atau sumpah laknat tengah hari nanti. Harus berani!

*Berani kerana benar*

Khamis, April 28, 2011

Video porno: Nujum Pak Belalang gagal meramal konspirasi keatasnya


Melihat kepada apa yang sedang berlaku didalam dunia politik Malaysia hari ini terutama sekali yang berkaitan dengan isu yang sentiasa hangat iaitu video klip yang memaparkan adegan atas ranjang antara seorang pemimpin kanan pembangkang dengan seorang pelajar warga China yang menuntut di sebuah kolej tempatan pinggir Ibu Kota Kuala Lumpur membuatkan saya sering teringat kepada ayat-ayat yang digunakan untuk dialog dalam filem arahan dan lakonan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu filem 'Nujum Pak Belalang.'

Tidak payahlah untuk saya hendak ceritakan bagaimana babak-babak yang terdapat di dalam filem tersebut kerana saya percaya semua rakyat Malaysia adalah peminat Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan sudah tentu kebanyakkan daripada mereka hafal dengan dialog yang terdapat didalam filem berkenaan cuma saya cuba nak mengambil beberapa ayat-ayat yang mempunyai mesej tertentu untuk kita fahami akan maksudnya supaya dapat disesuaikan dengan apa yang sedang berlaku pada ketika ini.

Ayat yang lebih kurang berbunyi seperti "haaa!!!..nampak tak?,,,,tuuuuu, tuuu yang dibawah sebatang pokok tu" digunakan oleh Nujum Pak Belalang untuk meyakinkan sekumpulan orang yang telah kehilangan lembu dan kambing peliharaan mereka, tetapi oleh kerana Nujum Pak Belalang cepat menyedari bahawa diantara mereka itu masih ada yang kelihatan masih ragu-ragu, lalu segera juga Nujum Pak Belalang bermain dengan emosi sekumpulan penduduk ini tadi, jadi seterusnya beliau berkata "..jadi kalau barang siapa yang tidak nampak, maknanya orang itu adalah anak di luar nikah"

Sekumpulan orang yang telah kehilangan lembu serta kambing ini tadi akhirnya terpaksa mengakui yang mereka juga boleh nampak objek berupa dua ekor lembu dan dua ekor kambing yang kononnya telah dilihat oleh Nujum Pak Belalang dalam mangkuk khas iaitu disatu lokasi yang dikatakan tidak jauh dari tempat mereka berada dan semuanya dilakukan adalah demi untuk menjaga nama baik keluarga masing-masing supaya tidak dipandang serong oleh pihak lain walaupun sebenarnya mereka sendiripun tidak nampak benda yang didakwa wujud dalam mangkuk berisi air yang digunakan untuk menilik oleh Nujum Pak Belalang.

Kisah dari filem 'Nujum Pak Belalang' ini sedikit sebanyak hampir serupa dengan kisah yang kini telah menjadi isu hangat di Malaysia waktu ini iaitu Video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim dengan seorang pelajar warga China. Anwar Ibrahim pula bermati-matian menafikan yang beliau terlibat didalam video berkenaan walaupun sudah terlalu ramai pihak setelah menonton adegan dalam klip video itu turut  menyatakan bahawa individu yang mereka nampak dalam rakaman video tersebut adalah Anwar Ibrahim.

Namun tidak kurang juga yang turut menafikan yang beraksi didalam video lucah itu adalah Anwar Ibrahim walaupun mereka sendiri sudahpun menontonnya malahan ada yang turut bersuara sama seperti suara Anwar Ibrahim dengan menuduh itu semua adalah satu tipu muslihat atau satu "konspirasi" jahat UMNO dan BN untuk membunuh terus watak politik  Anwar Ibrahim agar lenyap dan hilang dari arena politik negara ini.

Anwar Ibrahim yang telah diisyitihar sebagai seorang manusia "anugerah Tuhan" oleh isterinya sendiri sepatutnya lebih awal tahu apa malapetaka yang bakal akan menimpa dirinya kerana sebagai seorang yang "telah dianugerah" oleh Tuhan kepada rakyat Malaysia sudah tentulah beliau mempunyai banyak kelebihan yang tidak ada pada manusia biasa dan Anwar Ibrahim sudah semestinyalah akan bertindak awal dengan mengelak berbagai-bagai percubaan untuk memerangkap beliau dalam konspirasi yang kononnya telah dirancang oleh musuh-musuh politiknya.

Dan apa yang lebih melucukan lagi ialah apabila Anwar kata "muka orang dalam ideo itu sama seperti muka saya TAPI perut orang itu buncit sedangkan saya tidak," maka secepat kilat juga pengikut Anwar Ibrahim turut mengiyakannya padahal ada diantara mereka yang belum lagi menonton video berkenaan. Maka itulah hanya kerana untuk mempertahankan perjuangan PKR yang semakin tidak menentu mereka juga sanggup untuk berbohong kepada diri sendiri malah membenarkan lidah untuk menipu dan memperdayakan hati serta mata diri sendiri.

Bekas ADUN N64 Pujut terima pingat kebesaran daripada TYT Sarawak

Syabas dan Tahniat buat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan N.64 Pujut iaitu En. Andy Chia Chu Fatt kerana dipilih untuk mengetuai barisan sebanyak 218 orang penerima pingat kebesaran berbagai kategori daripada Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Hj Muhammad Salahuddin bin Abang Barieng di Astana Petra Jaya Kuching semalam.

Andy Chia yang sebelum ini telah gagal mempertahankan kerusi DUN Pujut untuk SUPP setelah ditewaskan oleh calon daripada DAP iaitu Dr Fong Pau Teck pada pilihanrya negeri 16 April lalu telah dianugerahkan dengan pingat Johan Bintang Sarawak (JBS) dan ini merupakan satu penghargaan yang sangat wajar untuk diberi kepada Andy Chia dan mana-mana wakil rakyat yang telah menunjukkan prestasi kerja sangat memuaskan serta bertanggungjawab.

Walaupun bukan lagi sebagai seorang Ahli Yang Berhormat di negeri ini namun ianya tidak bermakna sumbanngan Andy Chia sudah tidak diperlukan lagi tetapi sebaliknya rakyat Sarawak amnya dan Pujut khasnya sentiasa masih memerlukan sentuhan daripada Andy Chia berkenaan pembangunan yang sedang dan akan dilaksana dikawasan DUN tersebut.

Walaupun hanya meraih 5, 270 undi berbanding undi yang diperolehi oleh Dr Fong Pau Tec sebanyak 9,126 undi itu bukan bererti rakyat dikawasan DUN Pujut kesemuanya menolak corak kepimpinan Andy Chia sebab kalau diukur daripada undi yang menyokong Andy Chia ia sudah cukup menjelaskan bahawa lebih separuh rakyat dikawasan DUN Pujut tetap setia kepada Andy Chia.

Nurul ada satu lagi permintaan terhadap BN Sarawak - kebebasan mutlak!

Jika sebelum ini Naib Presiden PKR juga Ahli Parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah Anwar Omega sudahpun mengemukakan tiga permintaan khusus kepada Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud berkenaan dengan beberapa perkara yang tak sepatutnya diambil peduli oleh beliau iaitu;

Pertama, mendesak Ketua Menteri Sarawak dan kerajaan Perksekutuan berunding untuk menamatkan segera Perisytiharan Darurat Sarawak 1966 bagi menuntut hak-hak rakyat Sarawak manakala yang kedua pula, mahukan Pehin Sri memastikan Perjanjian 18 Perkara antara kerajaan negeri Sarawak dengan kerajaan Persekutuan Malaysia dipenuhi secara menyeluruh dan ketiga. mengingatkan Pehin Sri Taib supaya mendesak kerajaan Pusat meningkatkan kadar rotalty minyak untuk negeri Sarawak dari 5% kepada 20%.

Dan permintaan keempat serta yang terbaru daripada YB Nurul Izzah ialah mahu Pehin Sri yang mempunyai pengaruh kuat agar mendesak kerajaan Persekutuan khususnya kerajaan Barisan Nasional bertindak lebih matang dalam segala hal terutamanya dalam isu penayangan video seks membabitkan Anwar Ibrahim. Nurul mahu Pehin Sri memastikan agar kerajaan Pusat lebih terbuka dengan tidak menyekat mana pihak termasuk rakyat biasa daripada menonton video seks part ll lakonan Mr.Omega.

Menurut Nurul, "biarlah rakyat yang menilai dan menentukan siapa pelaku yang beraksi didalam video berkenaan. Kita negara bebas, demokrasi dan sesuailah PKR sebuah parti yang memperjuangkan keadilan untuk semua maka PKR memang rasa sangat terpanggil untuk menyatakan pendirian parti berhubung dengan isu video berkenaan, maka dengan itu PKR telah mengambil ketetapan untuk memberi kebebasan yang sepenuhnya kepada rakyat sendiri untuk melihat video tersebut dan kemudian menilai dengan pikiran yang tenang tanpa sebarang tekanan," kata Nurul menambah.

Rabu, April 27, 2011

Khalid Gagap belanja RM600,000 utk kempen hapuskan ISA di Selangor !

Saya ingat kerajaan Selangor dibawah pentadbiran Menteri Besarnya Tan Sri Khalid Ibrahim terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM600,000 untuk kempen menghapuskan pembiakkan atau kempen anti nyamuk aedes tetapi rupa-rupanya wang yang dalam jumlah begitu besar jumlahnya digunakan cuma bertujuan untuk menghapuskan Akta ISA yang telah menjaminkan keamanan serta keselamatan di negara ini agar dapat dipertahankan.

Maka jelas sangatlah sekarang ini bahawa kerajaan Pakatan Pembangkang memang langsung tidak selesa berada didalam sebuah negara yang aman seperti Malaysia dan jelas juga bahawa DAP dan PKR mahu keadaan yang tenteram di negara ini harus segera dihuru-harakan dengan berbagai-bagai pergolakan.

Bagi saya tak payahlah Tan Sri Khalid Gagap serta barisan kerajaan pimpinan beliau membazir sebegitu banyak jumlah wang jika semata-mata untuk membeli sebuah kemusnahan. Akta ISA yang wujud hari ini tidak pernah memulangkan walau sesen pun hasil daripada keamanan dan keharmonian yang dikecapi rakyat Malaysia hingga kini kepada mereka-mereka yang dahulunya telah bertungkus-lumus dalam mencipta undang-undang tertentu bagi menjaminkan keselamatan jangka panjang negara yang berkekalan.

Apa yang sangat diharapkan oleh pemimpin negara yang terdahulu seperti Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Petra Alhaj, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn, Allahyarham Tun Ghaffar Baba dan ramai lagi dari apa yang mereka dulu sudah buat adalah suasana yang membolehkan setiap generasi selepas mereka di negara ini dapat melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab mereka selaku rakyat Malaysia dalam keadaan yang selamat dan aman tanpa sebarang rasa bimbang terhadap rusuhan dan pemberontakkan.

Oleh itu saya rasa tidak mungkin Tan Sri Khalid Ibrahim, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak boleh duduk sebagai Menteri Besar di Selangor, Kedah dan Ketua Menteri di Pulau Pinang dengan keadaan yang aman dan selamat jika suasana menjadi amat tidak tenteram apabila negara kita tiada lagi mempunyai sebarang undang-undang yang memperuntukkan kuasa mencegah pihak-pihak yang sengaja mahu menimbulkan keadaan huru-hara sepanjang masa didalam negara ini.

Saya tidak melihat yang Tan Sri Khalid Gagap akan dapat tidur lena di malam hari, Lim Guan Eng boleh sesuka hati mengeluarkan kenyataan yang sungguh berbaur perkauman melainkan mereka berdua ini hanya akan hidup sebagai pemimpin yang berasa cemas, resah dan takut sepanjang masa berhubung dengan keselamatan diri masing-masing kerana sentiasa berdepan dengan kebangkitan rakyat yang sudah tidak dapat lagi untuk dikawal.

Mustafa Ali kata Azmin Ali lebih lembik dari Wan Azizah !!!

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Lagi Datuk Mustafa Ali kata, Azmin Ali tiada ketahanan diri seperti Wan Jijah..macamana nak berlawan dengan UMNO kalau lembik macam tu hehehe..

Selasa, April 26, 2011

Baruk Bian mahu lakukan pembedahan ke atas Dr Teo di Senadin !

Ketua Menteri Sarawak YTK Baruk Bian yang juga Ketua Perhubungan PKR Sarawak berkata pihak mereka akan mengemukakan beberapa petisyen pilihanraya berhubung dengan kekalahan 46 calon Parti Keadilan Rakyat iaitu suatu kekaahan yang paling memalukan bagi pihaknya dimana daripada 49 calon yang bertanding hanya 3 orang calon saja yang menang termasuk beliau sendiri yang menang di N70 Ba'Kelalan dengan kelebihan undi majoriti sebanyak 473 apabila mendapat 2,506 undi menewaskan Willie Liau daripada BN yang memperolehi 2,032 undi.

Banyaklah songeh pihak PKR ini bila mereka yang kalah, macam-macamlah yang mereka tuduh. Mereka buat tuduhan demi tuduhan kononnya SPR tak telus, BN turut menipu dan macam-macam lagilah. Kononnya telah berlaku penipuan ketika proses perjumlahan undi sedang dijalankan walhal semua wakil parti masing-masing juga turut dibenarkan untuk bersama memerhati dengan dekat pekerja-pekerja SPR yang sedang mengira kertas undi bagi mengelak timbulnya sebarang syak wasangka yang bukan-bukan daripada pihak tertentu terhadap SPR selepas itu, jadi mana tempat lagi boleh terjadinya penipuan tu.

Seperkara lagi, Anwar Ibrahim juga turut mendakwa bahawa waktu berkempen yang terlalu singkat iaitu hanya 10 hari adalah antara punca yang menyebabkan PKR kalah teruk dalam pilihanraya negeri Sarawak ke-10 pada 16 April lalu tetapi tidak terpikirkah Anwar Ibrahim, Baruk Bian, Azmin Ali, Nurul Izzah, Wan Azizah dan yang lain-lain lagi dalam PKR yang mereka sebenarnya tidak pernah mengenal erti samada waktu itu ada pilihanraya ke tak meraka akan tetap berkempen sepanjang masa tak kira siang atau malam, hujan atau panas, jadi apa lagi alasan yang mereka kata masa terlalu singkat sebab itu PKR kalah. Mana ada singkatnya.

Jadi sekarang sudah mulai timbul ura-ura bahawa Baruk Bian yang masih tak berpuas hati dengan kekalahan yang dihadapi oleh ramai calon mereka akan memulakan siri pembedahan terhadap beberapa kawasan DUN yang mana calon PKR diyakini mempunyai potensi boleh menang tapi telah kalah kepada calon BN dan menurut Baruk Bian kawasan DUN N65 Senadin mungkin yang pertama akan menjalani pembedahan memandangkan perbezaan undi yang menyebabkan calon PKR iaitu Dr Micheal Teo kalah kepada YB Datuk Lee Kim Shin hanya dengan 58 undi iaitu majoriti yang diperolehi oleh Barisan Nasional.

Tetapi kalau benarlah Parti Keadilan Rakyat (PKR) nak berlaku adil kepada semua maka buatlah kaji selidik untuk semua, buat kajian kenapa dan apa sebab SUPP banyak kalah di kawasan bandar, siasat juga kenapa DAP kalah di N27 Simanggang dan di N47 Bawang Assan, dan juga mesti siasat kenapa SNAP kalah semua di 26 kerusi yang ditandingi begitu juga dengan PCM di N43 Ngemah kenapa Gabriel Adit gagal bertahan disitu dan siasat juga bagaimana calon Bebas hanya menang seorang di N54 Pelagus sedangkan mereka kesemuanya adalah 44 orang yang bertanding.

Kepada PKR tu..kalau dah kalah buatlah cara kalah. Ingatlah bahawa biarpun hanya dengan satu undi mana-mana parti yang menang ianya tetap sangat bernilai apatah lagi 58 undi. Hormatilah pilihan rakyat. Sudah kuasa diturunkan kepada rakyat untuk memilih maka adalah sangat wajar untuk PKR terima sajalah hakikat bahawa mereka telahpun kalah dan tidak diterima oleh majoriti rakyat di negeri Sarawak. Kepada yang menang sekarang bukan lagi masanya untuk tuduh itu tuduh ini tetapi kini adalah masa untuk berkhidmat kepada rakyat, tunjukkanlah kepada rakyat kemampuan masing-masing dalam membela nasib masyarakat dikawasan yang diwakili.

Selepas KJ, kini Nurul Izzah pula yang semakin mengarut!!!

PKR kemukakan tiga permintaan -{klik disinunlah kalau mahu tahu apa yg Nurul merepek)

Selepas bakal Ketua Menteri Sarawak yang diheboh-hebohkan keseluruh pelusuk dunia iaitu Baruk Bian menang di N70 Ba'Kelalan dalam Pilihan Raya Umum Sarawak ke-10 pada 16 April lepas dan dua orang lagi calon dari PKR yang turut menang di N11 Batu Lintang serta di N34 Krian, Naib Presiden PKR Nurul Izzah sudah mulai berkokok siang dan malam di Bumi Kenyalang.

Jika sebelumnya Ketua Pemuda Barisan Nasional YB Khairy Jamaluddin telah menyahut kokokan Senator dari MCA iaitu Gan Ping Siew yang sama-sama mendesak agar Ketua Menteri YAB Pehin Sri Taib Mahmud segera melepaskan jawatannya atas dakwaan keduanya bahawa kononnya pengundi dari kaum Cina Sarawak sudah amat membenci Pehin Sri Taib tanpa kedua-dua pemimpin hingusan BN itu menoleh kepada sumbangan besar pengundi dari kaum Bumiputera luar bandar yang telah memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional pada setiap kali pilihanraya diadakan di negeri Sarawak dan seterusnya tekanan terbaru terhadap Pehin Sri Taib disambung pula dan datangnya daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai iaitu Nurul Izzah Anwar Omega.

Nurul Izzah ini masih muda tetapi sudah pandai mengarut. PKR baru dapat 3 wakil rakyat di Sarawak tetapi ketiga-tiga ADUN PKR itu nampaknya awal-awal lagi sudah kena "queen control" dengan Naib Presiden PKR Enterprise Sdn Bhd. Apa maknanya Nurul Izzah beriya-iya sangat untuk masuk campur hal ehwal dalaman negeri Sarawak ini, pasal royalty minyak atau segalanya maka biarkan saja tiga wakil rakyat PKR yang dah menang itu untuk bersuara didalam DUN negeri Sarawak dan tak payahlah rasanya untuk Nurul Izzah menyalak didalam akhbar-akhbar dan media.

Pergi jahanamlah dengan 3 permintaan gila kamu itu, Nurul. Lebih baik kau pergi jaga kebajikan rakyat di Lembah Pantai sana tu daripada menyibuk dengan urusan kami di negeri Sarawak ini. Nurul, you bukan rakyat Bumi Kenyalang..tak payahlah memandai untuk mendesak Ketua Menteri mengubah itu ini sesuatu yang telah dipersetuju bersama antara kerajan negeri Sarawak dengan kerajaan Pusat. Kalau kami rakyat Sarawak sendiri boleh menerima dan menghormati perjanjian itu, apa perlunya untuk Nurul membangkitkan perkara yang hanya akan merugikan kedua-dua belah pihak iaitu kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pada akhirnya.

16 September gagal, 16 April juga gagal dan 2016 juga pasti akan gagal...

Kalau pada misi untuk menawan Putrajaya pada 16 September 2008 dengan mensasarkan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional melompat parti menyertai Pakatan Pembangkang telah ternyata gagal, maka baru-baru ini pula 16 April 2011 PKR dengan 49 calon, DAP 15 dan PAS 5 calon tidak juga berjaya untuk merampas Sarawak daripada penguasaan Barisan Nasional.

Tidak terhenti dengan dua kegagalan itu, PKR dan DAP terus menyimpan hasrat jangka panjang untuk menawan Bumi Kenyalang secara total. DAP sudah menyenaraikan beberapa DUN kawasan luar bandar untuk ditandingi pada pilihanraya umum Sarawak ke-11 yang dijangka akan berlaku awal tahun 2016. PKRjuga sudah awal-awal lagi berbincang ke arah itu.

Sebelum itu, PKR dan DAP juga mulai berbincang menjelang PRU-13 mengenai kerusi-kerusi Parlimen di Sarawak, mana satu tempat untuk DAP dan mana tempat lagi untuk PKR, keduanya langsung tak menjeling SNAP yang kedua-duanya sudah berpakat untuk menghumbankan semula Parti Kebangsaan Sarawak itu kedalam lubang yang telahpun sudah dikenalpasti tapaknya untuk digali.

Isnin, April 25, 2011

PRU-10 Swk: Lim Kit Siang berbelanja besar di N47 Bawang Assan Sibu !


Sebenarnya DAP lah yang berbelanja besar dan bukannya SUPP sebagaimana yang telah didakwa oleh Lim Kit Siang iaitu dari segi jumlah wang 'sogokan' yang dibelanjakan untuk memenangi DUN N47 Bawang Assan dalam Bahagian Ketiga Sibu dalam pilihanraya umum negeri Sarawak yang ke-10 pada 16 April lalu.

Mengikut sumber yang paling dekat dengan saya memberitahu bahawa disaat akhir hari berkempen, jentera pilihanraya DAP yang menjalankan kempen dari rumah ke rumah dalam DUN Bawang Assan telah menawarkan sejumlah imbuhan dalam bentuk wang tunai kepada para pengundi disebelah hilir Sungai Igan merangkumi kawasan penempatan kaum Iban seperti di Rantau Panjang, Tanjung Rian, Sungai Bedil, Sungai Tutus, Pasai Siong, Sungai Pinang, Sungai Manyuk, Sungai Rassau dan juga di dua perkampungan kaum Melanau iaitu di Kampung Bungan Besar dan di Kampung Bungan Kecil.

Tawaran wang ganjaran dibuat setelah pihak DAP diberitahu oleh penduduk-penduduk dikawasan yang berkenaan bahawa sebelum itu pihak jentera SUPP kononnya telah memberi kepada mereka sebanyak RM100 bagi seorang pengundi dan RM100 lagi untuk setiap rumah dalam perkampungan pengundi Melanau dan juga RM100 untuk setiap pintu bagi Rumah Panjang kaum Iban.

Mungkin rasa tercabar dengan berita itu maka pihak DAP tanpa menyelidiki betul-betul terlebih dahulu samada dakwaan itu benar ataupun sebaliknya dan tambahan pula setelah pengundi di kawasan tersebut dikatakan turut mengugut untuk tidak mengundi jika DAP tidak memberi wang imbuhan lebih besar dari yang kononnya telah diberikan oleh SUPP kepada mereka sebelum itu, jadi mahu tidak mahu demi untuk menang dikawasan itu maka DAP juga sanggup memberi wang dengan jumlah yang lebih besar iaitu RM500 untuk setiap rumah kampung Melanau dan RM500 untuk setiap pintu rumah panjang Iban.

Manakala kepada semua pengundi di DUN Bawang Assan pula mereka dikatakan telah diberi sebanyak RM300 setiap seorang dan menjadikan jumlah perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan oleh DAP adalah lebih daripada seribu ringgit Malaysia bagi setiap buah rumah atau pintu rumah panjang sekiranya setiap satu daripada kediaman tersebut mempunyai sekurang-kurangnya dua orang pengundi.

Itulah sebenarnya apa yang berlaku disebalik kekalahan DAP di kawasan N47 Bawang Assan Sibu. Mereka kalah setelah SUPP berjaya mengatasi DAP dengan majoriti sebanyak 1808 undi dimana DAP hanya berjaya mendapat undi sebanyak 5508 berbanding SUPP dengan 7316 undi. Kemenangan SUPP di Bawang Assan adalah kerana sokongan kuat daripada pengundi luar bandar terhadap BN serta mereka tidak mudah gelap mata dengan wang yang dikipas depan mata mereka.

Andaikata DAP yang menang di DUN Bawang Assan pada 16 April 2011 yang lalu, saya yakin sangat bahawa Lim Kit Siang takkan berani mengungkitkan hal-hal yang sedemikian tetapi oleh kerana kekalahan calon mereka iaitu Alice Lau Kiong Yieng di tangan Datuk Sri Wong Soon Koh yang mengakibatkan DAP terpaksa menanggung kerugian wang yang berjuta-juta ringgit maka mahu tidak mahu perbuatan yang sepatutnya menjadi rahsia kini sudahpun menjadi pengetahuan umum pula apabila Penasihat DAP Kebanggsaan Lim Kit Siang tanpa rasa bersalah telah mendedahkan perkara berkenaan didalam twitter miliknya.

Ahad, April 24, 2011

PRN Sarawak: Khairy Jamaluddin semakin mengarut..

Setelah selesainya proses pilihanraya umum negeri Sarawak yang ke-10 pada 16 April lalu, berbagai rumusan, analisa serta pandangan telah dikemukakan oleh berbagai pihak berkenaan dengan keputusan yang sudah dibuat rakyat Sarawak samada Barisan Nasional menang ataupun kalah dan begitu juga di pihak pembangkang.

Turut tidak ketinggalan untuk mengulas mengenai keputusan yang diterima oleh Barisan Nasional Sarawak itu ialah Ketua Pemuda Barisan Nasional Pusat yang juga Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin. Ketika di Kota Bharu Kelantan semalam, Khairy ada menyebut bahawa kemenangan lebih besar DAP pada pilihanraya negeri Sarawak ke-10 baru-baru ini tidak boleh dijadikan sebagai kayu pengukur sokongan masyarakat Cina terhadap Barisan Nasional.

Khairy juga turut menggesa agar semua pihak dalam Barisan Nasional duduk semeja bagi mencari pendekatan bagaimana untuk menarik semula sokongan masyarakat Cina terhadap Barisan Nasional. (..maksud Khairy selama ini pemimpin BN tak pernah duduk semeja kah? ada yang duduk semeja dengan DAP, ada yang duduk semeja dengan PKR dan ada yang duduk semeja dengan PAS?... perlu diingatkan, walauapapun usaha dibuat untuk menarik balik sokongan kaum berkenaan kepada BN ianya tidak akan berjaya selagi masih banyak suara-suara yang ada didalam BN itu sendiri suara mereka lebih mirip dengan suara DAP)

Dibawah ini kenyataan terbuka daripada Khairy Jamaluddin sewaktu beliau menyertai Program Jelajah One Malaysia Pemuda BN di Kota Bharu 22 April Jumaat, yang saya rasa paling mengarut pernah dikeluarkan oleh seorang Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional dimana beliau memang terbukti jahil tentang DUN-DUN Sarawak apabila cuba membandingkan keputusan pada PRN Sarawak yang lalu dengan keputusan pada siri PRK di Semenanjung Malaysia dan Sabah sebelumnya.

"Sebelum ini beberapa pilihan raya kecil yang lain, sokongan masyarakat Cina terhadap BN semakin meningkat tetapi berlainan di Sarawak dan sebab itu kita tidak boleh membuat ukuran bahawa sokongan masyarakat itu kepada kita sudah terhakis. "Kita mesti melihat apa sebabnya perkara itu berlaku dan semua pihak dalam BN perlu mencari pendekatan bagaimana mahu menarik semula sokongan mereka kepada kita selepas ini. "Saya juga menolak andaian masyarakat Cina itu menolak kerana bencikan BN dan itulah sebabnya kita kena cari punca kenapa ini berlaku," katanya.

Pada pilihan raya negeri 16 April lalu, BN terus berjaya mendapat majoriti mudah 2/3 dengan memenangi 55 dari kesemua 71 kerusi DUN, pembangkang dari DAP memperolehi 12 kerusi daripada 15 calon yang diturunkan manakala PKR hanya mampu mendapat 3 kerusi dari 49 kerusi yang ditandingi dan Bebas cuma menang 1 kerusi daripada 44 kerusi yang mereka sertai.

Yang saya tidak faham bagaimana YB Khairy boleh tidak tahu bahawa di P94 Parlimen Hulu Selangor Selangor, N45 DUN Galas Kelantan, P185 Parlimen Batu Sapi Sabah, N05 DUN Tenang Johor, N27 DUN Merlimau Melaka dan N28 DUN Kerdau Pahang majoriti pengundinya adalah terdiri daripada kaum Melayu dan Bumiputera dan bukannya pengundi Cina seperti di N09 DUN Padungan, N10 DUN Pending, N11 DUN Batu Lintang, N12 DUN Kota Sentosa, N13 DUN Batu Kawah, N39 DUN Repok, N40 DUN Meradong,  N45 DUN Bukit Assek, N46 DUN Dudong, N48 DUN Pelawan, N59 DUN Kidurong, N63 DUN Piasau dan N64 DUN Pujut Sarawak.

Sebab mengapa di ketiga belas kawasan DUN itu boleh terlepas kepada DAP serta satu oleh calon kaum Cina daripada PKR jawapannya memang mudah kerana majoriti besar pengundi disitu adalah terdiri daripada kaum Cina manakala pengundi daripada kaum Melayu dan Bumiputera hanyalah mewakili jumlah peratusan yang amat kecil sekali. Lagipun dengan segala bentuk kemudahan yang sudah disediakan oleh kerajaan BN selama ini kepada penduduk di bandar lengkap semuanya telah menyebabkan ada diantaranya pula mudah lupa diri dan akan cepat melenting kepada kerajaan apabila hanya ditimpa dengan sedikit kesusahan sahaja dan ini juga sudah tentu akan membawa kepada penentangan terhadap Barisan Nasional itu sendiri.

Ini sangat berlainan dengan kawasan yang dimaksudkan oleh YB Khairy misalnya di P94 Parlimen Hulu Selangor apabila BN menang pada PRK 25 April 2010 dengan majoriti 1725 undi setelah mendapat sokongan daripada 24,997 pengundi berbanding PKR yang hanya mendapat 23,272 undi. Dari segi pecahan undi mengikut kaum, Melayu dan Bumiputera adalah 53.9% manakala pengundi Cina dan India bila dicampur peratusan menjadi 46.1% lebih rendah daripada pengundi Melayu dan Bumiputera.

Begitu juga dengan sokongan pengundi terhadap Barisan Nasional di P185 Parlimen Batu Sapi di Sabah serta di N45 DUN Galas Kelantan pada 4 November 2010 dimana kedua-dua kawasan berkenaan majoriti pengundinya adalah terdiri daripada kaum Bumiputera dan Melayu. Di P185 Parlimen Batu Sapi walaupun calonnya seorang Cina namun kebanyakkan pengundinya adalah Bumiputera yang membentuk 62.8% manakala pengundi Cina hanyalah 37.2% jauh lebih rendah berbanding Bumiputera. BN menang majoriti 6359 dengan undi keseluruhan 9773 undi, PKR 3414 dan SAPP 2031.

Begitu juga dengan keadaannya di N45 DUN Galas Kelantan dimana kaum Melayu merupakan pengundi terbesar dengan 80.3% berbanding dengan Cina dan India yang hanya 19.7% daripada keseluruhannya. Barisan Nasional telah berjaya dengan mendapat undi sebanyak 5177 mengalahkan PAS yang hanya mendapat 4108 undi untuk memberi undi majoriti 1069 kepada calon daripada Barisan Nasional.

Di N05 DUN Tenang Johor pula, biarpun jumlah pengundi Cina dan India bila digabung menjadikan peratusannya lebih besar iaitu 52.46% berbanding Melayu dan Bumiputera 47.54% pun begitu Barisan Nasional berjaya juga dalam PRK yang diadakan pada 30 January 2011 itu oleh sebab apabila undi dari kaum India lari kepada calon Barisan Nasional dan bersatu dengan undi daripada kaum Bumiputera maka ini tanpa disedari undi daripada kaum Cina yang biasanya memang menentang BN dengan sendirinya telah menjadi sedikit dan lemah dan inilah yang membantu BN berjaya mendapat undi sebenar 6698 dengan majoriti sebanyak 3735 undi setelah menewaskan calon PAS yang hanya mendapat 2963 undi.

Seterusnya berkenaan dengan kemenangan yang diperolehi oleh Barisan Nasional pada 6 Mac 2011 lalu dalam dua Pilihan Raya Kecil serentak iaitu di N27 DUN Merlimau Melaka dan N28 DUN Kerdau di Pahang. Di DUN Merlimau, BN telah berjaya mendapat undi sebanyak 5992 menewaskan calon daripada PAS yang hanya meraih undi 2316 daripada pengundi. Majoriti 3643 undi yang diperolehi oleh BN di DUN Merlimau memang tidak dapat dinafikan bahawa ianya jelas diraih daripada pengundi Melayu dan Bumiputera yang merupakan majoriti iaitu 64.89% sementara pengundi Cina dan India cuma 35.41%.

Dan di N28 DUN Kerdau pula, pengundi Melayu dan Bumiputera merupakan jumlah yang terbesar dengan 94.95% manakala 5.5% terdiri daripada pengundi Cina dan juga pengundi India. DUN Kerdau yang terlibat dengan PRK secara serentak dengan DUN Merlimau telah dimenangi oleh calon daripada Barisan Nasional yang mendapat undi sebanyak 5060 mengalahkan calon daripada PAS yang hanya mampu mendapat 2336 undi. Majoriti 2724 undi yang berjaya diperolehi Barisan Nasional pada PRK 6 Mac 2011 juga adalah disebabkan yang menjadi pengundi terbesar disana adalah Melayu serta Bumiputera dan bukannya kerana sokongan yang semakin meningkat daripada pengundi masyarakat Cina sebagaimana yang telah didakwa oleh Ketua Pemuda Barisan Nasional YB Khairy Jamaluddin itu.

Apa yang tersirat disebalik semua kenyataan Ahli Parlimen Rembau YB Khairy Jamaluddin berhubung dengan keputusan daripada pilihan raya umum negeri Sarawak 16 April lalu itu jelas sekali seperti membawa maksud dimana faktor sebenar kekalahan teruk SUPP dalam PRN Sarawak ke-10 itu telah diletakkan 100% ke atas Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib bin Mahmud.

Inilah sebenarnya apa yang saya rasa cuba untuk dibayangkan oleh Ketua Pemuda Barisan Nasional itu berkenaan dengan kegagalan besar SUPP dalam pilihan raya tersebut tetapi YB Khairy tidak pula menyebut tentang kemenangan besar BN dikawasan luar bandar yang kebanyakkannya diwakili oleh parti-parti kaum Bumiputera seperti PBB yang menang semua 35 kerusi, SPDP juga menang menang 6 dari 8 yang ditandingi dan begitu juga dengan PRS yang menang 8 walaupun tewas hanya 1 kerusi di N54 DUN Pelagus.

Sabtu, April 23, 2011

SNAP akan hancur musnah jika termakan gula-gula DAP dan PKR !

SNAP, Parti Kebangsaan Sarawak iaitu sebuah parti yang sudah dihanyutkan jauh ditengah lautan akibat krisis kepimpinan yang gagal ditangani kini telah ditambat semula ke tepian dan dibawa masuk kembali ke dalam arus politik Bumi Kenyalang yang sedang menyaksikan bagaimana penolakkan kaum Cina terhadap kerajaan memerintah yang sebahagian besar daripada mereka pernah bersama didalam SNAP sebelum parti tersebut dibatalkan pendaftarannya oleh ROS.

Parti SNAP yang diasaskan serta dipimpin oleh bekas Ketua Menteri Sarawak pertama Sarawak iaitu mendiang Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan pada 10 April 1961 yang kemudiannya jawatan presiden parti telah diambilalih oleh Tan Sri Datuk Amar James Kim Mien sebenarnya sudah melalui banyak perpecahan ekoran kisis dalaman parti sehingga menyebabkan wujudnya beberapa parti baru seperti PBDS, PRS, STAR dan juga SPDP.

Keanggotaan dalam SNAP pada awal penubuhannya jelas dimonopoli oleh hanya sebahagian besar kaum Dayak di negeri Sarawak namun hanya pada tahun 1963 barulah masyarakat dari kaum lain seperti Melayu dan Cina turut menyertainya itupun setelah SNAP diterajui oleh Tan Sri James Wong Kim Mien.

Kini SNAP yang sudah dihidupkan semula oleh kebanyakkan bekas ahlinya yang terdahulu buat pertama kali telah menyertai semula pilihanraya umum negeri Sarawak yang ke-10 pada 16 April 2011 dibawah kepimpinan Presidennya Edwin Dundang namun telah tewas di kesemua 26 kawasan DUN Sarawak yang ditandingi malah apa yang lebih memeritkan lagi SNAP ialah apabila 22 orang daripada 26 calonnya yang bertanding semua mereka telah hilang wang deposit.

Ekoran dari kekalahan yang paling teruk dialami oleh SNAP itu maka sudah terdengarlah beberapa khabar angin yang memberitahu bahawa DAP yang menang besar dalam pilihanraya itu apabila berjaya mengekalkan 6 kerusi DUN mereka sebelum ini selain menambah 6 kerusi lagi menjadikan 12 kerusi DUN miliknya dikatakan telah menawarkan kerjasama melalui pergabungan diantara DAP dengan SNAP.

Saya tak tahulah bentuk kerjasama yang bagaimanakah yang dimaksudkan oleh DAP, adakah DAP mahu ahli-ahli didalam SNAP bergabung dengan ahli-ahli DAP dalam satu parti saja iaitu dalam DAP dengan membubarkan Parti SNAP dan berjuang hanya dengan menggunakan dasar yang telah sedia ada didalam perlembagaan Parti DAP ?

Tetapi apa yang jelas saya nampak ialah, walau apapun bentuk jalinan kerjasama yang ditawarkan oleh DAP kepada SNAP bagi menyelamatkan parti itu semuanya takkan mendatangkan sebarang hasil kerana bagi saya apabila rakyat khususnya yang dipendalaman seakan-akan sudah boleh melupai SNAP sebab ia kini bukanlah lagi sebuah parti dalam kerajaan jadi sudah tentu rakyat tidak terpikir yang SNAP akan mampu memberikan khidmat yang diharap-harapkan oleh penduduk luar bandar apatah lagi sekirannya nanti SNAP bergabung pula dengan DAP yang memang sebuah parti yang cukup tebal dengan sifat perkaumannya.

Adalah sangat mustahil bagi sebilangan besar penduduk diluar bandar khususnya dikawasan pendalaman untuk menerima dengan hati yang terbuka akan kerjasama antara SNAP dengan DAP yang bagi mereka hubungan sejarah antara keduanya tidak ubah sama seperti minyak dengan air yang sampai bila-bila masa jua tidak mungkin akan dapat disatukan.

Walaupun akhirnya nanti akan berlaku juga sebarang kemungkinan dimana SNAP bersetuju untuk membentuk kerjasama dengan DAP, apakah keputusan itu nanti boleh dianggap sebagai telah mendapat restu daripada ahli-ahli SNAP diperingkat akar umbi tetapi seandainya keputusan SNAP setuju bergabung dengan DAP jelas telah membelakangkan suara ahli-ahli serta suara para penyokongnya dibawah, tidakkah SNAP akan merasa terganggu dengan keadaan dimana kemungkinan besar semua ahli-ahli serta para pengikutnya akan berpaling tadah keluar dari parti itu dan akan akan menyertai dua parti lain yang berasaskan kaum Dayak iaitu PRS diterajui YB Datuk Sri James Jemut Masing dan juga SPDP pimpinan YB Datuk Sri William Mawan Ikom.

Disini saya dapat simpulkan iaitu andaikata SNAP bersetuju untuk menerima lamaran DAP dan bergabung dengan parti komunis ini bermakna SNAP sebenarnya sudah bersedia untuk dikubur buat kali yang kedua kerana DAP dan PKR yang sudah lengkap dengan cangkul serta peralatan lain untuk menggali lubang kubur tentu memang tidak sabar untuk mengkebumikan SNAP sedalam mana yang boleh agar pada PRU-13 serta pada PRN Sarawak ke-11 hantu-hantu SNAP tidak akan mengganggu semua calon daripada DAP, PKR dan PAS seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Sarawak yang ke-10 pada 16 April 2011 lalu.

Inilah matlamat sebenar yang DAP mahu, PKR juga...mereka mahu SNAP dihapuskan bukan harus diselamatkan...kedua-duanya DAP dan PKR sepanjang pilihan raya umum Sarawak baru selesai memang merasa sangat tidak selesa dengan kehadiran SNAP disetiap tempat dimana mereka ada bertembung sesama sendiri menentang calon daripada Barisan Nasional. Itulah saja jalan yang DAP dan PKR dapat lihat, tamatkan riwayat SNAP dengan cara yang paling halus...beri ia makan roti manis yang sudah disalut dengan serbuk racun maka lama kelamaan SNAP akan beransur-ansur pening, muntah, mata kabur, pitam dan seterus rebah dikaki DAP dan PKR.

Arkib Blog